yang sedang menyiapkan kerja sekolah di ruang tengah mendengar segalanya dan berasa bimbang
kerana tanda-tanda perang mulut akan bermula. Nek Kiah menganggap keluarga Saleha sahaja yang
tidak baik dan anak-anaknya tidak pandai. Nek Kiah menuduh Embong menyeksa Saleha sejak
mereka kahwin hingga beranak 6. Anaknya Saleha “tidak betul” adalah disebabkan oleh Embong dan
menuduh Embong seorang yang pemalas. Embong hanya mendiamkan diri. Kalau balas sepatah akan
dibalas dengan puluhan kata-kata yang menyakitkan telinga. Dahlia menuangkan kopi untuk Nek
Kiah tetapi dikritik kopi yang dibuat oleh Dahlia pahit macam hendak bunuh orang.
Pada saat itu ada orang memberi salam, Embong dengan cepat bangun lalu membuka pintu
kerana tidak mahu mendengar kata-kata mak mentuanya. Rupa-rupanya Haji Sulaiman ( ketua
kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Hj Rais
membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Senja tadi, Embong meminta bantu Haji Sulaiman dan
orang-orang kampung menangkap isterinya untuk dibawa pulang, tidak meminta apa-apa
pertolongan lain tetapi mengapa ada orang dari hospital? Haji Sulaiman mengatakan bahawa adalah
menjadi sebahagian tugasnya membantu Embong. Embong menolak kerana menganggap masalah
Saleha masalah keluarganya. Nek Kiah pula menempelak kerana menganggap penyakit anaknya
tidak merebak, mengapa perlu dibawa ke hospital.
Haji Sulaiman bangkit dan duduk di sisi Embong lalu meminta Embong jangan beranggapan
buruk. Dahlia tidak bersetuju ibunya di bawa ke hospital pada masa yang sama Anggerik menangis
lalu Dahlia bergegas ke buaian , dirasai dahi Anggerik, panas walaupun udara di luar sejuk. Dahlia
dan adik-adiknya memasang telinga terhadap perbualan bapa mereka dengan Haji Sulaiman. Haji
Sulaiman menerangkan bahawa niatnya baik untuk membantu Embong. Dahlia membantah kerana
penyakit ibunya bukan selalu terjadi, sesekali sahaja lagipun kalau ibunya tiada siapa yang akan
menjaga Anggerik? Tetapi kata-kata itu tidak diujarkannya takut dianggap kurang ajar atau tidak
mengetahui tatasusila budaya. Budaya Melayu melarang keras perbuatan membantah kata-kata
orang tua. Kiambang dan Melati menjerit agar bapa mereka tidak membenarkan ibu mereka dibawa
pergi. Nek Kiah memaki Embong tidak ada perasaan, lelaki tidak berguna. Embong Cuma
menggeleng, menegah samalah tidak berusaha mengubati penyakit isteirnya, membiarkan boleh juga
dianggap sudah hilang perasaan kasihan, perasaan kasih sayang yang sudah terikat lebih 20 dekad.
4 orang lelaki membawa Saleha, Embong menyuruh Dahlia menjaga adik-adiknya kerana ingin ikut
sama.
Novel Tirani
Sinopsis
Sinopsis Keseluruhan
TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu
menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek.
Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang
pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah
mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik
Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan
rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung
palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya
menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang
pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya,
Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan
kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana
apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya
itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya
melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel
TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh
sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca
daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan
ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad
untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan
sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di
sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa
kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.
ADVERTISEMENT
Sinopsis Setiap Bab
Bab 1 :
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang
tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan
sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan
hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya
seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha
serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-
kawannya dapat diredakan.
Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan
lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan
yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah,
Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu
daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli
masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh
manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain
makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay
Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di
Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu,
pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ.
Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.
Bab 2 :
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2
lawatan institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah
Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga
menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan
yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira.
Namun di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa
atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat
untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada
ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan
kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk
anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya.
ADVERTISEMENT
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi
kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam
chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah
menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk
mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui
perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju
untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di
Singapura.
Bab 3 :
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani
oleh Ibu Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan
empat roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan
sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk
memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak
lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob,
keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh
tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak
banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala.
Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita
tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh
mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri
Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang
dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut
perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.
Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu
berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa
kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.
Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke
rumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan
tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical
Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
ADVERTISEMENT
Bab 4 :
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan
kebersihan bandar raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang
banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga
amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga.
Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta
sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke
rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda
akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah.
Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa
mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah
kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor
pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam
sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan
plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda
juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di
kelopak matanya.
Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini,
Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan
dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan
semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.
Bab 5 :
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan
yang akan dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut
mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu
bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat
lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat
di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal
terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada
anaknya itu kononnya untuk menolak bala.
Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia
sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada
ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu
rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda
membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah
juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.
Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC.
Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa
dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah
memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga
dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan
hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.
Bab 6 :
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan
lancar. Operasi ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr
Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan,
keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi
kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12
jam.
Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh
ibunya yang menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah
keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil pembedahan
yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana
hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu
tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan
SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini
dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda
menerima tawaran tersebut.
Bab 7 :
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari.
Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut.
Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel
tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-
tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang
yang mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ
juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi
homestay kepunyaan bapanya.
Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr
Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin
rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama
berkongsi pengalaman dan pandangan.
Bab 8 :
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan
bahawa kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja.
Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi
topik perbualan yang panjang antara mereka berdua.
Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-
cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan
orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda
kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus selepas
itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen
Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah
juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama
rombongan tersebut.
Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang
dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda
teringat semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan
berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk
kembali ke Chalet Tajau Emas.
Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk
menghadiri satu temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort.
Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan menghadiri
bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur
pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan
sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan
Singapura.
Bab 9 :
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di
Flamingo Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan
dan keramahan Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staf di
situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur
diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas.
Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong
meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki
yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.
Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul.
Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah
mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak
mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda
berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang
mungkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan
Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini,
Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.
Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang
agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan
budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda
teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum
Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.
Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway
datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini,
Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam
pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada
pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut.
Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.
Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui
perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus
berbunga.
Bab 10 :
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort
dengan tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari
Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan isu yang terkandung dalam
akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah, cetak rompak dan
sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa
dia tidak suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia
dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada
malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan
perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam
kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat
dalam lamunan Zahid.
Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda
didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada
ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin
rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau
Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira
dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang
pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang
bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk
memberi idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke
Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda
mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang berbelah
sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang
merupakan pakaian tradisi Sarawak.
Bab 11 :
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada
Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira
mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism
International disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan
diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya
Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada
Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan
Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya
Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan
Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih
berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran
Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan
pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
Bab 12 :
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan
dirinya setelah digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus
sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda
untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi
kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang
sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid
berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan
Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak
panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda
supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan
tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui
telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan
Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering
selesema.
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik
panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih
berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan
hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke
SMC untuk mendapatkan rawatan.
Bab 13 :
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik
pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura,
Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri
Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser
menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang
sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong.
Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila
melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar
mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga
bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari
sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana
dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan
curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda.
Dia berasakan Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar
menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di
rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah
dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana
dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil
keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda,
HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan
kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal
sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses
rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu
komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr
Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa
Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses
merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat
kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi
perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi
tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan
menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk.
Zahid kembali tenang.
Bab 14 :
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas.
Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang
banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang
melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau
emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari
Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak
dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah
satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional
Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50
orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara
ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan
dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan
cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara
mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama
dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk
Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading
pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh
gembira
Bab 15 :
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah.
Banjaran Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari
kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan. Senario pemandangan dari
Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah
digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan
pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga
mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau
tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi
Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga
terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa
wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang
cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya
bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin
meningkat.
Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh
antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya
membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.
Bab 16 :
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The
Expert banyak member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu
Waheeda muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong
dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan. Seri gading
dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang
datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan
Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik,
khususnya sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping
wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada
Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan
dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu
semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang
sama, zahid menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di
restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul.
Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan
masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda
telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak
lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu
datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan
ketegangan dengan suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap
isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi
milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu
yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk
Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin
bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin
berdikari.
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya.
Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik
berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki
oleh ayahnya.
Bab 17 :
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan
membayangkan dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan
menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin
berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu,
Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya
biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda
mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini
mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang
dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang
berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah
hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain.
Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda
berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya.
Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.
Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap
Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur
dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid
mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC
dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.
Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama
suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading.
Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam
kenangan yang melingkari hidupnya.
Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya
menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham
bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam
kandungan.
Bab 18 :
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah
hidup kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda
bergurau tentang pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid.
Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway
bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan
Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan
yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan
Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen
of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.
Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya.
Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores
lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan
untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan
Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak
peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya
perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang
terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin
menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan
suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki
benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil,
Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang
dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang
bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang
dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya
dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia
akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke
Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.
Bab 19 :
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad
eksklusif Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan
itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga,
Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan membawa
jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk
kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.
Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat
akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar
dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah
berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya,
Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak
bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang
bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di
Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang
tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa
sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah
mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.
Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian
DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia
membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA.
Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan
dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset
tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid
melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah
menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha
menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik
tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah
terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-
kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya
untuk menambahkan luka di hati Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan
perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap
Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga
dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat
bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
Bab 20 :
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak
dengan Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar
dan Lais menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani
bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga
menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan
mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan
bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa
saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas
diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya.
Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada
Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan
alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi.
Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang
bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang
dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang
panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu
kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.
Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda
bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda
sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup
baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba
teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi
diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ .
Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.
Bab 21 :
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu
akan cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang
pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz
menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang
dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk
membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil
alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu
Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands
kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di
Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat
diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu
dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya
menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Bab 22 :
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya
berpuluh tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah
anaknya dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir
menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima
Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati
hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi
hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri
anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia
malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati
terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan
kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-
Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan
dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang
diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila
pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong
warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.
Bab 23 :
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani.
Sambil menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid
menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan
bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak
langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah
keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan
itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga
hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat
sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais
sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara
Zahid dan Aiman.
Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk
melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu
siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais
juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara
dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak
kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los
Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di
kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat
bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman
Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada
Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid
berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga
dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah
mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya
yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid
juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles
mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak
lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais
pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang
pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia
bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter,
Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak
berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia
teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya
bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang
agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat
tingkah laku anak gadisnya itu.
Bab 24 :
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata.
Ingatannya terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat
fikirannya. Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung
pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu
mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-
kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon
agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul
awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan
lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan
rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu
ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui
Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat
tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20
tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana
marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu
memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah
mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya
memaafkan ayahnya
NOVEL SILIR DAKSINA: SINOPSIS
MENGIKUT BAB
Istimewa buat anak-anak Tingkatan 5
BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat. Hatinya tersentuh dengan
cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa
dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih
di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya
tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad
untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.
BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan sekelasnya di
sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya membantu ibunya menguruskan
perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM.
Mereka berkawan baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil
mereka bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin
tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan
khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang
diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.
BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari penari-penari yang
sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak
di kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu.
Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang
seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa
lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim
tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama
tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar
setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh
abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah
sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke
Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya
Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung
aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang.
Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu.
Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai
Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul
dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat
dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke
Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap
belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku
mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri
tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik
guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar
Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh
Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu
peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai
Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir
Ai Ling tidak selesa.
ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu menggantikannya
dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang
yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala
Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku
menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu
dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku.
Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering
membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap
Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim
meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman
akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-
orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi
popular.
iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling begitu ceria.
Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat
JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka.
Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan
sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi
persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana
perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju
menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis
tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam)
uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang
sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama
tewas dengan masalah hidupnya sendiri.
iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar yang akan
menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai
Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan
suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi
sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti
sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara
membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa
sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,
v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk
kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di warung
Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada
dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak
Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda
kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah
bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-
cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu
Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan
beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan
sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang mengelikan hati. Fikiran aku masih bercelaru. Sehingga
lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak
pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan
semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret
ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti
arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling
vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum persembahan
zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk
kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai
Ling dan Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap Aiman aku
hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil peranan
memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira
dengan usaha penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan
makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat tentang
zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang
baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program
budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa
berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera dan
berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.
vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan aku kian buruk.
Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk
kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di
situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah
3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia
dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang
akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.
viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan
Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum
sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk
kampung yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali
seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program yang disediakan oleh
Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan
kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-
bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu
menjadi orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat
bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan
pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri
Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang menjadi
impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan
pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun
sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku
menangis.
BAB 4: DESAKAN HATI
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal bagaikan dapat merasa
kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan.
Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan
halangan paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal
hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu.
Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia
sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah tentang diri
ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan
muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang
menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna,
berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara
Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya
Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga
akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera
ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan
perasaannya tentang ayahnya.
BAB 5: RINDU
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-sama ayahnya.
Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa
ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan
membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat
juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal
mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip
ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di
hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh
tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki
peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui
kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi
dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.
BAB 6: SATU KETETAPAN
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan Haiqal dan
berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk
pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun
ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung
halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong
keputusannya secara diam-diam.
BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan ditemani oleh Ratna
sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas
kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.
BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi
iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung tersebut. Setelah bertanya kepada
pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan
menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min.
Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
BAB 9: PERTEMUAN
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman rumah. Setelah
bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada seorang
gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk
makan tengah hari.
BAB 10: PUSARA
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk memudahkan pergerakan
Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya,
Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.
BAB 11: SUASANA BAHARU
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam tempoh ini telah
banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan.
Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong
kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun,
Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak
mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa
sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan
Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-
remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal
selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama
dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia
teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada
malam minggu.
BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai raya yang tidak
terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan
sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan
penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil
daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik
dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut,
Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah
orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.
BAB 13: SINAR HARAPAN
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri Purnama telah
disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara
tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
BAB 14: MENCARI KESERASIAN
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama dengan penduduk
kampung membuat latihan zapin.
BAB 15: TETAMU ISTIMEWA
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama masing-masing sibuk
membuat persiapan untuk persembahan zapin.
BAB 16: BERMULALAH EPISOD
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang. Haiqal sedar
bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup
datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan
Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang
usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.
BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini
mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai
Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun
untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa
sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah.
Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya
telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada
malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat
yang berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di
Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ,
apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan
melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau
nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai
tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak
terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit
Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang
awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’
Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan
memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita
kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor
Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa
itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman
cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa
cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di
IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada
penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak
polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya
menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim
Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan
pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri
Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau
dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi
hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya
untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
ADVERTISEMENT
Sinopsis Bab Demi Bab
Bab 1 :
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui
hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada
kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi,
Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap.
Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya
apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar
gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan
masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan
negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada
malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya
berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan
yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali
ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya
menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit,
hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan
membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria
kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan
penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat
dilihat oleh deria.
Bab 2:
ADVERTISEMENT
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir
sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu
kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama
Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat
oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar
kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama
kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh
Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik
tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui
rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali
bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada
malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di
rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi
membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek
pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh
anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan
ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi
kembali meneruskan tugas beliau.
Bab 3:
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang
kebenaran kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa
kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia
bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah
pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak
berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-
kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung
Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu
gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara
serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan
semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan
mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul
Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh
kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya
tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati
kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot
yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik
persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip
serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka.
Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan
kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar
pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
Bab 4:
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid
seperti yang diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan
tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor
berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama
dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan
daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah
Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu
membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip
adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit
di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan
skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1
sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih
atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala
Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman
mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan
dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan
membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun
gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya
untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat
pembangunan yang tidak terancang.
Bab 5:
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu
kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah
kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami
anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas
kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam
Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau
berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah
melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah
Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya
bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan
Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya
Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas
isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan
isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing,
namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung
silaturahim mereka berdua.
Bab 6:
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah,
Pegawai Atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan
laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala Selangor yang telah
dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan
tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.
Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan
pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala
Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk
menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan
Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat
bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya
Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang
remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan
beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan
membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku.
Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain.
Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-
kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di
kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar
Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa
tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya
agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa
bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya
dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 7:
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan
berhati-hati. Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang
lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh seperti yang dikatakan oleh
abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki
kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat
kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan
pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut,
mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat
sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut.
Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan
bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-
rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika
bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas
tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa
menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada
sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta
ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung
Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini
dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan
semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi
enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan
kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya
roda ferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip.
Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai
tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan
tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap
terhadap pemuda tersebut.
Bab 8:
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang
sedang dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju
lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang
mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar
penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul
Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model
tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga,
yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti
yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan
menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung
kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa
pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang
pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat
Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat
gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa
adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi
penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad
Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu
Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala
Selangor.
Bab 9:
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan
Sri Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala
Selangor satu kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji
bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip.
Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah
membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-
masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila
menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan gabungan
ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.
Bab 13:
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama
Johann Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri
besar terhadap idea projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah
dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan
penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan.
Dia merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham
wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’
Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat
pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama
seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu.
Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.
Bab 14:
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka
projek yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun
kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah untuk mengganggu dan
membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad
Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir.
Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar
sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari
tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan
yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis
tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat.
Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam
mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat
pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
Bab 15:
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong
menuju ke rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi
dia tidak pernah berasa terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada
berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki
memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika
dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima
berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan
bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah
di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik
dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis
memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik
Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej
peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.
Bab 16:
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk
melawat Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat
ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah
tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain
untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman
Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau
hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad
Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat
Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman.
Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang
terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun
begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang
mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat
bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam
bermanik Kristal.
Bab 17:
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas
isterinya berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua
Inspektor Lim menasihati beliau agar memberitahu pihak media bahawa
kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah biasa bagi
memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad
Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar
bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif
serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca
jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap
akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin
melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit
Gelap.
Bab 18:
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu
kerja mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji
mereka terhadap Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan
kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan yang telah
disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk
semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti
pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak
Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-
tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya
dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain
gelap.
Bab 19:
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut
ibunya pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga
berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota
dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen petronas pada
jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta
Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam
perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa
disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang
tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke
dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan
dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam
sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama
dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba
menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia
dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.
Bab 20:
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan
Muhammad Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul
Hafsa berasa bertuah kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang
jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan
wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh
mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia
berjalan seorang diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan
Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan
Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan
segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita
setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.
Bab 21:
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik. Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang
digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran
kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah
memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga
Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang
membawa khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran
telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan
tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang
terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan
ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas
berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.
Bab 22:
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim
Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan
pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri
Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke
hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut,
Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak
hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri
untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima
pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-
kelip terakhir di dunia.