The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KARANGAN BERFORMAT - SERI PANITIA BAHASA MELAYU.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by W puziah T abdullah, 2020-09-24 17:19:20

KARANGAN BERFORMAT

KARANGAN BERFORMAT - SERI PANITIA BAHASA MELAYU.

Bahasa
Melayu

Tingkatan 4 dan 5

Kemahiran Menulis
SURAT RASMI

Surat Kiriman Rasmi (Formal Letter) Tingkatan: 4 & 5

Kurikulum Standart Sekolah Menengah Gaya LeapEd
Penilaian Bilik Darjah (PBD)
 Merangka
Standard Standard Standard LO format khusus
Kandungan surat kiriman
Pembelajaran Prestasi rasmi.

3.4 3.4.1  Murid dapat SC  Menulis surat
Menulis untuk Menulis merangka bantahan.
menghasilkan kerangka format
sesuatu dengan kiriman rasmi 1. Menulis
penulisan menyusun dan yang alamat
secara menganalisis isi merangkumi : lengkap
terancang. penting secara pengirim.
terancang. a) Alamat pengirim
b) Garis panjang 2. Menggaris
Menulis untuk c) Nama dan garisan
menghasilkan melintang di
pelbagai jenis alamat bawah alamat
karangan yang penerima pengirim.
lengkap dengan d) Tarikh
menggunakan e) Kata 3. Menulis nama
bahasa penghormatan dan alamat
berbudaya. f) Perkara penerima.
g) Isi
h) Pengakuan 4. Menulis tarikh.
pengirim 5. Menulis kata
i) Tandatangan
j) Nama pengirim penghormatan
k) Nama jawatan atau
penghadapan
 Murid dapat surat.
menulis surat 6. Menulis
bantahan. perkara.
7. Menulis isi
surat.
8. Menulis
pengakuan
pengirim.
9. Menurunkan
tandatangan.
10. Menulis nama
pengirim.
11. Menulis nama
jawatan.
12. Menulis surat
bantahan.

Murid dapat Murid dapat
menulis surat merangka
kiriman rasmi format khusus
dengan format surat kiriman
yang betul. rasmi.

Surat Kiriman Rasmi

1. Surat kiriman rasmi ialah surat yang dikirimkan kepada pihak-pihak tertentu bagi tujuan
rasmi dan bukan atas urusan peribadi.

2. Terdapat beberapa jenis surat rasmi, antaranya ialah :
a) Surat bantahan
b) Surat aduan
c) Surat rayuan
d) Surat pesanan
e) Surat permohonan
f) Surat penjelasan tentang sesuatu perkara/edaran/pekeliling
g) Surat jemputan/undangan

3. Bahasa yang baku, mudah, tepat, dan padat hendaklah digunakan.

4. Ejaan dan tanda baca yang digunakan juga hendaklah betul dan tepat.

Surat kiriman rasmi mempunyai format khusus seperti yang berikut :-

Alamat Pengirim

Garis panjang A , Tarikh
melintang ,
B , D
Nama dan alamat C . D
penerima E
F ,
Kata ,
penghormat 2 .

an atau 3 ,
Ppeenrkgahraadapa
Ga
n Fb

Isi - setiap isi ditulis c
dalam satu 4
perenggan dan
dimulakan dari tepi
sebelah kiri surat
dengan diberikan
nombor kecuali
pada perenggan
pertama dan
terakhir.

Pengakuan H
Pengirim F

Tandatangan I ( )
\
Nama Pengirim IJ

Nama K
Jawatan dan
Persatuan

Kemahiran Menulis : Menganalisis soalan

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.4 Menulis untuk menghasilkan 3.4.1 Menulis kerangka karangan
sesuatu penulisan secara terancang. dengan menyusun dan menganalisis isi
penting secara terancang.
Soalan :

Kerajaan bercadang untuk mendirikan sebuah premis perniagaan bersebelahan
dengan tempat tinggal anda. Keadaan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas
hati dalam kalangan penduduk di situ kerana kawasan tersebut merupakan
kawasan bukit dan lereng bukit. Anda sebagai setiausaha Jawatankuasa Bertindak
Penduduk di kawasan itu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Yang Dipertua
Majlis Perbandaran untuk membantah tindakan tersebut dengan menyatakan sebab
dan akibat terhadap projek tersebut. Tulis surat itu selengkapnya.

Analisis Soalan : Surat Rasmi
Format  Kerajaan bercadang mendirikan premis perniagaan

Kata kunci bersebalahan tempat tinggal anda.
 Kawasan tersebut hutan dan lereng bukit.
Fokus Surat  Penduduk tidak berpuas hati.
 Sebab tidak berpuas hati
 Akibat melaksanakan projek tersebut

Contoh Surat Bantahan (Objection letter)

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan
penulisan secara terancang. karangan dengan wacana yang lengkap,
bahasa yang gramatis dan ungkapan
yang menarik.

Setiausaha,
A Jawatankuasa Bertindak Penduduk,

Taman Uda,
21300 Paka,
Terengganu.
___________________________________________________________________
B

Yang Dipertua 5 APRIL 2020 D
Majlis Perbandaran Dungun,
C 21000 Dungun,
Terengganu.

E Tuan,

Membantah Pembinaan Premis Perniagaan di Taman Uda, Paka. F

Merujuk perkara di atas, saya mewakili penduduk Taman Uda, Paka ingin menyatakan
perasaan tidak puas hati terhadap cadangan pihak tuan membina premis perniagaan di taman
perumahan kami.

2. Pihak kami ingin menyatakan bahawa bukanlah hasrat kami untuk menentang

pembangunan tetapi pembangunan itu biarlah bersesuaian dengan keadaan persekitaram.

Kawasan yang dicadangkan itu merupakan kawasan hutan dan lereng bukit yang menjadi

kawasan tadahan hujan. Sekiranya pokok-pokok ditebang sudah tentulah akan berlaku hakisan

G tanah. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk sekiranya tiba musim hujan. Oleh itu, kami akan
terdedah kepada bahaya tanah runtuh dan banjir kilat.

3. Di samping itu, pembinaan premis tersebut akan mencemarkan keindahan alam semula
jadi kawasan tersebut. Lori-lori yang keluar masuk akan menyebabkan debu-debu berterbangan
dan menganggu lalu lintas di situ. Selain itu, pembinaan premis tersebut juga akan
menyebabkan pencemaran bunyi dan memberi kesan buruk terhadap kehidupan dan aktiviti
harian kami.

4. Kami tidak dapat membayangkan kesulitan yang akan kami hadapi nanti. Debu-debu
yang berterbangan akan menyebabkan penyakit batuk dan lelah. Kesihatan kami, terutamanya
warga emas dan anak-anak kecil akan terganggu.

5. Kebiasaannya, buruh-buruh asing akan dibawa masuk untuk membina premis tersebut.
Kehadiran buruh asing sudah tentu menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan
penduduk di sini. Kita sedia maklum bahawa buruh-buruh tersebut mempunyai latar budaya
yang berbeza dengan penduduk di sini. Kami bimbang kemasukan mereka akan meningkatkan
kadar jenayah dan menganggu ketenteraman penduduk.

6 Oleh itu, kami amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan tindakan untuk
membina premis berkenaan semula. Pihak tuan boleh membinanya di tempat lain yang lebih
strategic agar tidak menganggu persekitaran semula jadi di kawasan ini

Sekian, terima kasih. K

H Saya yang benar,

Asri I

J (ASRI BIN JUSOH)
Setiausaha,
Jawatankuasa Bertindak Penduduk
Taman Uda.

Surat Bantahan ARAS 1 Weak

 Pendahuluan :  Mewakili penduduk
 Tidak berpuas hati
 Sebab bantahan pertama :  Membina premis
 Sebab bantahan kedua :
perniagaan
 Akibat kepada penduduk pertama :  Di taman perumahan
 Akibat kepada penduduk kedua :
kami
 Kesimpulan / penutup :
 Kawasan hutan dan
lereng bukit.

 Kawasan tadahan hujan.
 Hakisan tanah runtuh

dan banjir kilat.

 Mencemarkan keindahan
alam.

 Lori keluar masuk
menghasilkan debu.

 Menyebabkan
pencemaran bunyi.

 Menyebabkan penyakit
seperti batuk dan lelah

 Lebih bahaya kepada
warga emas dan kanak-
kanak.

 Kemasukkan buruh
asing.

 Latar budaya yang
berbeza.

 Meningkatkan kadar
jenayah.

 Mohon pihak
tuan
mempertimbang
kan semula.

 Dibina di tempat
yang lebih
strategik.

Surat Bantahan ARAS 2 Average Level

 Pendahuluan :
Tujuan menulis surat

o Sebab – bantahan pertama

o Sebab – bantahan kedua

o Akibat kepada penduduk - petama

o Akibat kepada penduduk - kedua

 Penutup / Kesimpulan
o Harapan
o Cadangan

Surat Bantahan ARAS 3 Strong

Pendahuluan

o Sebab
o Sebab

o Akibat
o Akibat

Kesimpulan

Senarai Semak Penulisan Format
Surat Kiriman Rasmi

Bil Format Semak Semak
Kendiri Rakan
A Alamat pengirim – di bahagian atas di sebelah kiri
surat.

B Garis panjang melintang – di bawah alamat
terakhir pengirim.

C Nama dan alamat penerima – ditulis di bawah
garis melintang.

D Tarikh – ditulis di sebelah kanan surat

E Kata penghadapan atau penghormatan surat,
misalnya Tuan, Puan dan sebagainya.

F Perkara – ditulis di bawah kata penghormatan

G Isi – setiap isi ditulis dalam satu perenggan dan
dimulakan dari tepi kanan surat dengan diberikan
nombor kecuali pada perenggan pertama dan
terakhir.

H Pengakuan pengirim (misalnya, saya
menjalankan tugas) ditulis di sebelah kiri surat

I Tandatangan – ditulis di bawah pengakuan
pengirim.

J Nama pengirim – ditulis dengan huruf besar di
bawah tandatangan (di dalam kurungan)

K Nama jawatan dan persatuan

Borang Senarai Semak

Bil Perkara Self Peer
Checklist Chekclist
1. Takrif surat bantahan
2. Format surat rasmi
3. Pendahuluan surat
4. Isi – Sebab 1

Isi – Sebab 2
Isi – Akibat 1
Isi – Akibat 2
5. Penutup / kesimpulan
6. Penanda Wacana
7. Ejaan
8. Tatabahasa
9. Tanda baca
10. Struktur ayat
11. Keseimbangan perenggan
12. Kematangan fikiran (HOD)
13. Tulisan
14. Jumlah perkataan

Penilaian Bilik Darjah (PBD)

Penyataan Tahap Penguasaan Keseluruhan
Menulis Surat Kiriman Rasmi
(Surat Bantahan)

Nama Murid:
Tingkatan :
Tarikh :

Tahap Tafsiran Next Step

1 Murid mempamerkan tahap pengetahuan penulisan surat rasmi yang
Sangat sangat lemah. Tahap pengetahuan Bahasa dan kecekapan berbahasa
Terhad sangat lemah dan terhad. Murid memerlukan banyak bimbingan dan
latihan.

2 Muird mempamerkan tahap pengetahuan penulisan surat rasmi yang
Terhad lemah. Tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang
lemah dan terhad. Memerlukan sedikit bimbingan dan latihan.

3 Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan penulisan surat
Memuaskan rasmi yang sederhana. Tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang sederhana serta daapat mengungkapkan idea serta
menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan.

4 Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan penulisan surat
Baik rasmi yang baik. Tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa berada pada tahap yang baik dan dapat mengaplikasikan
pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya mengungkapkan
idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, dan mengamalkan
pembelajaran kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa.

5 Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan penulisan surat
Sangat Baik rasmi yang jitu dan tepat. Tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang tinggi , berupaya mengungkapkan idea dengan jelas
dan terperinci serta dapat menerangkannya secara lisan dengan
efektif. Menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif serta
mengamalkan penulisan surat rasmi secara kendiri dengan
menggunakan laras bahasa yang tepat.

6 Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan penulisan surat
Cemerlang rasmi yang cemerlang. Tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang cemerlang dan konsisten, berupaya mengungkapkan
idea dengan jelas, terperinci dan tersusun, menguasai kemahiran
berfikir yang kritis, kreatif dan inovatif serta dapat menghuraikannya
secara lisan dengan efektif dan penuh keyakinan. Selain itu, murid
dapat menulis surat rasmi yang berkualiti secara kendiri dan menjadi
model teladan kepada murid lain dalam penulisan surat rasmi dan
kemahiran bahasa.

Tandatangan
Guru
Nama Guru

Tingkatan 4 dan 5

Kemahiran Menulis
SURAT TIDAK RASMI

Surat Kiriman Tidak Rasmi Tingkatan: 4 & 5

Kurikulum Standart Sekolah Menengah Gaya LeapEd

Penilaian Bilik Darjah (PBD)  Merangka format
khusus surat
Standard Standard Standard LO kiriman tidak rasmi.
Kandungan Pembelajaran Prestasi
 Menulis surat
3.4 3.4.1  Murid dapat SC kepada sahabat
Menulis untuk Menulis kerangka merangka format
menghasilkan dengan menyusun surat kiriman 1. Menulis alamat
sesuatu dan menganalisis isi tidak rasmi yang lengkap pengirim.
penulisan penting secara merangkumi :
secara terancang. 2. Menulis nama dan
terancang. a. Nama dan alamat alamat pengirim.
Menulis untuk pengirim (kanan)
menghasilkan 3. Menulis tarikh.
pelbagai jenis b. Tarikh (kanan) 4. Menulis kata hadap
karangan yang
lengkap dengan c. Kata hadap atau atau pembuka kata
menggunakan pembuka kata dan kata- dan kata-kata
bahasa berbudaya. kata pujian. pujian.
5 Menulis Kata
d. Kata sapaan atau sapaan atau
panggilan hormat (rapat panggilan hormat
ke garisan tepi dan (rapat ke garisan
koma) tepi dan koma).
e. Isi 6. Menulis isi surat.
7. Menulis pengakuan
f. Penutup pengirim.
8. Menurunkan
tandatangan.
9. Menulis nama
pengirim.
10. Menulis surat
kepada sahabat.

g. Tandatangan pengirim
( kanan )

Murid dapat Murid dapat
menulis surat merangka format
kiriman tidak khusus surat kiriman
rasmi dengan tidak rasmi.
format yang
betul.

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi di bawah.

1. Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi

 Surat kiriman tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli
keluarga atau sahabat handai.

 Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti :
1. Surat ucap tahniah
2. Surat ucap takziah
3. Bertanya khabar berita
4. Menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
5. Pengalaman di tempat baharu seperti di sekolah baharu.
6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
7. Membalas surat yang dihantar oleh orang
lain dan sebagainya

Teknik Menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi

1. Mulakan menulis surat dengan bertanya khabar dan menceritakan keadaan
kesihatan penulis.

2. Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab
pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.

3. Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti nenda, ayahanda ,
ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.

4. Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.
5. Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk

berutus surat lagi.

FORMAT SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Alamat Pengirim 1 …………………………….
……………………
……………………

Tarikh 2 ………………….....

3 Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian

………………………………………………………………………………………………
……………………………

4Kata panggilan

5 Perenggan pertama menyatakan tujuan surat itu ditulis

…………………………………………………………………………………………………
………………………………

Isi 2
…………………………………………………………………………………………………
………………………………

Isi 3
…………………………………………………………………………………………………
………………………………

Isi 4
…………………………………………………………………………………………………
………………………………

Penutup 7
…………………………………………………………………………………………………
………………………………

Sekian, terima kasih.

Pengakuan 8

Yang benar,
Tandatangan 9

……………………..
Nama Pengirim 10 ( NAMA HURUF BESAR )

Kemahiran Menulis : Menganalisis soalan

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.4 Menulis untuk menghasilkan
sesuatu penulisan secara terancang. 3.4.1 Menulis kerangka karangan
dengan menyusun dan menganalisis isi
penting secara terancang.

Contoh Surat Pengalaman (Objection letter)

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan

penulisan secara terancang. karangan dengan wacana yanglengkap,

bahasa yang gramatis dan ungkapan

yang menarik.

Soalan :

Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda untuk menceritakan pengalaman
anda sekeluarga bercuti di kampung.

Analisis Soalan : Surat Tidak Rasmi
Format * tujuan – menulis – adalah

Kata kunci – menceritakan– bercuti –kampung
– cuti sekolah
Fokus Surat
*lalu- berada – kampung
– selama – hari– udara – nyaman – pagi – kedengaran –

berkicauan
 - datuk membawa – dusunnya petang, - membawa –

memancing – sungai - mengajar – membuat layang-

layang

memasak lauk-pauk –enak

Kamalia

1 4898, Taman Murni,
23100 Paka,

Terengganu.

2 18 APRIL 2020
3 Menemui sahabatku, Lili yang kini berada di Kanada dengan selamatnya.

Saudari,

4 Apa khabar, saudari? Saya berharap saudari berada dalam keadaan sihat

walafiat. Saya dan keluarga di sini juga berada dalam keadaan sihat-sihat belaka.

5 Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya

sekeluarga bercuti di kampung. Saya bercuti di kampung nenek pada cuti sekolah
yang lepas. Saya berada di kampung nenek selama lima hari.

Udara di sini sangat nyaman. Setiap pagi kedengaran burung berkicauan.

Setiap hari, datuk membawa saya dan adik ke dusunnya. Kebetulan pada masa itu

ialah musim buah-buahan. Di dalam dusun datuk terdapat pelbagai jenis buah-

buahan seperti durian, rambutan, pisang, manggis, dan lain-lain lagi. Saya dan adik

membantu datuk mengutip durian dan memetik rambutan. Kemudian, kami makan

buah-buahan dengan sepuas-puasnya. Kami juga membantu datuk mengumpul
buah – buahan untuk dijual kepada pemborong yang akan datang mengambilnya
setiap hari. Ketika menunggu pemborong datang megambil buah – buahan itu saya

6 menolong datuk membersihkan kebun serta membakar daun dan ranting yang

kering. Secara tidak langsung kawasan kebun datuk menjadi bersih.

Pada waktu petang, datuk membawa saya memancing ikan di tepi sungai
yang terletak di belakang rumah nenek. Saya sangat seronok memancing ikan di
sungai kerana banyak ikan yang kami peroleh. Memancing dapat menanam sikap
kesabaran kepada saya serta kepuasan apabila mendapat hasil tangkapan yang
banyak. Kami pulang dengan muka berseri – seri kerana seronok dengan hasil
tangkapan yang banyak. Nenek telah memasak lauk-pauk yang enak hasil
tangkapan di sungai untuk kami

Datuk juga mengajar saya membuat layang-layang keesokannya. Terdapat
pelbagai teknik mencipta layang - layang. Banyak ilmu tentang layang – layang yang

saya pelajari daripada datuk. Memang banyak manfaat yang saya peroleh ketika

cuti ini. Kemudian, kami bermain layang-layang di tanah lapang pada waktu petang.

Saya juga membantu datuk menanam sayur –sayuran berhampiran rumah.
Sayur – sayuran disiram setiap pagi dan petang. Suasana di sini sangat seronok

kerana udara yang tidak dicemari serta sayur - sayuran yang ditanam tidak

mempunyai bahan kimia amat baik untuk kesihatan. Oh, ya, adakah saudari pernah

pergi ke rumah nenek saudari?

7 Sampai di sini sahaja saya coretkan pengalaman ketika bercuti di kampung.

Sampaikan salam mesra saya kepada keluarga saudari.
Sekian, terima kasih

Sahabatmu,

8 …………………

( KAMALIA BIN NGAH )

9

Surat Pengalaman ARAS 1 Weak

 Pendahuluan :  Mewakili penduduk
 Tidak berpuas hati
 Pengalaman pertama :  Membina premis
 Pengalaman kedua :
perniagaan
 Pengalaman ketiga:  Di taman perumahan
 Pengalaman keempat
kami
 Kesimpulan / penutup :
 Di dalam dusun datuk.

 memancing ikan di tepi
sungai

 membuat layang-layang

 menanam sayur

 coretkan
pengalaman
ketika bercuti di
kampung.

Surat Pengalaman ARAS 2 Average Level

 Pendahuluan :
Tujuan menulis surat

o Pengalaman pertama

o Pengalaman kedua

o Pengalaman ketiga

o Pengalaman keempat

 Penutup / Kesimpulan
Harapan
Cadangan

Surat Pengalaman ARAS 3 Strong

Pendahuluan

o Pengalaman
o Pengalaman

o Pengalaman

o Pengalaman

Kesimpulan

Senarai Semak Penulisan Format
Surat Kiriman Tidak Rasmi

Bil Format Semak Semak
Kendiri Rakan
1 Nama dan alamat pengirim (kanan)
2 Tarikh (kanan).
3 Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata

pujian.

4 Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke

garisan tepi dan koma)

5 Perenggan isi menyatakan tujuan surat itu

ditulis

6 Isi – setiap isi ditulis dalam satu perenggan

dan dimulakan dari tepi kanan surat.

7 Penutup
8 Tandatangan pengirim (kanan).
9 Nama pengirim – ditulis dengan huruf besar

di bawah tandatangan (di dalam kurungan)

Borang Senarai Semak

Bil Perkara Self Peer
Checklist Chekclist
1. Tujuan
2. Format surat tidak rasmi
3. Pendahuluan surat
4. Isi – Pengalaman 1

Isi – Pengalaman 2
Isi – Pengalaman 1
Isi – Pengalaman 2
5. Penutup / kesimpulan
6. Penanda Wacana
7. Ejaan
8. Tatabahasa
9. Tanda baca
10. Struktur ayat
11. Keseimbangan perenggan
12. Kematangan fikiran (HOD)
13. Tulisan
14. Jumlah perkataan

Soalan 1 : Tandakan ( Ya / Tidak ) dalam soalan – soalan di bawah tentang format
Surat Kiriman Tidak Rasmi.

Soalan 2 : Tulis satu surat kiriman tidak rasmi berdasarkan salah satu soalan – soalan
di bawah.

1. Sekolah anda telah menjayakan progran Minggu Bahasa Melayu anjuran Panitia
dan Persatuan Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan. Tulis
sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan Program Minggu Bahasa
Melayu tersebut. ( Ya / Tidak )

2. Anda telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun
hasil daripada persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan tersebut. Tulis
sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan persediaan yang telah anda
lakukan. Sediakan surat anda selengkapnya. ( Ya / Tidak )

3. Terdapat sebuah kilang berhampiran dengan kediaman anda telah membuang sisa
buangan kilang sewenang-wenangnya yang menyebabkan kawasan di sekitar anda
tercemar. Anda ingin membuat aduan kepada pihak berkuasa berkenaan dengan
tindakan pengusaha kilang tersebut. Tulis surat anda selengkapnya.
( Ya / Tidak )

4. Anda telah bersepakat dengan ahli-ahli persatuan Kelab Pencinta Alam untuk
mengadakan lawatan ke Taman Negara untuk tujuan lawatan sambil belajar. Anda
ingin mendapatkan kebenaran daripada pihak taman tersebut untuk menyatakan
hasrat kelab anda itu. Tulis sepucuk surat anda selengkapnya.
( Ya / Tidak )

5. Program Keceriaan Kampung akan dilaksanakan di kawasan tempat tinggal anda.
Selaku wakil penduduk, anda diminta untuk menulis sepucuk surat kepada Wakil
Rakyat bagi memaklumkan tujuan program dan memohon bantuan untuk menjayakan
program tersebut.

( Ya / Tidak )

Penilaian Bilik Darjah (PBD)

Penyataan Tahap Penguasaan Keseluruhan
Menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi
(Surat Pengalaman)

Nama Murid:
Tingkatan :
Tarikh :

Tahap Tafsiran Next Step

1 Murid mempamerkan tahap pengetahuan penulisan surat tidak rasmi
Sangat yang sangat lemah. Tahap pengetahuan Bahasa dan kecekapan
Terhad berbahasa sangat lemah dan terhad. Murid memerlukan banyak
bimbingan dan latihan.

2 Muird mempamerkan tahap pengetahuan penulisan surat tidak rasmi
Terhad yang lemah. Tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa
yang lemah dan terhad. Memerlukan sedikit bimbingan dan latihan.

3 Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan penulisan surat
Memuaskan tidak rasmi yang sederhana. Tahap pengetahuan bahasa dan
kecekapan berbahasa yang sederhana serta daapat mengungkapkan
idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan.

4 Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan penulisan surat
Baik tidak rasmi yang baik. Tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa berada pada tahap yang baik dan dapat mengaplikasikan
pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya mengungkapkan
idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, dan mengamalkan
pembelajaran kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa.

5 Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan penulisan surat
Sangat Baik tidak rasmi yang jitu dan tepat. Tahap pengetahuan bahasa dan
kecekapan berbahasa yang tinggi , berupaya mengungkapkan idea
dengan jelas dan terperinci serta dapat menerangkannya secara lisan
dengan efektif. Menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif
serta mengamalkan penulisan surat rasmi secara kendiri dengan
menggunakan laras bahasa yang tepat.

6 Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan penulisan surat
Cemerlang tidak rasmi yang cemerlang. Tahap pengetahuan bahasa dan
kecekapan berbahasa yang cemerlang dan konsisten, berupaya
mengungkapkan idea dengan jelas, terperinci dan tersusun,
menguasai kemahiran berfikir yang kritis, kreatif dan inovatif serta
dapat menghuraikannya secara lisan dengan efektif dan penuh
keyakinan. Selain itu, murid dapat menulis surat rasmi yang berkualiti
secara kendiri dan menjadi model teladan kepada murid lain dalam
penulisan surat tidak rasmi dan kemahiran bahasa.

Tandatangan
Guru

Nama Guru

STANDARD PRESTASI KEMAHIRAN MENULIS

TAHAP PENYATAAN

PENGUASAAN

1 Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dan menghasilkan

Sangat Terhad penulisan, mencatat maklumat daripada

pelbagai bahan, serta mengenal

pasti kesalahan bahasa pada tahap

sangat terhad.

2 Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dan menghasilkan penulisan, mencatat

Terhad maklumat daripada pelbagai bahan, serta mengenal pasti kesalahan bahasa pada

tahap terhad.

3 Menulis ungkapan, ayat, pendapat, meramal, melengkapkan maklumat dan

Memuaskan menghasilkan penulisan yang lengkap, mengolah pelbagai bahan dan maklumat,

serta menganalisis kesalahan bahasa dengan betul menggunakan ayat yang

gramatis dan mengikut konteks pada

tahap memuaskan.

4 Menulis ungkapan, ayat, pendapat, meramal, melengkapkan maklumat dan

Baik menghasilkan penulisan yang lengkap, mengolah pelbagai bahan dan maklumat,

serta menganalisis kesalahan bahasa dengan betul menggunakan ayat yang

gramatis dan mengikut konteks pada

tahap kukuh.

5 Menulis ungkapan, ayat, pendapat, meramal, melengkapkan maklumat dan

Sangat Baik menghasilkan penulisan yang lengkap, mengolah pelbagai bahan dan maklumat,

serta menganalisis kesalahan bahasa dengan betul menggunakan ayat yang

gramatis dan mengikut konteks pada

tahap tekal dan terperinci.

6 Menulis ungkapan, ayat, pendapat, meramal, melengkapkan maklumat dan

Cemerlang menghasilkan penulisan yang lengkap, mengolah pelbagai bahan dan maklumat,

serta menganalisis kesalahan bahasa dengan betul menggunakan ayat yang

gramatis dan mengikut konteks pada

tahap tekal, terperinci dan menjadi teladan.

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3

Kemahiran Menulis

Karangan
Berformat Catatan Harian

KARANGAN BERFORMAT CATATAN HARIAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah Gaya LeapEd
Penilaian Bilik Darjah (PBD)

Standard Standard Standard Prestasi LO  Merangka format
Kandungan khusus karangan
Pembelajaran catatan harian

 Menulis karangan
catatan harian ketika
bercuti di kampung.

3.4 3.4.1  Murid dapat SC 1. Mencatatkan hari,
Menulis untuk Menulis merangka tarikh, dan masa
menghasilkan kerangka format sesuatu peristiwa
sesuatu penulisan catatan atau aktiviti.
penulisan dengan harian
secara menyusun isi 2. Catatan disusun
terancang. secara a) Tarikh dan mengikut urutan.
terancang. hari
3. Catatan ringkas
b) Masa tetapi padat dan isi
mengikut tidak perlu dihuraikan
turutan panjang lebar.

c) Aktiviti
mengikut
masa

Murid dapat Murid dapat
menulis merangka
karangan format khusus
catatan harian karangan
mengikut catatan
format yang harian.
betul.

Karangan Berformat Catatan Harian
1.Catatan harian mesti mengandungi hari, tarikh, dan masa sesuatu peristiwa atau aktiviti.
2.Catatan disusun mengikut turutan.
3.Catatan ringkas tetapi padat dan isi tidak perlu dihuraikan panjang lebar.
4.Penggunaan bahasa haruslah tepat, mudah dan padat.

Karangan catatan harian mempunyai format khusus seperti berikut:-

_________________ catatan
____________________________________________________________ aktiviti yang
____________________________________________________________ dilakukan
____________________________________________________________
mengikut
masa

__________________ Tarikh, hari, dan masa mengikut turutan

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

___________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

Kemahiran Menulis : Menganalisis Soalan

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu 3.4.1 Menulis kerangka penulisan dengan

penulisan secara terancang. menyusun isi secara terancang.

Soalan :

Kamu telah bercuti di kampung datuk kamu selama empat hari. Tulis catatan harian tentang aktiviti
kamu ketika berada di sana.
Analisis soalan:

Format

Kata kunci  Masa, tarikh dan hari.
 Aktiviti ketika bercuti di kampung.

Fokus Catatan Harian  Bertolak ke kampung
 Pergi ke dusun buah-buahan
 Berkelah di sungai
 Menghadiri jamuan perkahwinan

Contoh Karangan Catatan Harian

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu 3.4.1 Menulis kerangka penulisan dengan

penulisan secara terancang. menyusun isi secara terancang.

Isnin, 20 Januari 2020

Pada pagi ini kami sekeluarga telah bertolak ke kampung untuk menziarahi datuk dan nenek.
Tepat pada pukul 9.00 pagi, kami sudah berada di dalam perut kereta Ferari milik ayah. Ayah
memandu kereta dengan cermat. Pada pukul 6.00 petang, kami sampai di rumah datuk dan nenek.
Aku berlari memeluk datuk dan nenek kerana aku sangat rindu akan mereka. Kami makan makanan
yang disediakan oleh nenek untuk kami.

Selasa, 21 Januari 2020

Aku pergi ke dusun buah-buahan atuk. Aku bernasib baik kerana musim buah-buahan sudah
bermula. Aku membantu datuk mengutip buah durian dan mengait buah rambutan manakala bapa
mengopek buah durian. Kami makan buah-buahan itu di atas dangau. Aku makan sepuas-puas hati.

Rabu, 22 Januari 2020

Kami pergi ke sebatang sungai yang tidak jauh dari rumah nenek. Air sungai sangat sejuk dan
jernih. Datuk mengajar aku berenang. Adik menggunakan pelampung kerana tidak tahu berenang.
Ayah pula memancing. Beliau dapat menangkap beberapa ekor ikan. Selepas puas berenang, kami
menikmati bekalan yang dibawa di bawah sepohon pokok yang rendang.

Khamis, 23 Januari 2020

Kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku. Majlis perkahwinan sungguh meriah.
Rumah sepupuku dihias dengan renda-renda yang berwarna biru dan putih. Pelbagai juadah telah
dihidangkan untuk tetamu. Ketibaan rombongan pengantin diiringi oleh paluan kompang dan bunga.
Aku merasa sungguh gembira pada hari ini.

Karangan Catatan Harian LEMAH
ARAS 1

Isnin, 20 Januari 2020

ISI 1

 Bertolak tepat pukul 9.00 pagi ke kampung menziarahi datuk dan nenek
 Menaiki kereta Ferari milik ayah
 Pukul 6.00 petang sampai di rumah datuk dan nenek
 Memeluk datuk dan nenek kerana rindu akan mereka
 Makan makanan yang disediakan oleh nenek

Selasa, 21 Januari 2020

ISI 2

 Pergi ke dusun buah-buahan atuk
 Musim buah-buahan baru bermula
 Membantu datuk mengutip buah durian dan mengait buah rambutan
 Makan sepuas-puas hati

Rabu, 22 Januari 2020

Khamis, 23 Januari 2020

ISI 3

 Berkelah di sebatang sungai
 Air sungai sejuk dan jernih
 Datuk mengajar aku berenang
 Adik menggunakan pelampung kerana tidak tahu berenang
 Ayah memancing
 Menikmati bekalan yang dibawa di bawah sepohon pokok rendang

ISI 4

 Menghadiri majlis perkahwinan sepupu
 Rumah sepupu aku dihias dengan renda-renda berwarna biru dan putih
 Pelbagai juadah dihidangkan untuk tetamu
 Rombongan pengantin diiringi oleh paluan kompang dan bunga
 Merasa gembira pada hari ini

ARAS 2 SEDERHANA

Isnin, 20 Januari 2020

ISI 1

 Bertolak tepat pukul 9.00 pagi
 Menaiki kereta
 Pukul 6.00 petang sampai
 Memeluk datuk dan nenek
 Makan makanan yang disediakan oleh nenek

Selasa, 21 Januari 2020

ISI 2

 Pergi ke dusun datuk
 Musim buah-buahan
 Membantu datuk mengutip buah
 Makan sepuas-puas hati

Rabu, 22 Januari 2020

Khamis, 23 Januari 2020

ISI 3

 Berkelah di sebatang sungai
 Air sungai sejuk dan jernih
 Datuk mengajar aku berenang
 Adik menggunakan pelampung
 Ayah memancing
 Menikmati bekalan yang dibawa

ISI 4

 Menghadiri majlis perkahwinan sepupu
 Rumah sepupu dihias cantik
 Pelbagai juadah
 Rombongan pengantin diiringi oleh paluan kompang dan bunga
 Merasa gembira

ARAS 3 CEMERLANG

Isnin, 20 Januari 2020

ISI 1
 Bertolak ke kampung mengunjungi rumah datuk dan nenek

Selasa, 21 Januari 2020 ISI 2
 Pergi ke dusun datuk

Rabu, 22 Januari 2020

ISI 3

 Berkelah di sebatang sungai

Khamis, 23 Januari 2020

ISI 4
 Menghadiri majlis perkahwinan sepupu

Senarai Semak Penulisan karangan
Catatan Harian

Bil Format Semak Semak
Kendiri Rakan
A MASA
B TARIKH
C HARI

D CATATAN HARIAN ( AKTIVITI )

Borang Senarai Semak Self Peer
Bil Perkara Checklist Checklist
1. Masa
2. Tarikh
3. Hari
4. Isi 1- catatan harian

Isi 2- catatan harian
Isi 3- catatan harian
Isi 4- catatan harian
5. Ejaan
6. Tatabahasa
7. Tanda baca
8. Struktur ayat
11. Keseimbangan perenggan
12. Kematangan fikiran (HOD)
13. Tulisan
14. Jumlah perkataan

Penilaian Bilik Darjah (PBD)

Penyataan Tahap Penguasaan Keseluruhan
Menulis Karangan Catatan Harian
(Aktiviti Pulang ke Kampung)

NAMA :
TINGKATAN :
TARIKH :

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN

1 Murid mempamerkan kebolehan menulis dan mengedit untuk
Sangat Terhad menyampaikan maklumat; serta menghasilkan penulisan kreatif dalam
pelbagai genre dengan menggunakan sistem bahasa yang betul pada
tahap sangat terhad.

2 Murid mempamerkan kebolehan menulis dan mengedit untuk
Terhad menyampaikan maklumat; serta menghasilkan penulisan kreatif dalam
pelbagai genre dengan menggunakan sistem bahasa yang betul pada
tahap terhad.

3 Murid mempamerkan kebolehan menulis dan mengedit untuk
Memuaskan menyampaikan maklumat; serta menghasilkan penulisan kreatif dalam
pelbagai genre dengan menggunakan sistem bahasa yang betul pada
tahap memuaskan.

4 Murid mempamerkan kebolehan menulis dan mengedit untuk
Baik menyampaikan maklumat; serta menghasilkan penulisan kreatif dalam
pelbagai genre dengan menggunakan sistem bahasa yang betul pada
5 tahap kukuh.
Sangat Baik
Murid mempamerkan kebolehan menulis dan mengedit untuk
menyampaikan maklumat; serta menghasilkan penulisan kreatif dalam
pelbagai genre dengan menggunakan sistem bahasa yang betul pada
tahap kekal dan terperinci.

6 Murid mempamerkan kebolehan menulis dan mengedit untuk
Cemerlang menyampaikan maklumat; serta menghasilkan penulisan kreatif dalam
pelbagai genre dengan menggunakan sistem bahasa yang betul pada
tahap tekal, terperinci dan menjadi teladan.

Tandatangan Guru
Nama Guru

Bahasa Melayu

Tingkatan 4 dan 5

Kemahiran Menulis
KARANGAN JENIS

LAPORAN

Karangan Laporan (Report Essay) Tingkatan: 4 & 5

Kurikulum Standart Sekolah Menengah KSSM

Penilaian Bilik Darjah (PBD)  Merangka
format khusus
Standard Standard Standard LO karangan
laporan.
Kandungan Pembelajaran Prestasi
 Menulis lapora
3.4 3.4.1  Murid dapat SC aktiviti
Menulis untuk Menulis persatuan.
menghasilkan kerangka merangka format
sesuatu dengan 13. Menulis tajuk
penulisan menyusun dan karangan laporan laporan.
secara menganalisis isi
terancang. penting secara yang merangkumi : 14. Menggaris tajuk
terancang. laporan.
l) Tajuk laporan
Menulis untuk (digariskan) 15. Menulis isi surat.
menghasilkan 16. Menurunkan
pelbagai jenis m) Isi
karangan yang n) Tandatangan tandatangan.
lengkap dengan o) Nama jawatan 17. Menulis nama
menggunakan p) Tarikh
bahasa jawatan.
berbudaya. 18. Menulis tarikh
19. Menulis laporan

aktiviti persatuan.

 Murid dapat
menulis laporan
aktiviti persatuan.

Murid dapat Murid dapat

menulis merangka

laporan dengan format khusus

format yang laporan.

betul.

Karangan Jenis Laporan

1. Karangan jenis laporan ialah mengkehendaki melaporkan sesuatu peristiwa yang
didengar atau dilihat.

2. Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.

3. Semasa membuat karangan berbentuk laporan, hendaklah mengutamakan butir-butir
yang munasabah atau lojik.

4. Terdapat beberapa jenis laporan, antaranya ialah :
a) Laporan aktiviti persatuan
b) Laporan aktiviti perayaan
c) Laporan aktiviti sambutan
d) Laporan aktiviti perasmian
e) Laporan aktiviti lawatan ke sesuatu tempat

a) Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah
penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mestilah berjawatan
setiausaha.

b) Untuk laporan lawatan pula, tulis apa yang dilihat, dirasa dan dialami serta kesan
lawatan terhadap pembelajaran.

c) Gunakan bahasa yang ringkas dan padat.

Karangan jenis laporan mempunyai format khusus seperti yang berikut :-

Tajuk laporan -

Ditulis

dengan huruf A
besar pada setiap

awal kata dan

digaris atau ditulis

dengan huruf besar

semuanya. Tajuk

hendaklah ditulis

ditengah-

tengah.Boleh ditulis

dalam dua baris

jika tajuk terlalu

panjang.

Isi – isi merangkumi
pendahuluan, isi,
dan penutup.

B
F

Pengakuan C D
Pengirim F Tarikh

Tandatanga E )
n Pelapor \
I
Nama Pelapor
F(
Nama Jawatan
dan Persatuan G

Kemahiran Menulis : Menganalisis soalan

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.4 Menulis untuk menghasilkan 3.4.1 Menulis kerangka karangan
sesuatu penulisan secara terancang. dengan menyusun dan menganalisis isi
penting secara terancang.

Soalan :

Andaikan bahawa anda setiausaha persatuan Bahasa Melayu di sekolah anda.
Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah
dijalankan oleh persatuan tersebut .Sediakan laporan itu selengkapnya.

Analisis Soalan : laporan
Format  Penubuhan persatuan.
 Anggota persatuan.
Kata kunci  Tujuan penubuhan.
 Menulis esei
Fokus Laporan  Ceramah
 Minggu bahasa
 Lawatan sambil belajar
 Faedah lawatan

Contoh laporan aktiviti persatuan (association activity report)

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan

penulisan secara terancang. karangan dengan wacana yang lengkap,

bahasa yang gramatis dan ungkapan

yang menarik.

A Laporan Kegiatan Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka

Persatuan Bahasa Melayu dibentuk pada tahun 2006.Anggota-anggota persatuan ini
berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima.
Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat
tentang pelajaran masing-masing. Perjumpaan telah diadakan pada setiap hari selasa
semasa waktu kokurikulum.

Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1999.Kegiatan-
kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami
jalankan ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang Bahasa Melayu”.Sambutan yang diberikan
terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Anis
B
Syakirah binti Awang, pelajar tingkatan lima sains.Peraduan ini juga mendapat sambutan
dalam kalangan pelajar menengah bawah.

Kami juga menganjurkan ceramah tentang kebaikan dan kepentingan Bahasa Melayu
.Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaya. Selain itu ,kami turut
mengadakan minggu Bahasa dan berkolaborasi dengan persatuan Bahasa Inggeris. Antara
aktiviti yang dijalankan ialah kuiz bahasa melayu, permainan bahasa, dan pertandingan
shahiba. Kami juga turut menubuhkan pasukan koir dan selalu membuat persembahan
semasa sambutan hari guru dan mewakili sekolah dalam bicara berirama di peringkat daerah.

Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur. Kami juga berpeluang untuk berkunjung ke Universiti

Islam Antarabangsa (UIA) yang terletak di Bangi.Pelajar yang terpilih untuk mengikuti lawatan
ini terdiri daripada ahli jawatankuasa, pelajar yang mendapat A dalam PT3 1998. Terdapat
banyak faedah yang diperolehi melalui lawatan sambal belajar ini, iaitu pengetahuan tentang
keunggulan bahasa melayu yang dijalankan oleh pihak Institusi bahasa di situ serta
menyuntik semangat untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat menjejakkan kaki ke
universiti.

Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang telah jalankan
.Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu Wan Puziah dan Cikgu Hamidah
yang banyak memberikan bimbingan kepada kami. Kami berharap supaya banyak lagi aktiviti
menarik yang dapat dijalankan oleh persatuan Bahasa Melayu di sekolah ini serta dapat
menarik lebih ramai pelajar untuk menyertai persatuan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Paka ini.

Sekian, terima kasih.

C Disediakan oleh, D
02 Mei 1999

Farah Najwa E

F (Farah Najwa bt. Azman)

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Paka,Dungun,Terengganu. G

Laporan aktiviti ARAS 1 Weak
persatuan
 Ahli jawatankuasa
 Pendahuluan :  Sejarah penubuhan
 Jumlah ahli
 Isi 1 :  Tujuan aktiviti yang

 Isi 2 : dijalankan
 Menceritakan kegiatan
 Isi 3 :
 Kesimpulan / penutup : yang dijalankan
sepanjang tahun 1999.
 Peraduan menulis esei.

 Ceramah tentang
kebaikan dan
kepentingan bahasa
melayu

 Minggu bahasa
  PaLsauwkaatnankokier. Dewan

Bahasa dan Pustaka
 Faedah yang diperolehi

daripada lawatan tersebut

 Menyatakan perasaan
terhadap aktiviti yang
dijalankan

 Mengucapkan
penghargaan kepada
guru-guru penasihat

Laporan aktiviti ARAS 2 Average Level
persatuan

 Pendahuluan :

Sejarah penubuhan
persatuan

o Isi 1 – kegiatan-kegiatan
sepanjang tahun

o Isi 2 – aktiviti-aktiviti yang
dijalankan

o Isi 3 – lawatan sambal belajar
dan faedah

 Penutup / Kesimpulan
o Harapan
o Penghargaan
kepada guru

Laporan aktiviti ARAS 3 Strong
persatuan

Pendahuluan

o Isi 1
o Isi 2
o Isi 3

Penutup / Kesimpulan


Click to View FlipBook Version