Senarai Semak Penulisan Format
Karangan Jenis Laporan
Bil Format Semak Semak
Kendiri Rakan
A Tajuk laporan : Ditulis dengan huruf besar pada
setiap awal kata dan digaris atau ditulis dengan
huruf besar semuanya. Tajuk ditulis di tengah-
tengah.
B Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan
diakhiri dengan penutup
C Pengakuan pelapor: Ditulis di sebelah
kiri selepas perenggan terakhir.
D Tarikh : Ditulis di sebelah
kanan laporan,setentang dengan pengakuan
pelapor.
E Tandatangan pelapor : Ditulis di sebelah
kiri bahagian bawah selepas pengakuan
pelapor.
F Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di
dalam kurungan selepas tandatangan.
G Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian
bawah laporan dan dibubuh tanda koma di
hujungnya .Seterusnya ditulis nama persatuan
yang diwakili.
Borang Senarai Semak
Bil Perkara Self Peer
Checklist Chekclist
1. Takrif laporan persatuan
2. Format karangan jenis laporan
3. Pendahuluan laporan
4. Isi 1
Isi 2
Isi 3
5. Penutup / kesimpulan
6. Penanda Wacana
7. Ejaan
8. Tatabahasa
9. Tanda baca
10. Struktur ayat
11. Keseimbangan perenggan
12. Kematangan fikiran (HOD)
13. Tulisan
14. Jumlah perkataan
Penilaian Bilik Darjah (PBD)
Penyataan Tahap Penguasaan Keseluruhan
Menulis Karangan Jenis Laporan (Laporan Aktiviti Persatuan)
Nama Murid:
Tingkatan :
Tarikh :
Tahap Tafsiran Next Step
1 Murid mempamerkan tahap pengetahuan penulisan laporan yang
Sangat sangat lemah. Tahap pengetahuan Bahasa dan kecekapan berbahasa
Terhad sangat lemah dan terhad. Murid memerlukan banyak bimbingan dan
latihan.
Muird mempamerkan tahap pengetahuan penulisan laporan yang
2 lemah. Tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang
Terhad lemah dan terhad. Memerlukan sedikit bimbingan dan latihan.
Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan penulisan laporan
3 yang sederhana. Tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan
Memuaskan berbahasa yang sederhana serta daapat mengungkapkan idea serta
menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan.
4 Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan penulisan laporan
Baik yang baik. Tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa
berada pada tahap yang baik dan dapat mengaplikasikan pengetahuan
bahasa dengan berkesan, berupaya mengungkapkan idea, menguasai
kemahiran berfikir yang kritis, dan mengamalkan pembelajaran kendiri
secara minimum dalam kemahiran bahasa.
5 Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan penulisan laporan
Sangat Baik yang jitu dan tepat. Tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan
berbahasa yang tinggi , berupaya mengungkapkan idea dengan jelas
dan terperinci serta dapat menerangkannya secara lisan dengan
efektif. Menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif serta
mengamalkan penulisan laporan secara kendiri dengan menggunakan
laras bahasa yang tepat.
Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan penulisan laporan
6 yang cemerlang. Tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan
Cemerlang berbahasa yang cemerlang dan konsisten, berupaya mengungkapkan
idea dengan jelas, terperinci dan tersusun, menguasai kemahiran
berfikir yang kritis, kreatif dan inovatif serta dapat menghuraikannya
secara lisan dengan efektif dan penuh keyakinan. Selain itu, murid
dapat menulis surat rasmi yang berkualiti secara kendiri dan menjadi
model teladan kepada murid lain dalam penulisan laporan dan
kemahiran bahasa.
Tandatangan
Guru
Nama Guru
KEMAHIRAN
MENULIS
KARANGAN
BERITA
1
Karangan Berita Tingkatan : 3
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Gaya LeapEd
Penilaian Bilik Darjah ( PBD )
LO Merangka
format
Standard Standard Standard Prestasi karangan
Kandungan berita
Pembelajaran
Menulis berita
kemalangan
3.4. 3.4.1 SC 1. Tajuk berita
Menulis untuk Menulis Murid dapat terletak di
menghasilkan kerangka bahagian
sesuatu penulisan merangka paling atas
penulisan dengan format teks.
secara menyusun isi karangan
terancang secara berita yang 2. Pembukaan
terancang. merangkumi : berita terdiri
a) Nama daripada
Menulis untuk tempat nama,tempat
menghasilkan b) Tarikh dan tarikh.
sesuatu c) Isi berita
penulisan d) Penutup 3. Kandungan
dengan Murid dapat berita bermula
wacana yang menulis selepas tanda
lengkap serta karangan sempang.
menggunakan berita
bahasa yang kemalangan 4. Penutup berita
kreatif. termasuk
dalam
kandungan
berita sumber.
2
Karangan Berita
1. Karangan jenis berita akan membincangkan tajuk dan peristiwa yang hangat
diperkatakan atau yang menarik perhatian seperti musibah bencana alam,isu
semasa,hiburan,berita sukan luar mahupun dalam Negara.
2. Struktur karangan berita ini mempunyai tajuk,nama tempat dan hari.Pastikan
berita yang ditulis mempunyai tiga perkara ini iaitu pendahuluan, isi dan
penutup.
3. Isi boleh diolah berdasarkan pendapat sendiri atau boleh berdasarkan kisah
yang ingin dilaporkan.Isi karangan boleh terdiri daripada data,hasil
penyelidikan,statistik atau cadangan.
4. Karangan berita ini haruslah dianggap akan terpampang di akhbar,oleh itu
segala maklumat hendaklah benar dan dapat menarik minat para pembaca.
Format Karangan Berita
1. Karangan jenis berita bertujuan untuk memberikan maklumat dan
pengetahuan tentang sesuatu peristiwa penting kepada pembaca.
2. Terdapat beberapa jenis berita seperti:
a) Berita sukan
b) Jenayah
c) Kemalangan
d) Hiburan
e) Hal ehwal semasa
3. Isi karangan berita berkisar tentang lima perkara iaitu:
a) Apa
b) Siapa
c) Bila
d) Dimana
e) Mengapa
4. Bahasa yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah difahami.
5. Jumlah perenggan tidak dihadkan tetapi sebaik- baiknya setiap isi dalam satu
perenggan.
3
6. Format :
a) Nama tempat
- Ditulis di sebelah kiri perenggan pertama dengan huruf besar dan
diikuti tanda koma.Contohnya :KUALA TERENGGANU,
b) Tarikh
- Ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang (-) .
Contohnya :KUALA TERENGGANU, 13 MAC-
c) Isi berita
- Didahului dengan isi utama dan isi-isi yang kurang penting
dikemudiankan.
d) Penutup
- Ringkas dan padat.
Karangan Berita
Jenis Situasi
Kebakaran,banjir,kemalangan,rompakan Aktiviti,Peristiwa:
dan lain-lain Hari Sukan,Hari Guru dan lain-
lain
Perenggan 1 Apa,bila,di mana,masa Apa,bila.di mana.masa
Perenggan 2
Perenggan 3 Siapa terlibat,nama,umur Upacara perasmian,aktiviti
Perenggan 4 Bagaimana terjadi,punca-ceritakan Acara dijalankan-nyatakan 4
Perenggan 5 kejadian tersebut Aktiviti
Perenggan 6 Bantuan,tindakan-orang Lanjutan acara/aktiviti
ramai,polis,ambulans,bomba dijalankan + huraian
Kesan kejadian-apa kesudahan Siapakah yang menyampaikan
mangsa-kerugian hadiah ?
Penutup ( nasihat polis ) Upacara penutup- bersurai
4
Contoh karangan Kebakaran
Kata Kunci Contoh Ayat
Perenggan 1 Apa,bila,di mana,masa SONG,Sabtu- Dua buah rumah
panjang di kawasan Nanga
Embuau hangus dijilat api dalam
suatu kebakaran pada pukul 11.30
malam tadi.
Perenggan 2 Siapa terlibat,nama,umur Kebakaran itu telah menyebabkan
sebanyak 40 buah keluarga
kehilangan tempat tinggal.Ketika
itu,semua pengguni sedang tidur
dan hanya beberapa orang sahaja
yang berjaga.
Perenggan 3 Bagaimana terjadi,punca- Menurut saksi,iaitu salah seorang
ceritakan kejadian tersebut penduduk di situ,Encik Nyitong
AnakUngai berkata, dia bergegas
ke tempat kejadian sebaik
ternampak kepulan asap di
udara.Ketika itu,dia sedang
mengait jala di tebing sungai.
Perenggan 4 Bantuan,tindakan-orang Penduduk dari kawasan rumah
ramai,polis,ambulans,bomba panjang yang lain juga turut datang
membantu sebaik ternampak api
dan mendengar jeritan orang
meminta tolong.Mereka berusaha
5
memadamkan api dengan
menggunakan air sungai dan
pasir.Pihak bomba tidak dapat
datang pada malam itu kerana
kawasan tersebut tidak mempunyai
jalan darat sebaliknya hanya
menggunakan laluan sungai.
Perenggan 5 Kesan kejadian-apa Keesokan harinya,Penolong
kesudahan si mangsa- Penguasa Bomba,Encik Amando
kerugian Henry yang ditemui berkata
kebakaran berpunca daripada ubat
nyamuk.Kemungkinan angina kuat
menyebabkan langsir terkena pada
nyalaan api ubat nyamuk.Kesemua
rumah hangus dijilat api.Namun
begitu,tiada kecederaan dan
kemalangan jiwa dilaporkan.
Perenggan 6 Penutup/kesudahan cerita Kesemua mangsa kebakaran akan
( nasihat ) ditempatkan di dewan rakyat
sementara menunggu rumah baru
dibina.Pengawai Daerah dan orang
ramai turut menghulurkan bantuan
berupa barangan dan makanan
kepada mangsa kebakaran.Pihak
bomba juga menasihatkan orang
ramai agar tidak cuai pada masa
akan datang.
6
Kemahiran Menulis : Menganalisis soalan
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu 3.4.1. Menulis kerangka karangan
penulisan secara terancang dengan menyusun dan menganalisis isi
penting secara terancang.
Soalan:
Anda sebagai pemberita, sila laporkan berita yang selengkapkan mengenai kejadian
tanah runtuh di Bukit Jelutong telah mendapat perhatian orang ramai mengenai isu
ini.
Analisis soalan :
Format Karangan Berita
Kata kunci Kejadian tanah runtuh berlaku di
Bukit Jelutong jam 2.00 pagi
ketika mangsa nyenyak tidur
Punca kejadian dipercayai
berkaitan dengan projek
pembinaan di lereng bukit.
Terdapat mangsa maut dalam
kejadian tersebut.
Fokus berita Menyiasat kejadian tanah runtuh
dengan lebih terperinci.
7
Contoh Berita Kemalangan
BUKIT JELUTONG, 24 Mac- Empat orang penduduk maut selepas rumah yang
didiami tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Jelutong jalan keluar menghala
ke arah Lebuh Raya Lembah Klang.Kejadian tanah runtuh itu berlaku kira- kira jam
2.00 pagi ketika semua penghuni sedang nyenyak tidur.
Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ),telah mengenalpasti punca kejadian
yang berlaku akibat daripada pergerakan bawah tanah.Hujan yang berpanjangan
sepanjang hari dan berterusan telah memburukkan lagi keadaan hingga terjadinya
tanah runtuh.Menurut penduduk punca kejadian tersebut juga dipercayai berkaitan
dengan projek pembinaan di lereng bukit tepi jalan Bukit Jelutong.
Usaha pencarian mangsa yang tersekat masih diteruskan oleh pasukan khas
SMART.Operasi mencari mangsa menjadi sukar kerana cuaca hujan ditambah banjir
yang berterusan tanpa henti.
Mangsa-mangsa kejadian telah ditempatkan di pusat penempatan yang
berhampiran.Terdapat juga beberapa orang yang menumpang di rumah saudara
mara.Wang pampasan ganti rugi dan bantuan wang serta kemudahan infrastruktur
asas akan diberikan oleh pihak kerajaan.Jumlah kos kemusnahan masih lagi dalam
siasatan.
Sehubungan dengan itu,penubuhan satu jawatankuasa khas telah diwujudkan bagi
menyiasat kejadian tanah runtuh dengan lebih terperinci.Oleh kerana tidak memiliki
sijil permit pembinaan yang sah,projek pembinaan di lereng telah pun diberhentikan
oleh pihak berkuasa.
8
Senarai Semak Karangan Berita
Bil Format Semak kendiri Semak Rakan
1 Nama tempat – ditulis di sebelah
kiri perenggan pertama dengan
huruf besar dan diikuti tanda
koma.
2 Tarikh- ditulis selepas nama
tempat dan bubuh tanda sempang
(-).
3 Isi berita- Didahului dengan isi
utama dan isi-isi yang kurang
penting dikemudiankan.
4 Penutup- ringkas dan padat.
9
Penilaian Bilik Darjah ( PBD )
Pernyataan Tahap Penguasaan Keseluruhan
Menulis Karangan Berita
Nama Murid :
Tingkatan :
Tarikh :
TAHAP PENYATAAN Next Step
PENGUASAAN
Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul,
1 meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan
Sangat Terhad grafik,
membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan
2 menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta
Terhad mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan
gramatis pada tahap sangat terhad.
3 Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul,
Memuaskan meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan
grafik,
4 membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan
Baik menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta
mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan
5 gramatis pada tahap terhad.
Sangat Baik Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul,
meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan
grafik,
membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan
menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta
mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan
gramatis pada tahap memuaskan.
Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul,
meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan
grafik,
membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan
menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta
mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan
gramatis pada tahap kukuh.
Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul,
meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan
grafik,
membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan
menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta
mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan
gramatis pada tahap tekal dan terperinci.
10
6 Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul,
Cemerlang meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan
grafik,
membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan
menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta
mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan
gramatis pada tahap tekal, terperinci dan menjadi
teladan.
Tandatangan
Guru
Nama Guru
11
12
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2
Kemahiran Menulis
Karangan
Berformat Ucapan
13
KARANGAN BERFORMAT UCAPAN
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Gaya LeapEd
Penilaian Bilik Darjah (PBD)
LO Merangka format
Standard Standard Standard Prestasi khusus karangan
Kandungan Ucapan
Pembelajaran
Menulis karangan
ucapan Sempena
Hari Guru.
3.4 3.4.1 Murid dapat SC 1. Menulis kata alu-
merangka aluan kepada para
Menulis untuk Membina Format hadirin mengikut
menghasilkan kerangka karangan protokol.
perenggan karangan ucapan
dan karangan dalam bentuk Yang 2. Menulis kata-kata
Secara grafik secara merangkumi Penghadapan
terancang. terancang. contoh : “hadirin
a) Kata alu- yang dihormati”
Menulis untuk aluan kepada
menghasilkan para hadirin 3. Menulis isi-isi
pelbagai jenis penting yang
karangan b) Kata-kata merangkumi :
yang lengkap penghadapan - Pendahuluan isi
dengan Majlis
menggunakan c) Isi-isi ucapan - Isi-isi penting
d) Penutup - Penutup isi
bahasa
berbudaya. 4. Menulis penutup
dalam bentuk
Murid dapat Murid dapat ucapan :
Menulis merangka - Mohon maaf
karangan format khusus - Tanda
Ucapan karangan penghargaan
Mengikut ucapan. - Ucapan terima
format yang Kasih
betul. - Pantun,puisi,kat
a-kata indah
2
14
Karangan Berformat Ucapan
1. Tujuan ditulis untuk menyatakan rasa terima kasih, mengalu-alukan atau meraikan
seseorang atau tetamu undangan dalam satu majlis, seperti majlis perpisahan, majlis
ulang tahun, majlis perasmian dan sebagainya.
2. Kandungan ucapan berunsur nasihat, peringatan, maklumat kepada hadirin,
selain sanjungan kepada orang yang diraikan.
3. Penggunaan bahasa haruslah tepat, mudah dan padat.
4. Ungkapan yang menarik dan peribahasa amat digalakkan dalam penulisan teks ucapan.
5. Contoh-contoh panggilan untuk kata sambutan.
Pangkat/ Gelaran Cara Menggunakan Panggilan
Yang Di Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Yang Dipertua Negeri baginda Yang Dipertuan Agong
Raja Muda/ Tengku Mahkota Tuan Yang Terutama
Perdana Menteri Malaysia Duli Yang Teramat Mulia
Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat
Menteri Besar / Ketua Menteri Yang Amat Berhormat
Yang Amat Berhormat
Menteri/ Timbalan Yang Amat Berhormat
Wakil Rakyat/Adun
Ahli Dewan Negara/ Senator Yang Berhormat
Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri Yang Berhormat Senator
· Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Berhormat
· Pegawai Kewangan Negeri Yang Amat Arif Tun/ Tan Sri Datuk
Yang Berusaha
· Penasihat Undang-Undang
Ketua Hakim Negara
Pengetua/Guru Besar
3
15
Karangan ucapan mempunyai format khusus seperti berikut:-
____________________________________________________________________________ A
____________________________________________________________________________
______________________________________
___________________, B Kata alu-aluan
Kata-kata penghadapan C
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
_______________________
___________________, B Isi-isi ucapan
____________________________________________________________________________ C
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
__________________
____________________________________________________________________________ C
____________________________________________________________________________
______________
___________________, B C
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
________________________________________________
____________________________________________________________________________ D
____________________________________________________________________________
________________________________________________
____________________ D Penutup
4
16
Kemahiran Menulis : Menganalisis Soalan
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.4 Menulis untuk menghasilkan perenggan 3.4.1 Membina kerangka karangan dalam
dan karangan secara terancang.
bentuk grafik secara terancang.
Soalan :
Anda telah terpilih untuk mewakili rakan-rakan anda untuk memberi ucapan dalam perhimpunan
sempena sambutan “Hari Guru” di sekolah anda. Tuliskan ucapan tersebut dengan lengkap.
Analisis soalan:
Format Ucapan
Kata kunci Mewakili murid untuk memberi ucapan
dalam perhimpunan
Ucapan sempena sambutan “Hari
Guru”.
Fokus Ucapan Tetamu yang hadir
Tarikh sambutan “Hari Guru”
Peranan dan jasa guru terhadap
Pelajar
5
17
Contoh Karangan Ucapan Sempena Hari Guru
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.4 Menulis untuk menghasilkan perenggan 3.4.4 Menulis karangan menggunakan ejaan
dan karangan secara terancang. yang betul dan bahasa yang tepat, indah
serta menarik.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua,Guru Penolong
A Kanan, guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat
menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.
Hadirin sekalian, B
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat
C sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu
marilah kita menghargai j
D asa guru.
Rakan-rakan sekalian, B
Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai
kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang
C sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf
,membaca dan mengira.
Guru juga merupakan ibu bapa kepada kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati
C guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala
nasihat mereka.
Rakan sekalian, B
Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia
C mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah
pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.
Sesungguhnya, jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk
D menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan
kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .
Sekian , terima kasih. D
6
18
Karangan Ucapan Sempena Hari Guru Weak
ARAS 1
Pendahuluan Yang Berusaha Tuan
Isi 1 Pengetua,Guru Penolong
Isi 2
Isi 3 Kanan,guru-guru dan rakan
Isi 4 Wakil murid
Penutup
Tarikh 16 Mei “Sambutan
Hari Guru”
Mengenang dan
menghargai jasa guru
Guru mendidik,mengasuh
dan membimbing
Wajar dikenang sepanjang
hayat
Guru merupakan ibu bapa
Mesti menghormati guru
Guru sering memberi
semangat,sedia
mendengar masalah
Pendidik yang berdedikasi
Guru ibarat lilin yang
membakar diri
Ucapan terima
kasih kepada guru
7
19
ARAS 2 Average Level
Pendahuluan Kata alu-aluan
Isi 1 Wakil murid
Isi 2
Isi 3 Sambutan Hari Guru
Isi 4 Mengenang jasa guru
Penutup Peranan guru
Peranan guru
Peranan guru
Kesimpulan jasa guru
Ucapan terima kasih
20
ARAS 3 Strong
Pendahuluan
Isi 1
Isi 2
Isi 3
Isi 4
Penutup
21
Senarai Semak Penulisan karangan
Berformat Ucapan
Bil Format Semak Semak
Kendiri Rakan
A Kata alu-aluan : Perenggan pertama permulaan
karangan.
B Kata-kata penghadapan : Selepas kata alu-aluan,
dan sebelum permulaan setiap isi.
C Isi : Selepas pendahuluan dan sebelum penutup
D Penutup : Selepas isi-isi ucapan
22
Borang Senarai Semak
Bil Perkara Self Peer
1. Tujuan ucapan Checklist Checklist
2. Format karangan ucapan
3. Pendahuluan ucapan
4. Isi 1
Isi 2
Isi 3
Isi 4
5. Penutup/Kesimpulan
6. Penanda Wacana
7. Ejaan
8. Tatabahasa
9. Tanda baca
10. Struktur ayat
11. Keseimbangan perenggan
12. Kematangan fikiran (HOD)
13. Tulisan
14. Jumlah perkataan
23
Penilaian Bilik Darjah (PBD)
Penyataan Tahap Penguasaan Keseluruhan
Menulis Karangan Ucapan
(Sambutan Hari Guru)
NAMA :
TINGKATAN :
TARIKH :
TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 Murid mempamerkan kebolehan menulis dan mengedit untuk
Sangat Terhad menyampaikan maklumat; serta menghasilkan penulisan kreatif dalam
pelbagai genre dengan menggunakan sistem bahasa yang betul pada
tahap sangat terhad.
2 Murid mempamerkan kebolehan menulis dan mengedit untuk
Terhad menyampaikan maklumat; serta menghasilkan penulisan kreatif dalam
pelbagai genre dengan menggunakan sistem bahasa yang betul pada
tahap terhad.
3 Murid mempamerkan kebolehan menulis dan mengedit untuk
Memuaskan menyampaikan maklumat; serta menghasilkan penulisan kreatif dalam
pelbagai genre dengan menggunakan sistem bahasa yang betul pada
tahap memuaskan.
4 Murid mempamerkan kebolehan menulis dan mengedit untuk
Baik menyampaikan maklumat; serta menghasilkan penulisan kreatif dalam
pelbagai genre dengan menggunakan sistem bahasa yang betul pada
tahap kukuh.
5 Murid mempamerkan kebolehan menulis dan mengedit untuk
Sangat Baik menyampaikan maklumat; serta menghasilkan penulisan kreatif dala
pelbagai genre dengan menggunakan sistem bahasa yang betul pada
6 tahap kekal dan terperinci.
Cemerlang
Murid mempamerkan kebolehan menulis dan mengedit untuk
menyampaikan maklumat; serta menghasilkan penulisan kreatif dalam
pelbagai genre dengan menggunakan sistem bahasa yang betul pada
tahap tekal, terperinci dan menjadi teladan.
Tandatangan
Guru
Nama Guru
24