The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul PdP KSSR (Semakan 2017) Sains Tahun 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasinah1979, 2023-04-11 22:37:51

Modul PdP KSSR (Semakan 2017) Sains Tahun 2

Modul PdP KSSR (Semakan 2017) Sains Tahun 2

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) SAINS TAHUN 2 Modul Pengajaran dan Pembelajaran EDISI PERTAMA Bahagian Pembangunan Kurikulum 2018


KANDUNGAN SAINS HAYAT Manusia - Pembiakan…………………………………………………………….. 1 Haiwan – Pembiakan............……………………………………………………. 10 SAINS FIZIKAL Terang dan Gelap ………………………………………………………………. 19 Elektrik...... ………………………………………………………………………. 26 SAINS BAHAN Campuran...... …………………………………………………………………… 37 BUMI DAN ANGKASA Air..............………………………………………………………………………. 44 Udara..............…………………………………………………………………… 56 TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI Set Binaan…..…………………….. …………………………………………… 65


SAINS HAYAT Manusia SAINS TAHUN 2 1 TEMA : Sains Hayat TAJUK : Manusia MASA : 60 minit + 60 minit + 60 minit + 60 minit BILANGAN MURID : STANDARD PEMBELAJARAN : 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3, 3.1.4, 3.1.5 OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan cara manusia membiak. 2. Memerihalkan perubahan yang berlaku pada diri sejak dilahirkan dari aspek saiz, tinggi dan berat. 3. Mengitlak tumbesaran adalah berbeza antara individu. 4. Memerihalkan bahawa anak mewarisi ciri daripada ibu, bapa atau keturunan. 5. Memberi contoh ciri yang diwarisi oleh anak daripada ibu bapa atau keturunan seperti warna kulit, warna anak mata dan jenis rambut. KEMAHIRAN SAINTIFIK : Memerhati, Mengelas, Berkomunikasi EMK : Kreativiti dan inovasi CADANGAN AKTIVITI CATATAN TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 1 1. Murid membuat pemerhatian pada gambar yang ditunjukkan oleh guru tentang sambutan hari lahir. Soalan guru: i. Apakah yang dapat kamu perhatikan pada gambar? ii. Mengapa kamu menyambut hari lahir? 2. Murid diberi penjelasan bahawa hari lahir disambut berdasarkan tarikh murid dilahirkan. 3. Murid diminta membuat pemerhatian dan perbincangan berdasarkan Lembaran kerja 1 tentang situasi keluarga tersebut daripada tahun 2010 hingga 2016. BBM: Gambar, Lembaran kerja 1 - - Guru fokuskan pdp bagi perkenalkan perkataan membiak. TP1: Menyatakan cara manusia membiak.


SAINS HAYAT Manusia SAINS TAHUN 2 2 CADANGAN AKTIVITI CATATAN TAHAP PENGUASAAN Soalan guru: i. Apakah yang dapat kamu perhatikan pada tahun 2010 dan 2016? ii. Adakah keluarga ini bertambah bilangan ahlinya? iii. Mengapakah bilangan ahlinya bertambah? iv. Adakah antara kamu pernah dengar perkataan membiak? v. Bagaimanakah manusia membiak? - Murid bebas memberi jawapan dan fokus kepada pembiakan manusia. Aktiviti 2 : 1. Murid menyatakan perubahan yang berlaku sejak dilahirkan berdasarkan gambar bayi dan orang dewasa menggunakan Lembaran kerja 2. 2. Semua jawapan murid dicatat di papan putih dalam bentuk jadual oleh guru. 3. Murid dikehendaki melengkapkan lembaran kerja 2. BBM Lembaran kerja 2 - KPS: Memerhati TP 2: Memerihalkan perubahan yang berlaku pada diri sejak dilahirkan. Aktiviti 3 : 1. Murid diminta membandingkan saiz tapak tangan, saiz tapak kaki, tinggi dan berat secara berpasangan. a) Lukis tapak tangan kamu dalam Lembaran kerja 3. Bandingkan saiz tapak tangan kamu dengan rakan. Adakah sama saiz? Mengapa? b) Timbang berat kamu. Bandingkan berat kamu dengan rakan. c) Ukur ketinggian kamu. Bandingkan ketinggian kamu dengan rakan. 2. Berdasarkan maklumat, murid dibimbing untuk mengitlak tentang tumbesaran mereka yang berbeza. BBM : Penimbang berat, Lembaran kerja 3 Guru menggunakan buku rekod kesihatan murid. TP 5: Membuat rumusan tumbesaran setiap individu adalah berbeza walaupun pada usia yang sama.


SAINS HAYAT Manusia SAINS TAHUN 2 3 CADANGAN AKTIVITI CATATAN TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 4: 1. Dua orang murid dipanggil ke hadapan kelas dan murid-murid lain diminta memerhati perbezaan antara kedua-dua murid tersebut dari segi jenis rambut dan warna anak mata. (Guru harus memilih dua murid yang agak jelas perbezaan ciri pewarisan) Soalan guru: i. Mengapa dua rakan kamu mempunyai warna anak mata dan jenis rambut yang berlainan. ii. Apakah ciri lain yang terdapat pada kamu yang diwarisi daripada ibu bapa atau keturunan? 2. Murid ditunjukkan contoh carta salasilah keluarga. 3. Murid membina salasilah keluarga masingmasing dengan bimbingan guru bagi memerihalkan ciri yang diwarisi dari ibu, bapa dan keturunan. 4. Murid membuat rumusan dan memerihalkan tentang keturunannya. BBM: Lembaran kerja 4, Lembaran kerja 5, contoh carta salasilah keluarga TP 3 Menjelaskan melalui contoh ciri yang terdapat pada anak diwarisi daripada ibu, bapa atau keturunan TP 4: Mengitlak bahawa ciri yang diwarisi pada diri seseorang adalah daripada keturunan berdasarkan salasilah keluarga. Aktiviti 5 1. Setiap kumpulan diberikan kad tugasan. 2. Murid-murid dikehendaki meramal ciri yang akan diwarisi oleh anak berdasarkan gambar ibu bapa. BBM: Kad tugasan TP 6 Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif untuk meramal ciri yang diwarisi oleh anak berdasarkan ciri yang dapat dilihat pada ibu dan bapanya.


SAINS HAYAT Manusia SAINS TAHUN 2 4 Anak 1 orang Anak 2 orang Bagaimanakah cara manusia membiak? Manusia membiak dengan cara _________________________. 2010 2016 Anak 1 orang Anak 2 orang Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan : Isi tempat kosong berdasarkan gambar rajah di bawah Lembaran Kerja 1 Tarikh:


SAINS HAYAT Manusia SAINS TAHUN 2 5 . Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan : Tulis nombor pada gambar bagi menunjukkan perubahan berlaku pada diri sejak dilahirkan Lembaran Kerja 2 Tarikh:


SAINS HAYAT Manusia SAINS TAHUN 2 6 Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan : Lukis tapak tangan kamu pada ruang di bawah. Bandingkan saiz tapak tangan kamu dengan rakan. Lembaran Kerja 3 Tarikh :


SAINS HAYAT Manusia SAINS TAHUN 2 7 KELUARGA SAYA Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan : Bina pokok salasilah keluarga kamu. Lembaran Kerja 4 Tarikh:


SAINS HAYAT Manusia SAINS TAHUN 2 8 Ibu Bapa Anak Anak Anak Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan : Bincangkan ciri yang diwarisi oleh anak-anak daripada ibu bapa ini. Lembaran Kerja 5 Tarikh :


SAINS HAYAT Manusia SAINS TAHUN 2 9 1 2 3 4 5 Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan : Jawab semua soalan berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah Lembaran Kerja 6 Tarikh :


SAINS HAYAT HAIWAN SAINS TAHUN 2 10 TEMA : Sains Hayat TAJUK : Haiwan MASA : 60 minit + 60 minit +60 minit +60 minit BILANGAN MURID : STANDARD PEMBELAJARAN : 4.1.1, 4.1.2 , 4.1.3, 4.1.4, 4.1.5, 4.1.6, 4.1.7 OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur. 2. Mengelaskan haiwan berdasarkan cara pembiakan. 3. Menjelaskan dengan contoh sekurang-kurangnya tiga jenis haiwan yang bertelur banyak dan bertelur sedikit. 4. Menjelaskan dengan contoh sekurang-kurangnya tiga jenis haiwan melahirkan anak yang banyak dan anak yang sedikit. 5. Merekodkan perubahan tumbesaran haiwan dengan memerhati kitar hidup haiwan. 6. Menjelaskan dengan contoh anak haiwan yang menyerupai induknya dan yang tidak menyerupai induknya. KEMAHIRAN SAINTIFIK : Memerhati, Mengelas, Berkomunikasi EMK : Kreativiti dan inovasi


SAINS HAYAT HAIWAN SAINS TAHUN 2 11 CADANGAN AKTIVITI CATATAN TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 1 1. Guru menunjukkan sebuah kotak tisu yang mempunyai beberapa objek di dalamnya. 2. Murid diminta untuk meneka objek yang terdapat di dalam kotak itu. 3. Wakil murid diminta mengeluarkan model objek tersebut dan menunjukkan kepada murid-murid lain. 4. Murid menjawab soalan guru yang mendorong ke arah pembiakan haiwan. Contoh soalan: Apakah perkaitan antara: a. telur ayam dan ibu ayam? b. kucing dengan anaknya? BBM: Telur ayam, model ibu ayam, model kucing, model anak kucing. - Murid bebas memberi jawapan dan guru mendorong fokus murid ke arah pembiakan haiwan melalui penyoalan. TP 1 Menyatakan haiwan yang bertelur dan haiwan yang melahirkan anak. Aktiviti 2 1. Murid menerima `sticky note’ daripada guru. Setiap murid dikehendaki mencatatkan satu nama haiwan yang lain. 2. Murid menampal semua ‘sticky note’ tersebut di papan putih. 3. Murid mengenal pasti cara haiwan itu membiak. 4. Murid mengelaskan cara pembiakan haiwan dalam bentuk peta buih. 5. Murid dikehendaki melengkapkan Lembaran kerja 1 dan 2. BBM: Sticky note, Lembaran kerja 1 dan 2. - Setiap sticky note untuk satu nama haiwan. Murid boleh guna sticky note lebih daripada satu. - KPS: Mengelas, berkomunikasi TP 1 Menyatakan haiwan yang bertelur dan haiwan yang melahirkan anak. TP 2 Mengelaskan haiwan berdasarkan cara pembiakan. Aktiviti 3 1. Murid menonton tayangan video tentang: i. haiwan yang bertelur banyak dan BBM: Tayangan video, Lembaran kerja 3. TP 3 Mengitlak tentang


SAINS HAYAT HAIWAN SAINS TAHUN 2 12 bertelur sedikit. ii. haiwan yang melahirkan anak yang banyak dan anak yang sedikit. 2. Berdasarkan tayangan video tersebut, murid membuat perbincangan dengan guru: i. haiwan manakah yang bertelur banyak? ii. haiwan manakah bertelur sedikit? iii. haiwan manakah melahirkan anak yang banyak? iv. haiwan manakah melahirkan anak sedikit? 3. Murid melengkapkan Lembaran kerja 3. - KPS: Mengelas Soalan KBAT: - Mengapakah haiwan ini bertelur banyak? cara pembiakan haiwan dari aspek bilangan telur dan bilangan anak. Aktiviti 4 1. Murid menjalankan penyiasatan dengan memerhati kitar hidup haiwan seperti katak dan ayam. Soal jawab murid dan guru: i. Apakah nama haiwan bagi kitar yang ditunjukkan ini? ii. Apakah yang kamu perhatikan di awal kitar hidup haiwan itu? iii. Adakah terdapat perbezaan pada awal kitar dan pertengahan kitar hidup haiwan itu? iv. Adakah anak haiwan tersebut menyerupai induknya di peringkat akhir kitar hidup haiwan itu? 2. Murid memerhati dan merekodkan perubahan tumbesaran haiwan dalam lembaran kerja 4. 3. Murid diminta melengkapkan lembaran kerja 5 dengan menyatakan anak haiwan itu menyerupai induknya atau tidak. 4. Murid membuat rumusan terdapat haiwan yang menyerupai induknya dan tidak menyerupai induknya BBM: Kit kitar hidup/ slaid Power point, Lembaran kerja 4 dan Lembaran kerja 5. - KPS: memerhati, berkomunikasi - Guru fokus kepada perubahan dari segi saiz dan rupa haiwan semasa memerhati perubahan tumbesaran. TP 4 Mentafsir data yang diperoleh tentang perubahan yang berlaku dalam kitar hidup haiwan TP 5 Merumuskan pemerhatian terdapat haiwan yang menyerupai induknya dan yang tidak menyerupai induknya


SAINS HAYAT HAIWAN SAINS TAHUN 2 13 Aktiviti 5 1. Murid diberikan tugasan berkumpulan seperti berikut: i. Kumpulan 1: Bina jadual untuk mengelaskan haiwan yang melahirkan anak yang banyak dan anak sedikit dengan menggunakan Power point. ii. Kumpulan 2: Bina jadual untuk mengelaskan haiwan yang bertelur banyak dan sedikit dengan menggunakan Power point. iii. Kumpulan 3: Menerangkan pelbagai cara haiwan melindungi telurnya dengan menggunakan Power point. iv. Kumpulan 4: Menerangkan pelbagai cara haiwan melindungi anaknya dengan menggunakan Power point. - KPS: Berkomunikasi TP 6 Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif untuk menerangkan pelbagai cara haiwan melindungi telurnya atau menjaga anaknya dan membuat penaakulan.


SAINS HAYAT Haiwan SAINS TAHUN 2 14 kambing tupai katak ikan rusa ikan paus itik ular melahirkan anak bertelur Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan : Suaikan haiwan dengan cara pembiakannya. Lembaran Kerja 1 Tarikh:


SAINS HAYAT Haiwan SAINS TAHUN 2 15 semut monyet burung beruang ular kerbau dugong ikan paus kambing biawak penyu ketam lipas unta Haiwan yang bertelur Haiwan yang melahirkan anak Lembaran Kerja 2 Tarikh: Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan : Kelaskan haiwan mengikut cara pembiakannya.


SAINS HAYAT Haiwan SAINS TAHUN 2 16 Haiwan yang melahirkan Bilangan anak yang banyak Bilangan anak yang sedikit Haiwan yang bertelur Bilangan yang banyak Bilangan yang sedikit Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan :Lengkapkan jadual di bawah. Lembaran Kerja 3 Tarikh:


SAINS HAYAT Haiwan SAINS TAHUN 2 17 . Arahan: Lakarkan kitar hidup haiwan yang tidak menyerupai induknya Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan :Lakarkan kitar hidup haiwan yang menyerupai induknya. Lembaran Kerja 4 Tarikh:


SAINS HAYAT Haiwan SAINS TAHUN 2 18 Haiwan yang tidak menyerupai induknya: Haiwan yang menyerupai induknya: Lembaran Kerja 5 Tarikh: Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan: Padankan anak-anak haiwan dengan ibunya. Kenal pasti haiwan yang menyerupai dan tidak menyerupai dengan induknya.


SAINS FIZIKAL Terang dan gelap SAINS TAHUN 2 19 MATA PELAJARAN : Sains TEMA : Sains Fizikal TAJUK : Terang dan gelap MASA : 60 minit + 60 minit + 60 minit BILANGAN MURID : 30 orang STANDARD PEMBELAJARAN : 6.1.1, 6.1.2, 6.1.3, 6.1.4, 6.1.5, 6.1.6 OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan sekurang-kurangnya empat sumber cahaya. 2. Membanding beza keadaan terang dan gelap. 3. Menerangkan bagaimana bayang-bayang dihasilkan. 4. Membuat kesimpulan tentang kejelasan bayang-bayang yang terhasil. 5. Mereka cipta permainan bayang-bayang. KEMAHIRAN SAINTIFIK : Memerhati, meramal EMK : Pendidikan alam sekitar , TMK CADANGAN AKTIVITI CATATAN TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 1 1. Murid bersoal jawab tentang keadaan terang dan gelap. Contoh soalan: i. Bagaimanakah keadaan waktu siang? ii. Bagaimanakah keadaan waktu malam? (Terima sebarang jawapan murid dengan memberi fokus kepada terang dan gelap) iii. Mengapakah waktu siang terang berbanding waktu malam? (Terima sebarang jawapan murid dengan memberi fokus kepada sumber cahaya) Cadangan lain: Gambar / tayangan video yang menunjukkan keadaan siang dan malam. TP1:


SAINS FIZIKAL Terang dan gelap SAINS TAHUN 2 20 2. Murid menyenaraikan sumber cahaya dengan menggunakan peta pemikiran yang sesuai. 3. Murid membentangkan hasil dapatan. 4. Murid melengkapkan lembaran kerja 1. Mengenalpasti sumber cahaya. Aktiviti 2: 1. Murid menyediakan sebuah kotak hitam yang : i. dimasukkan dengan sebiji bola ping-pong yang dilekatkan pada dasar kotak dan ditutup rapat dengan pita pelekat. ii. satu sisinya telah dilubangkan mengikut saiz kepala lampu suluh. Kepala lampu suluh dimasukkan ke dalam kotak. (Nota : mentol lampu suluh tidak dinyalakan) iii. bahagian atasnya mempunyai satu lubang berukuran duit syiling 50 sen bertujuan untuk memerhati objek di dalam kotak hitam. Sebelum lampu suluh dinyalakan Selepas lampu dinyalakan 2. Murid datang ke hadapan kelas untuk melihat BBM Kotak hitam, bola ping pong atau sebarang objek yang sesuai, lampu suluh (Penyediaan kotak hitam disediakan oleh guru atau murid) Guru boleh menggunakan situasi lain seperti: a. Bilik yang gelap. b.Menggunakan bekas / tin biskut yang mengandungi pelbagai objek. TP 3 : Membuat perbandingan aktiviti yang dijalankan dalam keadaan terang dan gelap. TP 5 : Menaakul kepentingan cahaya kepada manusia


SAINS FIZIKAL Terang dan gelap SAINS TAHUN 2 21 melalui lubang pada bahagian atas kotak. 3. Murid menyatakan pemerhatian sebelum dan selepas lampu suluh dinyalakan. 4. Berdasarkan aktiviti ini murid menaakul kepentingan cahaya kepada manusia. Aktiviti 3 1. Murid menjalankan aktiviti berkumpulan untuk menghasilkan bayang-bayang. 2. Murid memerihalkan bagaimana bayang-bayang terhasil dengan meletakkan objek di hadapan sumber cahaya. BBM Lampu suluh, buku /objek yang bersesuaian untuk menghasilkan bayang-bayang. TP 2 : Menjelaskan bagaimana bayang-bayang dihasilkan Aktiviti 4 1. Setiap kumpulan diberikan beberapa objek yang berbeza untuk membanding dan membezakan kejelasan bayang-bayang (jelas, kurang jelas, tiada bayang-bayang) dengan menjalankan penyiasatan. 2. Murid merekod hasil pemerhatian dalam Lembaran Kerja 2. 3. Murid membuat kesimpulan tentang kejelasan bayang-bayang yang terhasil dalam Lembaran Kerja 3 BBM Lampu suluh, kertas A4, plastik lutsinar, kertas surih, gelas kaca Pensel Beg plastik TP 4 : Membuat kesimpulan tentang kejelasan bayang-bayang yang terhasil Aktiviti 5 1. Setiap kumpulan diberi kad bercantum yang menunjukkan gambar tentang kepentingan cahaya kepada manusia. 2. Murid mencantumkan kad yang telah diberikan dan membuat penaakulan tentang kepentingan cahaya kepada manusia. 3. Murid melengkapkan lembaran kerja 4 tentang kepentingan cahaya kepada manusia dalam kehidupan harian. BBM Kad bercantum (jigsaw puzzle). Aktiviti pengayaan (lampiran pengayaan) boleh diberikan kepada murid sekiranya perlu. TP 5 : Menaakul kepentingan cahaya kepada manusia Aktiviti 6 - Projek 1. Setiap kumpulan diberikan sekeping kad manila BBM Kad manila bersaiz A4, pita pelekat,lidi. TP 6 :


SAINS FIZIKAL Terang dan gelap SAINS TAHUN 2 22 bersaiz A4, sebatang lidi dan pita pelekat. 2. Setiap kumpulan perlu menghasilkan satu watak wayang kulit berbentuk haiwan menggunakan kad manila, menggunting watak haiwan tersebut dan melekatkannya pada lidi yang di bekalkan. 3. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan permainan wayang kulit dengan menghasilkan bunyi dan menunjukkan pergerakan haiwan yang dihasilkan. 4. Murid akan cuba meneka watak haiwan yang rakan mereka persembahkan. Cadangan lain: Menghasilkan bayang – bayang menggunakan tangan. (menggunakan cahaya LCD / sumber cahaya yang sesuai untuk menghasilkan permainan wayang kulit / permainan bayang-bayang) Mereka cipta permainan bayang-bayang dan menjelaskan cara pembentukan bayang-bayang dalam permainan tersebut.


23 * Contoh jawapan: Kepentingan cahaya untuk mengeringkan pakaian yang dijemur. Lampiran Kad Bercantum


24 * Contoh jawapan: Kepentingan cahaya untuk menulis dan membaca di waktu malam.


25 * Contoh jawapan: Kepentingan cahaya untuk menerangi kawasan perkhemahan di waktu malam.


SAINS FIZIKAL Elektrik SAINS TAHUN 2 26 TEMA : Elektrik TAJUK : Litar elektrik MASA : 60 minit + 60 minit + 60 minit BILANGAN MURID : STANDARD PEMBELAJARAN : 7.1.1 , 7.1.2 , 7.1.3 , 7.1.4 , 7.1.5 , 7.1.6, 7.1.7 OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Mengenal pasti komponen dalam litar elektrik iaitu sel kering, mentol dan suis. 2. Menerangkan fungsi komponen dalam litar elektrik 3. Membina litar elektrik lengkap 4. Menaakul tentang mentol yang tidak menyala dalam litar yang dibina. 5. Merekod nyalaan mentol dengan menggantikan suis dengan objek atau bahan dengan menjalankan penyiasatan 6. Mengitlak objek yang boleh menyalakan mentol dalam litar adalah konduktor dan yang tidak menyalakan mentol adalah penebat. KEMAHIRAN SAINTIFIK : Membuat inferens, memerhati, komunikasi. EMK : Kreativiti dan Inovasi , TMK , Nilai murni CADANGAN AKTIVITI CATATAN/NOTA TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 1 1. Murid bermain permainan ‘kotak misteri’. 2. Beberapa orang murid dipanggil tampil ke hadapan kelas untuk mengambil satu komponen di dalam kotak misteri. 3. Murid mempamerkan komponen dan murid lain menyatakan nama komponen tersebut. 4. Murid melengkapkan lembaran kerja 1. BBM: Objek dalam kotak misteri a. Sel kering b. Mentol c. Suis pisau / suis tekan d. Wayar penyambung TP 1: Menyatakan komponen yang terdapat dalam litar elektrik.


SAINS FIZIKAL Elektrik SAINS TAHUN 2 27 CADANGAN AKTIVITI CATATAN/NOTA TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 2 1. Setiap kumpulan murid diberikan sebuah lampu suluh. Soal jawab murid dengan guru: i. Guru : Bagaimanakah hendak menyalakan lampu suluh? Murid : Tekan suis. (Terima sebarang jawapan murid) iii. Guru : Apakah fungsi suis? Murid : Suis boleh menyalakan lampu suluh (Terima sebarang jawapan murid) 2. Kemudian murid diminta untuk mengeluarkan sel kering daripada lampu suluh tersebut. Soal jawab murid dan guru : i. Guru :Apakah yang berlaku? Murid :Lampu tidak menyala. ii. Guru :Mengapa lampu tidak menyala? Murid :Tiada bateri / sel kering. iii. Guru : Masukkan semula sel kering dan tekan suis apakah yang berlaku pada mentol? Murid : Mentol menyala iv. Guru : Apakah fungsi mentol? Murid : Menghasilkan cahaya. 3. Murid berbincang di dalam kumpulan tentang fungsi komponen litar elektrik yang lain. 4. Hasil perbincangan murid dibentangkan. 5. Murid melengkapkan lembaran kerja 2. BBM: Lampu suluh, sel kering, Lembaran kerja 2 Nota : Fungsi komponen litar elektrik : 1. Suis – menyambung dan memutuskan litar. 2. Sel kering – membekalkan tenaga elektrik. 3. Wayar – menyambung komponen dan mengalirkan arus elektrik. 4. Mentol – mengeluarkan cahaya. TP 2: Menerangkan fungsi komponen dalam litar elektrik.


SAINS FIZIKAL Elektrik SAINS TAHUN 2 28 CADANGAN AKTIVITI CATATAN/NOTA TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 3 1. Setiap kumpulan diberi empat komponen elektrik. 2. Murid dikehendaki berbincang dan membina litar lengkap menggunakan semua komponen elektrik. (Rujuk kad tugasan 1) 3. Setiap kumpulan dikehendaki bertanding untuk menyiapkan litar lengkap. 4. Kumpulan yang tidak berjaya membina litar dibantu oleh kumpulan lain dan guru. BBM: Sel kering, mentol, suis, dawai penyambung, Kad tugasan 1. TP 3: Membina litar elektrik lengkap dengan menggunakan komponen yang diberi. Aktiviti 4 1. Murid memerhatikan gambar di dalam lembaran kerja 3 dan meramalkan litar elektrik manakah yang mentolnya akan menyala dan tidak menyala. 2. Murid membina litar elektrik berdasarkan gambar di dalam lembaran kerja 3. 3. Murid mengenal pasti sebab mentol tidak menyala dalam litar elektrik tersebut dan melengkapkan lembaran kerja 3. BBM: Mentol, wayar penyambung, bateri, mentol, Lembaran kerja 3 Nota : Kaitkan situasi dalam kehidupan harian contoh lampu bilik tidak menyala. TP 3: Membina litar elektrik lengkap dengan menggunakan komponen yang diberi. TP 4: Menaakul tentang mentol yang tidak menyala dalam satu litar.


SAINS FIZIKAL Elektrik SAINS TAHUN 2 29 CADANGAN AKTIVITI CATATAN/NOTA TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 5: 1. Setiap kumpulan diminta membina litar elektrik untuk mengenal pasti bahan konduktor dan bahan penebat seperti di dalam kad tugasan 2. 2. Murid menggantikan suis dengan objek atau bahan lain yang dinyatakan. 3. Murid merekod hasil pemerhatian di dalam lembaran kerja 4 dan menjawab soalan. 4. Murid dibimbing membuat rumusan objek yang boleh menyalakan mentol ialah konduktor. Objek yang tidak menyalakan mentol ialah penebat. 5. Setiap kumpulan diberi peluang untuk mengubah suai litar yang telah dibina dengan menggantikan komponen elektrik yang lain seperti motor atau buzzer. BBM: Sel kering, mentol, suis, dawai penyambung, Kad tugasan 2, Lembaran kerja 4. Nota : Guru menjelaskan konduktor adalah bahan yang boleh menyalakan mentol, manakala penebat adalah bahan yang tidak boleh menyalakan mentol berdasarkan jadual. TP 5 Merumus objek yang boleh menyalakan mentol adalah konduktor dan yang tidak menyalakan mentol adalah penebat. TP 6 Menghasilkan satu litar berfungsi dengan menggunakan perkakasan lain selain daripada mentol dan mempersembahkan.


SAINS FIZIKAL Elektrik SAINS TAHUN 2 30 suis kayu mentol benang sel kering dawai penyambung Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan: Bulatkan komponen yang terdapat dalam litar elektrik Lembaran Kerja 1 Tarikh:


SAINS FIZIKAL Elektrik SAINS TAHUN 2 31 FUNGSI KOMPONEN suis wayar Sel kering mentol pemutus dan penyambung litar membekal tenaga elektrik mengeluarkan cahaya penyambung antara komponen elektrik. Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan: Padankan fungsi dengan komponen menggunakan anak panah. Lembaran Kerja 2 Tarikh:


SAINS FIZIKAL Elektrik SAINS TAHUN 2 32 Litar 1. 2. 3. / 4. T Menyala / Tidak menyala Sebab: Menyala / Tidak menyala Sebab: Menyala / Tidak menyala Sebab: Menyala / Tidak menyala Sebab: Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan:Ramalkan litar elektrik manakah yang mentolnya akan menyala dan tidak menyala. Lembaran Kerja 3 Tarikh:


SAINS FIZIKAL Elektrik SAINS TAHUN 2 33 Objek Keadaan mentol Menyala Tidak menyala Pensel Paku Pemadam Duit syiling Klip kertas Pembaris plastik Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan: Tandakan ( ) di dalam jadual di bawah berdasarkan penyiasatan yang dijalankan. Lembaran Kerja 4 Tarikh:


SAINS FIZIKAL Elektrik SAINS TAHUN 2 34 Kelaskan objek-objek di atas kepada kumpulan konduktor atau penebat. Konduktor Penebat Kesimpulan: 1. Objek yang boleh mengalirkan elektrik dikenali sebagai_________________________. 2. Manakala objek yang tidak mengalirkan elektrik dikenali sebagai__________________________.


SAINS FIZIKAL Elektrik SAINS TAHUN 2 35 Tajuk : Elektrik Radas / Bahan : Sel kering, wayar penyambung, mentol, pemegang mentol, pemegang sel kering dan suis. Rajah 1 Langkahlangkah : 1. Sambungkan komponen elektrik tersebut mengikut susunan dalam Rajah 1. Kad Tugasan 1 Suis bateri mentol


SAINS FIZIKAL Elektrik SAINS TAHUN 2 36 Tajuk : Elektrik Radas / Bahan : Pensel, paku, pemadam, duit syiling, klip kertas, pembaris plastik, sel kering, wayar , mentol, pemegang mentol, pemegang sel kering. Rajah 1 Langkahlangkah : 1. Lengkapkan litar seperti di dalam rajah 1. 2. Uji semua objek yang disediakan dan perhatikan keadaan mentol. 3. Catatkan pemerhatian di dalam lembaran kerja 4. Objek bateri mentol Kad Tugasan 2


SAINS BAHAN Campuran SAINS TAHUN 2 37 TEMA : Sains Bahan TAJUK : Campuran MASA : 60 minit + 60 minit + 60 minit BILANGAN MURID : STANDARD PEMBELAJARAN : 8.1.1, 8.1.2, 8.1.3, 8.1.4, 8.1.5 OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan kaedah yang digunakan untuk mengasingkan campuran pelbagai bahan atau objek. 2. Menaakul cara yang digunakan untuk mengasingkan campuran pelbagai bahan atau objek. 3. Mengenal pasti bahan yang boleh larut dan tidak boleh larut di dalam air. 4. Menyatakan cara bahan boleh dilarutkan dengan lebih cepat. KEMAHIRAN SAINTIFIK : Memerhati, Mengelas, Berkomunikasi. EMK : Pendidikan alam sekitar , Kreativiti dan Inovasi , TMK CADANGAN AKTIVITI CATATAN/NOTA TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 1: 1. Setiap kumpulan murid diberikan satu set bahan yang berbeza. 2. Setiap kumpulan diminta mencampurkan bahan-bahan yang diterima. 3. Sesi soal jawab: i. Guru: Apakah yang dapat kamu perhatikan? (Semua bahan – bahan telah bercampur) ii. Guru: Apakah yang dimaksudkan dengan campuran? (Campuran adalah gabungan lebih dari satu bahan) BBM: a. Tepung & Kacang hijau (Stesen A) b. Paku & Kacang tanah (Stesen B) c. Guli & Batu (Stesen C) d. Gula & Pasir (Stesen D e. Daun kering yang dihancurkan & beras (Stesen E) Lembaran kerja 1 TP 2 Memerihalkan kaedah mengasingkan campuran pelbagai bahan.


SAINS BAHAN Campuran SAINS TAHUN 2 38 4. Murid berbincang dalam kumpulan kaedah untuk mengasingkan campuran pelbagai bahan dan objek menggunakan peta pemikiran yang sesuai. 5. Murid melengkapkan lembaran kerja 1. Aktiviti 2 (Aktiviti stesen): 1. Beberapa alat disediakan atas meja guru. 2. Setiap kumpulan perlu berbincang dan memilih alat yang sesuai dan cara mengasingkan bahan yang telah mereka campurkan berdasarkan aktiviti 1. 3. Murid boleh mengambil 1 alat sahaja untuk mengasingkan bahan yang telah dicampurkan dengan bimbingan guru. 4. Murid melengkapkan lembaran kerja 2 dengan mencatatkan jenis bahan dalam campuran dan cara pengasingannya. 5. Setiap kumpulan bergerak ke stesen yang berikutnya sehingga lengkap bagi kesemua stesen yang telah ditetapkan: a. Stesen A: Tepung & Kacang hijau b. Stesen B: Paku & Kacang tanah c. Stesen C: Guli & Batu d. Stesen D: Gula & Pasir e. Stesen E: Daun kering yang dihancurkan & beras BBM: Penapis kecil Sudu Kertas turas Jaring Penapis sayur Lembaran kerja 2 Nota : *Alatan dan bahan ditinggalkan di stesen sebelum bergerak ke stesen berikutnya. * Murid perlu mencampurkan semula bahan selepas mengasingkan di stesen tersebut. TP 2 Memerihalkan kaedah mengasingkan campuran pelbagai bahan. TP 3 Mengasingkan campuran pelbagai bahan atau objek. Aktiviti 3 1. Setiap kumpulan murid diberikan gula, beras, air, sudu dan 2 bikar. 2. Murid mencampurkan gula dan air di dalam bikar pertama. 3. Murid mencampurkan beras dan air di dalam bikar kedua. BBM: Gula Beras Air Sudu 2 bikar.


SAINS BAHAN Campuran SAINS TAHUN 2 39 4. Murid membuat pemerhatian tentang gula dan beras yang dikacau di dalam bikar. 5. Soalan guru: i. Guru: Apakah berlaku kepada gula dan beras sebelum dan selepas air dikacau? ii. Guru: Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang penyiasatan ini? * Gula larut di dalam air manakala beras tidak larut di dalam air. Aktiviti 4 1. Setiap kumpulan dibekalkan sebuah bikar berisi gula berwarna merah. 2. Murid diminta memasukkan air ke dalam bikar tersebut 3. Pemerhatian fokus kepada gula dalam air dan murid diminta mencadangkan satu cara untuk melarutkan gula merah. Soalan: i. Apakah yang berlaku kepada gula di dalam air itu? ii. Bagaimanakah kita boleh mempercepatkan gula itu larut dalam air? iii. Berikan cara lain selain daripada dikacau? 4. Murid secara berkumpulan menjalankan penyiasatan untuk menguji bagaimana bahan boleh dilarutkan dengan lebih cepat dengan merujuk kad tugasan. 5. Murid membuat pembentangan dengan merumuskan cara bahan boleh dilarutkan dengan cepat berdasarkan penyiasatan yang dilaksanakan. 6. Murid dibimbing menggunakan jadual dan membuat rumusan. (Murid di galakkan membuat pelaporan penyiasatan ini.) BBM: Bikar Sudu Gula merah Air suam Air sejuk *terima semua jawapan yang berkaitan sahaja. TP 1 Menyatakan contoh bahan yang boleh larut dan tidak boleh larut dalam air. TP 5 Merumuskan cara bahan boleh dilarutkan dengan lebih cepat.


SAINS BAHAN Campuran SAINS TAHUN 2 40 Aktiviti 5 1. Murid diberikan sebuah projek mini berdasarkan pernyataan masalah berikut: Situasi: Mak Kintan menghadapi masalah untuk memasak makanan kerana Pak Mustape’ mencampurkan semua bahan masakan ke dalam satu bekas ( beras, bawang, kacang hijau, kulit kayu manis, dll). Anda diminta membantu Mak Kintan menyelesaikan masalah. 2. Setiap kumpulan murid disediakan bahanbahan yang telah bercampur seperti dalam situasi yang dinyatakan. 3. Murid diminta mengasingkan bahan-bahan tersebut dan menerangkan cara bahanbahan tersebut diasingkan. BBM: Beras. Bawang. Kacang hijau. Kulit kayu manis. Bahan –bahan yang difikirkan sesuai. TP 6 Menyelesaikan masalah dengan melaksanakan projek untuk mengasing campuran hingga mendapatkan semula bahan asal dengan cara yang paling cepat dan berkesan.


SAINS HAYAT Campuran SAINS TAHUN 2 41 Kekacang Air mineral Pensel Air minyak Batuan berpasir. Guli Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan: Tandakan ( ) pada campuran dan ( X ) pada bukan campuran. Lembaran Kerja 1 Tarikh:


SAINS HAYAT Campuran SAINS TAHUN 2 42 Kumpulan Stesen Bahan campuran Cara mengasingkan campuran 1 A 2 B 3 C 4 D 5 E Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan: Lengkapkan jadual di bawah Lembaran Kerja 2 Tarikh:


SAINS HAYAT Campuran SAINS TAHUN 2 43 Anda diberikan dua buah bikar yang mengandungi gula merah dan sudu. Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan air suam atau air sejuk untuk melarutkan gula merah tersebut. Berdasarkan tugasan ini, buat kesimpulan mengenai bagaimana bahan oleh melarut dengan lebih cepat. Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan: Lengkapkan jadual di bawah Kad Tugasan Tarikh:


BUMI DAN ANGKASA Bumi SAINS TAHUN 2 44 TEMA : Bumi dan Angkasa TAJUK : Air MASA : 60 minit + 60 minit BILANGAN MURID : 30 orang STANDARD PEMBELAJARAN : 9.1.1, 9.1.2, 9.1.3, 9.1.4. OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan sumber air semulajadi. 2. Menyatakan arah aliran air. 3. Membuat urutan kitar air semulajadi dengan betul. KEMAHIRAN SAINTIFIK : Memerhati, Berkomunikasi EMK : Kreativiti dan inovasi CADANGAN AKTIVITI CATATAN TAHAP PENGUASAAN Aktiviti 1 1. Murid memerhatikan segelas air yang ditunjukkan oleh guru. Soalan: i. Apakah ini? (Air) ii. Adakah air penting dalam kehidupan kita? iii. Dari manakah kita boleh perolehi air? 2. Murid diminta menyenaraikan sumber-sumber air dalam Lembaran Kerja 1 berdasarkan pemerhatian carta bergambar. 3. Hasil jawapan murid yang diberi dibincangkan dalam kelas dengan bimbingan guru. 4. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 2. BBM Segelas air, carta bergambar, Lembaran Kerja 1, Lembaran Kerja 2. Nota: Sumber air semulajadi seperti hujan, sungai, tasik laut. Mata air juga sumber air semulajadi. TP 1 Menyenaraikan sumber air semulajadi


BUMI DAN ANGKASA Bumi SAINS TAHUN 2 45 Aktiviti 2 IBSE - Tugasan kumpulan: 1. Murid diberikan satu situasi iaitu sebotol air yang dibaringkan atas permukaan meja. 2. Murid dikehendaki memerhatikan pergerakan air yang keluar dari botol. 3. Murid membincangkan apa yang berlaku dan ke arah manakah air itu mengalir? 4. Setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan untuk memerihalkan arah aliran air berdasarkan kad tugasan. 5. Hasil dapatan dibentangkan kepada rakanrakan yang lain. 6. Murid menghubung kait arah aliran ini dalam kehidupan seharian seperti: i. aliran air hujan. ii. aliran air sungai iii. aliran air dalam longkang 7. Murid dibimbing untuk membuat satu rumusan tentang aliran air yang mengalir dari sumber air. 8. Lembaran Kerja 3 diberikan kepada murid sebagai aktiviti pengukuhan. BBM: Bongkah kecil Botol plastik Salur getah Air Baldi kecil Jarum peniti Kad tugasan Lembaran Kerja 3 TP2 Memerihalkan arah aliran air dari tempat tinggi ke tempat rendah. Aktiviti 3 1. Murid menonton video pergerakan air terjun dan air sungai, banjir kilat dan benteng pecah. 2. Murid dikehendaki membina model air terjun berdasarkan arahan dalam Kad Tugasan 1 3. Berdasarkan model, murid dan guru bersoal jawab. i. Dari manakah air terjun ini? BBM: Tayangan video, plastisin, surat khabar, sebotol air, kertas label, Lembaran Kerja 4. TP 3 Mengitlak arah aliran air di muka bumi secara semulajadi


BUMI DAN ANGKASA Bumi SAINS TAHUN 2 46 (terima apa jua jawapan) ii. Mengapakah aliran air ini dipanggil air terjun? iii. Adakah air itu terhenti di situ? (tidak) iv. Ke manakah ia mengalir? (ke dalam sungai) v. Adakah kamu membina aliran sungai dalam model yang telah dibina? vi. Di manakah berakhirnya aliran air sungai ini? 4. Lengkapkan model anda dalam Lembaran Kerja 4. 5. Labelkan kitar air dalam model. TP 4 Membuat urutan dan melabelkan kitar air semulajadi Aktiviti 4 1. Murid dipaparkan gambar situasi banjir dan pencemaran sungai. 2. Murid berbincang dalam kumpulan dengan menyatakan kesan persekitaran jika situasi banjir dan pencemaran sungai berlaku dan mencatat maklumat tersebut dalam Lembaran Kerja 5. 3. Hasil peta pemikiran tersebut dibentangkan oleh murid. BBM Gambar Situasi banjir dan pencemaran sungai Lembaran Kerja 5 TP 5 Menjana idea tentang kesan persekitaran jika aliran air terganggu Aktiviti 5 1. Murid menyediakan kerja projek buku skrap Tajuk “ Cara Mengekalkan Sumber Air Bersih” dan melengkapkan aktiviti pengukuhan BBM: Nota Projek Buku Skrap, Aktiviti pengukuhan TP 6 Berkomunikasi tentang peranan manusia untuk mengekalkan sumber air yang bersih dan aliran air.


BUMI DAN ANGKASA Bumi SAINS TAHUN 2 47 8. Adakah semua sumber air ini boleh di minum? Mengapa? ……………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………….. 1 2 3 4 5 6 7 Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan: Senaraikan sumber air yang terdapat sekeliling kita. Lembaran Kerja 1 Tarikh:


BUMI DAN ANGKASA Bumi SAINS TAHUN 2 48 ( sungai, laut, hujan, air terjun, tasik, awan ) Nama:________________________ Kelas:______________ Arahan: Labelkan sumber air yang terdapat di dalam gambarajah di bawah. Lembaran Kerja 2 Tarikh:


Click to View FlipBook Version