101
102
103
104
105
106
107
108
109
110
111
112
113
114
115
116
117
118
119
120
121
122
123
124
125
126
127
128
129
AGENDA
5
Menimbang dan Meluluskan
Cadangan Pembahagian
Keuntungan Bagi
Tahun Kewangan
Berakhir 30 Jun 2019
KOPERASI KAKITANGAN
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
132
Agenda 5 Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan Kali Ke-23
Menimbang dan Meluluskan Cadangan Pembahagian Keuntungan Bagi Tahun Kewangan
Berakhir 30 Jun 2019
TUJUAN
Kertas ini dibentangkan untuk mendapatkan kelulusan Perwakilan berkaitan cadangan pembahagian keuntungan
bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019.
LATAR BELAKANG
2. Menurut perenggan 57(5)(b) Akta, pengagihan untung bersih teraudit adalah seperti berikut:
57. (1) Tiap-tiap koperasi hendaklah –
(a) Menyenggara suatu Kumpulan Wang Rizab Statutori; dan
(b) Sebelum mengisytiharkan apa-apa dividen daripada untung bersih terauditnya bagi setiap tahun,
selepas peruntukan yang wajar telah dibuat bagi percukaian, memindahkan kepada Kumpulan
Wang Rizab Statutorinya daripada untung bersih teraudit bagi setiap tahun-
(i) suatu jumlah yang sama banyak dengan tidak kurang daripada dua puluh lima peratus
daripada untung bersih teraudit bagi tahun itu, selagi amaun Kumpulan Wang Rizab Statutori
itu kurang daripada lima puluh peratus daripada syer dan yurannya; atau
(ii) suatu jumlah yang sama banyak dengan tidak kurang daripada lima belas peratus daripada
untung bersih teraudit bagi tahun itu, selagi amaun Kumpulan Wang Rizab Statutori itu adalah
lima puluh peratus tetapi kurang daripada seratus peratus daripada syer dan yurannya.
(1A) Walau apa pun subseksyen (1), Suruhanjaya boleh dari semasa ke semasa menentukan suatu bahagian
berlainan daripada untung bersih teraudit bagi setiap tahun, iaitu sama ada kurang atau lebih daripada bahagian
yang ditentukan dalam subseksyen (1), untuk dipindahkan kepada Kumpulan Wang Rizab Statutori sesuatu
koperasi bagi maksud memastikan bahawa amaun Kumpulan Wang Rizab Statutori bagi koperasi itu adalah
mencukupi bagi maksud perniagaannya dan memadai berhubung dengan liabiliti-liabilitinya.
(1B) Walau apa pun subseksyen (1), Kumpulan Wang Rizab Statutori boleh digunakan -
(a) tertakluk kepada peraturan-peraturan atau undang-undang kecil, bagi membayar syer atau yuran yang
dikeluarkan oleh anggota koperasi; atau (b) dengan kelulusan Suruhanjaya dan tertakluk kepada apa-apa
terma dan syarat yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya, bagi menerbitkan syer bonus kepada anggota
koperasi itu.
(1C) Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh memberi sesuatu koperasi kuasa untuk membayar dividen daripada
Kumpulan Wang Rizab Statutori.
(1D) Kumpulan Wang Rizab Statutori tidak boleh dibahagi dan tiada seorang pun anggota berhak untuk menuntut
suatu bahagian tertentu daripadanya.
(1E) Kumpulan Wang Rizab Statutori hendaklah disenggara dalam suatu akaun yang berasingan dan hendaklah
dilaburkan dalam Akaun Deposit Koperasi sebagaimana yang disebut dalam Akta Suruhanjaya Koperasi
Malaysia 2007.
133
KOPERASI KAKITANGAN
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
(2) Tertakluk kepada subseksyen (7), tiap-tiap koperasi hendaklah, daripada untung bersih terauditnya bagi setiap
tahun kewangan, sebelum mengisytiharkan apa-apa dividen membayar sekian jumlah wang yang ditentukan
oleh Suruhanjaya kepada -
(a) Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi; dan
(b) Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi bagi mana-mana koperasi menengah atau atasan
yang telah diisytiharkan oleh Menteri sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa, yang ditubuhkan di bawah peraturan-peraturan bagi memajukan
prinsip koperasi.
(3) Tiada koperasi menengah atau atasan boleh diisytiharkan di bawah perenggan (2)(b) sebagai badan yang
mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melainkan jika:
(a) matlamat koperasi itu termasuklah menggalakkan prinsip koperasi dan memudahkan operasi koperasi;
dan
(b) undang-undang kecil koperasi itu membuat peruntukan bagi:
(i) pergabungan semua koperasi tanpa apa-apa sekatan atau pembayaran apa-apa fi kecuali fi masuk;
dan (ii) pelantikan kepada Lembaganya, oleh Menteri, sekurangkurangnya seorang wakil daripada
kementerian Menteri itu, dan seorang wakil daripada Kementerian Kewangan.
(4) Bolehlah ditolak daripada jumlah yang disebut dalam subseksyen (1) apa-apa jumlah wang yang dibayar
menurut subseksyen (2).
(5) Tertakluk kepada subseksyen (7), suatu koperasi boleh, selepas bayaran yang dinyatakan dalam subseksyen
(1) dan (2), menggunakan untung bersih terauditnya bagi setiap tahun kewangan bagi semua atau mana-mana
maksud yang berikut:
(a) pembayaran rebat kerana langganan;
(b) pembayaran dividen, atas syer dan yuran anggota koperasi sebagaimana yang ditentukan oleh arahan
atau garis panduan: Dengan syarat bahawa, pembayaran dividen daripada mana-mana sumber selain
untung bersih teraudit bagi tahun kewangan itu tidak boleh dibuat kecuali dengan mendapat kelulusan
bertulis terlebih dahulu daripada Suruhanjaya yang tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi apa-
apa kadar maksimum sebagaimana yang ditentukan dalam arahan atau garis panduan itu;
(c) pembayaran honorarium kepada anggota Lembaga koperasi itu, yang tidak boleh, dalam apa-apa hal,
melebihi jumlah wang yang disyorkan oleh mesyuarat agung tahunan dan diluluskan oleh Suruhanjaya;
atau (d) pembayaran untuk kebajikan anggotanya dan masyarakat.
(6) Tiada rebat kerana langganan, dividen atas syer dan yuran boleh dibayar kepada anggota suatu koperasi
dan tiada honorarium boleh dibayar kepada anggota Lembaga suatu koperasi kecuali daripada untung bersih
teraudit koperasi itu.
(7) Tiada koperasi boleh menggunakan untung bersihnya bagi apa-apa maksud di bawah subseksyen (2) atau
(5) melainkan jika dan sehingga semua kerugian terkumpulnya, jika ada, telah dihapus kira sepenuhnya.
(8) Walau apa pun subseksyen (7), suatu koperasi yang kerugian terkumpulnya telah tidak dihapus kira
sepenuhnya boleh, dengan kelulusan Suruhanjaya, menggunakan untung bersih terauditnya untuk pembayaran
dividen yang dalam mana-mana hal tidak boleh melebihi lima peratus jumlah syer atau yuran anggota, atau
kedua-duanya.
134
Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan Kali Ke-23
3. Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019, KKAIMB merekodkan KERUGIAN bersih sebelum pembahagian
berkanun, peruntukan cukai dan zakat berjumlah RM27,844,625. Maklumat keuntungan adalah seperti berikut:
Perkara RM ‘000
2019
Kerugian Sebelum Pembahagian Berkanun (27,845)
Tolak: Pembahagian Berkanun
(a) Kumpulan Wang Rizab (12%) -
(b) Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (2%) -
(c) Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi (1%) -
Kerugian Selepas Pembahagian Berkanun (sebelum cukai) (27,845)
Peruntukan Cukai (8,868)
Kerugian Selepas Peruntukan Cukai (36,713)
Tolak: Lain- lain Pembahagian
Agihan Dividen -
Peruntukan Honorarium Lembaga -
Tabung-Tabung:
(a) Kebajikan Am -
(b) Menebus Syer -
(c) Bangunan -
(d) Perwakilan -
-
Peruntukan Zakat (36,713)
Kerugian Selepas Pembahagian
Tolak: Pelarasan Bukan Operasi 144
Honorarium terlebih peruntuk 250
Pelarasan Cukai (135)
Zakat terkurang peruntuk 8,808
Pelarasan Pembiayaan (27,646)
Kerugian Selepas Pelarasan Bukan Operasi 6,886
Tambah Keuntungan Terkumpul awal tahun (20,760)
Kerugian Terkumpul
4. Sehingga 30 Jun 2019, Kumpulan Wang Anggota (“KWA”) berjumlah RM18,852,967 merangkumi baki modal
syer anggota adalah berjumlah RM865,470, modal yuran anggota berjumlah RM19,887,193, kerugian terkumpul
terkumpul RM20,759,965 dan lain-lain Tabung Anggota berjumlah RM20,807,033.
135
KOPERASI KAKITANGAN
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
SYOR
5. Sehubungan itu, Lembaga mencadangkan perkara-perkara berikut:
5.1. Tiada agihan dividen ke atas modal syer dan modal yuran bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019 dan;
5.2. Tiada peruntukan untuk tabung-tabung bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019 dan;
5.3. Tiada honorarium kepada Lembaga bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019.
6. Perwakilan dengan hormatnya diminta untuk menimbangkan cadangan pada syor di atas dan meluluskannya
jika sesuai.
136
AGENDA
6
Menimbang Dan Meluluskan
Bajet 2020/2021
Dan Bajet 2021/2022
KOPERASI KAKITANGAN
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
138
Agenda 6 Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan Kali Ke-23
MENIMBANG DAN MELULUSKAN BAJET 2020/2021 DAN BAJET 2021/2022
TUJUAN
Kertas cadangan ini untuk pertimbangan dan kelulusan Perwakilan berkaitan cadangan Bajet 2020/2021 dan Bajet
2021/2022.
LATARBELAKANG
2. Perenggan 16(1), Peraturan-Peraturan Koperasi 2010 menggariskan “Tiap-tiap koperasi hendaklah
menyediakan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan yang berikutnya dalam apa-apa bentuk yang menunjukkan
dengan jelas semua butiran pendapatan dan perbelanjaan dan hendaklah dikemukakan bagi kelulusan mesyuarat
agung tahunan”
3. Perenggan 14(1)(e), Peraturan yang sama pula menggariskan “Fungsi Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
hendaklah termasuk menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan koperasi bagi tahun kewangan berikutnya.
CADANGAN BAJET 2021/2022 DAN KAJISEMULA BAJET 2020/2021
3.1 Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke Tahunan Ke-22 (“MAPT 22”) yang diadakan pada 09
Mac 2019 di Bilik Mesyuarat, Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut, 32200 Lumut, Perak.6 (“MAPT”)
telah meluluskan Bajet 2020 bagi meneruskan kesinambungan dan perkembangan KKAIMB.
3.2 Sepanjang operasi dan tahun 2020, lembaga dan pengurusan telah menguruskan perbelanjaan dan
operasi KKAIMB selaras dengan bajet yang telah diluluskan oleh MAPT berkenaan.
3.3 Walaubagaimanapun, wujud keperluan untuk pindaan dilakukan terhadap bajet berkenaan selari
dengan perkembangan dan situasi semasa khususnya impak terhadap kedudukan kewangan KKAIMB
selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (“PKP”) yang dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara
(“MKN”).
3.4 Berikut adalah ringkasan kepada kajian semula bajet (review) 2020/2021 dan bajet 2021/2022 (Butiran
terperinci seperti Lampiran A )
BAJET 2021/2022 DAN KAJIAN SEMULA (REVIEW) BAJET 2020/2021
4.0 PENDAHULUAN
Prestasi pencapaian kerja dan kedudukan kewangan KKAIMB dalam tahun 2020 menjadi asas kepada kajian
semula (review) bajet 2020/2021 dan gerak kerja bajet 2021/2022. Bajet ini dibuat dengan mengambilkira situasi
ekonomi semasa penularan wabak Covid-19. Terdapatnya isu perundangan melibatkan percukaian yang boleh
mengakibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri mengarahkan penutupan KKAIMB untuk terus beroperasi.
5.0 ASAS-ASAS PEMBANGUNAN KKAIMB TAHUN 2021 DAN TAHUN 2022
Mulai tahun 2021 dan seterusnya, fasa membangunkan semula KKAIMB adalah lebih mencabar dalam situasi
pandemic Covid-19. KKAIMB perlu berhati-hati, berhemah dalam menjalankan pentadbiran dan operasi dalam
139
KOPERASI KAKITANGAN
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Berdasarkan senario di atas maka pembangunan KKAIMB pada tahun 2021 adalah seperti berikut;
a. Operasi KKAIMB masih berasaskan kedudukan sumber dana sedia ada. Ini bermakna sasaran pengeluaran
pembiayaan KKAIMB bergantung kepada kutipan bayaran balik pinjaman dari anggota dan juga lebihan
pendapatan yang akan dipermodalkan semula dalam pembiayaan dan perniagaan. Oleh yang demikian,
KKAIMB perlu memastikan kadar bayaran balik pembiayaan anggota adalah pada tahap yang tertinggi.
b. Tahap kapasiti Jumlah Anggota KKAIMB dipertingkatkan menjadikan seramai 2,400 orang anggota pada
penghujung tahun 2021.
c. Bagi memastikan pembangunan KKAIMB lebih sihat dan lestari pada masa hadapan, pihak pengurusan
KKAIMB telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti berikut :
i. Merasionalkan semua aset dan pelaburan KKAIMB serta pulangan portfolio untuk setiap satu .
ii. Mensasarkan pulangan kepada anggota dengan risiko yang rendah.
iii. Membuat pengambilan kakitangan baru bagi memantapkan perjalanan operasi KKAIMB.
iv. Memperkasa fungsi setiap Jabatan di KKAIMB.
v. Menambahbaik SOP KKAIMB supaya gerak kerja 2021 lebih bersistematik.
d. Lebihan pendapatan KKAIMB perlu disasarkan supaya mampu menunaikan komitmen membayar dividen
anggota, mengisi semula dana dalam tabung-tabung dan lain-lain kos yang berkaitan dengan operasi
KKAIMB.
e. Mengambilkira perubahan struktur organisasi seperti pengwujudan beberapa jawatan baru. Pemantapan
pengurusan KKAIMB dengan wujudnya kakitangan pinjaman daripada AIM berjawatan Pengarah Kewangan
sebagai Ketua Pegawai Kewangan yang menerajui pengurusan KKAIMB.
6.0 BAJET 2021/2022 DAN KAJI SEMULA (REVIEW) BAJET 2020/2021
Ringkasan cadangan bajet 2021/2022 dan kajian semula (review) bajet 2020/2021 adalah seperti jadual berikut;
Jadual 1: Ringkasan Keseluruhan Bajet 2021/2022 dan Kaji Semula (Review) Bajet 2020/2021
140
Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan Kali Ke-23
Dari jadual di atas, jumlah kakitangan cadangan bajet 2021/2022 seramai 53 orang berbanding hanya 39 orang
kakitangan bagi bajet 2020/2021.Terdapat penambahan kakitangan seramai 13 orang dalam cadangan bajet
2021/2022 di mana 8 orang adalah menggantikan kakitangan yang telah berhenti dan 5 orang akan mengisi
kekosongan jawatan baru.
Jumlah jangkaan Perolehan tahun 2021/2022 berjumlah RM 24.8 juta meningkat sebanyak 58.5% berbanding bajet
review tahun 2020/2021 yang berjumlah RM 15.6 juta.
Manakala jumlah perbelanjaan bagi bajet tahun 2021/2022 sebanyak RM 18.3 juta menunjukkan peningkatan 53.7%
berbanding bajet review tahun 2020/2021 yang berjumlah RM 11.9 juta. Komponen terbesar di dalam perbelanjaan
adalah kos pentadbiran dan operasi sebanyak 45.9% diikuti kos kakitangan sebanyak 23.9% dan 22.1% untuk kos
kewangan dalam tempoh bajet tahun 2021/2022.
Secara keseluruhannya keuntungan KKAIMB selepas cukai & zakat bagi bajet 2021/2022 sebanyak RM 5.30 juta
berbanding bajet review tahun 2020/2021 berjumlah RM 2.58 juta. Ini menunjukkan peningkatan yang berlaku
sebanyak 105.1%
KOMPONEN HASIL KKAIMB BAGI BAJET 2021/2022 DAN KAJIAN SEMULA (REVIEW) BAJET 2020/2021
1. Perolehan daripada aktiviti TKH berjumlah RM 15.05 juta bagi bajet 2021/2022 berbanding bajet review
2020/2021 berjumlah RM 15.0 juta.
2. Anggaran caj pembiayaan sebanyak RM 3.00 juta bagi bajet tahun 2021/2022 dan caj pembiayaan bagi
bajet review 2020/2021 adalah sebanyak RM 2.93 juta
3. KKAIMB menjangkakan memperolehi pendapatan daripada perniagaan yang dirancang berjumlah RM
5.0 juta bagi bajet tahun 2021/2022 berbanding bajet review 2020/2021 yang tiada di bajetkan.
4. Selain itu juga, jangkaan perolehan pendapatan hasil daripada pemulihan hutang berjaya dikutip
sebanyak RM 120 ribu pada bajet 2021/2022 berbanding RM 6,000 bajet review 2020/2021.
141
KOPERASI KAKITANGAN
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
5. Jangkaan Pendapatan sewa yang diterima Bajet 2021/2022 seperti berikut:
6. Anggaran yuran masuk keanggotaan RM 4,700 bagi bajet tahun 2021/2022 dan sebanyak RM 3,000
bagi bajet review 2020/2021 .
7. Hibah yang diterima oleh KKAIMB daripada BKRM sebanyak RM 525,000 bagi bajet tahun 2021/2022
dan sebanyak RM 350,000 bagi bajet review 2020/2021 .
8. Pada bajet tahun 2021/2022 KKAIMB dijangkakan memperolehi dividen daripada anak syarikat Merpati
Bakat dan Vibrant Reality sebanyak RM 80 ribu berbanding bajet review 2020/2021 tiada bayaran
dividen yang akan diperoleh daripada anak syarikat.
6.1 Bajet 2021/2022 dan Kaji Semula (Review) Bajet 2020/2021
Semakan semula bajet 2020/2021 dan cadangan bajet 2021/2022 adalah berdasarkan prestasi KKAIMB yang lepas
dan mengambilkira prestasi bagi suku tahun pertama (Jan-Mac) 2021. Komponen / struktur kos KKAIMB dalam
review bajet Bajet 2020/2021 Dan Bajet 2021/20222021 berdasarkan enam (6) komponen utama:
i. Kos Kakitangan
ii. Kos Ahli Lembaga Koperasi
iii. Kos Pentadbiran dan Operasi
iv. Kos Yuran Profesional
v. Kos Kewangan
vi. Belanja Modal
142
Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan Kali Ke-23
Berikut menunjukkan graf bajet perbelanjaan KKAIMB mengikut tahun:
Graf 1: Jumlah Bajet Perbelanjaan Mengikut Tahun
Terdapat beberapa peruntukan utama cadangan Bajet 2021/2022 dan pindaan Bajet Review 2020/2021 dan
adalah seperti berikut:
(a) Belanja Kakitangan
Perincian adalah seperti berikut :
143
KOPERASI KAKITANGAN
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
Bagi bajet tahun 2021/2022, peningkatan emolumen berikutan cadangan pengambilan baru seramai
13 orang ( 8 kakitangan gantian, 5 kakitangan baru ) kakitangan bagi memantapkan urusan operasi
KKAIMB. Jawatan yang ditawarkan adalah :
i. Penolong Pengurus Undang-Undang dan Hal Ehwal Lembaga
ii. Eksekutif Dokumentasi Dan Hal Ehwal Lembaga
iii. Penolong Pengurus Akaun
iv. Pemandu Dan Pembantu Am Pejabat
v. Eksekutif Pembiayaan – 3 kekosongan ( 2 Penggantian )
vi. Penolong Pengurus Teknologi Maklumat ( Penggantian)
vii. Eksekutif Akaun – 2 kekosongan (Penggantian)
viii. Eksekutif Tabung Khairat – 2 penggantian ( Penggantian)
ix. Pembantu Eksekutif Sumber Manusia ( Penggantian)
KKAIMB, peruntukan bagi bonus kakitangan adalah sebanyak RM 2,000 setiap kakitangan tertakluk
kepada prestasi KKAIMB.
(b) Belanja Ahli Lembaga Koperasi
Bagi perbelanjaan Ahli Lembaga melibatkan vot elaun mesyuarat,tuntutan perjalanan insurans dan
perubatan seperti jadual di bawah.
1. Elaun Mesyuarat ALK sebanyak RM 300 untuk 12 ALK.
2. Elaun Mesyuarat AJK terlantik berdasarkan 5 jawatankuasa yang ada.
3. Elaun Tetap ALK yang terdiri daripada elaun telefon dan elaun bulanan untuk 12 ALK.
4. Insuran (Kad Perubatan) diperuntukan RM 3,000 setiap ALK setahun.
5. Khairat Kematian diperuntukan RM 210 setiap ALK setahun.
6. Perubatan diperuntukan RM 1,500 setiap ALK setahun.
7. Kos- kos lain seperti tuntutan perjalanan dan penerbangan.
9. Tahun 2021/2022 adalah berdasarkan (18) lapan belas bulan.
144
Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan Kali Ke-23
(c) Belanja Pentadbiran dan Operasi
Peningkatan sebanyak 19.6%. ke atas Belanja Pentadbiran dan Operasi bagi Bajet 2020/2021
berjumlah RM 8.43 juta berbanding Bajet 2021/2022, RM 7.05 juta. Berikut merupakan pecahan belanja
pentadbiran dan operasi:
1. Belanja Mesyuarat Agung Kawasan dan Tahunan diperuntukan sebanyak RM 2.00 juta (2022) dan
RM 1.75 juta (2021). MAPT kali ke-24 yang dicadangkan akan dibuat pada penghujung Disember
2021.
2. Sumbangan dan Derma kepada agensi luar dan badan- badan kebajikan diperuntukkan sebanyak
RM 100,000.
3. Belanja audit dalaman adalah untuk Jawatankuasa Audit yang dilantik.
4. Sewa pejabat diperuntukan sebanyak RM 220,000 adalah sewa bagi ibu pejabat KKAIMB di Menara
AIM berjumlah RM 6,900 sebulan dan sewa pejabat Unit Tabung Khairat Hutang dan pejabat di
Sabah.
5. Baju korporat diperuntukan untuk ALK dan kakitangan.
6. Belanja pemulihan hutang melibatkan pihak ketiga selaku ejen pemungut hutang.
7. Belanja kontigensi diperuntukan berjumlah RM 600 ribu. Jumlah peruntukan RM 500,000 adalah
bagi pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif.Ia bertujuan untuk mencapai sasaran RM 50 juta bagi
segmen perniagaan baru yang disasarkan dalam bajet Tahun 2021/2022. Manakala RM 100,000
adalah peruntukan lain-lain belanja luar jangka dalam bajet Tahun 2021/2022.
8. Anggaran denda ke atas percukaian di anggarkan berjumlah RM 1.20 juta dalam bajet 2021/2022
dan RM 1.20 juta bagi review bajet tahun 2020/2021. Ini melibatkan kes pengingkaran mahkamah
oleh KKAIMB untuk cukai taksiran 2007 sehingga cukai tahun taksiran 2011.
9. Kos – kos lain seperti program APC dan hari keluarga, alat tulis dan percetakan, penyelenggaraan
pejabat, belanja utiliti, belanja pos, telefon dan internet, penyelenggaraan kenderaan, cukai
jalan, belanja pejabat, belanja minyak & tol dan keraian adalah peruntukan biasa dalam belanja
pentadbiran dan operasi.
145
KOPERASI KAKITANGAN
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
(a) Yuran Profesional
Belanja Yuran Profesional berjumlah RM 535 ribu bagi bajet 2021/2022 dan RM 350 ribu bagi review
bajet tahun 2020/2021 .Ini menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 52.9% ke atas belanja yuran
profesional pada tahun 2021/2022 berbanding review bajet tahun 2020/2021 .
Bagi Vot Yuran guaman berjumlah RM 250 ribu adalah belanja yang diperuntukan bagi bayaran
pertikaian dengan SKM dan belanja untuk siasatan dalaman KKAIMB. Manakala bagi yuran profesional
RM 100 ribu diperuntukan untuk perunding cukai, yuran keahlian Institut Akauntan Malaysia dan yuran
keahlian profesional kewangan.
(b) Kos Kewangan
Kos kewangan bagi bajet 2021/2022 berjumlah RM 4.05 juta dan bajet review 2020/2021 berjumlah
RM 541 ribu. Peningkatan jumlah kos kewangan bajet 2021/2022 ini telah mengambilkira kos dana ke
atas keberhutangan KKAIMB pada tahun 2022. Selain itu juga belanja peruntukan hutang ragu pula
dianggarkan sebanyak RM 2.00 juta ke atas akaun penghutang pembiayaan bagi bajet 2021/2022 dan
RM 500 ribu bagi bajet review 2020/2021 . Pecahan kos kewangan seperti jadual dibawah:
(c) Belanja Modal
146
Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan Kali Ke-23
Perancangan bagi belanja modal bagi bajet 2021/2022 dan bajet review 2020/2021 adalah:
i. Pembangunan sistem Koperasi yang tertangguh dari tahun 2017 perlu disiapkan dengan belanja
yang diperuntukan sebanyak RM 1,018,607 dan RM 105,000 pula bagi pembangunan web dan
lain-lain pembangunan sistem yang sedia ada berbanding dalam bajet 2021/2022. Manakala
bagi bajet review 2020/2021 hanya diperuntukan sebanyak RM 100,000 untuk pembangunan
laman sesawang dan pembangunan sistem sediaada.
ii. KKAIMB akan melupuskan Proton Saga BLM dengan anggaran keuntungan pelupusan
sebanyak RM 5 ribu di dalam bajet 2021/2022. Sebagai menggantikan kenderaan tersebut
KKAIMB akan membeli Proton Pesona dengan jumlah bayaran bulanan sebanyak RM 732
selama 6 tahun.
iii. KKAIMB juga akan membeli lori dan hilux anak syarikat Vibrant dengan harga RM 80 ribu
seperti dalam bajet 2021/2022 bagi memberi kecukupan tunai kepada anak syarikat untuk terus
membangunkan beroperasinya.
147
KOPERASI KAKITANGAN
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
7.0 Unjuran Aliran Tunai
Aliran tunai pada akhir tahun 2021& 2022 diunjurkan positif dengan baki akhir diunjurkan sekitar RM 33.2 juta.
Unjuran keperluan ini adalah seperti berikut;
Jadual 16 : Unjuran Aliran Tunai KKAIMB Tahun 2021 & 2022
148
Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan Kali Ke-23
8. RUMUSAN
Bajet 2021/2022 dan Kajian semula (review) Bajet 2020/2021 disediakan berdasarkan perubahan struktur
organisasi terkini dengan menekankan perbelanjaan berhemah dalam menempuh wabak Covid-19 yang melanda.
KKAIMB perlu memastikan kesinambungan pelaburan sediada, merasionalkan aset-aset KKAIMB agar dapat
memperolehi keuntungan dan seharusnya berhati-hati dalam memilih perniagaan baharu supaya risiko adalah
minima dan dapat memberi pulangan yang kompetetif kepada semua anggota dan kakitangan KKAIMB.
9. SYOR
i. Sehubungan dengan itu, Lembaga mencadangkan Bajet 2021/2022 dan Kaji Semula (review) Bajet
2020/2021 seperti maklumat lampiran A, diluluskan untuk diterima pakai.
ii. Perwakilan dengan hormatnya diminta menimbangkan syor seperti pada perenggan i di atas dan
sekiranya sesuai meluluskannya.
149
KOPERASI KAKITANGAN
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
AGENDA 06 LAMPIRAN A
KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
MENIMBANG DAN MELULUSKAN BAJET 2020/2021 DAN BAJET 2021/2022
Perkara BAJET 2022 REVIEW BAJET BAJET 2021 Variance (%)
2021
Kod Tahun Kewangan Jul 21-Dec 22 Jan-Dis 2021 BAJET 2022vs
Jul 20-Jun 21 BAJET REVIEW 2021
Pejabat 12 12 12 5.0
Bil. ALK semasa 52 39 48 103.0
Bil. kakitangan semasa
A PEROLEHAN 9,450,000 9,000,000 29,000,000 2.6
1 Komisen Tabung Khairat Hutang (15%) 6,090,099 3,000,000 3,000,000 5.0
2 Keuntungan Pengurusan Skim Takaful 3,000,000 2,925,000 840,000 -
3 Caj Pembiayaan 39,000 -
4 Bayaran Proses 52,500 50,000 73,305 5.0
5 Pendapatan Pembekalan 150,000 150,000 0 66.7
6 Pendapatan Perniagaan 5,000,000 180,000 301.3
7 Keuntungan Pelaburan 105,000 0 12,958 57.0
8 Projek Pengangkutan 100,000 42,000 50.0
9 Sewa Diterima 50,000 4,500 1,900.0
10 Yuran Masuk(keanggotaan) 192,600 30,000 120,000 66.7
11 Hibah Bank 48,000 500,000 -
12 Pendapatan Pemulihan Hutang 4,710 132,000 -
13 Lain-lain pendapatan : Koperasi 525,000 3,000 0 -
14 Lain-lain pendapatan :Pelupusan Aset 120,000 350,000 0 58.5
15 Dividen Vibrant Realty 0
16 Dividen Merpati Bakat 10,000 6,000
Jumlah Perolehan 5,000 6,000 33,943,763
PERBELANJAAN
B Kos Kakitangan 40,000 0 2,104,872 53.3
1 Emolumen 40,000 0 0 5.0
2 Elaun 24,834,909 0
3 KWSP (Majikan) 15,668,000 378,877 46.2
4 PERKESO (Majikan) 2,619,434 44,323 7.4
5 Bonus 567,808 1,708,932 48,000
6 Perubatan 476,599 540,770 72,000 33.3
7 Insuran (Kad Perubatan) 50,000 325,893 8.3
8 Takaful(Khairat kematian)GTT 104,000 46,539 139,200 5.0
9 Elaun Praktikum 78,000 78,000 9,600
10 Tuntutan Perjalanan 231,000 72,000 33.3
11 Kursus & Latihan 20,000 220,000 24,000 5.0
12 Penerbangan 25,200 15,000 82,000 5.0
13 Kerja Lebih Masa 105,000 24,000 -
14 Perpindahan 0 100,000 0 -
15 Pulangan Tabung Simpanan Pekerja 20,000 0 20,000 5.0
Jumlah Kos Kakitangan 36,750 20,000 22,000 -
C Kos ALK dan AJK Terlantik 60,000 35,000 100,000 -
1 Elaun Mesyuarat ALK 0 60,000 30,000
2 Elaun Mesyuarat AJK Terlantik 0 3,074,872 35.4
3 Elaun Tetap ALK 4,393,791
4 Tuntutan Perjalanan 3,246,134 48,000 50.0
5 Penerbangan 64,800 48,000 68.8
6 Takaful (Khairat kematian) 81,000 43,200 204,000 42.6
7 Insuran (Kad Perubatan) 370,800 48,000 70,000
8 Perubatan 73,000 260,000 50,000 4.3
Jumlah Kos ALK dan AJK Terlantik 52,000 70,000 4.0
D Belanja Pentadbiran dan Operasi 50,000 2,400 5.0
1 Belanja Mesyuarat Agung 2,520 34,800 3.4
2 Saguhati 36,000 2,400 18,000 -
3 Sumbangan dan Derma 18,000 34,800 475,200 32.6
4 Program APC dan Hari Keluarga 698,120 18,000
5 Alatulis dan percetakan 526,400 500,000 14.3
6 Penyelenggaraan Pejabat 2,000,000 4,000,000 11.3
7 Belanja Audit Dalam 3,535,440 1,750,000
8 Belanja Utiliti 3,175,511 100,000 -
9 Belanja Pos & Kurier 100,000 90,000 -
10 Sewa Pejabat 90,000 100,000 30,000 12.5
11 Telefon dan Internet 45,000 90,000 -
12 Penyelenggaraan Kenderaan 50,000 40,000 240,000 13.3
13 Takaful dan Cukai Jalan 85,000 50,000 72,000 5.0
14 Belanja Pejabat 42,000 75,000 40,000 5.0
15 Belanja Minyak dan Tol 56,700 40,000 54,000 46.7
54,000 5.0
220,000 194,400 25.0
28,350 150,000 27,000 -
50,000 27,000 29,000 5.0
60,000 40,000 60,000 5.0
60,000
126,000 120,000
52,500 120,000 50,000
50,000
150