KANDUNGAN
Perutusan Pengerusi Lembaga 01
Maklumat Korporat 02
Visi ,Misi, Prinsip & Moto 03
Anggota Lembaga 04
Notis Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke 23 05
Agenda 01: Melantik Enam (6) Anggota Perwakilan dan Empat (4) Anggota 07
Lembaga Sebagai Jawatankuasa Menentusah Minit Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan ke- 23
Agenda 02: Mengesahkan Minit MAPT ke- 22 Yang Diadakan Pada 09hb Mac 2019 08
09
Agenda 03: Membentang dan Meluluskan Laporan Lembaga Bagi Tahun 2019
Beserta Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman 10
Agenda 04: Menimbang dan Meluluskan Penyata Kewangan Teraudit Bagi Tahun
Kewangan Berakhir 30hb Jun 2019
Agenda 05: Menimbang dan Meluluskan Cadangan Pembahagian Keuntungan Bagi 11
Tahun Kewangan Berakhir 30hb Jun 2019
Agenda 06: Menimbang dan Meluluskan Bajet Sesi 2020/2021 dan 2021/2022 12
Agenda 07: Memilih Anggota Lembaga Bagi Sesi 2020/ 2021 13
Agenda 08: Meluluskan Elaun Kepada Anggota Lembaga/ Ahli Jawatankuasa dan 14
Mana- mana Anggota Yang Dilantik Sebagai Pengarah Subsidiari 15
16
Agenda 09: Meluluskan Pelantikan Suatu Panel Firma Audit Bagi Mengaudit
Penyata Kewangan KKAIMB dan Subsidiari Bagi Tahun Kewangan
Berakhir 30hb Jun 2020
Agenda 10: Meluluskan Skop dan Had Pelaburan Serta Menentukan Had
Maksimum Keterhutangan Bagi Sesi 2020/ 2021
Agenda 11: Membentang dan Meluluskan Cadangan Pindaan Undang- Undang 17
Kecil 18
Agenda 12: Membentang dan Meluluskan Cadangan Aturan Baharu dan 19
Pindaan Aturan. 20
Agenda 13: Membentang dan Menimbangkan Usul- Usul Perwakilan
Direktori
PERUTUSAN PENGERUSI LEMBAGA
Assalamualaikum Wbt. Dan Salam Koperasi
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas izin dan restu- Nya, Koperasi
Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) masih lagi berdiri teguh
selepas 25 tahun penubuhannya dan mencapai usia Jubli Perak dalam
merealisasikan peranan sebagai sebuah koperasi dan menyumbang kepada
pembangunan sosio-ekonomi anggota-anggotanya.
Bagi pihak Anggota Lembaga Koperasi (ALK), saya mengucapkan selamat datang
kepada semua perwakilan dari seluruh negara kerana dapat meluangkan masa untuk
memenuhi tanggungjawab sebagai Perwakilan yang dilantik untuk mengikuti
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke- 23 (MAPT ke-23) secara dalam talian.
Format mesyuarat secara digital ini yang julung-julung kali diadakan semenjak
penubuhan KKAIMB terpaksa diambil kerana penularan pandemik Covid-19 di negara
kita demi menjaga keselamatan semua pihak dan mematuhi arahan pihak kerajaan.
Diharapkan mesyuarat dapat berlangsung dengan lancar dan semua pihak dapat
mematuhi etika mesyuarat. Bermesyuaratlah dengan semangat koperasi yang tinggi
demi untuk mendapatkan cadangan-cadangan dan keputusan-keputusan yang
terbaik secara sepakat demi hala tuju dan kelangsungan KKAIMB di masa hadapan.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kerana telah memberikan kepercayaan dan
sumbangan yang besar kepada perkembangan KKAIMB selama ini. Tanpa
kepercayaan dan sokongan daripada pihak Pengurusan Tertinggi Amanah Ikhtiar
Malaysia semenjak penubuhan KKAIMB, saya berpendapat mungkin sukar untuk
pihak KKAIMB melangkah sehingga ke tahap ini. Diharapkan kepercayaan dan
kerjasama di antara kedua-dua belah pihak akan berterusan dalam bentuk ekosistem
yang sedia ada bahkan bertambah baik demi manfaat bersama.
Para anggota telah dimaklumkan pada Mesyuarat Agung Kawasan (MAK) yang telah
diadakan akan kedudukan kewangan KKAIMB bagi tahun kewangan 2019 telah
mengalami implikasi yang kritikal kesan daripada pelaburan- pelaburan terdahulu
yang membawa kerugian besar kepada KKAIMB. Iklim ekonomi yang kurang
memberangsangkan kesan daripada pandemik Covid-19 yang mengehadkan
mobilisasi dan dinamik pasaran menyukarkan lagi keadaan. Sebagai contoh,
pendapatan KKAIMB yang sebagai Penanggung Risiko kepada Skim Tabung Khairat
Hutang AIM sangat terjejas sejak kemunculan pandemik pada awal tahun 2020
kerana jumlah pembiayaan yang dikeluarkan mengalami penyusutan yang signifikan
sehingga kebelakangan ini.
Mengambil kira kedudukan kewangan dan situasi ekonomi semasa yang sangat
mencabar, pihak Lembaga dan dibantu oleh Pengurusan KKAIMB telah menetapkan
langkah-langkah yang sewajarnya supaya KKAIMB kekal berdaya saing dan mampu
memberikan pulangan yang realistik kepada para anggota dan kakitangan. Antara
langkah-langkah yang dirasakan perlu ialah mengawal kecairan tunai, menguruskan
liabiliti semasa dengan berkesan, mengawal perbelanjaan operasi, meminimumkan
sebarang perbelanjaan luar jangka, memastikan kesinambungan dan pendapatan
yang maksimum daripada aktiviti pelaburan dan perniagaan sedia ada, dan
mengelakkan sebarang pelaburan yang berisiko tinggi pada masa ini.
KKAIMB juga sedang dalam proses untuk menambahbaik perkhidmatan-
perkhidmatan sedia ada kepada pelanggan dan Anggota dengan menyemak semula
dasar-dasar dan proses-proses yang terlibat. Ini untuk memastikan tahap
perkhidmatan yang ditawarkan kepada pihak-pihak yang terlibat adalah memuaskan
bahkan akan lebih baik di masa akan datang demi untuk faedah dan manfaat semua
pihak terutamanya Anggota KKAIMB dan juga semua Kakitangan KKAIMB.
Sehubungan dengan itu, penyediaan buku mesyuarat ini juga adalah sebagai salah
satu inisiatif yang dilaksanakan bagi meyampaikan maklumat terkini kepada semua
perwakilan yang telah dipilih oleh anggota supaya kita bersama menjaga dan
mengambil cakna berkenaan Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad
yang kita sayangi ini.
Di kesempatan dan akhir kalam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ALK,
barisan pengurusan, para anggota ,kakitangan dan terutama Pengurusan Tertinggi
Amanah Ikhtiar Malaysia yang bertungkus lumus bagi memastikan koperasi ini
sentiasa bergerak maju ke hadapan. Diharapkan agar misi dan visi koperasi ini tidak
terhenti setakat ini sahaja, malah akan terus diperkasakan hingga menjadikan agenda
utama untuk kepentingan anggota dipenuhi dapat dicapai. Selamat bersidang kepada
semua perwakilan MAPT Kali ke- 23.
Sekian, Wassalam
SAAD BIN ISHAK
Pengerusi Lembaga
MAKLUMAT KORPORAT PEJABAT BERDAFTAR/ IBU PEJABAT
ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI
Lot 1-3, Tingkat 1, Jalan Cempaka SD 12 1/A,
PENGERUSI
Encik Saad bin Ishak Bandar Sri Damansara PJU 9,
SETIAUSAHA 52200 Kuala Lumpur.
Puan Norhaliza binti Dollah
Tarikh Pendaftaran : 13hb Jun 1996
BENDAHARI
Puan Fuziah binti Yusof No. Pendaftaran : D-5-0214
ANGGOTA LEMBAGA Tel : 03- 6263 4501/ 8501
Encik Muhammad Yuri bin Zainun
Encik Rosman bin Kadir Fax : 03- 6263 9501
Encik Abdul Hafiz bin Soni
Encik Zubairi bin Mohd Fadzil Emel : [email protected]
Puan Rosmawati binti Abdul Rahman
Puan Mardziah binti Jalaldudin Laman Web : www.kaimb.my
Encik Mohd Idrus bin Sharif Ekang
BARISAN PENGURUSAN
JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
Encik Na’em Siddiqi bin Zulkifli Ketua Pegawai Eksekutif
Puan Norshukrina binti Abd. Kadir Encik Ahmad Mustaqim bin Ahmad Merican
Puan Izyani binti Abd Mutalib (Berkuatkuasa 01 November 2010 sehingga 01
(sehingga 16 Februari 2021) April 2020)
JURUAUDIT LUAR Ketua Pegawai Kewangan
MNZWAJA Chartered Accountants Encik Amir Hamzah bin Rahmat
(AF001959) (Berkuatkuasa 22 Februari 2021 hingga kini)
PERUNDING PERCUKAIAN Ketua Pegawai Operasi
MNZWAJA Tax Services Sdn. Bhd. Encik Azrul Nizam bin Akashah
(702004-K) (Berkuatkuasa 01 Oktober 2019 hingga kini)
BANK Ketua Jabatan Operasi Tabung Khairat
Bank Kerjasama Rakyat Berhad Hutang & Teknologi Maklumat
Bank Islam Malaysia Berhad Encik Mohammad Animan Shah bin Othman
Bank Simpanan Nasional (Berkuatkuasa 15 Ogos 2019 hingga kini)
Ketua Jabatan Sumber Manusia,
Pentadbiran & Keanggotaan
Puan Zanika binti Abdul Rahman
(Berkuatkuasa 07 Oktober 2020 hingga kini)
Ketua Jabatan Kewangan & Bajet
Puan Suzila Aisyah binti Mohd Radzi
(Berkuatkuasa 15 Ogos 2019 sehingga 16
Februari 2021)
Puan Izyani binti Abd Mutalib
(Berkuatkuasa 16 Februari 2021 hingga kini)
Ketua Jabatan Pembiayaan & Pelaburan
Perniagaan
Encik Mohd Afify bin Mohd Arif
(Berkuatkuasa 15 Ogos 2017 hingga kini)
VISI, MISI, PRINSIP & MOTO
Meningkatkan taraf ekonomi ahli- ahli mengikut
prinsip koperasi dan menjadi sebuah koperasi
berdaya maju dan berdaya saing
➢ Mencari peluang- peluang niaga untuk menambah dan mengukuhkan dana
koperasi.
➢ Meningkatkan saluran perniagaan dan perusahaan koperasi dan
membantu ahli- ahli dalam operasi perniagaan terutama pembiayaan
modal.
➢ Membuat pelaburan yang berkesan dan menguntungkan semua ahli.
➢ Menggunakan semua sumber yang berpotensi dan mempelbagaikan
perniagaan dan perusahaan untuk manfaat bersama.
➢ Menyediakan Latihan dan penyelidikan untuk mempertingkatkan
kecemerlangan ahli dan kakitangan.
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad meletakkan
prinsip- prinsip berikut sebagai asas operasinya iaitu:
➢ Keanggotaan sukarela dan terbuka
➢ Pengurusan yang demokratik
➢ Pulangan terhad ke atas modal yang disumbang ahli
➢ Pembahagian keuntungan yang saksama
➢ Menggalakkan Pendidikan koperasi dan perniagaan
➢ Semangat kerjasama di kalangan ahli dan koperasi
“ MEMBANGUN BERSAMA KOPERASI “
Ruj. Kami :KKAIMB/MAPT2019/JSMK/UKKK/20210604-1
Tarikh : 04 Jun 2021
Kepada:
Semua Perwakilan
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad
Tuan / Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 23 DIBAWAH UNDANG-
UNDANG KECIL 29
Dengan segala hormatnya , Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Kakitangan
Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad kali ke-23 yang akan diadakan sepenuhnya melalui atas talian
seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 19 Jun 2021 (Sabtu) / 08 Zulkaedah 1442H
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Melalui aplikasi ‘Zoom Meeting Room”
2. Agenda – agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
2.1 Melantik suatu Jawatankuasa Menentusah Minit MAPT Kali Ke-23;
2.2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-22 Yang Diadakan
Pada 9 Mac 2019;
2.3 Membentang Dan Meluluskan Laporan Lembaga Bagi Tahun 2019 Berserta
Laporan Jawatankuasa Audit Dalam;
Ruj. Kami :KKAIMB/MAPT2019/JSMK/UKKK/20210604-1
Tarikh : 04 Jun 2021
2.4 Menimbang Dan Meluluskan Penyata Kewangan Teraudit Bagi Tahun Kewangan
Berakhir 30 Jun 2019;
2.5 Menimbang Dan Meluluskan Cadangan Pembahagian Keuntungan Bagi Tahun
Kewangan Berakhir 30 Jun 2019;
2.6 Menimbang Dan Meluluskan Cadangan Bajet 2020/2021 dan 2021/2022;
2.7 Memilih Sembilan (9) Anggota Lembaga Bagi Sesi 2020/2021;
2.8 Meluluskan Elaun Kepada Anggota Lembaga / Ahli Jawatankuasa Dan Saraan
Kepada Mana-Mana Anggota Lembaga Yang Dilantik Sebagai Pengarah
Subsidiarinya;
2.9 Meluluskan Pelantikan Suatu Panel Firma Audit Bagi Mengaudit Akaun Bagi
Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2020;
2.10 Meluluskan Skop Dan Had Pelaburan Daripada Wang Berlebihan Koperasi Serta
Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Bagi Sesi 2020/2021 dan
2021/2022;
2.11 Membentang Dan Meluluskan Cadangan Pindaan Undang-Undang Kecil;
2.12 Membentang Dan Meluluskan Cadangan Pindaan Aturan; dan
2.13 Membentang Dan Menimbang Usul-Usul Perwakilan.
Ruj. Kami : KKAIMB/MAPT2019/JSMK/UKKK/20210604-1
Tarikh : 04 Jun 2021
3. Untuk makluman semua perwakilan, (MAPT) Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar
Malaysia Berhad kali ke-23 akan diadakan sepenuhnya melalui atas talian (online).
Sehubungan itu, peringatan kepada semua perwakilan untuk berada di lokasi yg
mempunyai talian / jaringan internet yang stabil dan disarankan untuk menggunakan
komputer riba bagi mengelakkan sebarang kesulitan berlaku sewaktu mesyuarat
dijalankan.
4. Pra-pendaftaran untuk menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KKAIMB 2019
ini melalui link yang telah diberi melalui email. Maklumat lanjut berkaitan kaedah dan
pelaksanaan mesyuarat secara dalam talian akan diberikan dari masa ke semasa melalui
email / aplikasi Whatsapp.
5. Segala kerjasama di beri oleh tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian untuk makluman. Terima Kasih.
“MEMBANGUN BERSAMA KOPERASI”
Yang diamanahkan,
.................................
NORHALIZA BINTI DOLLAH
Setiausaha
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad
Sk: Pengerusi Lembaga KKAIMB
Fail Koperasi
AGENDA 01
MELANTIK ENAM ANGGOTA PERWAKILAN DAN EMPAT ANGGOTA LEMBAGA
SEBAGAI JAWATANKUASA MENENTUSAH MINIT MESYUARAT AGUNG
PERWAKILAN TAHUN KE- 23
TUJUAN
Kertas ini adalah untuk melantik enam (6) Anggota Perwakilan dan empat (4) Anggota
Lembaga dilantik menganggotai Jawatankuasa Menentusah Minit Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan (MAPT) Ke- 23.
LATAR BELAKANG
2. Menurut perenggan 14 (1)(b) Akta Koperasi, Minit Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan (‘’MAPT’’) perlu diserahkan kepada Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (‘’SKM’’) tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas tarikh MAPT
tersebut diadakan. Perenggan (j) fasal (1) undang-undang kecil 33 Koperasi pula
menggariskan MAPT hendaklah melantik jawatankuasa yang terdiri daripada enam
(6) Anggota Perwakilan dan empat (4) Anggota Lembaga untuk menentusahkan deraf
Minit MAPT tersebut.
3. Pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahun Ke-22 (‘’MAPT 22’’), enam (6)
Anggota Perwakilan dan empat (4) Anggota Lembaga telah dilantik untuk menentusah
minit MAPT seperti berikut :
BIL NAMA STATUS
1 En. Fakururrazi bin Idris Ahli Lembaga
2 En. Hishamuddin bin Sulaiman Ahli Lembaga
3 Pn. Norhaliza binti Dollah Ahli Lembaga
4 En. Ya’acob bin Omar Ahli Lembaga
5 En. Ros Man bin Kadir Anggota Perwakilan
6 En. Saad bin Ishak Anggota Perwakilan
7 En. Mohd Yusoff bin Seman Anggota Perwakilan
8 Pn. Rosmawati binti Abd Rahman Anggota Perwakilan
9 En. Azmi bin Sharif Anggota Perwakilan
10 Pn. Rozanah binti Liwan
Anggota Perwakilan
ULASAN LEMBAGA
4. Selaras dengan keperluan Perenggan (j) fasal (1) undang-undang kecil 33
Koperasi, MAPT hendaklah mencalonkan enam (6) Anggota Perwakilan dan empat
(4) Anggota Lembaga untuk menganggotai Jawatankuasa Menentusah Minit MAPT
Ke- 23
SYOR
5. Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan Perwakilan melantik sepuluh (10)
orang untuk menganggotai Jawatankuasa Menentusah Minit MAPT Ke- 23 seperti
berikut:
a. Enam (6) Anggota Perwakilan; dan
b. Empat (4) Anggota Lembaga
6. Perwakilan dengan hormatnya diminta menimbangkan syor seperti pada
perenggan lima (5) di atas dan jika sesuai meluluskannya.
AGENDA 02
Mengesahkan Minit MAPT Ke-22 Yang Diadakan Pada 09 Mac 2019
TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan
Ke-22 (“MAPT 22”) yang diadakan pada 09 Mac 2019 di Bilik Mesyuarat, Swiss Garden
Beach Resort, Damai Laut, 32200 Lumut, Perak.
LATAR BELAKANG
2. MAPT 22 telah diadakan pada jam 11:00 pagi sehingga 05:00 petang dan dihadiri
seramai 87 Perwakilan atau 92% daripada 95 Perwakilan yang layak hadir. MAPT 22
telah dipengerusikan oleh Encik Rosli bin Abdul.
3. Perbincangan dan keputusan dalam MAPT 22 telah diminitkan dan disahkan oleh
Jawatankuasa Menentusah Minit (“JMM”) MAPT 22 yang dianggotai oleh :
Bil. Nama Kategori
1 En. Fakururrazi bin Idris Ahli Lembaga
2 En. Hishamuddin bin Sulaiman Ahli Lembaga
3 Pn. Norhaliza binti Dollah Ahli Lembaga
4 En. Ya’acob bin Omar Ahli Lembaga
5 En. Ros Man bin Kadir Anggota Perwakilan
6 En. Saad bin Ishak Anggota Perwakilan
7 En. Mohd Yusoff bin Seman Anggota Perwakilan
8 Pn. Rosmawati binti Abd Rahman Anggota Perwakilan
9 En. Azmi bin Sharif Anggota Perwakilan
10 Pn. Rozanah binti Liwan Anggota Perwakilan
SYOR
4. Adalah disyorkan Minit MAPT 22 yang diadakan pada 09 Mac 2019 seperti di
Lampiran A disahkan.
5. Perwakilan dengan hormatnya diminta mempertimbangkan syor pada
perenggan empat (4) di atas dan jika sesuai meluluskannya.
Lampiran A