The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kewkkaimb, 2021-06-14 09:46:41

BUKU MEETING MAPT 23 DRAF

BUKU MEETING MAPT 23 DRAF

AGENDA 03

MEMBENTANG DAN MELULUSKAN LAPORAN LEMBAGA BAGI TAHUN 2019
BESERTA LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN

TUJUAN

Membentangkan laporan aktiviti untuk kelulusan dan makluman perwakilan Koperasi
Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad.

STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA

Perjalanan dan aktiviti Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad
dilaksanakan secara pengurusan penyeliaan berperingkat dengan jawatankuasa yang
telah ditubuhkan seperti berikut:

Jawatankuasa
1. Sumber Manusia, Keanggotaan, Kebajikan, Aduan, Disiplin & Keselamatan
2. Kewangan & Projek Teras
3. Kredit, Pembiayaan, Risiko & Projek Khas
4. Penilaian Projek, Pelaburan, Perladangan, Pengurusan Aset & Hartanah
5. Audit Dalaman

SENARAI NAMA DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATAN KUASA

J1 JAWATANKUASA KEWANGAN & PROJEK TERAS

1. EN. SAAD ISHAK PENGERUSI

1 AHLI 2. PN. FUZIAH YUSOF AHLI
3. EN. ROSMAN KADIR AHLI

4. EN. MUHAMMAD YURI ZAINUN AHLI

Memastikan kedudukan kewangan dalam keadaan stabil dan

memastikan projek teras seperti TKH dan Pembiayaan berjalan dengan

2 TANGGUNGJAWAB lancar dan kelulusan berkenaan dengan hal- hal kewangan dan projek

teras ini dikaji dan diluluskan beberapa perkara sebelum dibentangkan

dan diluluskan di Mesyuarat Ahli Lembaga.

J2 JAWATANKUASA PENILAIAN PROJEK, PELABURAN, PERLADANGAN, PENGURUSAN
ASET & HARTANAH

1. PN. FUZIAH YUSOF PENGERUSI

1 AHLI 2. EN. MUHAMMAD YURI ZAINUN AHLI

3. EN. ABDUL HAFIZ SONI AHLI

Memastikan projek- projek, pelaburan perniagaan, pengurusan aset dan

2 TANGGUNGJAWAB hartanah diuruskan, dikaji, diselia dan diluluskan beberapa perkara

sebelum dibentangkan dan diluluskan di Mesyuarat Ahli Lembaga.

J3 JAWATANKUASA KREDIT, PEMBIAYAAN & RISIKO DAN PROJEK KHAS

1. PN. NORHALIZA DOLLAH PENGERUSI

1 AHLI 2. EN. ZUBAIRI MOHD FADZIL AHLI

3. PN. ROSMAWATI ABDUL RAHMAN AHLI

1

Memastikan produk pembiayaan dikawal selia dengan baik dan teratur

2 TANGGUNGJAWAB dan projek khas dikaji semula bagi diluluskan beberapa perkara sebelum

dibentangkan dan diluluskan di Mesyuarat Ahli Lembaga.

J4 JAWATANKUASA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, KEANGGOTAAN, KEBAJIKAN,
ADUAN, DISIPLIN & KESELAMATAN

1. PN. MARDZIAH JALALDUDIN PENGERUSI

1 AHLI 2. EN. ROSMAN KADIR AHLI

3. EN. MOHD IDRUS SHARIF EKANG AHLI

Memastikan pengurusan sumber manusia, keanggotaan, kebajikan,

aduan, dsiplin & keselamatan kakitangan dan anggota diuruskan

2 TANGGUNGJAWAB dengan sempurna dan beberapa perkara perlu dikaji semula bagi

diluluskan beberapa perkara sebelum dibentangkan dan diluluskan di

Mesyuarat Ahli Lembaga.

J5 JAWATANKUASA GOVERNANCE, RISK MANAGEMENT & CONTROL DAN AUDIT
DALAMAN

1. EN. ZUBAIRI MOHD FADZIL PENGERUSI

1 AHLI 2. EN. SAAD ISHAK AHLI

3. PN. NORHALIZA DOLLAH AHLI

Memastikan pengurusan KAIMB mematuhi polisi dan prosedur yang

2 TANGGUNGJAWAB ditetapkan oleh pihak pengurusan dan juga Undang- undang SKM dan

dibentangkan penemuan di Mesyuarat Ahli Lembaga

JAWATANKUASA SUMBER MANUSIA, KEANGGOTAAN, KEBAJIKAN, ADUAN,
DISIPLIN & KESELAMATAN

SUMBER MANUSIA

1. Sehingga 30hb Jun 2019, Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad
mempunyai seramai 48 orang kakitangan terdiri dari pelbagai peringkat jawatan
dan diketuai oleh seorang Pengurus Besar.

Bil. Jawatan Bilangan
1. Pengurus Besar 1
2. Tim.Pengurus Besar 1
3. Pengurus 1
4. Penolong Pengurus 1
5. Eksekutif 2
6. Pembantu Eksekutif Kanan 8
7. Pembantu Eksekutif 10
8. Pembantu Eksekutif Wilayah 19
9. Pembantu Pemasaran 5
48
Jumlah

2

KEANGGOTAAN DAN MODAL SYER, MODAL YURAN

1. Jumlah anggota sehingga 30hb Jun 2019 adalah seramai 2,047 orang dengan
modal syer berjumlah RM 20,826,725. Berikut adalah ringkasan maklumat anggota :

Bil. Tahun Jumlah Modal Syer Modal Yuran Jumlah
(Bil.) (RM) (RM) (RM)
1. 2018 2,034 841,000
2. 2019 2,047 865,470 17,471,636 18,312,636
19,959,208 20,824,678

2. Statistik Keanggotaan pada 01hb Julai 2018 – 30hb Jun 2019 :

Anggota Baru Anggota Berhenti Jumlah Anggota
77 (Orang) 2,047
49

KEBAJIKAN

1. Perbelanjaan dan manfaat kepada anggota sehingga 30hb Jun 2019:

Bil. Jenis Manfaat Bilangan Jumlah (RM)
2018 2019
1 Khairat Kematian 2018 2019
2 Masuk Wad (kecuali bersalin) 47 75
3 Kelahiran Anak 202 240 21,000 39,500
4 Perkahwinan Anggota 255 208
5 Insentif Kecemerlangan Anak Anggota 48 32 35,100 44,510
6 Bencana Alam 120 115
7 Sumbangan Ibadah Haji 12 1 57,890 46,480
8 Sumbangan Persaraan Wajib 13 3
10,650 6,150
Jumlah 00
697 674 81,700 81,900

12,000 500

8,750 2,250

00

227,090 221,290

JAWATANKUASA KEWANGAN & PROJEK TERAS

KEWANGAN

1. Pembentangan adalah berdasarkan agenda empat (4) iaitu Penyata Kewangan
berakhir pada 30 Jun 2019.

3

PROJEK TERAS

1. Projek Teras Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad adalah Projek
Tabung Khairat Hutang bagi melindungi pembiayaan sahabat Amanah Ikhtiar
Malaysia yang bermula pada tahun 2005. Berikut adalah penerimaan dan
pengeluaran bagi tahun 2018 dan 2019:

Bil. Butiran 2018 2019
RM RM
1. Baki Awal Dana 26,861,712.89 26,739,617.19
2. Sumbangan TKH 61,388,288.19 66,554,854.00
3. Pulangan dari STMB
4. Tuntutan TKH - 100,243.06
5. Komisen AIM (10%) 46,163,311.84 45,379,302.25
6. Komisen KKAIMB (15%)
7. Transaksi Semasa 6,138,828.82 5,539,437.85
8. Baki Akhir Dana 9,208,243.23 11,099,275.15
(122,095.70)
26,739,617.19 4,536,838.75
31,376,699.00

JAWATANKUASA KREDIT, PEMBIAYAAN, RISIKO DAN PROJEK KHAS

1. Jumlah pengeluaran pembiayaan bagi tahun 2018 dan 2019. Berikut adalah
ringkasan maklumat pengeluaran pembiayaan :

Bil. Skim Jumlah (Bil.) Jumlah Pengeluaran (RM)

1. Peribadi 2018 2019 2018 2019
2. Kecemasan
327 333 8,101,000 9,367,000
Jumlah
438 503 1,731,500 2,183,900

765 836 9,832,500 11,550,900

2. Pendapatan pembiayaan peribadi tahun 2018 dan 2019;

Bil. Skim Keuntungan Pembiayaan (RM)
1. Peribadi
2018 2019

1,286,246.93 1,375,529.75

3. Tunggakan pembiayaan sehingga 2019;

Bil Skim Jumlah (Bil.) Jumlah (RM)
2019 2019
1. Peribadi 1,272,202.20
2. Kecemasan 47 775,247.52
295 2,047,449.72
Jumlah 342

4

JAWATANKUASA PENILAIAN PROJEK, PELABURAN, PERLADANGAN,
PENGURUSAN ASET & HARTANAH

PELABURAN PERNIAGAAN KOPERASI

1. Struktur pelaburan perniagaan Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia
dibentuk berasaskan kepada daripada empat (4) teras utama seperti:

Pelaburan & Perniagaan

Hartanah Ternakan Pelaburan Strategik Pembekalan,
Peruncitan &
i. Sewaan Perkhidmatan
ii. Hartanah
i. Ternakan Lembu i. Milikan Ekuiti i. Pembekalan
ii. Peruncitan
ii. Ternakan Ikan iii. Perkhidmatan

2. HARTANAH

i. SEWAAN
KKAIMB mempunyai tiga (3) premis yang telah sedia ada bagi tujuan pelaburan
untuk sewaan iaitu maklumat seperti berikut:

Harga Belian Pendapatan (RM)
(RM)
Bil Lokasi 2018 2019
715,000
1 Kota Bharu, Kelantan 729,590 34,400 6,000
2 Kok Lanas, Kelantan 450,000 52,000 48,000
3 Kamunting, Perak 1,894,590 30,000 29,000
116,400 83,000
Jumlah (RM)

ii. HARTANAH

KKAIMB mempunyai satu (1) bidang tanah berkeluasan 3.79 hektar yang
bertujuan untuk projek stesen minyak seperti butiran berikut:

Bil Lokasi Keluasan Harga Pendapatan (RM)
(Hektar) Belian (RM) 2018 2019

GM3400, Lot 256, Mukim

1 Guntung, Daerah Setiu, 3.79 1,681,000 - -

Terengganu

5

3. TERNAKAN

i. Ternakan Lembu dan Ikan

Projek ternakan lembu ini bermula pada tahun 2018, dengan kaedah feedlot
tetapi kerana tiada kepakaran dan kemahiran kaedah ini telah ditukarkan
kepada breedlot. Berikut adalah butirannya;

Butiran Maklumat
Lot 601, Sungai Gedek, Mukim Rasa,
Lokasi Hulu Selangor, Selangor.
1.3026 hektar
Keluasan
Butiran Jumlah (RM)
500,000
Tanah
Aset Biologi 240,000
19,500
- Lembu betina (50 ekor)
- Lembu baka jantan (3 ekor) 921,014
Aset Pembangunan Ladang 145,797
Belanja Operasi Tahunan 1,826,311
Kos Perbelanjaan Ternakan Lembu Tiada rekod
Kos Perbelanjaan Ternakan Ikan
Jumlah Pendapatan Ternakan Lembu -
Jumlah Pendapatan Ternakan Ikan Tiada rekod

4. PELABURAN STRATEGIK

i. KKAIMB memiliki perniagaan perladangan kelapa sawit yang beroperasi
melalui subsidiarinya seperti butiran berikut:

Bil Butiran Maklumat

1. Nama Vibrant Realty Sdn. Bhd

Lokasi PT 787 & PT9447, Mukim Kuala Paka,
Dungun, Terengganu

Keluasan 100.4 hektar

Aktiviti Ladang Kelapa Sawit

Kos Pembelian RM11,908,497.60

Dividen Tiada

Pendapatan/ (Kerugian) bersih 2018 RM109,312.16

Pendapatan/ (Kerugian) bersih 2019 (RM71,984.82)

Butiran Maklumat

2. Nama Merpati Bakat Sdn. Bhd

Lokasi PT 4090, Mukim Kuala Paka, Dungun,
Terengganu

Keluasan 89.714 hektar

Aktiviti Ladang Kelapa Sawit

Kos Pembelian RM6,166,848.80

6

Dividen Tiada

Pendapatan/ (Kerugian) bersih 2018 (RM28,595.87)

Pendapatan/ (Kerugian) bersih 2019 (RM64,028.11)

Butiran Maklumat

3. Nama Mega Agro Plantation Sdn. Bhd

Lokasi Tiada

Keluasan Tiada

Aktiviti Tiada

Kos Pembelian RM1,309,500

Dividen Tiada

Pendapatan/ (Kerugian) bersih 2018 Tiada

Pendapatan/ (Kerugian) bersih 2019 Tiada

5. PEMBEKALAN, PERUNCITAN & PERKHIDMATAN

i. Pembekalan

KKAIMB telah menyediakan perkhidmatan seperti pembekalan alatulis, kertas
A4, perabot dan alatan pejabat untuk dibekalkan kepada pihak AIM bagi
membantu ekosistem dan memudahkan urusan pembekalan dan berikut
adalah butirannya:

Bil. Projek Pendapatan 2019 Keuntungan/ (Kerugian)
1. Pembekalan 904,337.68 Perbelanjaan 69,508.29

834,829.39

ii. Peruncitan

Sepanjang tempoh kewangan Julai 2018 sehingga Jun 2019, Projek
Perniagaan Produk dibawah Jabatan Perniagaan & Pelaburan membuat jualan
produk-produk antaranya barangan untuk Sabun Pencuci, Kanopi & Payung
Niaga kepada Sahabat KUICK dan berikut adalah butiran pendapatan dan
perbelanjaan bagi tempoh tersebut:

Bil. Projek Pendapatan 2019 Keuntungan/ (Kerugian)
1. Peruncitan 950,766.93 Perbelanjaan (382,774.46)
1,333,541.39

7

iii. Perkhidmatan

Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak KKAIMB adalah perkhidmatan
pengangkutan barang- barang urusan perpindahan anggota atau kakitangan
AIM. Berikut adalah sumbangan pendapatan dan perbelanjaan bagi
perkhidmatan pengangkutan ini:

Bil. Butiran Pengangkutan 2019
2018 112,788.00
1. Pendapatan 99,830.00
2. Perbelanjaan 87,732.83 12,958.00
3. Keuntungan/ (Kerugian) 76,099.00
11,633.83

SYOR
1. Laporan Lembaga ini dibentang untuk kelulusan dan makluman perwakilan.

8

LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN KOPERASI KAKITANGAN AMANAH
IKHTIAR MALAYSIA BERHAD (KKAIMB) BAGI SESI 2019/2020

_________________________________________________________________________

1.0 PENDAHULUAN

Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad
(KKAIMB) adalah satu jawatankuasa yang dilantik oleh Anggota Lembaga KKAIMB bagi
menjalankan fungsi pengauditan terhadap koperasi selaras yang termaktub di Seksyen 42 (b)
Akta Koperasi 1993.

2.0 KEANGGOTAAN JURUAUDIT DALAMAN

Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) bagi lantikan sesi 2019/2020 merupakan anggota
KKAIMB dan kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) seperti berikut:

Encik Na’em Siddiqi bin Zulkifli - Ketua
Puan Norshukrina bt Abd Kadir - Setiausaha
Puan Izyani bt Abd Mutalib (telah meletak Jawatan)

3.0 SKOP PENGAUDITAN

Selaras Seksyen 49 Akta Koperasi 1993 berkaitan kuasa dan fungsi Ahli Jawatankuasa Audit
Dalaman yang memerlukan Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman untuk memeriksa segala rekod
perakaunan dan lain-lain rekod yang berhubung langsung atau tidak langsung dengan
koperasi dan subsidiari miliknya, maka kami Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman KKAIMB telah
menjalankan pengauditan pada tarikh berikut :

1) 3 September 2019 sehingga 6 September 2019
2) 14 Januari 2020 sehinga 16 Januari 2020

Skop pengauditan yang telah diteliti dan disemak sepanjang tempoh pengauditan
dilaksanakan merangkumi perkara berikut :

i. Pengauditan aktiviti Operasi Kredit Pembiayaan
ii. Pengauditan aktiviti Tabung Khairat Hutang
iii. Pengauditan aktiviti Pelaburan
iv. Pengauditan aktiviti Pentadbiran dan Operasi

4.0 RINGKASAN LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAM

Jawatankuasa Audit Dalaman telah menjalankan pengauditan pada 3 September 2019
sehingga 6 September 2019 dan 14 Januari 2020 sehinga 16 Januari 2020 bertempat di
Ibupejabat Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB), Pinggiran
Subang, Selangor.

Penemuan Audit

Hasil Pengauditan, semakan, penganalisaan, penelitian dan pemerhatian pihak kami ke atas
rekod perakaunan, Fail dan dokumentasi, serta pemerhatian pada persekitaran kerja di
KKAIMB, telah membawa kepada penemuan berikut:

i. Pembiayaan peribadi dan kecemasan ahli

Secara keseluruhan KKAIMB masih mampu memenuhi keperluan dan permintaan
pembiayaan peribadi dan pembiayaan kecemasan ahli. Namun, hasil semakan
kami pada fail peribadi peminjam mendapati, terdapat beberapa fail peribadi
anggota yang tidak lengkap dan tidak sempurna dimana tiada surat perjanjian
pembiayaan yang di masukkan ke dalam fail tersebut.

Selain itu, pengiraan yuran proses yang dikenakan ke atas setiap pembiayaan
serta pengiraan caj Tabung Khairat adalah tidak tepat dan tidak mengikut formula
yang sepatutnya. Adalah penting untuk kakitangan KAIMB memastikan segala
pengiraan caj dilakukan dengan sempurna kerana ianya akan meberikan kesan
kepada setiap keuntungan caj yang dikenakan. Walaupun pembiayaan peribadi
dan kecemasan ini bukanlah sumber pendapatan utama KAIMB, ianya sangat
bermanfaat untuk ahli-ahli yang memerlukan. Oleh sebab itu, pihak JAD
mencadangkan supaya pemantauan secara bersistematik dan efisien perlu
ditikberatkan oleh Pengurusan KAIMB untuk memastikan ianya akan terus dapat
berfungsi dengan baik.

ii. Pengurusan Tabung Khairat Hutang

Aktiviti Tabung Khairat Hutang merupakan aktiviti utama bagi KKAIMB. Namun
Pengurusan Tabung ini didapati kurang efisyen. Ini kerana semakan pada fail
tuntutan TKH tahun 2019, mendapati tempoh pengurusan bayaran tuntutan TKH
adalah melebihi tempoh yang ditetapkan di dalam Manual Prosedur Kerja KKAIMB
iaitu 30 hari.

Kami juga mendapati perekodan invois yang diterima bagi tuntutan TKH
direkodkan secara manual di dalam Excel dan tidak direkod di sistem perakaunan
UBS yang boleh menyebabkan ketidakselarasan dan terkurangnyata di penyata
kewangan KKAIMB. Selain itu, Terdapat juga borang semakan tuntutan Khairat
dan pampasan tidak dilengkapkan dengan sempurna oleh kakitangan KKAIMB di
wilayah.

iii. Aktiviti pelaburan simpanan tetap dan pelaburan subsidiary

Aktiviti pelaburan adalah satu aktiviti yang mampu memberi keuntungan yang
lumayan jika dilaksanakan dengan betul. Namun, kami memohon agar KKAIMB
menilai semula aktiviti Pelaburan Simpanan Tetap di RHB bank dan Penubuhan
serta pelaburan di 3 anak syarikat milik KKAIMB yang telah berlaku pada tahun
kewangan yang sebelum ini memandangkan semakan kami mendapati tiada
kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk membenarkan
perkara ini dilaksanakan di KKAIMB.

Selain itu, KKAIMB dinasihatkan untuk meneliti semula projek- projek yang telah
dijalankan oleh anak – anak syarikat KKAIMB bagi memastikan projek yang
dilaksanakan memberi pulangan dan keuntungan yang sewajarnya. Segala bentuk
pelaburan yang ingin dijalankan perlulah dibuat analisis secara mendalam dan
telus melalui Jawatankuasa Pelaburan yang dilantik khas dan ahlinya perlulah
mempunyai pengalaman dalam setiap sektor yang terlibat.

iv. Pengurusan hal ehwal lembaga koperasi

Penelitian kami pada fail minit mesyuarat lembaga mendapati, KKAIMB telah
menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat yang dijalankan. Namun,
kebanyakan minit mesyuarat yang disediakan tidak disertakan kertas
pembentangan, kertas kerja atau kertas cadangan apabila sesuatu cadangan
dikemukakan dan dipersetujui di dalam mesyuarat berkenaan.

v. Rekod perakaunan

KKAIMB telah menggunakan sistem UBS untuk merekod segala transaksi
berkaitan akaun sebagai sumber dalam penyediaan penyata kewangan KKAIMB.
Namun, semakan mendapati perekodan yang berlaku adalah tidak tepat apabila
perekodan bagi penerimaan dan pembayaran dibuat adalah berdasarkan tarikh di
penyata akaun bank dan bukan berdasarkan dokumen sumber yang sepatutnya
seperti Baucar Bayaran, Resit, Invois dan lain – lain dokumen yang berkaitan.

Selain itu, didapati susunan baucer bayaran yang dikeluarkan secara manual
adalah tidak mengikut susunan nombor baucer. Terdapat juga pambayaran dibuat
tanpa dokumen sokongan serta tiada tanda pengesahan pada laporan berkaitan
oleh kakitangan berwajib seperti Laporan Penyata Penyesuaian Bank.

vi. Pengurusan fail dan simpanan dokumen

Pengurusan fail dan dokumen di KKAIMB didapati kurang efisien. Ini kerana,
semakan kami mendapati semua surat keluar dan masuk dari semua organisasi
diletakkankan di dalam satu fail yang sama tanpa dibuat pengasingan mengikut
katagori surat. Selain itu, tiada rekod yang dibuat bagi setiap pembukaan fail dan
tiada senarai rujukan surat dibuat. Ini boleh memungkinkan penggunaan nombor
rujukan berulang semasa penyediaan surat serta menyukarkan proses
mendapatkan semula surat atau dokumen apabila diperlukan.

vii. Prosedur dan manual arahan kerja

Prosedur dan manual arahan kerja amat penting bagi sesebuah organisasi. Ia
merupakan sumber rujukan utama dalam memastikan proses aliran kerja berlaku
mengikut kehendak organisasi. Namun, semakan kami mendapati prosedur yang
disediakan oleh KKAIMB amat ringkas dan kurang jelas yang boleh
memungkinkan berlaku kesilapan dan ketidakfahaman dikalangan staff yang
menjalankan sesuatu tugasan. Selain itu, kami juga mendapati tiada pengesahan
pada prosedur yang dicetak. Pihak JAD mencadangkan agar setiap prosedur yang
dibangunkan perlulah melalui perbincangan setiap Jabatan dan setiap kakitangan
KAIMB perlu dimaklumkan secara berkala berkenaan dengan prosedur-prosedur
baru yang telah dikemaskini .

5.0 RUMUSAN

Diharap perkara –perkara yang dibangkitkan ini akan diambil perhatian sewajarnya oleh Ahli
Lembaga KKAIMB.. Kami juga berharap agar KKAIMB dapat meningkatkan kawalan dalaman
bagi memastikan objektif dan matlamat KKAIMB dapat dicapai dengan jayanya. Dalam erti
kata yang lain, boleh disimpulkan bahawa kawalan dalaman adalah bertujuan untuk mencapai
di antara objektif-objektif berikut:

1. Memastikan organisasi berjalan dengan teratur dan cekap termasuk mematuhi polisi
pengurusan

2. Menjaga keselamatan aset
3. Mencegah penipuan (fraud) dan mengesan kesilapan
4. Memastikan ketepatan dan kesempurnaan rekod-rekod perakaunan ke arah

penyediaan penyata kewangan yang boleh dipercayai tepat pada waktu yang
diperlukan
5. Memastikan penggunaan sumber yang ada digunakan secara berkesan dan terhindar
daripada pembaziran

Kami Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman bagi sesi 2019/2020 merakamkan penghargaan dan
ucapan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan samada secara langsung atau tidak
langsung sepanjang tempoh pengauditan ini dilaksanakan.

Sekian, Terima kasih.

Yang dimanahkan,

Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman Sesi 2019/2020
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB).

NA’EM SIDDIQI BIN ZULKIFLI
KETUA JAWATANKUASA AUDIT DALAM
KOPERASI KAKITANGAN AIM BERHAD

NORSHUKRINA BT ABD KADIR
SETIAUSAHA JAWATANKUASA AUDIT DALAM
KOPERASI KAKITANGAN AIM BERHAD

AGENDA 04

Menimbang dan Meluluskan Penyata Kewangan Teraudit Bagi Tahun Kewangan
Berakhir 30hb Jun 2019

TUJUAN

Kertas ini adalah untuk pertimbangan dan kelulusan Perwakilan berkaitan penyata
kewangan teraudit bagi tahun kewangan 30hb Jun 2019.
LATAR BELAKANG

2. Firma audit, Tetuan MNZWAJA Chartered Accountants, telah dilantik untuk
mengaudit akaun KKAIMB bagi tahun berakhir 30hb Jun 2019 setelah Tetuan
Mohamed Awang & Co menarik diri untuk tidak terlibat bagi mengaudit penyata
kewangan berakhir pada 30hb Jun 2019.

SYOR

3. Adalah disyorkan Penyata Kewangan teraudit bagi tahun kewangan berakhir
pada 30hb Jun 2019 seperti di Lampiran A disahkan.

4. Perwakilan dengan hormatnya diminta mempertimbangkan syor pada
perenggan empat (3) di atas dan jika sesuai meluluskannya.




























































Click to View FlipBook Version