The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penerbitan buku laporan ini merupakan naskah
bagi mengabdi hasil usaha keringat dan komitmen warga JPKN sepanjang tahun 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pudin_90, 2021-10-31 21:21:17

Buku Laporan Tahunan JPKN 2020

Penerbitan buku laporan ini merupakan naskah
bagi mengabdi hasil usaha keringat dan komitmen warga JPKN sepanjang tahun 2020

Keywords: BLTJPKN2020

Buku Laporan
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Buku Laporan JPKN Tahun 2020

Hak Cipta Terpelihara © 2020. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Pengarah, Penerbit JPKN, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan
Komputer Negeri, Aras 6 & 7, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jln. Teluk Likas, 88400, Kota
Kinabalu, Sabah, Malaysia.

2

Kandungan

PERUTUSAN PENGARAH JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI 4
PRAKATA KETUA BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT 5
PROFIL KORPORAT 6 – 10
PELAN STRATEGIK 2021-2025 11 – 14
IMBASAN & PENGHARGAAN 15 – 107
IKLAN 108 – 109
SIDANG RIDAKSI BUKU LAPORAN TAHUNAN 2020 110

3

Perutusan Pengarah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. 4
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan
keberkatannya maka buku Laporan Tahunan 2020 ini telah berjaya diterbitkan. Dalam kesempatan
ini juga saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Bahagian Komunikasi Korporat (BKK)
kerana telah berjaya menerbitkan buku laporan ini. Penerbitan buku laporan ini merupakan naskah
bagi mengabdi hasil usaha, keringat dan komitmen warga JPKN sepanjang tahun 2020. Kejayaan
yang dicapai dan disematkan di dalam buku laporan ini menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan
warga JPKN dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Akhir kata, saya merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen untuk menyokong dan
memberikan suntikan positif dalam pelaksanaan semua program JPKN. Semoga ikatan kerjasama
kukuh ini lebih teguh untuk sama-sama mentransformasikan sektor awam negeri ke arah yang lebih
cekap dan berintegriti. Semoga semangat, komitmen tinggi dan keikhlasan warga JPKN
menjalankan tugasan akan terus cemerlang dan seterusnya memartabatkan keunggulan
perkhidmatan awam di negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu.

Sekian, terima kasih.

Ernywati Dewi Abas
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Perutusan Ketua Editor

Dengan kalam Bismillahirrahmanirrahim. 5
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurniaNya dapat sekali lagi Bahagian
Komunikasi Korporat (BKK), Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) menerbitkan
Laporan Tahunan JPKN 2020. Sekalung penghargaan dan tahniah diberikan kepada
pasukan Sidang Redaksi BKK atas berkat usaha dan perkhidmatan yang tidak mengenal erti
jemu dalam menyiapkan laporan yang cukup bermakna bagi seluruh warga JPKN.
Penghasilan laporan ini bukan sahaja merekodkan aktiviti-aktiviti tahunan JPKN bahkan
merakamkan kecemerlangan pencapaian anugerah yang telah diperolehi. Masih ada ruang
yang boleh diperbaiki untuk meningkatkan lagi kualiti kandungan dan penyusunan maklumat
Laporan Tahunan ini. Semoga dengan penghasilan laporan ini, akan dapat dipotretkan untuk
tatapan masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Sariwan Bin Jamanih
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Profil Korporat

Latar Belakang JPKN

1976 - 1977
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) merupakan salah satu jabatan sektor awam Negeri Sabah. Ianya telah ditubuhkan oleh Kerajaan
Negeri Sabah dengan rasmi pada 01 Julai 1976 di bawah Kementerian Kewangan dengan menggunakan nama Unit Perkhidmatan Komputer
(UPK), dan mula beroperasi pada 01 Januari 1977.

Kronologi Penubuhan JPKN

1969
Idea untuk menggunakan komputer dalam perkhidmatan awam negeri diutarakan oleh Datuk Gordon Westall Meggit, Pengarah Jabatan Tanah Dan
Ukur (JTU). JTU adalah Agensi Kerajaan Negeri pertama yang menggunakan kemudahan komputer yang berpusat di Singapura pada ketika itu.
The idea of using computer was first moulded in 1969 by Datuk Gordon Westall Meggit, Director of Lands and Surveys Department which was the
first Government Agency in Sabah to utilise computer facilities based in Singapore.

1973
Pada awal tahun 1973, Biro Perkhidmatan Komputer telah dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk melaksana aktiviti pengkomputeran bagi pihak
Kerajan Negeri. In early 1973, a Computer Service Bureau was engaged by the Sabah State Government to computerise and process Government
applications.

6

Profil Korporat

Latar Belakang JPKN

1975 – 1976

Unit Perkhidmatan Komputer (UPK) telah ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan Negeri pada penghujung 1975 untuk mengambil alih semua
aktiviti pemprosesan data Kerajaan Negeri Sabah. Penubuhan UPK telah diisytihar dengan rasminya pada 1 Julai 1976. Unit ini beroperasi dengan
jumlah bilangan kakitangan seramai 50 orang.
Kronologi Penubuhan JPKN

1977

UPK beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 1977 dengan penubuhan dua (2) buah pusat komputer di bawah kawalannya iaitu di Bangunan
Sekretariat, Kota Kinabalu dan Kompleks Perhutanan, Sandakan. Fungsi utama UPK adalah memberikan perkhidmatan pemprosesan data kepada
Agensi-Agensi Kerajaan Negeri yang meliputi aktiviti :

• Pemprosesan data
• Konsultasi pengkomputeran
• Pembangunan perisian aplikasi
• Piawaian Prosedur
• Khidmat nasihat pengkomputeran
• Pengurusan maklumat
• Latihan Komputer

7

Profil Korporat

Latar Belakang JPKN

1992

Diiktiraf ke Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri pada 7 Mei 1992. Selari dengan perkembangan dan penggunaan IT yang pesat dalam sektor
awam negeri, perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan ini semakin bertambah. Pada 7 Mei 1992, nama Jabatan ini telah ditukarkan daripada Unit
Perkhidmatan Komputer kepada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri. Penubuhan Jabatan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan
berkaitan dengan bidang pengkomputeran kepada semua kementerian, Jabatan dan badan berkanun Kerajaan Negeri Sabah.

2017

Berpindah ke Pusat Pentadbiran Negeri Sabah pada 17 April 2017. Ketika ini, ibu pejabat jabatan ini beroperasi di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah,
Kota Kinabalu. Terdapat 8 Bahagian di ibu pejabat yang memainkan peranan utama dalam pelaksanaan ICT Jabatan iaitu Bahagian Pentadbiran &
Pengurusan, Pembangunan Sistem, Komunikasi Korporat, Latihan dan Kompetensi, Keselamatan Siber, Perancangan & Penyelidikan, Multimedia
& Sokongan, dan Pusat Data Kerajaan Negeri. Bagi memantapkan dan melancarkan perkhidmatan jabatan, lima (5) cawangan dan sebelas (11)
kumpulan sokongan IT (KSIT ) diwujudkan. Lima (5) cawangan tersebut ditempatkan di Sandakan, Tawau, Keningau, Kota Marudu, dan Beaufort.
Manakala KSIT ditempatkan di Jabatan dan Kementerian Kerajaan Negeri Sabah.

2020

Berpindah Daripada Kementerian Kewangan Sabah ke Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah. Rujukan Warta Kerajaan [No.JKM(S)100-
52/21] Ketika ini, ibu pejabat Jabatan ini beroperasi di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

8

Profil Korporat

Carta Organisasi

9

Carta Organisasi JPKN

PENGARAH

TIMBALAN PENGARAH

CAW ANGAN KSIT

TAW AU BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN KEMENTERIAN
SANDAKAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENTADBIRAN KESELAMATAN KOMUNIKASI INFRASTRUKTUR KERAJAAN TEMPATAN
KENINGAU DAN PENGURUSAN KORPORAT
BEAUFORT DAN APLIKASI SIBER Fungsi BIS DAN PERUMAHAN
PENYELIDIKAN Fungsi BPP Fungsi BKK
Fungsi BPA Fungsi BKS • Perkhidmatan Pusat Data & KEMENTERIAN
Fungsi BRP • Pengurusan pentadbiran • Perkhidmatan Pusat Pemulihan Bencana PEMBANGUNAN
• Pembangunan & am & sumber manusia • Pengurusan keselamatan komunikasi korporat Negeri LUAR BANDAR
• Pengurusan perancangan penyelenggaraan sistem jabatan ekosistem siber Sektor Awam
sistem ICT aplikasi Kerajaan Elektronik Negeri • Pengurusan kualiti dan • Pengurusan eksosistem data KEMENTER IAN
• Pengurusan kewangan dan integriti Sektor Awam Negeri SAINS, TEKNOLOGI
• Penyelidikan ICT • Penyeragaman sistem perakaunan jabatan • Urusetia Sabah Government
• Pelaksanaan inisiatif aplikasi Kerajaan Elektronik Computer Emergency Response • Pengurusan infrastruktur dan DAN INOVASI
Team (SgCERT) keselamatan rangkaian ICT
pendigitalan agensi Sektor Awam Negeri KEMENTERIAN
PERTANIAN DAN
KOTA BAHAGIAN BAHAGIAN
MARUDU OPERASI LATIHAN PERIKANAN
TEKNIKAL ICT DAN KOMPETENSI
Fungsi Cawangan JPKN PERPUSTAKAAN
Fungsi BOT Fungsi BLK NEGERI SABAH
• Memberi perkhidmatan pengkomputeran meliputi perkhidmatan
sokongan, rangkaian, keselamatan siber, khidmat nasihat, • Perkhidmatan sokongan ICT & • Pengurusan latihan & JABATAN TANAH
latihan ICT dan multimedia kepada Agensi Kerajaan Negeri pengurusan meja bantuan pembangunan DAN UKUR
Sabah di wilayah seliaan masing-masing. kompetensi ICT Sektor
• Perkhidmatan multimedia Awam Negeri KEMENTERIAN
PEMBANGUNAN
PERINDUSTRIAN

JABATAN KERJA
RAYA

JABATAN AIR

WISMA MUIS

Fungsi KSIT di setiap Kementerian / Jabatan

• Memberi perkhidmatan pengkomputeran kepada kementerian dan semua agensi di bawah seliaan kementerian
melibatkan perkhidmatan sokongan, pembangunan aplikasi, rangkaian, keselamatan siber, khidmat nasihat,
latihan ICT dan multimedia.

10

Pelan Strategik JPKN 2021-2025

11

Pelan Strategik JPKN 2021-2025

12

Pelan Strategik JPKN 2021-2025

13

Pelan Strategik JPKN 2021-2025

14

IMBASAN 3 Januari 2020
Program / Aktiviti JPKN 2020
Pada masa ini, seramai 32 rombongan daripada Tunku
Januari 2020 Abdul Rahman University College Sabah membuat
lawatan sambal belajar ke Ibu Pejabat JPKN. Pelbagai
aktiviti yang JPKN kongsi pada lawatan ini, antaranya
tayangan video korporat JPKN, Peluang Kerjaya ICT di
JPKN, Perkongsian ilmu mengenai Pembangunan
Sistem dan Keselamatan ICT. Lawatan tersebut
memberi banyak kelebihan dan menarik minat pelajar
TAR UC menceburi bidang ICT dengan lebih dekat.

15

IMBASAN
Program / Aktiviti JPKN 2020

Januari 2020

13 Januari 2020

Penyerahan Tugas Ahli Jawatankuasa MBJ 2020/2021
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Bilik BMU, Tingkat 7, JPKN
Tujuan Program:
Menyerahkan tugas jawatankuasa kepada lantikan
yang baharu.

16

IMBASAN 21 Januari 2020
Program / Aktiviti JPKN 2020
Penyertaan ke Upacara ini melibatkan 8 orang
Januari 2020 kakitangan JPKNpada jam 8.00 pagi hingga 9.00
pagi bertempat di Taman Peringatan Petagas.
Tetamu kehormat dihadiri oleh YB Datuk Christina
Liew , Timbalan Ketua Menteri Sabah.Dalam buku
aturcara upacara ini perutusan YAB Ketua Menteri
Sabah mengatakan bahawa ‘Walaupun sambutan
ini nampak ringkas tetapi ia membawa makna yang
besar bagi kita rakyat di Negeri Sabah dalam
mengenang dan menelusuri sejarah perjuangan
para wira di negeri ini suatu ketika dahulu.’Dari
pandangan saya upacara ini dapat memelihara
sikap keamanan, keharmonian dan sikap toleransi
agar kita dapat hidup bersatu padu dan juga
meningkatkan patriotism serta semangat cintakan
Negara.

17

IMBASAN 10 Februari 2020
Program / Aktiviti JPKN 2020
Program Pemantapan Budaya Korporat JPKN 2020 &
Februari 2020 Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina JPKN 2020
diadakan pada 10/2/2020 bertempat di Aras 7,Ruang
Legar BRP, JPKN.Budaya korporat sesebuah organisasi
adalah merupakan akar umbi untuk menentukan
bagaimana kakitangan dan pengurusan berinteraksi dan
menangani cabaran luaran dalam melaksanakan fungsi
dan peranan organisasi. Antara objektif program adalah
memberi kesedaran (revisit) kepentingan pematuhan
budaya korporat JPKN oleh Kakitangan JPKN, memberi
peluang kepada semua kakitangan JPKN dan Bahagian
Korporat bersua muka untuk mendapat maklumbalas
serta isu-isu budaya kerja di JPKN, mengambil peluang
platform ini untuk sambutan majlis Tahun Baru Cina
peringkat Jabatan serta melancarkan budaya korporat
JPKN 2020.

18

IMBASAN 16 - 21 Februari 2020
Program / Aktiviti JPKN 2020
Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan dianjurkan oleh Kerajaan
Februari 2020 Persekutuan dan diuruskan oleh JAKIM dengan kerjasama
Kerajaan Negeri atau lain-lain agensi yang ditetapkan secara
penggiliran dari semasa ke semasa. Pelaksanaannya dikelolakan
oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan, iaitu Jawatankuasa
Induk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan. Penyertaan
JPKN ke pameran ini adalah sebagai satu platform untuk
memberikan pendedahan kepada pengunjung pameran mengenai
perkhidmatan yang disediakan oleh JPKN. Penyertaan di pameran
ini salah satu peluang untuk bertemu pelanggan dan menyediakan
maklumat-maklumat perkhidmatan dan produk ICT dalam bentuk
cetakan atau Brochure, atau penjelasan lisan oleh kakitangan
JPKN yang bertugas menjaga boot pameran. Melalui penyertaan
di pameran bertaraf kebangsaan ini, bertujuan mewujudkan
perasaan keyakinan tinggi warga JPKN dari segi kualiti
perkhidmatan yang disedia dan dipamerkan supaya imej dan
reputasi jabatan di mata pengguna akan sentiasa dimantapkan.

19

IMBASAN 30 Mac 2020
Program / Aktiviti JPKN 2020
Misi kemanusiaan Tabung Frontliner Kesihatan Covid-19
Mac 2020 ini bertujuan bagi memerlukan sumbangan daripada
kakitangan JPKN tidak kira dari segi wang tunai atau
barang-barang keperluan seperti disenaraikan oleh pihak
KESITER & PERKIS-JPKN.Sumbangan ini diserahkan
kepada pihak Hospital Queen Elizebeth 1. Sumbangan ini
adalah sebagai tanda penghargaan dan sokongan di
samping memberi semangat serta motivasi kepada
mereka untuk terus berjuang berhadapan dengan
kesukaran menghadapi pandemik Covid19 selain
menunjukkan keprihatinan kita terhadap mereka bahawa
kita juga bersama-sama dengan mereka dalam
membasmi penularan wabak Covid19.

20

IMBASAN
Program / Aktiviti JPKN 2020

Mac 2020

30 Mac 2020

S3P Command Centre, seramai 10 orang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri bertugas semasa
Perintah Kawalan Pergerkan (PKP) dimana Team ini berperanan untuk membantu dan memberi khidmat nasihat
teknikal sistem kepada Kementerian atau Jabatan dalam melicinkan proses pembayaran.

21

IMBASAN 22
Program / Aktiviti JPKN 2020

Jun 2020

30 Jun 2020

Majlis Penyerahan Buku Petunjuk Prestasi Utama Edisi 2020, Pelancaran Sistem KPI
Dashboard dan Buku KPI Versi Digital.

Sabah menetapkan lima fokus utama dan mengariskan 397 Petunjuk Prestasi Utama
(KPI) sebagai agenda pembangunan negeri pada tahun ini. Turut hadir Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, Timbalan-
timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, setiausaha-setiausaha tetap kementerian dan
ketua-ketua jabatan. JPKN mempunyai 9 keberhasilan Negeri bagi meningkatkan
Keupayaan Perkhidmatan Awam antaranya ialah Membangunkan 2 sistem aplikasi
G2C Perkhidmatan Awam Negeri, Memastikan 99.9% Uptime sistem dan aplikasi,
Recovery Time Objective (RTO) (2 jam), Recovery Point Objective (RPO) (2 jam),
Membekalkan sekurang-kurangnya 300 unit computer pada Tahun 2019, Memasang
10 rangkaian ICT untuk Agensi Kerajaan Negeri bagi memastikan akses ke Sabah
Net setiap tahun, Melaksanakan sekurng-kurangnya satu modul latihan kepada
kakitangan Kementerian Kewangan Gred 41 ke atas, melaksanakan sekurang-
kurangnya satu modul Latihan kepada semua kakitangan Kementerian Kewangan,
dan melaksanakan Electronik Payment Gateway Kerajaan Negeri Sabah. Gambar
disebelah ini semasa Pengarah JPKN Puan Ernywati Dewi Abas menerima
BukuPetunjuk Prestasi Utama Edisi 2020 daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk
Safar Untong.

IMBASAN
Program / Aktiviti JPKN 2020

Julai 2020 14 Julai 2020

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Montaj Inovasi Kerajaan Negeri
Sabah Tahun 2020 Berakhirnya Majlis dan Pertandingan Yang Pertama kalinya
diadakan, Dengan Bertemakan “Langkah-langkah Pencegahan Penularan Wabak
COVID-19” Dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Sr. Safar bin Untong, Hadir bersama
YBhg. Puan Hajjah Mariam Matussin Selaku Pengerusi Penganjur Pertandingan.
Pertandingan yang disertai Seramai 33 Peserta Termasuk Kumpulan dan Individu
daripada Pelbagai kementerian,Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun berkaitan
Kerajaan Negeri Sabah. Hadiah Keseluruhan Bernilai RM19,600.00 berserta Trofi dan
Sijil menjadi rebutan, Dengan Kehadiran Seramai 160 orang dengan Berlandaskan
Peraturan S.O.P. Sehubungan dengan itu, JPKN mengucapkan setingi-tinggi tahniah
kepada Encik Yohya @ Yahya Bin Ibrahim daripada Kumpulan Sokongan IT (MAFI)
mewakili Kementerian Pertanian & Industri Makanan kerana memenangi tempat
pertama dan Encik Kevin Alfred Alim daripada Kumpulan Sokongan IT (MOF) mewakili
Kementerian Kewangan Sabah yang mendapat tempat ketiga untuk Pertandingan
Video Montaj Inovasi Kerajaan Negeri Tahun 2020.

23

IMBASAN 28 Ogos 2020
Program / Aktiviti JPKN 2020
Sesi Perkongsian ilmu oleh Timbalan Pengarah Ng
Ogos 2020 Chai Cheong, Sesi ini diadakan pada 28 Ogos 2021
bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, JPKN,
PPNS. Program ini adalah untuk memantapkan mutu
prestasi perkhidmatan kakitangan serta berkongsi
pengalaman sebagai penjawat awam oleh Timbalan
Pengarah Ng Chai Cheong (Pesara JPKN). Program
telah dirasmikan oleh Tuan Ebenezer Godomon.
Semoga sesi perkongsian ilmu ini dapat memberi
manfaat, semangat dan dorongan kepada seluruh
kakitangan JPKN dalam menjalankan tugas dengan
lebih amanah, jujur, efisien serta cemerlang.

24

IMBASAN 25
Program / Aktiviti JPKN 2020

Oktober 2020

19 Oktober 2020

Sidang Media Perkembangan semasa Covid-19 Negeri Sabah YB Datuk Seri Panglima Haji
Masidi Bin Manjun Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan dan Menteri Kewangan 2 yang
memberikan kenyataan tentang status semasa Covid-19 negeri Sabah serta menjawab soalan-
soalan daripada pihak media. Sidang Media ini diadakan di Podium KKTP , Tingkat 1, Bangunan
Innoprise.

IMBASAN
Program / Aktiviti JPKN 2020

Disember 2020

9 Disember 2020 26

Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan YAB Datuk Sei Panglima Hajiji Haji Noor komited dalam usaha membanteras gejala
rasuah dan mewujudkan perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi serta berintegriti di negeri ini.Ketua Menteri Sabah, Datuk
Seri Hajiji Noor berkata, bagi merealisasikan perkara itu, sistem dan prosedur semua agensi perkhidmatan awam negeri perlu
dikaji agar tiada peluang berlakunya rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan di masa hadapan. Warga JPKN pada
masa ini menyaksikan secara maya di tempat masing-masing.

IMBASAN 27
Penghargaan

Disember 2020

10 Disember 2020

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri telah
melangsungkan Majlis Anugerah Perkhimatan
Cemerlang bagi Tahun 2019 secara atas talian
bertemakan “Menupaya Potensi, Memperkasa
Organisasi” di Ruang Legar Bahagian
Perancangan & Penyelidikan, JPKN pada 10
Disember 2020 (Khamis) . Tujuan majlis ini
diadakan adalah untuk memberi penghargaan,
mengiktiraf sumbangan serta jasa bakti
pegawai dan kakitangan yang cemerlang dalam
bidang masing-masing.

Majlis telah bermula pada jam 10.00 pagi
dengan mematuhi SOP (PKPB) yang telah
ditetapkan. Majlis dihadiri oleh Pengarah JPKN,
Puan Ernywati Dewi Abas selaku perasmi
majlis, Ketua-Ketua Bahagian, Cawangan ,KSIT
dan Warga JPKN yang menerima anugerah.
Semoga penganugerahan ini memberi motivasi
kepada seluruh Warga JPKN untuk
meningkatkan lagi kecemerlangan dalam
menjalankan tugas

IMBASAN
Program / Aktiviti JPKN 2020

Disember 2020

29 Disember 2020

Webinar ICT AKNS 2020 Anjuran Jabatan
Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah Dengan
Kerjasama Kementerian Sains, Teknologi Dan
Inovasi Sabah, yang bertemakan Evolusi
Penyampaian Perkhidmatan Melalui Inovasi
Digital melalui aplikasi zoom, pada 29 Disember
2020 jam 8 pagi – 2 petang yang dirasmikan oleh
Ybhg. Puan Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Komputer Negeri. Anjuran webinar ini bertujuan
menyampaikan hasrat kerajaan untuk
memberikan informasi ICT kepada seluruh
Kakitangan Kerjaan Negeri Sabah.

28

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem Maklumat VIP/VVIP

Merekod maklumat alamat VIP/VVIP

Sasaran: G2G
Pemilik: Bahagian Istiadat dan Protokol

Pasukan Pembangun: Rozaime Abd Rashid

Pemilik Sistem : Bahagian Istiadat &
Protokol

29

IMBASAN 30

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem Penyampaian Keputusan Jemaah Menteri

Sistem untuk menyampaikan keputusan Jemaah Menteri kepada Ketua Jabatan
Sasaran: G2G
Pemilik Sistem: Bahagian Kabinet dan Dasar
Pasukan Pembangun: Theresa Lim

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem Penyampaian Pertanyaan &
Jawapan DUN

Abstrak: Sistem untuk menyampaikan keputusan-keputusan
Jemaah Menteri kepada Ketua Jabatan

Sasaran: G2G
Pemilik Sistem : Bahagian Kabinet dan Dasar

Pasukan Pembangun:
Theresa Lim
Karen Sigawal

31

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem Aduan Jenayah Syariah

Abstrak: Sistem ini akan merekod semua
aduan jenayah syariah yang dilaporkan bagi
memudahkan pihak JHEAINS untuk mengurus,
mengambil tindakan, menyemak,
mengemaskini dan merujuk segala aduan
jenayah Syariah pada bila-bila masa apabila
diperlukan.

Sasaran: G2G
Pemilik Sistem : Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sabah

Pasukan Pembangun: Hierwan @ Mohd Ikram
bin Murshid

32

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem iPortfolio

Abstrak: Sistem bagi menyimpan maklumat myPortfolio
Sasaran: G2G & G2E
Pemilik Sistem: Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Pasukan Pembangun: Norfarhana binti Mohd Fazal

33

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem eLesen Perikanan 2.0

Abstrak: Sistem pengurusan maklumat permohonan
dan pembaharuan lesen perikanan

Sasaran: G2G
Pemilik Sistem: Jabatan Perikanan Sabah

Pasukan Pembangun: Stevenson John

34

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem Permit Tinggal Tetap Di
Negeri Sabah

Abstrak: Sistem pengurusan maklumat
permohonan penduduk tetap negeri Sabah

Sasaran: G2G
Pemilik Sistem : Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri
dan Penyelidikan

Pasukan Pembangun: Mohd Azuan bin Ridwan

35

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem Pengurusan Minit Mesyuarat (Govmeet)

Abstrak: Sistem ini bertujuan untuk membuat undangan mesyuarat dan
minit mesyuarat secara dalam talian. Kegunaan sistem ini bagi
memudahkan setiausaha untuk membuat undangan mesyuarat kepada
kakitangan yang terlibat secara automatik daripada sistem serta membuat
minit mesyuarat dengan lebih cepat.

Sasaran: G2G
Pemilik Sistem : Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Pasukan Pembangun:
Khairul Hazwan bin Ahmad
Mohd Norhan bin Mahmud
Norfarhana binti Mohd Fazal
Dk Nursafinah Ak Mohd Said

36

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem Maklumat Penduduk Sabah
di Semenanjung Malaysia

Abstrak: Sistem ini adalah untuk mendaftar maklumat
penduduk dari Sabah yang bekerja atau menetap di
Semenanjung Malaysia bagi memudahkan PPNSKL
menyampaikan perkhidmatan kepada mereka.

Sasaran: G2G & G2C
Pemilik Sistem : Pejabat Perhubungan Negeri Sabah

Pasukan Pembangun: DK Nursafinah Ak Mohd Said

37

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem Maklumat Perkilangan

Abstrak: Sistem ini untuk merekod maklumat
industri perkilangan di Sabah

Sasaran: G2B
Pemilik Sistem: Jabatan Pembangunan
Perindustrian dan Penyelidikan

Pasukan Pembangun: Azawana Ag Salleh

38

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem Permohonan Kursus IKS
Versi 2

Abstrak: Sistem ini memudahkan permohonan
Kursus IKS online oleh semua para IKS Sabah
setelah iklan kursus dikeluarkan

Sasaran: G2B
Pemilik Sistem: Jabatan Pembangunan
Perindustrian dan Penyelidikan

Pasukan Pembangun: Adriana Boitol

39

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

e-Permit Kerajaan Negeri Sabah

Sistem untuk memudahkan pengurusan
permohonan permit untuk kebenaran kerja Sektor
Pelancongan dan sektor lain. Jabatan perintis
KEKPAS pada Nov 2020

Sasaran: G2G & G2B
Pemilik SIstem: Kementerian Pelancongan,
Kebudayaan dan Alam Sekitar

Pasukan Pembangun:
Khairul Hazwan bin Ahmad
Mohd Norhan bin Mahmud
Norfarhana binti Mohd Fazal
DK Nursafinah AK Said

40

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem Maklumat Lembaga
Peperiksaan SMU

Abstrak: Sistem ini adalah untuk
mendaftarkan calon-calon yang menduduki
peperiksaan Sijil Menengah Ugama. Selain
itu, sistem ini juga digunakan untuk
mengemaskini markah peperiksaan dan
menjana laporan/statistic keputusan
peperiksaan nanti.

Sasaran: G2G
Pemilik Sistem: Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sabah

Pasukan Pembangun: Hanidah Abin

41

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Semakan Bayaran @ SabahPay

Abstrak: Aplikasi untuk orang awam membuat semakan
pembayaran dari Kerajaan Negeri Sabah
Sasaran: G2C
Pemilik SIstem: Jabatan Bendahari Negeri
Pasukan Pembangun: Faizal Heesyam bin Mohd Kassim

42

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

CMS KNS

Abstrak: Bagi memudahkan agensi yang tidak
mempunyai personel yang berkemahiran teknologi
di dalam pembangunan laman sesawang.

Sasaran: G2G
Pemilik Sistem: Jabatan Perkhidmatan Komputer
Negeri

Pasukan Pembangun:
Khairul Hazwan bin Ahmad
Mohd Norhan bin Mahmud
Norfarhana binti Mohd Fazal

43

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem Kenaikan Pangkat
Pegawai Guna Sama N

Abstrak: Sistem ini diguna untuk penyenaraian
semua pegawai gunasama gred N yang
ditempatkan di seluruh
jabatan/kementerian/pejabat daerah yang
berkelayakan untuk dipertimbangkan kenaikan
pangkat ke jawatan yang lebih tinggi.

Sasaran: G2G
Pemilik SIstem: Jabatan perkhidmatan Awam
Negeri Sabah

Pasukan Pembangun: D. Rosnah Ag. Bahar

44

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem Maklumat Perumahan
Setinggan

Abstrak: Sistem ini bagi mewujudkan satu
pangkalan data berpusat yang akan mengumpul
maklumat koloni setinggan di kawasan seliaan
masing-masing.

Sasaran: G2G
Pemilik SIstem: Kementerian Kerajaan Tempatan
Dan Perumahan Sabah

Pasukan Pembangun: Beatrice D. Mikil

45

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem Portal eSPANS

Abstrak: Memaparkan maklumat agensi dan
iklan kekosongan jawatan terkini

Sasaran: G2C
Pemilik Sistem: Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri Sabah

Pasukan Pembangun:
Khairul Hazwan bin Ahmad
Mohd Norhan bin Mahmud
Noor Shazwani Taib

46

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Dashboard Bantuan Covid-19

Abstrak: Memaparkan statistic bantuan terkini yang
telah disalurkan kepada penerima

Sasaran: G2G & G2C
Pemilik Sistem : Unit Penyampaian
Perkhidmatan/Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri

Pasukan Pembangun:
Khairul Hazwan bin Ahmad
Norfarhana binti Mohd Fazal

47

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem Bantuan Prihatin
Covid-19

Abstrak: Sistem pengurusan data bantuan
covid19 serta penyediaan data bayaran
secara bersepadu digunakan oleh
pelbagai agensi pemberi bantuan.

Sasaran: G2G
Pemilik Sistem: Jabatan Perkhidmatan
Negeri Sabah

Pasukan Pembangun:
Wan Ahmad Hazwan bin Ahmad Suhaini
Darius Joiwin

48

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

Sistem Maklumat Pelajar Negeri Sabah

Abstrak: Mengumpul maklumat pelajar Sabah yang
melanjutkan pengajian. Memaparkan masalah-masalah
ketika pasca covid-19 yang dialami pelajar

Sasaran: G2G & G2B
Pemilik Sistem: Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi

Pasukan Pembangun:
Khairul Hazwan bin Ahmad
Mohd Norhan bin Mahmud
Norfarhana binti Mohd Fazal

49

IMBASAN

Program / Aktiviti Bahagian Pembangunan Aplikasi 2020

Pembangunan Aplikasi Baru

TASA (Mobile App)

Abstrak: Aplikasi Rekod Kehadiran untuk bekerja
dari rumah

Sasaran: G2E
Pemilik Sistem : Jabatan Perkhidmatan Komputer
Negeri

Pasukan Pembangun: Wan Ahmad Hazwan bin
Ahmad Suhaini

50


Click to View FlipBook Version