IMBASAN
Program / Aktiviti KSIT Kementerian Kerajaan Tempatan dan
Perumahan 2020
September 2020 Sambutan Hari Malaysia
Peringkat Negeri Sabah
Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah
dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada 16
September 2020. Sambutan ini bertempat di
Sabah International Convention Center (SICC)
pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari. Turut
dihadiri dan dirasmikan oleh YAB DSP Shafie bin
Apdal.
101
IMBASAN
Program / Aktiviti KSIT Kementerian Kerajaan Tempatan dan
Perumahan 2020
September 2020 Latihan Kursus Creative Digital
Latihan Kursus Creative Digital dianjurkan oleh
KSIT KKTP, INSAN dan JPKN untuk memberi
pengenalan kepada aplikasi GIMP dan Shortcut
kepada pegawai/staf pihak berkuasa
tempatan.Latihan ini diadakan pada pukul 8 pagi
hingga 4 petang dalam tempoh tiga hari, iaitu pada
21 hingga 23 September 2020. Latihan ini
bertempat di JPKN Cawangan Sandakan.Seramai
7 pihak berkuasa tempatan dan dua orang peserta
dari setiap PBT telah menghadiri latihan kursus ini.
102
IMBASAN
Program / Aktiviti KSIT Kementerian Kerajaan Tempatan dan
Perumahan 2020
September 2020
Taklimat Menteri Baharu KKTP Sabah
Program Taklimat Menteri Baharu KKTP Sabah yang
dianjurkan oleh KKTP pada 30 September 2020 telah
dirasmikan oleh YB DSP Masidi bin Manjun. Dalam
program ini, YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin
Manjun telah memberikan taklimat kepada pegawai-
pegawai KKTP.
103
IMBASAN
Program / Aktiviti KSIT Kementerian Kerajaan Tempatan dan
Perumahan 2020
November 2020
Sidang Khas Majlis Keselamatan
Negara
Pada 1 November 2020 Majlis Keselamatan
Negara (MKN) Sabah telah mengadakan sidang
khas MKN di Bilik Mesyuarat Tingkat 17, Wisma
Innoprise yang dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri secara virtual. Turut menghadiri sidang
khas MKN ini ialah YAB Menteri KKTP Datuk Seri
Panglima Masidi Manjun mewakili kerajaan Negeri
Sabah bagi membincangkan Langkah-Langkah
yang perlu diambil dalam membendung Covid-19
di Malaysia.
104
Penghargaan
Pencapaian 5 Bintang
Sebanyak 20 agensi kerajaan negeri menerima Anugerah Penarafan 5 Bintang atas pencapaian
cemerlang dalam pengurusan Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2) sepanjang tahun 2020.
Agensi terbabit terdiri daripada pejabat daerah, jabatan dan kementerian yang menunjukkan
prestasi membanggakan mengikut tiga kriteria utama iaitu data perjawatan, maklumat perjawatan
dan data prestasi.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi
Sulai mengikut kategori kluster satu hingga enam pada Persidangan Pengurus Sumber Manusia Siri
2/2019
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) Mendapat Penarafan 5 Bintang dengan markah
98.76% Petunjuk Prestasi Utama Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2) Pada Tahun 2020
105
Penghargaan
Pencapaian 5 Bintang
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) telah dianugerahkan sebagai Penerima Sijil Anugerah 106
Khas Keselamatan Perlindungan 2019 (CGSO) Negeri Sabah (5 Bintang) bagi tahun 2019. Sijil Anugerah
disampaikan oleh Dato’ Samsuni Bin Mohd Nor, Setiausaha Persekutuan Sabah kepada En Ebenezer
Godomon, Ketua Bahagian Keselamatan Siber JPKN. Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan
ini diadakan bertujuan untuk membantu dalam meningkatkan tahap keselamatan perlindungan dari aspek
Keselamatan Fizikal, Keselamatan Dokumen, Keselamatan Peribadi dan Keselamatan ICT. Sehubungan
dengan itu, Majlis Penyampaian Sijil Anugerah telah diadakan pada 12 Januari 2021 jam 2.30 petang
bertempat di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, KPKPS, Kota Kinabalu
Penghargaan 107
Anugerah Inovasi Tahun 2020
Majlis Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Sabah 2020 telah dirasmikan oleh
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri
Sabah. Majlis telah berlangsung di Aras 26, Blok A, Bangunan Pusat Pentadbiran
Negeri Sabah.
Turut hadir adalah YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, JP, Setiausaha
Kerajaan Negeri Sabah, Dato' Samsuni Mohd Nor, Setiausaha Persekutuan Sabah
dan YBhg. Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah, dan Datuk Seri Dr Yusof Ismail, Ketua Pengarah Unit Pemodenan
Tadbir dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Sebanyak 163 penyertaan
dari Persekutuan dan Negeri yang telah menyertai Anugerah Inovasi Sektor Awam
Sabah Tahun 2020. Sebanyak sepuluh (10) kategori yang dipertandingkan tahun ini
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri telah memenangi pertandingan sempena
Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah tahun 2020 (ISAS 2020) Pada 15 Februari
2021. JPKN telah memenangi 2 kategori iaitu:
1. Anugerah Inovasi Dan Pembudayaan ICT ( Pelanggan Dalaman )
Kumpulan: JK Laman Web AKNS (SinagingWeb)
2. Anugerah Inovasi Keselamatan Fizikal & Pengurusan Rekod
Kumpulan: CyberBuster daripada Bahagian Keselamatan Siber (BKS)
Iklan
SinagingWeb 108
SinagingWeb membolehkan pengguna untuk menumpukan perhatian penuh kepada paparan
maklumat jabatan / agensi / kementerian sepenuh masa tanpa risau tentang isu keselamatan. Hal ini
adalah kerana, SinagingWeb telah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan laman sesawang agar
templat tersebut selamat digunakan. Ingin bangunkan laman web rasmi agensi anda? Gunakanlah
platform yang kami sediakan iaitu SINAGINGWEB
Iklan
Sistem Janji Temu 109
Kerajaan Negeri Sabah
Sistem Janji Temu Kerajaan Negeri Sabah telah dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Aplikasi (BPA)
dan sedia untuk digunakan melalui url https://janjitemu.sabah.gov.my/
Kegunaan sistem ini adalah bagi memudahkan orang awam untuk membuat janji temu secara atas talian
serta memudahkan pegawai yang terlibat untuk bersedia lebih awal terutamanya semasa pandemik yang
sedang melanda pada masa ini.
Sidang Ridaksi Buku Laporan JPKN Tahun 2020
Penasihat Ketua Editor Pengumpul Maklumat
Sariwan Bin Jamanih Irene Ling Larassa Yuming
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Pegawai Teknologi Maklumat Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Pengumpul Maklumat
Ana Suryani
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Ketua Grafik Pengumpul Maklumat Pengumpul Maklumat
Mohd Saifuddin Bin Karim Julita Mujim Rosni Naming
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Juruteknik Komputer Juruteknik Komputer
110