Organization for Governance involves a set of relationships between an
Economic organization’s management, its Board and other stakeholders.
Governance also provides the structure through which the
Cooperation and objectives of the organization are set, and the means of attaining
Development those objectives and monitoring performance are determined.
(OECD)
Governance could be a variety of things – institutions, norms,
SDG Report (2014) implementation procedures, and decision-making and dispute
resolution processes. Governance does not simply adhere to
government, but includes a range of public actors including some
private forms of governance. In addition, governance is
multifaceted including, for example, good governance, effective
governance, and equitable governance.
Berdasarkan definisi konsep tadbir urus baik seperti di dalam jadual, dapat difahami
‘governance’ (tadbir urus) bukan ‘government’ (kerajaan). Sebaliknya ia merangkumi cara
kerajaan dan organisasi sosial lain berinteraksi, cara mereka berhubung dengan rakyat, dan
cara membuat keputusan dalam dunia yang kompleks. Oleh itu tadbir urus ialah satu proses
di mana masyarakat atau organisasi membuat keputusan untuk memenuhi kepentingan
mereka, menentukan siapa yang mereka libatkan dalam proses dan cara mereka menetapkan
halatuju (Graham et.al, 2003). Manakala Abdellatif (2003) berpendapat konsep tadbir urus
berkait langsung dengan prestasi (performance) pengurusan pembangunan yang melibatkan
sektor awam dan swasta. Ia merangkumi fungsi dan keupayaan sektor awam, serta
kepatuhan kepada peraturan atau undang-undang di mana institusi yang diwujudkan
mempunyai rangka kerja untuk menjalankan perkhidmatan awam dan swasta, termasuk
akauntabiliti terhadap prestasi ekonomi dan kewangan, serta rangka kerja kawal selia yang
berkaitan dengan syarikat, koperasi, dan institusi perkongsian (companies, cooperations &
partnerships) yang mana manfaat terbesar dinikmati masyarakat awam. Atas dasar itu,
Rotberg (2014) menegaskan penilaian keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam
bergantung kepada pengamalan urus tadbir baik yang mana elemen utama memisahkan
pespektif kerajaan yang baik atau autokratik.
Sehubungan itu Graham et.al (2003) memberikan ilustrasi pihak berkepentingan
melaksanakan tadbir urus merangkumi empat sektor iaitu swasta (business), organisasi
masyarakat sivil (termasuk badan bukan kerajaan (NGO)), kerajaan dan media seperti di
dalam rajah 1.
Rajah 1: Aktor Tadbir Urus (Graham et.al, 2003)
3
Dalam konteks pentadbiran negara atau negeri, tadbir urus merujuk kepada perlaksanaan
kuasa politik dan pentadbiran di semua peringkat jabatan dan agensi kerajaan (Borzel &
Risse, 2010). Ia terdiri daripada mekanisme, proses dan institusi di mana rakyat dan kumpulan
masyarakat sivil diberikan ruang untuk menyatakan hak mereka, melaksanakan hak undang-
undang mereka dan saling menghormati perbezaan yang wujud untuk memelihara
keharmonian dan perdamaian antara mereka. Perkara ini seiring dengan UNDP yang
memaknakan tadbir urus demokrasi (democratic governance) sebagai “a process of creating
and sustaining an environment for inclusive and responsive political processes and
settlements” (UNDP, 2011). Sebab itu, dalam konteks politik, pemimpin kerajaan perlu
memastikan keberkesanan tadbir urus baik melalui perancangan dasar dan strategi dapat
dicapai dan akhirnya masyarakat berpuashati dengan penyampaian perkhidmatan yang
diberikan di samping mendapat dokongan dan dilaksanakan oleh agensi dan pentadbir
kerajaan.
Dalam memastikan pengamalan tadbir urus memenuhi objektif, terdapat pelbagai institusi
antrabangsa menggariskan prinsip asas tadbir urus baik (principles of good governance).
Analisis Van Doeveren (2011) mendapati pihak swasta seperti bank dan penyumbang
kewangan (financial donor) selain kerajaan turut menetapkan apakah prinsip-prinsip tadbir
urus baik yang perlu dilaksanakan. Jadual 2 menunjukkan kebertanggungjawaban
(accountability) adalah prinsip utama di dalam pengamalan tadbir urus baik yang dipersetujui
oleh semua badan antarabangsa seperti yang ditegaskan oleh United Nations “not only
governmental institutions but also the private sector and civil society organizations must be
accountable to the public and to their institutional stakeholders”.
Rajah 2: Prinsip Tadbir Urus Baik (Van Doeveren, 2011)
Selain dari itu, UNDP dan World Bank turut menyenaraikan prinsip tadbir urus baik yang boleh
digunapakai sebagai proses pemantauan prestasi pentadbiran kerajaan dan juga agensi-
agensi korporat dan badan bukan kerajaan (NGO). Sembilan elemen disenaraikan oleh UNDP
manakala World Bank menetapkan lapan nilai utama yang menggambarkan perlaksanaan
4
tadbir urus baik di dalam sesebuah pentadbiran dan organisasi seperti di dalam rajah 2 dan
3. Namun, dalam kebanyakan kajian berpandangan prinsip-prinsip yang digariskan adalah
saling melengkapi walaupun wujud perbezaan dari sudut bilangan atas sebab kesesuaian
dengan nature of subject – negara, negeri, syarikat atau lain-lain (Smith, 2007).
Rajah3: Prinsip Tadbir Urus Baik (UNDP, 1997)
Rajah 4: Lapan Prinsip Tadbir Urus Baik (World Bank, ///)
PENGENALAN DASAR BERSIH, MUAFAKAT, SEJAHTERA DI NEGERI SEMBILAN
Dasar nilai Bersih, Muafakat, Sejahtera pertama kali diperkenalkan di dalam Ucapan
Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 di Persidangan Ketiga (Belanjawan)
Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri ke-14 pada 17, 18 dan 19 September 2018 oleh
YAB Dato Seri Aminudin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Walhasil ucapan tersebut yang bertujuan untuk memastikan hasil negeri dipertingkatkan
secara maksima dan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memakmurkan negeri dan rakyatnya,
maka dasar Bersih, Muafakat, Sejahtera telah dimaksudkan seperti berikut:
Jadual 2: Konsep Bersih, Muafakat, Sejahtera (Sumber: Ucapan Belanjawan 2019)
Bersih Ialah merancang dan melaksanakan pengurusan kewangan dan
pembangunan ekonomi negeri dengan penuh rasa tanggungjawab
kepada Allah, amanah dan berintegriti. Bebas daripada apa jua unsur
penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.
5
Muafakat ialah menjadikan prinsip syura sebagai unsur penting dalam proses
Sejahtera perancangan dan pembangunan ekonomi negeri.
ialah memastikan setiap perancangan, pengurusan dan pelaksanaan
program pembangunan ekonomi negeri, akhirnya akan menatijahkan
kepada kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Sembilan
Merujuk kepada maksud yang diberikan, dasar yang diperkenalkan mencerminkan
kesungguhan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan mengamalkan tadbir urus baik dalam
memacu kemajuan ekonomi dan pembangunan untuk manfaat rakyat tempatan walaupun
barisan kepimpinan adalah pertama kali mentadbir negeri. Ini menunjukkan tahap
kebertanggungjawaban dan profesionalisme yang tinggi dari barisan kepimpinan kerajaan
negeri baharu yang komited untuk memperkayakan hasil dan memakmurkan masyarakat
dengan memastikan tiada pengkhianatan dan keciciran hasil mahsul untuk kepentingan diri
(Ucapan YAB Menteri Besar, 2019). Ismail et.al (2009) menyatakan sikap profesionalisme
mesti dipunyai oleh penjawat awam (termasuk politikus yang mentadbir negeri/negara) adalah
tunjang kepada perlaksanaan tadbir urus yang efektif di mana akhirnya setiap perancangan
dasar dan polisi dapat disampaikan kepada masyarakat.
Dengan itu, empat strategi dan 10 pelan tindakan diperkenalkan dalam memastikan
pentadbiran kerajaan negeri bergerak di dalam kerangka dasar Bersih, Muafakat, Sejahtera.
Empat strategi tersebut ialah; 1) meningkatkan kecekapan tadbir urus, 2) meneroka sumber
hasil baru, 3) mengurangkan kehilangan hasil negeri dan 4) meningkatkan keuntungan
pelaburan. Dari empat strategi ini, pelan tindakan yang merangkumi aspek peningkatan etika
kerja dan proses penyampaian perkhidmatan, pembangunan ekonomi dan hasil galian,
keselamatan sosial dan pengawalan kes jenayah, secara umumnya memenuhi kerangka
memelihara maslahah umum yang selari dengan kerangka Maqasid Syar’iyyah (Ismail et.al,
2009; Balwi et.al, 2012). Menurut Ismail et.al (2009), Islam memelihara maslahah manusia
bagi tujuan pemerintahan yang efektif dan berkesan (good governance) selari dengan prinsip
جلب المصالح ودرء المفاسدyang mana ia dianjurkan bagi menjaga hak-hak dan kepentingan
manusia keseluruhannya dan sekaligus mendatangkan pengurusan yang membawa kebaikan
kepada semua dan menolak kezaliman juga kemusnahan.
Berdasarkan dasar Bersih, Muafakat, Sejahtera yang telah dibentangkan dan menjadi agenda
utama memacu pembangunan negeri, pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan dilihat komited
memastikan tadbir urus baik dapat diamalkan dengan perancangan perbelanjaan perbekalan
berimbang setiap tahun walaupun dihimpit kesukaran akibat kesan pandemik Covid-19 pada
tahun 2020 dan 2021 yang tidak dijangka seperti di dalam Jadual 3.
Walaupun begitu, prestasi pencapaian pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan amat
memberangsangkan dengan pengiktirafan status ‘Negeri Bahagia’ pada tahun 2021 dari
Jabatan Perancangan dan Desa (PLANMalaysia). Selain itu, kejayaan menarik pelaburan
berjumlah RM5.8 bilion (tertinggi dalam tempoh lima tahun) pada tahun yang sama turut
membanggakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku
Munawir (Sinar Harian, 2022).
Jadual 3: Analisa Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan 2019-2021
Tahun Jumlah Belanjawan Hasil Tahun Tema Perincian
(RM) Tambahan Sebelum
6
2019 Belanjawan Tiada “Memperkayakan
2020 Negeri RM50 juta
2021 Hasil,
RM430 juta TIada
2022 Memakmurkan
RM457 juta Tiada Kekayaan”
RM560 juta
RM556.44 “Melestari Ekonomi
RM520 juta
juta Mensejahtera
Rakyat”
RM447.88 “Merangsang Belanja
juta (98% Ekonomi defisit
dari unjuran) Memperkasa RM112 juta
Rakyat” dengan
rizab
RM1.02
RM334.27 “Mendaya Upaya bilion
juta (Nov Ekonomi Rakyat” Belanjan
defisit
2021) RM88 juta
dengan
rizab
RM899.25
juta
METODOLOGI
Di dalam bahagian ini, metod kualitatif melalui analisis kandungan dokumen-dokumen rasmi
kerajaan yang boleh dicapai secara terbuka. Selain itu, laporan dari Jabatan Audit Negara
dan institut penyelidik bebas turut dirujuk bagi mendapatkan makluman terperinci berkaitan
tadbir urus pentadbiran kerjaan Negeri Sembilan. Selain itu, laporan-laporan akhbar juga
digunapakai sebagai bahan rujukan sekunder dalam melengkapkan analisa yang dibuat
secara tematik dengan merujuk kepada dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri
Sembilan.
Berdasarkan dokumen dan laporan rasmi tersebut, proses semakan secara sistematik dan
tematik dijalankan dan diikuti dengan proses analisis data-data berkaitan di dalam kerangka
prinsip tadbir urus baik dan dasar Bersih, Muafakat, Sejahtera seperti yang akan dibincang
lanjut di dalam bab seterusnya.
ANALISA
Bahagian ini memfokuskan perbincangan kesan langsung pengamalan tadbir urus baik dalam
kerangka Bersih, Muafakat, Sejahtera yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan
7
dengan merujuk kepada laporan-laporan awam dari agensi kerajaan seperti Ucapan
Belanjawan Kerajaan Negeri, Laporan Audit Tahunan Jabatan Audit Negara (JAN) dan
Institute for Democracy Economic Affairs (IDEAS) sebuat institusi penyelidik awam.
Formulasi Kerangka Bersih, Muafakat, Sejahtera dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan mempunyai dasar pentadbiran yang memacu
pembangunan khususnya terkait ekonomi dan sosial yang memberi manfaat kepada rakyat.
Dengan kewujudan dasar yang jelas, ia membolehkan pemegang taruh (stakeholders) -
penjawat awam, pihak swasta dan industri, masyarakat sivil – mendokong lalu melaksanakan
setiap perancangan yang dirangka tercapai di samping mengelakkan ketirisan dari berlaku.
Selain itu, dengan adanya dasar pentadbiran yang jelas, ia turut meningkatkan keyakinan
rakyat untuk mengekalkan kepimpinan kerajaan di dalam pilihan raya kelak (Besar et.la,
2012). Thomas Weiss, pakar rujuk antarabangsa dalam topik governance, menyatakan
dengan wujudnya dasar pentadbiran yang seiring dengan pengamalan prinsip tadbir urus baik
di peringkat pelaksana dengan dokongan masyarakat sivil dan industri korporat, amat
membantu menaikkan imej kemampuan pentadbiran kerajaan di mata awam (Weiss, 2000).
Jadual 4: Analisa Tematik Prinsip Tadbir Urus Baik dan Bersih, Muafakat, Sejahtera
Dasar Kerajaan UNDP World Bank Al-Quran
Negeri Sembilan
Accountability Accountability Surah Sad: 15-45
Transparency Transparency
Responsive Responsive -command and control
over human and other
various resources was
Bersih exercised; thorough
awareness of the human
nature and nature of
other resources;
effective in decision
making and impartial in
providing justice
Participation Participation Surah Al-Kahfi: 83-101
Consensus Consensus Oriented
Oriented principles of Unity of
Equity
Command and Unity of
Muafakat Direction; pro-people
Equity & policies and strategies
Inclusiveness
were implemented;
caring for the masses.
Fairness Rule of Law Surah Al-Baqarah: 40,
Effectiveness Effectiveness
Efficiency & 246-252
Strategic vision -obedience to God by
ensuring care for the
Sejahtera masses, justice, astute
defense and support for
business and agriculture
Surah Yusuf: 55
-strategic planning &
vision (7years cycle)
8
Merujuk kepada Jadual 4, dasar Bersih, Muafakat, Sejahtera dan prinsip tadbir urus baik
secara tidak langsung boleh ditemakan dari perspektif Islam dengan sandaran Al-Quran.
Imran, Shazia and Syed (2011) telah membina model tadbir urus dari perspektif Islam dengan
meletakkan kisah-kisah kenabian seperti terakam di dalam Al-Quran dengan rujukan prinsip
tadbir urus yang digariskan oleh UNDP dan World Bank. Namun, satu elemen terpenting yang
tidak menjadi keutamaan di dalam kerangka prinsip pengamalan tadbir urus baik UNDP,
World Bank dan lain-lain ialah ketidaan aspek kepemimpinan/pemimpin. Imran, Shazia and
Syed (2011) menyimpulkan bahawa dalam Islam, tonggak tadbir urus baik amat bergantung
kepada perlantikan kepemimpinan/pemimpin yang “committed to earning God (Allah)’s
happiness through their intentions, actions and governance; leaders committed with the
welfare of the masses”.
Jabatan Audit Negara
Skop tanggungjawab Jabatan Audit Negara (JAN) ialah melakukan pengauditan prestasi
kewangan, pengauditan pematuhan perundangan dan pengauditan prestasi ke atas
program/aktiviti yang dilaksanakan mencapai objektif. Merujuk kepada laporan JAN pada
tahun 2019, dari 11 jabatan negeri dan pihak berkuasa tempatan yang diaudit, 5 mendapat
skor ‘cemerlang’ dan 6 mendapat skor ‘baik’. Manakala pada tahun 2020, Negeri Sembilan
tergolong di dalam kumpulan 11 kerajaan negeri tanpa teguran bagi prestasi kewangan 2019.
Dalam satu kenyataan akhbar, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan Penyata
Kewangan Negeri Sembilan telah mendapat Sijil Bersih bagi tahun 2020 iaitu tiada teguran di
dalam prestasi kewangan.
Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)
IDEAS merupakan sebuah institut penyelidikan awam yang tidak berasakan keuntungan.
IDEAS menjalankan penyelidikan dengan memberi penekanan kepada pembangunan
ekonomi yang berdaya saing, memastikan tahap kepercayaan institusi dan mempromosikan
Malaysian yang inklusif. IDEAS telah menjalankan penyelidikan bertemakan Monitoring
States Budget dan telah membentangkan dapatan kajian pada 22 Julai 2022 secara dalam
talian. Satu indeks yang diberi nama The Malaysian Open Budget Index (MYOBI) telah
dibangunkan dengan tujuan menilai tahap ketelusan (transparency) dokumen belanjawan dan
maklumat berkaitan terbuka kepada awam. Negeri Sembilan mendapat skor 78/100 iaitu
ketiga dari keseluruhan negeri di Malaysia. Antara penyumbang tertinggi kepada pemarkahan
skor ialah, ketelusan untuk awam mengakses dokumen-dokumen berikut; Ringkasan
Eksekutif Belanjawan, Laporan Prestasi Kewangan Akhir Tahun, dan Laporan Audit (IDEAS,
2022).
KESIMPULAN
Aspek tadbir urus kerajaan semakin mendapat perhatian masyarakat pada masa kini.
Kelalaian kerajaan meletakkan keutamaan rakyat sebagai pemegang taruh utama akan
menyebabkan kerajaan dianggap autoktratik atau tidak demoktatik. Bagi mengelakkan
perspektif sebegitu, maka pengamalan prinsip tadbir urus baik penting untuk ditegakkan oleh
kerajaan di setiap agensi awam dengan penglibatan bersama penjawat awam, sektor swasta
dan masyarakat sivil. Ini kerana bagi memastikan sumber diurus dengan cekap dan berkesan
sekaligus mempertingkatkan kredibiliti pengurusan agensi awam dari aspek penyampaian
perkhidmatan dan perlaksanaan projek pembangunan demi kesejahteraan ekonomi, sosial
dan politik.
Kajian yang dijalankan secara deskriptif ke atas dokumen-dokumen awam dan kemudiaannya
dianalisa secara tematik, mendapati dasar kerjaan Negeri Sembilan – Bersih, Muafakat,
Sejahtera – menepati kerangka prinsip tadbir urus baik antarabangsa seiring dengan nilai-
nilai tadbir urus yang digariskan oleh Islam seperti di dalam Al-Quran. Dengan pengiktiran
9
sebagai ‘Negeri Bahagia’, Sijil Bersih bagi pengurusan kewangan dari Jabatan Audit Negara
dan negeri ketiga mengamalkan ketelusan dokumen di dalam penyelidikan IDEAS
menunjukkan kerajaan Negeri Sembilan mempunyai rekod pentadbiran yang mendokong
prinsip tadbir urus baik. Sehubungan itu diharapkan dari penilaian awal ini menyumbang
kepada peningkatan tahap kepercayaan awam ke atas pentadbiran kerajaan Negeri
Sembilan.
RUJUKAN
Abdellatif, A. M. (2003). Good governance and its relationship to democracy and economic
development. In Global Forum III on Fighting Corruption and Safeguarding Integrity,
Seoul (Vol. 20, No. May, p. 31).
Annan, K. (2000). The politics of globalization. In O'Meara, P., Mehlinger, H. D., & Krain, M.
(Eds.). Globalization and the challenges of a new century: a reader, USA: Indiana
University Press.
Balwi, M. K. M., Yusoff, R. M., Hamid, M. A. A., Othman, M. F., & Markom, N. (2012). Etika
kerja dalam kalangan penjawat awam Malaysia: Perbincangan makro dan mikro ke atas
pembuatan keputusan etika. Sains Humanika, 58(1).
Börzel, T. A., & Risse, T. (2010). Governance without a state: Can it work?. Regulation &
governance, 4(2), 113-134.
Besar, J. A., Jali, M. F. M., Ibrahim, Y., Ismail, K., Sidek, A. H., & Awal, N. A. M. (2012).
Persepsi belia terhadap isu politik dan dasar kerajaan Malaysia. Malaysian Journal of
Youth Studies, 7(12), 136-156.
Gisselquist, R. M. (2012). Good governance as a concept, and why this matters for
development policy (No. 2012/30). WIDER Working Paper.
Goulder, L. H., & Stavins, R. N. (2011). Challenges from state-federal interactions in US
climate change policy. American Economic Review, 101(3), 253-57.
Graham, J., Plumptre, T. W., & Amos, B. (2003). Principles for good governance in the 21st
century.
Holzer Marc & Kim Byong-Joon (ed.), Building Good Governance: Reforms in Seoul, (National
Center for Public Productivity, 2002).
Imran, H. N., Shazia, A., & Syed, A. H. Z. (2011). The model of good governance in
Islam. African journal of Business management, 5(27), 10984-10992.
Narzary, M. (2015). Concept of Good Governance. In S. Mangla (Ed), Citizenship and
Governance (pp. 17-45). New Delhi: Kaveri Books.
Norichika Kanie, Ruben Zondervan, Casey Stevens. (2015). Ideas on Governance ‘of’ and
‘for’ Sustainable Development Goals. (Shibuyaku: United Nations University Institute for
the Advanced Study of Sustainability). Accessed on 31st August 2017.
OECD. (2006). The governance of metro-regions. OECD Territorial Review: Competitive cities
in global economy.
Qudrat‐I Elahi, K. (2009), "UNDP on good governance", International Journal of Social
Economics, Vol. 36 No. 12, pp. 1167-
1180. https://doi.org/10.1108/03068290910996981
UNDP. (2011). Human Development Report 2011. New York: United Nation Development
Programe.
UNDP. (1997). Governance for Sustainable Human Development. New York: United Nation
Development Programe.
Rotberg, R. I. (2014). Good governance means performance and results. Governance, 27(3),
511-518.
Smith, B. (2007). Good governance and development. London: Bloomsbury Publishing.
10
Van Doeveren, V. (2011). Rethinking good governance: Identifying common principles. Public
Integrity, 13(4), 301-318.
Weiss, T. G. (2000). Governance, good governance and global governance: conceptual and
actual challenges. Third world quarterly, 21(5), 795-814.
World Bank. (1994). Governance, The World Bank Experience. Washington, DC: The World
Bank.
Rujukan Dalam Talian
IDEAS. 2022. https://www.pantauwangkita.com/
IDEAS. 2022. https://www.pantauwangkita.com/pantau-wang-kita/malaysia-open-budget-
index-myobi/
IDEAS. 2022. https://www.pantauwangkita.com/pantau-wang-kita/pantau-projek/
Laporan Audit Tahunan 2019 https://www.audit.gov.my/images/PDF/Laporan-Tahunan/LT-
JAN-2019-FA.pdf Akses pada 25 Julai 2022.
Laporan Audit Tahunan 2020 https://www.audit.gov.my/images/PDF/Laporan-Tahunan/JAN-
2020-20220126-LR-compress.pdf Akses pada 25 Julai 2022.
Negeri Sembilan diiktiraf Negeri Bahagia https://www.ns.gov.my/kerajaan/info-negeri?id=494
Teks Ucapan YAB Menteri Besar sempena perhimpunan pentadbiran kerajan negeri
https://www.ns.gov.my/en/47-berita-2018/236-perhimpunan-pentadbiran-kerajaan-
negeri-sembilan-darul-khusus-2018
Teks Ucapan Belanjawan 2019 TeksUcapanBajet_NSembilan_2020_22112019Finale.pdf
Akses pada 24 Julai 2022.
Teks Ucapan Belanjawan 2020 teks_ucapan_bajetNS2021_latest.pdf Akses pada 24 Julai
2022.
Teks Ucapan Belanjawan 2021 Teks_Ucapan_Belanjawan_NS_2022.pdf Akses pada 24
Julai 2022.
t.n. 2022, 18 April. Tuanku Muhriz bangga Negeri Sembilan catat pelaburan RM5.8 bilion.
Sinar Harian Online. https://www.sinarharian.com.my/article/198548/EDISI/Tuanku-
Muhriz-bangga-Negeri-Sembilan-catat-pelaburan-RM58-bilion Akses pada 23 Julai
2022
11
Kertas Seminar Bersih Muafakat Sejahtera Peringkat Negeri Sembilan
Pelestarian Adat Perpatih Negeri Sembilan
Dalam Amalan Bersih, Muafakat Dan Sejahtera
DRS SHAMSUDDIN AHMAD
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk menerangkan pelestarian Adat
Perpatih melalui moto Bersih, Muafakat dan Sejahtera Kerajaan Negeri Sembilan.
Dana Adat Perpatih telah diwujudkan dengan menyasarkan teras-teras Adat Perpatih
secara jelas dan teratur. Teras-teras yang telah disusun di bawah slogan ini ialah
syarak, kepimpinan, persempadanan, matrilineal, harta, ekonomi, bahasa, kesopanan
budi dan kesusilaan, gotong royong, seni dan budaya dan cerita rakyat .Pengisian Adat
Perpatih ini merangkumi seluruh luak-luak beradat di Negeri Sembilan, baik luak yang
besar mahupun naungan di bawah luak-luak tertentu atau luak-luak yang besar. Luak-
luak yang ada di Negeri Sembilan, baik luak besar mahupun naungan adalah luak
Sg.Ujong yang termasuk di dalamnya Dato Shahbandar dan wilayah Dato Muda
Linggi, luak Jelebu, luak Johol bersama 3 luak naungannya iaitu Pesaka Kechil
Gemencheh, Pesaka Kechil Pasir Besar dan Pesaka Kechil Air Kuning, luak Rembau,
Wilayah Adat Tampin bersama naungannya 4 Penghulu Pesaka iaitu Pesaka Keru
Pesaka Tampin Tengah, Pesaka Repah dan Pesaka Pondoi, luak Tanah Mengandong
yang terdiri dari 5 luak iaitu luak Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir dan Inas
dan akhir sekali Wilayah Adat Lingkungan atau kebiasaannya menggunakan istilah
Adat Lingkungan. Dibawah pengisian Adat Perpatih ini, setiap luak mempunyai
identitinya tersendiri yang meliputi teras- teras di atas dan pengisiannya pula
merangkumi 4 teras utama iaitu kepemimpinan, keilmuan, olek luak dan
persempadanan dan tanda kebesaran luak.
Kata Kunci : Adat Perpatih , perlestarian Adat Perpatih Negeri Sembilan
1.0 PENGENALAN
Adat Perpatih merupakan salah satu adat yang unik di Malaysia. Masyarakatnya
mengamalkan sistem suku berdasarkan nasab keturunan sebelah ibu dan ini berbeza
dengan Adat Temenggung yang perwarisannya mengikut nasab sebelah bapa. Pada
1
masa ini, pengamal Adat Perpatih yang sebahagian besarnya adalah masyarakat
Melayu di Negeri Sembilan (kecuali Port Dickson), kawasan Naning di Melaka dan juga
beberapa kawasan di Johor dan Selangor. Sebagai satu sistem dan cara hidup
sebahagian masyarakat Melayu di Negeri Sembilan, adat ini berada dalam keadaan
terumbang-ambing di mana arus permodenan dan gaya hidup barat telah menyerapi
generasi muda sekarang. Ianya telah menjadi satu memori yang dipenuhi lambang-
lambang atau anggapan, terutamanya kepada generasi sekarang.
Adat Perpatih kini telah menjadi tontonan dan bukan lagi sebagai rutin
kehidupan sehari-hari, kecuali pada tahap-tahap tertentu yang gagah kelihatan kepada
yang melihatnya. Ada dalam kalangan masyarakat moden telah menggunakan simbol-
simbol adat untuk kepentingan politik dan industri pelancongan serta dipamerkan atau
ditonjolkan tanpa ada kandungan konseptualnya. Hal yang sedemikian telah
menambah kekeliruan kepada masyarakat khususnya generasi muda, apatah lagi
kepada masyarakat luar yang melihatnya. Jikapun mereka kagum, itu adalah tidak
lebih dari aksesori atau keunikan luaran yang mewarnai dan menghiasinya.
Perkembangan ini telah nyata jauh mengetepikan kestabilan adat tersebut
dalam kehidupan moden. Alam fikiran orang Melayu telah bagaikan serambi kepada
alam fikiran asing, duduk di pinggir fikiran barat. Kita lebih senang dan enak berada di
serambi itu walaupun kita berada di luar rumah orang, sebagai orang dagang dan tetap
orang dagang. Atau fikiran budaya yang asli telah kita tinggalkan terbiar, umpama
halaman rumah terbiar, dahulu penuh dengan kembangan mekar, cantik dan
menawan, kini tumbuh lalang menjadi onak mencucuk jari (Norhalim 1993).
Dalam jangka masa yang panjang, Adat Perpatih ini malahan juga adat-adat
Melayu yang lain akan luput ditelan zaman. Adat ini jika dilihat masa sekarang dan
dalam konteks jangka panjang dan futuristik telah mula terbenam dan kelak akan
menjadi harta karun orang Melayu yang bernilai tetapi tidak lagi mampu dimanfaatkan.
Malahan sekarang, adat ini susah untuk dikenal nilainya. Pemetaan dan
pendokumentasian harus dilakukan dengan satu sistem dan kaedah yang sistematik
agar kelak, jika generasi muda hendak mencarinya ‘senang’ dijumpai dan tepat
penafsirannya. Ini kerana Adat Perpatih bukan saja amalan hidup sehari-hari, tetapi ia
merupakan satu sistem yang kompleks yang telah lama diamalkan dengan penuh
harmoni. Sebagai satu kebudayaan, Adat Perpatih adalah satu sistem kompleks yang
terkandung dalamnya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, estetika, undang-
undang, adat resam dan segala kebolehan yang dipelajari oleh individu sebagai ahli
masyarakat pengamalnya dan yang membezakannya dengan masyarakat lain
(Norhalim 1998).
Adat sebagai satu tradisi lama sesuatu bangsa untuk mendapatkan cara hidup
yang teratur menyarankan rasa perpaduan dan rasa saling mengerti; bukan saja,
harus dikekalkan tetapi harus ditanam dalam hati tiap-tiap orang kerana manusia ini
sepertimana yang disebutkan oleh Dharmawijaya (1981) :-
Dikala hidup dikandung adat,
Dikala mati dikandung tanah,
Dimana bumi dipijak,
2
Disitu langit dijunjung,
Dimana air disauk,
Disitu ranting dipatah
Atas dasar itulah, Adat Perpatih yang kini wujud ketika manusianya berada di
dalam peralihan itu terpaksa menghadapi cabaran dunia moden yang setiap waktu
semakin kuat. Lambang adat “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”itu, dari masa
ke semasa sudah terasa sudah tidak dapat dipertahankan lagi. Kesan dari cabaran ini,
maka kedudukan Adat perpatih yang dahulunya lancar, tenang dan tenteram, sekarang
sudah nampak kekusutan dan kepincangannya. Justeru, pengkaji mengandaikan
bahawa permasalahan yang berlaku dalam Adat Perpatih itu perlu diselesaikan segera
melalui pembinaan satu kerangka adat yang boleh difahami secara sistematik dan
mudah.
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Sebelum kedatangan Barat ke Semenanjung Tanah Melayu, khasnya di Negeri
Sembilan, Adat Perpatih telah berjalan dan berlangsung dengan teratur dan penuh
tertib di mana antara pemimpin dan masyarakat aturan perjalanannya berlaku dengan
begitu baik sekali. Konsep, nilai dan falsafahnya serta amalannya berjalan dan telah
disepakati secara bersama sejak nenek moyang lagi. Negeri Sembilan menerima Adat
Perpatih sejak kurun ke-16, seiring dengan kedatangan orang-orang Minangkabau ke
negeri ini. Dan sejak itulah pula adat ini menjadi dasar hidup yang telah diterima
dengan mesra oleh perduduk sebagai peradaban baru, untuk menggantikan sistem
hidup cara lama, yang berdasarkan animisme (Dharmawijaya 1981).
Namun, apabila penjajahan Inggeris bertapak di Negeri Sembilan, pengamalan
Adat Perpatih ini mula ditinggalkan sedikit demi sedikit demi kepentingan penjajahan
Inggeris itu sendiri. Mana-mana amalan adat yang merugikan mereka, telah diganti
dengan amalan pentadbiran Inggeris yang dikatakan lebih baik dan sesuai tanpa
memperdulikan kepentingan masyarakat yang dijajahinya. Keadaan ini lebih parah lagi
dalam di abad ke-21 apabila dunia terus berubah dengan membawa arus pemodenan
yang labih laju dan telah menghinggapi bukan saja dalam kehidupan seharian
pengamal Adat Perpatih tetapi telah membentuk semacam pola pemikiran yang baru
kepada generasi muda pengamal adat. Sebagai contoh, dalam perhubungan antara
masyarakat, sudah kurang kunjungan ke rumah saudara mara untuk menjemput
kerapatan-kerapatan saudara sewaris. Pada masa sekarang penggunaan media
elektronik yang canggih telah mereka gunakan, yang pastinya tatacara berkunjung,
mengadap dan berbicara yang penuh tertib adat telah ditinggalkan.
Permasalahannya di sini, masyarakat pengamal Adat Perpatih dahulu kala
biarpun tanpa mengguna tulisan dan tanpa merujuk kepada buku-buku adat, mereka
amat mahir berbicara, mengajar, merujuk serta menyelesaikan segala perkara tentang
adat. Ini disebabkan mereka mengamalkan sepanjang masa dan di setiap sudut
kehidupan mereka dan pengamal adat bolehlah dianggap sebagai ilmu bergerak
kepada adat itu sendiri. Keseluruhan perkara adat dalam bentuk apa jua disampaikan
secara lisan, diterima secara lisan dan disimpan secara bersungguh-sungguh di dalam
3
hati mereka. Tetapi semasa di zaman Inggeris memerintah, mereka hanya
mementingkan perkara-perkara Adat Perpatih yang memberi kepentingan langsung
kepada mereka sahaja dan perkara-perkara inilah sahaja yang direkodkan secara
serius. Antara perkara yang telah Inggeris rekodkan secara serius dan secara
berterusan adalah berkaitan undang-undang pemilikan tanah dan sistem pemungutan
cukai.
Permasalahan-permasalahan adat itu perlu dikaji secara teratur, teliti,
sistematik, serius dan berterusan kerana adat ini telah berlangsung begitu lama. Dalam
tempoh kelangsungannya pastilah telah banyak berubah baik secara disedari
mahupun tidak, tetapi dalam masa yang sama sumber rujukan masih kurang, malah
pakar-pakar rujukan dalam kalangan pengamal adat tidak seperti yang diharapkan
disebabkan kurangnya ilmu yang diwarisi dan atas sebab-sebab yang tertentu mereka
dengan sengaja membawa maklumat adat yang penting sehingga meninggal dunia.
Situasi ini amat membahayakan dalam konteks memelihara kelangsungan adat itu di
Malaysia. Pengkaji berpendapat dengan adanya teras Adat Perpatih, masyarakat akan
dapat memahami, menyelidiki dan mengamalkan adat itu dengan lebih baik sampai
bila-bila. Sayang sekali jika usaha-usaha ini tidak dibuat, dibimbangi adat ini boleh
tenggelam begitu sahaja tanpa dinikmati oleh generasi akan datang. Oleh itu dengan
adanya teras-teras ini yang telah diselaraskan dibawah Kerajaan Negeri melalui
amalan Bersih Muafakat Sejahtera ,pelestarian Adat Perpatih Negeri Sembilan telah
berjalan dengan teratur hasil kerjasama yang baik dengan luak-luak beradat.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1. Apakah teras-teras Adat Perpatih Negeri Sembilan.
3.2. Program-program pelestarian Adat Kerajaan Negeri Sembilan
4.0 DAPATAN KAJIAN
4.1 Teras-Teras Adat Perpatih Negeri Sembilan.
Sebagai satu kebudayaan, Adat Perpatih adalah satu sistem kompleks yang
terkandung dalamnya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, estetika, undang-
undang, adat resam dan segala kebolehan yang dipelajari oleh individu sebagai ahli
masyarakat pengamalnya dan yang membezakannya dengan masyarakat lain
(Norhalim 1998). Adat Perpatih dapat kita fahami melalui teras-teras yang membentuk
kebudayaan Adat Perpatih itu sendiri. Diantara teras-teras Adat Perpatih tersebut
adalah ;
4.1.1 Islam
Dalam pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan ,teras Islam ini dijadikan teras
yang utama sepertimana pengamalan di Minangkabau. Dalam kehidupan sehari-hari
masyarakat Adat Perpatih, sememangnya amalan yang tidak berlunaskan Islam telah
lama ditinggalkan seiringan juga dengan pengamalan Adat Minangkabau di Sumatera
Barat. Tidak timbul lagi penyelewengan adat yang berlawanan dengan ajaran agama
4
Islam di Negeri Sembilan. (Mohamad Bin Hj.Yassin, 2018). Dalam pengamalan Adat
Perpatih, falsafah ‘Adat Bersendikan Syarak,Syarak Bersendikan Kitabullah’ turut
menjadi pegangan utama para pengamal adat tersebut seperti dinyatakan dalam
perbilangan berikut :-
Adat ke Hukum mati Hukum
Hukum ke Adat mati Adat
Adat dipakai, Syarak dituruti
Syarak mengata, Adat memakai
Adat bersendi Hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Kuat Adat tak gaduh Hukum
Kuat Hukum tak gaduh Adat
Ibu Hukum, muafakat
Ibu Adat, muafakat.
(Mohd Rosli bin Saludin, 2022)
Falsafah diatas menunjukkan bahawa adat yang tidak bertulis dan diwarisi
secara turun-temurun itu selari dengan hukum syarak dalam Mazhab Syafie (Mualimin
Mochammad Sahid, Azman Ab. Rahman & Mohamad Ikwan Hamid 2018). Secara
umumnya, Adat Perpatih meliputi aspek jenayah, pembahagian harta dan
kekeluargaan serta perkahwinan yang bertepatan dengan hukum Islam. Dalam Adat
Perpatih juga, undang-undang jenayah adalah bersifat pemulihan, berperikemanusiaan
dan bertimbang rasa. Semua ini menunjukkan bahawa Adat Perpatih menerima Islam
dan tidak menentangnya. Sekiranya berlaku pertentangan antara adat dan agama,
maka akan berlakulah pergeseran yang akan membawa kepada kerosakan.
4.1.2. Pemimpin dan Kepemimpinan
Kepimpinan Adat Perpatih di setiap luak di Negeri Sembilan sememangnya telah sedia
utuh, mantap serta tersusun. Sistem kepimpinan adat dalam masyarakat Adat Perpatih
adalah satu sistem yang sangat unik, di mana pemimpin tertingginya bermula daripada
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
dipilih dan dilantik daripada kebulatan muafakat antara Undang Yang Empat dan
Tunku Besar Tampin. Kepimpinan luak bermula dari Undang dan Penghulu sebagai
jawatan kepimpinan tertinggi diikuti dengan Lembaga, Buapak, Besar, Kedim dan Ibu
Soko. Teras kepimpinan ini meliputi semua wilayah adat mulai dari Adat Istana,
Berundang, Wilayah Tunku Besar Tampin, Luak Tanah Mengandung (5), Pesaka
Kechil dan lain-lain yang mencapai jumlah 18-19 kawasan adat. Setiap kepimpinan
adat akan melalui proses-proses sepertimana dibawah sebelum memegang jawatan
sebagai Penyandang Pesaka Adat seperti berikut :-
a. Permahsyuran
b. Pertabalan
c. Tabal
d. Kerjan
e. Kejadian
f. Mencari Benih
5
g. Menyandar
h. Dan lain-lain lagi di semua lapisan penyandang
4.1.3. Sistem Kekerabatan Matrilineal
Masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih meyakini bahawa yang diutamakan
dalam garis keturunan adalah susur galur (nasab) daripada ibu. Sistem kekerabatan
matrilineal tidak bercanggah dengan asas ajaran Islam, bahkan menyokong dan
mendukung prinsip dan hukum ajaran Islam itu sendiri. Dalam Islam, kaum wanita
diberikan kedudukan yang istimewa dengan tujuan untuk menjaga mereka daripada
terkena segala keburukan dan pekara-perkara yang negatif. Melalui sistem
kekerabatan matrilineal, hak wanita akan terjaga terutamanya ketika berlaku perkara
yang tidak diingini seperti diceraikan oleh suami dan sebagainya. Sudah tentu melalui
sistem ini, kemuliaan martabat wanita itu diangkat, dipertahankan dan dipelihara.
Sebenarnya, perkataan ‘soko’ itu bermaksud pusaka yang diamalkan dan yang
digunakan dalam kehidupan sepanjang masa. Ibu soko pula merujuk kepada wanita
atau perempuan yang berilmu dan berpengalaman tentang peradaban dan kehidupan
yang boleh dijadikan rujukan dan panduan. Ibu soko berperanan dalam mengawal dan
memastikan Adat Perpatih berjalan dalam landasan yang betul dan lancar tanpa
berlaku sebarang bentuk penyelewengan.
Ibu soko juga berperanan sebagai pengimbang kepada Buapak, Lembaga,
Undang dan Raja. Disetiap luak mempunyai Ibu Soko masing-masing yang gelarannya
juga berbeza dibandingkan di Minangkabau. Tanpa Ibu Soko maka pincanglah anak-
anak buah dalam luak/suku atau perut tersebut. Ibu Soko sentiasa diutamakan oleh
kerana peranan mereka yang amat penting dalam mencorakkan pemimpin yang betul-
betul layak untuk memimpin sama ada dalam luak, suku hinggalah ke bawah.
Kesalahan memilih pemimpin akan merosakan anak buah dalam suku mereka. Selain
itu kekerabatan ini akan menaikan taraf dan darjat golongan kaum perempuan dalam
Adat Perpatih, dan pada masa yang sama mereka mendapat pengiktirafan dalam luak
mahupun dalam pentadbiran kerajaan moden.
4.1.4. Persempadanan
Di Negeri Sembilan, setiap luak mempunyai persempadanan kawasannya yang
tersendiri. Persempadanan luak berbeza dengan persempadanan negeri moden dari
segi pentadbirannya. Negeri Sembilan mempunyai 7 daerah dalam pentadbiran moden
iaitu Seremban, Kuala Pilah, Jempol, Tampin, Port Dickson, Jelebu dan Gemas.
Manakala pentadbiran luak pula mempunyai 20 persempadanan luak yang ditadbir
oleh kepimpinan luak seperti luak Sg.Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, Tampin,
Shahbandar, Linggi, Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir, Inas, Keru, Repah,
Tampin Tengah, Pondoi, Gemencheh, Pasir Besar, Air Kuning dan Adat Lingkungan.
Pengkaji telah menjadikan teras ini sebagai keutamaan untuk teras adat Perpatih untuk
pengkaji mengenengahkan teras ini kerana secara umumnya masyarakat masih tidak
nampak berkaitan batas-batas wilayah di setiap luak. Teras ini dikatakan sensitif
kerana belum pernah dibuat secara rasmi dan pengukuran secara menyeluruh belum
ada. Buat masa ini disebabkan Dato’-Dato’ adat masih mengetahui bahawa
persempadanan wilayah mereka masing-masing.
6
4.1.5 Pemilikan Harta
Adat Perpatih memberi tumpuan kepada usaha membela nasib kaum wanita
khususnya dalam soal pembahagian harta pusaka. Berbanding lelaki, bahagian harta
pusaka yang diterima oleh kaum wanita adalah lebih banyak bagi memastikan
kebajikan kaum wanita terpelihara dan tidak bergantung harap kepada orang lain
termasuk suaminya sendiri (Jendrius, 2019). Harta pusaka merupakan harta
kepunyaan sesuatu suku atau perut atau rumpun atau ruang yang diwarisi
(diompokkan) turun-temurun daripada ibu kepada anak perempuan. Hak milik asal
adalah daripada nenek moyang mereka. Pemilikan harta dalam Adat Perpatih
terbahagi kepada 3 iaitu harta pusaka, dapatan, carian merangkumi rumah, tanah,
ladang, kebun, kolam, kenderaan dan lain-lain lagi.
4.1.6. Seni dan Budaya
i. Rumah Berbumbung Panjang.- Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan
walaupun sekilas pandang adalah sama dengan rumah Minangkabau tetapi
mempunyai tipologi yang berbeza bergantung kepada kedudukan pemilik rumah
struktur Adat Perpatih itu. Lazimnya, rumah ketua- ketua adat dan pembesar-
pembesar yang lain mempunyai saiz dan gaya seni bina yang bebeza dan ini dapat
dilihat dengan jelas pada ruang serambinya. Serambi terdiri daripada serambi hujung,
serambi tengah dan serambi pangkal. Serambi yang paling hampir dengan tangga
dipanggil serambi pangkal manakala yang paling jauh dari tangga dipanggil serambi
hujung. Serambi hujung ini biasanya mempunyai ketinggian yang lebih daripada
serambi tengah dan serambi pangkal menunjukkan ia adalah ruang yang penting
daripada segi hierarki dari ruang-ruang yang lain.
Di Negeri Sembilan, rumah berbumbung panjang mempunyai ciri serambi
utama, serambi tengah, serambi pangkal, rumah ibu (loteng), gajah menyusur serta
dapur. Ini adalah asas kepada rumah berbumbung Panjang Negeri Sembilan yang
mengamalkan ciri-ciri Adat Perpatih. Bumbung rumah Negeri Sembilan pula
mempunyai lentik yang sedikit jika dibezakan dengan rumah Minangkabau yang
berbentuk gonjong.
ii. Balai Adat - Di Negeri Sembilan,peringkat penggunaan oleh kepimpinan tertinggi
luak seperti Undang atau Penghulu dinamakan Balai Undang atau Balai Penghulu
yang berfungsi sebagai tempat melaksanakan segala majlis adat istiadat. Di sana
merupakan tempat segala bentuk kerapatan serta perbincangan yang akan
dilaksanakan. Akan tetapi berbeza dengan peringkat bawahan dimana fungsi balai ini
hanya dilaksanakan di telapak adat penyandang itu sendiri (Mohd Rosli bin Saludin,
2022).
iii. Busana - Pakaian Adat merupakan huraian yang panjang lebar namun memadailah
jika disebut bahawa daripada peringkat masyarakat biasa hinggalah ke peringkat
tertinggi penyandang mempunyai aturan-aturan tertentu dalam pemakaian pakaian
adat ini. Pakaian Adat ini lebih ditekankan pemakaiannya di balai-balai adat seperti
yang disebutkan pada bahagian seni bina Balai Adat. Termasuk dalam kategori
Pakaian Adat ini ialah destar, baju, seluar, samping, bengkung atau ikat pinggang,
keris, selipar dan sebagainya.
7
Di Negeri Sembilan, pakaian adat telah diiktiraf sebagai pakaian tradisi yang
dijadikan identiti masyarakat pengamal Adat Perpatih Negeri Sembilan. Bagi kaum
perempuan bergelar Ibu Soko, mereka menjadikan Telepuk sebagai pakaian rasmi
adat penutup kepala serta bersamping. Manakala bagi lelaki pula berpakaian lengkap
baju Melayu, bersamping serta bertengkolok. Hiasan tambahan lain bagi kaum wanita
sebagai hiasan adat atau pakaian adat yang pada kebiasaannya digunakan untuk
melengkapi pakaian adat kaum wanita seperti sanggul ,tali pingang dan lain-lain.
iv. Adat Istiadat - Di Negeri Sembilan, pertabalan, tabal, kerjan dan kejadian
seumpamanya merupakan upacara-upacara kebesaran bagi setiap Penyandang
Pesaka Adat bermula dari Raja sehinggalah ke peringkat bawah. Istilah-istilah lain
amat jarang diamalkan di Negeri Sembilan.
v. Seni - Di Negeri Sembilna, seni meresapi dalam kehidupan setiap masyarakatnya.
Antara unsure-unsur seni itu adalah seni gerak, bunyi, rupa dan sastera. Seni ini
hampir serupa di setiap luak akan tetapi berbeza mengikut luak masing-masing seperti
kata pepatah seadat tetapi tidak seresam. Setiap luak ada keunikan mereka tersendiri.
vi. Undang-Undang Adat - Di Negeri Sembilan, perlaksanaan undang-undang adat
telah sedia ada di setiap luak-luak namun ia tidak mempunyai nama khusus dan setiap
permasalahan adat yang berlaku disetiap luak akan ada jalan penyelesaian dan kata
putus terakhir yang diputuskan diperingkat tertinggi apabila tiada keputusan di
peringkat bawah. Oleh kerana itu, setiap kerumitan yang berlaku, penyelesaian adat di
Negeri Sembilan tidak diperbesarkan, hanya ia tidak dibukukan dan diturunkan secara
lisan dari generasi ke generasi seterusnya (Mohd Rosli bin Saludin, 2022). Asas
undang-undang adat di Negeri Sembilan berasaskan 4 jenjang adat iaitu Adat Sebenar
Adat, Adat Yang Di Adatkan, Adat Nan Teradat dan Adat Istiadat.
4.1.7. Kesopanan, Budi, Kesantunan dan Kesusilaan
Pengamalan kesopanan dan kesusilaan dalam Adat Perpatih adalah sama disetiap
luak-luak di Negeri Sembilan. Pengamalan ini bukan sahaja di luak-luak malah di
kalangan semua masyarakat baik di luak Negeri Sembilan mahupun di setiap etnik
atau kaum di Malaysia. Dalam perkara berkaitan Adat Perpatih, adat sopan santun
disesuaikan dengan upacara-upacara adat itu sendiri seperti contoh majlis makan
beradat di luak Inas yang mana adanya adab bertating dan ia tidak sama dengan
pengamalannya di Luak Ulu Muar. Makan beradat bagi Penghulu Luak Inas adalah di
ruang Serambi Utama, dan apabila telah selesai, Penghulu akan turun dari serambi
rumah dan kemudian melepaskan tetamu lain untuk berada di atas serambi rumah
untuk kesantaian mereka masing-masing (Penghulu Luak Inas). Bagi Luak Inas itu
merupakan adat alur dan patutnya dan dianggap sopan bagi luak tersebut.
4.1.8. Teras Bahasa
Pemakaian bahasa ini menunjukkan wujudnya perbezaan, khususnya apabila
seseorang pengamal adat itu menggunakan unsur bahasa terombo, perpatah,
perbilangan dan pantun dalam pelantikan pemimpin-pemimpin adat. Malahan ada Luak
yang mempunyai loghat khusus dalam percakapan sehari-hari mereka. Terombo juga
dikenali sebagai perbilangan adat, tambo dan terasul. Terombo tetap merujuk kepada
8
salasilah, peraturan dan perundangan adat bersama variasi nama sesuai menurut
tempat, konteks dan fungsinya (Harun Mat Piah). Menurut Rais Yatim (1994), bahawa
mengatakan konsep terombo lengkap dengan falsafah panduan hidup, lengkap
dengan undang-undang dan lengkap dengan keindahan bahasa.
4.1.9. Teras Ekonomi
Teras ekonomi merupakan perkara yang digalakkan dalam pengamalan adat sejak
dahulu kala. Ekonomi membantu masyarakat adat untuk terus berkembang di dalam
suku dan luaknya. Masyarakat Adat Perpatih dahulu kala adalah masyarakat yang
bergantung kepada ekonomi pertanian. Asas ekonomi masyarakat Adat Perpatih ialah
tanah. Daripada konsep asasi milik tanah terbitnya segala nilai dan susunan
masyarakat dan negeri. Terdapat satu kesedaran yang amat mirip kepada fahaman
kebendaan yang wajar bagi kehidupan terutamanya bagi kewujudan individu dan
keluarganya sehingga pemilikan benda itu menjadi ideologi dan moraliti. Kebendaan
merupakan asas ketinggian martabat dan kehidupan yang bermaruah. Ekonomi dalam
Adat Perpatih banyak bergantung kepada ladang, kebun dan kolam pada asalnya.
Namun kini segalanya berubah mengikut peredaran masa dan kesesuaian
peningkatan ekonomi seperti banyak sawah bendang yang telah pupus dan ditukarkan
dengan ladang sawit dan getah. Masyarakat adat juga turut beralih ke ekonomi secara
berkelompok yang lebih menjamin pendapatan pengusahanya seperti tanaman
berkelompok, kolam ikan dan udang serta lain-lainnya. Pengkaji sendiri banyak
menemui peralatan yang digunakan untuk tujuan tersebut.
4.1.10. Teras Cerita Rakyat
Setiap luak serta wilayah adat mempunyai cerita rakyatnya yang tersendiri yang
memberi gambaran tentang Luak masing-masing. Setiap tempat, kejadian atau simbol
mempunyai cerita yang menarik dan memberikan pengajaran. Ada yang menjadikan
cerita rakyat sebagai panduan dalam kehidupan seperti menggunakan nama ceritabagi
menerbitkan nama sesuatu kawasan atau tempat seperti contoh Tasik Londa Naga,
Sungai Lopok, Bukit Putus dan lain-lain lagi.
5.0 Program-Program Pelestarian Adat Perpatih Negeri Sembilan
Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah menerima mandat bagi melestarikan Adat
Perpatih di bawah Dana Memperkasa Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Bagi
memastikan kelancaran perlaksanaan program melestarikan Adat Perpatih ini, pihak
Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah merancang perlaksanaan program adat
dengan kerjasama Penyandang Pesaka Adat Luak-Luak di Negeri Sembilan meliputi
beberapa teras utama dalam Adat Perpatih.
Di antara keutamaan teras yang diberi dibawah pelestarian Adat Perpatih
Negeri Sembilan ini adalah teras-teras asas seperti pemimpin dan kepimpinan,
keilmuan, olek adat, persempadanan dan alatan kebesaran luak. Jika dilihat melalui
jadual di bawah, dapat kita lihat setiap penyelerasan dan pembahagian yang akan
dilaksanakan terhadap setiap unsur dengan penumpuannya di bawah teras-teras
utama tersebut.
Senarai program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :-
9
1. Pemimpin dan kepimpinan meliputi aktiviti seperti pertabalan, tabal, kerja,
kejadian, pengishtiharan, istiadat Menyandar dan Menyalang, Istiadat Mengadap,
Pelantikan Penyandang Pesaka Adat dan Adat Benar.
2. Persempadanan dan Tanda Kebesaran Luak meliputi aktiviti penandaan
makam-makam pemimpin, laluan tradisi, monumen-monumen kebesaran luak dan
penyediaan alat-alat kebesaran.
3. Olek Luak pula meliputi seni seperti tarian, masakan, busana, muzik, alam bina
dan budaya yang merangkumi seni ukir, alatan adat, adat bersawah dan mengemping.
4. Keilmuan pula merangkumi seminar, wacana, FB Live, rakaman, bengkel,
forum, perbincangan adat, penerbitan video dan lagu, demonstrasi adat dan terbitan
buku, mini poket dan coffee table.
Bermula pada tahun 2019, program-program di atas mula dirancang di bawah Dana
Memperkasa Adat untuk dilaksanakan. Namun begitu pada tahun 2020, perlaksanaan
program adat ini telah terhenti seketika akibat penularan Pandemik Covid-19 sebelum
bersambung semula pada tahun 2021 hingga sekarang. Program yang telah dijalankan
ini telah menjalar sehingga ke setiap luak dan mendapat restu daripada YTM Undang
Luak Yang Empat dan Penghulu-penghulu Luak. Selain itu, program yang telah
dijalankan telah mendapat promosi di media tempatan seperti TV3 dan RTM, serta
maklumat yang disampaikan adalah teratur disamping itu juga istiadat menerangkan
Buapak dan Ibu Soko turut dilaksanakan.
Setiap tahun Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan merancang dan
melaksanakan aktiviti pelestarian Adat Perpatih Negeri Sembilan. Kesemua hasil dari
aktiviti pelestarian akan dizahirkan di dalam pelbagai bentuk seperti seminar, kolokium,
wacana, pameran dan berakhir dengan penerbitan kepada bentuk penerbitan buku dan
lain-lain. Pecahan Dana Adat Perpatih adalah berdasarkan teras-teras Adat Perpatih
dan dibahagikan kepada 4 program utama iaitu Kepimpinan, Keilmuan,
Persempadanan dan Olek Adat.
Bermula pada tahun 2019, jumlah program yang telah dilaksanakan oleh
masyarakat adat di bawah 4 program utama adalah sebanyak 160 program. Manakala
pada tahun 2020 hingga kini, sebanyak 200 program yang telah dijalankan sebelum
ianya ditangguhkan sementara atas sebab ‘Kawalan Pergerakan’ akibat penularan
wabak Pandemic Covid19. Walaupun kesemua aktiviti-aktiviti utama telah dihentikan,
pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan masih melaksanakan beberapa aktiviti
bersifat dalaman seperti rakaman berkaitan adat dan warisan melalui laman sosial
media seperti facebook dan whatsapp. Bagi tempoh bulan Jun hingga Julai 2020,
pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah merancang beberapa program dan
aktiviti bersama masyarakat Adat berdasarkan 4 program utama Dana
Memperkasakan Adat Perpatih.
Pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah mengubah cara penggunaan
Dana Adat Perpatih ini daripada program kepada penerbitan broshur, buku-buku
sejarah luak ,rakaman video masakan tradisional Negeri Sembilan dan Cerita Rakyat
yang terdapat di luak-luak dan Wilayah Adat. Sekiranya terdapat permohonan dari
masyarakat adat untuk melaksanakan program-program adat , mereka diwajibkan
10
mengikuti garis panduan Pendemik Covid19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan dan Kerajaan Negeri Sembilan.
Kini, setelah beralihnya Pandemik Covid-19 kepada Endemik, aktiviti
pelestarian telah menjadi semakin rancak berikutan kekangan pergerakan yang
semakin berkurang. Pelbagai program dan aktiviti pelestarian adat telah mula
memenuhi kalendar jabatan berikutan masyarakat adat serta Penyandang Pesaka
Adat yang telah mula dapat nampak rentak perlaksanaan program serta mahu
bersama-sama memperkasakan Adat Perpatih bukan sahaja diperingkat setempat
malah ke peringkat lebih tinggi. Ini bersesuaian dengan tujuan asal program ini iaitu
penyebaran ilmu ini kepada golongan generasi muda dan pelapis Adat Perpatih selain
dapat memperkenalkan keunikan pengamalan Adat Perpatih di setiap luak kepada
masyarakat luar serta orang ramai. Namun tidak lupa dari pihak penyelaras iaitu
Lembaga Muzium Negeri Sembilan untuk mendokumentasikan maklumat berkaitan
warisan dan sejarah Negeri Sembilan untuk rujukan orang ramai serta generasi akan
datang.
6.0 KESIMPULAN
Kini, setelah hampir 3 tahun program Memperkasa Adat Perpatih Negeri Sembilan
dilaksanakan, hampir 300 program dan aktiviti berkaitan pelestarian adat telah
dilaksana dan dinikmati oleh para Penyandang Pesaka adat serta masyarakatnya.
Setiap program dan aktiviti yang dilaksana, telah direkod serta didokumentasikan
sebagai data premier oleh pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan sebagai rujukan
bagi membina Lembaga Muzium Negeri Sembilan agar sentiasa relevan pada masa
kini dan akan datang kepada masyarakat adat di Negeri Sembilan mahupun awam.
Selain dari itu, hasil dari pelestarian program dan aktiviti di bawah dana ini
semakin menjadi tatapan umum secara langsung di media massa terutamanya kepada
golongan luar serta masyarakat antarabangsa yang ingin melihat, merasai serta
mengkaji kebudayaan Adat Perpatih ini. Ini yang diharapkan oleh pihak Kerajaan
Negeri Sembilan agar Adat Perpatih ini berjaya dilestarikan secara Bersih,
dilaksanakan dengan cara Permuafakatan dan akhirnya mensejahterakan kehidupan
rakyat keseluruhannya. Kini Kerajaan Negeri giat mempromosikan kebudayaan Adat
Perpatih ini di peringkat negeri, negara dan peringkat antarabangsa dengan kerjasama
Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia.
Bersama Maka Menjadi
Seadat Tidak Seresam
Tau Dek Tengok Pandai Dek Buek
Biar Mati Anak Jangan Mati Adat
Gemuk Berpupuk Segar Bersiram
11
RUJUKAN
A. Samad Idris. (1984). Adat Perpatih: Nilai dan falsafahnya. Dewan Masyarakat, Esei
Jun 1984 (m/s:52-55) Kuala Lumpur.
A. Samad Idris. (1990). Payung Terkembang. Pustaka Budiman, Kuala Lumpur.
A. Samad Idris.(1994). Negeri Sembilan: Gemuk Dipuk, Segar Bersiram, Adat
Merentas Zaman: Secebis Mengenai Adat Perpatih, Nilai dan Falsafahnya. (pp: 41
- 45). Selangor: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan.
Abdul Samad Hadi. (2007). Merantau Dalam Masyarakat Adat Perpatih, Negeri
Sembilan. Adat Perpatih: Esei Pilihan, 208-229.
Abdul Samad Idris. (1987). Tahta Kerajaan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur: Utusan
Printcorp.
Buyung Adil. (1981). Sejarah Negeri Sembilan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Datuk Batuah. (1995). Tambo Alam Minangkabau, Bukit Tinggi: CV Pustaka Indonesia.
Durrishah Idrus. (1990). Adat Perpatih Dan Islam. In Norazit Selat, Negeri Sembilan:
Dahulu dan sekarang (pp. 43-4). Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.
Hamka. (2006). Islam & Adat Minangkabau. Shah Alam: Pustaka Dini.
Hermayulis. (2007). Peranan dan Kedudukan Perempuan Dalam Adat Perpatih. Adat
Perpatih: Esei Pilihan. 105-126.
Kamarul Azizi Kosman. (2006). Media Penerbitan Dan Penyebaran Idea Identiti
Senibina Malaysia: Pengajaran Daripada Pergerakkan Arts and Crafts Di Britain
dan Institusi Deutsche Werbund Di Jerman. Tesis Sarjana: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Khalid Bonget. (2007). Tatacara Pemilihan Ketua Adat Dalam Adat Perpatih. Adat
Perpatih Esei Pilihan. 139-153.
Mohd Rusli Saludin. (2007). Hari-hari Mendatang Adat Perpatih. Pulau Pinang: Goal
Inteligent Publishing Sdn. Bhd.
12
Nadzan Haron. (1997). Pemilikan Dan Pentadbiran Tanah Adat !800-1960. Negeri
Sembilan: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan.
Norhalim Ibrahim. (1997). Peranan Kepimpinan Dalam Adat Perpatih. Jurnal Persatuan
Sejarah Malaysia Cawangan Negeri sembilan. 8-42.
Rais Yatim. (2007). Adat Perpatih Common Law Equity Suatu Perbandingan. Adat
Perpatih: Esei Pilihan. 25-63.
Yaakub Idrus. (1996). Rumah Tradisional Negeri Sembilan. Shah Alam: Fajar Bakti.
Shamsuddin Bin Ahmad
Pengarah
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sg.Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
* Pengarang untuk surat menyurat : email [email protected]
13
BERSIH, MUAFAKAT DAN SEJAHTERA MENURUT PANDANGAN ‘AIḌ
AL-QARNI
Syazwani Mohd Mutaridi
Sarjana, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
Khazri Osman
Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
Abstrak
Bersih, muafakat dan sejahtera ialah matlamat yang didambakan oleh setiap insan.
Tanpa gabungan elemen-elemen ini, kehidupan seseorang tidak akan lengkap dan
sempurna. Insan yang mematuhi ajaran agama serta tidak menyanggah syariat
boleh mengecap kebahagiaan dalam diri dan kehidupan dan disebarkan ke seluruh
alam. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis
kandungan sebagai reka bentuk kajian. Artikel ini mengetengahkan pandangan Al-
Qarni dalam Lā Tahzan, berdasarkan pengalaman dan pengembaraan beliau dalam
menyebarkan dakwah. Al-Qarni, seorang dai yang masyhur dan banyak
menyumbang dalam dunia penulisan dan penyampaian dakwah ke seluruh
Nusantara. Al-Qarni berpandangan, antara perkara yang boleh menatijahkan
kesejahteraan, bersih dan muafakat dalam kehidupan; menjauhi prasangka,
ketakburan, mementingkan hubungan sosial, masa berkualiti bersama keluarga, reda
dan qanaah terhadap rezeki, istiqamah solat berjemaah di masjid dan mengambil
makanan yang halal. Secara keseluruhannya elemen kesejahteraan, bersih dan
muafakat ini harus bergerak seiring dalam membentuk sahsiah individu dan
masyarakat yang berkualiti.
Keyword: Saadah, Bersih, Kesejahteraan, Muafakat.
1
Pengenalan
cĀiḍ bin Abdullah al-Qarni dilahirkan di perkampungan Al-Qarn, Arab Saudi pada 1
Januari 1959. Nama al-Qarni diambil dari daerah asalnya di wilayah selatan Arab
Saudi. Beliau merupakan salah seorang pendakwah Islam yang masyhur dan juga
seorang penyair, beliau sering meletakkan syair dalam penulisannya. Beliau telah
diperkenalkan hal-hal berkaitan agama sejak kecil oleh ayahnya. Ayahnya sering
membawa ke majlis-majlis ilmu, serta diperkenalkan dengan berbagai jenis karya
bacaan semenjak kecil.
Beliau pernah dipenjarakan kerana telah menulis 50 bait syair berkaitan
politik. Maka, karya La Tahzan ini ditulis oleh beliau ketika beliau masih berada di
dalam penjara. Beliau sempat menulis 100 halaman karya La Tahzan ini ketika di
dalam penjara dan menyelesaikan yang selebihnya ketika beliau dibebaskan. Karya
La Tahzan antara karya beliau yang terkenal dan terlaris. Sehingga karya ini pernah
diterjemah ke dalam 29 bahasa dunia (Kholis Bahtiar Bakri 2016).
cĀiḍ al-Qarni memilih nama karya ini dengan La Tahzan kerana diambil dari
sabda Nabi Muhammad SAW “La Tahzan, Innallaha Ma’ana” kepada sahabatnya
Saiyyidina Abu Bakar as-Siddiq yang sangat ketakutan ketika bersembunyi di Gua
Tsur, firman Allah SWT dalam surah al-Tawbah ayat 40:
َال تا ۡح از ۡن إِ َّن ٱََّّل ال امعانا ۖا
(Al-Quran, al-Tawbah 9:40)
Maksudnya:
“Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita”.
Maka, kajian ini menganalisis konsep bersih, muafakat dan sejahtera menurut cĀiḍ
al-Qarni dalam karya La Tahzan dan kaedah penerapannya dalam kehidupan
individu.
Bersih Menurut Pandangan Qarni
Abd. Rahman (1997) berpandangan bahawa amalan kebersihan merupakan aspek
yang penting dalam kehidupan manusia. Kebersihan bukan sahaja boleh memelihara
kesihatan seseorang namun mencegah seseorang daripada penyakit sekali gus
merupakan cerminan keperibadian seseorang. Bersih bermaksud tidak kotor sama
2
ada dari segi luaran mahupun dalaman. Bersih luaran yang dijelaskan di sini adalah
kotoran berbentuk najis atau pun unsur-unsur yang boleh menyumbang kepada
pencemaran yang merosakkan atau mengganggu kesihatan. Selain itu, dari segi
dalaman pula lebih menjurus ke arah kerohanian seperti; jujur, ikhlas, baik dan suci
yang boleh merosakkan hubungan dengan Pencipta dan sesama manusia. Al-Qarni
(2009) menyatakan, berzikir merupakan kaedah untuk menguatkan dalaman dan
jiwa. Manusia akan menjadi tenang apabila sentiasa mengingati Allah SWT. Antara
kelebihan mengingati Allah SWT adalah menjauhkan diri daripada syaitan dan
menghancurkan kekuatannya, menguatkan fizikal dan rohani serta zikir merupakan
makanan jiwa bagi individu Muslim.
Satu ketika seorang murid kepada Syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah
menceritakan, Syeikh Abdul Aziz berasa terganggu dengan satu panggilan telefon
daripada seseorang. Usai bercakap, beliau membaca bait puisi oleh al-Mutanabbi
(Hāshimī 1999) yang bermaksud:
Jika perangai seseorang itu buruk, maka buruklah sangkaanya. Lama-kelamaan dia
terbiasa dan mempercayai wahamnya.
Berdasarkan bait puisi ni, dapat difahami bahawa manusia yang mempunyai
akhlak kurang baik, dia akan menganggap bahawa orang lain juga sepertinya. Kata
Qarni (2017) “Janganlah kamu menyangka yang bukan-bukan terhadap orang yang
baik. Jika engkau mengelokkan amalan, niat juga akan elok.” Orang yang mulia
sentiasa mempunyai sangkaan yang baik. Biasanya dia akan berpura-pura tidak
menyedari dan melupakan kesilapan orang lain. Oleh yang demikian, beliau
menasihatkan agar insan sentiasa membersihkan hati dengan berlapang dada,
tenangkan hati, dan jangan selalu bersangka bahawa manusia dan dunia sentiasa
berkomplot untuk menganiaya. Qarni (2000) juga pernah menyatakan “Jauhilah
perasaan waham, buruk sangka dan khayalan yang negatif.”
Qarni (2017) pernah bertandang ke rumah Syeikh Muhammad Shami
Shaybah Mufti Jazan, Arab Saudi. Beliau mendapati Syeikh Muhammad Shami
sangat memuliakan tetamu tanpa mengira sama tua atau muda. Beliau menghormati
yang tua dan menganggap mereka seperti bapa, rakan-rakan seperti adik-beradik
dan kanak-kanak seperti anak sendiri. Sebenarnya, sebagai mufti Jazan, Syeikh
Muhammad Shami sangat tegas dalam tugasnya. Beliau tidak mempedulikan
cercaan orang lain. Kata Qarni, “Aku gembira melihat tawaduk dan watak lemah-
lembut Syeikh Shami dan jalinan hubungannya dengan masyarakat.” Beliau
3
menasihatkan agar mendekatkan jurang dengan orang lain, buang perasaan
sombong dan besar diri. Allah SWT membenci orang yang takbur dan menghina
mereka di sisi-Nya.
Keluarga merupakan satu institusi sosial yang penting dalam masyarakat di
mana keluarga yang sejahtera akan menyumbang kepada kesejahteraan
masyarakat secara keseluruhannya. Namun demikian, dengan kepesatan arus
globalisasi cabaran terhadap keluarga semakin kritikal dan menuntut ibu bapa
memainkan peranan yang paling efektif khususnya dalam hubungan dengan anak-
anak agar kesejahteraan keluarga dapat dikekalkan seiring dengan perkembangan
tersebut (Che Hasniza Che Noh & Fatimah Yusooff 2011). Disebabkan keluarga
adalah nikmat paling dekat dengan insan, seharusnya sebelum melangkah masuk ke
rumah, lemparkan segala krisis dan masalah ke luar rumah, masuk dengan
senyuman, kemudian bertanya khabar ahli keluarga, dan bergurau-senda. Usah
sibuk melayan alat komunikasi kerana waktu ini adalah untuk keluarga. Ibarat seekor
burung yang pulang ke sarangnya selepas keluar mencari makanan, sudah tentu
anak-anak ternanti-nanti makanan yang akan disuapkan kepada mereka. Qarni
(2000) juga ada menyatakan, orang yang tidak mengecap saadah dalam rumahnya,
dia tidak akan mendapatinya di tempat lain. Rumah ialah tempat terbaik memberikan
ketenangan jiwa.
Qarni seterusnya menukilkan, ada seorang tua berumur sekitar 110 tahun
tinggal berhampiran kampungnya di selatan Arab Saudi. Dia seorang yang ringan
tulang, mudah mesra, sentiasa melemparkan senyuman, bergurau-senda, dan
istiqamah berada di saf pertama ketika solat di masjid. Dia memiliki jiwa yang
qanaah dengan rezeki yang ada tanpa rasa bimbang. Mungkin ini antara faktor
mengapa dia tidak pernah sakit terlantar atau menjalani sebarang pembedahan.
Apabila tiba waktu tidur, dia tidur. Keesokannya dia akan bangun awal pagi
seterusnya ke ladang. Daripada kisah ini, kata Qarni “Hiduplah dengan cara kamu
sendiri, reda dan qanaah terhadap rezeki yang ada, bergaul dengan orang tua dan
kanak-kanak, jangan rasa megah, selalu melihat bukit-bukau dan ladang, demi
mengecap nikmat Allah SWT di bumi ini.” Bahkan sifat qanaah dan sentiasa
membersihkan hati akan mewujudkan pola kehidupan sederhana dan menghindari
gaya hidup berlebih-lebihan dan bermewah-mewah.
Bombay, India turut dilawati oleh Qarni. Di sana beliau menjadi tetamu
selama tiga hari di rumah seorang ahli perniagaan yang berjaya bernama
Jamaluddin. Qarni mendapati Jamaluddin seorang yang memelihara solat lima
4
waktu, rajin membaca al-Quran, dan mementingkan sunah dalam tarbiah anak-anak.
Walaupun dia memiliki rumah dan perniagaan yang besar dan maju, Qarni
menyimpulkan bahawa saadah bukanlah terletak pada harta yang melimpah
mahupun mengabdikan diri kepada dinar dan dirham. Maka hal ini jelas
menunjukkan bahawa bersih dari segi luar dan dalam perlu di beri penekanan kerana
kedua-duanya akan mendekatkan diri seseorang individu dengan Yang Maha
Pencipta.
Muafakat Dalam Sesebuah Masyarakat
Muafakat membawa maksud sepakat, berbincang, setuju dan seia sekata. Dari sudut
bahasa muafakat bermaksud seia sekata, setuju, sesuatu yang dipersetujui,
persetujuan, perbicaraan dan rundingan (Kamus Dewan 2016). Situasi yang biasa
menjelaskan kata muafakat ini adalah menerusi kerja berpasukan, perbincangan dan
rundingan yang memerlukan keputusan daripada semua ahli sesebuah organisasi.
Siti Aminah Mohd Sam (2015) memetik pandangan Farah Shaqirah (2011) bahawa
transformasi dalam masyarakat memperlihatkan berlakunya perubahan dalam
segenap aspek kehidupan masyarakat mereka yang meliputi aspek ekonomi,
pendidikan, kegiatan sosial dan kebudayaan. Pada dasarnya, perubahan yang
berlaku adalah disebabkan keprihatinan pihak-pihak tertentu khususnya pihak
kerajaan dalam berusaha membantu masyarakat ini keluar dari kepompong yang
lama dengan pelbagai langkah.
Malah, kesedaran masyarakat itu sendiri juga sebenarnya mendorong
kepada modenisasi mentaliti ke arah kemajuan dan taraf hidup yang lebih baik
seiring dengan era globalisasi. Tidak dinafikan, setiap masyarakat mempunyai ciri-
ciri budaya sendiri yang menjadi lambang identiti mereka. Pembentukan budaya
sesuatu masyarakat dibentuk berdasarkan keperluan dan persekitaran semula jadi.
Selain itu, amalan bersatu hati dan bermuafakat dalam kalangan masyarakat juga
menjadi faktor penyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dalam sesebuah
komuniti. Menurut (Lyubomirsky et al. 2005), permuafakatan dapat dinikmati melalui
beberapa komponen, antaranya; pengaruh genetik, aktiviti seharian, serta peristiwa
hidup. Komponen ini mengekalkan tahap kesejahteraan bagi individu tertentu.
Namun jika dikaji dengan lebih mendalam, amat sukar untuk menentu dan menjawab
bagaimana kehidupan seseorang itu boleh dikatakan baik atau tidak.
5
Walau bagaimanapun, sesuatu budaya yang menjadi amalan masyarakat
mengalami proses akulturasi dan asimilasi sehingga akhirnya menyebabkan
perubahan berlaku. Oleh itu, setiap masyarakat dan kebudayaan pasti mengalami
perubahan. Contohnya perubahan terhadap sistem demografi, sistem ekonomi,
sistem politik, sistem kepercayaan dan lain-lain lagi. Setiap kaum yang terdapat di
Malaysia mempunyai budaya masing-masing yang telah diamalkan sejak zaman
nenek moyang sehingga ke hari ini. Budaya yang diamalkan dan diwarisi tersebut
adalah daripada aspek adat resam, agama, bahasa, kesenian, muzik, kepercayaan
mahupun undang-undang yang mempunyai keunikannya tersendiri bagi setiap kaum.
Oleh yang demikian, semua pihak wajar menggembleng usaha agar tradisi
kebudayaan dalam semua kaum tidak lenyap dari kehidupan masyarakat sekarang
ekoran daripada arus pemodenan yang semakin berleluasa.
Saadah dalam Kehidupan
Kesejahteraan atau saadah mengajar manusia bagaimana menilai kehidupan yang
ada sama ada indah atau sebaliknya. Meskipun saadah itu pelbagai bentuk, namun
biasanya saadah diukur melalui petunjuk kesenangan dan kebendaan. Manusia juga
tidak perlu mengharapkan saadah yang lebih besar daripada apa yang sedang
dinikmati kerana dibimbangkan akan berasa rugi dengan nikmat yang ada. Selain itu,
tidak perlu menunggu musibah akan datang dikhuatiri akan berdukacita lebih awal
(Qarni 2000). Menurut Azizah Md Yusof et al. (2014) lagi, kesejahteraan hidup
konsep yang mudah didefinisikan iaitu dengan cara melihat bagaimana ‘baiknya’
kehidupan seseorang.
Sejahtera didefinisikan sebagai aman, makmur, senang, tenteram dan
terpelihara daripada bencana. Kata kerja menyejahterakan bermaksud menjadikan
sejahtera, mengamankan dan menyelamatkan. Selain itu, bahagia mempunyai
maksud hampir sama dengan sejahtera, bersinonim dengan aman, sentosa, damai,
tenteram, lega, selamat, teduh, tenang dan rukun. Luo (2019) menyatakan,
hubungan antara kebahagiaan dan kehidupan adalah kebahagiaan itu merupakan
penyusun yang sangat penting dalam kehidupan yang baik, kerana kebahagiaan
juga dapat ditakrifkan sebagai keseronokan, kegembiraan atau kepuasan.
Menurut Abu-raiya dan Pargament et al. (2013), kesejahteraan yang
diinginkan oleh manusia antaranya harapan, kepuasan dalam kehidupan, hubungan
baik dengan orang lain serta kesejahteraan harga diri. Keperibadian individu juga
turut memainkan peranan yang penting dalam mencapai kesejahteraan atau
6
kebahagiaan. Manakala Costa dan McCrae (1980) menyatakan, ciri-ciri keperibadian
juga dikaitkan dengan kebahagiaan, contohnya mereka yang mudah didampingi
mengalami banyak kepuasan hidup dan sebaliknya. Sehubungan itu, (Roberts et al.
2006) berpandangan ciri-ciri keperibadian ini berubah dari semasa ke semasa.
Beliau menyatakan individu yang mudah bergaul ini emosinya lebih stabil berbanding
individu yang kurang bergaul.
Menurut Luwayhiq (2015), saadah ialah satu perasaan dalam diri insan yang
terbentuk daripada ketenangan jiwa dan hati, lapang dada, dan hati yang lega.
Semua perasaan ini hasil daripada kelakuan yang betul yang dipandu oleh kekuatan
iman. Selain itu, personaliti adalah penentu kesejahteraan, (Kim-Prieto et al. 2005)
berpandangan ia merupakan interaksi berterusan dengan beberapa aspek dalam diri
manusia. Misalnya, peristiwa, keadaan kehidupan, pengalaman, emosi dan
pemprosesan kognitif. Manakala saadah menurut syarak bukan sekadar dari aspek
kebendaan semata-mata, sekalipun tidak dinafikan bahawa material penyebab
kepada berlakunya saadah. Di sisi Islam, aspek kebendaan hanya wasilah bukannya
matlamat. Saadah yang sejati seharusnya meliputi dua perkara; saadah dunia dan
saadah akhirat. Dunia sekadar jambatan ke maab sedangkan saadah di akhirat kekal
selama-lamanya.
Kesimpulan
Qarni berusaha mengetengahkan kaedah yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat
dalam usaha mereka mencari saadah menerusi elemen bersih, muafakat dan
sejahtera. Melalui pengalaman dan pengembaraan yang dilalui oleh beliau, dapat
difahami bahawa elemen-elemen ini mengajar manusia menjalani kehidupan dengan
lebih harmoni, indah tenteram, aman, dan bahagia. Keimanan kepada Allah SWT
dan kepatuhan terhadap syarak merupakan faktor asas untuk mencapai saadah
yang hakiki. Selain itu, elemen kerohanian turut memainkan peranan yang penting
dalam menentukan kesejahteraan dan kebahagiaan. Menurut pandangan Youngwha
Kee, Seung Jong Lee (2019) kerohanian menjadi sumber kebahagiaan serta
memelihara meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
Saadah atau kesejahteraan akan dapat dicapai jika insan mengambil berat
soal kebersihan luar dalam misalnya menjaga makanan dan minuman. Satu kajian
oleh (Abdull Sukor Shaari et al. 2011) mendapati tahap pemakanan di rumah sedikit
sebanyak mempengaruhi perkembangan mental dan fizikal seseorang murid. Oleh
itu, dicadangkan kepada pihak berwajib agar menggiatkan kempen pengambilan
7
makanan sihat. Elemen ini juga menjauhkan manusia daripada sifat mazmumah
seperti bersangka buruk pada orang lain, sombong, bongkak, takbur dan sifat
mazmumah yang lain. Tanpa mengira agama atau bangsa, manusia mampu
memperoleh saadah dalam kehidupan jika dia mampu menghindari perkara mungkar
seperti maksud surah al-Sharh: “Dan Kami telah menghilangkan daripadamu
bebanmu”. Ayat ini menjelaskan bahawa semakin ringan beban yang dipikul,
semakin dekat individu itu dengan saadah.
Ramai dalam kalangan manusia gagal menikmati hidup sebagai anugerah
kerana tidak memiliki rasa kehambaan kepada Allah SWT. Mereka juga berasa
kecewa, gundah, keluh kesah, dilanda kesedihan dan kesengsaraan dalam
meneruskan kehidupan terutama ketika ditimba musibah. Walaupun pada zahirnya
nampak bahagia, namun jauh di sudut hatinya terdapat kekosongan yang tidak terisi
oleh segala kesenangan dan kemewahan dunia. Maka kesejahteraan, bersih dan
muafakat merupakan elemen utama kehidupan dalam Islam serta selamat di dunia
dan di akhirat. Hakikatnya, gandingan ketiga-tiga elemen ini membantu dalam
membentuk individu dan masyarakat yang aman dan harmoni. Ia juga bersesuaian
dengan takrifan istilah Islam itu sendiri yang menganjurkan ajaran dan amalan
kesejahteraan kepada seluruh umat manusia dan sekalian alam.
8
RUJUKAN
Al-Quran
Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Izam Ghazali & Mohd Hasani Dali. 2011.
Kanak-kanak minoriti orang asli di malaysia: menggapai literasi bahasa melayu.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(2 (November)) 59–69.
Abu-raiya, Hisham, & Pargament, Kenneth I. t.th. Empirically based psychology of
islam : summary and critique of the literature. (July 2013):37–41.
Asyraf Wajdi Dusuki. 2007. Memugar Kembali Budaya Qanaah. Utusan Malaysia.
Azizah Md Yusof, Jamal Ali & Roslina Kamaruddin. 2014. Kesejahteraan hidup
subjektif: pengaruh elemen ekonomi dan bukan ekonomi. Dlm. PERKEM Ke-9,
hlm. 719–27.
Che Hasniza Che Noh & Fatimah Yusooff. 2011. Corak komunikasi keluarga dalam
kalangan keluarga melayu di terengganu. Hadhari 3(2) 45–62.
Costa, P. T., & McCrae, R. R. (1980). Influences of extra- version and neuroticism on
subjective well-being. Journal of Personality and Social Psychology, 38,
Ḥāshimī, Ahmad Ibrāhīm. 1999. Jawāhir Al-Balāghah. Beirut: Dār al-Fikr.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2016. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kholis Bahtiar Bakri. 2016. Obat Mujarab Anti Sedih. Majalah Gatra .
Kim-Prieto, C., Diener, E., Tamir, M., Scollon, C., & Diener, M. (2005). Integrating the
diverse definitions of happiness: A time-sequential framework of subjec-Diener,
M. (2005). Integrating the diverse definitions of happiness: A time-sequential
framework of subjec- tive well-being. Journal of Happiness Studies, 6,
Luwayhiq, Abd al-Rahman Mua’alla. 2015. Mafhum al-Sa’adah fi al-Islam.
Luo, Shirong. 2019. Happiness and the good life: a classical confucian perspective.
Journal of Comparative Philosophy 18(1):.
Lyubomirsky, S., Sheldon, K. M., & Schkade, D. (2005). Pursuing happiness:The
9
architecture of sustainable change. Review of General Psychology, 9(2), 111–
131.
Mohd Anuar Abdul Rahman & Asmah Saad. 2011. Pengetahuan dan pengamalan
sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah di bandar alor
gajah. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education 2(June) 139–
53.
Mohd. Muhiden Abd. Rahman. 1997. Kebersihan Alam Sekitar Mengikut Perspektif
Islam. Jurnal Usuluddin 175-186.
Multaqa Ahl al-Hadith. t.th. Al-Mu’jam Al-Jami’ Fi Tarajim Al-“Ulama” Wa Al-Mu’asirin.
Qarni, ’Aiḍ Abdullah. 2000. Hatta Takun As’ad al-Nas. Riyadh: Dār Ibn Ḥazm.
Qarni, ’Aiḍ Abdullah. 2009. Lā Tahzan. Kaherah. Maktabah Al-cAbkān.
Qarni, ’Aiḍ Abdullah. 2017. Wa Akhiran Iktashaftu Al-Sa’adah. Riyadh: Dar al-
Hadarah li al-Nashr wa al-Tawzi’.
Roberts, B. W., Walton, K. E., & Viechtbauer, W. (2006). Patterns of mean-level
change in personality traits across the life course: A meta-analysis of
longitudinal studies. Psychological Bulletin, 132,1–25.
Siti Aminah Mohd Sam. 2015. Kajian amalan budaya orang asli suku kaum jakun di
kampung peta. Universiti Tun Hussein On.
Syahrul Ridhwan Morazuki & Fardilla Haryani Abdullah. 2010. Kesan Senaman
Berjalan Pantas Terhadap Perubahan Komposisi Tubuh Badan.
Youngwha Kee, Seung Jong Lee, Rhonda Phillips. 2019. Perspectives on
Community Well-Being. Switzerland: Springer, Cham.
10
KONSEP BERSIH MUAFAKAT SEJAHTERA MENURUT AL QURAN DAN
SUNNAH
Mohamad Faisal Kamis
IPG Kampus Pendidikan Islam
[email protected]
Tengku Nor Husna Tengku Jamil
IPG Kampus Pendidikan Teknik
[email protected]
Khazri Osman
Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM
[email protected]
Abstrak
Kertas kerja ini merupakan hasil penyelidikan yang menyentuh slogan “Bersih Muafakat
Sejahtera” dari perspektif al-Quran dan al-Sunnah. Slogan ini telah diperkenalkan oleh pihak
kerajaan negeri bermula pada tahun 2018 yang lalu dan masih berjalan sehingga ke hari ini.
Secara umum, pengamalan slogan ini telah memberikan impak dan kesan yang positif
terhadap pentadbiran, tata kelola dan tadbir urus kerajaan negeri yang berteraskan prinsip-
prinsip al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW. “Bersih Muafakat Sejahtera” secara dasarnya
membawa satu konsep yang memupuk akhlak dan peribadi mulia yang mesti diamalkan oleh
setiap warga penduduk Negeri Sembilan Darul Khusus. Bersih yang dimaksudkan dalam
slogan ini ialah kebersihan lahiriah dan batiniah. Manakala muafakat pula membawa erti
kesepakatan, kesatuan dan perpaduan yang wujud dalam kalangan warga masyarakat Negeri
Sembilan Darul Khusus yang berteraskan konsep syura dan perbincangan secara kolektif.
Muafakat yang terbina mampu membawa kesejahteraan, kebaikan, kemajuan dan sesuatu
yang positif kepada kerajaan negeri tanpa mengabaikan segala aspek yang berkaitan dengan
prinsip agama, bangsa dan negara.
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengupas dan membahaskan konsep Bersih
Muafakat Sejahtera menurut pandangan sarjana Islam berdasarkan prinsip al-Quran dan al
Sunnah. Menerusi kertas kerja ini, dicadangkan agar konsep ini disebar luaskan ke segenap
ahli masyarakat di Negeri Sembilan agar konsep ini difahami dan dihayati dengan baik dan
tuntas. Kertas kerja ini juga diharapkan mampu memberikan gambaran asas tentang
relevannya konsep ini dengan ahli masyarakat di Negeri Sembilan, agensi serta pihak
pengurusan dan pentadbiran kerajaan, Berdasarkan penulisan kertas kerja ini, diharapkan
akan lebih banyak penyelidikan dilakukan berkaitan dengan konsep Bersih Muafakat
Sejahtera selaras dengan penerapannya sejak tahun 2018 yang lalu.
Kata Kunci: Bersih, Muafakat, Sejahtera, al-Quran, al- Sunnah
PENGENALAN
Islam agama yang sangat mengutamakan kesucian dan kebersihan yang merangkumi segala
aspek dalam kehidupan insan. Sebagai agama yang mencakupi cara kehidupan manusia,
setiap pergerakan yang diatur hendaklah diletakkan dalam acuan Islam. Tidak mungkin Islam
hanya menitikberatkan soal kebersihan ketika seseorang Muslim hendak menunaikan ibadat
sahaja sedangkan kehidupannya diselubungi kekotoran yang tidak mencerminkan imej Islam
sebagai agama suci. Kebersihan juga terbahagi kepada dua iaitu lahiriah dan batiniah. Ibadah
dilakukan bukan sekadar untuk mencapai maksud dari segi luaran bahkan ibadah. Insan yang
berusaha membersihkan diri akan berpeluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bersih bermaksud tidak kotor, jujur dan ikhlas, suci, kebersihan, bebas daripada amalan yang
tidak baik seperti rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Selain itu, bersih ini juga
membawa maksud menyucikan diri daripada dosa, menghapuskan anggapan yang tidak baik
kepada seseorang, perbuatan yang membersihkan hati dan orang yang suka dan menjaga
kebersihan (Kamus Dewan Edisi Keempat 2005). Dalam bahasa Arab, bersih dikaitkan
dengan taharah dan nazafah. Taharah bermaksud bersih, bebas dan suci daripada najis sama
ada najis hissi seperti air kencing dan najis maknawi seperti perbuatan maksiat. Kebiasaannya
dapat difahami bahawa bersih ialah bebas daripada najis atau kotoran. Dalam kata lain, bersih
juga dapat merujuk dua keadaan sama ada dari sudut lahiriah seperti kebersihan diri,
persekitaran yang bersih, tempat ibadat yang bersih, persekitaran dan alam sekitar yang
bersih serta lain-lain. Manakala, bersih dari sudut batiniah pula merujuk kepada jiwa yang
suci yang melibatkan kepada kerohanian seseorang itu.
Muafakat pula ialah perbuatan yang merujuk kepada persetujuan antara dua pihak
atau lebih dengan kerelaan sendiri. Hasil daripada keputusan sesuatu perbincangan
membentuk satu muafakat yang kuat dalam sesebuah hubungan yang erat dan kerjasama
yang baik. Dalam masyarakat Melayu misalnya, terdapat pepatah “bulat air kerana
pembetung, bulat kata kerana muafakat” dan “bersatu teguh bercerai roboh”. Kedua-dua
pepatah ini amat berkait rapat dengan semangat untuk mengajak para anggota masyarakat
supaya sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong
antara satu sama lain. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) takrifan muafakat
ialah sebagai seia sekata, sesuatu perkara yang disetujui atau mendapat persetujuan.
Permuafakatan lahir daripada hasil persetujuan dalam perbincangan atau rundingan yang
dibuat bagi mendapatkan keputusan yang tepat dan sewajarnya. Amalan muafakat
memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat sejak dahulu sehingga
ke hari ini. Tanpa muafakat sesuatu usaha atau projek yang ingin dijalankan sukar mencapai
kejayaan yang cemerlang malah mungkin menjadi faktor penghalang usaha tersebut untuk
mencapai objektif yang digariskan. Dalam Islam, konsep muafakat turut menjadi fokus utama
dalam menggerakkan sesebuah misi dakwah sepertimana yang terdapat dalam sirah
perjuangan Nabi SAW dan para sahabat r.a. Hal ini dinukilkan dalam karya sejarah dan sirah
seperti al-Bidāyah wa al-Nihāyah oleh Ibn Kathir, al-Raḥiq al-Makhtūm oleh al-Mubarakfuriy,
al-Sirah al-Nabawiyyah Durus wa Ibar oleh Mustafa al-Siba’I, al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Ali
al-Sallabi dan sebagainya. Al-Quran al-Karim pula menyentuh konsep muafakat ini dalam
beberapa ayat yang membicarakan tentang syura atau mesyuarat dalam sesuatu urusan
sama ada yang berkaitan dengan urusan dunia mahupun akhirat.
Sementara itu, sejahtera memberikan maksud aman dan makmur, senang, tenteram,
dan terpelihara daripada bencana sama ada kesusahan, gangguan dan sebagainya. Kata
nama terbitan “kesejahteraan” sinonim dengan keselamatan, kesenangan hidup, kesentosaan
dan ketenteraman. Kesejahteraan juga berkait dengan kebahagiaan, kesenangan hidup,
kemujuran, keberuntungan dan saadah (Kamus Dewan Edisi Keempat 2005). Perkataan
Islam juga mempunyai hubungan dengan sejahtera. Terminologi Islam dalam bahasa Arab
memiliki beberapa makna yang terhasil daripada sumber perkataan “Islam” itu sendiri. Huruf
dasar sin-lam-mim menerbitkan beberapa kata nama lain seperti istislam yang bermaksud
menyerah diri, salam bermaksud sejahtera, dan salmy yang bermakna perdamaian,
keamanan tanpa peperangan. Al-Salam pula termasuk dalam salah satu Asmaul Husna yang
diterangkan oleh Qurtubi sebagai Allah SWT yang sejahtera lagi suci daripada segala bentuk
kekurangan dan keaiban. Kejenteraan dalam kehidupan sangat ditekankan khususnya bagi
meningkatkan taraf kehidupan masyarakat malah termasuk dalam salah satu daripada enam
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Kesejahteraan kehidupan amat penting bagi
setiap watan yang berdaulat dan menjadi salah satu syarat utama tercapainya keamanan
dalam komuniti. Kesejahteraan kehidupan memberikan nilai terhadap perkembangan
kehidupan bermasyarakat sama ada semakin maju ke hadapan atau mengundur. Dengan
adanya kesejahteraan, insan dapat merasai nikmat keseronokan, kebahagian dan
ketenteraman dalam kehidupan. Kehidupan yang sejahtera dikukuhkan oleh beberapa
elemen lain seperti kesejahteraan diri, keluarga, komuniti, ekonomi, politik, sosial dan
pendidikan. Islam meluaskan maksud sejahtera kerana kesejahteraan yang dikehendaki
bukan sekadar di dunia malahan di akhirat. Insan yang mengejar kesejahteraan di dunia
seharusnya meletakkan matlamat yang lebih jauh iaitu mencari kesejahteraan yang abadi
selepas dia diadili di hadapan Rabbulalamin.
Di samping itu, kajian mendapati antara matlamat utama syariat Islam ialah menjamin
kesejahteraan kehidupan umat sama ada Muslimin atau bukan Islam. Bagi Muslimin
kesejahteraan yang ingin dicapai ialah di dunia dan akhirat atau al-falah. Dalam bahasa Arab,
antara istilah yang sinonim dengan kesejahteraan ialah sa’adah, fawz, amn, salim, ni’mah dan
mutmainnah. Kebahagiaan dan kesejahteraan aspek yang sangat penting dalam kehidupan.
Kebahagiaan dan kesejahteraan boleh berlaku apabila terdapatnya psikologi yang positif,
yang ditandai oleh tingginya kepuasan terhadap masa lalu, tingginya tahap emosi positif dan
rendahnya tahap emosi negatif. Setiap insan di dunia ini pastinya menginginkan kebahagiaan
dan kesejahteraan dalam kehidupan (Ferlis Bullare@Bahari & Allya Cassandra Alim 2017).
KONSEP BERSIH MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
Secara dasarnya, bersih merujuk dua keadaan sama ada dari sudut lahiriah seperti
kebersihan diri, persekitaran yang bersih, tempat ibadat yang bersih, persekitaran dan alam
sekitar yang bersih serta lain-lain. Manakala, bersih dari sudut batiniah pula merujuk kepada
jiwa yang suci yang melibatkan kepada kerohanian seseorang itu. Pengamalan tazkiyah dapat
membersihkan diri daripada sifat-sifat tercela seterusnya memperbaiki jiwa dengan sifat-sifat
terpuji. Perkataan tazkiyah turut merujuk aspek kebersihan harta dan jiwa. Bahkan kalimah
zakat mempunyai keterkaitan dengan tazkiyah. Oleh itu, harta yang dizakatkan ialah harta
yang bersih dan subur manakala harta yang tidak dizakatkan dinilai sebagai harta yang tidak
bersih dan tidak berkembang. Dalam konteks ahli tasawuf, tazkiyah merujuk bersih daripada
sifat keji dalam diri dan kezaliman lahiriah. Hakikat sebenar tasawuf boleh terhasil apabila
kebersihan diri, zahir dan batin dapat direalisasikan. Kebersihan zahir membawa maksud
keterikatan anggota lahiriah manusia dengan peraturan atau hukum-hukum agama yang
diistilahkan sebagai ibadah. Kebersihan batin pula bermaksud kebersihan hati daripada sifat-
sifat tercela (takhalli) kemudian dihiaskan hati dengan sifat-sifat terpuji (tahalli) yang disebut
sebagai ubudiyyah. Manakala kemuncak kebersihan batin manusia itu ialah terhapusnya
sesuatu yang lain daripada Allah SWT dari lubuk hati dan nyata kebenaran Allah SWT di
cermin hati itu (tajalli). Kebersihan batin inilah yang menjadi faktor pemerolehan darjat ihsan
seperti yang digambarkan dalam hadis (Abdull Rahman Mahmood et al. 2020).
BERSIH DARI SUDUT LAHIRIAH
Dalam aspek lahiriah, kebersihan yang meliputi perkara ini termasuk dalam kebersihan diri,
tempat ibadah, persekitaran, seluruh bahagian anggota badan seperti muka, rambut, badan,
kaki, tangan dan sebagainya. Kebersihan adalah satu bahagian penting dalam kehidupan
bagi memperoleh gaya hidup sihat. Kebersihan diri yang baik dapat mengelakkan insan
daripada mudah dijangkiti penyakit yang tidak diingini. Sebaik sahaja insan bangun daripada
tidur, dia hendaklah mandi dengan cara mengalirkan air ke seluruh badan. Air diratakan ke
seluruh bahagian kulit kita yang berfungsi sebagai rintangan antara persekitaran luar dengan
dalam badan. Berbanding kulit yang lembap atau berpeluh, kulit yang kering memudahkan
mikroorganisma membiak (Munirah Abd Razzak & Nik Mohd Zaim Ab Rahim 2010). Amalan
mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan sabun penting untuk
mengelakkan badan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Dalam Islam terdapat
dua jenis mandi iaitu wajib dan sunat. Mandi untuk menghilangkan hadas besar tidak jauh
bezanya daripada mandi yang biasa. Antara perbezaannya, sebelum mandi wajib insan perlu
memastikan tiada sebarang benda yang boleh menghalang air sampai ke seluruh tubuh
badan termasuk di celah-celah anggota dan sendi. Kemudian dia berniat dalam hati mandi
dengan tujuan menghilangkan hadas besar. Adab ketika mandi juga perlu dipelihara. Insan
hendaklah memakai kain basahan yang sesuai demi menjaga kehormatan diri berhadapan
Allah SWT dan malaikat. Selain mandi, pakaian juga hendaklah dibasuh menggunakan sabun
pencuci yang sesuai. Pakaian yang telah dibasuh perlu dijemur di bawah sinaran matahari
dan kemudian diangkat, dilipat seterusnya disusun pada rak atau almari pakaian.
Dalam hadis yang direkodkan oleh Bukhari (2000) Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting
misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.
Fitrah dalam hadis ini bermaksud kelima-lima perbuatan ini ialah sunnah Rasulullah SAW.
Berkhatan dapat memudahkan kanak-kanak menyucikan alat kelaminnya kerana bersuci itu
salah satu daripada syarat sah ibadah, khususnya solat. Selain berkhatan, mencukur bulu ari-
ari dan mencabut bulu ketiak juga termasuk dalam aspek memelihara kebersihan. Memotong
kuku kaki dan tangan disunatkan untuk lelaki dan perempuan. Insan digalakkan memotong
kuku bermula jari tangan kanan diikuti jari kiri, kaki kanan dan akhir sekali jari kaki kiri (Nawawī
1996). Untuk jari tangan, boleh dimulakan dari kuku jari telunjuk sebelah kanan, diikuti jari
tengah, jari manis, jari kelengkeng dan ibu jari. Kemudian boleh beralih ke jari kiri, bermula
dari jari kelengkeng dan diakhiri dengan ibu jari. Sementara kuku kaki pula, bermula kaki
kanan daripada jari kelengkeng sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari
sehinggalah kelengkeng (Nawawī 1994). Berdasarkan kaedah ini, jelas bahawa tabiat
membiarkan kuku sehingga panjang tanpa dipotong perbuatan yang bertentangan dengan
sunnah Nabi SAW.
Kebersihan alam sekitar juga salah satu elemen penting dalam hidup bermasyarakat.
Insan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar yang terdiri daripada
haiwan, tumbuhan, bukit dan gunung, sungai, laut dan sebagainya untuk menzahirkan
perasaan kasih sayang dengan makhluk Allah SWT. Alam Sekitar amat berkait rapat dengan
kehidupan manusia. Kebergantungan manusia pada alam sekitar mencukupi pelbagai aspek
kehidupan termasuklah dari segi keperluan asas sehinggalah memenuhi keperluan serta
kehendak kehidupan. Alam sekitar yang sihat dapat menjamin kualiti hidup manusia sejagat
yang sejahtera. Kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar
asas kepada perubahan amalan hidup masyarakat terhadap pelaksanaan tanggungjawab
yang menjurus ke arah mencintai alam sekitar. Tahap kesedaran alam sekitar masyarakat
Malaysia masih berada pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan negara maju
seperti Jepun, Denmark dan Jerman. Sikap orang awam terhadap isu alam sekitar amat
membimbangkan. Kebanyakan orang awam menganggap peranan menjaga alam sekitar
lebih terarah kepada tanggungjawab kerajaan. Masyarakat lebih peka terhadap isu-isu alam
sekitar terutamanya yang hampir kepada mereka namun kesedaran menerusi penglibatan
mengatasi masalah tersebut terlalu rendah. Permasalahan yang timbul berkaitan alam sekitar
masih menjadi isu semasa walaupun masalah ini telah lama diperdebatkan. Hal ini berpunca
daripada sikap masyarakat yang kurang prihatin tentang masalah tersebut. Usaha membina
elemen baharu perlu diteruskan demi perubahan amalan untuk menjadikan alam sekitar
sebagai tempat yang sihat untuk didiami. Isu-isu alam sekitar global seperti kehilangan
biodiversiti, kemerosotan sumber asli, pemanasan global, penipisan lapisan ozon,
penebangan hutan secara berleluasa dan pencemaran alam sekitar termasuk dalam isu yang
kerap dibincangkan dalam persidangan, seminar, forum mahupun perbualan biasa
masyarakat sejak dahulu lagi (Noor Azizah Samsudin & Zanaton H. Iksan 2015).
BERSIH DARI SUDUT BATINIAH
Selain kebersihan lahiriah, satu lagi elemen yang tidak dapat dinafikan peranannya ialah
kebersihan batiniah atau rohaniah. Tazkiyah ialah penyucian, pembersihan dan penyuburan
diri serta penyingkiran segala bentuk perkembangan yang tidak dikehendaki dan segala
perkara yang tidak baik. Sebagai suatu terma spiritual, tazkiyah mengandungi makna suatu
usaha gigih dan bersungguh-sungguh untuk membersihkan dan menyucikan diri seseorang
manusia dari sifat-sifat buruk dan keji (mazmumah) yang menjadi penghalang kepada
penyuburan akhlak mulia (mahmudah). Jiwa yang telah disucikan perlu diikuti dengan usaha
mengisi dan menghias pula agar proses tersebut menjadi lebih sempurna. Kupasan tentang
tazkiyah tidak akan sempurna tanpa diiringi oleh al-nafs. Secara istilah, al-nafs ialah sesuatu
yang terdapat dalam diri manusia, yang tidak dapat diketahui wujudnya, yang dapat menerima
arahan kebaikan atau keburukan, memiliki pelbagai sifat dan karakter kemanusiaan, juga
memiliki pengaruh yang nyata kepada perilaku manusia. Jiwa dengan makna ini mencakupi
roh dan hati, dan segala yang ada pada manusia, terdiri daripada potensi pengetahuan yang
mampu memisahkan perkara baik dan buruk (Nor Azlinah Zaini & Che Zarrina Sa’ari 2016).
Hati yang bersih menjadi salah satu faktor mental yang sihat. Insan yang normal tidak
semestinya mempunyai kesihatan mental yang baik biarpun dia kelihatan mampu melakukan
aktiviti harian. Kesihatan mental asas kesejahteraan individu dan masyarakat yang berfungsi
secara efektif. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, tiada istilah rasmi atau satu definisi
tetap tentang kesihatan mental. Perbezaan budaya, penilaian yang subjektif dan teori
professional telah mempengaruhi bagaimana kesihatan mental ditakrifkan. Kesihatan mental
boleh dikatakan sebagai keadaan yang sejahtera dan insan menyedari keupayaan diri,
mengendalikan tekanan dengan baik, bekerja secara produktif dan mampu menyumbang
kepada masyarakat. Kesihatan mental ialah gambaran emosi dan melambangkan keupayaan
untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup. Terdapat beberapa
faktor sosial, psikologikal dan biologikal yang menentukan tahap kesihatan mental seseorang
pada satu-satu masa. Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosioekonomi,
pertukaran keadaan persekitaran atau sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja, dan
penyakit fizikal.
Fizikal, hati, jiwa, minda dan mental yang bersih dan sihat menatijahkan nilai integriti
yang hebat. Berdasarkan kepada inti pati akhlak Islam yang membentuk nilai dan etika
perkhidmatan awam Malaysia (Halimatus Saadiah Mat Saad, 2014), nilai-nilai integriti dapat
diklasifikasikan kepada tiga kategori yang dianggap penting dan bersesuaian dengan nilai
integriti iaitu dimensi kesucian (purity), amanah (trustworthiness) dan kebijaksanaan dalam
berfikir dan bertindak (wisdom) (Amini Abdullah et al., 2005). Integriti ialah kejujuran,
ketulusan dan keutuhan yang bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan. Dalam
bahasa Arab, integriti disebut sebagai nazahah yang berasal daripada kata nazuha-yanzuhu.
Individu yang nazih ialah individu yang terhindar daripada perkara yang dibenci, tidak disukai,
kejelikan dan kekejian (Ahmad Mukhtar 2008). Sebagaimana dijelaskan oleh Amini Abdullah
et al. (2005) nilai-nilai integriti dapat diklasifikasikan kepada tiga kategori yang dianggap
penting dan bersesuaian dengan nilai integriti iaitu dimensi kesucian (purity), amanah
(trustworthiness) dan kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak (wisdom). Dalam Stanford
Encyclopedia of Philosophy istilah integriti merangkumi empat perspektif iaitu ketekalan nilai
peribadi, komitmen terhadap nilai peribadi, komitmen terhadap nilai komuniti dan komitmen
terhadap nilai-nilai murni. Integriti yang berkait rapat dengan pembentukan dan pengukuhan
etika yang baik memerlukan insan memiliki komitmen yang penuh terhadap nilai yang
dipegang dalam setiap ucapan dan tindakan. Dalam erti kata yang lain, integriti memastikan
kepercayaan insan terhadap komitmen dan kemampuannya memelihara moral diri tanpa
sebarang kompromi. Dalam perkhidmatan awam, amalan integriti dapat mewujudkan
pentadbiran dan perkhidmatan awam yang cekap dan berdisiplin menerusi penerapan nilai-
nilai murni yang dapat mengatasi masalah dan kelemahan termasuklah dalam pengurusan
kewangan, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan
penyelewengan yang ditegah oleh peraturan, perundangan dan agama (Megat Ayop Megat
Arifin & Abd. Halim Ahmad 2016).
BERSIH DALAM AL-QURAN
1. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2:222) yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah SWT menyukai akan orang yang bertaubat dan orang yang menyucikan
diri.
Menurut Sa’di (2000), Allah SWT menyukai akan hamba-Nya yang sentiasa membersihkan
dirinya daripada dosa dan banyak bertaubat. Suci dalam ayat ini merangkumi taharah
daripada hadas dan najis kerana taharah ialah syarat sah solat tawaf, solat, menyentuh
mushaf, dan taharah maknawi iaitu akhlak tercela, perangai dan perbuatan yang hodoh.
2. Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf (7:31) yang bermaksud:
Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah dan berhiaslah setiap kali kamu
ke tempat ibadat.
Masyarakat zaman jahiliah melakukan tawaf di keliling Baitullah tanpa mengenakan pakaian.
Setelah ayat ini turun, mereka diminta memakai pakaian yang sesuai dan menutup aurat
khususnya ketika beribadat (Tabari 2001). Selain itu, insan digalakkan berhias setiap kali ingin
menunaikan solat, istimewanya pada hari Jumaat dan hari raya, memakai wangian dan
membersihkan gigi (Ibn Kathīr 1998).
3. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah (4:6) yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, maka
berwuduklah. Basuhlah muka kamu, kedua belah tangan kamu meliputi siku, sapulah
sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.
Jika kalu dalam keadaan junub, bersucilah dengan mandi wajib. Jika kamu sakit atau dalam
pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh
perempuan, sedang kamu tidak memperoleh air, hendaklah kamu bertayamum dengan tanah
(debu) yang bersih. Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah (debu)
itu. Allah SWT tidak mahu menjadikan kamu menanggung kesusahan, tetapi Dia ingin
membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu supaya kamu
bersyukur.
Ayat ini menjelaskan perbuatan-perbuatan yang perlu dilakukan semasa berwuduk. Pada
penghujung ayat ini, Allah SWT menjelaskan bahawa bersuci bukanlah untuk menyusahkan
insan bahkan wuduk membawa kebaikan. Selain wuduk, dalam ayat ini juga menjelaskan
tayammum sebagai ibadah yang boleh menggantikan wuduk dalam keadaan tertentu seperti
ketika ketiadaan air, ketika sakit dan sebagainya. Dari sudut batiniah, setiap bahagian
anggota wuduk bahagian yang paling kerap dan mudah melakukan dosa. Oleh hal demikian,
penyucian fizikal yang dilakukan pada bahagian-bahagian anggota wuduk mencerminkan
penyucian rohani terhadap anggota tersebut.
BERSIH DALAM HADIS
1. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang direkodkan oleh Muslim (2006) yang
bermaksud:
Solat tanpa taharah tidak diterima, sedekah daripada harta ghulul juga tidak diterima.
Hadis ini menghimpunkan dua bentuk kebersihan; lahiriah dan batiniah. Maksud tidak diterima
dalam hadis ini ialah tidak sah, iaitu solat yang dilakukan tanpa taharah atau wuduk tidak sah
di sisi syarak. Selain itu, sumbangan dalam bentuk sedekah atau hadiah yang diperoleh
daripada harta yang tidak halal seperti mencuri harta rampasan perang sebelum harta itu
diagihkan.
2. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang direkodkan oleh (Muslim 2006) yang
bermaksud:
Hendaklah kamu bersugi, kerana bersugi itu boleh membersihkan mulut dan penyebab
keredaan Tuhan.
Mulut ialah pintu masuk yang paling utama bagi seluruh organ tubuh bahagian dalam. Mulut
yang tidak dijaga dengan baik akan memberikan kesan kepada sistem yang ada dalam tubuh
ini seperti sistem pernafasan bahagian atas, paru-paru, ataupun sistem pencernaan. Sistem
saraf yang mempunyai kaitan dengan gigi dan kawasan wajah amat penting bagi insan. Hal
ini demikian kerana sistem saraf ini paling dekat dengan sistem saraf pusat yang paling utama,
iaitu otak. Hadis ini menunjukkan keprihatinan Rasulullah SAW tentang kebersihan mulut.
Siwak atau sugi boleh dilakukan dengan apa-apa objek asalkan benda itu kesat dan boleh
menghilangkan sisa makanan serta warna kuning yang muncul di permukaan gigi. Bersugi
juga boleh menghilangkan bau yang kurang enak daripada mulut. Rasulullah SAW tidak
pernah mengabaikan amalan bersugi ketika beliau bangun daripada tidur, berjaga malam,
sebelum solat, sebelum membaca al-Quran, ketika mengambil wuduk dan lain-lain keadaan.
Ibnu Daqiq berpandangan, amalan bersugi amat perlu ketika bangun daripada tidur, kerana
tidur menyebabkan bau mulut berubah lantaran wap yang naik dari usus. Sugi dapat
membersihkan bau mulut pada waktu yang diperlukan khususnya ketika bangun malam untuk
menunaikan tahajud (Abdul Azis Awang Kechik et al. 2020).
3. Jabir bin Abdullah meriwayatkan dalam hadis yang direkodkan oleh Abu Dawud (2009)
yang bermaksud:
Pada suatu hari, Rasulullah SAW datang menziarahi kami di rumah. Baginda ternampak
seorang lelaki yang berambut kusut-masai, berselerak dan tidak terurus. Baginda bersabda:
“Apakah dia tidak mempunyai alat yang boleh mengemaskan rambutnya? Kemudian baginda
ternampak pula lelaki yang memakai pakaian kotor lantas baginda bersabda “Apakah dia tidak
memperoleh air untuk membasuh pakaiannya?”
Islam ialah agama yang mementingkan kebersihan dan kekemasan. Rambut boleh
menentukan rupa paras seseorang. Allah SWT menganugerahi insan lebih kurang 100,000
helai rambut di atas kulit kepala. Dengan purata 100 helai rambut yang gugur dalam sehari,
rambut baharu akan tumbuh menggantikan rambut yang hilang. Rambut memanjang tiga
hingga empat milimeter sehari iaitu lebih kurang enam inci setahun. Rambut yang sihat
kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel atau kulit ari berada dalam keadaan mendatar sekali
gus mengimbas cahaya dan memudahkan sebum mengalir untuk melembapkan rambut
(Salmiah Shariff 2020).
KONSEP MUAFAKAT MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
Menurut Ibn Khaldun (1998), konsep muafakat dalam Islam mempunyai kaitan yang rapat
dengan kemakmuran sejagat yang diistilahkan sebagai ‘umrān al-a’lam. Berdasarkan teori
dan konsep yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun ini, amalan muafakat atau kerjasama antara
anggota masyarakat perlu digerakkan oleh semua pihak dan segenap lapisan sama ada di
kawasan kota atau desa dalam sebuah negara. Amalan muafakat amat perlu bagi memenuhi
keperluan kehidupan yang selesa dan makmur dari segi rohani atau jasmani berpandukan
agama, akhlak, hukum dan peraturan kejadian alam dan manusia ciptaan Allah SWT.
Dalam menghuraikan teori ‘Umrān al-‘Alam, Ibn Khaldun mengemukakan contoh asal-usul
manusia dan sejarah kemanusiaan. Manusia yang bersifat primitif pada peringkat awal,
kemudiannya berkembang biak dan membentuk adat, sosiobudaya, peradaban dan akhirnya
tamadun. Berdasarkan konsep ini maka lahirnya hadarah atau tamadun manusia yang
bermula daripada amalan muafakat seterusnya berkembang semakin luas. Hal ini
menjelaskan tamadun yang wujud bermula daripada manusia yang ramai, sama-sama
berkumpul di satu tempat dan saling memenuhi keperluan sesama mereka. Daripada sinilah
wujudnya muafakat atau kerjasama yang melahirkan ketamadunan. Contohnya peladang
menternak lembu, memerlukan beras untuk makan nasi. Manakala pesawah pula
memerlukan daging sebagai lauk. Maka wujudlah sistem muafakat itu.
MUAFAKAT DALAM AL-QURAN
Konsep bermuafakat mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan bermesyuarat berunding,
berapat, berbincang, berbicara dan syura. Syura yang disarankan dalam al-Quran merupakan
salah satu kaedah yang penting bagi mengambil sesuatu keputusan yang bersesuaian dan
tepat dalam sesuatu perkara tertentu. Sesuatu keputusan yang diambil haruslah mengambil
kira pandangan semua ahli mesyuarat berteraskan semangat al-Quran dan sunnah Nabi SAW
agar keputusan tersebut mempunyai keseragaman dan kesepaduan. Melalui syura isu yang
dibincangkan mampu diselesaikan secara ketuntasan dan keseluruhan. Asasnya, istilah syura
ialah perkataan Arab yang berasal daripada kata kerja shāwara-yushāwir yang bermaksud
menjelaskan, menyatakan atau mengajukan dan mengambil sesuatu (Ibrahim Mustafa et al.
1980). Terdapat beberapa lafaz lain yang terbentuk daripada kata kerja shāwara iaitu ashāra
(memberikan isyarat), tashāwara (berunding, saling bertukar pendapat), shāwir (meminta
pendapat, musyawarah) dan istishār (meminta pendapat orang lain). Syura atau musyawarah
bermaksud saling menjelaskan dan merundingkan atau saling meminta dan menukar
pendapat mengenai suatu perkara (Ibrahim Mustafa et al. 1980).
Lafaz syura dalam al-Quran ditampilkan sebanyak tiga kali. Ketiga-tiga tempat tersebut adalah
seperti yang berikut:
1. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2:233) yang bermaksud:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap bagi sesiapa
yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. Bapa pula wajib memberikan makanan dan
pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang
melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita
disebabkan anaknya dan jangan juga menjadikan seseorang bapa itu menderita disebabkan
anaknya. Waris juga menanggung kewajipan yang tersebut jika ketiadaan bapa. Jika suami
dan isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan sesama mereka sesudah
berunding, maka mereka tidaklah melakukan kesalahan...
Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa para ibu hendaklah menyusukan anak mereka
selama dua tahun jika mereka berhasrat berbuat demikian. Atas faktor-faktor tertentu, mereka
juga boleh menyerahkan penyusuan kepada wanita yang lain dengan kadar upah yang sesuai
mereka ingin mengupah orang lain untuk menyusukan anak mereka kerana sebab-sebab
tertentu. Walaupun anak itu mendapat khasiat susu ibu, penyusuan oleh ibu kandung tetap
mempunyai kelebihan yang tersendiri. Dalam keadaan yang tertentu seperti ibu yang sakit,
susu yang kering dan sebagainya, mungkin anak itu terpaksa diserahkan kepada orang lain
untuk disusui dan hal ini dibenarkan oleh Islam. Walaupun banyak pendapat menyatakan
penyusuan ialah hak anak yang perlu ditunaikan, terdapat juga pendapat lain yang
mengatakan menyusu ialah hak ibu dan bukan kewajipannya. Hal ini bermakna ibu
mempunyai pilihan sama ada mahu menyusukan anaknya atau sebaliknya. Ayat ini juga
menegaskan, jika isteri yang diceraikan bersedia menyusukan anaknya, bekas suami
hendaklah memberikannya upah. Jika bekas isteri tidak dapat menyusukan anaknya, bapa
bayi tersebut bertanggungjawab mencari wanita lain yang dapat menggantikan tugas sebagai
ibu susuan kepada anaknya. Apa yang penting, suami dan isteri hendaklah bermuafakat
dalam hal membuat keputusan berkaitan penyusuan bayi mereka (Normadiah Daud & Zuliza
Mohd Kusrin 2014).
2. Firman Allah SWT dalam surah al-Syura (42:38) yang bermaksud:
Dan orang yang menerima dan mematuhi seruan Tuhan-nya serta mendirikan solat, urusan
mereka juga dikendalikan secara musyawarah antara mereka. Mereka juga menafkahkan
sebahagian daripada rezeki yang Kami (Allah) anugerahkan kepada mereka.
Menurut Ibn Kathir (1998) golongan yang dimaksudkan dalam ayat ini menggunakan syura
sebagai platform untuk membuat keputusan bagi mendapatkan pelbagai pandangan sama
ada dalam urusan peperangan dan sebagainya. Kata Hasan al-Basri, apabila sesuatu kaum
melakukan syura, Allah memberikan mereka petunjuk ke arah sesuatu yang tepat untuk
urusan mereka. Kata Ibn al-Arabi pula, syura merapatkan hubungan dalam kumpulan atau
jemaah, menguji keupayaan minda dan faktor mendapatkan sesuatu yang tepat. Allah SWT
memuji golongan yang melakukan syura kerana perbuatan tersebut mematuhi sunnah Nabi
Muhammad SAW yang kerap melakukan syura dengan para sahabat r.a. sama ada dalam
urusan peperangan atau urusan-urusan yang lain. Urusan syura yang pertama dilakukan oleh
para sahabat r.a. selepas kewafatan Rasulullah SAW ialah pelantikan khalifah kerana
Baginda SAW tidak menamakan pengganti. Menurut Sayidina Umar r.a. “Kami meredai
urusan dunia kami dipimpin oleh insan yang diredai oleh Rasulullah SAW untuk memimpin
agama kami” (Qurtubi 2006).
3. Firman Allah SWT dalam surah al-Imran (3:159) yang bermaksud:
Disebabkan rahmat Allah SWT kamu bersikap santun terhadap mereka. Sekiranya kamu
bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripadamu. Oleh itu, maafkanlah
mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam
urusan itu. Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakkallah kepada Allah SWT.
Sesungguhnya Allah SWT menyukai akan orang yang bertawakkal kepada-Nya.
Dalam ayat ini, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW melaksanakan syura dalam
perkara yang memerlukan pandangan dan idea kerana syura mengandungi banyak faedah
untuk kebaikan dunia dan agama. Sebagai contoh, syura ialah ibadah yang mendekat diri
kepada Allah SWT, menenangkan perasaan (kerana syura dianggotai oleh individu yang
layak) dan mengukuhkan persepsi para sahabat r.a. bahawa Baginda SAW tidak
menggunakan kuasa veto sebaliknya melihat maslahat dan kebaikan umum. Orang yang
melakukan syura mungkin melakukan kesilapan tetapi dia tidak wajar dipersalahkan kerana
proses syura telah berlangsung (Sa’di 2000).
MUAFAKAT DALAM AL-SUNNAH
1. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang direkodkan oleh Muslim (2006) yang
bermaksud:
Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiaya
saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya teraniaya. Siapa
yang membantu mencukupkan keperluan saudaranya maka Allah SWT
membantunya mencukupkan keperluannya pula. Sesiapa yang melapangkan kesusahan
seorang Muslim, maka Allah Taala melapangkan pula kesulitannya pada hari kiamat. Sesiapa
yang menutup aib seorang Muslim, maka Allah SWT menutup kesalahannya pada hari kiamat.
Dalam sirah, Rasulullah SAW menerapkan permuafakatan menerusi persaudaraan yang
dipupuk antara kaum Muhajirin dengan kaum Ansar. Sekalipun mereka tidak mengenali
antara satu sama lain, bahkan tanah airnya pun berbeza, namun mereka gembira
dipersaudarakan atas dasar akidah dan iman demi memperoleh keredaan Allah SWT
(Mubārakfūrī 2005). Sejarah telah membuktikan bahawa perpecahan dan perbalahan sesama
insan berlaku disebabkan oleh beberapa perkara antaranya hilangnya semangat muafakat,
perebutan kuasa, perasaan angkuh dan sombong serta taasub yang melampau. Selain itu,
hadis ini juga menganjurkan perbuatan menutup aib kerana setiap manusia tidak lari daripada
melakukan kesilapan. Perbuatan saling mendedahkan aib boleh menimbulkan perasaan
benci, dendam dan permusuhan yang berpanjangan. Satu ketika dahulu empayar Islam amat
dikagumi dunia. Akan tetapi disebabkan perpecahan, perbalahan dan semangat muafakat
yang hilang dalam kalangan masyarakat serta perebutan kuasa oleh para pemimpin akhirnya
empayar itu jatuh sebagaimana yang berlaku pada kerajaan Abasiyah di Baghdad dan
Andalusia di Sepanyol. Sejarah mengajar generasi kini bahawa tanpa muafakat dan
perpaduan sesebuah masyarakat akan hancur dan berbalah sesama sendiri. Akhirnya, hal
tersebut akan membawa kepada kerosakan akhlak ahli masyarakat dan kepincangan para
pemimpin dalam mentadbir sesebuah kerajaan.
2. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang direkodkan oleh Bukhāri (2000) yang
bermaksud:
Dari Abu Musa al-'Aysaari r.a katanya: Nabi saw berkata: "Setiap orang Islam berkewajiban
untuk bersedekah." Para sahabat bertanya: "Kalau tidak ada apa-apa?" Rasul menjawab: "Ia
berusaha dengan kedua tangannya, lalu ia mendapat manfaat bagi dirinya dan ia
bersedekah." Mereka bertanya: "Kalau ia tidak sanggup, atau tidak melakukannya?" Rasul
menjawab: "Ia membantu orang yang menderita dan memerlukan bantuan." Mereka bertanya:
"Kalau tidak lakukannya?" Rasul menjawab: "Ia menyuruh melakukan kebaikan." Mereka
bertanya: "Kalau ia tidak melakukannya?" Beliau menjawab: "Ia menahan diri untuk tidak
melakukan kejahatan. Itu bererti sedekah baginya."
Hadis di atas menunjukkan bahawa keperluan umat Islam untuk sentiasa bersedekah bagi
meringankan bebanan sebahagian ahli masyarakat sepertimana yang disuruh oleh Nabi
Muhammad SAW. Menerusi hadis ini Nabi SAW menyarankan kepada para Sahabat RA agar
sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan. Sekiranya terdapat
dalam kalangan Sahabat yang tidak mampu, Nabi SAW menyarankan agar mereka berbuat
kebaikan. Kalau itu pun tidak mampu melakukannya maka hendaklah menahan diri dari
melakukan kejahatan (Ibn Ḥajar al-Asqalānī 2011). Konsep bersedekah dalam hadis ini tidak
terhad kepada sesuatu yang berbentuk fizikal sahaja, malah bersedekah juga boleh dilakukan
dengan memperbanyakkan amalan kebajikan dan menahan diri dari melakukan sebarang
kejahatan.
Sikap saling bantu membantu, melakukan amalan kebaikan dan menahan diri dari melakukan
kejahatan sebenarnya berkait rapat dengan konsep muafakat yang dituntut dalam Islam.
Muafakat hanya akan terhasil apabila setiap ahli masyarakat mempunyai semangat untuk
saling bantu membantu dan bekerjasama. Selain itu, muafakat juga terbentuk apabila amalan
kebaikan dan mencegah kejahatan menjadi prinsip kehidupan bagi setiap umat Islam. Oleh
itu, hadis ini sangat penting untuk dihayati oleh semua lapisan masyarakat agar perpaduan
dan semangat tolong menolong menjadi tunjang dalam kehidupan sehari-harian. Masyarakat
yang bertamadun ialah mereka yang berjaya mentadbir, mengurus dan mengembangkan
kehidupannya. Oleh hal yang demikian, keteguhan dan keutuhan masyarakat bergantung
kepada akhlak dan moral yang tinggi, semangat kerjasama dan muafakat, pengurusan
kemantapan ekonomi, kestabilan politik, kesejahteraan sosial dan yang terpenting ialah
perpaduan di kalangan anggotanya, saling tolong-menolong dan berhubung rapat antara satu
sama lain bersatu hati dan fikiran.
3. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang direkodkan oleh Nasā’i (1986) yang
bermaksud:
"Sesiapa dalam kalangan kamu memiliki suatu kekuasaan, kemudian Allah SWT
menghendaki kebaikannya, maka Allah SWT akan memberinya seorang penasihat yang baik,
jika ia lupa, maka penasihatnya akan mengingatkannya, jika ia ingat, maka penasihatnya akan
membantunya."
Hadis ini menjelaskan keperluan para pemimpin mempunyai penasihat dan pembantu yang
baik dan cemerlang. Oleh sebab itu, pemimpin berkewajipan memilih para pembantunya
dalam kalangan orang-orang yang memiliki kemuliaan rohani, spiritual, integriti, wawasan
keilmuan, serta komitmen kuat terhadap prinsip al-Quran dan sunnah (Suyūṭī 1986). Sikap
saling menegur antara para pemimpin dan orang yang berada di sekelilingnya merupakan
amalan yang sepatutnya menjadi budaya dalam masyarakat Islam. Kesediaan para pemimpin
untuk ditegur dan dinasihati sebenarnya sebahagian dari amalan syura yang ditekankan
dalam syariah Islamiah. Konsep syura banyak bertitik tolak daripada amalan tegur menegur
dan nasihat menasihati tanpa ada unsur membodek dan mengampu para pemimpin demi
menjaga kepentingan diri dan hawa nafsu.
KONSEP SEJAHTERA MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
Insan yang sejahtera memiliki kesempurnaan akidah, syariat dan akhlak yang hanya dapat
dicapai melalui proses-proses tertentu. Pembentukan akhlak insan dijalankan sepanjang
hayat dalam usaha membina insan kamil yang cemerlang dan seimbang dan sejahtera dari
segi intelek dan spiritual. Akhlak yang dimaksudkan merujuk dimensi rohaniah yang
mendorong insan melakukan sesuatu perbuatan, sama ada baik atau buruk. Akhlak tidak
didorong oleh fikiran atau pertimbangan tetapi berpunca daripada dua sumber iaitu watak atau
fitrah dan kebiasaan atau latihan. Hanya akhlak yang mendorong kepada kebaikan boleh
menjadi wasilah mencapai sejahtera di dunia dan akhirat.
Untuk mencapai kesejahteraan, insan perlu melaksanakan beberapa proses penting.
Pertama, mengamalkan al-Quran dan sunnah kerana kedua-duanya ialah sumber petunjuk.
Kedua, melakukan tazkiyah atau pembersihan hati kerana kesejahteraan individu ialah asas
kejayaan masyarakat. Ketiga, komitmen dan memberikan sepenuh tenaga dan perhatian
pada agama. Keempat, melakukan amar makruf dan nahi mungkar atau menyuruh kebaikan
dan mencegah kemungkaran. Kelima, keimanan yang teguh kepada Allah SWT menunaikan
semua perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Untuk mendapatkan al-falah dalam
diri, Nooraini Othman (2016) mengutarakan tiga kaedah iaitu memperkasakan ajaran Islam
sebenar khususnya untuk menangani cabaran semasa, menyeimbangkan pembangunan
fizikal dan spiritual dalam masyarakat dan membangunkan manusia menerusi pendidikan,
latihan yang diperlukan dan persekitaran agar potensi manusia secara fizikal dan rohani dapat
ditingkatkan. Kehidupan sejahtera ialah keadaan sesebuah kelompok yang hidup dalam
kesihatan, aman, damai, makmur, bebas daripada ketakutan dan kekacauan. Dalam konteks
pembangunan masyarakat, isu membangunkan masyarakat dan negara yang harmoni,
sejahtera dan berjaya banyak dibangkitkan sejak sekian lama. Kesejahteraan yang diimpikan
dalam sesebuah komuniti dan negara merupakan satu hakikat yang perlu dibangunkan
secara kolektif berasaskan teras penting dalam sistem pembangunan dan menuju ke arah
kesejahteraan yang hakiki.
SEJAHTERA DALAM AL-QURAN
1. Firman Allah SWT dalam surah Yunus (10:57-58) yang bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi
nasihat daripada Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang
ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta
membawa rahmat bagi orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-
Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah SWT dan kasih sayang-Nya, maka
dengan kandungan al-Quran itulah hendaknya mereka berasa aman, gembira dan sejahtera,
kerana hal yang demikian itu lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan.
Dalam ayat ini, Allah SWT menegaskan peranan al-Quran sebagai pemberi maw’izah atau
nasihat agar manusia meninggalkan perbuatan yang dimurkai. Al-Quran juga menjadi
penyembuh penyakit yang ada dalam hati insan seperti krisis keyakinan, keraguan tentang
tauhid dan dorongan nafsu syahwat (Ibn Kathīr 1998). Allah SWT menyuruh golongan yang
beriman bergembira dengan nikmat al-Quran sebagai petunjuk dan membawa rahmat yang
sangat istimewa. Rahmat ialah perkara baik yang diperoleh oleh insan seperti ganjaran yang
segera ketika berada di dunia dan yang ditangguhkan untuk diberikan pada hari akhirat.
Apabila insan mendapat hidayat, dia berhak mendapat rahmat yang akhirnya membawa
kesejahteraan, falah atau kejayaan, keuntungan, dan kegirangan (Sa’di 2000). Insan boleh
mencapai kesejahteraan, kejayaan atau falah apabila dia mematuhi perintah Allah SWT dan
Rasulullah SAW. Selain memberikan petunjuk ke arah kesejahteraan, al-Quran menggariskan
beberapa panduan untuk mengecap saadah iaitu dengan cara bertakwa kepada Allah SWT,
menghindari riba, arak, judi, sikap kedekut, berjihad di jalan Allah SWT, bersikap ihsan,
bersabar dalam melakukan amar makruf dan nahi mungkar, menunaikan ibadah, melakukan
amal kebaikan, bertaubat, mengamalkan zikrullah dan memikirkan tanda-tanda kekuasaan
dan kebesaran Allah SWT (Nazneen Ismail & Syaidatun Nazirah Abu Zahrin 2019).
2. Firman Allah SWT dalam surah al-An’am (6:125) yang bermaksud:
Sesiapa yang Allah ingin memberikan hidayah kepadanya nescaya Dia melapangkan
dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. Sesiapa yang Allah menghendaki untuk
menyesatkannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia
sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah SWT
menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
Allah SWT menjelaskan dalam ayat ini bahawa antara tanda insan yang memiliki
kesejahteraan, hidayah, kesengsaraan, dan kekeliruan. Dia Yang Maha Berkuasa
melapangkan jiwa insan untuk menerima Islam. Sebaliknya Dia menjadikan jiwa insan sempit,
tidak tenang dan tidak ada ruang untuk menerima cahaya iman. Bahkan kata al-Kalbi, dalam
dirinya tiada pintu untuk menerima kebaikan (Baghawī 1997). Ayat ini juga menampilkan
mukjizat al-Quran dari sudut sains dengan mengumpamakan keadaan dada yang sesak itu
berlaku ketika insan naik ke langit (Abdul Rahim Khairullah Sharif 2019). Hal ini demikian
kerana udara terdiri daripada molekul berbeza dengan nitrogen (79.04%) dan oksigen
(20.93%) khususnya dalam nafas yang diambil. Komposisi udara tetap konsisten sama ada
ketika insan berada di paras laut atau pada altitud (ketinggian). Walau bagaimanapun, dengan
ketinggian, “tekanan separa” oksigen dalam udara akan berubah. Contohnya, di paras laut,
tekanan separa oksigen adalah 159 mmHg, sedangkan pada 8,848m di atas paras laut seperti
ketika insan berada di puncak Gunung Everest, tekanan separa oksigen hanya 53 mmHg.
Semakin tinggi insan mendaki, molekul oksigen semakin terpisah kerana terdapat tekanan
yang kurang. Hal ini bermakna ada molekul oksigen yang kurang dalam jumlah udara yang
sama seperti yang diambil oleh manusia ambil. Keadaan ini juga diistilahkan sebagai hypoxia
atau keadaan oksigen yang rendah dalam tubuh (Farah Aziz 2019).
Islam memberikan kesejahteraan kepada orang yang menghargai nikmat beragama.
Selain itu, Islam juga tidak menyukai elemen-elemen yang boleh menghakis kesejahteraan
dalam masyarakat. Dalam hal ini, Islam memerintahkan umatnya berkasih sayang sesama
makhluk dan meletakkan kedamaian sebagai asas kehidupan. Islam membenci akan
pembunuhan sesama insan kecuali berlandaskan undang-undang seperti hukum qisas. Islam
menghendaki umatnya bertindak adil terhadap semua manusia, dan melarang perlakuan
kejam terhadap insan lain dan haiwan. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang direkodkan
oleh (Nasai 1986) yang bermaksud: Sesiapa dari kalangan manusia yang membunuh seekor
burung atau yang lebih kecil daripada itu bukan dengan cara yang hak (benar), Allah SWT
akan meminta dia bertanggungjawab kelak di akhirat. Para sahabat bertanya: Wahai
Rasulullah, apa haknya? Rasulullah SAW menjawab: Disembelih lalu dimakan, dan janganlah
seseorang memotong kepalanya (membunuhnya) lalu dibuang.
Apabila tentera Islam berjaya menguasai Kota Constantinople, penduduk
Constantinople yang bukan Muslim bersama para pendeta berkumpul ketakutan kerana
menyangka mereka akan dizalimi. Namun, Sultan Muhammad Al-Fateh menunjukkan
keadilan Islam dengan menitahkan agar mereka semua pulang ke rumah seperti biasa
dengan aman sejahtera. Bahkan, Baginda SAW juga menjamin kebebasan kepada mereka
untuk mengamalkan kepercayaan mereka. Akhlak mahmudah yang ditonjolkan oleh Sultan
Muhammad Al Fateh berjaya menarik minat golongan bukan Muslim mendekati Islam.
3. Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl (16:97) yang bermaksud:
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, dalam keadaan dia beriman, maka
sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik. Kami akan
membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah
kerjakan.
Ayat ini menjelaskan janji Allah SWT kepada orang beriman yang melakukan amalan soleh,
tanpa mengira jantina, dia akan memperoleh kehidupan yang baik di dunia dan ganjaran yang
lebih lumayan pada hari akhirat (Ibn Kathīr 1998). Amalan soleh ini ada syaratnya yang
tersendiri. Pertama, amalan tersebut hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT.
Dalam Ihya’ ‘Ulumuddin, Imam Ghazali menjelaskan ikhlas sebagai salah satu sifat yang
menyelamatkan manusia. Beliau menyenaraikan empat tajuk utama dalam perbincangan
mengenai ikhlas iaitu hakikat ikhlas, fadilat atau kelebihan ikhlas, darjat-darjat ikhlas dan
hukum amalan yang mengandungi lebih daripada satu tujuan. Menurut Imam Ghazali, ikhlas
hanya berlaku apabila niat seseorang dalam melakukan sesuatu amalan itu berdasarkan
hanya satu tujuan sahaja, tanpa ada sebarang niat sampingan. Apabila sesuatu amalan itu
bersih daripada sebarang tujuan atau maksud yang lain, maka itulah hakikat yang sebenar
bagi sifat ikhlas. Antonim atau kata lawan bagi ikhlas ialah syirik. Dalam hal ikhlas, syirik
berlaku apabila tujuan yang satu itu dipersekutukan dengan tujuan yang lain misalnya
bersedekah kerana menunjuk-nunjuk atau kerana dipaksa. Tidak ikhlas dalam membantu
orang yang susah pula bermaksud mempunyai pelbagai tujuan dalam memberikan bantuan,
seperti menginginkan pujian, meraih populariti dan sebagainya (Wan Mohd Fazrul Azdi Wan
Razali 2016).
SEJAHTERA DALAM AL SUNNAH
1. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang direkodkan oleh Abu Dawud (2009) yang
bermaksud:
Sesungguhnya orang yang bahagia ialah orang yang dihindarkan daripada fitnah.
Sesungguhnya orang yang bahagia ialah orang yang dihindarkan daripada fitnah.
Sesungguhnya orang yang bahagia ialah orang yang dihindarkan daripada fitnah. Sesiapa
yang mendapat ujian lalu dia bersabar, alangkah beruntungnya dia”.
Fitnah dalam bahasa Melayu bermaksud tuduhan yang diada-adakan atau dibuat-buat untuk
memburukkan atau membencanakan seseorang (Kamus Dewan Edisi Keempat 2005). Akan
tetapi fitnah dalam hadis ini tidak sama sebagaimana yang dimaksudkan dalam bahasa
Melayu. Fitnah dalam hadis lebih menjurus kepada ujian dan cubaan. Nabi SAW mengulang
ungkapan yang sama sebanyak tiga kali untuk menegaskan betapa bahagia dan sejahteranya
orang yang dijauhkan daripada ujian. Kendatipun insan itu diuji, dia tetap bersabar dan
mengukuhkan kesabarannya. Orang yang menghadapi ujian dengan cara ini dia akan
mendapat keuntungan.
Kehidupan dunia ujian bagi setiap insan. Setiap individu menerima ujian Allah SWT
sama ada dalam bentuk ujian kesusahan atau ujian kesenangan. Hal ini bermakna orang yang
susah akan diuji dan orang yang senang juga akan diuji. Ujian yang dalam bentuk kesusahan
adalah seperti kesakitan, ketakutan, kelaparan, kemiskinan, kehilangan harta, bencana alam
atau kematian seseorang yang disayangi. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2:155)
yang bermaksud: Sesungguhnya Kami (Allah) akan menguji kamu dengan sedikit perasaan
takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan
dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Sampaikanlah khabar gembira kepada orang
yang sabar.” Manakala ujian dalam bentuk kesenangan pula seperti harta yang banyak, anak-
anak, kedudukan yang mulia, jawatan yang tinggi, perniagaan yang semakin maju dan
seumpamanya. Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal (8:28) yang bermaksud: Dan
ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan
sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
Nabi SAW mengajar umat Islam supaya membaca sebahagian firman Allah SWT dalam surah
al-Baqarah (2:156) yang bermaksud: “Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah
jualah kami kembali.” Abdul Rahman bin Zayd bin Aslam menyatakan: “Sabar ada dua bentuk;
sabar kerana Allah SWT dalam mengerjakan hal-hal yang disukai oleh-Nya meskipun badan
berasa berat untuk melakukannya dan sabar kerana Allah SWT dalam meninggalkan perkara
yang dibenci oleh-Nya, sekalipun bertentangan dengan kehendak hawa nafsu sendiri.
Sesiapa yang bertindak sedemikian, maka dia termasuk dalam kalangan orang yang sabar,
2. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang direkodkan oleh Ibn Hibban (1993) yang
bermaksud:
Empat perkara memberikan sebahagian daripada kebahagian dan kesejahteraan (saadah)
insan; wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang baik.
Empat perkara lagi memberikan sebahagian daripada kesengsaraan; wanita yang berakhlak
buruk, jiran yang berakhlak buruk, kenderaan yang kurang baik dan rumah yang sempit.
Membina keluarga sejahtera impian setiap insan tanpa mengira bangsa dan agama. Untuk
mencapai kebahagian yang diimpikan, Islam telah meletakkan beberapa garis panduan
bermula daripada kaedah memilih pasangan, syarat perkahwinan, rukun perkahwinan
termasuklah kaedah menangani konflik yang berlaku dalam keluarga. Kesejahteraan rumah
tangga amat penting kerana negara yang aman dan kuat dibentuk hasil pembentukan
masyarakat yang teguh, manakala masyarakat yang teguh terbentuk daripada institusi
keluarga yang sejahtera. Semua pasangan cuba mengelakkan konflik dalam rumah tangga
tetapi konflik tetap melanda. Konflik yang gagal diatasi dengan berhemah boleh
mengakibatkan pembubaran perkahwinan. Kebahagian sesuatu yang berbeza antara satu
insan dengan insan yang lain. Namun, hadis memberikan sebahagian petunjuk kebahagiaan
insan yang dimulakan dengan wanita yakni isteri solehah. Islam mengajar kaedah pemilihan
pasangan yang sekufu sebelum insan mendirikan rumah tangga. Sekufu bermaksud
persamaan antara suami dengan isteri dari aspek keadaan hidup. Pemilihan pasangan yang
sekufu menjadi faktor penting yang menjamin kesejahteraan dan keamanan rumah tangga.
Jumhur ulama berpendapat aspek agama, keturunan, merdeka yakni bukan hamba dan
pekerjaan termasuk dalam skop sekufu. Mazhab Hanafi dan Hambali pula menambah aspek
harta. Hal ini tidak bermakna Islam menolak persamaan taraf dan darjat sesama manusia
tetapi kriteria sekufu diambil kira sebagai jaminan kebahagian alam perkahwinan dan
seterusnya memelihara hubungan kekeluargaan kedua-dua belah pihak suami dan juga isteri
(Zamali Tarmudi et al. 2014).
3. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang dinilai sebagai hasan direkodkan oleh (Abu
Dawud 2009) yang bermaksud:
Hindarilah tiga perkara yang boleh menyebabkan pelakunya dilaknat; qadak hajat di tempat
sumber air, tempat orang lalu-lalang dan tempat berteduh.
Keprihatinan Islam tentang kesejahteraan dan kemaslahatan manusia memang tidak dapat
disangkal lagi. Hadis ini mengajar insan supaya menjauhi perbuatan yang boleh
memudaratkan manusia, mencemarkan sumber air dan tempat awam. Laknat bermaksud
pengusiran daripada rahmat Allah SWT. Disebut syaitan sebagai makhluk yang dilaknat
kerana takburnya menyebabkan syaitan dihalau dan dijauhkan daripada kasih Allah SWT.
Hadis ini juga menunjukkan Rasulullah SAW bersungguh-sungguh mendidik umatnya
menjaga kelestarian sumber air sebagai salah satu unsur penting dalam alam sekitar. Air
diperlukan oleh semua benda hidup dan bukan hidup seperti manusia, haiwan, tumbuh-
tumbuhan dan alam sekitar. Air sumber yang amat penting untuk menjana sumber makanan,
sebagai pengangkutan khususnya penduduk di pedalaman, untuk membantu dalam
pertumbuhan haiwan dan tumbuhan dan lain-lain lagi. Dalam erti kata lain, tanpa air, pelbagai
aktiviti tidak dapat dijalankan sekali gus menjejaskan kehidupan.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, kertas kerja ini telah menyediakan perbincangan asas mengenai konsep
Bersih Muafakat Sejahtera menurut al-Quran dan al-Sunnah secara konseptual. Adalah
diharapkan melalui kertas kerja ini, konsep Bersih Muafakat Sejahtera yang telah digagaskan
sejak tahun 2018 seharusnya difahami, dihayati dan dipraktikkan oleh semua pihak di Negeri
Sembilan sama ada agensi-agensi kerajaan yang mengurus dan ahli masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Tambahan pula, terdapat beberapa kajian lepas yang telah
membincangkan konsep Bersih Muafakat Sejahtera secara berasingan. Oleh yang demikian,
kajian ini menggabungkan ketiga-tiga konsep ini yang dibahaskan berdasarkan perspektif al-
Quran dan al-Sunah. Di samping itu, konsep ini diyakini sesuatu yang bersifat dasar dan teras
dalam pembentukan sebuah masyarakat majmuk yang mapan, maju dan progresif khususnya
tadbir urus dan tata kelola kerajaan dalam membuat keputusan yang mampu meningkatkan
prestasi dan produktiviti organisasi dan ahli masyarakat. Malah, sikap saling bekerjasama,
musyawarah dan saling nasihat menasihati antara pemimpin dam rakyat akhirnya, akan
menatijahkan sebuah negara yang kuat, maju, progresif dan terhindar dari sebarang bentuk
kacau bilau, huru hara dan ketidakstabilan. Sebuah negara yang cemerlang tidak boleh tidak
mesti membudayakan semangat perpaduan, kerjasama dan muafakat. Dalam mewujudkan
budaya kerja yang cemerlang contohnya, persefahaman dan permuafakatan perlu dibentuk
dalam budaya kerja dan pentadbiran agar sebarang salah faham dapat dibendung dan
dielakkan. Melalui pengurusan pentadbiran yang berteraskan semangat kerjasama dan
muafakat, satu sistem dapat dibentuk dalam mewujudkan suasana perpaduan, persefahaman
dan harmoni dalam kalangan masyarakat. (Nurazmallail bin Marni et al. 2004). Elemen
kecekapan tadbir urus dalam pengurusan pentadbiran merupakan tuntutan Islam yang
sepatutnya menjadi amalan kepada seluruh para pemimpin yang diberikan amanah oleh
rakyat dan masyarakat.
RUJUKAN
Al-Quran.
Abd. Rahman, M. 1997. Kebersihan alam sekitar mengikut perspektif islam. Jurnal
Usuluddin 6: 175–186. Retrieved from
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/3193
Abdulrahman. 2018. Bayan Linnas Siri Ke- 152: Konsep Kebersihan: Praktikal Dalam
Kesempurnaan Haji. Mufti Of Federal Terrritory. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-
linnas/2745-bayan-linnas-siri-ke-152-konsep-nazafah-praktikal-dalam-kesempurnaan-haji
[13 February 2021].
Aboo, K. & Khalid, T. 2016. Konsep, dasar dan perlaksanaan Bandar Sejahtera dengan
rujukan khas kepada Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space 12(7):
26–33.
Ahmad, M. Y. 2017. Amalan muafakat dan aplikasi takharuj dalam pengagihan pusaka
menurut perspektif undang-undang pusaka islam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa
Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies 39(1): 21–28.
Al-Qudsy, S. H. 2008. Budaya Kerja Cemerlang Menurut Perspektif Islam : Amalan
Perkhidmatan Awam Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu 19: 187–207.
Anon. 2018. Bersih, cekap dan amanah lancarkan pentadbiran. Utusan Borneo Online.
Putrajaya. Retrieved from https://www.utusanborneo.com.my/2018/08/15/bersih-cekap-dan-
amanah-lancarkan-pentadbiran-dr-mahathir
Aziz, E. A. 2020. Toleransi Berprinsip Menurut Kerangka Maqasid Shari ’ ah Dalam Interaksi
Masyarakat Pelbagai Kaum Dan Agama Di Malaysia. Jurnal Dunia Pengurusan 2(4): 19–26.
Chaniago, A. 2019. Manajemen Kepala Madrasah Dalam Peningkatan Budaya Bersih Di
Man 2 Banda Aceh. Fakultas Tarbiyah Dan Keguruan Universitas Islam Negeri Ar-Raniry
Banda Aceh. Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh.
Che Zarrina Saari & Nor Azlinah Zaini. 2016. Terapi Spiritual Melalui Kaedah Tazkiyah Al-
Nafs Oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili Dalam Kitab Penawar Bagi Hati.
Ejournal.Um.Edu.My 18(Special issue): 35–72. Retrieved from
https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00005207_146141.pdf
Fitriah, M. 2016. Kajian Al-Quran Dan Hadits Tentang Kesehatan Jasmani Dan Ruhani.
TAJDID: Jurnal Ilmu Ushuluddin 15(1): 105–126. doi:10.30631/tjd.v15i1.29
Gunardi, S., Sahid, M. M. & Zahalan, N. M. H. 2019. Konsep Harmoni Dalam Masyarakat
Muslim Dan Bukan Muslim Berasaskan Maqasid Syariah. SEMINAR Serantau Pengajian
Tinggi Islam (SeIPTI). Nilai, Negeri Sembilan. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/338790045%0AKONSEP
Hassan, Z. B. a. 2007. Isu Dan Strategi Ke Arah Pembangunan Modal Insan Sektor
Pengajian Tinggi Bertaraf Dunia. Jurnal Pengurusan Awam 23–44.
Hilmi, A. 2018. Konsep hidup sejahtera perspektif al-Qur’an. Universitas Islam Negeri Syarif
Hidayatullah.
Hussin, S. binti. 2008. Kesejahteraan dan Kedamaian Melalui Pembangunan Modal Insan:
Kajian Teks Hidayah Al-Salikin. Pembangunan Modal Insan 3(4): 1–17.
Khairul Anam. 2016. Pendidikan Perilaku Hidup Bersih Dan Sehat Dalam Presfektif Islam.
Jurnal Sagacious 3(1): 67–78.
Khairul Anam, Sabtu, M. A., Mahamood, S. M., Abdul Halim, ‘Imaaduddin, Mat Akhir, N. S.,
Che Zarrina Saari, Nor Azlinah Zaini, et al. 2016. Kehidupan Aman Menurut Perspektif Al-
Quran. pendidikan PHBS dalam perspektif islam 2(1): 74–82. doi:10.22452/jslr.vol2no1.2
Kudori, M. 2015. Implementasi Pendidikan Thaharah pada Santri Pondok Pesantren
Pancasila Kota Bengkulu. Institut Agama Islam Negeri ( Iain ) Bengkulu.
Lagiman, N. Bin, Ngah, I., Mustari, I. & Bashirun, S. N. 2015. Konsep Asas Pembentukan
Indikator Bandar Sejahtera Menurut Perspektif Islam. UMRAN - International Journal of
Islamic and Civilizational Studies (EISSN: 2289-8204) 2(3): 10–24.
doi:10.11113/umran2015.2n3.24
Latifah Abdul Majid & Mohd Nasir Abdul Majid. 2018. Persaudaraan dan Toleransi Antara
Muslim Dan Non Muslim Dalam Islam. Rahmah Li Al-Alamin: Dakwah Dalam Masyarakat
Majmuk Di Malaysia 102–114. Retrieved from http://www.ukm.my/bicaradakwah/bd19/
Majid, M. K. H. A., Rahim, R. A. A. & Yusof, M. 2014. Pembangunan Modal Insan Di
Malaysia: Analisis Terhadap Pendekatan Islam Selepas Negara Merdeka (Development of
Human Capital in Malaysia: Analysis on Islamic Approach After Achieved Independence).
Jurnal Hadhari: An International Journal 6(2): 15–34.
Malaysia (UPM), U. P. 2006. Kerja Berpasukan dan Muafakat bawa PSAS ke Mercu
Kejayaan. Gapura Ilmu & Maklumat.
http://spel2.upm.edu.my/webupm/upload/dokumen/20200715143334mylib012006.pdf [19
March 2021].
Mohd, S., Abdullah, M., Marzuqi, M., Akramin, M. & Kaspin, K. 2020. Penubuhan Rukun
Tetangga (Rt) Di Malaysia Daripada Perspektif Islam. Tinta Artikulasi Membina Ummah 6(1):
99–111.
Nabilah Huda Zaim & Norsaleha Mohd Salleh. 2019. Kesejahteraan Keluarga Di Malaysia :
Suatu Sorotan Awal. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah (SPECIAL ISSUE): 27–36.
Nasir, M. S. 2019. Islam Utama Kebersihan. Harian Metro Online.
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/08/487507/islam-utama-kebersihan [13 February
2021].
Negeri, D. U. 2018. Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang
Ke-14 Negeri Sembilan. Negeri Sembilan. https://pkwns.ns.gov.my/ [14 April 2021].
Nurazmallail bin Marni, Ahmad Kilani bin Mohamed, Normala binti Hashim & Ruzana bt. Abu
Nasir. 2004. Amalan Berkerjasama dalam Komuniti Setempat: Kepentingannya Menurut