The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bersih Muafakat Sejahtera

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 826-11-aliya, 2022-08-03 10:47:25

Seminar

Bersih Muafakat Sejahtera

Keywords: BMS

Perspektif Islam. Seminar Antarabangsa Nilai Dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC
2004) (September): 1–11.

Paul, G. 2014. The Importance of Cleanliness. Avmor 1(1): 1–5. Retrieved from
https://www.avmor.com/green-cleaning/the-importance-of-clean/

Perkim, S. 2013. Perpaduan Teras Kejayaan. Perkim. doi:ISSN 0217-1156

Rabiatu Adawiah binti Saat, Iqlima binti Ibrahim, Nur ’Izzati binti Mohd Salleh & Nurul Aida
binti Zuber. 2019. Maqasid Syariah Dalam Urus-Tadbir. International Conference on Islamic
Civilization and Technology Management. University Sultan Zainal Abidin, Malaysia.

Rahman, M. S. bin A. 2006. Konsep Kebersihan Islam Membentuk Masyarakat Yang Sihat.
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
http://www.ikim.gov.my/index.php/2006/07/18/konsep-kebersihan-islam-membentuk-
masyarakat-yang-sihat/ [13 February 2021].

Rahmasari, B. 2017. Kebersihan dan Kesehatan Lingkungan dalam Perspektif Hadis. Skripsi
Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta 18–22.

Rohaini binti Amin, Ayu Nor Azilah binti Mohamad & Nor Azlina binti Endut. 2017. Dialog dan
Toleransi Agama: Kepentinganya kepada Masyarakat Majmuk di Malaysia. Kesepaduan
Nilai-Nilai Sejagat Merentasi Globalisasi- Jilid 2. Retrieved from
http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/index.php/prosiding/prosiding-jilid2

Rohmah, S. N. 2017. Konsep Kebersihan Lingkungan Prespektif Pendidikan Islam. Skripsi
Fakultas Tarbiyah dan Ilmu Keguruan IAIN Salatiga 103–107.

Roshida, R. & Razak, A. 2007. Peranan institusi keluarga dalam penjanaan bangsa
bertamadun. Jurnal Kemanusiaan 09: 73–82.

Roslan bin Mohamed, S. A. B. A. B. 2010. Pembangunan masyarakat ke arah kesejahteraan
berteraskan pembangunan insan. Retrieved from http://eprints.um.edu.my/3123/

BERSIH MUAFAKAT SEJAHTERA:

MEMPERKASA KEPIMPINAN SEKOLAH-SEKOLAH

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Oleh:

Mohd Hapizi Mohamad Ali
Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Rembau

Exco Majlis Pengetua Sekolah Menengah Negeri
[email protected]

Abstrak

Pemimpin sekolah harus mempunyai kredibiliti dan reputasi yang hebat, agar ia mampu
memberikan inspirasi dan motivasi kepada setiap orang. Memotivasikan dan
memberikaninspirasi kepada setiap orang dalam setiap saat dalam kehidupan mereka, untuk
bersemangat dan bangkit bersama-sama dengan perubahan baru. Dan membuat setiap
orang menyedari bahawa perubahan itu penting, untuk mengubah hal-hal yang tertinggal
zaman dengan hal-hal baru yang sesuai peradaban. Pemimpin sekolah harus mempunyai
kemahiran untuk dapat mengenali perubahan-perubahan penting, serta mampu mengambil
tempat di dalam hati setiap orang, agar semua orang dalam organisasi boleh saling
menyatupadukan dan saling bersimpati, untuk membawa perubahan itu ke arah yang lebih
memberi manfaat positif buat organisasi dan orang bawahannya. Slogan Bersih Muafakat
Sejahtera mampu menjadi pemangkin dan pencetus perubahan kepimpinan pengetua dan
Guru Besar di sekolah dengan memahami serta menghayati hala tuju kerajaan Negeri
Sembilan. Bersih merangkumi kesucian hati dan minda terhadap makhluk di sekeliling.
Muafakat hasil daripada kesucian hati nurani serta akal minda membawa kepada kesatuan,
perpaduan, kerjasama, kasih sayang erat lagi hormat menghormati. Kesan daripada semua
itu lahirlah masyarakat yang sejahtera sehingga sanggup mempertahankan kebaikan dan
memerangi kebatilan. Perancangan jangka pendek dan panjang dengan menghasilkan modul
hala tuju Bersih Muafakat Sejahtera untuk pemimpin sekolah akan memperkasakan
kepemimpinan sekolah sehingga mencapai hala tuju dan hasrat yang diimpikan.

Pengenalan

Kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi terutama
dalam memimpin organisasi ke arah menuju dan mencapai matlamat yang ingin dicapai
bersama. Kepimpinan membawa banyak pengertian bergantung kepada kesesuaian dan
keperluannya. Walaupun kepimpinan adalah sesuatu yang kompleks untuk ditakrifkan namun
ia membawa kepada suatu persamaan dari segi konteksnya iaitu sebagai suatu proses,
pengaruh, kerja sepasukan serta penentuan matlamat. Ini bermaksud bahawa kepimpinan itu
adalah suatu proses di mana seseorang individu itu (pemimpin) mempengaruhi orang lain
bagi mencapai matlamat bersama. Dalam konteks pengurusan sekolah atau pendidikan
amnya, kepimpinan adalah berhubung rapat dengan keberkesanan sekolah. Sekolah yang
berkesan adalah dihasilkan melalui kepimpinan yang cekap dan berkualiti (Alimuddin, 2006).

1

Kepimpinan melalui perubahan-perubahan sejajar dengan perubahan masa dan
keperluan manusia sejagat. Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu
amanah yang wajib dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula adalah
bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan
kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya
daripada melakukan perbuatan mungkar dan menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas
yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan adil. Oleh itu, konsep kepimpinan yang berjaya
menuntut supaya Islam yang merangkumi konsep iman dan amal salih dapat ditegakkan
dalam diri setiap individu, keluarga dalam organisasinya, masyarakat dan negara sehingga
kesepaduan antara kepentingan dunia dan akhirat dapat dicapai.

Slogan Bersih Muafakat Sejahtera

Kerajaan negeri Sembilan di bawah kepemimpinan YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun
memperkenalkan slogan ‘Bersih, Muafakat Sejahtera’ dalam memacu hala tuju pembangunan
negeri ini. Beliau berkata semasa perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri kali ke 14
pada tahun 2018, kerangka pembangunan itu yang meliputi tempoh 2019 hingga 2040 akan
membabitkan semua daerah berpandukan keperluan ekonomi semasa di pelbagai sektor.

Semasa ucapan sulung sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mei 2018
sempena Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, beliau menjelaskan ‘Bersih’
yang dimaksudkan adalah kebersihan lahiriah dan batiniah. Kebersihan lahiriah merangkumi
kebersihan diri, rumah, tempat makan, kawasan perumahan, desa-desa, sungai, hutan dan
alam sekitar keseluruhannya. Manakala kebersihan jiwa bermaksud, bersih dari sifat-sifat jiwa
yang merosakkan (mazmumah – pemarah, hasad dengki, bakhil, buruk makan, buruk
Bahasa, gila kuasa, gila dunia, syok sendiri (ujub), sombong (takabbur) dan menunjuk-nunjuk
(riya’). Selepas dibersihkan, jiwa itu akan menjadi hebat dan tinggi apabila dimantapkan sifat-
sifat terpuji (mahmudah) iaitu takut kepada Tuhan (khauf), selalu ingat kematian (Zikr al-Maut),
rasa kasih sayang sesama insan, hidup yang sederhana, (zuhud), berserah kepada Ilahi
(Tawakal), Ikhlas, Syukur, Redha dan Sabar.

Melalui slogan “BERSIH’ ini, maka kita berharap akan terbentuk sistem perkhidmatan
awam yang ikhlas, jujur, amanah, sabar, pengasih, prihatin, berlumba-lumba untuk membuat
kebaikan, sentiasa memperbaharui niat bekerja kerana ibadat, sentiasa kreatif dan proaktif
dan bersikap ihsan dan ahsan (meningkatkan kecemerlangan tugas secara istiqamah).
Dengan nilai-nilai murni ini, akan terhindarlah sikap curi culas, rasuah, ponteng, menikam
jabatan sendiri dari belakang, menularkan gosip dan fitnah melalui media sosial dan
sebagainya.

Budaya muafakat adalah suatu tradisi yang begitu berakar umbi di Negeri Sembilan.
Melalui budaya muafakat terlalu banyak masalah akan dapat dileraikan dan rakyat dapat
dibangunkan dan dimajukan. Konsep “Bersih, Muafakat, Sejahtera”, berlandaskan tatakelola
baik, amanah, telus dan kebertanggungjawaban. semarakkan silaturrahim, budayakan dialog
hikmah dan memerah idea baharu demi negeri dan rakyat. Salah satu agenda penting
Kerajaan Negeri Sembilan ialah melonjakkan kemajuan pendidikan negeri.

2

Kepentingan Pendidikan Membina Kualiti Hidup Sejahtera

Kualiti hidup merupakan satu darjah kesejahteraan yang dirasai atau dinikmati oleh individu
atau sekumpulan manusia (Ross dan Willigen, 1997). Kualiti hidup boleh dilihat daripada
pelbagai perspektif, serta dapat didefinisikan dalam pelbagai cara. Namun demikian, ia tidak
boleh diukur secara langsung kerana kualiti hidup bukanlah satu konsep yang konkrit. Kualiti
hidup sangat tepat dilihat sebagai konsep yang tersusun untuk membentuk polisi dan tindakan
bagi meningkatkan taraf kehidupan manusia. Menurut Schalock (1996), kualiti hidup manusia
boleh dibahagikan kepada lapan prinsip utama iaitu kesejahteraan emosi, hubungan
interpersonal, kesejahteraan perkakasan, perkembangan personal, kesejahteraan fizikal,
pembuatan keputusan, hubungan sosial, dan hak. Untuk membina sebuah kehidupan yang
berkualiti, peranan pendidikan amat penting. Ross dan Wu (1996) melaporkan bahawa
pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk
memperoleh dan mengekalkan kualiti kehidupan.

Pendidikan adalah kunci utama ‘pengeluaran’ atau ‘hasil’ kehidupan. Pelaburan dalam
pendidikan yang bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan
tertinggi mampu memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup seseorang. Justeru itu,
penyediaan individu sebagai tenaga kerja merupakan agenda utama pendidikan. Hal ini
kerana, pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup
yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima
(Ross dan Wu, 1996). Lemah dalam pendidikan akan mendorong individu untuk hidup dalam
kemiskinan (Preston dan Elo, 1996) berbanding dengan individu yang mempunyai kemahiran
literasi yang tinggi dalam pendidikan (Lucas, 1972). Pelajar dari keluarga yang berpendapatan
yang rendah didapati lebih cenderung untuk gagal atau bermasalah di sekolah berbanding
dengan pelajar yang datang dari keluarga yang berpendapatan tinggi atau baik. Pelajar ini
juga cenderung untuk terlibat dalam tingkah laku devian serta mempamerkan kualiti hidup
yang rendah (Preston dan Elo, 1996). Jelasnya, pendidikan berupaya mempengaruhi kualiti
hidup. Hal ini terbukti apabila diselidiki daripada keputusan peperiksaan pelajar, pengukuran
kognitif pelajar, serta pasaran buruh selepas tamat persekolahan (James dan Beckett, 2000;
House, Lepkowski, Kinney, Mero, Kessler, dan Herzog, 1994).

Pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang kemiskinan, membina demokrasi,
dan membentuk masyarakat yang sejahtera (Preston dan Elo, 1996). Pendidikan yang
berkualiti juga memberi kuasa kepada individu, memberi mereka suara, mendedahkan
potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan
dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan (Tribus, 1992). Pendidikan yang
berkualiti merupakan suatu konsep yang dinamik, berubah, dan berkembang mengikut masa
serta berubah dalam konteks sosial, ekonomi, dan persekitaran setempat.

Pendidikan berkualiti menggunakan pendekatan kemahiran-hidup dalam pendidikan
dan memasukkan kemahiran lain dalam meorentasikan pendidikan untuk memperolehi
keseimbangan. Mempelajari pelbagai kemahiran akan menyediakan individu untuk lebih
berjaya dalam kehidupan di rumah, komuniti, serta di tempat kerja. Manusia, sebaik-baiknya
menggunakan multi-kemahiran ketika melaksanakan aktiviti harian; berhubung dengan ahli
keluarga dan masyarakat; serta bertindak sebagai individu, ahli dalam sesuatu kumpulan, dan
pekerja sesebuah organisasi.

3

Dengan adanya pendekatan kemahiran-hidup dalam pendidikan, para pelajar lebih
peka kepada perkembangan ilmu, mengguna dan mempraktikkan pelbagai jenis kemahiran
sesuai dengan tuntutan persekitaran pembelajaran tersebut. Memiliki dan mempraktikkan
kemahiran dengan betul sangat penting untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran
semasa. Justeru itu, individu memerlukan kemahiran dalam setiap empat ruang pendidikan
iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk melakukan, belajar untuk hidup bersama orang
lain, dan belajar untuk menjadi seseorang. Selain itu, setiap individu juga memerlukan
kemahiran kognitif, tumpuan, pengurusan diri, dan sosial. Kemahiran hidup membolehkan
individu untuk menghubungkan apa yang mereka ketahui dan lakukan sekarang dengan apa
yang boleh mereka ketahui dan lakukan pada masa hadapan (McLeod dan Shanahan, 1996).

Pemimpin Sekolah Mendepani Perubahan ‘Bersih Muafakat Sejahtera’

Peranan Pemimpin dalam organisasi adalah membantu mewujudkan iklim sosial yang baik,
membantu kumpulan untuk mengorganisasikan diri, membantu kumpulan dalam menetapkan
prosedur kerja, mengambil tanggungjawab untuk menetapkan keputusan bersama dengan
kumpulan, memberi peluang kepada kumpulan untuk belajar dari pengalaman.

Dalam organisasi pendidikan antara lain adalah sekolah, secara formal Pentadbir sekolah
adalah Pemimpin keseluruhan, Sehingga Pentadbir sekolah harus memahami fungsi
kedudukan, di antaranya ialah membawa perubahan yang signifikan., mewujudkan Visi dan
menuangkan Misi dalam kenyataan, menetapkan dasar dan matlamat yang hendak dicapai,
mempengaruhi, mendorong, mengajak, memimpin dan menggerakkan seluruh anggota
(Sumber kuasa) untuk mencapai matlamat yang telah disepakati bersama. Di antara
kepimpinan dan pengurusan tidak dapat dipisahkan. Pemimpin dalam mengurus atau
menguruskan sekolah adalah
mengatur agar seluruh potensi sekolah berfungsi secara optimum dalam menyokong
pencapaian matlamat sekolah. Pentadbir sekolah mempunyai tugas merencanakan,
mengorganisasikan, menyelia, dan menilai, seluruh kegiatan pendidikan di sekolah.

Ketegasan diri merupakan satu dimensi utama dalam kualiti hidup kerana ia
memungkinkan seseorang individu untuk mengawal hidupnya (Schalock, 1996). Menurut
Wehmeyer (1996), ketegasan diri adalah agen asas dalam kehidupan seseorang. Dengan
adanya ketegasan-diri, individu berupaya membuat pilihan dan keputusan terhadap
tindakannya, dan membebaskan diri daripada pengaruh atau gangguan luaran yang tidak
berfaedah. Ciri utama yang mendefinisikan ketegasan diri boleh dikenal pasti melalui
perkembangan dan pencapaian sebelas elemen yang saling berkait iaitu kemahiran membuat
pilihan, kemahiran membuat keputusan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
membentuk dan mencapai matlamat, kemahiran mengurus diri, kemahiran memimpin,
kawalan dalaman, sikap positif terhadap hasil jangkaan, kesedaran diri, dan pengetahuan diri
(Doll, Sands, Wehmeyer, dan Palmer, 1996). Kebolehan dan kemantapan ketegasan diri
berupaya meningkatkan kualiti hidup dan pencapaian pendidikan yang baik.

Dunia kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat dan pantas. Penggunaan
teknologi dalam penyampaian maklumat memberi kesan yang mendalam kepada setiap
pelosok kehidupan manusia. Tidak semua perubahan bersifat revolusi kepada kehidupan, ada

4

yang hanya bersifat ‘trend’ dan tidak kekal. Setiap perubahan perlu diterima jika perubahan
tersebut memberi seribu satu makna untuk kebaikan sejagat. (Mohd Raizalhilmy,
2020) Pemimpin sekolah harus berperanan untuk memimpin perubahan. Kebersamaan hati
dan tenaga dalam kalangan ‘middle leader’ akan membantu menjayakan agenda perubahan
kerajaan negeri

Perubahan yang dilakukan adalah untuk memperbaiki diri dengan keadaan
dan halangan serta berjaya menghadapi halangan dengan keadaan masa kini dan masa
hadapan. Menurut Fulan ( 2004 ), terdapat 5 bentuk perubahan yang meliputi perubahan
cepat, perubahan yang terjadi di sebabkan masalah dalam lingkungan strategik organisasi,
faktor rasional dalam organisasi dan cara kerja dalam organisasi. Perubahan tidak dapat
dikendalikan, tetapi dapat difahami dan menjadi petunjuk untuk melakukan perubahan. Kita
bukan hanya melakukan perubahan tetapi yang lebih penting adalah mencipta perubahan
seiring hala tuju ‘Bersih Muafakat Sejahtera’

Cadangan

Menurut Datuk Seri Dr. Mohd Uzir bin Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia bahawa
penduduk Negeri Sembilan sehingga 2020 ialah seramai 1,199,974 orang (Utusan Malaysia,
8 Jun 2020). Bagi data berkaitan pendidikan di Negeri Sembilan, bilangan sekolah ialah
sebanyak 477 buah dengan bilangan guru seramai 17,584 manakala murid seramai 193,215.
Bermakna jumlah pengetua dan Guru Besar seramai 477 orang (portal JPNS). Oleh itu satu
perancangan jangka pendek dan panjang perlu dilaksanakan demi mencapai hasrat Slogan
Bersih Muafakat Sejahtera benar-benar memperkasakan pemimpin sekolah untuk menjadi
agen pencetus kepada perubahan besar dan hala tuju pembangunan kerajaan negeri itu
sendiri. Kerajaan negeri disarankan mengadakan

1. Menyediakan peruntukan dalam Anggaran Belanjawan Negeri untuk mengadakan
multaqa dan bengkel secara berterusan iaitu bersiri serta mengikut modul khas
bertemakan slogan Bersih Muafakat Sejahtera untuk pemimpin sekolah.

2. Kolaborasi kerajaan negeri dengan Kementerian Pendidikan untuk mengadakan
‘Kursus Khas Perdana’ tentang hala tuju pembangunan pendidikan negeri Sembilan
dan slogan Bersih Muafakat Sejahtera kepada warga guru di Negeri Sembilan.

3. Mengadakan aktiviti kokurikulum akademik yang bertemakan Bersih Muafakat
Sejahtera agar ia sentiasa difahami dan hayati.

4. Kerjasama sekolah dengan pelbagai agensi dan komuniti negeri dengan pelbagai
aktiviti bertemakan Bersih Muafakat Sejahtera.

5. Kerajaan Negeri Sembilan mengadakan program anugerah tokoh pelbagai peringkat
melibatkan murid, guru, kakitangan sekolah yang bertemakan Bersih Muafakat
Sejahtera.

Rumusan

5

Pemimpin sekolah harus bijak membimbing setiap orang untuk berhenti berwacana secara
berpanjangan. Terus mengajak setiap orang untuk melakukan tindakan-tindakan yang
membantu organisasi. Tindakan yang tertumpu pada usaha meningkatkan prestasi, dalam
keupayaan pengurusan menghadapi perubahan yang pelbagai. Pemimpin sekolah harus
selalu menggunakan pola atau model berfikir yang mudah dan jelas, agar setiap orang di
dalam organisasi tidak terjebak dalam cara berfikir yang merumitkan, sehingga makna
perubahan itu tidak menjadi kabur. Pola berfikir yang lebih sederhana akan mendekatkan
semua penyelesaian terbaik melalui logik dan akal sihat, yang dapat diukur kebenarannya.
Oleh kerana itu, berfikir sederhana akan membawa pemimpin dan pengikutnya dalam jalur
yang tidak rumit untuk mencari segala bentuk penyelesaian terbaik, di mana semua
penyelesaian itu masih boleh diukur kebenarannya dengan fikiran jernih yang bijak; semua
penyelesaian terbaik pada dasarnya telah ada, hanya saja diperlukan kebolehpercayaan
kepemimpinan yang kukuh dan kuat, untuk menjadi lebih sederhana, jernih, dan sabar dalam
menyusuri laluan mudah menuju puncak pengeluar penyelesaian sebuah perubahan yang
hebat dan bermanfaat. Semuanya bermula dengan Bersih Muafakat Sejahtera.

Rujukan

Doll, B., Sands, D.J., Wehmeyer, M.L., & Palmer, S. (1996). Promoting the development and
acquisition of self-determination behavior.
House, J.S., Lepkowski, J., Kinney, A., Mero, R., Kessler, R., dan Herzog, A.R. (1994). The
social stratification of aging and health. Journal of Health and Social Behavior, 35(3), 213–34.
James, R. dan Beckett, D. (2000). Higher education and lifelong learning: An Australian
perspective.
In H. Schuetze dan M. Slowey (Eds.) Higher education and lifelong learning: International
perspectives on change. Routledge/Falmer: London, 173-194.
McLeod, J.D. dan Shanahan, M. (1996). Trajectories of poverty and children’s mental health.
Journal of Health and Social Behavior, 37, 207–220.
Ross, C. dan Wu, C.L. (1996). Education, age, and the cumulative advantage in health.
Journal of Health and Social Behaviour, 37:104-120.
Schalock, R. L. (1996). Reconsidering the conceptualization and measurement of quality of
life. (Invited Paper), 22, 71–98.

6

GAGASAN BERSIH, MUAFAKAT & SEJAHTERA:
PENERAPANNYA DALAM KONTEKS ORGANISASI

Disediakan oleh

Hj Bahrom Abu Bakar (KB:PA, DNS, ANS, BKM)
Ketua Eksekutif Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan

Mukaddimah

Pada 29 September 2018, YAB Menteri Besar, Dato Seri Aminuddin bin Harun telah
mengumumkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan bahawa Kerajaan negeri
Negeri Sembian akan menggunakan slogan ‘Bersih, Muafakat dan Sejahtera’ dalam
memacu hala tuju pembangunan negeri ini.
(https://www.facebook.com/nsdailynews/posts/slogan-bersih-muafakat-dan-sejahtera-jadi-
teras-pembangunan-nsseremban-kerajaan-/490793744723030/)

Slogan ini telahpun dibayangkan melalui ucapan sulung beliau sebagai Menteri Besar Darul

Khusus (perlantikan rasmi sebagai Menteri Besar adalah pada 12 Mei 2018) di perhimpunan

para penjawat awam di Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus

pada hari Jumaat, 25 Mei 2018; bertempat di Perkarangan Dewan Undangan Negeri, Negeri

Sembilan. (https://www.ns.gov.my/en/47-berita-2018/236-perhimpunan-pentadbiran-

kerajaan-negeri-sembilan-darul-khusus-2018)

Di dalam ucapan ini, YAB Menteri Besar telah menetapkan tema kepimpinan beliau iaitu
’Bersih, Muafakat, Sejahterakan Rakyat’. Maka, berdasarkan tema inilah terhasil slogan
’Bersih, Muafakat dan Sejahtera’ pula. Malah, apakah definisi bagi setiap ungkap kata
’Bersih, Muafakat dan Sejahtera’ itu juga telah dijelaskan di dalam ucapan sulung yang

tersebut di atas.

Justeru, untuk memahami apakah definisi, falsafah dan garis tindakan yang telah beliau
tetapkan, ucapan pertama di Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang
dinyatakan di atas, perlulah dirujuk semula.

Intipati Ucapan

Ucapan pertama beliau ini telah dimulakan dengan memetik ayat al-Quran:

‫قُ ِل اللَّ ُه َّم َما ِل َك ا ْل ُم ْل ِك تُ ْؤتِي ا ْل ُم ْل َك َم ْن تَ َشا ُء َوتَنز ُع ا ْل ُملْ َك ِم َّم ْن تَ َشا ُء َوتُ ِع ُّز َم ْن تَ َشا ُء َوتُ ِذ ُّل َم ْن تَ َشا ُء بِيَ ِد َك ا ْل َخ ْي ُر‬
‫إِنَّ َك َعلَى ُك ِل َش ْي ٍء قَ ِدير‬

Katakanlah, “Wahai Rabb Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang
yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki.
Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau
kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
segala sesuatu”. [Ali ‘Imrân (3):26].

Di dalam ucapan ini, YAB Menteri Besar telah memberi penghargaan kepada semua Penjawat
Awam di Negeri Sembilan, Dengan dukungan merekalah, maka rakyat Negeri Sembilan telah
dapat menikmati pembangunan di semua sektor. Sumbangan dan jasa mereka amatlah
besar. Beliau mendoakan semoga Allah menerima apa juga yang disumbangkan, sebagai
amal jariyah berkekalan.

‫يَ َرَه َخي ًرا َذ َّرَة ِمثقا ََل يَع َمل فَ َمن‬

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya akan diperlihatkan
kepadanya”.

Sebagai Menteri Besar, visi beliau adalah untuk melihat Negeri Sembilan sebagai Negeri
harapan, maju, harmoni, indah, sejahtera dan berkebajikan. Beliau impikan Negeri Sembilan
mencapai tahap kesejahteraan yang tinggi, seiring dengan negara-negara maju dan sejahtera
tertinggi di dunia. Berdasarkan matlamat ini, beliau telah menetapkan satu tema kepimpinan
dan pengurusan iaitu: ‘Bersih, Muafakat, Sejahterakan Rakyat’. Tema inilah kemudiannya
telah diangkat menjadi slogan ‘Bersih, Muafakat dan Sejahtera’.

Definisi ‘Bersih, Muafakat dan Sejahtera”

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Baru), definisi muafakat adalah
persetujuan, seia sekata, berunding, perundingan, pembicaraan, pemesyuaratan,
mesyuarah, syura, sepakat (DBP, 1989: 836). Manakala definisi sejahtera pula adalah aman,
makmur, senang, tenteram, selamat, terpelihara dari gangguan, bencana, kesusahan dan
sebagainya (DBP, 1989: 1133). Dalam istilah umum, sejahtera menunjuk ke keadaan hidup
yang sebaik-baiknya dan seimbang - selamat, bahagia, makmur dan damai.

Bagi YAB Dato Seri Aminuddin, bersih yang dimaksudkan bukan sahaja kebersihan lahiriah,
malah yang lebih utama adalah kebersihan batiniah. Beliau mahukan, rakyat Negeri Sembilan
menjaga kebersihan lahiriah yang merangkumi kebersihan diri, rumah, tempat makan,
kawasan perumahan, desa-desa, sungai, hutan dan alam sekitar persekitarannya.

Lebih utama, rakyat juga disarankan menjaga kebersihan jiwa dengan mengelakkan sifat-sifat
buruk dan merosakkan (mazmumah) seperti pemarah, hasad, bakhil, buruk makan, buruk
bahasa, gila kuasa, gila dunia, syok sendiri (ujub), sombong (takabbur) dan menunjuk-nunjuk
(riya’). Jika jiwa itu dapat dbersihkan, maka akan terzahirlah insan yang hebat yang memiliki
sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) seperti takut kepada Tuhan (khauf), selalu ingat kematian
(Zikr al-Maut), rasa kasih sayang sesama insan, hidup yang sederhana, (zuhud), berserah
kepada Ilahi (tawakkal), jujur, ikhlas, syukur, redha, sabar, komited dan sebagainya. Dalam
kata lain, segal perbutan yang itu boleh disebut sebagai ihsan (DBP, 1989: 441).

Melalui slogan ‘Bersih’ ini, beliau berharap akan terbentuk sistem perkhidmatan awam yang
berintegriti tinggi, ikhlas, jujur, amanah, sabar, pengasih, perihatin, berlumba untuk membuat
kebaikan, sentiasa memperbaharui niat bekerja kerana ibadat, sentiasa kreatif dan proaktif
dan bersikap ahsan (meningkatkan kecemerlangan secara istiqamah). Dengan nilai-nilai
murni ini, akan terhindarlah sikap curi tulang, rasuah, ponteng, menikam jabatan sendiri dari
belakang, menularkan gosip & fitnah melalui media sosial dsb.

Jiwa Bersih Mempermudah Muafakat

Untuk mencapai sesuatu yang besar dan bernilai tinggi, kita perlu bekerjasama dengan orang
lain. Artinya, kita perlu bekerja secara berpasukan dan berorganisasi (teamwork). Dengan
teamwork: “Together Everyone Achieve More” (TEAM). “Sesungguhnya, pertolongan Allah
adalah mereka yang bekerja secara Jemaah” (Hadis Riwayat Ibnu Abas). “Syaitan itu
serigalanya umat Islam, dia akan menerkam siapa saja yang sendiri, karenanya tetapilah
Jamaah” (Hadis Riwayat Muadz bin Jabal).

Namun demikian, bekerja bersama dengan orang lain, sudah pasti bukanlah suatu yang
mudah. Ia memerlukan hati yang bersih dan jiwa yang ihsan. Apabila ini telah dimiliki, maka
mudahlah muafakat dan kerja berpasukan itu berjalan lancar.

Pike itu itu pelito hati, tonang hulu bicaro,
honing itu seribu akal, dek sabar, mudah & benar bila berunding.

Dengan ihsan terpancar tingkahlaku dan sahsiah cemerlang kepada Tuhan, insan dan alam.
Paling utama, ketrampilan berkomunikasi, berhubung, berunding dan bermuafakat dengan
orang lain. Kemuncak jiwa bersih (ihsan) seorang insan, adalah kesediaan berkorban untuk
kesejahteraan dan kebahgian bersama.

Ke gunung sama di daki, Ke lurah sama dituruni
Hati gajah sama dilapah, Hati kuman sama dicecah

YAB Menteri Besar telah memilih ungkap kata ‘Muafakat’ kerana menyedari akan hakikat
bahawa budaya muafakat ini adalah tradisi yang telah berakar umbi di Negeri Sembilan.
Beliau mahu budaya muafakat ini dibangun dan dipersuburkan kembali sebagai satu
mekanisme berkesan memacu kesejahteraan rakyat.

Betapa pentingnya amalan syura dan bermuafakat ini, dengan mereka yang lemah dan
pernah melakukan kesilapan pun Allah perintahkan agar menerima mereka seadanya dan
bermesyuarah dengan mereka. Firman Allah di dalam Surah Ali Imran ayat 159 yang
bermaksud:

“Karana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah
dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka
bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal
kepada-Nya”. (Ali Imran: 159).

Bersih dan Muafakat Melahirkan Masyarakat Sejahtera

Kita perlu berlaku jujur dengan diri sendiri. Untuk menerima, menghayati sifat-sifat mulia
(ihsan) dan mengamalkan budaya syura, muafakat, teamwork, berunding dan yang
sepertinya, bukanlah suatu yang mudah. Ia suatu proses yang sukar dan memerlukan tekad
dan pengorbanan. Inilah yang dinamakan sunnatuLlah.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

َ‫فَإِ َّنَ َم َعَا ْلع ْس ِرَي ْس ًراَإِ َّنَ َم َعَا ْلع ْس ِرَي ْس ًرا‬
َ

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan”. [Ash-Syarh: 5-6]

Di dalam surah. Al-A'raf Ayat 96, Allah berfirman:
َ‫يَ ْك ِسب ْو ََن َكان ْوا ِب َما فَاَ َخ ْذنه ْمَ َكذَّب ْوا َول ِك َْن َوا ْْلَ ْر ِ َض ال َّس َم ۤا ِءَ ِم ََن بَ َرك َت َعلَ ْي ِه ْمَ لَفَتَ ْحنَا َواتَّقَ ْوا ا َمن ْوا ا ْلق ٰٓرى اَ ْه َلَ اَ َّنَ َولَ ْو‬
“Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan
kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat
Kami), maka Kami siksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan’.

Berdasarkan berbagai maklumat, data dan fakta yang telah disiarkan oleh Kerajaan Negeri
dari masa ke semasa, kita dapat pastikan bahawa sebahgian besar daripada agenda yang
dibentangkan telahpun berjaya disempurnakan. Rumusannya, Slogan BMS, memang telah
menjalankan "core business berjaya meningkatkan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.
Setinggi tahniah kepada semua dan Alhamdulillah.

Latarbelakang KAYNS

Kumpulan Akademi YNS (KAYNS) - 270794-A ditubuhkan pada 22 Julai 1993 merupakan
organisasi yang dimiliki Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan Yayasan Negeri Sembilan dan
" dalam bidang pendidikan kemahiran. Ahli-Ahli Lembaga Pengarah KAYNS dilantik oleh YAB
Dato Menteri Besar Negeri Sembilan (Sebagai Pengerusi Pemegang Amanah YNS dan
Pengerusi MBI).

Buat masa ini, KAYNS bertanggungjawab mentadbir & menguruskan dua buah Institusi
Latihan Kemahiran yang mendapat pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran
dan Kementerian Sumber Manusia. Institusi yang terlibat adalah Kolej Yayasan Negeri
Sembilan (KYNS) yang beroperasi di Gentam, Kuala Pilah dan Institut Perhotelan dan
Pelancongan Negeri Sembilan (IPPNS) yang beroperasi di Era Square, Seremban.

Tujuan penubuhan institusi ini adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga muda berkemahiran
tinggi bagi memenuhi dan menyokong pelan perindustrian Negara selain memberi alternatif
kepada pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktis.

Antara kursus yang ditawarkan adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma
Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang Automotif, Elektrikal, Pembuat Pakaian Wanita,
Pengajar Vokasional, Penyeliaan, Pendawai Elektrik, Pramusaji, Guest Service Operation,
Pemandu Pelancong, Penyedia Makanan (Kulinari), Penyedia Pastri, Kapten Makanan &
Minuman dan Kejuruteraan Elektronik Industri (Peralatan).

Secara umumnya, para graduan di institusi KAYNS mendapat permintaan yang tinggi dari
kumpulan industri. Semasa sedang belajar pun, ramai yang mendapat peluang bekerja
secara separuh masa. 95% pelajar yang graduan dalam bidang-bidang di atas, berjaya
mendapat pekerjaan, berniaga atau meneruskan pengajian dalam tempoh setahun.
Pendapatan mereka secara umumnya di antara RM1500 sehingga RM3000. Dalam tempoh
3-4 tahun, ada graduan yang mendapat gaji sehingga RM5000.

Buat masa ini, jumlah kakitangan KAYNS adalah seramai 65 orang. (Pengurusan, Pensyarah
dan Kakitangan Am).

KAYNS Sebelum Penerapan BMS

1. Pengurusan Kewangan
Kedudukan kewangan sangat genting dan kritikal. Mengalami kerugian sejak 2017
atas berbagai faktor. Perbelanjaan untuk operasi sering terhimpit pada setiap bulan.
Jumlah hutang kepada vendor semakin meningkat. Gaji kakitangan sering gagal
dilunaskan mengikut waktunya. Bekalan air dan elektrik selalu terputus secara
mengejut kerana bahagian kewangan tidak mampu mengurus pembayaran dengan
lancar akibat kedudukan kewangan yang lemah.

2. Pengurusan Aset dan Bangunan
Bangunan kampus sama ada di Gentam atau di Era Square berkeadan uzur, tidak
ceria dan selalu mengalami kebocoran dan kerosakan. Sebahgian bangunan telah

musnah kerana telah dimakan anai-anai. Para pelajar tidak dapat belajar dengan
selesa. Implikasinya, disiplin pelajar sukar dikawal. Kemudahan di asrama juga amat
mendukacitakan. Banyak katil dan tilamnya yang uzur dan kotor. Begitu juga keadaan
tandas dan bilik air.

3. Pengurusan Sumber Manusia

Moral kakitangan nyata sangat rendah. Lazim berlaku konflik dalaman, ponteng kerja,
masalah komunikasi dan produktiviti menurun. Gaji kakitangan telah tidak dinaikkan
sejak 2017, apabila KAYNS mulai alami kerugian niaga. Struktur organisasi terlalu
kompleks, menyebabkan kesukaran pengarahan, kawalan dan pemantauan.

4. Pengurusan Hal Ehwal Akademik

Kualiti pengajaran dan pembelajaran juga telah merosot. Sebahgian kursus yang
mendapat penarafan 5 Bintang oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, gagal
dipertahankan. Ada program yang terpaksa ditutup. Moral para Pensyarah juga telah
jatuh merosot. Ramai yang mengadu tekanan yang sedang mereka hadapi.

5. Pengurusan Komunikasi Korporat & Pemasaran

Jabatan ini sebelum ini tidak wujud. Tugas pemasaran telah diswastakan kepada
pihak luar. Setiap Institut juga berusaha mendapatkan pelajar dengan cara masing-
masing dan bersendirian. Akibatnya, Institusi ini kurang dikenali oleh masyarakat
awam. Jenama Institusi ini juga terlalu banyak. Masyarakat mengenali Institusi ini
dengan berbagai jenama – Kolej Negeri, Kolej Yayasan, IPPNS, ITYNS, IPPYNS dan
berbagai jenama yang lain. Kesannya, masyarakat selalu keliru dan unit pemasaran
ini sukar mendapatkan pelajar.

6. Pengurusan Hal Ehwal Pelajar

Jabatan ini juga tidak wujud sebelum ini. Setiap Institut telah melantik Pegawai Hal
Ehwal Pelajar mereka sendiri. Tiada penyelarasan yang teratur. Mereka bergerak
mengikut kefahaman dan cara masing-masing. Akibatnya, moral dan disiplin pelajar di
dapati merosot. Selalu berlaku salah laku seperti merokok, buli, pergaulan bebas dan
ada yang terlibat penagihan dadah. Hampir tiada sesi pengisian ilmu, kerohanian dan
solat Jemaah.

Penerapan BMS: Tindakan Yang Telah Dilakukan

1. Melantik Pengurusan Baru
Atas keperihatinan YAB Menteri Besar kepada kebajikan dan kemajuan Kumpulan
Akademi YNS, pasukan yang diyakini beliau boleh merealisasikan Slogan BMS, telah
dilantik untuk memimpin dan mengurus Institusi ini. Pada 1 April 2019, Ahli Lembaga
Pengarah yang baru telah dilantik dengan di Pengerusikan oleh YB Dato Dr Razali b
Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. 1 Julai 2019, Ketua Eksektif baru Hj
Bahrom Abu Bakar (seorang Kaunselor Berdaftar dan Perunding Latihan
Pembangunan Sumber Manusia), telah dilantik.

2. Kepimpinan Melalui Teladan
Sesungguhnya, amat diinsafi bahawa amanah yang dipikul amatlah berat. Jawatan itu
bukanlah keistimewaan. Malah ia adalah amanah dan tanggungjawab yang akan
dipersoalkan oleh Allah di akhirat nanti. Justeru, kami yang memikul amanah wajib

menyediakan diri dengan benar-benar memahami dan menghayati ruh dan falsafah
dari cogan kata BMS yang diputuskan oleh kepimpinan Negeri YAB Menteri Besar.
Justeru, kami sendiri, khususnya Ketua Eksekutif yang mengetuai pentadbiran Institusi
ini perlu menghayati dan mengamalkannya sebaik-baiknya agar boleh diteladani oleh
anggota lain yang dipimpin.

3. Membentuk Hubungan Silaturrahim dan Komunikasi
Langkah terawal yang dilakukan oleh mengadakan pertemuan silaturrahim dengan
semua kakitangan secara berperingkat-peringkat. Di samping mengeratkan
kemesraan, Ketua Eksekutif turun menerapkan konsep BMS secara santai dan mudah
difahami, melalui kata-kata ringkas dan bersahaja. Paling utama, hubungan dan
kepercayaan mulai dapat dibentuk, meskipun masih diperingkat awal.

4. Analisis Situasi dan Keperluan
Analisis ini telah dilakukan melalui syura dan temubual (individu dan kelompok),
membaca laporan-laporan, mengkaji kedudukan kewangan, pemerhatian peribadi dan
sebagainya. Sumber maklumat paling utama adalah Pengurus Sumber Manusia,
Pengurus Akademik dan Pengurus Kewangan.

5. Mengakrabkan Komunikasi dengan semua Pemegang Taruh
Ini melibatkan Pejabat Menteri Besar, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Pengarah YNS
dan para pegawainya.

6. Hasil Perbincangan & Mesyuwarah
Hasil daripada perbincangan-perbincangan dengan Pegawai-Pegawai terkanan dan
kakitangan bawahan, yang di adakan secara kerap, dengan kelulusan yang diberikan
oleh Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, maka beberapa keputusan penting dan tindakan
telah dibuat. Antara yang paling signifikan adalah:

a) Menstrukturkan semula organisasi. 12 jabatan yang ada telah digabungkan
menjadi 5 Jabatan Induk mengikut tabie tugas dan tanggungjawab masing-
masing.

b) Melantik seorang Pengurus Kanan untuk mengetui Jabatan Induk.
c) Mengadakan sesi-sesi kerohanian seperti solat jemaah, baca Yasin/Ma’thurat, dan

tazkirah ilmu secara berkala, harian, mingguan dan bulanan (mengikut keperluan
dan jenis sesi).
d) Latihan Bina Pasukan untuk semua kakitangan
e) Bengkel Perancangan Strategik untuk semua Pegawai & Pengurus.
f) Mewujudkan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pengambilan Pelajar.
g) Mewujudkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar
h) Menjenamakan semula semua Institut dengan nama baru “Kolej Yayasan Negeri
Sembilan.
i) Memberikan cadangan kepada Ahli Lembaga Pengarah mengenai sebarang
keperluan termasuk cadangan mendirikan Kompleks Baru KAYNS di Gentam,
Kuala Pilah.
j) Menyediakan kertas-kertas cadangan untuk mengatasi sebarang masalah
kewangan, pentadbiran, hal ehwal pelajar, akademik, ka kitangan kepada pihak
Ahli-Ahli Lembaga Pengarah.
k) Mengumpul data dan mengukuhkan jaringan komunikasi dangan masyarakat
seperti Ahli-Ahli DUN, Penyelaras DUN, MPKK, Guru Bimbingan & Kaunseling,
Pemimpin NGO, Pemimpin Belia, Pengurusan Felda dsb.

l) Mewujudkan Jabatan baru iaitu Jabatan Penyelidikan dan Latihan

Pencapaian Utama Hasil BMS
Adalah diakui dengan jujurnya, tidaklah semua yang telah dicapai dapat dihasilkan dengan
sepenuhnya dan sempurna. Namun, berkat BMS yang telah dilaksanakan, dengan insiatif
yang telah diusahakan dapat disenaraikan beberapa pencapaian utama seperti berikut:

1. Pengurusan Kewangan
Kedudukan kewangan hari ini lebih stabil dan terurus. Kerugian besar yang dialami
sejak 2017 dan kemuncaknya pada tahun 2019, mulai menurun pada tahun 2020 dan
terus menurun pada tahun kewangan 2021. Adalah dijangkakan, berdasarkan akaun
yang ada, KAYNS akan mendapat keuntungan kecil untuk tahun kewangan 2022 ini.
Buat masa ini, meskipun masih alami kesulitan, perbelanjaan untuk operasi dapat
dilunaskan dengan lebih baik dan lancar. Jumlah hutang Syarikat kepada para vendor
semakin mengecil kerana hutang telah dapat dilunaskan secara beransur-ansur.
Secara umumnya, gaji kakitangan juga telah dapat dilunaskan mengikut waktu.
Dengan sokongan YAB Menteri Besar dan Ahli Lembaga Pengarah, KAYNS juga
dijangka akan menerima pendapatan tambahan dari sumber di luar bidang pengajian
dalam masa terdekat.

2. Pengurusan Aset dan Bangunan
Alhamdulillah, bangunan baru bernilai RM10 juta telahpun disiapkan. Bangunan Surau
telah mula digunakan. Para pelajar telah menunaikan solat jemaah secara selesa dan
konsisten di Surau ini. Peruntukan untuk membeli perabut dan peralatan bernilai RM1
juta, telahpun diterima. Kontraktor pembekal sedang menyelesaikan pembekalan dan
dijangka dapat disempurnakan di akhir bulan Ogos 2022 ini. Bangunan yang telah
siap ini, dijangka akan dapat digunakan sepernuhnya mulai 1 September 2022 akan
datang. Peruntukan tambahan RM2juta sedang diproses oleh pihak YNS. Dengan
peruntukan ini, pelbagai alat dan kemudahan akan diganti dengan yang baru. YAB
Menteri Besar juga telah memberi jaminan akan menyediakan peruntukan tambahan
sebanyak RM10 juta lagi, untuk pembinaan bangunan tambahan baru yang akan
dibina mulai Januari 2023. Bangunan baru ini akan mula dimanfaatkan pada 1
September 2022. Syukur Alhamdulillah.

3. Pengurusan Sumber Manusia

Meskipun terdapat kelemahan dan kekurangan, adalah nyata semangat kerja
kakitangan jauh bertambah tinggi. Hubungan silaturrahim, komunikasi dalaman dan
produktiviti jauh meningkat. Selepas 4 tahun, jumlah gaji tidak berubah, mulai 2021,
gaji kakitangan telah dinaikkan. Bonus dan saguhati penuh juga telah mulai dibayar.
Struktur organisasi yang terbaru, menjadikan pengarahan, kawalan dan pemantauan
berjalan lebih teratur dan berkesan.

4. Pengurusan Hal Ehwal Akademik

Meskipun masih boleh diperbaiki lagi, kualiti pengajaran dan pembelajaran juga jelas
semakin meningkat. Program Diploma baru telah dapat dimulakan. Usaha untuk
mendapatkan kembali penarafan 5 Bintang oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran,
gagal dipertahankan sedang dilakukan. Program baru sedang dilancarakan. Kapasiti
pelajar juga akan ditambah.

5. Pengurusan Komunikasi Korporat & Pemasaran

Selepas Jabatan ini diwujudkan, meskipun para pegawainya masih baru dengan tugas
yang yang diamanahkan, mereka mampu melaksanakan tugas dengan berkesan.
Nama baru Kolej Yayasan Negeri Sembilan semakin dikenali oleh masyarakat umum.
Medium komunikasi dengan awam juga telah dipelbagaikan. Melalui saluran media
sosial dan kaedah digital, penyebaran maklumat telah dapat disebarkan leih meluas,
pantas dan berkesan. Jumlah pelajar yang mendaftar juga semakin mantap
berbanding tahun-tahun yang silam. Kemudahan teknologi di Jabatan ini akan terus
dipertingkatkan dalam masa terdekat.

6. Pengurusan Hal Ehwal Pelajar

Dengan wujudnya Jabatan ini, pengurusan hal ehwal pelajar mulai menjadi lebih
kemas dan teratur. Mesyuarat anggota yang terlibat kerap diadakan. Di bawah
Jabatan ini, beberapa strategi baru telah digerakkan melalui Majlis Pimpinan Pelajar
(Umum), MPP (Asrama), Kelab-Kelab, Alumni KYNS. Semakin ramai pelajar tahfiz
menyertai Kolej ini. Merekalah yang menjadi tonggak kelancaran aktiviti kerohanian
sama ada di Asrama dan Surau. Setakat ini, tidak kejadian perlanggaran moral yang
serius dilapurkan.

7. Bantuan Kebajikan Untuk Pelajar

Menyedari akan kesulitan kewangan yang sedang dihadapi oleh para pelajar Kolej ini,
YAB Menteri Besar telah memutuskan pemberian anugerah geran sebanyak RM1000
(one off) kepada semua pelajar. Juga, pemberian RM100 setiap bulan untuk setiap
pelajar sehingga mereka menamatkan pengajian.

8. Jabatan Latihan & Penyelidikan
Dianugerahkan projek penyelidikan ‘Kajian Impak 3 Program Inisiatif Kerajaan Negeri
Sembilan, oleh Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Negeri Sembilan. Ini
adalah kejayaan awal yang membolehkan KAYNS mewujudkan Institut Kajian
Strategik Negeri Sembilan.

9. Impian Kolej Universiti Yayasan Negeri Sembilan.
Visi BMS YAB Menteri Besar, adalah untuk memastikan Kolej Yayasan Negeri
Sembilan dapat dinaikkan taraf kepada Kolej Universiti dalam tempoh 3-5 tahun lagi.
Ini hanya boleh dilakukan andainya keadaan ekonomi dan kedudukan kewangan
Negeri cukup mantap dan mengizinkan. Jika ini berjaya dilakukan, nyatalah kata
azimat BMS yang dicetuskan pimpinan Negeri kita, benar-benar ungkapan yang
azimat dan keramat. .

10. Impak Kesejahteran Kepada Rakyat
Kami menjangkakan jumlah pelajar akan dapat dipenuhkan sehingga 500 orang (400
orang kursus jangka panjang dan 100 orang separuh masa/kursus jangka pendek).
Sekiranya 500 orang ini dapat diberi pentarbiyahan BMS yang berkesan, bermakna
500 keluarga akan mendapat tempiasnya. Sekiranya, setiap pelajar berupaya
mempengaruhi 10 orang rakan sebaya (langsung dan tidak langsung), bermakna 5000
orang generasi sebaya yang berpotensi mendapat rahmat peningkatan kualiti
keihsanan, kemuafakatan dan kesejahteraan hidup mereka.

Rumusan:

Dengan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa melalui penerapan dan
penghayatan kata azimat BMS yang melibatkan semua pemegang taruh dan anggota
organisasinya, Institusi KAYNS ini telah berjaya mencapai kejayaan dan kesejahteraan yang

luar biasa, selepas mengalami situasi yang tidak memberangsangkan sejak beberapa tahun
yang silam.

Jujur diakui, masih banyak lagi yang perlu dipertingkatkan – khususnya dari sudut bersih dan
keberkesanan muafakat yang diamalkan. Usaha ini adalah suatu yang bersifat kekal dan
berterusan. Tanpa tekad, kesungguhan, kesabaran dan istiqamah, tidak mungkin pencapaian
dan kesejahteraan dapat digapai secara optimum.

Penulis ingin rakamkan rasa syukur kepada Allah dan rasa terima kasih tidak terhingga
kepada YAB Dato Menteri Besar Negeri Sembilan, kerana sudi memberi peluang dan
kepercayaan kepada kami yang dhaif ini untuk mengetuai Pengurusan KAYNS ini. Atas dasar
BMF, bantuan, teguran, kritikan dan nasihat berterusan yang diberikan amat membekas
kepada tugas kami demi kesejahteraan pelajar dan rakyat yang memerlukan.

Penghargaan kami kepada YB Dato Dr Razali b Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri
Sembilan (Pengerusi ALP mulai April 2019 sehingga Disember 2019). Juga, kepada YB Dato
Mohd Khidir bin Majid (Pengerusi ALP mulai 1 Januari 2020 sehingga sekarang). Pimpinan,
arahan, teguran, bimbingan yang diberi, amat bermakna sekali. Semua inilah yang
memungkinkan segala pencapaian mampu dicapai seadanya.

Dirakamkan penghargaan tinggi kepada Pengarah YNS, Tuan Haji Nazri b Kassim, yang
begitu prihatin dan ihsan atas kemajuan Institusi kami. Sokongan dan bimbingan tuan dan
para pegawai tuan, amat membantu kami dalam mempercepat kemajuan dan pencapaian.
Seterusnya kepada rakan-rakan di Pejabat Menteri Besar, SUK Negeri, Kewangan Negeri,
MBI, MAINS, JHEAINS dan semua Sektor dan Jabatan di Negeri Sembilan.

Juga, kepada semua rakan jaringan kami keakraban komunikasi dan kolaborasi ini adalah
pancaran murni dari semangat Bersih Muafakat dan Sejahtera (BMS) yang sama dihayati di
seluruh peringkat pimpinan.

Berkat kata azimat Bersih, Muafakat dan Sejahtera, pelbagai kejayaan dan pencapaian yang
mensejahterakan rakyat akan terus dicipta. Kecemerlangan kepimpinan YAB Dato Menteri
Besar, bakal dicatat dengan tinta keemasan dalam sejarah kepimpinan tertinggi Kerajaan
Negeri Sembilan. Wallahuaklam. Terima kasih.

PELAKSANAAN PRAKARSA PROGRAM KESEJAHTERAAN INSAN DI
BAHAGIAN KAUNSELING MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS)

HAJI MUHAMMAD HAJI NORDIN (PHD),
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

PENGENALAN

Secara umumnya kaunseling merujuk kepada perkhidmatan profesional yang
ditawarkan oleh seorang kaunselor yang terlatih mengikut bidang dan kepakarannya. Melalui
suasana yang terapeutik berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh etika kaunseling,
perkhidmatan kaunseling akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Jalinan hubungan
antara klien dan kaunselor akan dapat membantu menangani isu-isu yang berkaitan jiwa,
personaliti, hubungan sesama manusia dan sebagainya. Melalui perkhidmatan kaunseling ini.
Bahagian Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mula ditubuhkan pada tahun 1998
bagi menyahut seruan kerajaan agar institusi agama juga turut berperanan meningkatkan
mutu kesihatan dan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kesihatan mental.

Peranan ini akan dapat membantu meningkatkan keperluan masyarakat terhadap
perkhidmatan kaunseling sesuai dengan persekitaran sosial yang semakin kritikal.
Perkhidmatan ini dijalankan di lokasi strategik dalam kawasan pusat membeli belah bagi
memberi kemudahan kepada orang awam dan membantu semua lapisan masyarakat dengan
mengendalikan pelbagai masalah sosial yang mereka hadapi secara sistematik. Bahagian
Kaunseling MAINS ini diterajui oleh seorang Ketua Kaunselor, sembilan orang Kaunselor,
seorang Pegawai Latihan, lima orang penolong kaunselor, enam orang pembantu tadbir dan
seorang pemandu.

OBJEKTIF DAN FUNGSI BAHAGIAN KAUNSELING MAINS

Penubuhan Bahagian Kaunseling MAINS ini berobjektifkan untuk menyediakan
beberapa pilihan kepada masyarakat bagi menangani dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi secara yang lebih praktikal, menawarkan perkhidmatan kaunseling secara
profesional oleh individu yang pakar dan terlatih dalam bidang kaunseling dan persediaan
secara preventif dalam mengendalikan masalah yang mungkin berlaku pada masa hadapan.
Di samping itu, bahagian memberikan perkhidmatan dengan berteraskan tiga konsep utama
iaitu Profesional, percuma dan terbuka. Klien datang secara sukarela atau rujukan. Klien yang
datang ke bahagian ini sama ada Rjukan daripada pihak kerajaan, swasta, NGO atau individu.
Para klien datang secara bersemuka di premis melalui janji temu, panggilan telefon, surat,
emel, facebook atau pihak kaunselor sendiri yang turun padang.

PELAKSANAAN PROGRAM KESEJAHTERAAN INSAN

Pelbagai program, aktiviti, sesi kaunseling individu dan kelompok telah dilaksanakan
oleh bahagian ini dalam mensejahterakan insan di Negeri Sembilan. Bermotokan
perkhidmatan “KAMI SEDIA HULUR BANTUAN, ANDA PULANG DENGAN SENYUMAN”.
Seorang kaunselor perlu menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan tanggungjawab kaunselor
Muslim dalam sepanjang proses terapi yang dilalui oleh klien, menyemaikan dan
menggalakkan bibit-bibit penyuburan sifat-sifat mahmudah ke dalam diri klien. Sesuatu yang
jelas diketahui punca utama masalah-masalah yang dihadapi oleh klien ialah disebabkan klien
dikuasai oleh sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat keji). Dalam hadis baginda, Rasulullah pernah
bersabda yang mafhumnya; “aku telah diutuskan semata-mata untuk menyempurnakan budi
pekerti manusia”. Untuk memastikan proses terapi berjalan lancar kaunselor hendaklah
terlebih dahulu merupakan role model kepada masyarakat sebagaimana Rasulullah
merupakan contoh kepada umat

Dalam menyantuni para klien, seseorang kaunselor perlu mempunyai hati yang bersih.
Hati menurut al-Ghazali merupakan salah satu elemen yang memberikan kelebihan kepada
seseorang. Penggunaan hati yang betul akan menguntungkan seseorang. Walau bagaimana
pun, sekiranya digunakan dengan cara yang bercanggah dengan ajaran Islam, manusia akan
menyimpang jauh daripada jalan Islam. Hati memainkan peranan yang sangat besar kerana
dengan hati bersih manusia dapat memahami ilmu, dapat mengenal Allah SWT seterusnya
menanam kepercayaan dan keimanan yang utuh dalam diri manusia (Muhammad Hilmi et. al
2016). Hati yang bersih akan membantu kaunselor menjadi sabar. Ini adalah kerana kunci
kepada kaunselor yang baik adalah kesabaran dan ketekunan apabila berhadapan dengan
pelanggan. Orang yang memerlukan khidmat nasihat harus dibenarkan berasa selesa dan
dipujuk secara perlahan-lahan untuk menambat hati mereka, supaya mereka meluahkan
masalah yang mereka hadapi (Norazman 2022)

Kaunselor akan berjaya hanya apabila diterima orang yang memerlukan khidmat
nasihat dan sanggup meluahkan isi hati mereka. Dalam menerajui perkhidmatan kaunseling
di Negeri Sembilan, Bahagian Kaunseling telah menjalankan pemuafakatan bersama-sama
agensi luar untuk menyebarluaskan lagi perkhidmatan kaunseling di Negeri Sembilan.
Membina jaringan dan jalinan dengan agensi luar antaranya ialah Klinik Kesihatan Bahau
Felda Pasoh 2, Klinik Desa Astana Raja Kota Rembau, Klinik Kesihatan Rembau, Dewan
Orang Ramai Serting Tengah, Klinik Kesihatan Pedas, Pejabat Daerah Kuala Pilah, Terminal
One Shopping Complex, SMA Dato Hj Mustafa, AADK Rembau, Masjid Kariah Kampong
Londah, Klinik Kaunseling Klinik Kesihatan Gemas, Klinik Kesihatan Gemencheh, Klinik
Kaunseling di Giant Kuala Pilah, Klinik Kaunseling Pejabat Daerah Kuala Pilah, AADK Jempol
serta Pasar Tani Kuala Pilah.

Sementara itu peringkat penganjuran pemuafakatan tersebut adalah seperti dalam
Rajah1

Antarabangsa Kebangsaan
1% 6%

Negeri
16%

Daerah
77%

Rajah 1-Program Pemuafakatan Bahagian Kaunseling MAINS dengan agensi
luar

Berdasarkan rajah 1 di atas, sebanyak 93% program pemuafakatan di jalankan di
Negeri Sembilan iaitu merangkumi 77% peringkat daerah dan 16% peringkat negeri. Fokus
Bahagian Kaunseling memberikan perkhidmatan di Negeri Sembilan menunjukkan bahawa
pemilihan rakan strategik pemuafakatan untuk masyarakat setempat merupakan suatu usaha
yang murni dalam memastikan kelestarian perkhidmatan kaunseling diperoleh oleh warga
Negeri Sembilan. Selaras dengan metode dakwah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad
S.A.W bahawa tadarruj dalam berdakwah perlulah dimulakan dahulu dengan mereka yang

paling hampir dengan pendakwah. Sesungguhnya Allah Ta’ala ketika pertama kali mengutus
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, Allah Ta’ala mengatakan,

‫ا ْْلَ ْق َر ِبي َن َع ِشي َرتَ َك َوأَ ْن ِذ ْر‬

“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat.” (Asy-Syu’araa’ 26:
214)

Berdasarkan ayat di atas, menjelaskan bahawa sekiranya di sesebuah negerinya
sendiri terdapat ruang dan kesempatan untuk berdakwah dan memperbaiki keadaan
masyarakat, maka tidak selayaknya baginya untuk keluar ke negeri yang lain. Walau
bagaimana pun, jika tiada ada ruang untuk dakwah disebabkan di negerinya sudah berada
dalam keadaan yang diinginkan oleh syariat, maka boleh baginya untuk keluar ke negeri atau
kawasan lain yang dihasratkan

Sementara itu, Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan MAINS sangat aktif
dalam melaksanakan program mensejahterakan insan di Negeri Sembilan khususnya dalam
membantu warga Negeri Sembilan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam isu
rumahtangga, keluarga, kerjaya, sosial, peribadi dan pelajaran seperti yang terdapat dalam
Jadual 1

Analisis Sesi Kaunseling Individu Januari hingga Disember tahun 2020 dan 2021

BIL KATEGORI KES PEJABAT JAN – DIS JAN - DIS JUMLAH PERATUSAN (%)
HQ 2020 2021 673 61
RUMAHTANGGA 279 394 109 10
1. SENAWANG 48 61 28 3
REMBAU 7 21 54 5
KELUARGA TAMPIN 25 29 46 4
2. 3 43 112 10
KUALA PILAH 55 57 79 7
KERJAYA JEMPOL 40 39 1101 100
3. 457 644 104 42
PORT DICKSON 60 44 20 8
4. JUMLAH 0 20 16 6
SOSIAL HQ 13 3 27 11
14 13 41 16
SENAWANG 7 34 26 10
REMBAU 13 13 18 7
TAMPIN 7 11 252 100
114 138 12 41
KUALA PILAH 5 7 2 7
JEMPOL 1 1 11 38
1 10 1 4
PORT DICKSON 0 1 3 10
JUMLAH 3 0 0 0
HQ 0 0 0 0
0 0 29 100
SENAWANG 10 19 21 23
REMBAU 20 1 5 5
TAMPIN 0 5 50 53
20 30 2 2
KUALA PILAH 2 0 6 6
JEMPOL 1 5 10 11
1 10 0 0
PORT DICKSON 0 0
JUMLAH
HQ

SENAWANG
REMBAU
TAMPIN

KUALA PILAH
JEMPOL

PORT DICKSON

Jadual 1
Sumber: Bahagian kaunseling dan Pembangunan Insan MAINS (2022)

Berdasarkan analisis kaunseling individu pada tahun 2020 dan 2021 (Jadual 2) di tujuh
buah pusat kaunseling yang terdapat di setiap daerah mendapati bahawa kes rumahtangga
merupakan kes yang paling tinggi iaitu sebanyak 53.30%, peribadi 26.32%, keluarga 12.20%,
sosial 4.50%, pelajaran 2.28% dan kerjaya 1.40%.

Analisis Kategori Kes Kaunseling Tahun 2020 dan 2021

Kategori Kes Jumlah Peratus
Rumahtangga 1101 53.30
252 12.20
Keluarga 1.40
Kerjaya 29 4.50
Sosial 94 26.32
Peribadi 544 2.28
Pelajaran 47

Jumlah 2067 100

Jadual 2

Sungguhpun kes rumah tangga mencatat kes yang tertinggi dalam kes kaunseling di
Negeri Sembilan, jika dilihat pada statistik keganasan rumah tangga pada tahun 2020 di
Malaysia menunjukkan bahawa Negeri Sembilan hanya mencatatkan lapan kes iaitu sekitar
3% daripada jumlah keseluruhan kes keganasan rumah tangga seperti yang terdapat dalam
jadual 3. Ini menunjukkan kes rumah tangga yang dikendalikan oleh Bahagian Kaunseling
MAINS adalah kes yang dikategorikan sebagai kes yang kurang melibatkan kes keganasan
rumah tangga. Berdasarkan temu bual dengan Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Kaunseling dan Pembangunan Insan menyatakan bahawa kes rumah tangga merupakan kes
paling tinggi pada tahun 2020 dan 2021. Isu rumah tangga yang dikendalikan oleh bahagian
tersebut adalah merangkumi isu-isu seperti berikut:

i) tanggungjawab: iaitu berkaitan nafkah zahir dan batin
ii) kerjaya: suami yang tidak bekerja
iii) kewangan: keberhutangan yang serius, terlibat dengan Ah Long serta

menanggung hutang pasangan tanpa pengetahuan
iv) social: gejala sosial, hubungan dalam perkahwinan dana masalah kejiranan
v) seksual: tidak menunaikan tanggungjawab, keinginan seksual yang tinggi,

mengelak melakukan hubungan intim dan terlibat dalam hubungan songsang
vi) kekeluargaan: hubungan suami, ibu bapa dengan anak, menantu dengan

mentua, dan hubungan sesame ipar duai
(Norazman 2022)

Jadual 3: Bilangan kes KRT di Malaysia semasa PKP (18 Mac-12 Mei 2020)

Negeri Bilangan kes
Pulau Pinang 80
Selangor 70
Johor 21
Kuala Lumpur 20
Pahang 13
Perak 12
Kedah 11
Negeri Sembilan 8

Sabah 8
Kelantan 5
Melaka 3
Terengganu 3
Sarawak 1
Perlis Tiada kes
Labuan Tiada kes
Jumlah 255

Sumber: WCC (2020) & KPWKM (2020)

Antara faktor -faktor menyumbang kepada kes keganasan rumah tangga era
pandemik ialah kekangan ruang persekitaran, pengaruh dadah dan alkohol, kebergantungan
pada pasangan, ketiadaan sistem sokongan yang kukuh, konflik dalaman individu dan tiada
ilmu tentang keganasan rumah tangga (Muhammad Wafi et. al 2021). Sementara itu, faktor-
faktor yang menyumbang kepada isu rumah tangga menurut Norazman (2022) ialah kurang
ilmu agama, tidak mengamalkan ajaran agama, sikap diri yang ego, campur tangan pihak luar,
tidak berminat untuk perbaiki diri serta meremehkan urusan kehidupan

Berdasarkan faktor-faktor di atas, tadbir urus insan atau human governance bertindak
sebagai mekanisme untuk meningkatkan nilai teras, etika dan tingkah laku seseorang individu
yang membimbing dalaman individu itu sendiri (Siti Fatimah & Nasri 2020). Tadbir urus insan
mendorong seseorang memahami sepenuhnya tentang tanggungjawab dirinya kepada
Tuhan, memberi keadilan kepada diri dan masyarakat di sekelilingnya dan sentiasa berusaha
meningkatkan potensi diri ke arah yang lebih baik (Wan Mohd Noor Wan Daud, 2005).

Justeru, tadbir urus insan merupakan satu proses untuk membentuk jati diri insan yang
mempunyai nilai-nilai murni dalam diri berorientasikan matlamat hidup sebagai pemimpin
kepada diri sendiri mahupun pemimpin kepada orang lain. Memahami tanggungjawab
sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi merupakan perkara yang perlu diberikan
perhatian. Namun, pada era teknologi yang penuh dengan kecanggihan dan kemudahan,
didapati naluri insan yang sepatutnya membantu pembentukan akhlak dan peribadi
seseorang insan untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari semakin hilang atau lenyap (Arfah
& Aziuddin 2009). Oleh sebab yang demikian, seseorang manusia berkemungkinan hilang
sifat sikap hormat-menghormati, bertoleransi dan mementingkan diri sendiri akan menguasai
diri dan hilang pertimbangan ihsan dalam diri (Siti Fatimah & Nasri 2020)

Justeru, peranan Bahagian Kaunseling MAINS amatlah bermakna buat warga Negeri
Sembilan kerana sangat aktif dalam mensejahterakan insan seluruh Negeri Sembilan
dengan pelbagai program di peringkat organisasi, daerah mahu pun negeri

RUMUSAN PELAKSANAAN PROGRAM

Justeru, peranan Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan MAINS amatlah bermakna
buat warga Negeri Sembilan kerana sangat aktif dalam mensejahterakan insan seluruh Negeri
Sembilan dengan pelbagai program di peringkat organisasi, daerah mahu pun negeri. Antara
prakarsa program susulan yang di rancang ialah

i. program pembangunan insan

ii. intervensi / rawatan awal melalui seminar, bengkel dan kursus

iii. program pembangunan keluarga: family therapeutic programme

v. program ziarah dan mahabbah

(Norazman 2022)

Program yang dirancangkan mengambil kira keperluan masyarakat di Negeri
Sembilan selaras dengan visi dan misi MAINS iaitu pemangkin kesyumulan Islam dan ummah
berkualiti serta membangun dan memajukan umat Islam serta memelihara kesucian Islam.
Kes

PENUTUP

Kesimpulannya, tanggungjawab memberikan perhidmatan kepada sesebuah masyarakat
perlu di dasari dengan harta yang bersih, pemuafakatan yang jitu antara agensi serta
bermatlamatkan kesejahteraan insan. Kerjasama daripada masyarakat dalam menjayakan
sesebuah program pula akan menatijahkan hasil yang dihasratkan. Sesungguhnya amanah
Allah SWT yang dipertanggungjawabkan kepada insan ialah sebagai khalifah Allah yang
bertujuan untuk memakmurkan bumi Allah berpandukan syariat Islamiyyah.

Rujukan

Arfah Salleh, & Aziuddin Ahmad. (2009). Molding Human Business Leaders - What Business
School Instructors Can Learn from Quantum Physics. Journal of Islamic Economics, Banking
and Finance. Volume 5(2), 23-43.

Muhammad Hilmi Jalil, Zakaria Stapa & Raudhah Abu Samah. 2016. Konsep Hati Menurut
Al-Ghazali. Jurnal Reflektika, Vol 11: 11 UKM

Muhammad Wafi Ramli, Sharifah Rohayah Sheikh Dawood & Sofia Haminah Mohd Som.
Pandemik COVID-19 dan keganasan rumah tangga: Suatu tinjauan semasaPerintah
Kawalan Pergerakan di MalaysiaGEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and
Space 17 issue 3 (137-152)© 2021, e-ISSN 2682-7727 https://doi.org/10.17576/geo-2021-
1703-10

Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). (2020, Julai 27).
Pemberitahuan pertanyaan jawab lisan Dewan Rakyat mesyuarat kedua, penggal ketiga
parlimen keempat belas.
https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/Dokumen/Jawapan%20Dewan%20Rakyat/
Gabung%2027%20Julai%202020.pdf

Mok, O. (2020, Mac 26). Women’s Centre for Change’s online counselling for women,
children in crisis continues. MalayMail.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/03/26/ womens-centre-for-changes-online-
counselling-for-women-children-in-crisis-c/1850452

Siti Fatimah Muhamad Nor & Nasri Naiimi. Kepentingan Tadbir Urus Insan Dalam
Pengurusan Syarikat Keluarga: Satu Tinjauan. Journal of Global Business and Social
Entrepreneurship (GBSE)Vol. 6: No. 19 (September 2020) mukasurat 1-8

Norazman Amat. 2022. Program Kaunseling Di Negeri Sembilan. Seremban. Temu bual, 25
Julai.

Wan Mohd Noor Wan Daud. 2000. Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam, Syed M. Naquib
Al-Attas: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

TEMA-TEMA BERSIH, MUAFAKAT DAN SEJAHTERA DALAM TEKS
KHUTBAH JUMAAT DAN AIDILFITRI JABATAN HAL EHWAL AGAMA

ISLAM NEGERI SEMBILAN (JHEAINS)

Khazri Osman
Pensyarah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM

[email protected]

Dayang Sakini Mohd Kadri
Pensyarah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

[email protected]

Amiza Khusyri Yusof
Bahagian Pendidikan, JHEAINS
[email protected]

Abstrak

Khutbah adalah salah satu wasilah menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Khutbah yang baik seharusnya mengandungi kandungan dan idea yang baik yang
dapat membentuk pemikiran, penghayatan dan kesedaran dalam kalangan pendengar
dan golongan sasaran. Bersih, Muafakat, Sejahtera ialah idea dan gagasan yang
diketengahkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Sebagai agensi agama Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) memanfaatkan khutbah sebagai
medan untuk menyedarkan masyarakat dengan nasihat dan peringatan yang baik.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti, mengkategorikan teks-teks khutbah Jumaat dan
Aidilfitri yang diterbitkan oleh JHEAINS berdasarkan tema-tema “Bersih, Muafakat,
Sejahtera.”, seterusnya menganalisis teks-teks khutbah tersebut. Sebanyak 12
sampel teks khutbah telah dipilih untuk tahun 2018 – 2021. Hasil kajian mendapati
teks-teks khutbah yang diterbitkan oleh JHEAINS sesuai dengan tema-tema ”Bersih,
Muafakat, Sejahtera” termasuklah asosiasi atau idea gagasan ini selain maknanya
yang tersurat. Untuk kajian akan datang, pengkaji yang berminat boleh mengkaji dari
sudut kesan penghayatan khutbah Jumaat JHEAINS oleh masyarakat. Hal ini amat
penting kerana ilmu yang diperoleh daripada khutbah seharusnya diamalkan kerana
iman yang sempurna tidak boleh mengabaikan aspek ini.

1.0 Pengenalan

Khutbah Jumaat ialah medium komunikasi yang amat penting kerana
penyampaiannya diwajibkan di setiap masjid pada setiap hari Jumaat. Khutbah
Jumaat juga memiliki pendengar yang ramai khususnya kaum lelaki kerana golongan
inilah dikehendaki menghadiri solat Jumaat sekiranya tidak ada keuzuran. Di Malaysia,
khutbah Jumaat boleh didengar sama ada dari dalam masjid, menerusi televisyen
khususnya untuk masjid-masjid terpilih, radio dan Facebook. Hal ini bermakna,
golongan wanita juga dapat mengikuti khutbah Jumaat sekalipun mereka berada di
rumah. Di Negeri Sembilan, khutbah Jumaat dapat diikuti sekurang-kurangnya
menerusi tiga medium iaitu, di masjid, radio dan teks khutbah yang dimuat naik
menerusi laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
(JHEAINS).

Setiap pihak berkuasa agama di negeri sama ada Jabatan Mufti, Jabatan
Agama Islam atau Majlis Agama Islam menetapkan garis panduan penghasilan teks
khutbah. Para penulis khutbah yang dilantik dikehendaki mematuhi garis panduan
yang telah ditetapkan ini. Di Negeri Sembilan, penghasilan teks khutbah
dipertanggungjawabkan kepada JHEAINS. Jabatan ini mewujudkan Garis Panduan

Penulisan Khutbah bagi menjamin ketulenan dan kualiti teks khutbah. Burhanuddin
Jalal (1997) berpendapat bahawa terdapat empat ciri teks khutbah yang penting iaitu
isi, bahasa, teknik penyampaian dan jangka masa penyampaian khutbah. Kandungan
teks sangat penting kerana fokus terletak pada mesej yang ingin disampaikan.
Walaupun khatib memiliki kemahiran dalam pidato, pertuturannya jelas dan ringkas,
belum tentu mesej yang disampaikan berkesan. Hal ini disebabkan struktur mesej
yang ingin disampaikan memainkan peranan yang penting untuk pendengar
memahami mesej teks itu.

Negeri Sembilan adalah satu negeri (state) di pantai barat Semenanjung
Tanah Melayu yang terletak di selatan Kuala Lumpur dan Selangor pada koordinat 2ᴼ
45N 102ᴼ 15E. Negeri ini mempunyai budaya yang agak berbeza dengan negeri-
negeri lain di Tanah Melayu. Masyarakat negeri ini pernah menerima pengaruh
budaya dari luar, iaitu migrasi orang Minangkabau, Sumatera (Idris Aman et al. 2016).
Negeri Sembilan ialah negeri yang unik dengan adatnya. Aspek adat yang menjadi
teras identiti dan keperibadian Negeri Sembilan telah dapat diterima dan diikuti
secara beransur-ansur oleh setiap golongan rakyat. Namun demikian
pelaksanaannya pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai dalam masa yang singkat.
Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu mencapai hasrat dan
cita-cita pelaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja adat yang membentuk
identiti dan keperibadian negeri akan dapat dibezakan dengan adat yang bersifat
kesukuan atau perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk itu akan mencirikan
sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan akan
memperlihatkan keperibadian Negeri Sembilan itu sendiri sebagai sebuah negeri
yang bermaruah dan tidak dikatakan mengamalkan adat dan budaya Minangkabau
sahaja (Mohd Rosli Saludin 2015).

Bersih, Muafakat dan Sejahtera ialah gagasan yang diketengahkan oleh
Kerajaan Negeri Sembilan. Menerusi gagasan ini, pentadbiran negeri berusaha
menjadikan bersih dan integriti sebagai teras dalam pengurusan. Selain itu,
kebersihan juga dipraktikkan dalam pembangunan dan pelestarian alam sekitar.
Muafakat pula menekankan kepentingan amalan kerjasama dan tautan antara hati
anggota masyarakat serta pelaksanaan syura sebagai perbincangan bagi membuat
keputusan seperti kata pepatah, bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana
muafakat. Amalan bersih, integriti dan kata sepakat yang tulus insya-Allah akan
menatijahkan kesejahteraan, kebahagian dan ketenangan jiwa penduduk dan negeri
dari semua aspek.

2.0 Kandungan Khutbah yang Baik

Rohaily @ Abd Rahman Abd Hamid (2012) memetik pandangan Musṭafā Murād dalam
Rauḍah al-Khuṭabā bahawa antara ciri isi khutbah yang baik adalah seperti yang
berikut:

a) Hanya menggunakan dalil-dalil yang bersumber dari al-Quran, hadith, āthār
sahabat r.a. dan pendapat para ulama muktabar.

b) Sangat digalakkan sekiranya dapat dimuatkan mauduk khutbah dengan
kisahkisah yang benar.

c) Merujuk hanya kepada dalil-dalil yang sahih dari al-Quran, hadith, Āthār
Sahabat dan kisah-kisah benar dan berusaha menjauhi dalil-dalil yang palsu
dan lemah, khurafat dan sangkaan tanpa kepastian, juga maklumat Isrāīliyyāt
yang menyalahi syariat Islam.

d) Dalil yang digunakan mestilah berkaitan dengan mauduk dan munasabah
untuk menjadi jelas dan mudah diterima minda pendengar.

e) Perlulah menentukan dan menjelaskan tempat fokus dalil yang dimaksudkan
dari nas dalil yang dibentangkan. Apatah lagi sekiranya nas dalil itu panjang
atau mencakupi pelbagai maksud.

f) Sewajarnya mendahulukan pembentangan dalil mengikut tahap dan taraf
martabatnya, maka mulakan dengan ayat al-Quran kemudian hadis kemudian
Āthār. Meskipun begitu turutan keutamaan ini boleh berubah jika ada dalil
yang tahapnya lebih rendah ternyata memberi maklumat lebih jelas dan tepat
berbanding dalil yang lain yang tahapnya lebih tinggi dan utama.

3.0 Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif-kualitatif untuk mengumpulkan dan
menganalisis data. Sampel kajian dipilih daripada teks-teks khutbah yang diterbitkan
oleh JHEAINS mulai tahun 2018 hingga 2021 sesuai dengan permulaan gagasan”
Bersih, Muafakat dan Sejahtera.” Teks-teks yang dipilih kemudiannya disesuaikan
dengan pengertian” Bersih, Muafakat, Sejahtera” dan kemudiannya dianalisis bagi
mengenal pasti tema yang sesuai.

4.0 Objektif Kajian

4.1 Mengenal pasti teks-teks khutbah Jumaat dan Aidilfitri yang diterbitkan oleh
JHEAINS yang berkaitan dengan “Bersih, Muafakat, Sejahtera.”

4.2 Mengklasifikasikan teks-teks khutbah Jumaat dan Aidilfitri yang diterbitkan oleh
JHEAINS berdasarkan tema “Bersih, Muafakat, Sejahtera.”

4.3 Menganalisis teks-teks khutbah Jumaat dan Aidilfitri yang diterbitkan oleh
JHEAINS berdasarkan tema “Bersih, Muafakat, Sejahtera.”

5.0 Analisis dan Perbincangan

5.1 Teks Pertama

Tajuk : Keluarga Bahagia Asas Masyarakat Harmoni

Tarikh : 3 Disember 2021

Dalam khutbah ini dijelaskan bahawa antara langkah yang boleh diamalkan oleh
masyarakat untuk mengekalkan kebahagian dalam keluarga termasuklah:

a) Solat berjemaah bersama keluarga. Allah SWT menjelaskan bahawa solat
adalah salah satu cara untuk mengingati-Nya. Cubalah cari masa di celah-
celah kesibukan untuk solat berjemaah. Bapa atau anak lelaki yang telah
baligh dan memiliki bacaan yang elok boleh bertindak sebagai imam memimpin
solat berjemaah yang diadakan bersama keluarga.

b) Makan bersama. Mulakan makan dengan bacaan doa yang diaminkan oleh
ahli keluarga kemudian makanlah sambil bercerita hal-hal yang
menggembirakan. Anak-anak mungkin ada sesuatu yang ingin dikongsi
dengan ibu bapa. Cuma pastikan telefon tidak dibawa bersama ke meja
makan.

c) Melakukan kerja rumah bersama. Ibu bapa yang selalu mengemas rumah
boleh mengajak anak-anak turut sama membantu. Berikan pujian jika mereka
dapat melakukan kerja yang diberikan walaupun mungkin kurang sempurna
sebagaimana perbuatan orang dewasa. Cara begini adalah lebih baik daripada
ibu bapa menyuruh anak melakukan kerja rumah tetapi ibu bapa hanya duduk
berehat.

Teks khutbah ini bertemakan konsep sejahtera. Perkara ini selari dengan pandangan
Wan Mohd Yusuf Wan Chik et al. (2017) bahawa konsep kesejahteraan keluarga
menurut Islam adalah konsep kesejahteraan yang syumul dan mempunyai identiti dan
matlamat yang tersendiri berbeza dengan konsep kesejahteraan keluarga menurut
bukan Islam. Para ilmuwan Islam sangat mementingkan nilai ketuhanan serta
hubungan dengan Allah SWT sebagai asas kesejahteraan kemudian diikuti dengan
kesempurnaan tuntutan material dan mental. Objektif pembinaan keluarga yang
sebenar sudah semesttinya untuk mencapai keredaan Allah SWT dan mengikuti
sunnah Nabi SAW. Sebuah keluarga yang telah mencapai kesempurnaan dari sudut
material dan mental tetapi tidak mematuhi undang-undang dan syariat Allah SWT tidak
dikira sebagai sebuah keluarga sejahtera. Hal ini demikian kerana keluarga sejahtera
bererti bahagia dan sejahtera dalam urusan dunia serta mendapat kemuliaan di
akhirat.

5.2 Teks Kedua

Tajuk : Hargai Nikmat Keselamatan dan Keamanan

Tarikh : 2 April 2021

Khutbah ini menerangkan bahawa, antara faktor yang menyumbang ke arah
keteguhan dan penghormatan sesebuah negara di mata negara lain termasuklah
keupayaan negara itu membariskan pasukan keselamatan yang mantap serta canggih
dari segi persenjataan. Oleh sebab yang demikian, perkara utama yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW ketika menegakkan kerajaan Islam pertama di Madinah adalah
dengan membentuk pasukan pertahanan yang ampuh. Proses menyediakan pasukan
pertahanan yang kuat, profesional dan berwibawa memerlukan persediaan serta
persiapan yang rapi. Hal ini juga bukan bermakna dengan datangnya musuh barulah
sesebuah negara itu bertungkus-lumus mempersiapkan pasukan keselamatan dan
pertahanan yang diperlukan. Perancangan dan persediaan awal amat penting sebagai
strategi pertahanan yang berkesan.

Teks khutbah ini bertemakan konsep sejahtera kerana kesejahteraan sinonim dengan
keamanan dan kemakmuran. Malaysia mengamalkan dasar ”cegah rintang” untuk
menghindarkan bakal musuh dari mengamalkan dasar-dasar yang bertentangan
dengan langkah penyelesaian konflik secara aman. Hal ini memerlukan pelaksanaan
strategi pencegahan di samping usaha-usaha untuk membangunkan sebuah
angkatan tentera yang memiliki keupayaan yang mantap untuk menghadapi
peperangan. Cara ini juga akan memastikan negara mempunyai keupayaan bagi
menghalang sebarang tindakan kekerasan atau keganasan oleh pihak lawan. Selain
itu, pertahanan negara juga ada menggariskan beberapa objektif yang penting iaitu
(1) Pembangunan pelbagai domain bagi mengesan, mencegah dan menafi ancaman
(2) Peningkatan daya ketahanan dalaman melalui pendekatan keseluruhan kerajaan
& masyarakat (3) Pengukuhan kapasiti pertahanan melalui perkongsian berwibawa (4)
Pemajuan industri pertahanan sebagai pemangkin ekonomi (5) Penginstitusian tadbir
urus terbaik dan menjayakan reformasi organisasi (Kementerian Pertahanan Malaysia
t.th.). Sebagai agama yang komprehensif, Islam sangat mengambil berat soal
keamanan. Dalam teori keamanan yang dibawa oleh Sayyid Qutb, konsep keamanan
dalam Islam bersifat menyeluruh yang merangkumi alam sejagat, kehidupan dan
kemanusiaan. Menurutnya lagi, keamanan dalam Islam bermula dengan keamanan
dalam jiwa individu atau lebih dikenali dengan ketenangan jiwa. Ketenangan jiwa
individu akan membawa kepada keamanan dalam keluarga. Keluarga yang aman
atau bahagia akan membawa kepada masyarakat yang aman dan harmoni.
Masyarakat yang hidup dengan harmoni dan sejahtera akhirnya akan memberikan
kesan negara yang aman, di mana rakyatnya tidak bergaduh dan berpecah belah
antara satu sama lain (Faezy Adenan & Asmak Ab Rahman 2020).

5.3 Teks Ketiga

Tajuk : Keluarga Bahagia Tanpa Dadah

Tarikh : 26 Februari 2021

Khutbah ini memetik statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan
(AADK) terdapat 140 ribu penagih dadah telah direkodkan sehingga tahun 2020. Lebih
menyedihkan 80 peratus daripada jumlah penagih itu terdiri daripada umat Islam.
Kerajaan juga telah membelanjakan ratusan juta ringgit dengan membina Pusat-Pusat
Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) di samping kempen pencegahan dan
kesedaran kepada orang ramai. Namun usaha ini masih belum menampakkan hasil
yang membanggakan. Oleh itu, pendekatan kerohanian yang digunakan dalam Islam
sesuai untuk memulihkan dan mengembalikan mereka kepada fitrah kejadian
manusia. Penyakit rohani tidak boleh dirawat atau diubati dengan kekerasan dan
kekuasaan tetapi haruslah dengan bimbingan kerohanian. Menurut ulama tasawuf,
kejahatan (dalam diri) tidak boleh dihapuskan dengan pedang malah hanya boleh
dihapuskan dengan taubat dan berasaskan solat, zikir, bimbingan al-Quran dan
amalan fardu ain.

Teks khutbah ini bertemakan konsep bersih kerana kebersihan turut meliputi
kebersihan dalaman atau kerohanian. Pembentukan rohani yang sejahtera daripada
dadah boleh dilaksanakan melalui terapi psikospiritual Islam. Terapi ini ialah rawatan
kerohanian yang berteraskan amalan-amalan Islam dan bersumberkan rujukan
ketuhanan. Rawatan ini memfokuskan kepada penyucian jiwa, pembentukan jati diri
dan pemantapan rohani serta berobjektif mendapatkan keredaan Allah SWT. Terapi
kerohanian yang diterapkan dalam pendekatan psikospiritual Islam dapat membentuk
benteng yang kukuh untuk mencegah penggunaan dan penagihan dadah selain ianya
dilihat sesuai untuk mengembalikan mereka kepada fitrah kejadian manusia (Rosni
Wazir et al. 2019).

5.4 Teks Keempat

Tajuk : Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama

Tarikh : 21 Februari 2020

Dalam khutbah ini diterangkan bahawa setiap individu memerlukan kehidupan yang
aman, makmur dan sejahtera. Kemakmuran dan kesejahteraan ini hanya akan
dinikmati melalui nilai-nilai murni dalam diri individu dan diaplikasikan dalam
kehidupan bermasyarakat. Masyarakat perlu mengamalkan nilai-nilai positif dan bebas
daripada perkara yang mungkar dan keji. Di samping itu, semangat kebersamaan
dalam kalangan masyarakat juga perlu dipupuk bagi menghadapi segala bentuk
kerenah manusia di sekeliling yang semakin melencong daripada kehidupan sosial
yang sebenar dan dikehendaki agama.

Teks khutbah ini bertemakan konsep sejahtera iaitu kesejahteraan yang terhasil
daripada sifat-sifat mahmudah. Aturan akhlak dalam perspektif Islam mempunyai dua
ciri utama iaitu (1) Karakter Rabbani. Hal ini menjadi dasar yang paling kuat kerana
setiap detik kehidupan manusia harus berdasarkan atas hasratnya untuk berkhidmat
kepada Allah SWT melalui muamalahnya dengan makhluk-Nya. Oleh itu, wahyu

diturunkan seiring dengan bentuk aturan akhlak ini. (2) Karakter Manusiawi. Jika dilihat
dari sisi akhlak yang merupakan aturan umum dari dasar-dasar budi pekerti umum
lainnya. Manusia memiliki peranan dalam menentukan kewajipan tertentu yang
khusus dibebankan kepadanya. Selain itu, dia memiliki peranan dalam mengenal
perilaku manusia lain. Atas dasar inilah akhlak dipandang sebagai jiwa agama Islam
(Mohd Adib Abd Muin et al. 2018).

5.5 Teks Kelima

Tajuk : Islam Itu Bersih

Tarikh : 18 September 2020

Khutbah ini menyelar sikap segelintir manusia yang hanya memfokuskan kebersihan
rohani atau hati. Mereka tidak menitikberatkan kebersihan jasmani sama ada pada
diri, pakaian, tempat tinggal, tempat ibadah, tempat awam, tempat mencari rezeki dan
alam sekitar. Sedangkan menjaga kebersihan merupakan tanggungjawab semua
lapisan masyarakat untuk menjaga dan memeliharanya. Bukankah kebersihan dan
kesucian ini menentukan sah atau batalnya sesuatu ibadah yang kita dirikan?
Hakikatnya, amalan menjaga kebersihan itu wajib dilakukan tidak kira di mana kita
berada. Hal ini demikian kerana Islam agama yang bersih dan Allah SWT amat
menyukai hamba-Nya yang bersih.

Teks khutbah ini bertemakan konsep bersih iaitu kebersihan luaran. Jika manusia
menghayati, memahami dan mematuhi perintah Allah SWT dalam memaju dan
memakmurkan bumi ini dengan kaedah dan landasan yang sepatutnya, iaitu dengan
berteraskan al-Quran dan hadis, maka permasalahan dan krisis alam sekitar dapat
diminimumkan. Hal ini kerana Islam meletakkan perbuatan melakukan kerosakan di
atas muka bumi sebagai perbuatan haram dan mungkar sama ada kerosakan itu
kerana sengaja, marah, tanpa sebab dan sebagainya. Sekiranya manusia sebagai
khalifah menjalankan pembangunan secara semberono tanpa merujuk al-Quran dan
hadis sebagai panduan, sudah pasti akan berlaku kerosakan-kerosakan yang
mendatangkan bahaya pada alam sekitar dan manusia sendiri. Hakikatnya, kemelut
atau krisis alam sekitar yang berlaku hasil daripada penerokaan keterlaluan manusia
terhadap alam sekitar menyebabkan manusia tercari-cari kaedah dan cara terbaik
untuk meminimumkan permasalahan alam sekitar. Tugas pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sebenarnya merupakan tanggungjawab setiap manusia yang
mendiami alam ini. Rentetan itu, pengurusan alam sekitar yang melibatkan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar berteraskan Islam semakin mendapat
perhatian sama ada di peringkat nasional mahu pun antarabangsa bersesuaian
dengan sifat Islam sebagai agama yang syumul. Islam ialah agama lengkap serta
menyeluruh yang mencakupi setiap aspek kehidupan termasuk dalam aspek
penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar. Semua agama, ideologi dan aliran
pemikiran semasa termasuk Islam, mengajar penganutnya supaya berkelakuan baik
dengan segala kehidupan termasuk unsur alam semula jadi. Dalam Islam, perlakuan
manusia ketika berinteraksi dengan alam sekitar mestilah dilakukan dengan sebaik-
baiknya kerana hal ini adalah suatu ibadah kepada Allah SWT. Interaksi dengan alam
merangkumi usaha-usaha untuk memakmurkan alam, menjaga dan memulihara alam
sekitar. Oleh itu, faktor utama masalah alam sekitar ialah sikap manusia yang menolak
amalan beragama, yang mana kegagalan manusia melaksanakan tanggungjawab
sebagai khalifah merupakan punca utama kepada berlakunya pelbagai kerosakan
terhadap alam sekitar (Haliza Abdul Rahman 2019).

5.6 Teks Keenam

Tajuk : Taubat Faktor Kebersihan Hati

Tarikh : 22 November 2019

Dalam khutbah ini ada dinyatakan antara syarat taubat termasuklah menyesali dosa
yang telah dilakukan, berazam untuk tidak mengulanginya lagi, jika dosa tersebut
terkait dengan orang lain dia wajib meminta maaf dan jika dosa itu berkaitan dengan
harta maka hendaklah dia mengembalikannya. Jika tidak dapat dilakukan,
bersedekahlah atas nama pemiliknya. Orang yang sentiasa melakukan dosa dan
kemaksiatan tetapi tidak bertaubat adalah kerana dia tidak berasa berdosa dengan
apa yang dilakukannya. Malah dalam hatinya tidak timbul kegelisahan disebabkan
iman yang lemah. Orang Islam hendaklah menyegerakan taubat tanpa bertangguh
kerana tiada siapa pun yang mengetahui bila ajal kematiannya.

Teks khutbah ini bertemakan konsep bersih iaitu kebersihan dari sudut kerohanian.
Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Namun,
orang yang melakukan kesalahan yang paling baik adalah orang yang sering
bertaubat kerana taubat boleh menjadi penyuci kepada dosa seseorang. Meskipun
demikian, taubat mempunyai hukum dan syarat-syaratnya yang tertentu. Allah SWT
telah mensyariatkan taubat kepada para hamba-Nya sebagai metode bagi penyucian
dan pembersihan diri daripada dosa dan keterlanjuran melanggar perintah-Nya.
Makna utama bagi taubat ialah kembali kepada Allah Yang Maha Pengampun dan
Maha Penerima Taubat. Berdasarkan dalil-dalil dan pendapat para ulama, hukum
bertaubat adalah wajib dan perlu disegerakan agar setiap hamba sentiasa kembali
mentaati Allah SWT. Apabila seseorang manusia bertaubat, maka dosa-dosanya akan
diampunkan. Namun begitu, syarat-syarat penerimaan taubat hendaklah dipenuhi dan
dilaksanakan (Ahmad Mujahideen & Hamidi 2020).

5.7 Teks Ketujuh

Tajuk : Bersihkan Jiwa Mantapkan Iman

Tarikh : 15 Jun 2018 (Aidilfitri)

Khutbah ini menyimpulkan bahawa Muslim hendaklah menghindari perkara-perkara
dan perilaku buruk sebagai bukti kesyukuran kepada Allah SWT. Selain itu, Muslim
juga perlu menjadikan lebaran sebagai ruang mengeratkan kasih sayang yang
berteraskan iman. Akhir sekali, Muslim hendaklah mengikuti sunnah Rasulullah SAW
agar mendapat kebaikan, ketaatan dan keredaan di dunia dan di akhirat.

Teks khutbah ini bertemakan konsep bersih iaitu kebersihan dari sudut kerohanian.
Jiwa yang bersih daripada sifat-sifat negatif akan menatijahkan kesyukuran,
pengukuhan silaturrahim dan kasih sayang sesama makhluk. Hal ini selari dengan
pandangan Mohd Nasir Masroom & Wan Ismail Wan Dagang (2013) bahawa Muslim
yang memahami bahawa tujuan hidupnya adalah untuk beribadah, menghambakan
diri dan berbakti kepada Allah SWT dapat menghindari dirinya daripada terkena
dengan penyakit jiwa seperti kekikiran, kesombongan, keresahan, kemurungan dan
tekanan perasaan. Ini kerana Islam sebagai sebuah agama yang sempurna telah
menyediakan umatnya dengan panduan yang khusus agar seseorang Muslim itu
dapat membangunkan potensi dirinya dari aspek fizikal dan spiritual. Hubungan yang
erat dan konsisten menghasilkan keperibadian yang mulia dan dihiasi dengan akhlak

dan tingkah laku yang sangat mempesonakan. Umat Islam perlu memahami konsep
ibadah yang sebenar iaitu menjadikan keseluruhan perbuatan, percakapan, pemikiran,
tingkah laku dan amalan, pada setiap detik dan masa adalah semata-mata mahu
mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ibadah bukan sekadar di masjid dan surau,
bukan sekadar pada waktu tertentu sahaja, tetapi ibadah merangkumi keseluruhan
detik kehidupan dan kematian kita demi keredaan Allah SWT.

5.8 Teks Kelapan

Tajuk : Muafakat Membawa Berkat

Tarikh : 11 September 2020

Dalam teks ini ada menyatakan bahawa langkah yang perlu diambil bagi melahirkan
masyarakat yang bermuafakat, persekitaran dan cara hidup yang baik memainkan
peranan penting untuk pembangunan negara dan ummah. Perbezaan pegangan
agama dan kepercayaan tidak menghalang masyarakat bersatu padu. Hal ini demikian
kerana, Nabi Muhammad SAW tidak menjadikan perbezaan tersebut sebagai
halangan menyatukan masyarakat yang berpecah-belah pada zaman tersebut. Khatib
juga menyeru masyarakat supaya terus bermuafakat dalam menjamin kelangsungan
hidup secara harmoni, aman, makmur dan sejahtera. Masyarakat perlu mengelakkan
segala perkara yang boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan ummah
agar segala urusan kita diberkati dan diredai Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Teks khutbah ini bertemakan konsep muafakat. Hal ini demikian kerana muafakat
turut mengandungi elemen kerjasama dan saling membantu. Rasulullah SAW telah
diutuskan sebagai pembawa Rahmat Seluruh Alam iaitu “Rahmatan Lil ‘Alamin”.
Setiap insan wajib mensyukuri dan mencintai segala anugerah dan nikmat yang
dikurniakan. Kita sebagai makhluk ciptaan Allah perlu sedar akan sifat agama yang
dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah sebagai rahmat dan syumul merangkumi
seluruh aspek kehidupan. Sifat agama ini membawa rahmat dan kesempurnaan pada
kehidupan manusia dari sudut rohani, fizikal, sosial, ekonomi, politik, intelektual dan
sebagainya. Pada keseluruhannya perpaduan amat penting dalam sesebuah negara
bagi kelangsungan kemakmuran dan keamanan. Perpaduan dalam konteks Malaysia
unik kerana wujudnya perbezaan agama, bangsa dan budaya. Pengekalan perpaduan
yang dinikmati ini banyak bergantung pada kekukuhan kontrak sosial yang dipegang
antara kaum menerusi perundangan dan kekuatan pemimpin menerusi kepimpinan
yang menerajui negara. Perkara ini terbukti menerusi dasar-dasar yang dilaksanakan
serta prinsip-prinsip asas Islam yang diamalkan dalam memperkukuh perpaduan
antara kaum di Malaysia. Masyarakat yang menjaga hak kesamarataan dan hak
kewajipan dalam urusan harian, ekonomi, pendidikan dan kebajikan pihak yang
teraniaya dilaksanakan di dalam usaha pembentukan perpaduan dan keamanan umat
Islam di Malaysia (Wan Syatirah Wan Shahrudin 2020).

5.9 Teks Kesembilan

Tajuk : Mental Sihat Hidup Sejahtera

Tarikh : 11 Oktober 2019

Khutbah ini menyimpulkan bahawa kesihatan mental perlu diambil berat oleh semua
golongan masyarakat kerana peningkatan jumlah pesakit mental yang ketara. Di
samping itu, semua pihak berperanan mengelakkan perbuatan atau tindakan yang

boleh memberikan tekanan sehingga berlakunya stres atau tekanan jiwa. Masyarakat
pula perlu mengubah anggapan negatif terhadap individu yang mempunyai masalah
mental. Akhir sekali, untuk mengekalkan kesihatan mental, Muslim perlu
memperbanyak zikrullah, membaca al-Quran dan menghadiri majlis-majlis ilmu.

Teks khutbah ini bertemakan konsep sejahtera atau secara lebih khususnya
kesejahteraan mental. Kesihatan mental ialah kemampuan individu, kelompok dan
persekitaran berinteraksi antara satu sama lain bagi mempromosi kesejahteraan
subjektif serta fungsi yang optima dan penggunaan keupayaan kognitif, efektif dan
perhubungan ke arah pencapaian matlamat individu dan kumpulan yang selari dengan
keadilan. Kesihatan Mental Negara turut mengandungi visi (1) Melahirkan masyarakat
yang seimbang dan sihat dari segi psikologi, memberikan penekanan terhadap
promosi kesihatan mental dan pencegahan masalah-masalah psikososial. (2)
Membekalkan rawatan dan pemulihan berkualiti untuk mereka yang mengalami
kecacatan mental yang kronik dan menyediakan kemudahan yang mencukupi dan
sesuai bagi penjagaan pelanggan yang memerlukan. Dengan cara ini akan dapat
dipastikan bahawa potensi optima dan peluang mereka akan menjadi nyata dan
dilindungi oleh keluarga, masyarakat dan negara. Setiap individu mempunyai cara
tersendiri bagi menyelesaikan masalah kehidupan yang dihadapi. Namun tidak semua
antara mereka yang tahu cara yang terbaik dan proaktif dalam menanganinya.
Walaupun hanya segelintir yang menghadapi kepayahan seperti ini, namun langkah-
langkah kesedaran perlu dilakukan untuk mereka agar kaedah yang diambil tidak
menjurus kepada kemusnahan dan tingkah laku berisiko tinggi serta berbahaya.
Masyarakat ditegah menggunakan pendekatan sendiri seperti mengambil dadah,
meminum arak, merokok, menganjurkan seks bebas, atau membunuh diri bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi (Khairul Azhar Idris 2010).

5.10 Teks Kesepuluh

Tajuk : Melestarikan Ekonomi, Menyejahterakan Rakyat

Tarikh : 29 November 2019

Khutbah ini menyimpulkan bahawa manusia perlu sentiasa sedar bahawa nikmat
kemewahan dunia ini adalah bersifat sementara dan tidak akan kekal selamanya.
Hasil mahsul yang dikurniakan Allah kepada Negeri Sembilan adalah amanah yang
perlu diuruskan dengan penuh hikmah, bijaksana dan berhemah. Tunjang utama
kesejahteraan rakyat ialah keupayaan untuk memenuhi keperluan asasi seperti aspek
makan minum dan jaminan keselamatan serta keamanan yang berkekalan dalam
negeri. Akhir sekali, masyarakat wajib mensyukuri nikmat kurniaan Allah SWT.

Teks khutbah ini bertemakan konsep sejahtera yang turut difahami menerusi
tajuknya. Dalam ekonomi Islam, manusia perlu memanfaatkan nilai-nilai hukum dan
peraturan-peraturan tertentu dalam menggunakan dan mengurus sumber alam untuk
manfaat yang paling maksimum. Manfaat tersebut hendaklah menjangkau dan
memenuhi keperluan semua pihak yang akan menatijahkan keredaan Allah SWT.
Peranan ekonomi dalam kesejahteraan masyarakat turut diberikan oleh Joni Tamkin
Borhan (2008) dengan menjadikan ukuran kejayaan atau kegagalan sesuatu projek
pembangunan haruslah dinilai impaknya terhadap kebajikan masyarakat secara
menyeluruh. Kebajikan masyarakat dapat dipastikan tercapai atau sebaliknya
memerlukan kepada pertimbangan nilai. Dalam perspektif ekonomi konvensional,
kebajikan masyarakat dicapai apabila tingkat kepuasan orang ramai terhadap
penggunaan sesuatu barangan itu tinggi. Semakin tinggi kepuasan yang dicapai,

semakin tinggi tingkat dan tahap kesejahteraan dan tingkat kebajikan yang dicapai
oleh anggota masyarakat tersebut. Sementara itu, dalam kerangka ekonomi Islam,
fungsi kebajikan sosial Islam dilihat dari sudut asas maslahat iaitu memutuskan
sesuatu hukum bersumberkan prinsip kebaikan am pada perkara yang tidak terdapat
nas daripada al-Quran secara jelas.

5.11 Teks Kesebelas

Tajuk : Aqidah Sejahtera: Syarat Bahagia di Akhirat
Tarikh : 5 April 2019

Khutbah ini menekankan bahawa aqidah yang sejahtera ialah syarat utama bagi
seseorang yang mengaku dirinya beragama Islam. Pembentukan jati diri Muslim yang
sejati bermula daripada aqidah yang sejahtera, seterusnya mampu menatijahkan amal
perbuatan yang soleh dan baik. Antara usaha yang boleh dilakukan bagi membentuk
aqidah yang sejahtera termasuklah dengan menuntut ilmu agama, mempertingkatkan
amal ibadah, dan memperbanyakkan bacaan al-Quran serta memahami maknanya.
Masyarakat perlu merujuk alim ulama dalam usaha memahami al-Quran. Selain itu,
bagi membina aqidah yang sejahtera, masyarakat juga perlulah berusaha
membersihkan hati dengan melaksanakan segala suruhan Allah SWT dan
meninggalkan larangan-Nya serta bergaul dengan orang yang soleh. Segala
kesamaran tentang agama hendaklah dirujuk kepada ulama dan institusi agama yang
berautoriti agar segala kesamaran berkaitan isu agama dapat diperjelaskan.

Teks khutbah ini bertemakan konsep sejahtera yang turut difahami melalui tajuknya.
Akidah yang sejahtera amat penting kerana jika akidah rosak, bermakna manhaj
kehidupan individu akan jauh terpesong. Akidah yang sejahtera menjadi titik
permulaan keimanan kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu, para ulama sejak zaman
Rasulullah SAW, para sahabat r.a. dan tabiin sehingga ke hari ini bersepakat bahawa
pemeliharaan kepada iman adalah wajib bagi menjaga kesucian agama. Penjagaan
akidah juga adalah bagi memastikan syiar agama akan terus berkembang. Oleh
kerana itu pada zaman awal Islam, umat Islam wajib mempertahan akidah dengan
jihad, dan tidak dibenarkan menggugurkan akidah mereka secara murtad (Jasni
Sulong 2016).

5.12 Teks Kedua Belas

Tajuk : Rasuah Mengancam Kestabilan Negara

Tarikh : 1 Oktober 2021

Khutbah ini menegaskan bahawa jenayah rasuah boleh menghakis sistem keadilan,
nilai-nilai murni dan menggugat pemerintahan secara demokratik. Rasuah boleh
menyebabkan bertambahnya anggota masyarakat yang berperibadi buruk lagi hina
kerana rela menggadai maruah agama dan diri untuk mengejar wang ringgit,
pekerjaan, jawatan, pangkat, hadiah dan sebagainya. Berdasarkan laporan daripada
SPRM, lazimnya rasuah yang dilakukan oleh kakitangan sektor awam, swasta, ahli
politik dan rakyat biasa meliputi perbuatan meminta dan menerima suapan, menawar
dan memberi suapan, membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan kedudukan

jawatan untuk tujuan suapan. Rasuah boleh berlaku apabila insan gagal mengawal
nafsu yang beraja dalam diri, keinginan yang melebihi kemampuan serta mendapat
peluang untuk melakukan rasuah. Pemberi dan penerima rasuah bersifat rakus, ingin
memburu kekayaan secara cepat dengan tidak mempedulikan hukum halal dan haram
serta mengabaikan undang-undang. Mereka meletakkan wang ringgit di hadapan
mata dan harta sebagai objektif kehidupan.

Teks khutbah ini bertemakan konsep bersih kerana amalan menjauhi rasuah
mempunyai kaitan dengan integriti. Dalam Islam, rasuah merupakan satu amalan yang
dikutuk dan dicela di sisi agama kerana amalan ini meninggalkan kesan buruk
terhadap masyarakat dan juga pertumbuhan ekonomi negara. Larangan
mengamalkan amalan rasuah ada dalam surah al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud:
Janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu
dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi
rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian
dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Kajian yang dilakukan oleh Noraida Harun dan Zaidi Hassim pula menunjukkan
bahawa isu rasuah merupakan masalah yang relevan dalam masyarakat sehingga
hari ini. Kajian ini membentangkan penglibatan ramai penjawat awam di negara ini
yang terjerumus dalam amalan rasuah. Menurut mereka, perlu ada tindakan segera
oleh masyarakat dan pihak berwajib untuk membendung jenayah rasuah ini daripada
berlarutan untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin parah dan berada dalam
situasi yang membimbangkan (Siti Normala Hamzah 2020). Cabaran ke arah
mencapai tadbir urus yang baik (good governance) adalah perlu untuk membanteras
kejadian rasuah dalam pentadbiran tanah yang tidak berkesudahan. Untuk mencapai
tadbir urus yang baik, perkara utama yang perlu diselesaikan adalah soal ketelusan
(transparency) dan akauntabiliti dalam pentadbiran. Oleh itu, usaha untuk membentuk
dan menghidupkan tadbir urus yang baik akan terencat jikalau gejala rasuah tidak
ditangani dengan bersungguh-sungguh oleh semua pihak sama ada kerajaan atau
swasta, pemimpin atau rakyat jelata. Penyalahgunaan kuasa oleh para pegawai atau
kakitangan akan memudaratkan kepercayaan rakyat tentang ketelusan sesebuah
agensi kerajaan (Noraida Harun & Jady@ Zaidi Hassim 2017).

6.0 Kesimpulan

Khutbah Jumaat adalah salah satu medium yang penting dalam menyampaikan
maklumat, dan menasihati masyarakat atau maw’izah. Pidato yang disampaikan
saban minggu ini memerlukan pembaharuan masyarakat sentiasa tertunggu-tunggu
mauduk yang disampaikan. Berdasarkan kajian ini juga didapati khutbah Jumaat dan
Aidilfitri di Negeri Sembilan berjaya mengetengahkan topik yang menyentuh isu yang
berkaitan dengan kehidupan masyarakat dan urusan mereka sama ada urusan
duniawi mahupun akhirat. Dalam tempoh mulai 2018 hingga 2021, JHEAINS
menampilkan khutbah Jumaat dan Aidilfitri yang selari dengan gagasan ”Bersih,
Muafakat, Sejahtera.” Bersih yang dimaksudkan bukan sekadar kebersihan luaran,
tetapi khutbah Jumaat amat menekankan kebersihan dalaman. Untuk muafakat pula,
khutbah yang diterbitkan oleh JHEAINS mengingatkan masyarakat agar sentiasa
mengutamakan kebersamaan supaya mereka dapat hidup bersatu padu. Untuk
sejahtera, khutbah JHEAINS memberikan panduan kaedah mencapai ketenangan dan
kebahagian serta menasihati masyarakat supaya mengambil peduli soal-soal asas
dalam agama khususnya akidah kerana kesejahteraan yang sebenar hanya akan
dapat dinikmati jika akidah selamat dan sejahtera daripada sebarang kerosakan.
Untuk kajian akan datang, pengkaji yang berminat boleh mengkaji dari sudut kesan
penghayatan khutbah Jumaat JHEAINS oleh masyarakat. Hal ini amat penting kerana
ilmu yang diperoleh daripada khutbah seharusnya diamalkan kerana iman yang
sempurna tidak boleh mengabaikan aspek ini.

7.0 Rujukan

Al-Quran

Ahmad Mujahideen & Hamidi. 2020. Konsep taubat menurut perspektif islam. Journal
Of Islamic, Economics and Development (JISED). 5 (29):100–108.

Burhanuddin Jalal. 1997. Membinan konsep khutbah dinamik. Berita Harian, 25 July.

Faezy Adenan & Asmak Ab Rahman. 2020. Menjaga keamanan negara menurut
perspektif maqāsid syariah serta hubungannya dengan matlamat pembangunan
lestari. UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies. 7
(1):33–47.

Haliza Abdul Rahman. 2019. Kesyumulan islam dalam aspek pemeliharaan alam
sekitar. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. 353–365 (Special Issue):

Idris Aman, Norsimah Mat Awal & Mohammad Fadzeli Jaafar. 2016. Imperialisme
linguistik, bahasa negeri sembilan dan jati diri: apa, mengapa, bagaimana.
International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman). 4 (3):3–11.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. t.th. e-khutbah.
http://ekhutbah.ns.gov.my/index.php?r=site/index

Jasni Sulong. 2016. Pemeliharaan akidah islam: analisis daripada sudut
penguatkuasaan undang-undang dan fatwa di pulau pinang. Al-Afkar. (Special
Issue):1–34.

Joni Tamkin Borhan. 2008. Pemikiran pembangunan ekonomi berteraskan islam.
Jurnal Usuluddin. 27:93–107.

Kementerian Pertahanan Malaysia. t.th. Kertas putih pertahanan 2020-2030.
https://www.mod.gov.my/images/mindef/article/kpp/Infographics Landscape.pdf.

Khairul Azhar bin Idris. 2010. Kesihatan mental dan kesejahteraan fizikal. Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). https://www.ikim.gov.my/new-
wp/index.php/2010/11/19/kesihatan-mental-dan-kesejahteraan-fizikal/ [1 August
2022].

Mohd Adib Abd Muin, Mohd Sollehudin Shuib, Azizah Che Omar & Shuhairimi
Abdullah. 2018. Kerangka islam dan sifat-sifat terpuji (mahmudah) sebagai asas
dalam keusahawanan sosial islam: satu penghayatan bagi usahawan sosial.
Journal of Human Development and Communication. 8:139–52.

Mohd Nasir Masroom & Wan Ismail Wan Dagang. 2013. Peranan ibadah terhadap
kesihatan jiwa. Dlm. Peranan Ibadah Terhadap Kesihatan Jiwa, hlm. 1–9. Johor
Bharu: UTM.

Mohd Rosli Saludin. 2015. Kepelbagaian dan keunikan adat negeri sembilan
memperkuat bangsa. Jurnal Peradaban Melayu. 10:1–15.

Noraida Harun & Jady@ Zaidi Hassim. 2017. Rasuah dalam pentadbiran tanah:
penyelesaian menurut islam. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari. 15
(1):37–50.

Rohaily @ Abd Rahman Abd Hamid. 2012. Teks khutbah jumaat jabatan agama islam
wilayah persekutuan (jawi): kajian tentang metode dan cabaran penyediaannya.
Universiti Malaya.

Rosni Wazi, Abur Hamdi Usman, Syamim Zakwan Rosman, Suriani Sudi, Norsaleha
Mohd Saleh & Abdul Hadi Awang. 2019. Terapi psikospiritual islam untuk
pencegahan dadah golongan berisiko menurut pendekatan abu talib al-makki.
Dlm. 4th Inhad Muzakarah And Muktamar On Hadith (IMAM 2019), hlm. 76–84.

Siti Normala Hamzah, Mohamad Saleeh Rahamad@Ahamad & Md Azalanshah Md
Syed. 2020. Rasuah dan salah guna kuasa: protes sosial rahim razali dalam
matinya seorang patriot. Forum Komunikasi. 15 (2):25–50.

Wan Mohd Yusuf Wan Chik, Abdul Wahab Md. Ali, Zulkifli Mohamad, Ahmad Faizal
Ramly & Farah Syazrah Mohd Ghazallii. 2017. Pembinaan keluarga sejahtera:
analisis terhadap prinsip “keluarga bahagia rakyat sejahtera” dalam transformasi
terengganu baharu. Journal of Nusantara Studies (JONUS). 2 (2):306–18.

Wan Syatirah Wan Shahrudin. 2020. Perpaduan dalam membentuk keamanan umat
islam di malaysia. Dlm. The 7th International Prophetic Conference (SWAN)
2020, hlm. 183–203. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

BERSIH, MUAFAKAT, SEJAHTERA: ANALISIS DALAM

DĪWĀN IMAM SHĀFICĪ

Nur Syahirah binti Md Sabran
Satjana Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,

Fakulti Pengajian Islam, UKM
[email protected]

Mohamad Yazid Abdul Majid, PhD
Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM

[email protected]

ABSTRAK

Dīwān Imam Shāficī merupakan hasil karya seni sastera beliau dalam bentuk puisi yang dihiasi
ciri-ciri istimewa kemudian dipersembahkan dengan gaya bahasa yang indah serta menarik untuk
menyampaikan kebenaran. Sebagai sarjana Islam yang dihormati, Imam Shāficī bukan sahaja
memiliki kehebatan dalam bidang bahasa, sastera Arab dan fikah, bahkan kebijaksanaan Imam
Shāficī berinteraksi dan berdakwah dengan semua lapisan masyarakat dengan penuh hikmah
juga diperakui. Kajian ini menganalisis konsep Bersih Muafakat Sejahtera yang terdapat dalam
Dīwān Imam Shāficī untuk membantu membentuk masyarakat yang harmoni sekali gus
mencungkil kebijaksanaan Imam Shāficī berdakwah menerusi puisi. Kajian kualitatif ini
menggunakan analisis kandungan untuk mendapatkan data. Hasil kajian mendapati ada tiga bait
yang menyentuh konsep Bersih Muafakat Sejahtera. Dapatan kajian menunjukkan bait-bait puisi
Imam Shāficī ini mampu mempromosi dan membina ikatan koheren serta hubungan keharmonian
yang baik dengan ketiga-tiga konsep ini dalam usaha menggapai kehidupan yang baik sekali gus
kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Kata kunci: Imam Shāficī, Diwan, bersih, muafakat, sejahtera

PENGENALAN

Imam Shāficī atau nama sebenarnya Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Uthman, bin Shafi’i,
berketurunan Bani Hashim berdasarkan nasabah dengan keturunan Rasulullah SAW pada
datuknya yang keempat iaitu Abd Manaf. Beliau dilahirkan di Gaza pada tahun 150 Hijrah. Imam
Shāficī berjaya menghafaz al-Quran Ketika berumur kurang tujuh tahun dan berjaya menguasai
ilmu tilawah, tajwid dan tafsiran al-Quran ketika berusia 13 tahun. Demi kecintaan terhadap
bahasa Arab dan ilmu puisi maka beliau menukilkan Dīwān Imam Shāficī sebagai sebuah karya

kesusasteraan untuk dijadikan wahana dakwah yang dihiasi dengan nasihat, mesej dan
pengajaran untuk semua. Dalam usaha mencapai keharmonian dan kesepakatan yang baik untuk
membangun negara, proses ini memerlukan sebuah konsep sebagai landasan dan juga
kerjasama yang baik daripada pemimpin dan masyarakat sebagai penggerak dan pelaksana
konsep ini.

PERMASALAHAN KAJIAN

Rata-rata semua lapisan masyarakat kini terlalu leka dan sibuk dengan kehidupan masing-
masing. Sehinggakan, hampir keseluruhan anggota komuniti kini kurang berinteraksi, mengambil
berat dan kurang mengamalkan perlakuan berperikemanusiaan antara satu sama lain. Hal ini
bukan sahaja menyebabkan jurang komunikasi antara semua lapisan masyarakat semakin
melebar bahkan menyebabkan kegoyahan dalam proses pembentukan masyarakat yang
sejahtera. Bersih, Muafakat, Sejahtera ialah slogan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri
Sembilan. Bersih bermaksud tidak kotor, bebas daripada pencemaran, suci atau bebas daripada
anasir yg tidak dikehendaki. Dalam hal ini, bersih dapat dibahagikan kepada dua bahagian yakni
kebersihan luaran dan dalaman. Kebersihan luaran dapat dilihat melalui persekitaran, tempat
tinggal, pakaian dan sebagainya. Manakala kebersihan dalaman lebih menjurus kepada kesucian
hati dan jiwa. Muafakat bermaksud persetujuan, perundingan atau mesyuarat untuk
mendapatkan keputusan. Sejahtera pula mempunyai maksud yang lebih luas seperti keamanan,
kemakmuran, kedamaian, ketenangan dan sebagainya.

Walaupun Bersih, Muafakat, Sejahtera masih agak baharu diperkenalkan, namun ketiga-
tiga konsep ini mempunyai signifikannya yang tersendiri. Selain maksudnya yang positif,
masyarakat yang baik dan soleh tidak dapat lari daripada Bersih, Muafakat, Sejahtera yang
mempunyai tunjang kukuh yang menjadi matlamat setiap individu. Sebagai sarjana yang
disanjung dan dikenali oleh umat Islam di seluruh dunia, Imam Shāfiᶜi memiliki pandangan yang
tajam tentang kehidupan bersosial. Oleh itu, kajian ini wajar dilakukan sebagai salah satu
sumbangan ke arah membentuk dan mewujudkan masyarakat yang harmoni berdasarkan tiga
konsep utama tersebut sekali gus menonjolkan kepakaran ilmu Imam Shāficī dalam
menyampaikan nasihat dan mengajari masyarakat ilmu-ilmu kehidupan yang berasaskan
pemikiran yang rasional dalam melahirkan masyarakat yang peka, mengamalkan kehidupan
beragama dan mewujudkan kesepakatan yang baik antara satu sama lain.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian kualitatif ini menggunakan analisis kandungan untuk mendapatkan data. Kandungan yang
dipilih ialah Dīwān Imam Shāficī yang dikumpul oleh beberapa pengarang seperti Bahjat (1999)
dan Khufaji (1975). Hanya bait yang menyentuh konsep Bersih, Muafakat, Sejahtera yang
dianalisis. Hasilnya, tiga bait puisi daripada Dīwān Imam Shāficī telah dipilih sebagai data kajian
ini. Sebelum analisis secara tuntas dilakukan, setiap bait diterjemahkan menggunakan kaedah
Semantik-Komunikatif kemudian dianalisis dari sudut kebahasaannya.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Analisis dan perbincangan ini menganalisis bait-bait puisi yang menyentuh konsep Bersih,
Muafakat, Sejahtera dalam Diwan Imam Shāficī:

1. Khufaji (1975) memetik bait puisi Imam Shāficī:

‫فَإِ َّن ُر ُس ْو َب ا ْل ِع ْل ِم فِى نَفَ َرا ِته‬ ‫ِإ ْص ِب ْر َعلَى ُم ِر ا ْل َجفَا ِم ْن ُمعَ ِل ٍم‬

‫تَ َج َّر َع ُذل َا ْل َج ْه ِل ُط ْو َل َحيَاتِ ِه‬ ً‫َو َم ْن لَ ْم يَ ُذ ْق ُم َّر التَّعَلُّ ِم سَا َعة‬

Dari sudut terjemahan komunikatif-semantik, bait puisi ini membawa maksud:

Sabarlah kamu akan pahitnya seorang guru, kerana penjagaan dan cara mengekalkan ilmu
adalah dengan mengajarkannya dan menyampaikannya.

Dan siapa yang tidak merasakan pahitnya saat belajar, ia akan menelan kebodohan sepanjang
hidupnya.

Bait puisi ini membincangkan panduan Imam Shāficī khusus untuk masyarakat yang cinta akan
ilmu. Ilmu tidak merugikan umat sebaliknya ilmu menawarkan pelbagai bermanfaat yang
diperlukan oleh setiap Muslim. Pendidikan dalam Islam bukan sahaja mampu melahirkan hamba
yang taat kepada Allah SWT, tetapi juga khalifah yang mampu mentadbir dunia. Orang yang
menuntut ilmu hendaklah menjaga adab dengan guru kerana perkara ini yang sangat
dititikberatkan oleh para penuntut ilmu pada zaman silam. Namun pada zaman serba maju dan
moden ini, adab terhadap guru dilihat kian luntur dan seolah-olah diasingkan daripada proses
menuntut ilmu. Hakikatnya, adab dan ilmu adalah dua elemen yang saling berkait dan perlu
diselarikan dalam usaha meraih keberkatan berpanjangan dari ilmu yang disampaikan oleh guru.

Dalam bait pertama beliau menekankan kepentingan sifat sabar dalam menimba dan
menjaga kesucian ilmu. Pemilihan kata kerja isbir menekankan bahawa setiap perjalanan

menuntut ilmu itu memerlukan sifat sabar, lantaran perjalanan yang penuh onak duri dan
kesusahan pada akhirnya akan membuahkan hasil dan kejayaan. Firman Allah SWT:

١١ ‫يَ ۡرفَ ِع ٱََّّللُ ٱلَّ ِذي َن َءا َمنُواْ ِمن ُك ۡم َوٱلَّ ِذي َن أُوتُو ْا ٱ ۡل ِع ۡل َم َد َر َٰ َج ٖۚت‬

Maksudnya:
Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang yang beriman antara kamu, dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat.
Umar Mukhtar Mohd Noor (2016) berpandangan bahawa, tafsiran ayat ini menyatakan tuntutan
dan kewajipan terhadap semua insan. Ilmu pengetahuan hadir sebagai penanda aras bagi
menentukan kebaikan atau keburukan dalam kehidupan. Bukan itu sahaja, segala kepenatan
penuntut ilmu akan dibalas dengan direzekikan oleh Allah SWT perlindungan, sakinah dan
rahmat-Nya setiap masa. Rozita Che Rodi & Hashim Hj.Musa (2014) menjelaskan, kesabaran
yang terbaik adalah dengan cara menahan diri daripada melakukan perkara yang jahat, tidak
sopan dan tercela. Ketika seseorang menahan dirinya dari melakukan kejahatan, keburukan dan
berjaya mendidik diri bersabar merupakan kejayaan utama dalam membina keharmonian umat
Islam. Murid yang sabar semasa menuntut ilmu tidak akan membalas nasihat atau teguran
gurunya sekalipun teguran itu tidak disukai. Kesabaran ini dapat dicapai menerusi hati yang
bersih dan jiwa yang tulus.

Dapat disimpulkan bahawa bait puisi ini mempunyai unsur bersih dari sudut spiritual atau
kerohanian. Seorang penuntut ilmu hendaklah membersihkan jiwanya daripada kekotoran
maksiat, perkara yang melalaikan dan dosa. Menurut Muhammad Fahmi Rusli (2018), antara
usaha yang boleh dilakukan untuk menghindari dari melakukan dosa adalah dengan melazimi
istighfar, memperbanyak taubat, berteman dengan sahabat yang baik dan memperbanyakkan
berdoa.

2. Bahjat (1999) memetik bait puisi Imam Shāficī: ‫أَ َرى َرا َحةً ِل ْل َح ِق ِع ْن َد قَ َضائِ ِه‬
‫َويَثْقُ ُل يَ ْو ًما إِ ْن تَ َر ْك َت عَلَى َع ْم ِد‬ ‫َو َح ْسبُ َك َح ًّظا أَ ْن تُ َرى َغ ْي َر َكا ِذ ٍب‬
‫َوقَ ْولَ َك لَ ْم أَ ْعلَ ْم َوذَا َك ِم َن ا ْل ُج ْه ِد‬ ‫َو َم ْن يَ ْق ِض َح َّق ا ْل َجا ِر بَ ْع َد اِ ْب ِن َع ِم ِه‬

‫َو َصا ِح ِب ِه ا ْْلَ ْدنَى َعلَى ا ْلقُ ْر ِب َوا ْلبُ ْع ِد‬ ُ‫يَ ِع ْش َس ِي َدا يَ ْستَ ْع ِذ ُب النَّا ُس ِذ ْك َره‬
‫َو ِإ ْن نَابَهُ َح ٌّق أَتُ ْوهُ َعلَى قَ ْص ِد‬

Dari sudut terjemahan komunikatif-semantik, bait puisi ini membawa maksud:

Aku melihat ketika sesuatu perkara itu dipenuhi, aku merasa tenang. Namun, jika hal itu
dilalaikan secara sengaja, hatiku akan terasa sangat berat.

Kamu cukup bersalah apabila disangka tidak berdusta. Atau kamu menyatakan aku tidak
tahu dan itu adalah antara usahamu.

Mereka yang memenuhi hak jiran tetangga setelah selesai hak sepupunya dan sahabat
karibnya, kemudian yang lebih hampir dan yang lebih jauh.

Ia hidup bagaikan tuan yang namanya akan meniti di bibir orang lain. Jika dia

menerima nikmat yang baik, mereka yang lain akan segera hadir meminta

pertolongannya.

Bait puisi ini menghuraikan kewajipan menunaikan tanggungjawab sesama Muslim bermula
dengan menjaga kebajikan ahli keluarga terlebih dahulu dan diikuti golongan yang lain. Bait ini
juga menggambarkan betapa lega dan puasnya hati Imam Shāficī setelah selesai menunaikan
tanggungjawab. Secara tidak langsung beliau menegaskan bahawa hatinya tidak tenang ketika
tidak dapat menjalankan dan melaksanakan tanggungjawabnya.

Terdapat dua perkara penting yang dapat diambil daripada terjemahan bait ini yang
mempunyai hubungan yang erat dengan konsep muafakat yang menyentuh hasil persetujuan,
persepakatan dan kerjasama semua pihak. Pertama, mengambil berat dan bantu-membantu
dalam kehidupan bermasyarakat. Kedua-dua sikap ini dapat menyuburkan sikap muafakat dalam
memperkasa dan mewujudkan hubungan komuniti yang baik untuk merealisasikan persekitaran
dan budaya hidup yang sihat. Islam telah menetapkan landasan yang jelas yang perlu dipatuhi
oleh setiap Muslim demi pembentukan kehidupan bermasyarakat yang lebih baik. Firman Allah
SWT:

﴾ ٣٠ ‫ل ِفي ٱ ْۡلَ ۡر ِض َخ ِليفَ ۖٗة‬ٞ ‫﴿ َوإِ ۡذ قَا َل َربُّ َك ِل ۡل َم َٰلََٰٓ ِئ َك ِة إِنِي َجا ِع‬

Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi.

Mashitah Sulaiman et al. (2009) membincangkan, tafsiran ayat ini menyatakan bahawa agama
Islam telah mendidik manusia supaya membina hubungan berpaksikan tauhid dalam
menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah supaya sentiasa menjalani hidup,
memakmurkan dan mentadbir urusan di dunia ini dengan baik.

Selanjutnya, kesungguhan Imam Shāficī dalam menyuburkan permuafakatan sesama
masyarakat dengan memberikan nasihat dan meminta mereka menjauhi segala larangan Allah
SWT. Lebih jelas, Imam Shāficī mengamalkan amar makruf nahi munkar untuk mengukuhkan
iman masyarakat. Pada masa kini, pemerkasaan, anjuran, seminar termasuk kempen
berlandaskan moto “amar makruf nahi munkar” dapat memupuk kerjasama dan permuafakatan
masyarakat setempat dalam menegakkan hukum Allah SWT. Menurut Nurazmallail Marni et al.
(2004), masyarakat setempat boleh bekerjasama dengan pihak polis, pihak berkuasa dan pihak
berautoriti untuk mencegah perkara-perkara mungkar dengan melakukan rondaan ke rumah-
rumah sewa, pusat hiburan, pusat karaoke dan pusat-pusat yang melakukan aktiviti-aktiviti
haram, dengan ini dapat memupuk masyarakat yang sepakat dan berusaha dalam menegakkan
yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang berhikmah dan penuh
permuafakatan.

3. Bahjat (1999) memetik bait puisi Imam Shāficī: ‫يَا َم ْن يُعَانِ ُق ُد ْنيَا ََل بَقَا َء لَ َها‬
‫يُ ْم ِسي َويُ ْصبِ ُح فِي ُد ْنيَاهُ َسفَّا َرا‬ ً‫َهََّّل تَ َر ْك َت ِل ِذي ال ُّد ْن ِيا ُمعَانَقَة‬
‫َحتَّى تُعَانِ ُق ِفي ا ْل ِف ْردَ ْو ِس أَ ْب َكا َرا‬ ‫ِإ ْن ُك ْن َت تَ ْب ِغي ِجنَا َن ا ْل ُخلْ ِد تَ ْس ُكنُ َها‬
‫فَيَنبَ ِغي لَ َك أَََّل تَأْ َم َن النَّا َرا‬

Dari sudut terjemahan komunikatif-semantik, bait puisi ini membawa maksud:

Wahai orang yang memeluk dunia yang tidak kekal, Berjalan atasnya pada waktu pagi
dan petang.

Hendaklah kamu meninggalkan rasa cinta terhadap dunia, agar kamu dapat menikmati
keindahan syurga Firdausi.

Apabila kamu menginginkan kekal abadi dalam syurga, hendaklah kamu merasa takut
dengan ancaman neraka.

Imam Shāficī menekankan kepada masyarakat supaya jelas dan sedar akan hakikat kehidupan
di akhirat kelak. Imam Shāficī juga memberi tanbih tentang nikmat syurga yang kekal abadi dan
bakal dinikmati jika masyarakat dan individu berjaya menyeimbangkan urusan dunia dan akhirat.

Bait ini menekankan dua perkara yang ada hubungan dengan konsep sejahtera yang
pada dasarnya menjanjikan kehidupan yang tenang, aman dan makmur, iaitu:

Pertama, keseimbangan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Rasa cinta terhadap
pengurusan keseimbangan dunia dan akhirat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Prof Dr Muhaya
Mohamad (2016) berpandangan, keseimbangan dunia akhirat boleh dicapai dengan sentiasa
menilai diri (muhasabah), sentiasa bersangka baik dengan memulakan pagi setiap hari dengan
niat supaya diri menjadi lebih baik dari yang sebelumnya, percaya dan jadi diri sendiri serta
elakkan diri daripada terpengaruh dengan persekitaran dan orang yang buruk. Kepentingan
mendidik semua lapisan masyarakat mengenai realiti akhirat yang merupakan tujuan akhir kita.
Membina kesedaran agar mengutamakan akhirat dalam setiap perkara yang dilakukan.
Melaksanakan modul pendidikan agama di peringkat pendidikan sebagai satu keharusan. M.
Ma’ruf (2019) berpendapat di dalam proses pengajian Islam, ilmu merupakan kunci utama dalam
mendapatkan kehidupan yang sebenarnya. Pengajian agama yang baik bukan sahaja
memberikan faedah bagi mereka yang mempelajarinya, bahkan, memberikan kebaikan dan
manfaat yang sama kepada masyarakat sekelilingnya.

Kedua, dorongan supaya mempunyai pemikiran yang sejahtera dalam pembinaan akhlak.
Langkah ini berkait rapa dengan mewujudkan persekitaran keluarga dan kejiranan yang penuh
dengan adab dan akhlak yang baik. Aspek adab dan akhlak perlu terus diperkukuh bagi
memastikan pembinaan kesejahteraan masyarakat yang mapan. Membudayakan amalan
mengucap dan sentiasa menasihati anak-anak supaya memberikan salam, mengucapkan terima
kasih dan minta maaf serta senyum kepada jiran tetangga. Siti Nurjanah Mastor Mustafa et al.
(2019) membincangkan, perhatian dan juga pengawasan ibu bapa amat penting untuk
mengetahui proses perkembangan tumbesaran, akhlak dan keadaan emosi anak-anak.

KESIMPULAN

Diwan Imam Shafiᶜī ialah khazanah berharga yang wajar dijadikan panduan oleh segenap
golongan. Biasanya Imam Shāfiᶜī dikaitkan dengan kesarjanaan dalam bidang fiqah dan usul
fiqah. Akan tetapi dengan kajian yang dilakukan ini ternyata beliau turut mempunyai kepakaran
dalam bidang kemasyarakatan. Bait-bait puisi yang disampaikan oleh beliau -walaupun ada
sarjana yang mengkritik keabsahan penghasilannya oleh Imam Shāfiᶜī- sangat bermanfaat dalam
kajian yang berkaitan dengan sosiologi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa konsep Bersih,
Muafakat, Sejahtera boleh mengambil manfaat daripada Diwān Imam Shāfiᶜī, bahkan langkah ini
wajar dilakukan kerana beliau ialah tokoh yang disegani dan mendapat kedudukan yang amat
baik di sisi masyarakat di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Kajian ini juga mengukuhkan
gagasan Bersih, Muafakat, Sejahtera yang dianggap masih baharu dalam pengurusan dan

pentadbiran. Kajian seterusnya boleh dilakukan dengan mengkaji pandangan Imam Shāfiᶜī dalam
karya-karya beliau yang lain seperti Tafsir Imam al-Shāfiᶜī, Musnad al-Shāfiᶜī dan sebagainya
untuk disesuaikan dengan konsep Bersih, Muafakat, Sejahtera.

RUJUKAN

Al-Quran

Bahjat. 1999. Dīwān asy-Syafici (al-Imām al-Faqīh Abū cAbdillah Muhammad Ibn Idrīs asy-
Syafici). Damsyiq: Dar al-Qalam. Retrieved from https://www.noor-book.com/-‫ديوان‬-‫كتاب‬
‫بهجت‬-‫ت‬-‫الشافعي‬-pdf

Khufaji. 1975. Dīwān asy-Syafici (khabar al-Ummah wa Imām al-aimmah), hlm. Kedua.
Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyah. Retrieved from https://www.noor-book.com/en/ebook-
‫خفاجي‬-‫ت‬-‫الشافعي‬-‫ديوان‬--pdf

M. Ma’ruf. 2019. Konsep Mewujudkan Keseimbangan Hidup Manusia Dalam Sistem Pendidikan
Islam. Jurnal al-Makrifat 4(2): 15.

Mashitah Sulaiman, Mohd Azmir Mohd Nizah & Mohd Aizuddin Abd. Aziz. 2009. Memupuk
Kesedaran Tanggungjawab Sosial Melalui Penglibatan Dalam Aktiviti Kejiranan Dari Kaca
Mata Islam. Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah Dan Kerja Sosial, Melaka 1: 10.
Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/258383935_MEMUPUK_KESEDARAN_TANGG
UNGJAWAB_SOSIAL_MELALUI_PENGLIBATAN_DALAM_AKTIVITI_KEJIRANAN_DARI_
KACA_MATA_ISLAM

Muhammad Abd al-Rahim. 1995. Diwan al-Imam al-Shafi’i. Beirut: Dār al-Fikr.

Muhammad Fahmi Rusli. 2018. Irsyad al-Fatwa siri ke-210: Dosa berterusan, bagaimanakah
penyelesaiannya? Irsyad Al-Fatwa. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-
umum/2181-irsyad-al-fatwa-siri-ke-210-dosa-berterusan-bagaimanakah-penyelesaiannya

Nurazmallail Marni, Ahmad Kilani Mohamed, Normala Hashim & Ruzana Abu Nasir. 2004.
Amalan Bekerjasama Dalam Komuniti Setempat : Kepentingannya Menurut Perspektif
Islam 11. Retrieved from http://repo.uum.edu.my/1761/

Prof Dr Muhaya Mohamad. 2016. Mencari keseimbangan dunia, akhirat. Berita Harian.
Retrieved from https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/09/189543/mencari-
keseimbangan-dunia-akhirat

Rozita Che Rodi & Hashim Hj.Musa. 2014. Intrepretasi Makna Kata Kunci Dalam Konteks Hati
Budi Melayu Demi Pelestarian Budaya Dan Masyarakat Yang Dinamik. Seminar
Antarabangsa Psikolinguistik III (SEAPSIL III) “Psikolinguistik dalam Masyarakat” 27.

Siti Nurjanah Mastor Mustafa, Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain & Ajmain Safar. 2019.
Pendidikan Anak-anak Menurut Abdllah Nasih Ulwan. Seminar Kebangsaan Keluarga
Sejahtera Negeri Johor 2019 14.

Umar Mukhtar Mohd Noor. 2016. Irsyad al-Hadith siri ke-109: Kelebihan Menuntut Ilmu. Irsyad
al-hadith. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1122-irsyad-al-hadith-siri-ke-
109-kelebihan-menuntut-ilmu [16 August 2016].


Click to View FlipBook Version