FORBIDDEN CITY, BEIJING
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :-
1. Menjelaskan konsep pemerintahan beraja
2. Membincangkan pelaksanaan sistem beraja di China
pada zaman Dinasti Ming & Ching
3. Menghuraikan kedudukan & peranan Maharaja di China
pada zaman Dinasti Ming & Ching
4. Menjelaskan peranan enam lembaga dalam
pentadbiran Dinasti Ching
5. Menjelaskan sistem pentadbiran wilayah pada zaman
Dinasti Ching
6. Menjelaskan sistem pelaksanaan sistem pembesar di
China pada abad ke-16 hingga ke-20
KRITERIA KEJAYAAN :-
1. Dapat menjelaskan 3 aspek penting konsep pemerintahan
beraja di China dengan betul
2. Dapat membincangkan 2 sejarah awal pelaksanaan sistem
beraja di China pada zaman Dinasti Ming & Ching dengan
betul
3. Dapat menghuraikan kedudukan & sekurang-kurangnya
4/5 peranan Maharaja di China pada zaman Dinasti Ming &
Ching dengan betul
4. Dapat menjelaskan sekurang-kurangnya 4/6 peranan bagi
enam lembaga dalam pentadbiran Dinasti Ching dengan
betul
5. Dapat menjelaskan sekurang-kurangnya 4/6 sistem
pentadbiran wilayah pada zaman Dinasti Ching dengan
betul
6. Dapat menjelaskan 4 pelaksanaan sistem pembesar di
China dari abad ke-16 hingga abad ke-20 dengan betul
LATAR BELAKANG
• Bermula dengan pemerintahan Raja Huang Ti pada
tahun 2697 sm
• PEMERINTAHAN BERCORAK DINASTI BERMULA
SEMASA RAJA YU. Dinasti Hsia memulakan sistem
pemerintahan berdasarkan keturunan (2205-1755 sm)
• Gelaran Maharaja digunakan oleh Shih Huang Ti (221-
220sm) iaitu Dinasti Chin. Dinasti Chin diganti oleh
beberapa dinasti seperti Han, Sui, Tang, Mongol, Ming
dan Manchu sehingga 1912. Maharaja mempunyai
kedudukan tertinggi dan berkuasa mutlak dalam
pemerintahan di peringkat pusat. Maharaja dibantu oleh
pembesar di pelbagai peringkat pusat, wilayah dan
daerah
• Raja Yu- dinasti Hsia
• Pemerintah China menggunakan gelaran
maharaja selepas Shih Huang Ti memerintah
• Maharaja dianggap mutlak dan berkuasa tinggi
namun kuasanya dikawal Undang-undang Moral,
Klasik Conficius dan majlis Tertinggi Negara
• Dianggap anak syurga, rakyat tidak boleh persoal
kuasa raja, namun mandat ini boleh digulingkan
sekiranya berlaku kepincangan
3 ASPEK PENTING KONSEP
PEMERINTAHAN BERAJA DI CHINA
Pemerintahan oleh Maharaja
Maharaja berkuasa mutlak
Konsep ‘Mandat dari Syurga
CIRI-CIRI
SISTEM BERAJA
/ DINASTI DI
CHINA
• Maharaja menduduki lapisan tertinggi dalam
struktur social. Maharaja tinggal di ibu kota Peking
dan memerintah kerajaan melalui kuasa
mutlaknya.
• Sistem maharaja di China sebelum campurtangan
barat di pegang oleh Dinasti Manchu. Maharaja
dibantu oleh pembesar pusat ,wilayah dan daerah.
• Kedudukan politik sesorang maharaja adalah
melalui konsep “mandat dari syurga”. Konsep ini
meletakkan maharaja sebagai wakil syurga atau
anak syurga.
• Maharaja dianggap suci dan kuasa memerintah
adalah dari syurga.Tiada siapa yang boleh
mendakwa maharaja.
• Maharaja mesti memerintah dengan aman dan
adil. Jika berlaku bencana alam atau sebarang
kekacauan didalam negeri, Ini menunjukkan
kegagalan maharaja mengekalkan mandat dari
syurga. Maka maharaja akan digantikan oleh
pemerintah baru.
• Mandat dari syurga iaitu Kuasa dan kedudukan raja
Maharaja dianggap anak syurga yang diberi mandat
untuk memerintah dunia. Mandat dianggap ditarik
balik apabila pemerintahan maharaja menunjukkan
tanda-tanda kelemahan seperti peperangan,
bencana, perebutan takhta, persengketaan dll
DINASTI MING
(1368-1644)
• Era Dinasti Ming (1368-1644) bermula dalam keadaan Negara
China yang tidak tenteram akibat kebuluran, banjir, perang
saudara dan kebangkitan penduduk China menentang
pemerintahan Mongol. Pemimpin China yang berwibawa
bertindak merampas kuasa daripada pemerintahan mongol.
• Pada tahun 1351 sehingga 1353, muncul pemberontakan yang
mendakwa mendapat mandat dari syurga dan yang mendakwa
keturunan kerabat Maharaja Dinasti Sung. Kebanyakan pemipin
pemberontakan ini daripada kalangan penduduk biasa dan
dianggap sebagai hero oleh sejarawan China
• Dinasti Ming bermula daripada Chu Yuan-Chang yang
dianggap sebagai salah seorang pemimpin berdaulat. Pada
tahun 1356 , beliau menguasai Nanking dan pada tahun 1357,
beliau menguasai lembah sungai Yangtze dan terus mara ke
bahagian selatan menerusi jalan laut.
• Pemerintahan Nurhaci dikenali sbagai zaman
kegemilangan Manchu. Beliau seorang pemimpin
yang gigih dan tekun mencapai kejayaan. Beliau
berkhidmat dengan tentera Ming dan pihak istana
Ming memberinya gelaran Dragon Tiger General.
Nurhaci meletakkan puasat pentadbiran di Hetua
Xinbin Liaoning) dan menggerakan usaha
menyatukan puak-puak Manchu melalui kekerasan,
perkahwinan dan pakatan.
• Dinasti Manchu berasal dari puak Jurchad Nuzhun
yang tinggal di Marchuria. Orang Manchu terbahagi
kepada kepada beberapa puak dan tinggal di hulu
sungai Huiha.
DINASTI CHING
(1644-1911)
• Dinasti Ching, Dorgan meneruskan usaha untuk
memantapkan dinasti dan berusaha untuk
menggunakan kesempatan krisis dalaman Ming
dan kebangkitan golongan petani yang dipimpin
oleh Li Tze Cheng dengan menawarkan bantuan
tentera kepada tentera Ming.
• Tentera Nang dibawah pimpinan Wu San kuei
(1612- 1678) menerima tawaran Dorgan dan
membuka pintu tembok China untuk member
laluan kepada tenera Manchu masuk ke dalam
empayar Ming. Mereka bertempur dan Berjaya
menghalau Li Tzu Cheng .
PERANAN
MAHARAJA DALAM
PEMERINTAHAN
KETUA NEGARA
O Maharaja bertindak sebagai ketua negara dalam
pemerintahan China. Hal ini menunjukkan bahawa
maharaja memiliki kuasa mutlak.
O Kuasa mutlak maharaja jelas dalam penggubalan
undang-undang kerajaan. Undang-undang yang digubal
oleh maharaja adalah untuk menjaga kestabilan negara
dan melicinkan pentadbiran kerajaan.
O Malahan undang-undang yang digubal oleh maharaja
bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam
sistem politik negara. Hal ini diperkuat dengan anggapan
bahawa rakyat tidak berhak untuk mempersoalkan segala
bentuk undang-undang yang digubal oleh maharaja.
O Maharaja berusaha untuk mempertahankan Negara dari
serangan luar dan berusaha untuk meluaskan empayarnya.
Hal ini dapat dibuktikan pada peringkat awal Dinasti Ching.
Maharaja Ching mendapat tentangan daripada keluarga
Maharaja Ming yang berpusat di Nanking dan berjaya
menewaskan penentangan tersebut.
O berkuasa mutlak, berperanan penting dalam urusan dasar
luar negara, ketua perundangan, eksekutif dan kehakiman
dan dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis
Tertinggi Jabatan Penapis (pasukan perisikan raja)
memutuskan dasar kerajaan. Pada abad ke-19 dan awal
abad ke-20, pemerintahan beraja China di bawah
pemerintahan dinasti Ching menyaksikan satu perubahan
dalam dasar pemerintahan beraja. Maharaja Ching telah
menjalankan dasar tutup pintu. Urusan mempertahankan
negara dari serangan luar dan meluaskan empayar
memperlihatkan tanggungjawab maharaja China.
EKSEKUTIF
a) Menetapkan dasar kerajaan
b) Mengendalikan hal ehwal luar negara
- berkuasa untuk sign perjanjian dengan kuasa asing
- hantar utusan atau perwakilan ke negara lain
- terima kunjungan duta
- tetapkan dasar luar kerajaan dengan negara
negara lain
c) Menguruskan hal ehwal kakitangan awam
- berkuasa melantik & melucutkan pegawai
- meluluskan kenaikan pangkat kakitangan kerajaan
- kurnia darjah kebesaran kepada pembesar yg setia
d) Mengurus pentadbiran pusat
- ketua pentadbir
d) Mengurus pentadbiran pusat
- ketua pentadbir
- dibantu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi, Lembaga
Penapis
- Majlis Penasihat: badan penasihat kpd Maharaja &
mempunyai 6 kementerian
- Lembaga Penapis: awas & maklum pergerakan pembesar
e) Menguruskan Pentadbiran Wilayah
- melantik gabenor
- gabenor dibantu pesuruhjaya: kewangan, kehakiman,
pendidik
- ketenteraan: komander dilantik
- pentadbiran daerah diurus majistret daerah;
-kutip cukai
-pelihara keamanan
-menyelesaikan pertikaian
KEHAKIMAN
O Dalam bidang kehakiman, maharaja China
bertanggungjawab mengadili setiap kes yang
dilaporkan, malahan maharaja akan menjatuhkan
hukuman ke atas setiap pesalah, terutama yang
melibatkan kesalahan yang membawa kepada
hukuman mati.
O Dalam masyarakat China, keadilan seorang maharaja
sangat diutamakan kerana mereka percaya bahawa
maharaja merupakan pelindung kepada masyarakat
bawahan.
KEHAKIMAN
a) Mempunyai kuasa mutlak dalam bidang
perundangan
b) Berkuasa untuk mengisytiharkan suatu undang
undang
c) Berkuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap
pesalah
d) Mengendalikan kes kes rayuan
e) Berhak memberi pengampunan kepada individu
yang melakukan kesalahan
KETENTERAAN
O Negara China yang sangat luas telah mengundang
pemberontakan dan peluasan kuasa oleh bangsa lain,
terutama Mongol.
O Oleh yang demikian, maharaja mestilah seorang yang
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang
ketahanan dan pertahanan.
O Maharaja merupakan seorang ketua dalam ketenteraan.
Walaupun maharaja tidak terlibat secara langsung di
medan perang, tetapi semua keputusan berkaitan
dengan peperangan ditentukan oleh maharaja seperti
mengisytiharkan perang dan juga perdamaian.
O Dalam hal yang lebih penting lagi maharaja yang
berkaliber dan disanjung oleh rakyatnya mestilah
bertanggungjawab menjaga dan mampu mengekalkan
keamanan serta keselamatan rakyat dan negara China
KETENTERAAN
a)Merupakan tentera negara
b)Mengetuai pasukan tentera
c) Melantik panglia perang di peringkat pusat &
wilayah
d)Berperanan dalam mengukuhkan ketahan &
pertahanan negara
e)Merancang ekspedisi ketenteraan bagi
mempertahankan negara dari ancaman musuh
f) Merancang dasar ketenteraan negara
g)Berkuasa mengawal pengawal-pengawal diraja
EKONOMI
O Maharaja menguasai segala hal ehwal ekonomi dan
kekayaan negara. Malahan semua tanah pertanian
merupakan kepunyaan maharaja yang diusahakan
oleh rakyat jelata. Kegiatan perdagangan mestilah
dijalankan dengan kebenaran maharaja.
O Hubungan perdagangan dengan negara luar mestilah
mendapat restu daripada maharaja. Oleh yang
demikian, ibu kota dijadikan pusat kegiatan ekonomi.
O Maharaja juga berusaha untuk memastikan
kemakmuran ekonomi rakyat sentiasa terjamin. Hal ini
terbukti apabila maharaja memberi bantuan kepada
rakyat yang mengalami masalah bencana alam seperti
banjir atau kemarau.
O Maharaja akan sentiasa memberi bantuan berupa
makanan dan pakaian kepada mangsa bencana
alam. Maharaja juga mempunyai kuasa untuk
menentukan segala bentuk dan jumlah cukai yang
akan dikenakan kepada rakyatnya.
O Maharaja telah melantik para pembesar untuk
menjalankan semua kegiatan ekonomi, terutama
pemungutan cukai, perdagangan dan sebagainya.
O memajukan ekonomi dengan mengamalkan dasar tutup pintu
serta menguasai semua sumber ekonomi negara seperti
pungutan cukai / ufti dan menentukan sistem sukatan dan
timbangan. Berkuasa ke atas tanah (tanah hak raja) Penguasaan
ekonomi ini diperlihatkan dengan pengiktirafan tanah sebagai hak
maharaja. Aktiviti ekonomi yang dilakukan ialah pertanian. Segala
ekonomi negara seperti pungutan cukai, hsil pertanian,
perdagangan penduduk, ufti, barang dagangan, kepakaran dan
lain-lain akan dikuasai oleh maharaja. Maharaja akan melantik
pembesar untuk menjalankan urusan ekonomi.
O Penambahan dalam pengeluaran pertanian di tanah-tanah yang
diusahakan akan menambahkan keuntungan kepada golongan
pembesar dan tuan tanah dalam pada masa yang sama dapat
meningkatkan pendapatan cukai maharaja China. masyarakat
China melihat pekerjaan sebagai pedagang adalah pekerjaan yang
hina dan juga disebabkan oleh kedudukan pedagang adalah
paling bawah dalam susun lapis masyarakat feudal di China.
Maharaja China telah mengehadkan urusan perdagangan di
Canton, pedagang British tidak boleh bermalam di Canton dan
orang asing tidak dibenarkan mempelajari bahasa cina.
EKONOMI
a)Menguasai segala sumber ekonomi negara
termasuk hasil bumi & kegiatan perdagangan
b)Melantik pegawai-pegawai untuk mengendalikan
hal ehwal ekonomi negara
c) Mengurniakan tanah kepada para pembesar
dan diusahakan para petani
d)Enerima sumber pendapatan daripada kutipan
hasil cukai
e)Pembesar akan menyerahkan sebahagian
daripada hasil kepada maharaja
KEAGAMAAN
O Memandangkan maharaja dalam masyarakat China
dianggap sebagai anak tuhan atau wakil tuhan,
seseorang maharaja akan mengetuai semua
upacara keagamaan.
O Malahan terdapat tempat-tempat suci di dalam
istana maharaja yang tidak boleh dimasuki oleh
orang lain selain maharaja.
O Terdapat perayaan keagamaan yang dilaksanakan
mestilah mendapat perkenan dan dimulai oleh
maharaja.
KETUA AGAMA BUDDHA, TAOISME DAN CONFUCIUS
O memaastikan rakyat patuh ajaran agama serta
memastikan agama tidak dicemari dengan pengaruh
agama luar seperti agama Kristian. Maharaja China
mengamalkan ajaran confucianisme. Setiap individu
harus memenuhi tanggungjawab bagi mewujudkan
masyarakat yang harmoni.
O Ajaran ini menekankan konsep taat setia kepada raja
yang membawa kepada keamanan dan kemakmuran.
Oleh itu, maharaja membahagikan pentadbiran pusat
kepada beberapa bahagian, iaitu Sekretariat Agung,
Majlis Tertinggi yang dipecahkan kepada enam badan
menteri dan Lembaga Penapis.
SOSIAL
O Maharaja bertanggungjawab penuh terhadap
keamanan dan kesejahteraan rakyat. Sekiranya
seseorang maharaja gagal memerintah negara,
beliau akan digulingkan oleh rakyat.
O Menurut kepercayaan masyarakat Cina,
seseorang maharaja gagal dalam
pemerintahannya apabila berlaku malapetaka
dalam negara seperti banjir, kemarau dan
sebagainya.
O Oleh itu, rakyat jelata berhak menggulingkan
pemerintahan kerajaan tersebut
O Ketua adat istiadat, adat Kow-tow, dan
memastikan alat-alat kebesaran diraja
sentiasa dijaga (lambang naga). Pemimpin
intelektual istana sebagai pusat
perkembangan ilmu dan istana sebagai pusat
peperiksaan awam kerajaan
SOSIAL
a) Mempunyai tanggungjawab moral bagi menjaga kepentingan
rakyat
b) Menunjukkan contoh dan teladan baik
c) Memberi penghormatan kepada upacara-upacara ritual
d) Tidak boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
adat
AGAMA
a)Ketua agama
b)Berkuasa melantik pendeta & ketua
agamabagi upacara ritual
c) Ketua upacara agama dalam negara
INTELEK
a) MENGARAHKAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN AWAM
DI PERINGKAT DAERAH & BANDAR
b) TERLIBAT DALAM PEMILIHAN CALON TERBAIK DALAM
PEPERIKSAAN AWAM PADA PERINGKAT KEBANGSAAN
c) MEMBERI CERAMAH KEPADA PENUNTUT KOLEJ
IMPERIAL
KEDUDUKAN
&
PERANAN
MAHARAJA DINASTI
CHING