The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 2 - MASYARAKAT AGRARIA BELANDA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04337667, 2021-08-06 04:28:09

MASY. AGRARIA BELANDA

BAB 2 - MASYARAKAT AGRARIA BELANDA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :-

1.Menjelaskan konsep Agraria
2.Menerangkan ciri-ciri masyarakat

Agraria di Belanda
3.Menerangkan perkembangan

masyarakat Agraria di Belanda

KRITERIA KEJAYAAN:-

1.Dapat menjelaskan 3 aspek penting
konsep agraria dengan betul

2.Dapat menerangkan 5 ciri masyarakat
Agraria di Belanda dengan betul

3.Dapat menerangkan 5 aspek
perkembangan masyarakat Agraria di
Belanda dengan betul







BERGANTUNG
KEPADA KEGIATAN

EKONOMI

MEMPUNYAI PENTERNAKAN –
HUBUNGAN DENGAN
Lembu, Kambing,
MASYARAKAT Ayam, Biri-biri
MARITIM PERTANIAN –
*Saling
Tanaman utama
bergantungan (Padi,Ubi Taro, Keladi)

MEMPUNYAI & Tanaman Bijirin
KEMAHIRAN (Gandum, Barli, Oat,
MENGHASILKAN
MAKANAN SENDIRI Kekacang)
*Dari pertanian pindah
hingga pertanian tetap

TINGGAL MENETAP DI AKTIVITI-AKTIVITI LAIN –
KAWASAN TANAH
PERTANIAN Berburu/ Kutip hasil hutan
/ Menangkap ikan

KEGIATAN BERASASKAN
PERTANIAN

KEGIATAN LAIN
HASIL TANAMAN UTAMA
SISTEM PENGAIRAN &

SALIRAN

LOKASI

KONSEP SANGAT PENTING & PERLU
DIFAHAMI OLEH PELAJAR

TUJUANNYA :-
* DAPAT MEMAHAMI TOPIC SECARA

UMUM
* MEMBANTU PROSES UNTUK
PENULISAN ESEI TERUTAMA PADA
BAHAGIAN PENGENALAN @

PENDAHULUAN

ASPEK PENTING YANG PERLU ADA DALAM
PENGENALAN

APA-APA SAHAJA YANG BUKAN ISI
MENJELASKAN KONSEP

KAITKAN AYAT AKHIR DENGAN
KEHENDAK SOALAN

PENGENALAN

Kemajuan pesat dalam bidang pertanian menyebabkan lahir
masyarakat agrarian di negara Belanda pada abad ke-16 dan 17
Masihi. Masyarakat agraria di Belanda tinggal di kawasan
pedalaman termasuk kawasan-kawasan pertanian yang subur.
Mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang berasaskan kepada
aktiviti pertanian dan penternakan. Pada abad ke-16 dan 17,
Belanda mengalami perubahan politik dan ekonomi selepas
berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Philip II dari
Sepanyol. Perkembangan ini memperlihatkan bahawa kerajaan
Belanda memainkan peranan yang besar dan secara langsung
dalam perkembangan ekonomi sehingga masyarakat agraria yang
miskin berubah kepada masyarakat agraria yang maju pada abad
ke-17. Masyarakat agraria ini memberi keutamaan kepada aktiviti
bercucuk tanam, penternakan dan perikanan sebagai sumber
ekonomi mereka



SISTEM
PENGAIRAN

KESUBURAN
TANAH

PENINGKATAN
PENGGUNAAN

TEKNOLOGI

KAWASAN

PETEMPATAN

KEGIATAN
EKONOMI

Pada abad ke-16, masyarakat agrarian di utara Belanda mengusahakan
ekonomi utama dalam bidang pertanian dan perikanan. Aktiviti pertanian
meliputi penanaman pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran seperti bawang,
ketumbar, lobak dan teasel serta bijirin seperti barli, gandum dan oat.
Masyarakat petani ini mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan untuk
dijual di pasar tempatan dan dipasarkan ke bandar lain di Belanda. Menjelang
akhir abad ke-16, petani Belanda menghasilkan gandum antara 1150 kilogram
hingga 1900 kilogram bagi setiap hektar. Selain itu, tanaman seperti kobis,
kekacang dan bunga-bungaan turut diusahakan. Tanaman jagung pula
dusahakan di Amsterdam. Hasil pertanian ini telah dieksport ke luar negara.
Tanaman dagang seperti hem, biji kol dan mader juga diusahakan di
Zeeland dan Bogaurden. Masyarakat Belanda juga menanam bunga secara
meluas pada abad ke-17 seperti bunga tulip dan hop yang di tanam di
sepanjang Sungai Maas berikutan permintaan yang tinggi di pasaran.
Masyarakat Belanda juga menternak binatang secara meluas seperti lembu
dan kambing di kawasan Friesland untuk daging dan hasil tenusu.
Industri perikanan juga penting di Belanda dan dianggarkan satu per lima
penduduk terlibat selain industri pembinaan kapal.















Petempatan masyarakat agraria Belanda banyak terletak di
kawasan lembah sungai yang subur dan menjadi tumpuan. Kawasan
pinggir pantai juga mempunyai mendapan tanah lanar yang subur
dan menjadi petempatan masyarakat agraria Belanda. Antara kawasan
petempatan tersebut ialah Friesland, Zeeland dan Utretch.
Sebahagian besar negara Belanda berada di bawah paras laut.
Disebabkan berlakunya pertambahan penduduk dan keperluan terhadap
bahan makanan, pihak kerajaan telah bertindak menambak tanah laut
untk dijadikan kawasan pertanian. Menjelang 1680, tanah seluas
127 ribu hektar ditebus guna. Abad ke-17 menunjukkan pertambahan
tanah pertanian dan petempatan kepada 36 ribu ekar sekitar tahun
1590 hingga 1615 yang membawa kepada peningkatan hasil
pertanian. Antara kawasan yang terletak di kawasan yang ditambak
dan ditebus guna ialah Pulau Zuid-Beveland, Middlezee, oud-
Beijerland dan New-Beijerland. Di Pulau Zuid-Beveland, usaha
menebus tanah diperluas hingga menjadi 5500 hektar



Masyarakat Agraria Belanda membina terusan, kolam, takungan air
dan tali air bagi mengairi kawasan pertanian. Masyarakat Belanda juga
mendirikan kincir angin bagi membolehkan air yang berlebihan dari
kawasan tanah rendah dialirkan kewasan pertanian. Masyarakat Belanda
juga mempunyai kemahiran tinggi dalam memelihara kesuburan tanah bagi
menjamin produktiviti. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti memugarkan
tanah pertanian dan menggunakan baja asli yang terdiri daripada najis
ternakan untuk mengekalkan kesuburan. Mereka mempunyai bekalan
baja asli yang mencukupi dari kawasan penternakan lembu. Petani
Belanda mengamalkan sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini,
tanah pertanian dibahagikan kepada tiga bidang iaitu dalam setiap
bidang terdapat jalur-jalur yang dibahagikan secara memanjang untuk
diusahakan. Dalam setiap musim, petani hanya mengusahakan dua
daripada tiga bidang tersebut, satu lagi bidang dibiarkan sebagai tanah
rang bertujuan untuk memulihkan kembali kesuburan tanah sebelum
diusahakan pada musim yang berikutnya dan najis binatang ternakan
menjadi baja untuk menyuburkan tanah apabila digunakan untuk aktiviti
penternakan











Masyarakat agrarian Belanda juga ada kemahiran dalam
memperkenalkan pelbagai kaedah pertanian. Petani-petani Belanda merupakan
perintis dalam memperkenalkan sistem penggiliran tanaman. Dengan
mengamalkan sistem ini, sistem tanah rang dapat dimansuhkan. Sistem
penggiliran tanaman melibatkan penanaman pelbagai tanaman mengikut
musim seperti tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan
tanaman bijirin Selain sistem ini, sistem batas juga diperkanalkan. Sistem
menanam dengan membuat batas memudahkan saliran. Kedudukan batas
juga diubah setiap tahun supaya tanaman tumbuh dengan subur dan
mengekalkan kesuburan tanah. Sistem ini menggalakkan penanaman
dalam jajaran. Satu lagi sistem penanaman yang diperkenalkan ialah
penanaman deretan. Antara tanaman yang ditanam secara deretan ialah
jagung, madder, hop, dan cole. Penanaman di atas alur yang dibuat
menyebabkan kemunculan amalan sistem deretan. Pertambahan produktiviti
dalam pertanian telah menambahkan bekalan makanan antara tahun 1550
hingga 1650. Penduduk Belanda juga mnencapai dua juta orang.





Masyarakat Belanda juga mencapai kemajuan dalam teknologi
pertanian. Mereka mencipta pelbagai jenis peralatan untuk
kegunaan pertanian secara skala besar. Sebagai contoh,
penciptaan tugal dan tenggala beroda adalah untuk memugar dan
membajak tanah pertanian.Terdapat juga mesin untuk menampi
bijirin. Selain itu, mereka juga melakukan aktiviti penambakan
tanah laut untuk dijadikan kawasan pertanian dengan
mengeringkan kawasan tambakan laut menggunakan kincir
angin dan daik seperti yang berjaya dijalankan oleh Jan
Adriaanszoon pada tahun 1600-an. Menjelang abad ke-17, 49%
wilayah Zeeland ditebus guna untuk pertanian. Pada tahun 1612,
Tasik Beemster telah berjaya dikeringkan membentuk sebuah dataran
baharu yang dikenali sebagai Beemster Polder. Terdapat kajian
pertanian seperti kajian penanaman rumput jenis Clover,
Lucerne dan Burnet untuk ternakan pada tanah-tanah rang.


Click to View FlipBook Version