1. PERKEMBANGAN KEGIATAN
PERTANIAN
Kegiatan pertanian telah dijalankan secara lebih giat pada abad
ke-17, akibat berlakunya pertambahan penduduk yang pesat
terutama di kawasan bandar negara Belanda. Masyarakat
petani terutama disebelah utara Belanda telah mengusahakan
kegiatan pertanian secara kecil kecilan dan secara sistem
pertanian padang terbuka. Hasil pertanian ini untuk pasaran
tempatan di bandar-bandar negara Belanda sahaja.
Antara tanaman yang ditanam ialah sayur-sayuran seperti
bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel. Mengikut KHD
Halley, masyarakat Belanda merupakan masyarakat yang
paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.
Selain itu, masyarakat Belanda juga turut menanam tanaman lain
seperti barli, gandum, semanggi, kekacang, biji kol, mader dan
hem.
Barli merupakan tanaman dominan di Belanda, namun
pengeluarannya semakin merosot menjelang abad ke-
16 dan ke-17 M. Selepas itu, gandum telah menjadi
penting menjelang abad ke-17 M. Gandum telah
ditanam oleh petani secara intensif dan lebihan hasil
akan dijual. Tanaman semanggi pula ditanam
dibahagian utara Belanda pada tahun 1644 M untuk
dijadikan sebagai makanan binatang ternakan terutama
lembu. Tanaman kekacang seperti beans dan kacang
peas merupakan tanaman penting di Belanda.
Manakala biji kol pula ditanam oleh petani dibahagian
utara Belanda dan diproses untuk menghasilkan
minyak. Hampasnya pula telah dijadikan makanan
binatang ternakan pada musim sejuk. Tanaman ini
mula berkembang dan ditanam di Zeeland, Bogaurden,
Friesland, Artois, Rhineland, Schleswig dan Holstien.
Tanaman mader pula ditanam secara meluas pada abad ke-13
dan ke-14 M apabila industri tekstil mula muncul di Leiden
dan bandar-bandar lain di Belanda di mana tanaman ini telah
dijadikan sebuk pewarna dalam industri tekstil. Tanaman ini
ditanam secara meluas di bahagian barat daya Belanda,
Flanders, dan Brabant Barat. Tanaman Mader telah dieksport
ke pelabuhan di bahagian selatan dan timur England. Pulau
Schouwen telah menjadi pusat tanaman mader yang penting
menjelang tahun 1580-an hingga pertengahan abad ke-17 M.
Menjelang akhir abad ke-17 M, telah terdapat 50 kilang
memproses mader dan ini telah menjadikan Rotterdam
muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran mader
di Belanda.
Penanaman hem pula ditanam dengan meluas di wilayah-
wilayah Holland, Utrecht, Alblasserwaard, Lopikerwaard dan
Krimpenerwaard pada abad ke-16 M. Tanaman ini digunakan
untuk membuat barangan daripada kanvas, jala dan tali
kapal.
2. PERKEMBANGAN BIDANG
PENTERNAKAN
Pada abad ke-17 M, aktiviti penternakan lembu juga dijalankan
secara giat di bahagian timur Belanda seperti sekitar bandar-
bandar Hertogenbosch, Lier dan Diest. Perkembangan bidang
penternakan didorong oleh berlakunya pertambahan penduduk
di Belanda dan seterusnya menyebabkan meningkatnya
permintaan untuk bekalan daging lembu pada abad ke-16 M dan
abad ke-17 M. Ini telah menyebabkan petani-petani di Holland
dan Friesland memberi tumpuan kepada sektor penternakan.
Bilangan ternakan telah meningkat dari 14 ekor pada akhir abad ke-
16 M kepada 24 ekor pada pertengahan abad ke-17 M. Lembu-
lembu tenusu yang diternak di Belanda daripada baka lembu
tenusu yang terbaik di Eropah. Penternakan lembu bertambah
maju dengan adanya penanaman rumput berkualiti dan
pengenalan tanaman bergilir.
Pertambahan penduduk di bandar telah mendorong peningkatan
permintaan susu lembu di Belanda iaitu 2000 liter susu setahun
sekitar tahun 1570. Pada tahun 1660, kandang-kandang lembu
telah dilengkapi dengan peralatan bagi memproses susu lembu
terutama di daerah Amstelland.
Penternakan kambing juga dijalankan di kawasan sekitar Pulau Taxel
dan Wieringan dan Pulau Grind. Penternakan ini dijalankan untuk
menghasilkan bekalan keju kepada penduduk di bandar-bandar
dan luar bandar.
Belanda telah menjadi sebuah negara industri berasaskan tenusu
dalam menghasilkan keju dan mentega yang terbesar di dunia
serta berkualiti tinggi sejak abad ke-16 M dan abad ke-17 M
terutama di Holland dan Friesland. Produk ini akan dieksport ke
England, Perancis, Sepanyol dan kawasan pedalaman Jerman.
Keju yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi yang lebih
maju dan tinggi. Hasil keju ini memberi sumbangan pendapatan
tahunan kepada Belanda sebanyak 6.4 juta pound. Manakala
mentega pula telah dihasilkan di daerah Rijnland dan Delfland.
Bandar Leidin telah menjadi pusat pusat pengeluaran mentega
yang bermutu tinggi di Belanda.
3. PERKEMBANGAN BIDANG
HORTIKULTUR
Bidang ini telah berkembang kesan daripada berlakunya
pertambahan penduduk, peningkatan taraf hidup dan kemajuan
dalam sistem pengangkutan air. Pusat-pusat hortikultur telah
muncul di bandar-bandar seperti Leiden, Delft, De Langedijk dan
Enkhuizen. Bidang ini meliputi penanaman sayur-sayuran, buah-
buahan dan bunga.
Sayur-sayuran seperti bawang, lobak, ketumbar, lobak merah,
parsnip dan biji sawi telah ditanam secara meluas di daerah De
Langedijk. Tanaman kubis dan lobak ditanam secara bergilir-gilir
dengan sayuran lain di kawasan De Streek di daerah Enkuizen.
Buah-buahan pula telah ditanam di kawasan Aalsmeer dan
Boskoop seperti strawberi. Sayur-sayuran dan buah-buahan ini
telah dihantar ke Amsterdam dan Leiden melalui pengangkutan
air.
Pada abad ke-17 M, tanaman bunga telah dijalankan
seperti tulip dan hop. Bunga tulip telah mendapat
permintaan yang tinggi dan ini telah mendorong
peningkatan harganya. Bunga hop pula telah
ditanam dengan meluas di kawasan sepanjang
sungai Maas. Bunga hop telah digunakan dalam
industri penghasilan minuman keras (beer) di
bandar-bandar Haarlem, Delft dan Gouda.
Terdapat 21 buah kilang minuman keras di
Amsterdam dan Rotterdam antara tahun 1600-
1621 M.
4. PERKEMBANGAN KEGIATAN
MENEBUS GUNA TANAH
Perkembangan aktiviti pertanian di Belanda mempunyai pertalian
yang rapat dengan kegiatan menebus guna tanah kerana
sebahagian besar tanah pertanian yang subur berada di bawah
paras laut. Ini telah menyebabkan kawasan pertanian yang
terletak di pinggir laut ditenggelami air laut. Keluasan tanah yang
ditebus guna untuk pertanian di negara Belanda telah dijalankan
dari tahun 1545 sehingga tahun 1814. Muara Sungai Middeizee
ditambak bagi tujuan menebus guna tanah tersebut untuk tujuan
pertanian.
Menjelang pertengahan abad ke-17 M, sebahagian besar tanah di
wilayah Zeeland di tebus guna untuk tujuan pertanian. Di seluruh
wilayah Zeeland, tanah yang ditebus guna meningkat kepada
49%, iaitu daripada 85 000 hektar kepada 127 000 hektar
menjelang tahun 1600 dan 1680. Usaha penambakan tanah
dilakukan di Oud-Beijerland (1557) dan Nieuw-Beijerland (1582)
menyebabkan tanah seluas 2300 hektar ditebus guna.
5. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
PERTANIAN
Kegiatan pertanian semakin berkembang kerana berlakunya kemajuan yang
pesat dalam teknik dan kaedah pertanian di Belanda menjelang abad ke-16
M dan ke-17 M berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Antara
perkembangan yang berlaku dalam bidang teknologi pertanian ini adalah
kajian mengenai sistem pertanian Belanda, pengenalan sistem tanaman
bergilir, sistem penanaman rumput ternakan, sistem batas, sistem
penanaman deretan, teknik memelihara kesuburan tanah dan penciptaan
peralatan pertanian.
Kajian Mengenai Sistem Pertanian Belanda telah dijalankan terutama
mengenai teknik dan kaedah pertanian yang di perkenalkan oleh
masyarakat Belanda dijalankan oleh sarjana-sarjana dari England seperti
Sir Richard Weston, Lord Townshend, Bakewell, Sir John Sinclair, Thomas
Radcliff, Andrew Fletcher of Saltoun, James Meikle, Bartholomew Rocque,
Patrick Neill dan William Speechley. Hasil kajian mereka, menunjukkan
petani-petani di Belanda telah memperkenalkan sistem tanaman giliran,
sistem penanaman rumput seperti Clover, Lucerne, Burnet, Timothy Grass
dan Turnip dan mencipta peralatan seperti tenggala dan mesin menampi.
Petani-petani Belanda merupakan perintis dalam
memperkenalkan sistem penggiliran tanaman. Dalam sistem
penggiliran yang diamalkan di Belanda, penanaman secara
intensif telah dijalankan di mana tanah rang telah ditanam
dengan kacang tanah, ubi-ubian, jagung dan bijirin seperti
gamdum, barli, oat yang menjadi sumber utama Belanda
Sistem penggiliran ini melibatkan penanaman jagung musim
sejuk (satu tahun), jagung musim panas (satu tahun), tanah
rang (satu tahun) dan penanaman rumput (3 atau 6 tahun)
diamalkan. Sistem penggiliran ini telah diamalkan di bandar
Ghent (1323), St. Pieters ter Aalst (1368) dan Lede yang
terletak di Alost pada tahun 1372. Sistem penggiliran
tanaman juga diamalkan secara meluas di wilayah Waes
(Belanda) pada tahun 1644. Sistem tanaman ini masih
dipraktikkan di ladang-ladang yang terletak di selatan
Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800. Kaedah ini
akan mengembalikan kesuburan tanah dan meningkatkan
lagi hasil pengeluaran pertanian.
Petani-petani Belanda juga memperkenakan sistem
penanaman rumput ternakan untuk ternakan pada tanah
rang. Tanaman rumput seperti turnip ditanam di kawasan
tanah rang selepas jagung dituai. Terdapat bukti mengenai
penanaman tanaman rumput di tanah rang pada
pertengahan abad ke-15 M iaitu pada tahun 1498 di Louvain.
Petani-petani di Belanda juga memperkenalkan sistem
menanam dengan membuat batas. Melalui sistem ini, saliran
yang baik dapat diwujudkan bagi memastikan tanaman
tumbuh dengan subur. Bagi memelihara kesuburan tanah,
kedudukan batas diubah setiap tahun. Sistem penanaman di
atas batas menyebabkan penanaman dalam deretan atau
jajaran di perkenalkan. Sistem Penanaman Deretan
diamalkan bagi tanaman seperti jagung, mader, hop, biji kol
dan tembakau. Sistem penanaman dalam deretan bagi
tanaman komersial digunakan sejak abad ke-14 M.
Petani-petani Belanda juga mempunyai pengetahuan yang
tinggi dalam memelihara kesuburan tanah. Mereka
mengekalkan kesuburan tanah pertanian dengan melakukan
aktiviti berikut melakukan pemugaran tanah pertanian,
menggunakan baja asli dan membuang rumput dan tanaman
perosak. Petani-petani mengekalkan kesuburan tanah
dengan menggunakan baja asli yang terdiri daripada najis
ternakan yang diperolehi daripada kawasan-kawasan
penternakan lembu.
Petani-petani di Belanda juga memberi sumbangan dalam
penciptaan peralatan pertanian. Antara peralatan yang
dicipta termasuklah sejenis tenggala baru yang digunakan
oleh petani di Gelderland, mencipta tenggala beroda dan
mesin untuk menampi bijirin.
TEKNOLOGI PERTANIAN
- Kegiatan pertanian di Belanda sangat maju terutama
dalam bidang dalam bidang pertanian.
- Antara perkembangan yang berlaku dalam bidang
teknologi pertanian aadalah : -
1. system pertanian Belanda
2. Sistem penanaman rumput tenakan
3. Sistem penanaman deretan
4. Penciptaan peralatan pertanian
5. Sistem tanaman giliran
6. Sistem batas
7. teknik memelihara kesuburan tanah
BIJI KOL – DIPROSES
UNTUK HASILKAN
MINYAK
TURNIP
HEM – TALI KAPAS,
KANVAS, JALA
(INDUSTRY KAPAL)
SEMANGGI – SUMBER MAKANAN
TERNAKAN
HOP – INDUSTRY MINUMAN
KERAS
MADER – AKAR (PEWARNA
BAGI INDUSTRY TEKSTIL)
TEASEL – TUMBUHAN
BERDURI UNTUK MENGARUK
KAIN KELUAR BULU
Kesimpulannya, masyarakat agrarian
di Belanda menjalankan ekonomi
berasaskan pertanian, penternakan,
industri swasta dan pertanian.
Perkembangan ekonomi pertanian telah
membawa kepada kemunculan ekonomi
perdagangan di Belanda menjelang abad
ke-18 dan menjadi inspirasi kepada
masyarakat petani di negera-negara lain
di Eropah.