Nestle perusahaan pembuat produk Milo meminta
konsumen waspada dengan maraknya penjualan
Milo palsu. Kemasan palsu nampak sangat mirip
yang asli. Tapi ada satu perbedaannya.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :-
1.Menjelaskan konsep Agraria
2.Menerangkan ciri-ciri masyarakat Agraria di
China
3.Menerangkan faktor yang mendorong
kepada kemajuan sector pertanian di China
KRITERIA KEJAYAAN:-
1.Dapat menjelaskan 3 aspek penting konsep
Agraria dengan betul
2.Dapat menerangkan 5 ciri masyarakat Agraria
di China dengan betul
3.Dapat menerangkan 5 faktor yang mendorong
kepada kemajuan sector pertanian di China
dengan betul
KONSEP AGRARIA
APA
KONSEP AGRARIA
???
Masyarakat agraria ialah masyarakat berasaskan pertanian,
penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai.
Masyarakat agraria tinggal di kawasan pedalaman
termasuk kawasan-kawasan pertanian yang subur.
Masyarakat agraria di China merupakan masyarakat petani
yang bergantung sepenuhnya kepada ekonomi kendiri dan
tidak bergantung kepada negara lain untuk memenuhi
keperluan masyarakat tempatan.
Pengamalan unsur-unsur mekantilisme oleh masyarakat
agraria di China membantu perkembangan ekonomi agraria
di China pada abad ke-16 hingga abad ke-17M.
LATAR BELAKANG NEGARA
CHINA
Sungai Yangtze merupakan sungai
terpanjang di Cina dan Asia dan
sungai terpanjang ketiga di
dunia,[8] sungai ini memiliki panjang
6.300 km. Lembah sungainya
membentang kira-kira sejauh 3.200
km dari barat ke timur dan lebih dari
1.000 km dari utara ke
selatan. Sungai ini bersumber
dari Dataran Tinggi Tibet dan
bermuara di Laut Cina Timur, sungai
ini melintasi serta berfungsi sebagai
perbatasan antara 10
provinsi. Lebih dari ¾ aliran sungai
melintasi pegunungan. Sungai
Yangtze memiliki delapan anak
sungai utama. Di tepi kirinya, dari
sumber ke mulut sungai ada sungai
Yarlung, Min, Jialing, dan Han dan
yang berada di tepi kanan termasuk
sungai Wu, Yuan, Xiang, dan Gan
Sungai
Kuning atau Huang
He / Hwang Ho
(pinyin: Huáng Hé);
Bahasa Mongolia
:Hatan Gol, Sungai
ratu) merupakan
sungai kedua
terpanjang di China
(selepas Sungai
Yangtze) dan ketujuh
terpanjang di dunia
dengan anggaran
panjangnya
5,464 kilometer
(3,395 batu)
SUNGAI KUNING
CIRI-CIRI
MASYARAKAT AGRARIA
CHINA
CIRI-CIRI PETEMPATAN
MASYARAKAT EKONOMI
AGRARIA CHINA PENGAIRAN
PEMILIKAN TANAH
KEMAHIRAN TEKNOLOGI
Negara China mempunyai keluasan hampir 9.6 juta
km persegi tetapi tanah yang sesuai untuk kegiatan
pertanian hanyalah 15% sahaja. Kawasan lain
terdiri daripada pergunungan dan gurun di sebelah
barat dan utara China. Negara China juga
sebahagian besarnya berada dalam kawasan hawa
sederhana mengalami perubahan iklim dari
kawasan tropika ke kawasan sejuk. Walaupun
berkeadaan demikian, negara China masih lagi
mampu mengeluarkan makanan daripada perlbagai
jenis tanaman untuk kegunaan masyarakat dan
untuk dieksport ke negara luar
1. PETEMPATAN
85% masyarakat petani China menetap di desa
Sebahagian besar masyarakat petani di China
bertumpu di dataran Loes, lembah sungai Kuning dan
wilayah tengah yang terdapat sungai Yangtze.
Masyarakat petani China sangat bergantung kepada
iklim untuk menjalankan ekonomi agraria. Iklim yang
bersesuaian ini membolehkan masyarakat petani
mengusahakan penanaman pelbagai jenis tanaman
sepanjang tahun.
1. Masyarakat agraria China tertumpu di kawasan timur laut
China dengan Mongolia. Kawasan ini mempunyai dataran loes
yang subur di sepanjang Sungai Kuning. Di sebelah selatan
pula terdapat pula Sungai Yangtze (sungai terbesar di China)
yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat agraria
di China
2. Keadaan geografi negara China tidak membantutkan aktiviti
pertanian sebaliknya masyarakat China masih mampu
menampung makanan penduduknya dan mampu mengeksport
makanan ke luar negara.
3. Hal ini kerana sebahagian besar kawasan China terletak
dalam kawasan hawa sederhana dan terdapat perubahan
iklim dari kawasan tropical ke kawasan sejuk
Perubahan di muara Delta Sungai Kuning dua
dekad lalu
SUNGAI YANGTZE
CONTOH ESEI
Sejajar dengan aktiviti bercucuk tanam, masyarakat agraria
dalam tamadun China mendirikan petempatan di kawasan
lembah sungai. Antara kawasan lembah sungai yang menjadi
tumpuan masyarakat agraria di China ialah Lembah Sungai
Kuning dan Sungai Yang Tze. Kawasan ini
mempunyai mendapan tanah loes yang subur dan sesuai
untuk menjalankan aktiviti pertanian. Tanah rata di kawasan ini
juga mendorong petani mendirikan petempatan mereka.
Petani yang menetap di lembah sungai terlibat dengan aktiviti
penanaman padi secara meluas. Petempatan masyarakat agraria
terdapat di kawasan tanah pamah yang terletak di bahagian
selatan China. Masyarakat agraria juga turut mendirikan
petempatan di kawasan dataran tinggi yang terletak di utara
China seperti di wilayah Anhui, Shenzi dan Shansi
• Sistem ekonomi yang diamalkan bercorak sara diri.
• Sebahagian besar daripada penduduk China terlibat dalam
aktiviti bercucuk tanam.
• Petani terlibat dalam pengeluaran barang-barang
pertukangan untuk keperluan masing-masing.
• Kebanyakkan petani menyewa tanah pertanian daripada
tuan tanah yang kaya-raya.
• Mereka perlu membayar cukai tanah kepada tuan tanah dan
golongan bangsawan.
• Padi, milet, gandum, oat dan kaoliang adalah tanaman makanan
utama.
• Padi ditanam meluas dikawasan lembah sungai kuning.
• Gandum adalah makanan utama di wilayah utara.
• Penanaman milet diusahakan secara meluas dibahagian utara
seperti di wilayah Kansu.
• Kaoliang ditanam dibahagian timur laut China.
• Bali dan oat turut ditanam dibahagian tertentu di Negara China
PADI MILET
OAT GANDUM
KOALIANG SEKOI
TEH
KAPAS
BARLI
TEBU
CONTOH ESEI
Sistem ekonomi yang diamalkan pada abad ke-16 M dan ke-17 M adalah bercorak sara diri.
Sebahagian besar daripada penduduk China terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam. Pada zaman
pemerintahan Dinasti Ming dan Qing, negara China masih dipanggil masyarakat agraria iaitu
meliputi 85% daripada keseluruhan penduduk dan tinggal di desa.
Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak
ditanam di kawasan selatan China iaitu di hilir lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.
Penanaman padi jenis baru telah diperkenalkan dari selatan Vietnam yang boleh ditanam dua kali
setahun dan tidak memerlukan air yang banyak. Ini telah memboleh padi ini di tanam di kawasan
tanah tinggi yang kekurangan air.
Tanaman baru yang lain turut diperkenalkan seperti tanaman kekacang, ubi kentang manis, barli,
jagung, kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi, milet, kaoliang, barli, dan oat. Tanaman baru ini telah
meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian masyarakat agraria. Masyarakat China yang tinggal di
tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma, sekoi dan kekacang terutama di sekitar
Sungai Heilongjiang.
Gandum merupakan tanaman makanan utama di bahagian dataran tinggi di utara China. Tanaman
gandum ditanam secara meluas di wilayah Shantung, Kansu, Shensi dan bahagian utara Anhui dan
Hupeh.
Milet ditanam secara meluas di bahagian utara khususnya di wilayah
Kansu, Shensi dan Shansi. Koaling merupakan tanaman yang ditanam
secara meluas di bahagian timur laut China. Selain itu, tanaman bijirin
lain seperti barli dan oat juga ditanam di bahagian-bahagian tertentu di
negara China.
Sejak zaman awal pemerintahan beraja, tanah pertanian di negara China
dimiliki oleh maharaja dan dikurniakan kepada golongan bangsawan atau
pembesar (tuan tanah). Tanah merupakan satu aset yang amat berharga
yang dapat menentukan status sosial seseorang itu. Tuan-tuan tanah ini
akan memberikan kepada golongan rakyat masyarakat agraria untuk
diusahakan. Penguasaan tanah pertanian oleh golongan tuan tanah
menyebabkan petani menjadi penyewa dan serf
• Tanah pertanian terletak di bawah pentadbiran
Jabatan Hal Ehwal Kerabat Diraja pada zaman
Ching.
• Jabatan tersebut menguruskan tanah seluas 4
juta mu ketika pemerintahan Maharaja Jiaqing
(1796-1820)
• Pada zaman pemerintahan Jiaqing, golongan
bangsawan memiliki kawasan pertanian seluas
1.3 juta mu.
CONTOH ESEI
Masyarakat agraria di China mengamalkan pemilikan tanah yang diterajui oleh golongan
pembesar atau dimiliki oleh tuan tanah. Mereka juga menjalankan aktiviti pertanian
secara bersama dan tidak mengutamakan hak individu.
Tanah di negara China semua dimiliki oleh maharaja dan dikurniakan kepada golongan
bangsawan atau pembesar (tuan tanah). Tanah merupakan satu aset yang amat berharga
yang dapat menentukan status sosial seseorang itu. Tuan-tuan tanah ini akan memberikan
kepada golongan rakyat masyarakat agraria untuk diusahakan.
Tanah ini akan diusahakan dari satu generasi ke satu generasi secara bersama dan tidak
mengutamakan hak individu. Masyarakat agraria China mengusahakan tanah pertanian
secara tradisional dengan menggunakan peralatan lama dan najis binatang untuk
menyuburkan tanah. Namum, hasil yang diperolehi masih cukup untuk menampung
keperluan harian mereka tetapi tidak dapat menyimpan.
Walaupun negara China mempunyai tanah yang subur dan masyarakat agrarianya cekap
bercucuk tanam, namum mereka masih hidup dibelenggu dengan kemiskinan