Pertanian dijalankan menggunakan alat pertanian yang lama dan baja yang
digunakan ialah baja daripada najis binatang. Menerusi pendapatan yang
digunakan yang diterima daripada hasil pertanian, para petani hanya dapat
menyara kehidupan secukup sahaja, dapat membeli benih, menggantikan
alat perkakas, mengadakan majlis perkahwinan, menguruskan belanja
kematian, menderma kepada panggung penglipur lara di kampung,
menyertai jamuan yang diadakan sekali sekala.
Masyarakat agraria di China sudah biasa menghadapi kebuluran dan
penderitaan. Bagi meneruskan kelangsungan hidup, mereka mencari hasil
hutan atau menjual anak-anak perempuan untuk dijadikan hamba
4. KEMAHIRAN SISTEM PENGAIRAN
1. Memiliki kemahiran membina terusan
2. Terusan dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan
mengelakkan banjir
3. Pam yang menggunakan tenaga binatang dapat mengepam air ke
kawasan pertanian
4. Empangan dibina untuk membekalkan air ke kawasan pertanian
5. Tembok dibina untuk mengelakkan banjir memusnahkan hasil
tanaman
6. Kemajuan teknologi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian
TERUSAN
TAMBAK
PAM
Empangan Luoyang, China boleh pecah
bila-bila masa, jejaskan 7 juta penduduk
CONTOH ESEI
Perkembangan pertanian di negara China mempunyai kaitan yang rapat dengan kemajuan dalam
teknologi pengairan. Petani-petani di China mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan
mengawal aliran air sungai. Terusan dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian,
mengelakkan banjir dan untuk mengangkut hasil pertanian ke bandar-bandar.
Petani-petani China juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-lereng bukit bagi
membolehkan penanaman padi dijalankan. Bekalan air disalurkan ke kawasan pertanian daripada
terusan dan kolam takungan air dengan menggunakan kaedah mengepam air. Pam ini digerakkan
dengan menggunakan tenaga binatang ataupun manusia.
Bagi mengairi kawasan pertanian yang jauh daripada sumber air, maka kaedah empangan telah
digunakan. Selain itu, tambak juga dibina untuk mengelakkan banjir memusnahkan kawasan
pertanian. Projek-projek pengairan juga dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan
pertanian seperti projek pengairan di Sichuan mengairi kawasan tanah pertanian seluas 2 juta
hektar.
5. KEMAHIRAN DALAM TEKNOLOGI PERTANIAN
1. Kemahiran memelihara kesuburan tanah pertanian
2. Mengekalkan kesuburan tanah
3. Petani menggunakan baja untuk meningkatkan hasil pertanian
4. Sistem bergiliran tanaman diamalkan sejak zaman Ming
5. Tanaman baharu seperti ubi kentang, jagung dan kekacang diperkenalkan
6. Kaedah tanaman dua musim dilakukan
7. Padi jenis baharu yang cepat masak dibawa dari Vietnam Selatan
8. Kaedah ini membolehkan tanaman padi dilakukan dua kali setahun dalam semusim di tanah yang sama
9. Padi jenis ini juga tidak memerlukan banyak air
10. Mempunyai kemahiran dalam membina teres di ladang-ladang bukit bagi penanaman padi
11. Pertanian secara berteres dapat meningkatkan hasil pertanian
12. Kaedah pengkhususan dalam tanaman dipraktikan dalam pertanian komersial seperti kapas, tebu dan teh
1. Tenggala penabur benih digunakan untuk membina alur
dan menabur benih dalam barisan yang lurus
2. Penciptaan penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda
3. Kereta sorong beroda dua dicipta untuk mengangkut
barangan
4. Kemajuan teknologi meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian
CONTOH ESEI
Masyarakat agraria China turut memiliki kemahiran dan pengetahuan memelihara
kesuburan tanah pertanian. Mereka mengekalkankesuburan tanah supaya jumlah hasil
pertanian tidak berkurangan. Petani juga menggunakan baja secara meluas bagi
meningkatkan hasil pertanian.
Masyarakat agraria di China juga menggunakan pelbagai kaedah dalam aktiviti pertanian
supaya dapat menikmati pelbagai hasil pertanian yang banyak. Antara kaedah yang lazim
digunakan ialah sistem bergiliran yang diamalkan sejak zaman Ming. Dalam sistem ini,
tanaman-tanaman baharu seperti ubi kentang, jagung dan kekacang diperkenalkan.
Satu lagi kaedah ialah tanaman dua musim. Dalam kaedah ini, padi jenis baharu yang cepat
masak dibawa dari Vietnam Selatan. Kaedah ini membolehkan tanaman padi dilakukan dua
kali setahun dalam semusim di tanah yang sama. Padi jenis ini tidak memerlukan banyak
air.
Selain itu, masyarakat agraria China juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di
ladang-ladang bukit bagi penanaman padi. Pertanian secara berteres juga dapat
meningkatkan hasil pertanian
Satu lagi kaedah ilah yang diamalkan ialah pengkhususan dalam tanaman. Kaedah ini
dipraktikan dalam mengusahakan pertanian komersial seperti kapas, tebu dan teh
Penciptaan dan penggunaan peralatan baru telah membawa kepada
kemajuan yang pesat dalam aktiviti pertanian di negara China, antaranya
tenggala penabur benih, penyisir tanah, penggiling, kolar kuda dan
kereta sorong beroda dua.
Tenggala penabur benih digunakan untuk membina alur, parit atau lekuk
memanjang di permukaan tanah. Selain itu, alat ini juga digunakan untuk
menabur benih dalam barisan yang lurus dan sekata.
Selain tenggala kayu, mereka turut mencipta peralatan lain seperti
penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda. Kereta sorong beroda dua
telah dicipta untuk memudahkan pengangkutan barang-barang atau
hasil pertanian. Peralatan-peralatan ini menyebabkan berlaku
peningkatan yang amat ketara dalam pengeluaran basil pertanian.
FAKTOR-FAKTOR YANG
MENDORONG KEPADA KEMAJUAN
DALAM SEKTOR PERTANIAN DI
CHINA
SISTEM
PENTADBIRAN
TANAH
PERTANIAN
PENGENALAN FAKTOR YANG SISTEM
KAEDAH MENDORONG PERCUKAIAN
BAHARU KEPADA KEMAJUAN
SEKTOR PERTANIAN
PERTANIAN
DI CHINA
KEMAJUAN SISTEM
DALAM PENGAIRAN
TEKNOLOGI
PERTANIAN
1. KATEGORI TANAH PERTANIAN
• Tanah pertanian terbahagi kepada duua kategori pada zaman
Ming dan Ching, iaitu:
a) Tanah kerajaan
b) Tanah milik persendirian
• Terdapat tanah yang dimiliki secara lansung oleh kaum kerabat
diraja dan golongan bangsawan.
• Tanah milik persendirian boleh dijual beli pada peringkat awal
zaman dinasti Ming.
• Ramai petani memiliki tanah pertanian masing-masing
disebabkan perkembangan ini.
• Petanian merupakan kegiatan ekonomi yang penting di
China pada zaman Ming dan Ching.
• Kerajaan Ming mengambil masa selama tiga tahun untuk
mendapatkan maklumat sebenar tentang keluasan
kawasan pertanian di China pada tahun 1578.
• Hasil kajian tersebut mendapati bahawa kawasan
pertanian adalah seluas 701 juta mu.
• Dimiliki oleh golongan tuan tanah sejak zaman awal pemerintahan
beraja.
• Kaum kerabat diraja merupakan sebahagian besar daripada golongan
tuan tanah.
• Tanah yang dimiliki oleh kerabat diraja adalah seluas 1.28 juta mu pada
zaman Ming.
• Pada tahun 1522, keluasan tanah yang dimiliki oleh kerabat diraja
meningkat kepada 20 juta mu.
• Tanah seluas 100 000 mu telah dianugerahkan oleh Maharaja Zhu
YuanZhang kepada anak-anaknya.
• Petani telah menjadi penyewa dan serf kerana golongan tuan tanah
menguasai tanah pertanian.
• Kapas, tembakau, tebu, dan mulberi adalah antara tanaman diusahakan.
• Tembakau ditanam diwilayah Kwangsi dan Fukian.
• Kapas mendapat permintaan yang tinggi dan ditanam secara meluas di
wilayah Sungkiang.
• Wilayah Kwangtung menanam pohon mulberi bagi perusahaan sutera.
• 100 000 penduduk di wilayah ini melibatkan diri dalam perusahaan
sutera.
• Tuan tanah menyewakan tanah kepada petani yang tidak memiliki
tanah.
• Petani membayar sejumlah wang sebagai sewa tanah dan 50-60%
dari hasil pertanian sebagai cukai.
• Petani sebagai buruh paksa.
• Sistem cukai baru dikenali sebagai “cukai tunggal” tahun 1581.
• Rakyat tidak perlu membyar pelbagai jenis cukai apabila cukai baru
diperkenalkan.
• Mereka hanya perlu membayar satu jenis cukai sahaja dalam wang
perak.
• Petani mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan mengawal
aliran air sungai.
• Terusan dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian dan
mengelakkan banjir serta mengangkut hasil pertanian ke bandar.
• Bagi penanaman padi, mereka membina teres dilereng-lereng bukit.
• Bekalan air disalurkan ke kawasan pertanian dari terusan dan kolam
takungan air.
• Pam digerakkan dengan menggunakan tenaga manusia atau binatang ke
kawasan pengairan.
• Empangan dibina untuk membekalkan air ke kawasan pertanian.
• Tambak dibina untuk mengelakkan banjir musnahkan kawasan pertanian.
• Projek pengairan dijalankan oleh pemerintah.
4. KEMAJUAN DALAM
TEKNOLOGI PERTANIAN
• Kemajuan yang pesat dalam aktiviti pertanian.
• Bagi membina alur, parit atau lekuk memanjang dipermukaan tanah, alat
yang dikenali sebagai tenggala penabur benih diperkenalkan.
• Peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda turut
dicipta oleh mereka.
• Bagi memudahkan barang-barang diangkut, kereta sorong beroda tiga
dicipta.
• Sistem tanaman bergilir pada zaman Han.
• Kesuburan tanah pertanian dapat dikekalkan
melalui penanaman bergilir.
• Penkhususan dalam tanaman dan tanaman dua
pusingan merupakan kaedah pertanian yang baik.
• Penggunaan kaedah baru menyebabkan
pembukaan tanah baru untuk pertanian.