B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 41
Pertelingkahan tercetus diantara para pengikut setia Rajah Tengah dengan pengawal istana sehingga beradu ilmu seni pencak persilatan Melayu.
42 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 43
44 44 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H Raja Tengah bertarung dengan Datuk Lela Pahlawan Panglima Istana sehingga suasana menjadi hiruk pikuk di dalam istana.
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 45
46 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 47
48 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
Raja Tengah berjaya menewas-
kan para Panglima dan pengawal
istana kerana kehandalan beli-
au dalam ilmu persilatan serta
daulat darah Raja-raja Melayu di
mengalir didalam badannya.
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 49
Melihat kelakuan yang Raja Tengah yang luar biasa, kekandanya Sultan Abdul Jalilul Akbar mengajak Raja Tengah
berbicara sesama saudara kandung dan mengelakkan berlakunya pertumpahan darah.
50 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 51
Setelah berbicara bermuafakat bersama para
pembesar negeri, Sultan Jalilul Akbar telah
menyerahkan Sarawak kepada Raja Tengah
dengan dinobatkan sebagai Sultan Sarawak.
55 22 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
Raja Tengah diisytiharkan sebagai Sultan Sarawak yang berdaulat dengan keberangkatan Raja Tengah akan diiringai para pembesar, para
pengikut dan rakyat jelata serta alat kebesaran pusaka kerajaan yang digunakan semasa memerintah Negeri Sarawak Darul Hana.
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 53
54 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
Bab 3
Babak Kedua
Raja Tengah
Sultan Berdaulat Takhta Sarawak
Sultan Sarawak Darul Hana
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 55
55 66 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
Setibanya di Negeri Sarawak, berbuatlah
Astana Pangeran Raja Tengah di Tanah Raja.
Bergotong-royonglah rakyat jelata untuk
berbuat kota di Tanah Raja. Manakala para pengikut
Pangeran Raja Tengah berbuat perkampungan di
sebelahan Tanah Raja yang telah didirikan Astana
Pangeran Raja Tengah. Setelah itu, diadakan upacara
pertabalan Pangeran Raja Tengah sebagai Sultan
Sarawak yang bergelar Sultan Ibrahim Omar Shah
dengan alat kebesaran adat istiadat diraja.
Semasa upacara pertabalan, sebagai Sultan Sarawak
dizahirkan setelah Sultan Tengah menghunus
dan mengucup pedang kerajaan sebagai tanda
berdirinya pemerintahan Kesultanan Sarawak serta
bergema laungan “Daulat Tuanku” sebanyak tujuh
kali. Upacara perlantikkan pembesar negeri dengan
menjunjung titah Sultan Sarawak dilaksanakan.
Dilantik pembesar negeri sebagai tiang seri kerajaan
Kesultanan Sarawak iaitu Datu Patinggi Seri Setia,
Datu Shahbandar Indera Wangsa, Datu Amar Setia
Diraja dan Temenggong Laila Wangsa.
Keempat pembesar yang siap dengan gelaran darjah
kebesaran telah ditauliahkan oleh baginda Sultan
Tengah sebagai Sultan Berdaulat Takhta Sarawak.
Manakala upacara menjunjung sembah kebawah duli
Tuanku serta titah perintah jajahan bawah kekuasaan
Kesultanan Sarawak. Antaranya adalah, Negeri
Melayu Saribas, Kalaka, Sadong, Samarahan dan
Melano. Maka sembahlah titah dan menjunjung kasih
oleh Raja Negeri Melayu iaitu Datu Patinggi Saribas,
Sadong, Samarahan dan Melanau.
Manakala Raja Kalaka mengadap persembahan iaitu
Raja Perempuan Dang Umbuk ditemani oleh adiknya
Dang Rukuk. Sebagai tanda taat setia, raja adil raja
disembah, raja zalim raja disangah. Pelbagai ufti
hantaran dan hasil bumi dipersembahkan kebawah
duli Tuanku Sultan Tengah. Kesultanan Sarawak yang
diasaskan oleh Sultan Tengah telah berkembang
maju dan pesat dengan aktiviti perdagangan yang
memperlihatkan akan kemakmuran Bumi Sarawak.
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 57
Pertabalan Raja Tengah sebagai Sultan Sarawak Darul Hana dengan gelaran Sultan Ibrahim Omar Shah.
58 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 59
Raja-Raja Negeri Melayu Samarahan, Negeri Melayu Kalaka, Negeri Melayu Saribas dan Negeri Melayu Banting serta para
pembesar Negeri Sarawak merafak sembah menjunjung kasih kebawah daulat perkenan duli Tuanku Sultan Tengah.
66 00 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 61
Istiadat Pertabalan Sultan Tengah sebagai Sultan Negeri Sarawak Darul Hana dengan pemberian gelaran tertinggi kepada para
pembesar Negeri serta keris Kerajaan Negeri Sarawak Darul Hana.
62 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
BB AA NN GG SS AA WW AA NN SS UU LL TT AA NN TT EE NN GG AA HH 66 13
64 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 65
66 66 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
Tarian Puteri Sarawak sebagai persembahan diraja dalam majlis pertabalan. B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 67
66 88 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
Bab 4
Babak Ketiga
Pelabuhan Santubong
Sarawak Darul Hana
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 69
Pelabuhan penting Negeri Sarawak adalah Santubong sejak tahun 600M lagi.
70 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
Babak ketiga, mengisahkan pemerintahan dan kemakmuran
bumi Sarawak di bawah payung kerajaan Kesultanan
Sarawak. Kemakmuran bumi Sarawak dibuktikan dengan
kegiatan perdagangan dan kapal dagang yang banyak
bertandang di Pelabuhan Santubong. Maka dikhabarkan ke
seluruh pelusuk negeri akan keberangkatan mencemar duli
Tuanku Sultan Tengah untuk melawat pelabuhan Santubong
serta bertemu rakyat jelata baginda.
Keberangkatan Sultan Tengah ke Santubong diiringi oleh para
pembesar negeri baginda, para pahlawan istana dan turut
mengiringi baginda, Datu Patinggi di kesemua Negeri di bawah
kekuasaan Kesultanan Sarawak iaitu para Datu-Datu Patinggi.
Santubong pada ketika itu dikunjungi oleh para pedagangan
seantero dari seluruh pelusuk alam nusantara, benua dan
tamadun dunia lain seperti India, Parsi, Arab dan dinasti
tamadun China. Ketika bersiar-siar dipelabuhan Santubong,
Sultan Tengah terpandang akan Gunung Santubong yang
tersergam indah saujana mata memandang. Pada ketika itu,
baharulah diketahui oleh Sultan Tengah akan kekerabatan
darah keturunan diraja pembesar negeri serta para Datu-Datu
akan Keturunan Datu Merpati di Santubong. Rasa bertuah
dihati Sultan Tengah menjadi raja pemerintah agung di bumi
Sarawak yang dahulunya pernah mempunyai peradaban dan
ketamadunan Melayu yang awal dan sejarah bangsa Melayu di
kepulauan Borneo serta Alam Nusantara Melayu.
Setelah beberapa purnama terdetik dihati Sultan Tengah
ingin keluar kota menziarahi Raja Bonda baginda di Temasik.
Dititahkan kepada segala pembesar istana akan keberangkatan
belayar Sultan Tengah ke Tamasik. Setelah tiba di Tamasik
Sultan Tengah disambut dengan penuh adat istiadat diraja
sesuai dengan daulat kesultanan. Raja Bonda mengadakan satu
perayaan diraja dan pesta rakyat sempena kedatangan Sultan
Tengah. Setelah satu purnama, bermohonlah Sultan Tengah
kepada Raja Bondanya untuk belayar kembali ke Negeri
Sarawak. Maka segeralah Sultan Tengah menaikkan layar kapal
untuk belayar di lautan samudera.
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 71
72 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
Permandangan dan suasana perlabuhan Santubung yang didatangi para perdagangan dari seluruh B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 73
pelusuk dunia terutamanya dari kepulauan Nusantara dengan kapal dilautan dan gedong didaratan.
Sultan Tengah mencemar duli bertemu rakyat jelata di pelabuhan Santubong dengan diiringi para pembesar Negeri Sarawak Darul Hana.
74 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 75
77 66 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 77
78 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 79
88 00 BB AA NN GG SS AA WW AA NN SS UU LL TT AA NN TT EE NN GG AA HH
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 81
Dang Ubu’ (kanan) dan Dang Ruku’, Raja Negeri Melayu
Kalaka mengiring Sultan Tengah ke Santubong.
88 22 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 83
88 44 BB AA NN GG SS AA WW AA NN SS UU LL TT AA NN TT EE NN GG AA HH
Bab 5
Babak Keempat
Adat Sembah Menjunjung Kasih
Astana Sambas
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 85
86 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H
Pelayaran Sultan Tengah untuk kembali ke Sarawak telah
dilanda ribut dilautan samudera. Akhirnya Sultan Tengah serta
rombongannya telah terdampar di pantai Negeri Sukadana
yang berhampiran dengan Kesultanan Matan. Hasrat untuk kembali
ke Sarawak diganti menjadi pengembaraan dalam hidup Sultan
Tengah yang masih bujang teruna. Sultan Tengah telah dibawa ke
Istana Matan oleh Sultan Matan iaitu Sultan Muhammad Shariffudin.
Dilihat oleh Sultan Sukadana akan budiman dan santun Sultan
Tengah, baginda berkenan untuk menjodohkan Sultan Tengah
dengan adindanya Puteri Raden Surya Kasuma iaitu Puteri Sukadana.
Sultan Tengah bernikah dengan Puteri Raden Surya Kasuma dengan
penuh adat istiadat diraja Melayu. Maka bertambah eratlah hubungan
Sultan Tengah dengan Kesultanan Matan dengan Sukadana yang
telah menjadi hubungan kekeluargaan. Sekian lama menetap di
Sukadana akhirnya lahirnya putera Sultan Tengah yang pertama
bernama Pangeran Raja Muda Raden Sulaiman pada 14 April 1601.
Setelah itu Sultan Tengah telah berpindah bersama keluarganya ke
Muara Sambas untuk berdakwah menyebarkan agama Islam.
Penyebaran dakwah itu dibantu oleh Pangeran Raja Muda Raden
Sulaiman kerana Sambas pada waktu itu diperintah oleh Raja Hindu
iaitu Ratu Sapudak. Pangeran Raja Muda Raden Sulaiman telah
bernikah dengan anak Ratu Sapudak iaitu Puteri Raden Mas Ayu
Bungsu. Pernikahan ini telah mengeratkan hubungan kekeluargaan
Sultan Tengah dengan keluarga Ratu Sapudak. Akhirnya Pangeran
Raja Muda Raden Sulaiman telah ditabalkan menjadi Sultan Sambas
yang pertama beragama Islam dengan gelaran Sultan Muhammad
Shafiuddin. Kesultanan Sambas telah diasaskan oleh keluarga Sultan
Tengah yang bercorakkan pemerintahan Islam. Negeri Sambas
berkembang bertambah maju dan makmur, rakyat bertambah ramai
dan pedagang datang bertandang untuk berdagang.
Pada 19 Disember 1645 semasa kelahiran cucu Sultan Tengah yang
pertama bernama Raden Bima terdetik hasrat dihati Sultan Tengah
untuk kembali ke Sarawak. Sultan Tengah bermuafakat dengan
anakandanya Sultan Sulaiman. Sultan Sulaiman merelakan pemergian
ayahandanya kerana baginda tetap Sultan Sarawak. Semasa
keberangkatan Sultan Tengah ke Sarawak, suasana sedih dan pilu
menyelubungi Istana Sambas. Semua kaum kerabat diraja berkumpul
di Istana Sambas termasuk Ratu Sapudak yang bersua muka bertemu
dengan Sultan Tengah untuk mengucapkan selamat jalan berangkat
kembali ke Sarawak.
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 87
Sultan Tengah bersama Raja Permaisuri menimang cucunda
Raden Sulaiman dalam istana Kesultanan Sambas.
88 88 BB AA NN GG SS AA WW AA NN SS UU LL TT AA NN TT EE NN GG AA HH
B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 89
Sultan Tengah menkhabarkan berita untuk kembali pulang ke Negeri Sarawak kepada anakandanya Pangeran Raden Sulaiman.
99 00 BB AA NN GG SS AA WW AA NN SS UU LL TT AA NN TT EE NN GG AA HH