The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by integrasi.media2020, 2022-06-19 05:41:11

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 141

Datu Patinggi menjunjung
kasih pelantikan sebagai
pentabdir Negeri Sarawak
dalam tempoh Sultan Tengah
menjalani rawatan.

11 44 22 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

Datu Patinggi secara turun-menurun bersumpah taat setia
kepada Sultan Tengah dan Negeri Sarawak Darul Hana.

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 143

144 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

DwpeaantsuitaaPtdaSbtuiirnltgtaegnritTimnegnegglaiauShnaygraaknwagnakmDDaeuanlrtauatluTHliuaaahnnkaka.un semasa detik-detik
Datu Patinggi sebagai

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 145

Persembahan tandak Melayu Sarawak “Tarian Puteri Sarawak” yang dipersembahkan di Astana Darul Hana semasa pemerintahan Sultan
Tengah. Memaparkan legatasi ketamadunan Melayu Sarawak dari aspek kesenian dan kebudayaan Raja Melayu atau dikenali budaya Istana.

146 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

Persembahan ‘Extra Turn’

Bangsawan Sultan Tengah

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 147

Lawak jenaka oleh Kumpulan Dato
Yek sebagai Jin Bukit Siol dan tauke
panggung Mohd Bin Saji dan Saeit Mat.

11 44 88 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

Pratonton pementasan Bangsawan Sultan Nyanyian Lagu Asli oleh Saudara Azlan Goli yang diiringi kempulan krew pemuzik Bangsawan Sultan Tengah yang diketuai
Tengah Sarawak telah dipersembahkan buat oleh Pengarah Muzik Cikgu Juncy Abdullah.
pertama kali pada Jumaat, 11 Disember
2015 di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka
Cawangan Sarawak. Pratonton yang dipersembahkan
bertujuan untuk menanda aras persembahan sebelum
dipertontonkan pada persembahan sebenar.
Pratonton tersebut telah dihadiri beberapa panel
penilai dengan kepakaran bidang masing-masing
termasuk tetamu kehormat yang dijemput. Antaranya
adalah YBhg. Datuk Wisnu tetamu kehormat, YBhg.
Datu Dr. Haji Sanib Haji Said sejarawan , tokoh
pendidik YBhg. Datu Dr.Adi Badiozaman, Pensyarah
Kanan Seni Teater Universiti Kebangsaan Malaysia,
Dr. Nur Afifah Vanitha Abdullah, Pengarah Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN ) sarawak,
Puan Sharifah Aluyah Syed Muhd Shibli yang mewakil
Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak (KPSU)
serta Dr. Hazami Jahari Pengarah Dewan Bahasa dan
Pustaka Cawangan Sarawak.
Penilaian dan kritikan membina yang dilontar oleh
penilai akan menjadi satu asas penambahbaikan agar
Bangsawan Sultan Tengah Sarawak, berjaya direalisasi
sejajar dengan objektif pementasan. Hasil mesyuarat
kali pertama pada tahun 2016, dimaklumkan dalam
mesyuarat bahawa akan diadakan pratonton
yang kedua dalam bulan Febuari 2016 sebelum
pementasan sebenar dipersembahkan.

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 149

Persembahan Tarian Puteri Sarawak oleh Badan Seni AKYBMS.

11 55 00 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 151

11 55 22 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H Persembahan Tarian yang dipersembahkan oleh Kempulan Tarian SK Siol Kanan dan Sri Tunas Petra.

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 153

11 55 44 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 155

11 55 66 BB AA NN GG SS AA WW AA NN SS UU LL TT AA NN TT EE NN GG AA HH

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 157

11 55 88 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H Persembahan khas arkapela yang berupa nyayian lagu rakyat yang bertajuk Sungai Sarawak
telah dipersembahkan oleh Institut Perguruan Batu Lintang.

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 159

Persembahan Kelab Peminat P. Ramlee.

160 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 161

11 66 22 BB AA NN GG SS AA WW AA NN SS UU LL TT AA NN TT EE NN GG AA HH

Lampiran:

Disebalik Tabir

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 163

Barisan juri penilai pra-tonton di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Dari kiri: Sharifah,
Datu Misnu, Datu Dr. Sanib, Datu Dr. Adi Badiozaman, Wakil JKKN dan Dr. Afifah (UNIMAS).

11 66 44 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

Bangsawan Raja Tengah Sultan Berdaulat Sarawak ialah sebuah
karya pengkisahan dalam memperlihatkan sejarah Negeri
Sarawak yang satu ketika masa dahulunya, merupakan negeri
yang berdaulat serta beraja pada abad ke-16.

Kewujudan beberapa kesultanan bersusur galur daripada sebuah
nama iaitu Raden Adipati, anak raja daripada Majapahit. Beliau yang
lebih dikenali sebagai Datuk Merpati di Santubong Sarawak pada
abad ke-13.

Daripada susur galur tersebut, rangka ruang dan waktu pensejarahan
Sarawak seterusnya memperlihatkan hubungan yang terkait antara
kewujudan beberapa buah negeri Melayu Sarawak awal yang kini
yang hilang, iaitu Sawaku, Samaran, Sadong, Seribas dan Kalaka.

Pengkisahan Raja Tengah Sultan Sarawak diterbitkan kali pertama
dalam bentuk pementasan bangsawan, mengisahkan peradaban
negara bangsa dalam usaha menzahirkan kewujudan pemerintahan
Sultan di Sarawak.

Produksi pementasan Teater Bangsawan Raja Tengah Sultan
Berdaulat Sarawak sebagai karya agung telah diilhamkan oleh
pujangga sejarawan, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib Haji Said yang juga
penaung yang berperanan sebagai pakar rujukan sejarah Sarawak.

Pementasan ini merupakan satu usaha menjunjung tinggi martabat
sejarah Sarawak yang dijulang tinggi oleh anak tempatan, dipayungi
oleh Yayasan Budaya Melayu Sarawak dianjurkan sepenuhnya oleh
Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak.

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 165

Fakta Pementasan
Bangsawan Sultan Tengah

Januari 2015 sehingga Jun 2015,
Penyelidikan Manuskrip,
Januari sehingga Mac 2015,
Kajian Teks Silsilah Raja-Raja Berunai
dan Hikayat Sambas.
Mac sehingga Jun 2015,
Penulisan Skrip Pementasan Bangsawan Sultan Tengah.
Januari sehingga Febuari 2016,
Penyelidikan Busana Bangsawan Sultan Tengah.
Ogos 2015,
Mesyuarat Pembentangan Pementasan
Bangsawan Sultan Tengah.
18 Ogos 2015,
Mesyuarat Produksi Pementasan
Bangsawan Sultan Tengah.
September 2015 sehingga 3 Mac 2016,
bermula Latihan Pementasan Bangsawan Sultan Tengah.
11 Disember 2015,
Pratonton Pementasan Bangsawan Sultan Tengah.
22 Febuari 2016,
Kunjungan Mengadap Tuan Yang Terutama di Astana,
04, 05 dan 06 Mac 2016,
Pementasan Bangsawan Sultan Tengah di Auditorium Tun
Ahmad Zaidi Adruce Institut Guru Kampus Batu Lintang,
Jalan Kolej, Off Jalan Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

Antara sumber rujukan utama adalah manuskrip Hikayat Sambas.

166 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

Kisah Sultan Tengah yang dipaparkan dalam pementasan ini Antara sumber rujukan utama adalah manuskrip Silsilah Raja-Raja Barunai.
telah diadaptasikan dari beberapa penulisan awal dan terkini
. Namun demikian pada peringkat awal kisah ini berlegar-
legar dalam tradisi lisan. Penulisan awal kisah Sultan Tengah
telah menjadi sumber utama dalam pengkisahan teater ini
selain merujuk kepada penulisan terkini yang ditulis oleh para
pengkaji dan sarjana sejarah. Manuskrip Silsilah Raja-Raja
Brunei yang telah dikaji oleh Amin Sweeney telah menjadi
rujukan utama. Selain itu beberapa penulisan terkini yang
ditulis oleh sarjana seperti Pehin Sri Awang Mohd Jamil Al-
Sufri yang bertajuk, “Sultan Tengah, Sultan Sarawak Pertama
dan Terakhir”.
Kisah penceritaan Sultan Tengah akan mengangkat tema
kedaulatan dan kegemilangan pemerintahan Sultan Tengah
di Sarawak sebagai sebuah negeri Melayu yang dikuasai oleh
Kesultanan Brunei. Kedaulatan yang dipaparkan adalah pokok
penceritaan yang membezakan pementasan ini berbeza
dengan pementasan Sultan Tengah yang sebelumnya.
Pada sebelumnya, pementasan Sultan Tengah lebih bersifat
pengkisahan sebuah tragedi kematian seorang raja dan Sultan
di Sarawak. Memang tidak dapat dinafikan tragedi tersebut
merupakan sebuat peristiwa penting namun demikian masih
ada elemen lain tentang pemerintahan Sultan Tengah yang
harus ditonjolkan dan pementasan ini memasyarakatkan kisah
Sultan Tengah dalam kalangan generasi kini.
Cerita yang dipaparkan dalam skrip Bangsawan Sultan
Tengah Sarawak merupakan satu usaha yang terhasil
daripada penyelidikan manuskrip . Penyelidikan manuskrip
ini telah diselia oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib Haji Said
sebagai penyelidik dengan seorang Pembantu Penyelidik
iaitu Saudara Azuan Jemat. Penyelidikan ini memakan masa
selama 6 bulan, bermula dari Januari 2015 sehingga Jun
2016. Penyelidikan manuskrip ini telah meneliti dua teks
manuskrip iaitu Silsilah Raja-Raja Brunai dan Hikayat Sambas.
Rujuk pada lampiran 2.1 . Berdasarkan penyelidikan ini
terdapat pelbagai versi cerita dan kesemua versi tersebut
harus diteliti dan dianalisis mengikut kaedah pensejarahan.
Penyelidikan ini juga bertujuan agar menjadi panduan untuk
memastikan masih ada unsur intipati kronologi sejarah
walaupun diterjemahkan dalam bentuk medium persembahan
teater. Hasil penyelidikan ini juga telah menjadi bahan
cerita utama yang kemudiannya dijadikan teks skrip teater
Bangsawan Sultan Tengah Sarawak.

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 167

Penilaian pengkritik pasca-pementasan malam pertama di Auditorium
Tun Ahmad Zaidi Adruce Institut Pendidikan Guru Batu Lintang.

11 66 88 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

Kisah Sultan Tengah bukanlah sesuatu yang asing Lakaran hiasan dan prop serta lukisan latar setiap babak dan set seperti kapal bahtera diraja. Lakaran Grafik ini diketuai oleh
bagi rakyat Sarawak malahan turut diceritakan Encik Yahya Rosli sebagai Pengurus Grafik.
dalam kalangan penduduk dari Brunei dari masa
berganti zaman yang silih berganti. Hubungan
dengan Kesultanan Brunei begitu kukuh sekali jika
membicarakan asal keturunan Sultan Tengah.
Kisah Sultan Tengah berbeza sekali dengan lain-lain
kisah yang terdapat dilingkungan bumi Sarawak
kerana keunikan dan peranan kisah Sultan Tengah.
Kisah Sultan Tengah bukan teks sastera lisan
walaupun dituturkan dan jauh sekali dari unsur-unsur
mitos dan lagenda. Ketokohan seorang pemerintah
benar-benar nyata dan kewujudannya jelas memberi
satu pensejarahan Melayu di Sarawak.
Pementasan Teater Bangsawan Raja Tengah Sultan
Berdaulat Sarawak dizahirkan agar dapat menjadi
tatapan umum khususnya rakyat Sarawak betapa
bernilainya warisan kisah-kisah dahulu agar menjadi
peringatan dan pengajaran kepada generasi kini dan
akan datang.
Kisah Sultan Tengah pertama kalinya pernah
dipentaskan di Maktab Perguruan Batu Lintang
dengan berkisarkan tragedi kemangkatan Sultan
Tengah sebagai kemuncak pementasan. Berbeda
pula pementasan kali kedua yang bertajuk Sultan
Tengah Raja Berdaulat Sarawak .
Intipati utama dalam pementasan ini ingin
mengetengahkan kedaulaatan Sultan Tengah yang
menjadi Sultan Sarawak yang pertama. Secara tidak
langsung akan membetulkan tanggapan segelintir
pihak yang hanya mengetahui Sarawak dengan Raja
Putih iaitu James Brooke.
Namun demikian, sejarah membuktikan bahawa
Sarawak yang terawal mempunyai Raja Melayu iaitu
Sultan Tengah darah beraja dari Kesultanan Brunai
pada abad ke-16.

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 169

170 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

Kelengkapan set dan prop yang diketuai oleh Encik Ibrahim Son sebagai Penata Set dan Encik Tatang Elwani Zaini sebagai Penata Prop.

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 171

Poster pementasan Bangsawan Sultan Tengah.

172 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

Penyelidikan Busana Bangsawan Sultan Tengah Sarawak telah dilakukan
oleh pihak penganjur Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu
Sarawak. Penyelidikan yang diselia oleh Penyelidik YBhg Datu Dr. Haji
Sanib Haji Said bersama dengan Pembantu Penyelidik Azuan Jemat.
Maklumat diperolehi daripada penyelidikan berkenaan menjadi panduan
utama menentukan busana yang sesuai dengan zaman penceritaan.
Penyelidikan ini telah meneliti beberapa aspek antaranya Kebudayaan
Adat Istiadat Diraja Kesultanan Brunei, Kesultanan Sambas dan Institusi
Beraja Kesultanan Melayu Nusantara. Hasil penyelidikan dan penetapan
busana telah dibincangkan bersama Pengurus Busana Artis yang telah
dilantik produksi Bangsawan Sultan Tengah Sarawak. Cik Nora telah
dilantik sebagai Pengurus Busana oleh Produksi Bangsawan Sultan
Tengah Sarawak.
Penyediaan set dan prop diurus tadbir dengan mengambil kira
beberapa aspek antaranya, penentuan set yang disesuaikan berdasarkan
penceritaan mengikut babak demi babak. Pelaksanaan berkenaan
mengambil kira pengaruh kebudayaan kesultanan Brunai. Hal ini
demikian kerana, pihak pengurusan juga mengambil kira fakta sejarah
bahawa asal usul Raja Tengah bersusur galur daripada raja-raja
pemerintah Kesultanan Brunai. Set istana seumpamanya mengikut
kebudayaan istana Bandar Seri Bagawan Brunei. Selain itu, penyediaan
set pentas ini juga disesuaikan dengan sewajarnya mengikut keadaan
tempat seperti di Sarawak dan Karaton Sambas. Encik Ibrahim Son telah
dilantik sebagai Pengurus Set dan Encik Tatang Elwani Zaini dilantik
sebagai Pengurus Prop oleh pihak Produksi Bangsawan Sultan Tengah
Sarawak.
Mengikut minit mesyuarat kali pertama ditetapkan persembahan
pementasan Bangsawan Sultan Tengah akan dipersembahkan di
Auditorium Tun Ahmad Zaidi, Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Lintang.
Ketetapan ini berdasarkan cadangan Dr. Hazami setelah mengambil kira
tempat pementasan yang sesuai dilakukan dengan menjemput Tuan Yang
Terutama sebagai tetamu kehormat. Manakala kapasiti penonton yang
akan memenuhi auditorium ialah seramai 350 orang. Tarikh pementasan
sebenar Bangsawan Sultan Tengah Sarawak yang telah ditetapkan pada
29 November 2015 sebagai acara kemuncak Pesta Budaya Melayu
Sarawak Antarabangsa 2015 yang dianjurkan oleh Unit Sosial Budaya
Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Namun demikian,
tarikh pementasan tersebut telah dipinda ke tahun 2016 iaitu pada 04,
05 dan 06 Mac 2016, secara berasingan. Manakala tempat pementasan
masih sama tiada perubahan yang dibuat.

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 173

Sekitar raptai penuh di Auditorium Tun
Ahmad Zaidi Adruce Institut Pendidikan
Guru Batu Lintang.

11 77 44 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

Barisan pelakon dengan watak-watak yang telah menerajui pementasan Bangsawan Sultan Tengah.

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 175

Kakitangan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak bersama tetamu agung yang diundang beberapa perwakilan dari Negera Berunai Darulsalam.

176 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

Kakitangan AKYBMS mengendalikan majlis perasmian pementasan Bangsawan Sultan Tengah.

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 177

Sebahagian daripada penonton di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce Institut Pendidikan Guru Batu Lintang.

178 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 179

Kelihatan sebahagian
daripada penonton dif
kenamaan dan orang ramai.

11 88 00 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

Krew Muzik terdiri daripada Abdul Razak Haron, Mohd Hazerin Zainal, Ammirol Haron, Ruysdi Rabaie, Johari Morshidi,
Mohd Fadzli Abdullah, Abdullah Azan Kadir, Zailani Morshidi dan Mohd Noorfitri Madinil

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 181

Adat Pulut Kuning sebelum pementasan bermula yang diurus oleh pengurus pentas saudari Ernie Dorris

182 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

Persiapan set pementasan di atas pentas seperti tirai lukisan latar setiap babak dan prop pementasan sebelum pementasan bermula.

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 183

Persiapan di belakang pentas dari segi tatarias
para pelakon yang memegang watak dalam
pementasan Bangsawan Sultan Tengah.

11 88 44 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

Penggunaan aksesori persalinan Melayu Sarawak iaitu Gajah Oleng menjadi satu perhiasan khas yang istimewa turut digunapakai dalam pementasan Bangsawan
Sultan Tengah ini.

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 185

186 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 187

Para pelakon dihias sesuai mengikut watak masing agar menampakkan penghayatan watak sebenar benar-benar wujud semasa dalam pementasan.

188 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H

Antara kostum busana Melayu yang digunakan semasa pementasan sesuai mengikut pemakaian pada zaman dahulu kala.

B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H 189

Taklimat kepada semua pelakon dan krew Bangsawan sultan Tengah sebelum pementasan bermula.

190 B A N G S A W A N S U L T A N T E N G A H


Click to View FlipBook Version