Bahasa Melayu KSSM
Tingkatan 5
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka Surat
1 Sekapur Sirih Seulas Pinang iii
2 Awal Kalam Pembuka Bicara iv
3 Ahli Jawatankuasa v
4 Latar Belakang Modul x
5 Matlamat Modul x
6 Objektif Modul x
7 Sasaran Modul x
8 Contoh Penataran Bahasa Melayu KSSM xi
9 Panduan Menjawab Soalan dan Latihan Set 1 1
10 Latihan Set 2 20
11 Latihan Set 3 32
12 Latihan Set 4 44
13 Latihan Set 5 56
14 Latihan Set 6 68
15 Latihan Set 7 81
16 Latihan Set 8 93
17 Skema Jawapan 105
ii
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Sekapur Sirih Seulas Pinang
Pegawai Pendidikan Daerah Manjung
En Mohamad Akhir bin Abdul Latif, PPT
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi,
dengan inayah dan kudrat daripada-Nya saya diberi peluang untuk memahat memori mencetus
nukilan bermakna dalam Modul Percikan Saujana Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 5. Sekalung
tahniah buat seluruh Ahli Jawatankuasa, Panitia Bahasa Melayu Daerah dan semua guru BM
Daerah Manjung atas penglibatan cemerlang anda menghasilkan modul yang sangat berguna dan
bermanfaat untuk semua guru serta pelajar yang menggunakannya.
Kurikulum sesuatu sistem pendidikan begitu menekankan pemerolehan ilmu pengetahuan yang
berupaya untuk menyediakan generasi pelajar yang boleh hidup dalam sebuah institusi kehidupan
yang bermakna. Mereka perlu dilengkapi dengan pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang boleh dimanfaatkan dalam ruang lingkup kehidupan sebenar mereka. Maka, perubahan
dan pengubahsuaian terhadap reka bentuk dan kerangka kurikulum dalam bidang pendidikan telah
menjadi agenda utama terhadap sebahagian besar negara-negara di dunia agar matlamat
pendidikan mereka mampu bergerak seiring malahan merentasi keperluan kehidupan dalam abad
ke-21.
Demikian juga di Malaysia, subjek Bahasa Melayu yang dikemas kini dalam Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) telah diperkenalkan seiring dengan konsep pendidikan bukan hanya
berorientasikan nilai akademik yang bersifat kognitif sahaja, malahan melengkapi definisi sistem
pendidikan terkini serta berupaya mendidik pelajar untuk menguasai semua kemahiran bahasa,
kemahiran berfikir aras tinggi dan mengamalkannya dalam konteks kehidupan abad ke-21. Maka,
guru BM perlu arif dan berupaya untuk membantu pelajar agar boleh belajar melalui persekitaran,
pengalaman, kehebatan orang lain, mengkaji sehinggalah akhirnya mereka berjaya
mengembangkan ilmu tersebut secara kreatif dan imaginatif untuk diaplikasi dalam sesebuah
komuniti secara bijak dan harmoni.
Harapan saya Panitia Bahasa Melayu Daerah Manjung terus mencatatkan kejayaan demi kejayaan
yang membanggakan seluruh warga pendidikan negeri Perak. Semoga lakaran kejayaan yang
bermakna ini sentiasa berterusan pada tahun-tahun mendatang untuk kekal disemat kukuh untuk
menghasilkan lebih banyak modul dan bahan ilmiah untuk manfaat bersama. Saya dengan ini ingin
merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih atas semua bakti dan usaha tuan puan menyokong
dan memastikan pengurusan kurikulum di daerah Manjung sentiasa ditadbir urus dengan baik dan
cekap. Semoga tuan puan kekal proaktif dalam memastikan bidang kurikulum di daerah Manjung
sentiasa cemerlang.
Sekian, terima kasih
iii
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Awal kalam pembuka bicara
Modul Percikan Saujana Bahasa Melayu SPM ini disediakan khusus sebagai bahan
sokongan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PDP) guru mata pelajaran
Bahasa Melayu menengah atas khususnya di daerah Manjung. Bagi memenuhi
keperluan format pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Bahasa
Melayu Kertas 1 (1103/1) dan kertas 2 (1103/2) modul ini telah disediakan. Dengan
adanya modul ini, diharapkan dapat membantu para guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran serta sebagai rujukan untuk menjalankan pentaksiran
kepada murid di sekolah.
Modul Percikan Saujana ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kertas 1 bahagian
A dan B, dan kertas 2 soalan A, B dan C. Kertas 1 dan kertas 2 telah disusun mengikut
set bagi memudahkan para guru menggunakan modul ini. Modul ini diterbitkan kerana
menyedari sesi persekolahan yang singkat bagi calon-calon SPM tahun 2021 akibat
pandemik COVID-19. Di samping itu, calon SPM tahun ini merupakan pelopor format
baharu SPM Bahasa Melayu tahun 2021. Modul ini disediakan meliputi tema-tema
yang terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan Empat dan Tingkatan
Lima serta mengikut format yang telah disarankan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia.
Modul ini bukan sahaja diharap dapat digunakan oleh guru-guru dan murid-murid
malah secara tidak langsung dapat memberi gambaran yang jelas kepada para guru
untuk menyediakan soalan-soalan seperti yang terdapat dalam modul ini. Modul ini
juga sangat relevan digunakan oleh guru dan murid sebagai bahan latih tubi
berfokus menjelang peperiksaan SPM pada tahun ini. Semoga pihak yang
berkenaan sama ada guru mahupun murid dapat memanfaatkan modul ini dengan
sebaik-baik mungkin demi meningkatkan prestasi subjek Bahasa Melayu dalam
peperiksaan.
Akhir kata, Ahli Jawatankuasa Modul Percikan Saujana merakamkan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga kepada pihak PPD, pihak sekolah, para panitia Bahasa
Melayu Daerah Manjung, dan guru-guru yang terlibat menyediakan soalan untuk
menjayakan modul ini sehingga diterbitkan. Sesungguhnya budi semua hanya Allah
sahaja yang dapat membalasnya. Sekian, terima kasih.
Ketua Editor
iv
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
JAWATANKUASA PANEL BAHASA MELAYU KSSM SPM
DAERAH MANJUNG TAHUN 2021
PENAUNG
En Mohamad Akhir bin Abdul Latif, PPT
Pegawai Pendidikan Daerah Manjung
PENASIHAT
En Mohd Marzuki bin Abdul Ghani
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran
PENYELARAS PENOLONG PENYELARAS
PENGERUSI BM DAERAH
Pn Rose Niza binti Salleh En Mohd Fadzil bin Ismail
SISC+ BAHASA SISC+ BAHASA
Tn Hj Abdullah Bakri bin Busu
Pengetua SMK Pantai Remis
v
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Ketua Editor Panel Editor Bahasa Melayu KSSM SPM Daerah Manjung
Ahli-ahli Editor 2021
Dr. Nor Samsiyah binti M. Horsi.
Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian
Kurikulum dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (2020). Mula
berkhidmat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng pada tahun
2003. Kini bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di SMK Dato’ Idris
Pengkalan Baharu Pantai Remis. Pengalaman mengajar Bahasa Melayu
selama 18 tahun. Ketua pentaksir kawasan Bahasa Melayu SPM Daerah
Manjung. Penglibatan dalam penulisan artikel/jurnal berkaitan bidang
kurikulum serta beberapa kajian tindakan Bahasa Melayu. Terlibat
dalam penulisan kreatif dan mendapat anugerah Emas dalam KIPP 2021
yang disertai dengan menghasilkan inovasi pengajaran Bahasa Melayu.
Tn Hj Rosli bin Samot
Berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Pengurusan,
Perancangan dan Dasar Pendidikan (2003), Sarjana Muda Sastera (1992)
dan Diploma Pendidikan (1994) dari Universiti Malaya. Mula
berkhidmat sebagai guru Bahasa Melayu di SMK Teknik Seri Manjung
(1994-2012), SMK Batu Sepuluh, Lekir (2013-2020) dan kini di SMK
Ambrose. Dianugerahkan sebagai Guru Ikon Bahasa dan Seni Budaya
(2020) oleh JPN, Perak dan kini dilantik sebagai Pegawai Teknikal
Aktiviti Koakademik Bahasa Melayu Sekolah Menengah di peringkat
Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Berpengalaman mengajar Bahasa
Melayu selama 27 tahun.
Pn Maslinda binti Musa
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Geografi dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (1994) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
dari Maktab Perguruan Raja Melewar Negeri Sembilan (1995) dalam Pengajian Melayu
dan Geogarfi. Mula berkhidmat di SMKA Slim River (1995), SMJK Nan Hwa (1995 –
2017), SMK Ambrose (2017 – 2020) dan kini mengajar di SMK Pangkor. Aktif
menjalankan kajian tindakan dan penyelidikan pendidikan dalam bidang bahasa Melayu.
Mendapat Anugerah Guru Inovatif Peringkat Daerah Manjung (2010) dan Memenangi
Pingat Emas dua tahun berturut-turut (2016 dan 2017) dalam Pertandingan Inovasi Guru
Peringkat Negeri Perak. Berpengalaman mengajar bahasa Melayu selama 27 tahun.
Pn Zuraini binti Ghazali
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Sastera ) dari Universiti
Sains Malaysia pada tahun 1997. Memulakan perkhidmatan sebagai
guru Bahasa Melayu di SMK Cheneh Baru, Kemaman, Terengganu pada
Mei 1997. Kemudian meneruskan perkhidmatan di SMK Seri
Titiwangsa, KL 2002 hingga 2006. Kemudian berpindah ke Perak pada
tahun 2007 hingga sekarang dan berkhidmat sebagai guru di SMK
Ahmad Boestamam, Sitiawan, Perak. Berpengalaman mengajar Bahasa
Melayu selama 24 tahun.
vi
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Pn Tengku Zainuriani binti Tengku Puteh
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pada
tahun 1998 dan Diploma Pendidikan pada tahun 1999. Mula berkhidmat
sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Raja Shahriman
selama 4 tahun sebelum berpindah ke SMK Nan Hwa. Berpengalaman
mengajar Bahasa Melayu selama 21 tahun.
Pn Sharipah binti Deraman
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pada
tahun 1994 dan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab
Perguruan Kota Bharu pada tahun 1996. Berkhidmat sebagai guru mata
pelajaran Bahasa Melayu di beberapa buah sekolah iaitu SMK Tengku
Afzan Kuantan, SMK Taman Tasik Taiping, SMK Ghafar Baba, Masjid
Tanah, Melaka dan sekarang berkhidmat di SMK Batu Sepuluh, Lekir,
Perak.Berpengalaman mengajar Bahasa Melayu selama 25 tahun.
Pn Zaiton Binti Abdul Aziz
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa UITM Shah
Alam dan KPLI Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban Negeri
Sembilan 1993. Berkhidmat sebagi guru Bahasa Melayu dan Sastera
Melayu di SMK Cheras KL, SMK Syed Mashor Batangkali, SMK
Serendah, SMK Pantai Remis dan kini di SMK Samudera sebagai Ketua
Bidang Bahasa. Pengalaman mengajar 28 tahun.
Pn Norliana binti Aris
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial dari
Universiti Utara Malaysia dan Diploma Perguruan (KPLI) dari Insitut
Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. Berkhidmat sebagai guru mata
pelajaran Bahasa Melayu di SABK Maahad Islahiah Addiniah dari
tahun 2006 hingga sekarang.
vii
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Mohd Shahrir b. Mohamed
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan dari
Universiti Sains Malaysia pada tahun 2007. Mula berkhidmat sebagai
guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Manjung pada 1
November 2007 dan sekarang berkhidmat di SMK Kampung dato’ Seri
Kamaruddin, Seri Manjung, Perak. Berpengalaman mengajar Bahasa
Melayu selama 14 tahun.
En Salim bin Basri
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kewartawanan dari
Universiti Sains Malaysia pada tahun 1995 dan seterusnya mengikuti
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Institut Bahasa, Lembah
Pantai, Kuala Lumpur pada tahun 1996. Mantan Guru Cemerlang
Bahasa Melayu (2009-2015). Mula berkhidmat sebagai guru Bahasa
Melayu di SMK Kapit, Sarawak (1997-2000), SMK Dato’ Idris, Pantai
Remis (2001-2007) dan kini berkhidmat di SMK Changkat
Beruas(2008-sekarang). Berpengalaman mengajar Bahasa Melayu
selama 24 tahun.
Pereka Grafik
En Khairul Husni bin Majid
Berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis Dan Seni Reka
UiTM 2003 dan seterusnya mengikuti Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah (KPLI) 2006 di Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit.
Berkhidmat di SMK. Dato’ Idris, Pantai Remis, Manjung.
Berpengalaman mengajar seni selama 14 tahun. Beliau merupakan
Jurulatih Utama PSV tahun 2017 dan Panel Penilai Bahagian Teknikal
Buku Teks 2018.
*Modul ini dihasilkan berdasarkan rujukan buku teks sebagai panduan untuk
memudahkan semua guru dan murid menguasai format baharu KSSM serta
melakukan latih-tubi. Semua format soalan dan pemarkahan yang diberikan tidak
tetap dan hanyalah contoh sahaja serta sebarang perubahan adalah tertakluk
kepada ketentuan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
viii
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG Sekolah
SMK Nan Hwa
KETUA PEMBINA SOALAN SMK Methodist (ASC)
Bil. Nama SMK Dato’ Idris
1. Pn Tengku Zainuriani binti Tengku Puteh SMK Pantai Remis
2. En Alias bin Ngatenan SABK Maahad Islahiah Addiniah
3. Pn Suhaili binti Salleh SMK Batu Sepuluh
4. Pn Norhafiza binti Abd Rahim SMK Seri Samudera
5. Pn Norliana binti Aris SMK Dinding
6. Pn Sharipah binti Deraman SMK Convent
7. Pn Rohani binti Ismail SMK Tok Perdana
8. Pn Norzida binti Muda SMK Ayer Tawar
9. Pn Siti Firdaus binti Mat Rahim SMK Ahmad Boestamam
10. Pn Norwahida binti Kanari SMK Pangkalan TLDM
11 Pn Shafizawani binti Shafie SMK Seri Manjung
12 Pn Zuraini binti Ghazali SMK Meth Ayer Tawar
13 Pn Siti Aminah binti Mohd Adnan SMK Pangkor
14 Pn Halimatun Zaharah binti Mohd Sobri Kolej Vokasional
15 Pn Rosnita binti Ismail SMK Changkat Beruas
16 Pn Norazuma binti Jaafar SMK Raja Shahriman
17 Pn Norma binti Ag. Lah SMK KDSK
18 Pn Siti Shaharida binti Mohd Jaffar SMK Ambrose
19 Pn Norizaayu binti Razali
20 Pn Hanizah binti Abdul Jalal
21 Pn Norzila binti Yeop Ismail
ix
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
LATAR BELAKANG MODUL
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun
2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah dilaksanakan sejak
tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025.
Selaras dengan perubahan itu, lembaga peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk format
pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan bentuk format pentaksiran
menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.
Justeru, Modul Percikan Saujana ini diinspirasikan dalam kalangan guru penggubal soalan, ketua
panitia dan guru PASCA di daerah Manjung selaras dengan perubahan tersebut bertujuan untuk
memberi gambaran yang jelas tentang pelaksanaan pentaksiran baharu. Selain itu, modul ini dihasilkan
bagi membantu guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu menengah atas sepanjang pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Bahasa Melayu adalah untuk melengkapkan murid
dengan keterampilan berbahasa dan boleh berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh
ilmu pengetahuan, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan
seharian. Di samping itu, matlamat modul ini dihasilkan adalah untuk memastikan calon-calon SPM
tahun 2021 di daerah Manjung mendapat pencapaian yang terbaik khususnya dalam mata pelajaran
teras bahasa Melayu.
OBJEKTIF
1. Menyediakan satu modul bahasa Melayu yang berfokus dan mematuhi format SPM KSSM.
2. Membantu memudahkan guru Bahasa Melayu Tingkatan 5 mengajar dengan berpandukan
modul sebagai sumber latihan yang berkualiti.
3. Membimbing dan melatih guru bahasa Melayu menghasilkan dan mencipta soalan mengikut
format baharu SPM.
4. Memudahkan murid untuk membuat latihan berpandukan modul yang selaras dan berkualiti
sebagai persediaan menghadapi SPM dalam cabaran pandemik COVID-19.
SASARAN
Sasaran Modul Percikan Saujana ini adalah untuk calon-calon SPM dan guru-guru di Daerah
Manjung khususnya serta di negeri Perak amnya.
x
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
PENATARAN BAHASA MELAYU KSSM DARI LEMBAGA PEPERIKSAAN
(CONTOH FORMAT PEPERIKSAAN)
CONTOH ITEM BAHAGIAN A
[ 30 Markah]
Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan masalah kutipan sampah yang dihadapi
oleh penduduk di kawasan tempat tinggal anda.
Sebagai seorang penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa
tempatan untuk mengadukan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan
tempat tinggal anda tentang masalah sampah sarap yang sering tidak dikutip dan
cadangkan tindakan yang perlu diambil.
Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
MASALAH KUTIPAN SAMPAH
1-800-88-8888
xi
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
CONTOH ITEM BAHAGIAN B
[70 markah]
CONTOH ITEM DOMAIN AWAM
Setiap rakyat Malaysia secara purata membuang 0.8 kilogram sampah setiap
hari. Jumlah ini cukup untuk memenuhi Menara Berkembar Kuala Lumpur
(KLCC) dalam jangka masa sembilan hari setengah sahaja. Aktiviti kitar semula
dikenal pasti sebagai salah satu cara paling berkesan untuk mengurangkan
sampah sisa pepejal. Namun demikian, dikatakan tahap kesedaran masyarakat
terhadap amalan kitar semula masih rendah.
Sumber: Utusan Online, 16 Januari 2018
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa aktiviti kitar semula merupakan kaedah terbaik
untuk mengurangkan sampah sisa pepejal. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk
menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula kerana kesedaran terhadap amalan
tersebut masih rendah. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis sebuah rencana
bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula. Tajuk rencana tersebut ialah
‘Usaha-usaha Menggalakkan Amalan Kitar Semula’.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
CONTOH ITEM DOMAIN PERIBADI
“Berdasarkan pemerhatian saya, sikap orang ramai masih belum berubah
kerana sifat-sifat yang baik seperti belas ihsan, sopan santun, sabar, merendah
diri, toleransi dan hormat- menghormati belum menjadi cara hidup kita. Lebih
banyak lagi perlu dilakukan untuk menyemai nilai-nilai murni ini dalam
kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda.”
Dipetik daripada ucapan
Tan Sri Datuk Seri Panglima Lee Lam Thye
Utusan Malaysia 12 Julai 2018
Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, setiap individu perlu memainkan
peranan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.
Jelaskan peranan-peranan tersebut.
xii
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
CONTOH ITEM DOMAIN PENDIDIKAN
Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah satu mata pelajaran yang asing kepada
murid-murid. Sejak sekolah rendah, murid sudah mula berkenalan dengan mata
pelajaran Sejarah. Menyedari kepentingan mata pelajaran Sejarah kepada generasi
muda, maka mata pelajaran tersebut dijadikan mata pelajaran wajib lulus bagi semua
calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.
Sumber : Internet
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah
dan kepentingan mempelajarinya.
Bincangkan kepentingan-kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah.
CONTOH ITEM DOMAIN KERJAYA
Perkembangan pesat sektor pertanian di Malaysia boleh dikaitkan dengan
alam semula jadi, iaitu mempunyai tanah yang kaya dengan mineral, corak
taburan hujan yang baik dan bekalan air yang mencukupi untuk pertumbuhan
tanaman. Kini produk pertanian Malaysia tidak terhad
kepada hasil ladang seperti sawit, getah dan koko yang menjadi komoditi
besar negara.
Sumber : BH Online, Sabtu, 7 Julai 2017
Petikan akhbar menerangkan bahawa Malaysia merupakan negara yang sesuai untuk
aktiviti pertanian.Walaupun sektor ini boleh menjamin masa depan akan tetapi kerjaya
dalam sektor pertanian dikatakan kurang diminati oleh generasi muda.
Huraikan usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk menarik minat generasi muda
menceburkan diri dalam bidang pertanian.
xiii
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 Markah]
CONTOH ITEM : MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata
adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Penekanan inovasi dalam kalangan murid pendidikan khas dapat menambah baik
sahsiah diri dan kualiti kehidupan, serta memudahkan pengurusan aktiviti harian murid.
Jika diberi pendedahan yang tepat, mereka mampu bersaing dengan rakan murid yang
normal. Inovasi berkaitan dengan persekitaran sekolah bukan sahaja memudahkan
pengurusan dan meringankan beban pendidikan sepanjang proses pembelajaran di sekolah,
malah dapat mewujudkan persekitaran yang mesra kepada murid kelainan upaya ini. Hal
ini akan dapat melahirkan murid yang sentiasa berfikir dan berani menghadapi cabaran.
Dipetik dan diubah suai daripada
Inovasi Kreatif Memacu Kejayaan Pendidikan Khas
Oleh Hayati Adlin Mohd Abdul Majid
Dewan Siswa, Bil 1/2019
[8 markah]
CONTOH ITEM : SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris
kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
Bidang keusahawanan wajar diterokai oleh golongan remaja. Bidang ini dapat
mendidik remaja menjadi lebih berdaya kreatif. Sesungguhnya amat luas ruang bagi
golongan remaja menceburi bidang ini. Remaja yang melanjutkan pengajian di institusi
pengajian tinggi juga boleh menceburi bidang tersebut. Oleh hal yang demikian para
remaja yang berminat dalam bidang ini tidak mempunyai masalah untuk mengikuti kursus
dan latihan keusahawanan. Ibu bapa perlu memberikan sokongan kepada anak-anak yang
berminat dalam bidang ini.
Dipetik dan diubah suai daripada
Ayuh, Jadilah Usahawan!
Oleh Syed Mahadzir bin Syed Ibrahim
Dewan Siswa, Bil 7/2019
[6 markah]
xiv
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
CONTOH ITEM : PENYUNTINGAN
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1
Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah mencipta bagi
menggantikan kenderaan kovensional sebagai pengangkutan awam. Pengangkutan awam
yang moden itu pula mampu memainkan tugas yang penting kepada sesebuah negara
untuk mencapai kemajuan kerana sistem pengangkutan yang baik mampu menggerak
ekonomi negara. Di antara contoh kenderaan awam ialah monorel, komuter, bas, teksi dan
kapalterbang.
[6 markah]
Petikan 2
Munirah : Selamat pagi Doktor Aidil. Terima kasih kerana sudi menghabiskan masa
untuk diwawancara pagi ini.
Doktor Aidil :
Munirah : Selamat pagi.
Saya Munirah daripada Kelab Majalah Intan SMK Cempaka, ingin
mewawancarakan doktor berkaitan cara-cara untuk mengamalkan gaya
hidup sihat. Doktor, apakah yang dimaksudkan dengan amalan gaya
hidup sihat?
Doktor Aidil : Gaya hidup sihat merupakan satu amalan yang kita perlu lakukan bagi
Munirah : mewujudkan kehidupan yang selesa dan terhindar daripada pelbagai
penyakit. Dalam hal ini, seseorang hendaklah mengamalkan pemakanan
yang seimbang, melakukan senaman setiap hari dan menjaga
persekitaran untuk sentiasa bersih.
Terima kasih doktor di atas penerangan tentang gaya hidup sihat itu.
Doktor Aidil : Sama-sama.
[5 markah]
xv
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
CONTOH ITEM : BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah
menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”
Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang
berkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan
penjurit itu.”
Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?”
Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]
CONTOH ITEM : PERIBAHASA
Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja,
kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud
dengan peribahasa tersebut.
Datuk Ismail : Kamal, kawasan perumahan kita akan mengadakan gotong-royong pada
hari Sabtu ini. Kamu datang, ya. Ajak anak-anak sama.
Kamal : Maaflah Datuk. Saya ada hal lain.
Datuk Ismail : Sebagai penduduk, kita mesti saling bekerjasama untuk menjaga kawasan
perumahan kita kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Barulah
tugas yang dilakukan itu dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan.
Kamal : Betul, Datuk. Saya setuju bahawa kita saling memerlukan seperti aur
dengan tebing dalam hidup bermasyarakat. Tapi kami sekeluarga akan
pergi menziarahi kakak saya yang sakit di hospital pada hari Sabtu ini.
Suaminya pun baru sahaja meninggal dunia
Datuk Ismail : Oh, saya bersimpati atas penderitaan yang ditanggung oleh kakak awak,
sudah jatuh ditimpa tangga.
[4 markah]
xvi
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[35 Markah]
CONTOH ITEM: PETIKAN UMUM
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Teknik Meja Bulat antara strategi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 yang
dapat digunakan dalam semua mata pelajaran khususnya dalam kemahiran menulis. Teknik ini
bermaksud murid perlu duduk dalam kumpulan. Guru akan mengedarkan kertas kepada setiap
ahli dalam kumpulan dan memberikan satu tajuk kepada mereka. Secara bergilir-gilir setiap ahli
kumpulan mencatat idea menggunakan pen dan kertas yang sama. Hasil dapatan murid akan
dibentangkan untuk dibincangkan di dalam kelas.
Menurut Kagan (1990) teknik Meja Bulat merupakan teknik yang sederhana dalam
pembelajaran koperatif. Walau bagaimanapun teknik ini kurang popular dalam kalangan guru
kerana bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas dan ruang bilik darjah yang terhad.
Oleh itu, pihak sekolah seharusnya sentiasa menggalakkan pelaksanaan pelbagai kaedah dalam
PdPc kerana aktiviti yang dijalankan itu memberikan banyak faedah kepada murid.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Teknik Meja Bulat Untuk Kemahiran Menulis’
oleh Nabiha Yusof,
Pelita Bahasa Bil 7/2019
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahan 2
Pada hari ini, aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah. Antara
alasan yang diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah dan ketiadaan alat serta
bahan yang berkaitan. Dalam konteks penghasilan produk pengajaran dan pembelajaran inovasi,
permainan bahasa ini sebenarnya cukup penting jika kita mengambil kira murid yang lambat
menerima pengajaran dan pembelajaran bahasa di kelas.
Antara aktiviti dalam permainan bahasa termasuklah kata bersilang, teka sinonim, teka silang
kata, sisip vokal, lingkaran kata, silang sinonim, teka teki bentuk kata, sisip suku kata, jejak kata,
ganda huruf, delapan kata, awal kata dan atur sinonim. Aktiviti-aktiviti ini sesuai digunakan pada
semua peringkat pembelajaran bahasa iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga peringkat
sekolah menengah.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Permainan Bahasa dalam Pengajaran’
oleh Hasan Baseri Budiman,
Pelita Bahasa Bil 10,2017
Dewan Bahasa dan Pustaka
xvii
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud cukup penting.
[2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan faktor yang
menyebabkan kaedah pembelajaran teknik Meja Bulat dan Permainan Bahasa kurang
dipraktikkan di dalam kelas. [3 markah]
(iii) Aktiviti yang dijalankan melalui kaedah pembelajaran abad ke-21 banyak
memberikan faedah kepada murid.
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah tersebut? [3 markah]
(iv) Kumpulan anda diminta untuk menyiapkan tugasan oleh guru anda dengan menggunakan
teknik permainan bahasa pada masa yang ditetapkan. Namun, tugasan tersebut tidak
berjaya diselesaikan.
Sekiranya kumpulan anda diberikan peluang kedua untuk menyiapkan tugasan yang
sama dalam masa yang ditetapkan, cadangkan langkah-langkah untuk memastikan
tugasan tersebut dapat diselesaikan. [4 markah]
xviii
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
CONTOH ITEM : PETIKAN SASTERA
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Rintihan Bumi
Usia aku semakin lanjut
Kalau aku terbujur
Adakah yang ingin menjagaku
Aku semakin tua
Sudah terlalu uzur aku memelihara
Anak-anakku – manusia.
Setiap hari aku berdoa agar anak-anakku
Menjaga adab
Aku banyak kali menegur
Tetapi mereka tidak juga berubah
Aku hanya mampu menangis sehingga banjir
Aku pukul mereka dengan Tsunami
Tetapi mereka tidak menerima teguran itu untuk berubah.
Akhirnya apabila aku geram
Tuhan perintahkan aku menggoncang badan aku
Gempa maha dahsyat berlaku
Sehinggakan aku demam, mereka tetap terus
Mencabut pokok-pokokku
Apabila aku geram, keluarlah taufan tetapi mereka
Tetap tidak berubah.
Muhd. Syazwan Sahlan
Sungai Buluh, Selangor.
Dewan Siswa, Bil. 1 2018
xix
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Bahan 2
“Demi malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan kamu.”
“Apa maksud cikgu?”
“Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam aktiviti pembalakan. Sindiket
yang gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan flora di kawasan hutan simpan. Bukan
sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di Lembangan Amazon juga terancam.”
“Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya, dan meranti tembaga di kawasan simpan,
20 km dari sini sudah tiada lagi cikgu,” kata Daneng terputus-putus. Suaranya ditenggelami
kekecewaan yang pedih. “Apakah yang dapat saya lakukan. Apabila tiba di sana, mereka sudah
tiada, pokok-pokok ini juga sudah tiada.”
“Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Mungkin kamu dapat menjadi pegawai
perhutanan negara, dan melaksanakan satu rancangan yang lebih agresif untuk membanteras
kelompok musuh ini, atau kamu dapat menjadi saintis, mencipta sesuatu yang dapat menggantikan
tempat kayu. Barulah hutan akan terselamat. Masa depan pohon tualang pujaanmu juga akan
terjamin,” hujah Jo.
Dipetik daripada cerpen ‘Lambaian Malar Hijau’
oleh Seroja Theavy a/p Balakrishnan
antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahan 3
PANTUN SAYANGI ALAM
Cerah dian di malam gelita,
Diserikan embun dibawa deru;
Indah nian negara tercinta,
Daun merimbun laut membiru.
Tumbuh pegaga di tanah rata,
Penuh kawasan luas terbentang;
Mari dijaga alam semesta,
Jadi warisan generasi mendatang.
Tercalit ranah di atas pelantar,
Sapu ke tepi cemar tak berubah;
Andai musnah alam sekitar,
Bersedia hadapi segala musibah.
Di hujung desa tumbuh halban,
Kian tenggelam dilitupi lalang;
Harta binasa nyawa terkorban,
Keindahan alam turut hilang.
Nor Hafuza Arif,
Shah Alam
xx
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menjaga adab. [2 markah]
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan kemusnahan alam sekitar
akibat aktiviti manusia. [4 markah]
(iii) Alam sekitar sangat penting dalam kehidupan manusia dan menjadi
tanggungjawab bersama untuk memuliharanya.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan memulihara hutan di negara
ini? [3 markah]
(iv) Pada suatu petang, anda sedang memancing ikan di sebatang sungai yang jernih,
tiba-tiba anda ternampak tiga orang pemuda yang sedang mengangkut beberapa
buah tong yang mengandungi cecair. Mereka mencurahkan cecair tersebut ke
dalam sungai. Setelah mereka beredar, anda mendapati warna air sungai semakin
keruh dan kelihatan beberapa ekor ikan mulai terapung. Anda yakin bahawa
cecair tersebut ialah sisa toksik.
Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu untuk
mengatasi masalah ini? [4 markah]
xxi
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
CONTOH ITEM : NOVEL
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Tentulah tidak,” balas Muhammad Taufik, nadanya tenang sahaja.
“Saya telah memutuskan bahawa kelip-kelip di Kuala Selangor berada di ambang
kepupusan. Kedatangan pelancong yang ramai, hampir 100 ribu orang pada setiap
tahun, dengan semua entiti yang datang bersama mereka seperti suara manusia, bunyi
enjin motobot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai yang mengancam pokok-
pokok berembang, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia, dan cahaya roda ferris, semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-
kelip. Kelip-kelip ini, yang telah wujud jutaan tahun di tempat ini dan tidak pernah
mendatangkan sebarang kesusahan kepada manusia di sini akan mengalami kepupusan
dalam masa setahun sahaja jika keadaan sedia ada berterusan.
Dipetik daripada
Novel Bimasakti Menari
Karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan faktor-faktor populasi kelip-kelip di Kuala Selangor semakin berkurangan.
[4 markah]
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e) Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan sebab-sebab permulaan
cerita tersebut menarik perhatian pembaca.
[6 markah]
xxii
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 Markah]
Bahan 1 – Petikan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Setiap tahun Malaysia meraikan Hari Kebangsaan. Diam tidak diam sudah lebih
separuh abad negara kita terlepas daripada cengkaman penjajah. Menjadi rutin tahunan,
menjelang sahaja bulan Ogos atau juga dikenali bulan kebangsaan, agensi atau
kementerian yang berkenaan akan mula menjalankan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang
sebagai usaha untuk meningkatkan semangat patriotik. Program-program yang bercorak
kenegaraan seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik dan pementasan teater drama
juga dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah dan agensi-agensi
kerajaan supaya mesej semangat cinta akan negara sampai kepada golongan sasaran.
Namun, program-program tersebut kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya kerana
kurangnya penghayatan para remaja dalam aktiviti bercorak kemerdekaan tersebut.
Perkara yang menjadi kebimbangan banyak pihak ialah generasi muda tidak
mengambil endah tentang hari kebangsaan. Mereka sewajarnya menghayati erti
kemerdekaan dengan mendalam. Sebagai generasi muda yang bertanggungjawab mereka
berperanan untuk membina kejayaan negara iaitu sanggup bekerja keras untuk negara.
Mereka juga perlu mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan. Hal ini demikian
kerana pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan
yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.
Tanggungjawab lain yang perlu dilakukan oleh generasi muda ialah mereka perlu
membantu pihak kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara. Hal ini
dikatakan demikian kerana keamanan dapat mengelakkan negara daripada serangan
musuh sama ada berbentuk fizikal atau psikologi. Tambahan pula, tugas generasi muda
adalah untuk memastikan Malaysia akan terus berpegang pada konsep keadilan dan
kesaksamaan. Dengan ini, semua rakyat dapat menikmati kemakmuran dan kemajuan
bersama-sama. Selain itu, generasi muda yang akan mengisi perjuangan kemerdekaan
hendaklah memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan oleh setiap rakyat di
negara ini. Sesungguhnya kejayaan negara dalam fasa kedua 58 tahun kemerdekaan
memerlukan komitmen semua pihak terutama generasi muda.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Di manakah Semangat Patriotisme Kita’
Dewan Siswa, Ogos 2015
xxiii
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Bahan 2 - Grafik
xxiv
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Panduan Menjawab Soalan 1103/1
(Bahagian A)
. Bahagian ini merupakan soalan karangan berpandukan bahan rangsangan.
2. alon dikehendaki membaca dan memahami tugasan soalan. Pada bahagian ini,
kata kunci soalan boleh ditanya sama ada dalam bentuk khusus ataupun umum.
3. alon perlu meneliti bahan rangsangan yang diberikan dan boleh menganalisis
bahan sama ada secara tersurat ataupun tersirat.
. Soalan bahan rangsangan juga tidak hanya menghendaki calon menulis
karangan tidak berformat, malah boleh juga dikemukan soalan berformat.
. Setelah calon meneliti tugasan dan bahan rangsangan, calon perlu menulis
lakaran karangan yang bakal ditulis sama ada daripada segi tema, tugasan,
bentuk karangan, dan tiga isi karangan yang akan dikembangkan .
. Karangan bahagian A perlu ditulis
1
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SET 1 KERTAS 1
BAHAGIAN A
[30 Markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]
Maklumat di bawah berkaitan dengan bidang sukan.
Huraikan pendapat anda tentang kerjaya dalam bidang sukan.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
SUKAN BOLEH MENJANA
KEUNTUNGAN KEPADA
SYARIKAT PERNIAGAAN
MELALUI TAJAAN KORPORAT
DALAM SESUATU
PERTANDINGAN
2
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Panduan Menjawab Soalan 1103/1
(Bahagian B)
. Soalan karangan bahagian B mengandungi domain iaitu domain
Awam , Peribadi, Pendidikan ataupun Kerjaya.
2. Baca maklumat yang diberikan dalam bahan petikan.
3. Kenal pasti tema isu soalan. Pilih karangan yang anda mahir tulis.
. ahami juga jenis karangan sama ada berformatatau tidak berformat.
. Bina kerangka lakaran karangan yang akan ditulis iaitu pendahuluan, isi
dan penutup karangan.
. alon perlu mengemukakan sekurang kurangnya idea karangan yang
sesuai. Sila rancang masa dengan tepat kerana bahagian ini
menyumbang 70 markah)
7. . Tulis karangan yang panjangnya
3
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
BAHAGIAN B
[70 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]
Arahan soalan
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.
DOMAIN AWAM
Encik Hoo Kiew Meow, pengurus kolam udang harimau memaklumkan bahawa beliau
bersama pekerja-pekerjanya menguruskan 12 kolam udang setiap hari. Seterusnya, beliau
memasarkan udang harimau tersebut bukan sahaja untuk keperluan tempatan, malahan turut
mengeksportnya ke luar negara seperti Korea, Singapura, dan China. Biasanya, udang
harimau dipasarkan dalam bentuk bungkusan dingin beku dan segar.
Sumber : Buku Teks Tingkatan 4, 2019
Bidang pertanian semakin mendapat sambutan dalam kalangan belia di Malaysia pada hari ini
kerana menghasilkan pulangan yang lumayan. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis
sebuah rencana bagi menggalakkan penyertaan anak muda dalam bidang pertanian ini. Tajuk
rencana tersebut ialah ‘Langkah-langkah Menggalakkan Anak Muda Menceburi Bidang
Pertanian’.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
DOMAIN PERIBADI
Sebagai contoh, transaksi pembayaran yang dahulu dilakukan menggunakan wang tunai,
pindahan bank atau cek telah digantikan oleh aplikasi e-wallet atau e-dompet. Di Malaysia
terdapat beberapa aplikasi e-dompet yang berwibawa seperti Grabpay, Touch ‘n Go e-wallet,
Boost, Favepay dan sebagainya. Terdapat tiga e-dompet yang popular dan kerap digunakan
oleh masyarakat yang menawarkan banyak kemudahan dan manfaat kepada pengguna iaitu
Touch ‘n Go e-wallet, Grabpay dan Boost.
Sumber: Internet
Penyataan di atas menyatakan bahawa teknologi bayaran tanpa tunai e-dompet atau dompet
elektronik semakin popular dalam kalangan pengguna.
Huraikan manfaat-manfaat e-dompet tersebut.
4
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
DOMAIN PENDIDIKAN
Aktiviti kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting dalam membentuk
sahsiah dan jati diri pelajar. Kepelbagaian budaya yang datang dari setiap pelosok negara
mencorakkan lagi landskap kebudayaan dan kesenian di negara kita. Pelajar-pelajar dari
pelbagai negara dapat memahami dengan lebih mendalam tentang kebudayaan dari negara
lain dan dapat memupuk sikap persefahaman serta toleransi yang tinggi kepada pelajar-
pelajar.
Sumber: Internet
Petikan di atas menyatakan maklumat berkaitan kesenian dan kebudayaan memainkan peranan
penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri murid.
Jelaskan peranan-peranan pihak sekolah dalam memartabatkan kesenian dan kebudayaan
masyarakat di Malaysia.
DOMAIN KERJAYA
Kerjaya jururawat di negara ini dikategorikan sebagai satu kerjaya separa profesional dan
mempunyai masa depan cerah serta menjadi salah satu cabang pekerjaan yang mencabar
disebabkan perkembangan dalam bidang kejururawatan. Jelasnya, pelajar yang mengikuti bidang
pengajian ini akan menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang akan menyumbang khidmat
kepada masyarakat dan negara.
Sumber: Sinar Harian, 24 Jun 2018
Petikan akhbar menerangkan kerjaya jururawat merupakan satu profesion separa profesional di
Malaysia. Kerjaya dalam sektor kejururawatan dikatakan kurang diminati oleh generasi muda
kerana sektor ini makin mencabar.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menarik minat generasi muda
menceburkan diri dalam bidang kejururawatan.
5
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Panduan Menjawab Soalan 1103/2 (Morfologi)
. Baca dan fahami kehendak soalan dengan teliti.
2. alon perlu menguasai bidang ilmu bahasa berkaitan struktur kata,
bentuk kata dan golongan kata dengan baik.
3. Bina satu ayat bagi setiap kata yang dipilih.
. Bina ayat sendiri. angan menyalin atau mengambil ayat dalam petikan
atau dalam keseluruhan kertas soalan.
. Ayat mesti memberi maksud bermakna.
. umlah ayat yang dibina bergantung kepada arahan dalam soalan.
7. Markah setiap soalan yang boleh diberikan tidak tetap.
Panduan Menjawab Soalan 1103/2 (Sintaksis)
. alon perlu memahami berkaitan ayat dan pembentukan
ayat.
2. Baca dengan teliti soalan dan fahami kehendak soalan.
3. Sila lihat petikan yang diberi dengan teliti dan
tukar gabung cerakin kenal pasti ayat dan sebagainya.
. Tulis jawapan berdasarkan kehendak soalan yang diberi
dengan jelas.
6
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
KERTAS 2
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 Markah]
SOALAN 1 : MORFOLOGI
Baca petikan dengan teliti dan senaraikan dua kata terbitan dan dua kata tugas. Kemudian,
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
Beberapa tahun yang lalu, robot mudah alih merupakan barang permainan atau peralatan
yang begitu mahal. Namun begitu, banyak pakar percaya bahawa bidang robot merupakan
permulaan revolusi pembangunan robot seperti permulaan penciptaan komputer peribadi pada
dekad yang lalu. Revolusi teknologi baharu robot mudah alih melibatkan bidang kejuruteraan
mekanikal, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan maklumat, kejuruteraan automasi, kecerdasan
buatan dan sebagainya.
Dipetik dan diubah suai daripada
Kawalan Robot Melalui Telefon Pintar
Oleh Riza Sulaiman
Dewan Kosmik, Bil 9/2019
[8 markah]
SOALAN 2: SINTAKSIS
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti subjek dan predikat bagi ayat yang bergaris.
Subjek: ____________________________________________________________________
Predikat: _____________________________________________________________________
Malaysia sangat dikenali sebagai sebuah destinasi pelancongan yang mempunyai
keunikannya yang tersendiri. Industri kraf tangan merupakan satu faktor penarik terhadap
situasi ini. Kraf tangan buatan Malaysia yang eksotik dan menarik menyebabkan banyak
pelancong asing tertarik. Menyedari hal ini,banyak pihak telah menjalankan pelbagai usaha
bagi memastikan industri ini terus berkembang.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Industri Kraf Tangan di Malaysia”,
Dewan Siswa, Oktober 2017
[6 markah]
7
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Panduan Menjawab Soalan 1103/2 (Penyuntingan)
. Baca keseluruhan petikan yang diberi dengan teliti.
2. alon perlu menggariskan kesalahan bahasa yang dikenal pasti pada
bahagian petikan. Antara kesalahan dalam petikan berkaitan ejaan,
imbuhan, istilah, tatabahasa dan sebagainya.
3. Kesalahan bahasa yang terdapat dalam bahan adalah lebih daripada
arahan soalan.
. Anda dinasihati agar mengenal pasti kesalahan bahasa mengikut
arahan soalan.
. Tuliskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul.
SOALAN 3: PENYUNTINGAN
Petikan di bawah mengandungi 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan yang terdapat dalam
petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Remaja bersahsiah tinggi perlu mengamalkan ethika dan berpersonaliti yang luhur.
Mereka bukan sahaja perlu mempraktikan ajaran agama tetapi tidak kekok melakukan kerja-kerja
amal. Namun, setengah remaja keliru dan mengalami kekacauan emosi sehingga melakukan
perkara diluar jangkaan seperti memberontak, mengengkari arahan ibubapa dan tidak
mengamalkan ajaran agama. Mereka juga tidak suka melakukan kerja-kerja kebajikkan seperti
gotong royong. Selain itu, remaja beraklak terpuji perlu sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan
bertolak ansur. Malahan, jati diri yang mapan merupakan kriteria yang tidak boleh dipinggirkan
dalam membentuk sahsiah tinggi seseorang remaja untuk keharmonian dan perpaduan dalam
kalangan rakyat dapat dikekalkan.
[11 markah]
8
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Panduan Menjawab Soalan 1103/2 (Bahasa Melayu Standard)
. Susunan ayat dalam petikan perlu dikekalkan dan tidak perlu diubah.
2. Penggunaan bahasa istana tidak boleh diubah kepada bahasa Melayu
Standard.
3. Penggunaan kata ganti nama diri perlu dikekalkan dalam petikan.
. Tanda baca dalam dialog perlu dikekalkan dan jangan digugurkan.
. Bilangan ayat mestilah sama dengan teks asal yang diberikan.
. Nama watak dan nama tempat juga tidak perlu diubah.
7. awapan calon mestilah sama bentuknya dengan petikan soalan dari
segi pemerengganan.
SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka
ia berdatang bersembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara
Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap.
Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “Orang ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukan
halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak.
Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?”
Dipetik daripada
‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’
dalam antalogi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]
9
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Panduan Menjawab Soalan 1103/2 (Peribahasa)
. Baca dan fahami kehendak soalan peribahasa.
2. Lihat petikan bahan yang diberikan dengan teliti.
3. Tuliskan peribahasa yang sesuai berdasarkan kehendak soalan dan
maklumat yang terdapat dalam petikan.
. Bentuk bentuk soalan peribahasa yang boleh ditanya
Berikan maksud peribahasa
Kemukakan peribahasa yang sesuai dengan petikan
Bina ayat berdasarkan peribahasa diberikan.
Sambungkan peribahasa yang diberi supaya lengkap dan
Sebagainya .
SOALAN 5: PERIBAHASA
Baca senarai peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian pilih dua peribahasa yang anda faham
maksudnya lalu bina ayat dengan menggunakan peribahasa tersebut. Ayat yang anda bina
haruslah jelas menyatakan maksud peribahasa tersebut.
(i) ibarat belayar sambal memapan
(ii) akhirnya ke ceruk dapur juga
(iii) bak orang mengantuk disorongkan bantal
[4 markah]
10
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Panduan Menjawab Soalan 1103/2 (Petikan Umum)
. Lebih daripada satu bahan yang diberikan 2 atau 3 bahan)
2. Panjang petikan antara 20 hingga 0 patah perkataan sahaja.
3. Bahan boleh terdiri daripada pelbagai bentuk berita, rencana, jadual
dan lain lain) dan sumber majalah, Internet, ensiklopedia dan lain
lain).
. Pecahan sPoaanldaunantiMdaeknjadwiatbetSaopaklaann 033 a2taPuemahsaomaanlaUnm).um)adangan pecahan
soalan sepertiberikut
BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[ 35 Markah]
SOALAN 6: PETIKAN UMUM
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Kehidupan dalam era teknologi maklumat kini dikhuatiri mengurangkan semangat
patriotisme dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, kita perlulah menerapkan semangat
cinta akan negara dalam kalangan remaja. Misalnya, kita perlulah menyuntik semangat juang
yang tinggi dalam kalangan anak-anak muda untuk meraih pingat bagi negara Malaysia
dalam Sukan SEA Kuala Lumpur. Golongan muda juga perlu bersemangat memeriahkan
sambutan perarakan pada Hari Kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.
Para guru sudah lebih 60 tahun memainkan peranan memupuk semangat patriotisme dan
rasa cinta akan tanah air dalam kalangan murid tanpa jemu. Bagaimanapun, pendidikan awal
di rumah menjadi teras utama dalam memupuk semangat patriotisme dalam jiwa anak-anak.
Ibu bapalah pendidik utama tentang pengorbanan generasi dahulu dalam mempertahankan
maruah negara. Golongan guru hanyalah pemangkin dalam usaha memastikan
kelangsungan semangat cinta akan negara yang sedia ada.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Guru Pemupuk Semangat Patriotisme Murid”
oleh Abdul Ghoni Ahmad,
Majalah Pendidik bil 109
11
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Bahan 2
Mencintai negara mestilah dengan sejujur hati dan setulus jiwa. Semangat patriotisme dan
cinta akan negara harus diterapkan kepada generasi muda sejak di bangku sekolah lagi.
Semangat ini tidak seharusnya dipraktikkan melalui sambutan perarakan pada Hari
Kebangsaan 31 Ogos atau 16 September sahaja, malah sewajarnya diterapkan pada setiap
masa. Generasi muda hari ini bukan sahaja patut sentiasa didedahkan dengan sambutan yang
diadakan, malah mereka juga perlu menghayati sejarah perjuangan bangsa dan mengibarkan
jalur gemilang bagi menghayati semangat patriotisme.
Rata-rata sambutan yang dihadiri sebelum ini dimonopoli oleh golongan remaja dan belia
melalui perarakan yang sungguh unik bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan dan Hari
Malaysia yang sangat bererti kepada rakyat negara ini. Justeru, rasa cinta akan tanah air yang
ada dalam sanubari setiap rakyat tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak demi masa
depan negara.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Semarak inta Negara”
oleh Dr Aminudin Mansor,
Majalah Pendidik bil 115
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud hanyalah pemangkin.
[2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, pengarang menyatakan beberapa cara untuk memupuk
semangat patriotik dalam kalangan remaja.
Apakah persamaan dan perbezaan cara-cara memupuk semangat patroitisme dalam
kalangan remaja?
[3 markah]
(iii) Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik, kita perlulah sentiasa mempertahankan
kedaulatan negara kita.
Pada pendapat anda, apakah yang boleh anda lakukan untuk mempertahankan kedaulatan
negara?
[3 markah]
(iv) Anda dapati ada pelajar sekolah anda telah memijak dan menghina bendera negara Malaysia
Jalur Gemilang. Sebagai seorang pengawas sekolah, kemukakan kata-kata nasihat kepada
pelajar tersebut iaitu kesan buruk sekiranya mereka menghina Jalur Gemilang.
Sebagai seorang pengawas, saya akan menasihati mereka tentang kesan buruk sekiranya
mereka menghina Jalur Gemilang iaitu :
[4 markah]
12
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Panduan Menjawab Soalan 1103/2 (Petikan Sastera)
. Bahan mesti berasaskan unsur karya kreatif sama ada dari segi antalogi
yang dipelajari di sekolah Komsas tingkatan dan ) atau daripada sumber
bahan lain.
2. Bahan mestilah pelbagai cerpen, puisi moden atau tradisional, drama dan
lain lain).
3. Pecahan soalan tidak ditetapkan 3 atau soalan). adangan pecahan
soalan sepertiberikut
. Tiada elemen sastera.
SOALAN 7: PETIKAN SASTERA
Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Bahan 1
Hakim terus mengeluh, “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja
membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan bank. Hutang
mesti dibayar, kalau tidak tanah aku akan dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut
di mahkamah dengan susah payah. Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti
raja merampas tanah datukku dahulu.”
Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. “Banyak persamaan antara
aku dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai
tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Walaupun namaku tidak
lagi berunsur kolot dan kuno seperti datukku, tetapi itu tidak bererti apa-apa. Sepatutnya
namaku ialah Kaduk bin Kaduk bin Kaduk.”
“Pada zaman ini tiada lagi raja yang menyabung ayam tetapi raja baharu telah muncul. Raja itu
tetap menguasai seluruh hidup kita. Kita tidak dapat berbuat apa-apa selain mengikut telunjuk
mereka. Mereka ialah golongan yang memegang kuasa ekonomi negara. Kita tetap Kaduk dan
mereka tetap raja,” luah Hakim lagi.
Dipetik daripada
cerpen ‘Kaduk Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka
13
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Bahan 2
Arkitek Kota
hanya seniman peka
yang faham akan jiwa laut
kenal lambung gelombangnya
alur sungai serta diam batu
perasaan musim
fiil langit dan sabar bumi
berhak membina kota.
kerana arkitek matang itu anak di taman,
perenung di perpustakaan,
orang muda pulang bertandang di lorong malam,
pemunggah barang pasar di subuh hari
pengadil di bangku bijaksana
dan datuk bandar yang bangga.
dia harus sayangkan lagu burung
pemancing di teduh pohon
pemerhati tasik
pengawas bintang
dan bunga menjalar di beranda.
pencipta kota ialah
pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai
kelakar tua yang mengampungkan cerita
orang bercinta yang perlukan bulan.
dia pengukir ruang hidup
penghias suasana sempurna
membenarkan penemuan
memungkinkan kemungkinan.
Muhammad Haji Salleh
Antalogi Dirgahayu Bahasaku, DBP
14
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
(i.) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud mengikut telunjuk mereka.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan ciri-ciri pekerjaan yang disebutkan.
[3 markah]
(iii.) Pekerjaan yang memerlukan tenaga khususnya kerja berkemahiran rendah kini kurang
mendapat sambutan anak-anak muda.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil untuk menggalakkan anak
muda kita melibatkan diri dalam kerjaya yang berkemahiran rendah?
[3 markah]
Panduan Menjawab Soalan 1103/2 (Petikan Novel)
. Dua soalan diuji. 0 markah) Kombinasi markah untuk soalan i) dan
2. Markah keseluruhan
ii) tidak tetap.
3. Markah bahasa
. Bentuk soalan
i. Soalan i) Pemahaman petikan novel berdasarkan petikan sebuah
novel daripada mana mana novel on)
ii. Soalan ii) Pemikiran kritis berdasarkan novel yang dikaji mengikut
zon).
15
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SOALAN 8 : NOVEL
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Kemudian dia memberitahu kami tentang sains asas. “Tubuh kita terdiri daripada
60 trilion sel yang membentuk asas kehidupan. Setiap bahagian tubuh perlulah benar-
benar sihat supaya tubuh dapat berfungsi pada tahap yang optimum. Akan tetapi, dengan
dunia hari ini yang kian tercemar; pencemaran udara, pencemaran air, kekangan harian,
kurang bersenam, gaya hidup tak sihat, dan diet yang tak menentu, kita sangat terdedah
kepada penyakit, pak cik.”
Datuk kelihatan benar-benar bingung. “Kaki ayah kamu semakin sembuh dan tak
bengkak lagi, dia tak patut berhenti separuh jalan.”
“Benar pak cik, dan kami sangat berterima kasih kepada pak cik kerana telah
sejauh ini membantu merawat penyakit ayah kami. Cuma apa yang ingin saya beritahu
pak cik di sini, kami telah sepakat untuk mencuba kaedah rawatan moden, yang lebih
mudah. Lagipun usus ayah kami perlu dibersihkan terlebih dahulu pak cik.”
Dipetik daripada
Novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin
Kementerian Pendidikan Malaysia
Nyatakan sebab-sebab manusia kini mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.
[4 markah]
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini
Matdarin
Berdasarkan novel tersebut, jelaskan peristiwa berkaitan dengan perwatakan kebijaksanaan
yang terdapat dalam novel.
[6 markah]
16
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Panduan Menjawab Soalan 1103/2 (Rumusan)
PANDUAN RINGKAS JAWAPAN
PENDAHULUAN 2 FOKUS
- Rumusan membincangkan____ fokus 1_____ dan _____ fokus 2 _____. (2 markah)
- Rumusan membincangkan____ fokus 1_____ (1 markah)
PENDAHULUAN 3 FOKUS
- Rumusan membincangkan____ fokus 1_____ fokus 2 _____ dan _____ fokus 3
_____.
(2 markah)
- Rumusan membincangkan____ fokus 1_____ dan _____ fokus 2 _____. (1 markah)
PENUTUP RUMUSAN
1. 2 markah
2. Terdiri daripada tema, cadangan dan kesan
3. 1 ayat sahaja
PENGIRAAN ISI: CONTOH 1
BILANGAN 1 BILANGAN ISI CALON BILANGAN ISI DITERIMA
BAHAN 1
Fokus 1 (Langkah- 6 isi) 2 2/1/0
Fokus 2 (Peranan- 6 isi) 6 5/6
BAHAN 2
Fokus 1 (usaha- 4 isi) 2 1/2
JUMLAH 8
PENGIRAAN ISI: CONTOH 2 (Jika 3 Fokus)
BILANGAN ISI BILANGAN ISI CALON BILANGAN ISI DITERIMA
BAHAN 1
Fokus 1 (Langkah- 6 isi) 6 5
Fokus 2 (Peranan- 2 isi) 1 1/0
BAHAN 2
Fokus 1 (langkah- 2 isi) 1 1
BAHAN 3
Fokus 3 (kesan- 3 isi) 2 1/2
JUMLAH (kombinasi setiap bahan) 8
17
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SOALAN 9 : RUMUSAN
[30 Markah]
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1- Petikan
Secara umumnya peranti elekronik bermaksud semua peralatan elektronik yang berfungsi
sebagai medium penyampai maklumat dan komunikasi dalam kehidupan harian. Walaupun secara
asasnya makna peranti elaktronik ini merujuk kepada perkembangan teknologi yang mampu
memberikan kesan positif kepada pengguna, namun dalam kalangan remaja, perkembangan
teknologi ini menjadi ancaman jika tidak dikawal penggunaannya.
Sehubungan itu, terdapat pelbagai kesan negatif yang menimpa para remaja. Pembaziran
masa merupakan antara impak negatif terhadap penggunaan peranti elektronik secara berlebihan.
Masalah kesihatan seperti obesiti juga dikatakan berpunca daripada situasi tersebut. Dalam
konteks yang lain, para remaja akan berhadapan dengan masalah kekurangan kemahiran bersosial
dan berkemungkinan menyebabkan tingkah laku ganas, tekanan, kemurungan dan kecelaruan
identiti.
Menurut seorang pakar pediatrik tempatan, remaja yang menggunakan aplikasi seperti
permainan video melebihi dua jam akan menjejaskan penglihatan mereka dan menyebabkan mata
menjadi rabun. Selain itu, bagi remaja yang menggunakan peranti elektronik dalam keadaan
postur berbaring atau duduk terlalu lama akan meninggakan kesan kesakitan pada tulang belakang
dan meningkat risiko bongkok pada usia muda. Di samping itu, remaja yang ketagihan
penggunaan peranti elektronik akan mengurangkan tumpuan mereka terhadap pelajaran atau
tugasan yang diberikan oleh guru sebaliknyanya lebih terarah kepada dunia digital. Dalam aspek
pergaulan dan berkomunikasi pula, remaja akan menjadi lebih pendiam, kurang sabar, tidak
mempunyai teman rapat dan penguasaan bahasa yang tidak berkembang. Isu remaja dan masalah
ketagihan peranti elektronik ini bukanlah sesuatu perkara yang baharu. Masalah ini menjadi
semakin kritikal akibat daripada perkembangan teknologi komunikasi yang semakin bervariasi.
Dalam membicarakan isu ketagihan remaja tehadap peranti elektronik ini, implikasi dari
sudut perkembangan emosi pula akan mengganggu perkembangan emosi dan kerohanian para
remaja. Pada usia yang muda, remaja akan terdedah dengan masalah daya tumpuan yang rendah
dan kawalan emosi yang tidak tersusun dengan baik. Oleh itu, semua pihak terutamanya ibu bapa
dan penjaga perlu mengawasi penggunaan peranti elektronik dalam kalangan remaja.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘ Punca dan Kesan Ketagihan Peranti Elektronik’
oleh Noor Azam Abdul Rahman,
Dewan Siswa, Jun 2018
18
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Bahan 2- Grafik
19
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SET 2 KERTAS 1
BAHAGIAN A
[30 Markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]
Maklumat di bawah berkaitan dengan industri kraf tangan.
Huraikan pendapat anda tentang industri kraf tangan di negara kita.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
KUALA LUMPUR: Produk kraf tangan
tradisional tempatan mampu menembusi
pasaran antarabangsa sekiranya mempunyai
landasan pemasaran dan penghasilan material
bersesuaian dengan cita rasa semasa.
Pengarah Lawabana Sdn Bhd, Datin Seri
Norazlina Awang Had, berkata kami mahu
meningkatkan kesedaran masyarakat
terhadap kualiti dan kreativiti seni kraf tangan
tradisional
"Kita akan menghimpunkan barisan artis
terbaik dan akan turun padang mencari
pengusaha kraf tangan tempatan berpotensi
bagi merealisasikan objektif itu," katanya.
Sumber: Berita Harian, Julai 27, 2018
20
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
BAHAGIAN B
[70 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]
Arahan soalan
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.
DOMAIN AWAM
Banyak kajian yang menunjukkan bersenam mampu menjadikan kehidupan yang
lebih baik dan boleh memanjangkan umur. Dari sudut sains, sekiranya anda lebih cergas dan
kerap bersenam, anda akan hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang malas
bersenam. Mereka yang tidak aktif mudah mendapat penyakit seperti kencing manis dan
penyakit jantung. Pada tahun 2025 diramalkan sebanyak 31 peratus rakyat di negara ini akan
menghidap penyakit diabetes. Kajian menunjukkan bahawa rakyat di negara ini kurang
bersenam dan bersukan.
Dipetik dan diubah suai daripada
rencana “Kekal Muda Pada Usia Tua”
Oleh Hamidah Zabidi,
Dewan Masyarakat, Julai 2019
Petikan rencana di atas menerangkan kelebihan aktiviti bersenam bagi mengekalkan kecergasan
dan meningkatkan kesihatan.
Bincangkan cabaran-cabaran dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas di negara kita.
DOMAIN PERIBADI
Kemudahan Internet pantas dewasa ini telah mewujudkan perniagaan dalam talian.
Ramai usahawan mula melihat segmen berkenaan sebagai masa depan kepada dunia
perniagaan. Buktinya, wujud pelbagai jenis platform E-dagang dan perkhidmatan
pembayaran yang menyokong segmen perniagaan berkenaan.
Keyakinan orang ramai terhadap perniagaan dalam talian semakin tinggi apabila
wujud pelbagai pelan yang menawarkan Internet murah dan pantas.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Internet dan Masa Depan Perniagaan dalam Talian”,
Sinar Harian, 21 Februari 2020
Petikan di atas menunjukkan bahawa perniagaan dalam talian bukanlah perkara baharu dalam
kehidupan masyarakat kini. Dalam keadaan norma baharu akibat pandemik COVID-19 ini,
perniagaan dalam talian menjadi pilihan utama pengguna.
Huraikan pendapat anda tentang manfaat-manfaat jualan barangan secara atas talian.
21
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
DOMAIN PENDIDIKAN
SHAH ALAM - Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang ditawarkan oleh
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi pilihan utama ibu bapa
untuk membuat simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi kerana memberikan pelbagai manfaat
kepada pendepositnya.
PTPTN turut menyediakan pelbagai bentuk galakan penabungan bagi mendidik minda
masyarakat supaya memulakan simpanan ketika anak masih kecil lagi bagi mengurangkan
kebergantungan kepada pinjaman. Selain produk simpanan yang dikenali sebagai Skim
Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), PTPTN turut menawarkan produk SSPN-i Plus
yang dilancarkan sejak tahun 2015.
Dipetik dan diubah suai daripada
“SSPN adi Pilihan Utama Ibu Bapa”,
Sinar Harian, 16 Disember 2020
Petikan berita di atas menyatakan sebahagian isu berkaitan dengan kaedah menabung. Anda
mengambil bahagian dalam satu pertandingan syarahan bersempena dengan Minggu Pelaburan
di sekolah. Tajuk syarahan ialah “Kepentingan Amalan Menabung Dalam Kalangan Generasi
Muda”.
Tulis teks syarahan anda selengkapnya.
DOMAIN KERJAYA
Menerusi pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) baru-baru ini, kraf
tangan Malaysia turut memfokuskan untuk melatih komuniti terutama di kawasan
pedalaman bagi mendapatkan kemahiran seterusnya menjana pendapatan melalui
penghasilan produk kraf.
Sebagai contoh komuniti Ba’kelalan, Lawas Sarawak yang dilatih untuk
menghasilkan produk batik dan juga produk berpotensi tinggi bagi dipasarkan menerusi
platform digital E-Kraf Bazar atau MYCRAFTSHOPPE.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Budaya Digital Industri Kraf”,
MyMetro, 18 Oktober 2020
Industri kraf tangan mendapat perhatian daripada generasi muda kerana produk yang dihasilkan
dapat dipasarkan di dalam dan di luar negera. Oleh sebab itu, anda diminta untuk menjelaskan
usaha-usaha untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia.
:
Tulis pendapat anda itu selengkapnya.
22
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
KERTAS 2
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 Markah]
SOALAN 1 : MORFOLOGI
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya dan senaraikan dua akronim dan dua penjodoh
bilangan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Perkhidmatan awam ialah jentera paling penting dalam pengurusan sebuah kerajaan yang
berfungsi menggerakkan khidmat pemerintah demi kepentingan rakyat. Untuk mengekalkan
keefisienannya, maka kakitangan awam akan mengikuti kursus perkhidmatan di Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN). Apabila setiap kakitangan awam faham akan
tanggungjawab masing-masing maka tidak sukar bagi kerajaan untuk menyalurkan pelbagai
bantuan kepada rakyat. Oleh sebab itu, perkhidmatan awam wajar menjadi jenama yang
dihormati dan disegani oleh rakyat negara ini. Setiap penjawat awam hendaklah berazam agar
mereka dipandang sebagai sebutir permata hasil kecemerlangan perkhidmatan mereka.
Dipetik dan diubah suai daripada
Kakitangan Awam Perlu Tingkatkan Kecekapan
Berita Harian, 31 Jun 2018
[8 markah]
SOALAN 2: SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kategorikan ayat dalam petikan tersebut
mengikut jenis-jenis ayat.
Wahai rakan-rakan sekalian! Adakah anda menjaga kebersihan tempat tinggal? Kebersihan
amat penting agar ahli keluarga anda tidak dijangkiti penyakit. Pastikan setiap ruang di rumah
anda sentiasa bersih. Jangan biarkan air bertakung di dalam bekas-bekas yang tidak digunakan.
Apakah yang perlu anda lakukan terhadap bekas-bekas tersebut? Simpan dan susun bekas
tersebut di tempat yang selamat. Nyamuk Aedes membiak di tempat air bertakung. Syabas, jika
anda mengambil berat tentang kebersihan!
[6 markah]
23
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SOALAN 3: PENYUNTINGAN
Petikan di bawah mengandungi 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan yang terdapat
dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Walau pun sambutan Hari Belia Negara 2015 dilaksanakan dalam skala yang lebih kecil
berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun saya percaya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
telah Berjaya membawa satu gelombang baru kepada stratgi pelaksanaan Sambutan Hari Belia.
Kita mula laksanakan festival ini di tahun 2012 dan KBS telah membuktikan bahawa festival
belia tahunan ini telah menarik minat golongan belia daripada seluruh negara untuk datang ke
Putrajaya. Penglibatan golongan belia di dalam pelbagai aktiviti pengisi Sambutan Hari Belia
Negara telah membantu menjaya program ini. Pihak kerajaan percaya bahawa menerus
pendekatan “Dari Belia Untuk Belia” akan dapat menyerlahkan potensi modal insan belia yang
cemerlang.
[11 markah]
SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang
Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya
disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir.
Barang ke mana tuan itu pergi, panah dibawanya. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada
menghadap Sultan Muzaffar Syah.
Dipetik daripada
‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’
dalam antalogi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]
24
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SOALAN 5: PERIBAHASA
Dalam perbualan di bawah, terdapat satu peribahasa. Berdasarkan peribahasa tersebut,
senaraikan dua peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa
tersebut.
Pelajar A :Minggu lepas, saya dan Kartina ke tempat perkelahan yang berhampiran dengan
rumah saya.
Erwan : Betulkah begitu Katrina?
Katrina : Betul Erwan. Peribahasa ada mengatakan, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang
tak kata.
[4 markah]
BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 Markah]
SOALAN 6: PETIKAN UMUM
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Permainan tradisional sangat penting bukan sekadar bagi mengisi masa lapang dunia
kanak-kanak tetapi juga cara yang berkesan bagi menanam roh jati diri dalam golongan jiwa
muda ini. Melalui permainan tradisional, pelbagai nilai murni dapat dipupuk dalam diri kanak-
kanak termasuk sifat suka bekerjasama, berani, yakin dan inovatif dalam melakukan sesuatu
perkara. Melalui permainan congkak contohnya, selain mampu menghiburkan kanak-kanak,
permainan congkak juga banyak menyelitkan nilai tersirat yang positif dalam jiwa mereka
sebagai bekalan di kemudian hari. Seni dan peraturan permainan itu antara lain mengajar si
pemainnya dengan nilai-nilai murni sifat pemurah, berhati-hati dalam bertindak, bijak
merancang serta peka bagi mencapai kemenangan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Jangan Buang Permainan Tradisional
oleh Abd Aziz Itar,
Sinar Harian, Julai 2017 )
25
PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Bahan 2
Permainan tradisional ini sebenarnya bukanlah semata-mata mengisi masa lapang, tetapi juga
satu kaedah pembelajaran, mengasah minda dan memupuk nilai-nilai murni. Banyak orang
tidak menyedari bahawa permainan yang dicipta oleh nenek moyang dahulu diadun dengan
cukup baik yang meliputi pelbagai elemen dalam meningkatkan daya kreativiti, memupuk
semangat berpasukan dan melatih kekuatan fizikal dan mental. Selain itu, permainan ini
lazimnya tidak terbatas faktor usia pemainnya, malah turut dimainkan oleh kanak-kanak
mahupun golongan dewasa. Permainan tradisional kebanyakannya dimainkan secara
berkumpulan, selain dimainkan secara perseorangan. Hal ini disebabkan sifat masyarakat
dahulu yang suka hidup berkelompok dan juga senantiasa mengamalkan semangat
berkumpulan dalam masyarakat serta menikmati zaman kanak-kanak yang lebih berkualiti.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara”
oleh Haji Samat Bin Buang,
Koleksi Rencana Umum SPM
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mencapai kemenangan.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kelebihan
permainan tradisional yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut.
[3 markah]
(iii) Permainan tradisional pada masa ini semakin dilupakan oleh generasi muda ekoran
wujudnya pelbagai permainan alternatif terutamanya permainan komputer.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk
mempularkan semula permainan tradisional?
[3 markah]
(iv) Perkembangan pesat teknologi maklumat telah membuka ruang peningkatan permainan
moden di alam maya kepada generasi muda terutamanya kanak-kanak yang lebih
menjiwai permainan berasaskan komputer.
Sebagai seorang pelajar, nyatakan langkah-langkah yang dapat menarik minat generasi
muda meminati permainan tradisional?
[4 markah]
26