The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TING HEA LING, 2021-10-12 04:06:51

Modul Percikan NEW

Modul Percikan NEW

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Bahan 1

www. Sibermerdeka.com.my

Dalam kebun diriku bagai siang memanggil malam

aku tanam saujana rancangan dan sibermerdeka terus berkaca

untuk memerdekakan warga susahku terus mengalirkan arus ingatan

hidup menentang senja dan malam. elakkan dirimu menjadi sia-sia

hamparkan dirimu di persada Tuhan

Dalam parlimen diriku

aku bahas isu onak dan enak

untukku merdekakan warga fikirku

mengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam laut diriku
ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.

Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.
Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang

Apabila sibermerdeka sampai
ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku tak kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.

Kini, kapal diriku telah berlabuh di Sumber: www.sibermerdeka.com.my ,
pangkalan usia oleh Abdul Ghaffar Ibrahim,
aku turun darinya menghadapi hidup nyata Antalogi Jaket Kulit Kijang.
peristiwa datang peristiwa pergi

27

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

Bahan 2

“Duit tu aku simpan sejak muda. Aku gunakan berdikit-dikit. Kita bukannya muda lagi.
Nanti bila kita sudah tidak larat, uzur, dengan duit itulah kita hendak meneruskan kehidupan.
Jangan harapkan anak-anak hendak membantu. Mereka pun susah,” kata Atuk apabila Nek Nah
memujuknya.

“Tetapi kalau kita tidak bantu cucu kita, siapa lagi?” rayu Nek Nah.
“Itu cucu engkau!” tempelak Atuk.
Nek Nah menangis. Aku yang berada di sebalik pintu menyaksikan drama itu turut
berlinangan air mata.
Mujur, kerasnya Atuk tidak lama.Mungkin Nek Nah pandai memujuk atau mungkin
disebabkan air mata Nek Nah, air mata sakti yang bisa melembutkan hati sekeras batu. Tambah
menyakinkan, Pak Long dan Mak Long berjanji akan melunaskan hutang itu segera.

Dipetik daripada
cerpen “Amarah Atuk”
oleh MK Riza dalam Dewan Siswa, Bil.1/2019,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud melembutkan hati.

[2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan cabaran-cabaran kehidupan yang ditempuhi
oleh seseorang.

[4 markah]

(iii) Kehidupan remaja kini menghadapi cabaran penyalahgunaan media sosial.
Pada pandangan anda, apakah peranan ibu bapa terhadap anak-anak dalam mengelakkan
anak-anak menghadapi cabaran tersebut?

[3 markah]

(iv) Anda mempunyai seorang sahabat baik. Sejak akhir-akhir ini, tumpuannya di dalam
kelas sering terganggu. Dia lebih banyak termenung dan berdiam diri. Lebih
memburukkan keadaan apabila keputusan peperiksaannya juga merosot. Menurutnya,
dia mengalami tekanan perasaan akibat masalah tersebut.

Pada pandangan anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh rakan anda untuk
menyelesaikan masalah tekanan perasaan yang dialaminya?

[4 markah]

28

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

SOALAN 8 : NOVEL

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Kamu cuba mengatakan kaedah perubatan tradisional telah gagal merawat penyakit ayah
kamu?” tanya datuk.

“Tidak sama sekali, pak cik dengar dulu, saya tak bermaksud begitu,” nada suaranya
menggambarkan dia cuba untuk bersopan santun dan merendahkan hati.

Kemudian dia memberitahu kami tentang sains asas. “Tubuh kita terdiri daripada 0
trilion sel yang membentuk asas kehidupan. Setiap bahagian tubuh perlulah benar-benar sihat
supaya tubuh dapat berfungsi pada tahap yang optimum. Akan tetapi, dengan dunia hari ini
yang tercemar, pencemaran udara, pencemaran air, tekanan harian, kurang bersenam, gaya
hidup tak sihat dan diet yang tidak menentu, kita sangat terdedah kepada penyakit, pak cik.”

Datuk kelihatan benar-benr bingung. “Kaki ayah kamu semakin sembuh dan tak
bengkak lagi, dia tidak boleh berhenti separuh jalan.”

Dipetik daripada
novel Jendela Menghadap Jalan

karya Ruhaini Matdarin,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan faktor-faktor yang mendorong kepada masalah kesihatan. [4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin.

Kegigihan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya mencapai kejayaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua contoh peristiwa yang dapat
membuktikan pernyataan di atas.

[6 markah]

29

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

SOALAN 9: RUMUSAN
[30 Markah]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Sahsiah tinggi merupakan keperibadian, akhlak atau kelakuan terpuji yang sudah sebati
dalam diri seorang individu. Remaja yang bersahsiah terpuji ini ternyata berupaya mencipta
kejayaan pada usia muda. Kejayaan-kejayaan remaja itu diperoleh kerana remaja memiliki sikap
keterbukaan apabila berhadapan dengan sesuatu masalah atau dalam membuat keputusan. Secara
tidak langsung, sikap ini menyerlahkan kematangan akal dan keperibadian remaja.

Remaja bersahsiah tinggi perlu mengamalkan etika dan berpersonaliti yang luhur.
Mereka bukan sahaja perlu mempraktikkan ajaran agama malah tidak kekok melakukan kerja-
kerja amal. Selain itu, remaja berakhlak terpuji perlu sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan
bertolak ansur kerana kesejahteraan sosial sukar dicapai tanpa sifat sedemikian. Malahan, jati
diri yang mapan merupakan kriteria yang tidak boleh dipinggirkan dalam membentuk sahsiah
tinggi seseorang remaja agar keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat
dikekalkan.

Secara umumnya, remaja hendaklah bersikap kreatif dan inovatif bagi memastikan
penglibatan dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan dan keusahawanan
berupaya menghasilkan inovasi demi kemajuan negara. Sikap berani menetapkan matlamat hidup
yang jelas membantu mereka menangani pelbagai bentuk cabaran masa ini termasuklah pengaruh
media massa, media sosial dan rakan sebaya. Selain itu, remaja juga berhadapan dengan konflik
sama ada dalam keluarga, masyarakat sekeliling atau berkonflik dengan isu semasa.

Usaha pembentukan sahsiah tinggi remaja memerlukan remaja memiliki kecergasan
fizikal dan bersemangat waja. Hal ini amat penting bagi melahirkan remaja yang mampu berdepan
dengan dunia hari ini. Seharusnya, remaja yang bersahsiah tinggi belajar bersungguh-sungguh
menimba segala ilmu pengetahuan melalui pelbagai wahana secara berterusan. Membaca buku
dan melayari Internet secara positif merupakan kaedah yang paling mudah untuk memajukan
bangsa dan negara

Dipetik dan diubah suai daripada
“Sahsiah Remaja erminan Masa Hadapan Negara”

Oleh Muhammad Lutfi Zahid,
Dewan Siswa, Jun 2018

30

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Bahan 2 -Pantun
Pantun Nasihat (Pembentukan Akhlak dan Sahsiah Diri)
Membawa bekal segelas susu,
Makan kari bersama disaji;
Bijak berakal mengawal nafsu,
Menjaga diri sifat terpuji.
Buruk baju tampal seribu,
Lusuh kain koyak rabak;
Buruk laku menanggung malu,
Pengaruh kawan jangan terjebak.
Burung terkukur berbunyi balam,
Riuh berkicau di pagi hari;
Ramah menegur hulurkan salam,
Tiada musuh sahabat mencari.
Buah peria masak setangkai,
Buah cermai lebat di pangkal;
Beza manusia dengan bangkai,
Hidup beriman bersendi akal.
Hujan lebat sampai ke pagi,
Cantik taman di Bukit Timbalan;
Al-Quran ubat penyakit hati,
Subur iman kerana amalan.

Rujukan: Teks Komsas

31

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SET 3 KERTAS 1
BAHAGIAN A
[30 Markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]
Maklumat di bawah berkaitan dengan penjagaan diri.
Huraikan pendapat anda tentang kesihatan dan kebersihan diri.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

32

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

BAHAGIAN B
[70 markah]

[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Arahan soalan
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.

DOMAIN AWAM
Kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha

ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada
industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap
tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Hal ini demikian
disebabkan, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri.
Ramai pelancong sama ada dari luar ataupun dalam memilih negara kita sebagai destinasi
pelancongan.

Sumber : Blog, 15 Januari 2021

Petikan di atas menyatakan isu pelancongan yang memberi kesan ke atas ekonomi negara.
Namun, akhir-akhir ini industri pelancongan agak terkesan ekoran daripada koronavirus yang
melanda negara dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan kepada masyarakat.

Jelaskan kepentingan-kepentingan industri pelancongan kepada masyarakat di negara ini.

DOMAIN PERIBADI
Ciri utama seorang remaja yang patriotik adalah sentiasa menghormati lagu dan

bendera kebangsaan. Hal ini demikian kerana lagu dan bendera kebangsaan menjadi lambang
kedaulatan dan kebanggan sesebuah negara. Lambang ini memaparkan indentiti Malaysia
sebagai sebuah negara yang bebas daripada belenggu kuasa asing. Oleh itu, remaja haruslah
berdiri tegak apabila menyanyikan lagu Negaraku. Remaja juga wajar mengibarkan Jalur
Gemilang di kawasan rumah pada bulan kemerdekaan. Hal ini secara tidak langsung menjadi
prinsip dan doktrin penting dalam lambang negara untuk memupuk semangat patriotik dalam
diri remaja.

Dipetik dan diubah suai daripada
Internet, 2 Jun 2019

Petikan Internet di atas menyatakan ciri utama seorang individu yang mempunyai semangat jati
diri dan tindakan-tindakan yang perlu individu lakukan bagi menunjukkan rasa cinta akan
negaranya.

Huraikan langkah-langkah yang dapat kita lakukan untuk memupuk semangat patriotik dalam
diri.

33

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
DOMAIN PENDIDIKAN

Dekad Membaca Kebangsaan 2021-2030
Mewujudkan Malaysia sebagai negara membaca dan bangsa Malaysia yang berilmu dan
bertaraf dunia menjelang tahun 2030.
Tahap pencapaian pembacaan rakyat Malaysia yang aktif membaca meningkat kepada 25
peratus pada lima tahun pertama pelaksaan program.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
Sumber di atas menjelaskan sasaran negara bagi memastikan rakyatnya membaca dan menjadi
bangsa yang berilmu menjelang tahun 2030. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memainkan
peranan penting bagi menggalakkan murid untuk membaca.
Bincangkan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah bagi menggalakkan aktiviti
membaca dalam kalangan murid.

DOMAIN KERJAYA

Revolusi industri 4.0 memerlukan semua pihak mengadaptasi kehidupan harian
seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih
pintar. Malaysia antara negara yang bergerak ke hadapan dalam perkembangan ini. Langkah
proaktif perlu diambil kerana beberapa buah negara seperti Jepun telah mengorak langkah
ke arah industri 5.0.

Sumber : Buku Teks Tingkatan 4, 2019

Petikan di atas menunjukkan perkembangan teknologi bukan sahaja mempengaruhi gaya hidup
seseorang malah dalam bidang kerjaya yang mereka ceburi. Penggunaan teknologi seperti
pesanan makanan melalui secara atas talian telah membuka ruang kerjaya yang lebih luas kepada
masyarakat.
Tulis sebuah wawancara berkaitan kesan-kesan teknologi dalam bidang kerjaya yang diceburi.

34

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

KERTAS 2

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 Markah]

SOALAN 1: MORFOLOGI
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja transitif dan dua kata
kerja tak transitif. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaanya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Sebanyak 70 peratus hingga 80 peratus penduduk dunia gemar minum kopi. Menurut
Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAQ), pengambilan kopi di seluruh dunia mencapai lebih
kurang tujuh juta tan setahun. Pengambilan kopi akan meningkatkan kecerdasan dan mampu
untuk tidak tidur dalam jangka masa yang lama. Kopi mengandungi kafien dan jika diambil
secara berlebihan akan menyebabkan pelbagai masalah seperti penyusutan kepadatan tulang
dan dehidrasi. Pengambilan kopi yang melebihi lapan cawan sehari akan menyebabkan
seseorang itu mengalami gangguan kesihatan. Kebaikan dan keburukan minum kopi
bergantung pada kadar pengambilannya.

Dipetik dan diubah suai daripada
Kopi Manfaat atau Mudarat

oleh Norfarizan Hanoon Noor Azmi dan Maria Wong
Dewan Kosmik, Disember 2016

[8 markah]

SOALAN 2: SINTAKSIS
Berdasarkan petikan dibawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata
tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf
condong.

Kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat setiap tahun. Kemalangan
jalan raya berlaku di mana-mana sahaja terutamanya di bandar yang sibuk.
Kebiasaannya kemalangan kerap berlaku pada musim-musim perayaan. Kemalangan
jalan raya merupakan salah satu tragedi dahsyat yang acap kali membawa kematian dan
kecacatan kepada sebilangan pengguna jalan raya di negara kita. Tragedi ini berpunca daripada
beberapa faktor. Faktor utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya
ialah sikap pengguna jalan raya itu sendiri. Kebanyakan pengguna jalan raya tidak
mematuhi peraturan jalan raya walaupun undang-undang ditetapkan kerana sikap
mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan
had laju. Selain itu, sesetengah pengguna jalan raya tidak mematuhi lampu isyarat kerana
mereka ingin cepat sampai ke destinasi masing-masing. Seterusnya, sikap pengguna yang
tidak berhati-hati juga menjadi faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Pemandu
seharusnya menumpukan sepenuh perhatian semasa memandu.

[6 markah]

35

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

SOALAN 3: PENYUNTINGAN

Petikan di bawah mengandungi 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan yang terdapat
dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Amalan berbahasa sopan wujud sendiri. Amalan ini mestilah dididik dalam penghidupan
berkeluarga oleh ibu bapa dan diteruskan oleh guru-guru di sekolah. Amalan ini perlu ditekankan
demi menjaga amalan berbahasa murid-murid yang akan mewarnakan kehidupan mereka sesudah
hayat dikandung badan. Ada juga pihak yang berpendapat bahawa bahasa yang digunakan oleh
seseorang terpengaruh oleh budaya , cara berfikir, dan didikan yang diterima sejak daripada awal
seseorang mengenal dunia serta hubungannya denga orang disekelilingnya. Hal ini disebabkan
budaya di dalam kehidupan masyarakat merupakan situasi yang mengatur dan menyusun
hubungan manusia selain sebagai alat untuk manusia berkomunikasi. Maka, semua pihak-pihak
perlu mengembalikan keangkuham kita yang menjunjung tinggi prinsip “Budi Bahasa Budaya
Kita”

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Didik Berbahasa Sopan demi perpaduan

oleh Aminudin Mansor,
Pendidik, Bil. 11/2018

[11 markah]

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan
darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka
titah baginda, “Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.”

Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan
sepertinya.

Dipetik daripada
‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’

dalam antalogi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

36

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

SOALAN 5: PERIBAHASA

Baca senarai peribahasa di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu cerita pendek dengan
menggunakan dua daripada empat peribahasa yang disenaraikan di bawah. Cerita yang anda
tulis mestilah tidak melebihi 40 patah perkataan.

(i) bagai itik mendapat air
(ii) pisang tidak berbuah dua kali
(iii) kera mendapat bunga
(iv) bagaikan bertih digoreng.

[4 markah]

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[ 35 Markah]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Walaupun solekan berperanan mencantikkan pelakon dalam drama dan layar perak,
solekan juga mampu membuatkan penampilan aktres menakutkan atau menggerunkan. Imej
mengerikan ini dihasilkan dengan teknik kesan khas menerusi teknologi pengkomputeran
mahupun solekan. Bagi menampilkan wajah diinginkan pelbagai peralatan kosmetik dan
bahan prostetik daripada getah dan silikon digunakan untuk menampakkan tubuh kelihatan
lebam, luka parah, berusia atau cacat. Dalam erti kata lain, peranan jurusolek kesan khas ini
jauh berbeza dengan mekap artis biasa kerana mereka perlu menghabiskan banyak masa
melukis wajah atau tubuh pelakon agar kesan diinginkan tampak seperti semula jadi. Malah
dalam sesetengah keadaan mereka perlu memiliki kemahiran melebihi jurusolek profesional
kerana penggunaan bahan unik dan kreatif diperlukan bagi menghasilkan prostetik agar
kelihatan realistik yang menjadi matlamat bagi semua jurusolek kesan khas.

Dipetik dan diubahsuai daripada
Bukan Untuk Cantik

Oleh Siti Zarinah Sahib,
Harian Metro, September 2018

37

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

Bahan 2

Dikenali sebagai pakar solekan kesan khas, kemahiran dan bakat yang diperoleh
wanita ini sangat didambakan dalam kalangan penggiat industri kreatif hiburan tempatan.Ini
kerana beliau begitu terkenal dengan kepandaiannya dalam mengubah wajah atau figura
seseorang pelakon itu bagi memenuhi tuntutan filem yang memerlukan khidmat tatarias kesan
khas seperti bergenrekan pembunuhan, perang dan kemalangan. Maka tidak hairanlah apabila
sebut sahaja nama wanita kreatif ini sudah pasti ada antara juru mekap artis yang gerun
mendengarnya berikutan sentuhan jari jemari Ella Sandera dalam menterjemahkan karakter
seringkali berjaya membangkitkan rasa takut dalam diri penonton. Mengambil contoh filem
seram yang lebih berelemenkan psiko berjudul ‘ wanita’ arahan pengarah terkenal Osman Ali
yang ditayangkan pada September 2015, mungkin ramai tidak tahu filem penuh debaran yang
berjaya mengutip kutipan lebih RM1 juta ini turut menggunakan khidmat Ella Sandera. Beliau
berperanan mengubah wajah pelakon kepada karakter lebih menggerunkan dan kecederaan
mengerikan pada wajah, badan yang dipenuhi darah bagi menimbulkan elemen seram dalam
kalangan penonton.

Dipetik dan diubahsuai daripada
“Solekan kesan khas Ella Sandera bagaikan benar”

oleh Sakini Mohd Said,
Utusan Borneo

i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud imej mengerikan

[2 markah]

ii. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan peranan teknik
kesan solekan khas kepada penggiat industri kreatif hiburan tempatan?
[3 markah]

iii. Solekan boleh diumpamakan seperti melukis di atas sebuah kanvas kerana melakukan
setiap solekan sama ada solekan ringkas mahupun rumit memerlukan fikiran yang kreatif.
Hanya dengan kreativiti dapat menghasilkan solekan yang dikehendaki.

Pada pendapat anda, apakah kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan

solekan yang kreatif? [3 markah]

iv. Masa hadapan kerjaya dalam bidang solekan amatlah luas kerana khidmat jurusolek kesan
khas amat diperlukan dalam industri perfileman, khususnya filem seram atau fiksyen sains
dan pementasan teater. Masalah yang timbul ialah ramai kalangan masyarakat yang tidak
memahami apakah kriteria untuk menjadi seorang jurusolek yang mahir.

Sekiranya anda berminat menjadi jurusolek kesan khas, apakah kriteria- kriteria yang perlu
anda utamakan?

[4 markah]

38

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SOALAN 7: PETIKAN SASTERA
Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Bahan 1
Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, "Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagian besar

bahan makanan rakyat kita adalah bahan makanan yang diimport, sedangkan kita ada ratusan ribu
ekar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif. Mengapakah kita bergantung pada beras, ikan,
daging, ayam dan sayur-sayuran import? Keadaan ini akan membahayakan bidang pengeluaran
makanan kerana ini soal keselamatan negara."

Pemimpin tertinggi sendiri pernah berkata, "Rakyat mesti membuka mata dan melihat
potensi yang ada dalam bidang pertanian. Saya menyeru kepada rakyat sekalian agar merebut
peluang ini, terutama ribuan siswazah Melayu yang masih menganggur. Kerajaan menyediakan
banyak peluang terutama kepada keistimewaan dalam Dasar Ekonomi Baru. Ada pelbagai
bantuan dan skim pembiayaan untuk projek pertanian yang dikendalikan oleh sebuah bank
khusus. Nah, semuanya ada di hadapan anda! Yang diperlukan sekarang ialah kesanggupan anda
untuk bekerja kuat. Ingat slogan ini, "Pertanian adalah Perniagaan'."

Hakim telah mendengar dengan penuh minat. Segala kata itu membakar semangatnya
untuk memajukan tanah yang ditebusnya. Dia juga herharap kejayaannya nanti akan menjadi
conton teladan kepada orang yang seketurunan dengannya yang mendapat kelebihan daripada
Dasar Ekonomi Baru dan pelbagai projek pembangunan sebuah kerajaan yang prihatin

Dipetik daripada
cerpen Kaduk, Ayam dan Raja

oleh Zurinah Hassan
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka

39

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Bahan 2

Bangkitlah

Anak-anak yang sedang lena
bangkitlah
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.

Lihat jernihnya pagi ini
burung-burung berterbangan di udara
dan pepohon hijau merendang daunnya
apa kau masih belum bangkit?

Bangkitlah
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
dan perut belantara menjadi ladang.

Anak-anak
esok apa yang akan kaumakan?
tanah atau batu atau debu?
kau mahu terus nangis
tanpa air mata?

Kalau tidak
bangkitlah
matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

Rejab F.I
Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka

i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud melihat potensi.

[2 markah]

ii. Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan apabila seseorang itu rajin
mengusahakan tanah terbiar.
[3 markah]

iii. Tanah terbiar terutama di luar bandar jika tidak diusahakan merupakan satu kerugian
kepada negara.
Pada pendapat anda, mengapakah masih banyak tanah terbiar di luar bandar?
[3 markah]

40

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

SOALAN 8 : NOVEL

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Kini datuk bercerita tentang cara-cara menyembuhkan penyakit secara tradisional. Memang dalam
soal ini datuk boleh disebut pakar, macam doktor. Dia jenis manusia yang bijak memanfaatkan
bahan sedia ada atau bahan percuma menjadi bahan kegunaan untuk kesihatan dan kecantikan.
Misalnya, hampas kopi dijadikannya losen tangan. Hampas teh untuk menyegarkan mata, ubi kayu
bagi menghilangkan buasir. Lobak pula bagi melancarkan air kencing dan mengurangkan sakit
kepala. Biji mangga dijadikan tepung untuk masakan. Kulit mangga yang dikeringkan untuk
membantu melancarkan pengaliran darah ketika haid.

Sebab, datuk minum kopi dan nenek minum teh, mereka menanam ubi kayu, lobak, dan
mangga. Aku percaya, pasti banyak lagi petua yang belum aku dengar dan yang belum datuk
beritahu, sebab ada banyak tanaman lain di belakang dan halaman rumah datuk serta di kebun
buah-buahannya.

Dipetik daripada
novel Jendela Menghadap Jalan karya

Ruhaini Matdarin,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan cara-cara penjagaan kesihatan secara tradisional.

[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua nilai kerjasama.

[6 markah]

41

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

SOALAN 9 : RUMUSAN
[30 Markah]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Di Malaysia, e-sukan merupakan antara bidang sukan yang baharu dan sedang
berkembang. E-sukan kini telah diiktiraf di peringkat global dan terbukti memberikan
banyak faedah kepada para pemainnya.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa individu yang terlibat secara
langsung dalam arena e-sukan mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi kerana mereka
mampu melakukan 400 pergerakan dalam masa seminit di atas papan kekunci. Pemain e-
sukan juga berkemahiran untuk menyelesaikan masalah dan berfikiran kolektif serta
kreatif. Bagi mereka yang sudah biasa bermain permainan video, pastinya mereka perlu
berhadapan dengan pelbagai pilihan yang berbeza-beza untuk melepasi halangan atau
memenuhi matlamat permainan video tersebut. Sukan elektronik juga turut memupuk nilai
kerjasama dan sikap tidak mudah berputus asa dalam mengharungi permainan kerana e-
sukan memerlukan kerjasama yang erat antara ahli pasukan untuk memenangi sesuatu
pertandingan.

Melalui e-sukan, para pemain dapat memperluas jaringan sosial para pemain,
sehingga mempunyai kenalan yang berada di luar negara kerana setiap pemain perlu
berinteraksi dengan pemain lain yang tidak diketahui latar belakang dan asal usul mereka
untuk mendapatkan keserasian ketika bermain bersama-sama. Oleh itu, tidak hairanlah
para pemain e-sukan ini mempunyai komuniti yang begitu besar.

Selain itu, pelbagai pertandingan e-sukan telah dianjurkan pada peringkat
antarabangsa yang melibatkan pemain dari seluruh dunia yang berbeza agama, bangsa,
budaya dan bahasa. Oleh hal yang demikian, secara tidak sedar, individu yang terlibat
dalam bidang ini dapat mempelajari pelbagai budaya dan bahasa yang terdapat di seluruh
dunia. Hal ini secara tidak langsung mengajar kita sikap bertoleransi antara satu sama lain
dan menghargai setiap perbezaan yang ada di sekeliling kita. Di samping itu, terdapat juga
kajian yang menunjukkan bahawa pelibatan individu dalam permainan video dapat
menambah baik kualiti penglihatan mereka. Kajian ini mendapati individu yang kerap
bermain permainan video dapat meningkatkan kemahiran visual seperti mengesan
beberapa objek pada satu-satu masa dan menajamkan penglihatan mereka.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Manfaat e-Sukan Terhadap Remaja’

oleh M. Farhan Zaman,
Dewan Siswa, Bil.3 2019

42

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Bahan 2 – Grafik

43

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SET 4 KERTAS 1
BAHAGIAN A
[30 Markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]
Maklumat di bawah berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian.
Huraikan pendapat anda tentang warisan kebudayaan dan kesenian masyarakat di
Malaysia.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

44

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

BAHAGIAN B
[70 markah]

[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Arahan soalan
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.

DOMAIN AWAM

Sektor pertanian pernah menjana pendapatan penting kepada negara sebelum kebangkitan era
kegemilangan perindustrian yang dibawa oleh arus pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad
melalui Dasar Perindustrian. Sebelum tampuk pemerintahan bertukar tangan, Malaysia
menghasilkan pelbagai tanaman komersial seperti padi sawah, kelapa sawit, lada hitam dan
nanas. Walaupun begitu, kepentingannya tidaklah diabaikan sepenuhnya kerana beliau telah
melancarkan Dasar Pertanian Negara yang sebenarnya menjadi garis panduan kepada
pembangunan sektor ini.

Sumber: Blog, 22 September 2017

Petikan di atas menjelaskan bahawa sektor pertanian adalah sangat penting dalam meningkatkan
kemajuan ekonomi negara. Sektor pertanian ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada negara
malah kepada masyarakat setempat dan juga alam sekitar.
Ulaskan pernyataan di atas.

DOMAIN PERIBADI
Malaysia melahirkan ramai negarawan, tetapi kebanyakan generasi hari ini kurang peka

mengenai perkara itu kerana mereka lahir selepas kemerdekaan dan tidak merasai apa yang
dilalui golongan terbabit. Sempena Tahun Festival Malaysia 2015 (MyFest 2015), Arkib Negara
menganjurkan program Eksplorasi Media Memorial bagi menghargai dan mengangkat tokoh
negarawan itu ke persada yang tertinggi termasuk menarik pelancong ke negara ini. Jasa empat
tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman Putra (Bapa Kemerdekaan), Tun Abdul Razak (Bapa
Pembangunan), Tun Hussein Onn (Bapa Perpaduan) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (Bapa
Kemajuan) sesuatu yang perlu rakyat banggakan.

Sumber: Harian Metro Online, 7 Januari 2007

Petikan di atas merupakan usaha kerajaan dalam menghargai dan menghayati jasa-jasa tokoh
kemerdekaan negara. Sumbangan dan perjuangan tokoh kemerdekaan negara ini wajar kita hargai
untuk menunjukkan rasa cinta kita terhadap negara.
Tuliskan sebuah syarahan tentang “cara-cara menanamkan semangat patriotisme dan menghargai
tokoh-tokoh kemerdekaan”.

45

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

DOMAIN PENDIDIKAN

Pembelajaran dalam talian terutama google classroom yang diamalkan di Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) terbukti cukup membantu guru dan pensyarah selain aplikasi
zoom bagi membolehkan interaksi secara terus dengan pelajar dapat dilakukan. Para guru dan
pensyarah turut memanfaatkan media sosial seperti whatsApp dan telegram dengan sebaik-
baiknya untuk menyampaikan pelbagai maklumat, arahan dan latihan.

Sumber: Sinarharian.com.my 27 Februari 2021

Petikan menjelaskan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini adalah amat
penting terutamanya kepada para pelajar di sekolah. Perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi ini pada era ini dapat memangkin kecemerlangan pelajar.
Tulis pendapat anda tentang manfaat teknologi maklumat dan komunikasi ini kepada pelajar.

DOMAIN KERJAYA

Bagi menggalakkan rakyat melibatkan diri dengan aktif dalam bidang pertanian, pihak
kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan galakan. Sebagai contoh, Bajet Tahun 2012
telah memperuntukan sejumlah RM 1.1 billion bagi membangunkan sektor pertanian.
Sejumlah RM 300 juta diperuntukkan bagi projek pertanian berinovasi. Manakala selebihnya
sebanyak RM 14 juta telah diperuntukkan dengan tujuan memperluaskan kontrak program
pertanian.

Dipetik dan diubah suai daripada
Geografia: Malaysian Journal of Society and Space,

Universiti Kebangsaan Malaysia
2013

Petikan jurnal menerangkan bahawa banyak insentif yang diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia
bagi membangunkan sektor pertanian. Walaupun sektor ini boleh menjamin masa depan akan
tetapi kerjaya dalam sektor ini tidak menjadi pilihan generasi muda.
Huraikan usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk menarik minat generasi muda untuk
menceburkan diri dalam bidang pertanian.

46

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

KERTAS 2

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 Markah]

SOALAN 1: MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja terbitan dan dua kata nama
terbitan. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Bagi mengarusperdanakan TVET, Malaysia berhadapan dengan cabaran keperluan
untuk membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi menyokong
ekonomi negara. Cabaran juga dihadapi dalam aspek penyampaian pendidikan teknikal dan
vokasional. Oleh itu, perlu ada perubahan dalam pelbagai aspek termasuklah kurikulum, tenaga
pengajar, pelatih, ibu bapa dan masyarakat. Hasilnya, dalam tempoh rancangan Malaysia ke-
10, kerajaan berusaha untuk memperluas akses pendidikan dan latihan TVET bagi keperluan
tenaga kerja mahir untuk keperluan industri.

Dipetik dan diubahsuai daripada
Dewan Masyarakat, Bil. 3, 2020

[8 markah]

SOALAN 2: SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan teliti.Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Sebenarnya, masalah disiplin yang berlaku di sekolah boleh ditangani menerusi
prosedur yang sedia ada seperti mengenakan hukuman rotan, denda, gantung sekolah dan
buang sekolah. Kes mestilah disiasat puncanya terlebih dahulu sebelum hukuman
dikenakan. Tindakan ini diambil supaya kita dapat berlaku adil kepada murid-murid. Kita
akui masa depan negara amat bergantung pada kejayaan dan kemantapan sistem
pendidikan.

Kemantapan ini pula bergantung pada kecemerlangan kakitangan Kementerian
Pendidikan Malaysia melaksanakan peranan masing-masing. Dengan itu, akan
tercapailah hasrat negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Ayat bersusunan songsang:

i) __________________________________________________________________________________

ii) __________________________________________________________________________________

Iii) __________________________________________________________________________________

[6 markah]

47

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

SOALAN 3: PENYUNTINGAN

Petikan di bawah mengandungi 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan yang terdapat
dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Teknologi hijau ialah aplikasi Sains Alam Sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi
bagi menangani impak negative aktiviti manusia. Antaranya, pengeluaran asap hitam oleh kilang,
penggunaan bahan bakar kenderaan bermotor, pemusnahan alam semula jadi, pencemaran sungai,
dan pelepasan karbon di udara. Teknologi hijau merupakan teknologi rendah karbon dan lebih
mesra alam bandingan dengan teknologi sedia ada. Teknologi hijau ini berasaskan empat tunggak,
iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi, atau sosial. Dari aspek tenaga, teknologi hijau mencari kaedah
demi kaedah demi untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa sama
mempromosikan kemahiran guna tenaga. Dari aspek alam sekitar pula, kesan kepada alam sekitar
dapat diminimakan. Tambahan pula, dari aspek ekonomi, teknologi hijau meninggikan
pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi. Dari segi sosial, kualiti hidup
rakyat dapat dipertingkatkan.

[11 markah]

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah,
katanya, “Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis
kubinasakan?”

Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakannya
pada anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari
pun terlalu sangat amarahnya, “ eh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku!

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antalogi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

48

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

SOALAN 5: PERIBAHASA
Baca ayat di bawah dengan telitinya dan kemudian nyatakan peribahasa atau kata-kata hikmat
yang sesuai dengan ayat tersebut.
(i) “Semasa kami menentang pengganas komunis, kami telah berjuang dengan bersungguh-

sungguh, kami lebih rela terkorban daripada kalah dan menaggung malu,” kata Tuk Su.
(ii) Pada awal tahun, Afiq Haikal tidak dapat menjawab soalan-soalan Matematik Tambahan

yang diberikan oleh Cikgu Melinda. Walau bagaimanapun, Cikgu Melinda tidak berputus
asa dan mengajar Afiq Haikal tanpa mengenal erti putus asa. Akhirnya, Afiq Haikal
mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.

[4 markah]

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 Markah]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

Program Rancangan integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) pada awalnya
dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kemudian diperluaskan ke semua sekolah
menengah bermula pada tahun 2005. Melalui program ini KPM menyediakan peluang kepada
murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. KPM yakin perpaduan
dapat dipupuk dan dibina agar semangat dapat terus diamalkan oleh murid sebagai ahli
masyarakat dan warga Malaysia yang dapat menyumbang kepada kemakmuran negara pada masa
akan datang. Usaha ini ditambah baik ke arah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan
rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.

Dipetik dan diubahsuai daripada
‘RIMUP-Platfrom Terbaik Bina Bangsa Malaysia’

Majalah Pendidik 2018

49

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Bahan 2

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah program yang dibangunkan
untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah pelbagai etnik melalui program-
program yang dijalankan. Justeru kajian ini dilaksanakan bagi menilai persepsi pelajar terhadap
keberkesanan program RIMUP yang telah dilaksanakan di sekolah. Antara elemen yang dikenal
pasti dalam mencapai matlamat RIMUP ialah aktiviti RIMUP dan keberkesanan usaha memupuk
kesepaduan sosial dalam kalangan pelajar yang berbeza etnik. Kajian ini dilaksanakan dalam
kalangan pelajar di dua buah sekolah rendah yang berlainan jenis di Selangor. Responden terdiri
daripada 80 orang pelajar iaitu, 47 pelajar Melayu dan 33 pelajar Cina. Kaedah tinjauan
menggunakan borang soal selidik telah diaplikasi untuk proses pengumpulan data menerusi
persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan pelajar Melayu secara signifikannya
menerima baik keseluruhan aktviti yang dilaksanakan dalam program RIMUP.

Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Keberkesanan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (Rimup)

dalam kesepaduan Sosial’
Sumber; Internet

i. Berdasarkan bahan 2, berikan maksud menilai persepsi

[2 markah]

ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kepentingan
pelaksanaan Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) dalam
kalangan pelajar sekolah.
[3 markah]

iii Program RIMUP yang dilaksanakan oleh KPM merupakan satu agenda yang perlu
diberi keutamaan oleh pihak sekolah.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk menjayakan pelaksanaan program
RIMUP di sekolah
[3 markah]

iv. Sekolah anda merupakan sebuah sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan dari
latar belakang masyarakat yang pelbagai. Pergaduhan sering terjadi lantaran kurangnya
perpaduan dalam kalangan pelajar. Masalah yang berlaku menyebabkan sekolah anda
dipandang negatif oleh pihak luar. Pelbagai aktiviti dirancang oleh pihak sekolah setiap
tahun di bawah program RIMUP bagi menangani masalah ini.

Sebagai seorang pelajar, cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh anda sertai untuk
merealisasikan hasrat KPM dan sekolah bagi memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar
pelbagai etnik.

[4 markah]

50

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Bahan 1

Pahlawan Kemerdekaan
(kepada pahlawan Pahang)

Pahlawan!
Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika namamu tanpa bunga
semangatmu api negara berdaulat
Penjajah mengatakan kau derhaka
Maka kaulah pahlawan sebenarnya.

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
Bersama peluru bersama senapang
Membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
Bukan sarap hilir ke kuala
Bukan rakit mudik ke hulu
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.

Pahlawan!
untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
namamu terukir di jantung rakyat.

Usman Awang, 1970
Buku Teks Tingkatan 5, halaman 173
Kementerian Pendidikan Malaysia

51

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Bahan 2

Tatkala bom pertama meledak, diikuti oleh rentetan dentuman meriam serta serangan kapal
terbang, seluruh ketenangan hidup warisan nenek moyang kami terasa tersentap pergi dan terlucut
begitu sahaja daripada genggaman. Sebaik-baik saja perang pecah pada tahun 1941 dan Jepun
masuk, keadaan jadi berkecamuk. Suasana kehidupan kampung dipengap ketakutan. Namun, kami
bersyukur atas dua perkara. Pertama, kampung kami terpencil, maka jarang-jarang dihendap oleh
Jepun. Garisan perang pula tidak melintang di atas tanah kami, maka itu, tiada seorang pun antara
kami yang pernah diratah atau dirobek peluru. Kedua kami bersyukur kerana kacau bilau zaman
Jepun menyedarkan kami betapa hinanya hidup terjajah.

Dipetik daripada
cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

oleh Zainal Rashid Ahmad,
Antologi Sejadah Rindu, DBP

Bahan 3

Hari Ini

Gugurnya satu nyawa
Satu per satu hilang
Dari radar pancaindera
Bertambahlah pusara
Di laman kediaman

Hari ini
Hidupnya kerana adanya sungai darah
Tahu peritnya tanpa merasa
Tahu jeritannya tanpa mendengar
Kerana merdeka menceritakan segalanya.

Terima kasih pejuang negara
Terima kasih kerana bangkit
Terima kasih kerana berjuang, kami merdeka.

Umi Arika Nuranis Mohd Azmi
SM Sains Jeli Kelantan
Dewan Siswa Bil. 11 2018

52

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG [2 markah]
(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud pahlawan rakyat

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan kedatangan penjajah kepada
rakyat.
[3 markah]

(iii) Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan aktiviti yang dirancang oleh pihak kerajaan
untuk menyuntik semangat patriotik dalam jiwa rakyat.

Pada pendapat anda, jelaskan aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk
melahirkan seorang pelajar yang memiliki semangat cinta akan tanah air?

[3 markah]

(iv) Pada ambang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, anda ternampak segelintir
remaja sedang memasang Jalur Gemilang pada motosikal mereka dan menunggang
motosikal mereka dalam keadaan yang berbahaya.

Anda selaku warga yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang boleh anda
lakukan untuk menyedarkan mereka selaku pelapis pemimpin negara.

[4 markah]

SOALAN 8: NOVEL

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Keruntuhan moral muda-mudi bukan sahaja kerana faktor media massa, tetapi kurangnya
perhatian orang tua. Hal ini kerana dalam arus perkembangan yang pesat, masyarakat berlumba-
lumba memburu kekayaan material. Oleh itu, mereka mengabaikan kekayaan batiniah…”

Kata-kata Cikgu Hisyam yang mengajarkan Pengajian Am selalunya disambut dengan
perdebatan tetapi tidak kali ini. Semuanya kosong. Hanya mata membuang pandangan ke depan
tetapi perasaan menjalar jauh di kampung halamannya.

Dia menunduk. Kavita menguis sikunya.
“ ikgu Hisyam sedang memerhatikan engkau tu”
Dia membuang pandangan ke papan kapur.

Dipetik daripada
Novel Songket Berbenang Emas

karya Khairuddin Ayip
Kementerian Pendidikan Malaysia

53

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Nyatakan faktor-faktor keruntuhan moral dalam kalangan remaja masa kini.

[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, Karya Khairuddin
Ayip. Jelaskan peristiwa bahagian peleraian yang menarik minat pembaca.

[6 markah]

SOALAN 9 : RUMUSAN

[30 Markah]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1-Petikan

Kelebihan utama Internet berbanding dengan media lain ialah keupayaannya memberikan
maklumat tanpa sekatan. Internet membolehkan masyarakat memperoleh dan menyebarkan
maklumat dengan bebas. Internet bukan sahaja menjelaskan konsep demokrasi maklumat, malah
dapat mengubah cara manusia berkomunikasi. Perubahan cara komunikasi inilah yang
menerbitkan krisis dalam aspek keselamatan maklumat dan aspek tanggungjawab.

Sesungguhnya, pengenalan Internet menimbulkan perdebatan dalam pelbagai isu.
Penyebaran bahan imperialisme yang dapat meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu
bangsa jelas menunjukkan bahawa Internet mudah dikaitkan dengan perkara-perkara yang
mendatangkan pelbagai keburukan. Internet merupakan media yang membolehkan sesiapa sahaja
menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia dengan kos yang sangat murah. Hakikat ini telah
menyebabkan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia cuba mengawal media baharu ini. Keupayaan
rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital menyebabkan Internet sering dijadikan
wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral secara talian terus.

Di samping itu, Internet digunakan juga untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang
diharamkan di sesetengah negara. Malah, penerbit buku di seluruh dunia mempersoalkan
pelanggaran hak cipta yang banyak dilakukan dalam Internet. Selain itu, rangkaian ini juga
digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain kerana iklan itu
melanggar kod etika pengiklanan seperti mengeksploitasikan wanita dan menarik cita rasa kanak-
kanak. Kebebasan penyebaran maklumat ini menyebabkan Internet digunakan untuk menyebarkan
fitnah dan khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi tertentu. Internet turut menimbulkan
masalah perundangan terbesar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi.

Beberapa terbitan Ensiclopedia World Wide telah disebarkan melalui Internet tanpa izin
pemegang hak ciptanya. Perbuatan tersebut memang menyalahi undang-undang, tetapi perkara ini
telah berlaku dalam ruang siber dewasa ini. Kebimbangan terhadap Internet turut tertumpu
terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus. Internet menjadikan

54

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
sempadan geografi semakin tidak jelas. Internet sering mencabar amalan budaya dan moral.
Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi
memerangi penyalahgunaan Internet.
Dipetik dan diubahsuai daripada
“Penggunaan Internet Kesan kepada Pengguna”
oleh Salmah Ali,
Majalah Siswa, Jun 2012
Bahan 2: Gambar

55

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SET 5 KERTAS 1
BAHAGIAN A
[30 Markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]
Maklumat di bawah berkaitan dengan cita-cita seseorang pelajar..
Huraikan pendapat anda tentang cita-cita seseorang pelajar.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Usaha saya untuk mencapai cita-cita

• Belajar bersungguh-sungguh
• Bersifat sabar, tabah dan tidak mudah berputus asa
• Menghadiri seminar tentang kerjaya impian saya

56

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

BAHAGIAN B
[70 markah]

[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]
Arahan soalan
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.

DOMAIN AWAM

KUALA LUMPUR: Rumah pusaka binaan 1926 yang dikaitkan dengan waris
pengasas Kuala Lumpur, Sutan Puasa akhirnya selesai didirikan semula di halaman Balai
Seni Negara, Jalan Tun Razak. Selepas tapak rumah itu dijual pada 2013, struktur warisan
berusia 93 tahun dirobohkan untuk memberi laluan pembangunan. Mujur setiap rangka
binaan rumah itu disimpan sekumpulan sukarelawan yang menggelarkan diri sebagai Rumah
Pusaka Chow Kit (RPCK) dengan tujuan mendapatkan dana membinanya semula. Selepas
hampir tujuh tahun disimpan, rumah itu yang dikenali juga sebagai Rumah Degil (disebabkan
ia satu-satunya binaan 1920-an yang masih kekal di Chow Kit hingga 2013) dibina semula
dengan dana daripada Jabatan Warisan Negara (JWN).

Sumber: BH Online, 17 Februari 2019

Petikan akhbar di atas memberitakan tentang keadaan yang dialami oleh sebuah rumah pusaka di
ibu negara yang memiliki nilai sejarah. Warisan negara ini wajar dipelihara dan dipulihara untuk
tatapan generasi akan datang. Justeru anda diminta menulis sebuah rencana tentang ‘Kepentingan
Memelihara Warisan Negara’.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

DOMAIN PERIBADI

Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi yang kuat dalam kehidupan pada zaman milenium
ini menyebabkan modus operandi para penjenayah siber juga semakin canggih. Kini, jenayah
digital yang menggunakan telefon bimbit sebagai saluran modus operandi semakin berleluasa dan
masalah ini mesti dibanteras segera.

Sumber: Bahasa Melayu tingkatan 4,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Petikan di atas menyatakan bahawa perkembangan teknologi dan komunikasi telah memberi
pelbagai impak kepada rakyat di negara ini. Impak tersebut termasuklah peningkatan jenayah siber
yang semakin berleluasa dan masalah ini perlulah diatasi sebelum menjadi bertambah buruk.

Jelaskan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa
penipuan penjenayah siber.

57

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
DOMAIN PENDIDIKAN

Dalam kesibukan negara kita memfokuskan kepada pembangunan sains, teknologi dan
perindustrian, tanpa disedari nilai-nilai integriti telah dipandang sepi dan dilihat tidak
mempunyai tempat dalam usaha pembangunan modal insan. Melihat kepada timbulnya kes
yang melibatkan rasuah yang semakin tinggi tanpa mengira pangkat dan darjat, sudah sampai
masanya kita memandang ke bawah dan melihat kembali di manakah kesilapan dalam
mendidik generasi yang bakal mewarisi pemerintahan dan pembangunan negara sebelum ini.

Sumber: Internet

Petikan di atas menyatakan tentang pentingnya pendidikan dalam memupuk nilai-nilai integriti
dan usaha memerangi jenayah rasuah.

Bincangkan inisiatif yang boleh dilakukan di peringkat sekolah untuk membina nilai-nilai integriti
dalam kalangan murid.

DOMAIN KERJAYA

Bagi Pengasas Unclezam Frozen Food Network Sdn Bhd (Unclezam Frozen) dan
Zamsaham Hotel & Resort, Norizam Tukiman, menjadikan syarikat yang dibangunkan hasil
titik peluhnya sendiri sebagai firma senaraian awam di Bursa Malaysia adalah matlamat
utamanya.

Untuk mencapainya, pasti memerlukan daya usaha yang sangat jitu kerana tidak ramai
usahawan Bumiputera yang terbabit dalam industri makanan disenaraikan di bursa tempatan.

Sumber: BH Online, 20 Februari 2017

Petikan di atas menyatakan tentang pentingnya usaha yang gigih dalam memastikan kejayaan
dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi. Sehubungan dengan itu, generasi muda harus
mengambil peluang dengan menceburkan diri khususnya dalam bidang penghasilan produk
makanan halal sejuk beku yang semakin berkembang pesat di negara kita.

Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menarik minat generasi muda menceburi bidang
penghasilan produk makanan halal sejuk beku.

58

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
KERTAS 2
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 Markah]

SOALAN 1: MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja tunggal dan dua kata
majmuk. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

Pada sidang tengah hari, Tan Sri Muhyiddin turut mendoakan supaya penularan COVID-
19 berjaya ditangani dengan segera dan rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan bersama-
sama keluarga dengan selamat. “Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan,
penjawat awam dan semua pihak yang terbabot secara langsung dalam usaha menangani wabak
COVID- 9,” katanya.

Pandemik diisytiharkan apabila wabak tersebar merentasi sempadan hingga ke seluruh
dunia dan membabitkan jumlah populasi yang besar dengan pantas serta menyebabkan kadar
kematian yang tinggi.

Sumber: Berita Harian Online, 13 Mac 2020

[8 markah]

SOALAN 2: SINTAKSIS

Berdasarkan petikan di bawah,tukarkan ayat-ayat tunggal kepada tiga ayat majmuk.
Kemarau ialah bencana alam.Kemarau berpunca daripada cuaca panas.Kemarau berpunca
daripada kurangnya hujan.Kemarau menyebabkan banyak tumbuh-tumbuhan yang
mati.Kemarau juga menyebabkan kegiatan manusia terhalang akibat ketiadaan air.Kemarau
menyebabkan air terpaksa dicatu.Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di
kawasan perumahan.Tangki air dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota
masyarakat.

i)

ii)

iii)

[6 markah]

59

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SOALAN 3: PENYUNTINGAN

Petikan di bawah mengandungi 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan yang terdapat dalam
petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Malaysia merupakan di antara negara yang mempunyai kepelbagaian biology dengan kewujudan
1500 jenis haiwan vertebrata dan 150, 000 jenis haiwan invertebrata di negara ini. Namun
demikian, akhir-akhir ini kebanyakkan haiwan tersebut terancam kepupusan walaupun pelbagai-
bagai usaha telah dilakukan. Harimau adalah antara spesis haiwan liar yang semakin terancam.
Terdapat banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada kepupusan haiwan liar seperti
pembakaran hutan secara terbuka, pembalakan haram dan pencemaran alam sekitar. Tumpahan
minyak dan longokan sampah di lautan menjadikan hidupan aquatic semakin pupus. Kegiatan
pembalakan haram pula telah memusnahkan alam semulajadi yang merupakan habitat bagi haiwan
liar. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) perlulah menjalankan
penguat kuasaan dan pemantauan dengan lebih kerap bagi membendung kepupusan hidupan liar.

Dipetik dan diubah suai daripada
Konservasi Alam

Teks Bahasa Melayu
Tingkatan Lima KSSM

[11 markah]

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih
Gajah Mada , “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan
bapamu kepada aku, “ angan tiada dikasihi anakku ini,” kerana bapamu sudahlah mati dengan
pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.”

Setelah Kertala Sari, mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu
sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.

Dipetik daripada
‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antalogi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

60

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SOALAN 5: PERIBAHASA

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya.Nyatakan dua peribahasa yang menggambarkan
situasi yang terdapat dalam petikan.

Pak Uda : Lebih baik kamu kurangkan makanan yang bergula dan berlemak, Azlan.
Azlan : Baik, Pak Uda. Saya akan menjaga pemakanan saya.
Pak Uda : Kalau sudah terkena penyakit seperti diabetes, darah tinggi, dan serangan jantung

macam Pak Uda , waktu itu kenalah makan ubat sahaja. Jadi, lebih baik kamu
beringat-ingat dari sekarang agar tidak menyesal pada kemudian hari.
Azlan : Baik, Pak Uda. Saya akan beringat-ingat mulai sekarang. Pak Uda pun begitu juga,
kalau pergi ke mana-mana, jangan lupa bawa ubat. Pak Uda perlu bersedia. Bukan
senang hendak mencari ubat di tempat orang.

[4 markah]

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 Markah]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Kajian menunjukkan bahawa cendawan merupakan sumber yang kaya dengan antibiotik
untuk melawan bakteria yang menjadi punca penyakit. Di samping itu, cendawan juga dapat
meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. Satu penemuan penting tentang
keistimewaan cendawan ialah kemampuannya sebagai antikanser dan antioksidan. Kajian
juga menunjukkan bahawa cendawan mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai
polisakarida yang menjadi penawar kepada penyakit kanser. Mereka yang mempunyai kadar
kolesterol yang tinggi disarankan supaya menjadikan cendawan sebagai makanan harian
kerana mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan. Selain memberi kebaikan
kepada tubuh manusia, cendawan juga berfungsi sebagai penggubah utama bahan organik
kepada bentuk baja. Cendawan berperanan sebagai salah satu elemen utama kitar semua
hutan.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘ endawan Kaya dengan Antibiotik’

oleh Wardah Abdul Rahman,
Dewan Kosmik, April 2011.

61

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

Bahan 2

Rawatan wajah tidak semestinya memerlukan produk yang mahal, sebaliknya bahan semula
jadi yang terdapat di dapur rumah seperti rempah-ratus juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan
itu. Rempah-ratus telah diketahui umum mengandungi bahan yang baik untuk mencantikkan
kulit. Maka tidak hairanlah sesetengah rempah-ratus seperti kunyit dan kulit kayu manis
antara bahan yang dijadikan campuran dalam sesetengah produk kecantikan. Lada, kunyit,
halia, paprika, bunga cengkih dan buah pala misalnya mempunyai kandungan yang baik
untuk kulit. Bahan-bahan rempah ini mudah di dapati, murah dan kebanyakan bahan ini ada
di dapur setiap rumah. Sebagai contoh,halia terbukti mengandungi khasiat untuk kesihatan
tubuh dan kecantikan. Untuk wajah, halia boleh dijadikan tonik kerana kandungannya dapat
merangsang kitaran kulit dan mampu mengembalikan daya hidup kulit tanpa menyebabkan
iritasi atau keradangan. Kandungan curcumin dalam kunyit berfungsi sebagai antikanser dan
antioksidan dan mampu membersihkan kulit.

Sumber; Internet

i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud elemen utama.

[2 markah]

ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kebaikan
tumbuhan herba terhadap kesihatan.
[3 markah]

iii. Remaja hari ini kurang mengenali tumbuhan herba yang banyak khasiat kepada kesihatan
tubuh badan.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menarik minat
golongan remaja mengenali tumbuhan herba

[3 markah]

iv. Pihak sekolah anda mendapati pelajar- pelajar kini kurang mengenali tumbuhan herba.
Sebagai salah satu usaha, pihak sekolah mencadangkan agar Persatuan Alam Sekitar
merancang aktiviti yang dapat mendedahkan pelajar kepada spesis herba yang popular di
negara kita.
Sebagai Pengerusi Kelab Alam Sekitar sekolah, senaraikan usaha-usaha yang bakal
dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut.
[4 markah]

62

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Bahan 1

Sajak Erti Hidup Bererti

Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang askit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Teo Wei Sing
Suara Anak Pahang, 2009
Pekan Ilmu Sdn. Bhd.

63

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

Bahan 2

“Aku senang hati di kampung ni Murni. Rasanya taka da apa-apa yang terkilan di hati aku ni
kalau aku mati pun. Tak usahlah kau susah-susah tentang mak kau ni Murni,” tambahnya lagi.

“Mak! Mak dah tua. Dah ptut berehat-rehat sekarang. Takkanlah seumur hidup nak bergelumang
dengan lumpur-lumpur di bendang tu saja. Sesekali eloklah senang-senangkan hati menyedut angin
kota,” pujuk Murni tidak jemu-jemu. Ibunya tersenyum lebar. Dia tidak bersuara seketika.

“Marilah mak! Bukannya lama sangat. Dua tiga hari nanti Murni hantar balik ke kampung.” Dia
memujuk terus. Padanya biarlah ibu tua yang banyak bekerja dari muda sampai ke tua itu bersenang-
senang hati, goyang-goyang kaki di rumahnya. Dia mampu membelanya. Tapi ibu tidak pernah mahu
mengerti akan hasrat hatinya yang suci itu. Ibu lebih senang sendirian di rumah pusaka. Hendak dipaksa
tidak sampai hati pula rasanya.

Dipetik daripada
cerpen “Budi Yang Tak Terbeli”
oleh Khadijah Hashim Antologi Anak Laut,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 3

Pengorbanan Ayah dan Ibu

Ibu,

Telah rapuh tulang-tulangmu, kamu adalah ratu hatiku
telah kelihatan kepenatan di raut wajahmu membelai, menyayangiku, dan mengasihi setulus hati
melawan arus untuk membesarkanku kamulah tempat kumengadu
mendidik serta menjagaku kamulah kekuatan untukku
memberi sesuap nasi andaiku capai bintang untukmu
itu adalah tugasmu

tidak pernah Lelah dan tidak pernah jemu. itu belum bernilai untuk membalas jasamu

pengorbananmu terlalu besar untukku

Ayah, kasih sayangku dibaja setiap waktu.
Pengorbananmu sungguh bermakna Ayah… Ibu…
menghantar serta mengambilku di sekolah pengorbanan kalian sungguh besar buatku
untuk menjadi insan yang berguna anakmu tidak mampu membalas
tikaku mengatakan dikau idolaku membalas setiap pahit getir yang dilalui olehmu
jawapanmu mengecilkan hatiku

anakku usah menjadi sepertiku akan tetapi anakmu ini

ayahmu juga insan yang lemah akan kubalas jua dengan kudratku

dirimu adalah kekuatan ayah. hanya untukmu ayah

hanya untukmu ibu.

Zela binti Alex
bicarahatilea14.blogspot.com

64

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

(i) Berdasarkan Bahan 1, apakah yang dimaksudkan dengan Aku bagi mereka tiada
makna”.
[2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan masalah yang dihadapi oleh golongan tua
kini.
[4 markah]

(iii) Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan isu pengabaian warga tua
semakin menjadi-jadi kini?
[3 markah]

(iv) Setiap manusia akan melalui masa tua suatu masa nanti. Apakah persediaan yang
akan anda buat bagi memastikan hari tua anda kelak lebih bermakan?
[4 markah]

SOALAN 8: NOVEL
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sudah masuk hari keempat dia di sini, Hujan pun tidak mencurah lagi. Langit sudah
mula cerah. Kebosanan sudah tidak terbendung lagi. Kata nenek, selepas ini dia mahu
tinggal di rumahnya. Alangkah gembiranya dia akan perubahan neneknya itu. Budi yang
baik tetap dikenang. Malah neneknya tidak pernah membangkitkan lagi fasal tanah yang
sekangkang kera itu.

Seperti dia, penduduk kampung yang lain juga tidak sabar-sabar untuk pulang. Ada
yang tanpa izin, terus pulang. Air sudah surut, tidak perlu bimbang lagi, kata mereka. Haji
Sulaiman tidak dapat berbuat apa-apa.

Kata encik Daim, semalam tebing Sungai Semberong yang pecah sudah dibaiki.
(b)MBaenrdaaksaalarkjanmdbuaatabnuyaahnngodviehlaynaynugtkaanndairkajkia, njedlaisgkaanntisbaatuhapreur.iLsteiwbiahykaunkgubhedraknaibtaensar.

Projek memang ada tetapi menanti waktu untuk dilaksanakan. Untuk sementara, jambatan
kayu dibina. Kayu pun kayulah kata orang kampung, yang sudah mula berubah sikap.

Tengah hari itu, selepas semuanya mengisi perut, Haji Sulaiman meminta orang-
orang kampung masuk ke perut balai raya. Sebelum pulang dia ingin menyampaikan
sesuatu. Penting katanya

Dipetik daripada
Novel Songket Berbenang Emas

Karya Khairuddin Ayip
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan usaha-usaha yang dijalankan apabila air sudah surut dan hujan tidak mencurah lagi.

[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel Songket Berbenang Emas, Karya

Khairuddin Ayip

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan alasan yang menjadikan novel

tersebut dianggap menarik untuk dibaca. [6 markah]

65

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SOALAN 9: RUMUSAN
[30 Markah]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1-Petikan

Sungai merupakan unsur semula jadi ciptaan tuhan dan khazanah yang banyak memberikan
kemaslahatan dan perlu dipelihara supaya sentiasa berkekalan. Masyarakat hari ini perlu
menyedari bahawa sungai memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian baik dari segi
sosial, ckonomi mahupun politik.

Sebagai sumber air utama negara, rakyat sewajarnya sedar bahawa sungai membekalkan
sumber air kepada manusia untuk kegunaan domestik seperti minuman, memasak dan membasuh .
Bukan itu sahaja, sungai juga penting sebagai sumber tenaga hidro kepada penduduk dan kilang-
kilang di kawasan perindustrian Hal ini dikatakan demikian kerana jumlah hujan yang tinggi dan
turun sepanjang tahun dapat membekalkan sumber air mencukupi untuk menghasilkan sumber
hidroelektrik.

Pada masa yang sama, sungai-sungai dapat menghasilkan tanah yang subur apabila
berlakunya banjir. Aliran sungai di kawasan hilir kebiasaannya membawa bahan-bahan mendapan
yang kaya dengan nutrien sebelum dimendapkan di kawasan lembah sungai. Sungai juga penting
sebagai sistem pengangkutan dan sistem perhubungan semula jadi manusia.

Jika dilihat dari sudut yang lain, sungai merupakan habitat haiwan akuatik yang
membekalkan sumber protein yang cukup kepada manusia seperti udang, ikan dan ketam.
Keindahan sungai yang dilengkapi dengan air terjun dan jeram yang beranis deras juga menjadi
tumpuan para pelancong untuk beriadah dan berekreasi Sungai-sungai yang dijaga dengan cantik
dan bersih selalunya menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun pelancong
asing,. Sungai turut mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan kepada
manusia kerana sungai memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampirannya dengan
melakukan aktiviti menangkap hasil sungai.

Sumber: Internet

66

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Bahan 2: Gambar

67

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SET 6 KERTAS 1
BAHAGIAN A
[30 Markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]
Maklumat di bawah berkaitan dengan pelancongan.
Huraikan pendapat anda tentang pelancongan di negara kita.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Lagu Boria Cuti-Cuti Malaysia
Pi mai pi mai pi mai, dok pi mai
Pi mai pi mai pi mai, mai dok ramai
Pulau Pinang, indah dan permai
Boria Omara warisan disemai
Cuti-cuti Malaysia ,seronok sakan
Seluruh negeri, kampung dan pekan
Kaum keluarga, kawan dan rakan
Pakat-pakat santai, minum dan
makan.

68

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
BAHAGIAN B
[70 markah]

[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Arahan soalan
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.

DOMAIN AWAM

Masyarakat menunjukkan kesedaran terhadap aktiviti fizikal bagi meningkatkan kesihatan dan
kecergasan diri. Namun, adakah kesedaran ditunjukkan seiring amalan dan aktiviti fizikal
dilakukan?

Realitinya, kesihatan dan kecergasan diri satu pilihan, bukannya secara kebetulan. Bagi
meningkatkan kesihatan dan kecergasan diri, seseorang perlu memilih untuk mengamalkan
gaya hidup sihat dengan mengamalkan konsep kecergasan menyeluruh merangkumi aspek
fizikal, rohani, emosi, intelektual serta sosial.

Sumber: Berita Harian Online, 23 Disember 2020

Petikan akhbar di atas menerangkan kesedaran masyarakat terhadap gaya hidup sihat. Masyarakat
perlulah mengamalkan gaya hidup sihat bagi memastikan kesihatan dan kecergasan diri sentiasa
terjamin.
Bincangkan kepentingan mengamalkan gaya sihat dalam kalangan masyarakat di negara kita.

DOMAIN PERIBADI
“ ANGAN sampai anak muda ketagihan dalam ‘dadah digital’ atau ‘digital drug’,” tegas Datuk Seri Rina
Harun. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut berkata, walaupun permainan
dalam talian (e-sukan) sudah menjadi trend terkini dan mampu menjana pendapatan sebanyak RM1
bilion namun ia perlu dikawal dan dipantau. Beliau berkata, penggunaan Internet yang ekstrem boleh
mengakibatkan pengguna menjadi ketagih sehingga mengancam kesihatan fizikal dan juga mental.
Sumber: Harian Metro Online,7 September 2019

Permainan digital semakin popular dalam kalangan generasi muda pada masa ini. Permainan
digital ini menjadi hobi dan penularannya sukar untuk dikawal.
Huraikan cara anda untuk mengelakkan diri daripada ketagihan dalam permainan digital.

69

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
DOMAIN PENDIDIKAN
Mohamad Saleh mengingatkan, jangan sesekali menggadaikan kemerdekaan negara
dengan ideologi baharu yang sudah lama ditolak. Sempena Sambutan Hari Kebangsaan esok,
Sastera BH mengemukakan 10 novel yang wajar dijadikan bacaan generasi baharu, sekali gus
memahami kekejaman komunis.
Perkara ini termasuk pengorbanan pasukan keselamatan negara yang berjuang 20 tahun
untuk menghapuskan gerakan itu dan menjadikan Malaysia negara pertama menamatkan
perjuangan bersenjata komunis.
Sumber:Berita Harian Online, 30 Ogos 2019

Petikan akhbar di atas memperkatakan berkaitan penerbitan novel oleh sasterawan yang
memaparkan usaha dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Bincangkan usaha dalam meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid.

DOMAIN KERJAYA
Bidang kulinari ini memberikan sumbangan yang besar terhadap ekonomi negara. Bidang kulinari
semakin mendapat permintaan yang tinggi berikutan purata kedatangan para pelancong ke
Malaysia yang meningkat pada setiap tahun. Di samping itu, Malaysia turut dilabel sebagai
“syurga” makanan oleh para pelancong dari serata dunia kerana mereka dapat merasai pelbagai
makanan yang lazat di negara ini.
Sumber: Harian Metro Online, 5 November 2018

Berdasarkan petikan di atas, bidang kulinari bukanlah sekadar masakan tetapi mempunyai
kelebihan yang tersendiri.
Tulis sebuah resume dan kelebihan yang anda miliki untuk memohon kerjaya dalam bidang
kulinari di sebuah hotel terkenal di negara kita.

70

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

KERTAS 2

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 Markah]

SOALAN 1 : MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama am dan dua kata kerja.
Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Permainan tradisional merupakan permainan yang dicipta oleh masyarakat tradisional iaitu
merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh masyarakat itu untuk satu tempoh yang
tertentu. Permainan tradisonal bukan sahaja dapat mengisi masa lapang malahan juga
meningkatkan daya kreativiti, memupuk semangat berpasukan dan melatih kekuatan mental dan
fizikal. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak tempat atau
gelanggang permainan tradisional. Seterusnya, pihak sekolah boleh menganjurkan Kelab
Permainan Tradisional dalam aktiviti kokurikulum sebagai usaha menghidupkan kembali
permainan tradisional.

Dipetik dan diubah suai daripada
“Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Negara”

oleh Samat Buang,

Dewan Siswa, Jun 2015

[8 markah]

SOALAN 2: SINTAKSIS

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.

Peranan jurusolek kesan khas berbeza daripada jurusolek biasa. Hal ini dikatakan demikan
kerana jurusolek kesan khas mengambil masa yang panjang untuk melukis wajah atau
membentuk tubuh pelakon agar kesan yang diinginkan tampak semula jadi.

Jurusolek kesan khas memerlukan semua kemahiran dan kebolehan yang sama seperti
jurusolek biasa, contohnya latar belakang pendidikan dalam bidang kosmetologi sama ada
pada peringkat sijil ataupun diploma. Jurusolek kesan khas juga memerlukan pendidikan
dalam penghasilan bahan seperti getah dan darah palsu yang akan digunakan untuk membuat
prostetik. Masa hadapan kerjaya dalam bidang ini amatlah luas kerana khidmat mereka amat
diperlukan dalam industri perfileman

[6 markah]

71

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

SOALAN 3: PENYUNTINGAN
Petikan di bawah mengandungi 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan yang terdapat dalam
petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran global pada masa akan datang bergantung
kepada kejayaan kita dalam menjadikan usaha mengejar inovasi melalui pendidikan berkualiti.
Kita yakin pendidikan bertaraf dunia sebagai pengerak utama pembangunan ekonomi negara.

Pendidikan merupakan mekanisma asas dalam ditingkatkan pembangunan negara agar
dapat berdaya saing di peringkat antarabangsa. Komitmen dengan gembelengan tenaga semua
pihak sangat diperlukan bagi pastikan usaha kerajaan memantapkan kualiti sistem pendidikan
Malaysia hingga diterima di persada antarabangsa dan seterusnya mendapat status berada di
dalam kelompok negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia.

[11 markah]

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya
diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.

Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka
sembah Patih Gajah Mada, “Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara
pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.

Dipetik daripada
‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antalogi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul

Kementerian Pendidikan Malaysia.

[6 markah]

72

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SOALAN 5: PERIBAHASA

Baca setiap soalan peribahasa, kemudian lengkapkan peribahasa di bawah dengan tepat..
Peribahasa yang anda tulis mestilah berdasarkan Buku teks Tingkatan 5 atau Kamus Dewan
Edisi Keempat.

(i) bukit sama didaki, ___________________________________
(ii) duduk sama rendah, _________________________________
(iii) di mana air bertakung, _______________________________
(iv) ibarat telur sesangkak,________________________________

[4 markah]

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 Markah]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
menyebut bahawa sebanyak 1157 kes bankrup yang melibatkan golongan di bawah umur 25
tahun telah direkodkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Faktor utama golongan muda di
negara kita muflis ialah pekerja muda terlebih hutang. Keadaan ini disebabkan oleh golongan
muda memiliki tahap pendidikan kewangan yang rendah sedangkan pengurusan kewangan
yang bijak membolehkan remaja merancang masa depan yang lebih strategik.

Walaupun secara dasarnya kebanyakan remaja mempunyai aliran masuk wang
daripada sumber yang terhad seperti ibu bapa dan biasiswa atau pinjaman pendidikan, remaja
yang cekap mengurus kewangannya dapat mengelak mereka terbelenggu dengan masalah
kekurangan wang saku sepanjang tempoh pengajian. Namun, ada juga remaja yang sudah
terjerat dengan masalah hutang sejak usia muda. Oleh itu, amat penting untuk remaja
menguruskan kewangan dengan sistematik kerana hal ini dapat membantu remaja khususnya
yang belajar di universiti menampung perbelanjaan tertentu sepanjang bergelar mahasiswa.

Dipetik dan diubahsuai daripada
“Pengurusan Kewangan Remaja”

Oleh: Norazizah Mohd Amin,
Dewan Siswa, Bil 3 2017

73

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
Bahan 2

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata sumber yang terhad.
[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan faktor-faktor
golongan muda diistiharkan muflis.
[3 markah]

(iii) Pengurusan kewangan yang cekap mampu melahirkan remaja yang berhemat dalam
berbelanja.
Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat yang akan diperoleh jika remaja cekap
berbelanja?
[3 markah]

(iv) Rakan anda terjebak dengan skim pelaburan cepat sehingga terbelenggu dengan bebanan
hutang.
Sebagai sahabat baik, cadangkan usaha yang boleh sahabat anda lakukan untuk
menyelesaikan beban hutang tersebut.
[4 markah]

74

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG
SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

Berdasarkan Bahan 1, Bahan 2 dan Bahan 3, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Berbuat Istana Zaman Dahulu

Baginda menitahkan orang besar empat.
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas.
Siang malam tidak berhenti.

Tujuh bulan tujuh pernama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang.
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

Dipetik daripada
erpen “Berbuat Istana aman Dahulu”

oleh Zaba, Antologi Sejarah Rindu, hlm.7,

Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2
“Bebaskan Tanah Melayu!” Itulah kata-kata penutup pidato Ahmad Mutawakkil pada malam itu.

Kami juga diingatkan untuk terus berjuang mendesak Inggeris berundur, sesuai dengan perjanjian

pada 1 Februari 1948.
“Persekutuan Tanah Melayu mesti jadi kenyataan” katanya dengan penuh semangat. Kami

juga diberitahu oleh Ahmad Mutawakkil, dua tahun dan sekarang, yakni tahun 1955, satu pilihan

raya di peringkat Kuala Lumpur akan diadakan.
“ adi, kita perlu bekerja dengan lebih kuat, bahang kemerdekaan semakin dekat.”

Walaupun pidato pada malam itu sangat menarik dan semua mata terpaku kepada Ahmad

Mutawakkil, setiap mata kami yang hadir tetap liar menyelinap, tercari-cari di mana duduknya

Sandra, anak gadis Tuan Booth.

Dipetik daripada
cerpen “ inta Ahmad Mutawakkil”

oleh Zainal Rashid Ahmad

antologi Sejarah Rindu, hlm.53,Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementeriaan Pendidikan Malaysia

75

PERCIKAN SAUJANA PPD MANJUNG

Bahan 3

Gelanggang

Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelabagai
keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Dipetik daripada
puisi moden “Gelanggang”
oleh Onn Malini Antologi Jaket Kulit Kijang, hlm.21,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia

76


Click to View FlipBook Version