PANDUAN
PENJAJARAN KURIKULUM
PENDIDIKAN KHAS 2.0
KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
KURIKULUM STAN(KDSASRRDPKS)EKOLAH RENDAH
PENDIDIKANDAKNHAS (KSSRPK)
KURIKULUDMANSTANDARD
KUSREIKKOULLAUHMMSTEANNEDNAGRADHSPEEKNODLIADHIKMANENKEHNAGSAH
PENDIDIK(AKNSSKMHPAKS) (KSSMPK)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
2021
KANDUNGAN 1
Pengenalan……………………………………………………………………….......... 1
Objektif………………………………………………………………………................. 1
Fokus……………………………………………………………………………………. 2
Proses Penjajaran Kurikulum….………….………………………………………….. 3
Pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas......………………………… 6
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ………………………………………………………. 6
Penutup………………………………………………………………………................ 6
Soalan Lazim……………………………………………………………………….......
9
Lampiran…………………………………………………………………………………
Toolkit MBK Ketidakupayaan Pendengaran............................................... 11
Toolkit MBK Ketidakupayaan Penglihatan.................................................. 17
23
Panduan Pengajaran Dan Pembelajaran KSSR Pendidikan Khas 51
(Masalah Pembelajaran) dan KSSM Pendidikan Khas...............................
Toolkit: Pembelajaran Latihan Kemahiran Vokasional Bagi Murid
Berkeperluan Khas.....................................................................................
KATA PENGANTAR
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan
penjajaran kurikulum selaras dengan pengumuman pembukaan semula
sekolah berdasarkan Takwim Persekolahan 2020 yang dipinda. Pada
ketika itu, Panduan Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas (KSSRPK) dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) bagi tujuan kegunaan
pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan pembelajaran
Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang terkesan lanjutan daripada Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
Susulan penutupan semula sekolah sepenuhnya mulai 9 Novermber 2020, sekolah telah
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga hari terakhir
persekolahan bagi tahun 2020. Meskipun guru telah berusaha untuk melaksanakan PdPR,
namun masih terdapat cabaran dari aspek pelaksanaannya yang akan memberi implikasi
terhadap pembelajaran MBK pada tahun 2021. Sehubungan dengan itu, KPM telah
memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 bagi tahun
2021.
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas Versi 2.0 merupakan usaha KPM bagi
membantu guru untuk memastikan kelangsungan pembelajaran MBK dilaksanakan.
Kandungan kurikulum disusun berdasarkan kandungan asas yang perlu dikuasai oleh MBK.
Manakala, kandungan tambahan dan pelengkap perlu diajar bagi menyokong keseluruhan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran yang boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah dan
teknik pembelajaran.
Harapan KPM agar guru dapat terus merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran pada tahun 2021 dengan lebih berkesan. KPM juga merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
melaksanakan kurikulum yang dijajarkan.
DR. LATIP BIN MUHAMMAD
Timbalan Pengarah Kanan
(Kluster Dasar dan Sains & Teknologi)
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
PENJAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS 2.0
1.0 PENGENALAN
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0 ini disediakan bertujuan untuk
memberi panduan kepada guru pendidikan khas dalam menjajarkan kandungan
kurikulum pendidikan khas . Panduan ini boleh digunakan di Sekolah Pendidikan Khas
dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Bagi Program Pendidikan Inklusif
(PPI) guru boleh mengguna pakai penjajaran kurikulum arus perdana. Panduan
penjajaran kandungan kurikulum pendidikan khas yang disediakan diharap dapat
membantu guru Pendidikan Khas dalam merangka aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) sama ada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Guru
digalakkan untuk menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP)
mengikut kesesuaian dan keperluan Murid Berkeperluan Khas (MBK). Penjajaran
kurikulum ini juga memberi ruang kepada guru Pendidikan Khas untuk melaksanakan
kurikulum secara fleksibel seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013.
2.0 OBJEKTIF
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0 ini disediakan bagi mencapai
objektif berikut:
i. Menjelaskan konsep fleksibiliti dalam pelaksanaan kurikulum pendidikan khas.
ii. Menjelaskan kaedah pelaksanaan penjajaran kurikulum 2.0 bagi pendidikan
khas.
iii. Menjelaskan cadangan dan strategi bagi merancang PdP yang bersesuaian
bagi MBK.
3.0 FOKUS
Fokus penjajaran kurikulum pendidikan khas 2.0 ini adalah membantu guru
pendidikan khas merancang PdP melalui penyusunan semula kandungan, pedagogi
serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi
keperluan khusus MBK dalam apa jua keadaan.
1
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
4.0 PROSES PENJAJARAN KURIKULUM
Dalam menjajarkan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP), guru
perlu memberi keutamaan kepada kandungan yang perlu dan amat penting sebagai
Kandungan Asas. Kandungan Asas ini perlu diselesaikan supaya tidak menjejaskan
penguasaan konsep bidang ilmu mata pelajaran tersebut. Penyusunan semula
kandungan boleh dirancang sendiri oleh guru berdasarkan keperluan dan kesediaan
murid mengikut tiga Kluster Kandungan (Rujuk Jadual 1).
Jadual 1: Kluster Kandungan
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
Pengetahuan, kemahiran Pengetahuan, kemahiran Pengetahuan, kemahiran
dan nilai asas yang perlu dan nilai yang menyokong dan nilai yang
dikuasai murid untuk pengetahuan asas. melengkapkan atau
meneruskan mengharmonikan
pembelajaran ke pengetahuan asas.
peringkat seterusnya.
• Perlu dilaksanakan • Boleh dilaksanakan menggunakan kaedah lain
dengan bimbingan dengan bimbingan guru atau secara kendiri.
guru atau • Boleh dipelajari merentas subjek.
menggunakan • Boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian tanpa
bilik/peralatan khusus. menjejaskan konsep kandungan.
Penjajaran kurikulum 2.0 bagi pendidikan khas memberi fokus dalam strategi
pedagogi dengan mengambil kira kesesuaian kandungan pembelajaran, keperluan
individu MBK, pentaksiran serta kemudahan infrastruktur dan sumber yang ada. Guru
pendidikan khas boleh mempertingkatkan pelaksanaan pembelajaran teradun yang
menggabungkan teknik bersemuka dan/atau tidak bersemuka menggunakan pelbagai
medium yang sesuai bagi menghasilkan PdP yang berkesan.
2
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
5.0 PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
Dalam melaksanakan penjajaran kurikulum pendidikan khas, guru boleh
melaksanakan proses penjajaran seperti berikut:
5.1.1 Menjajarkan kandungan SK dan SP mata pelajaran berdasarkan kluster
kandungan dengan merujuk Jadual 1.
5.1.2 Merancang semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
berdasarkan kesesuaian keperluan semasa;
5.1.3 Mengaplikasikan konsep pendekatan modular dan bertema dalam PdP;
5.1.4 Menyediakan penyesuaian dan akomodasi kepada murid yang memerlukan
sokongan maksimum berasaskan keperluan dan potensi individu mereka.
5.1.5 Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas
(KSSRPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas
(KSSMPK) secara terbuka tanpa perlu mengambil kira kandungan mengikut
tahun kerana keupayaan dan potensi MBK adalah pelbagai; dan
5.1.6 Merancang strategi yang bersesuaian termasuk aktiviti intervensi melalui RPI
dengan mengambil kira perkembangan diri, umur hayat dan umur mental murid
yang berbeza.
5.1.7 Keunikan keperluan pembelajaran setiap MBK boleh dipenuhi dengan
mengaplikasikan prinsip fleksibiliti dalam pelaksanaan kurikulum. Antara
prinsip dan amalan fleksibiliti yang boleh diaplikasikan oleh guru adalah seperti
berikut:
i. Guru menentukan sendiri pemilihan SK dan SP yang bersesuaian dan
menepati potensi individu MBK.
ii. Guru dapat menyediakan PdP yang relevan dengan keperluan individu
MBK setelah mengambil kira potensi individu, tahap keupayaan kognitif,
pengetahuan terdahulu dan juga kelemahan murid melalui ujian
diagnostik dan intervensi Rancangan Pengajaran Individu (RPI).
iii. Guru boleh menggunakan DSKP tanpa mengikut tahun tetapi
memberikan fokus kepada keperluan MBK berdasarkan kepada potensi
individu (tahap kognitif) dan juga keperluan kemahiran berfungsi
mengikut umur fizikal.
3
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
iv. Guru boleh menyeimbangkan aktiviti akademik dan kemahiran berfungsi
bagi membolehkan MBK mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
tersebut secara rutin.
v. Guru boleh menggunakan tempoh masa bagi suatu aktiviti PdP yang
bersesuaian dengan keperluan MBK. MBK perlu diberikan ruang masa
untuk mengulang aktiviti berdasarkan tahap keupayaan murid yang
berbeza.
vi. Guru boleh membanyakkan aktiviti pembelajaran secara praktikal
berbanding secara teori dan lebih kerap untuk memastikan disiplin diri
dalam kehidupan seharian yang akan membantu mereka untuk
berdikari.
Rajah 1 di bawah menunjukkan Carta Alir Proses Penjajaran Kurikulum Pendidikan
Khas.
4
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
RAJAH 1: CARTA ALIR PROSES PENJAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
MULA - 3 Kluster Kandungan
- PdP di dalam/luar bilik darjah
Kenal pasti kandungan - Pendekatan modular/bertema
yang dijajarkan
atau lain-lain pendekatan yang
bersesuaian.
Menyusun - pendekatan modular/bertema
Jadual - kapasiti guru
- kapasiti kelas
Ya
Merancang PdP - Rancang semula RPT
- Rujuk Toolkit (MBK
Pelaksanaan PdP
Penglihatan dan Pendengaran
& Panduan PdP Pendekatan
Bertema dan Modular)
- RPH
- RPI
- PBD
- PdP di dalam/luar bilik
darjah
- PBD
- Refleksi
- Formatif
PBD - Sumatif
- Pelaporan
Tidak Refleksi/ - Template pelaporan
Belum PerkembangYaan - Laporan RPI
Murid - Sambung PdP seterusnya
TAMAT
5
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
6.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Kemajuan dan pencapaian MBK dalam aktiviti PdP secara modular dan bertema boleh
direkodkan dalam template PBD sedia ada berdasarkan mata pelajaran masing-
masing. Laporan adalah berdasarkan kepada SK dan SP yang terlibat dalam aktiviti
PdP tersebut. Rumusan bagi hasil pembelajaran boleh dilaporkan dalam template
pelaporan sedia ada.
7.0 PENUTUP
Toolkit dan panduan pelaksanaan PdP dalam Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas
2.0 ini diharapkan dapat membantu guru mempertingkat keberkesanan strategi sedia
ada bagi memastikan MBK tidak tercicir dalam pembelajaran.
8.0 SOALAN LAZIM
Soalan 1: Apakah tujuan Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
disediakan?
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0 ini bertujuan membantu guru
pendidikan khas merancang PdP melalui penyusunan semula kandungan, pedagogi
serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi
keperluan khusus MBK dalam apa jua keadaan.
Soalan 2: Bagaimanakah kandungan kurikulum dijajarkan?
Kandungan kurikulum mata pelajaran boleh dijajar berdasarkan kandungan asas,
kandungan tambahan dan kandungan pelengkap. Di samping itu, penyusunan semula
kandungan, pedagogi serta pentaksiran perlu dilakukan mengikut keperluan dan
kesesuaian MBK.
Soalan 3: Bagaimanakah kandungan kurikulum yang dijajarkan boleh
dilaksanakan secara fleksibel?
Kandungan kurikulum yang dijajarkan boleh dilaksanakan dengan mematuhi prinsip
fleksibiliti seperti dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.
6
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
Soalan 4:
Bagaimanakah pentaksiran pembelajaran di luar bilik darjah/pembelajaran di
rumah boleh dilaksanakan?
Pentaksiran pembelajaran di rumah boleh dilaksanakan secara fleksibel dan holistik
dengan mengambil kira penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya dan penilaian ibu
bapa/penjaga.
Soalan 5: Bagaimanakah cara untuk membantu MBK meningkatkan
pembelajaran kendiri?
Guru boleh merujuk Toolkit yang disediakan dalam panduan ini.
Soalan 6:
Adakah guru boleh menggunakan lain-lain pendekatan PdP selain daripada
pendekatan modular dan bertema?
Ya. Guru boleh menggunakan lain-lain pendekatan yang bersesuaian.
9.0 LAMPIRAN
i. Toolkit MBK Ketidakupayaan Pendengaran
ii. Toolkit MBK Ketidakupayaan Penglihatan
iii. Panduan Pengajaran dan Pembelajaran KSSR Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) dan KSSM Pendidikan Khas
iv. Toolkit: Pembelajaran Latihan Kemahiran Vokasional Bagi Murid
Berkeperluan Khas
7
Lampiran
9
Lampiran:
Toolkit MBK
Ketidakupayaan Pendengaran
11
TOOLKIT
PANDUAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI MBK
KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN
PENGENALAN
Guru perlu merancang dan menyediakan pelan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
memberi penekanan maksimum terhadap kekuatan visual MBK ketidakupayaan pendengaran.
Bahan pembelajaran seperti latihan, tugasan dan bahan bantu belajar (BBB) perlu disediakan
dalam bentuk visual.
’Show, don’t Gaya Pembelajaran Visual
just tell’
Bahan-bahan pembelajaran Memaksimumkan kekuatan visual MBK
yang disediakan melalui ketidakupayaan pendengaran.
interaktiviti elemen multimedia Tidak hanya memberi tumpuan kepada
seperti audio dan video perlu penggunaan isyarat semata-mata.
disertakan dengan terjemahan
Memberi penegasan kepada penggunaan
bertulis (sari kata). ejaan jari dan menulis semua perkataan yang
disebutkan dengan jelas.
Murid akan dapat:
Melihat perkaitan antara isyarat dengan
perkataan yang ditulis.
Membantu MBK ketidakupayaan pendengaran
untuk mengingati perkataan yang diisyaratkan
dengan lebih mudah.
Meningkatkan kemahiran membaca.
Meningkatkan kemahiran menulis.
Meningkatkan kekuatan visual murid.
13
SOKONGAN PEMBELAJARAN MBK KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN
Perincian sokongan pembelajaran murid adalah seperti berikut:
1.0 Kemahiran Mengakses Maklumat
• Aktiviti pembelajaran yang dirancang perlu memberi
peluang kepada MBK ketidakupayaan pendengaran
melalui pembelajaran secara kendiri dengan memberi
autonomi dan tanggungjawab untuk berdikari terhadap
pembelajaran mereka manakala guru perlu memantau
kemajuan mereka.
• MBK ketidakupayaan pendengaran perlu tahu tentang
tahap kekuatan, potensi, minat dan kecenderungan
mereka.
• Ibu bapa dan ahli keluarga perlu memberikan sokongan untuk
meningkatkan motivasi dan membantu MBK ketidakupayaan
pendengaran belajar secara berdisplin dan berdikari.
MBK ketidakupayaan pendengaran diberi peluang untuk mengakses maklumat
di Internet untuk mendapatkan idea, rujukan dan bahan sumber. Sekiranya tiada
kemudahan Internet di sekolah atau di rumah, guru perlu menyediakan bahan
rujukan seperti video interaktif, buku rujukan atau lain-lain.
Setiap MBK ketidakupayaan pendengaran diberi peluang untuk
membentangkan hasil kerja mereka. Guru membuka peluang kepada murid-
murid yang lain untuk bertanya atau memberikan idea tambahan dan
membuat rumusan.
Guru perlu menggalakkan MBK ketidakupayaan pendengaran
menyelesaikan tugasan berbentuk penyelesaian masalah. Murid boleh
meneroka pelbagai teknik penyelesaian masalah seperti simulasi,
penggunaan gambar rajah, peta fikir/i-Think, bahan manipulatif atau lain-lain.
Guru perlu menyediakan manual arahan tugasan bagi memudahkan
MBK ketidakupayaan pendengaran mengikuti arahan yang diberikan
dengan bantuan ahli keluarga. Manual arahan tugasan juga perlu
merangkumi peranan ibu bapa secara ringkas, jelas dan mudah
difahami.
14
2.0 Meningkatkan kekuatan visual
Guru perlu memastikan strategi PdP yang dirancang adalah fleksibel dan bertujuan untuk
memperkukuh kekuatan visual MBK ketidakupayaan pendengaran.
Kaedah-kaedah yang dicadangkan untuk meningkatkan kekuatan visual MBK
ketidakupayaan pendengaran:
Menyediakan arahan tugasan serta peraturan dan perlu
dipaparkan pada papan kenyataan.
Jadual waktu yang disediakan perlu fleksibel dan
mengambil tahu tahap kesediaan komunikasi
MBK.
Memastikan rutin harian di sekolah diteruskan di rumah dengan menyediakan jadual
dalam bentuk visual merangkumi arahan tugasan, jadual belajar yang lengkap dengan
meletakkan gambar aktiviti bagi mendorong MBK mematuhi peraturan jadual.
Menyediakan kata kunci dan nota bercetak (teks dan gambar) tentang kandungan pembelajaran
yang hendak diajar bagi meningkatkan tumpuan, menggalakkan sesi soal jawab dan membantu
MBK memahami apa yang akan disampaikan oleh guru.
Menyediakan arahan bertulis setelah arahan lisan diberikan.
Menggunakan mikrofon atau peralatan pembesar suara bagi membolehkan murid yang
mempunyai sisa pendengaran boleh mendengar dengan jelas.
Menggunakan bahan bantu belajar (BBB) yang menarik dan pelbagai seperti poster, carta, kad
imbasan, kad gambar, grafik, objek atau bahan manipulatif untuk menjelaskan konsep.
Menggalakkan perbincangan aktif dalam kumpulan dan setiap MBK diberi peluang mengetuai
pembentangan hasil kerja mereka.
Melibatkan murid secara aktif melalui aktiviti main peranan, meniru gaya, melaksanakan projek
dan sebagainya.
Menyediakan video yang mempunyai terjemahan bertulis (sari kata).
Menggunakan huruf bermagnet/taktil untuk mengajar murid mengeja.
Menggalakkan komunikasi seperti menghantar makluman melalui e-mail, mesej segera dan
rangkaian sosial secara dalam talian.
“Gunakan pelbagai mod komunikasi
apabila berkomunikasi dengan MBK ketidakupayaan pendengaran. Mod-mod ini termasuklah
bahasa pertuturan, bahasa isyarat, tulisan, mimik muka, lakonan, visual dan lain-lain
bergantung kepada keperluan dan keupayaan seseorang MBK.
15
3.0 Peningkatan Penguasaan Bahasa Melalui Amalan Terbaik
Penguasaan bahasa dalam kalangan MBK ketidakupayaan pendengaran
boleh ditingkatkan melalui contoh-contoh amalan terbaik yang bersepadu
dan menggabungjalinkan aktiviti pembelajaran dan aktiviti intervensi bagi
membantu MBK ketidakupayaan pendengaran untuk menguasai bahasa.
Penguasaan bahasa dalam kalangan MBK ketidakupayaan pendengaran
boleh ditingkatkan melalui contoh-contoh amalan terbaik yang bersepadu
dan menggabungjalin aktiviti pembelajaran dan aktiviti intervensi bagi
membantu MBK ketidakupayaan pendengaran untuk menguasai bahasa.
A Rapid Evidence Assessment (REA) (Welsh, 2019)
Penekanan kepada aktiviti yang berfokus kepada kesedaran fonologi: arahan eksplisit
yang memberikan tumpuan kepada penggabungan fonetik visual melalui pembacaan.
Penguasaan Perbendaharaan Kata
Membaca buku cerita yang menggunakan teks dan gambar yang jelas.
Membaca perkataan secara pseudo-words dan augmentative psedudo-sign.
Menggalakkan penggunaan perisian interaktif.
Menekankan teknik membaca secara fonologi.
Mengenal huruf terlebih dahulu seterusnya perkataan dan ayat.
Melatih MBK ketidakupayaan pendengaran menulis karangan naratif secara sistematik.
Penguasaan Kemahiran Menulis
Mengaplikasi pendekatan holistik dengan menulis perkataan
berdasarkan pelbagai jenis tema.
Kemahiran menulis perlu mempunyai hubungan langsung
antara ejaan jari, isyarat perkataan dan ejaan perkataan.
Menggabungjalinkan kemahiran membaca dan kemahiran
menulis dalam satu masa yang sama.
Intervensi Melalui Permainan Realiti Maya Gabungan akiviti intervensi dan aktiviti
Menggalakkan MBK ketidakupayaan pembelajaran membantu meningkatkan
kemahiran menaakul, bersosialisasi,
pendengaran mahir dalam menyelesaikan berkomunikasi, menyelesaikan masalah
masalah dan memperkembangkan corak dan menjaga emosi yang baik.
pemikiran mereka ke arah lebih fleksibel.
Digalakkan bermain tiga jenis permainan MBK ketidakupayaan pendengaran perlu
blok tiga dimensi secara realiti maya digalakkan untuk menyesuaikan diri dalam
selama 15 minit seminggu dalam tempoh lingkungan pembelajaran mereka walau di
tiga bulan. mana sahaja mereka berada dan
bertanggungjawab atas perancangan
pembelajaran kendiri mereka sehingga
mereka mampu menilai tahap pencapaian
akademik mereka sendiri.
Latihan bergambar menggunakan peta-peta
pemikiran adalah berkesan untuk MBK
ketidakupayaan pendengaran memperoleh
pemahaman tentang konsep.
16
Lampiran:
Toolkit MBK
Ketidakupayaan Penglihatan
17
TOOLKIT
PANDUAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAGI MBK KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN
Kandungan: Pengenalan
• Pengenalan Secara umumnya MBK ketidakupayaan penglihatan tidak
mempunyai masalah untuk belajar dengan sokongan alat bantu.
• Sokongan Bergantung kepada tahap penglihatan semasa murid, murid rabun
Pembelajaran boleh mengakses bahan maklumat bercetak sama ada dengan
Murid cetakan huruf bersaiz besar atau dengan menggunakan peralatan
khas seperti kanta pembesar atau kamera litar tertutup (CCTV)/Video
• Akses kepada Magnifier. Murid rabun memerlukan pemantauan berterusan untuk
Pembelajaran memastikan bahan atau alat bantu yang dibekalkan kekal relevan
dengan keperluan mereka. Intervensi atau perubahan pada bentuk
sokongan yang diberikan mungkin diperlukan seperti menambah saiz
huruf cetakan atau perubahan daripada bahan bercetak biasa kepada
tulisan Braille. Pada masa yang sama bahan rujukan dalam bentuk
audio amat digalakkan untuk diberikan kepada murid bagi
memudahkan mereka mengulang kaji pelajaran.
Sokongan Pembelajaran MBK Ketidakupayaan Penglihatan
MBK ketidakupayaan penglihatan memerlukan strategi dan alat bantu yang khusus bagi
membolehkan mereka mengikuti pembelajaran sama ada dalam atau luar bilik darjah.
Kemajuan teknologi semasa juga memberikan peluang kepada MBK ini untuk meneroka
maklumat melalui aktiviti pembelajaran kendiri. Melalui pembelajaran kendiri, MBK mampu
berdikari untuk meningkatkan bacaan dan membuat rujukan secara atas talian atau membaca
buku dengan bantuan ahli keluarga. Antara tindakan yang boleh diambil untuk membantu MBK
dalam pembelajaran adalah seperti berikut:
1) 2) 3) 4) 5)
Menulis/ Kemahiran Penggunaan Pembangunan Kemahiran
Membraille Mendengar Teknologi Bantu Konsep Berkomunikasi
dan Membaca
19
Sokongan Pembelajaran MBK Ketidakupayaan Penglihatan
Perincian sokongan pembelajaran MBK ketidakupayaan penglihatan adalah seperti berikut:
In thisKisemsuaeh:iran Mendengar
• Pastikan tiada gangguan bunyi yang boleh menyukarkan murid untuk
• Advantages of a
fokus. Newsletter
Menulis/Membraille • hRuarkuafmbeasnapreamtabueN• clAeaewdjtadsalreVkataatnelnurbeBotorleaYhiloleudr.ijadikan alternatif kepada bahan cetakan
dan Membaca • Kemahiran mend• eSnecgoanrddSiptoeryrlukan untuk mengoptimumkan pembelajaran
berbantukan tek•nAonloogthiesreSptoeryrti menggunakan komputer dengan perisian
Kpeemmbaahciraanskinriinb, op•leBerahacnkdtiPipapegeretminSbgtoakryacatkaenlekdteronngiakn, dan kalkulator bersuara.
• Beri perhatian • melatih murid untuk:
kepada arah dan
kecerahan sumber Peka kepada bunyi di persekitaran
cahaya untuk
memudahkan murid Membezakan bunyi-bunyi yang didengari
Mengenal pasti sumber dan arah bunyi
Memberikan makna kepada bunyi yang didengari
membaca. • Seterusnya, terapkan strategi supaya murid boleh:
• Beri perhatian Mengenal pasti idea utama
semasa murid Mengetahui turutan idea atau perkara
membaca Braille Meramal outcome
atau grafik taktil. Mengingati maklumat dari teks yang kompleks
• Dapatkan khidmat Mengenali sebab dan akibat yang dinyatakan
nasihat daripada Mengenali perkataan penting yang menjadi isyarat kepada urutan,
guru resos jika perbezaan, sebab dan akibat
didapati murid Membezakan fakta dengan fiksyen
bermasalah dalam Menyatakan makna perkataan dalam pelbagai konteks.
perkara ini. Membuat penilaian
Menilai sumber maklumat
Menyesuaikan peranan diri dan cara berfikir semasa mendengar,
mengikut bahan dan tujuan mendengar
Penggunaan • Galakkan penggunaan alat bantu yang bersesuaian untuk meningkatkan
Teknologi Bantu keberkesanan pembelajaran. Alat bantu yang biasa digunakan ialah
perakam audio, kanta pembesar, CCTV/Video Magnifier dan komputer
dengan perisian pembaca skrin.
Pembangunan • Berikan arahan yang jelas mengenai arah dan jarak untuk membina
Konsep konsep tentang arah dan ruang.
Kemahiran • Jelaskan objek dan konsep secara secara beransur-ansur daripada
Berkomunikasi konkrit kepada abstrak dan bimbing murid tentang cara menggunakan
pelbagai kemahiran deria untuk meneroka dengan sewajarnya sehingga
dapat membantunya mengembangkan konsep tersebut.
• Mengingatkan murid untuk menghadap orang yang sedang bercakap atau
mendengar percakapannya serta bimbingnya untuk menyatakan
perasaan atau keperluannya dengan cara yang sopan.
• Merancang aktiviti pembelajaran yang dapat mengembangkan
kemampuan komunikasi, pendengaran dan taktil murid.
20
Akses kepada Pembelajaran
Penyediaan sokongan kepada MBK ketidakupayaan penglihatan
termasuklah peluang untuk mereka melatih diri belajar sendiri dengan
berdisiplin dan secara rutin. Mereka perlu berdikari untuk menentukan
kaedah pembelajaran berdasarkan kekuatan, potensi, minat dan
kecenderungan mereka. Aktiviti intervensi disepadukan dengan aktiviti
pembelajaran bagi membolehkan mereka melatih diri untuk berdikari. MBK
ketidakupayaan penglihatan yang mengikuti kurikulum arus perdana
mempunyai kekuatan kognitif dan mereka mampu berdikari dengan
sokongan guru dan ahli keluarga. Antara strategi sokongan yang boleh
diaplikasikan oleh guru untuk membantu MBK ketidakupayaan penglihatan
sama ada dalam/luar bilik darjah atau secara kendiri adalah dalam aspek
Bahan Cetakan/Atas Talian, Orientasi dan Mobiliti, Pelan Peralihan,
Penglibatan Keluarga Murid, dan Potensi Halangan kepada Akses
Kurikulum. Perinciannya adalah seperti berikut:
Dalam Pembelajaran
Bilik Darjah Kendiri
• Menggunakan kanta
pembesar untuk
• Mereka bentuk dan • membaca buku.
menghasilkan bahan • Memperkenalkan e-book.
Bahan Cetakan/ cetakan yang besar • Murid membuat
Atas Talian dengan gambar/bahan • penyesuaian untuk
yang diubah suai. mengoptimumkan
• Menggalakkan penulisan • pencahayaan.
• awal dengan Meningkatkan kemahiran
menggunakan pen/pensil menaip dan penggunaan
• tekstur tebal dan kontras perisian yang berkaitan.
• tinggi. Murid membuat
Memperkenalkan penyesuaian semasa
peralatan khusus untuk menggunakan komputer
mewujudkan persekitaran seperti mengubah resolusi
membaca yang optimum paparan dan
(lampu meja untuk meningkatkan saiz ikon
pencahayaan, meja paparan.
bersudut). Latih murid untuk
mengawal kelajuan
• bacaan pada perisian Orientasi dan
pembaca skrin. Mobiliti
Audit persekitaran:
memastikan ruang Latih murid kemahiran
pembelajaran adalah orientasi dan mobiliti serta
selamat dan tidak bising. • penggunaan tongkat
Latih murid tipikal, guru putih.
dan kakitangan sekolah Latih murid cara untuk
untuk berperanan sebagai • meminta atau menolak
pemandu celik. bantuan dengan sopan.
Latih murid untuk
mengenal persekitaran
baharu.
21
Akses kepada Pembelajaran
Sambungan...
Pelan • Dalam • Pembelajaran
peralihan Bilik Darjah • Kendiri
Berkolaborasi dengan rakan
• guru berkenaan keperluan Wujudkan peluang murid
pembelajaran murid. berinteraksi dengan rakan dan
• kakitangan sekolah bagi
• meningkatkan kesedaran
Potensi tentang keperluan khusus
halangan • Khidmat nasihat dan panduan mereka. Penglibatan
untuk menyokong keperluan Melibatkan murid semasa keluarga
untuk murid semasa di rumah. melakukan audit persekitaran. murid
mengakses Melibatkan murid dan keluarga
kurikulum • mereka dalam membuat
keputusan berkenaan dengan
• • keperluan sokongan
pembelajaran murid.
Menyebarkan maklumat Menggalakkan murid berdikari
tentang keperluan murid dengan sokongan yang
kepada kakitangan sekolah minimum.
secara berkala. • Membantu murid untuk
menyuarakan sokongan
Memastikan aktiviti pendidikan yang mereka
peningkatan kesedaran perlukan.
dimasukkan sebagai Melibatkan murid dalam aktiviti
sebahagian daripada induksi • peningkatan kesedaran,
antaranya dengan rakan
untuk staf baharu dalam sebaya, guru, dan agensi lain.
suasana pendidikan. Memberikan peluang kepada
Menyediakan sesi kakitangan sekolah untuk
meningkatkan kesedaran rakan berinteraksi dengan murid
sebaya. ketidakupayaan penglihatan
dalam usaha memberikan
kesedaran berkenaan perkara
yang berpotensi menghalang
murid ini daripada mengakses
kurikulum.
Sokongan melalui alat bantu, kaedah dan strategi PdP yang relevan dengan keperluan
individu amat penting dalam pendidikan murid ini. Kemajuan dan aplikasi teknologi
pembelajaran dalam dan luar bilik darjah juga dapat membantu golongan ini berdikari dalam
usaha meneroka ilmu pengetahuan. Dengan sokongan dan latihan yang diberikan, murid ini
mampu mengadaptasi kehidupan seharian, persekitaran pembelajaran dan seterusnya
membangunkan potensi diri mereka.
Credit: Icon made by Pixel perfect from www.flaticon.com
22
Lampiran:
PANDUAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
KSSR PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN) DAN
KSSM PENDIDIKAN KHAS
23
PANDUAN PENGAJARAN
KSSR PENDIDIKAN KHAS (MAS
KSSM PENDID
PENGENALAN
Penjajaran Kurikulum 2.0 KSSR Pendidikan Khas (Masalah
Pembelajaran) dan KSSM Pendidikan Khas memberi fokus
kepada pendekatan PdP yang dilaksanakan oleh guru.
Pendekatan PdP yang dirancang untuk MBK perlu memberikan
penekanan terhadap kemahiran berfungsi yang berasaskan
kepada kebolehan, perkembangan, penguasaan dan
pencapaian MBK.
Penguasaan dalam kemahiran berfungsi adalah mengikut
peringkat kebolehan dan keupayaan MBK yang merangkumi
aspek kognitif, tingkah laku, sosioemosi, psikomotor, literasi
dan numerasi.
2
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
N DAN PEMBELAJARAN
SALAH PEMBELAJARAN) DAN
DIKAN KHAS
Perancangan dan pelaksanaan pendekatan PdP haruslah
fleksibel dari aspek strategi, kaedah dan teknik supaya objektif
pembelajaran boleh dicapai dan kemenjadian MBK dapat
direalisasikan. Fleksibiliti dalam PdP adalah selaras dengan
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.
Panduan PdP ini sebagai rujukan untuk guru merancang dan
menyusun PdP yang sesuai dan relevan dengan keperluan
pembelajaran MBK. Selain itu, guru boleh menyediakan kit
pembelajaran yang sesuai untuk kesinambungan
pembelajaran MBK di rumah.
Guru juga boleh menggunakan pelbagai pendekatan PdP yang
bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan MBK. Antara
pendekatan PdP yang boleh dilaksanakan ialah pendekatan
bertema dan pendekatan modular.
25
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
PENDEKATAN BERTEMA
Pendekatan bertema merupakan
satu usaha untuk mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai pembelajaran serta pemikiran yang kreatif dengan
menggunakan tema. Pembelajaran yang semula jadi dan
bermakna kepada MBK adalah pembelajaran secara
‘melakukan’ dan ‘mengalami sendiri sesuatu aktiviti itu’
(learning by doing).
2
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
Prinsip Pembelajaran Pendekatan Bertema
1. Tema yang dipilih harus sesuai dengan minat dan
kebolehan serta pengalaman MBK.
2. Tema harus berkait rapat dengan kehidupan harian MBK.
3. Tema mempunyai skop yang luas dan meliputi pelbagai
bidang.
4. Urutan sesuatu tema amat penting agar MBK dapat
mengikuti perkembangan topik dengan lancar.
5. Aktiviti PdP berdasarkan tema harus merangkumi pelbagai
bidang kurikulum.
6. Pengajaran dan pengembangan tema memerlukan
pencetusan idea yang pelbagai.
26
PERANCANGAN DAN PELAKSANA
Mengenal pasti Menjana
tema idea
PERANCANGAN Pelibatan ibu bapa/
• Satu minggu satu tajuk penjaga/komuniti
• Berbincang dengan
2
semua guru mata
pelajaran yang terlibat
• Mengambil kira minat
murid
• Seronok dan bermakna
• Semangat ingin tahu
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
AAN PdP PENDEKATAN BERTEMA
Mencipta web Membuat sumbang
tema saran
Pelaksanaan Menyediakan
aktiviti persekitaran
pembelajaran yang
27
sesuai
PENGAJARAN DAN
PENDEKATA
Pendekatan modular merupakan salah satu pendekatan yang me
pembelajaran mengikut kebolehan dan perkembangan muri
konsep adaptasi dan fleksibiliti mengikut persekitaran.
Di samping itu, MBK dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran
Penyampaian kandungan melalui pendekatan modular adalah ber
difahami oleh MBK. Pendekatan modular juga membantu MBK m
guru semasa proses PdP dijalankan.
Pendekatan modular mengesyorkan kesepaduan pengetahuan, k
sama atau merentas mata pelajaran pada tahun/tingkatan yang sam
linear atau bukan linear (rujuk Panduan Pendekatan Modular dala
2
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
N PEMBELAJARAN
AN MODULAR
embolehkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan
id. Guru boleh melaksanakan pendekatan modular melalui
n dan nilai untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
rsifat fleksibel dengan objektif pembelajaran yang jelas dan mudah
menilai tahap kemajuan mereka melalui sesi perbincangan dengan
kemahiran dan nilai yang terkandung dalam mata pelajaran yang
ma atau berbeza. Kesepaduan tersebut boleh dilaksanakan secara
am Pengajaran dan Pembelajaran terbitan BPK, 2018).
28
PANDUAN PENGAJARAN
KSSR PENDIDIKAN KHAS (M
2
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
N DAN PEMBELAJARAN
MASALAH PEMBELAJARAN)
29
PERANCANGAN PdP PE
KSSR PENDIDIKAN KHAS (M
3
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
ENDEKATAN BERTEMA
MASALAH PEMBELAJARAN)
30
CONTOH 1: PERANCANGAN PdP PENDEKATAN BERTE
KEHIDUPAN, PENDIDIKAN SENI KREATI
TEMA: DUNIA SAYA
SUBTEMA: DIRI SAYA
MATA STANDARD STANDARD AKTIV
PEMBELAJARAN
PELAJARAN KANDUNGAN Jom Ucap
1.2.1 Mendengar Jawab
Asas 3M 1.2 Mendengar dan -Meniru
melafazkan ucapan
Komponen dan melafazkan ucapan -Menyebut
Bahasa Melayu ucapan bertatasusila ucapan
-Melafazkan
bertatasusila. ucapan
-Memberi d
menjawab
ucapan
Asas 3M 1.1 Objek mengikut 1.1.1 Mengecam Warna
Komponen warna asas objek Kegemaran
Matematik (merah, biru, mengikut -Menyebut
kuning). warna asas warna asas
dengan -Mengumpu
mengguna- bola pelbag
kan: warna
(i) objek -Mengasing
bola
konkrit -Memadank
(ii) gambar gambar
3
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
EMA BAGI MATA PELAJARAN ASAS 3M, PENGURUSAN
IF DAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 1
MINGGU 1
VITI OBJEKTIF PENTAKSIRAN BAHAN/CATATAN
dan Murid boleh Lisan • Permainan ucap dan
menyebut tiga -Senarai semak jawab - diri sendiri,
n daripada lima rakan, guru dan PPM.
dan ucapan secara
bertatasusila • Aktiviti di luar kelas,
dengan betul. memberi ucapan yang
sesuai kepada warga
n Saya Murid boleh • Pemerhatian sekolah.
memadankan -Senarai
s gambar mengikut semak • MBK yang mempunyai
ul warna asas masalah pertuturan
gai • Bertulis boleh menggunakan
dengan betul. -Lembaran komunikasi alternatif
gkan kerja seperti isyarat atau kad
komunikasi.
kan
BBM:
• Kad merah, biru dan
kuning.
• Bola kertas pelbagai
warna termasuk tiga
warna asas.
• Bakul
• Pelbagai gambar-
warna asas.
31
TEMA: DUNIA SAYA
SUBTEMA: DIRI SAYA
MATA STANDARD STANDARD AKTIV
PEMBELAJARAN
PELAJARAN KANDUNGAN Jom Cam
1.1.1 Mengenal Anggota B
Pengurusan 1.1 Bahagian- anggota asas Kita
bahagian -Meniru
Kehidupan bahagian kepala, badan sebutan
Komponen anggota badan. dan kaki. nama angg
badan
Pengurusan Diri -Menunjuk
anggota
badan
-Melengkap
anggota
badan
Pengurusan 5.2 Emosi asas 5.2.1 Mengenal Saya Ok!
Kehidupan diri. simbol -Meniru mim
Komponen emosi seperti muka
Pengurusan Diri gembira, sedih -Membuat
dan marah. mimik muk
gembira
5.2.2 Mengenal pasti -Membuat
emosi gembira,
sedih dan mimik muk
marah. -Membuat
mimik muk
marah
-Memilih
simbol emo
3
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
MINGGU 1
VITI OBJEKTIF PENTAKSIRAN BAHAN/CATATAN
Badan
gota Murid boleh • Pemerhatian BBM:
melengkapkan -Senarai • Kad gambar
lima anggota semak • Aplikasi mudah alih
badan dengan
betul. • Bertulis
-Lembaran
kerja Permainan melengkapkan
gambar ‘orang’ secara
berkumpulan.
pkan
mik Murid boleh • Pemerhatian Aktiviti dijalankan secara
ka mengecam simbol • -Senarai berpasangan atau
ka sedih emosi yang semak berkumpulan.
sesuai dengan
gambar. Bertulis
-Lembaran
kerja
ka
osi
32
TEMA: DUNIA SAYA
SUBTEMA: DIRI SAYA
MATA STANDARD STANDARD AKTIV
PEMBELAJARAN
PELAJARAN KANDUNGAN 1.4.1 Melakukan Gerak Sere
-Meniru
Pengurusan Diri 1.4 Pergerakan pergerakan pergerakan
berjalan ke -Menggerak
Komponen asas hadapan, kaki ke pel
Kemahiran lokomotor pergerakan ke arah
sisi dan -Menggerak
Manipulatif bahagian mengundur. kaki serent
Jom Gerak
kaki tanpa 1.1.1 Melakukan -Aktiviti
aktiviti memanask
alatan. pergerakan badan
lokomotor -Berjalan pe
Pendidikan 1.1 Melakukan (i) berjalan dan pantas
Jasmani pelbagai (ii) berlari -Berlari perl
pergerakan dan laju
asas -Berjalan da
lokomotor. berlari di la
yang dised
Pendidikan Seni 1.5 Mewarna 1.5.1 Mewarna Cam Foto S
Kreatif gambar -Mengecam
Komponen mudah foto
Pendidikan Seni menggunakan -Mencantum
Visual media kering: keratan fot
(i) pensel -Mewarna
(ii) pensel warna salinan
(iii) krayon foto
(iv) arang
(v) pena
3
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
MINGGU 1
VITI OBJEKTIF PENTAKSIRAN BAHAN/CATATAN
entak Murid boleh Pemerhatian Aktiviti dilakukan secara
melakukan tiga -Senarai semak individu, berpasangan dan
n pergerakan kaki kumpulan kecil.
kkan dengan betul
lbagai
kkan Murid boleh Pemerhatian BBM:
tak berjalan dan -Borang aktiviti Kon
k Sama berlari dalam Pendidikan
laluan yang telah Jasmani. Laluan lurus
kan ditetapkan Laluan zig zag
erlahan Aktiviti dilaksanakan
s mengikut keupayaan MBK.
lahan
an
aluan
diakan
Saya Murid boleh Bertulis BBM:
m mewarna salinan -Salinan gambar Foto murid
mkan foto dengan foto Salinan foto murid
to menggunakan Alat mewarna:
warna yang Pensel warna, krayon
sesuai.
33
CONTOH 2: PERANCANGAN PdP PENDEKATAN BERTEM
KREATIF DAN PENDIDI
TEMA: DUNIA SAYA
SUBTEMA: HAIWAN PELIHARAAN SAYA
MATA STANDARD STANDARD AKTIV
PELAJARAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN Cam Haiw
-Meniru bu
ASAS 3M 1.1 Mendengar, 1.1.1 Mendengar, haiwan
Komponen mengajuk mengajuk -Mengajuk
haiwan
Bahasa Melayu dan mengecam dan mengecam -Mengecam
haiwan
pelbagai bunyi. pelbagai bunyi -Menyebut
haiwan
seperti;
(ii) bunyi
haiwan
Komponen 2.3 Menggunakan 2.3.2 Membilang Jom Kira
Matematik nombor dalam objek dalam -Menyebut
kehidupan persekitaran. haiwan
harian. -Mengecam
haiwan
-Membilan
haiwan
-Memadan
haiwan me
bilanganny
3
Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0
MA BAGI MATA PELAJARAN ASAS 3M, PENDIDIKAN SENI
IKAN JASMANI TAHUN 1
MINGGU 2
VITI OBJEKTIF PENTAKSIRAN BAHAN/CATATAN
wan Murid boleh Pemerhatian • Haiwan peliharaan
unyi mengecam lima -Senarai semak seperti kucing, ayam,
k bunyi daripada 10 bunyi ayam, kambing, lembu,
m bunyi haiwan dengan itik dan angsa.
betul.
• Pembelajaran
t nama pengalamiah
berdasarkan situasi
sebenar di sekolah
yang mempunyai
haiwan peliharaan.
t nama Murid boleh • Pemerhatian BBM:
m membilang -Rekod Gambar haiwan
ng haiwan dalam anekdot
lingkungan lima
• Bertulis
dengan betul. -Lembaran
kerja
nkan
engikut
ya
34