The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadzulfakhrizulkiflee03, 2021-11-08 01:44:02

AL-QURAN & AS-SUNNAH PANDUAN HIDUP

Al-Quran & As-Sunnah panduan hidup

AL-QURAN & AS-SUNNAH PANDUAN HIDUP DARI SEGI ‘EKONOMI’

1. PEMILIKAN HARTA BERLANDASKAN AL-QURAN
-Dalam Islam kita dilarang untuk memiliki harta secara ribawi(bunga), maisir(judi),
tadlis(penipuan), ihtikar(menimbun), ghisysy(menutupi cacat), ghabn(penipuan harga) dan
gharar(spekulasi) , seperti yang telah disebut dalam Al-Quran Al-Karim dalam surah Al-
Maidah (ayat ke-90) yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya meminum arak ,berjudi ,(berkorban
untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah, adalaj perbuatan keji dan termasuk
perbuatan syaitan.Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu berjaya”.

Allah SWT juga berfirman dalam surah An-nisa’ (ayat ke-161) yang bermaksud,
“Dan kerana mereka menjalankan urusan dengan riba, padahal sesungguhnya mereka telah
dilarang daripadanya dan kerana mereka memakan harta orang dengan cara tidak sah (batil).
Dan Kami sediakan untuk orang kafir di antara mereka azab yang pedih”.

2. KEWAJIPAN MEMBAYAR ZAKAT OLEH SEMUA UMAT ISLAM
-Zakat merupakan suatu kewajipan dan dikategorikan sebagai Rukun Islam yang ketiga.
Zakat terbahagi kepada dua bahagian,iaitu zakat al-nafs(zakat fitrah) dan zakat al-mal (zakat
harta). Kita hendaklah mengetahui siapa yang layak menerima zakat serta siapa yang
diwajibkan membayar zakat agar pemberian zakat ini menjadi asbab golongan-golongan
tertentu ini mendapat manfaat daripada pemberian zakat tersebut. Perkara ini dapat kita
lihat dalam Al-Quran ,surah At-Taubah (ayat ke-60) yang bermaksud,

“Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, pengurus-
pengurus (amil) zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk hamba-hamba sahaya yang
hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang untuk jalan Allah dan orang yang
sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah. Dan Allah Maha
Mengetahui , lagi Maha Bijaksana”.

3. GALAKAN BERSEDEKAH YANG DITUNTUT DALAM ISLAM
-Seperti yang kita ketahui, sedekah merupakan satu perbuatan yang amat disukai dan
dicintai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Dalam konteks ini,sedekah atau infaq adalah
membelanjakan harta atau mengeluarkan dana dengan tujuan mendekatkan diri kepada
Allah. Sebaik-baik sedekah adalah membelanjakan harta di jalan Allah SWT.Hal ini kerana
membelanjakan harta di jalan Allah SWT adalah suatu perniagaan yang menguntungkan,
bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah (ayat ke-261) yang
membawa maksud,

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan
Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai
seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah
Maha Luas (kurniaNya), lagi Maha Mengetahui”

-Nabi Muhammad SAW juga bersabda berkaitan kelebihan bersedekah yang bermaksud,

“Daripada Abu Sa’id Al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda, Siapa sahaja Muslim yang
memberi pakaian kepada Muslim lainnya yang tidak memiliki pakaian, nescaya Allah akan
memberinya pakaian dari hijaunya syurga. Siapa sahaja Muslim yang memberi makan

Muslim lainnya yang kelaparan, nescaya Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan
syurga. Dan siapa sahaja Muslim yang memberi minum Muslim lainnya yang kehausan,
nescaya Allah akan memberinya minuman suci yang tertutup.”(HR Bukhari & Muslim)


Click to View FlipBook Version