i
JAWATAN KUASA
INDUK
MODUL PBL SAINS TAHUN 5
PENGERUSI
Haji Abdullah Sarudin
Pegawai Pendidikan Daerah
PPD Kuala Penyu
TIMBALAN PENGERUSI
Daimah Ekin
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran, PPD Kuala Penyu
PENYELARAS
Asrifah Amirul
Pegawai SISC+ Sains & Matematik
Sektor Pembelajaran, PPD Kuala Penyu
i
SIDANG REDAKSI
MODUL PBL SAINS TAHUN 5
KETUA PENGGUBAL MODUL
Nur Atiqah Tan Abdullah (SK St Peter Bundu)
PEN. KETUA PENGGUBAL MODUL
Ridwan Sik Mohamad(SK Batu Linting)
KETUA EDITOR
Dg. Asmayati Ag. Abas (SK Palu-Palu)
PENOLONG KETUA EDITOR
Stella Eming Dydimus(SK St Stephen)
PEREKA GRAFIK
Jimmy Lim (SJKC Chung Hwa)
Tay Swee Yen (SJKC Pui Hwa)
PENGGUBAL ITEM
Nur Atiqa Tan Abdullah (SK St Peter Bundu)
Mohd Soffri Abd Rahman (SK Kilugus)
Dg. Asmayati Ag. Abas (SK Palu-Palu)
Azlan Mirin (SK Tinambak)
Stella Eming Dydimus (SK St Stephen)
Meliana Lowin ( SK Berangkok)
Mohamed Daud@Md Daud Hj Samat
(SK Lambidan)
Entiyeah Olin (SK Menumpang)
Maidah Ginur (SK Janang)
Alipin Ayudin@Baba (SK SInapokan)
Ridwan Sik Mohamad (SK Batu Linting)
Emillianah Duip (SK Rimbaan)
Edmond Iting (SK ST Augustine)
Mardhiah Dahlan (SK Sangkabok)
Cyril Joel Alexander (SK Tempurong)
Roslan Tuah (SK Kekapor)
Rosmawati Ag. Kanak (SK Kerukan)
Siti Arisah Mokrin (SK Mansud)
Rubitan Liwin (SK Menunggang)
ii
”SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG ”
Tuan Hj. Abdullah Sarudin
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu
Assalamualaikum WTB dan Salam Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16 dan Say Yes To Top 10.
Modul PBL Sains Tahun 5 merupakan satu usaha sama Unit Sains
dan Matematik, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah
Kuala Penyu dengan 26 buah sekolah rendah berfokus untuk
meningkatkan prestasi pencapaian Sains sepanjang tahun 2021.
Modul ini merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk
membantu meningkatkan penguasaan murid Tahun Lima
terutamanya dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Objektif utama modul ini dihasilkan adalah sebagai suatu intervensi
berkeperluan khusus untuk merapatkan jurang pembelajaran dan
pencapaian murid Tahun Lima yang terkesan dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik
COVID-19 yang melanda seluruh negara. Objektif kedua modul ini
adalah untuk memastikan murid Tahun Lima menerima
pembelajaran secara optimum seterusnya mencapai penguasaan
TP3 sebanyak 63% di dalam PBD.
Selain itu, modul ini merupakan bahan rujukan alternatif
pembelajaran kendiri berstruktur, terancang dan terarah, secara
online dan offline yang boleh digunakan oleh guru mata pelajaran
Sains Tahun Lima semasa pelaksanaan Pembelajaran Tercantum
(Blended Learning) yang berkonsepkan School Based Learning dan
Home Based Learning.
Sejajar dengan itu, modul ini telah telah dirancang dengan rapi dan
teliti dengan memilih topik-topik berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum Pendidikan (DSKP Semakan 2017). Bahagian ini telah
mendapat kerjasama daripada Pegawai School Improvement
Specialist Coaches Plus (SISC+) Sains dan Matematik, Ketua Panitia
Sains dan guru mata pelajaran Sains Tahun Lima yang terpilih bagi
mengawal mutu modul ini.
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat
secara aktif dan tidak dilupakan kepada Sidang Redaksi di atas
inisiatif cemerlang dalam menghasilkan Modul PBL Sains Tahun 5.
Harapan kami agar modul ini dapat membantu meningkatkan dan
melonjakkan prestasi pencapaian Sains murid Tahun Lima pada
tahun semasa, juga merupakan calon yang bakal menduduki UPSR
pada tahun 2022 kelak.
Sekian dan terima kasih.
iii
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1 Jawatan Kuasa Induk Modul PBL i
Sains Tahun 5
Sidang Redaksi
2 ii
Modul PBL Sains Tahun 5
3 Sekapur Sirih Seulas Pinang iii
4 Unit 1 Kemahiran Saintifik
1.1.1-1.1.7 Kemahiran Proses Sains 2
1.1.8-1.1.12 Kemahiran Proses Sains 9
Unit 2 Manusia
2.1.1-2.1.5 Sistem Rangka Manusia 13
2.2.1-2.2.4 Sistem Peredaran Darah 15
Manusia
2.3.1-2.3.4 Perkaitan antara Sistem
dalam Tubuh Manusia 18
Unit 3 Haiwan
3.1.1-3.1.3 Kemandirian Spesies
Haiwan 21
3.1.4-3.1.6 Kemandirian Spesies 23
Haiwan
3.2.1-3.2.4 Mereka Cipta Model 25
Haiwan
3.3.1-3.3.3 Hubungan Makanan 28
antara Hidupan
3.3.4-3.3.7 Hubungan Makanan 38
antara Hidupan
Unit 4: Tumbuhan
4.1.1-4.1.3 Kemandirian Spesies 41
Tumbuhan
4.2.1-4.2.4 Pencaran Biji Benih 44
Unit 5 Elektrik
5.1.1-5.2.3 Sumber Tenaga elektrik 47
Litar Bersiri dan Selari
5.2.4-5.2.7 Litar Bersiri dan Litar
Selari 51
iv
5.3.1-5.3.4 Keselamatan
Pengendalian Peralatan 56
dan Penjimatan Elektrik
Unit 6 Haba
6.1.1-6.1.3 Haba dan Suhu 61
6.1.4-6.1.7 Haba dan Suhu 64
Unit 7 Pengaratan
7.1.1-7.1.3 Pengaratan Bahan 69
7.1.4-7.1.6 Pengaratan Bahan 71
Skema Jawapan 75
v
1
MODUL PBL SAINS TAHUN 5
A. PENGENALAN
Nama Murid
Kelas
Sekolah
Guru Mata Pelajaran
B. KANDUNGAN KURIKULUM
Tema INKUIRI DALAM SAINS
Tajuk 1.0 Kemahiran saintifik
Standard Kandungan 1.1 Kemahiran proses sains
1.1.1 Memerhati dengan menggunakan semua
deria yang terlibat dan alat jika perlu untuk
membuat pemerhatian secara kualittif bagi
menerangkan fenomena atau perubahan
yang berlaku
1.1.3 Mengukur dan menggunakan nombor
Standard Pembelajaran dengan menggunakan alat dan unit piawai
dengan teknik yang betul
1.1.7 Menggunakan perhubungan ruang dan
masa dengan menyusun kejadian sesuatu
fenomema atau peristiwa mengikut
kronologi berdasarkan masa.
TP 4
Menganalisis kemahiran proses sains untuk
Standard Prestasi menyelesaikan masalah atau melaksanakan
sesuatu tugasan
Di akhir projek ini, murid dapat mengaplikasikan
Objektif Pembelajaran / dan menganalisis konsep kemahiran proses
Projek sains tentang perhubungan ruang dan masa.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran
C. KETETAPAN PROJEK
Projek Yang Dihasilkan Buku skrap jam air
Tempoh Pelaksanaan 2 hari
Bahan Yang Digunakan Botol plastik jernih yang besar 1.5 liter
2
Gunting
Pin
Pen penanda
Pewarna makanan
Jam randik
Alat sukatan cecair
D. ARAHAN
Hasilkan sebuah buku skrap tentang jam air.Dalam buku skrap
tersebut haruslah mengandungi:
-tajuk
-tujuan
-langkah aktiviti
-jadual eksperimen
1
-soalan yang diberikan pada arahan yang ke 7.
Ambil gambar setiap langkah aktiviti yang dijalankan untuk
dimasukkan ke dalam buku skrap.
Murid juga dikehendaki menulis jawapan bagi soalan a,b,c berserta
jadual di dalam buku skrap.
Mula-mula tandakan setengah botol ke bawah, kemudian potong
botol dengan berhati-hati menggunakan gunting. Seperti rajah di
bawah. Murid boleh meminta bantuan orang dewasa.
2
Kemudian buka bahagian atas botol (tutup botol) dan buat lubang
kecil di dalamnya menggunakan pin - minta orang dewasa membantu.
Kemudian letakkan penutupnya kembali ke botol. Seperti dalam rajah
di bawah
3
4
Seterusnya, letakkan bahagian atas botol terbalik dan masukkan di
3
bahagian bawah sehingga bahagian atas botol menghadap ke
bawah.(seperti dalam rajah)
Kemudian, campurkan beberapa titis pewarna makanan ke dalam
satu liter air, dan kemudian setkan jam randik anda. (seperti dalam
rajah)
5
Tuangkan air ke bahagian atas botol dan kemudian mulakan masa.
Setiap minit berlalu, tandakan garis di paras air botol bawah.
(seperti dalam rajah)
6
Setelah semua air masuk ke botol bawah, tuangkan kembali air ke
bahagian atas dan kira masa semasa air mengalir turun. Sukat
isipadu air mengikut paras air yang di tanda menggunakan alat
penyukat cecair.
7
Rekodkan dapatan hasil keputusan di dalam jadual seperti di bawah,
Berdasarkan hasil keputusan, murid di kehendaki menganalisis
dapatan yang di perolehi dan menulis jawapan pada soalan yang
8 berikut:
a) Nyatakan corak masa yang digunakan dalam penyiasatan ini?
b) Nyatakan corak isipadu air yang terkumpul di dalam botol
4
tersebut?
c) Nyatakan hubungan ruang dan masa dengan isipadu air yang
terkumpul
Masa (minit) Isipadu air yang terkumpul (ml)
1
3
5
7
10
Penghasilan buku skrap boleh di buat secara “hardcopy” atau
9.
“softcopy” dan di hantar kepada guru matapelajaran.
E. JADUAL PELAKSANAAN
Hari Aktiviti Yang Dilaksanakan
Merujuk buku teks sains tahun 5
1
Murid menyediakan bahan projek.
2 Murid melaksanakan projek
F. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Instrumen Pentaksiran Buku skrap.(hardcopy/softcopy)
Terdapat kemahiran proses sains untuk
Rubrik Pentaksiran menyelesaikan masalah atau melaksanakan sesuatu
tugasan.(TP4)
5
MODUL PBL SAINS TAHUN 5
A PENGENALAN
Nama Murid
Kelas
Sekolah
Guru Mata Pelajaran
B. KANDUNGAN KURIKULUM
Tema INKUIRI DALAM SAINS
Tajuk 1.0 Kemahiran Saintifik
Standard Kandungan 1.1 Kemahiran proses sains
1.1.2 Memerhati dengan menggunakan semua
deria yang terlibat dan alat jika perlu untuk
membuat pemerhatian secara kualitatif
bagi menerangkan fenomena atau
perubahan yang berlaku
1.1.3 Mengelas dengan membandingkan atau
mengenal pasti persamaan dan perbezaan
berdasarkan ciri sepunya.
1.1.3 Mengukur dan menggunakan nombor
dengan menggunakan alat dan unit piawai
dengan teknik yang betul
1.1.4 Membuat inferens dengan menyatakan
Standard Pembelajaran
kesimpulan awal atau penerangan yang
munasabah bagi sesuatu pemerhatian
dengan menggunakan maklumat yang di
peroleh.
1.1.5 Meramal dengan membuat jangkaan
tentang sesuatu peristiwa atau fenomena
berdasarkan pemerhatian, pengalaman
lalu atau data
1.1.6 Berkomunikasi dengan merekod maklumat
atau idea dalam bentuk yang sesuai dan
mempersembahkan maklumat atau idea
tersebut secara sistematik
Merekabentuk eksperimen bagi menyelesaikan
masalah secara sistematik dan
Standard Prestasi
bertanggungjawab ke atas diri, rakan dan alam
sekitar. (TP6)
6
Di akhir projek ini, murid dapat merekacipta objek
Objektif Pembelajaran / dengan mengkaitkan pengetahuan kemahiran
Projek
proses sains dan mengaplikasikannya.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran
C. KETETAPAN PROJEK
Laporan eksperimen Kapal Terbang Kertas
Projek Yang Dihasilkan
Video
Tempoh Pelaksanaan 5 hari
Pita pengukur
Stapler
Kapal terbang kertas
Bahan Yang Digunakan Pensel kayu
Klip kertas
Gelang getah
D. ARAHAN
Hasilkan sebuah laporan eksperimen yang lengkap.
1
Semasa membuat eksperimen, ambil gambar atau video.
Murid dikehendaki merujuk buku teks sains tahun 5 pada muka surat
2 - 3 untuk mengetahui cara melipat kapal terbang kertas.
Setelah selesai melipat 2 jenis kapal terbang kertas murid di
kehendaki menerbangkan kapal terbang kertas tersebut.
Kemudian murid di kehendaki membuat pengelasan kapal terbang
yang manakah yang terbaik semasa di terbangkan.
Murid di kehendaki mengisi jadual seperti di bawah:
Kapal terbang kertas A Kapal terbang kertas B
(bentuk tirus) (bentuk leper)
2
Murid di kehendaki menjawab soalan berikut :
a) Bagaimanakah saiz dan ketebalan kertas mempengaruhi jarak
kapat terbang kertas?
b) Ramalkan kapal terbang kertas manakah yang akan akan
terbang jauh?
Uji dan bentang jawapan semasa rakaman.
Murid di kehendaki merujuk buku teks pada muka surat 6 sebagai
panduan dalam melaksanakan ekperimen/projek kapal terbang
3
kertas.
Seterusnya, murid di kehendaki menyediakan jadual pemerhatian
4
seperti yang terdapat pada buku teks muka surat 7 (contoh seperti di
7
bawah).
Panjang gelang getah yang di Jarak terbang kapal kertas (cm)
tarik (cm)
10
20
30
Rekodkan hasil dapatan pemerhatian ke dalam jadual. (jadual boleh
di buat dalam buku latihan sains).
Murid digalakkan untuk memilih dan menggunakan bahan-bahan
yang terdapat di rumah masing-masing untuk menghasilkan projek ini.
5
Dapatkan bantuan orang dewasa jika perlu.
Murid akan menjawab latihan yang terdapat pada buku teks muka
surat 7 di buku latihan bagi menyatakan kefahaman dalam konsep
sains. Soalan yang perlu di jawab adalah seperti berikut :
a) Nyatakan pemerhatian kamu jika gelang getah ditarik
sepanjang 30 cm.
6 b) Berikan inferens kamu.
c) Berdasarkan penyiasatan ini, kenal pasti pembolehubah :
(i) Dimanipulasikan
(ii) Bergerakbalas
(iii) Dimalarkan
d) Apakah hubungan antara pembolehubah dimanipulasikan
dengan pembolehubah bergerakbalas dalam penyiasatan ini?
Ibubapa akan mengambil gambar/video semasa projek dilaksanakan
7 dan hasil akhir akan di hantar kepada guru matapelajaran.
E. JADUAL PELAKSANAAN
Hari Aktiviti Yang Dilaksanakan
1 Merujuk buku teks sains tahun 5
Murid menyediakan bahan projek.
2 Murid melaksanakan projek melipat 2 jenis kapal terbang dan
mengisi jadual pegelasan
Murid menyediakan jadual pemerhatian (rujuk buku teks muka
3
surat 7)
4 Melaksanakan projek kapal terbang kertas
5 Melengkapkan laporan eksperimen
F. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Hasil projek (Gambar/video)
Instrumen Pentaksiran
Laporan eksperimen
Rubrik Pentaksiran Dapatan hasil projek (TP6)
8
MODUL PBL SAINS TAHUN 5
A. PENGENALAN
Nama Murid
Kelas
Sekolah
Guru Mata Pelajaran
B. KANDUNGAN KURIKULUM
Tema INKUIRI DALAM SAINS
Tajuk 1.0 Kemahiran Saintifik
Standard Kandungan 1.1 Kemahiran Proses Sains
1.1.8 Mentafsir data
1.1.9 Mendefinisi secara operasi
Standard Pembelajaran 1.1.10 Mengawal pemboleh ubah
1.1.11 Membuat hipotesis
1.1.12 Mengeksperimen
TP 4
Menganalisis pengetahuan dan kemahiran
Standard Prestasi saintifik untuk menyelesaikan masalah atau
melaksanakan satu tugasan
Di akhir projek ini, murid dapat:
i. mengawal pemboleh ubah dengan
menentukan pemboleh ubah bergerak balas,
Objektif Pembelajaran / ii. dimanipulasi dan dimalarkan
membuat hipotesis dengan membuat
Projek
pernyataan umum yang boleh diuji
iii. mengeksperimen dengan menggunakan
proses sains
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Masteri
Pembelajaran
C. KETETAPAN PROJEK
Sebuah laporan eksperimen tentang hubungan
Projek Yang Dihasilkan antara kuantiti gliserin dengan tempoh yang
diambil oleh buih sabun untuk pecah
Tempoh Pelaksanaan 1 hari
Gogal keselamatan, silinder penyukat, jam
randik, bekas plastik bersama-sama penutup,
Bahan Yang Digunakan
penyedut minuman, sudu besar ,air,pencuci
pinggan dan gliserin
9
D. ARAHAN
Hasilkan sebuah laporan eksperimen yang lengkap.
1 Lakukan ekperimen di kawasan yang kurang berangin
Pakai gogal keselamatan untuk melindungi mata
Rujuk buku teks Sains Tahun 5, muka surat 8-11.
2
Sediakan larutan sabun menggunakan 200ml air dan 50ml cecair
pencuci pinggan. Kemudian, aduk rata larutan tersebut tanpa
menghasilkan buih.
3
Tambahkan satu sudu besar gilserin ke dalam larutan sabun. Aduk
rata larutan tersebut tanpa menghasilkan buih.
4
Biarkan larutan tersebut selama empat jam pada suhu bilik
5
Celupkan penyedut minuman ke dalam larutan dan letakkan bahagian
hujung penyedut minuman pada penutup bekas plastik
6
Tiup hingga buih memenuhi permukaan penutup bekas plastik.
Setelah itu, mulakan jam randik dengan serta merta.
7
10
Catatkan tempoh yang diambil oleh buih sabun untuk pecah ke dalam
jadual
Ulang langkah (3) hingga langkah (8) dengan menambahkan tiga
8 sudu besar gliserin dan lima sudu besar gliserin ke dalam setiap
larutan sabun.
Laporan eksperimen hendaklah dihantar kepada guru Sains Tahun 5
9
untuk penilaian.
E. JADUAL PELAKSANAAN
Hari Aktiviti Yang Dilaksanakan
Ekperimen
1 Laporan eksperimen
F. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Instrumen Pentaksiran Laporan lengkap eksperimen
Laporan lengkap yang mengandungi:
a. Tujuan
b. Pernyataan masalah
c. Hipotesis
d. Pembolehubah dimanipulasikan, pembolehubah
bergerakbalas dan pembolehubah dimalarkan
e. Alat dan bahan
f. Langkah-langkah eksperimen
g. Keputusan eksperimen dalam bentuk jadual
Rubrik Pentaksiran
h. Pemerhatian
i. Kesimpulan
-Hipotesis (diterima/ tidak diterima)
-Semakin……………….kuantiti gliserin,
semakin…………………tempoh yang diambil
oleh buih sabun untuk pecah
(TP4)
11
12
MODUL PBL SAINS TAHUN 5
A. PENGENALAN
Nama Murid
Kelas
Sekolah
Guru Mata Pelajaran
B. KANDUNGAN KURIKULUM
Tema SAINS HAYAT
Tajuk 2.0 Manusia
Standard Kandungan 2.1 Sistem Rangka Manusia
2.1.1 Memerihalkan fungsi rangka utama
manusia.
2.1.2 Mengenal pasti tulang dan kedudukan
sendi dalam sistem rangka manusia.
2.1.3 Menyatakan fungsi sendi dalam sistem
Standard Pembelajaran rangka manusia.
2.1.4 Menaakul kepentingan sistem rangka
kepada tubuh manusia.
2.1.5 Menjelaskan pemerhatian tentang sistem
rangka manusi a melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan secara kreatif.
TP4 - Menaakul kepentingan sistem rangka dan
sistem peredaran darah kepada manusia.
TP5 - Menjana idea kepentingan penjagaan
Standard Prestasi semua sistem dalam tubuh manusia.
TP6 - Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif
tentang perkaitan antara sistem dalam
tubuh manusia.
Di akhir projek ini, murid dapat;
i. Menyatakan sekurang-kurangnya empat
kepentingan sistem rangka kepada tubuh
Objektif Pembelajaran / manusia.
Projek ii. Membina model rangka manusia secara
kreatif.
iii. Menyampaikan maklumat secara lisan
dengan teratur dan yakin.
Strategi Pengajaran dan Pendekatan Inkuiri
Pembelajaran
C. KETETAPAN PROJEK
Model Rangka Manusia
Projek Yang Dihasilkan
Video Pembentangan
13
Tempoh Pelaksanaan 2 minggu
Gambar rangka (atau bahan lain yang sesuai),
Bahan Yang Digunakan plastisin, kad manila, pita pelekat dan nota
berpelekat
D. ARAHAN
Hasilkan sebuah model Sistem Rangka Manusia menggunakan
gambar atau bahan lain yang sesuai.
1
Ibu bapa mengambil foto bahan, proses membuat model rangka
manusia dan hasil akhir.
Rujuk buku teks Sains Tahun 5 pada muka surat 27 sebagai panduan
membina model sistem rangka manusia.
2 Murid- murid juga digalakkkan untuk memilih dan menggunakan
bahan-bahan yang mudah diperolehi dan mengikut kreativiti
masing-masing untuk membina model rangka manusia ini.
Cari gambar sistem rangka manusia melalui internet atau memuat
turun gambar tulang rangka manusia dengan mengimbas kod QR
3 yang ada pada buku teks pada muka surat 27. Kemudian cetak dan
gunting gambar bahagian rangka manusia tersebut.
Sambungkan setiap gambar bahagian tulang dengan menggunakan
4 plastisin(atau apa-apa bahan) yang mewakili sendi.
Lekatkan gambar/ model rangka manusia di atas kad manila.
5 Kemudian, labelkan fungsi setiap rangka utama dengan
menggunakan nota berpelekat.
Setelah selesai, buat satu pembentangan atau rakaman video tentang
model sistem rangka manusia tersebut. Di dalam pembentangan
tersebut hendaklah nyatakan perkara-perkara berikut:
6
i. Jelaskan semua fungsi rangka utama manusia.
ii. Nyatakan fungsi sendi dalam sistem rangka manusia.
Iii. Kepentingan sistem rangka kepada tubuh manusia.
E. JADUAL PELAKSANAAN
Minggu Aktiviti Yang Dilaksanakan
1. Mengumpul maklumat dan bahan
1
2. Menyiapkan model rangka manusia
Membuat pembentangan/ rakaman video model rangka
2
manusia.
F.PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
1. Model rangka manusia
Instrumen Pentaksiran
2. Video Pembentangan
Video pembentangan menyatakan perkaitan antara
Rubrik Pentaksiran
sistem dalam tubuh manusia. (TP6)
14
MODUL PBL SAINS TAHUN 5
A. PENGENALAN
Nama Murid
Kelas
Sekolah
Guru Mata Pelajaran
B. KANDUNGAN KURIKULUM
Tema SAINS HAYAT
Tajuk 2.0 Manusia
Standard Kandungan 2.2 Sistem Peredaran Darah Manusia
2.2.1 Memerihalkan fungsi bahagian utama
yang terlibat dalam sistem peredaran
darah manusia.
2.2.2 Melakar laluan peredaran darah yang lebih
oksigen dan laluan peredaran darah yang
lebih karbon dioksida dalam tubuh
Standard Pembelajaran manusia.
2.2.3 Merumuskan kepentingan sistem
peredaran darah kepada tubuh manusia.
2.2.4 Menjelaskan pemerhatian tentang sistem
peredaran darah manusia melalui lakaran,
TMK, penulisan atau lisan secara kreatif.
TP 4
Menaakul kepentingan sistem rangka dan sistem
Standard Prestasi
peredaran darah kepada tubuh manusia.
Objektif Pembelajaran / Di akhir projek ini, murid dapat merekacipta
Projek model sistem peredaran darah manusia.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran
C. KETETAPAN PROJEK
Model Sistem Peredaran Darah Manusia
Projek Yang Dihasilkan
Lermbaran Kerja
Tempoh Pelaksanaan 5 hari
Pemutar Skru
Gunting
Bahan Yang Digunakan Pistol perekat panas
Cawan Plastik
Klip kertas
15
Botol Plastik
Tiub Plastik
Air berwarna Biru/Merah
D. ARAHAN
Hasilkan sebuah model Sistem Peredaran Darah Manusia
berpandukan buku teks Sains muka surat 43-44.
1
Ibu bapa mengambil foto bahan, proses membuat model peredaran
darah manusia dan hasil akhir.
Murid-murid menguji model yang dibina dan membuat pemerhatian.
Murid mencatatkan pemerhatian dalam jadual seperti di bawah:
Bahagian utama dalam sistem Fungsi
peredaran darah
2 Jantung
Salur darah
Darah
Peparu
Murid di kehendaki menjawab soalan berikut :
Lengkapkan rajah laluan peredaran darah manusia dengan jawapan
pilihan yang diberikan. Setiap jawapan boleh digunakan lebih dari
sekali.
Tubuh manusia peparu Darah lebih oksigen
Darah lebih karboin dioksida
3
Jantung
Murid digalakkan untuk memilih dan menggunakan bahan-bahan
yang terdapat di rumah masing-masing untuk menghasilkan projek ini.
4
Dapatkan bantuan orang dewasa jika perlu.
Murid menghantar model dan lembaran kerja kepada guru Sains
5 Tahun 5 untuk penilaian.
E. JADUAL PELAKSANAAN
Hari Aktiviti Yang Dilaksanakan
16
Merujuk buku teks sains tahun 5.
1 Murid menyediakan bahan projek.
Murid melaksanakan projek membina model peredaran darah
2
manusia.
Murid menguji model yang dibina/ Murid membuat jadual
3
pemerhatian
4 Murid melengkapkan jadual pemerhatian
5 Melengkapkan jadual pemerhatian dan jawapan latihan
F. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Model Peredaran Darah Manusia
Instrumen Pentaksiran
Lembaran Kerja
Rubrik Pentaksiran Dapatan hasil projek (TP4)
17
MODUL PBL SAINS TAHUN 5
A. PENGENALAN
Nama Murid
Kelas
Sekolah
Guru Mata Pelajaran
B. KANDUNGAN KURIKULUM
Tema SAINS HAYAT
Tajuk 2.0 Manusia
Standard Kandungan 2.3 Perkaitan antara Sistem dalam Tubuh
Manusia
2.3.1 Menjelaskan melalui contoh perkaitan
antara sistem dalam tubuh manusia
2.3.2 Menaakul kepentingan penjagaan s
semua sistem dalam tubuh manusia
supaya berfungsi dengan sempurna
Standard Pembelajaran 2.3.3 Menjana idea cara memelihara sistem
dalam tubuh manusia bagi menjamin
kehidupan yang sihat
2.3.4 Menjelaskan pemerhatian tentang
perkaitan antara sistem dalam tubuh
manusia melalui lakaran, TMK, penulisan
atau lisan secara kreatif
TP5 - Menjana idea kepentingan penjagaan
semua sistem dalam tubuh manusia.
Standard Prestasi TP6 - Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif
tentang perkaitan antara sistem dalam
tubuh manusia.
Di akhir projek ini, murid dapat menghasilkan
Objektif Pembelajaran / sebuah pamflet tentang perkaitan antara sistem
Projek
dalam tubuh manusia.
Strategi Pengajaran dan Penstrukturan semula idea
Pembelajaran
C. KETETAPAN PROJEK
Pamflet
Projek Yang Dihasilkan
Tempoh Pelaksanaan 2 minggu
Bahan Yang Digunakan Kertas, alat tulis, komputer, laptop, pencetak
18
D. ARAHAN
Hasilkan sebuah pamflet tentang perkaitan antara sistem dalam
tubuh manusia.
Di dalam pamflet tersebut, haruslah mengandungi
1. Situasi
1
2. Kaitan gangguan terhadap sistem tersebut menjejaskan
sistem lain di dalam tubuh manusia
3. Kepentingan dan cara penjagaan semua sistem dalam
tubuh manusia.
Pilih satu situasi yang menjejaskan sistem tersebut serta kaitannya
dengan sistem lain di dalam tubuh.
Situasi 1 : Tercekik makanan ( Sistem pencernaan)
Situasi 2 : Tulang patah ( Sistem rangka )
Situasi 3 : Kegagalan fungsi Jantung ( Sistem peredaran darah )
2
Berdasarkan situasi yang dipilih,
a. Nyatakan bagaimana gangguan terhadap sistem tersebut
menjejaskan sistem lain di dalam tubuh manusia.
Rujukan : Buku Teks Sains mukasurat 36 – 37.
b. Nyatakan kepentingan dan cara penjagaan semua sistem dalam
tubuh manusia yang terlibat.
Murid boleh menulis secara manual ( tulisan tangan, melukis atau
3 menampal gambar ) atau menggunakan teknologi terkini untuk projek
ini.
Setelah selesai. Pamflet hendaklah dihantar untuk penilaian kepada
4 guru Sains Tahun 5.
E. JADUAL PELAKSANAAN
Minggu Aktiviti Yang Dilaksanakan
Mengumpulkan maklumat dan bahan dengan menggunakan
1 alat atau cara yang bersesuaian untuk melaksanakan tugasan
yang diberikan.
2. Membuat Pamflet
F. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Instrumen Pentaksiran Pamflet
1. Terdapat maklumat tentang kepentingan
penjagaan semua sistem dalam tubuh
manusia di dalam Pamflet. (TP 5)
Rubrik Pentaksiran 2. Menghasilkan Pamflet yang menarik, kemas,
mudah difahami, maklumat betul dan unik
tentang perkaitan antara sistem dalam
tubuh manusia. (TP6)
19
20
21
MODUL PBL SAINS TAHUN 5
A. PENGENALAN
Nama Murid
Kelas
Sekolah
Guru Mata Pelajaran
B. KANDUNGAN KURIKULUM
Tema SAINS HAYAT
Tajuk 3.0 Haiwan
Standard Kandungan 3.1 Kemandirian Spesies Haiwan
3.1.1 Menyatakan maksud kemandirian spesies
3.1.2 Menjelas dengan contoh ciri dan tingkah
laku khas haiwan untuk melindungi diri
daripada musuh
Standard Pembelajaran
3.1.3 Menjelas dengan contoh ciri dan tingkah
laku khas haiwan untuk melindungi diri
daripada cuaca melampau
TP4
Membina pengurusan grafik tentang ciri dan
Standard Prestasi tingkah laku khas haiwan bagi memastikan
kemandirian spesiesnya.
Di akhir projek ini, murid dapat:
i. Menyatakan maksud kemandirian spesies
haiwan dengan betul.
Objektif Pembelajaran / ii. Menyatakan ciri dan tingkah laku khas
Projek
haiwan untuk melindungi diri daripada musuh
dan cuaca melampau.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran
C. KETETAPAN PROJEK
Projek Yang Dihasilkan Buku Skrap
Tempoh Pelaksanaan 2 Minggu
Kertas berwarna, gambar haiwan, gam, warna,
Bahan Yang Digunakan gunting
D. ARAHAN
1 Hasilkan sebuah buku skrap tentang kemandirian spesies haiwan
22
menggunakan pengurusan grafik yang betul.
Rujuk buku teks Sains Tahun 5 pada muka surat 24 sebagai panduan
untuk menghasilkan buku skrap. Murid-murid digalakkan untuk
menghasilkan buku skrap mengikut kreativiti masing-masing tetapi
2
perlu diingat, murid perlu menggunakan elemen pengurusan grafik
dalam penghasilan buku skrap tersebut.
Murid boleh merujuk buku teks Sains Tahun 5 pada muka surat 19-26
untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan topik kemandirian
2
haiwan.
Cari gambar haiwan melalui internet, kemudian cetak dan gunting
gambar haiwan tersebut untuk dijadikan contoh di dalam buku skrap
3
yang akan dihasilkan.
Murid perlu melekatkan gambar-gambar haiwan yang telah dipilih di
dalam buku skrap beserta maklumat berkaitan dengan kemandirian
4
haiwan tersebut menggunakan pengurusan grafik yang sesuai.
Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil gambar murid semasa
proses menghasilkan buku skrap tersebut sebagai bukti dan
5
dokumentasi pelaksanaan oleh murid agar mudah dipantau oleh guru.
E. JADUAL PELAKSANAAN
Minggu Aktiviti Yang Dilaksanakan
Mengumpul bahan dan maklumat yang diperlukan di dalam
1
buku skrap.
1. Membuat dan menghasilkan buku skrap kemandirian
spesies haiwan.
2
2. Menghantar buku skrap untuk disemak oleh guru.
F. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Instrumen Pentaksiran Buku skrap
Dalam buku skrap terdapat pengurusan grafik
Rubrik Pentaksiran tentang ciri dan tingkah laku khas haiwan bagi
memastikan kemandirian spesiesnya. (TP4)
23
MODUL PBL SAINS TAHUN 5
A. PENGENALAN
Nama Murid
Kelas
Sekolah
Guru Mata Pelajaran
B. KANDUNGAN KURIKULUM
Tema SAINS HAYAT
Tajuk 3.0 Haiwan
Standard Kandungan 3.1 Kemandirian Spesies Haiwan
3.1.4 Mengenal pasti cara haiwan melindungi
telurnya
3.1.5 Mengenal pasti cara haiwan memastikan
anaknya terus hidup.
Standard Pembelajaran 3.1.6 Menjelaskan pemerhatian tentang
kemandirian spesies haiwan melalui
lakaran, TMK, penulisan atau lisan
secara kreatif
Standard Prestasi TP4
Membina pengurusan grafik tentang ciri dan
tingkah laku khas haiwan bagi memastikan
kemandirian spesiesnya
Di akhir projek ini, murid dapat:
Mengenal pasti cara haiwan melindungi
Objektif Pembelajaran / i. telurnya.
Projek
ii. Mengenal pasti cara haiwan memastikan
anaknya terus hidup.
Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran Pendekatan Inkuiri
C. KETETAPAN PROJEK
Projek Yang Dihasilkan Portfolio
Tempoh Pelaksanaan 2 minggu
24
Gambar haiwan, fail, gam, gunting dan kertas A4
Bahan Yang Digunakan
D. ARAHAN
1 Rujuk buku teks muka surat 64 hingga 68
2 Hasilkan sebuah Portfolio tentang cara haiwan melindungi telurnya.
dan cara haiwan memastikan anaknya terus hidup
Di dalam portfolio tersebut, haruslah mengandungi
1. Muka depan
2. Tajuk (Haiwan melindungi telurnya dan memastikan anaknya
terus hidup)
3. Isi kandungan
4. Haiwan melindungi telurnya
5. Haiwan melindungi anaknya
6. Rujukan
3 Tugasan 1
Haiwan melindungi telurnya
a. Cari lima gambar haiwan bertelur dan tampal atau lakar lima
gambar haiwan bertelur dan tampal.
b. Nyatakan bagaimana haiwan tersebut melindungi telurnya.
4 Tugasan 2
Haiwan melindungi anaknya
a. Cari lima gambar haiwan melahirkan anak dan tampal atau
lakar lima gambar haiwan melahirkan anak dan tampal.
b. Nyatakan bagaimana haiwan tersebut memastikan anaknya
terus hidup
5 Hantar tugasan pada tarikh yang telah ditetapkan
E. JADUAL PELAKSANAAN
Minggu Aktiviti Yang Dilaksanakan
1 Mengumpul maklumat dan bahan.
2 Menyiapkan tugasan
F. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Instrumen Pentaksiran Portfolio
Rubrik Pentaksiran Membina pengurusan grafik tentang ciri dan tingkah
laku khas haiwan bagi memastikan kemandirian
spesiesnya. (TP4)
25
MODUL PBL SAINS TAHUN 5
A. PENGENALAN
Nama Murid
Kelas
Sekolah
Guru Mata Pelajaran
B. KANDUNGAN KURIKULUM
Tema SAINS HAYAT
Tajuk 3.0 Haiwan
Standard Kandungan 3.2 Mereka Cipta Model Haiwan
3.2.1 Mencipta model haiwan imaginasi yang
boleh melindungi diri daripada musuh dan
cuaca melampau.
3.2.2 Menaakul ciri khas pada model haiwan
imaginasi bagi melindungi diri daripada
musuh dan cuaca melampau.
Standard Pembelajaran 3.2.3 Berkomunikasi tentang ciri khas haiwan
bagi mengagumi ciptaan Tuhan dalam
memastikan keseimbangan alam semula
jadi.
3.2.4 Menjelaskan pemerhatian tentang model
haiwan imaginasi melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan secara kreatif.
TP6
Mereka bentuk model haiwan imaginasi dengan
Standard Prestasi mengaplikasikan pengetahuan tentang ciri dan
tingkah laku khas haiwan serta membuat
penaakulan tentang ciri tersebut.
Di akhir projek ini, murid dapat mereka bentuk
model haiwan imaginasi dengan
Objektif Pembelajaran / mengaplikasikan pengetahuan tentang ciri dan
Projek tingkah laku khas haiwan serta membuat
penaakulan tentang ciri tersebut.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran
26
C. KETETAPAN PROJEK
Model Haiwan Imaginasi
Projek Yang Dihasilkan
Video Pembentangan
Tempoh Pelaksanaan 5 hari
1. Kertas A4
2. Pensel
3. Pensel Warna
4. Gam
5. Gunting
Bahan Yang Digunakan
6. Pita pelekat
7. Kertas warna atau kad manila berwarna
8. Bahan-bahan terpakai (Kotak, botol plastik,
polisterina, tin aluminium, ranting kayu dan
sebagainya).
D. ARAHAN
1 Hasilkan sebuah Model Haiwan Imaginasi.
Murid dikehendaki melakar model haiwan imaginasi pada sehelai
2 kertas A4.
Murid dikehendaki melabelkan ciri-ciri khas dan tingkah laku khas
3
model haiwan imaginasi.
Murid perlu mencadangkan alat dan bahan yang diperlukan untuk
4
menghasilkan model haiwan imaginasi.
5 Murid menghasilkan model haiwan imaginasi tersebut.
6 Murid dikehendaki membentangkan hasil di hadapan kelas.
E. JADUAL PELAKSANAAN
Hari Aktiviti Yang Dilaksanakan
1 Murid melakar model haiwan imaginasi.
Murid melabelkan ciri-ciri khas dan tingkah laku khas model
2
haiwan imaginasi.
Murid menyediakan alat dan bahan yang diperlukan untuk
3
menghasilkan model haiwan imaginasi.
4 Murid menghasilkan model haiwan imaginasi.
Murid menyiapkan skrip pembentangan berdasarkan
persoalan berikut:
a) Apakah ciri-ciri khas dan tingkah laku khas haiwan
imaginasi tersebut?
b) Apakah yang akan berlaku sekiranya haiwan
imaginasi tersebut tidak dicipta dengan ciri-ciri khas
5 dan tingkah laku khas tersebut?
c) Mengapakah Tuhan menciptakan ciri-ciri khas yang
berbeza pada haiwan untuk melindungi diri mereka?
d) Bagaimanakah ciri-ciri tersebut boleh memastikan
keseimbangan alam semula jadi?
27
F. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
1. Hasil projek (Gambar model haiwan imaginasi
dan video pembentangan murid).
Instrumen Pentaksiran 2. Lakaran model haiwan yang berlabel ciri-ciri khas
dan tingkah laku khasnya.
Menghasilkan model haiwan imaginasi dengan
mengaplikasikan pengetahuan tentang ciri dan
Rubrik Pentaksiran tingkah laku khas haiwan serta membuat
penaakulan dalam video pembentangan tentang ciri
tersebut. (TP6)
28
MODUL PBL SAINS TAHUN 5
A,PENGENALAN
Nama Murid
Kelas
Sekolah
Guru Mata Pelajaran
B. KANDUNGAN KURIKULUM
Tema SAINS HAYAT
Tajuk 3.0 Haiwan
Standard Kandungan 3.3 Hubungan Makanan Antara Hidupan
3.3.1 Menyatakan maksud rantai makanan.
3.3.2 Mengenal pasti pengeluar dan
pengguna dalam rantai makanan.
Standard Pembelajaran 3.3.3 Merumus tentang hubungan makanan
antara hidupan dengan proses
fotosintesis dari aspek perpindahan
tenaga berdasarkan rantai makanan.
TP4 - Menaakul kepentingan hubungan makanan
antara hidupan dari aspek perpindahan
tenaga.
TP5 - Meramal kesan perubahan populasi
hidupan dalam rantai makanan.
Standard Prestasi
TP6 - Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif
tentang perpindahan tenaga dalam
hubungan makanan antara hidupan dan
mempersembahkannya.
Di akhir projek ini, murid dapat:
i. Menyatakan maksud rantai makanan.
ii. Meramal kesan perubahan populasi hidupan
Objektif Pembelajaran / dalam rantai makanan.
Projek iii. Menjelaskan pemerhatian tentang hubungan
makanan antara hidupan melalui penghasilan
video secara kreatif.
Strategi Pengajaran dan Inkuiri Penemuan
Pembelajaran Pembelajaran Berasaskan Projek
C. KETETAPAN PROJEK
Projek Yang Dihasilkan 1. Gambar Digital (Pengeluar – Pengguna)
29
2. Pamflet Rantai Makanan Pelbagai
Habitat
3. Video Pembentangan
Tempoh Pelaksanaan 2 Minggu
Projek 1: Telefon Pintar
Projek 2: Kertas A4 pelbagai warna, marker
pen pelbagai warna, pen, pensil,
warna kayu atau krayon, gambar-
gambar tumbuhan dan haiwan
Bahan Yang Digunakan
pelbagai habitat, gunting dan gam.
Projek 3: Video Pembentangan
(Hubungan Makanan Dengan Proses
Fotosintesis – Perpindahan Tenaga)
D. ARAHAN
1.0 Hasilkan 5 gambar digital menggunakan telefon pintar.
1.1 Sila baca buku teks Sains Tahun 5 dalam muka surat 74 hingga
76 untuk mengetahui maksud rantai makanan dan mengukuhkan
pemahaman tentang rantai makanan.
1.2 Sila fokus pembacaan anda pada muka surat 76 tersebut untuk
mengetahui bahawa anak panah bermaksud ‘dimakan oleh.’
1.3 Ketahui maksud ‘Pengeluar’ dan ‘Pengguna’ dengan melanjutkan
pembacaan buku teks muka surat 77 hingga 78.
Sebagai contoh:
(i) Burung menghisap madu
(ii) Rama-rama menghisap madu
(iii) Ulat beluncas memakan daun
(iv) Kambing meragut rumput
(v) Kerbau meragut rumput
1
(vi) Siput memakan daun
(vii) Monyet memakan tumbuhan
(vii) Lembu meragut rumput
(viii) Burung pipit memakan padi; dan sebagainya yang
menunjukkan hubungan antara pengeluar dan pengguna.
Nota: Pilih 5 gambar sahaja yang boleh didapati di kawasan
anda.
1.5 Edit gambar yang ditangkap menggunakan telefon pintar
dengan menulis nama pengeluar dan pengguna.
1.6 Hantar hasil kerja anda kepada guru untuk tujuan
pentaksiran. Kongsikan hasil kerja anda kepada kawan-
kawan untuk dijadikan sebagai rujukan.
2,.0 Hasilkan pamflet tentang rantai makanan dalam pelbagai habitat.
2
2.1 Kenal pasti hidupan di habitat sawah padi, habitat kolam
dan habitat hutan. Boleh rujuk buku teks muka surat 80-88.
30
2.2 Bina 5 rantai makanan daripada setiap habitat.
(Catat dalam buku latihan sebagai rujukan.)
2.3 Cari gambar-gambar daripada dua habitat yang anda
tentukan sendiri daripada tiga habitat.
2.4 Lipat kertas A4 kepada 2 bahagian supaya ia menjadi asas
Pamflet. Hasilkan pamflet tentang hidupan di dua
Habitat serta 5 rantai makanan bagi setiap habitat.
2.5 Anda boleh lekatkan gambar-gambar pengeluar diikuti
dengan pengguna pertama, kedua dan ketiga bagi
membentuk rantai makanan. Lukis dan warnakan anak
panah sebagai simbol ‘dimakan oleh.’
2.6 Hiaskan pamflet tersebut mengikut kreativiti sendiri.
2.7 Hantar hasil projek anda kepada guru.
Nota: Anda boleh merakam video tentang cara-cara anda
menghasilkan pamphlet tersebut dan kongsikan kepada
rakan-rakan lain sebagai panduan mereka.
3.0 Hasilkan sebuah video pembentangan tentang hubungan
makanan antara hidupan dari aspek perpindahan tenaga.
3.1 Sila baca nota dalam buku teks Sains Tahun 5 muka surat
79 hingga 81.
3.2 Sila fahami bahawa rantai makanan juga menunjukkan
hubungan makanan antara hidupan dari asppek
perpindahan tenaga.
3.3 Catat 5 contoh yang menunjukkan perpindahan tenaga
dalam rantai makanan dihabitat sawah padi ( rujuk buku
teks muka surat 80 – 81).
3
3.4 Cari gambar-gambar berkaitan untuk digunakan dalam
pembentangan anda.
3.5 Rakam video berdurasi 3 minit ke 5 minit yang menunjukkan
pemerhatian anda terhadap hubungan makanan antara
hidupan dari aspek perpindahan tenaga. Anda boleh
menggunakan gambar, kata kunci dan seumpamanya
untuk menjelaskan pemerhatian anda.
3.6 Hantar video pembentangan anda kepada guru untuk
tujuan pentaksiran. Anda boleh kongsikan video ini kepada
rakan-rakan lain sebagai rujukan mereka.
E. JADUAL PELAKSANAAN
Minggu Aktiviti Yang Dilaksanakan
1 Gambar Digital dan Pamflet Rantai Makanan
2 Video Pembentangan
F. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Gambar Digital
Pamflet Rantai Makanan
Instrumen Pentaksiran
Video Pembentangan
Senarai semak
31
Lembaran kerja
TP1 Menyatakan sumber tenaga utama
dalam rantai makanan.
TP2 Mengenal pasti pengeluar dan pengguna
dalam rantai makanan.
TP3 Membina lebih dua rantai makanan
dalam satu habitat.
TP4 Menaakul kepentingan hubungan
makanan antara hidupan dari aspek
Rubrik Pentaksiran
perpindahan tenaga.
TP5 Meramal kesan perubahan populasi
hidupan dalam rantai makanan.
TP6 Berkomunikasi secara kreatif dan
inovatif tentang perpindahan tenaga
dalam hubungan makanan antara
hidupan dan mempersembahkannya.
SENARAI SEMAK PROJEK 1
Mata Pelajaran Sains (Tahun 5)
Tema Sains Hayat
Tajuk Rantai Makanan
Objektif 3.3.1 Menyatakan maksud rantai
Pembelajaran makanan.
3.3.2 Mengenal pasti pengeluar
dan
pengguna dalam rantai
makanan.
Penerangan Aktiviti Murid akan meluaskan
pembelajaran secara inkuiri
penemuan iaitu menangkap
gambar sebenar yang
menunjukkan hubungan makanan
tersebut mengikut arahan yang
diberi. Gambar-gambar tersebut
akan disunting menggunakan
telefon pintar. Murid akan menulis
32
nama pengeluar dan pengguna
dalam gambar tersebut. Kemudian
mereka akan menyebarluaskan
dapatan mereka dengan
rakan-rakan.
Arahan: Sila tanda ( ⁄ ) sekiranya murid mencapai
kriteria yang dikehendaki.
BIL NAMA K1 K2 K3 K4 K5 K6 TP
MURID
1.
2.
3.
4.
5.
K1 – Murid mencapai objektif pembelajaran yang
ditetapkan
K2 – Murid mengaplikasikan Kemahiran Proses Sains
dalam penghasilan projek
K3 – Murid mematuhi cara-cara pelaksanaan projek
dengan bertatasusila
K4 – Murid mengaplikasikan ciri-ciri Pembelajaran Abad
ke-21
K5 – Murid menunjukkan kreativiti yang tinggi dalam
penghasilan projek
K6 – Murid menjadi suri teladan yang sangat efektif
kepada rakan-rakan lain
TP – Tahap Penguasaan
SENARAI SEMAK PROJEK 2
Mata Pelajaran Sains (Tahun 5)
Tema Sains Hayat
Tajuk Rantai Makanan
Objektif 3.3.2 Mengenal pasti pengeluar
Pembelajaran dan
pengguna dalam rantai
makanan.
Penerangan Aktiviti Murid dikehendaki menghasilkan
pamflet yang mengandungi 5
rantai makanan bagi setiap satu
habitat yang dipilih. (Rujuk cara
pelaksanaan projek)
Penghasilan pamflet adalah
mengikut kreativiti murid untuk
33
mencapai objektif yang ditetapkan.
Arahan: Sila tanda ( ⁄ ) sekiranya murid mencapai
kriteria yang dikehendaki.
BIL NAMA K1 K2 K3 K4 K5 K6 TP
MURID
1.
2.
3.
4.
5.
K1 – Murid mencapai objektif pembelajaran yang
ditetapkan
K2 – Murid mengaplikasikan Kemahiran Proses Sains
dalam penghasilan projek
K3 – Murid mematuhi cara-cara pelaksanaan projek
dengan bertatasusila
K4 – Murid mengaplikasikan ciri-ciri Pembelajaran Abad
ke-21
K5 – Murid menunjukkan kreativiti yang tinggi dalam
penghasilan projek
K6 – Murid menjadi suri teladan yang sangat efektif
kepada rakan-rakan lain
TP – Tahap Penguasaan
SENARAI SEMAK PROJEK 3
Mata Pelajaran Sains (Tahun 5)
Tema Sains Hayat
Tajuk Rantai Makanan
Objektif 3.3.3 Merumus tentang hubungan
Pembelajaran makanan
antara hidupan dengan
proses
fotosintesis dari aspek
perpindahan
tenaga berdasarkan rantai
makanan.
Penerangan Aktiviti Murid dikehendaki menghasilkan
video berdurasi 3 minit ke 5 minit
yang menunjukkan pemerhatian
mereka terhadap hubungan
makanan antara hidupan dari
aspek perpindahan tenaga. Murid
34
boleh menggunakan gambar, kata
kunci dan seumpamanya untuk
menjelaskan pemerhatian mereka.
Arahan: Sila tanda ( ⁄ ) sekiranya murid mencapai
kriteria yang dikehendaki.
BIL NAMA K1 K2 K3 K4 K5 K6 TP
MURID
1.
2.
3.
4.
5.
K1 – Murid mencapai objektif pembelajaran yang
ditetapkan
K2 – Murid mengaplikasikan Kemahiran Proses Sains
dalam penghasilan projek
K3 – Murid mematuhi cara-cara pelaksanaan projek
dengan bertatasusila
K4 – Murid mengaplikasikan ciri-ciri Pembelajaran Abad
ke-21
K5 – Murid menunjukkan kreativiti yang tinggi dalam
penghasilan projek
K6 – Murid menjadi suri teladan yang sangat efektif
kepada rakan-rakan lain
TP – Tahap Penguasaan
35
Nama :______________________________________
Tarikh:_______________________________________
Rajah di bawah menunjukkan pelbagai hidupan yang
boleh didapati dalam pelbagai habitat.
Rajah 1
Bina empat rantai makanan dan nyatakan habitat rantai
makanan tersebut.
Rantai Makanan Habitat
Nyatakan pengeluar dalam rajah tersebut.
_____________________________________________
_____________________________________________
36
Nama:_______________________________________
Tarikh:_______________________________________
Rajah di bawah menunjukkan hidupan dalam habitat
kolam.
Rajah 2
1. Bina dua rantai makanan berdasarkan Rajah 2 di atas.
(i) __________________________________________
(ii)___________________________________________
2. Nyatakan:
(i)
Pengeluar:____________________________________
(ii) Pengguna
Primer:_______________________________________
3. Apakah yang akan berlaku pada bilangan ikan kecil
sekiranya bilangan ikan besar bertambah?
_____________________________________________
_____________________________________________
37
2.
Rajah di atas menunjukkan hubungan makanan yang
boleh didapati di sebuah habitat.
(a) Mengapakah fitoplankton boleh disebut sebagai
pengeluar?
_____________________________________________
_____________________________________________
(b) Nyatakan hidupan yang merupakan herbivor.
Mengapa?
_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
(c) Ramalkan apa yang terjadi jika fitoplankton berkurang
disebabkan pencemaran air.
_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
(d) Tulis dua rantai makanan daripada siratan makanan
di atas.
(i)___________________________________________
_____________________________________________
(ii)___________________________________________
_____________________________________________
(e) Pada pendapat kamu, nyatakan haiwan yang
mempunyai persaingan sengit untuk mendapatkan
makanan. Mengapa?
_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
____________________________________________
38
MODUL PBL SAINS TAHUN 5
A. PENGENALAN
Nama Murid
Kelas
Sekolah
Guru Mata Pelajaran
B. KANDUNGAN KURIKULUM
Tema SAINS HAYAT
Tajuk 3.0 Haiwan
Standard Kandungan 3.3 Hubungan makanan antara hidupan
3.3.4 Menyatakan maksud siratan makanan
3.3.5 Membina siratan makanan di pelbagai
habitat
3.3.6 Meramalkan kesan terhadap hidupan lain
jika berlaku perubahan populasi dalam
Standard Pembelajaran
siratan makanan suatu habitat
3.3.7 Menjelaskan pemerhatian tentang
hubungan makanan antara hidupan melalui
lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara
kreatif
TP 6
Berkomunikasi secara kreatif dan inovatif tentang
Standard Prestasi perpindahan tenaga dalam hubungan makanan
antara hidupan dan mempersembahkannya.
Di akhir projek ini, murid dapat :
i. Membina siratan makanan di pelbagai habitat
Objektif Pembelajaran / ii. Meramalkan kesan terhadap hidupan lain jika
Projek
berlaku perubahan populasi dalam siratan
makanan suatu habitat
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran
C. KETETAPAN PROJEK
Buku Skrap
Projek Yang Dihasilkan
Video
Tempoh Pelaksanaan 3 hari
Gambar gambar haiwan, gambar tumbuhan,
gambar anak panah, kertas A4 dan ring binding,
Bahan Yang Digunakan warna krayon, pen, pensel, double tape glue,
gunting kertas.
39
D. ARAHAN
Hasilkan sebuah buku skrap tentang siratan makanan yang
mengandungi :
1 -tajuk
-Isi kandungan
-siratan makanan pada beberapa habitat.
Kumpulkan gambar haiwan dan tumbuhan yang ada di habitat seperti
2
ladang sawit, kolam, padang rumput dan sebagainya.
Tampalkan dan susun gambar- gambar haiwan dan tumbuhan dalam
3
pengurusan grafik siratan makanan mengikut habitat.
Bentang hasil tugasan melalui rakaman video.
Dalam pembentangan buku skrap, nyatakan juga
4 -maksud siratan makanan
-kesan terhadap hidupan lain jika berlaku perubahan populasi dalam
siratan makanan suatu habitat.
E. JADUAL PELAKSANAAN
Hari Aktiviti Yang Dilaksanakan
Penyediaan bahan seperti gambar-gambar haiwan dan
1
tumbuhan.
Menampal gambar gambar berkaitan dengan menggunakan
2
pengurusan grafik mengikut habitat.
Merakam dan membentangkan hasil tugasan serta
3
menghantar hasil tugasan kepada guru matapelajaran
F. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Buku skrap,
Instrumen Pentaksiran
Video Pembentangan
Buku skrap yang mengandungi pengurusan grafik
Rubrik Pentaksiran siratan makanan dan video pembentangan. (TP6 )
40
41
MODUL PBL SAINS TAHUN 5
A. PENGENALAN
Nama Murid
Kelas
Sekolah
Guru Mata Pelajaran
B. KANDUNGAN KURIKULUM
Tema SAINS HAYAT
Tajuk Tumbuhan
Standard Kandungan 4.1 Kemandirian Spesies Tumbuhan
4.1.1 Menjelas dengan contoh ciri khas
tumbuhan untuk melindungi diri daripada
musuh
4.1.2 Menjelas dengan contoh ciri khas
tumbuhan untuk menyesuaikan diri
Standard Pembelajaran daripada musuh
4.1.3 Menjelaskan pemerhatian tentang
kemandirian spesies tumbuhan melalui
lakaran TMK,penulisan atau lisan
secara kreatif
TP3 - Menjelaskan dengan contoh ciri khas
tumbuhan bagi memastikan kemandirian
spesisnya
TP5 – Menyokong ramalan tentang cara
Standard Prestasi
tumbuhan lain melindungi diri dan
menyesuaikan diri berdasarkan
pengetahuan ciri khas tumbuhan tersebut
Di akhir projek ini, murid dapat menjelas dengan
contoh ciri khas tumbuhan bagi memastikan
Objektif Pembelajaran / kemandirian spesiesnya dan menyokong ramalan
Projek tentang cara tumbuhan melindungi diri dan
menyesuaikan diri berdasarkan ciri khas
tumbuhan.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran
C. KETETAPAN PROJEK
Projek Yang Dihasilkan Buku skrap
Tempoh Pelaksanaan 2 Minggu
42
Buku skrap dan gambar tumbuhan ,nota tentang
Bahan Yang Digunakan tumbuhan
D. ARAHAN
Hasilkan sebuah buku skrap yang bertajuk “ Tumbuhan Melindungi
1
Diri Daripada Musuh”.
2 Rujuk buku teks Sains Tahun 5 muka surat 93-109.
Digalakkan juga untuk mencari maklumat tambahan di internet.
Tugasan 1
Pilih dan tampalkan gambar beberapa tumbuhan pada buku skrap.
Pada setiap tumbuhan yang ditampal tuliskan maklumat berdasarkan
soalan-soalan berikut:
3 a) Bagaimanakah tumbuhan ini mengekalkan spesiesnya?
b) Bagaimanakah ciri-ciri khas yang terdapat pada tumbuhan ini?
c) Bagaimanakah ciri-ciri khas tersebut boleh membantu
tumbuhan ini melindungi diri daripada musuh?
d) Berikan contoh tumbuh-tumbuhan lain yang mempunyai ciri-ciri
khas yang sama dengan ciri-ciri khas yang telah di kenal pasti
yang terdpat dalam gambar buku skrap kamu?
e) Apakah maklumat lain yang menarik tentang tumbuhan ini?
Pada helaian lain buku skrap juga, jawab soalan berikut:
Tugasan 2
4 Gambarajah 1
a) Nyatakan ciri tumbuhan seperti di dalam gambarajah 1 untuk
melindungi diri daripada cuaca yang panas dan kering?
b) Kaktus tumbuh di kawasan panas dan kering. Ramalkan dan
jelaskan cara kaktus menyesuaikan diri dengan iklim itu
berdasarkan ciri pada tumbuhan seperti dalam gambarajah 1?
c) Nyatakan ciri khas yang terdapat pada bunga pakma untuk
melindungi diri daripada musuh.
d) Pokok bunga kertas akan meluruhkan daun ketika cuaca
panas dan musim kering. Mengapa?
5 Murid membuat video pembentangan.
43
E. JADUAL PELAKSANAAN
Minggu Aktiviti Yang Dilaksanakan
1 Mengumpul maklumat dan bahan.
Membuat buku skrap.
2 Membuat video pembentangan
F. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Video Pembentangan
Instrumen Pentaksiran
Buku Skrap
1. Terdapat maklumat tentang contoh ciri khas
tumbuhan bagi memastikan kemandiriran
spesiesnya di dalam buku skrap dan video. (TP3)
Rubrik Pentaksiran 2. Terdapat ramalan tentang cara tumbuhan lain
melindungi diri dan menyesuaikan diri
berdasarkan pengetahuan ciri khas tumbuhan
tersebut. (TP5)
44