The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook Solat Cara Rasulullah untuk semua khususnya untuk pelajar PMTG.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sa'amah Hassan, 2021-11-19 18:08:21

Solat Cara Rasulullah

Ebook Solat Cara Rasulullah untuk semua khususnya untuk pelajar PMTG.

1

SOLAT

CARA RASULULLAH

Nor Sidah Che Din
Sa’amah Hassan
Abdul Shukor Hassan

Diterbitkan oleh:

POLITEKNIK METrO TASEK GELUGOR
No 25, Jalan Komersial 2
Pusat Komersial Tasek Gelugor
13300 Tasek Gelugor
Pulau Pinang, Malaysia
Tel: 04-5732789

©Politeknik METrO Tasek Gelugor 2021
Hak cipta terpelihara.
Penerbitan ini bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai perkara yang
dibincangkan. Semua rujukan yang disertakan dalam buku ini adalah untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Buku ini atau sebahagian daripadanya, tidak boleh diterbitkan semula dalam
sebarang bentuk tanpa kebenaran daripada penerbit.

e-ISBN: 978-967-2744-02-3

PRAKATA

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah s.w.t atas segala rahmat dan inayahNya jua yang
telah memberi petunjuk agar e book bertajuk Solat Cara Rasulullah ini dihasilkan. Terima kasih
kepada pihak PMTG atas saranan penghasilan e-book bagi tujuan pengajaran dan rujukan
pelajar secara khusus dan khalayak umum secara amnya.

E-book ini dihasilkan dengan harapan memberi panduan kepada semua berkaitan cara ibadah
solat yang sempurna mengikut cara Rasulullah dengan disokong oleh dalil-dalil dari Al- Quran
dan hadis yang sahih. Ianya disusun dengan harapan dapat memberi gambaran yang jelas
kepada pelajar dan semua berkaitan perlaksanaan solat yang paling sempurna untuk dijadikan
rujukan dalam bentuk yang mudah.

Idea ini diketengahkan sebagai satu jawapan kepada persoalan pelajar berkaitan cara
melaksanakan ibadah solat dengan cara yang paling baik dan hasil daripada tinjauan pensyarah
ke atas penguasaan pelajar berkaitan praktikal amali solat yang dilaksanakan dalam sesi
pembelajaran di Politeknik.

Dalam melaksanakan ibadah solat terdapat pertembungan pendapat dalam cara perlaksaannya
dan Islam sentiasa meraikan perbezaan pendapat tersebut. Di dalam e book ini disediakan dalil-
dalil dari Quran dan Hadis yang menjelaskan cara perlaksanaan solat yang sempurna mengikut
cara Rasulullah untuk dijadikan panduan dalam memperbaiki hubungan kita dengan Allah sw.t.

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN.......................................................................................................................................... 1
1- Menghadap Kiblat........................................................................................................................... 2
2- Meletakkan Penghadang di Hadapan Ketika Solat ......................................................................... 4
3- Berdiri Tegak (Bagi yang Berkemampuan)...................................................................................... 6
4- Niat................................................................................................................................................10
5- Takbiratulihram ............................................................................................................................14
6- Mendakap Tangan Ketika Berdiri..................................................................................................20
7- Membaca Doa Iftitah ....................................................................................................................22
8- Membaca Surah al-Fatihah...........................................................................................................24
9- Membaca surah-surah yang pendek ............................................................................................28
10- Rukuk ..........................................................................................................................................29
11- Iktidal ..........................................................................................................................................34
12- Sujud ...........................................................................................................................................35
13- Duduk Antara Dua Sujud.............................................................................................................44
14- Sujud Kedua ................................................................................................................................47
15- Duduk Tasyahud/Tahiyat Awal ...................................................................................................47
16 - Tasyahud Akhir...........................................................................................................................54
17 - Salam..........................................................................................................................................58
18- Menyapu Dahi dan Hidung Sesudah Solat..................................................................................60
19- Mengangkat Tangan dan Menbaca Doa Secara Berjamaah.......................................................62

PENUTUP ............................................................................................................................................... 66
RUJUKAN ............................................................................................................................................... 67

PENGENALAN

Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dalam
istilah syara’ solat bermaksud ibadah yang tersusun dari beberapa perkataan dan
perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan mengikut
syarat-syarat yang tertentu.

Solat merupakan rukun Islam yang kedua. Menjadi kewajipan kepada seluruh muslimin
dan muslimat agar mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Ibadah solat merupakan
ibadah yang paling istimewa kerana ianya merupakan perintah secara lansung tanpa melalui
perantaraan Malaikat Jibrail a.s. Ibadah solat juga merupakan amalan pertama yang akan
dihisab apabila kita bertemu dengan Allah kelak di akhirat nanti. Ianya merupakan hubungan
secara lansung kita dengan Khaliq, Tuhan yang menciptakan kita dan seharusnya menjadi
kewajipan kita semua agar dapat melaksanakannya dalam bentuk yang paling sempurna
sebagai tanda pengabdian kita kepada Yang Maha Esa.

Walaubagaimanapun dalam kehidupan seharian kita akan berhadapan dengan pelbagai
cara perlaksanaan solat dilaksanakan dengan cara yang berlainan. Dalam melaksanakan ibadah
utama ini seeloknya kita mempelajari dan mengetahui perilaku solat yang sempurna bagi
menepati ciri-ciri yang diamalkan oleh Rasullah SAW. Sambil mengutamakan pentafsiran
mazhab Syafi’i terhadap dalil-dalil yang digunakan dan memanfaatkan ijtihad dari mazhab-
mazhab lain juga dalam kehidupan kita.

Di dalam buku ini dibincangkan dalil-dalil bagi memberi penjelasan yang lebih
terperinci kepada pembaca berkaitan cara perlaksanaan solat yang lebih hampir kepada amalan
Rasulullah SAW. Ianya disusun agar dapat menjadi rujukan kepada semua dalam mempelajari
perlaksaan solat dengan lebih baik dan memperbaiki ibadah kita kepada Allah s.w.t.

1

1- Menghadap Kiblat

Dalil menghadap kiblat

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:

َ‫َو ِم ْنَ َح ْي ُثَ َخ َر ْج َتَفَ َو ِلَ َو ْج َه َكَ َش ْط َرَا ْل َم ْس ِج ِدَا ْل َح َرا ِمََۗ َو ِا ّنَ ٗهَ َل ْل َح ُّقَ ِم ْنَ َّر ِب َكََۗ َو َماَّٰلهلاَُ ِبغَافِ ٍلَ َع َّماَتَ ْع َملُ ْو َن‬

Maksudnya” Dan dari manapun engkau (Muhammad) keluar (untuk mengerjakan
sembahyang), hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam, sesungguhnya itu benar-benar
ketentuan dari Tuhanmu. Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.”

(Surah al- Baqarah :149)

Ayat di atas jelas menunjukkan arahan Allah subhanahu wa ta’ala untuk menghadapakan wajah
ke arah kiblat ketika solat sama ada ketika bermukim mahupun sedang bermusafir. “Wajah“
dalam ayat tadi membawa maksud muka dan tubuh, mata atau dada. Sekiranya dalam keadaan
bermusafir, terlampau sejuk (seperti ribut salji, angin sejuk untuk berhadapan dengan kiblat),
terikat, bahaya dan darurat-darurat lain, maka solat tetap sah jika tidak mampu mengadap
kiblat.

Kiblat ketika musafir

Hukum dalam keadaan ini dibahagi kepada dua keadaan:

i- SOLAT SUNAT

Para ulama telah ijmak bahawa dibenarkan untuk menghadap ke hadapan sahaja jika ia berada
di atas kenderaan dalam musafir yang panjang. Malah dibenarkan juga untuk menunaikan solat
ini secara isyarat sahaja, sujud hendaklah lebih rendah daripada rukuk.

Ia berdalilkan kepada hadis tentang baginda Rasulullah SAW yang hanya menurut mana-mana
arah perjalanan kenderaan apabila telah memulakan perjalanan. Terdapat hadis sahih riwayat
al-Bukhari dan Muslim yang menyebut keadaan demikian. Tetapi Nabi SAW hanya solat di
atas kenderaan untuk solat sunat sahaja.

ii- SOLAT FARDHU

Solat fardhu – tidak dibenarkan solat di atas kenderaan menurut mazhab al- Syafi’i kecuali
dalam keaadaan yang tersangat berbahaya dan diberi keringanan jika berada di atas kapal. Ini
kerana Nabi SAW turun daripada kenderaan apabila ingin menunaikan solat fardhu,
sebagaimana hadis Nabi SAW:Maksudnya: “ Rasulullah SAW bersolat di atas binatang
tunggangannya menurut mana-mana arah yang ia hadapkan dan apabila ingin menunaikan
solat fardhu, Baginda turun dan menghadap kiblat.”

(Riwayat al- Bukhari)

2

Solat di dalam perjalanan yang tidak diketahui arah kiblat

Bagi mereka yang sedang bermusfir tetapi tidak mengetahui arah kiblat, diwajibkan berusaha
mencari arah kiblat terlebih dahulu. Setelah itu, bolehlah ia menghadap ke mana-mana arah
yang paling diyakininya. Dalilnya ialah hadis ‘Amir bin Rabi’ah:

Maksudnya “Aku melihat Rasulullah SAW di atas binatang tunggangannya sedang bertasbih
(solat sunat). Baginda mengisyaratkan kepalanya ke mana-mana arah yang ia hadapkan.
Namun Rasulullah SAW tidak pernah mel;akukannya (solat di atas tunggangan) dalam solat
fardhu.”

(Riwayat al- Bukhari dan Muslim)

Juga hadis daripada Ibn Umar:

Maksudnya: “ Aku telah melihat Rasulullah SAW bersolat di atas keldai, sedangkan Baginda
menghadap Khaybar (yakni bukan Makkah).”

(Riwayat Abu Daud, Malik dan Ibn Hibban)

Bagaimanapun, perlu dingati bahawa, “keringanan” untuk harus solat dalam keadaan tersebut
(atas kenderaan) mestilah dilakukan sekiranya bimbang jika tidak solat dalam waktu itu maka
waktu solat akan tamat sebelum dapat menunaikannya secara sempurna.

Namun, jika solat di atas haiwan yang bernajis hendaklah mempunyai alas yang suci dan bersih
dan diletakkan di antara haiwan dan penunggangnya.

Solat sambil berjalan bagi mereka yang bermusafir adalah tidak diharuskan kecuali pendapat
daripada mazhab Syafi’i dan ‘Ato Ibn Abi Rabah.

Tersilap ijtihad dalam menentukan kiblat

Sekiranya tersilap ijtihad dalam menentukan kiblat dan solat telahpun selesai didirikan,
maka solatnya TIDAK PERLU DIULANGI menurut mazhab Hanafi dan Hanbali.
Bagaimanapun, WAJIB DIULANGI SEMULA menurut mazhab Syafi’i dan Maliki.

Ahli rombongan mempunyai ijtihad kiblat berbeza

Jika di dalam satu rombongan musafir dan beberapa individu mempunyai ijtihad arah kiblat
yang tersendiri, setiap mereka mestilah solat mengikut arah yang mereka yakini. Tidak boleh
juga mereka berimam dengan orang yang meyakini ijtihad arah yang lain daripada
mereka. Ini kerana antara syarat sah solat ialah yakin akan arah kiblat yang sedang dihadap.

3

2- Meletakkan Penghadang di Hadapan Ketika Solat

Hikmah dan Falsafah

Ia bertujuan untuk memusatkan pemikiran orang yang sedang bersolat kepada ibadah solatnya
tanpa diganggu dengan lalu lalang orang ramai. Selain itu, ia juga bertujuan membezakan
antara orang yang sedang bersolat dengan orang di luar solat, agar tidak diganggu oleh
unsur-unsur luar.

Dalil meletakkan penghadang ( sutrah)

Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Apabila seseorang kamu ingin bersolat, hendaklah ia meletakkan sesuatu betul-
betul dihadapan wajahnya. Sekiranya tiada, pacakkanlah tongkat. Jika tongkat tidak didapati,
buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudarat sesiapa yang lalu di hadapannya.”

(Riwayat Abu Daud, Ahmad dan Ibn Hibban)

Jika hadis di atas terdapat perbincangan tentang sahih dan daifnya, terdapat juga sebuah lagi
hadis:

Maksudnya: “Apabila seseorang kamu telah meletakkan sesuatu di hadapannya seperti
pelana perjalanan, maka bersolatlah, serta tiada perlu lagi mempedulikan sesiapa yang
berjalan di belakang hadangan tadi.”

(Riwayat Muslim dan al- Tirmidzi)

Perbezaan ijtihad hukum meletakkan “sutrah”

i- Sekumpulan orang mentashihkan hadis, manakala kumpulan yang lain
melemahkannya.

ii- Berbeza dalam menentukan perintah dalam hadis yang menyuruh meletakkan
penghadang ini sama adamembawa erti WAJIB atau hanya SUNAT sahaja.

Akibat daripada dua hadis ini dan beberapa lagi hadis lain yang menyokong, maka berlakulah
perbezaan ijtihad dalam menentukan hukum meletakkan “sutrah”.

Maka secara purata, ulama bersepakat bahawa meletakkan penghadang di hadapan ketika ingin
solat adalah SUNAT sahaja, serta tidak sampai ke tahap wajib. Ini kerana mereka mendapati
dalil-dalil lan yang menjadi “qarinah” lalu dengannya huku wajib bwertukar kepada hanya
sunat sahaja.

4

Kesimpulan

Meletakkan penghadang ini adalah satu sunah Nabi SAW dan wajar untuk diikuti oleh umat
Islam walaupun ia tidak sampai ke thap wajib menurut sebahagian ulama. Berdalilkan kepda
hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a:

Maksudnya: “ Rasulullah SAW sedang solat di Mina, tanpa ada menghadap dinding (atau
sutrah), kemudian aku lalu di hadapan beberapa saf (hadapan)... namun Nabi SAW tidak
menegur tindakanku.”

(Riwayat al-Bukhari)

Ibn Hajar menyatakan bahawa Imam Syafi’i ketika mengulas hadis ini mengatakan ia
menandakan sutrah tidak wajib kerana tiada sutrah diletakkan di situ. Dalil ini juga disokong
oleh sebuah hadis lain riwayat al-Bazzar yang menyatakan Nabi menunaikan solat fardhu
tanpa sesuatu yang dijadikan sutrah. Imam an-Nawawi juga menyatakan ‘yustahab’atau
digalakkkan sahaja tanpa menyebut akan kewajibannya.

Namun begitu jika dilihat daripada tujuam meletakkan sutrah ini, ternyata ia merupakan satu
bentuk perkara sunat yang dituntut berdasarkan dua hadis ini:

Maksudnya: “Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini
mengetahui apa (jenis dosa yang dikenakan) nescaya dia berhenti menunggu selama empat
puluh lebih baik daripada lalu di hadapan orang solat ini. Abu an-Nadhr berkata perawi: ‘Aku
tidak mengetahui sama ada nabi menyebut empat puluh hari atau bulan atau tahun.”

(Riwayat al-Bukhari)

Dan sebuah lagi hadis menunjukkan dosa berjalan di hadapan orang solat, iaitu:

Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kalangan kamu sedang solat menghadap
sesuatu yang menghalangnya daripada manusia, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin
melintasi di hadapannya maka hendaklah menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang)
enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh memeranginya (menolaknya dengan kuat)
kerana sesungguhnya ia adalah syaitan.”

(Riwayat al-Bukhari)

Jelas daripada dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita meletakkan sutrah di waktu solat sendirian
agar tiada individu yang mendapat dosa kerana lalu di hadapan ketika solat selain akan
merosakkan solat kita.

Manakala meletakkan sutrah bagi mereka yang menunaikan solat sebagai makmum adalah
tidak diperlukan kerana sutrah makmum sudah terlaksana apanila imam meletakkannya. Ia
juga berdasarkan dalil Ibn Abbas yang melintasi jemaah makmum yang sedang menunaikan
solat berjemaah tanpa diingakari dan ditegah oleh mereka.

5

Pun begitu, adalah tidak digalakkan melintasi hadapan makmum yang sedang solat tanpa
hajat kerana ia pastinya mengganggu pemusatan fikiran dan pandagan mereka yang sedang
solat terbabit.

Berkenaan isu berjalan melintasi sutrah orang yang sedang bersolat iaitu imam atau mereka
yang sedang solat bersendirian, hukum boleh berubah seperti berikut:-

i. Keadaan sangat terdesak
Hukumnya harus apabila lintasan itu pada tahap darurat yang melibatkan kebahayaan
pada nyawa dan harta benda. Seperti di waktu kebakaran dan perluberlari untuk
menyelamatkan seseorang yang terperangkap dan sebagainya.

ii. Keadaan terdapat keperluan
Para ulama berbeza ijtihad kepada dua pendapat.

• Diharamkan: Ini adalah pandangan mazhab Syafi’i, Hanbali dan sebahagian
ulama Hanafi. Mereka berpandukan hadis larangan yang disebutkan di atas.

• Diharuskan: Pendapat ini merupakan salah satu pandangan imam Ahmad,
sebahagian ulama Syafi’i dan mazhab Maliki. Mereka berdalilkan firman Allah
yang menghendaki kemudahan bagi manusia dan bukan kesukaran. Imam an-
Nawawi menyatakan pandangan ini juga dipegang oleh al-Juwayni dan al-
Ghazali.

Adapun sekiranya yang ingin menlintasi itu adalah kanak-kanak, binatang seperti kucing dan
apa jua yang tidak mampu memahami isyarat dan halangan jika dilakukan, ia termasuk di
dalam hal yang dikecualikan.

Tentunya hukum haram dan tegahan itu hanya bagi mereka yang mukallaf dan bayi, kanak-
kanak serta binatang bukanlah mukallaf, manakala kegagalan individu yang sedang solat
menghalang juga tidak berdosa dan mengurangkan pahala solatnya dalam kes seperti ini kerana
ia termasuk di dalam hal di luar kemampuan dan keuzuran syari’i.

3- Berdiri Tegak (Bagi yang Berkemampuan)

Falsafah Berdiri Tegak

Suatu simbolik bagi seseorang berdiri dengan tubuh dan rohnya di hadapan Tuhan Sekalian
Alam, Yang Maha Mendengar apa yang diucapkan serta mengetahui apa yang diniatkan oleh
hamba-Nya.

Tidak syak lagi sesiapa yang melakukannya 5 kali sehari pastinya akan meninggalkan kesan
terhadap tindak-tanduk sehariannya kerana merasakan kebesaran Allah subhanahu wa ta’ala
Yang Maha Melihat dan mengawasinya.

6

Dalil Berdiri Tegak

Firma Allah subhanahu wa ta’ala:

Maksudnya: Dan berdirilah kepada Allah subhanahu wa ta’ala dalam keadaan taat (kepada-
Nya)

(Surah al-Baqarah: 238)

Sabda Nabi sallallahu’alaihi wasallam:

Maksudnya: “Bersolatlah kamu dalam keadaan berdiri, jika tiada kemampuan duduklah dan
jika tidak berkemampuan maka dalam keadaan mengiring di atas rusukmu.”

(Riwayat al-Bukhari)

Para ulama 4 mazhab juga telah sepakat dalam mewajibkan berdiri tegak ketika solat fardhu
bagi individu yang berkemampuan. Walau bagaimanapun, tidak wajib berdiri ketika solat
sunat, walaupun dalam keadaan berkemampuan, kerana kerangka asas solat sunat dibina di atas
dasar keringanan. Namun pahalanya adalah separuh daripada mereka yang solat sunat secara
berdiri.

Nabi Muhammad salallahu’alaihi wasallam menyebut:

Maksudnya: “Solat duduk adalah (pahalanya) seperti sebahagian daripada solat dalam
keadaan berdiri.”

(Riwayat Malik; 1/136,Muslim;1/508,no.735)

Keperluan dan kewajiban berdiri bagi solat fardhu akan berubah jika seseorang ditimpa
kecederaan dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan.

Jarak di antara dua kaki

Menjarakkan kedua-dua belah kaki semasa berdiri dalam solat merupakan perkara sunat
sahaja dan ia telah disepakati oleh para ulama. Namun, tiada dalil khusus yang menetapkan
jarak tertentu secara spesifik. Justeru, para ulama mazhab memberi cadangan masing-masing
yang dikira mampu membawa rasa khusyuk. Walau bagaimanapun,terdapat hadis yang tidak
menggalakkan untuk merapat kedua-dua belah kaki semasa solat. Justeru eloklah dijarakkan
kedua-dua belah kaki.

Pandangan ulama berkaitan jarak di antara kedua-dua kaki.

i. Mazhab Hanafi: Kadar 4 jari tangan. Jika kurang atau terlebih adalah makruh.
ii. Mazhab Syafi’i: Kadar sejengkal.
iii. Maliki dan Hanbali: Kadarnya dalah sederhana menurut ‘uruf, tidak terlalu luas, dan

tidak terlalu rapat.

7

Pun begitu, setakat pengkajian penulis, tidak didapati sebarang dalil khusus yang spesifik bagi
menyokong jarak yang disebutkan di atas.

Namun, jarak dua kaki menjadi penting dan tergolong dalam sunah yang khusus apabila
menunaikan solat secara berjemaah. Ini kerana ketika solat berjemaah, saf perlu dirapatkan
berdasarkan sumber hadis-hadis yang banyak antaranya:

Maksudnya: “Luruskanlah saf kamu (ketika solat) dan rapatkanlah (kedudukan saf),
sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku.”

(Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya: “Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau kamu akan bercanggah (melakukan
kesalahan) dengan arahan Allah di hadapan-Nya.

(Riwayat al-Bukhari)

Terdapat juga satu hadis lain yang menyebut:

Maksudnya: “Dirikan saf-saf, selarikan di antara bahu, penuhkan ruang-ruang kosong dan
jangan kamu tinggalkan selang-selang kosong untuk syaitan. Barang siapa yang menyambung
saf, Allah akan memutuskannya (dari rahmat-Nya).”

(Riwayat Abu Daud dan an-Nasai’e: Sohih menurut al-Albani)

Hadis di atas amat penting dan memberikan ancaman bagi mereka yang bermalasan dalam
merapat dan meluruskan saf.

Sebahagian ulama seperti mazhab Syafi’i menyatakan jarak yang sederhana dalah disarankan
ketika berdiri tegak untuk menunaikan solat sama ada solat sendirian mahupun berjemaah.
Imam Abdurrazaq membawakan sebuah riwayat di dalam kitabnya, al-Mushannaf tentang
pendirian Ibnu ‘Umar terhadap permasalahan ini:

Maksudnya: “Saya (Ibnu Juraij) telah bertanya kepada ‘Atha’ tentang seorang lelaki yang
merapatkan kedua-dua kakinya di dalam solat, beliau berkata: “Adapun cara itu sehingga
kedua-dua kaki saling bersentuhan, maka ia bukannya demikian. Tetapi, ia adalah sederhana
daripada cara tersebut.” Ibnu Juraji berkata lagi: “Nafi’ memberitahuku bahawa Ibnu ‘Umar
tidak terlalu menjarakkan di antara keduanya (kedua belah kaki) dan tidak menyentuh sebelah
kaki dengan kaki yang lain. Beliau berkata: “Jaraknya adalah di antara keduanya (jarak
sederhana.”

Jarak ini turut digunakan dalam mazhab Syafi’i ketika seseorang sedang sujud di dalam
solatnya. Bagi menjelaskan maksud sejengkal di dalam permasalahan ini, pengarang kitab
I’anah ath-Thalibin menyatakan:

Maksudnya: “Manakala maksud sejengkal ialah jarak yang pertengahan dan sederhana”.

8

Jarak kaki ketika solat berjemaah

Kedudukan Rapat- Kaki jemaah bersentuhan

Kedudukan Renggang- Kaki jemaah tidak bersentuhan, Jarak yang melebihi ini mesti dijauhi

Melurus dan merapatkan saf bererti mesti menjaga kedudukan kaki. Justeru keadaan
tersebut, perlu diingat kadar yang telah diletakkan oleh para ulama.

Kesimpulan

Menurut Syeikh ‘Athiyyah Saqr di dalam fatwanya, jarak kaki ini ditentukan melihat kepada
keadaan orang yang mengerjakan solat seperti berikut:

i. IMAM ATAU ORANG YANG SOLAT SENDIRIAN

Dia hendaklah merenggangkan sedikit kedua kainya dan tidak merapatkannya, dengan jarak
yang telah disebutkan oleh para ulama mazhab. Pun begitu, ini tidaklah termasuk di dalam
sunat solat, ia hanya pada tahap cadangan ulama sahaja. Bagi sebahagian, jarak yang terbaik
adalah jarak selesa menurut saiz tubuh masing-masing sebagaimana yang juga dicadangkan
oleh ulama mazhab Maliki dan hanbali, apa yang penting adalah yang paling mampu membawa
khusyuk.

ii. MAKMUM YANG BERADA DI DALAM SAF

Dia hendaklah merapatkan saf dan menutup segala ruang yang wujud di antaranya dan orang
yang berada di sebelahnya. Dalilnya ialah hadis riwayat Imam al-Bukhari:

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik daripada Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam baginda bersabda: “Luruskanlah saf-saf kamu. Sesungguhnya saya melihat kamu
daripadabelakang badan saya.” Salah seorang daripada kami merapatkan bahunya dengan
bahu sahabat di sebelahnya, dan kakinya dengan kaki orang tersebut.”

(Riwayat al-Bukhari)

Selain itu, terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ibnu
Khuzaimah daripada an-Nu’man bin Bashir bahawa beliau berkata:

Maksudya: “Saya melihat seorang lelaki merapatkan bahunya dengan bahu sahabat di
sebelahnya, lututnya dengan lutut sahabatnya, dan buku lalinya dengan buku lali orang
tersebut.”

Jarak sejengkal merupakan pandangan yang disebutkan oleh para ulama mazhab Syafi’I ketika
menghuraikan jarak sederhana di antara dua kaki orang yang sedang mengerjakan solat.
Berkeras agar kaki diluruskan sehingga bersentuhan disebutkan oleh sebahagian ulama
antaranya Imam Ibn Hajar sebagai mubalaghah atau terlalu berlebihan dalam meluruskan saf.
Apapun, jika saf diluruskan sehingga bersentuh kaki tanpa berlebihan dan menyukarkan,

9

ia adalah baik, manakala jika saf telah berjaya diluruskan dan kaki tidak bersentuhan, itu juga
sudah memadai.

Jika bahu-bahu para jemaah telah dirapatkan dan lurus, sudah pasti kaki dan buku lali mereka
boleh dirapatkan tanpa menyalahi kadar jarak di antara dua kaki seseorang sepertimana yang
dinyatakan sebelum ini. Walaupun begitu, tidak diharuskan untuk sesorang ahli jemaah
menyakiti yang lain hanya kerana merapatkan saf, sebaliknya mereka perlu meminta secara
lembut dan beradab ketika memegang tangan orang di sebelah untuk meluruskannya,
sebagaimana disebut oleh Imam Abu Daud ketika menghurai ringkas erti satu lafaz daripada
hadis :

Maksudnya: “Berlembutlah dengan tangan-tangan saudara kamu”.

(Riwayat Abu Daud)

4- Niat

Iaitu suatu keazaman dalam hati untuk melaksanakan solat dengan ikhlas, yang merupakan
arahan Allah subhanahu wa ta’ala, Ia merupakan syarat sah solat menurut Hanafi dan
Maliki, dan Syafi’I menganggap ia adalah rukun solat.

Falsafah Niat

Barang siapa membiasakan niat seperti ini, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan
memudahkan ia duduk di atas jalan yang lurus. Selain itu, ia akan membiasakan sematan
azam sebelum solat di lubuk hati dengan ikhlas sebnayak 5 kali sehari. Ini mampu melahirkan
sifat mulia dan melahirkan kesan yang nyata dalam diri seseorang dalam kehidupan semasa.

Dalil Niat Ketika Solat Adalah Sifat Solat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam

i. Firman Allah subhanahu wa ta’ala:

‫َو َمآ اُ ِم ُر ْٓوا اََِّّل ِل َي ْعبُدُوا ّل ٰل َا ُم ْخ ِل ِص ْي َن َلەُ ال ِد ْي َنە ُح َن َف ۤا َء َويُ ِق ْي ُمواال َّص ٰلوةَ َو ُي ْؤتُوا ال َّز ٰكوةَ َو ٰذ ِل َك ِد ْي ُن‬
‫ا ْل َق ِي َم ِة‬

Maksudnya: “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah

dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi teteap teguh di atas tauhid; dan supaya
mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang
benar.

(Surah al-Bayyinah:5)

ii. Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesungguhnya semua amalan adalah dengan niat”.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

10

Waktu berniat: Adakah mesti semasa takbiratulihram?

Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukum sama ada wajib niat beserta
takbiratulihram atau dibenarkan awal sedikit. Maka Imam Abu Hanifah mengatakan harus
niat terdahulu sedikit daripada takbiratulihram, tetapi mazhab Syafi’i dan Maliki
mewajibkan niat agar serentak dengan takbiratulihram.

Kandungan Asas Niat

Perkara terpenting yang wajib dibuat semasa niat solat fardhu ialah al-qasad, at-ta’ridh dan
al-ta’yin. Iaitu mengehadkan jenis solat, seperti fardhu atau sunat atau qada, dan nama solat
contohnya Asar, atau Maghrib.

Al-qasad adalah perlu bagi membezakannya dengan amalan lain. Ia juga suatu penegasan
bahawa solat yang sedang dilakukan adalah atas pilihan diri sendiri, bukan dipaksa dan
dilakukan atas dasar kewajiban dan tanggungjawab.
At-Ta’ridh pula bermaksud kefardhuannya. Bererti, perlu diniatkan ia solat fardhu, ini penting
bagi membezakannya dengan solat sunat.
Manakala al-ta’yin perlu bagi membezakannya dengan jenis solat-solat fardhu yang pelbagai.
Ketiga-tiga unsur ini adalah wajib semasa berniat bagi mazhab Syafi’i. Manakala meniatkan
solat fardhu sebagai fardhu pula ialah wajib juga menurut pendapat yang paling sahih dalam
amzhab Syafi’i dan beberapa mazhab lain.
Adapun menisbahkan solat itu adalah “kerana Allah”, “bilangan rakaat” dan “tunai” bukan
merupakan asas utama di dalam niat. Justeru jika ia tertinggal atau ditinggalkan, ia tidak
memberikan kesan kepada niat.

Bagaimanapun jika solat sebagai imam, makmum, qasar, jamak dan sebagainya, ia perlu
diniatkan sekali bersama-sama unsur utama di atas.

Adakah perlu niat jika qada solat?

Sebahagian ulama menyatakan tidak perlu kerana berpegang kepada beberapa hadis antaranya:
Maksudnya: “Barang siapa yang telah terlupa solat (pada waktunya), maka waktunya adalah
apabila dia mengingatinya.”

(Riwayat Al-Bayhaqi, At-Tabrani)

Namun begutu hadis ini dinilai lemah oleh ramai ulama hadis antaranya Imam Bukhari, al-
Baihaqi sendiri dan al-Haithami.

11

Namun, terdapat dalil lain yang menunjukkan status qada tidak perlu diniatkan sepertimana
Rasulullah pernah terlewat solat empat waktu sekaligus.

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang musyrik telah menyibukkan Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam daripada (menunaikan) empat solat sekaligus pada hari Khandaq, sehingga telah
melewati waktu malam dengan kehendak Allah. Perawi berkata: Justeru Nabi mengarahkan
Bilal untuk azan lalu beliau azan, kemuadian beliau iqamat dan baginda melaksanakan solat
Asar. Selepas itu, beliau iqamat dan baginda melaksanakan solat Maghrib, dan beliau iqamat
dan baginda melaksanakan solat Isyak.”

(Riwayat at-Tirmizi, Malik dengan sanad yang baik)

Jika seseorang itu menunaikan solat qada, mazhab Syafi’i tidak mensyaratkannya untuk
diniatkan sebagai qada, demikian salah satu pendapat mazhab Hanbali juga.

Waktu niat

Ulama berbeza ijtihad dalam menentukan waktu terbaik niat solat, Imam al-Syafi’i
menyatakan:

Maksudnya: “Apabila seorang itu bertakbiratul ihram sebagai imam atau sendirian, dia perlu
berniat memulakan solatnya ketika takbir (dilafazkan) bukan selepasnya (takbir) dan bukan
juga sebelumnya (takbir).”

Namun, ulama mazhab Syafi’i yang terkemudian memberikan ijtihad baru iaitu cukup sekadar
satu juzu’ dari niat sebagaimana dihurai oleh Imam al-Juwayni, al-Ghazzali (di dalam kitabnya
al-Basit) dan diikuti pula oleh Ibn Hajar al-Haytami di dalam Nihayatul Muhktaj dengan
katanya:

Maksudnya: “ Para ulama mazhab Syafi’i yang terkemudian memilih cukuplah sekadar
serentak (niat dan takbiratul ihram) berdasarkan uruf selepas menghadirkan niat menurut
perkiraan 'uruf iaitu dengan menghadirkannya untuk memulakan solat secara umum.”

Pandangan ini adalah yang terpilih dan tidak memberati ramai, ia juga diterima oleh mazhab
lain seperti Maliki dan Hanbali. Imam Abu Hanifah pula berijtihad, niat masih diterima walau
dilintaskan sebelum takbiratul ihram dalam beberapa saat.

Masalah niat secara berlafaz

Niat ialah amalan dalam hati, demikian disebut secara ijmak, dan tiadk cukup niat jika apa
yang hadir di hati berbeza dengan apa yang dilafazkan. Jika di hati benar, maka sekalipun lafaz
tersilap, ia tidak memudaratkan solat. Tetapi jika perkara yang sebaliknya berlaku maka ia akan
memudaratkan solat.

Berkata ulama mazhab Syafi’i, “Berlafaz niat tidak mengapa, bahkan ia disunatkan bertujuan
untuk membantu hadir hati, dan sekiranya lafaz ditinggalkan, maka solat adalah sah.”

12

Mereka juga mengatakan, “Kerana ia adalah lebih mudah untuk terhindar daripada waswas.”
Namun ia bukan nita. Ia dilakukan sebelum sedikit niat yang sebenarnya di dalam hati.

Imam al-Nawawi pula menegaskan bahawa “niat yang diambil kira adalah dengan hati, serta
tidak mencukupi hanya melafazkan di lidah sahaja tanpa hadir hati dan bagi kami ada satu
pandangan yang ganjil jika ada yang mensyaratkan dilafazakn dengan lidah, pandagan ini
adalah salah.”

Benar, sememangnya tiada sebarang dalil sahih yang menyebut bahawa Nabi pernah
melafazkan niat di permulaan solat. Justeru, ulama Hanafi mengatakannya bidaah, ulama
Maliki mengatakannya kurang elok, ulama Syafi’i mengatakannya elok. Walau
bagaimanapun, Imam al-Syafi’i sendiri tidak pula menggalakkannya di dalam al-Umm, malah
ia tidak disebut sama sekali kecuali satu riwayat sahaja yang menisbahkannya kepada Imam
Syafi’i. Namun ia adalah satu bentuk takwil lafaz Imam Syafi’i yang kurang tepat.

Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya Al-Mughni mengatakan, lafaz itu hanyalah sebagai
penguat (ta’kid) kepada niat.

Ibn Qayyim al-Jauziyah yang bermazhab Hanbali berkata: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
ketika ingin memulakan solat, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyebut “Allahu akbar” dan
tiada sebarang perkataan didengari sebelum lafaz takbir itu, sama ada semasa solat
tunai,qada,fardhu atau sunat.

Beliau menambah, ulama mazhab Syafi’i bukanlah ingin mereka-reka perkara baru dalam
ibadah dan mewajibkannya kepada orang ramai, hingga boleh dituduh bidaah dengan mudah,
tetapi mereka sebenarnya ingin menegaskan perlunya hadir niat semasa takbiratulihram sahaja.

Sheikh Atiyah Saqar (bekas Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar) pula menjelaskan bahawa semua
ulama mempunyai pandangan masing-masing tentang hal ini. Sekiranya ada sesiapa yang
menganggapnya bidaah, memang tidak dapat diterima, kerana telah disebut oleh para ulama
yang mulia, bahawa hukumnya akan berubah mengikut tahap kesiriusan waswas orang
yang bersolat. Dengan ingatan bahawa lafaz niat tidaklah memudaratkan kerana ia di luar
solat, malah mungkin mampu memberi manfaat.

Kesimpulan

i. Bagi sesiapa yang tidak diganggu oleh perasaan waswas, maka amalan yang paling baik ialah
memulakan solat tanpa niat secara berlafaz kerana tiada sebarang dalil yang menyebut
demikian. Lalu ia telah keluar daripada khilaf yang mengatakan tentang berlafaz ini lebih baik.

ii. Bagi individu yang mempunyai masalah sukar hadir untuk niat, bolehlah mereka melafazkan
niat sekiranya diyakini ia dapat membantu hadir hati dan bukannya menambahkan waswas.

iii. Bagi mereka yang mengamalkan “lafaz niat” janganlah tersilapsangka bahawa ia adalah
kewajiban. Adapun tentang anggapan bahawa amalan ini sebagai bidaah, maka penulis
bersama Sheikh Atiyyah Saqar tidak bersetuju dalam menganggapnya bidaah kerana ia ialah

13

suatu perbuatan sebelum bermulanya solat, iaitu di luar solat. Bidaah ialah mencipta ibadah
yang terkeji. Maka dalam hal lafaz niat ini, ia dilakukan sebelum solat bermula. Namun ia
boleh menjadi kesalahan atau bidaah jika terdapat individu yang mengatakannya wajib atau
kemestian dan batal solat tanpa lafaz niat. Wallahua’alam.

5- Takbiratulihram

Apabila kita berdiri tegak sambil menghadap ke arah kiblat, maka mulailah kita melakukan
takbir, yakni dengan mengangkat kedua-dua belah tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka
agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga dihadapkan ke
arah kiblat sambil mengucapkan “ALLAHU AKBAR” (Allah Maha Besar) yang disertakan
dengan niat. Niat ini adalah perbuatan hati.

Falsafah Takbiratulihram

Suatu penyerahan diri kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Ia juga tanda permulaan solat dan
merupakan dan merupakan simbolik kepada kehidupan manusia dia alam sementara ini, yag
mesti dimulakan dengan zikrullah dan membesarkan Allah subhanahu wa ta’ala.

Al-Qadhi al-‘Iyadh pula menyatakan bahawa hikmahnya ialah menghadirkan dalam hati
orang yang solat akan kebesaran Allah subhanahu wa ta’ala untuk berkhidmat kepada-Nya dan
berdiri di hadapan-Nya bagi memenuhkan hati dengan rasa kehebatan Allah subhanahu wa
ta’ala agar khusyuk dan tidak bermain-main.

Dalil Takbiratulihram

i. Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesungguhnya tidak sempurna solat seseorang antara manusia sehinggalah ia
berwuduk dan meletakkan wuduk pada tempat-tempatnya (membasuh anggota-anggota wuduk
dengan sempurna), anggota-anggota wuduk, kemudian (dipermulakan solat) ia mengucapkan
Allahu Akbar.”

(Riwayat Abu Daud. 1/226 dan al-Thabarani dengan sanad yang Jayyid)

ii. Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Pembuka solat ialah bersuci (wuduk), pengharamnya (daripada melakukan
perkara-perkara yang boleh dilakukan di luar solat) adalah takbir, dan tahlilnya adalah
memberii salam.”

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi,al-Hakim:Sahih dan disokong oleh al-Zahabi)

Takbir permulaan ini dinamakan TAKBIRATULIHRAM sedangkan takbir-takbir yang lain
ialah TAKBIR INTIQAL iaitu takbir untuk perpindahan daripada satu gerakan ke satu
gerakan solat yang lain dan takbir ini ialah sebagai pemberitahuan.

14

Takbir ini perlulah disebut secara jahar (lantang) berdasarkan hadis:
Maksudnya: “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengimami solat kami dan Abu Bakar di
belakangnya. Apabila Rasulullah bertakbir (tetapi tidak begitu lantang kerana uzur ketika itu)
maka Abu Bakar melantangkan takbir bagi memperdengarkannya kepada kami.”

(Riwayat Muslim)
Hasilnya, tanpa lafaz takbir ini, solat tidak akan sah dan diterima. Jika terleka,terlupa, sengaja
atau tidak untuk mengucapkan lafaz takbir, wajib untuk mengulangi solat. Ini ialah pandangan
mazhab Maliki dan Syafi’i berdasarkan kepada nas hadis, amalan Rasul dan para sahabat secara
berterusan.

Arah pandangan mata ketika solat

Setelah kita memulakan solat, terdapat dalil yang menggalakkan orang yang bersolat untuk
menundukkan wajah melihat ke tempat sujud semasa berdiri. Ia datang daripada hadis seperti:
Maksudnya: “Adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menundukkan kepala Baginda
dan melontarkan pandangannya ke bumi (tempat sujud).”

(Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim)

Terdapat juga sebuah hadis lain:
Maksudnya: “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam masuk ke dalam Kaabah, baginda tidak
memalingkan pandangan matanya dari tempat sujud sehinggalah Baginda keluar darinya.”
Justeru, Imam Sufyan al-Thawry,Abu Hanifah dan al-Syafi’i berpandangan elok menumpukan
pandangan mata ke arah tempat sujud. Manakala ijtihad Imam Malik dan Ibn al-‘Arabi al-
Maliki mengatakan elok memandang ke arah hadapan dan bukannya tempat sujud.
Namun, walaupun dalil-dalil yang dikemukakan ini sahih dari sudut riwayatnya, ia tidak begitu
jelas dari sudut kefahamannya, iaitu keperluan melihat tempat sujud. Maksud “menundukkan
kepala” dalam hadis ini tidak semestinya memandang tempat sujud, dan hadis kedua pula tidak
dijelaskan secara terang ia dilakukan ketika solat. Ia hanya menyebut ketika Nabi memasuki
Kaabah dan bukannya ketika solat.

15

Kesimpulan

Setelah diteliti hadis-hadis yang terdapat dalam bab ini, maka dapat difahami bahawa matlamat
asas daripada tindakan melihat tempat sujud.

Matlamat Melihat Tempat Sujud
i. Mendatangkan khusuk.
ii. Menghilangkan gangguan luar agar dapat memfokuskan perhatian

terhadap solat.
iii. Menimbulkan rasa rendah diri ketika solat.
iv. Membezakan keadaan orang yang sedang dalm solat dan di luar

solat.
v. Menghilangkan rasa bongkak dengan memandang ke atas (seperti

sifat majoriti orang yang sedang membesarkan diri).

Hadis berikut juga menyokong kesimpulan yang dibuat:

Maksudnya: “Tidak sepatutnya terdapat dalam sesebuah rumah orang bersolat sesuatu yang
boleh menyibukkan orang yang solat (pemikirannya dan kekhuusyukkannya).”

(Riwayat Abu Daud dan Ahmad dengan sanad yang sahih)

Juga hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang lain:

Maksudnya:“Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini, yakni tidak fokuskan
pandangan), sesungguhnya Allah mengarahkan wajah-Nya ke wajah hamba-Nya di dalam
solatnya selagi mana hambanya tidak menoleh (ke arah lain).”

(Riwayat at- Tirmizi dan Abu Daud)

Justeru, dengan berbekalkan dalil-dalil yang diberi dan tafsiran serta fatwa para ulama,
digalakkan untuk menundukkan pandangan sama ada ke tempat sujud atau lainnya ketika
solat. Ia merupakan salah satu kaedah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam utuk
menumpukan perhatian kepada solat.

Namun ia tidaklah sampai ke tahap wajib, malah boleh berubah menurut keadaan. Apa yang
pasti, Nabi SAW melarang daripada memandang ke atas seperti orang yang bongkak padahal
kita sedang berhadapan dengan Allah subhanahu wa ta’ala, sebagaimana sabda Nabi sallallahu
‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Suatu kaum hendaklah berhenti daripada mengangkat pandangan-pandangan
mereka ke langit (seperti orang yang sombong bongkak) di dalam solat.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

16

Memejam Mata Ketika Solat

Hukumnya juga terdapat perbezaan ijtihad para ulama. Sesetengahnya mengharuskan dan
mengatakannya ia lebih memungkinkan hadirnya khusyuk. Manakala Imam Ahmad
mengatakannya makruh. Beberapa ulama Syafi’i juga mengatakannya makruh kerana ia
menyerupai Yahudi. Bagaimanapun, hadis yang dijadikan dalil makruh memejam mata ketika
solat adalah daif, menurut Imam al-Baihaqi.

Selain itu, amalan memejam mata semasa solat juga dilihat sebagai bercanggah dengan
beberapa hadis Nabi seperti:

Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam, di dalam solat, iaitu ular dan
kala jengking”.

(Riwayat al-Tirmidzi, 2/234; al-Hakim, 1/386; Ibn Hibban 6/115; Ibn Khuzaimah dan al-
Baihaqi. Al Tirmizi menganggapnya hasan sahih)

Hadis ini memberi indikasi kepada kita bahawa, perlu membuka mata jika ingin
melaksanakan erti hadis ini. Walaupun dalam konteks zaman sekarang yang amat jarang-jarang
ditemui ular dan kala jengking di tempat solat. Hadis ini memberi kefahaman kepada kita akan
perlunya membuka mata bagi menjaga keselamatan diri semasa solat.

Imam Ibn Qayyim berkata bahawa jika dengan membuka mata tidak menganggu
kekhusyukkan solat, maka ia lebih elok daripada pejam. Dan pandangan yang mengatakan
elok pejam adalah lebih bertepatan dengan prinsip dan tujuan solat berbanding pandangan yang
memakruhkannya. Imam Izz bin Abd. Salam juga berpandangan demikian.

Kesimpulan

Solat sambil membuka mata adalah lebih utama. Namun saya menyokong pandangan yang
mengharuskan memejam mata, iaitu dalam keadaan yang benar-benar diyakini dapat
menambahkan kekhusyukkan serta mengelakkan gangguan pandangan daripada
memandang perkara yang pasti mengganggu khusyuk. Justeru hukumnya adalah berbeza
menurut keadaan seseorang.

Selain itu, membuka mata semasa solat dilihat lebih utama. Pandangan rajih menurut Imam al-
Nawawi pula sebagai berikut:

Maksudnya: “Dan pandangan yang terpilih (dalam bab pejam mata ketika solat) adalah tidak
dimakruhkan apabila orang yang solat tersebut tidak bimbang dengan sebarang bahaya,
kerana dengan memejam mata itu dapat menggabungkan khusyuk, hadir hati dan menahan
daripada liarnya (lepasnya) pandangan (ke sana sini) dan berkecamuknya minda.”

Perlu diingatkan bahawa saya tidak menemui dalil khusus yang menunjukkan Nabi sallallahu
‘alaihi wasallam pernah menutup mata tatkala menunaikan solatnya. Bagaimanapun, inti pati

17

kekhusyukkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam adakalanya lebih perlu diikuti berbanding
pergerakan luaran tanpa roh.

Mengangkat Tangan Semasa Takbiratulihram

Tiada khilaf di kalangan empat mazhab tentang elok dan sunat mengangkat tangan semasa
takbiratulihram. Ia disunatkan berdasarkan hadis daripada Anas r.a. yang diriwayatkan oleh al-
Hakim dan al-Dar Qutni. Demikian juga hadis al-Barra bin’Azib riwayat Ahmad dan al-Dar
Qutni. Selainitu hadis yang dianggap penting juga ialah hadis Ibn Umar r.a. yang menyebut:

Maksudnya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengangkat kedua-dua tangan Baginda
sallallahu ‘alaihi wasallam ke paras bahunya apabila memulakan solat”.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kaedah itu bukanlah satu-satunya cara yang pernah disebut dalam hadis.
Justeru itu, semua kaedah mengangkat tangan berikut boleh diamalkan iaitu:

i. Mazhab Syafi’I dan Maliki

Mereka berpegang kepada hadis Ibn Umar di atas dan hadis Abi Hamid (Riwayat al-Bukhari
dan lain-lain kecuali Muslim) dan Ibn Amru dan Abi Hurairah. Ini bermakna dua mazhab ini
berpandangan bahawa tangan di angkat ke paras bahu dengan jari-jari separas awal
telinga.

ii. Mazhab Hanbali

Mereka berpandangan bahawa seseorang boleh memilih sama ada untuk menuruti kaedah di
atas ataupun mengangkat tangan tinggi ke paras telinga. Ini berdasarkan hadis yang
menyebut Nabi sallallahu’alaihi wasallam dilihat mengangkat tangan ke paras telinga iaitu
hadis Wa’il yang berbunyi:

Maksudnya: “Bahawa ia melihat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengangkat kedua-dua
belah tangannya ketika ingin memulakan solat. Lalu, banginda mengangkat takbir – Hammam
(seorang perawi) menunjukkan caranya iaitu setentang dengan kedua-dua telinganya.”

(Riwayat Muslim)

iii. Mazhab Hanafi

Mereka berijtihad daripada pelbagai hadis yang terdapat dalam bab ini bahawa ibu jari paras
bawah cuping telinga.

Kesimpulan

Ketiga-tiga cara ini mempunyai hadis yang menyokong. Ini bermakna, ketiga-tiga cara ini
mempunyai dalil yang tersendiri dan tidak lari daripada tatacara solat Baginda Nabi sallallahu
‘alaihi wasallam, malah Imam Ibn Qudamah menyatakan ia boleh dipilih (mukhayyar).

18

Justeru semua orang Muslim berhak untuk menuruti mana-mana kaedah yang diijtihadkan oleh
mazhab-mazhab tadi. Bagaimanapun, majoriti ulama berpegang kepada pendapat mengangkat
tangan ke paras bahu sahaja.

Keadaan tangan dan jari ketika mengangkat takbiratulihram

Keadaan tangan dan jari-jari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam disebut dalam hadis:
Maksudnya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tatkala mengangkatnya, Baginda menegakkan
jari-jarinya dan tidak membuka (luas) dan tidak pula menggenggam.”

(Riwayat Abu Daud, Ibn Khuzaimah dan al-Hakim)

Tiga cara mengangkat tangan

Imam Nawawi juga menerangkan bahawa telapak tangan adalah dalam keadaan menghadap
kiblat ketika diangkat. Namun tiada sebarang masalah jika tangan tersebut tidak menghadap
kiblat kerana ia tidak termasuk dalam bab yang disepakati dalam hukum sunatnya.

Keadaan tangan dan jari

19

Ucapan Lafaz Takbir “Allahu akbar” dan cara sebutannya

Tiada khilaf bahawa Nabi s.a.w melafazkan “Allahu akbar” ketika takbiratulihram, banyak
dalil yang menyebut tentangnya.

Adapun tentang cara melafazkannya, disyaratkan orang yang bersolat itu dapat mendengar
lafaz takbirnya dan semua rukun-rukun qawliyahnya. Demikianlah pandangan dalam
mazhab Syafi’i dan Hanbali.

Juga tidak dibenarkan untuk memanjangkan pada tempat yang tidak boleh panjang.

Tempat yang tidak boleh dipanjangkan

i. Tidak boleh memanjangkan pada lafaz “Akbaaaaaar” sehingga menjadi seperti (‫)أ كبر‬.

ii. Tidak boleh memanjangkan “Aaaaakbar” (‫)آ كبر‬.

iii. Tidak boleh memanjangkan seperti “Aaaaallah” (‫)آلله‬.

Manakala menurut hukum tajwid yang tepat bacaan pada lafaz Jalalah Allah hanyalah 2 harakat
sahaja. Bagaimanapun sesetangah ulama membenarkan untuk dipanjangkan (jika perlu)
sehingga ke 20 harakat.

6- Mendakap Tangan Ketika Berdiri

Selepas kita melakukan takbiratulihram, kedua-dua belah tangan hendaklah didakapkan.
Bagaimanapun, para ulama telah bersepakat bahawa tiada sebarang dalil yang mewajibkan
kedudukan tangan seumpama ini, dan ia bukanlah rukun mahupun syarat sah solat. Ia hanyalah
sunat sahaja menurut beberapa mazhab.

Hujah mereka kerana dalam sebuah hadis ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengajar
seorang lelaki yang teruk cara solatnya, maka apabila Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
menyuruh lelaki itu solat semula dan mengajarkannya cara bersolat, Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam tidak pun menyebut tentang kedudukan tangan.

Maka ini membuktikan bahawa ia bukanlah perkara yang wajib. Demikian pandangan Imam
al-Syawkani, yang juga diutarakan oleh Syeikh Atiyyah Saqar dan lain-lain. Walaupun
demikian, meletakkan tangan pada kedudukan sedemikian adalah salah satu sifat kebiasaan
solat Baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

Dalil berdakap tangan

Berikut adalah beberapa hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang menyebut tentang bentuk
pergerakannya:

i. Sahabat Nabi bernama Wail r.a. menggambarkan sifat solat Nabi dengan
katanya:Maksudnya: “Kemudian Nabi s.a.w. meletakkan tangan kanannya di atas permukaan
tangan kirinya dan pergelangan dan awal lengan.”

20

(Riwayat Muslim dan Ahmad, terdapat juga riwayat Abu Daud sedemikian)

ii. Daripada Ibn Mas’ud r.a. menceritakan yang bermaksud:
Maksudnya: “Diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud bahawa beliau sedang solat dan
meletakkan tangan kirinya di atas tangan kanan. Lalu Nabi s.a.w. melihatnya dan baginda
meletakkan tangan kanannya (tangan Ibnu Mas’ud) di atas tangan kiri.”

(Riwayat Abu Daud)

iii. Daripada Wail bin Hujr berkata:
Maksudnya: “Aku bersolat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, dan Nabi
meletakkan tangan kanannya dia atas tangan kirinya lalu diletakkannya di atas dadanya.”

(Riwayat Ibn Khuzaymah, sahih menurutnya dan Abu Daud)

iv. Daripada Abi Jarir daripada ayahnya yang bermaksud:
“Aku melihat Ali k.w.h. memegang tanagn kirinya, dengan yang kanannya di sendinya lalu
diletakkannya di sebelah atas pusatnya.”

(Dalam sanad hadis ini terdapat Abu Talut Abd.Salam bin Abi Hizam. Abu Daud
mengkritiknya)

v. Daripada Ali k.w.h. yang bermaksud:
“Sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ialah meletakkan telapak tangan di atas lapak
tangan yang lain dan diletakkan di bawah pusat.”

(Riwayat Abu Daud)

Kesimpulan daripada hadis-hadis di atas dan lain-lainnya, terdapat beberapa cara berdakap
tangan.

Cara berdakap tangan

i. Berdakap tangan dan meletakkannya di atas dada.

ii. Berdakap tangan dan meletakkannya di antara dada dan pusat. Ia adalah pandangan mazhab
Syafi’i.

iii. Berdakap tangan dan meletakkannya di sebelah bawah daripada pusat. Hadis yang terdapat
dalam bentuk ini adalah daif menurut Imam Abu Daud dan lain-lain. Ia adalah pilihan
mazhab Hanafi dan Hanbali. Bagaimanapun mazhab Hanbali mempunyai lebih daripada
satu pandangan.

Imam al-Nawawi menyatakan mazhab Hanbali memberi pilihan daripada tiga cara tersebut.
Manakala Mazhab Maliki mempunyai dua pandangan, iaitu diletak atas dada atau meluruskan
sahaja tangan.

21

Pendirian mazhab Hanbali dijelaskan lagi oleh Imam Ibn Qudamah dengan menyatakan
bahawa cara letak kedua-dua tangan adalah bebas dipilih daripada cara-cara- tersebut kerana
kesemuanya mempunyai dalil.

Walaupun terdapat pelbagai hadis yang menunjukkan pelbagai cara, majoriti ulama
berijtihad bahawa sunat meletakkan tangan di atas dada atau berada atas dari pusat. Ia
pandangan Said Ibn Jubair, Imam Ahmad dan Imam Malik dalam satu riwayat dan Imam
Syafi’i juga.

Bagaimanapun, mazhab Syafi’i memilih pandangan supaya meletakkan tangan dengan
berdakap di antara dada dan pusat.

Kesimpulan

Setelah meneliti dalil-dalil dan pandangan para ulama berdasarkan kaedah mengeluarkan
hukum yang benar, pada hemat penulis adalah bebas untuk memilih sama ada meletakkan
tangan di atas dada atau meletakkanyya dia antara dada dan pusat. Walaupun demikian,
sesiapa yang ingin memegang pendapat yang lain, ia terpulang kepada mereka dan keyakinan
ilmu yang ada pada mereka.

Syeikh Atiyyah menyebut bahawa hikmah meletakkan tangan di atas dada kerana di dalam
dada terdapat anggota yang terpenting dan termulia bagi manusia iaitu hati. Menurut
kebiasaannya apabila seseorang sayangkan sesuatu barangnya, maka ia akan menjadikannya di
bawah kawalan dan jagaan tangannya.

Bagaimanapun, Syeikh Atiyyah Saqar mentarjihkan pandangan yang meletakkan tangan kanan
atas kiri di sendi tangan kiri, lalu meletakkannya di bawah dada dan di atas pusat.

Apa pun pandangan yang dipilih, kita mesti memahami sebaiknya bahawa ini ialah perkara
cabang yang sememangnya terdapat perbezaan ijtihad. Justeru, Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi
al-Hanbali mengingatkan kita dengan katanya: “Tidak harus taasub dengan satu pandangan,
khilaf dan bertengkar dalam hal luaran yang kecil seperti ini tanpa mementingkan khusyuk
yang merupakan roh solat dan asas utama penerimaan Allah subhanahu wa ta’ala adalah
fenomena tidak sihat.”

7- Membaca Doa Iftitah

Membaca doa iftitah adalah sunat menurut majoriti mazhab termasuk Abu Hanifah, al-Syafi’i
dan Ahmad. Adapun tentang doa apa yang sunat, maka di sana terdapat lebih daripada satu doa
yang dibaca oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

Imam Ibn Qayyim memuatkan dalam kitabnya Zad al-Ma’ad sebanyak 7 bentuk doa iftitah
yang bersanad sahih dan hasan semuanya. Maka dalam keadaan ini kita bebas untuk memilih
mana-mana doa yang dibaca oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Antara yang terpendek
ialah:

22

Maksudnya: “Maha suci engkau, Wahai Allah yang dengan segala pujian buat-Mu, dan Maha

Berkat nama-Mu dan Maha Tinggi kekayaan dan manfaat-Mu, dan tiadalah Tuhan selain-
Mu.”

(Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Abu Daud. Hadis yang sahih)

Manakala doa yang menjadi amalan rakyat Malaysia, iaitu:

‫َ َوحاَنِ ْي َنفاا ِم ُم َن ْسْاِلْل امُما ْس َْوْ َِملاِم ْياَ َن َنا‬ ‫فَ َط َرال َّسْ َما َوا ِ َواَّْلاَ ْر َض‬ ‫ِذ َّْيَل‬.‫ِ َلِو ََّجر ْه ِب ُتا ْل َوعَا ْج َلِه ِم ْيَي َنِل َّل‬.ِ ‫بُ ْك َرةا َواَ ِصْ ْي ا‬ ِ‫َ ْمدُ ِِ ِل َك ِشْ ْي ارا َو ُسْ ْب َا َن الل‬ .‫اَا ْْلكبَُم ُرْشَْْكبِِر ارِكا ْي ََنوا ْل‬ ُ‫الل‬
ُ ‫َشْْ ِر ْي َك َلەُ َو ِبذَ ِل َك اُ ِم ْر‬ ‫ْ َيا َي َو َم َماتِ ْي‬ ‫اِ َّن َصْْ َ تِ ْي َونُ ُسْْ ِك ْي َو َم‬ ‫ِم َن‬

Maksudnya: “Allah Maha Besar dengan sebesar-besar-Nya, segala pujian sebanyaknya bagi
Allah, dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang, sesungguhnya wajahku kepada
Tuhan yang mencipta langit dan bumi dalam keadaan lurus dan sebagai seorang Muslim, dan
tidak aku daripada kalangan orang-orang musyrik. Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan
hidupku dan matiku hanya buat Allah Tuhan sekalian alam. Tiadalah sekutu bagi-Nya dan
dengan demikianlah aku telah diperintahkan dan aku orang yang terawal daripada kalangan
orang Muslim.”

(Hadis sahih riwayat Muslim no 771, bab doa dalam solat solat malam, Abu Daud no
760, Ahmad dan Ibn Hibban)

Bagaimanapun, doa di atas hanyalah 2/3 daripada doa yang sebenarnya. Ia juga merupakan
bacaan yang terpanjang daripada 10 doa yang ma’thur daripada Nabi sallallahu ‘alaihi

wasallam.

Doa iftitah perlu dibaca secara perlahan menurut pandangan keseluruhan ahli ilmu.
Bagaimanapun Khalifah Umar al-Khattab r.a. pernah menguatkan bacaannya bagi mengajar
orang ramai.

Imam al-Syafi’i dalam riwayat musnadnya pula lebih cenderung untuk membaca bacaan
daripada (‫ )و اَ َنا أو َل ا ْل ُم ْس ِل ِم ْي َن‬kepada (‫) َواَ َن ِم َن ا ْل ُم ْس ِل ِم ْي َن‬.

23

8- Membaca Surah al-Fatihah

Selepas membaca doa iftitah, diteruskan dengan membaca surah al-Fatihah.

Dalil

Membaca surah al-Fatihah merupakan sifat solat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berdasarkan
hadis:
Maksudnya: “Tidak ada (tidak sah) solat bagi sesiapa yang tidak membaca al-Fatihah.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: “Tidak dikira (tidak sah) solat yang tidak dibaca padanya al-Fatihah.”
Juga hadis Baginda s.a.w. yang lain:
Maksudnya: “Barangsiapa yang bersolat, lalu tidak dibacakan padanya al-Fatihah, maka
solatnya adalah cacat (tipu), solatnya adalah cacat, solatnya adalah cacat.”

(Riwayat Muslim dan Ashab al-Sunan)

Justeru, majoriti mazhab mengatakan membaca al-Fatihah ialah rukun. Barangsiapa yang
meninggalkannya secara sengaja maka BATAL solatnya. Barangsiapa yang terlupa
membacanya dan teringat sebelum sampai ke rakaat selepas itu, WAJIB UNTUKNYA
MENGULANGI BERDIRI dan MEMBACA AL-FATIHAH. Sekiranya sudah memasuki
rakaat lain, maka terhapus rakaat tadi dan perlulah ia menambah satu rakaat lain.

Dan bagi orang yang tidak mampu membaca al-Fatihah, bolehlah mereka membaca mana2
ayat daripada ayat al-Quran yang diingatinya, berdalilkan kepada ayat al-Quran, surah al-
Muzammil ayat 20.

Membaca Isti’azah
Dalil bagi memulakan bacaan dengan isti’azah ialah firmah Allah s.w.t.:

Maksudnya: “Dan apabila kamu ingin membaca al-Quran, maka berlindunglah dengan Allah
daripada syaitan yang direjam.”

(Surah al-Nahl: 98)
Sunat untuk membaca isti’azah sebelum membaca al-Fatihah menurut jumhur mazhab
termasuk al-Syafi’i. Ibn Hajar menyatakan bacaan isti’azah ini hanya elok dibaca pada rakaat

24

pertama yang mempunyai doa iftitah, kerana yang mahsyurnya dalam riwayat hadis, ia
disebutkan selepas iftitah.

Kebanyakan hadis-hadis berkenaan isti’azah ini diperdebatkan di kalangan ulama hadis.
Demikian ditegaskan oleh Imam al-Tirmizi.

Membaca Basmalah Sebelum al-Fatihah: Kuat atau Perlahan?

Pandangan para ulama:

i. Basmalah secara perlahan

Ia merupakan amalan sahabat Nabi seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibn Mas’ud, Ibn
Zubair, Ammar, dan ijtihad ulama seperti Imam Abu Hanifah dan Ahmad.

Dalil utama kumpulan ini adalah daripada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan
Muslim bahawa Anas berkata:

Maksudnya: “Aku solat bersama Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar, Umar dan Usman, dan
tidak kudengari seorang pun di antara mereka yang membaca ‘bismillah hirrahman nirrahim’
(dengan kuat).”

(Riwayat Muslim)

ii. Basmalah secara kuat (Jahar)

Ia pandangan Imam Syafi’i, Said Ibn Jubair, Ato’ Abi Rabah, dan Mujahid berpandangan
dengan:

Ijtihad mereka didasari oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w. menguatkan basmalah.
Justeru telah sahih apa yang disebutkan:

Maksudnya: “Apa-apa yang diperdengarkan oleh Rasulullah s.a.w. maka kami akan
memperdengarkannya kepadamu (dengan menguatkan bacaan), dan apa yang Baginda
perlahankan, kami turut memperlahankannya.”

(Riwayat al-Bukhari, 2/772. Muslim, 1/297)

iii. Tidak perlu sebut

Ia pandangan Imam Malik dan hanya sunat dibaca ketika solat sunat.

Manakala hadis-hadis berkenaan membacanya secara kuat, sekali lagi diperdebatkan oleh para
ulama. Terdapat juga hadis yang melemahkan keseluruhannya. Namun Ibn Hajar membawakan
hadis berikut sebagai salah satu pegangan dalam mazhab Syafi’i.

Sekumpulan sahabat membaca basmalah secara kuat, iaitu Umar al-Khattab, Ibn Zubair,
Mu’awiyah dan lain-lain. Namun masih terdapat komentar kerana telah sabit juga mereka tidak
membaca basmalah secara jahar, antaranya hadis sahih di atas.

25

Kesimpulan

Diharuskan untuk membaca basmalah secara jahar semasa solat jahar terutamanya apabila
diyakini ijtihad yang menganggap Basmalah ialah salah satu ayat daripada surah al-Fatihah.

Disebutkan dalam sebuah hadis:

Maksudnya: “Apabila kamu membaca al-Fatihah, maka bacalah sekali basmalah, kerana
sesungguhnya ia Ummul Quran dan tujuh pujian yang diulang, dan basmalah adalah salah
satu daripada ayatnya.”

(Riwayat al-Dar Qutni)

Dan sebuah lagi hadis yang dipegang untuk kumpulan yang membaca basmalah secara jahar
ialah hadis sahih berikut:

Maksudnya: “Daripada Nu’aim Ibn al-Mujmir berkata: Aku solat di belakang Abu Hurairah
r.a. maka beliau membaca basmalah dan kemudian membaca al-Fatihah sehingga akhir…,
lalu Abu Hurairah berkata: Demi nyawaku di dalam tangan Allah, sesungguhnya solatku
adalah yang paling hampir dengan Rasulullah SAW.”

(Riwayat Ibn Khuzaimah)

Bacaan al-Fatihah di Belakang Imam

Antara isu yang hangat dibincangkan dalam kalangan umat Islam tentang adakah perlu bagi
makmum membaca al-Fatihah di setiap rakaat dan adakah perlu membacanya sedangkan
imam telah membacanya?

Penulisan ini tidak berhasrat untuk memanjangkan perbincangan tentangnya. Setelah
membaca panjang lebar perbahasan di kalangan para ulama silam dan kontemporari, saya
cenderung kepada tarjihan ulama mazhab Syafi’i terutamanya seperti Ibn Hajar al-Asqalani
dan ulama hadis lain seperti al-Syawkani; iaitu makmum tetap diwajibkan membaca al-
Fatihah walaupun di belakang imam, ia berdasarkan sandaran dalil seperti berikut:

i. Hadis Nabi SAW:

Rasulullah s.a.w. telah menunaikan solat Subuh. Maka pembacaan Baginda agak berat (kerana
terganggu) dan tatkala tamat solat, Baginda berkata:

Maksudnya: “Aku dapati kamu semua membaca (al-Quran) di belakang imam kamu.’ Beliau
(perawi iaitu “Ubadah bin ash-Shomit berkata: “Kami menjawab: ‘Wahai Rasulullah, benar
demi Allah” Baginda berkata: ‘Jangan kamu berbuat demikian kecuali bacaan Ummul al-
Quran. Sesungguhnya tidak ada (tidak sah) solat bagi sesiapa yang tidak membacanya (surah
al- Fatihah).”

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

26

ii. Hadis Nabi SAW:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Jangan sesekali seseorang kamu
membaca apa jua daripada al-Quran tatkala aku (sebagai imam) mengeraskan bacaan kecuali
bacaan Umm al-Quran (al-Fatihah).”

(Riwayat al-Dar Qutni: Perawi-perawinya thiqat; Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan)

Selain itu, terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hiban dan sanadnya bertaraf hasan

menurut al-Hafidz Ibn Hajar yang bermaksud: “Jangan kamu membaca kecuali al-Fatihah (di

belakang imam)”.

Keperluan membaca al-Fatihah dalam setiap rakaat pula berdasarkan hadis yang mengandungi
arahan Nabi kepada lelaki yang buruk solatnya, dimana Nabi mengarahkannya untuk membaca
al-Fatihah dan kemudian di akhirnya disebutkan.

Maksudnya: “Dan kemudian lakukan sedemikian pada setiap rakaat.”

(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Baihaqi)

Kesalahan dalam Pembacaan Surah Al-Fatihah

Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan ketika membaca al-Fatihah:
1. Membaca tanpa waqaf
2. Berhenti di tempat yang dilarang berhenti (waqaf).

Bertukar makhraj huruf-huruf seperti:

kepada

kepada
3. Huruf ‫ﻁ‬ditukar menjadi huruf ‫ﺕ‬

Huruf ‫ ﻉ‬ditukar menjadi huruf ‫ﺃ‬
4. Melalaikan pembacaan di tempat yang perlu tasydid, iaitu di sembilan tempat.

Menyebut “Amin” di akhir al-Fatihah

Lafaz “amin” bererti perkenankanlah disunatkan untuk para makmum
mengucapkannya bersama-sama imam. Ia berdasarkan hadis Abu Hurairah:

Maksudnya: “Apabila imam mengucapkan lafaz Amin, maka hendaklah kamu
semua (makmum) mengaminkannya bersama-sama imam. Sesungguhnya barang

27

siapa yang lafaz aminnya bertepatan dengan lafaz amin para malaikat,
diampunkan baginya dosanya yang terdahulu.”

(Riwayat al-Bukhari (780) dan Muslim (410))

Jika imam lupa menyebut “amin”, para makmum bolehlah menguatkan “amin” bagi
mengingatkan imam kerana ia adalah termasuk dalam perkataan yang sunat.

Saktah sebelum al-Fatihah dan selepasnya
Sunat jika menjadi imam bagi solat berjemaah untuk saktah (berhenti sebentar) sebelum dan
selepas membaca al-Fatihah dan sebelum memulakan bacaan surah. Ia adalah ijtihad mazhab
Syafi’i dan Hanbali.

9- Membaca surah-surah yang pendek

Selepas membaca surah al-Fatihah, teruskan dengan membaca surah-surah al_Quran
yang pendek bagi solat berjemaah. Terutama jika menjadi imam untuk jemaah orang tua
atau kawasan orang yang sibuk bekerja. Bagi solat sendirian, disunatkan membaca surah-surah
yang panjang.

Bagi Imam

Arahan agar meringankan bacaan bagi seorang imam di kawasan awam ialah hadis yang
menyebut teguran Nabi SAW kepada Muaz bin Jabal r.a. yang membaca surah al_Baqarah atau
surah al-Nisa sepenuhnya sehingga terdapat makmumnya yang menamatkan solat dan beredar
kerana ingin menyambung kerja lain.Apabila disampaikan kepada Nabi SAW, Baginda
menyebut:
Maksudnya: “Wahai Muadz, adakah kamu adalah pembuat fitnah?! Wahai Muadz, adakah
kamu adalah pembuat fitnah?!Wahai Muadz, adakah kamu adalah pembuat fitnah?!”

(Riwayat al-Bukhari)

Juga sabda Nabi:
Maksudnya:” Sesiapa antara kamu yang menjadi imam kepada orang ramai, hendaklah kamu
ringkaskan (bacaanmu)”.

Antara hadis lain:
Maksudnya: “Apabila seseorang kamu menjadi imam kepada manusia (ketika solat)
ringankanlah bacaanmu kerana terdapat padanya (makmum kamu) anak-anak kecil, orang
tua, orang yang lemah dan orang sakit dan tatkala kamu solat sendirian, maka solatlah kamu
sebagaimana yang kamu inginkan”.

Bagi solat bersendirian

Harus untuk membaca apa jua surah walau sepanjang manapun, asalkan ia dalam kemampuan
mereka. Ia berdasarkan hadis di atas.

28

Jenis surah

Adapun berkenaan jenis surah yang dibaca, Nabi SAW tidak mengkhaskan mana-mana solat
dengan surah tertentu kecuali solat Jumaat, Aidilfitri dan Aidiladha sahaja. Justeru, bebas
untuk membaca apa jua surah bagi solat-solat fardhu.

Kaedah bacaan

Baginda Nabi SAW membaca surah dengan menghabiskan satu surah dalam satu solat
sama ada panjang atau pendek. Baginda juga kadang-kadang menggunakan dua rakaat bagi
menamatkan sesuatu surah agar tidak begitu panjang. Adakala juga memanjangkan bacaan
dalam solat Subuh kerana bacaan ketika itu dipersaksikan oleh para malaikat.

Membaca mengikut tertib surah

Lebih elok untuk mengikut tertib susunan surah al-Quran. Ini adalah kerana susunan itu
datang daripada Allah subhanahu wa ta’ala. Malah terdapat athar yang menunjukkan kurang
eloknya mengabaikan susunan tertib surah ini sebagaimana disebutkan daripada Ibn Mas’ud:

Maksudnya: “Bahawa beliau ditanya berkenaan mereka yang membaca al-Quran tidak
mengikut susunan (dalam solat). Beliau menjawab: Itulah orang yang diterbalikkan hatinya.”

(Riwayat al-Thabarani)

Bagaimanapun jika ada yang membaca tidak mengikut susunan, ia tidaklah haram. Ini jelas
daripada sebuah dalil yang menunjukkan Nabi sendiri pernah membaca tidak mengikut
susunan. Justeru, mengikut tertib ini kekal sebagai perkara digalakkan dan sunat sahaja.

Bacaan surah pada rakaat ketiga dan keempat

Tidak disunatkan untuk membaca surah pada rakaat ketiga dan keempat. Demikian
menurut jumhur ulama termasyuk empat mazhab. Muhammad Ibn Sirin mengatakan, “Tidak
ku ketahui ada yang menyalahi pendapat ini.”

10- Rukuk

Setelah selesai membaca surah-surah yang pendek, kemudian lakukan rukuk, iaitu dengan
mengangkat tangan setinggi telinga atau bahu sambil membaca “Allahu akbar”. Kemudian
diteruskan dengan badannya membongkok, tangan memegang lutut dan ditekankan supaya
antara punggung dan kepala rata. Sedangkan mata tetap memandang kearah tempat sujud
ataupun kaki (telah dibincang sebelum ini). Para ulama sekali lagi berbeza pandangan dalam
beberapa perkara di sekitar rukuk.

Dalil Rukuk

Firman Allah s.w.t.:

29

Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu
semua (berjemaah) bersama2 orang yang rukuk.”

(Surah al-Baqarah: 43)

Bacaan Semasa Rukuk

Manakala bacaan biasa yang dibaca oleh Nabi s.a.w. sebanyak tiga kali semasa rukuk ialah:

‫ُس ْب َحا َِنِ َر ِب َِيِا ْلعَ ِظ ْي ِِم‬
Maksudnya: “Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar.”

(Riwayat Muslim, al-Tarmizi; hasan sahih)

Namun para ulama menyatakah harus untuk ditambah dengan bacaan bihamdihi di hujung
bacaan itu berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Huzaifah.

Namun al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani al-Syafi’I seorang pakar dalam bidang hadis (wafat
852 H), setelah beliau membawakan pelbagai riwayat berkenaan hal ini, beliau berkata:
Maksudnya: “Adapun aku (Ibn Hajar), aku tidak menambah “wabihamdihi” (dalam tasbih
rukuk dan sujud).”

Jika ada sesiapa yang ingin menambah juga, eloklah mereka membaca sama seperti yang
dibaca oleh Nabi daripada riwayat yang sahih iaitu:
‫ اللهم اغفرلي‬,‫سب ا نك اللهم ربنا وب مدك‬
Maksudnya: “Maha Suci Engkau wahai Tuhan. Ya Tuhan kami dan pujian bagi-Mu. Wahai
Tuhan ampunkanlah daku.”

(Riwayat al-Bukhari)

Mengangkat Tangan Sebelum Dan Ketika Bangun Daripada Rukuk

Sekumpulan ulama (iaitu mazhab Hanafi dan Sufyan al-Thawry memegang hadis daripada Ibn
Mas’ud dan al-Barra bin ‘Azib:
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. mengangkat kedua2 tangan Baginda ketika ihram
satu kali, tidak lebih daripada itu.”

Perkataan “tidak lebih daripada itu” dalam hadis di atas memberi maksud bahawa tiada
tempat lain yang perlu untuk mengangkat tangan kecuali takbiratulihram.

Bagaimanapun menurut majoriti ulama (iaitu Imam Syafi’i, Ahmad dan majoriti ahli hadis)
yang berpegang kepada hadis-hadis lain, mereka mengatakan sunat mengangkat tangan di
tempat-tempat berikut.

Tempat Angkat Tangan

i. Ketika takbiratulihram.

Ia berdasarkan perbuatan Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh 50 orang sahabat. Antara mereka
ialah 10 sahabat yang dijamin masuk syurga oleh Nabi s.a.w.

30

Berkatalah Imam al-Baihaqi: “Tidak kami ketahui satu perkara sunah yang sepakat 4 orang
khulafa al-Rasyidin tentang riwayatnya daripada Baginda s.a.w. dan kemudian sepakat juga
6 orang sahabat lain yang dijamin syurga dalam keadaan tersebarnya mereka ke pelbagai
pelusuk dunia selain perkara sunah ini.”
ii. Ketika ingin rukuk dan apabila bangkit daripada rukuk.
Ia berdasarkan perbuatan Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh 22 orang sahabat. Antara
hadisnya yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar r.a. seperti:
Maksudnya: “Apabila Nabi s.a.w. hendak memulakan solatnya, Baginda mengangkat
tangannya ke paras bahu, tatkala mengucap takbir untuk rukuk, dan tatkala ingin mengangkat
kepalanya daripada rukuk juga Baginda berbuat demikian. Dan membaca Allah s.w.t. Maha
Mendengar sesiapa yang memuji-Nya. Baginda tidak berbuat demikian tatkala sujud.”

(Riwayat al-Bukhari)
iii. Ketika bangkit daripada tasyahud awal.

Ia berpandukan hadis sahih riwayat al-Bukhari yang menyebutkan Baginda s.a.w. mengangkat
tangan ketika bangkit daripada tasyahud awal (selepas dua rakaat):
Maksudnya: “Dan Nabi s.a.w. juga apabila bangun daripada 2 rakaat (daripada tasyahud
awal) Baginda mengangkat kedua2 belah tangannya.”

(Riwayat al-Bukhari)
Terdapat juga hadis lain yang membawa maksud yang sama daripada Wail bin Hujr yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Daud dan al-Tirmizi.

Kesimpulan

Penulis berpendapat pandangan jumhur (majoriti) ulama ini adalah lebih elok untuk diikuti
berdasarkan hadis-hadis yang jelas maksudnya dan sahih dari sudut sanadnya.

31

Ini bermakna elok diamalkan mengangkat tangan ketika takbir di empat tempat, iaitu:
1. Takbiratulihram.
2. Takbir ketika ingin rukuk.
3. Takbir ketika bangkit daripada rukuk.
4. Takbir ketika bangkit daripada tahiyat awal. Wallahu`alam.

Tamakninah atau bertenang sebentar ketika rukuk

Menjadi kewajiban menurut majoriti mazhab untuk seseorang yang rukuk supaya berhenti
sekejap dalam keadaan rukuknya, paling minima ialah dengan kadar satu tasbih, sebagaimana
yang telah diajar oleh Nabi s.a.w.:
Maksudnya: “Kemudian hendaklah kamu rukuk dan berhenti sekejap dalam keadaan rukuk itu,
dan kemudian bangun dan berdiri tegak (iktidal serta tamakninah).”

(Riwayat al-Bukhari)
Jangka waktu Nabi s.a.w. berhenti sekejap sewaktu rukuk ialah sekadar jangka masa 20 kali
tasbih, dan sujud Baginda juga demikian.
Nabi juga kerap membaca sewaktu rukuknya.
‫سبوح قدوس ربالم ءكة والروح‬
Maksudnya: “Maha Suci Allah daripada segala sesuatu yang mengurangkan-Nya dan Maha
Berkat, Tuhan Malaikat dan Ruh.”

(Riwayat Muslim, Abu Daud)

Kedudukan Jari Ketika Rukuk

Jari-jari hendaklah diletakkan di atas lutut dan direnggangkan. Ia pandangan semua mazhab
yang empat berdasarkan hadis:

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila rukuk, Nabi membuka (merenggangkan)
jari2nya, dan apabila sujud Nabi merapatkan jari2nya.”

(Riwayat Abu Daud, al-Hakim, al-Baihaqi dan al-Dar Qutni)
Ia juga amalan para sahabat Nabi s.a.w. seperti Umar, Ali, Sa’ad, Ibn Umar dan yang lainnya.

32

Kedudukan Belakang Badan Dan Kepala Semasa Rukuk

Bagi memastikan rukun ini dilaksanakan dengan sempurna, kedudukan belakang semasa rukuk
adalah amat penting. Posisi belakang ini telah diterangkan seperti berikut:
Maksudnya: “Dan apabila (Nabi s.a.w.) rukuk, beliau menempatkan tangannya di lututnya
dan tunduk meluruskan belakangnya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Manakala posisi kepala ialah:
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. tidak menundukkan atau mendongak kepala tetapi
bersederhana antara kedua2 posisi tadi.”

(Riwayat Muslim, no 497, 1/357)

33

Kedudukan Lengan

Ijmak ulama menyatakan tangan perlu direnggangkan sedikit daripada kedua-dua rusuk
sekadar mampu. Demikian disebutkan oleh al-Tahawi. Ia diambil daripada hadis sahih yang
diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi.

Doa Dan Bacaan Ayat Al-Quran Semasa Rukuk

Nabi s.a.w. melarang daripada membaca apa jua ayat al-Quran semasa rukuk dan diarahkan
untuk kita memperbesarkan Allah sebanyak mungkin ketika rukuk. Sebagaimana tercatat di
dalam hadis berikut:

Maksudnya: “Ketahuilah sesungguhnya aku telah dilarang membaca al-Quran ketika sujud
dan rukuk, adapun tatkala rukuk maka agungkanlah Allah s.w.t. manakala tatkala sujud,
berusahalah dengan doa2 kerana ia waktu yang baik untuk mustajab.”

(Riwayat Muslim)

Jika kita lihat daripada salah satu bacaan Nabi semasa rukuk, kita akan dapati terdapatnya doa
di sana iaitu:

‫اللهم اغفرلي‬

Ini menyebabkan beberapa ulama menyatakan harus berdoa di samping memperbesarkan
Allah semasa rukuk. Sebahagian ulama lain pula membantah lalu menyatakan walaupun ia satu
bentuk doa, tetapi ia doa yang ringkas sahaja. Doa panjang tidak digalakkan. Wallahu’alam.

11- Iktidal

Apabila selesai melakukan rukuk, diteruskan pula dengan iktidal, iaitu bangkit berdiri tegak
dengan mengangkat kedua-dua tangan hingga sampai ke bahu atau telinga dengan jari-jari
terbuka sedikit seperti ketika TAKBIRATULIHRAM seraya membaca tasmi’, iaitu

‫سمع الل لمن حمده‬

Maksudnya: “Allah Maha Mendengar sesiapa yang memuji-Nya.” (Muttafaq ‘alaih)
Dalil

Perbuatan iktidal adalah wajib menurut Abu Hanifah kerana ia kemestian secara automatik
bagi seseorang yang ingin menyempurnakan tamakninah. Namun majoriti ulama mazhab lain
(Mazhab Malik, Syafi’i dan Ahmad), menganggapnya rukuk solat. Ia berdasarkan hadis:

Maksudnya: “Dan kemudian bangun (daripada rukuk) dan berdiri tegak (sehingga setiap
tulang kembali ke tempatnya).”

(Riwayat al-Bukhari, lafaz dalam kurungan riwayat Ahmad dan al-Hakim)

34

Bacaan Ketika berdiri

Ketika berdiri tegak semula disunatkan menyebut:
‫ربنا ولك ال مد‬
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu segala pujian.”

(Riwayat al-Bukhari)

Adapun bagi makmum, mereka tidak perlulah membaca “sami’allahu liman hamidah” dan ia
pandangan Ibn Mas’ud, Ibn Umar, Abu Hurairah, Malik dan Abu Hanifah menurut hadis:

Maksudnya: “Apabila imam membaca ‘sami’allahu liman hamidah’ maka hendaklah kamu
(makmum) menyebut ‘rabbana wa lakal hamd.’”

(Riwayat al-Bukhari)

Namun makmum harus untuk mengulangi lafaz “sami’allahu liman hamidah” menurut
pandangan mazhab al-Syafi’i.

Bacaan tambahan yang terbaik semasa iktidal

Sejurus selepas menyebut lafaz tadi, telah sabit daripada Nabi s.a.w bahawa Baginda juga
menambah selepas bacaan di atas dengan beberapa doa lain seperti:

Maksudnya: “Ya Allah wahai Tuhan kami dan kepadaMu segala pujian, yang memenuhi langit
dan memenuhi bumi dan memenuhi apa jua sesuatu yang Engkau kehendaki selepas itu, Tuan
kepada segala pujian, dan tiada sesiapa mampu menghalang jika Dikau ingin memberi, serta
tiada yang mampu memberi jika Dikau menghalang, serta tiadalah berguna kekayaan bagi
orang yang kaya kepadaMu.”

(Riwayat Muslim daripada Abi Said al-Khudri)

Terdapat juga nas yang menunjukkan bacaan tambahan pendek berikut juga amat digalakkan
kerana Nabi menyebut bahawa tatkala seorang sahabat membacanya, Baginda melihat sekitar
30 lebih malaikat berlumba-lumba untuk mencatatnya.

‫ِِ َر َّب َنا َو َل َك ا ْل َح ْم ُد َح ْم ًدا َك ِثي ًرا َط ِي ًبا ُم َبا َر ًكا فِيه‬

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami dan kepadaMu segala pujian dengan pujian yang amat
terpuji, banyak, baik lagi dipenuhiberkat padanya.”

(Riwayat al-Bukhari)

12- Sujud

Selepas melakukan iktidal serta selesai membaca bacaan-bacaannya, kemudian kita melakukan
sujud. Ia merupakan salah satu rukun solat yang terpenting. Ia disepakati sebagai rukun dengan
nas dan ijmak.

Sebelum turun untuk sujud, kita dikehendaki mengucapkan takbir intiqal: ALLAHU AKBAR
sambil terus sujud, tanpa perlu mengangkat kedua-dua belah tangan menurut jumhur mazhab.

35

Beberapa Perkara Penting Tentang Sujud

Adakah lutut atau tangan yang perlu mencecah tanah terlebih dahulu semasa turun
untuk sujud?
Terdapat perbezaan ijtihad ulama yang agak besar dalam meneliti kekuatan hadis dalam bab
ini. Antara dua pandangan yang ketara perbezaannya ialah:

i. Turun tangan dahulu.
Kumpulan ulama ini bersandarkan kepada hadis berikut:
Maksudnya: “Nabi s.a.w. meletakkan kedua-dua tangannya ke bumi sebelum dua lututnya.”

(Riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Dar Qutni)
Maksudnya: “Apabila seseorang kamu sujud, maka janganlah kamu turun sebagaimana
turunnya unta, hendaklah kamu meletakkan kedua2 tanganmu sebelum lututmu.”

(Riwayat Abu Daud)
Ulama yang menyokong meletakkan tangan dahulu ialah Imam Malik, Imam al-Awza’ie
dan salah satu pandangan Imam Ahmad dan ramai ahli hadis termasuk Nasiruddin al-
Albani, telah sabit daripada perbuatan Ibn Umar r.a. dan beliau mengkhabarkan bahawa
Rasulullah s.a.w. telah melakukannya. Imam al-Bukhari juga berpandangan demikian.
Syeikh Ahmad Syakir seorang ahli hadis kontemporari mentarjihkan hadis Abu Hurairah
(letakkan tangan dahulu) kerana hadis qawli juga diutamakan daripada hadis fe’li.

36

ii. Letak Lutut Dahulu
Ibn Qayyim menyebut bahawa Nabi s.a.w. meletakkan kedua-dua lututnya dahulu sebelum
tangannya, kemudian dahinya dan hidungnya. Ini ialah yang sahih, yang diriwayatkan oleh
Syuraik bin Abullah al-Nakha’ie, daripada ‘Asim bin Kulaib, daripada ayahnya, daripada Wail
bin Hujr:
Maksudnya: “Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. apabila sujud, meletakkan kedua2 lututnya
sebelum tangannya, dan apabila bangkit mengangkat kedua2 belah tangannya sebelum lutut.”

(Riwayat Abu Daud, al-Nasa’I, 2/207. Sahih oleh Ibn Hibban)
Hadis Syuraik agak kurang kuat. Bagaimanapun, Syeikh Syu’naib Arnout berkata, majoriti ahli
ilmu memakai hadis ini dan beramal dengannya. Imam Syafi’I dan mazhab Syafi’I
mengutamakan lutut dahulu, demikian adalah pendapat majoriti ulama.
Ibn Munzir berkata ia juga pandangan Umar al-Khattab, juga Sufyan al-Thawry, Ahmad, Ishak
Rahawaih dan mazhab Hanafi.
Ibn Qayyim menguatkan hujahnya dengan menjelaskan bahawa unta apabila ingin turun, ia
akan meletakkan tangannya dahulu, dan kakinya kekal berdiri, dan apabila ia bangkit, ia akan
bangkit dengan kakinya dahulu. Inilah yang dilarang oleh Nabi s.a.w. dan kita diperintah untuk
menyalahi unta tadi dan sesiapa yang mengamati bagaimana unta turun atau duduk, ia akan
tahu sesungguhnya hadis Wail adalah yang tepat.

Kesimpulan

Imam al-Nawawi berkata: “Tidak nyata pada pandanganku pendapat yang lebih kuat.” Majoriti
mazhab berfatwa untuk mendahulukan lutut adalah sunah, kemudian tangan, dahi dan hidung.
Apabila ingin bangkit, tangan dahulu dan kemudian lutut.
Penulis berpendapat kedua-dua cara ini boleh diikuti terutamanya jika mempunyai lebih
keyakinan dengan salah satu hujahnya. Pendapat peribadi penulis lebih cenderung kepada
pandangan menurunkan lutut terlebih dahulu.

Tujuh Anggota Sujud

37

Ulama bersepakat bahawa sujud yang sempurna mestilah dilakukan di atas tujuh anggota.
Majoriti mazhab iaitu Hanafi, Maliki dan Syafi’i berpendapat yang wajib hanyalah dahi.
Sekiranya tertinggal mana-mana anggota, solat tidaklah batal. Namun menurut mazhab Syafi’
jika bahagian dahi tidak diletakkan sebetulnya di atas tempat sujud sehingga kiranya berat
kepala terletak di atas tempat sujud. Jika keadaan demikian tidak berlaku, wajib mengulangi
sujud.
Kewajiban untuk sujud di atas tujuh anggota ini berdasarkan hadis Ibn Abbas r.a. yang sahih:
Maksudnya: “Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud: Di atas dahi – dan Nabi
s.a.w. menunjukkan ke arah dahinya dan kedua-dua belah tangan, dan kedua-dua lutut dan
kedua hujung kaki.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kedudukan Hujung Jari Kaki dan tumit kaki
Berdasarkan apa yang dihuraikan oleh Imam al-Nawawi, anggota yang dikira ialah telapak bagi
kedua-dua tangan dan yang dikira bagi kaki ialah permukaan jari-jari kaki, dan paling minima
untuk melaksanakan arahan daripada hadis di atas adalah jika ada satu jari yang betul
kedudukannya.
Ini bermakna kedudukan hujung jari kaki mestilah seperti gambar yang disediakan:

Menurut sebahagian ulama tumit digalakkan bersentuhan yang mana menunjukkan tumit kaki
dalam keadaan rapat. Pendapat ini diambil dari kefahaman teks hadis yang mana aisyah r.h.a.
semasa menyifatkan kedudukan sujud Rasulullah:-
Maksudnya: “Aku dapati baginda sedang sujud dengan merapatkan kedua tumitnya dalam
keadaan jari-jari kakinya menghadap qiblat.”

(Riwayat al-Bayhaqi, Ibn Khuzaymah)
Ulama besar Bahasa seperti Ibn Athir mentafsirkan sebagai:
Maksudnya: Lekatkanlah (bersentuhan) sehingga tiada lagi ruang di antara kamu semua.

38

Batalkah Jika Jari Kaki Tidak Betul?

Jika jari kaki tidak pada kedudukan sedemikian, adakah solat menjadi batal? Jawapannya
berbeza menurut ijtihad ulama seperti berikut:

· Hanafi, Syafi’I (menurut al-Nawawi) dan Hanbali: Solat boleh terbatal kerana ia anggota
wajib.

· Maliki: Tidak batal kerana anggota sujud yang wajib hanyalah dahi.

Pandangan terpilih dan yang lebih selamat ialah menjaga kedudukan jari kaki agar
dibengkokkan sebagaimana dalam gambar. Keluar daripada khilaf dan melakukan yang terbaik
untuk menuruti sunah Nabi s.a.w. adalah lebih elok.

Mestikah Hidung Mencecah Tempat Sujud?

Terdapat perbezaan ijtihad dalam keadaan sujud dengan hidung mencecah bumi. Majoriti
mazhab berpendapat ia tidak wajib. Imam Ahmad pula mempunyai dua pandangan yang
berbeza.

Ibn Munzir telah menyatakan ijmak di kalangan sahabat untuk memastikan sentuhnya dahi dan
hidung sekali gus. Namun jumhur ulama menyatakan dahi tanpa hidung adalah mencukupi dan
Ibn Qudamah menafikan kesahihan ijmak yang disebutkan.

Antaranya wajib berdasarkan hadis al-Bukhari dan Muslim yang mengarahkan agar sujud di
atas 7 anggota, dan ketika Nabi s.a.w. menyebut dahi, Nabi s.a.w. menunjukkan hidungnya
sekali (sebagaimana disebut dalam hadis sebelum ini).

Imam Syafi’i menyebut bahawa sekiranya hidung tidak mencecah bumi, hukumnya hanyalah
makruh sahaja. Bagi memastikan kesempurnaan dan kualiti solat, elok dipastikan kedua2
anggota tersebut dicecahkan ke tempat sujud.

Keadaan Dahi Semasa Sujud

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

Maksudnya: “Kemudian terus sujud sehingga berhenti sekejap dalam keadaan sujud.”
(Riwayat al-Bukhari)

Manakala sifat sujud yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. adalah wajib meletakkan dahi di atas
bumi, dan menekankan dahi ke bumi, dalilnya ialah:

Maksudnya: “Apabila kamu bersujud, hendaklah kamu menekankan dahimu ke bumi dan
jangan mencecah cepat semata-mata.”

(Riwayat Ibn Hibban, dianggapnya sahih)

39

Hadis ini secara tidak langsung memberi maksud, dahi mestilah tidak tertutup semasa sujud.
Justeru Imam Syafi’i berijtihad, wajib dahi terbuka dan tidak harus ada apa jua yang
menghalang di antara dahi dan tempat sujud.

Bagaimanapun terdapat hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa sahabat-sahabat
Nabi s.a.w. pernah meletakkan hujung baju mereka mengalas dahi ketika hari yang panas.
Berdasarkan hadis ini dan qiyas bahawa seluruh anggota sujud yang lain tidak perlu dibuka,
maka majoriti ulama daripada mazhab Hanafi Maliki dan Hanbali mengharuskan dahi tertutup
ketika sujud.

Kesimpulan

Pandangan yang lebih hampir dengan sifat solat Nabi SAW adalah dengan mendedahkan dahi
ke tempat sujud. Ia berdasarkan hadis sahih yang jelas iaitu:
Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh (anggota) tidak ditutupi oleh
rambut dan melipat baju.”

(Riwayat al-Bukhari)

Adapun hadis sahabat sujud di atas hujung baju, ia hanyalah dalam keadaan tertentu yang
darurat sahaja, seperti panas, atau sejuk atau batu-batu agak tajam dan keras.

Manakala dalam keadaan biasa, elok mengambil azimah dan keluar daripada khilaf.
Demikianlah juga pandangan Imam Ahmad dan Ibn Qudamah.

Bagaimanapun ulama bersepakat mengatakan solat tidak batal jika sujud beralas baju dan
rambut, cuma makruh dan kerana ia seolah-olah seorang yang takbur.

Kedudukan Tangan Ketika Sujud

Kedudukan tangan Nabi SAW ketika sujud ialah:
1. Nabi SAW merenggangkan lengan daripada tubuh.

Ia disebut dalam hadis:
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW merenggangkan kedua2 belah tangannya
daripada sisinya sehingga kelihatan putih ketiak Baginda SAW”.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hikmah merenggangkan tangan dan tubuh semasa sujud adalah lebih dekat dengan
perasaan rendah diri, lebih mampu untuk menekankan dahi ke bumi dan memperbezakan
daripada gambaran malas.

40

2. Mengangkat siku.

Nabi SAW juga mengangkat sikut daripada tanah sebagaimana hadis:

Maksudnya: “Apabila sujud, letakkanlah kedua2 telapak tangan kamu, dan angkatlah
siku kamu.”

(Riwayat Muslim dan Ahmad)

3. Merapatkan jari-jari.

Terdapat hadis yang menyebut:

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW apabila rukuk, Nabi membuka
(merenggangkan) jari2nya, dan apabila sujud, Nabi merapatkan jari-jarinya.”

(Riwayat al-Baihaqi dan al-Dar Qutni)

Paras tangan sewaktu sujud

Mazhab Shafi’i, Hambali dan Maliki berpendapat bahawa kedua-dua tangan diletakkan
setentang dengan bahu ketika sujud. Manakala Mazhab Hanafi berpandangan bahawa kedua-
dua tangan diletakkan di antara kepala ketika sujud. Justeru, kedua-dua paras tangan sewaktu
sujud ini adalah harus dilakukan.

Antara dalil yang dipegang oleh ulama yang berpendapat kepada dua tangan di sebelah bahu
adalah hadis:

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abu Humaid as-Saidi bahawa apabila Nabi s.a.w sujud,
baginda meletakkan hidung dan dahinya di atas bumi, menjarakkan kedua-dua tangannya
daripada kedua-dua lambung badannya dan meletakkan kedua-dua tapak tangannya setentang
dengan kedua-dua bahunya.

(Riwayat at-Tarmizi, hadis hasan sahih)

Manakala bagi mereka yang berpegang kepada di antara kedua-dua telapak tangan adalah:

Maksudnya: Maka, Ketika sujud, baginda telah sujud diantara kedua telapak tangannya.
(Riwayat Ibn Hibban, abu Daud)

Bacaan Ketika sujud

Nabi sa.w. membaca pelbagai jenis doa dan zikir semasa sujud. Antaranya:

Maksudnya: “Nabi s.a.w memperbanyakkan bacaan berikut dalam rukuk dan sujudnya: Maha

Suci Engkau ya Allah, wahai Tuhan kami dan segala puji bagi-Mu, ya Allah ampunkanlah
daku.”

(Riwayat al-Bukhari)

Atau Nabi s.a.w akan membaca tasbih berikut sebanyak tiga kali:

Maksudnya: “Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi”.

(Riwayat Muslim)

41

Selepas membaca tasbih, Nabi s.a.w juga kerap membaca doa:

Maksudnya:” Maha suci Allah daripada segala sesuatu yang mengurangkan-Nya dan Maha
Berkat, Tuhan malaikat dan roh.”

(Riwayat Muslim, Abu Daud)

Kelebihan doa semasa sujud

Telah sabit daripada nas dan sepakat para ulama akan kelebihan dan fadilat memperbanyakkan
doa semasa sujud. Ia jelas daripada hadis berikut:

Maksudnya: “Ketahuilah, sesungguhnya aku telah dilarang daripada membaca al-Quran
semasa rukuk atau sujud. Adapun rukuk, maka perbesarkanlah Tuhan Azza wajalla dan
Adapun sujud, berusahalah bersungguh-sungguh di dalam berdoa, maka layaklah ia
dimakbulkan bagi kamu (dalam waktu tersebut)”.

(Riwayat Muslim)

Harus berdoa untuk memperolehi kebaikan dunia mahupun akhirat semasa sujud.
Demikian pendapat yang lebih tepat dan pegangan mazhab Syafi’i. Ini berbeza dengan ijtihad
mazhab Hanbali yang hanya mengizinkan doa berkenaan akhirat sahaja.

Manakala doa yang terbaik ialah membaca doa-doa secara berlafaz yang sabit daripada hadis
Nabi s.a.w dengan memahami maknanya. Kemudian jika ingin membaca doa dalam bahasa
ibunda sendiri seperti Melayu dan lain-lain, ia juga harus tetapi lebih elok jika dibacakan dalam
hati sahaja bagi menjauhi khilaf. Membaca doa yang termaktub di dalam Al-Quran juga
hukumnya harus jika ia dibaca sebagai doa dan bukan sebagai membaca ayat Al-Quran.
Wallahu’alam.

Wanita tidak perlu merenggangkan tangan?

Menurut mazhab Syafi’i, solat wanita mempunyai perbezaan sedikit ketika sujud dan rukuk.
Antaranya adalah dengan tidak merenggangkan lengannya daripada rusuk nya sebagaimana
lelaki. Ia berdasarkan hadis:

Maksudnya: “Dan wanita tidak merenggangkan (lengan daripada rusuknya)”.

Dan juga sebuah lagi hadis:

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah s.a.w melalui dua orang wanita yang sedang solat, lalu Nabi
bersabda; Apabila kamu berdua sujud maka hendaklah dirapatkan sebahagian daging ke
bumi. Sesungguhnya wanita tidaklah sama seperti lelaki pada perkara itu (cara sujud)”.

(Riwayat al-Baihaqi)

Namun begitu, ulama hadis dalam mazhab Syafi’i seperti Ibnu Hajar al-‘Asqalani menyatakan
kedua-dua jalan hadis kedua yang diriwayatkan oleh Imam al_baihaqi di atas adalah lemah
kerana ada perawi yang digelar matruk di dalam kedua jalan hadis ini. Tetapi hadis ini turut
diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam kitabnya, al-Marasil secara mursal dan lebih kuat
daripada hadis Imam al-Baihaqi. Lalu, Imam al-Baihaqi berkata:

42

Maksudnya: “Hadis mursal ini lebih baik daripada dua hadis yang maushul (bersambung
sanad) padanya (perkara ini)”. Ia bermaksud: hadis mursal tersebut lebih baik daripada dua

hadis maushul yang disebutkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam sunannya dan beliau

menghukumkan keduanya dengan dhaif kerana terdapat perawi yang matruk di dalam kedua-

dua hadis itu.

(Rujuk Mir’atul Mafatih Syarhu Misykat al-Mashabih)

Imam Syafi’i berkata :

Maksudnya: “Lelaki dan wanita dalam bab zikir adalah sama- dalam riwayat yang lain: di
dalam solat dan zikir adalah sama – tetapi aku mengarahkan wanita untuk lebih menutup

(tubuh badan mereka) di dalam rukuk dan sujud iaitu dengan menggabungkan sebahagian
anggota kepada anggota yang lain.”

Beliau juga menegaskan:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengajar wanita supaya menutup anggota
badan dan ia juga turut diajar oleh utusan-Nya, Rasulullah s.a.w. Saya menyukai apabila
wanita mendekatkan sebahagian badannya ke bahagian yang lain di dalam sujud, melekatkan
perutnya dengan kedua-dua pehanya dan sujud dengan cara yang paling menutup bahagian
anggota badannya. Itulah cara yang saya suka baginya di dalam rukuk, duduk dan kesemua
perlakuan solat supaya keadaannya berada pada cara yang paling menutup anggota badannya
di dalam solat. Saya menyukai apabila mereka memakai jubah dan mereka menjarakkan badan
mereka dengan jubah tersebut ketika rukuk dan sujud supaya pakaiannya tidak menampakkan
bentuk badannya.”

Hasilnya para ulama dalam mazhab Syafi’i menetapkan agar perlakuan kaum wanita di dalam
solat dibezakan dengan kaum lelaki demi menjaga anggota badan daripada terlihat atau
terbentuk melalui pakaian mereka sendiri. Dalam keadaan ini, kaum wanita hendaklah
melekatkan kedua-dua lengannya ke badan dan merapatkan perutnya ke kedua-dua pehanya
ketika sujud.

Sujud dan Faedah Perubatan

Menurut Dr. Mohd Osman Nasir, hikmah sujud antara lain ialah seperti di bawah:

Hikmah sujud
i. Melegakan sistem pernafasan.
ii. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
iii. Bernafas ketika sujud akan :
• Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
• Membetulkan pundi peranakan yang jatuh .
• Melegakan sakit hernia.
• Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
• Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.
• Mengurangkan kesakitan pada pesakit appendiks atau spleen (limpa).
• Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan
bahagian belakang tubuh.
• Meringankan bahagian pelvis.

43

• Memberi dorongan untuk mudah tidur.
• Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika mahu sujud

dan bangun darinya. Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat
dan elastik, secara automatik akan memastikan kelicinan perjalanan darah
yang baik.
• Bagi wanita, erakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
• Mengurangkan kegemukan (obesiti).
• Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah Kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit bergelombang
perut.
• Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
• Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta.
Sifat sombong, riyak, takbur dapat dikikiskan.
• Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pompa darah ke
otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti apoplexia
rupture of blood vessels dan arteioseclerosis of cerebrum.

Kesan sujud seperti yang diakui juga oleh fahaman agama lain umpama Sikh di Punjab.
Buddha mengamalkan Yoga yang sujudnya hampir sama dengan cara Islam.

13- Duduk Antara Dua Sujud

Setelah sujud, kita mengangkat kepala sambil mengucapkan takbir intiqal ALLAAHU
AKBAR, kemudian terus duduk dengan tenang. Duduk ini dinamakan duduk antara dua
sujud sebab masih ada duduk yang lain.

Duduk cara “Iftirasy”

Duduk antara dua sujud ini dinamakan duduk iftirasy kerana tapak kaki yang kiri diduduki dan
menjadi seperti alas dan tapak kaki yang kanan, ditegakkan di atas lantai. Sementara hujung
jari kaki menghadap ke arah kiblat (duduk bersimpuh). Tiada perbezaan antara duduk wanita
dan lelaki.

Disebut dalam Sahih al-Bukhari:

Maksudnya: “Apabila Baginda duduk di antara 2 rakaat, Baginda duduk di atas kaki kirinya
dan menegakkan kaki kanannya.”

44

Selain itu, Nabi s.a.w juga menegah daripada duduk secara “al-iq’a”: iaitu meletakkan kedua-
dua papan punggung di atas lantai dan menegakkan kaki semasa duduk antara dua sujud.
Dalilnya ialah Anas r.a berkata:
Maksudnya: “Rasulullah s.a.w berkata kepadaku: Apabila kamu mengangkat kepala daripada
sujud, maka janganlah kamu “iq’a” sebagaimana duduknya anjing”.

( Riwayat Ibn Majah)
Imam al-Nawawi menjelaskan, al-iq’a terdapat dua jenis, satu yang ditegah, satu jenis lagi
yang harus.

Dua jenis al-iq’a

i. Yang ditegah
Meletakkan papan punggungnya di atas tanah,menegakkan betisnya dan
meletakkan tangan di atas tanah. Inilah yang ditegah.

ii. Yang diharuskan
Meletakkan kedua-dua papan punggung di atas tumit. Inilah yang dikatakan oleh
Ibn ‘Abbas, bahawa “ia sunah Nabi kamu.” Bagaimanapun, kekuatan dalil iftirasy
sebagai cara Nabi s.a.w duduk antara dua sujud adalah lebih kuat.

Hadis-hadis yang membawa pengertian yang sama juga terdapat dalam Sunan al-Tirmizi dan
Musnad Ahmad, dengan sanad yang sahih. Sebagaimana kata al-Ghumari dalam takhrijnya
melalui kitab Bidayatul Mujtahid. Justeru para ulama bersepakat menghukumkan makruh
amalan duduk secara iq’a jenis yang pertama.

45


Click to View FlipBook Version