The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook Solat Cara Rasulullah untuk semua khususnya untuk pelajar PMTG.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sa'amah Hassan, 2021-11-19 18:08:21

Solat Cara Rasulullah

Ebook Solat Cara Rasulullah untuk semua khususnya untuk pelajar PMTG.

Dikatakan bahawa Tawus telah melihat Ibn Umar, Ibn Abbas dan Ibn Zubair melakukannya.
Maka telah diriwayatkan bahawa Ibn Umar berkata kepada anaknya :”Jangan kamu tiru aku
dalam hal duduk secara al-iq’a ini, kerana aku hanya melakukannya ketika aku tua
(bermakna kesukaran dan kelemahan tubuh menjadikannya terpaksa duduk dalam keadaan
demikian)”.

Kedudukan tangan

Ketika duduk sebegini, kedua-dua tapak tangan berada di atas paha dan Nabi s.a.w juga
meletakkan sikunya di atas pahanya sambil hujung jari-jarinya memegang hujung bahagian
lutut seolah-olah menggenggamnya.

Bacaan Ketika duduk

Ketika duduk seperti ini kita membaca seperti apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a.:
Maksudnya: “Ya Allah!, Ampunilah dosaku, belas kasihanilah aku dan angkatlah darjatku
dan cukupkanlah segala kekuranganku dan berilah rezeki kepadaku dan berilah aku petunjuk
dan sejahterakanlah aku dan berilah keampunan kepadaku.”

(Riwayat al-Tarmizi, abu Daud, Al-Hakim dan Albani menganggapnya sahih dan
dipersetujui oleh al-Zahabi).

Cara dan bacaan ketika bangun

Menurut sekumpulan para ulama, Baginda Nabi s.a.w hanya bergantung kepada tenaga
pahanya serta tidak bergantung kepada tangannya, yakni tangannya tidak digunakan untuk
membantunya bangkit.
Bagaimanapun menurut ijtihad mazhab Syafi’i dan hanbali, Nabi s.a.w bergantung kepada
tangan ketika bangun. Manakala larangannya pula adalah daif. Mereka berpegang kepada
hadis sahih Riwayat al-Bukhari:
Maksudnya: “Apabila beliau (‘Amru bin Salimah) mengangkat kepalanya daripada sujud
kedua, Baginda akan duduk sebentar dan bergantung kepada bumi, kemudian bangkit
berdiri”.

(Riwayat al-Bukhari)

Terdapat juga Riwayat al-Baihaqi dengan sanad yang sahih, menyebutkan bahawa Nabi s.a.w
bergantung kepada tangannya ketika ingin berdiri.

46

Kesimpulan

Pandangan yang terpilih dalam bab ini adalah dengan bergantung kepada tangannya
berdasarkan hadis al-Bukhari di atas. Dalam pada itu, tidak perlu menuduh dan menyalahkan
individu yang bangun tanpa bantuan tangan dalam usaha menuruti cara solat yang berkualiti.

Ketika bangkit itu, Nabi s.a.w menyebut lafaz takbir “Allahuakbar”dengan kuat. Ia difahami
daripada hadis Jarir bin Mutharrif r.a. yang bercerita bahawa dia bersolat bersama Imran di
belakang Ali k.w.h.:

Maksudnya: “Apabila beliau (Ali KWH) ingin sujud, beliau bertakbir , apabila mengangkat
kepala, beliau bertakbir dan apabila bangun daripada dua rakaat, beliau bertakbir. Ketika
beliau memberi salam, ‘Imran memegang tanganku lalu berkata: “Sesungguhnya beliau
mengimami kita dengan solat Nabi Muhammad s.a.w atau Imran berkata: “Sesungguhnya
cara ini telah mengingatkanku kepada solat Nabi Muhammad s.a.w.”

(Riwayat al-Bukhari)

Duduk istirahat sebelum bangun

Nabi s.a.w juga diriwayatkan telah duduk sebentar selepas sujud dan sebelum bangun. Ia
berdasarkan hadis daripada Malik bin al-Huwairith berkata:

Maksudnya: “Bahawa beliau nampak Rasulullah s.a.w sedang solat. Apabila Baginda berada
pada rakaat ganjil daripada solatnya, Baginda tidak bangkit (apabila selesai sujud) sehingga
Baginda duduk tegak terlebih dahulu.”

(Riwayat al-Bukhari)

Mazhab Syafi’i menganggap sunat untuk duduk sekejap selepas sujud yang kedua pada
setiap rakaat sebagai mengikut sunah nabi s.a.w. Bagaimanapun majoriti mazhab lain
berpendapat bahawa ia hanya elok dibuat sahaja kerana ia tidak disebut dalam hadis Abi
Humaid al-Sa’idi yang menerangkan sifat solat Nabi s.a.w.

Pandangan terpilih menurut hemat dan penelitian penulis ialah melakukan duduk istirihat
sebelum bangun. Wallahu a’lam.

14- Sujud Kedua

Setelah kita duduk antara dua sujud, kita sujud pula untuk kali yang kedua seperti sujud yang
pertama dengan mengucapkan takbir intiqal “Allahu Akbar” dan membaca tasbih seperti sujud
yang pertama. Semua keadaannya adalah sama seperti sujud pertama tadi.

15- Duduk Tasyahud/Tahiyat Awal

Dalam solat fardhu yang mempunyai jumlah rakaat tiga atau empat, maka ketika dalam rakaat
kedua kita duduk untuk membaca tasyahud/tahiyat awal. Disebut tasyahud kerana pada bacaan
tahiyat ada dua kalimat syahadah. Manakala disebut tahiyat kerana dimulai dengan kata-kata
“attahiyyatu”, yang bererti penghormatan.

47

Hukum tasyahud awal
Kalangan para ulama dan mazhab telah sepakat bahawa, duduk tasyahud awal dan membaca
bacaannya hanyalah sunat sahaja.
Kedudukan kaki ketika duduk tasyahud awal
Ketika duduk tasyahud awal ini, Nabi sallallahu’alaihi wasallam meletakkan tangan kiri
Baginda sallallahu’alaihi wasallam di atas paha kiri, dan tangan kanan di atas paha kanan. Dan
Nabi sallallahu’alaihi wasallam duduk di atas kaki kiri, sedang kaki kanan ditegakkan.
Ia disebut dalam hadis berikut:
Maksudnya: “Dan apabila Baginda duduk semasa rakaat yang kedua, Baginda duduk di atas
kaki kirinya serta menegakkan kaki kanan”

(Riwayat al- Bukhari)
Bacaan Tasyahud Awal
Dalil berkenaan bacaan tasyahud ini:
Maksudnya : “Kami membaca di dalam solat di belakang Rasulullah saw :
Bermaksud :”Salam sejahtera ke atas Allah, salam sejahtera ke atas si fulan”
Suatu hari, Rasulullah saw bersabda kepada kami :”Sesungguhnya Allah Maha sejahtera.
Apabila salah seorang daripada kalangan kamu duduk di dalam solat, maka bacalah:
Maksudnya :”Salam sejahtera, selawat, dan ucapan-ucapan yang baik bagi Allah. Salam
sejahtera ke atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya (turut dilimpahkan
kepadamu). Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Maka, apabila dia membacanya, kalimah ini akan menimpa setiap hamba yang soleh di langit
dan bumi.Maksudnya: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang layak disembah) melainkan
Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan utusanNya.
Kemudian dia boleh memilih apa jua permohonan (untuk disampaikan kepada Allah ta’ala
yang dia kehendaki”

48

Justeru, bacaan tasyahudnya ialah:

Maksudnya: “Segala keberkatan dan penghormatan yang diberkati dan pujian yang baik bagi
Allah. Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi, dan rahmat Allah serta berkatNya. Salam
sejahtera ke atas kami dan seluruh hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada
tuhan (yang layak disembah) melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad
adalah hamba dan utusanNya.

(Riwayat al Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Tasyahud ini ialah yang dipegang oleh kebanyakan sahabat Nabi dan tabiin. Kesimpulannya,
semua bacaan tasyahud yang sahih daripada Nabi saw adalah harus untuk diamalkan.

Menurut Imam Malik, Syafi’e dan Ahmad, tidak mengapa jika ingin diselitkan sekali selawat
ke atas Nabi selepas tasyahud awal ini. Namun ia bercanggah dengan beberapa pendapat ulama
lain.

Mengangkat jari dan perbincangan berkaitan

Perkara ini juga antara masalah yang kerap diperbincangkan dan berbeza ijtihad padanya. Bagi
mendapatkan pendapat yang paling kuat dalam masalah ini, kita mestilah pada peringkat
awalnya memisahkan kepada dua jenis hadis dan dua permasalahan.

Keadaan jari ketika diangkat semasa tasyahud

49

Dua jenis hadis dan dua permasalahan

1. ISYARAT JARI SEMASA TASYAHUD

Hadis yang terdapat dalam bab isyarat “musabbihah” yang pertama:

Maksudnya:”Bahawa Nabi saw duduk di dalam solat, Baginda meletakkan kedua-dua
tangannya di atas kedua-dua lututnya, dan menaikkan jari kanannya (jari telunjuk) yang
berada selepas ibu jari lalu Baginda berdoa ketika itu”

(Riwayat Muslim)

Daripada Ali Bin al Mu’awi bahawa dia bersolat di sebelah Ibn Umar r.a. dan padanya Abu
Bakar, berkata:

Maksubnya:”Abu Bakar menggenggam tiga jarinya dan menegakkan jari telunjuk”

(Riwayat al Humaidi)

Kefahaman daripada dua hadis di atas ialah, riwayat pertama dan kedua daripada hadis sahih
di atas menjelaskan dengan terang, sunah Nabi saw untuk menaikkan jari telunjuk.
Bagaimanapun dalam kedua-dua hadis di atas tiada yang menyebut tentang Nabi saw
menggerakkan atau menggoyangkannya.

Berkata para ulama, dikhaskan jari telunjuk ketika tasyahud kerana kaitannya dan ia
bersambung terus ke hati, maka dengan menggerak- kannya dapat mendatangkan
kekhusyukan.

2. HIKMAH MENAIKKAN JARI KETIKA TASYAHUD

Jawapannya diperolehi daripada Ibn ‘Abbas r.a ketika beliau ditanya soalan yang sama. Beliau
menjawab: Maksudnya:”Ia adalah tanda ikhlas.”

(Riwayat al-Baihaqi)

Imam al-Nawawi pula berkata itu:”Memberi isyarat (menaikkan jari) yang dihalakan ke arah
kiblat dan berniat ketika itu “tauhid” dan “ikhlas,”

3. BOLEHKAH DIANGKAT DUA JARI ATAU LEBIH?

Al-Son’ani menyatakan bahawa menaikkan satu jari sebagai niat tauhid dan ikhlas ketika itu,
maka bermaksud pengesaan dan penyatuan dalam perbuatan, percakapan dan
keyakinan dalam hati.

Justeru Nabi saw melarang memberi isyarat sambil berdoa dengan menggunakan dua jari,
sebagaimana riwayat:

Maksudnya:”Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki sedang berdoa (tasyahud)
dua jarinya diangkat, lalu Rasulullah saw menegur:”Jadikannya satu, jadikannya satu (iaitu
satu jari sahaja).”

(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim. Hadis hasan sahih gharib menurut al-Tirmizi)

50

Sebuah lagi riwayat menyebut tatkala Nabi saw melihat seorang sedang memberi isyarat
dengan jarinya:

Maksudnya:Daripada Saad Ibn Abi Waqqash berkata: Nabi saw melaluiku pada ketika aku
berdoa dengan dua jariku (ketika solat dan tasyahud) dan Baginda berkata:”Jadikannya satu,
jadikannya satu,” dan baginda mengisyaratkan jari telunjuknya.”

(Riwayat Abu Daud)

4. PERLUKAH DIGOYANGKAN JARI TELUNJUK?

Dalam hal ini, ulama telah membahagi kepada dua kumpulan dalam ijtihad mereka:

PERTAMA: Kumpulan yang berpandangan adalah sunah untuk menggerakkan dan
menggoyangkan jari. Pandangan ini dipegang oleh mazhab Maliki.

Mereka berpegang kepada dalil hadis daripada Wail bin Hujr aripada jalan perawi Zaidah bin
Qudamah, daripada Kulaib daripada Wail bin Hujr:

Maksudnya:”Kemudian baginda mengangkat jarinya lalu aku melihat baginda
menggerakkannya serta berdoa padanya.”
(Riwayat Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban)

Komentar tentang hadis:

Sanad hadis adalah sahih tetapi lafaz ( ) adalah lafaz yang “syaz” kerana

daripada 12 lebih hadis yang menyebut tentang perihal “isyarat musabbihah” ini,

hanya satu hadis tadi yang ada menyebut “menggoyangkan dan menggerakkannya”.

Selain itu, Ibn Khuzaimah sendiri seolah menyetujui kecacatan yang ada pada hadis ini apabila
menyebut komen Abu Bakar Ibn ‘Arabi di hujung hadis ini:

Maksudnya: Abu Bakar (Ibn ‘Arabi) berkata: “Tidak ada suatu hadis pun yang menyatakan
‘Baginda menggerak-gerakkannya’ melainkan hadis ini yang disebutkan oleh Zaidah bin
Qudamah, salah seorang perawi.”

KEDUA: Hanya menaikkan jari telunjuk tanpa menggerakkannya. Pandangan ini
dipegang oleh majoriti mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’i.

Paling minima terdapat 12 hadis yang sahih menyokong kumpulan ini. Hadis Ibn Zubair r.a
bahawa Rasulullah bersabda:

Maksudnya: “Bahawa Nabi saw telah mengisyaratkan dengan jarinya (jari telunjuk)apabila
baginda berdoa dan tidak menggoyangkannya.”

(Riwayat Abu Daud, Ahmad, al-Nasai, Ibn Hibban, Ibn Khuzaimah dan al-Baihaqi)

Jika dilihat, 12 hadis dalam bab ini tidak menyebut “goyang” dan hanya satu sahaja yang
menyebutnya dianggap lemah dan daif.

51

Apapun Imam al-Baihaqi cuba untuk menggabungkan pemahaman kedu-dua hadis apabila

beliau berijtihad mengatakan bahawa maksud ( ) dalam hadis Wail bererti

menggerakkan jari semasa ingin menelunjuk dengannya dan tidaklah berterusan

menggoyangkannya.

Berkatalah Ibn Rush al-Hafiz bahawa ulama berbeza pandangan dalam menentukan sama ada
perlu goyang jari atau tidak kerana terdapat hadis yang berbeza tentangnya. Bagaimanapun
yang lebih kuat ialah mengangkat sahaja tanpa goyang.

Bantahan kumpulan pertama: Mengapa dikatakan “syaz”? Bukankah ia termasuk
dalam kalangan “Ziyadah al Thiqah” ?

Terdapat perbezaan antara Ziyadah al-Thiqah dan berseorangan perawi dalam riwayat dan
berseorangan ia dalam riwayat “ziyadah” lafaz. Dalam hal berseorangannya dalam riwayat

hadis (di samping riwayat thiqah yang lain), maka nisbah lupa dan lalainya perawi adalah

sangat kecil.

Berseorangan dalam lafaz yang tidak terdapat dalam 12 hadis dengan perawi yang thiqah
menaikkan nisbah ia mungkin tersilap. Ini kerana nisbah untuk terlalai dan terlupa, daripada
perawi untuk 12 hadis adalah lebih kecil berbanding perawi bagi satu hadis.

Ringkasnya, kumpulan pertama berpandangan hadisnya termasuk dalam bab Ziyadah al-
Thiqah boleh diterima pakai bulat-bulat. Jadi ini bermakna sekiranya benar ia termasuk
dalam bab Ziyadah al-Thiqah, kita sangatlah diharuskan menerimanya.

Imam Ibn Hajar telah membincangkan masalah ini dan berasa pelik terhadap orang yang
Menerimanya secara mutlak tanpa membuat perincian. Untuk diiktiraf sebagai Ziyadah al-
Thiqah, ia mestilah dengan syarat tidak bercanggah dengan riwayat-riwayat thiqah yang lain.

Menurut kajian terperinci Dr. Ab. Al-Sami’, beliau mendapati lebih 10 perawi yang
meriwayatkan daripada ‘Asim bin Kulaib tidak pun meriwayatkan lafaz Nabi
“menggoyangkan” jarinya. Padahal ia diambil daripada jalan rawi yang sama dengan Zaidah
bin Qudamah. Ini bermakna Zaidah bin Qudamah telah mengambil hadis daripada ‘Asim.

Terdapat juga lebih daripada 10 perawi lain yang mengambil daripada ‘Asim, tetapi lafaz
hadis daripada Zaidah bin Qudamah ada disebut “menggoyangkan”, dan lafaz daripada 10

orang yang lain tidak terdapat menggoyangkan jari.

Kesimpulan

Setelah meneliti perbincangan dan hujah para ulama silam dan kontemporari sekadar yang
termampu, penulis cenderung kepada pandangan jumhur untuk menaikkan jari telunjuk tanpa
menggoyangkannya. Yang penting ia bukanlah termasuk dalam bab rukun dan wajib solat.

Namun begitu, bagi sesiapa yang meyakini dalil untuk menggoyangkan jari, mereka harus
berbuat demikian. Cuma apa yang perlu dijaga adalah berhati-hati apabila menggoyangkan
jari apabila berada di dalam sebuah masyarakat yang tidak memahami perbezaan pendapat
ulama dalam hal ini. Ini kerana ia dibimbangi akan mendatangkan tohmahan dan fitnah
daripada masyarakat akibat salah faham mereka.

52

Justeru dalam Islam, menolak kemudaratan adalah didahulukan daripada membawa

kemaslahatan. Perpecahan, pergaduhan dan benci-membenci amat dibimbangi jika berlaku
salah faham, sedangkan ia perkara yang sunah yang bersifat furu’ dan menjaga persaudaraan
sesama Muslim adalah muktamad dan asas dalam Islam. Wallahu’alam.

5. WAKTU JARI DIANGKAT

Mazhab Hanafi: Mengangkat jari telunjuk ketika sebutan . Bagaimanapun mereka berijtihad

agar jari diturunkan ketika sebutan .

Mazhab Maliki: Mengambil hadis yang menyebut “menggoyangkan” dan juga hadis daripada
Ibu Umar:

Maksudnya: “Menggoyangkan jari (telunjuk) ketika solat (tasyahud) adalah tempat yang
menakutkan syaitan”.

Bagaimanapun hadis ini mendapat kritikan yang banyak daripada ahli hadis, dan dianggap
hadis daif. Antaranya daripada al-Baihaqi sendiri.

Mazhab Syafi’e: Berpendapat jari diangkat ketika menyebut lafaz .

Mazhab Hanbali: Berpendapat jari diangkat ketika menyebut lafaz Allah .

Namun setelah disemak nas yang dipegang oleh semua mazhab, tidak dijumpai satu nas yang
jelas berkenaan tempoh waktu untuk diangkat jari. Oleh itu, masing-masing bebas untuk
memilih terutamanya kerana ia bukan termasuk dalam hal rukun mahu pun wajib solat.
Wallahu,alam.

6. JARI DIBENGKOKKAN SEDIKIT

Terdapat ulama yang berpendapat elok untuk membengkokkan sedikit jari telunjuk ketika
dinaikkan sebagai tanda tawaduk. Ia bersumberkan dalil berikut:

Daripada Malik bin Numair dan ayahnya berkata:

Maksudnya: “Aku melihat Nabi saw meletakkan lengan kanannya di atas paha kanannya,
sambil mengangkat jari telunjuknya yang dibengkokkan (ditundukkan) sedikit jarinya.”

(Riwayat Abu Daud, Ahmad dan Ibn Hibban. Hadis ini dinilai sahih oleh Ibn Hibban
dan Khuzaimah, Ahmad Syakir mengatakan sanadnya hasan)

Justeru, berdasarkan riwayat ini dan beberapa pendapat ulama berkenaannya, penulis
cenderung kepada pendapat harus bagi mereka yang meyakini kuatnya hadis di atas untuk
beramal dengannya denagn niat bagi memperolehi ganjaran pahala. Selanjutnya diserahkan
kepada Allah swt.

53

Melihat jari telunjuk ketika tasyahud

Sabda Nabi saw, maksudnya:”Bahawa apabila Nabi saw bertasyahud, Baginda meletakkan
tangan kirinya di atas paha kirinya, meletak tangan kanannya di atas paha kanannya, dan
mengisyaratkan dengan jari telunjuknya, serta tidak melepaskan pandangan matanya
daripada isyarat tersebut”.

(Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan Ahmad)

Sunat untuk melihat jari telunjuk semasa menaikkan jari ketika tasyahud berdasarkan hadis di
atas. Demikian yang dipegang oleh Imam al-Baihaqi, Imam al-Nawawi dan kebanyakan ulama
mazhab Syafi’e. Malah al-Nawawi menyebutkan hadis di atas yang disebutkan dalam sunan
Abi Daud adalah sahih.

Kesimpulan

Harus untuk berpegang kepada ijtihad sebahagian besar ulama hadis berkenaan sunatnya
melihat jari semasa menaikkan jari ketika tasyahud . Wallahu’alam.

Mengangkat tangan selepas bangun berdiri

Perkara ini telah disebutkan dalam bab mengangkat tangan sebelum dan selepas rukuk.

16 - Tasyahud Akhir

Selepas tasyahud awal, Nabi saw akan bangkit dengan bertakbir dan mengangkat tangan
sebagaimana diterangkan sebelum ini.

Duduk tasyahud akhir ini berlaku pada rakaat yang ketiga (untuk solat Maghrib) atau rakaat
keempat (untuk solat Zuhur, Asar dan Isyak) dan rakaat kedua untuk solat subuh.

Hukum tasyahud akhir

Ulama telah berbeza pendapat dalam menentukan hukum tasyahud akhir seperti berikut:

• Rukun dan wajib, menurut Umar al-Khattab, Ibn Umar, al-Syafi’e dan Ahmad.
• Tidak wajib, menurut Abu Hanifah dan Malik.

Bagi memastikan solat lebih sempurna, elok untuk memastikan agar ia dibaca. Keperluan ini
berdasarkan arahan Baginda saw, dan setiap arahan yang tidak mempunyai sebarang qarinah
yang mengalihkannya daripada hukum asal. Maka hukum asal dilihat wajib sebagaimana lafaz
perintah dalam hadis berikut:

Maksudnya:”Sebutlah al-Tahiyyat (bacaan tasyahud) ....

(Riwayat Muslim)

54

Cara duduk semasa tasyahud akhir
Menurut mazhab Maliki, Syafi’e dan Hanbali, duduk yang sunat bagi tahiyat akhir ialah duduk
secara tawaruk. Namun mazhab Hanafi menganjurkan duduk iftirasy juga.
Duduk tawaruk adalah dengan punggung didudukkan di atas lantai, kaki kiri dimasukkan ke
bawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan. Mudahnya, ia jenis duduk seperti yang
diamalkan di Malaysia.

Dalil bagi duduk secara tawaruk:
Maksudnya: “Sehinngalah tatkala Baginda berada pada sujud (terakhir) yang ada padanya
taslim (memberi salam penutup solat), Baginda mengeluarkan kedu-dua kakinya (tidak duduk
di atas kakinya) dan duduk di atas sebelah kirinya secara bersimpuh”.
Juga hadis:
Maksudnya:”Dan apabila Nabi saw duduk dirakaat terakhir, Nabi saw mengkehadapankan
kaki kirinya dan menegakkan yang satu lagi (kaki kanan) dan duduk di atas punggungnya
(tempat duduknya)”.

55

Bacaan Ketika Tasyahud Akhir
Adapun bacaan tasyahud/tahiyat akhir ialah:

Maksudnya:”Salam penghormatan yang berkati dan pujian yang baik bagi Allah. Salam
sejahtera ke atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya (turut dilimpahkan
kepadamu).Salam sejahtera ke atas kami dan seluruh hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi
bahawa tiada tuhan (yang sebenarnya) kecuali Allah. Dan aku bersaksi bahawa Nabi
Muhammad adalah pesuruh Allah. Ya Allah berikanlah selawat kepada Nabi Muhammad dan
keluarga Nabi Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan selawat kepada Nabi
Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi
Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim
di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung”.

(Riwayat Abu Daud)

Hukum Selawat atas Nabi di tasyahud akhir
Bagaimanapun, ulama berbeza ijtihad dalam menentukan hukum berselawat ke atas Nabi saw
dan keluarga Baginda (selawat Ibrahimiyah)

56

MAZHAB HANAFI DAN MALIKI

Selawat ke atas Nabi saw dan keluarganya adalah sunat semata-mata. Imam al-Syawkani pula
mengtakan bahawa tiada sebarang dalil yang kuat di sisiku yang menunjukkan kewajipannya.
Sedangkan Nabi saw ketika mengajar seorang lelaki yang buruk solatnya tidak langsung
menyebut tentang bacaan selawat ke atasnya, dan Nabi berkata selepas itu: “Jika kamu buat
perkara tadi (pergerakan solat yang diajar tadi) maka telah sempurna solatmu”.
MAZHAB SYAFI’E DAN HANBALI

Wajib selawat ke atas Nabi saw selepas tasyahud akhir. Adapun selawat Ibrahimiyah sunah di
sisi mazhab Syafi’e, dan wajib di sisi Hanbali. Imam Syafi’i berpandangan tasyahud sahaja
yang wajib manakala selawat adalah sunat sahaja dalam tasyahud akhir.

Kesimpulan

Bagi menggandakan usaha untuk memperolehi kebaikan dan kesempurnaan dalam solat, tiada
keraguan lagi akan adanya keperluan dan kebaikan untuk berselawat ke atas Nabi saw dan juga
keluarga Baginda saw dengan selawat Ibrahimiyah.

Doa tambahan terbaik selepas tasyahud

Perlu difahami bahawa waktu-waktu doa makbul dan elok ketika solat ialah sewaktu dalam
solat dan juga selepas bacaan tasyahud dan sebelum salam. Ini jelas daripada pelbagain nas
yang sahih.

Bersandarkan pelbagai dalil, antara doa yang terbaik dan paling mudah untuk diamalkan
selepas bacaan tasyahud ialah seperti :
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya akau berlindung dengan-Mu daripada azab neraka
jahannam dan daripada azab kubur dan daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan
daripada kejahatan fitnah Dajjal. Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, teguhkan hati
kami di atas agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu”.

(Riwayat Muslim, Ahmad, Ibnu Hibban)

Nabi juga kerap membaca doa berikut selepas tasyahud akhir:
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka
jahannam dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah
al-Masih Dajjal”.

(Riwayat Abu Daud)

57

Sebutan “sayyidina” semasa membaca selawat ke atas Nabi saw

Secara dasarnya, tiada terdapat dalil yang jelas tentang tambahan :sayyidina” di dalam selawat.
Jika diteliti hadis yang menyebut tentang bacaan ini di dalam riwayat al-Bukhari, Muslim dan
Abu Daud, sememangnya tidak terdapat kalimah “sayyidina Muhammad” dan “sayyidina
Ibrahim”.

Justeru, majoriti para ulama tidak menggalakkan ia ditambah dalam tasyahud. Sebahagian
ulama mazhab Syafi’e menyatakan bahawa penambahan “sayyidina” adalah lebih elok dibuat
atas dasar adab dengan Nabi saw. Mereka juga menolak hadis Nabi saw yang bererti: “Jangan
kamu menambahkan “sayyidina” apabila menyebut namaku di dalam solat”. Ini kerana hadis
ini adalah daif.

Selain ulama Syafi’e, terdapat juga ulama mazhab Hanafi yang berpendapat demikian, Walau
bagaimanapun, mazhab Hanafi secara umumnya tidak bersetuju penambahan “sayyidina” ini.

Mazhab Maliki dan Hanbali tidak cenderung dengan penambahan ini.

Kesimpulan

Penulis bersetuju terhadap apa yang disimpulkan oleh Prof Dr. Kamil Musa yang mengatakan
bahawa sesungguhnya ikhtilaf dalam bab ini hanyalah dalam menentukan yang manakah yang
lebih afdal, dan menurut semua hujah mereka, tiada sebarang masalah besar jika menambah,
cumanya berpegang teguh dengan nas adalah lebih baik.

17 - Salam

Setelah selesai membaca tahiyat akhir dan berdoa dengan doa-doa yang baik, sampailah
masanya untuk menamatkan solat dengan melafazkan salam.

Hukum memberi salam

Salam yang pertama adalah wajib dan yang kedua adalah sunat. Demikian menurut pandangan
jumhur ulama. Malah Ibn Abd. Barr menyatakan kewajiban salam pertama sebagai ijmak.
Ijmak ini juga dinyatakan oleh Ibn Munzir. Namun ulama mazhab Hanafi tidak menyatakan
kewajibannya.

Pandangan yang menyatakan kewajiban adalah lebih kukuh berdasarkan hadis:

Maksudnya: “Anak kunci solat ialah bersuci (wuduk),dan pengharamannya (daripada
perkara-perkara yang boleh dilakukan di luar solat) ialah takbiratulihram, dan tahlilnya ialah
memberi salam”.

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi, Al-Hakim menganggapnya sahih dan
disokong oleh al-Zahabi)

Namun begitu, bagi menyempurnakan solat dan memastikan perolehan kebaikan yang lebih,
dua salam diperlukan, ia disahkan daripada hadis bahawa berkata ‘Amir bin Sa’ad daripada
bapanya:

58

Maksudnya: “Aku nampak Rasulullah saw memberi salam ke kanan dan ke kirinya sehingga
aku melihat putihnya Baginda”.

(Riwayat Muslim)
Pergerakan ketika salam dan sebutannya
Iaitu dengan memalingkan kepala ke kanan sehingga pipi kanan nampak seluruhnya daripada
arah belakang sambil mengucapkan kata salam, iaitu:

Demikian lafaz yang terbaik dan tidak disunatkan menambah dibelakangnya “wabarakatuh”
menurut mazhab Syafi’e. Lafaz salam tadi berdasarkan hadis:

Maksudnya: Diriwayatkan daripada ‘Abdullah (bin Mas’ud) daripada Nabi saw bahawa
baginda memberi salam ke sebelah kanan dan kirinya;
Maksudnya: Salam sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu, salam sejahtera dan rahmat
Allah ke atas kamu.

(Riwayat al Tirmizi , Ibn Hibban)
Selain itu, terdapat larangan daripada menggerakkan tangan ketika memberi salam
sebagaimana disebut:
Maksudnya: “Apabila seseorang di antara kamu memberi salam, hendaklah ia menoleh ke
arah rakannya dan jangan mengisyaratkan dengan tangannya”.

(Riwayat Muslim)
Menurut Mazhab Syafi’e, kedudukan kepala ketika salam ialah memulakan salam
(assalamualaikum) dengan mengadap kiblat. Kemudian berpaling ke arah kanan, dengan
niat untuk menamatkan salam dan solat. Salam yang diberi ditujukan kepada para malaikat,
manusia dan jin. Mazhab Syafi’e dan Hanbali juga menggalakkan para makmum agar berniat
menjawab salam imam tadi dalam salam mereka.

59

18- Menyapu Dahi dan Hidung Sesudah Solat

Imam al-Bukhari meletakkan tajuk yang memuatkan sebuah hadis berkaitan dengan meyapu
dahi dan hidung dalam “bab sesiapa yang tidak menyapu dahinya dan hidungnya sehingga
tamat solat”.

Hadis berkaitan

Hadis yang dirasakan mempunyai kaitan dalam bab ini ialah hadis di mana Abu Sa’id al-Khudri
berkata:

Maksudnya: “Aku melihat Rasulullah saw sujud di atas air dan tanah, sehingga aku dapat
melihat kesan tanah di dahinya”.

(Riwayat al-Bukhari)

Beberapa kefahaman berikut dapat diambil daripada hadis, iaitu:

i. Nabi saw tidak menyapu dahi Baginda semasa solat walaupun dahi Baginda
terdapat kesan tanah dan air.

ii. Nabi saw juga tidak disebut menyapu dahinya selepas solat, dan kalaulah
terdapat ihtimal selepas solat maka ia kerana membuang kesan tanah dan air dan
seumpamanya yang ada di dahi. Pada hari ini kebiasaannya kita sujud di atas
permaidani yang bersih. Maka keperluan menyapu dahi juga bukanlah daripada
perbuatan solat yang mesti dibuat, malah yang sahihnya Nabi Muhammad saw juga
tidak melakukannya. Al-Hafidz Ibn Hajar al-Syafi’e pula mengatakan, jika Nabi
saw melakukannya pun, maka ia tindakan menyapu habuk, debu dan kesan tanah di
dahi Baginda, yang mana ia termasuk dalam bab “jibilliah” (perkara semula jadi
manusia) dan bukannya suatu amalan untuk merapatkan diri kepada Allah swt.

Walaupun demikian, menurut ulama dalam mazhab Syafi’e, perbuatan menyapu dahi selepas
solat digalakkan berdasarkan hadis berikut:

Maksudnya: “Rasulullah saw apabila selesai solatnya maka Baginda menyapu dahinya
dengan tangan kanannya kemudian berdoa:

Maksudnya: “Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha
Merahmati, ya Allah hilangkanlah daripadaku kesedihan dan kedukacitaan”.

(Riwayat al-Thabarani, Ibn Sunni dan Abu Nu’aim)

Al-Haitami memberikan komentarnya tentang hadis pertama dengan katanya:

Maksudnya: “Diriwayatkan oleh al-Thabarani di dalam al-Ausath (al-Mu’jam al-Ausath) dan
al-Bazzar dengan lafaz yang sama dan melalui pelbagai sana, serta terdapat (seorang perawi
iaitu) Zaid al-‘Amiyy di dalamnya (sanad al-Thabarani). Sesungguhnya bukan seorang sahaja
daripada kalangan para ulama telah menghukumkannya sebagai tsiqah sedangkan jumhur
mereka mengatakan dia adalah dhaif. Baki perawi pada salah sati sanad al-Thabaraniadalah
tsiqah, manakala sebahagian daripada mereka telah diperselisihkan (oleh para ulama).

60

Satu lagi hujah yang digunakan ialah:

Maksudnya: “Daripada Ma’mar daripada Qatadah bahawa beliau telah menyapu dahinya
apabila tamat daripada solat sebelum memberi salam”.

(Riwayat Abd Razak)

Menurut ulama Syafi’e seperti dalam kitab I’anah al-Talibin, walaupun hadis ini daif, ia masih
digalakkan untuk dilakukan kerana termasuk dalam kategori “fadhail al-‘amal” (kelebihan-
kelebihan amalan). Namun amalan ini tidak dapat dijumpai dalam kitab-kitab muktamad
mazhab Syafi’e seperti al-Umm, Rawdah al-Talibin, Tuhfatul Muhtaj, Nihayatul Muhtaj,
Mughni Muhtaj dan lain-lain. Justeru menisbahkan pendapat menyapu muka selepas solat
kepada mazhab Syafi’e masih boleh dipertikaikan kerana ia mungkin pendapat peribadi
beberapa ulama bermazhab Syafi’e dan bukan pendapat mazhab. Wallahu ‘alam.

Sapu muka sebelum tamat solat

Manakala amalan menyapu muka sebelum tamat solat pula tidak digalakkan. Disebutkan pula
di dalam Sunan Ibn Majah :
Maksudnya:”Bahawa Rasulullah saw bersabda:”Sesunggauhnya di antara (perkara yang
termasuk dalam) Kebiadaban/kekasaran ialah apabila seorang lelaki banyak menyapu
dahinya sebelum selesai daripada solatnya”.

(Riwayat Ibn Majah, al-Sindi, Ulama bersepakat perawinya terdapat Harun bin
Abdullah yang statusnya dhaif, Albani menganggapnya dhaif)

Maksud “jafa’” dihuraikan oleh ulama sebagai satu tindakan tidak serius, seolah-olah
berpaling daripada solat, ditolak, dan tidak disukai kerana tindakan itu menafikan khusyuk.

Kesimpulan

Setelah melihat kepada perbincangan para ulama fiqh dan hadis, penulis berpandangan
sekiranya terdapat individu yang ingin beramal dengan amalan ini berdasarkan hadis dhaif di
atas, maka disarankan:

i. Untuk melakukan perlakuan yang sama seperti yang disebut dalam hadis dhaif, iaitu
menyapu dahi dengan tangan kanan dan baca doa yang disebut dalam hadis
tersebut.

ii. Tidak beriktiqad bahawa amalan ini adalah sunah Rasulullah saw, kerana disiplin
bagi memakai hadis dhaif adalah dengan tidak meyakini nisbahnya kepada
Rasulullah.

iii. Tidak beriktiqad bahawa amalan ini pasti membawa sesuatu kebaikan berbentuk
pahala dan kerohanian, kerana kebaikan dalam bentuk ini hanya boleh diyakini jika
ia datang daripada hadis sahih atau hasan, tetapi apabila ia datang daripada hadis
dhaif, kita hanya boleh berharap agar mendapat sesuatu kebaikan daripadanya.

iv. Tidak menjadikan ia setanding atau seperti ibadat khusus, malah perlu disedari
bahawa ia perbuatan yang mudtaqil (terasing) daripada pergerakan asal solat.
Ringkasnya, bolehlah dianggap ia sebagai satu pergerakan yang dibuat di luar solat.
Wallahu’alam.

61

19- Mengangkat Tangan dan Menbaca Doa Secara Berjamaah

Setelah melakukan penyemakan terhadap pendapat pelbagai ulama dalam hal ini, penulis amat
berminat untuk mengutarakan hasil analisa yang dibuat oleh Syeikh al-Muhaddith Abdul
Rahman al-Mubarakpuri al-Hindi dalam “Tuhfatul Ahwazi Syarah Sunan al-Tirmizi" cetakan
Dar al-Fikri, Dimasqh tahun 1399H, dalam bab “Apa yang dikatakan tatkala memberi salam”.

HASILNYA

Ulama telah berbeza ijtihad dalam hal ini, di mana sebahagiannya mengatakan harus, dan
sesetengah yang lain mengatakannya tidak harus dan menganggapnya bidaah.
Ulama yang mengatakannya harus berpegang kepada 3 buah hadis, antaranya :

i. HADIS ABU HURAIRAH

Maksudnya:”Bahawa Rasulullah saw mengangkat tangannya selepas memberikan
salam dalam keadaan Baginda menghadap kiblat lalu berdoa: Ya Allah
tewaskanlah Khalid Ibn Walid (tatkala belum Islam) dan “Iyyash bin Rabi’ah...”.

ii. HADIS ABDULLAH BIN ZUBAIR R.A

Maksudnya:”(Muhammad bin Abi Yahya berkata:) Aku nampak Abdullah bin
Zubair, dan dia nampak seorang lelaki mengangkat tangannya berdoa sebelum
tamat daripada solatnya. Maka setelah lelaki itu tamat daripada solatnya, lalu
Abdullah bin Zubair berkata kepadanya: Sesungguhnya Rasulullah saw tidak
pernah mengangkat tangannya sehinggalah Baginda tamat daripada solatnya”.

(Riwayat al-Thabarani)

iii. HADIS ANAS

Maksudnya:”Telah datang seorang lelaki daripada kalangan orang kampung
kepada Rasulullah saw pada hari Jumaat, lalu berkata: Ya Rasulallah, musnahlah
binatang, musnahlah keluarga, musnahlah manusia. Maka Baginda terus
mengangkat tangannya lalu berdoa, dan orang ramai juga mengangkat tangannya
bersama Rasulullah saw dan berdoa (bersama-sama baginda)”.

(Riwayat al-Bukhari)
Juga satu lagi hadis Anas yang bermaksud:

“Tidak seorang hamba yang membuka telapak tangannya selepas setiap solat
kemudian berkata: Ya Allah Tuhanku, dan Tuhan Ibrahim dan Ishak dan Yaaqub dan
Tuhan Jibrail dan Mikail dan Israfil ‘alaihimussalam. Aku memohon agar Engkau
memperkenankan doaku, sesungguhnya aku amat berhajat. Berikanlah perlindungan
kepadaku, pada agamaku, sesungguhnya aku telah diuji. Kurniakanlah rahmat-Mu
kepadaku, sesungguhnya aku berdosa. Hilangkanlah kefaqiran daripadaku,
sesungguhnya aku miskin”. melainkan Allah ‘Azza Wajalla berhak untuk tidak
menolak permohonan kedua-dua tangannya (yang berdoa) dalam keadaan dihina”.

(Riwayat Ibn Sunni)

62

Hadis al-Aswad al-‘Amiri dan hadis al-Fadl bin Abbas.

Para ulama daripada kumpulan ini berpegang dengan umum hadis mengangkat dua
tangan seamasa berdoa, lalu berkata bahawa berdoa selepas solat fardhu adalah elok
dan digalakkan, dan telah sah daripada Nabi saw bahawa Baginda berdoa selepas solat,
dan mengangkat tangan adalah merupakan salah satu daripada adab untuk berdoa.
Mereka juga berkata bahawa tiada sebarang dalil yang melarang daripada mengangkat
tangan ketika berdoa selepas solat.

Syeikh al-Mubarakpuri dalam pendapatnya setelah mengutarakan perbincangan
masalah ini berkata bahawa pendapat yang rajih mengatakan perbuatan mengangkat
tangan semasa berdoa selepas solat adalah harus dan tidak mengapa bagi mereka yang
melakukannya.

Al-Ghumari pula berkata dalam hal ini, Nabi saw telah bersabda yang bermaksud “Apa-
apa yang aku perintahkan hendaklah kamu ikut sedaya upaya setakat kemampuan, dan
apa-apa yang aku larang, jauhinya”. (Hadis Sahih)

Nabi Muhammad Saw tidak pula menyebut “apa-apa yang aku tidak perbuat
hendaklah kamu jauhi”.

Begitu juga dalam hal ketika Nabi saw tidak melakukan solat Dhuha. Ia menunjukkan
hukum solat tersebut harus sahaja kerana jika wajib, maka Nabi saw tidak akan
meninggalkannya. Maka demikian juga Nabi ada kalanya tidak mengangkat tangan
ketika berdoa, bagi menunjukkan ia hanya harus, tetapi bukan juga bermaksud larangan.

Manakala kumpulan yang melarang antaranya Imam Malik dan sekumpulan ahli fiqh
mazhab Maliki yang memandang doa secara berjamaah dengan suara kuat antara imam
dan makmum selepas solat adalah makruh, kerana adalah lebih elok setiap orang
berdoa untuk dirinya dan berhubung dengan Allah swt secara bersendirian.

Kesimpulan

Jelas daripada hadis tersebut bahawa Nabi saw pernah berdoa selepas solat. Maka penulis
berpandangan, walaupun jika hadis yang ada adalah dhaif sebahagiannya, tetapi tidak wajar
untuk kita menggelar orang yang melakukannya sebagai sesat atau bidaah secara umum.
Demikian juga apa yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Anwar Syah.

Penulis juga bersetuju dengan al-Mubarakpuri dan Muhammad Anwar Syah bahawa doa secara
berjamaah juga pernah dilakukan oleh Nabi saw dalam hadis Anas yang diriwayatkan oleh al-
Bukhari, Cuma ia bukan dibuat selepas solat secara lazim. Walaupun demikian, adalah harus
menurut kaedah usul bagi ulama untuk melakukan qiyas dalam hal ini. Walaupun ia mungkin
lemah dari sudut pendalilan, tetapi adalah tidak harus untuk kita menganggapnya satu bentuk
kesalahan yang pasti.

Namun, bagi mereka yang ingin melakukannya, mereka perlu memastikan agar tidak
menguatkan suara ketika berdoa sekiranya masih terdapat lagi ahli jamaah yang sedang
menunaikan solat. Ini kerana ia akan mengganggu mereka dan mengganggu orang yang
bersolat ialah satu perkara yang haram secara pasti. Wallahu’alam.

63

Bersalaman Tangan Secara Berjamaah antara Ahli Jemaah Selepas Solat

Asal hadis berkenaan bersalaman tangan ialah hadis, bermaksud:” Tiada dua orang Muslim
yang bertemu dan bersalaman antara kedua-duanya, kecuali Allah akan mengampunkan
kedua-duanya sebelum mereka berpisah”.

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. Dianggap sebagai hadis hassan gharib)

Setakat yang mampu disemak dalam fakta sirah, sememangnya tidak terdapat pula pada
zaman Nabi saw, amalan bersalaman secara berjamaah selepas solat sebagaimana yang
diamalkan pada zaman kita ini. Walau bagaimanapun, amalan ini berlaku setelah Nabi saw
wafat. Maka ulama berbeza ijtihad dalam hal ini. Sekumpulan ulama mengatakannya bidaah
yang keji kerana tidak dilakukan oleh Nabi saw dan para sahabatnya.

Berkata pula kumpulan ulama yang lain bahawa ia memang bidaah (perkara baharu dari sudut
bahasa) tetapi ia merupakan satu bidaah yang baik (hasanah).

Ibn Taimiyah pernah ditanya soalan ini, dan beliau berkata bahawa ia adalah bidaah yang
tidak dilakukan oleh Rasul dan sahabatnya.

Imam Izz Abd. Salam pula berkata bahawa ia adalah bidaah yang harus.

Imam al-Nawawi pula berkata bahawa ia adalah sunah mengambil kepada asal hukum
bersalaman yang diajar oleh Nabi saw dan pandangan ini tidak mengambil kira sunah hanya
berlaku pada waktu tertentu (ketika berjumpa) tidak pada waktu lain.

Kesimpulan

Setelah menyemak kepelbagaian pendapat dalam hal ini, jelaslah ia salah satu perkara cabang
dalam fiqh Islam dan tidak sewajarnya perbincangan tentangnya membawa perpecahan dan
kebencian sesama Muslim.

Justeru, kesimpulan dalam hal ini adalah seperti berikut:

i. Bersalaman sesama Muslim sememangnya mempunyai dalil yang sahih, Cuma
dalilnya menyebut secara jelas ia dibuat ketika bertemu. Maka persoalannya ialah,
adakah ia secara tidak langsung dan pasti “qat’ie”melarang bersalaman pada
waktu-waktu yang lain? Penulis berpandangan bahawa hukumnya adalah harus
untuk seseorang berpegang dengan umum hadis, iaitu galakan untuk berjabat
tangan tanpa dihadkan pada waktu-waktu tertentu, tanpa menafikan bahawa
ketika bertemu ialah waktu yang paling digalakkan.

Ia sudah tentu digalakkan terutamanya apabila ia dibuat atas asas adat, dan
bukannya atas asas rekaan baru ibadat khusus. Sebagaimana yang perlu diketahui
bahawa penerimaan sesuatu adat dalam Islam adalah menurut maqasid atau hikmah
perilaku adat tersebut. Justeru jika terdapat sesuatu adat yang bercanggah dengan
hikmah dan target hukum Islam, adat tersebut sudah pasti menjadi fasid (rosak dan
tidak harus dibuat).

64

ii. Adapun jika terdapat individu yang ingin mengambil roh dan maqasid bersalaman
menggunakan ijtihad sendiri di bawah naungan hadis tadi, penulis merasakan
adalah amat tidak wajar untuk kita mendakwanya telah melakukan perkara haram
dan salah secara putus.

Ini kerana, terdapat kemungkinan bahawa apa yang dikehendaki dan disasarkan
oleh Nabi saw daripada amalan berjabat tangan itu supaya terbitnya rasa
ukhuwah sesama Muslim.

Justeru, bersalaman tanpa dibatasi waktu dan keadaan tertentu amat besar
peranannya dalam merapatkan hubungan sesama Muslim. Keadaan ini juga
disokong oleh hadis yang menyuruh kita memberikan lafaz “Assalaamu’alaikum”
sesama Muslim supaya dapat menghasilkan perasaan saling mengasihi antara satu
sama lain.

Sebagaimana sabda Baginda Nabi saw:

Maksudnya:”Kamu tidak akan memasuki syurga sehinggalah kamu beriman dan
kamu tidak beriman (tidak sempurna iman) sehinggalah kamu saling berkasihan
(antara Muslim). Adakah kamu ingin jika aku tunjukkan kepada kamu satu perkara
yang jikalau kamu melakukannya nescaya kamu akan saling berkasihan?
Sebarkanlah ucapan salam antara kamu”.

(Riwayat Muslim dan Abu Daud)

iii. Adat dan kebiasaan masyarakat Malaysia yang melakukan adat bersalaman ini
sejak sekian lama juga perlu diambil kira sebelum menjatuhkan hukuman,
terutamanya dalam hal furuk dan bersifat ijtihadiyah ini. Ini kerana adat dan uruf
yang tidak bertentangan dengan syarak, malah dapat mengukuhkan lagi salah satu
anatara maqasid al-syarak, sememangnya digalakkan. Kaedah Islam yang
menerima adat seperti ini ialah:

Maksudnya:”Adat yang tidak bercanggah dengan syarak boleh menentukan hukum
sesuatu perbuatan dan tindakan”.

Terdapat satu kaedah lain berbunyi:

Maksudnya: “Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah)
apabila ia dilakukan berterusan dan dilakukan oleh majoriti”.

iv. Walaupun demikian, jika terdapat sesiapa yang benar-benar mengikuti zahir nas
semata-mata tanpa sebarang percubaan berpegang dan melihat kepada roh dan
maqasid hasil daripada arahan untuk berjabat tangan, maka eloklah untuk mereka
berjabat tangan ketika bertemu sahaja. Bagaimanapun, janganlah sampai
mendakwa individu yang melakukannya telah melakukan satu perkara yang salah
lagi sesat. Wallahu’alam.

65

PENUTUP

Alhamdulillah, akhirnya penulisan berkaitan Solat Cara Rasullullah dapat disempurnakan dan
disampaikan dalam bentuk e book yang mudah untuk diakses oleh pembaca sesuai dengan
kehendak semasa di mana teknologi membantu kita meningkatkan ilmu dengan lebih pantas.

Diharapkan pembaca dapat mengetahui pandangan-pandangan terpilih untuk menjadi
amalan solat kita seharian. Dengan ini ianya menjadikan kita seorang hamba yang sentiasa
menjaga hubungan kita dengan Pencipta. Paling utama diharapkan agar penulisan ini dapat
menjadi buah tangan yang amat bermakna untuk pelajar-pelajar dalam mendekatkan diri
kepada yang Esa dan memngetahui cara terbaik dalam melaksanakan ibadah solat.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi kebaikan kepada semua. Sesungguhnya
“Barangsiapa yang memperbaiki solatnya, maka sebenarnya dia sedang memperbaiki
hidupnya’. Moga kehidupan kita menjadi lebih baik asbab dari amalan kita menjaga hubungan
kita dengan Allah Taala. Sesuai dengan tujuan asal penciptaan kita adalah untuk beribadah
kepadaNya di mukabumi ini.
Akhir sekali terima kasih kepada semua yang memberi sokongan atas penghasilan e book ini.
Moga kita semua dalam jagaanNya sentiasa.

Sekian terima kasih.

66

RUJUKAN

1- Al – Quran Al-Karim
2- Ahmad, F.(n.d). Hidup Ibadat. Sungai Petani: Muzakkir Muhsini Productions Sdn Bhd.
3- Abdul Rahman, Z. (2012). Formula Solat Sempurna. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.

Bhd.

67

68


Click to View FlipBook Version