The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini merupakan kompilasi refleksi pengalaman berasaskan sekolah (PBS) fasa I yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar opsyen Sains dari IPG Kampus Kent. Dalam perjalanan menjadi seorang guru, pengalaman berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu fasa yang penting dalam memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Melalui buku ini, pelajar-pelajar ingin berkongsi refleksi tentang pemahaman mengenai sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah yang telah dijalankan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dr. Chiam Sun May, 2023-08-09 09:17:42

Koleksi Planet Pea-ple Siri 24: Refleksi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1

Buku ini merupakan kompilasi refleksi pengalaman berasaskan sekolah (PBS) fasa I yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar opsyen Sains dari IPG Kampus Kent. Dalam perjalanan menjadi seorang guru, pengalaman berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu fasa yang penting dalam memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Melalui buku ini, pelajar-pelajar ingin berkongsi refleksi tentang pemahaman mengenai sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah yang telah dijalankan.

Keywords: Refleksi

PISMP Sains SK/SJKC Ambilan Jun 2022 Chiam Sun May, PhD. Ainon bt Hadim Zaieddi bin Sackdan@Shahdan Low Kee Sun Tan Cho Chiew Haslan bin Manja Kok Boon Shiong, PhD. Dayang Khairiah Harun Juvinnah Gatuah Ronald Yusri Batahong, PhD. Adeline Leong Suk Yee, PhD. Santana Rajan A/L Peurmale Salina Bt Abdullah Sangguro, PhD. REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) FASA 1 12-23 Jun 2023


1 2 - 2 3 J U N 2 0 2 3 PENG ALA M AN BERASASKAN S EKOLAH (PBS ) FASA I PISMP Sains SK/SJKCAmbilan Jun 2022 ChiamSun May, PhD. Ainon btHadim Zaieddi bin Sackdan@Shahdan LowKee Sun Tan Cho Chiew Haslan bin Manja Kok Boon Shiong, PhD. DayangKhairiahHarun Juvinnah Gatuah RonaldYusri Batahong, PhD. Adeline Leong SukYee, PhD. Santana RajanA/L Peurmale Salina BtAbdullah Sangguro, PhD.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, PETI SURAT 2, 89207 TUARAN, SABAH. Hak Cipta @ Institut Pendidikan Guru Kampus Kent 2023 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan atau ulang mana - mana bahagian kandungan, ilustrasi dan jadual dalam kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kent. Koleksi Planet Peaple Siri 24: Refleksi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa I PISMP Sains SK/SJKC Ambilan Jun 2022 Chiam Sun May, PhD. Ainon bt Hadim Zaieddi bin Sackdan@Shahdan Low Kee Sun Tan Cho Chiew Haslan bin Manja Kok Boon Shiong, PhD Dayang Khairiah Harun Juvinnah Gatuah Ronald Yusri Batahong, PhD. Adeline Leong Suk Yee, PhD. Santana Rajan A/L Peurmale Salina Bt Abdullah Sangguro, PhD. Penyunting: Chiam Sun May eISBN: 978-967-0008-64-6 Kulit Buku: Raja Norzahirah Binti Raja Abdullah


Buku ini merupakan kompilasi refleksi pengalaman berasaskan sekolah (PBS) fasa I yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar opsyen Sains dari IPG Kampus Kent. Dalam perjalanan menjadi seorang guru, pengalaman berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu fasa yang penting dalam memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Melalui buku ini, pelajar-pelajar ingin berkongsi refleksi tentang pemahaman mengenai sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah yang telah dijalankan. Refleksi dalam buku ini bukan sahaja berkisar tentang pemahaman mengenai sekolah tetapi juga pengalaman baru dan unik yang dialami semasa dalam proses menjalani PBS seperti cabaran, pencapaian dan pengajaran berharga yang diperoleh sepanjang prosesnya. Pengalaman yang diperoleh dipercayai dapat membentuk kita menjadi seorang guru yang lebih kompeten, berfikiran kreatif dan kritis serta bersedia menghadapi dunia sebagai seorang guru yang mencabar di luar sana. Melalui cerita dan pengalaman yang dikongsikan, buku ini mengajak pembaca untuk merenungkan perjalanan mereka sendiri dalam dunia pendidikan, serta menghubungkannya dengan pelbagai refleksi yang terkandung di dalamnya. Diharapkan agar buku ini dapat memberikan inspirasi, motivasi, dan perspektif baru mengenai pendidikan dalam kehidupan kita. Buku ini ditujukan bukan hanya kepada pelajar-pelajar yang menjalani PBS tetapi juga guru-guru yang sedang menjalankan tugas mereka, semua individu yang terlibat dalam dunia pendidikan, termasuk ibu bapa, pelajar, dan masyarakat. Diharapkan agar buku ini dapat memberikan penghargaan yang lebih terhadap peranan guru dan pentingnya pendidikan dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak, dan berdaya saing tinggi. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada IPG Kampus Kent, semua pensyarah, rakan sekelas, dan individu yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung atas sokongan yang diberi. Pengalaman yang dikongsi dalam buku ini tidak akan lengkap tanpa sumbangan mereka. Pengalaman, pengetahuan, dan pandangan yang dikongsi dalam buku ini diharapkan akan terus bergema dalam minda pembaca, memberi inspirasi kepada semua untuk mengatasi sempadan mereka dan mengejar impian mereka tanpa henti. Selamat membaca dan semoga buku ini memberikan manfaat dan inspirasi kepada anda! PRAKATA i


REFLEKSI PBS 1 TAN YI SHING..................................................1 REFLEKSI PBS 1 SITI ZAYANA...................................................2 REFLEKSI PBS 1 ALEX FERNANDEZ...........................................3 REFLEKSI PBS 1 MARK LEE.......................................................4 REFLEKSI PBS 1 HAU CHI EN....................................................5 REFLEKSI PBS 1 ELZIRREA ELMIRICQUEA.................................6 REFLEKSI PBS 1 ISAAC CELLESTINE...........................................7 REFLEKSI PBS 1 THIAN WEN HUI.............................................8 REFLEKSI PBS 1 MUHAMMAD AZRIE........................................9 REFLEKSI PBS 1 CHIEN MING MING........................................10 REFLEKSI PBS 1 ERNNA SHARRINA.........................................11 REFLEKSI PBS 1 EVELYN THIAN..............................................12 REFLEKSI PBS 1 ANNIE TING HUI............................................13 REFLEKSI PBS 1 WONG WENG WEI.........................................14 REFLEKSI PBS 1 RACHEL ARIS.................................................15 REFLEKSI PBS 1 JENNY LEE PING............................................16 REFLEKSI PBS 1 SII SENGSIANG..............................................17


REFLEKSI PBS 1 PUTRI NUR BALQIS........................................18 REFLEKSI PBS 1 LU HUI SZE....................................................19 REFLEKSI PBS 1 DAYANG NURHANI FARISYA.........................20 REFLEKSI PBS 1 DAYANG NURNABILA....................................21 REFLEKSI PBS 1 KHAIRUNNISA...............................................22 REFLEKSI PBS 1 HAJAR KASTURI............................................23 REFLEKSI PBS 1 RAJA NORZAHIRAH.......................................24 REFLEKSI PBS 1 INTAN SYAZWANA........................................25 REFLEKSI PBS 1 AMIRUL HAKIM.............................................26 REFLEKSI PBS 1 AHMAD FARID..............................................27 REFLEKSI PBS 1 MUHAMMAD NAZREY..................................28 REFLEKSI PBS 1 NURUL AKMA...............................................29 REFLEKSI PBS 1 SITI MARINA.................................................30 REFLEKSI PBS 1 ABDUL BAARI................................................31 REFLEKSI PBS 1 HANI JUITA NATASYA....................................32 REFLEKSI PBS 1 WAN NUR SAADAH.......................................33 REFLEKSI PBS 1 NIEA SUELEA................................................34 REFLEKSI PBS 1 MUHAMMAD AMIR AHMAS..........................35 REFLEKSI PBS 1 AKMAL HAZIM..............................................36 REFLEKSI PBS 1 MUHAMMAD AZHARI...................................37 REFLEKSI PBS 1 KATHLEEN LEONG.........................................38


REFLEKSI PBS 1 JUSTIN NG.....................................................39 REFLEKSI PBS 1 AFIQAH BATRISYIA.......................................40 REFLEKSI PBS 1 WONG SHIN YUAN........................................41 REFLEKSI PBS 1 PRABHU A/L THANABALASINGHAM..............42 REFLEKSI PBS 1 KELVIN LEONG..............................................43 REFLEKSI PBS 1 WONG UNG WANG.......................................44 REFLEKSI PBS 1 LEONG JIA CHENG.........................................45


Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 pada 12/06/2023 hingga 23/06/2023 di SJK (C) Chung Hwa Tenghilan, Tuaran. Memang tidak dapat dinafikan bahawa saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman setelah menjalani PBS. Kekuatan PBS ialah guru pelatih mendapat pendedahan awal tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Manakala kelemahan PBS ialah pihak sekolah tidak memahami objektif PBS. Gambar di atas menyedarkan saya bahawa setiap pelajar adalah unik dan mempunyai daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Sebagai guru, kita mesti merancang dan menyediakan aktiviti yang merangsang imaginasi dan kreativiti mereka. Saya amat bersyukur dan gembira kerana berpeluang menjalankan PBS dan saya berharap saya dapat menjadi seorang guru yang berjiwa pendidik. 1 Cadangan penambahbaikan PBS ialah pihak sekolah mendapatkan garis panduan pelaksanaan PBS sebelum pelaksanaan PBS. Pihak sekolah juga perlu memberi perhatian kepada guru pelatih dan bekerjasama dengan guru pelatih dalam mengumpul data, agar guru pelatih dapat menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan PBS dengan baik dan sempurna. Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa PBS ialah pelajar sangat bersemangat untuk menjalankan aktiviti kokurikulum iaitu membuat jus secara berkumpulan. Suasana pada waktu itu sangat meriah dan seronok. Pelajar juga memilih nama yang menarik untuk jus yang disediakan oleh kumpulan mereka, dan persembahan setiap kumpulan adalah sangat baik. TAN YI SHING


Siti Zayana KEBAIKAN: Salah satu kekuatan utama program ini membolehkan saya untuk melihat pelbagai gaya pengajaran yang berbeza dan belajar daripada pengalaman guru-guru yang telah lama berkhidmat. Kami akan ditempatkan di pelbagai sekolah yang mempunyai kepelbagaian murid dan persekitaran pembelajaran. Ini memberi peluang kepada kami untuk mendapatkan idea-idea baru dalam mengajar. Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) Fasa 1 juga dapat meningkatkan sikap positif saya terhadap profesion perguruan. Melalui interaksi saya dengan guru-guru di sekolah, saya mendapat motivasi untuk terus menjadi guru yang berdedikasi dan berintegriti dalam perkhidmatan pendidikan. KELEMAHAN: Kurangnya perkongsian maklumat. Hal ini kerana terdapat kekurangan dalam menyediakan platform yang membolehkan perkongsian maklumat yang efektif antara pelajar. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan satu sama lain dengan sepenuhnya. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Rujukan bahan pengajaran perlu disediakan dengan lebih lengkap dan terkini kepada pelajar semasa PBS. Ini akan membantu mereka dalam menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti dan sesuai dengan perkembangan semasa dalam bidang pendidikan. SATU PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN: Semasa mengikuti guru pembimbing ke dalam kelasnya, beliau telah mengarahkan murid untuk melakukan aktiviti berkumpulan. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi, berkolaborasi, dan berkongsi idea dalam pasukan. Mereka juga belajar untuk bekerja secara berpasukan, mendengar pandangan ahli pasukan yang lain, mengambil tanggungjawab masing-masing, dan bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama. Oleh itu, aktiviti ini telah memberikan impak positif kepada murid-murid, di mana mereka dapat melihat hasil kerja keras mereka sendiri. Mereka berasa bangga dan gembira apabila dapat menghasilkan projek yang berkualiti dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pengalaman ini mengajar saya tentang kepentingan melibatkan murid dalam aktiviti berkumpulan di masa hadapan. Hal ini juga membuktikan bahawa kegembiraan murid dalam proses pembelajaran adalah penting dan dapat memberi impak positif kepada perkembangan mereka secara keseluruhan. 2


Kebaikan Pengalaman Berasakan Pengalaman (PBS) ini menyediakan saya dengan peluang untuk melihat dan mengalami sendiri persekitaran sebenar di sekolah rendah serta pelbagai ragam danjenis murid. Selainitu, melalui tugasanPBS, saya dapat mengenali Dasar Pendidikan yang wujud di sekolah. Pada masa yang sama, saya dapat melihat amalan pedagogi para guru semasa menjalankan PdP di kelas mahupun luar kelas. Saya juga mendapat ruang dan masa untuk meningkatkan kemahiran sedia ada seperti kemahiran komunikasi, kemahiran menyampaikan idea, kemahiran mengumpul maklumat dantahapkeyakinansaya, Kelemahan Kekurangan program tidak seberapa banyak. Pertama, program ini kurang memperincikantugasanyang perlu dilaksanakan oleh pelajar. Kedua, kekangan yang dihadapi oleh saya ialah sekolah kurang mempunyai maklumat yang saya perlukan. Contoh; Maklumat STEM. Akhir sekali, saya masih kurang ilmu atau teknikyangperlukan digunakanuntuk mengawal tingkahlaku murid. CadanganPenambahbaikan Maklumat tugasyangperlulebihterperinci. Meningkatkan kemahiran komunikasi, pedagogi, teknikpengawalan murid dankeyakinansaya. Mengasahkemahiran mengumpul maklumat. KomenIkhlas Saya sesungguhnya berasa sangat bersyukur apabila dapat menjalankan PBS ini kerana saya dapat bergaul dengan para guru bertukar idea. Hasilnya, saya dapat membina hubungan interpersonal dan intrapersonal dalam diri saya yang membolehkan saya untuk bertumbuh dari segi corak pemikiran sebagai seorang guru. Saya bersyukur kerana dapat keluar dari gelembung malu dan tidak yakin untuk untuk muncil sebagai seoranggurusepanjang di sekolah. Alex Fernandez Memori yang manis ada banyak tapi salah satunya, semasa saya bermasa guru mengirirngi murid wakil merentas desa. Layanan guru yang mesra dan menyeronokan menyebabkan setiap pengalaman saya itu berharga. Saya juga banyak belajar perkara baru dari pengalamanini. Gambar ini adalah gambar saya bersama Guru Besar, guru dan kakitangan sekolah yang lain pada hari terakhir PBS. Saya sempat bergambar bersama mereka sebagai guru pelatih dan bekas anak murid. 3


Mark Lee Kekuatan & Kelemahan Cadangan Penambahbaikan Kenangan Kekuatan PBS ini adalah mampu memberikan saya pengalaman yang berguna untuk kerjaya saya nanti. Kelemahan PBS adalah soalan dan kehendak tugasan PBS yang tidak terperinci. Hal ini menyebabkan kesalahfahaman daripada para siswa dan siswi. Soalan tugasan PBS boleh diperincikan lagi dan satu panduan yang perinci dan seragam bagi semua IPG di Malaysia digunakan. Hal ini bagi mengelakkan kecelaruan pemahaman daripada pihak yang berbeza. Saya bersyukur atas peluang yang diberikan kerana banyak kenangan manis dan pahit yang telah dirasai. Antaranya ialah saya telah berjaya membina satu Rumah Hantu sempena Hari Kantin. Hal ini memberikan pengalaman dalam pelaksanaan program sekolah. Selain itu, saya juga dapat bergaul dengan guru-guru di sekolah rendah, di mana saya dapat pelbagai jenis maklumat dan pengalaman yang bermakna bagi seorang warga pendidik. Seterusnya, tidak dilupakan juga pengalaman saya mencuba untuk mengajar murid-murid. Ini merupakan pertama kali saya mengajar secara formal dan merupakan satu pengalaman yang penting. 4


Hau Chi En Selepas saya menjalani PBS, saya telah belajar banyak ilmu pengetahuan yang berhargai. Contohnya, saya telah memahami tugas-tugas sebagai guru besar, penolong kanan dan sebagainya. Saya pun telah memeriksa dan memerhati persekitaran sekolah dan mempunyai gambaran yang terdahulu sebelum menjadi cikgu. Kelemahan PBS ini ialah pihak ipg dan pihak sekolah kurang memahaimi tugasan PBS. Selain itu, pihak sekolah juga mengatur banyak kelas ganti untuk kami dan kami kurang masa untuk menyiapkan tugasan. Cadangan penambahbaikan adalah pihak murid, IPG dan pihak sekolah perlu menambahkan komunikasi supaya kami dapat memahami dan melancarkan tugasan dengan baik. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah saya telah membimbing murid untuk menyertai pertandingan keranjang peringkat MSSD. Walaupun masa kenal kami tidak panjang, tapi saya mempunyai hubungan yang paling rapat dengan murid-murid tersebut. Saya juga mempunyai hubungan yang rapat dengan guru persekitaran saya dan guru pembimbing. Saya juga berkongsi konsep aktiviti stem yang dapat membantu proses PdP. Gambar yang saya paling suka adalah gambar murid berkumpul di auditorium kerana mereka adalah murid tahun 1 dan 2. Hal ini berlaku juga disebabkan oleh prasarana sekolah ini sangat lengkap dan murid tahun1dan2 perlu dibimbing dengan cara yang lain kerana tahap kognitif mereka tidak cukup matang. 5


6


Isaac Cellestine KEKUATAN&KELEMAHANPROGRAM AntarakekuatanprogramPBS iniialahsaya berpeluangmendapatkanpendedahanawalmengenaipersekitaransekolahpada zamankini.Di samping itu, saya juga berpeluanguntukmelakukanpemerhatianmengenai carapara gurudi siniuntukberinteraksi bersamamuriddanmemastikansesiPDPberjalan denganlancar.Akhir sekali, saya berpeluanguntukbelajar berinteraksidenganpihaksekolahdenganlebihberkesandandalammasa yang sama berpeluang untukmeningkatkankemahirankomunikasi Antarakelemahanyang saya telahkenalpastiialahmaklumat yangdisampaikanmengenaipelaksanaanPBS inikurang jelasdanjuga tidakterperinci. Tambahanpula,maklumat yangdisampaikanmengenaiPBS agak'lastminute'.Halinitelahmenyebabkankesalahfahamanyang berlaku. CADANGANPENAMBAHBAIKAN Antara cadanganpenambahbaikanyang saya bolehcadangkanialahpihakIPGhendaklahmenyampaikanmaklumatmengenaipelaksanaanPBSdengan lebihjelasdanterperinci.Tambahanpula,maklumat yangdisampaikanhendaklahlebihawal agarkamidapatmelakukanpersediaanyang lebihawaldan tidak'lastminute'. PENGALAMANMANIS Antarakenangan/pengalamanyangmanismelaluiprogramPBS ialahsaya berpeluanguntukberkenalandengansalahseorang rakanyang barudaripada IPG laindanberpeluanguntukbekerjasama bersama-sama agarpelaksanaanPBSdi sekolahdapat berjalandenganlancar.Antaraperkara yang saya belajar melaluikerjasamadenganrakansayamerupakansayadapat belajar berinteraksidenganberkesandenganrakanIPGyang lain. Selainitu, saya berpeluang untukberinteraksidenganparamuriddi sekolahinidansaya berasa sangat gembiradanselesa berinteraksidenganmereka. Saya juga berpeluanguntuk memahamikarenahmereka yang sangatlucudansangatmesradanmemberikerjasamadengansaya.Akhir sekali,kenanganmanis yang terakhir ialahsaya berpeluanguntukmengenalidanberamahmesra bersama rakangurudankomuniti sekolah.Dalampadamasa yang sama, saya berpeluangmembantuguru mengendalikanbeberapaprogramdi sekolah. 7


Thian Wen Hui Kekuatan PBS ini adalah memberikan peluang kepada para guru pelatih untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekolah daripada perspektif seorang guru. Selain itu, saya juga mendapat banyak ilmu pengetahuan yang dapat saya aplikasikan pada masa kelak seperti cara guru meningatkan minat murid untuk belajar. Kelemahan saya sepanjang PBS ini ialah kurang jelas dengan kehendak soalan tugasan pada permulaan PBS. Selain itu, saya juga tidak merancang gerak kerja dengan baik pada minggu pertama PBS dijalankan. Cadangan penambahbaikan ialah semua maklumat terkini mengenai PBS perlu disampaikan lebih awal kepada guru pelatih. Selain itu, saya juga perlu membuat persediaan yang secukupnya sebelum PBS dijalankan dan sentiasa mengubah rancangan jika perlu. Saya berasa gembira menjalani PBS 1 di SJK(C ) Chung Hua Batu 10. Walaupun murid di sekolah ini ramai, suasana di sekolah tetap harmoni dan murid sentiasa mengawal tingkah laku sendiri. Pengurusan sekolah ini sangat baik sehingga terhadap 90% murid hadir ke sekolah pada setiap hari. Saya amat bersyukur kerana disambut mesra oleh guru dan murid. Pada hari terakhir PBS, saya juga mendapat pelukan daripada murid-murid. Semangat murid-murid di sekolah ini membuatkan saya berasa PBS selama dua minggu adalah singkat. 8


Azrie madali Sebelum PBS Fasa I ini bermula, kelemahan yang saya dapati adalah sewaktu taklimat PBS yang diadakan melalui medium Google Meet. Di mana batch saya terdiri daripada 163 pelajar namun hanya 100 orang pelajar sahaja yang mampu masuk Google Meet tersebut . Hal ini mengakibatkan keciciran maklumat kepada pelajar. Selain itu, penerangan soalan tugasan yang kurang jelas mengakibatkan saya kurang faham dengan arahan tugasan. Sepanjang saya menjalani PBS Fasa I ini selama dua minggu, saya menghadapi masalah ketika hendak menyiapkan tugasan. Hal ini kerana saya diminta untuk memasuki kelas untuk mengganti kelas kerana saya dibagi jadual persendirian bagi menggantikan guru yang kosong. Kelemahan Kekuatan Melalui PBS Fasa I ini, saya dapat meningkatkan kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, profesional, pembangunan diri, penyelesaian masalah, keyakinan diri, merancang tindakan, dan menyesuaikan diri sepanjang saya berkampung di SK Gas Sandakan selama dua minggu. Selain itu, saya juga dapat menimba ilmu yang pelbagai yang sesuai digunakan ketika saya berPBS Fasa II dan Praktikum di masa akan datang. Seterusnya, saya dapat pengalaman baharu di mana saya diminta untuk melatih pelajar dalam sukan Bola Baling. Untuk PBS, platform penyampaian maklumat mengenai PBS perlu ditingkatkan. Contohnya, sentiasa memaklumankan kepada guru pelatih tentang kehendak tugasan dan dokumen terkini dengan segera. Untuk diri saya, saya perlu tingkatkan keyakinan diri dengan selalu melibatkan diri dengan program yang dilaksanakan dalam sekolah. Cadangan Penambahbaikan Detik Manis Detik manis saya di SK Gas adalah apabila guru-guru yang pernah mengajar saya sewaktu bersekolah di sekolah itu masih ingat tentang saya dan mereka berasa bangga dan gembira dengan hasil curahan ilmu yang mereka telah berikan kepada saya. Selain itu, apabila para murid melambai sambil senyum kepada saya dan beri salam. Akhir sekali, apabila saya menyokong pertandingan bola baling lelaki dan perempuan bawah 12 tahun dan pasukan SK Gas mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. 9


Chien Ming Ming Kebaikan PBS adalah memberikan pengetahuan yang berguna kepada kita. PBS membantu guru pelatih memahami konsep-konsep melalui pengalaman praktikal dan interaktif, yang dapat memperdalam pemahaman mereka dan meningkatkan motivasi belajar. Selain itu, PBS juga membantu guru pelatih mengembangkan keterampilan praktikal dan meningkatkan pengalaman belajar mereka di luar kelas. Kelemahan PBS adalah adanya keterlambatan dalam memberi tahu guru-guru pelatih tentang dokumen-dokumen penting. Hal ini dapat mengganggu kelancaran penjalanan PBS dan mempengaruhi efektiviti pembuatan portofolio. Cadangan penambahbaikan: Saya berharap dokumen-dokumen penting dapat disampaikan dan didistribusikan dengan lebih cepat agar memudahkan kami dalam melakukan pekerjaan. Pengalaman manis saya adalah saya sangat bersyukur mendapat peluang kembali ke alma mater saya dan bertemu dengan guru-guru yang akrab serta bersama dengan teman-teman masa lalu sepanjang dua minggu PBS ini. 10


Ernna Sharrina Posiding Kekuatan Melalui PBS, saya dapat menimba banyak ilmu pengetahuan berkenaan profesion keguruan seperti bagaimana pengurusan pentadbiran dilaksanakan, cara mengendalikan murid semasa PdP, serta kemahiran berinteraksi dan mendapatkan maklumat. Kelemahan Antara kelemahan ialah kesibukan para guru untuk ditemu bual kerana sekolah amat sibuk dengan kelas serta program-program yang berlangsung terutamanya berkaitan sukan. Selain itu, pada mulanya, saya kurang berinteraksi dengan guru pada minggu pertama disebabkan perasaan malu dan takut mengganggu. Akhir sekali, maklumat yang saya kehendaki tidak sepenuhnya dapat dikumpul atas faktor perubahan senarai semak yang lambat diberi. Cadangan Penambahbaikan Merancang masa dengan baik serta bertanya kepada orang yang ingin ditemu bual bila masa yang sesuai untuk ditemu bual. Selain itu, mengatasi rasa malu untuk berinteraksi. Detik-detik Manis Pada minggu pertama PBS, saya telah menjadi penolong jurulatih bola jaring dan saya sangat teruja dan gembira melihat ereka mengaplikasikan apa yang saya ajar kepada mereka. Selain itu, murid di sini akan berdoa bersama semasa guru masuk mengajar dan saya berasa sangat terharu apabila mendengar mereka berdoa untuk guru mereka. Sememangnya, saya sangat mengerti kenapa guru dikatakan sebagai profesion yang mulia melalui PBS 1 ini. Akhir sekali, saya sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan guruguru yang mengajar saya sejak saya berumur 7 tahun bukan sebagai murid lagi tetapi sebagai insan yang akan menjadi bakal guru. 11


During the two weeks of PBS at Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Batu 35, I have gained a lot of experiences and knowledge. The school that i went to has acquiped with facilities and a conducive environment for students to learn and have fun. Besides that, i fell in love with the students as they are very friendly, confident and energetic. When they saw me, they would wave at me and that really made my day. One of the strength for this PBS is I get to experience first hand on how to handle classes and management of schools. Before this, I have no idea on how to handle a classroom full of students as I had only learn merely about the theories in education. However, I now have an idea of handling students and ways to make them more active in classes. However, there is also a weakness for this PBS. During the whole 2 weeks, i have no friends to accompany me to interview teachers and explore the school together. On the first day, i was quite worried and anxious as i was all alone. However, i slowly adapted to the environment and got used to being by myself. After all, we need to learn to be independent as we are not guaranteed to always have our friends to accompany us at all times. All in all, this has been a wonderful experience and i cannot wait for my second PBS as I can learn more knowledge that are useful for my future. Evelyn Thian Hui Ni 12


ANNIE TING HUI kelebihan: Melalui PBS, saya dapat memperoleh ilmu baharu sebagai persediaan untuk menjadi seorang pendidik yang bertauliah. Selain itu, saya dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah serta tingkah laku murid yang berbeza dengan menyatupadukan teori yang dipelajari sepanjang di IPG. Cara berkomunikasi dengan guru yang berperingkattinggi seperti pihak pengurusan sekolah juga saya pelajari semasa PBS. kelemahan: Masalah yang dihadapi ialah sekolah ini kurang maklumat yang saya perlukan. Sebagai contoh,tiada program STEM yang diadakan pada masa terkini. Unit STEM di sekolah tersebuttidak seberapa aktif disebabkan kekurangan dana. cadangan penambahbaikan: -meningkatkan keyakinan saya semasa berkomunikasi -mengasah kemahiran mengumpulkan maklumat Pengalaman manis saya di sekolah ini ialah dapat mengenalirakan IPGK lain serta boleh saling membantu dalam segala tugasan. Secara keseluruhannya, saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk menjalankan PBS di SJK (C) Taman Rajang. Semua guru dan kakitangan di sekolah ini amat pemurah, sanggup membantu saya serta baik hati. Murid-murid juga sangat bermoral dan menghormati guru. Perkara yang boleh dikatakan ialah semua warga sekolah ini sangat kerjasama dalam menuju matlamat sekolah. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah ini kerana dengan bantuan serta kerjasama yang dibagi, saya dapat menjalankan PBS saya dengan lancar serta berjaya. 13


Kebaikan: Me lalui PBS ini, guru pe latih bol eh menye suaikan diri dengan suasana s ekolah dan mengukuhkan keyakinan s ebagai s eorang guru. Guru pe latih dapat mengenali dan memahami pe laksanaan s egala dasar pendidikan yang dilancarkan me lalui peme rhatian,t emu bual dang soal s e lidik dengan warga s ekolah. Guru pe latih bol eh juga mendapat pengalaman guru-guru lain dari s egi pedagogi dan cara mengawal ke las. Semasa be rint e raksi dengan warga s ekolah, guru pe latih bol eh mengasah t eknik be rkomunikasi me r eka.Ke s emua penge tahuan ini akan dibawa ol eh guru pe latih s epanjang ke rjaya pe rguruan me r eka. Ke l emahan: PBS ini tidak mempunyai begitu banyak ke l emahan t e tapi saya be rasa s epanjang PBS ini saya mempunyai masalah dalam be rkomunikasi. Saya akan be rusaha untuk menye l e saikan masalah t e rs ebut. Masalah yang saya hadapi s emasa PBS saya ialah s ekolah ini tidak me laksanakan begitu banyak aktiviti STEM ke rana kekurangan sumbe r kewangan. Cadangan: Saya akan be rusaha untuk be rint e raksi dengan kawan-kawan saya supaya saya bol eh meningkatkan t eknik be rkomunikasi saya. Se lain itu, s ekolah t e rs ebut bol eh meminta bantuan daripada ibu bapa dan pihak l embaga pengarah supaya banyak aktiviti STEM dapat dijalankan di s ekolah. Kenangan : Saya be rsyukur ke rana be rpe luang menye rtai hari sukan tahunan s ekolah. Saya juga dipe r cayai dan dibe ri tugas s ebagai s eorang hakim pe l epas. Saya t e lah be lajar t eknik- t eknik olahraga yang amat membantu. Semasa menjalankan tugas, saya gembira ke rana me lihat murid-murid be rs emangat menye rtai s emua acara yang dis ediakan. Tambahan lagi, saya juga me lihat sikap guru yang be rtanggungjawab dalam menjaga ke s e lamatan anak murid. Semua guru hanya akan mengundur diri apabila s emua murid t e lah pulang ke rumah. WONG WENG WEI 14


Kelebihanyangsayaperolehi setelah menjalankanPBS selama dua minggu di SK Malangang Baru, Tuaranialahsaya dapat mengetahuipelbagai ilmupedagogiyang digunakan olehguruuntuk mengendalikansesipengajaran ddan pembelajaran. Saya berharapsegala ilmu danpengalamanyangsayaperolehi ini akansayagunakan dengan sebaiknyapada masa akan datangiaitusemasapraktikum danapabila telah bergelar seorangguru. Rachel Aris Terdapat beberapakelemahanyangsaya dapati sepanjang menjalankanPBS. Pertama sekali, soalantugasanyang diberikantidakjelas danini telah menyukarkangurupelatihuntuk merancangserta mencari maklumat berhubungtugasan. Selainitu, tiadapenganjuranprogram STEM di sekolahsepanjangkami melaksanakanPBS. KELEBIHAN KELEMAHAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Arahan tugasan haruslah dinyatakan dengan jelas untuk mengelakkan kekeliruan dan melancarkanpencarian maklumat berhubungtugasan. Secara keseluruhannya, saya berasa sangat bersyukur kerana telah melaksanakan PBS 1 di SK Malangang Baru dengan jayanya. Kenangan yang paling bermakna adalah apabila saya telah terlibat dengan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Sekolah. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna kerana saya dapat melihat sendiri budaya dan tradisi masyarakat Kadazandusun di Sabah. Bukan itu sahaja malah saya dapat melihat sendiri kerjasama di antara pihak sekolah dan komuniti bagi menjayakan program tersebut. 15


Jenny Lee Ping Kelemahan Saya menjalankan dua minggu PBS di SJK Su Kwong. Sepanjang PBS ini, saya telah memperolehi banyak pengetahuan baharu sebagai seorang guru dan mempunyai gambaran terhadap pengurusan sekolah. Program PBS ini membolehkan saya memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah, menghayati kerjaya seorang pendidik serta membina kemahiran interaksi dengan warga sekolah termasuk murid, guru, pengawal keselamatan sekolah, guru besar dan penolong-penolong kanan. Kelebihan Kelemahan yang saya dapati selama dua minggu ini ialah ketidakjelasan tugasan dan menyebabkan saya menghadapi cabaran dalam menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula, program STEM yang dijalankan dalam dua minggu ini adalah kurang. Hal ini demikian kerana kesibukan guru bertugas di luar dan terdapat banyak pertandingan daerah dijalankan seperti Pertandingan Catur dan Bola Jaring. CadanganPenambahbaikan Arahan tugas perlu diberi jelas supaya tugasan dapat disiapkan dengan lancar dan tiada keliruan dan kesilapan. Kenangan Kenangan manis saya selama dua minggu PBS ini ialah saya dapat mengenali guru dan murid di sekolah tersebut. Mereka sangat mesra dan kami juga mengambil gambar sebagai kenangan. Guruguru di sekolah tersebut juga memberi bantuan yang banyak terhadap tugasan saya. Oleh itu, saya amat bersyukur saya boleh menjalankan PBS di SJK Su Kwong. 16


SII SENG SIANG Kebaikan program Kelemahan/Kekurangan program Cadangan penambahbaikan Kenangan yang manis Melalui PBS, saya boleh mendapatkan persiapan yang lebih baik untuk menjadi guru sepenuh masa. Saya juga dapat memahami secara mendalam peranan dan tuntutan menjadi seorang guru, mengasah kemahiran pengajaran, dan memperoleh keyakinan dalam menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan. Ini membantu saya untuk lebih siap dan yakin dalam menghadapi kerjaya sebagai guru. Kehendak soalan tidak jelas dan menghadapi cabaran semasa menjalankan tugasan saya. Sekolah ini juga kurang menjalankan aktiviti STEM kerana kekurangan dana. -Panduan yang jelas boleh diberikan kepada kami. -Pihak berkuasa boleh menyediakan dana untuk sekolah supaya dapat menjayakan aktiviti STEM pada masa hadapan. Dapat berkenal dengan kawan yang berlainan daripada IPG lain. 17


PUTRI NUR BALQIS Kebaikan Antara kebaikan yang saya peroleh semasa menjalankan PBS di SK Malangang Baru adalah , banyak kaedah PdP yang menarik yang dapat saya lihat serta pelajari dari guru-guru di sana. Saya juga berpeluang melihat kerjasama antara gurupguru serta penglibatan ibu bapa dalam menjayakan sesuatu program Kelemahan Soalan tugasan PBS tidak jelas dan ada penukaran senarai semak di saat saat akhir menyebabkan kami kelam kabut dalam mencari perkara yang diminta. Selain itu , dalam waktu 2 minggu, sekolah kami tidak mengadakan program STEM Cadangan penambahbaikan Soalan tugasan seharusnya dijelaskan dengan lebih jelas tentang perkara yang perlu kami jelaskan di Portfolio. Selain itu saya berpeluang untuk mempelajari untuk mempelajari serta merasai makanan tradisi masyarakat Kadazandusun seperti Linopot melalui program Pesta Kaamatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Bahkan saya juga berpeluang menyertai aktiviti sukaneka bersama murid murid serta guru dan juga ibu bapa. Kenangan Manis 18


Kelebihan yang diperoleh oleh saya selama 2minggu menjalankan PBS 1 di SJK (C) Su Lee adalah dapat memberi kefahaman kepada saya tentang budaya sekolah, melatih guru untuk menyesuaikan diri di sekolah dan suasana pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, PBS juga memberi pendedahan awal tentang pembelajaran murid dan membantu guru pelatih untuk memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan itu sahaja, saya juga dapat meningkatkan kemahiran sosial dengan pihak sekolah ketika saya menemukan dengan mereka. Kelemahan LU HUI SZE Kebaikan Cadangan Penambahbaikan Kelemahan adalah maklumat yang diperlukan sepanjang PBS ini lambat diberi oleh pihak sekolah dan penjelasan tentang tugasan PBS juga kurang jelas. Tambahan pula, senarai kandungan semak yang terbaharu juga lambat diberi menyebabkan maklumatyang dikumpul olehsaya sepanjangPBS 1 di sekolahtersebut tidaklengkap. Cadangan penambahbaikan adalah memberi penjelasan tentang kehendak tugasan dengan terperinci. Senaraisenarai yang diperlukan sepanjang tempoh PBS juga perlu diberi dengan awal supaya boleh mengumpul maklumat denganlengkap. Kenangan Manis Saya berasa sangat bersyukur kerana saya diberi peluang untuk menjalankan PBS 1 di SJK (C) Su Lee. Kenangan yang manis bagi saya ialah dapat melibatkan diri dalam aktiviti persatuan Bahasa Cina yang meraikan perayaan perahu naga. Semua ahli dan guru penasihat meraikan perayaan ini dengan makan 'Zong Zi' bersamasama. Selain itu, saya juga disambut dengan mesra apabila saya kembali ke sekolah tersebut. Saya amat berterima kasih kepada semua guru kerana memberi bantuan kepada saya untuk mengumpul maklumat yang diperlukanuntuk menyiapkantugasansaya. 19


Majlis Perpisahan dan Pemberian Cenderakenangan Dayang Nurhani Farisya Stesen Robotik Tamu STEM SK Rugading 2023 Majlis Perasmian Pelancaran Tamu STEM SK Rugading 2023 Kekuatan 1 Sepanjang pelaksanaan PBS di SK Rugading selama 2 minggu, saya memperolehi banyak pengetahuan baru dan juga mampu memberikan pendedahan serta meningkatkan minat terhadap profesion perguruan. Melalui PBS ini, saya mampu mengetahui pengurusan sesebuah sekolah itu dan juga memerhatikan bagaimana guru-guru mengawal kelas mereka. PBS ini juga telah meningkatkan kemahiran insaniah saya kerana saya mampu berdikari semasa hendak mencari maklumat sekolah dan mencari inisiatif sekiranya sesuatu perkara tidak mengikut seperti yang telah dirancang. Kemahiran berkomunikasi juga meningkat kerana saya perlu berkomunikasi dengan pelbagai peringkat umur bagi memperoleh maklumat yang diperlukan. Kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah juga adalah sangat baik. Kelemahan 2 Saya menghadapi sedikit kesukaran mendapatkan maklumat sekolah terutamanya berkenaan pelaksanaan dasar-dasar pendidikan terkini kerana kebanyakan dokumen di sekolah belum dikemaskini. Seterusnya, kekurangan bilangan guru di sekolah ini juga telah menyebabkan banyak penggantian kelas yang perlu dilakukan. Cadangan penambahbaikan 3 Sekolah perlulah mengemaskini dokumen-dokumen berkaitan pengurusan sekolah dan menambah bilangan guru. Kenangan 4 Saya tidak akan lupakan sambutan pihak sekolah terhadap kehadiran kami di sekolah. Layanan yang diberikan oleh seluruh warga sekolah juga adalah sangat baik dan mereka berusaha untuk membantu kami dalam tugasan PBS ini. Selain itu, pihak sekolah juga telah mengadakan jamuan atau Majlis Perpisahan Guru Pelatih IPG Kent di mana setiap daripada kami menerima bouquet coklat dan bunga serta sijil telah menyelesaikan PBS ini SK Rugading. Kami juga menerima hadiah daripada guru-guru. Ragam pelajar juga sangat mencuit hati saya. 20


Dayang Nurnabila Binti Datu Ken KEKUATAN Pengalaman Berasaskan Sekolah 1 banyak memberi pengalaman dan pengetahuan kepada saya sebagai seorang bakal guru. Guru SK Pekan Telipok telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang berada di sekolah tersebut. Saya juga sempat memerhati keadaan murid sewaktu di dalam kelas. Selain itu, saya juga telah membantu guru Pendidikan Jasmani untuk mengendalikan Ujian SEGAK. Menerusi pengendalian ujian tersebut, saya telah mempelajari cara untuk mengawal murid dan memberi penerangan yang jelas kepada murid supaya mereka faham. KELEMAHAN Kelemahan yang dapat dikenal pasti sepanjang berlangsungnya PBS 1 ini ialah kami menerima senarai semak yang terkini selepas telah menjalankan PBS di sekolah masing-masing. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Senarai semak perlulah diberi yang terkini dan lebih awal supaya tidak ada maklumat yang tercicir. Saya juga perlu lebih bersedia untuk menjalankan PBS 2 supaya dapat menambahbaik kerja yang dilakukan. KENANGAN Kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah, guru SK Pekan Telipok menerima kehadiran saya dengan sangat baik. Mereka sangat bangga saya kan menjadi seorang guru kerana mereka merupakan guru yang pernah mengajar saya sewaktu sekolah rendah. Murid-murid juga suka berkomunikasi dengan saya. 21


Kelemahan yang saya perhatikan sepanjang PBS adalah taklimat yang disampaikan oleh unit praktikum berkaitan tugasan PBS/cara menjalani PBS adalah kurang jelas. Tambahan lagi, info berkaitan PBS disampaikan lambat oleh unit praktikum kepada siswa/siswi di Kent berbanding IPG lain. Akhir sekali, kelas ganti yang diberikan oleh pihak sekolah juga agak banyak namun tidaklah sehingga menjejaskan pelaksanaanPBS. Kenangan Manis Cadangan Penambahbaikan Cadangan Penambahbaikan perspektif awal tentang suasana di sekolah sebagai seorang guru. Saya juga telah belajar banyak perkara berkaitan bidang tugas setiap jawatan, pengurusan pentadbiran, dasar-dasar yang ada, budaya sekolah, cara mengawal murid, suasana di kelas/sekolah, ragam muridmurid/guru dan banyak lagi. PBS juga menjadikan saya lebih faham dan bersedia untuk menjadi pendidik anak bangsa yang kompeten pada suatu harinanti. KHAIRUNNISA MOHD HAFIZ Kelemahan Sepanjang 10 hari saya menjalani PBS di SK Bandar Baru, Kuala Selangor, terdapat begitu banyak pengalaman dan ilmu bermakna yang saya peroleh. Antaranya adalahsaya berjaya mendapat Kebaikan Cadangan saya untuk penambahbaikan adalah senarai semak seharusnya diberikan lebih awal. Selain itu, untuk diri saya pula, saya perlu lebih mesra dengan guru-guru dan kakitangan di sekolah agar lebih banyak ilmu yang dapat dikongsikan bersama. Terdapat begitu banyak kenangan manis yang tidak boleh dilupakan sepanjang berPBS. Murid-murid di SEBARU sentiasa ceria, bertenaga, suka berjenaka, memberi pickupline, hadiah, dan selalu senyum/memberi salam apabila berjumpa. Guru-guru di sekolah juga sangat mengalu-alukan kehadiran kami untuk PBS dan sedia membantu dan berkongsi pengalaman. Kakitangan sekolah juga banyak membantu dalam menyelesaikan tugasan. Secara keseluruhan, saya amat suka suasana dan budaya di SEBARU kerana mereka sangat mesra dansedia membantu. 22


During the two-week School-Based Experience (SBE), I have acquired valuable experience and knowledge that has prepared me for a future career as a teacher. One of the key skills I developed was adaptability to a new environment, despite the fact that the school I was assigned to was my former school. Returning as a trainee teacher instead of a student created a different dynamic. Throughout this experience, I had the opportunity to interact with both students and teachers. Initially, the first three days were challenging and somewhat uncomfortable, but as time went on, I gained confidence. This was largely due to the unwavering support of my parents and the willingness of the teachers to assist me. Additionally, I had the opportunity to gain insight into school management and understand the school's culture during my SBE. Observing the teachers in action allowed me to witness their teaching methods, the tools they utilized, and how students behaved within the school environment. However, there were days during the SBE when I experienced a loss of motivation. This occurred when my plans did not unfold smoothly or as expected, often due to factors beyond my control. These unexpected obstacles and challenges presented a weakness in the SBE. Overcoming the weakness of losing motivation during the SBE involves several strategies. It is important to reflect on setbacks, reframe them positively, and focus on lessons learned. Seeking support from mentor and friends can provide guidance and encouragement. Setting realistic expectations and being prepared to adapt plans is crucial. Practicing self-care by taking time for relaxation and maintaining overall well-being is essential. The two-week SBE experience holds a special place in my memories. It provided a great opportunity for me to return to my primary school, nearly eight years after leaving. The joy I felt in reconnecting with my former teachers, who still work at the school, was immeasurable. What made it even more special was the fact that they remembered me and warmly welcomed me back. Their kind treatment and happiness upon seeing me added to the overall positive experience. HAJAR KASTURI 23


Raja Norzahirah Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang pertama banyak memberikan pendedahan tentang sekolah dari perspektif seorang guru. Guru-guru dan kakitangan sekolah menyambut kedatangan saya dengan begitu mesra dan sentiasa membantu dalam memberi tunjuk ajar. Budaya-budaya yang ditunjukkan murid-murid di sekolah tersebut menyebabkan saya selesa dan terpegun. Contohnya, budaya 3S dan mengelap meja kantin dengan sendiri selepas makan. Saya juga terpegun dengan fasiliti sekolah seperti 3D Printer dan saya turut belajar tentang cara menggunakannya. Sepanjang menjalani PBS ini, saya juga menghadapi beberapa masalah seperti kekangan masa untuk menemu ramah kerana guru-guru yang sibuk dengan kelas. Tambahan pula, saya masih keliru dan kuramg jelas tentang maklumat yang perlu didapatkan di sekolah untuk diletakkan dalam portfolio Bagi menangani masalah yang dihadapi, saya akan memberitahu guru untuk ditemu ramah awal supaya mereka dapat menyusun masa. Saya juga akan membuat senarai semak untuk setiap perkara yang akan dilaksanakan pada setiap hari supaya tiada maklumat yang tidak tercicir 24


There are alot of knowledge that i learn, the experience that i gained and the memories that i made. Throughout SBE 1, I have been involved in many school activities, such as preparing Tamu STEM paperwork by applying the knowledge that I gained from IPG together with the school teacher's help, the photography committee during the PIBG meeting, the emcee during the STEM Programme closing ceremony, and the Tamu STEM committee. Additionally, I learned the techniques and methods for teaching science subjects using the PAK 21 approach, such as PBL, Cooperative learning, and i-THINK Map through observations and interviews. In order to engage students in the T&L process and motivate them to become active learners, it is vital for teachers to plan and consider activities to carry out. This school also needs to put more effort in integrating ICT in T&L, as according to the students, they lack experience learning using technology, and when I did some activities with the students using ICT, even as simple as Science Online Quizzes, they seemed excited and happy. Some of the other weaknesses of this school would be the lack of teachers for the huge number of students, which is more than 1200. When some of the teachers are absent, it becomes a burden for other teachers to conduct tonnes of relief classes, and the students themselves will miss the lessons. I faced difficulties when the school didn't have a systematic, proper, and up-to-date documents about the school management and report of the school's programme. In my opinion, it is preferable for things to go more smoothly if the school administration receives the PBS guidelines prior to the teacher trainer's arrival. After all, PBS has helped me gradually develop a greater and stronger passion for being a competent future teacher. 25


Melalui pengalaman di SK Bantayan, saya telah mendapatkan pengetahuan baharu tentang pentadbiran sekolah, kegiatan kokurikulum yang aktif, dan keadaan murid-murid di sekolah. Saya dapat melihat bagaimana pentadbiran sekolah berfungsi dengan melibatkan guru besar dan penolong kanan pentadbiran dalam pengurusan aktiviti dan program di sekolah. Saya juga melihat keberkesanan kokurikulum dalam memperkukuhkan bakat dan kemahiran murid, serta membangun hubungan yang baik antara murid dan guru. Kelemahan sepanjang PBS di SK Bantayan mungkin adalah dari segi kelambatan pihak praktikum memberikan senarai semak yang selaras dengan tugasan pbs kali ini. Kami terpaksa ke sekolah dan mengumpulkan semua maklumat tanpa sebarang panduan. Cadangan penambaikan pula saya berharap SK Bantayan lebih banyak menjalankan program STEM. Walaupun sekolah luar bandar, guru guru seharusnya berusaha demi masa depan murid-murid di sana. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah pengalaman pertama memasuki kelas tahun 1 sebagai guru. Baru saya faham bahawa betapa sukarnya menjadi guru. Tanggungjawab dan amanah guru rupanya tersangatlah berat. AMIRUL HAKIM BIN MOHD AYUB AMIRUL HAKIM BIN MOHD AYUB 26


Kelemahan sepanjang proses pelaksanaan PBS ialah kekangan masa untuk menyiapkan portfolio disebabkan kelewatan untuk memberikan senarai semak yang terkini, menyebabkan kami melengkapkan portfolio menggunakan senarai semak yang belum dikemas kini. Ada maklumat yang terpaksa dicari dalam masa yang singkat ahmad farid bin abdul karim kebaikan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini banyak membantu saya untuk meningkatkan kemahiran komunikasi semasa berinteraksi dengan guru, murid dan semua kakitangan di sekolah ketika menjalan temu bual. Guru-guru di sekolah ini sangat baik dan melayan guru-guru pelatih seperti seorang guru di sekolah itu. saya juga dapat mempelajari proses pengurusan fail di sekolah secara tidak langsung semasa mencari maklumat pengurusan sekolah di dalam dalam fail. Kelemahan Penambahbaikan Pihak sekolah perlu menyediakan buku pengurusan sekolah dan buku tersebut perlu dikemas kini setiap tahun. Seterusnya, senarai semak yang terkini perlulah diberikan dengan lebih awal agar tidak berlaku sebarang kekeliruan ketika menjalankan PBS Kenangan Gambar di bawah dan atas menceritakan 1001 kenangan yang telah dicipta sepanjang dua minggu menjalani PBS 27


Pengalaman PBS saya di SK Inanam Laut sangat memberi saya banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu. Saya belajar bagaimana tugas sebagai seoarang warga pendidik yang lebih daripada mengajar di kelas tetapi menjadi ibu bapa kepada murid-murid yang lain. Saya juga belajar bahawa mendidik bukanlah satu tugas mudah seperti yang sering diperkatakan. Banyak jalan yang berduri dan penuh manikam perlu dilalui demi mencapai kemanisan dalam melihat anak murid menempah kejayaan. Kelemahan yang saya dapati hanyalah tugasan yang disampaikan kepada murid sepanjang PBS agak lambat dan berubah-ubah menyebabkan tugasan tidak dapat disiapkan dengan lebih teratur dan sistematik. Penambahbaikkan yang perlu dilaksanakan sudah tentu daripada segi pelaksanaan tugas yang lebih jelas, sistematik dan mempunyai penanda aras atau panduan yang lengkap untuk dijadikan rujukan. Kenangan manis yang tidak dilupakan sudah tentu kenangan membina rumah hantu dan menjadi hantu ketika hari kantin sekolah dilaksanakan. Kami mendapat peluang untuk tugasan ini ketika kami melaporkan diri pada guru besar di hari pertama. Dengan tidak mempunyai pengalaman satu pun tentang ini, kami berusaha untuk menjadi yang terbaik dan mencipta pelbagai idea untuk mencipta rumah hantu yang "low cost". Berkat kerjasama pihak sekolah dan rakan-rakan saya. Rumah hantu berjaya disiapkan dengan jayanya. Pengalaman menjadi hantu untuk menakutkan kanak-kanak juga adalah pengalaman yang istimewa melihat ada yang berlari ketakutan, melatah, menjerit dan ada yang menangis sehingga saya terpaksa angkat ke luar. Semua ini kenangan yang manis sebagai hari terakhir PBS di sekolah tersebut. Melihat keriangan murid-murid dan semangat daripada guru menjadikan sya lebih bersemangat menjadi guru yang cemerlang. PBS yang telah kami jalankan akan menjadi salah satu memori yang akan saya ingat sampai bila-bila. 28


NURUL AKMA CABARAN KELEBIHAN HARAPAN Sepanjang saya melaksanakan PBS, saya disambut mesra oleh semua warga sekolah. Mereka memberikan kerjasama yang sangat baik & banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan PBS ini. Saya juga telah diberi banyak peluang untuk meneroka dunia pendidikan seperti budaya sekolah, perlaksanaan dasar pendidikan di sekolah, proses PdPc di dalam kelas, mengurus program sekolah, pengurusan danpentadbiransekolahkurikulum,kokurikulum &halehwal murid . Saya juga belajar, kemenjadian murid itu akan tercapai apabila pemimpin sekolah, guru,dan komuniti berganding bahu dalam meningkatkankualiti sekolah dengan menjalankantanggungjawab masing-masing Saya merupakan satu-satunya pelajar IPG yang menjalankan PBS di sekolah tersebut. Hal ini memberi cabaran kepada saya kerana saya tidak mempunyai rakan untuk berbincang berkaitan isu/penambahbaikan yang boleh dilakukanterhadaptugasansaya secara langsung. Selainitu, ia juga membericabaran buat sayaketika sayaperlu menggantikelasuntukkalipertama . Saya mengalami masalah berkaitan perancanganaktivitiyangsesuai dilaksanakan dan mengawal disiplin murid. Walaupun begitu,guru- gurusekolah tersebut banyak membantusaya menangani masalahyangsayahadapi :) sejujurnya, saya sangatgembira menjalankanPBS di sekolahtersebut kerana seluruh warga sekolahsangat ramah danselalu membantusayaketika saya menghadapi masalah. Mereka juga banyak memberi ilmu berkaitan dunia pendidikanserta menanggungperbelanjaan makan minum saya sepanjang saya berada di sekolahtersebut. Pendekkata, terlalu banyakilmu dan kenangan manis saya di sekolahtersebut. Saya berharapagar saya dapat menerapkannilai-nilai murniyangsaya peroleh dari sekolahtersebut dalam bidangkerjaya saya dansaya juga mendoakansekolahtersebut menjadi antara sekolahyangcemerlangyang mampu melahirkan murid yang berkembangsecaraholistik. 29


Jujur saya katakan, dua minggu di sekolah merupakan satu pengalaman yang bercampur baur. Seronok, penat, bahagia, bersyukur, risau semua ada. Saya juga banyak belajar untuk berkomunikasi dengan guru yang lebih berpengalaman dengan saya. Saya juga sangat bersyukur dengan kehadiran Niea Suelea selaku rakan PBS saya yang menyebabkan saya lebih bersemangat untuk menjalani PBS di sekolah ini. Senarai semak portfolio PBS berubah beberapa hari sebelum portfolio perlu di hantar menyebabkan ada beberapa perubahan yang perlu dibuat di dalam portfolio. Selain itu, senarai semak juga tidak menunjukkan wajaran markah setiap markah yang diminta menyebabkan agak sukar untuk menjangkakan bagaimana ingin memperoleh 60% markah tersebut. Tempoh masa PBS selama dua minggu memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Malah, saya juga dapat mengenali warga sekolah dengan lebih mendalam sepanjang tempoh tersebut. Terdapat banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya perolehi daripada warga sekolah yang baik-baik belaka. SK Tagaroh juga merupakan sekolah yang sangat cemerlang dari segi pengurusannya. Siti Marina SK TAGAROH, KOTA MARUDU Senarai semak portfolio perlulah dijelaskan dengan lebih terperinci beserta wajaran markah setiap perkara yang diminta. Ini untuk memastikan pelajar dapat melengkapkan kandungan setiap perkara tersebut berdasarkan markah yang diperuntukkan. 30


ABDUL BAARI KEKUATAN Melaksanakan PBS Fasa1 di SK Pekan Tuaran merupakan satu pilihan yang tepat kerana suasana persekitaran sekolah yang sangat menyambut kedatangan kami di sana. PBS Fasa 1 ini telah memberikan saya pengalaman yang sangat bermakna tentang suasana di sekolah. Banyak ilmu baru yang saya dapat sepanjang pelaksanaan PBS ini terutamanya cara pengawalan murid kerana SK Pekan Tuaran signifikan dengan murid yang ramai. KELEMAHAN Sepanjang pelaksanaan PBS ini telah banyak memberi kesedaran kepada saya bahawa masih jauh perjalanan yang harus saya lalui untuk menjadi seoarang pendidik. Hal ini kerana banyak peluang yang diberikan kepada kami untuk mendalami suasana dalam bilik darjah yang tidak mudah untuk kami. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Saya berharap agar dapat melaksanakan PBS dan Praktikum akan datang dengan penuh persediaan dari segi ilmu, sahsiah dan sebagainya kerana jika dinilai dari pengalaman memang jelas itu kekurangan kami. KENANGAN MANIS 31


M 12 23 24 25 1 2 Ways to improve the First OoRr TtHheE DdiIFfFfeErReEnNtT Strengthen Mentorship by encouraging mentor-mentee relationships Diversify classroom that's offering the opportunity to experience a range of grade levels and subjects Balance teaching and coursework demands to ensure that we have a manageable workload and sufficient time to engage in coursework requirements. The SBE had provide me with an authentic classroom experience where I actively involved in teaching, lesson planning, and student interactions. This settings has allow me to apply my theoretical knowledge in the real-world setting. The school also pair me with experienced mentor (cooperating teacher) that provide guidance and support throughout the program. This mentorship has help me refine my teaching skills, navigate challenges, and develop a reflective approach to my practice. This collaboration fosters the sharing of ideas, resources, and building professional networks within the school community. T W T F S S 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 26 27 28 29 30 June 2023 HhAanNiI J jUuiItTaA n a t a s y a Strengths of School-Based Experience Weaknesses of School-Based Experience I encounter time constraints and workload where I need to balance my responsibilities to do relief class while also need to manage my coursework and assignments task. This juggling act has led to time constraints and an increased workload, that has impacted the quality of my coursework and to fully engage in reflective practice. This is why I needed adequate support and time management strategies to prevent burnout and to ensure a positive learning experience. SK Sungai ud Be the best, 32


Wan Nur Saadah Banyak pengalaman & pengetahuan yang telah saya perolehi berkaitan fungsi dan pengurusan sekolah. Misalnya terdapat banyak bidang penting yang memainkan peranan dalam pembangunan sesebuah sekolah. Bukan itu sahaja, saya mula cakna tentang kepentingan keberkesanan suatu program yang memberi impak yang besar terhadap murid, guru dan sekolah yang juga bersepadan dengan Dasar-Dasar Pendidikan masa kini. Tempoh 2 minggu itu adalah sangat singkat menjadi sebahagian daripada warga sekolah SKPA. Banyak kenangan yang takkan dilupakan termasuklah layanan mesra yang telah diberikan oleh pentadbir, guru, murid bahkan kakitangan sekolah. Di SKPA, warga sekolah telah membuktikan bahawa ukhuwah yang terjalin sesama warga sekolah mahupun komuniti setempat dan ibu bapa penting dalam keharmonian sesebuah sekolah. Walaubagaimanapun, melalui pengalaman PBS ini juga, saya mula sedar betapa sukarnya untuk mengawal keadaan murid itu. Saya akui, setiap pelajar ada ragamnya tersendiri, ada yang suka berlari, suka mengejek dan sebagainya. Orang bilang, budak sekolah rendah kan. Maka, saya berpeluang untuk merasai sendiri bagaimana untuk handle pelajar yang bilangannya hampir ramai terutama semasa program sekolah berlangsung. Akhir kata, peluang PBS yang diberikan ini menjadi titik tolak kepada saya agar terus berusaha dalam menggapai impian untuk menjadi seorang guru yang cemerlang di masa hadapan✨ SK PUNCAK ALAM, SELANGOR (SKPA) 33


Niea Suelea There were some difficulties I faced when going through the PBS program, where there were last-minute changes to the checklist and there was no weighting scores for each aspect. Therefore, I do not know and did not have much time to figure out how much or how deeply I should write. I believe it would be much better if all the aspects had weighted scores. Other than that, for myself, I should be more proactive in order to gain more new knowledge from the PBS program. SKTAGAROH,KOTA MARUDU Even though the PBS program lasts two weeks, that period still feels short. The PBS program allowed me to experience a lot about the world of school from the perspective of a teacher. I gained a variety of new knowledge and experience after going through the PBS program at SK Tagaroh. For example, as a future teacher, I must be brave enough to step out of my comfort zone and open my eyes to see the opportunities available. From my point of view, I also can see that the success of SK Tagaroh is the result of excellent collaboration and cooperation between all teachers, students and the community. Overall, I feel very grateful for being able to do School Based Experience (PBS) phase 1 at SK Tagaroh, Kota Marudu. All of the people of SK Tagaroh have helped me a lot in carrying out my PBS assignment. I can conclude that the people of SK Tagaroh are very kind and generous and also have an attitude toward helping each other. I also feel very grateful to my friend, Marina, who was with me to experience our first PBS together. The fact that it was my first PBS and the school was my mom's old primary school that she used to go to is a wonderful experience and will always hold a special place in my heart and mind. There are also many memories that I can't forget, such as the interactions with students and all the experienced teachers at SKeTa. I could not express in words how impressed I am with all SKeTa teachers who are competent in ensuring the development of students, the culture practiced by the chairman of the PIBG, and the implementation of beneficial programs for the school community. The most memorable thing would be my first experience of donating blood at SKeTa. 34


MUHAMMAD AMIR AHMAS BIN ABDUL MALEK Memberikan peluang kepada saya untuk mendapatkan pengalaman praktikal di sekolah-sekolah sebenar. Ini membolehkan saya mengaplikasikan pengetahuan dan teori yang dipelajari dalam persekitaran sebenar. Waktu Pengalaman Berasaskan Sekolah yang terlalu singkat. Tambah waktu Pengalaman Berasaskan Sekolah kepada satu bulan. Dapat menyertai banyak program sekolah seperti Mesyuarat PIBG dan aktiviti sukan. Kekuatan : Kelemahan : Penambahbaikan : Pengalaman Manis: 35


Akmal Hazim Bin Amir Rudin SKPekanTuaran,Tuaran,Sabah I MISS SK PEKAN TUARAN Akhir sekali, pengalaman berasaskan sekolah di SK Pekan Tuaran telah memberi saya pelbagai pengajaran yang berharga. Ia tidak hanya melibatkan aspek akademik, tetapi juga perkembangan sosial dan emosi. Saya belajar tentang persahabatan, kerjasama, tanggungjawab, dan menghargai perbezaan. Pengalaman ini telah membantu membentuk siapa saya hari ini dan memberi saya asas yang kukuh untuk terus belajar dan berkembang. Saya akan sentiasa menghargai pengalaman ini dan memegangnya dengan penuh rasa syukur dalam ingatan saya. Mengapa pula saya rindu? Hal ini kerana pihak SK Pekan Tuaran telah memberikan saya banyak pengalaman manis yang tak terlupakan dalam perjalanan pendidikan saya. Saya juga telah banyak menemukan ramai orang baik sepanjang tempoh PBS selama 2 minggu. Contohnya, Puan Dahlia iaitu mentor saya yang pernah payung saya nasi goreng ayam yang sangat sedap. Guru-guru juga turut berkesempatan menyediakan pelbagai juadah sempena perpisahan kami pada hari terakhir PBS. Suasananya seperti menyambut hari raya aidilfitri! ada rendang, ketam masak sambal, mac cnd cheese, daging black pepper, kambing golek, nasi arab, lemang, ketupat, air sirap, fresh orange, beef wellington, wagyu skewer, shawarma, kunafa, tomyum dan hidangan shellout. Macam restoran pula mereka buat di bilik guru itu. Saya juga rindu akan murid-murid di sana yang tersangatlah friendly, setiap kali saya lalu di hadapan kelas, mereka akan terjerit-jerit menegur saya bagaikan saya ini adalah seorang artis yang terkenal. mereka juga sangat sporting apabila saya melakukan aktiviti di kelas, mereka akan memberikan kerjasama yang tersangat baik. saya juga diminta untuk mengendalikan aktiviti senam robik sempena program 1 Murid 1 Sukan, mereka semua mengikut tarian yang saya tunjukkan di atas pentas. Saya, seorang hot stuff bersama peminatpeminat. Bro Baari yang stylo . Mr. Sauzan mengajar murid-murid untuk menjadi sado seperti beliau. 36


Muhammad Azhari KEKUATAN Memilih SK Kompleks KLIA sebagai sekolah saya untuk menjalani PBS Fasa 1 adalah keputusan yang terbaik saya buat kerana tugas mencari maklumat mengenai tugasan yang sukar telah dipermudahkan dengan adanya warga sekolah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada saya. Saya juga telah didedahkan dengan pengalaman seolah - olah saya adalah guru sebenar dan pada saya itulah pengalaman dan ilmu saya yang saya perlu dapatkan untuk PBS Fasa 1. KELEMAHAN Banyak perkara yang saya perolehi sepanjang tempoh PBS namun begitu, masih banyak saya perlu pelajari dari SK Kompleks KLIA tetapi apakan daya masa dua minggu telah menjadi pemisah bagi saya. Mungkin hanya jika dipanjangkan lagi tempoh PBS maka saya dapat pelajari lebih banyak lagi. Insyallah CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Untuk PBS akan datang, saya berharap bahawa senarai semak berkenaan maklumat yang perlu kami perolehi telah diperinci dengan lebih spesifik agar kami dapat mencari maklumat yang tepat bagi menyiapkan tugasan PBS. KENANGAN MANIS SK KOMPLEKS KLIA 37


Kathleen Leong Siew Ching Saya mendapati ilmu asas kepimpinan adalah pentingsebagai satu cara untuk saya memantapkan professionalism sebagai guru. Sayabelajar satu perkara yang bermakna di sekolah iaitu, seorang guru bukan sahajaperlu mengetahui tugas-tugas hakikinya di dalam ruang induk kelas sahaja, tetapimereka perlu mengambil tahu aspek-aspek lainnya seperti memantapkan sistem faildan dokumentasi, kepimpinan dan pentadbiran sekolah, meluaskan jaringan diantara komuniti luar seperti PIBG dan komuniti sekolah, guru dan khususnya parapelajar. Disebabkan itu, PBS dapat membantu saya memahami nilai-nilaikepimpinan serta mengenalpastidasar-dasarpendidikanyangdilaksanakandisekolahsecara efektiF Kekuatan Kelemahan Cadangan Penambahbaikan Pengurusan sumber manusia tidak sistematik.Bilangan guru tidak mencukupi. Setiap hari perlu ada guruuntukmenggantikelas. Pihaksekolahperlumemandangperkaradenganserius 38


Justin Ng Zhen Lu NOSTALGICFEELINGS, SWEETMEMORIES Melalui PBS, saya berpeluang untuk berinteraksi dengan murid-murid,guru-guru serta pihak atasan sekolah.Saya amat berterima kasih kerana semua orang melayan saya dengan mesra dan sentiasa sudi membantu semasa saya memerlukan bantuan dalam penyiapan laporan saya. Sebagai balasan, saya sentiasa aktif membantu mereka apabila diperlukan.Sebagai contoh, saya membantu mengajar murid-murid yang akan menyertai Pertandingan Scratch. SK Perbandaran Sibu No.4 merupakan sekolah lama saya dan saya amat teruja untuk berjumpa dengan guru-guru yang pernah mengajar saya. Saya amat rindu mereka dan memang saya dapat berasa bahawa sekolah saya amat berbeza dengan zaman dulu, tapi dari segi yang baik seperti kemudahan yang canggih, penekanan terhadap aspek seperti kepimpinan murid dan kemahiran bahasa, serta kolaborasi murid Namun kelemahan yang boleh ditemukan ialah guru masih berasa susah menyesuaikan diri dengan pendidikan masa kini. Seperti yang dikongsi PK pentadbiran, terdapat guru yang sambilewa melaksanakan PBD.Dari segi kemahiran pula, cikgu Pung menyatakan bahawa dia susah nak belajar Scratch kerana sibuk dengan kerja sekolah. Dia pun tidak berapa pandai alat programming sebegini. Saya amat bertuah kerana saya pernah menduduki kursus komputational thinking dan mempunyai kemahiran asas bagi programming scratch. Sebagai cadangan ,kursus scratch boleh disediakan untuk guruguru di sekolah ataupun dijadikan sebagai sesuatu mata pelajaran di sekolah. 39


Walaubagaimanapun, kebisingan pada tahap yang terkawal merupakan suatu perkara positif kepada perkembangan semasa proses PdP. Sebagai seorang pelatih, saya mendapat pengetahuan baharu bahawa seorang guru bukan sahaja mesti mempunyai kemahiran dalam pedagogi semata-mata, namun mestilah bijak dalam kawalan kelas bagi membentuk proses PdP yang berkesan Afiqah Batrisyia Pengalaman Berasaskan Sekolah yang dijalankan selama 2 minggu banyak memberi peluang kepada saya dalam melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sekolah. Saya dapat mengetahui bagaimana suatu proses PdP dijalankan, menjayakan sesbuah program mahupun berinteraksi dengan seluruh warga sekolah KELEMAHAN KEKUATAN dalam subjek Sains, murid berpotensi tinggi untuk berasa teruja dan menghasilkan bunyi bising yang menyumbang kepada pencemaran bunyi terhadap sekolah. Antara cabaran yang saya alami sepanjang PBS ialah proses adaptasi dengan suasana, budaya dan sikap murid yang mempengaruhi kawalan kelas pada suatu masa. Terutamanya apabila melibatkan aktiviti 'hands on' atau eksperimen C A D ANGAN P ENAMBAHBA IKAN 40


Melalui PBS yang sepanjang 10 hari di SJK(C) Su Tak, saya telah mendapat tahu kebaikan dan kelemahan sekolah kurang murid. Pertama sekali, SJK(C) Su Tak mempunyai kemudahan yang lengkap dan maju. Misalnya, setiap kelas mempunyai dua pendingin hawa, setiap kelas mempunyai LCD dan projector, dewan sekolah dilengkapi dengan LED Panel Display, tidak ada masalah Internet walaupun sekolah ini berada di kawasan pedalaman dan sebagainya. Dalam konteks ini, 38 orang murid dalam sekolah tersebut boleh menikmati kemudahan-kemudahan ini dengan kebenaran pihak sekolah. Guru juga mampu menjaga semua murid sebab jumlah murid tidak banyak. Oleh itu, keputusan murid dapat ditingkat dengan bantuan guru. WONG SHIN YUAN Dari segi kelemahan, sekolah ini berada di kawasan pedalaman, iaitu lebih 10km dari pusat bandar. Oleh sebab itu, kebanyakan ibu bapa tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah ini kerana masalah pengangkutan. Jika jumlah murid dalam sekolah ini kurang dari 30 orang, sekolah ini mungkin menghadapi masalah bercantum kelas, iaitu kelas tahun 1 mungkin bercantum dengan kelas tahun 2. Hal ini memang akan mempengaruhi perkembangan murid kerana sukatan pelajaran antara tahun 1 dan tahun 2 mempunyai perbezaan yang jelas. Dengan ini, Guru Besar sekolah ini telah selalu mempromosikan sekolah ini melalui sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 ini telah memberi saya peluang yang berharga untuk mendapatkan pemahaman praktikal tentang proses pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran sebenar sekolah. Saya telah meningkatkan kemahiran dalam mengurus bilik darjah, melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan mengamati pelaksanaan sesi PdP oleh guru. Saya percaya bahawa pengalaman ini akan mempersiapkan saya dengan lebih baik untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam program PISMP. 41


Prabhu A/L Thanabalasingham Kekuatan Program Pendedahan kepada situasi sebenar sekolah dan sistem pengurusannya Memberi idea tentang bidang tugas semua ahli komuniti sekolah Mendapat gambaran yang jelas tentang kehidupan seorang guru Kelemahan Program Tugasan yang diberikan dengan arahan yang tidak jelas Kesukaran dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan kerana soalan yang tidak jelas Kekurangan pengetahuan tentang kaedah pengumpulan data Cadangan Penambahbaikan Penerangan dengan tugasan dan kaedah pengumpulan data yang betul Penetapan kriteria yang tetap dalam keperluan tugas yang diberikan Pengalaman yang manis Ketika saya diberikan peluang untuk menjadi guru relief bagi murid darjah 3, saya dimaklumkan pada saat akhir dan saya tidak dapat menyediakan sebarang aktiviti atau latihan bagi murid-murid tersebut. Tanpa sebarang idea untuk mengurus kelas tersebut , saya terpaksa berimprovasi di bilik darjah mereka agar masa mereka terluang dengan infomasi yang berguna Pada mulaannya, saya mengalami kesukaran dalam kawalan murid tetapi selepas beberapa minit saya berjaya mengawal mereka dan melangsungkan aktiviti saya di mana murid hendaklah tampil ke hadapan yang menceritakan tentang diri mereka yang termasuk nama,cita-cita dan rakan baik mereka. Setelah kesemua murid bercerita, saya pula tampil menceritakan serba sedikit tentang diri saya lalu berkata serba sedikit dengan citacita dan usaha yang diberikan untuk mencapai cita-cita tersebut dan serba sedikit tentang sifat keterbukaan yang harus dipratikkan oleh semua murid untuk menigkatkan tahap ilmu pengetahuan mereka. Mahupun, tidak dipelan sebelum kelas berlangsung, aktiviti tersebut berjalan dengan lancar dan kelakuan murid di bawah kawalan 42


Nama KELVIN LEONG KAI MING KEKUATAN PROGRAM Program PBS memberikan peluang kepada murid untuk mengambil peranan aktif dalam proses pembelajaran mereka. Mereka dapat melibatkan diri dalam pengalaman langsung yang relevan dengan topik yang dipelajari dan menerapkan pengetahuan secara praktikal. KELEMAHAN PROGRAM Program PBS tidak tersedia atau dapat diakses oleh semua murid dengan cara yang sama. Murid tidak memiliki sumber daya yang terhad mungkin tidak mendapatkan peluang yang sama untuk pengalaman luar kelas. CADANGAN Pemastian Akses Kesemua Murid: Penting untuk memastikan bahawa semua murid mempunyai akses yang sama dalam program PBS. PENGALAMAN YANG MANIS Pada hari pertama, saya pergi ke SJK(C) SU TAK pada pukul 6 pagi dan sampai di sekolah pada pukul 6.20 pagi. Saya berjumpa dengan pengawal keselamatan sekolah di pondok keselamatan untuk memaklumkan bahawa saya seorang guru pelatih daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran yang akan menjalani PBS di sekolah ini. Selepas itu, saya menuju ke pejabat Guru Besar untuk melaporkan diri. Saya telah memperkenalkan diri sendiri serta tujuan saya datang ke sekolah ini. Pada masa yang sama, saya juga menyerahkan surat PBS, surat Maklumat Pelajar, senarai nama penempatan serta surat penilaian kepada beliau. Beliau juga bersikap ramah mesra dalam membantu kami dalam menyiapkan tugasan PBS ini seperti mengatur sesi memasuki kelas untuk pemerhatian, menerangkan sejarah, struktur organisasi, dan pengurusan sekolah ini. Saya bersyukur kerana semua guru dan staf sekolah melayan kami dengan penuh kasih sayang. 43


Click to View FlipBook Version