Dr. Chiam Sun May Download PDF
  • 118
  • 5
Koleksi KmR dan RPH Mata Pelajaran KSSR Sains Siri 3
Kefahaman melalui Reka bentuk (KmR) merupakan rangka kerja bagi meningkatkan pencapaian murid. Ia menekankan peranan kritikal guru sebagai pereka pembelajaran murid, dengan membantu guru menjelaskan tujuan pembelajaran, merancang pentaksiran, dan merancang aktiviti pembelajaran yang berkesan.

Aktiviti kanak-kanak di sekolah rendah secara umum lebih fokus untuk menerokai persekitaran tempatan, benda hidup dan bukan hidup. Ini secara tidak langsung membawa kepada idea ‘kecil’ yang kurang dikaitkan dengan idea-idea besar sains. Daripada refleksi dan pemerhatian kami, guru sekolah rendah menghadapi beberapa cabaran berkaitan denganKmR, khasnya menentukan big idea dalam sains. Buku ini memberi contoh KmR dan Rancangan Mengajar harian (RPH) kepada guru-guru sekolah rendah. Dalam contoh RPH, kami juga menerapkan elemen-elemen seperti Engineering Design Process (EDP), Revolusi Industri 4.0 (IR4) dan Global Citizenship Education (GCED) sebagai satu usaha untuk membangkitkan kesedaran menyahut Pendidikan 5.0 (Edu 5.0). Hasil penulisan ini telah dirintis oleh guru siswa IPGK Kent semasa menjalani praktikum di sekolah. Harapan kami, contoh-contoh ini dapat membantu guru-guru siswa menghasilkan KmR, merancang dan melaksanakan PdPc seperti yang ditetapkan dalam KmR sebagai satu langkah melatih pemikiran kritikal guru-guru siswa.
View Text Version Category : 47
  • Follow
  • 2
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications