The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN TAHUNAN UNIT AUDIT DALAM NRECC TAHUN 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Khairul Izwan Roslan, 2024-03-26 22:22:19

LAPORAN TAHUNAN UNIT AUDIT DALAM NRECC TAHUN 2023

LAPORAN TAHUNAN UNIT AUDIT DALAM NRECC TAHUN 2023

iii


ivi PENDAHULUAN PENCAPAIAN PRESTASI 1 1.1 Fungsi Audit Dalam 1.2 Kedudukan Perjawatan 1.3 Pertukaran Pegawai Bersara 2.1 Pencapaian Prestasi 9 PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN 3.1 JMG Kelantan 3.2 PERHILITAN Perlis 3.3 JMG Sarawak 3.4 JMG Johor 3.5 JAS Negeri Sembilan 3.6 MET Sabah 3.7 JAS Pulau Pinang 3.8 JKPTG Perlis 3.9 JAS Sarawak 3.10 NRECC 3.11 Pengesahan SPPKew 11 4.1 Pengurusan Penyenggaraan Kuarters Di Jabatan PERHILITAN PENGAUDITAN PRESTASI 5.1 Pengurusan Kenderaan di Met Malaysia 5.2 Pengurusan Kenderaan di JPSM PENGAUDITAN PEMATUHAN PENGAUDITAN ICT 6.1 Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains (MINGEOGIS) 6.2 Perolehan Perkakasan & Perisian ICT Pusat Data Pemulihan Bencana di JUPEM 7.1 Pemeriksaan Mengejut ICT di NAHRIM PEMERIKSAAN MENGEJUT 8.1 Pengesahan Data Baki Awal Aset dan Liabiliti Fasa 1 PENGESAHAN DATA BAKI AWAL ASET DAN LIABILITI 8.2 Pengesahan Data Baki Awal Aset dan Liabiliti Fasa 2 9.1 Mesyuarat Jawatankuasa Audit MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT 10.1 Sumbangan UAD SUMBANGAN UAD PERKARA AM 11.1 Kompetensi & Latihan 11.2 Aktiviti UAD Tahun 2023 29 39 45 35 41 49 53 25


ii AA Aset Alih ABT Akaun Belum Terima AH Aset Hidup AI Artificial Intelligence AP Arahan Perbendaharaan ATAB Aset Tak Alih Bangunan ATK Aset Tak Ketara AUC Aset Under Construction BA Bahagian Akaun BKP Bahagian Khidmat Pengurusan BKSK Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat BP3 Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti BPM Bahagian Pengurusan Maklumat BRO Pegawai Pemeriksa Bajet BRPKI Buku Rekod Pergerakan Kad Inden CGSO Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia DashAD Sistem Dashboard Audit Dalam DRC Pusat Pemulihan Bencana eP ePerolehan FAT Final Acceptance Test FRIM Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia GAT Government Acceptance Test GIS Geographical Information System HCI Hyper Converged Infrastructure ICT Information Communication Technology iGFMAS Government Financial Management Accounting System INSTUN Institut Tanah dan Ukur Negara JAN Jabatan Audit Negara JAR Jawatankuasa Anti Rasuah JAS Jabatan Alam Sekitar JKA Jawatankuasa Audit JKI Jawatankuasa Induk Pengurusan JKP Jawatankuasa Pengurusan JKPAK Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan JKPTG Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian JKR Jabatan Kerja Raya JMG Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia JPICT Jawatankuasa Pengurusan ICT JPKA Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun JPS Jabatan Pengairan dan Saliran JPSM Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia JUPEM Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia


iii KCA Kriteria Kecemerlangan Audit KDN Kementerian Dalam Negeri KRJ Kereta Rasmi Jabatan KSBTTR Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit KSU Ketua Setiausaha LADA Lembaga Pembangunan Langkawi LKAN Laporan Ketua Audit Negara MAMPU Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia MET Jabatan Meteorologi Malaysia MGTC Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation MIA Malaysian Institute of Accountant MINGEOGIS Sistem Maklumat Geopatial Mineral dan Geosains MoF Kementerian Kewangan MPSAS Malaysia Public Sector Accounting Standards MyGPIS Malaysian Government Procurement Information System NAHRIM Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia NRECC Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim NWRC National Wildlife Rescue Centre P/O Pengkeranian dan Operasi PADSA Persidangan Juruaudit Dalam Sektor Awam PAT Ujian Penerimaan Sementara PDRM Polis Di Raja Malaysia PERHILITAN Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara PKS Polisi Keselamatan Siber PLSK Pejabat Lembangan Sungai Klang PPBB Pusat Perolehan Biji Benih PPrISA Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam PTJ Pusat Tanggungjawab PUU Penasihat Undang-Undang RAT Rancangan Audit Tahunan RKJ Rumah Khas Jabatan SDG Sustainable Development Goals SPA Sistem Pengurusan Aset SPPKew Sistem Pemantauan Pengurusan Kewangan TBK Time Based berasaskan Kecemerlangan TKUAD Timbalan Ketua Unit Audit Dalam ToT Transfer of Technology UAD Unit Audit Dalam UI Unit Integriti UPA Unit Pengurusan Aset UPS Uninterruptible Power Supply URR Unit Registri dan Rekod W.P. Waran Perjawatan YB Yang Berhormat


iv Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. aya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat dalam menghasilkan Laporan Tahunan Unit Audit Dalam (UAD), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Tahun 2023. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada UAD kerana telah berjaya menyempurnakan tugas pengauditan yang telah dirancang pada tahun 2023. Penerbitan laporan ini merupakan satu imbasan hasil pengauditan dan usaha penambahbaikan yang telah dibuat serta menggambarkan tahap pengurusan kewangan, aktiviti dan akauntabiliti di Kementerian dan semua Jabatan/Agensi di bawah Kementerian. Laporan ini juga menyenaraikan sumbangan dan aktiviti UAD sepanjang tahun 2023. Penjawat awam harus meneruskan komitmen dan kebertanggungjawaban untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dengan melaksanakan hasrat Kerajaan. Justeru itu, peranan dan fungsi UAD adalah amat penting bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan proses tadbir urus, tahap pengurusan kewangan dan akauntabiliti dalam pentadbiran awam sentiasa dipertingkatkan. Harapan saya agar semua pihak dapat meneliti laporan ini sebagai asas untuk memperbaiki segala kelemahan dan memantapkan usaha penambahbaikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Perkara ini penting bagi memastikan kelemahan yang sama tidak berulang pada masa hadapan dan untuk memastikan urusan pentadbiran Kerajaan dibuat secara cekap, teratur dan betul agar tidak berlaku sebarang ketirisan dan pembaziran. Saya juga merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Kementerian di atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan kepada UAD. Sekian, terima kasih. (DATUK DR. CHING THOO A/L KIM) Mac 2024 Perutusan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim S


v Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh dan Salam Sejahtera. lhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya Laporan Tahunan Unit Audit Dalam (UAD), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Tahun 2023 telah berjaya dihasilkan selaras dengan kehendak PS 3.1 Pekeliling Perbendaharaan Malaysia. Peranan UAD adalah melaksanakan tanggungjawab melalui aktiviti pengauditan yang dapat membantu pihak pengurusan memantapkan prestasi dengan penggunaan sumber secara optimum. Bagi tahun 2023, UAD telah berjaya melaksanakan empat pengauditan prestasi, 10 pengauditan pengurusan kewangan, dua pengauditan pematuhan, 16 pengesahan Sistem Pemantauan Pengurusan Kewangan (SPPKew), satu pemeriksaan mengejut, dua pengesahan baki awal aset dan liabiliti serta empat kali Mesyuarat Jawatankuasa Audit. Penghasilan laporan ini bagi merumuskan penemuan dan syor agar dapat memberi manfaat kepada warga Kementerian sebagai rujukan dalam memastikan pengurusan wang awam dapat dilaksanakan dengan berhemat serta menekankan prinsip tadbir urus yang baik. Laporan ini juga diharap dapat dijadikan medan untuk merakam peristiwa yang dilalui oleh warga UAD sepanjang tahun 2023. Adalah menjadi azam dan iltizam UAD untuk membantu dan menyelaras bagi menyelesaikan isuisu berkaitan NRECC yang dibangkitkan dalam LKAN. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Dr. KSU dan Pengurusan Atasan serta semua Jabatan/Agensi yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan yang baik semasa pengauditan dijalankan. Sekian, terima kasih. Kata-kata Aluan Ketua Unit Audit Dalam Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim A


vi RINGKASAN EKSEKUTIF Laporan Tahunan Unit Audit Dalam (LTAD) ini merupakan satu keperluan selaras dengan ketetapan Kementerian Kewangan Pekeliling dan Perbendaharaan Malaysia (PP), PS 3.1 yang bertujuan untuk melaporkan pencapaian aktiviti pengauditan yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2023. Pengauditan yang dilaksanakan adalah meliputi Pengauditan Pengurusan Kewangan, Pengauditan Prestasi, Pengauditan Pematuhan, Pengauditan ICT, Pemeriksaan Mengejut dan Pengesahan Baki Awal Aset dan Liabiliti. Laporan UAD NRECC Tahun 2023 ini mengandungi 11 bahagian yang merangkumi aktiviti UAD sepanjang tahun. BAHAGIAN I – PENDAHULUAN Mengandungi maklumat berkaitan latar belakang penubuhan UAD, bidang tugas UAD serta visi dan misi NRECC. Selain itu, terdapat juga maklumat mengenai objektif, fungsi dan struktur UAD serta pengisian perjawatan sepanjang tahun 2023 juga dinyatakan. BAHAGIAN II – PENCAPAIAN PRESTASI Mengandungi maklumat mengenai Rancangan Audit Tahun 2023 dan strategi pengauditan serta pencapaian kerja UAD NRECC sepanjang tahun 2023. Secara keseluruhannya, UAD NRECC telah melaksanakan 35 aktiviti pengauditan melibatkan enam jenis pengauditan berbanding 38 pengauditan yang dirancang. Ini disebabkan oleh kekurangan pegawai dan kekangan tugas sedia ada. BAHAGIAN III – PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN i. Pengauditan Pengurusan Kewangan bagi tahun 2023 telah dilaksanakan di 10 Pusat Tanggungjawab (PTJ) termasuk Kementerian. Pengauditan meliputi lapan elemen utama pengurusan kewangan iaitu Kawalan Pengurusan, Kawalan Bajet, Kawalan Terimaan, Pengurusan Perolehan, Kawalan Perbelanjaan, Pengurusan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah dan Deposit, Pengurusan Aset dan Stor serta Pengurusan Kenderaan Kerajaan. Pengauditan yang dijalankan adalah untuk menentukan wujudnya Kawalan Dalaman yang berkesan bagi sistem kewangan organisasi dan sistem perakaunan serta penyelenggaraan rekod telah dilaksanakan dengan teratur, lengkap, kemas kini dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, pengauditan yang dilaksanakan di 10 PTJ mendapati tahap pengurusan kewangan di 4 PTJ adalah memuaskan, 5 PTJ adalah baik dan 1 PTJ adalah


vii cemerlang. Bagaimanapun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diambil tindakan oleh Ketua PTJ berkenaan. Pemerhatian Audit telah dikeluarkan bagi setiap pengauditan yang dilaksanakan. Maklum balas telah diterima daripada auditi terhadap isu-isu yang dibangkitkan dalam pemerhatian Audit. Hasil pengauditan telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit Kementerian. ii. Selain itu, Penggunaan Sistem Pemantauan Pengurusan Kewangan (SPPKew) di Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bilangan 4 Tahun 2021. Sistem SPPKew yang dibangunkan berasaskan web ini merupakan platform kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) melaksanakan penilaian kendiri pengurusan kewangan secara dalam talian. Tujuan pelaksanaan SPPKew adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada PTJ dalam memastikan tahap pengurusan kewangan berada dalam keadaan yang cemerlang. Ini dapat ditentukan melalui jawapan dan pengesahan yang dilakukan oleh PTJ terhadap soalan mengenai pengurusan kewangan yang disediakan. Unit Audit Dalam (UAD) seterusnya akan melaksanakan pengesahan lanjut di PTJ berkenaan. Penilaian kendiri secara dalam talian telah dilaksanakan oleh 74 PTJ dari 15 hingga 31 Mei 2023. Pengesahan SPPKeW melibatkan 16 PTJ merangkumi 4 Jabatan di bawah NRECC iaitu JUPEM, JMG, PERHILITAN dan JKPTG dilaksanakan mulai bulan Jun sehingga September 2023. Hasil dari pengesahan yang dibuat oleh UAD, 14 PTJ telah mencapai lima bintang dan 2 PTJ mencapai 4 bintang. Secara umumnya pengesahan SPPKeW telah membantu Ketua Jabatan meningkatkan prestasi pengurusan kewangan di PTJ. BAHAGIAN IV – PENGAUDITAN PRESTASI Pengauditan Prestasi dijalankan bagi menentukan sama ada projek, program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan/Bahagian telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, berhemat serta selaras dengan objektif yang ditetapkan. Pengauditan yang dijalankan dapat memberi impak kepada Kementerian/Jabatan/Bahagian bagi memastikan perbelanjaan wang awam adalah berhemat berasaskan prinsip value for money dan mengelakkan pemborosan, pembaziran dan penyelewengan. Pada tahun 2023, dua Pengauditan Prestasi telah dilaksanakan oleh UAD iaitu Pengauditan Terhadap Pengurusan Rumah Khas Jabatan (RKJ) dan Pengauditan Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) di Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Pemerhatian Audit terhadap isu-isu yang ditemui telah dibangkitkan dengan Jabatan yang terlibat.


viii BAHAGIAN V – PENGAUDITAN PEMATUHAN Pengauditan Pematuhan dijalankan bagi memastikan pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi dilaksanakan secara teratur selaras dengan peraturan dan undang-undang bagi mengelakkan berlakunya pembaziran, pemborosan, penyelewengan dan ketirisan. Pada tahun 2023, UAD NRECC telah melasanakan dua pengauditan pematuhan melibatkan pengurusan kenderaan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Hasil pengauditan ini telah dikemukakan ke JPSM serta MET Malaysia dan dibentangkan dalam Mesyuarat JKA. Berdasarkan maklum balas yang diterima serta maklum balas semasa mesyuarat JKA, isu yang dilaporkan telah diambil tindakan. BAHAGIAN VI – PENGAUDITAN ICT Pengauditan ICT dilaksanakan untuk menilai sama ada pelaksanaan sistem yang dibangunkan di Kementerian/Jabatan/Agensi dirancang dan dilaksanakan dengan cekap, teratur serta mencapai objektif yang ditetapkan. Ia juga dilaksanakan untuk menentukan sistem kawalan dalaman secara keseluruhan yang diwujudkan adalah mencukupi dan memuaskan. Pengauditan ini juga dijalankan bagi menilai sama ada sistem ICT mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan program/aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi. Pada tahun 2023, dua Pengauditan ICT telah dilaksanakan oleh UAD iaitu Pengauditan Terhadap Projek Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains (MINGEOGIS) di Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Pengauditan Terhadap Projek Perolehan Membekal Perkakaksan dan Perisian ICT untuk Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) Bagi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Pemerhatian Audit terhadap pengauditan ICT telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah JMG dan JUPEM. Maklum balas serta tindakan terhadap isu-isu yang dibangkitkan telah diambil tindakan sewajarnya. Penemuan Audit ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat JKA Bilangan 2 dan 4 Tahun 2023. BAHAGIAN VII – PEMERIKSAAN MENGEJUT ICT Pemeriksaan Mengejut ICT dilaksanakan bagi menentukan sama ada persekitaran dan keselamatan ICT di Kementerian/Jabatan/Agensi sentiasa dipatuhi. Di samping itu ianya untuk menentukan sama ada pegawai yang bertanggungjawab sentiasa memastikan pematuhan dan kesedaran terhadap keselamatan ICT yang telah ditetapkan dalam Polisi Keselamatan


ix Siber (PKS). Tahun 2023 pemeriksaan mengejut ICT telah dilaksanakan di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Secara keseluruhannya, pemeriksaan mengejut ICT yang dijalankan mendapati kawalan ICT di NAHRIM adalah baik dan kebanyakan elemen yang dinilai dipatuhi. Namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian untuk ditambah baik. BAHAGIAN VIII – PENGESAHAN DATA BAKI AWAL ASET DAN LIABILITI Pengesahan Data Baki Awal Aset dan Liabiliti dilaksanakan bagi tujuan memastikan maklumat aset yang dikunci masuk ke dalam Sistem SPA, MySPATA dan Rekod Aset Tak Ketara adalah tepat sebelum dimuat naik ke dalam Sistem Perakaunan Akruan. Sebanyak dua Pengesahan terhadap Data Baki Awal Aset cut off sehingga 31 Disember 2022 telah dilaksanakan pada tahun 2023. Pengesahan terhadap Data Baki Awal Aset dilaksanakan berdasarkan data yang diterima daripada Bahagian Akaun (BA), NRECC. Secara keseluruhannya pihak UAD telah mengesahkan baki awal 8 aset alih, empat aset tak ketara, tiga aset infrastruktur, dua aset hidup dan satu aset tak alih bangunan. BAHAGIAN IX – MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT (JKA) Pada tahun 2023, Mesyuarat JKA Kementerian telah diadakan sebanyak empat kali selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 3.2. Laporan bagi semua pengauditan yang dijalankan pada tahun 2023 telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut. Sebanyak 137 isu telah dibentangkan dalam Mesyuarat JKA dan daripada jumlah tersebut sebanyak 136 (99%) isu telah selesai manakala baki satu (1%) isu masih Dalam Tindakan. BAHAGIAN X – SUMBANGAN UNIT AUDIT DALAM Sumbangan UAD kepada Kementerian hasil pengauditan yang dilaksanakan pada tahun 2023 adalah dari segi penambahbaikan proses kerja, pengukuhan kawalan dalaman, penjimatan hasil Kerajaan serta khidmat nasihat. BAHAGIAN XI – PERKARA AM Pihak Pengurusan Tertinggi NRECC sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu terhadap pengauditan yang dijalankan oleh UAD. Jawatankuasa Audit NRECC juga sentiasa memberi perhatian serius terhadap penemuan Audit yang dilaporkan bagi memastikan tindakan berkesan diambil terhadap kelemahan yang dikenal pasti dalam usaha meningkatkan prestasi pengurusan kewangan di Kementerian dan Jabatan.


x Sepanjang tahun 2023, UAD berdepan dengan pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan cekap dan berkesan. Antara cabaran yang dihadapi adalah kekosongan perjawatan yang sedikit sebanyak telah menjejaskan pelaksanaan Audit. Pegawai-pegawai baharu yang ditempatkan di UAD perlu memahami fungsi utama Kementerian dan Jabatan bagi membolehkan pengauditan dilaksanakan dengan berkesan. Pada tahun 2023, semua pegawai UAD telah menghadiri sekurang-kurangnya empat hari berkursus seperti yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, NRECC. Kursus yang dihadiri adalah anjuran NRECC, Jabatan Audit Negara, Kementerian Kewangan serta anjuran agensi luar yang lain.


1 1. PENDAHULUAN Latar Belakang Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah ditubuhkan pada 3 Disember 2022 susulan penstrukturan semula Kabinet di peringkat Persekutuan. UAD bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha (KSU) NRECC. Ini adalah bagi memastikan keberkesanan UAD sebagai mekanisme kawalan dalaman di Kementerian dalam menjalankan pengauditan secara bebas dan melaporkan hasil pengauditan kepada KSU NRECC selaku Pegawai Pengawal. Bidang Tugas Bidang tugas UAD NRECC meliputi pengauditan terhadap semua Bahagian di Kementerian serta 10 Jabatan, dua Institut Penyelidikan dan satu Institut Latihan Awam seperti Jadual 1.1 berikut: JADUAL 1.1 BIDANG TUGAS PENGAUDITAN DI NRECC/JABATAN BIL. JABATAN/AGENSI 1. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) 2. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 3. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) 4. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) 5. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) 6. Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) 7. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) 8. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) 9. Jabatan Alam Sekitar (JAS) 10. Bahagian Bekalan Air (BBA) 11. Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) 12. Jabatan BioKeselamatan 13. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) 14. Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) 15. Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) Sumber: UAD NRECC Pelaksanaan pengauditan oleh UAD adalah seperti mana yang telah diluluskan oleh KSU di dalam Rancangan Audit Tahunan (RAT) Tahun 2023 yang dibentangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA). Selain itu, UAD turut melaksanakan pengauditan khas atau ad hoc atas arahan YB Menteri, Timbalan Menteri, KSU, Ketua


2 Audit Negara dan Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa. Visi NRECC Peneraju kemampanan industri bekalan elektrik dan tadbir urus sumber asli untuk kesejahteraan Negara. Misi NRECC Mengurus industri bekalan elektrik secara strategik dengan mengoptimumkan tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga bagi menjamin perkhidmatan bekalan elektrik yang berdaya harap, mampu bayar dan lestari. Menerajui tadbir urus sumber asli secara bersepadu berteraskan penggunaan sumber yang cekap dan optimum selaras dengan dasar dan undangundang negara serta komitmen antarabangsa. Objektif Penubuhan Audit Dalam Memastikan pengurusan kewangan, program dan aktiviti dilaksanakan dengan cekap dan berkesan di Kementerian/ Jabatan/Agensi. Selain itu, UAD juga bertanggungjawab memberi khidmat nasihat bagi membantu Pusat Tanggungjawab (PTJ) memperbaiki prestasi pengurusan kewangan. Fungsi Unit Audit Dalam Menentukan operasi kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi di bawah kawalannya diurus dan ditadbir dengan teratur serta memastikan dasar, undang-undang, peraturan dan prosedur yang ditetapkan dipatuhi; Menentukan kewujudan kawalan dalaman, kesempurnaan sistem dan rekod yang diselenggara; Mengkaji dan menilai secara teratur dan sistematik operasi Kementerian dari segi ekonomi, kecekapan dan keberkesanan; Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan operasi Kementerian/Jabatan/Agensi di bawah kawalannya; Mengemukakan laporan mengenai operasi Kementerian kepada Pegawai Pengawal supaya dapat diteliti kedudukan Kementerian/Jabatan/ Agensi di bawah kawalannya dari segi pentadbiran dan pengurusan kewangan; Menentukan matlamat rancangan yang dijalankan dapat dicapai dan sumber yang diperuntukkan digunakan dengan berhemat, cekap dan teratur; Memberi maklumat kepada Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK) di Kementerian Kewangan apabila perlu bagi membantu, mengkaji dan menilai dasar kewangan, prosedur, sistem serta skop UAD; dan Membentangkan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam dalam Mesyuarat JKA. Organisasi dan Perjawatan Merujuk kepada Waran Perjawatan yang berkuat kuasa pada 3 Disember 2022,


3 sebanyak 21 perjawatan telah diluluskan di UAD. Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 20 perjawatan diisi. Butiran pengisian perjawatan adalah seperti dalam Jadual 1.2 dan Carta Organisasi UAD adalah seperti dalam Rajah 1.1. Pegawai dan kakitangan UAD NRECC adalah seperti Gambar 1.1 hingga Gambar 1.5. JADUAL 1.2 KEDUDUKAN PERJAWATAN UNIT AUDIT DALAM PADA 31 DISEMBER 2023 JAWATAN GRED BIL. JAWATAN NAMA PEGAWAI LULUS ISI KOSONG Ketua Unit Audit Dalam W54 1 1 0 Hazman bin Mohamed Ketua Seksyen Audit Prestasi W52 1 1 0 Doubless John Anak Sarok (Sehingga 24 Mei 2023) Mohd Faidzal bin Abu (Mulai 12 Jun 2023) Ketua Seksyen Audit Kewangan W48 1 1 0 Norhayati binti Husain Juruaudit W44 3 3 0 Siti Noras Dayani binti Mohd Sam Siti Noor Faezah binti Md Hairi Tengku Azlie bin Ku Ismail Pegawai Teknologi Maklumat F44 1 1 0 Khairul Izwan bin Roslan Juruaudit W41/W44 2 1 1 Norfaizah binti Hassan Kosong (Mulai 03.12.2020) Penolong Juruaudit Kanan W36 1 1 0 Che Habsah binti Ali (Sehingga 01.08.2023) Mai Nazirah Lailan binti Musa (Mulai 08.12.2023) Penolong Juruaudit Kanan W32 (TBK2) 3 3 0 Muzzamil bin Mustaffa Hendun binti Muda Rahidah binti Ruslan Penolong Juruaudit W29 (TBK1 dan TBK2) 4 4 0 Mohd Shahrizal bin Mohd Anuar (W32 -TBK1)


4 JAWATAN GRED BIL. JAWATAN NAMA PEGAWAI LULUS ISI KOSONG Syarifah Farhana binti Syed Ahmed Fuad Nor Hedzrina binti Zamri Nor Azdlin binti Adnanin (Mulai 01.11.2023) Pembantu Tadbir (P/O) N22 (TBK2) 1 1 0 Hasniza binti Agus Pembantu Setiausaha Pejabat N22 (TBK2) 1 1 0 Siti Khadijah binti Raili Pembantu Tadbir (P/O) N19 (TBK1 dan TBK2) 2 2 0 Noorfarihan binti Adam (N22-TBK1) Norasimah binti Rosli (N22-TBK1) JUMLAH 21 20 1 Sumber: W.P. Bil. E 129/2022 berkuat kuasa 3 Disember 2022


5 RAJAH 1.1 CARTA ORGANISASI UNIT AUDIT DALAM NRECC Sumber: UAD NRECC


6 GAMBAR 1.1 Pegawai UAD NRECC GAMBAR 1.2 GAMBAR 1.3 Pegawai Kanan UAD NRECC Pasukan Audit Prestasi UAD NRECC GAMBAR 1.4 GAMBAR 1.5 Pasukan Audit Kewangan UAD NRECC Kakitangan Pentadbiran UAD NRECC


7 Pegawai Bersara Pada tahun 2023, terdapat tiga pegawai UAD NRECC yang bersara seperti dalam Jadual 1.3. JADUAL 1.3 PEGAWAI UAD NRECC YANG BERSARA PADA TAHUN 2023 BIL. NAMA GRED TARIKH CATATAN 1. Encik Doubless John Anak Sarok W52 24.05.2023 Bersara Wajib 2. Puan Che Habsah binti Ali W36 01.08.2023 Bersara Pilihan 3. Puan Norasimah binti Rosli N22(TBK1) 31.12.2023 Bersara Pilihan Sumber: UAD NRECC


8 - Mukasurat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong Bagi Tujuan Percetakan -


9 2. PENCAPAIAN PRESTASI Rancangan Kerja Rancangan Audit Tahunan (RAT) 2023 telah diluluskan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bilangan 4 Tahun 2022 pada 6 Januari 2023. RAT 2023 meliputi Pengauditan Pengurusan Kewangan, Pengauditan Prestasi, Pengauditan ICT, Pengesahan SPPKew, Pengauditan Pematuhan, Pemeriksaan Mengejut, latihan dan pentadbiran. Tujuan Rancangan Audit Tahun 2023 Tujuan utama Rancangan Audit Tahun 2023 disediakan adalah bagi memenuhi perkara berikut: Menetapkan sasaran kerja dan jadual pengauditan dalam memenuhi tanggungjawab UAD; Sebagai panduan untuk menyelaras dan mengawal program serta aktiviti audit supaya matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dan diliputi secara menyeluruh; Menunjukkan anggaran jumlah perbelanjaan yang terlibat; Memberi panduan kepada kakitangan terbabit tentang peranan yang harus dimainkan untuk mencapai matlamat UAD; dan Memastikan penggunaan sumber manusia secara berkesan. Matlamat Pengauditan Tahun 2023 Matlamat pengauditan tahun 2023 adalah bagi memenuhi perkara berikut: Memastikan tahap akauntabiliti dalam pengurusan kewangan dan pelaksanaan projek, program dan aktiviti oleh pihak pengurusan adalah cemerlang; Memastikan hasrat Kementerian untuk mengekalkan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan ke arah tadbir urus organisasi yang cekap dan berkesan dicapai; Membantu memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan NRECC melalui pengauditan prestasi (value for money) terhadap projek, program dan aktiviti dilaksanakan. Perkara ini meliputi kemudahan asas yang disedia dalam memberikan perkhidmatan serta kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi; dan Menjadikan UAD sebagai rakan kepada PTJ dalam membantu memperbaiki kelemahan kawalan dalaman terutama yang melibatkan aspek pengurusan kewangan dan pelaksanaan projek, program dan aktiviti NRECC. Strategi Pengauditan Tahun 2023 Strategi pengauditan tahun 2023 adalah berdasarkan kepada perkara berikut: Melaksanakan pengauditan terhadap PTJ yang tidak diaudit melebihi tiga


10 tahun melalui analisis risiko terhadap isu semasa; Membuat analisis matriks terhadap pelaksanaan program/aktiviti mengikut kepentingan sosial, auditabiliti dan kehendak stakeholder (YB Menteri, KSU dan pihak pengurusan); Melaksanakan langkah penjimatan dengan melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan disusuli pemeriksaan mengejut di negeri yang sama; dan Menggunakan peruntukan kewangan secara berhemah melalui kaedah penjimatan dari segi perkongsian kenderaan dan kadar penginapan yang bersesuaian tanpa mengambil kira kelayakan sebenar. Pencapaian Kerja Pada tahun 2023, pengauditan yang dijalankan oleh UAD NRECC meliputi pengauditan pengurusan kewangan, pengauditan prestasi, pengauditan pematuhan, pengesahan Sistem Pemantauan Pengurusan Kewangan (SPPKew), pemeriksaan mengejut dan pengesahan Data Baki Awal Aset dan Liabiliti. Bagi tahun 2023, semakan semula RAT telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) Bil. 2 Tahun 2023 pada 4 Julai 2023 dan Bil 3 Tahun 2023 pada 6 Oktober 2023 berikutan kekurangan pegawai dan kekangan tugas sedia ada. Hasil daripada kajian semula tersebut, sebanyak 35 daripada 38 pengauditan yang dirancang telah dilaksanakan melibatkan enam jenis pengauditan. Pengauditan sebenar yang telah dilaksanakan pada tahun 2023 adalah seperti dalam Jadual 2.1. JADUAL 2.1 PENCAPAIAN KERJA PENGAUDITAN TAHUN 2023 BIL JENIS PENGAUDITAN RANCANG LAKSANA PENCAPAIAN (%) 1. Pengurusan Kewangan 8 10 a 125.0 2. Prestasi dan ICT 6 4 b 66.7 3. Pematuhan 4 2 a 50.0 4. Pengesahan SPPKew 16 16 100.0 5. Pemeriksaan Mengejut 3 1 c 33.3 6. Pengesahan Baki Awal Aset dan Liabiliti 1 2 d 200.0 38 35 92.1 Nota a : b : c : d : 2 tajuk pengauditan pematuhan digugurkan dan digantikan dengan 2 pengauditan pengurusan kewangan. 2 tajuk pengauditan prestasi digugurkan dan digantikan dengan satu pemeriksaan ubah suai pejabat di Blok F11 dan tajuk kedua disebabkan kekurangan pegawai akibat persaraan dan kekosongan Juruaudit W41 yang masih belum diisi. 2 pemeriksaan mengejut digugurkan digugurkan atas kekangan tugasan sedia ada. Pertambahan 1 tugas pemeriksaan atas keperluan Bahagian Akaun, NRECC.


11 3. PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN Pendahuluan Unit Audit Dalam (UAD) telah menjalankan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Garis Panduan Pengauditan Pengurusan Kewangan Berasaskan Risiko Jabatan Audit Negara (JAN). Pengauditan ini adalah untuk menentukan pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah diurus mengikut peraturan dan prosedur kewangan yang berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini. Pada tahun 2023, UAD NRECC telah menjalankan pengauditan pengurusan kewangan di 10 PTJ seperti dalam Jadual 3.1. JADUAL 3.1 SENARAI PTJ DAN TARIKH PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN BIL. KEMENTERIAN/JABATAN TARIKH PENGAUDITAN 1. JMG Negeri Kelantan 12 hingga 16 Februari 2023 2. Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis 13 hingga 17 Februari 2023 3. JMG Negeri Sarawak 20 hingga 24 Februari 2023 4. JMG Negeri Johor 9 hingga 13 Julai 2023 5. JAS Negeri Sembilan 14 hingga 18 Ogos 2023 6. Pejabat Meteorologi Sabah 21 hingga 25 Ogos 2023 7. JAS Pulau Pinang 18 hingga 22 September 2023 8. JKPTG Perlis 9 hingga 13 Oktober 2023 9. JAS Negeri Sarawak 16 hingga 20 Oktober 2023 10. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) 6 hingga 29 Disember 2023 Sumber: UAD NRECC Objektif Pengauditan Objektif pengauditan adalah untuk menentukan sama ada : ▪ Wujudnya struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan; ▪ Wujudnya sistem kawalan dalaman yang berkesan terhadap elemen pengurusan, terimaan, perolehan, perbelanjaan, aset dan kenderaan; ▪ Pengurusan kewangan dibuat mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan; dan ▪ Semua rekod yang berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini. Ringkasan 10 Pengauditan Pengurusan Kewangan yang dijalankan adalah seperti di Perenggan 3.1 hingga 3.10 berikut:


12


13


14


15


16


17


18


19


20


21


22 Pelaksanaan Sistem Pemantauan Pengurusan Kewangan (SPPKew) Tahun 2023 SPPKew adalah sistem berasaskan web yang digunakan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan UAD untuk melaksanakan penilaian kendiri secara dalam talian dan pengesahan terhadap lapan kawalan utama pengurusan kewangan. Objektif SPPKew adalah untuk: ▪ Menentukan pengurusan kewangan di PTJ telah dilaksanakan dengan teratur selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa dan menambah baik prosedur kerja jika berkaitan. ▪ Mengesahkan penilaian kendiri yang dibuat oleh PTJ adalah tepat kerana hasil penilaian menggambarkan tahap pengurusan kewangan PTJ. Pemarkahan dan penarafan bintang yang dipersetujui dalam Mesyuarat JKA adalah seperti dalam Jadual 3.2. JADUAL 3.2 PEMARKAHAN DAN PENARAFAN SPPKew MARKAH KESELURUHAN TAHAP PENARAFAN 90 - 100 Cemerlang 80 - 89.99 Baik 70 - 79.99 Memuaskan 60 - 69.99 Kurang Memuaskan 0 - 59.99 Tidak Memuaskan Pengesahan SPPKew pada tahun 2023 melibatkan 16 PTJ merangkumi 4 Jabatan di bawah Sektor Sumber Asli NRECC. Penilaian kendiri secara dalam talian telah dilaksanakan oleh 74 PTJ selama 17 hari mulai 15 hingga 31 Mei 2023. Pengesahan fizikal oleh pihak UAD telah dilaksanakan dari bulan Jun hingga September 2023.


23 Pengesahan oleh UAD NRECC Pengesahan dilaksanakan dengan menyemak dokumen sokongan dan perbincangan bersama 16 PTJ di bawah JUPEM, JMG, Jabatan PERHILITAN dan JKPTG. Hasil pengesahan berdasarkan penarafan bintang adalah seperti dalam Jadual 3.3. JADUAL 3.3 PENARAFAN BINTANG SPPKew JABATAN/PTJ PENARAFAN BINTANG PENILAIAN KENDIRI OLEH PTJ PENGESAHAN OLEH UAD Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) 1. JUPEM Johor 100.00 87.99 2. JUPEM Selangor 99.47 94.46 3. JUPEM Negeri Sembilan 97.99 95.21 4. JUPEM Melaka 100.00 97.42 5. Pejabat Topografi Wilayah Kuala Lumpur 100.00 95.86 6. Pejabat Topografi Segamat 100.00 97.57 Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) 1. JMG Selangor/Wilayah Persekutuan 100.00 88.83 2. Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh 95.82 90.17 3. JMG Negeri Sembilan/Melaka 98.45 95.97 4. JMG Kedah, Perlis dan Pulau Pinang 98.51 97.20


24 JABATAN/PTJ PENARAFAN BINTANG PENILAIAN KENDIRI OLEH PTJ PENGESAHAN OLEH UAD Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 1. Jabatan PERHILITAN Perak 99.44 92.05 2. Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan 100.00 92.90 Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) 1. JKPTG Johor 100.00 93.23 2. JKPTG Negeri Sembilan 98.37 93.40 3. JKPTG Selangor 100.00 98.38 4. JKPTG Kedah 100.00 98.90 Sumber: UAD NRECC Prestasi Pengurusan Kewangan di PTJ Berdasarkan SPPKew Bagi Tahun 2023 Secara keseluruhannya berdasarkan pengesahan SPPKew oleh UAD, pengurusan kewangan bagi 16 PTJ berada di tahap cemerlang dan baik. Rumusan dan Syor Audit Secara umumnya, pengesahan SPPKew yang dilaksanakan di 16 PTJ di bawah NRECC telah membantu Ketua Jabatan menambah baik Pengurusan Kewangan di PTJ. Disarankan Ketua Jabatan menyemak semula pelaksanaan Pengurusan Kewangan di PTJ secara menyeluruh, tidak terhad kepada sampel yang disemak sahaja. Pegawai yang terlibat dengan Pengurusan Kewangan perlu menghadiri kursus bagi meningkatkan dan mengemas kini pengetahuan terhadap peraturan kewangan yang berkuat kuasa.


25 4. PENGAUDITAN PRESTASI Pendahuluan Pengauditan Prestasi dijalankan bagi menentukan sama ada projek, program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan/Bahagian telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, berhemat serta selaras dengan objektif yang ditetapkan. Pengauditan yang dijalankan dapat memberi impak kepada Kementerian/Jabatan/Bahagian bagi memastikan perbelanjaan wang awam adalah berhemat berasaskan prinsip value for money dan mengelakkan pemborosan, pembaziran dan penyelewengan. Pelaksanaan Pengauditan Prestasi Tahun 2023 Sepanjang tahun 2023, UAD telah melaksanakan dua Pengauditan Prestasi seperti dalam Jadual 4.1. JADUAL 4.1 PELAKSANAAN PENGAUDITAN PRESTASI PADA TAHUN 2023 BIL. TAJUK PENGAUDITAN TEMPOH 1. Pengurusan Rumah Khas Jabatan (RKJ) di Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia Ogos – Oktober 2023 2. Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) di Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia Oktober – Disember 2023 Sumber: UAD NRECC Isu yang berbangkit telah dilaporkan di dalam Pemerhatian Audit dan tindakan penambahbaikan telah diambil oleh Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan. Hasil pengauditan bagi Pengurusan BP3 tidak dapat dilaporkan kerana masih dalam penyediaan laporan manakala ringkasan laporan bagi Pengurusan RKJ adalah seperti di Perenggan 4.1 berikut:


26


27


28


29 5. PENGAUDITAN PEMATUHAN Pengenalan Unit Audit Dalam (UAD) telah menjalankan pengauditan pematuhan untuk menentukan tahap pematuhan Jabatan terhadap peraturan dan prosedur yang ditetapkan serta penyenggaraan rekod kewangan yang lengkap dan kemas kini. Pada tahun 2023, UAD NRECC telah menjalankan pengauditan pematuhan Pengurusan Kenderaan Kerajaan di dua PTJ seperti dalam Jadual 5.1. JADUAL 5.1 PENGAUDITAN PEMATUHAN PENGURUSAN KENDERAAN KERAJAAN BIL. KEMENTERIAN/JABATAN TARIKH PENGAUDITAN 1. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 6 Mac hingga 10 April 2023 2. Jabatan Meteorologi Malaysia 5 hingga 18 Julai 2023 Sumber: UAD NRECC Objektif Pengauditan Pengauditan Pematuhan dilaksanakan terhadap Pengurusan Kenderaan bagi tujuan berikut: Menilai tahap pematuhan Jabatan kepada undang-undang dan peraturan berkaitan pengurusan kenderaan Kerajaan yang berkuat kuasa. Memastikan rekod diselenggara dengan lengkap dan kemas kini. Memastikan kenderaan dikawal serta dipantau dengan rapi bagi mengelakkan pembaziran dan penyalahgunaan. Skop dan Metodologi Pengauditan Pengauditan dijalankan terhadap sampel kenderaan Jabatan dengan menyemak rekod dan dokumen serta pemeriksaan fizikal terhadap kenderaan Jabatan. Rekod dan dokumen yang disemak meliputi rekod kenderaan, kawalan pengunaan kenderaan, kawalan Kad Inden, kawalan Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit (KSBTTR), Kereta Rasmi Jawatan (KRJ), penyenggaraan dan pelupusan bagi tahun 2022 dan 2023. Penemuan Audit Pengauditan yang telah dijalankan mendapati perkara seperti berikut: Terdapat anak kunci kedua yang tiada dalam simpanan. Pelantikan Pembantu Pegawai Kenderaan tidak berdasarkan ketetapan Pekeliling. Buku Log tidak diselenggara dan tidak dikemas kini.


30 Buku Rekod Pergerakan Kad Inden (BRPKI) tidak diselenggara, tidak dikemas kini dan tidak disemak. Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit (KSBTTR) - Buku Rekod tidak lengkap, tidak kemas kini dan tidak disemak; Tujuh SmartTAG rosak, dua hilang. Analisis kadar penggunaan bahan api bulanan tidak disediakan. Penyata pembelian bahan api tidak diedarkan kepada pemegang Kad Individu. Penggunaan bahan api melebihi kelayakan tahunan. Notis kesalahan lalu lintas/saman masih tertunggak. KEW.PA-14 (Senarai Aset Alih Yang Memerlukan Penyenggaraan Berjadual) tidak disediakan. Kenderaan masih belum dilupuskan walaupun telah mencapai kriteria pelupusan. Rumusan dan Syor Audit Secara keseluruhannya, berdasarkan skop dan sampel Audit, pengurusan kenderaan di Jabatan masih perlu ditambah baik. Kelemahan yang telah dibangkitkan perlu diberi perhatian bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Pekeliling berkaitan pengurusan kenderaan Kerajaan. Ringkasan bagi dua Pengauditan ICT adalah seperti di Perenggan 5.1 dan 5.2.


31


32


33


34 - Mukasurat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong Bagi Tujuan Percetakan -


35 6. PENGAUDITAN ICT Pendahuluan Pengauditan ICT yang dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada pelaksanaan sistem yang dibangunkan di Kementerian/Jabatan/Agensi dirancang dan dilaksanakan dengan cekap, teratur serta mencapai objektif yang ditetapkan. Objektif Pengauditan ICT Pengauditan ICT dilaksanakan bertujuan untuk menentukan sistem kawalan dalaman secara keseluruhan yang diwujudkan oleh auditi adalah mencukupi dan memuaskan. Pengauditan ini juga dijalankan bagi menilai sama ada sistem ICT mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan program pengurusan auditi terutamanya yang berkaitan dengan program perancangan, pelaksanaan dan pemantauan. Pelaksanaan Pengauditan ICT Tahun 2023 Sepanjang tahun 2023, UAD telah melaksanakan dua Pengauditan ICT seperti dalam Jadual 6.1. JADUAL 6.1 PELAKSANAAN PENGAUDITAN ICT PADA TAHUN 2023 BIL. TAJUK PENGAUDITAN TEMPOH 1. Pengauditan Terhadap Projek Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains (MINGEOGIS) Di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Februari hingga Mac 2023 2. Pengauditan Terhadap Projek Perolehan Membekal Perkakasan dan Perisian ICT Untuk Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) Bagi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Ogos hingga September 2023 Sumber: UAD NRECC Isu yang berbangkit telah dilaporkan di dalam Pemerhatian Audit dan tindakan penambahbaikan telah diambil oleh Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan. Ringkasan bagi dua Pengauditan ICT adalah seperti di Perenggan 6.1 dan 6.2.


36


37


38 - Mukasurat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong Bagi Tujuan Percetakan -


39 7. PEMERIKSAAN MENGEJUT ICT Pendahuluan Pemeriksaan Mengejut ICT merupakan satu pendekatan pengauditan yang dilaksanakan tanpa memaklumkan terlebih dahulu tarikh sebenar pemeriksaan kepada Auditi. Pemeriksaan Mengejut ICT dilaksanakan terhadap perkara seperti berikut: Keselamatan Fizikal dan Persekitaran Keselamatan Pengguna Pengurusan Aset ICT Keselamatan Pusat Data/Bilik Server dan Rangkaian Perkara ini selaras dengan Polisi Keselamatan Siber (PKS) Kementerian, Jabatan dan Agensi. Pemeriksaan mengejut ICT dilaksanakan selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PS 3.1) Perkara 4.2 yang menyatakan bahawa bidang tugas Unit Audit Dalam adalah untuk memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT. Objektif Pemeriksaan Mengejut ICT Objektif Pemeriksaan Mengejut ICT adalah untuk menentukan sama ada persekitaran dan keselamatan ICT di Kementerian, Jabatan dan Agensi sentiasa dipatuhi. Disamping itu, pemeriksaan ini bertujuan untuk menentukan sama ada pegawai yang diberikan tanggungjawab sentiasa memastikan pematuhan dan kesedaran terhadap keselamatan ICT yang telah ditetapkan dalam Polisi Keselamatan Siber (PKS). Skop Dan Metodologi Pengauditan Pemeriksaan mengejut ICT dijalankan di Bahagian/Jabatan/Agensi terhadap transaksi keluar/masuk premis yang telah berlaku sepanjang tahun termasuk tarikh pemeriksaan. Semua kawasan premis yang berkaitan terutamanya kawasan berisiko seperti Pusat Data, Command Centre (sekiranya ada), Bilik Sesalur Telefon dan Bilik UPS akan dilawati. Bagi rekod kemasukan pelawat dan pembekal, sekurang-kurangnya lima (5) transaksi atau 10% daripada jumlah transaksi di buku daftar akan dipilih sebagai sampel audit. Pemeriksaan Mengejut ICT bagi tahun 2023 telah dilaksanakan di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) pada 12 Disember 2023. Ringkasan Pemeriksaan Mengejut ICT yang dijalankan adalah seperti di Perenggan 7.1 berikut:


Click to View FlipBook Version