40
41 8. PENGESAHAN DATA BAKI AWAL ASET DAN LIABILITI Pendahuluan Pengesahan Data Baki Awal Aset dan Liabiliti dilaksanakan bagi tujuan memastikan maklumat aset yang dikunci masuk ke dalam Sistem SPA, MySPATA dan Rekod Aset Tak Ketara adalah tepat sebelum dimuat naik ke dalam Sistem Perakaunan Akruan. Objektif Pengesahan Data Pengesahan data ini dijalankan bagi membuat rumusan terhadap baki awal Aset Aset Alih (AA), Aset Tak Ketara (ATK), Aset Hidup (AH), Aset Tak Alih Bangunan (ATAB) dan Assets Under Construction Aset Tak Ketara (AUC ATK) oleh BA bagi menentukan sama ada: Data baki awal AA, ATK, AH, ATAB dan AUC ATK Kerajaan Persekutuan yang diakaunkan adalah tepat dan betul; dan Perakaunan adalah selaras dengan Garis Panduan Polisi Peralihan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan bertarikh 29 Disember 2017 oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang turut merangkumi pematuhan terhadap peraturan kewangan yang berkuat kuasa dan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia atau Malaysia Public Sector Accounting Standards (MPSAS). Pelaksanaan Pengesahan Data Baki Awal Aset Dan Liabiliti Tahun 2023 Sepanjang tahun 2023, UAD telah melaksanakan 2 Pengesahan Data Baki Awal dan Liabiliti seperti dalam Jadual 8.1. Manakala ringkasan bagi dua Pengesahan Data Baki Awal Aset Dan Liabiliti adalah seperti di Perenggan 8.1 dan 8.2. JADUAL 8.1 PENGESAHAN DATA BAKI AWAL ASET DAN LIABILITI PADA TAHUN 2023 BIL. TAJUK PENGAUDITAN TARIKH TERIMA DATA DARI BAHAGIAN AKAUN 1. Pengesahan Data Baki Awal Aset Dan Liabiliti Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) Cut Off 31 Disember 2022 28 April 2023 & 6 Jun 2023 2. Pengesahan Data Baki Awal Aset Dan Liabiliti Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) Cut Off 31 Disember 2022 – Fasa 2 13 Oktober 2023 Sumber: UAD NRECC
42
43
44 - Mukasurat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong Bagi Tujuan Percetakan -
45 9. MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT Latar Belakang Jawatankuasa Audit (JKA) ditubuhkan di Kementerian selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 3.2 - Penubuhan Jawatankuasa Audit Di Peringkat Kementerian Persekutuan Dan Kerajaan Negeri bagi memantapkan dan mempertingkatkan lagi tadbir urus pengurusan kewangan dan pelaksanaan projek/program/aktiviti. Ahli JKA Kementerian dianggotai oleh 16 orang ahli tetap yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSU). Ahli JKA adalah seperti dalam Jadual 9.1. JADUAL 9.1 AHLI JAWATANKUASA AUDIT NRECC TAHUN 2023 BIL. AHLI JAWATANKUASA AUDIT KEAHLIAN 1. Ketua Setiausaha Pengerusi 2. Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Pengerusi Ganti/Ahli 3. Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) Pengerusi Ganti/Ahli 4. Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Air dan Pembentungan) Pengerusi Ganti/Ahli 5. Ketua Unit Audit Dalam Setiausaha 6. Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Ahli 7. Setiausaha Bahagian (Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan) Ahli 8. Setiausaha Bahagian (Tanah, Ukur dan Geospatial) Ahli 9. Setiausaha Bahagian (Mineral dan Geosains) Ahli 10. Setiausaha Bahagian (Bekalan Elektrik) Ahli 11. Setiausaha Bahagian (Tenaga Lestari) Ahli 12. Setiausaha Bahagian (Pengurusan Alam Sekitar) Ahli 13. Setiausaha Bahagian (Perubahan Iklim) Ahli 14. Setiausaha Bahagian (Perkhidmatan Air dan Pembentungan) Ahli 15. Setiausaha Bahagian (Sumber Asli, Saliran dan Hidrologi) Ahli 16. Penasihat Undang-Undang Ahli 17. Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Ahli 18. Setiausaha Bahagian (Kewangan dan Perolehan) Ahli 19. Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia) Ahli 20. Setiausaha Bahagian (Pengurusan Maklumat) Ahli 21. Setiausaha Bahagian (Pembangunan) Ahli 22. Ketua Akauntan Ahli 23. Ketua Unit Integriti Ahli Sumber: Memo Pelantikan Ahli JKA bertarikh 13 Mac 2023
46 Objektif Jawatankuasa Audit (JKA) ditubuhkan bagi: Membincangkan isu yang dibangkitkan sama ada oleh Unit Audit Dalam (UAD) atau Jabatan Audit Negara (JAN). Memastikan tindakan preventif dan korektif diambil oleh auditi supaya kelemahan berkaitan dapat diperbetulkan dan tidak berulang. Membantu Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan/Agensi mendapat maklum balas kedudukan sebenar terhadap pelaksanaan kawalan dalaman di Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawahnya. Mekanisme untuk mendapat maklum balas dan penjelasan secara langsung terhadap aktiviti pelaksanaan pengurusan kewangan dan prestasi. Mekanisme penyemakan dan pengimbangan (check and balance) oleh Pengurusan Tertinggi terhadap pengurusan di semua peringkat Agensi di bawah Kementerian bagi tujuan membuat keputusan supaya tindakan dapat diambil untuk mengatasi kelemahan yang dibangkitkan oleh UAD dan JAN. Membantu meningkatkan akauntabiliti, integriti dan tadbir urus korporat di samping meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan Kementerian. Pelaksanaan Mesyuarat JKA Tahun 2023 Pada tahun 2023, Mesyuarat JKA Kementerian telah diadakan sebanyak empat kali selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PS 3.2. Mesyuarat JKA pada tahun 2023 telah dilaksanakan seperti dalam Jadual 9.2. JADUAL 9.2 MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT NRECC TAHUN 2023 BIL. MESYUARAT JKA TARIKH 1. Bil. 1 Tahun 2023 6 April 2023 2. Bil. 2 Tahun 2023 4 Julai 2023 3. Bil. 3 Tahun 2023 6 Oktober 2023 4. Bil. 4 Tahun 2023 26 Februari 2024 Sumber: Fail Mesyuarat JKA, UAD NRECC Pada tahun 2023, sebanyak 137 isu telah dibentangkan dalam Mesyuarat JKA dan daripada jumlah tersebut sebanyak 136 (99%) isu telah selesai manakala baki satu (1%) isu masih Dalam Tindakan. Maklumat lanjut seperti dalam Carta 9.1.
47 CARTA 9.1 STATUS ISU YANG DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT Bagi isu Dalam Tindakan, ia merupakan penemuan baharu yang dibentangkan dalam Mesyuarat JKA Bil. 4 Tahun 2023. Isu ini akan disusul sehingga selesai pada tahun 2024. Tajuk pengauditan dan status tindakan terhadap isu yang dibentangkan dalam Mesyuarat JKA Tahun 2023 adalah seperti dalam Jadual 9.3. JADUAL 9.3 TAJUK PENGAUDITAN DAN STATUS TINDAKAN TERHADAP ISU AUDIT YANG DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT JKA BIL. TAJUK PENGAUDITAN JUMLAH ISU STATUS ISU YANG DIBENTANGKAN (BILANGAN) TIADA TINDAKAN DALAM TINDAKAN SELESAI A. PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN 1. Jabatan PERHILITAN Perlis 14 - - 14 2. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang 9 - - 9 3. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Perlis 13 - - 13 4. Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sarawak 12 - - 12
48 BIL. TAJUK PENGAUDITAN JUMLAH ISU STATUS ISU YANG DIBENTANGKAN (BILANGAN) TIADA TINDAKAN DALAM TINDAKAN SELESAI 5. Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Johor 13 - - 13 6. Jabatan MET Sabah 5 - - 5 7. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan 12 - - 12 8. Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kelantan 11 - - 11 9. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak 16 - - 16 B. PENGAUDITAN PEMATUHAN 1. Pengurusan Kenderaan di Jabatan MET Malaysia 7 - 1 6 2. Pengurusan Kenderaan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) 9 - - 9 C. PENGAUDITAN ICT 1. Pengauditan Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains (MINGEOGIS) JMG Malaysia 9 - - 9 2. Pengauditan Perolehan Perkakasan & Perisian ICT Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana JUPEM 7 - - 7 JUMLAH ISU 137 - 1 136 Sumber: Fail Mesyuarat JKA, UAD NRECC
49 10. SUMBANGAN UNIT AUDIT DALAM Unit Audit Dalam memainkan peranan penting dalam membantu Kementerian/ Jabatan/Agensi mencapai matlamatnya melalui pendekatan pengauditan yang sistematik dan berdisiplin. Antara tanggungjawab UAD adalah untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dalaman dan tadbir urus supaya tidak berlaku pembaziran dan pemborosan di Kementerian/Jabatan/ Agensi. Pada tahun 2023 melalui pengauditan yang dilaksanakan, UAD NRECC telah mengenal pasti beberapa kelemahan dalam pentadbiran kontrak, pengurusan kewangan, polisi dan tadbir urus serta kawalan akses kepada sistem yang dibangunkan. Antara sumbangan UAD NRECC pada tahun 2023 adalah seperti dalam Jadual 10.1. JADUAL 10.1 SUMBANGAN UNIT AUDIT DALAM KEPADA KEMENTERIAN/JABATAN BAGI TAHUN 2023 BIL. PERKARA PERINCIAN SUMBANGAN UAD 1. Pengauditan Terhadap Projek Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains (MINGEOGIS) di Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). a. Perincian dan pecahan harga kontrak tiada dalam kontrak perjanjian. Berdasarkan Kontrak Perjanjian, JMG tidak memperincikan harga pecahan dan Contract Work Breakdown Structure bernilai RM1,780,000 bagi skop Pembekalan Perolehan ICT. Penambahbaikan Pelaksanaan Tadbir Urus Kontrak Kerajaan Pindaan dokumen kontrak telah dihantar kepada Unit Pentadbiran JMG Ibu Pejabat untuk dipanjangkan kepada PUU NRECC dan dijangka selesai pada Julai 2023. b. Klausa Polisi Keselamatan Siber yang tidak dimasukkan dalam kontrak Klausa Polisi Keselamatan Siber KeTSA 2.1 dan NRECC 2.2 dibawah Perkara 10.2.7 dan Perkara 8.2 tidak dimasukkan dalam kontrak perjanjian. Penambahbaikan Pelaksanaan Tadbir Urus Kontrak Kerajaan Pindaan Perkara 10.2.7 - Pembangunan Sistem Secara Luaran dan Perkara 8.2 - Perlindungan Daripada Malware akan dibuat di muka surat 17 dokumen kontrak. c. Pengesahan penerimaan, pemeriksaan dan pengujian Aset Tak Ketara tidak dilaksanakan. Aset Tak Ketara (ATK) yang diterima tidak dibuat pengesahan penerimaan serta pengujian Government Acceptance Test (GAT). Penambahbaikan Penerimaan Perolehan Bekalan Kerajaan. ● Borang KEW.ATK-1 rekod penerimaan ATK telah siap pada 16 Jun 2023. ● Sijil Pengujian Government Acceptance Test (GAT) telah dibuat pada 14 Jun 2023.
50 BIL. PERKARA PERINCIAN SUMBANGAN UAD 2. Pengauditan Terhadap Pengurusan Perolehan Perkakasan & Perisian ICT Pusat Data Pemulihan Bencana di JUPEM a. Ujian Penerimaan Sementara (PAT) dan Ujian Penerimaan Akhir (FAT) bagi sebahagian perkakasan dan perisian tidak dilaksanakan. Perkakasan (HCI server Memory, HCI Server Hard Disk, Unified Storage Hard Disk) dan Perisian yang diterima masih belum melaksanakan Ujian PAT dan FAT. Penambahbaikan Proses Penerimaan Perolehan Bekalan Kerajaan. Pengujian PAT bagi Perkakasan ICT dan semua Perisian telah dilaksanakan pada September 2023. b. Jawatankuasa Teknikal Projek tidak diwujudkan dalam pelaksanaan projek. Pelantikan ahli Jawatankuasa Teknikal Projek tidak dibuat dan bermesyuarat seperti yang ditetapkan didalam Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA), Perenggan 4.2.2. Penambahbaikan Pelaksanaan Tadbir Urus Kontrak Kerajaan Perlantikan Jawatankuasa Teknikal Projek telah dibuat pada 5 September 2023 yang akan melaksanakan peranan seperti mana yang digariskan dalam peraturan yang berkuatkuasa. c. Ahli pasukan projek dari pihak pembekal tidak menandatangani dokumen keselamatan. Ahli pasukan projek pihak pembekal tidak menandatangani akuan pematuhan PKS dan Ujian Tapisan Keselamatan (CGSO) yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan rahsia Kerajaan. Penambahbaikan Polisi Keselamatan Siber Dua individu yang menganggotai pasukan projek telah menandatangani akuan pematuhan PKS dan Ujian Tapisan Keselamatan (CGSO) telah dilaksanakan dan dikemaskini dalam carta pasukan projek. 3. Pengauditan Pematuhan Pengurusan Kenderaan Kerajaan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) a. Kenderaan Melebihi Tempoh Penggunaan Minimum dan telah mencapai kriteria pelupusan. Sebanyak 21 unit kenderaan yang rosak dan tidak digunakan dengan nilai perolehan RM3.34 juta telah mencapai jarak perjalanan dan usia kenderaan melebihi kriteria pelupusan PP WP 4.1. Penambahbaikan Penggunaan Kenderaan Jabatan. JPSM telah memohon kelulusan perolehan pembelian kenderaan baru kepada BRO, Kementerian Kewangan bagi empat buah kenderaan dengan anggaran jumlah RM790,000.00 di bawah permohonan Dasar One-Off. b. Tunggakan Saman Notis Kesalahan Lalu Lintas Sebanyak 145 notis kesalahan lalulintas/saman berjumlah RM30,930.00 masih terdapat di dalam rekod PDRM. Penambahbaikan Pemantauan Untuk Kepentingan Kerajaan. ● Pihak Kementerian Kewangan telah memberi kelulusan untuk membuat bayaran tunggakan tersebut. ● Pemantauan notis saman kenderaan Jabatan akan dilaksanakan secara berkala bagi saman bermula 2017 sehingga kini.
51 BIL. PERKARA PERINCIAN SUMBANGAN UAD 4. Pengauditan Pematuhan Pengurusan Kenderaan Kerajaan di Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) a. Bayaran balik lebihan penggunaan bahan api Kereta Rasmi Jawatan Penggunaan bahan api bagi tahun 2022 berjumlah RM959.22 melebihi kelayakan pegawai Penambahbaikan Kutipan Bayaran Balik Kerajaan Bayaran balik lebihan penggunaan bahan api bagi kereta rasmi jawatan berjumlah RM959.25 telah diterima pada 16 November 2023. 5. Pengauditan Terhadap Pengurusan Penyenggaraan Kuarters di Jabatan PERHILITAN a. Pegawai yang menguruskan Rumah Khas Jabatan (RKJ) tidak menghadiri kursus dan latihan. Pegawai terlibat tidak pernah menghadiri kursus berkaitan pengurusan RKJ di negeri/PTJ yang dilawati. Pelaksanaan Kursus Berkaitan Pengurusan RKJ Kursus Pengurusan RKJ Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dalam telah dimasukkan dalam takwim IBD (perancangan bagi tahun 2024). b. Antara tugas Pegawai Perumahan menyediakan peruntukan khas untuk baik pulih dan penyenggaraan RKJ khususnya di bawah peruntukan Belanja Mengurus. Tiada perancangan anggaran perbelanjaan khusus untuk penyenggaraan RKJ secara tahunan di Negeri/PTJ mahupun di Ibu Pejabat. Pegawai Penyelaras Perumahan negeri/PTJ tidak menganalisis jenis kerosakan bagi menentukan anggaran kos pembaikan seterusnya merancang permohonan peruntukan. Penambahbaikan Permohonan Peruntukan Jabatan PERHILITAN telah membuat penyelarasan permohonan kepada dua (2) kategori iaitu penyenggaraan pemulihan (corrective maintenance), penyenggaraan pencegahan (preventive maintenance) di bawah permohonan peruntukan khusus baik pulih dan penyenggaraan Rumah Khas Jabatan (RKJ) Jabatan PERHILITAN bermula tahun 2025 melalui permohonan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) 2025. c. Pengarah negeri/Ketua PTJ perlu memastikan penghuni menjelaskan bayaran utiliti termasuk pembayaran deposit pemasangan meter oleh agensi pengurusan air/ elektrik tempatan. Sejumlah RM6,538 tunggakan pembayaran balik bil air dan bil pembetungan tidak dibuat oleh penghuni RKJ termasuk pegawai yang telah berpindah keluar. Penambahbaikan kutipan semula tunggakan pembayaran Kutipan semula tunggakan pembayaran balik sedang dijalankan secara berperingkat. d. Jawatankuasa Induk Pengurusan (JKI-RKJ) dan Jawatankuasa Pengurusan (JKP-RKJ) bersidang secara berkala mengikut sukuan tahun berkaitan dengan pengurusan RKJ. Mesyuarat JKI-RKJ dan JKPRKJ di negeri/PTJ yang dilawati tidak dilaksanakan bagi tempoh tahun 2020 hingga bulan September 2023. Penambahbaikan pelaksanaan Mesyuarat JKI-RKJ dan JKP-RKJ Jabatan PERHILITAN Selangor akan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Rumah Khas Jabatan (JKP-RKJ) seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Pengurusan Rumah Khas Jabatan selewat-lewatnya pada April tahun 2024. Sumber: UAD NRECC
52 - Mukasurat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong Bagi Tujuan Percetakan -
53 11. PERKARA AM Latihan Dan Kursus Yang Dihadiri Oleh Pegawai UAD Latihan dan kursus adalah sangat penting bagi memastikan semua pegawai UAD terus dapat mempertingkatkan kompetensi dan kemahiran dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan berkesan. Ini selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia NRECC yang menetapkan sekurang-kurangnya empat hari berkursus setiap tahun bagi setiap pegawai. Unit Audit Dalam sentiasa menggalakkan pegawai dan kakitangan menghadiri kursus dan seminar sama ada anjuran NRECC, Jabatan Audit Negara, Kementerian Kewangan dan Badan Profesional luar yang diiktiraf. Kursus-kursus tersebut dihadiri sama ada secara fizikal atau secara dalam talian. Pada tahun 2023, pegawai UAD telah menghadiri 60 kursus/latihan/ seminar dan semua pegawai UAD telah menghadiri kursus serta latihan sekurang-kurangnya empat hari seperti yang ditetapkan oleh NRECC. Antara kursus dan seminar yang telah dihadiri pada tahun 2023 seperti dalam Jadual 11.1. JADUAL 11.1 KURSUS/LATIHAN YANG DIHADIRI OLEH PEGAWAI DAN KAKITANGAN UNIT AUDIT DALAM PADA TAHUN 2023 BIL. TAJUK TARIKH ANJURAN 1. Hari Audit Dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam Tahun 2022/2023 17.01.2023 Jabatan Audit Negara 2. Latihan Sistem Ihadir Bil. 1/2023 09.02.2023 Bahagian Pengurusan Maklumat, NRECC 3. Seminar Penampilan Diri Melambangkan Organisasi 16.02.2023 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan 4. Latihan Sistem MyMesyuarat (Modul Urusetia) NRECC Bil. 1/2023 21.02.2023 Bahagian Pengurusan Maklumat, NRECC 5. Kursus Penyediaan Memorandum Perancangan Audit 27 & 28 Feb 2023 27 hingga 28.02.2023 BKSK, Kementerian Kewangan 6. Taklimat Pemantapan Penggunaan Sistem DDMS 2.0, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim 15.03.2023 Unit Registri dan Rekod (URR), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) 7. Taklimat Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) & Pekeliling Perbendaharaan 20 hingga 21.03.2023 Bahagian Kawalan Kewangan Strategik Dan Korporat, Perbendaharaan Malaysia 8. Kursus Microsoft Powerpoint (Intermediate) 21.03.2023 Bahagian Pengurusan Maklumat, NRECC 9. Kursus Teknik Pengumpulan Bukti Audit Pada 28 Hingga 30 Mac 2023 Secara Dalam Talian 28 hingga 30.03.2023 Akademi Audit Negara 10. Taklimat Sistem Pemantauan Pengurusan Kewangan (SPPKew) kepada PTJ Tahun 2023 09 hingga 10.05.2023 Unit Audit Dalam, NRECC
54 BIL. TAJUK TARIKH ANJURAN 11. NRECC Talk: How To Sustain Good Governance Within Us, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) 23.05.2023 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, NRECC 12. Majlis Himpunan Bulanan Dan Dialog Biodiversiti 24.05.2023 Bahagian Khidmat Pengurusan, NRECC 13. Taklimat Gangguan Seksual : Adakah Anda Terganggu? 13.06.2023 NRECC 14. Persidangan Akauntan Antarabangsa MIA 13 hingga 14.06.2023 Malaysian Institute of Accountant 15. Kursus Intensif Menjawab Soalan Peperiksaan Perkhidmatan Juruaudit Dan Penolong Juruaudit Jabatan Audit Negara 19 hingga 21.06.2023 Akademi Audit Negara 16. Kursus Training of Trainers (ToT) Bagi Program Pementoran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Tahun 2023 21 hingga 22.06.2023 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, NRECC 17. Bengkel Pengharmonian Klasifikasi Fail Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim 22 hingga 24.06.2023 Seksyen Pengurusan Rekod, Bahagian Khidmat Pengurusan, NRECC 18. Webinar Jabatan Audit Negara Siri 1 Tahun 2023- Pengurusan Bukti Audit 26.06.2023 Jabatan Audit Negara 19. Strategik Transformative Leadership For Executives 24 hingga 27.07.2023 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 20. Program SHARE HRMIS Application Knowledge & Experience (SHARE) HRMIS Siri 17 Tahun 2023 25.07.2023 Jabatan Perkhidmatan Awam 21. Kursus Pengauditan Prestasi (Asas) 25 hingga 27.07.2023 Akademi Audit Negara 22. Wacana Integriti Sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H/2023M "Telunjuk Lurus Kelingking Berkait" 26.07.2023 Unit Integriti, NRECC 23. Program Kriteria Kecemerlangan Audit (KCA) Siri 2 Tahun 2023 Bagi Juruaudit Gred W52 14 hingga 18.08.2023 Akademi Audit Negara 24. Forum Perubahan Iklim: Road To COP28 04.09.2023 Bahagian Perubahan Iklim, NRECC bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) 25. Bengkel Standard Penulisan Pemerhatian Audit Bagi Pengauditan Prestasi dan Pengurusan Kewangan Unit Audit Dalam Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim 06 hingga 08.09.2023 Unit Audit Dalam, NRECC 26. “Pengukuhan Tatakelola Pengauditan Dalam Meneraju Malaysia Madani” 13.09.2023 Jabatan Audit Negara 27. Webinar Artificial Intelligence (AI) Dalam Pengauditan: Suatu Realiti Atau Khayalan? 02.10.2023 Akademi Audit Negara 28. Persidangan Juruaudit Dalam Sektor Awam Tahun 2023 (PADSA 2023) 23 hingga 26.10.2023 Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, Kementerian Kewangan 29. Program Digital Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) Tahun 2023 08.11.2023 Bahagian Pengurusan Maklumat, NRECC Sumber: UAD NRECC
55 Aktiviti UAD Tahun 2023 Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim di kalangan warga UAD supaya dapat menyumbang kepada peningkatan tahap produktiviti warga UAD. Sepanjang tahun 2023, UAD NRECC telah menjalankan beberapa aktiviti dalaman seperti dalam Jadual 11.2. JADUAL 11.2 AKTIVITI UNIT AUDIT DALAM TAHUN 2023 BIL. TARIKH AKTIVITI 1. 22.03.2023 Majlis Bacaan Yasin Sempena Menyambut Ramadan 2. 15.05.2023 Jamuan Hari Raya Aidilfitri UAD 2023 3. 24.05.2023 Majlis Sanjungan Budi Tautan Kasih Sempena Persaraan Encik Doubless John Anak Sarok 4. 30.05.2023 Sesi Naziran oleh Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK) Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) 5. 15.08.2023 Pertandingan Keceriaan Sempena Hari Kebangsaan 2023 6. 06.09.2023 Bengkel Standard Penulisan Pemerhatian Audit bagi Pengauditan Prestasi dan Pengurusan Kewangan 2023 7. 13.10.2023 Majlis Bacaan Yasin UAD 9. 23.10.2023 - 25.10.2023 Persidangan Juruaudit Dalam Sektor Awam (PADSA) Tahun 2023 10. 01.11.2023 Lawatan Kerja dan Sesi Perkongsian Ilmu bersama Unit Audit Dalam Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) 11. 09.11.2023 Sesi Perkongsian Pelaksanaan Sistem Dashboard Audit Dalam (DashAD) Kementerian Dalam Negeri 12. 17.11.2023 Majlis Bacaan Yasin UAD 13. 30.11.2023 Bengkel Penyediaan Rancangan Audit Tahun 2024 14. 01.12.2023 Majlis Bacaan Yasin UAD 15. 02.12.2023 Pertandingan Boling UAD NRECC 16. 04.12.2023 Majlis Sempena Persaraan Puan Norasimah binti Rosli Sumber: UAD NRECC a. Majlis Bacaan Yasin Kelab UAD NRECC telah mengadakan beberapa siri Majlis Bacaan Yasin pada tahun 2023 iaitu pada 22 Mac, 13 Oktober, 17 November dan 1 Disember 2023. Majlis bacaan Yasin yang diadakan di Pejabat Unit Audit Dalam telah dihadiri oleh semua pegawai UAD. Bacaan Yasin dipimpin oleh Encik Muzzamil bin Mustaffa.
56 GAMBAR 11.1 GAMBAR 11.2 Majlis Bacaan Yasin oleh Pegawai UAD Sempena Menyambut Ramadan Majlis Bacaan Yasin oleh Pegawai UAD GAMBAR 11.3 GAMBAR 11.4 Majlis Bacaan Yasin oleh Pegawai UAD b. Jamuan Hari Raya Aidilfitri UAD 2023 Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri UAD NRECC telah diadakan pada 15 Mei 2023. Selain itu, majlis juga turut meraikan sambutan hari jadi pegawai UAD bagi bulan Januari hingga Mei 2023. Majlis telah dihadiri oleh semua pegawai UAD dan pegawai daripada Bahagian Pembangunan NRECC.
57 GAMBAR 11.5 GAMBAR 11.6 Majlis Hari Raya Aidilfitri UAD NRECC 2023 GAMBAR 11.7 GAMBAR 11.8 Photo Booth Hari Raya UAD NRECC 2023 Sambutan Hari Lahir Pegawai UAD bagi bulan Januari – Mei 2023 c. Majlis Perpisahan Kakitangan UAD Sepanjang tahun 2023, Kelab UAD NRECC telah mengadakan dua majlis perpisahan masing-masing bersempena persaraan Timbalan Ketua Unit Audit Dalam I iaitu Encik Doubless John Anak Sarok dan persaraan Pembantu Tadbir (P/O) Puan Norasimah binti Rosli. Majlis perpisahan Encik Doubless John Anak Sarok telah diadakan pada pada 24 Mei 2023 manakala majlis perpisahan Puan Norasimah binti Rosli telah diadakan 4 Disember 2023.
58 GAMBAR 11.9 GAMBAR 11.10 Majlis Perpisahan Encik Doubless John Anak Sarok, Timbalan Ketua Unit Audit Dalam I GAMBAR 11.11 GAMBAR 11.12 Majlis Perpisahan Encik Doubless John Anak Sarok, Timbalan Ketua Unit Audit Dalam I GAMBAR 11.13 GAMBAR 11.14 Majlis Perpisahan Puan Norasimah binti Rosli, Pembantu Tadbir (P/O)
59 d. Naziran oleh Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK) Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) Lawatan Naziran oleh Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK) Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) ke UAD NRECC telah diadakan pada 30 Mei 2023. Lawatan Naziran yang dihadiri oleh tiga orang pegawai daripada BKSK adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Audit Dalam di NRECC. Semua pegawai UAD NRECC terlibat dalam aktiviti ini. GAMBAR 11.15 GAMBAR 11.16 Lawatan Naziran oleh BKSK MoF GAMBAR 11.17 GAMBAR 11.18 Lawatan Naziran oleh BKSK MoF e. Pertandingan Keceriaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Program Keceriaan Antara Kementerian Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2023 telah dianjurkan mulai 15 Julai 2023 sehingga 16 September 2023 bertujuan untuk menggelorakan semangat cintakan negara dalam kalangan warga Kementerian. Bagi memastikan penganjuran program ini berjalan lancar, UAD NRECC telah bekerjasama dengan Unit Integriti (UI) dalam melaksanakan persiapan awal menghiasi ruang kerja di
60 aras 8 dengan menampilkan suasana ceria dan semangat kemerdekaan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2023. Semua pegawai UAD NRECC terlibat dalam program ini. GAMBAR 11.19 GAMBAR 11.20 Persiapan Pertandingan Keceriaan Sempena Hari Kebangsaan 2023 GAMBAR 11.21 GAMBAR 11.22 Persiapan Pertandingan Keceriaan Sempena Hari Kebangsaan 2023 GAMBAR 11.23 GAMBAR 11.24 Sesi Penilaian Pertandingan Keceriaan Sempena Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Kementerian
61 GAMBAR 11.25 GAMBAR 11.26 Sebahagian Pegawai UAD dan UI NRECC Yang Terlibat Dalam Pertandingan Keceriaan Sempena Hari Kebangsaan 2023 Lawatan Menteri dan KSU Ke Ruang Pameran UAD dan UI Semasa Pertandingan Keceriaan Sempena Hari Kebangsaan 2023 f. Bengkel Standard Penulisan Pemerhatian Audit bagi Pengauditan Prestasi dan Pengurusan Kewangan 2023 Bengkel Standard Penulisan Pemerhatian Audit bagi Pengauditan Prestasi dan Pengurusan Kewangan 2023 telah diadakan pada 6 hingga 8 September 2023 di ADYA Hotel, Langkawi. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi latihan kepada pegawai UAD NRECC bagi meningkatkan kemahiran dalam penulisan Pemerhatian Audit. Program selama 3 hari ini melibatkan 14 pegawai UAD. Sebanyak 4 sesi pembentangan telah disampaikan oleh 2 orang Penceramah jemputan dan seorang pegawai UAD. Selain itu, satu majlis makan malam bertemakan Denim dan satu majlis bacaan Yasin turut diadakan. Sesi pembentangan yang telah diadakan adalah seperti berikut: SESI TAJUK PEMBENTANGAN PENCERAMAH Sesi 1 Peranan Audit Dalam Memperkasa Kementerian Encik Nikrul Tarmizi bin Awaluddin (Ketua Audit Dalam, Kementerian Dalam Sesi 2 Digital Audit Negeri) Sesi 3 Pelaporan Audit Yang Berkualiti Ke Arah Keberkesanan Unit Audit Dalam Puan Johaniffa binti Jamil (Pengurus Audit, Lembaga Pembangunan Langkawi) Sesi 4 Draf Garis Panduan Pengauditan Mengejut ICT Unit Audit Dalam NRECC Encik Khairul Izwan bin Roslan (Ketua Seksyen ICT, UAD NRECC)
62 GAMBAR 11.27 GAMBAR 11.28 Pembentangan Sesi 1: Peranan Audit Dalam Memperkasa Kementerian GAMBAR 11.29 GAMBAR 11.30 Pembentangan Sesi 2: Digital Audit Penyampaian Cenderahati Kepada Penceramah, Encik Nikrul Tarmizi bin Awaluddin GAMBAR 11.31 GAMBAR 11.32 Pembentangan Sesi 3: Pelaporan Audit Yang Berkualiti Ke Arah Keberkesanan Unit Audit Dalam Penyampaian Cenderahati Kepada Penceramah, Puan Johaniffa binti Jamil
63 GAMBAR 11.33 GAMBAR 11.34 Majlis Makan Malam Bertema Denim GAMBAR 11.35 GAMBAR 11.36 Majlis Makan Malam Bertema Denim GAMBAR 11.37 GAMBAR 11.38 Majlis Bacaan Yasin
64 GAMBAR 11.39 GAMBAR 11.40 Sesi Rumusan Yang Disampaikan Oleh TKUAD II, Puan Norhayati binti Husain Peserta Bengkel Standard Penulisan Pemerhatian Audit Bagi Pengauditan Prestasi dan Pengurusan Kewangan 2023 g. Persidangan Juruaudit Dalam Sektor Awam (PADSA) Tahun 2023 Persidangan Juruaudit Dalam Sektor Awam (PADSA) Tahun 2023 telah diadakan pada 23 hingga 25 Oktober 2023 di Bayview Beach Resort Penang. Seramai 7 wakil UAD, NRECC telah menghadiri PADSA tersebut. Selaras dengan Moto “Ke Arah Pengauditan Mapan Pemangkin Tadbir Urus Madani”, PADSA 2023 dilaksanakan dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran kepentingan Audit Dalam bagi memperkasakan Akauntabiliti dan Tadbir Urus organisasi serta memberi pendedahan berkaitan lesson learnt, amalan terbaik serta kaedah pengauditan terkini. GAMBAR 11.41 GAMBAR 11.42 Sebahagian Peserta PADSA 2023
65 GAMBAR 11.43 GAMBAR 11.44 KUAD NRECC Menerima Sijil Penarafan Keberkesanan Audit Dalam Di PADSA 2023 Pegawai UAD NRECC Yang Menghadiri PADSA 2023 h. Lawatan Kerja dan Sesi Perkongsian Ilmu bersama UAD LADA Pada 1 November 2023, UAD NRECC telah menerima kunjungan daripada Unit Audit Dalam Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dalam program Lawatan Kerja dan sesi Perkongsian Ilmu. UAD LADA diwakili oleh 5 orang pegawai manakala seramai 8 orang pegawai UAD NRECC turut terlibat dalam program tersebut. Dalam sesi perkongsian ilmu, TKUAD 1 telah membentangkan mengenai pengauditan Sustainable Development Goals (SDG) atau Matlamat Pembangunan Lestari. GAMBAR 11.45 GAMBAR 11.46 Pembentangan Mengenai Pengauditan Sustainable Development Goals (SDG) Oleh TKUAD I
66 GAMBAR 11.47 GAMBAR 11.48 Pegawai dari UAD NRECC dan UAD LADA Yang Terlibat Dalam Program Lawatan Kerja Dan Sesi Perkongsian Ilmu Penyampaian Cenderahati Dari UAD LADA Kepada UAD NRECC i. Sesi Perkongsian Pelaksanaan Sistem Dashboard Audit Dalam (DashAD) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Sesi Perkongsian Pelaksanaan Sistem Dashboard Audit Dalam (DashAD) Kementerian Dalam Negeri telah diadakan pada 9 November 2023 di Bilik Perbincangan Aras 8, Blok F11. Pembentangan Pelaksanaan Sistem DashAD, KDN telah disampaikan oleh Pegawai dari Bahagian Audit Dalam, KDN. Sesi perkongsian tersebut turut dihadiri oleh 3 pegawai dari Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) NRECC dan melibatkan 8 pegawai dari UAD NRECC. GAMBAR 11.49 GAMBAR 11.50 Pembentangan Pelaksanaan Sistem DashAD, KDN Disampaikan Oleh Pegawai Dari Bahagian Audit Dalam, KDN
67 GAMBAR 11.51 GAMBAR 11.52 Penyampaian Cenderahati Kepada Pegawai Dari Bahagian Audit Dalam, KDN j. Bengkel Penyediaan Rancangan Audit Tahun 2024 Bengkel Penyediaan Rancangan Audit Tahun 2024 telah dilaksanakan pada 30 November 2023 di Bilik Latihan Aras 1, Blok F11. Semua pegawai UAD NRECC terlibat dalam bengkel ini. Bengkel ini diadakan untuk merancang dan membincangkan aktiviti pengauditan yang akan dilaksanakan pada tahun 2024. GAMBAR 11.53 GAMBAR 11.54 Bengkel Penyediaan Rancangan Audit Tahun 2024 k. Pertandingan Boling UAD NRECC Kelab UAD NRECC telah menganjurkan pertandingan boling pada 2 Disember 2023. Tujuan pertandingan ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan ukhwah di kalangan pegawai UAD di luar waktu pejabat. Program yang diadakan di Wangsa Bowl IOI City Mall Putrajaya ini melibatkan semua pegawai UAD dan turut disertai oleh ahli keluarga masing-masing.
68 GAMBAR 11.55 GAMBAR 11.56 Pertandingan Boling UAD NRECC GAMBAR 11.57 GAMBAR 11.58 Pertandingan Boling UAD NRECC GAMBAR 11.59 GAMBAR 11.60 Pertandingan Boling UAD NRECC
69 GAMBAR 11.61 GAMBAR 11.62 Pertandingan Boling UAD NRECC
70 - Mukasurat Ini Sengaja Dibiarkan Kosong Bagi Tujuan Percetakan -