The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PANDUAN DAN MODUL MENTOR MENTI- edited by NMN 8.7.2020 (Compile)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by reenefd, 2021-07-02 03:30:05

BUKU PANDUAN DAN MODUL MENTOR MENTI- edited by NMN 8.7.2020 (Compile)

BUKU PANDUAN DAN MODUL MENTOR MENTI- edited by NMN 8.7.2020 (Compile)

PANDUAN
PROGRAM

MENTOR
MENTI

Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM)

Disusun oleh:
Seksyen Psikologi dan Kaunseling
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Panduan Program Mentor Menti USIM

PANEL PENULISAN BUKU PANDUAN
PROGRAM MENTOR MENTI PENTADBIRAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Ketua Panel : Puan Monaliza Laudang
Timbalan Ketua Panel : Encik Md. Ishah Rahman
Penyelaras : Puan Noor Azlinda A. Bakar (1 Julai 2010 - 6 Januari 2013)
Encik Khairul Hannan Hasbullah (6 Januari 2013 - 9 April 2014)
Pembantu Penyelaras : Puan Siti Khadijah Mohd Sarif (9 April - 4 April 2016)
Puan Nurhazreen Mohd Nor (26 Mac 2020 - kini)
Penulis Modul :
(MasterTrainer) Puan Faridah Ibrahim

Editor : Puan Monaliza Laudang
Encik Hammad Farhi Mohd Saudi
Puan Nor Azzah Momin
Puan Hajjah Nor Lely Idris
Puan Nurhazreen Mohd Nor
Puan Siti Nurbaya Ismail
Encik Md. Ishah Rahman
Puan Masni Md Hasim

Puan Hariza Mohd Yusof

1

Panduan Program Mentor Menti USIM

SEKALUNG BICARA NAIB CANSELOR

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada
Jawatankuasa Program Mentor Menti USIM yang telah bertungkus lumus untuk melaksanakan
program yang sangat bermakna kepada organisasi ini. Sekalung tahniah juga kepada Pendaftar yang
begitu terbuka memberikan ruang kepada semua staf USIM dan ruang penambahbaikkan pentadbiran
yang terbaik kepada organisasi. Ribuan terima kasih kepada Penyelaras Program Mentor Menti iaitu
Prof. Dato’ Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin yang banyak memberikan kerjasama dalam melaksanakan
program ini dengan jayanya.

Program ini memberikan banyak kebaikan dan sangat berfaedah terutamanya dari kedua-belah pihak
iaitu mentor dan menti. Menti yang telah bergraduat pada program ini adalah layak menjadi mentor
di mana perkara yang perlu ditekankan adalah perkongsian pengalaman. Ia tidak bergantung pada
tempoh sesuatu pembelajaran itu semata-mata. Jika pegawai telah melalui pelbagai jenis situasi,
kadang-kadang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk berhadapan dengan pensyarah,
Dekan, pelajar dan sebagainya. Dalam konteks ini, pegawai perlu dididik dan diasuh untuk berurusan
dengan orang lain dengan melihat gerak kerja dan gaya kerja yang boleh mempengaruhi prestasi.

Masih terdapat staf yang telah lama bekerja tetapi tidak semestinya mempunyai ciri-ciri yang perlu
ada sebagai seorang pegawai dan terdapat juga staf yang baru bekerja tetapi telah nampak ciri-ciri
perkembangan seorang pegawai. Maka pegawai yang bagus ini boleh sahaja dinaikkan pangkat (mesti
mempunyai ciri-ciri yang diharapkan).

Dalam konteks transformasi kerajaan iaitu Goverment Transformation Programme (GTP) beberapa
perkara perlu dilihat bersama inovasi yang baru dan boleh memberikan faedah kepada organisasi. Kita
perlu sentiasa bersedia dan positif untuk ke arah itu.

Penghargaan yang diberikan kepada warga USIM merupakan anugerah kepada staf yang menetapi
ciri-ciri kecemerlangan agar keistimewaan itu boleh dijadikan inspirasi oleh warga USIM.

Diharapkan dengan program ini, kita akan lebih peka terhadap kehendak dan permintaan semasa
terutama di dalam KRA4 iaitu membentuk modal insan yang inovatif dan budaya kerja yang gemilang.
Program ini merupakan sebahagian daripada proses tersebut dan satu permulaan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung dan juga secara tidak langsung dalam menjayakan Program Mentor Menti ini. Yang
paling penting adalah mengenai “kejatian diri” iaitu budaya kerja dan sikap supaya semuanya lahir
sebagai penyumbang kepada kemajuan. Semoga diberkati selalu dan didoakan Allah permudahkan
apa yang kita bakal lalui pada masa akan datang.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Selamat Maju Jaya!

Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad
Naib Canselor
Universiti Sains Islam Malaysia

2

Panduan Program Mentor Menti USIM

SEKALUNG RASA PENDAFTAR

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Program Mentor Menti kerana
bertungkus-lumus untuk melaksanakan program yang amat berguna ini. Program ini telah
menekankan budaya responsif iaitu bekerja dengan ada hati dan juga budaya penghargaan dalam
melaksanakan sesuatu pekerjaan.
Saya melihat program ini merupakan salah satu usaha mensinergikan Kumpulan Pengurusan dan
Profesional (P&P) dan Kumpulan Sokongan dengan memberi pendedahan di luar USIM. Potensi
mentor juga menjadi sumber yang amat baik di mana program ini memfokuskan delegasi kuasa untuk
berunding dengan rakan-rakan strategik supaya pertukaran pengalaman dan memperkaya
pengetahuan yang ada di dalam organisasi. Program ini telah memberi penambahbaikkan tertentu
iaitu perubahan menti kepada yang lebih positif yang mempunyai impak efektif. Ditambah lagi dengan
kesediaan pihak pengurusan untuk menerima idea daripada mentor dan menti dalam mencipta
keserasian untuk membuat usaha yang dinamik. Program Mentor Menti ini diharapkan menjadi satu
titik permulaan dalam usaha membentuk budaya kerja kelas pertama.
Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam memberikan
sumbangan terhadap penghasilan Buku Panduan Mentor Menti USIM ini.
Sekian, terima kasih.

Dato’ Muhammad Haizuan Rozali
Pendaftar
Merangkap Penaung
Program Mentor Menti
Universiti Sains Islam Malaysia

3

Panduan Program Mentor Menti USIM

PRAKATA PENGARAH PROGRAM

Program Mentor Menti ini merupakan perhubungan di mana seseorang individu menerima nasihat,
bimbingan khusus atau kaunseling daripada penasihat yang lebih berpengetahuan. Bagi seorang
mentor, ia merupakan peluang untuk membangunkan kedua-dua kompetensi peribadi dan profesional
manakala bagi seseorang menti, peluang untuk belajar daripada seseorang yang lebih baik dan
berpengalaman adalah satu bonus. Pementoran perkhidmatan awam berfokus kepada perkembangan
dan peningkatan kompetensi pegawai yang baru dilantik dan dinaikkan pangkat terutamanya dalam
kemahiran verbal and non-verbal communication.
Aplikasi psikologi dalam pembangunan personel juga digunapakai bertujuan mewujudkan pegawai
yang memiliki nilai dan etika kerja serta sikap yang positif. Ia melibatkan aktiviti khidmat rundingcara,
peningkatan motivasi dan kepuasan kerja pegawai. Program ini juga mempunyai konsep yang sama
seperti Buddy System, AKRAB dan lain-lain.
Antara penambahbaikkan yang boleh dilaksanakan pada Program Mentor Menti akan datang ialah
memberikan taklimat kepada mentor dan menti, mencari ruang agar mentor dan menti dapat
meluangkan masa untuk 8 kali pertemuan.
Diharapkan agar program ini dapat diteruskan supaya para pegawai dapat menguasai pentadbiran
yang unggul untuk menjadi pegawai tadbir yang cemerlang selari dengan tindakan halatuju dan
kecemerlangan yang unggul. Semoga Buku Panduan Mentor Menti USIM ini dapat dimanfaatkan
dalam memudahkan pelaksanaan pementoran di USIM.
Sekian, terima kasih.

Prof. Dato' Dr. Abd. Halim Mohd Hussin
Pengarah
Program Mentor Menti Pentadbiran
Universiti Sains Islam Malaysia

4

Panduan Program Mentor Menti USIM

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
TAJUK 6-8
Sejarah

UNIT 1 : 9 – 11
Ice Breaking 12 – 14
15 – 21
UNIT 2 : 22 – 30
Rasional dan Keperluan Pementoran USIM 31 – 38
39 – 41
UNIT 3 :
Etika Perhubungan dalam Pementoran 42

UNIT 4 :
Kemahiran Hubungan Interpersonal Dalam Pementoran

UNIT 5 :
Pelaporan Penilaian Pementoran

UNIT 6 :
Penamatan Sesi Pementoran

Rumusan / Penutup

Lampiran 43 - 44

Laporan Sesi Pementoran 45 - 95

5

Panduan Program Mentor Menti USIM

SEJARAH PROGRAM MENTOR MENTI USIM

1. PENDAHULUAN
Program Mentor Menti USIM telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Universiti (JKPU) Bil. 5/2011 pada 18 Februari 2011. Selaras dengan itu, satu Jawatankuasa
Program Mentor Menti telah ditubuhkan pada 15 Mac 2011.

Cetusan idea ini telah diterjemahkan mengikut konsep kepimpinan dan bimbingan USIM
sekaligus menjadikan program ini sebagai rujukan serta best practice kepada agensi luar. Ia
juga merupakan salah satu usaha mensinergikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P)
dengan memberi pendedahan di luar USIM. Potensi P&P juga menjadi satu sumber yang amat
baik di mana program ini memfokuskan delegasi kuasa untuk berunding dengan rakan-rakan
strategik supaya pertukaran pengalaman dan memperkaya pengetahuan yang ada di dalam
organisasi.

Beberapa siri Mesyuarat Pelaksanaan Program Mentor Menti dan sesi lawatan kerja telah
dilaksanakan bagi memastikan pendedahan serta panduan yang digunapakai oleh mentor
sebagai seorang pembimbing, pembantu, perunding atau kaunselor kepada menti
dipraktikkan dengan jayanya. Mereka juga perlu menerapkan pengetahuan, kemahiran dan
berpegang kepada nilai-nilai serta etika menolong.

Program ini telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Y.Bhg. Profesor Dato' Dr. Muhamad Muda,
Naib Canselor USIM pada 18 Ogos 2011. Antara objektif utama pelancaran program ialah
penyerahan kumpulan pertama menti kepada mentor bagi sesi 2011/2012. Program ini telah
berakhir pada Mac 2012.

2. LANTIKAN JAWATANKUASA DAN PERANAN
Jawatankuasa Program Mentor Menti ini telah melantik 14 orang ahli dan diterajui oleh Y.Brs.
Encik Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM. Senarai jawatankuasa serta peranannya
seperti berikut:

JAWATANKUASA AHLI
Penaung Encik Muhammad Haizuan Rozali
Pengerusi
Pengarah Program Puan Monaliza Laudang
Timbalan Pengarah Program
Setiausaha Prof. Dato' Dr. Abd. Halim Mohd Husin

Ahli Jawatankuasa Encik Md. Ishah Rahman

Puan Noor Azlinda A. Bakar
1. Encik Hammad Farhi Mohd Saudi
2. Puan Nor Lely Idris
3. Puan Nor Azzah Momin
4. Puan Suriyati Ismail
5. Puan Wan Fauriah Wan Samad
6. Puan Mazura Mohd Noor
7. Puan Masni Md Hasim
8. Puan Zaharah Zainal Abidin
9. Puan Nurhazreen Mohd Nor

6

Panduan Program Mentor Menti USIM

Peranan Jawatankuasa Program Mentor Menti adalah seperti berikut:
i. Menyelaras dan memantau perjalanan program pementoran.
ii. Mewujudkan sistem pembangunan dan pemantauan program.
iii. Menyediakan program yang komprehensif sesuai dengan kehendak program dan

matlamat jabatan.
iv. Merangka perancangan pelaksanaan program pementoran.
v. Mengenalpasti keperluan skop pementoran.
vi. Melaksanakan proses pemilihan mentor dan menti.
vii. Melaksanakan proses pemadanan mentor menti.
viii. Memberikan latihan dan khidmat nasihat kepada mentor.
ix. Membuat proses penilaian bagi mengetahui tahap keberkesanan program

pementoran.

3. PELAKSANAAN PROGRAM
Program Mentor Menti ini perlu dilaksanakan selama enam bulan bersamaan dengan 12 kali
pertemuan antara mentor dan menti. Walau bagaimanapun, jawatankuasa pementoran telah
bersetuju untuk memendekkan sesi pertemuan mentor dan menti ini iaitu sebanyak lapan kali
pertemuan iaitu sebulan sekali. Sepanjang tempoh ini berlangsung, satu pertemuan bersama
penyelaras program pementoran akan diadakan pada pertengahan sesi bagi membincangkan isu,
masalah serta perkembangan menti yang terlibat. Dalam pertemuan ini juga, semua mentor perlu
meyediakan Refleksi/Laporan Pertengahan Program Mentor Menti untuk menilai aktiviti yang
telah dilaksanakan semasa sesi pertemuan yang diadakan bersama menti masing-masing.
Rentetan daripada itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pementoran telah diadakan sebanyak tiga kali
bagi meneruskan program ini bagi seterusnya, manakala pasangan mentor dan menti telah dipilih
berdasarkan ciri-ciri dan kriteria yang telah ditetapkan serta diperluas kepada kumpulan
pelaksana.

Mesyuarat Jawatankuasa dengan sebulat suara bersetuju melantik Ahli Jawatankuasa ini
bertindak sebagai Master Trainer untuk memberi sokongan, bimbingan dan khidmat nasihat
kepada mentor-mentor baru. Kumpulan Master Trainer ini telah mendapat bimbingan
sepenuhnya dari YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abd. Halim Mohd Husin selaku Penyelaras dalam
Jawatankuasa ini.
Setelah selesai Bengkel Master Trainer, Kursus Pementoran perlu dilaksanakan selama 3 hari 2
malam kepada mentor-mentor yang dipilih untuk memberikan latihan yang berterusan bagi
menjamin mentor sentiasa berkeyakinan dalam mengendalikan perhubungan. Kursus
Pementoran ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Master Trainer USIM.

4. RUMUSAN PROGRAM PEMENTORAN
Penambahbaikan Program Mentor Menti yang telah dilaksanakan adalah:

a) Ahli Jawatankuasa juga bertindak sebagai Master Trainer kepada mentor-mentor baru.
b) Pertemuan antara Jawatankuasa bersama mentor diadakan secara berkala iaitu dua bulan

sekali.
c) Pertemuan antara Jawatankuasa bersama menti diadakan secara berkala iaitu dua bulan

sekali.
d) Pertemuan mentor dan menti ialah sebanyak lapan kali pertemuan iaitu sebulan sekali.
e) Pertemuan mentor dan menti dibahagikan kepada lima fasa iaitu:

i. Fasa 1 : Membina kepercayaan/ sesi taaruf dan mengenali personaliti diri menti
(Pertemuan kali pertama hingga ke-2)

ii. Fasa 2 : Mengenalpasti kompetensi/ penerokaan isu
(Pertemuan kali ke-3 hingga ke-4)

iii. Fasa 3 : Strategi membina kompetensi (Pertemuan kali ke-4)

7

Panduan Program Mentor Menti USIM
iv. Fasa 4 : Membina dan mengukuhkan kompetensi baru

(Pertemuan kali ke-5 hingga ke-6)
v. Fasa 5 : Membuat penilaian (Pertemuan kali ke-7 hingga ke-8)
f) Mentor dan menti perlu membuat laporan berkaitan pertemuan yang telah diadakan di mana
mentor perlu membuat Laporan Aktiviti Pementoran pada setiap bulan. Manakala menti
perlu membuat laporan berkala iaitu tiga bulan sekali berserta Laporan Penilaian di akhir
tempoh program ini berlangsung.
5. PENGIKTIRAFAN
Tanggal 3 Disember 2012, USIM telah menerima Anugerah Pengiktirafan Program Pementoran
dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan merupakan satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi
daripada 19 buah agensi yang mengambil bahagian.
6. PENUTUP
USIM berhasrat untuk membuat modul bagi pelaksanaan Program Mentor Menti di peringkat
USIM dan modul tersebut akan dibukukan untuk menjadi panduan khusus untuk Program Mentor
Menti di USIM. Pelaksanaan Program Mentor Menti ini dapat mengintegrasikan antara keperluan
pegawai dan matlamat atau objektif utama USIM. Proses adaptasi pembelajaran berlaku di
sepanjang perhubungan pementoran. Kemahiran yang dimiliki oleh mentor telah dipindahkan
kepada menti melalui proses perkongsian pengalaman. Jelas sekali, dalam konteks merealisasikan
organisasi berilmu, Program Mentor Menti mampu menjadi satu wadah proses pembangunan diri
pegawai dan seterusnya organisasi.

8

Panduan Program Mentor Menti USIM

UNIT 1
ICE BREAKING

9

Panduan Program Mentor Menti USIM

UNIT 1 : ICE BREAKING

SINOPSIS
Kursus ini bertujuan memberi peluang kepada para peserta berinteraksi, menilai keistimewaan diri
sendiri dan membina keyakinan diri, mengenali diri rakan-rakan mereka dan menghargai
keistimewaan diri rakan-rakan.

HASIL PEMBELAJARAN
1. (Permainan 1) - Memberi peluang kepada para peserta berinteraksi sesama mereka dalam keadaan

santai serta memastikan mereka mengenali seberapa ramai yang boleh dan seberapa rapat yang
dapat.
2. (Permainan 2) - Memberi peluang kepada para peserta menilai keistimewaan diri sendiri dan
membina keyakinan diri bahawa mereka ada kelebihan yang perlu dikongsikan.
3. (Permainan 3) - Memberi peluang mengenali diri rakan-rakan mereka dan menghargai
keistimewaan diri rakan-rakan, sekaligus menilai semula diri masing-masing.

KANDUNGAN KURSUS

PERMAINAN 1

TAJUK: AWAK SIAPA? ADA RAHSIA?
TEMPOH MASA: 20 minit.
ALAT BANTUAN: Ball pen/ pensel, kertas & sebuah bakul.

OBJEKTIF:
Memberi peluang kepada para peserta berinteraksi sesama mereka dalam keadaan santai serta
memastikan mereka mengenali seberapa ramai yang boleh dan mendapatkan maklumat terperinci
setiap peserta.

KAEDAH PERLAKSANAAN:
1. Peserta diminta membuat satu barisan panjang dengan berpandukan ejaan nama mereka secara

descending – iaitu Z, Y,X dan seterusnya hingga A. Jika ada abjad huruf pertama yang sama pada
nama, abjad yang kedua dan ketiga serta seterusnya akan dijadikan panduan.
2. Peserta diminta untuk mendapatkan maklumat diri rakan di sebelah kanan mereka seberapa
lengkap yang dirasakan dan dapatkan sekurang-kurangnya tiga maklumat diri yang dijangka tidak
diketahui oleh para peserta lain dalam kursus ini.
3. Peserta diminta menuliskan maklumat tersebut di atas sehelai kertas dan melipatnya sebanyak 4
lipatan. Masukkan ke dalam bakul yang disediakan.

PERMAINAN 2

TAJUK: SAYA ISTIMEWA!
TEMPOH MASA: 20 minit.
ALAT BANTUAN: Ball pen/ pensel dan kertas.

OBJEKTIF:
Memberi peluang kepada para peserta menilai keistimewaan diri sendiri dan membina keyakinan diri
bahawa mereka ada kelebihan yang perlu dikongsikan.

10

Panduan Program Mentor Menti USIM

KAEDAH PERLAKSANAAN:
1. Peserta diminta sekali lagi untuk membuat satu barisan panjang dengan berpandukan tarikh lahir

mereka secara ascending – iaitu daripada yang paling awal lahir dan seterusnya hingga yang paling
muda. Jika ada tarikh lahir yang sama masa lahir akan dijadikan ukuran diteruskan bagi menilai
siapa yang lebih dahulu lahir.

2. Secara berpasangan dengan rakan di sebelah, peserta diminta saling mengenali keistimewaan dan
kelebihan yang ada pada diri masing-masing yang dijangka telah menyebabkan beliau telah dipilih
sebagai salah seorang mentor USIM. (Umur yang hampir sama akan memudahkan mereka
bercerita).

3. Dapatkan sekurang-kurangnya 3 ciri istimewa.

4. Pasangan boleh bertindak mempertikaikan ciri yang disebutkan oleh pasangannya sebagai
keistimewaan diri. Sekiranya beliau merasa tidak yakin bahawa pasangan beliau punyai ciri
tersebut, penjelasan lanjut juga boleh dipinta.

PERMAINAN 3

TAJUK: JOM KONGSI CERITA…
TEMPOH MASA: 50 minit.
ALAT BANTUAN: Bakul berisi kertas yang telah dilipat.

OBJEKTIF:
Memberi peluang mengenali diri rakan-rakan mereka dan menghargai keistimewaan diri rakan-rakan,
sekaligus menilai semula diri masing-masing.

KAEDAH PERLAKSANAAN:
a) Peserta diminta duduk dalam bulatan.
b) Bakul berisi kertas yang telah dilipat diedarkan dalam bulatan.
c) Setiap seorang peserta mengambil sehelai kertas berlipat.
d) Secara sukarela, minta seorang demi seorang peserta memperkenalkan maklumat diri yang

tertulis di atas kertas dan beliau perlu meneka siapakah orang yang dimaksudkan, sehingga tekaan
beliau betul.
e) Minta pasangan kepada peserta yang diperkenalkan (pasangan semasa permainan 2) pula
menceritakan keistimewaan peserta tersebut.
f) Teruskan sehingga sesi memperkenalkan diri selesai untuk semua peserta.

KESIMPULAN & RUMUSAN
1. Nyatakan bahawa sebagai mentor, mereka harus bersedia berkongsi cerita dengan menti. Mereka

juga harus menyedari keistimewaan dan kelebihan diri mereka untuk dijadikan ‘modal’ untuk
membimbing menti.
2. Mentor juga harus tahu bagaimana untuk mereka mengenal pasti keistimewaan dan kelebihan
menti serta kekurangannya yang menyebabkan beliaut erpilih sebagai menti & sisi mana lagi yang
perlu digilap.
3. Sesi pembukaan perkenalan yang bermula dengan baik, akan memudahkan sesi seterusnya
berlangsung.
4. Tanyakan kepada peserta apa faedah yang mereka dapat daripada sesi ini.
5. Bincangkan kaedah-kaedah yang lain untuk ‘ice breaking’ yang boleh mereka kongsikan.

11

Panduan Program Mentor Menti USIM

UNIT 2
RASIONAL DAN KEPERLUAN

PEMENTORAN USIM

12

Panduan Program Mentor Menti USIM

UNIT 2 : RASIONAL DAN KEPERLUAN PEMENTORAN USIM

KAEDAH PEMBELAJARAN
Penilaian Dalam Kumpulan (PDK)/ Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

PENDAHULUAN
Pelaksanaan pementoran dalam perkhidmatan awam adalah selaras dengan kehendak Pekeliling
Perkhidmatan Awam Bilangan 18 tahun 2005.

ISI KANDUNGAN

Empat aplikasi psikologi utama telah digariskan iaitu:
1. Aplikasi psikologi dalam penilaian personel.
2. Aplikasi psikologi dalam pembangunan personel.
3. Aplikasi penyelidikan psikologi.
4. Aplikasi psikologi dalam intervensi.

Tujuan Program Pementoran:
1. Membimbing pegawai yang memerlukan bimbingan dalam peningkatan kerjaya dan
psikososial.
2. Meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek personel, sosial, budaya dan
profesional.
3. Membina keperibadian tinggi di kalangan warga organisasi.
4. Membudayakan budaya kerja kelas pertama dan berprestasi tinggi dalam organisasi.
5. Menerapkan amalan pembelajaran berterusan.
6. Meningkatkan imej dan reputasi pegawai dalam organisasi.

Impak Program Pementoran:
1. Organisasi
2. Mentor
3. Menti

Faedah Perhubungan Pementoran:
1. Mempelajari visi, pengalaman dan pembelajaran orang lain.
2. Mendapatkan khidmat nasihat perancangan kerjaya.
3. Lebih banyak penilaian tentang organisasi.
4. Lebih banyak penilaian tentang luar organisasi.
5. Mempelajari tentang diri dan membangunkan kemahiran.
6. Bantuan pertolongan menyelesaikan masalah dan perubahan perspektif.
7. Menambahkan tenaga dan minat terhadap kerja.
8. Membentuk keyakinan diri.
9. Menambahkan keselesaan di dalam organisasi.
10. Lebih memahami tentang budaya organisasi, tingkah laku, sikap dan protokol.

Kriteria Pemilihan Mentor dan Menti:
1. Ciri-ciri mentor
2. Ciri-ciri menti

Ekspektasi Mentor Terhadap Menti:
1. Berinisiatif dalam merealisasikan keperluan dan aspirasi program.
2. Pendengar yang baik.

13

Panduan Program Mentor Menti USIM

3. Fokus dalam menyelesaikan masalah.
4. Penyabar.
5. Memberi maklum balas jujur dalam perbincangan.
6. Mempunyai kemahuan dan memberi kerjasama dalam perubahan tingkah laku.
7. Peka kepada sumber-sumber lain yang boleh membantu serta berkebolehan menggarap

pelbagai idea/sumber kepada konsep yang baru.
8. Mampu membina kerjasama yang baik dengan menti yang lain.
9. Menepati masa dan konsisten dalam setiap pertemuan atau aktiviti yang dirancang.

Ekspektasi Menti Terhadap Mentor:
1. Memberi galakan dan sokongan.
2. Jujur.
3. Mampu memberi maklumat dan nasihat.
4. Mempunyai maklumat organisasi secara keseluruhan.
5. Membimbing dan memberi cadangan.
6. Memberi penilaian yang jujur.
7. Membantu dan memahami visi organisasi secara keseluruhan.
8. Membantu dalam membuat pilihan dan keputusan.
9. Memberi maklumat dan bantuan yang bersesuaian.
10. Memberi maklumat secara jujur dan terbuka.
11. Membantu dalam membina pelan perancangan.
12. Memberi galakan terutamanya dalam aspek laluan kerjaya.

Skop Pementoran:
1. Memindahkan pengetahuan kerja.
2. Perkongsian pengalaman.

Fokus Pementoran:
1. Kompetensi personel.
2. Kompetensi sosial.
3. Kompetensi budaya.
4. Kompetensi professional.

PENUTUP
Ilmu dan pengalaman mentor adalah faktor penting dalam membimbing, melatih dan melahirkan
seorang menti yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai tret interpersonal yang baik.
Justeru, penguasaan ilmu serta kemahiran asas sebagai mentor adalah perkara wajib yang harus
dimiliki oleh para mentor sebelum mengendalikan pelbagai karektor menti.

SENARAI RUJUKAN
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (2008) Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam: Panduan
untuk Mentor dan Menti, 18-24.

14

Panduan Program Mentor Menti USIM

UNIT 3
ETIKA PERHUBUNGAN DALAM

PEMENTORAN

15

Panduan Program Mentor Menti USIM

UNIT 3 : ETIKA PERHUBUNGAN DALAM PEMENTORAN

PENDAHULUAN
Manusia ialah makhluk sosial yang saling perlu dan memerlukan antara satu sama lain. Sejak
dilahirkan sehingga akhir hayat, memberi dan menerima pertolongan merupakan dua amalan yang
biasa bagi seorang manusia yang normal. Semasa masih bayi lagi, seseorang memerlukan pertolongan
daripada orang sekeliling untuk menerus dan memenuhi kehendak-kehendak asas seperti makan,
minum dan seumpamanya. Manusia dan persekitaran ialah dua elemen yang tidak boleh dipisahkan
dalam memastikan kesempurnaan dan kelangsungan kehidupan. Oleh itu, menolong dan ditolong
merupakan fitrah semula jadi yang ada dalam diri setiap manusia. Budaya ikram atau budaya saling
tolong menolong juga merupakan amalan yang mulia yang boleh mewujudkan keharmonian dalam
sesebuah masyarakat.

ISI KANDUNGAN
Perbezaan Antara Nilai, Moral dan Etika

Definisi Teori (nilai) Aksiologi

Teori nilai (aksiologi) ialah untuk menganalisis, meneliti dan menghurai prinsip dan kaedah
pengukuran segala ilmu pengetahuan serta segala objek yang didukungi oleh ilmu pengetahuan dari
segi harga, kegunaan dan manfaatnya. Konsep utama teori nilai:
1. Nilai
2. Etika
3. Moral
4. Akhlak

1. Nilai
a. Standard atau ukur tara dan prinsip yang digunakan untuk mempertimbangkan harga
(worth) sesuatu benda, perkara, perbuatan, tingkah laku, kejadian dan keadaan sama ada
benar, baik, berguna, diingini atau pun sebaliknya.

b. Terdapat 3 jenis nilai:
i. Estetik – berkaitan dengan ukuran keindahan dan kecantikan.
ii. Instrumental – secara tersendiri tidak penting tetapi membantu dalam pencapaian
sesuatu matlamat.
iii. Moral, etika dan akhlak – standard atau prinsip untuk mengukur dan menghakimi
sama ada sesuatu perlakuan, tujuan atau maksud itu wajar atau tidak sesuatu yang
dinilai tinggi mempunyai ciri-ciri seperti:
▪ Dihargai.
▪ Dipilih secara bebas.
▪ Dipertimbangkan secara mendalam.
▪ Diamalkan dan dilakukan.
▪ Diulangi.
▪ Diumumkan.

2. Moral
a. Daripada perkataan Greek : mores;
b. Suatu cara perlakuan yang telah menjadi adat kebiasaan sesuatu kumpulan manusia
kerana telah diterima dan dipersetujui bersama oleh kumpulan tersebut.

16

Panduan Program Mentor Menti USIM

3. Etika
Diambil daripada perkataan Latin: Ethos, yang bermaksud adat atau keperibadian (custom or
character). Terdapat beberapa dimensi etika iaitu;
a. Pentaakulan moral – melibatkan pemikiran dan pertimbangan secara bebas.
b. Perlakuan moral dikaitkan dengan tingkah laku dan tindakan individu terhadap sesuatu
keputusan yang ditunjukkan dengan penuh perasaan tanggung jawab, tetapi mengikut
kemampuan.
c. Perasaan moral ialah emosi dan kehalusan perasaan individu yang mengandungi
sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, altruistik dan murah hati.

Perbezaan moral dan etika:
i. Moral dirujuk atau dikaitkan dengan tingkah laku yang benar-benar dilakukan.
ii. Etika merujuk kepada pengajian tentang perangai dan tingkah laku dan juga merujuk kepada

sejumlah sistem ataupun peraturan/undang-undang yang dikaitkan dengan sesuatu kerjaya.
iii. Akhlak Moral dan etika boleh dikaitkan dengan istilah akhlak tetapi terdapat perbezaan yang

nyata. Istilah “akhlak” daripada bahasa Arab ada kaitan dengan dua istilah lain iaitu “Khalik”
(Tuhan Pencipta) dan “makhluk” (ciptaan) daripada kata akar yang sama iaitu “khalaqa”
(mencipta). Akhlak mencakupi makna moral dan etika iaitu sifat dan perlakuan yang baik,
halus, benar dan patut yang dipunyai oleh seseorang yang memberi kebaikan kepada dirinya
dan juga kepada orang lain. Walaupun begitu, konsep akhlak melebihi makna moral dan
etika. Dalam erti kata lain, segala sifat dan perbuatan baik yang memanfaatkan itu, harus
dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat
balasan, pujian dan pengiktirafan daripada manusia. Oleh itu ada perkaitan seperti berikut:

▪ Akhlak.
▪ Makhluk.
▪ Khalik Akhlak yang mencakupi segala perbuatan dan tingkahlaku yang baik adalah

untuk memanfaatkan makhluk tetapi bertujuan semata-mata untuk mendapatkan
keredhaan Khalik iaitu Tuhan Pencipta segala makhluk. Oleh itu konsep akhlak
mengimplikasikan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan sebagai Pencipta segala
makhluk di muka bumi ini. Dalam Islam, huraian tentang akhlak berkait rapat dengan
hakikat diri manusia dan ia memainkan peranan penting dalam proses pembentukan
peribadi-peribadi Muslim yang beriman dan bagaimana mereka merealisasikan
konsep hakikat kemanusiaan dalam perhubungan sesama makhluk.

Etika Dan Moral Mengikut Islam:

iv. Mengikut pandangan Islam, soalan-soalan apakah yang dikatakan sebagai baik, benar
dan patut merupakan soalan yang sepatutnya timbul kemudian. Persoalan pertama
yang perlu dihurai dan dijawab ialah terlebih dahulu ialah:
▪ Apakah kedudukan dan peranan manusia di alam ini?
▪ Apakah hubungan manusia dengan alam ini dan segala makhluk yang ada di
dalamnya?

v. Persoalan tentang peraturan dan penilaian tingkah laku manusia terhadap dirinya dan
makhluk yang lain hanya akan dapat dijelaskan dengan nyata apabila diketahui dan
ditubuhkan status dan kedudukan manusia di dalam alam ini dan hubungannya
dengan makhluk lain. Samalah jika kita ingin menyatakan apakah pendirian dan
kelakuan seseorang terhadap sesuatu benda yang ada padanya, maka kita seharusnya
mengetahui apakah status hubungan orang itu dengan benda itu. Jika benda itu
dipunyai oleh orang lain maka status orang itu hanya sebagai penyimpan amanah dan

17

Panduan Program Mentor Menti USIM

mesti berkelakuan yang sewajarnya iaitu sebagai penjaga bukan sebagai pemilik dan
tidak boleh menggunakannya. Jika benda itu miliknya maka dia bolehlah
menggunakan sepenuhnya. Dalam Islam sebelum dinyatakan apakah kelakuan dan
tindak tanduk yang dianggap baik bagi seseorang manusia terhadap dirinya dan orang
lain dan benda-benda dalam alam ini, maka mesti dinyatakan terlebih dahulu apakah
kedudukan statusnya didalam alam ini dan hubungan dengan benda-benda yang ada
di sekelilingnya. Islam menyatakan bahawa manusia diciptakan oleh Tuhan dengan
dua status:
▪ Sebagai ciptaan yang dipunyai oleh Tuhan yang dengan itu harus patuh, akur

dengan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan sebagai Pencipta
dan Pemiliknya, yang akhirnya ia akan dikembalikan kepada Tuhan untuk
disoal tentang kepatuhannya terhadap peraturan itu. Status manusia begini
dikenali sebagai “Abdullah” iaitu hamba atau milik Tuhan dan

▪ Sebagai “khalifah” iaitu wakil Tuhan bagi melaksanakan segala hukum Tuhan
diatas dunia ini untuk memanfaatkan dirinya dan juga manusia, makhluk dan
benda-benda yang lain di dunia ini.

vi. Oleh itu segala perlakuan, tindak tanduk dan apa sahaja yang membantu ke arah
menepati dan memenuhi dua status dan peranan manusia itu, dianggap sebagai baik,
benar dan patut, dan oleh itu penuh bermoral serta beretika. Apakah kegiatan yang
tercakup di dalam dua tugas dan peranan seorang manusia yang harus dipenuhinya di
dalam kehidupannya di alam ini yang tercakup di dalam kelakuan bermoral dan
beretika mulia? Untuk mengetahui jawapan itu terlebih dahulu harus diketahui apakah
hakikat kejadian manusia itu sendiri. Berdasarkan penelitian di dalam Al-Quran dan
Hadith, ilmuan-ilmuan Islam merumuskan bahawa manusia diciptakan melalui dua
unsur iaitu unsur jasmani dan rohani yang bersatu dalam satu kesatuan. Unsur jasmani
berasal dari tanah yang zahiriah yang dilahirkan, membesar, menjadi tua yang akan
hancur sesudah mati. Manakala unsur rohani ialah unsur yang tidak berjisim yang
halus iaitu unsur yang bersumberkan hembusan secara langsung daripada Roh Kudus
Tuhan yang kekal (immortal) dan akan meneruskan kehidupan sesudah mati dan akan
kembali kepada Penciptanya.

vii. Merujuk kepada Kod Etika Kerja Staf USIM, setiap staf harus mempunyai dua aspek
keunggulan, iaitu keunggulan peribadi yang dizahirkan melalui sikap, pemikiran dan
perilaku yang berasaskan nilai mulia seperti jujur, amanah, tekun, dedikasi,
bertanggungjawab, tegas, adil dan berbudi mulia dan yang kedua ialah kompentensi
profesionalisme yang tinggi, iaitu cekap, berilmu, produktif, inovatif, kreatif dan
berwawasan. Gabungan kedua-dua aspek membentuk etika kerja semua staf
pentadbiran Universiti.

viii. Teras Perkhidmatan

▪ Setiap staf hendaklah mengamalkan tujuh Teras Perkhidmatan Universiti;
a. Berpegang teguh kepada ajaran agama
b. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
c. Bekerja dengan penuh tanggungjawab
d. Berusaha mengikis sikap pentingkan diri
e. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
f. Berusaha memajukan diri dan organisasi

▪ Menghindarkan diri daripada sikap dan amalan negatif.

18

Panduan Program Mentor Menti USIM

ix. Pementoran

▪ Istilah pementoran telah digunakan untuk menerangkan perhubungan di mana
seseorang individu menerima nasihat, bimbingan khusus atau kaunseling
daripada penasihat yang lebih berpengetahuan. Bagi seorang mentor, ia
merupakan peluang untuk membangunkan kedua-dua kompetensi peribadi dan
profesional manakala bagi seseorang menti, ia adalah peluang untuk belajar
daripada seseorang yang lebih baik dan berpengalaman. Lazimnya, perhubungan
ini berakhir dengan tahap perhubungan akrab antara rakan sekerja dalam
sesebuah organisasi.

▪ Pementoran merupakan perhubungan yang memberi makna, di mana mentor
dapat mengaitkan pengalaman mereka sendiri, memberitahu keputusan dan
bertindak berdasarkan idea yang dihasilkan sementara menti dapat mempelajari
pengalaman dan memindahkannya dalam realiti pekerjaan.

▪ Pementoran berkait rapat dengan proses perkembangan diri iaitu proses belajar
antara mentor dan menti. Kedua-duanya terhasil melalui pengalaman dalam
perhubungan. Justeru, melalui pementoran pekerja dapat membina perhubungan
sinergetik melalui pertemuan, perbualan dan proses pembelajaran yang mampu
membentuk dan mencapai matlamat, membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.

4. Etika Dan Tanggungjawab

a. Mentor Dan Menti
i. Isu Pementoran
Isu dual relationship berisiko untuk berlaku antara mentor dan menti kerana dalam
perhubungan pementoran turut melibatkan elemen perkongsian emosi. Ia akan
berkecenderungan mewujudkan perasaan intim. Justeru, pemadanan mentor dan
menti yang sama jantina wajar diberi keutamaan bagi mengurangkan risiko. Di
samping itu, mentor dan menti perlu berpegang kepada etika, tanggungjawab dan
matlamat pementoran agar isu ini dapat dikendalikan dengan bijaksana.

b. Etika Perhubungan Pementoran
i. Tiada Diskriminasi
Mentor mestilah menghormati kepelbagaian individu dan tidak mendiskriminasi
menti atas sebab-sebab seperti umur, warna kulit, ketidakupayaan, budaya, etnik,
jantina, bangsa, orientasi seks, status perkahwinan atau status sosio-ekonomi.

ii. Makluman Menti
Mentor mesti memaklumkan kepada menti maklumat secukupnya berhubung
proses dan perhubungan pementoran.

iii. Perhubungan Peribadi
Mentor mesti berusaha untuk mengelakkan perhubungan mesra yang berlebihan
dengan menti sehingga boleh melemahkan pertimbangan profesional. Apabila
perhubungan ini tidak dapat dielakkan, maka mentor mesti mengambil langkah
bersesuaian supaya penilaian yang dibuat tidak terjejas dan mewujudkan ekploitasi
terhadap menti.

19

Panduan Program Mentor Menti USIM

iv. Perhubungan Intim
Mentor tidak boleh terlibat dalam sebarang jenis perhubungan intim dengan
menti. Mentor juga tidak boleh terlibat dalam perhubungan seksual dengan menti.

v. Perhubungan di Luar Bidang Tugas
Mentor tidak boleh terlibat dalam perhubungan mesra di luar bidang tugas dengan
menti yang di bawah penilaian mereka.

vi. Ketidakupayaan Membantu Menti
Mentor perlu menamatkan perhubungan pementoran secepat mungkin sekiranya
tidak berupaya membantu menti secara profesional.

vii. Keperluan Kerahsiaan
Mentor mesti menyimpan semua maklumat yang bersifat peribadi dan sulit kecuali
pendedahan untuk kebaikan menti dan keperluan perkhidmatan. Apabila
pendedahan perlu, hanya maklumat berkaitan diberikan dan menti perlu
dimaklumkan tentang pendedahan tersebut.

viii. Kerahsiaan Di Kalangan Pegawai
Mentor perlu memastikan bahawa keperibadian dan kerahsiaan menti dikekalkan
di kalangan pegawai di universiti/jabatan/unit.

ix. Kerahsiaan Di Kalangan Urus Setia Program Pengupayaan Kendiri
Mentor perlu memastikan maklumat pementoran hanya diberikan kepada Urus
Setia Program Pengupayaan Kendiri tanpa mendedahkan kepada pihak lain.

x. Tanggungjawab Profesional
Mentor mesti mempraktikkan pementoran dalam batas kecekapan mereka sahaja.

xi. Peningkatan Pengetahuan
Mentor mesti meningkatkan tahap kecekapan dan pengetahuan mereka bagi
mengekalkan perkhidmatan yang profesional.

xii. Ketidakupayaan Profesional
Mentor mesti mengelakkan diri daripada memberikan perkhidmatan apabila beliau
mengalami permasalahan peribadi atau konflik yang boleh merosakkan menti.

xiii. Gangguan Seksual
Mentor tidak boleh terlibat di dalam melakukan gangguan seksual terhadap menti.

xiv. Bayaran Perkhidmatan
Mentor tidak boleh mengenakan atau menerima sebarang bayaran bagi khidmat
pementoran yang mereka jalankan.

xv. Persiapan Untuk Pementoran
Mentor yang terlibat dalam pementoran mestilah terlatih dan bersedia dengan
teknik dan kaedah pementoran yang betul.

20

Panduan Program Mentor Menti USIM

xvi. Batasan Keupayaan Menti
Mentor mestilah membantu menti di dalam memberikan khidmat nasihat,
bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya sesuai dengan keupayaan dan
keperluan menti.

xvii. Pengalaman Kendiri
Mentor tidak boleh menggunakan pengalaman kendiri dalam menilai, melatih dan
mengajar menti kecuali pengalaman yang boleh dijadikan panduan dan teladan
baik kepada menti.

5. RUMUSAN
a. Berjaya atau sebaliknya perhubungan mentor dan menti ada kaitannya juga dengan
personaliti mentor.
i. Faktor jantina memainkan peranan penting. Sama jantina didapati lebih mudah
perhubungan pementoran.
ii. Pengurusan organisasi memainkan peranan penting terhadap perlaksanaan program
pementoran.
b. Program berkesan kepada pegawai junior untuk menggarap ilmu pegawai senior.
i. Kepakaran diturunkan untuk kejayaan organisasi.
ii. Maklumat dan informasi perlu jelas untuk elak communication breakdown dan salah
tafsir maklumat.
iii. Kejayaan program pementoran memerlukan:
▪ Sokongan yang jitu daripada pihak pengurusan atasan;
▪ Perancangan program pementoran yang rapi;
▪ Latihan dan sokongan berterusan daripada mentor;
▪ Pertimbangan pencalonan mentor dan menti; dan
▪ Peraturan asas mesti dipenuhi mengenai perhubungan mentor dan menti.

21

Panduan Program Mentor Menti USIM

UNIT 4
KEMAHIRAN HUBUNGAN

INTERPERSONAL
DALAM PEMENTORAN

22

Panduan Program Mentor Menti USIM

UNIT 4 : KEMAHIRAN HUBUNGAN INTERPERSONAL DALAM PEMENTORAN

PENDAHULUAN
Kemahiran perhubungan (interpersonal skills) menjadi keperluan yang penting untuk mentor
menjalankan peranannya dengan baik. Kemahiran perhubungan perseorangan bukan sahaja meliputi
bagaimana berkomunikasi dengan orang lain tetapi juga termasuk keyakinan diri dan kemampuan kita
untuk mendengar dan memahami. Kemahiran perhubungan ditakrifkan sebagai satu bentuk hubungan
sosial yang membantu untuk mencapai sesuatu objektif dan berlakunya proses interpersonal di antara
dua orang atau lebih.

Manakala kemahiran perhubungan dalam pementoran pula boleh ditakrifkan sebagai satu hubungan
teraputik antara mentor dan menti yang mempunyai sempadan yang jelas berbanding dengan
hubungan-hubungan lain. Proses pementoran melibatkan transmisi pengetahuan secara tidak formal
melalui proses komunikasi yang bersemuka untuk jangkamasa yang ditetapkan, di antara seorang
individu yang dilihat mempunyai pengetahuan, pengalaman yang berkaitan dengan pekerjaan, kerjaya
dan perkembangan profesional dengan seorang individu lain yang dilihat boleh diperkembangkan
potensinya dalam aspek tersebut (Bozeman, Feeney, 2007).

ISI KANDUNGAN

1. KEMAHIRAN PERHUBUNGAN DALAM PEMENTORAN
Kemahiran perhubungan dalam pementoran menuntut hubungan di antara dua orang yang
saling mempercayai, hormat-menghormati dan saling memahami di antara satu sama lain.
Seorang daripadanya membantu seorang lagi. Ini akan memberikan faedah bukan sahaja
kepada menti yang dibantu juga kepada mentor yang memberi bantuan.

Hubungan yang dijalin ini memberikan suasana yang efektif kepada menti untuk
mengutarakan pelbagai isu yang sebelum ini tidak dikemukakan kepada orang lain. Pelbagai
isu berkaitan kerja biasanya timbul apabila seseorang yang baru masuk ke dalam sesebuah
organisasi.

Antara kaedah yang terbaik yang dilakukan oleh seorang pekerja baru adalah belajar melalui
proses pemerhatian, bertanya kepada rakan-rakan setugas dan melalui pembacaan dokumen-
dokumen terdahulu. Isu-isu berkaitan perkembangan kerjaya, maklumat berkaitan sejarah
perkembangan organisasi, halatuju organisasi dan matlamat diri dalam kerjaya jarang
dibincangkan di mana-mana.

Melalui kemahiran perhubungan dalam pementoran, menti digalakkan untuk membuat
refleksi, berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mentor yang membolehkan pelbagai
perspektif dan idea dapat diteroka secara bersama. Ini membantu membuka pemikiran baru
dan menggalakkan tindakan yang efektif yang dapat dipersetujui bersama. Melalui cara inilah
mentor perlu menggunakan kemahiran interpersonal yang ada pada diri beliau untuk
membantu menti melihat dan menilai pelbagai isu, memupuk pemikiran kritis yang tinggi
serta daya menyelesaikan pelbagai masalah dari pelbagai sudut dan strategi.

2. KEMAHIRAN KAUNSELING DALAM HUBUNGAN PEMENTORAN
Kemahiran kaunseling sangat membantu mentor dalam interaksi dengan menti. Kemahiran-
kemahiran ini memberikan ruang kepada menti untuk membuat penceritaan dan membantu
mentor meneroka penceritaan menti dengan lebih mendalam. Kemahiran kaunseling yang
dimaksudkan boleh dilihat pada rajah di bawah:

23

Panduan Program Mentor Menti USIM

2.1 Menyoal
Kemahiran menyoal membantu mentor bertanya kepada menti dan ini menunjukkan
mentor berminat dengan penceritaan menti dan memberi perhatian pada menti.
Contoh 1:
Mentor: “Sudah berapa lama Amin bekerja di USIM?”
“Sebelum bekerja di USIM Amin bekerja di mana?”
“Apa perasaan Amin setelah 5 tahun bekerja di USIM?”

2.2 Mendengar
Kemahiran mendengar memerlukan mentor mendengar secara aktif. Antara aspek yang
membantu mentor menggunakan kemahiran ini adalah melalui:
• Hubungan mata
Mentor melihat ke arah mata menti atau bahagian muka menti untuk menunjukkan
sedang memberi perhatian kepada menti.

• Isyarat badan bersifat menyokong
Badan menti condong sedikit ke arah hadapan menunjukkan tumpuan dan minat
pada penceritaan menti. Jika badan mentor condong ke belakang menunjukkan
mentor kurang berminat dengan penceritaan menti atau memandang remeh kepada
penceritaan menti.

• Memberi maklumbalas secara tetap
Mengangguk atau menyatakan seperti “saya faham..”, “…aha”, “ok..”, “hmm..” atau
lain-lain maklumbalas yang menunjukkan mentor bersama menti dalam penceritaan.

• Menggunakan gaya bertanya menyokong
Bertanya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut pada penceritaan, contoh
“selepas itu apa yang terjadi?” menunjukkan mentor berminat untuk mengetahui
penceritaan menti dengan lebih mendalam.

• Mengelakkan tingkah laku negatif seperti perhatian terhala kepada perkara lain,
menunjukkan keresahan atau membenarkan gangguan.
Mentor perlu mengelak daripada memandang ke pintu, jam atau lain-lain benda
yang boleh menunjukkan mentor merasa resah bersama menti. Ini akan
menyebabkan menti merasa terhalang untuk meneruskan penceritaan dan
penerokaan lebih mendalam akan terhenti.

2.3 Parafrasa

Mentor membuat penyataan semula terhadap isu menti dalam bentuk pemahaman

sendiri untuk menunjukkan kebersamaan dengan menti.

Contoh 1:

Amin (Menti): “Saya tak fahamlah kejap dia tunjuk macam dia baik dengan saya, kejap

bergaduh pula dengan saya”

Mentor: “Amin maksudkan beliau tak tetap pendirian?...

Contoh 2:
Aisha (Menti): “Saya tak minta staf saya buat semua perkara, tetapi saya banyak kena

hadir mesyuarat, buat kertas-kertas kerja, minit mesyuarat dan
tugasan di luar. Tak bolehlah jika staf saya nak tunggu arahan saya
baru nak buat kerja…banyaklah kerja yang tertangguh..”

24

Panduan Program Mentor Menti USIM

Mentor: “Aisha lebih suka jika staf Aisha dapat beri sokongan, mampu bekerja

sendiri supaya Aisha lebih selesa dan mudah menyelesaikan kerja?”

Dalam komunikasi kebiasaannya pelbagai andaian dibuat. Parafrasa merupakan

maklumbalas ringkas yang dilakukan oleh mentor supaya dapat menangkap maksud

utama yang diperkatakan oleh menti. Parafrasa membantu supaya andaian yang dibuat

bertepatan dengan penceritaan menti.

2.4 Refleksi Perasaan
Kemahiran membuat refleksi perasaan merupakan kemahiran untuk melihat sesuatu
daripada perspektif, pemikiran, perasaan dan tingkahlaku menti dan seterusnya mentor
menyatakan dengan tepat luahan perasaan menti. Refleksi perasaan dan parafrasa
kadangkala sukar untuk dibezakan bagaimana pun refleksi perasaan adalah lebih tepat
jika ia dapat dikaitkan dengan pemahaman dan empati (Sutton & Stewart, 2009).

Refleksi perasaan bermaksud mendengar dan memahami serta mampu berkomunikasi
apa yang difahami. Apabila mentor mampu memberitahu menti apa yang difahaminya, ini
akan dapat membantu proses komunikasi mentor-menti berjalan dengan lebih lancar.

Contoh 1:

Amin (Menti): “Saya geram dengan bos saya, bukannya faham saya, saya dah cuba

buat yang terbaik tapi tahulah kan…manusia bukan boleh perfect

sepanjang masa”

Mentor: “Apa yang saya dapat dari penceritaan tadi Amin rasa kecewa

dengan bos Amin yang kurang memahami Amin?”

Contoh 2: “Saya kena pindah ke jabatan lain bulan depan. Saya tahu banyak
Aisha (Menti): kelebihan yang boleh saya dapat, saya boleh belajar benda baru,
dapat kawan baru dan pengalaman yang berguna untuk diri saya.
Tapi…saya takutlah… bagaimana jika saya tidak suka tempat baru
tersebut. Bagaimana kalau saya tak faham dengan urusan kerja di
sana, inilah membuatkan saya rasa risau dan susah hati.”

Mentor: “Apa yang saya dapat faham ialah Aisha rasa keliru tentang
perpindahan ini, tahu ianya baik untuk perkembangan kerjaya
Aisha tetapi pelbagai perubahan mungkin berlaku dan ini
membuatkan Aisha ragu-ragu boleh melakukan tugas dengan baik
di sana nanti?”

2.5 Mendorong

Menunjukkan minat dengan cara menunjukkan reaksi atau respon supaya menti lebih

mudah membuat penceritaan.

Contoh 1

Mentor: mengangguk, atau berkata “ooo”…… “hmmm”… “teruskan….”

Contoh 2

Amin (Menti): “Saya rasa malu untuk bercerita apa yang terjadi”

Mentor: “Ianya memalukan?

Amin (Menti): “Ya, saya rasa tak patut berlaku pada saya yang dah 5 tahun bekerja

ni”

Mentor: “Teruskan….”

25

Panduan Program Mentor Menti USIM

Jadi? Ooh! Hmm…hmmm
Selepas itu? Uh..uh..
Teruskan… Ya..ya..

DORONGAN Mengulang satu
MINIMA atau dua

perkataan menti

Membenarkan senyap sekejap. Ini
memberi ruang menti berfikir, merasa
dan menyatakan perasaan dengan lebih

baik

Adaptasi dari buku Learning to Counsel. Develop the Skills, Insight and Knowledge to
Counsel Other oleh Sutton dan Stewart (2009).

2.6 Merumus
Meringkaskan kedua-dua aspek isi dan perasaan yang telah dikongsi menti supaya:
• Mentor dapat meneliti semula segala perasaan dan pengalaman yang telah
dikongsi oleh menti.
• Meneliti isu yang membimbangkan untuk dibincangkan bersama.
• Mentor dapat menyemak kembali sejauh mana kefahaman terhadap diri menti
dan situasi menti.

Contoh 1: “Daripada perkongsian tadi yang dapat saya faham, Amin telah cuba
Mentor: sebaik mungkin untuk menjadi pekerja yang baik tetapi tidak dapat
memenuhi jangkaan bos yang tinggi terutamanya dengan mengharapkan
semua kerja perlu sempurna setiap masa. Ini menyebabkan Amin kecewa
dan rasa tidak dihargai walaupun sudah berusaha sebaik mungkin?”

2.7 Konfrontasi
Melahirkan perasaan mentor tentang ketidakseimbangan yang dilihat melalui pengluahan
menti.
Contoh 1:
Mentor: “Tadi Amin kata selalu rasa berat nak pergi kerja, sekarang Amin kata tak
sabar-sabar pula nak masuk ofis, cuba terangkan?...

Konfrontasi boleh dilakukan di pertengahan sesi setelah menti merasa selesa berbincang
dengan mentor. Elakkan melakukan konfrontasi di awal-awal sesi pertemuan dengan
menti kerana ini akan menyebabkan menti merasa kurang selesa berkongsi penceritaan
dengan mentor.

Konfrontasi jika berlaku dalam keadaan menti merasa selamat dan percaya kepada
mentor akan membantu menti menilai kembali ketidakseimbangan beliau dan ini akan

26

Panduan Program Mentor Menti USIM

membantu beliau dapat melihat isu yang dihadapi dengan lebih jelas seterusnya
membuat keputusan dengan lebih baik.

3. KEMAHIRAN INTERPERSONAL MENTOR
Adaptasi dari buku Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam: Panduan Untuk Mentor Menti
(2011).

3.1 Kemahiran Membina Hubungan
• Membina “rapport” – keselesaan dalam pertemuan
Mentor perlu dapat membina “rapport” dengan menti dan ini penting dilaksanakan
bermula pada sesi pertama lagi. Mentor perlu berusaha membuat “ice breaking”
dengan menti supaya interaksi dapat dilakukan dengan lebih selesa dan perhubungan
yang baik dapat dibina. Pembinaan “rapport” ini akan membantu pertemuan-
pertemuan seterusnya supaya lebih mudah diatur dan kedua-duanya lebih bersedia
untuk bertemu.

• Penerimaan sepenuhnya tanpa syarat
Maklumat-maklumat yang diterima melalui desas-desus sekeliling kadang-kadang akan
mengganggu persepsi mentor sebelum pertemuan dengan menti. Mentor perlu
berlapang dada bertemu dengan menti dan mengamalkan penerimaan sepenuhnya
tanpa syarat. Elakkan melabel, meletakkan keputusan terhadap personaliti menti,
membuat persepsi tersendiri yang akan menyebabkan pertemuan bersama menti
menjadi hambar dan penerokaan yang sepatutnya berlaku tidak dapat dilaksanakan
dengan baik.Terima menti dengan fikiran yang terbuka dan beri ruang kepada menti
untuk memperkenalkan diri beliau yang sebenarnya.

• Penyampaian masalah tanpa keraguan
Mentor perlu mendapat keyakinan dan kepercayaan menti supaya menti tidak ragu-
ragu berkongsi penceritaan dan masalah. Etika kerahsiaan perlu dipegang oleh mentor
dan ini dimaklumkan kepada menti bahawa segala yang dibincangkan adalah tertakluk
kepada etika kerahsiaan kecuali diizinkan oleh menti untuk dimaklumkan kepada pihak
lain.

3.2 Kemahiran Bertanya dan Mengenalpasti Matlamat
Mentor perlu mempunyai kemahiran bertanya untuk mengenalpasti matlamat yang
ingin dicapai secara bersama dengan menti. Antara kaedah kemahiran bertanya adalah
melalui soalan terbuka, soalan tertutup dan soalan terbuka-tertutup.

• Soalan Terbuka
Mentor boleh menggunakan kaedah soalan terbuka untuk mendapatkan maklumat
banyak atau mahukan jawapan yang panjang.

Contoh :
“Boleh perkenalkan diri anda?”
“Bagaimanakah perasaan anda apabila terpilih sebagai menti?”

• Soalan Tertutup
Mentor boleh menggunakan kaedah soalan tertutup untuk mendapat maklumat yang
spesifik

27

Panduan Program Mentor Menti USIM

Contoh :

“Sudah berapa tahun kerja?”
“Sekarang bertugas di jabatan mana?”
“Siapakah penilai pertama dan kedua anda?”

• Soalan Terbuka-Tertutup (Open Ended Question)
Mentor boleh menggunakan kaedah soalan terbuka-tertutup untuk jika memerlukan
penjelasan, mendapatkan maklumat mengenai perkara tertentu dan tiada jawapan
yang betul kepada soalan yang ditanyakan. Dalam keadaan ini mentor perlu elakkan
bertanya “kenapa”.
Contoh :
“Amin ada pandangan kenapa perkara ini terus terjadi?”
“Apakah perancangan kerjaya Aisha lepas ini?”
“Apakah perasaan Amin bila bos anda kata begitu?”

Kemahiran bertanya dan mengenalpasti maklumat ini membantu mentor menggalakkan
pengluahan penceritaan menti, hubungan komunikasi dan interaksi berlaku secara lebih
dinamik dan mentor akan mendapat banyak maklumat yang boleh dibincangkan bersama.

3.3 Kemahiran Mendengar Secara Aktif dan Berempati
Pengalaman kehidupan di antara mentor dan menti sudah tentu mempunyai banyak
perbezaan. Perbezaan individu ini kadangkala menghalang mentor daripada menjiwai
penceritaan menti. Mentor perlu memberi ruang kepada menti bercerita dan mengelak dari
memberikan penghukuman dan membuat kesimpulan segera yang akhirnya akan menjejaskan
pembinaan hubungan interpersonal semasa sesi pementoran. Ini akan menyekat komunikasi
secara berkesan dapat dilakukan di antara kedua-dua pihak. Apabila berlaku sesi pengluahan,
mentor perlulah mendengar secara aktif dan berempati dengan menti.

Antara cara mentor mendengar secara aktif adalah dengan memberikan dorongan minima
semasa pengluahan menti. Dorongan minima ini adalah seperti yang telah diterangkan dalam
kemahiran kaunseling yang lalu.

Satu lagi kemahiran yang perlu semasa proses ini adalah mentor dapat menunjukkan empati
kepada penceritaan menti. Kemahiran ini bukan bermakna mentor menunjukkan simpati
kepada menti semata-mata tetapi mentor cuba meletakkan diri mentor dalam situasi menti
dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan menti.

Di antara cara membantu mentor mendengar secara empati adalah seperti berikut (Abdul
Halim Mohd Hussein, 2011; Stubbs, Leslie & Brown, Rosser Day, 2007):
• Memberi maklumbalas dengan cara simpati dan memberi sokongan.
• Bertanya apa yang menti rasa tentang maklumat yang dikongsikan.
• Jika ada masalah/isu yang diutarakan, minta menti terangkan dengan lebih lanjut dan

jangan dibiarkan sahaja.

Panduan yang boleh digunakan oleh mentor untuk membantu mendengar secara empati pula
adalah seperti berikut (Abdul Halim Mohd Hussein, 2011; Stubbs, Leslie & Brown, Rosser Day,
2007):
• Guna ekspresi muka, badan ke hadapan dan anggukan kecil.
• Gunakan dorongan minima seperti “ya”, “hmm..hmm” dan “teruskan”.
• Ulang kata kunci utama isu yang diutarakan.
• Membuat parafrasa.

28

Panduan Program Mentor Menti USIM

• Tanyakan soalan atau dapatkan penjelasan.
• Elakkan mencelah percakapan menti.
• Membuat rumusan dan ringkasan tentang penceritaan menti bagi menunjukkan

pemahaman dan kebersamaan mentor dalam sesi.

3.4 Kemahiran Membuat Pemerhatian
Dalam proses komunikasi bersama menti, mentor perlu membuat pemerhatian. Antara
pemerhatian yang perlu dibuat ialah komunikasi bukan lisan menti. Komunikasi bukan lisan
dibahagikan kepada beberapa komponen, iaitu gaya badan (posture), gerak isyarat, air muka,
kontak mata dan juga nada suara. Mentor juga perlu memberi perhatian kepada perlakuan
dan gaya sendiri kerana menti juga akan membuat pemerhatian terhadap tingkah laku
mentor.

Contoh 1:
Menti mungkin dalam kegelisahan dengan menunjukkan kontak mata yang bercelaru, nada
suara yang gugup, air muka yang berubah dan gaya badan tidak selesa bila diajukan dengan
soalan-soalan yang ingin dihindari.

Melalui kemahiran ini mentor mendapat maklumat sama ada menti merasa selesa bertemu
dengan mentor, sama ada menti kurang senang dengan isu yang sedang dibincangkan, sama
ada menti merasa ragu-ragu untuk bercerita dan pelbagai lagi. Pemerhatian yang berkesan
akan membantu mentor membawa sesi pertemuan dengan menti dengan lebih lancar dan
maklumat yang diperolehi lebih jelas dan terfokus.

3.5 Kemahiran Memberikan Maklum balas dan Motivasi
Melalui pengalaman dan pengetahuan mentor, mentor akan dapat mengemukakan
pandangan dan perspektif beliau dalam sesuatu isu atau perkara yang dibincangkan bersama
menti.
Mentor perlu bijak memberikan maklumbalas yang positif dan ini akan dapat memberi
motivasi kepada menti. Melalui proses ini, menti akan mendapat panduan, bimbingan dan
memperolehi maklumat secara langsung dan tidak langsung.
Di antara ciri-ciri maklumbalas yang baik adalah seperti berikut:
• Spesifik dan mudah difahami,
• Tidak bersifat menghukum,
• Bersifat segera dan mesra,
• Berterus-terang; dan
• Ikhlas

3.6 Kemahiran Menentukan Fokus
Dalam hubungan pementoran, mentor perlu dapat mengenalpasti fokus pementoran yang
sedang dikendalikannya. Ini mungkin tidak dapat dibuat pada awal sesi pertama tetapi perlu
dapat dikenalpasti pada sesi kemudiannya seperti dalam sesi pertemuan kedua atau ketiga.
Matlamat dan halatuju pementoran antaranya adalah supaya dapat meluaskan perspektif
menti tentang sesuatu perkata dan membantu menti melihat masalah bukan suatu yang
negatif tetapi peluang untuk buat perubahan atau penambahbaikan.

Mentor perlu dapat membantu menti menentukan fokus masalah agar selari dengan
matlamat pementoran:

29

Panduan Program Mentor Menti USIM

Contoh 1:
Menti mungkin masih baru dan tidak nampak bagaimana perkembangan kerjayanya
dalam tempoh 10 tahun lagi. Buat masa ini banyak yang beliau kurang puashati terutama
dari segi melibatkan bebanan kerja yang banyak dan bertukar dari satu jabatan ke jabatan
lain. Kelemahan beliau ialah tidak faham bagaimana bebanan kerja dan pusingan jabatan
dapat melatih beliau berkembang dari segi kerjaya. Mentor boleh membantu beliau
melihat dari segi perspektif lain bagaimana keadaan ini membantu beliau menimba
pengalaman, kenal pasti masalah yang beliau hadapi bila menghadapi bebanan kerja dan
bertukar jabatan seterusnya bersama memikirkan cara-cara untuk membantu beliau
mengatasi masalah yang beliau hadapi.

3.7 Kemahiran Berfikir
Mentor perlu mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ini dapat membantu
proses pementoran dengan lebih efektif dan berjaya. Perbincangan bersama menti akan
melibatkan pelbagai isu dari segi kerja, kehidupan peribadi, pegangan nilai yang dipegang dan
lain-lain. Kemahiran berfikir akan dapat membantu mentor untuk memberi panduan dan
contoh kepada menti dalam perkara-perkara seperti berikut:
• Berfikir secara kreatif dan kritis untuk membuat keputusan
• Membantu memberi pandangan dari sudut perspektif yang lain dan berbeza
• Mendorong menti mencari jawapan kepada permasalahan/isu yang dihadapi
• Membantu dan mendorong menti mencari alternatif menyelesaikan masalah
• Membantu menti berfikiran positif dan inovatif serta tidak memandang ke belakang
• Mendorong menti berfikiran terbuka dan bersedia menghadapi masalah sebagai suatu
cabaran yang sihat

3.8 Kemahiran Membuat Penilaian
Mentor perlu mempunyai sikap terbuka dan mampu membuat penilaian yang sewajarnya.
Penilaian yang bijak akan dapat membantu mentor melihat bagaimana untuk memilih isu yang
menjadi fokus untuk membantu perkembangan kerjaya menti.

Kadangkala pelbagai maklumat yang diterima bagi sesuatu isu yang dihadapi menti. Mentor
perlu membiasakan diri dan jelas dengan situasi supaya dapat mengenalpasti isu sebenar.
Mentor perlu bijak menginterpretasi maklumat supaya dapat memberi respon yang tepat. Ini
kerana penilaian yang dibuat oleh mentor akan dapat memberi respon yang berkesan kepada
menti.

Mentor perlu mengukur, mengkaji dan menganalisis permasalahan menti melalui perspektif
yang pelbagai dan bukan sahaja daripada perspektif menti sahaja. Ini membantu menti
mendapat maklumat dan perspektif yang berlainan dan mungkin berbeza. Penilaian ini akan
membantu menti meneliti kembali isu yang dihadapinya bersama mentor secara lebih
berkesan.

30

Panduan Program Mentor Menti USIM

UNIT 5
PELAPORAN PENILAIAN

PEMENTORAN

31

Panduan Program Mentor Menti USIM

UNIT 5 : PELAPORAN PENILAIAN PEMENTORAN
PENDAHULUAN
Pementoran merupakan perhubungan yang memberi makna dimana mentor dapat mengaitkan
pengalaman mereka sendiri, memberitahu keputusan dan bertindak berdasarkan idea yang
dihasilkan sementara menti dapat mempelajari pengalaman pengalaman dan memindahlkannya
dalam realiti pekerjaan.
Istilah pementoran telah digunakan untuk menerangkan perhubungan di mana seseorang individu
menerima nasihat, bimbingan khusus atau kaunseling daripada penasihat yang lebih
berpengetahuan. Bagi seorang mentor, ia merupakan peluang untuk membangunkan kedua-dua
kompetensi peribadi dan professional manakala bagi seseorang menti ia merupakan peluang
untuk belajar daripada seseorang yang lebih baik dan berpengalaman. Lazimnya perhubungan ini
berakhir dengan tahap perhubungan akrab antara rakan sekerja dalam sebuah organisasi.

Rajah 5.1: Pelan Pembelajaran Proses Perhubungan Pementoran
Dalam membina kepercayaan antara mentor dan menti, suatu pertemuan pertemuan antara mentor
dan menti perlu diadakan satu (1) kali sebulan. Ia bertujuan untuk menggalakkan pontensi hubungan
dan peluang untuk mengenali peribadi kedua-dua pihak. Perlu dipastikan bahawa setiap sesi
petemuan akan mengambil masa masa selama 60 minit atau bersamaan 1 jam. Setiap mentor dan
menti haruslah mempunyai persetujuan bersama untuk melaksanakan pertemuan yang dijanjikan
sama ada diadakan di pejabat mentor atau mana-mana tempat yang difikirkan sesuai serta menjaga
etika dan nama universiti.
Perhubungan pementoran memerlukan kerjasama mentor dan menti dalam membina kepercayaan
dan mengekalkan kepercayaan perhubungan tersebut. Perhubungan pementoran antara mentor dan
menti secara formal dibahagikan kepada 5 fasa seperti dalam rajah 5.2. Kesemua mentor dan menti
perlu melaksanakan 5 fasa yang telah disusun bagi memastikan proses pembelajaran pementoran
dapat memberikan output yang positif.

32

Panduan Program Mentor Menti USIM

FASA 1:

Membina
Kepercayaan

FASA 5: FASA 2:

Membuat Mengenalpasti
Penilaian Kopetensi

FASA 4: FASA 3:

Membina & Strategi
Mengukuhkan Membina
Kompetensi Baru Kompetensi

Rajah 5.2: Kitaran Fasa Pertemuan Antara Mentor dan Menti

Untuk memantapkan proses pembinaan perhubungan dalam pementoran, perkara utama yang perlu
dilaksanakan adalah membina kepercayaan antara mentor dan menti. Rajah 5.2 adalah Kitaran Fasa
Pertemuan Antara Mentor dan Menti. Justeru, dalam fasa satu (1) iaitu proses membina kepercayan
ini, kedua-dua pihak boleh mengambil peluang ini menerusi pertemuan yang dibuat. Ia bertujuan
untuk memastikan kedua-dua pihak dapat berkomunikasi tanpa sebarang rasa sangsi dan mempunyai
perasaan rasa selamat dan dipercayai.

Selepas membina kepercayan dapat dihasilkan dengan baik, mentor dan menti akan melangkah
kepada fasa dua (2) iaitu mengenalpasti kompetensi. Dalam fasa ini, mentor dan menti akan
memulakan perkongsian perihal peribadi, kebolehan diri dalam potensi kerja yang diceburi dan
diminati.

Manakala fasa tiga (3) adalah strategi membina kompetensi antara mentor dan menti. Semasa fasa ini
berjalan, mentor dan menti akan melihat ruang aktiviti atau alternatif yang bersesuaian dan boleh
diaplikasikan dalam membina perhubungan yang utuh. Ia merupakan sesi pertemuan yang kelima
dalam membina perhubungan mentor dan menti.

FASA 1: MEMBINA KEPERCAYAAN

Mentor mengenali menti terlebih
dahulu dari segi latar belakang diri,
keuarga, pendidikan, pekerjaan,
prinsip diri dan sebagainya.

Mentor menerangkan peranan dan
skop mentor-menti.

Mentor-menti membentuk
matlamat dan objektif hubungan.

Rajah 5.3: Proses Membina Kepercayaan

33

Panduan Program Mentor Menti USIM

Fasa 1 adalah proses membina kepercayaan antara kedua-dua pihak. Sesi pertama ini
membincangkan bagaimana mentor dapat membantu menti dalam mengeratkan hubungan, saling
faham memahami, kemesraan hubungan dengan rakan sekerja dan pegawai atasan. Ia juga
menjelaskan kepada menti tentang skop dan peranan kedua-dua pihak bagi membentuk matlamat
dan objektif hubungan.

Objektif bagi sesi pertama ini adalah:
▪ Membantu menti mengeratkan hubungan saling faham memahami kemesraan hubungan
dengan rakan sekerja dan pegawai atasan.
▪ Menjelaskan kepada menti tentang sikap dan eranan kedua-dua belah pihak dalam
pementoran.

Aktiviti yang dilaksanakan:
▪ Mentor menjalankan sesi perkenalan.
▪ Menandatangani borang persetujuan menjalani program pementoran jabatan.
▪ Perbincangan setiap peranan mentor dan menti.
▪ Mentor membuat penilaian dan pemerhatian awal terhadap menti. Pemerhatian dicatat
dengan berpandukan lampiran buku log yang disediakan.

Objektif bagi sesi ke-2 adalah:
▪ Mendapatkan isu-isu kemahiran dan pengetahuan kerja menti dalam jabatan.
▪ Menggalakkan perhubungan kerjasama antara mentor dan menti.
▪ Aktiviti yang dilaksanakan.
▪ Berbincang dengan menti berkenaan isu-isu peribadi dan kerjaya bagi tujuan perkembangan
potensi diri menti.
▪ Menti melukis graf kehidupan dan senarai semak perkembangan menti dengan bimbingan
mentor.
▪ Mentor dan menti membuat perbincangan dan maklumbalas positif untuk menggalakkan
menti terus aktif daam program ini.

FASA 2: MENGENALPASTI
KOMPETENSI

Mentor-menti cuba
mengenalpasti kompetensi

utama menti yang perlu
dikembangkan dan digilap.

Selain itu ia juga melibatkan
perkongsian menti mengenai
kelebihan dan kelemahan diri

yang memberi kesan dalam
kehidupan seharian.

Rajah 5.4: Proses Mengenal Pasti Kompetensi

Fasa 2 ini mempunyai kecenderungan bagi mentor dan menti untuk mengenalpasti kompetensi utama
menti yang perlu dikembangkan dan digilap. Ia bertujuan bagi memastikan kompetensi yang betul
dapat ditambahbaik dalam pembangunan kerjaya menti. Sesi perkongsian menti ini adalah berkaitan
dengan kelebihan dan kelemahan diri yang memberi kesan dalam kehidupan seharian.

34

Panduan Program Mentor Menti USIM

Objektif bagi sesi ke-3:
▪ Mentor mengenalpasti kekuatan dan kelemahan menti dalam aspek pembangunan diri dan
kerjaya.
▪ Membentuk matlamat sesi perhubungan pementoran.

Aktiviti yang dilaksanakan:
▪ Kenal pasti kekuatan dan kelemahan menti dalam aspek pembangunan diri dan kerjaya.
▪ Perbincangan mengenai matlamat perhubungan mentor dan menti yang dipersetujui
bersama.
▪ Mengisi borang perancangan peningkatan kendiri.
▪ Membuat rumusan ringkas aktiviti.

FASA 3: STRATEGI MEMBINA
KOMPETENSI

Perbincangan berkisar
tentang cara untuk meningkatkan
kebolehan/kemahiran
diri bagi meningkatkan
prestasi kerja cemerlang serta
perancangan tindakan untuk
pengembangan potensi diri.

Rajah 5.5: Proses Strategi Membina Kompetensi

Proses perhubungan mentor dan menti ini diteruskan dengan fasa 3 iaitu strategi membina
kompetensi antara mentor dan menti. Dalam fasa seperti di rajah 5.5 ini, kesemua perbincangan
adalah berkisar tentang cara untuk meningkatkan kebolehan atau kemahiran diri bagi meningkatkan
prestasi kerja cemerlang serta perancangan tindakan untuk pengembangan potensi diri. Ia bertujuan
untuk memotivasi dan merancang pelan tindakan bagi peningkatan kerjaya.

Objektif bagi sesi ke-4:
▪ Mentor membantu menti melihat skop isu dengan lebih menyeluruh dan mengenalpasti fokus
utama bagi pengembangan diri menti dan penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam
program pementoran ini.
▪ Mentor dan menti berbincang untuk merancang aktiviti dan alternatif yang akan diambil
untuk tujuan penambahbaikan serta pengambangan potensi diri menti.

Aktiviti yang dilaksanakan:
▪ Perbincangan mengenai matlamat perhubungan mentor dan menti yang dipersetujui
bersama.
▪ Perbincangan cara-cara mencapai matlamat perhubungan pementoran contohnya
membentuk strategi meningkatkan prestasi kerja cemerlang.

35

Panduan Program Mentor Menti USIM

FASA 4: MEMBINA DAN
MENGUKUHKAN KOMPETENSI BARU

Mentor dan menti
melaksanakan strategi
dan teknik terbaik untuk
meningkatkan kebolehan
dan potensi diri yang ingin
dikembangkan/dipertingkatkan.

Rajah 5.6: Proses Membina & Mengukuhkan Kompetensi Baru

Proses ini berkembang kepada fasa seterusnya iaitu membina dan mengukuhkan kompetensi baru
antara mentor dan menti. Fasa 4 ini lebih membincangkan kerangka serta melaksanakan strategi dan
teknik terbaik untuk meningkatkan kebolehan dan potensi diri yang ingin ditingkatkan dan
diketengahkan oleh mentor dan menti.

Objektif sesi ke-5:
▪ Mentor dan menti melihat apakah aktiviti atau alternatif yang boleh dilakukan untuk
mencapai skop isu yang perlu dicapai dalam program ini mengikut keperluan menti.

Aktiviti yang dilaksanakan:
▪ Mentor dan menti membincangkan tentang nilai dan prinsip menti dalam kerja.
▪ Pengisian Laporan Buku Log.

Objektif sesi ke-6:
▪ Mentor membuat penilaian terhadap pelaksanaan aktiviti dan alternatif yang dilaksanakan.
▪ Penilaian hendaklah dilihat dari sudut pencapaian pelaksanaan aktiviti atau alternatif sama
ada perkembangan tersebut memberi impak yang positif atau negatif kepada menti.

Aktiviti yang boleh dilakukan:
▪ Perbincangan berkaitan dengan pengurusan organisasi berkesan.
▪ Penilaian atas pengurusan prestasi organisasi.
▪ Pengisian Laporan Buku Log.

FASA 5: MEMBUAT PENILAIAN

Mentor dan menti membincangkan
tentang penilaian dan pandangan
berkaitan program mentor-menti, kesan
kepada diri menti berdasarkan input
yang diperolehi sepanjang sesi
pertemuan bersama mentor.

Rajah 5.7: Proses Membuat Penilaian

36

Panduan Program Mentor Menti USIM

Proses ini berakhir dengan membuat penilaian terhadap semua fasa yang telah dilaksanakan di mana
mentor dan menti membincangkan penilaian dan pandangan berkaitan program mentor dan menti,
kesan kepada diri menti berdasarkan input yang diperolehi sepanjang sesi pertemuan bersama
mentor. Penilaian ini akan mengukur tahap keberkesanan teknik dan strategi yang dilaksanakan
sepanjang proses perhubungan mentor dan menti dijalankan.
Bagi pertemuan pra-sesi pementoran semua mentor dan menti beberapa borang perlu dilengkapkan
seperti berikut:
Objektif sesi ke-7:

▪ Mentor mengenalpasti kekuatan dan refleksi semasa melalui proses perhubungan
pementoran.

▪ Jika aktiviti atau alternatif yang dijalankan berjalan lancar, maka pelaksanaannya diteruskan.
Sebaliknya jika terdapat halangan atau kekurangan dalam pelaksanaan maka aktiviti
penambahbaikan akan dibuat.

Aktiviti yang dilakukan:
▪ Menilai kualiti pementoran.
▪ Perbincangan dan refleksi mentor dan menti.
▪ Pengisian Laporan Buku Log.

Objektif sesi ke-8:
▪ Mentor memantau perkembangan pelaksanaan aktiviti atau alternatif yang dikurniakan.
▪ Pada peringkat ini mentor akan merumuskan hasil perjumpaan sesi serta penilaian terhadap
prestasi menti untuk penambahbaikan atau pengukuhan supaya hasil dapatan yang positif
yang diperolehi daripada program ini dapat dimanfaatkan.

Aktiviti yang dilakukan:
▪ Mentor membuat penilaian akhir terhadap menti dengan menggunakan borang penilaian
perhubungan pementoran.
▪ Mentor membuat laporan program keseluruhan. Laporan ini hendaklah diserahkan kepada
urusetia Program Mentor dan Menti.
▪ Mentor dan menti membuat sesi penamatan dengan menghargai satu sama lain.

37

Panduan Program Mentor Menti USIM
RINGKASAN PROSES PERTEMUAN MENTOR DAN MENTI
•Sesi 1 : Ta’aruf & perbincangan skop mentor-menti.

FASA1 •Sesi 2 : Kenali personaliti menti dengan lebih dekat.

•Sesi 3 : Perbincangan tentang pencapaian kerja menti, kelebihan dan

FASA2 kekurangan menti.

•Sesi 4 : Perbincangan tentang penetapan matlamat dan perancangan

FASA3 strategi pencapaian kemahiran diri.

•Sesi 5 : Membincangkan tentang nilai dan prinsip diri menti dalam kerja.
•Sesi 6 : Mengenalpasti tahap penguasaan dan pemahaman kerja menti

FASA4 berdasarkan visi & misi jabatan/organisasi.

•Sesi 7 : Menilai kualiti program pementoran dalam segala aspek

FASA5 •Sesi 8 : Menilai kompetensi dan sesi penamatan.

38

Panduan Program Mentor Menti USIM

UNIT 6
PENAMATAN SESI PEMENTORAN

39

Panduan Program Mentor Menti USIM

PENILAIAN PEMENTORAN

Mentor mesti melakukan penilaian perhubungan ke atas menti menggunakan format borang yang
disediakan. Penilaian haruslah berdasarkan pertimbangan profesional dan tidak terikat kepada konflik
peribadi. Mekanisme penilaian haruslah dilakukan untuk mengetahui keberkesanan kepada mentor,
menti dan organisasi. Status perkembangan menti hendaklah direkodkan dalam borang yang
disediakan. Setiap mentor dikehendaki menghantar laporan kepada jawatankuasa pementoran dalam
jangkamasa 2 bulan sekali.

Pementoran merupakan model kecil pembelajaran tambahan dalam organisasi. Sebarang kejayaan
atau perubahan kecil yang berlaku boleh dianggap satu bonus kerana telah berjaya mewujudkan
budaya pembelajaran dalam organisasi. Cara terbaik untuk menilai hasil daripada perhubungan
pementoran ialah meneliti perhubungan secara dalaman. Terdapat beberapa kaedah yang boleh
digunakan antaranya dengan menggunakan soal selidik, temuduga mentor dan menti, penyelia dan
perbincangan kumpulan.

PELAPORAN KEPADA URUS SETIA PROGRAM PEMENTORAN

Mentor mesti mengemukakan laporan penilaian menti dengan menggunakan borang BLPP setelah
tempoh pementoran tamat kepada urusetia program pementoran. Seterusnya urus setia perlu
membuat laporan keseluruhan dan mengemukakan satu salinan laporan kepada pendaftar Universiti
Sains Islam Malaysia. Urusetia perlu membuat tindakan susulan dan pemantauan secara berterusan
kepada pegawai yang telah menyertai program ini.

Laporan berkala (sekali dalam 2 bulan) yang disediakan adalah berdasarkan kepada perkembangan
menti sama ada berbentuk positif atau sebaliknya. Penyelaras hendaklah sentiasa mengingatkan
kepada mentor tentang tarikh-tarikh pertemuan dan penyediaan laporan berkala. Sekiranya hasil
laporan perkembangan menti adalah positif, maka program pementoran yang dilaksanakan telah
berjaya meningkatkan kompetensi menti. Jika perkembangan menti masih berada di tahap yang
kurang memuaskan maka menti perlu dirujuk kepada program latihan atau program kaunseling,
mengikut mana yang bersesuaian.

Mentor dan menti yang telah menamatkan 8 sesi pertemuan hendaklah direkodkan dalam Borang
Penilaian Perhubungan Pementoran secara keseluruhannya. Laporan yang disediakan adalah
berdasarkan kepada perkembangan menti sama ada berbentuk positif atau negatif. Sekiranya hasil
laporan perkembangan menti adalah positif, maka program pementoran yang dilaksanakan telah
berjaya meningkatkan potensi menti. Manakala, jika perkembangan menti masih berada di tahap yang
kurang memuaskan, maka menti disyorkan mengikuti program intervensi yang bersesuaian.

40

Panduan Program Mentor Menti USIM
SIMULASI SESI PEMENTORAN
(Latihan Dalam Kumpulan (LDK))

41

Panduan Program Mentor Menti USIM
RUMUSAN/ PENUTUP
Kemahiran perhubungan (interpersonal skills) dalam pementoran merangkumi beberapa
kemahiran, ini termasuklah kemahiran perhubungan, kemahiran kaunseling dan kemahiran
interpersonal mentor. Kemahiran-kemahiran ini membantu proses komunikasi dan interaksi di
antara mentor dan menti supaya dapat dilaksanakan dalam suasana yang selamat, selesa dan
kondusif. Melalui persekitaran yang menyokong ini mentor akan dapat memupuk hubungan
yang baik dengan menti. Hubungan ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak sama
ada kepada menti mahupun mentor. Proses pementoran akan membantu pembinaan
personaliti dan minda yang sihat dan ini pula seterusnya akan membantu kepada
perkembangan diri yang positif untuk kedua-dua pihak.
Selain itu, kemahiran perhubungan pementoran akan membantu menggalakkan penceritaan
berlaku. Pelbagai isu dalam organisasi akan dapat diselesaikan jika isu pokok permasalahan
dapat dikenalpasti. Justeru, mentor perlu memberi ruang kepada menti untuk bercerita,
berkongsi masalah dan berbincang tentang pelbagai isu yang mungkin selama ini membelengu
menti. Penceritaan menti perlulah didorong, tidak disekat dan difahami dengan sejelas-
jelasnya. Melalui proses ini, fokus utama dalam hubungan pementoran akan dapat
dikenalpasti dan perbincangan dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan terfokus dan ini
seterusnya akan membawa kepada perkembangan kerjaya dan potensi diri menti yang lebih
positif.

42

Panduan Program Mentor Menti USIM

LAMPIRAN
(BUKU LOG)

PERTEMUAN PRA-SESI PEMENTORAN

Lampiran 1a : Borang Tujuan
Melaksanakan Program Pementoran

Lampiran 1b : Borang Persetujuan
Mentor Menti

Lampiran 1c : Borang Peranan & Skop
Mentor Menti

Lampiran 1d & 1e : Borang Maklumat
Program Pementoran (Biodata Mentor &
Menti)

Fasa 1 : Membina Kepercayaan

Lampiran 1f : Biodata Mentor Mentiku

Lampiran 1g : Borang Pernyataan
Matlamat Pementoran

Lampiran 2a: Borang Soal Selidik
Kebiasaan Pengurusan Diri

Lampiran 2b : Graf Kehidupan

Fasa 2 : Mengenalpasti kompetensi

Lampiran 3a : Borang Maklumat
Pencapaian Menti

Lampiran 3b : Borang Senarai
Semak Kekuatan dan
Kekurangan Potensi Diri

43

Panduan Program Mentor Menti USIM

Fasa 3 : Strategi Membina Kompetensi

Lampiran 4a : Borang Penetapan
Matlamat

Lampiran 4b : Borang
Perbincangan Mentor Menti
Tentang Prestasi Kerja
Cemerlang

Fasa 4 : Membina & Mengukuhkan
Kompetensi Baru

Lampiran 5a : Biodata Tinjauan Menti

Lampiran 6a : Borang Penilaian Kerja

Lampiran 6b: Borang Penilaian Diri
Berkenaan Cara Menyokong Pengurusan
Organisasi

Fasa 5 : Membuat Penilaian

Lampiran 7a : Borang Penilaian Kualiti
Pementoran

Lampiran 7b : Borang Refleksi Menti
Terhadap Pementoran

Lampiran 8a: Borang Penilaian
Perhubungan Pementoran (pre, post &
Keseluruhan)

Borang Laporan Program Pementoran

44

Panduan Program Mentor Menti USIM

LAPORAN SESI PEMENTORAN

45

Panduan Program Mentor Menti USIM

KEHADIRAN PERTEMUAN

BIL TARIKH MASA TEMPAT TANDATANGAN TANDATANGAN
PERTEMUAN
MENTOR MENTI

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

46

Panduan Program Mentor Menti USIM

PERKARA PENTING !!!

ETIKA PERHUBUNGAN PEMENTORAN

✓ Tiada Diskriminasi.
Mentor mestilah menghormati kepelbagaian individu dan tidak mendiskriminasikan menti
atas sebab-sebab seperti umur, warna kulit, ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina,
bangsa, orientasi seks, status perkahwinan atau sosio-ekonomi.

✓ Memaklumkan Menti.
Mentor mesti memaklumkan kepada menti maklumat secukupnya berhubung proses dan
perhubungan pementoran.

✓ Perhubungan Peribadi.
Mentor mesti berusaha untuk mengelakkan perhubungan mesra yang berlebihan dengan
menti sehingga boleh melemahkan pertimbangan profesional. Apabila perhubungan ini
tidak dapat dielakkan, maka mentor mesti mengambil langkah bersesuaian supaya
penilaian yang dibuat tidak terjejas dan mewujudkan eksploitasi terhadap menti.

✓ Perhubungan Intim.
Mentor tidak boleh terlibat di dalam sebarang jenis perhubungan intim dengan menti.
Mentor juga tidak boleh terlibat dalam perhubungan seksual dengan menti.

✓ Perhubungan di luar.
Mentor tidak boleh terlibat dalam perhubungan mesra di luar bidang tugas dengan menti
yang di bawah penilaian mereka.

✓ Ketidakupayaan Membantu Menti.
Mentor perlu menamatkan perhubungan pementoran secepat mengkin sekiranya tidak
berupaya membantu menti secara profesional.

✓ Keperluan Kerahsiaan.
Mentor mesti menyimpan semua maklumat yang bersifat peribadi dan sulit kecuali
pendedahan untuk kebaikan menti dan keperluan perkhidmatan. Apabila pendedahan
perlu dilakukan, hanya maklumat berkaitan diberikan dan menti perlu dimaklumkan
tentang pendedahan tersebut.

✓ Kerahsiaan di kalangan pegawai.
Mentor perlu memastikan bahawa keperibadian dan kerahsiaan menti dikekalkan di
kalangan pegawai kementerian/jabatan.

47

Panduan Program Mentor Menti USIM

✓ Kerahsiaan di kalangan urusetia Program Mentor Menti.
Mentor perlu memastikan meklumat pementoran hanya diberikan kepada urusetia
Program Mentor Menti tanpa mendedahkan kepada pihak lain.

✓ Tanggungjawab profesional.
Mentor mesti mempraktikkan perhubungan pementoran dalam batas kecekapan mereka
sahaja.

✓ Peningkatan pengetahuan.
Mentor perlu meningkatkan tahap kecekapan dan pengetahuan mereka bagi
meningkatkan perkhidmatan yang profesioanal. Di samping itu, mentor mestilah terlatih
dan bersedia dengan teknik dan kaedah pementoran yang betul.

✓ Ketidakupayaan profesional.
Mentor mesti mengelakkan diri daripada memberikan perkhidmatan apabila beliau
mengalami permasalahan peribadi atau konflik yang boleh merosakkan menti.

✓ Bayaran perkhidmatan.
Mentor tidak boleh mengenakan atau menerima sebarang bayaran bagi khidmat
pementoran yang mereka jalankan.

✓ Persiapan untuk pementoran.
Mentor yang terlibat dalam pementoran mestilah terlatih dan bersedia dengan teknik dan
kaedah pementoran yang betul.

✓ Batasan keupayaan menti.
Mentor mestilah membantu menti di dalam memberikan khidmat nasihat, bimbingan,
tunjuk ajar yang sewajarnya sesuai dengan keupayaan dan keperluan menti.

✓ Pengalaman kendiri.
Mentor tidak boleh menggunakan pengalaman kendiri dalam menilai, melatih, mengajar
dan menyelia menti kecuali pengalaman yang boleh dijadikan panduan dan teladan baik
kepada menti.

48

Panduan Program Mentor Menti USIM

CARTA KERJA MENTOR

MULA Proses Pemadanan Mentor Dan

Menti Bulan Sesi 1 : Proses Taa’ruf /
Pertama Penilaian awal
Sekiranya ada
isu / masalah Bulan Sesi 2 : Mengenali personaliti
boleh dirujuk Kedua diri menti
terus kepada
Jawatankuasa Bulan Sesi 3 : Penerokaan isu
Ketiga (kekuatan/kelemahan)
Program
Mentor Menti Bulan Sesi 4 : Perincangan tentang
Keempat penetapan matlamat dan
USIM perancangan strategi
Bulan pencapaian kemahiran diri
Kelima
Sesi 5 : Perbincangan tentang nilai
dan prinsip diri menti dalam
kerja

Bulan Sesi 6 : Mengenal pasti tahap
Keenam pengurusan dan pemahaman
kerja menti berdasarkan
Bulan misi/visi jabatan dan organisasi
Ketujuh
Sesi 7 : Menilai kualiti program
pementoran dalam segala aspek

Bulan Sesi 8 : Mengadakan sesi penilaian
Kelapan kompetensi dan penamatan

49


Click to View FlipBook Version