The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Buku Teks Digital PPKI SMKPT, 2022-02-24 10:59:24

Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Khas Tingkatan 3

PPKI

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama

secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

PENDIDIKAN
SENI VISUAL

PENDIDIKAN KHAS

Tingkatan

PENULIS
Norlaili binti Nordin @ Jamaludin

Rozalawati binti Abd. Samad

EDITOR
Masliya binti Yahya

PEREKA BENTUK
Wan Ahmad Firdaus bin Wan Abdullah

ILUSTRATOR
Anuar Ismadi bin Hassim

No. Siri Buku: 0122 PENGHARGAAN

KPM2018 ISBN 978-967-2212-07-2 Penerbitan buku ini melibatkan kerjasama
banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
Cetakan Pertama 2018 terima kasih ditujukan kepada semua pihak
© Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat.

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf
buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan Kementerian Pendidikan Malaysia.
lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk
atau cara, baik dengan elektronik, mekanik, • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
penggambaran semula mahupun dengan cara Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu Kementerian Pendidikan Malaysia.
daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan • Jawatankuasa Penyemakan
tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan
Malaysia oleh: • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
No. 18, Jalan Damai 2, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Taman Desa Damai, Sg. Merab, Kajang
43000, Selangor Darul Ehsan. • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Tel: 03-8925 8975 Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Faks: 03-8925 8985
Laman Web: www.arasmega.com • Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Melaka.
E-mel: [email protected]
• Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
Reka Letak dan Atur Huruf: (LPSVN).
Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Muka Taip Teks: Azim Semua pihak yang terlibat secara langsung
Saiz Muka Taip Teks: 13 poin dan tidak langsung dalam usaha menjayakan
penerbitan buku teks ini.
Dicetak oleh:
Attin Press Sdn. Bhd.
No 8, Jalan Perindustrian PP4,
Taman Perindustrian Bukit Permai,
43300 Seri Kembangan, Serdang, Selangor.
Tel: 03-89390660
E-mel: [email protected]

KANDUNGAN

Pendahuluan v
Pengenalan 1

Unit 1 v

BAHASA SENI VISUAL
(UNSUR SENI)

Unit 2

BAHASA SENI VISUAL
(PRINSIP REKAAN)

Unit 3

SENI HALUS (LUKISAN)

Unit 4

SENI HALUS (CATAN)

Unit 5

SENI HALUS (ARCA)

Unit 6 136
138
SENI HALUS (CETAKAN)

Unit 7

KOMUNIKASI VISUAL

Unit 8

KRAF TRADISIONAL

Unit 9

FOLIO SENI HALUS

Glosari
Senarai Rujukan

vi

PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual (Pendidikan Khas) Tingkatan 3 merupakan buku
teks yang dihasilkan berdasarkan keperluan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) dan Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 yang disediakan
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kandungan buku ini meliputi sembilan modul, iaitu:

• Modul 1: Unsur Seni • Modul 6: Seni Halus (Cetakan)

• Modul 2: Prinsip Rekaan • Modul 7: Komunikasi Visual (Kulit Buku)

• Modul 3: Seni Halus (Lukisan) • Modul 8: Kraf Tradisional

• Modul 4: Seni Halus (Catan) • Modul 9: Folio

• Modul 5: Seni Halus (Arca)

Strategi pembelajaran buku ini menerapkan pelbagai pendekatan
pembelajaran yang sesuai dengan keperluan semasa menerusi penerangan
Ikon seperti KBAT, Info, Tips Keusahawanan, dan lain-lain.

Buku ini disediakan sebagai panduan untuk Murid Berkeperluan Khas
(MBK). Guru boleh mengubah suai atau membina modul yang bersesuaian
mengikut keperluan MBK. Langkah-langkah penghasilan karya ditunjukkan
dengan cara langkah demi langkah supaya mudah untuk dirujuk dan
digunakan oleh murid dan guru.

Buku ini diharap mampu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan wawasan negara. Selain itu, buku ini juga diharap dapat melahirkan
MBK yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang seni visual bagi
menyumbang kepada pembangunan diri, masyarakat, dan ekonomi negara.

vii

PENERANGAN IKON

UNIT UNIT TIP KEUSAHAWANAN

1 Menunjukkan Menggalakkan idea
permulaan unit. kreatif dan inovatif
murid untuk menjana
pendapatan sampingan.

KBAT LATIHAN

Mengemukakan LATIHAN Disediakan bagi
soalan yang dapat menguji kefahaman
mencetuskan kemahiran murid.
berfikir aras tinggi murid.

INFO APLIKASI SENI

Memuatkan maklumat Murid menjalankan
tambahan berkaitan aktiviti pembelajaran.
topik.

NOTA GURU RUMUSAN

Memberikan panduan kepada guru untuk Refleksi isi pembelajaran.
melaksanakan aktiviti atau mencadangkan
aktiviti tambahan lain yang boleh Sila imbas QR Code boleh diimbas
dilaksanakan oleh murid. menggunakan telefon
pintar atau tablet untuk
INGAT mendapatkan maklumat.

Memberikan perhatian
kepada murid terhadap
aspek kebersihan dan
keselamatan.

viii

PENGENALAN

Kandungan buku ini meliputi gabungan empat bidang
utama, iaitu Asas Seni Reka, Seni Halus, Komunikasi
Visual, dan Kraf Tradisional. Asas Seni Reka melibatkan
elemen Bahasa Seni Visual yang terdiri daripada Unsur
Seni dan Prinsip Rekaan. Unsur Seni terbahagi kepada
enam, iaitu Garisan, Rupa, Bentuk, Jalinan, Warna, dan
Ruang. Prinsip Rekaan pula terbahagi kepada tujuh, iaitu
Harmoni, Kontra, Penegasan, Kepelbagaian, Imbangan,
Kesatuan, serta Irama dan Pergerakan. Bidang Seni Halus
sebenarnya terdiri daripada aktiviti Lukisan, Catan, Arca,
dan Cetakan. Bidang Komunikasi Visual pula berfokus
kepada Kulit Buku. Bidang terakhir, iaitu Kraf Tradisional
memberi tumpuan kepada Projek Kraf Ukiran Kayu.

UNIT

1 BAHASA SENI VISUAL
(UNSUR SENI)

STANDARD
KANDUNGAN
1.1 Garisan
1.2 Rupa
1.3 Bentuk
1.4 Jalinan
1.5 Warna
1.6 Ruang

2

STANDARD
PEMBELAJARAN

Murid boleh: 1.21.2.1

1.11.1.1 Menerangkan fungsi rupa.

Menyatakan maksud 1.2.2
garisan. Mengenal pasti dan
membezakan teknik rupa.
1.1.2 (i) Rupa penambahan
Menjelaskan fungsi (ii) Rupa pengurangan
garisan. (iii) Rupa tindanan

1.1.3 1.2.3
Menghasilkan lukisan Menghasilkan corak dengan
menggunakan garisan. menggunakan susunan rupa
ulangan.
1.31.3.1
1.41.4.1
Menghuraikan fungsi
bentuk. Menghuraikan fungsi jalinan.

1.3.2 1.4.2
Menjelaskan dan Menjelaskan dan
membanding bezakan membanding bezakan teknik
bentuk: jalinan:
(i) Ilusi (i) Sentuh
(ii) Konkrit (ii) Tampak

1.3.3 1.4.3
Menghasilkan bentuk: Menghasilkan karya
(i) Ilusi menggunakan teknik jalinan:
(ii) Konkrit (i) Sentuh
(ii) Tampak
1.51.5.1
1.61.6.1
Menyatakan fungsi
warna. Menyatakan fungsi ruang.

1.5.2 1.6.2
Mengenal pasti Mengenal pasti dan
jenis-jenis warna tertier membezakan ruang dan
dan fungsinya. perspektif:
(i) Satu titik lenyap
1.5.3 (ii) Dua titik lenyap
Menghasilkan warna
tertier. 1.6.3
Menghasilkan karya
1.5.4 menggunakan ruang
Menghasilkan karya dan perspektif:
menggunakan warna (i) Satu titik lenyap
tertier. (ii) Dua titik lenyap

3

UNIT 1

BAHASA SENI VISUAL
(UNSUR SENI)

1.1 GARISAN

Garisan ialah hasil cantuman siri titik. Garisan wujud pada alam semula
jadi, objek buatan manusia, dan aspirasi seni visual.

Jenis-jenis Garisan

Jenis-jenis garisan merujuk kepada sifat
garisan berkenaan seperti bersawang,
melintang, menegak, putus-putus, beralun,
berpancar, silang pangkah, berlingkar,
bergerigi, dan titik-titik.

Garisan Garisan Garisan Garisan
bersawang melintang menegak putus-putus

Jenis-jenis Garisan

Garisan titik-titik Garisan beralun

Garisan Garisan Garisan silang Garisan
bergerigi berlingkar pangkah berpancar

NOTA GURU

4 1.1.1 Guru menyatakan maksud garisan.

UNIT 1

Fungsi Garisan
Terdapat enam fungsi garisan seperti berikut.

1 Menghasilkan Rupa 2 Menghasilkan Bentuk

Apabila titik penghujung Lorekan garisan yang
garisan bertemu dengan berterusan yang akan
titik permulaannya. menghasilkan ton dan
mewujudkan bentuk.

6 Menghasilkan Ton Fungsi 3 Mewujudkan Ilusi
Garisan
Melalui jarak antara Ruang
garisan.
Melalui penggunaan
garisan daripada
segi saiz, ketebalan,
dan jarak.

5 Menghasilkan Motif 4 Menghasilkan

dan Corak Jalinan

Melalui rekaan dan Melalui garisan yang
gubahan garisan yang pelbagai ragam
berulang. garisan dan jenis.

NOTA GURU 5
1.1.2 Guru menjelaskan fungsi garisan.

UNIT 1

Aplikasi Seni

Kasut Bercorak (Doodles Shoes)

Alat dan Bahan

1. Sepasang kasut putih
2. Pen dakwat warna kekal
3. Pensel
4. Pemadam

1 Lakarkan garisan pada kasut 2 Lukis semula lakaran menggunakan
menggunakan pensel mengikut pen dakwat kekal dan biarkan
kreativiti. sehingga kering.

TIP
KEUSAHAWANAN

Kasut yang telah
dicorakkan boleh dijual
sama ada jualan secara
langsung mahupun jualan
atas talian.

Hasil Karya

NOTA GURU

6 1.1.3 Guru membimbing murid menghasilkan lukisan dengan menggunakan garisan.

UNIT 1

LATIHAN 1LATIHAN

Lukis jenis-jenis garisan ke dalam ruangan yang disediakan.

Garisan beralun Garisan bersawang

Garisan melintang Garisan berpancar

Garisan melingkar Garisan bergerigi

NOTA GURU 7

• Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti di atas.
• Guru meminta murid menyimpan hasil latihan untuk didokumentasikan.

UNIT 1

LATIHAN 2LATIHAN

Lengkapkan garisan mengikut pernyataan yang diberi.

a Contoh b

Garisan bersawang Garisan beralun
c d

Garisan putus-putus Garisan berlingkar

RUMUSAN

Garisan merupakan unsur seni yang paling asas dan terdapat pada
alam semula jadi serta objek buatan manusia. Pengetahuan dan
pengalaman dalam garisan dapat menghasilkan karya yang menarik.

NOTA GURU

8 • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti di atas.

• Guru meminta murid agar menyimpan hasil latihan untuk didokumentasikan.

UNIT 1

1.2 RUPA

Rupa terhasil apabila titik penghujung garisan bertemu dengan
titik permulaan.

Jenis-jenis Rupa

Rupa Organik Rupa Geometri

Tidak bersudut, tiada Bersudut melengkung,
sempadan tepat, dan bersempadan tepat.
dihasilkan secara spontan.
Rupa Negatif
Rupa boleh dilihat secara:

Rupa Positif

Permukaan sesuatu objek. Latar belakang sesuatu imej.

9

UNIT 1

Fungsi-fungsi Rupa

HELVETICA

Menghasilkan huruf Menghasilkan lambang, Menghasilkan corak
atau muka taip.
logo, atau simbol. melalui rupa berulang.

Mengenal pasti dan membezakan teknik rupa

Rupa Penambahan
Penambahan dilakukan dengan mencantumkan dua atau lebih rupa yang
akan membentuk imej yang baharu.

=

10

UNIT 1

Rupa Pengurangan
Pengurangan dilakukan pada bahagian yang tidak dikehendaki.

—=

Rupa Tindanan
Tindanan dilakukan dengan mencantum dua atau lebih rupa tanpa
melibatkan pembuangan atau pengurangan rupa.

NOTA GURU 11

1.2.1 Guru menyatakan fungsi rupa.
1.2.2 Guru mengenalkan teknik rupa penambahan, rupa pengurangan dan rupa tindanan.

UNIT 1 Kerongsang Burung Hantu

Aplikasi Seni

Alat dan Bahan

1. Kad manila
2. Kain felt
3. Pin
4. Pensel
5. Gam
6. Gunting

1 Lakarkan rupa pada kad manila. 2 Gunting lakaran pada kad manila
untuk dijadikan blok tekapan.

3 Tekap di atas kain felt. 4 Gunting kain felt mengikut rupa
yang telah dilukis.

NOTA GURU

12 1.2.3 Guru membimbing murid menghasilkan corak dengan menggunakan susunan rupa ulangan.

UNIT 1

Hasil guntingan 5 Susun dan gam kain felt yang telah
digunting menjadi rupa burung hantu.
6 Gamkan pin pada belakang
burung hantu. TIP
KEUSAHAWANAN

Rekaan kerongsang boleh
dipelbagaikan dari segi
rupa dan bentuk serta
boleh dijual.

INGAT

Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.

Hasil Kraf 13

UNIT 1 4. Jenis olahan apakah yang
digunakan untuk menghasilkan
LATIHAN 1LATIHAN rupa yang ditunjukkan di bawah?

Jawab soalan di bawah.
(a) Susun-susun
1. Rupa bersifat ______________. (b) Tindanan
(c) Pembahagian
(a) dua dimensi (d) Penambahan
(b) tiga dimensi 5.
(c) empat dimensi
(d) pelbagai dimensi Rupa di atas dihasilkan daripada
rupa tindanan. Padankan rupa
2. Rupa terbahagi kepada dua, yang sesuai.
iaitu rupa __________ , dan rupa
_____________. (a)

(a) ilusi, nyata (b)
(b) organik, geometri
(c) alam semula jadi, buatan (c)
(d) organik, saintifik

3. Fungsi rupa adalah untuk
menghasilkan tipografi, logo,
lambang dan corak. Antara
berikut, olahan manakah yang
dapat menghasilkan corak?

I. tindanan
II. penyatuan
III. pengurangan
IV. penambahan

(a) I dan II
(b) I dan III
(c) I, II, dan III
(d) I, III, dan IV

(d)

NOTA GURU

14 • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti di atas.

UNIT 1

LATIHAN 2LATIHAN

Gunting rupa yang diberi, susun dan tampal pada apron supaya menjadi reka
corak yang kreatif dan menarik.

Apron Rupa

RUMUSAN

Rupa yang terhasil dapat memberi impak kepada komunikasi visual
tanpa menggunakan perkataan. Contohnya seperti simbol pada
papan tanda jalan raya.

NOTA GURU 15

• Guru perlu membuat salinan berwarna halaman ini sebelum menjalankan aktiviti di atas.
• Guru meminta agar murid menyimpan hasil karya untuk didokumentasikan.

UNIT 1

1.3 BENTUK

Bentuk ialah hasil daripada gabungan rupa dan bersifat
tiga dimensi (3D). Bentuk mempunyai lebih daripada satu
permukaan, dan mempunyai isi padu dan jisim.

Fungsi Bentuk

1 2

Objek buatan Karya seni
manusia Menjadikan nilai
Memberi estetik.
keselesaan.

Karya seni Alam semula jadi

Menggambarkan Mengindahkan
objek sebenar. alam sekeliling.

34

Koleksi Encik Bingley Sim
Liu Cheng Hua, Year of the Horse, 2014

NOTA GURU

16 1.3.1 Guru menyatakan maksud bentuk.

UNIT 1

Jenis-jenis Bentuk

Bentuk Ilusi
• Hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat disentuh.
• Bersifat dua dimensi (2D).

Bentuk Konkrit

• Bersifat tiga dimensi (3D).
• Boleh dilihat, disentuh atau dirasa.
• Mempunyai isi padu dan berjisim.

NOTA GURU 17
1.3.2 Guru menjelas dan membanding bezakan bentuk ilusi dan konkrit.

UNIT 1 Arca Mobail Obor-obor

Aplikasi Seni

Alat dan Bahan

1. Surat khabar lama
2. Gam PVA
3. Cat sembur
4. 2 Botol plastik
5. Tali jut
6. Belon
7. Gunting
8. Berus
9. Pin
10. Cat poster
11. Kain felt

1 Tiup belon dan ikat. 2 Koyak dan tampalkan surat
khabar pada belon dan biarkan

sehingga kering.

3 Pecahkan belon dengan 4 Gunting tampalan surat khabar bagi
menggunakan pin. membentuk bahagian atas obor-obor.

NOTA GURU

18 1.3.3 Guru membimbing murid menghasilkan bentuk ilusi dan konkrit.

UNIT 1

5 Warnakan bahagian atas 6 Sembur botol plastik dengan
obor-obor mengikut kreativiti. cat sembur.

7 Gunting botol plastik secara 8 Cantumkan kedua-dua
melingkar. lingkaran dengan tali.

9 Masukkan tali ke dalam obor-obor. INGAT

Jaga kebersihan
dan keselamatan
semasa melakukan
aktiviti dan pastikan
anda menggunakan
sarung tangan.

19

UNIT 1

10
Hiaskan obor-obor dengan mata
dan mulut.

Hasil Arca

20

UNIT 1

LATIHAN 1LATIHAN

Gabungkan rupa yang diberi agar menjadi bentuk tiga dimensi (3D).

Piramid

Silinder

RUMUSAN

Bentuk bersifat tiga dimensi (3D) dan mempunyai isi padu serta jisim.
Walaupun dalam karya lukisan atau catan bentuk tiga dimensi dapat
diwujudkan.

NOTA GURU 21

• Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti di atas.
• Guru meminta murid agar menyimpan hasil karya untuk didokumentasikan.

UNIT 1

1.4 JALINAN

Jalinan merupakan kesan pada permukaan sesuatu benda atau objek.
Kebiasaannya jalinan terdapat pada objek semula jadi ataupun objek
buatan manusia. Jalinan bersifat lembut, licin, kasar, halus, kesat, tajam,
berduri, dan sebagainya.

Fungsi Jalinan

Kulit nenas berfungsi untuk Corak pakaian tentera berfungsi
melindungi bahagian isinya. sebagai penyamaran.

Sarung pemegang playar berfungsi Elemen dalam lukisan atau catan
sebagai keselamatan kepada boleh menampakkan gambaran
pengguna semasa memegangnya. realistik.

NOTA GURU

22 1.4.1 Guru menerangkan fungsi jalinan.

UNIT 1

Teknik Jalinan

Jalinan Sentuh Jalinan Tampak

Jalinan sentuh ialah kesan yang Jalinan tampak boleh dinikmati
dapat dirasai oleh deria sentuh melalui deria penglihatan dan tidak
dan deria penglihatan. dapat dirasai dengan deria sentuh.

Alam semula jadi

Buatan manusia

Karya seni 23

NOTA GURU
1.4.2 Guru mengenalkan jalinan sentuh dan jalinan tampak.

UNIT 1 Kolaj Bunga Pom-pom

Aplikasi Seni

Alat dan Bahan

1. Eva foam 4. Benang bulu 7. Gunting
2. Kadbod 5. Span 8. Pensel
3. Kain felt 6. Gam 9. Warna mural

1 Warnakan kadbod menggunakan 2 Bentukkan bunga pom-pom
cat mural. Kemudian keringkan. daripada benang bulu kambing.

SILA IMBAS

QR CODE
Layari laman sesawang http://arasmega.
com/qr-link/kolaj-bunga-pom-pom/ untuk
menonton video hasil kolaj bunga pom-pom.
(Dicapai pada 8 Julai 2018)

NOTA GURU

24 1.4.3 Guru membimbing murid menghasilkan jalinan sentuh dan jalinan tampak.

UNIT 1

3 Lakar rupa pada kain felt dan 4 Gunting kain felt dan eva foam.
eva foam mengikut kreativiti.

5 Susun hasil guntingan dan bunga 6 Tampalkan bunga pom-pom.
pom-pom mengikut kreativiti.

INGAT

Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.

Hasil Kolaj

25

UNIT 1

LATIHAN 1LATIHAN

Kenal pasti dan gunakan jalinan di sekeliling anda, kemudian lorekkan pada
kertas menggunakan pensel atau pensel warna bagi mendapatkan kesan
jalinan (teknik gosokan). Catatkan sumber jalinan yang anda peroleh.

NOTA GURU

26 • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti di atas.

• Guru meminta murid agar menyimpan hasil kerja untuk didokumentasikan.

UNIT 1

LATIHAN 2LATIHAN

Berdasarkan gambar di bawah, berikan fungsi jalinan pada setiap
objek tersebut.

RUMUSAN 27

Semasa penghasilan karya, jalinan merupakan sesuatu unsur seni
yang penting bagi mewujudkan nilai estetika. Kesan-kesan jalinan
dapat menimbulkan perasaan yang berbeza. Semasa proses
menghasilkan karya, jalinan sentuh seperti kesan kasar, licin,
dan kesat dapat dinikmati oleh deria sentuhan sementara kesan
tampak dapat dinikmati melalui deria penglihatan.

NOTA GURU

• Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti di atas.

UNIT 1

1.5 WARNA

Warna ialah kesan daripada tindak balas cahaya
terhadap sesuatu permukaan objek. Warna
terbahagi kepada tiga iaitu warna asas, warna
sekunder, dan warna tertier.

Jenis Warna Tertier Warna Asas

Warna tertier terhasil daripada campuran satu warna asas dan satu warna
sekunder yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Warna tertier
menimbulkan kesan yang lebih harmoni.

Tertier Tertier

Tertier Tertier

Tertier Tertier

Roda Warna
28

Fungsi Warna Tertier UNIT 1

Alam semula jadi Mewujudkan
kesan kontra.
Menimbulkan
suasana senja. Menambahkan
nilai estetika.
Buatan manusia
Menggambarkan
Menimbulkan perasaan
kesan harmoni. seseorang dalam
sesebuah karya.
Karya seni
29
Mewujudkan
suasana
yang tidak
membosankan.

NOTA GURU
1.5.1 Guru menyatakan fungsi warna.
1.5.2 Guru mengenalkan jenis-jenis warna tertier dan fungsinya.

UNIT 1

Aplikasi Seni Kotak Hadiah Pualaman

Alat dan Bahan 4. Dulang 8. Pensel
5. Gunting 9. Lidi sate
1. Cat minyak 6. Sarung tangan plastik 10. Gam
(warna tertier) 7. Reben 11. Pembaris

2. Kertas lukisan
3. Air

1 Masukkan air ke dalam dulang. Pastikan anda memakai sarung tangan plastik.

2 Tuang cat minyak ke dalam dulang. 3 Gunakan lidi sate untuk membuat
pergerakan (mencorak).

NOTA GURU

30 1.5.3 Guru membimbing murid menghasilkan gabungan warna tertier.

1.5.4 Guru membimbing murid menghasilkan karya menggunakan warna tertier.

UNIT 1

4 Letakkan kertas lukisan pada 5 Angkat dan biarkan kering.
permukaan air yang bercorak.

6 Lukis bentuk kotak pada belakang 7 Gunting mengikut bentuk kotak.
kertas lukisan.

5.5 cm

4 cm

2 cm

8 cm

1.5 cm 8 cm
5.5 cm
INGAT
Lipat pada bahagian garisan putus-putus.
Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.

31

UNIT 1

8 Lipat mengikut garisan putus-putus 9 Hiaskan kotak hadiah anda.
untuk membentuk kotak

dan gamkan.

Hasil Pualaman

32

UNIT 1

LATIHAN 1LATIHAN

Warnakan lakaran di bawah dengan warna tertier menggunakan cat poster.

RUMUSAN

Warna tertier ialah campuran warna asas dengan warna sekunder.

NOTA GURU 33

• Guru membimbing murid menghasilkan gabungan warna asas dan warna sekunder.
• Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti di atas.
• Guru meminta agar murid menyimpan hasil kerja untuk didokumentasikan.

UNIT 1

1.6 RUANG

Ruang ialah kawasan sesuatu objek yang meliputi jarak antara dua
objek. Ruang terbahagi kepada dua, iaitu ruang nyata dan ruang ilusi.

Fungsi Ruang

Ruang mempengaruhi warna Ruang dapat menampakkan
dan saiz berdasarkan jarak. jarak antara satu objek dengan
objek yang lain.

Info

Penghasilan karya
catan bertemakan
permandangan alam
banyak menggunakan
perspektif.

Ruang juga dapat dilihat
apabila objek yang jauh
kelihatan kecil.

NOTA GURU

34 1.6.1 Guru menyatakan fungsi ruang.

UNIT 1

Ruang dan Perspektif

Ruang Ruang ialah jarak yang terdapat di antara dua objek.
Ruang terbahagi kepada tiga iaitu ruang dalam, ruang
cetek, dan ruang rata.

Ruang dalam Ruang cetek Ruang rata

Ruang yang Ruang dalam Karya seni visual yang
memperlihatkan kawasan terbatas. diolah pada permukaan
kesan perspektif. yang sama.

Perspektif Perspektif ialah teknik yang menggambarkan imej tiga dimensi
(3D) di atas permukaan dua dimensi (2D).

Alam semula jadi Buatan manusia Karya seni

Ruang yang wujud Dihasilkan melalui Ruang perspektif
di persekitaran melalui perspektif, perubahan melibatkan jarak di
satu titik lenyap. saiz atau kejelasan dan antara objek atau imej
kekaburan. yang menggunakan
kesan ilusi tiga dimensi.
NOTA GURU
1.6.2 Guru mengenalkan dan membezakan ruang dan perspektif. 35

UNIT 1 Kolaj Perspektif

Aplikasi Seni

Alat dan Bahan 3. Gam 6. Gunting
4. Pemadam 7. Pembaris
1. Kertas lukisan 5. Pensel
2. Kertas warna

1 Lakarkan lukisan perspektif satu 2 Gunting majalah terpakai dan
titik lenyap. kertas warna kepada saiz
yang lebih kecil.

NOTA GURU

36 1.6.3 Guru membimbing murid menghasilkan ruang dan perspektif.

• Guru meminta murid agar menyimpan hasil karya untuk didokumentasikan.

UNIT 1

34
Gamkan kertas warna pada kertas lukisan perspektif mengikut kreativiti.

Hasil Kolaj

INGAT

Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.

37

UNIT 1 4 f
3
LATIHAN 1LATIHAN
k
Lengkapkan silang kata di bawah.

2

1

p

Melintang
1. Objek dekat kelihatan besar dan objek jauh kelihatan kecil kerana

wujudnya _______.

Menegak
2. Ruang merupakan _______ , antara dua atau lebih objek.
3. Ruang terdiri daripada dua jenis iaitu ruang ilusi (tampak) dan

ruang _______ (nyata).
4. Ruang yang terdapat pada catan atau lukisan merupakan ruang _______.

38

UNIT 1

LATIHAN 2LATIHAN

Padankan dan isikan jawapan yang betul pada ruang jawapan di bawah.

Perspektif satu Perspektif dua Perspektif tiga
titik lenyap titik lenyap titik lenyap

RUMUSAN

Penggunaan ruang yang baik memberi impak yang besar pada
sesuatu karya seni. Ruang wujud pada alam sekitar, objek buatan
manusia, dan penghasilan karya seni. Garisan, rupa, bentuk, dan
warna memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan ilusi
ruang dalam karya bagi menonjolkan keindahan serta kekemasannya.

39

UNIT

2 BAHASA SENI VISUAL
(PRINSIP REKAAN)

STANDARD
KANDUNGAN
2.1 Harmoni
2.2 Kontra
2.3 Penegasan
2.4 Kepelbagaian
2.5 Imbangan
2.6 Kesatuan
2.7 Irama dan Pergerakan

40

Murid boleh: STANDARD
PEMBELAJARAN
2.12.1.1
2.22.2.1
Menerangkan fungsi
harmoni dalam karya. Menerangkan fungsi kontra.
2.2.2
2.1.2 Mengaplikasi ciri-ciri kontra:
Mengenal pasti dan (i) Alam sekeliling
menjelaskan ciri-ciri harmoni (ii) Buatan manusia
dalam: (iii) Karya seni halus
(i) Corak 2.2.3
(ii) Catan Menghasilkan lukisan/catan
(iii) Grafik yang menimbulkan kontra
menggunakan kombinasi
2.1.3 unsur-unsur seni.
Menghasilkan poster mudah
dengan kombinasi warna
yang harmoni.

2.3.1 2.3 2.4.1 2.4
Menyatakan fungsi Menyatakan fungsi

penegasan. kepelbagaian.

2.3.2 2.4.2
Menerangkan ciri-ciri Menerangkan ciri-ciri

penegasan. kepelbagaian.

2.3.3 2.4.3
Mengaplikasikan catan Mengaplikasikan corak
geometrik atau corak
yang menggunakan organik yang menggunakan
prinsip kepelbagaian.
prinsip penegasan.

2.52.5.1 2.62.6.1 2.72.7.1

Menyatakan fungsi Menyatakan fungsi Menyatakan fungsi
imbangan. kesatuan. irama dan pergerakan.

2.5.2 2.6.2 2.7.2
Mengenali jenis-jenis Menerangkan ciri-ciri Menerangkan ciri-ciri
imbangan: kesatuan. irama dan pergerakan.
(i) Simetri
2.6.3 2.7.3
(ii) Tidak simetri Menghasilkan bingkai Menghasilkan origami
cermin dengan bergantung kepada
2.5.3 mengaplikasikan ciri-ciri susunan bentuk tertentu
Menghasilkan satu bentuk kesatuan. untuk menghasilkan
wau tradisional yang pergerakan.
berimbangan simetri.
41

UNIT 2

BAHASA SENI VISUAL
(PRINSIP REKAAN)

Prinsip rekaan ialah kaedah atau olahan unsur-unsur seni menjadi sebuah
karya yang menarik. Penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa, bentuk,
jalinan, warna, dan ruang dalam sesebuah karya akan menimbulkan
gambaran serta mempunyai nilai estetika yang tertentu. Terdapat tujuh
prinsip rekaan, iaitu harmoni, kontra, penegasan, kepelbagaian, imbangan,
kesatuan, serta irama dan pergerakan.

2.1 HARMONI

Fungsi Harmoni

Prinsip harmoni ditonjolkan dalam karya seni apabila wujudnya
1 susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang sesuai, seimbang

dan menarik.

2 Harmoni ditonjolkan untuk menarik perhatian dan menimbulkan
nilai-nilai estetik.

Info

Pelbagai teknik
olahan mewujudkan
suasana harmoni
antaranya ialah
susunan motif corak
pada batik lukis,
penggunaan warna,
rupa dan bentuk dari
jenis yang sama, reka
bentuk poster melalui
susunan unsur rupa
yang seimbang.

NOTA GURU

42 2.1.1 Guru menerangkan fungsi harmoni dalam karya.


Click to View FlipBook Version