Ciri-ciri Harmoni UNIT 2
Corak
Corak yang harmoni mempunyai
ciri-ciri gabungan unsur seni seperti
rupa dan warna.
Catan
Karya-karya catan yang harmoni
mempunyai ciri-ciri yang terhasil
daripada gabungan warna, bentuk,
susunan, ruang dan imbangan.
Grafik
Karya grafik yang harmoni mempunyai
ciri-ciri imbangan muka taip dan reka
letak objek.
(Sumber: Facebook Tourism Malaysia) 43
NOTA GURU
2.1.2 Guru mengenalkan ciri-ciri harmoni dalam corak, catan dan grafik.
UNIT 2
Aplikasi Seni Poster Teknik Kolaj
Alat dan Bahan
1. Kertas lukisan 5. Berus 8. Pen penanda
2. Template 6. Cat poster 9. Cawan air
3. Palet 7. Gunting 10. Gam PVA
4. Majalah terpakai
1 Warnakan perkataan pada template
yang disediakan.
2 Warnakan keseluruhan
kertas lukisan dengan warna
yang dipilih.
NOTA GURU
44 2.1.3 Guru membimbing murid menghasilkan poster mudah kombinasi warna yang harmoni.
• Guru meminta murid agar menyimpan hasil karya untuk didokumentasikan.
UNIT 2
3 Pilih mana-mana gambar dalam
majalah terpakai yang bertepatan
dengan tema yang dibuat.
4 Gunting mengikut bentuk
yang akan ditampal.
5 Susun gambar-gambar yang dipilih
mengikut kreativiti dan gamkan.
7 Tampal dengan kemas. 6 Koyak template yang
sudah diwarnakan dengan
menggunakan tangan.
45
UNIT 2
INGAT
Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.
8 Gunakan pen penanda untuk melakarkan
kembali tulisan di atas poster untuk lebih
kelihatan jelas dan menarik.
Hasil Karya
46
UNIT 2
LATIHAN 1LATIHAN
Padankan.
Ciri harmoni (Sumber: Facebook Tourism Malaysia)
catan
Ciri harmoni
grafik
Ciri harmoni
corak
KBAT
RUMUSAN Kenal pasti ciri-ciri
harmoni di dalam
karya yang dihasilkan.
Harmoni merupakan prinsip rekaan yang penting untuk
menimbulkan situasi yang menyenangkan, keseimbangan dan
kesatuan dalam sesebuah karya seni. Pengulangan unsur-unsur
seni yang sama dan tiada bertentangan akan mewujudkan
suasana yang harmonis.
NOTA GURU 47
2.2.3 Guru membimbing murid menghasilkan lukisan/catan bebas yang menimbulkan
kontra dengan menggunakan kombinasi unsur-unsur seni.
UNIT 2
2.2 KONTRA
Kontra akan terhasil apabila unsur-unsur seni digunakan secara
bertentangan antara satu sama lain. Kontra memberi kesan dan impak
yang lebih jelas dalam menghasilkan karya seni.
Fungsi Kontra Info
Kontra berfungsi untuk mewujudkan kelainan, Pereka grafik sering
membangkitkan suasana dan menimbulkan menggunakan
kesan yang berbeza. prinsip kontra dalam
menghasilkan iklan,
Ciri-ciri Kontra logo dan poster untuk
menarik perhatian.
Alam semula jadi Buatan manusia Karya seni
Kontra dari segi warna. Kontra dari segi bentuk. Kontra dari segi
garisan dan warna.
KBAT
Nyatakan kontra
yang terdapat
pada alam semula jadi,
buatan manusia, dan
karya seni.
NOTA GURU
48 2.2.1 Guru menerangkan fungsi kontra.
2.2.2 Guru megenalkan ciri-ciri kontra pada alam sekeliling, objek buatan manusia dan karya
seni halus.
Aplikasi Seni UNIT 2
Alat dan Bahan Pembalut Buku
1. Kertas lukisan
2. Kertas tebal
3. Palet
4. Tuala kecil
5. Dulang
6. Guli
7. Syiling 50 sen
8. Gunting
9. Span
10. Cat poster
11. Pensel
1 Lipat kertas lukisan kepada dua 2 Letakkan ke dalam dulang.
bahagian secara memanjang (landskap).
NOTA GURU 49
2.2.3 Guru membimbing murid menghasilkan lukisan/catan bebas yang menimbulkan
kontra dengan menggunakan kombinasi unsur-unsur seni.
UNIT 2
3 Masukkan guli yang telah 4 Goyangkan dulang. Selepas itu
dicelupkan warna ke keringkan kertas lukisan.
dalam dulang.
5 Lipat kertas tebal kepada dua 6 Lakarkan bentuk bulat
bahagian. Kemudian gunting. menggunakan syiling 50 sen
pada kertas tebal yang
sudah dipotong.
INGAT
Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.
7 Gunting bentuk bulat tersebut.
50
UNIT 2
8 Capkan span yang sudah 9 Keringkan hasil yang telah siap.
diletakkan warna pada bulatan
TIP
yang telah ditebuk. KEUSAHAWANAN
Hasil pembalut buku yang
sudah siap boleh dijual.
Hasil Pembalut Buku
51
UNIT 2
LATIHAN 1LATIHAN
Warnakan corak dengan warna kontra.
RUMUSAN
Prinsip kontra akan wujud dalam sesuatu gubahan kerja seni
apabila terdapat elemen-elemen yang bertentangan dan berbeza.
Penggunaan kontra biasanya akan diaplikasikan dalam penghasilan
poster, arca, dan catan untuk lebih menarik perhatian.
NOTA GURU
52 • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjayakan aktiviti di atas.
• Guru meminta murid agar menyimpan hasil kerja untuk didokumentasikan.
UNIT 2
2.3 PENEGASAN
Penegasan ialah fokus atau penumpuan sesuatu imej agar lebih
ketara daripada objek lain.
Fungsi Penegasan
Penegasan berfungsi untuk menarik perhatian dan tumpuan terhadap
sesuatu hasil karya seni.
Ciri-ciri Penegasan Buatan manusia
Alam semula jadi
Menjadi daya tarikan utama. Menarik perhatian.
Karya seni
Info
Penegasan ialah
prinsip seni yang
berkait rapat dengan
prinsip kontra.
Menjadi fokus dan mengelakkan
kebosanan dalam hasil karya
NOTA GURU seni.
2.3.1 Guru menerangkan fungsi penegasan. 53
2.3.2 Guru menerangkan ciri-ciri penegasan.
UNIT 2 Capan Bunga
Aplikasi Seni
Alat dan Bahan 4. Putik kapas 7. Span
5. Surat khabar lama 8. Palet
1. Papan alas kek 6. Cat akrilik 9. Tuala kecil
2. Berus
3. Gunting
1 Tanggalkan kertas alas 2 Warnakan latar belakang dengan
papan kek, kemudian warna-warna harmoni menggunakan
span. Kemudian keringkan.
warnakan dengan
INGAT
warna putih.
Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.
NOTA GURU
54 2.3.3 Guru membimbing murid menghasilkan catan yang menggunakan prinsip penegasan.
UNIT 2
3 4 Campurkan warna-warna harmoni
Bentukkan span menjadi bujur untuk menghasilkan bunga dan daun.
menggunakan gunting.
56
78
Capkan span menjadi bentuk daun dan bunga, kemudian keringkan.
55
UNIT 2
9 10
Kemaskan lukisan dengan teknik garisan dan ton warna untuk menunjukkan
elemen penegasan pada karya.
TIP
KEUSAHAWANAN
Hasil yang sudah siap
boleh dijual untuk dijadikan
hiasan dinding atau meja.
Hasil Capan
56
UNIT 2
LATIHAN 1LATIHAN
Tandakan (✔) pada gambar yang betul.
Penegasan dalam Alam Sekeliling
Penegasan Objek Ciptaan Manusia
Penegasan dalam Karya Seni
KBAT 57
Nyatakan
penegasan
yang terdapat pada
gambar.
NOTA GURU
• Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.
UNIT 2
LATIHAN 2LATIHAN
Aplikasikan prinsip penegasan melalui warna dalam lukisan corak di bawah.
RUMUSAN
Pemilihan unsur-unsur seni yang sesuai dalam karya yang ingin
ditonjolkan akan memainkan peranan yang penting dalam
menghasilkan prinsip penegasan. Oleh itu karya seni yang
dihasilkan menjadi pusat tumpuan.
NOTA GURU
58 • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti di atas.
UNIT 2
2.4 KEPELBAGAIAN Info
Kepelbagaian ialah penggunaan unsur, prinsip, Kepelbagaian ialah
dan idea yang pelbagai dalam sesuatu karya hasil penggunaan
seni. Banyak elemen seni digunakan untuk pelbagai idea dan nilai
menghasilkan kepelbagaian. yang berbeza dalam
sesuatu gubahan.
Fungsi Kepelbagaian
Kepelbagaian berfungsi untuk mengelakkan sesuatu hasil karya seni itu
kelihatan bosan. Kepelbagaian mempunyai nilai estetik dan menimbulkan
kesan kesinambungan serta kesatuan.
Ciri-ciri Kepelbagaian Buatan manusia
Alam semula jadi
Gabungan pelbagai unsur jalinan Gabungan kepelbagaian saiz,
dan warna. bentuk dan corak.
Karya seni KBAT
Bandingkan kepelbagaian
unsur seni pada dua gambar
di bawah.
Gabungan kepelbagaian unsur 59
seni dan prinsip rekaan.
NOTA GURU
2.4.1 Guru menyatakan fungsi kepelbagaian.
2.4.2 Guru menerangkan ciri-ciri kepelbagaian.
UNIT 2
Aplikasi Seni Pasu Hiasan
Bercorak Geometri
Alat dan Bahan
1. Pemati warna (clear spray) 4. Palet 7. Cat akrilik
8. Sarung tangan
2. Pasu seramik 5. Berus
3. Gunting 6. Masking tape
1 Lekatkan masking tape 2 Warnakan pasu dengan warna
pada pasu dan buat corak akrilik dan biarkan kering.
mengikut kreativiti.
NOTA GURU
60 2.4.3 Guru membimbing murid menghasilkan corak geometri yang menggunakan prinsip kepelbagaian.
UNIT 2
3 Apabila sudah kering, buka 4 Gunakan pemati warna untuk
masking tape perlahan-lahan. kemasan. (Pastikan anda
menggunakan sarung tangan
ketika melakukan aktiviti ini).
5 Hias pasu mengikut kreativiti.
Hasil Karya Info
Selain pasu, teknik ini
juga boleh digunakan
untuk botol kaca,
kotak, kanvas, hiasan
dinding, dan mural.
INGAT TIP
KEUSAHAWANAN
Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa Pasu yang telah siap boleh
menjalankan aktiviti. dijual untuk dijadikan
hiasan meja.
61
UNIT 2
LATIHAN 1LATIHAN
Lakarkan corak kepelbagaian bertemakan flora dan fauna pada
gambar di bawah.
RUMUSAN
Prinsip kepelbagaian dalam sesebuah karya yang dihasilkan ialah
gabungan unsur seni dan prinsip rekaan. Penggunaan unsur seni
dalam karya seperti gabungan garisan, rupa dan warna akan
mewujudkan prinsip kepelbagaian.
NOTA GURU
62 • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.
UNIT 2
2.5 IMBANGAN Info
Imbangan merujuk kepada sesuatu keadaan Wau tradisional
yang seimbang dalam susunan karya daripada mempunyai beberapa
segi tumpuan, berat, tarikan, dan gubahan. nama seperti wau
bulan, wau kucing, wau
Fungsi Imbangan puyuh, wau merak, dan
sebagainya.
Imbangan berfungsi untuk mewujudkan kesatuan, kestabilan serta
menjadikan sesuatu rekaan tampak menarik.
Jenis-jenis Imbangan
Simetri Tidak Simetri
Bahagian kanan, kiri, atau atas, Kedua-dua bahagian sesuatu
dan bawah adalah sama. Gambar karya adalah tidak sama bentuk,
dan rekaan simetri kelihatan lebih corak atau kelihatan tidak serupa.
stabil dan seimbang.
NOTA GURU 63
2.5.1 Guru menyatakan fungsi imbangan.
2.5.2 Guru mengenalkan jenis-jenis imbangan simetri dan tidak simetri.
UNIT 2
Ciri-ciri Imbangan
Alam Keseimbangan
semula jadi unsur jalinan
dan warna.
Buatan Keseimbangan saiz,
manusia bentuk, dan corak.
Karya seni Keseimbangan
unsur seni dan
prinsip rekaan
dalam hasil karya.
KBAT
Melalui pemerhatian,
apakah jenis imbangan
yang banyak di sekeliling anda?
Senaraikan.
64
UNIT 2
Aplikasi Seni Wau Bulan
Menghasilkan Wau Bulan berimbangan simetri.
Alat dan Bahan 4. Gunting 7. Barang hiasan
5. Dawai bunga 8. Bilah buluh
1. Kain perca 6. Benang bulu
2. Masking tape
3. Gam
1 Bentukkan wau bulan dengan 2 Letakkan gam pada rangka wau.
menggunakan bilah buluh dan
dawai bunga.
SILA IMBAS
QR CODE
Layari laman sesawang http://arasmega.com/
qr-link/rangka-wau-bulan/ untuk menonton
video cara-cara membuat rangka wau.
(Dicapai pada 29 Mei 2018)
NOTA GURU 65
2.5.3 Guru membimbing murid menghasilkan satu bentuk wau tradisional yang berimbangan simetri.
UNIT 2
3 Tekapkan kain perca ke atas
rangka wau dan kemaskan.
4 Hiaskan wau.
INGAT
Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.
Hasil Wau Bulan TIP
KEUSAHAWANAN
Hasil wau boleh dijual untuk
dijadikan cenderahati atau
hiasan dinding.
66
UNIT 2
LATIHAN 1LATIHAN
Lengkap dan warnakan gambar supaya nampak seimbang.
RUMUSAN
Imbangan terbahagi kepada dua iaitu imbangan simetri dan
imbangan tidak simetri. Imbangan simetri ialah imbangan yang
sepadan dan dapat memberi kesan yang stabil. Imbangan
tidak simetri pula ialah imbangan yang tidak sama padan dan
memberi variasi.
NOTA GURU 67
• Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.
UNIT 2
2.6 KESATUAN Info
Kesatuan melibatkan prinsip dan unsur seni yang Tema boleh
disatukan menjadi sebuah karya yang sempurna. ditentukan mengikut
Selain itu, kesatuan mempunyai tema dan idea kreativiti seperti tema
yang sama. alam, tema angkasa,
tema flora, dan
Fungsi Kesatuan sebagainya.
Kesatuan berfungsi untuk menyempurnakan gubahan atau
karya seni dan saling melengkapi.
Ciri-ciri Kesatuan Buatan manusia Karya seni
Alam semula jadi
Kesatuan akan Kesatuan yang Unsur seni dan
mewujudkan mempunyai tema prinsip seni yang
rupa dan corak yang sama akan bersatu dalam karya
yang harmoni. mewujudkan akan menimbulkan
rupa dan bentuk nilai estetik.
yang seimbang.
NOTA GURU
68 2.6.1 Guru menerangkan fungsi kesatuan.
2.6.2 Guru menerangkan ciri-ciri kesatuan.
Aplikasi Seni UNIT 2
Cermin Berhias
Alat dan Bahan 5. Tali
6. Batu
1. Cermin muka 7. Barang hiasan
2. Ranting kayu
3. Hot Glue Gun
4. Daun
1 Tampal dan hiaskan cermin muka 2 Kemaskan.
anda menggunakan batu dan
ranting kayu.
NOTA GURU 69
2.6.3 Guru membimbing murid menghasilkan cermin berhias yang mengaplikasi
ciri-ciri kesatuan.
UNIT 2
34
Gunakan hot glue gun untuk menampal barang hiasan.
INGAT
Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.
KBAT
Nyatakan dua ciri
kesatuan.
Hasil Cermin Hiasan
NOTA GURU
70 • Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan mengikut tema-tema tertentu seperti
tema alam, tema galaksi dan tema sukan.
UNIT 2
LATIHAN 1LATIHAN
Tandakan (✔) pada gambar yang mempunyai kesatuan yang betul.
RUMUSAN
Kesatuan ialah prinsip seni yang menggabungkan unsur seni yang
berlainan untuk mewujudkan kesan tampak yang lebih sempurna.
Kesatuan memberi kesan visual yang teratur, lengkap serta kemas
dan menimbulkan suasana dan perasaan yang tenang.
NOTA GURU 71
• Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti di atas.
UNIT 2
2.7 IRAMA DAN PERGERAKAN
Irama dan pergerakan menunjukkan sesuatu objek atau motif kelihatan
bergerak, berayun, bergetar, bergegar dan bersinar. Pergerakan dalam
sesebuah karya seni dapat diwujudkan dengan perulangan dalam
sesebuah imej.
Fungsi Irama dan Pergerakan
Fungsi irama adalah untuk memberi kesan pergerakan yang lebih
dramatik dan memberi kesan estetik pada karya seni.
Menggambarkan pergerakan air.
Memberikan kesan
pergerakan atau pusaran.
Menjadikan karya itu dinamik.
NOTA GURU
72 2.7.1 Guru menyatakan fungsi irama dan pergerakan.
UNIT 2
Jenis-jenis Irama dan Pergerakan
Irama rawak
Susunan ruang
yang tidak sama.
Irama berselang-seli
Kedudukan motif yang
berselang-seli.
Irama Biasa
Bentuk dan ruang
yang sama.
Irama Aliran
Kesan garisan
yang berulang.
Irama Dinamik
Perubahan saiz atau warna
berlaku kepada objek.
73
UNIT 2
Ciri-ciri Irama dan Pergerakan
Alam semula jadi
Kebiasaannya terdapat pada
unsur alam seperti kilat yang
memancar dan ombak yang
bergulung.
Buatan manusia
Irama dan pergerakan
boleh dilihat apabila kipas
mainan berpusing.
Karya seni
Irama dan pergerakan
boleh dilihat jelas seperti
pada pergerakan air terjun.
Info
Irama dan pergerakan
berfungsi untuk
memberi kesan lebih
hidup dan realistik
dalam sesuatu karya.
NOTA GURU
74 2.7.2 Guru menerangkan ciri-ciri irama dan pergerakan.
Aplikasi Seni UNIT 2
Origami Burung Merpati
Alat dan Bahan
1. Kertas warna 4. Cat sembur 7. Gam
2. Ranting kayu 5. Sarung tangan 8. Pen penanda
3. Benang 6. Gunting
1 Warnakan ranting dengan cat sembur. 2 Lipat kertas warna dan gunting
(Pastikan anda memakai sarung menjadi segi empat sama.
tangan ketika proses menyembur).
NOTA GURU 75
2.7.3 Guru membimbing murid menghasilkan origami bergantung dengan susunan bentuk
tertentu untuk menghasilkan pergerakan.
UNIT 2
3 3. Lipat kertas warna mengikut 44. Lukiskan titik hitam untuk mata burung
langkah-langkah origami merpati, kemudian gamkan benang pada
burung merpati.
burung merpati.
SILA IMBAS KBAT
QR CODE Terangkan
Layari laman sesawang http://arasmega.com/ ciri-ciri irama dan
qr-link/pembuatan-origami-merpati/ untuk pergerakan yang
menonton video cara-cara membuat origami. dihasilkan dalam
(Dicapai pada 2 Ogos 2018) karya anda.
TIP
KEUSAHAWANAN
Selain membuat
origami burung dengan
menggunakan kertas,
anda juga boleh
menghasilkan tanglung
dalam bentuk tiga dimensi
supaya dapat dijual.
Hasil Origami INGAT
Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti.
NOTA GURU
• Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti di atas.
76
UNIT 2
LATIHAN 1LATIHAN
Namakan irama dan pergerakan berdasarkan gambar yang diberi.
Irama selang-seli Irama aliran Irama biasa Irama dinamik
RUMUSAN
Irama dan pergerakan ialah prinsip seni yang akan menimbulkan
kesan yang lebih sempurna, menarik, tidak kaku, atau seolah-olah
karya itu hidup. Malah, ia juga akan meningkatkan lagi nilai estetika
sesuatu karya seni itu.
NOTA GURU 77
• Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti di atas.
UNIT
3 SENI HALUS
(LUKISAN)
STANDARD
KANDUNGAN
3.1 Lukisan
78
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid boleh: 3.1
3.1.1
Menyatakan maksud lukisan.
3.1.2
Menyenaraikan alat dan bahan dalam
aktiviti melukis.
3.1.3
Menghuraikan proses dan teknik dalam
aktiviti melukis.
3.1.4
Melukis menggunakan:
(i) Media kering - arang, pensel, pen, kapur,
pensel warna, oil pastel, atau soft pastel.
(ii) Teknik:
(a) Silang
(b) Gosokan
3.1.5
Mengaplikasikan bahasa seni visual dalam
penghasilan lukisan.
3.1.6
Mempamerkan hasil karya.
79
UNIT 3
3.1 LUKISAN
Lukisan ialah proses dan teknik yang menggambarkan objek daripada
garisan. Hasil karya seni yang dihasilkan berbentuk dua dimensi (2D)
dengan menggunakan media kering seperti pensel, kapur, pen, krayon,
pensel warna, arang dan sebagainya di atas sesuatu permukaan.
Arang Oil Pastel
Pen
Media
Lukisan
Soft Pastel
Pensel Krayon
Pensel warna Peta i-Think:
Peta buih
NOTA GURU
80 3.1.1 Guru menyatakan maksud lukisan.
3.1.2 Guru menyenaraikan alat, bahan, proses, dan teknik dalam aktiviti melukis.
UNIT 3
Proses Melukis
1 Pilih objek yang 2 Tentukan sudut 3 Bahagikan ruang
sesuai untuk pandangan, seperti ruang
dilukis. perspektif, bentuk, belakang, ruang
ton, ruang, dan tengah, dan ruang
bayangan. hadapan objek
yang hendak
dilukis.
4 Lukis lakaran 5 6 Guna teknik yang Perincikan garisan
kasar pada sesuai untuk kepada bahagian
garisan luar menunjukkan yang hendak
objek. kesan cahaya,
bentuk, ruang dan difokuskan
Info bayangan objek.
supaya
Lukisan ialah proses awal
untuk menyampaikan membentuk
idea, atau emosi, dari
segi visual. jalinan dan ton
yang berkesan.
NOTA GURU 81
3.1.3 Guru menghuraikan proses dan teknik dalam aktiviti melukis.
UNIT 3
Teknik Melukis
Garisan silang
Garisan selari Garisan conteng
Teknik
Lukisan
Gosokan Titik
SILA IMBAS Campuran Lorekan
QR CODE Layari laman sesawang http://arasmega.com/
qr-link/lakaran-guna-pensel/ untuk menonton Peta i-Think:
Peta buih
teknik-teknik lukisan.
(Dicapai pada 11 Mei 2018)
82
Aplikasi Seni UNIT 3
Alat dan Bahan Lukisan Bulu Pelepah
1. Contoh
gambar
2. Kertas lukisan
3. Mounting
board A3
4. Gam
5. Tuala kecil
6. Pensel 2B
7. Pensel arang
8. Pemadam
1 Gambar objek yang hendak 2 Lukis lakaran kasar bulu pelepah
dilukis. pada garisan luar.
Guna teknik yang sesuai untuk 83
3 menunjukkan kesan cahaya, bentuk,
ruang dan bayangan bulu pelepah.
NOTA GURU
3.1.4 Guru membimbing murid melukis menggunakan media kering menggunakan teknik silang
dan gosokan.
3.1.5 Guru membimbing murid mengaplikasikan bahasa seni visual dalam penghasilan karya.
UNIT 3
4 Perincikan kepada bahagian
yang hendak difokuskan supaya
membentuk jalinan dan ton
yang berkesan.
5 Lekatkan gam di atas mounting Hasil Lukisan
board dan pamerkan.
LATIHAN 1LATIHAN
1. Senaraikan alat dan media yang digunakan untuk aktiviti melukis.
(a) ____________________________________________________________
(b) ____________________________________________________________
(c) ____________________________________________________________
2. Senaraikan tiga teknik melukis.
(a) ____________________________________________________________
(b) ____________________________________________________________
(c) ____________________________________________________________
NOTA GURU
84 3.1.6 Guru mempamerkan hasil lukisan murid.
• Guru perlu membuat salinan Latihan 1 ini sebelum menjalankan aktiviti.
UNIT 3
LATIHAN 2LATIHAN
Lengkapkan lukisan yang diberi dengan pelbagai teknik lukisan.
RUMUSAN KBAT
Lukisan ialah proses peringkat awal untuk Nyatakan teknik
menghasilkan sesebuah karya seperti catan, yang digunakan
cetakan, arca, seni grafik, dan hasil kraf. dalam lukisan dibawah.
Kemahiran melukis memerlukan latihan yang
berulang-ulang agar dapat memahirkan
anggota tangan untuk melukis. Kemahiran
individu menggunakan pelbagai media
membantu menghasilkan karya seni yang
lebih berkualiti.
NOTA GURU 85
• Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.
UNIT
4 SENI HALUS
(CATAN)
STANDARD
KANDUNGAN
4.1 Catan
86
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid boleh: 4.1
4.1.1
Menyatakan maksud catan.
4.1.2
Menyenaraikan alat dan bahan dalam
aktiviti catan.
4.1.3
Menghuraikan proses dan teknik dalam
aktiviti catan.
4.1.4
Menghasilkan catan bertemakan objek
benda dengan menekankan kesan jalinan,
ton pencahayaan, dan nilai warna.
4.1.5
Mengaplikasikan unsur seni dan prinsip
rekaan dalam penghasilan catan.
4.1.6
Mempamerkan hasil karya.
87
UNIT 4
4.1 CATAN
Catan ialah karya seni yang dihasilkan menggunakan media basah seperti
cat air, cat akrilik, cat tempera dan cat minyak pada pelbagai permukaan.
Alatan dan Bahan Catan
Alatan
Berus pelbagai jenis Palet Bekas air
Kanvas Tuala Kertas lukisan
Bahan
Cat air Cat minyak Cat poster
Cat akrilik Cat tempera KBAT
Apakah perbezaan
antara lukisan dan
catan?
NOTA GURU
88 4.1.1 Guru menyatakan maksud catan.
4.1.2 Guru menyenaraikan alat dan bahan dalam aktiviti mencatan.
Proses Catan UNIT 4
1. Lukiskan lakaran
menggunakan
pensel.
2. Warnakan lakaran
dengan sapuan first
layer (lapisan pertama)
3. Menyempurnakan 89
karya dengan
lapisan warna dan
ton warna.
NOTA GURU
4.1.3 Guru menghuraikan proses dan teknik dalam aktiviti catan.
UNIT 4
Teknik Catan
1. Teknik cat air
(a) Basah atas basah
Sapuan warna cair di atas permukaan kertas yang basah.
(b) Basah atas kering
Sapuan warna basah di atas permukaan kertas kering untuk
menghasilkan kesan separa legap.
Info
Kelebihan teknik
cat air lebih
menjimatkan
penggunaan warna.
90
UNIT 4
(c) Kering atas basah
Sapuan warna terus daripada tiub ke atas permukaan kertas
yang dibasahkan.
(d) Kering atas kering
Sapuan warna yang pekat ke atas lapisan permukaan yang kering
untuk menimbulkan kesan jalinan.
91
UNIT 4
2. Teknik cat minyak
(a) Teknik titik
Menggunakan berus untuk membentuk tindihan titik-titik warna.
(b) Teknik glazing
Sapuan warna lapisan demi lapisan untuk menimbulkan kesan
lembut, licin, lutsinar, dan berkilau.
92