The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiqsyafee17, 2023-07-17 04:41:26

Warta Buana

Corporate Writing

WARTA BUANA EDISI #1


Oleh - Afiq Syafee SINTOK: Program pertembungan dalam acara sukan dijalankan di Universiti Utara Malaysia antara dua kediaman pelajar didalam institusi iaitu inasis MAS dan TNB (MALTEN). Empat jenis sukan yang dipertandingkan dalam acara rasmi pihak Jawatankuasa Siswa Inasis MALTEN (MAS dan TNB) iaitu Bola Jaring (perempuan), Futsal (Lelaki dan perempuan), Ping Pong (Lelaki dan perempuan) dan juga Bola Tampar (Perempuan). Terdapat enam aktiviti yang dipertandingkan dalam program ini. Program ini berlangsung pada awal tahun 2023 tanggal 13 dan 14 Januari. Program bermula pada jam 8 pagi hingga 7 petang. Setiap aktiviti sukan didalam program dijalankan secara serentak mengikut hari dan sukan dalam jadual yang disediakan oleh pihak jawatankuasa program. Pengadil untuk setiap acara sukan yang berlangsung adalah dikalangan atlet UUM sendiri. Selain itu, kemudahan yang digunakan untuk menjalankan program ini adalah di Gelanggang Bola Tampar Inasis MAS (UUM), Gelanggang Futsal Inasis TNB (UUM), Gelanggang Bola Jaring Inasis MAS (UUM), dan juga Dewan Bunga Raya Mas (UUM). Setiap lokasi mempunyai wakil dari ahli jawatankuasa program. Program sukan dibawah tanggungjawab pihak jawatankuasa Inasis Malten dimulakan dengan perasmian program di Dewan Bunga Raya. Program ini dirasmikan oleh Felo sukan Inasis MALTEN iaitu Puan Aida Rasyidah binti Daud, selaku VIP pada majlis perasmian pada hari pertama program. Tambahan pula, program ini turut menyediakan hadiah kepada pemenang setiap aktiviti sukan yang dipertandingan. Pemenang untuk acara berkumpulan menerima wang tunai sejumlah RM100 manakala pemenang acara individu menerima wang tunai RM50. WARTA BUANA 13-14 Januari, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" PERTEMBUNGAN DAMAI ANTARA DUA KEDIAMAN MAHASISWA


Oleh - Afiq Syafee Pemenang bagi acara futsal kategori wanita ialah saudari Nooralina Tasha binti Mohd Ali selaku wakil kumpulannya. Saudara Muhammad Rasyidul Aliff bin Rithuan mewakili kumpulan pemenang acara futsal kategori lelaki. Kedua-dua pasukan menerima wang tunai sejumlah RM100. Seterusnya, untuk acara sukan Bola Jaring, saudari Siti Nuur Aishah binti Juplin selaku wakil dari kumpulannya yang memenangi pertandingan sukan bola jaring dalam 'Program The Battle between : MAS vs TNB'. Bagi acara ping pong, saudara Tan Yi Ru selaku pemenang untuk ping pong kategori lelaki manakala saudari Chew Jing Hen adalah pemenang untuk ping pong katogeri perempuan. Kedua dua pemenang menerima wang tunai sejumlah RM50. Akhir sekali, pemenang bagi acara Bola Tampar perempuan dimenangi oleh kumpulan BLOK D dan diwakili oleh saudari Nur Adriana Arishah binti Marzuki. Para pemenang program ini dapat meningatkan reputasi inasis MAS dan TNB. Perlaksanaan program ini juga mendapat sambutan yang meriah dalam kalangan pelajar didalam Universiti. Inisiatif perlaksanaan program ini terdiri daripada hasil kolaborasi antara Biro Sukan Jawatankuasa Inasis MAS bersama Biro Sukan Jawatankuasa Inasis TNB. Ini kerana setiap wakil jawatankuasa inasis perlu mencapai KPI 'Key-performance indicator' yang ditetapkan oleh pengurusan Universiti. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mencari atlet untuk Kejohanan Tahunan Sukan Univeriti (KASUMA) yang akan datang. Pelaksanaan program ini bukan sahaja dapat memberi atlet kontinjen MALTEN waktu persiapan awal malahan juga dapat mengimplikasikan budaya sukan dikalangan pelajar. WARTA BUANA 13-14 Januari, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Afiq Syafee Phone: 013-3668818 Email: [email protected]


Oleh - Afif Syafiq SINTOK: Jawantankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) MAS dan School of Technology Management & Logistic (STML) bekerjasama dengan Universiti Kansai dan Universiti Atma Jaya bagi menjayakan program Asean Coorperative Program International Field Trip Studies, Expert Sharing Session & Conference 2023. Program ACP ini bertujuan untuk meneroka isu semasa, cabaran dan potensi berkaitan peranan belia dalam mengatasi perubahan iklim dan pengurangan risiko bencana. Seramai 10 orang pelajar Universiti Utara Malaysia, 12 pelajar Universiti Kansai, dan 4 pelajar dari Universiti Atma Jaya hadir secara fizikal bagi menjayakan program ini. Program yang berlangsung dari 9 Mac hingga 23 Mac ini telah bertempat di EDC hotel, UUM. Terdapat banyak inisiatif yang diambil untuk menjayakan program ini, seperti sesi ceramah kesedaran perubahan iklim oleh penceramah dari UNESCO. Dalam sesi ceramah itu, pelajar didedahkan tentang cara untuk mencari sumber air dan juga teknik penapisan air sekiranya berlaku bencana yang menyebabkan kemarau air. Penceramah lain daripada Merci Malaysia, USM, dan UTM juga turut hadir untuk berkongsi pengalaman dan maklumat tentang pengurusan bencana. Bukan itu sahaja, pelajar yang terlibat dikumpulkan bagi melakukan sesi sumbang saran mengenai cara-cara menyelesaikan masalah perubahan iklim. WARTA BUANA 9-23 Mac, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" JKPS MAS DAN STML BERKERJASAMA DENGAN UNIVERSITI KANSAI


Oleh - Afiq Syafee Program ini dapat menjadikan generasi belia sebagai ejen penggerak dalam komuniti untuk mengatasi isu berkaitan alam sekitar yang semakin berleluasa. Untuk memenuhi tanggungjawab sosial, pihak JKPS telah melakukan aktiviti lawatan mangsa tanah runtuhan di Yan, Kedah bagi membantu mengurangkan beban mereka yang terkesan akibat bencana tersebut pada hari ketujuh mereka di sini. Selain itu, rombongan itu turut melakukan lawatan ke Bukit Bendera, Pulau Pinang untuk menerapkan rasa cinta akan alam sekitar dalam diri pelajar. Setelah itu, sesi pembentangan tentang maklumat diperolehi melalui program tersebut dilakukan oleh para pelajar. Program ini diakhiri dengan makan malam bersama HEP bertemakan pertukaran budaya di EDC Hotel, UUM. Pihak JKPS Inasis MAS menyambut ketibaan pelajar dari Universiti Kansai di Anjung Tamu, UUM. WARTA BUANA 9-23 Mac, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Afif Syafiq Phone: 013-3668188 Email: [email protected]


Oleh - Xin Yee SINTOK: MALTEN (Inasis MAS dan TNB) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Festival MALTEN 2023 di perkarangan Inasis MAS dan TNB dengan tema Anime, iaitu elemen-elemen dari negara Jepun. Terdapat pelbagai kostum Jepun dan patung yang berkaitan dengan Anime dalam Festival MALTEN ini. Presiden Inasis MAS, saudari Halimatus Saadiah Binti Totong Johari dan presiden Inasis TNB, saudara Muhammad Iqmal Qamil serta seramai 100 ahli Jawatankuasa (AJK) Inasis MALTEN menguruskan program Anime Festival MALTEN yang berlangsung selama empat hari, iaitu 17 Mei hingga 20 Mei 2023. Festival MALTEN ini juga meliputi jenis aktiviti Anime yang berbeza iaitu kebudayaan, sukan, keagamaan, muzik dan kemahiran menulis. Antara program Anime Festival Malten ialah Malten Colour Run, Fun Green Day 4.0: Healthy Life Exploraces, Kosupure Runway Project, Japanese Calligraphy Campaign, Live Music: Open Mic Malten E Yokoso, Animeshon Poppu Kuizu, Tedzukuri Bento Competition, Talk: Entrepreneur Influencer, Malam Himpunan Rahmat: Majlis Selamat Qasidah dan Tausiyah, 1 hour Aero-Dance with Northern Bang, Malten Ghoul: Haunted House, The Arrow: Open Archery dan Blood Donation: “Give the Gift of Live”. “Festival MALTEN dianjurkan untuk mengumpulkan dana bagi untuk tabung kebajikan pelajar di Inasis MAS dan TNB,” ujar pengerusi Inasis MAS, saudari Halimatus Saadiah Binti Totong Johari. WARTA BUANA 17-20 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" MALTEN ANIME FEST MERIAH


Oleh - Afiq Syafee Tambahan beliau lagi, Festival MALTEN turut membuka peluang perniagaan kepada pelajar UUM di tapak pesta Inasis MAS dan TNB. “Bantuan dan sambutan daripada pelajar UUM bersama dengan usaha ahli-ahli Jawatankuasa Kepimpinan Pembangunan Siswa (JKPS) serta felo-felo Inasis MAS dan TNB telah melancarkan bagi festival ini”, jelasnya. Festival MALTEN 2023 ini bermula pada 17 Mei 2023 menyediakan pelbagai jualan makanan dan minuman. Seterusnya, program dimeriahkan dengan variasi persembahan yang menarik oleh artis-artis yang terkenal, termasuklah Cik Neeta Manis, Cik Rina Hime, Encik Afieq Shazwan dan Encik Luqman Faiz. Program turut dihadiri oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr Massudi Mahmuddin dan barisan staf pengurusan MALTEN serta kepimpinan JKPS. WARTA BUANA 17-20 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Xin Yee Phone: 019-4159987 Email: [email protected]


Oleh - Ce Wei SINTOK: Program pertukaran budaya ‘Sawadee PSU’ anjuran Inasis MALTEN berjaya mengeratkan hubungan pelajar dua negara, Malaysia dan Thailand baru-baru ini. “Program ‘Sawadee PSU’ bukan sekadar lawatan pertukaran budaya pelajar tetapi juga untuk menambah ilmu pengetahuan tentang keusahawanan,” ujar Nur Syafawati binti Roslan, Presiden kepada Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar (JKPS) Inasis MAS. Program lima hari ini iaitu dari 27 hingga 31 Mei 2023 dijalankan di kampus Prince of Songkla University, Hatyai, Thailand. Program ini juga melibatkan ramai peserta dan agak meriah. Terdapat 30 orang pelajar daripada inasis MALTEN iaitu 15 orang daripada Inasis MAS dan 15 orang daripada inasis TNB dihantar ke Hatyai, Thailand untuk menjayakan program. WARTA BUANA 27-31 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" SAWADEE PSU’ ERAT HUBUNGAN PELAJAR DUA NEGARA Melalui program ini, pelajar-pelajar dapat mengeratkan hubungan dan memahami budaya antara satu sama lain sepanjang program, kata beliau lagi. Melalui program ini, pelajar-pelajar dapat mengeratkan hubungan dan memahami budaya antara satu sama lain sepanjang program, kata beliau lagi. Terdapat beberapa aktiviti diadakan sepanjang program ini terutamanya, ceramah perkongsian keusahawanan dan alumni-alumni serta beberapa aktiviti yang memeriahkan program tersebut. Timbalan Pengarah Program dari Inasis TNB, Abdul Harraz Abdullah Deen juga berkata terdapat tiga aktiviti utama diadakan sepanjang program.


Oleh - Afiq Syafee Aktiviti pertama iaitu Corporate Social Responsibility (CSR) bersama pelajar sekolah rendah di Hatyai berkonsepkan kepada ‘English Day Camp.’ Dengan itu, kegembiraan pelajar sekolah rendah dapat dipersembahkan. Tambahan pula, pelajar-pelajar UUM juga dapat meningkatkan kemahiran keusahawanan melalui program tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar-pelajar UUM diberi peluang untuk menjual hasil karya batik di Samilla Beach Songkhla. Bukan itu sahaja, program pertukaran budaya di mana pelajar UUM berpeluang merasai konsep Minggu Suai Kenal (MSK) di PSU yang berbeza dengan MSK di UUM, kata beliau lagi. Sehubungan dengan itu, terdapat juga penaripenari daripada Inasis MAS dan TNB membuat persembahan tarian tradisional di PSU. Persembahan tersebut turut memeriahkan suasana. Persembahan tarian tradisional sangat menarik dan memeriahkan. Interaksi bersama pelajar UUM dengan pelajar PSU juga amat hargai sepanjang program tersebut. Di samping itu, penglibatan komuniti antara pelajar dua negara juga dapat memupuk perpaduan dan mempunyai interaksi yang baik. Program ini berjaya diadakan dengan sempurna. Oleh itu, identiti bagi UUM dan PSU dapat ditingkatkan. Bukan itu sahaja, kerjasama antara pelajar Malaysia dan Thailand berjaya menghabiskan program tersebut telah meningkatkan imej mereka. Reputasi juga dapat ditingkatkan dengan mengeratkan hubungan antara dua negara. WARTA BUANA 27-31 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Ce Wei Phone: 011-31943796 Email: [email protected]


Oleh - Nuralia Nabilah SINTOK: Lebih 100 orang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai Program Sembang Petang Bersama Student Support Services Divisions (SSSD) yang diadakan di pesta MALTEN baru-baru ini. Program itu adalah dibawah seliaan Biro Kebajikan dan Keselamatan Inasis MAS serta mendapat kerjasama daripada SSSD. Pengarah program, Nur Adlina Ridzuan berkata, program itu bertujuan untuk menjelaskan dan membuktikan kepada para pelajar betapa banyak bantuan atau kebajikan yang bakal diberikan dan diterima oleh pelajar universiti tersebut. Katanya, program itu bertujuan untuk memberitahu kepada para pelajar cara untuk mereka mencari dan mendapatkan bantuan di dalam UUM disamping mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan universiti dan para pelajar. “Antara bantuan yang disediakan oleh SSSD adalah Bantuan Wang Saku kepada Pelajar kategori B40, Bantuan Komputer Riba Berjumlah RM2, 000 dan Bantuan Khairat Kematian. “Selain itu, SSSD juga menyediakan Bantuan Zakat bagi Pelajar Muslim dan Bantuan Kebajikan bagi Pelajar Non-muslim”, kata En. M Shahadat Ali Nordin selaku Penolong Pengarah SSSD. Sementara itu, Pegawai Psikologi, En. Muhammad Noor Fitri Ahmad berkata, selain kebajikan fizikal, UUM juga turut memberi atau menyediakan kebajikan mental buat mahasiswa dan mahasiswi. WARTA BUANA 20 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" KEBAJIKAN MAHASISWA UUM DIJAGA DENGAN CEMERLANG


Oleh - Afiq Syafee “Kesihatan mental adalah amat penting lebihlebih lagi kepada pelajar kerana mereka perlu mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan diri untuk menyelesaikan segala tugasan serta perlu menghadiri kuliah setiap hari. “Ramai pelajar yang telah kami bantu mendapatkan rawatan dan ramai daripadanya telah beransur pulih dan ada juga yang masih meneruskan rawatan sehingga kini untuk mendapatkan kesihatan mental yang lebih baik”, katanya. Hadir sama Pengetua Inasis MAS, Prof Madya Dr. Rohani Abdullah bagi menyempurnakan program itu di Pentas Utama, Pesta Malten. Disamping itu, setelah tamat sesi soal jawab, bantuan voucher makanan berjumlah RM7, 000 disampaikan oleh En. M Shahadat Ali Nordin kepada Pengetua Inasis MAS. Bantuan voucher makanan itu seterusnya diagihkan kepada semua peserta yang terlibat dengan Program Sembang Petang itu dengan jumlah RM70 seorang. WARTA BUANA 20 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Nuralia Nabilah Phone: 011-39110925 Email: [email protected]


Oleh - Liana Aisyah SINTOK: Inasis MAS dan TNB (MALTEN) barubaru ini telah bekerjasama dengan Elrah Exclusive dan Cafe Pine 2 dengan memberikan sumbangan makanan percuma, baju raya serta duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak Yatim, Universiti Utara Malaysia (UUM). Program ini telah adakan pada 12 dan 14 April lalu dimana ia dijalankan pada bulan ramadhan. Anak Yatim ini merupakan anak-anak yatim di bawah urus tadbir Pusat Islam UUM dimana ia mempunyai bilangan anak yatim seramai 10 orang. Menurut pengarah program, Aniqah Balqis, inisiatif menyantuni Anak Yatim UUM ini diadakan untuk memberi sinar kebahagiaan kepada anak yatim bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri Program ini turut mendapat kerjasama daripada kedai pakaian berjenama terkenal Elrah Exclusive, Alor Setar serta Cafe Pine 2, Alor Setar. Elrah Exclusive telah menaja baju raya berjenama mereka kepada anak-anak yatim tersebut, manakala Cafe Pine 2 telah menaja sepenuhnya makanan untuk berbuka puasa serta memberikan mereka duit raya. Anak-anak yatim yang dipilih oleh ahli jawatankuasa program adalah seramai 10 orang di mana ia terdiri daripada mereka yang berumur 12 hingga 15 tahun. Menurut pengarah program lagi, wakil dari Elrah Exclusive sendiri telah turun padang ke Rumah Kebajikan UUM untuk menyampaikan baju raya kepada anak-anak yatim tersebut. WARTA BUANA 12-14 April, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" IKHTIFAL RAMADAN MAS : SANTUNI ANAK YATIM UUM


Oleh - Afiq Syafee Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengetua Inasis MALTEN, Prof. Madya. Dr. Rohani Binti Abdul dan barisan felo Inasis MALTEN. ”Senyuman yang terukir di wajah anak-anak yatim ini cukup untuk menggambarkan kejayaan kami dalam menjayakan program ini,” tambah pengarah program lagi. Sama seperti objektif asal mereka iaitu, menganjurkan program untuk membantu anakanak yatim supaya dapat merasa pakaian baharu pada Hari Raya Aidilfitri, kejayaan ini merupakan pencapaian terbaik mereka dalam membantu anak-anak yatim tersebut. Program berprestij ini bukan sahaja memantapkan identiti Inasis MALTEN sebagai sebuah inasis yang aktif dalam aktiviti kesukarelawanan, malah turut meningkatkan reputasi mereka di atas kejayaan dapat berkolaborasi dengan organisasi terkenal untuk membantu anak-anak yatim. WARTA BUANA 12-14 April, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Liana Aisyah Phone: 019-6833504 Email: [email protected]


Oleh - JANUSSHA SINTOK: Kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia sering kali menjadi bualan dan mendapat perhatian rakyat. Inapan Siswa Malaysia Airline (Inasis MAS) Universiti Utara Malaysia telah menjalankan sebuah pertandingan penghasilan video mengenai kepelbagaian budaya yang diamalkan oleh kepelbagaian rakyat Malaysia. Menurut pengarah program pertandingan video aildilfitri ini, Qistina Maisarah binti Mohamed Faisal, program ini adalah bertujuan untuk berkongsi suasana dan keunikan budaya yang berbagai dan dikongsi dengan orang ramai serta bertujuan untuk mencungkil kreativiti pelajar dalam penyuntingan dan penghasilan video. "Idea asal pertandingan ini diperolehi apabila saya melihat perbezaan cara Sambutan Aidilfitri di antara saya dan rakan saya. Di sini tercetusnya idea untuk saya mengajurkan pertandingan ini agar perbezaan ini dapat dikongsi dengan lebih ramai orang," tambah beliau lagi. Program ini akan dijalankan pada 13 Jun 2023 dan akan bertempat di Dewan Bunga Raya Inasis Mas. Video yang dihasilkan mestilah mematuhi syarat- syarat yag ditentukan seperti berdurasi tidak lebih dari 3 minit, bertemakan budaya di Malaysia dan video mestilah dimuat naik di platform Tiktok untuk tontonan ramai. Program telah bermula pada pukul 6:30 petang dengan kehadiran panel jemputan daripada PKPIM dan para pelajar MALTEN. Kehadiran pelajar inasis MALTEN ini telah menyempurnakan lagi program iftar dan ilmu. Juadah berbuka yang disajikan secara percuma ini telah disediakan oleh kedua-dua inasis bagi semua pelajar. Iftar Ramadan ini telah dianjurkan di Open Hall Inasis TNB dengan kehadiran 100 pelajar Inasis MALTEN. WARTA BUANA 10 April, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" KOLABORASI IFTAR INASIS MALTEN PKPIM


Oleh - Afiq Syafee Program ini merupakan satu inisiatif untuk memberi pendedahan ilmu kepada para pelajar islam MALTEN sempena bulan ramadan yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang agama Islam. Seperti objektif yang diharapkan oleh pengarah program ini , kolaborasi MALTEN dengan PKPIM telah mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan dapat wujudkan imej yang baik kepada kedua- dua inasis ini. Tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh Inasis MALTEN serta PKPIM ketika bulan ramadan telah menarik perhatian orang ramai sekitarnya. Kolaborasi ini juga telah meningkatkan reputasi PKPIM yang telah memberi sedikit sebanyak ilmu kepada para pelajar. Wakil PKPIM yang berucap ketika program ini telah berkongsi ilmu kepada para pelajar. Antaranya ialah, keberkatan bulan Ramadan dan kepentingan malam lailatulqadar. Menurut pengarah program, Aidid, beliau berkata “Syukur Alhamdulillah, semoga kolaborasi seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang sebab ia dapat bagi pendedahan pada pelajar tentang NGO di negeri Kedah khususnya”. Penghujung program dapat ditamatkan dengan sesi soal jawab daripada pelajar tentang ilmu yang dikongsikan oleh wakil PKPIM itu. WARTA BUANA 10 April, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Janussha Phone: 017-7208059 Email: [email protected]


Oleh - Akilah Ismail SINTOK: Kepelbagaian budaya dalam sambutan Aidilfitri sering kali menjadi bualan dan mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Inapan Siswa Malaysia Airline (Inasis MAS) Universiti Utara Malaysia telah menjalankan sebuah pertandingan penghasilan video mengenai kepelbagaian suasana dalam sambutan Aidilfitri di kampung halaman. Menurut pengarah program pertandingan video Aidilfitri ini, Qistina Maisarah binti Mohamed Faisal, program ini bertujuan untuk berkongsi suasana dan keunikan sambutan aidilfitri yang berbagai dan dikongsi dengan orang ramai serta bertujuan untuk mencungkil kreativiti pelajar dalam penyuntingan dan penghasilan video. “Idea asal pertandingan ini diperolehi apabila saya melihat perbezaan cara sambutan aidilfitri di antara saya dan rakan saya. Di sini tercetusnya idea untuk saya mengajurkan pertandingan ini agar perbezaan ini dapat dikongsi dengan lebih ramai orang,” tambah beliau lagi. Program ini akan dijalankan pada 13 jun 2023 dan akan bertempat di Dewan Bunga Raya Inasis Mas. Video yang dihasilkan mestilah memenuhi syarat- syarat yang ditentukan seperti berdurasi tidak lebih dari 3 minit, bertemakan Hari Raya Adilfitri dan video mestilah dimuat naik di platform Tiktok untuk tontonan ramai. “Hadiah berupa wang tunai yang lumayan akan diberikan kepada pemenang serta kami juga menyediakan hadiah untuk video yang mendapat tontonan paling ramai di tiktok,” sambung beliau lagi. Selain itu, program ini juga turut berkolaborasi bersama Kelab Media Elit Kedah dan wakil daripada kelab ini akan mengadiri program selaku juri utama serta mereka akan memilih video yang terbaik dan paling kreatif untuk dimuat naik di laman instragram milik kelab ini. WARTA BUANA 13 Jun, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" PERTANDINGAN VIDEO KREATIF BERASASKAN BUDAYA KONGSI KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA


Oleh - Afiq Syafee WARTA BUANA 13 Jun, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Akilah Ismail Phone: 011-37480951 Email: [email protected] Kata Maisarah lagi , program ini terbuka kepada semua warga Universiti Utara Malaysia dan akan dirasmikan oleh Pengetua Inasis MAS iaitu Prof Madya Dr Rohani Binti Abdullah yang juga merupakan juri dalam pertandingan ini. Peserta perlu menayangkan video hasil suntingan mereka pada hari pertandingan dan perlu memberi penjelasan ringkas kepada juri dan juga penonton mengenai video mereka. Markah akan diambil kira melalui kreatviti video yang dihasilkan dan juga penerangan peserta terhadap video yang ditayangkan. Juri akan memberi komen atau pendapat ringkas terhadap video peserta pada hari pertandingan. "Saya berharap program ini akan berjalan lancar bersesuaian dengan apa yang pihak saya harapkan dan saya juga berharap agar mendapat sambutan yang penuh meriah oleh para pelajar," ucap Maisarah lagi. Program ini semestinya bakal memberi impak yang besar kepada Inasis Mas dengan adanya kolaborasi dengan kelab media yang hebat di Kedah dan sekali gus bakal meningkatkan imej Inasis MAS dan juga UUM. Program ini juga bakal menjadi sebuah program yang beredisi sekiranya mendapat sambutan yang hebat dan bakal menjadi contoh program yang boleh memberi impak yang besar bukan sahaja kepada warga UUM tetapi seluruh Malaysia mengenai kepelbagaian budaya di Malaysia.


Oleh - Nur Shamirah SINTOK: Dalam usaha untuk menghidupkan semangat bulan suci Ramadhan serta mengamalkan budaya memberi, ahli Jawatankuasa Kolej Perumahan dan Pengurusan Siswa (JKPS) Inasis MAS dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan program bubur lambuk yang berjaya diselenggarakan di Inasis Universiti Utara Malaysia (UUM). Program ini turut mendapat sokongan daripada kakitangan serta pengetua Inasis dan juga Unit Pengurusan Siswa (UPSB) UUM. Objektif program ini adalah untuk mengagihkan bubur lambuk kepada semua ahli universiti dan orang awam sebagai salah satu bentuk penghormatan terhadap tradisi Ramadhan. Selain itu, tujuan agihan bubur lambuk diadakan adalah untuk memupuk semangat kebersamaan di kalangan komuniti universiti. Menurut pengarah program Kasih Ramadan Bubur Lambuk, Siti Nur Aisyah, bubur lambuk tersebut disediakan oleh ahli JKPS Inapan Siswa (Inasis) MAS dan TNB, serta dibantu oleh pengetua dan kakitangan inasis. Mereka turut melibatkan diri dalam proses penyediaan dan pengagihan bubur lambuk ini untuk memudahkan proses pengagihan bubur. Persediaan untuk agihan bubur lambuk bermula seawal jam 7 pagi di dewan Inasis MAS dan TNB, dimana ahli jawatankuasa program dan ahli JKPS bersama-sama menyediakan bahan untuk memasak dan kemudian memulakan proses memasak bubur lambuk. “Setelah selesai proses pembungkusan, pengagihan bubur lambuk dilakukan dengan bantuan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM” WARTA BUANA 11 April, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK INASIS MAS DAN TNB


Oleh - Afiq Syafee “Lokasi utama program ini adalah di dewan Inasis MAS dan TNB, dan juga beberapa lokasi di luar UUM seperti bazaar Ramadhan Changlun dan Inasis-Inasis lain di dalam UUM”. “Dengan melibatkan beberapa lokasi di luar UUM, diharapkan lebih ramai orang dapat menikmati hidangan bubur lambuk yang disediakan," Kata Siti Nur Aisyah lagi. Program ini telah berlangsung pada 11 April 2023, sejurus selepas solat Jumaat. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyebarkan semangat bulan Ramadhan, bubur lambuk ini telah berjaya diagihkan kepada ribuan orang termasuk ahli universiti dan orang awam. Pengagihan bubur lambuk dilakukan dengan bantuan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM. Menurut Prof Madya Dr Rohani binti Abdullah, “Berlangsungnya program ini diharapkan dapat memupuk semangat kebersamaan di kalangan komuniti Universiti Utara Malaysia dan juga menyumbang kepada kebahagiaan serta kesejahteraan umum” semasa program agihan bubur lambuk. Menurut beliau lagi, program bubur lambuk ini merupakan salah satu inisiatif korporat yang dijalankan oleh JKPS Inasis MAS dan TNB dengan tujuan memperkukuhkan ikatan sosial dan mewujudkan semangat kebersamaan di antara masyarakat universiti. WARTA BUANA 11 April, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Nur Shamirah Phone: 019-6897333 Email: [email protected]


Oleh - Nur Aishah SINTOK: Inapan Siswa MAS dan TNB (MALTEN) melalui program Malten Festival telah menganjurkan pertandingan Konnichiwa Cosplay yang berunsurkan pakaian Cosplay dari watak Anime Jepun pada 19 Mei lalu. Pertandingan yang diadakan di perkarangan Inasis MALTEN itu telah berjaya mengumpul 14 orang peserta. Pengarah Program, Nabila Balqis berkata, penganjuran pertandingan Konnichiwa Cosplay ini bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar Universiti Utara Malaysia dalam bidang kesenian dan kebudayaan negara Jepun. Beliau juga menegaskan bahawa tujuan penganjuran pertandingan ini adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan pelajar untuk memperagakan cosplay pilihan dari watak Anime kegemaran mereka di hadapan khalayak ramai. Katanya lagi, beliau memilih tema ini kerana beliau berpendapat tema cosplay ini jarang diambil sebagai tema dalam program yang diadakan di UUM. “Saya juga yakin bahawa pertandingan anjuran saya ini akan mendapat sambutan ramai dari kalangan peminat anime yang ada di UUM”, tambahnya lagi. Kehadiran artis terkenal seperti Rina Hime yang dijemput untuk membuat persembahan lagu-lagu bergenre J-Pop dan J-Rock juga telah berjaya menarik kedatangan ribuan orang pelajar UUM pada malam itu. WARTA BUANA 19 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" PERTANDINGAN COSPLAY ANIME JEPUN BANGKITKAN SEMANGAT SISWA DI UUM SINTOK


Oleh - Afiq Syafee Syafiqah yang merupakan peserta pertandingan pada malam itu berkata penyertaannya dalam pertandingan itu disebabkan minatnya yang mendalam terhadap anime Jepun serta untuk mengutip pengalaman kerana beliau berpendapat peluang yang ada di depan mata ini tidak wajar disiakan. “Penyertaan saya dan peserta lain dalam pertandingan ini juga disebabkan tertarik dengan tawaran hadiah yang ditawarkan”, katanya lagi. Pemenang tempat pertama akan membawa pulang wang tunai sebanyak Rm 200 manakala pemenang tempat kedua akan menerima wang tunai sebanyak Rm 150 dan tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai Rm 100. Bagi kriteria pemenang pula, pihak juri hanya menilai perkara asas seperti faktor ketulenan dan keaslian pakaian yang dipilih. Peserta juga akan diadili berdasarkan tahap keyakinan yang ditunjukkan ketika memperagakan Cosplay di atas pentas. Antara barisan juri yang menghakimi pertandingan ini ialah Cik Asmawiza yang merupakan Pegawai Kebudayaan Pusat Budaya dan Seni UUM dan Dr Mohamed Nazreen bin Shahrul Hamid yang merupakan pensyarah kanan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah UUM. Menurut sumber, wakil daripada Inasis TNB telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan malam itu dengan memakai Cosplay daripada Genshin Impact iaitu “Kaeya”. WARTA BUANA 19 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Nur Aishah Phone: 019-6703524 Email: [email protected]


Oleh - Kishoretharan SINTOK: Majlis Aspirasi UCF dianjurkan untuk menghargai penyertaan peserta, jurulatih, ahli jawatankuasa, dan pengurus dalam semua kategori pertandingan di Festival Kebudayaan Universiti Utara Malaysia (UCF) baru-baru ini. Inasis MAS dan TNB (MALTEN) telah turut serta dalam semua kategori pertandingan dan mencapai kejayaan yang membanggakan dalam acara UCF. Antara pertandingan uang disertai ialah Tarian Keluarga Malaysia, Teater Pendek, Busana Klasik, Deklamasi Puisi, Pertandingan Nasyid, Kaligrafi Khat, dan Nyanyian Solo Irama Malaysia. Inasis MALTEN juga telah mencapai pencapaian yang luar biasa dan telah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan dalam kategori inasis bagi UCF 2022. Pencapaian ini menunjukkan Inasis MALTEN ini mempersembahkan prestasi yang cemerlang dalam semua pertandingan yang diadakan. Majlis Aspirasi UCF telah berlangsung di EDC Hotel and Resorts UUM, Sintok, Kedah. Majlis Aspirasi UCF itu turut dihadiri oleh Cik Asmawiza Haji Hussin, Pengarah Pusat Budaya dan Seni UUM, Dr. Rohani Binti Abdullah, Pengetua TNB dan MAS, Dr. Kamarul Azman bin Khamis, Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Dr. Ahmad Marthada Mohammad, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) MALTEN, barisan felo MALTEN dan lebih 150 peserta UCF. Menurut pengarah UCF, Nabila Balqis Binti Ampunani, objektif majlis ini adalah untuk memberikan penghargaan yang sepadan kepada peserta UCF dari MALTEN atas pencapaian mereka yang luar biasa. “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta UCF dan tahniah yang tidak terhingga kepada peserta atas kejayaan yang telah anda capai. Kejayaan ini menjadikan MALTEN sebagai inasis yang sangat berprestij di UUM.” katanya kepada para hadirin Majlis Aspirasi UCF. WARTA BUANA 18 Januari, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" MAJLIS ASPIRASI UCF MERAIKAN KEJAYAAN MALTEN


Oleh - Afiq Syafee “Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan ikatan di antara kedua inasis tersebut serta meningkatkan kerjasama yang lebih baik di kalangan pelajar Inasis MAS dan TNB.” “Saya mengucapkan tahniah kepada peserta yang mencapai kemenangan dalam UCF serta dengan menekankan pentingnya kerjasama antara pelbagai kaum dan semangat hubungan silaturrahim yang telah menonjolkan serta memperkukuhkan imej MALTEN sebagai inasis yang berprestij di UUM." katanya Dr. Rohani Binti Abdullah, Pengetua TNB dalam ucapannya di Majlis Aspirasi UCF. "Saya ingin meluahkan penghargaan yang mendalam atas penganjuran yang berjaya bagi Majlis Aspirasi UCF ini, di mana kebersamaan dan inklusiviti yang ditunjukkan oleh peserta dari Inasis Mas dan TNB sungguh menginspirasi, dan majlis ini bukan sahaja menyambut pencapaian mereka yang luar biasa, tetapi juga menonjolkan kepelbagaian budaya yang kaya di dalam UUM, katanya Dr. Kamarul Azman bin Khamis, Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM. Seterusnya, Kelab Tarian Bidasari membawa tarian kontemporari salsa dance, Mohd Izzudin, artis dari Pusat Budaya dan Seni menghiburkan dengan persembahan solo lagu, Golden Band dan Band buskers Inasis MAS serta TNB menyemarakkan majlis dengan persembahan. Cabutan bertuah turut diadakan, memberi peluang kepada peserta dan hadirin untuk memenangi hadiah serta memberikan unsur kejutan dan kegembiraan, di mana tiga pemenang beruntung berpeluang memenangi hadiah powerbank. Dalam UCF yang akan datang pada tahun 2023, MALTEN berharap dapat terus berjaya dan memberikan sumbangan yang lebih besar dalam pertandingan serta memperkukuhkan reputasi yang cemerlang. WARTA BUANA 18 Januari, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Kishoretharan Phone: 0187830221 Email: [email protected]


Oleh - Raja Aisyah SINTOK: Bersempena Malten Festival 2023 yang diadakan selama empat hari iaitu pada 17 Mei 2023 hingga 20 Mei 2023 anjuran Inasis MAS dan Inasis TNB, UUM, Biro Kerohanian dan Sahsiah dari Inasis MAS dan TNB menganjurkan program Malam Himpunan Rahmat : Majlis Selawat, Qasidah, dan Tausiyah. Menurut Pengarah Program, Aidid bin Nor Akbar, program ini bertujuan sebagai salah satu usaha dakwah bagi mendekatkan Mahasiswa UUM dengan program berunsur kerohanian dan keagamaan. “Program ini dapat mengukuhkan lagi ciri-ciri mahasiswa holistik yang cemerlang dalam pembinaan jati diri masing-masing yang mana merangkumi pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani, dan intelek ”, tambah dia lagi. Selain itu, dia menyatakan bahawa penganjuran sebuah majlis yang diisi dengan selawat, qasidah, dan tausiyah adalah supaya pengunjung tidak mengantuk dan lemau untuk mendengar tausiyah yang diselangi juga dengan qasidah kerana lebih santai dan seronok. Program ini turut diserikan dengan majlis ilmu yang disampaikan oleh dua orang penceramah iaitu Dr. Mohd Murshidi bin Mohd Noor dan Dr. Amirul Haqeem bin Abd. Ghani yang merupakan pensyarah dari Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM. Program Malam Himpunan Rahmat juga mendapat sambutan yang luar biasa daripada pelajar, pensyarah, staf serta pengunjung dari luar UUM khususnya penduduk di sekitar Changlun. WARTA BUANA 17-20 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" MALAM HIMPUNAN RAHMAT: MAJLIS SELAWAT, QASIDAH, DAN TAUSIYAH


Oleh - Afiq Syafee “Majlis ini dimulakan dengan selawat dan qasidah bagi menarik tumpuan pengunjung yang hadir. Seterusnya diikuti dengan tausiyah. Selawat, qasidah, dan tausiyah dilakukan berselang seli supaya pengunjung tidak cepat bosan ”, kata dia lagi. Tausiyah pertama disampaikan oleh Dr. Amirul Haqeem iaitu tentang kepentingan beragama di dalam kehidupan dan antara kandungannya adalah kepentingan mempunyai amalan setiap kali selesai solat dan kisah seorang ulama’ sufi iaitu Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani. Manakala tausiyah kedua adalah daripada Dr. Mohd Murshidi iaitu tentang sebuah pengorbanan sahabat yang membentengi Nabi Muhammad SAW di dalam perang uhud dan kisah Sayidina Abu Bakar bersama Nabi Muhammad SAW di dalam Gua Thur. Di samping mendengar selawat, qasidah, dan tausiyah, pengunjung-pengunjung boleh membeli makanan dan minuman di gerai-gerai berdekatan. Program Malam Himpunan Rahmat berjaya meningkatkan imej inasis MAS dan TNB kerana dapat berkongsi maklumat dan ilmu tentang keagamaan. Program ini juga turut meningkatkan reputasi dan imej UUM sebagai sebuah universiti yang terkemuka kerana penduduk Changlun yang hadir pada Malam Himpunan Rahmat berpuas hati serta memberi maklum balas yang positif. WARTA BUANA 17-20 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Raja Aisyah Phone: 013-8853291 Email: [email protected]


Oleh - Ru Yi SINTOK: Inasis MALTEN (MAS & TNB) telah menjuarai UCF 2022 dengan mendapat tiga pingat emas dan tiga pingat gangsa dalam tujuh pertandingan yang dipertandingkan anjuran Pusat Budaya dan Seni, UUM di Dataran Budaya, UUM baru-baru ini. UCF adalah “University Culture Festival” yang dianjurkan oleh Pusat Budaya dan Seni Universiti Utara Malaysia (PBS UUM) bagi memartabatkan seni-seni tradisional budaya Melayu dalam kalangan pelajar UUM selain meningkatkan kreativiti pelajar dalam pelbagai sudut pertandingan ini. Inasis MALTEN adalah gabungan daripada dua inasis iaitu Inasis MAS (Malaysia Airline) dan Inasis TNB (Tenaga Nasional Berhad). Selain daripada kedua-dua inasis ini, terdapat lagi enam belas inasis yang ada di UUM. Menurut Ketua EXCO Kesenian & Kebudayaan Inasis MALTEN, Nurulaliesa Binti Abdul Halim berkata terdapat tujuh pertandingan yang dipertandingkan dalam UCF kali ini iaitu Ekspresi Puisi, Busana Klasik, Nasyid, Teater Pendek, Nyanyian Solo Irama Malaysia, Tarian Tradisi Keluarga Malaysia, dan Kaligrafi Khat. Beliau juga berkata, Inasis MALTEN telah menjuarai UCF 2022 dengan memenangi tiga pingat emas dalam acara Tarian Tradisi Keluarga Malaysia, Teater Pendek,dan Busana Klasik TNB serta te;ah berjaya mendapat tiga pingat gangsa dalam acara Busana Klasik MAS, Nasyid, dan Kaligrafi Khat. “Latihan selama sebulan setengah telah diadakan dengan bantuan pengurus dan mentor-mentor yang terdiri daripada kalangan felo itu telah berjaya membuahkan hasil.” katanya dalam satu temu bual. WARTA BUANA 26-30 Oktober, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" INASIS MALTEN BOLOT KEJUARAAN UCF 2022.


Oleh - Afiq Syafee Menurut salah seorang peserta Tarian Tradisi Keluarga Malaysia, Muhammad Irfan Zafri Bin Azirulzaimi berkata, “Penyertaan beliau dalam UCF ini meninggalkan pengalaman yang sangat bermakna buat beliau kerana pada sebelum ini beliau juga pernah menyertai pertandingan ini tetapi hanya mendapat tempat ke-3 tetapi pada tahun ini beliau dan pasukan telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tarian dan yang menjadi lebih bermakna apabila inasis MALTEN menjadi juara keseluruhan, saya tidak akan melupakan pengalaman ini.” “Beliau juga menegaskan bahawa beliau banyak mempelajari tentang ilmu baharu semasa menyertai pertandingan tarian ini kerana sebelum ini beliau tidak mempunyai pengalaman dalam bidang tarian.” sambung beliau katakan dalam satu temu bual. Beliau turut menyatakan bahawa penyertaan dalam UCF adalah sangat memenatkan kerana mempelajari seni tarian ini memerlukan masa yang lama untuk berlatih. Dalam jangka masa sebulan setengah, ini dianggap sebagai tempoh yang singkat untuk menguasai kemahiran tersebut. Oleh itu, sebagai peserta, kami perlu bersungguh-sungguh dan berusaha tanpa henti, bahkan mengorbankan tidur untuk menyelesaikan latihan kami. Beliau juga mengatakan bahawa beliau sangat seronok dan bangga mendapat Johan dalam Pertandingan Tarian Tradisi Keluarga Malaysia. Hal ini kerana hasil usahanya akhirnya berjaya juga dan merangkul Juara Keseluruhan UCF 2022. UCF 2022 ini boleh ditonton secara langsung dari media sosial rasmi Facebook - Pusat Budaya UUM. UCF akan dianjurkan lagi sekali pada tahun ini kerana mendapat sambutan yang meriah dari semua inasis dan pelajar. Tarikh akan diumumkan kelak. WARTA BUANA 26-30 Oktober, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Ru Yi Phone: 011-33770989 Email: [email protected]


Oleh - Syaurah Aqilah PERLIS: Ekspo Rekacipta UniMAP 2023 (e-REKA 2023) telah diadakan pada 10 hingga 2023 Mac 2023 di Dewan Ilmu, Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Ekspo ini dianjurkan oleh UniMAP sebagai salah satu platform bagi para pelajar mempamerkan inovasi yang telah mereka cipta. E-REKA 2023 ini membabitkan penyertaan daripada universiti pengajian tinggi dan sekolah seluruh Malaysia yang menggalakkan penyelidik mahupun pelajar untuk menyerlahkan bakat mereka dalam melakukan inovasi. Menurut Presiden JKPS Inasis MAS sesi 2022/2023 iaitu Halimatus Saadiah Binti Totong Johari, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menghantar 2 orang pelajar dari Inapan Siswa MAS dan TNB bagi menyertai karnival ini iaitu Nurul Hidayah Binti Noorainual dan Aina Izzati Binti Shukri. “Inovasi ciptaan mereka iaitu “MALTEN DIO Keydrop” merupakan inovasi yang dapat membantu memudahkan pihak pengurusan dan pelajar untuk urusan penyerahan kunci bilik pada akhir semester selepas waktu pejabat berakhir.” “Hasil inovasi kerja keras daripada dua pelajar ini dalam menghasilkan “MALTEN DIO Keydrop” telah berjaya meraih pingat perak”, jelas beliau lagi. Kejayaan ini telah menaikkan nama UUM di kalangan industri pendidikan. WARTA BUANA 10 Mac, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" PELAJAR MALTEN RAIH PINGAT PERAK KARNIVAL E-REKA 2023


Oleh - Afiq Syafee Dalam pada itu, dengan penyertaan ini, UUM dapat melahirkan ramai pelajar yang tidak hanya cemerlang dalam pelajaran bahkan dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan berinovatif. Menurut beliau lagi, inovasi dan daya kreativiti pelajar juga turut berpotensi untuk dikomersialkan kepada semua inapan siswa di dalam UUM dan diperingkat yang lebih tinggi lagi. WARTA BUANA 10 Mac, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Syaurah Aqilah Phone: 018-9872500 Email: [email protected]


Oleh - Syifaa Zafirah SINTOK: Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, gabungan Inasis MAS dan TNB iaitu MALTEN telah mengadakan majlis Hari Raya di Dewan Bunga Raya, Inasis MAS. Lebih menarik lagi apabila majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohd Foad Sakdan, Timbalan Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Ahmad Martadha serta anakanak yatim dari Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM. “Objektif Majlis Sambutan Hari Raya ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara warga MALTEN,” kata pengarah program Halimatus Saadiah Totong Johari. Majlis yang diadakan ini juga bertujuan untuk beramah mesra bersama Naib Canselor UUM yang baru saja dilantik, berkuat kuasa mulai 2 April 2023 yang lalu,” tambahnya lagi. Perasmian Program MALTEN Festival yang berlangsung pada 17 hingga 20 Mei turut diadakan di dewan tersebut yang disaksikan oleh warga MALTEN, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor serta Dekan HEPA, Profesor Madya Dr. Massudi Mahmuddin. Di samping itu, majlis ini turut dihadiri oleh anak-anak yatim UUM untuk bersama-sama merasai kemeriahan menyambut syawal bersama warga MALTEN dan Naib Canselor. “Saya berasa gembira kerana dijemput untuk memeriahkan majlis ini bersama dengan seluruh warga MALTEN dan anak-anak yatim,” kata Naib Canselor dalam ucapannya WARTA BUANA 12 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" SAMBUTAN HARI RAYA MALTEN BERSAMA NAIB CANSELOR UUM


Oleh - Afiq Syafee Selain itu, pengetua Inasis MALTEN iaitu Profesor Madya Dr. Rohani Abdullah turut menyatakan rasa gembiranya apabila majlis yang diadakan ini mendapat sambutan yang baik daripada seluruh warga MALTEN yang juga dihadiri oleh Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor UUM. Kemeriahan majlis ini semakin dirasai apabila terdapat persembahan nyanyian daripada warga Inasis MALTEN untuk menghiburkan para jemputan yang hadir ketika menjamu selera. Terdapat pelbagai jenis juadah seperti satey, nasi impit dan rendang dihidangkan kepada tetamu yang hadir. Majlis turut menyampaikan sumbangan berupa duit raya kepada anak-anak yatim yang menghadiri majlis tersebut dengan harapan dapat memberikan kegembiraan kepada mereka. Pemberian duit raya kepada anak-anak yatim merupakan suatu ihsan yang baik sekaligus dapat mempaperkan imej dan identiti yang baik bagi kedua-dua inasis ini. WARTA BUANA 12 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Syifaa Zafirah Phone: 019-7657089 Email: [email protected]


Oleh - Ivander SINTOK: Berkat Waktu Sahur is a special event that aims to promote the practice of Sunnah Sahur which has taken place in the early morning of April 7, 2023 from 3:00 to 5:00 am. This program was organized by the Islamic Student Association of the University of North Malaysia (UUM). This program brings together students from Inasis MAS and TNB, members of the UUM community, including UUM Security Unit (UK) and Police officers, as well as school guards in Changlun. The main goal of the Sahur Blessings Program is to provide nutritious food to the public so that they can perform the Sahur prayer well. The distribution of food by members of the Islamic Student Association began with the giving of food to police officers at 3:00 am. "I would like to say thank you to the UUM students for donating food for this sahur. This kind of program is one of the good initiatives that is rarely done by others.” said one of the police officers there. Giving food for suhoor is also one of the ways to appreciate the efforts and energy of police officers who sacrifice their time to maintain the peace and security of the local area. After that, the students continued giving food to the security guards on duty at the schools in Changlun and Sintok. These individuals play an important role in protecting educational institutions and ensuring the safety of students. Program Director, Fatimah said, "The purpose of this program is to appreciate the contribution of time and effort sacrificed by security forces in maintaining the security of an area. WARTA BUANA 07 April, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" BERKAT WAKTU SAHUR: COMMUNITY GATHERING FOR SAHUR AT THE UNIVERSITY DURING RAMADAN


Oleh - Afiq Syafee Furthermore, it is hoped that such an initiative can instill their enthusiasm in shouldering their responsibilities in addition to getting nutritious food, especially in the month of Ramadan." The last food delivery was for UUM staff, especially for the UK side. These people are among the parties who work regardless of the important time just to ensure the peace and security of the area and the citizens of UUM are always guaranteed. The nutritious food prepared for sahur is also given to UUM students. Inasis involved are Inasis MAS and TNB. It is hoped that this effort can help students to get a complete and nutritious sahur meal so that they can live the next day with energy. This program is done with the idea of encouraging them to practice the sunnah of sahur. In addition, people can also instill thoughtfulness and can strengthen relationships with each other. The Blessings of Sahur program has also successfully promoted the sunnah of sahur and fostered a spirit of unity among the participants. The provision of sahur food to target groups such as police officers, school guards, security personnel and students shows the importance of community support and cooperation in the holy month of Ramadan. WARTA BUANA 07 April, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Ivander Phone: +62 812-8505-6441 Email: [email protected]


Oleh - Aizat Fadzilah Kejohanan Piala Naib Canselor Universiti Utara Malaysia 2023 berlangsung pada 7 Jun 2023 sehingga 12 Julai 2023. Kejohanan Piala Naib Canselor ini menganjurkan beberapa sukan antaranya bola sepak (lelaki), bola jaring (perempuan) dan tenpin bowling (lelaki dan wanita). Pusat sukan hari ini telah memutuskan bahawa Karnival Sukan Mahasiswa/Mahasiswi (KASUMA) akan ditunda ke semester hadapan. Namun, Pusat Sukan telah menggantikan dengan Kejohanan Piala Naib Canselor UUM 2023 dan Karnival Sukan Siswi 2023. Dalam temu bual bersama Ketua Exco Sukan dan Rekreasi Inasis MALTEN, Naily Nafiz Nazilah berkata “latihan akan diadakan pada waktu petang selepas kelas, sasaran untuk setiap jenis sukan pada tahun ini agar Inasis MALTEN mendapat podium. Kejohanan Piala Naib Canselor UUM 2023 baru diadakan setelah pandemik Covid-19 berlaku. Kami ingin melakukan yang terbaik dan mendapat pingat bagi membanggakan Inasis MALTEN”. WARTA BUANA 07 Jun- 12 Julai, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" PERSEDIAAN ATLET MALTEN UNTUK PIALA NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) SINTOK: Persediaan atlet-atlet dari Inasis MALTEN gabungan daripada Inasis Malaysia Airlines (MAS) dan Inasis Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi Piala Naib Canselor Universiti Utara Malaysia 2023 sedang giat dijalankan sebelum kejohanan tersebut berlangsung. Pemilihan para atlet giat dijalankan sebelum cuti pertengahan sem supaya para atlet dapat mewujudkan persefahaman yang baik seterusnya mendapat podium bagi setiap pertandingan yang dijalankan. Tujuan kejohanan ini dijalankan bagi menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi menyertai aktiviti-aktiviti sukan yang diadakan di peringkat universiti serta mencari bakat baru untuk mewakili UUM. Pemilihan atlet dilakukan di court Inasis MAS dan Pusat Arena UUM yang melibatkan pelajar-pelajar yang tinggal di Inasis MALTEN. Latihan dan pemilihan atlet diadakan pada hari-hari tertentu pada setiap petang.


Oleh - Afiq Syafee WARTA BUANA 07 Jun- 12 Julai, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Muhammad AIzat Phone: 011-11133514 Email: [email protected] “Mengenai jadual latihan, akan ditentukan kemudian selepas mengadakan pertemuan bersama barisan kejurulatihan. Sekarang ini, mereka akan mula dipanggil sebelum cuti pertengahan sem berlangsung," katanya, ketika dihubungi Warta Buana. Menurut Timbalan Exco Biro Sukan dan Rekreasi Inasis MALTEN pula, Aisyah Juplin “Pengurus pasukan diambil dari kalangan pelajar bagi mendedahkan para pelajar di universiti tentang pengurusan dalam organisasi. Pengurus pasukan haruslah bertanggungjawab dan sentiasa memberikan komitmen yang jitu supaya para atlet juga bersemangat untuk mewakili inasis”. Tambahnya lagi, “Sasaran mendapat podium dalam Kejohanan Piala Naib Canselor bagi Inasis MALTEN ini juga bersempena pelantikan Profesor. Madya. Dr. Rohani binti Abdullah atas kenaikan pangkatnya sebagai Profesor Madya dalam meneruskan kecemerlangan Inasis MALTEN di peringkat universiti. Dijangka seramai 1000 lebih pelajar dari Inasis MALTEN akan menyertai pemilihan atlet kejohanan ini bagi sesiapa yang berminat. Inasis MALTEN terkenal sebagai inasis yang kuat bersaing dengan inasis lain. Ia juga cemerlang dalam dari setiap aspek. Baru-baru ini juga, para pelajar mereka banyak mendapat pingat semasa Pertandingan University Cultural Festival (UCF).


Oleh - AMISSRA SINTOK: MALTEN Festival berkolaborasi dengan Unit Derma Darah Bergerak, Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Bahiyah menjayakan program derma darah bertemakan “Give The Gift of Life” di dewan INASIS TNB. MALTEN Festival juga berjaya menganjurkan kempen derma darah ini dengan kerjasama pengarah program, Nur Amanina Izzati Binti Hamdany. Kempen derma darah dijalankan selama empat hari bermula dari 17 hingga 20 Mei 2023 untuk membuka peluang kepada semua warga Universiti Utara Malaysia (UUM) yang ingin menderma darah. Pendaftaran dibuat kepada setiap penderma darah untuk mencatat jumlah penderma yang menyertai kempen derma darah anjuran MALTEN Festival. Sijil penyertaan, merit dan cenderamata diberikan sebagai tanda penghargaan kepada para penderma”, kata pengarah. Pemberian merit, sijil penyertaan dan cenderamata juga bertujuan untuk menarik perhatian semua mahasiswa dan mahasiswi untuk datang ke MALTEN Festival bagi menyertai program derma darah. Menderma darah harus dilihat sebagai amalan yang sihat dan mulia. Amalan derma darah penting bagi kegunaan sebagai tabung darah oleh pihak hospital untuk merawat mangsa kemalangan ketika waktu kecemasan. Amalan derma darah juga dapat meningkatkan simpanan tabung darah negara. WARTA BUANA 17-20 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" DERMA DARAH (GIVE THE GIFT OF LIFE) MALTEN FEST UUM, SINTOK


Oleh - Afiq Syafee Tabung simpanan darah negara sering mengalami kekurangan bekalan simpanan darah kerana ramai yang teragak-agak untuk menderma. Derma darah juga memberi kebaikan di mana dapat memulihkan kesihatan tubuh badan manusia dengan penumbuhan sel-sel darah baharu untuk kekal segar dan sihat. Dengan penganjuran kempen derma darah ini, MALTEN Festival berharap agar budaya menderma darah dan tahap kesedaran semua warga UUM tentang kepentingan dan kebaikan menderma darah akan meningkat. Keprihatinan dan keikhlasan penderma darah mampu mengumpul 30 hingga 50 beg darah di program darah MALTEN FEST. Kempen derma darah ini dapat meningkatkan reputasi dan imej INASIS MAS dan TNB serta UUM atas anjuran MALTEN Festival dalam menderma darah untuk tabung simpanan darah Hospital Sultanah Bahiyah. WARTA BUANA 17-20 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Amissra Phone: 011-56796604 Email: [email protected]


SINTOK: Acara Tahunan Color Run yang terhenti sejak wabak Covid-19 kini memeriahkan lagi slot MALTEN Fest 2023. “MALTEN Color Run” yang diadakan sempena MALTEN Festival telah diadakan di Inapan Siswa (Inasis) MAS pada 19 Mei 2023. Program ini dianjurkan oleh Inasis MALTEN dan direalisasikan oleh pengarah program, Siti Nur Aishah binti Julpin. Program ini dirasmikan oleh timbalan pengetua Inasis MALTEN, Cik Syarimah Ruwaidah binti Abbas dan felo seliaan Biro Sukan dan Rekreasi, Puan Aida Rasyidah binti Ahmad Muaen. Program larian ini diadakan untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal peserta dengan meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan membangun kekuatan otot serta kecergasan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan rasa pencapaian peribadi kepada peserta dan meningkatkan keyakinan diri mereka. Aktiviti ini juga diharapkan dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara mereka. Larian bermula pada jam 8 pagi di laluan A iaitu dari Inasis MAS, Laluan Inasis Maybank, pintu belakang UUM, dan kembali semula ke Inasis MAS. Laluan B tidak digunakan kerana mementingkan aspek keselamatan peserta kerana laluan itu menjadi laluan utama untuk bas beroperasi dan peserta perlu menghabiskan larian sejauh 4 km. Peserta akan dilemparkan belon yang berisi serbuk pewarna sebagai tanda yang mereka telah berjaya menamatkan larian tersebut. Dapat dilihat setiap kegembiraan yang terukir diwajah mereka apabila mereka telah menghabiskan larian tersebut sekaligus disambut dengan kemeriahan serbuk berwarna di udara. WARTA BUANA 19 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" ‘COLOR RUN’ MEMERIAHKAN FESTIVAL MALTEN 2023 OLEH: SITI NURSHARIZAN


Oleh - Afiq Syafee "Keunikan larian Color Run ini adalah apabila AJK program ini mula melemparkan belon-belon yang berisi serbuk pewarna ke arah peserta,” ujar pengarah program. Bagi Tharini, 22 tahun, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perakaunan daripada Inasis Petronas, beliau amat gembira apabila berjaya merangkul gelaran pemenang tempat pertama bagi kategori wanita di dalam acara ini. “Saya berasa gembira dan bangga apabila berjaya memenangi acara larian yang diadakan ini. Hal ini kerana saya sentiasa melakukan latihan pada setiap hari. Namun begitu, program ini bukan satu-satunya acara larian yang saya sertai tetapi saya juga telah menyertai pelbagai acara larian yang lain walaupun saya sibuk dengan pelajaran saya, saya tetap menyempatkan diri untuk berlatih setiap hari. Saya menjadi bertambah gembira apabila segala usaha yang saya lakukan adalah berbaloi,” katanya. Sementara itu, David, 21 tahun, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara daripada Inasis Tradewind mengujarkan rasa seronok beliau ketika menyertai acara ini. Tambahan pula apabila beliau menyertai acara ini bersama kawan-kawannya dan dapat bersaing secara sihat. “Walaupun saya rasa sangat letih kerana sudah lama tidak berlari tetapi saya berasa seronok apabila berjaya menjayakan larian tersebut. Tambahan pula apabila sayamenyertai pertandingan ini bersama kawan-kawan saya, saya dapat merasakan bagaimana kami dapat bersaing secara sihat,” katanya. WARTA BUANA 19 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Siti Nursharizan Phone: 010-2596501 Email: [email protected]


SINTOK: In an extraordinary display of youth activism, students from across UUM have gathered for an inspirational event titled "Fun Green Day 4.0," aimed at fostering environmental awareness and promoting sustainable practices. The event, organized entirely by students, showcases their commitment to creating a greener and more sustainable future for their community. This program has been organized by the Inasis MAS Community, Integration and International Bureau (Student Boarding - Malaysia Airlines) and the program committee is from the Special Unit Secretariat (SUK) and Inasis MAS volunteers. This program has targeted the involvement of UUM students to become participants. "We do not invite any VIP speakers or guests for our program. Each of our committee members played an important role in making the program a success and with all the contributions of the participants our program ran smoothly on the day.” Said Fatin as the director of this program. One of the highlights of Fun Green 4.0 is an interactive event that features innovative student activities that tackle various environmental challenges, students showcasing their creativity and dedication to finding sustainable solutions”. WARTA BUANA 20 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" MALTEN FEST, FUN GREEN DAY 4.0 - EXPLORING HEALTHY LIVING OLEH: RAFFI RABBANI


Oleh - Afiq Syafee Fatin as the program director also explained, "This program was held on May 20, 2023 during the MALTEN Festival event which was held on May 17 until May 20, 2023. We chose that date because our program is a sub-program of the MALTEN Festival so we have to choose around the date MALTEN party is held. The reason we chose May 20 for our program is because May 20 is Saturday, the last day of the MALTEN Festival and for me it is the best choice to choose the last day because the last day will be less busy than other days because it is the closing day. They also chose that day because we assumed that we could involve many participants because most of the students had no classes except curriculum classes. The purpose of this program is to make UUM students aware of the importance of physical activity to our health. Fatin said "Our program activities involve the participants to go to each given checkpoint, so with this all participants have to walk to each checkpoint and there is also a physical activity involved in each checkpoint that requires the cooperation of the participants". The purpose of this program is also to create awareness about environmental issues at UUM among UUM students. Each group of participants has to pick up trash along the way to the finish line. So, with this they can apply the awareness of caring for our environment. WARTA BUANA 20 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - RABBANI MUHAMMAD RAFFI Phone: 0111-6008370 Email: [email protected] Fatin in an interview said, "The program was held at Dewan Bunga Raya, MAS (DBR). The starting point is at Dewan Bunga Raya but the activities of all checkpoints are around UUM. The reason we chose this place is because this place is strategic for our activities, and we think this place will not be disturbed by other UUM students and there are many places we can use for our checkpoint area. The attractiveness of the location is that this place looks safe and secure for our participants to put and leave all their belongings there during their activities. This is because Dewan Bunga Raya is one of the closed halls that not all students can enter if they do not have the activity". The reason why this program is run is because we want to give awareness to all UUM students who are involved in our program so that they know that we need to take care of the environment so that UUM is spared from pollution problems that can lead to diseases. With this, every UUM student will take care of the environment seriously. They use social media such as WhatsApp and Instagram as a promotional platform to attract UUM students to participate in this program. Program activities are also one of the attractions we use to attract participants and the price given is quite attractive that's why we give hampers and cash prizes to the winners. The steps we take to ensure this program runs smoothly are the time management we focus on, participant involvement and discipline from the participants and the committee


Oleh - Afiq Syafee The success of Fun Green 4.0 has already sparked discussions about making it an annual event and expanding its reach to include more schools and organizations. It is clear that the students' commitment to the environment has always been there, and their collective efforts will continue to have a significant impact on their society and beyond. Universiti Utara Malaysia can be proud of its young environmental champions, whose enthusiasm and activism are an example to us all. As we witness the success of Fun Green Day 4.0 from Inasis MALTEN Fest, it is evident that the future is indeed in safe hands, driven by a generation determined to preserve our planet for future generations. WARTA BUANA 20 Mei, 2023 "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" Penulis - Raffi Rabbani Phone: 0111-6008370 Email: [email protected]


Pada tahun 2014, buat pertama kalinya beliau mewakili sekolahnya dalam bidang golf di peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) namun tidak berjaya meraih kemenangan unutk kategori golf perempuan bawah 12 tahun. Selepas selesai sekolah rendah, beliau menlanjutkan pembelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 1 pada tahun 2015 dan berjaya mendapat tempat ke-4 pada tahun berikutnya didalam pertandingan golf perempuan katogeri bawah 15 tahun. Setahun selepas itu, Zakiah tidak lagi aktif bermain golf apabila keluarganya berpindah dari Johor ke Selangor. Disebabkan keluarganya berpindah lalu Zakiah dimasukkan ke Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi pada tahun 2016 hingga tamat persekolahannya pada tahun 2019. Walaupun beliau ditempatkan di kawasan baru, ia tidak menjejaskan minat beliau dalam bidang sukan. Zakiah mewakili sekolahnya dalam sukan bola jaring dan juga lompat tinggi untuk sukan balapan dan padang. Pada tahun 2017, beliau bejaya menyumbang pingat emas dalam acara lompat tinggi untuk sekolahnya untuk kategori perempuan bawah 15 tahun. Namun hanya berjaya meraih pingat gangsa dalam acara yang sama untuk dua tahun berikutnya iaitu tahun 2018 dan 2019. Disebabkan Zakiah seorang yang minat sukan, beliau mula bermain sukan ragbi di Kelab Cobra Ragbi, Petaling Jaya pada tahun 2018. Beliau mendapat tawaran untuk sesi pemilihan pasukan SUKMA dalam acara ragbi Selangor pada akhir tahun 2018 sewaktu beliau berusia 16 tahun. Beliau berjaya mendapat tempat dalam pasukan SUKMA ragbi Selangor yang hanya memilih 16 orang sahaja. Walaubagaimanapun, bapa Zakiah tidak mengizinkannya untuk menjadi sebahagian dalam pasukan ragbi kerana kerisauannya dalam membenarkan anak perempuannya untuk mewakili Selangor dalam sukan yang lasak itu. Kebolehan saudari Zakiah dalam banyak bidang sukan sudah terbukti bahawa Zakiah seorang yang berbakat. Namun beliau pernah berkata “bakat tanpa usaha akan kalah dengan usaha tanpa bakat”. Akhir kata, beliau merupakan seorang yang aktif di dalam banyak bidang sukan dan sering mencari peluang baru. “Antara sebab utama yang menyebabkan saya minat sukan adalah kerana saya belajar bahawa usaha yang dilakukan tidak akan menghianati hasilnya” katanya. SINTOK: Bakat diasah usaha merealisasikan impian Nurul Zakiah binti Mohd Pisar, 21, seorang pelajar Universiti Utara Malaysia jurusan Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan yang merupakan atlet bola jaring Universiti. Baru baru ini, beliau mewakili UUM dalam pertandingan tertutup daerah Kubang Pasu pada tarikh 17 Jun 2023. Sejumlah 12 pasukan yang bertanding dan UUM menghantar dua pasukan di dalam pertandingan tersebut. Zakiah yang mewakili pasukan WEREWOLF UUM merupakan johan keseluruhan dalam pertandingan tersebut. Mereka berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah RM1000 berserta medal. Kehadiran beliau didalam pasukan bola jaring Inasis Mas sangat membantu dalam kejohanan Piala Naib Canselor UUM tahun 2023 yang masih berlangsung. Setakat hari ini, pasukan bola jaring Mas berjaya mengutip mata penuh dalam tiga perlahawanan dengan meraih kemenangan yang selesa. Selain itu, pencapaiannya di dalam sukan bola jaring dapat meningkatkan imej inasis Mas di Universiti Utara Malaysia. Pada tahun lepas, beliau berjaya membantu pasukan bola jaring Inasis Mas meraih naib johan dalam kejohanan KASUMA. Walaupun Zakiah pelajar tahun 2, beliau berjaya mewakili pasukan bola jaring universiti di peringkat daerah dan menjadi salah satu pemain utama. Mari kenali saudari Zakiah dengan lebih mendalam untuk dijadikan inspirasi kepada peminat sukan di seluruh institusi. Dilahirkan pada tanggal 12 Julai 2002 di Hospital Besar, Ipoh. Beliau merupakan anak ketiga dari empat adik beradik. Beliau dibesarkan oleh pasangan yang terdiri daripada seorang anggota bomba dan seorang cikgu. Zakiah dan keluarga berpindah ke johor pada tahun 2006 kerana mengikuti bapanya mendapat tawaran kerja disana. Ibu bapanya menghantar beliau ke kelas taekwondo di usia lima tahun disebabkan beliau seorang yang sangat aktif sejak kecil lagi. Tujuan lain adalah untuk memberi Zakiah ilmu pertahankan diri. Ini adalah sukan yang pertama diceburi oleh saudari Zakiah. Pada tahun 2009, beliau memulakan pembelajarannya di Sekolah Kebangsaan Tasek Utara, Johor. Beliau kekal melanjutkan pembelajarannya di SK Tasek Utara sehingga tahun 2014. Sebelum beliau mewakili sekolah dalam sukan bola jaring, saudari Zakiah sudah bergiat aktif di sekolah kerana beliau mewakili sekolahnya dalam acara sukan balapan dan padang dalam acara lompat tinggi dan juga lumba lari. Sewaktu berusia lapan tahun, beliau mengikuti ibunya yang melatih anak murid di sekolahnya sukan bola jaring dan disitulah titik permulaan beliau menjadi pemain bola jaring. Zakiah mula mewakili sekolah dalam sukan bola jaring pada tahun 2013 sewaktu beliau berusia 11 tahun. Sementara itu, Zakiah juga didedahkan dengan sukan golf kerana bapanya yang selalu bermain bersama rakan-rakan. Beliau mula bermain golf pada usia 11 tahun dan dilatih oleh bapanya sendiri. RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" AFIQ SYAFEE | @WARTABUANA | 013-3668818 5 JUN 2022 EDISI #1 “BAKAT TANPA USAHA AKAN KALAH DENGAN USAHA TANPA BAKAT” Pasukan WEREWOLF UUM yang meraih johan di pertandingan bola jaring tertutup Kubang Pasu pada 17 Jun 2023.


RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" AFIF SYAFIQ | @WARTABUANA | 013-3668188 5 JUNE 2022 EDISI #1 "PERJALANAN DALAM MEMBINA KEPIMPINAN MAHASISWA" - PRESIDEN JKPS MAS SINTOK: “Bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah”, demikian pesanan Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) INASIS MAS, Halimatus Saadiah binti Totong Johari. Halimatus Saadiah, atau lebih dikenali sebagai Dhia, menceritakan pengalamannya sebelum memegang jawatan Presiden JKPS MAS. Anak kelahiran Johor Bahru itu memulakan pendidikan awalnya di SK Bukit Lintang, Kota Tinggi, sebelum melanjutkan pelajarannya di SMK Laksamana. Anak bongsu dari tiga orang adik beradik ini melanjutkan pengajiannya di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media dengan Kepujian. Bermula dari bawah, seperti itu jugalah perjalanan beliau sebelum memikul tanggungjawab sebagai majlis tertinggi dalam organisasi. Perjalanan terulung beliau ini dimulakan dengan melibatkan diri dengan menjadi sekretariat di bawah Biro Latihan Akademik dan Learning Hub Psychosocial, INASIS MALTEN. Bukan itu sahaja, Dhia juga aktif menyertai sebagai AJK bagi program-program di bawah Institute of Public Relations Malaysian Students Association (IPRMSA-UUM). Pada tahun kedua, beliau telah menjawat beberapa jawatan seperti Setiausaha IPRMSA-UUM, Exco Biro Latihan Dan Akademik JKPS/RS INASIS MALTEN serta Sekretariat MPP Kluster Media Korporat. “Banyak perkara yang dapat saya belajar semasa bekerja dalam organisasi seperti kemahiran berkomunikasi dan juga pengurusan masa,” katanya ketika ditemubual. “Kemahiran seperti ini yang tidak ternilai kerana ia tidak diajar di dalam kelas, malahan dapat membina jaringan dengan komuniti yang saya percaya ia mampu memberi kebaikan” tambahnya. Selepas itu, Dhia sekali lagi menyertai sesi temuduga untuk JKPS MAS pada tahun ketiganya. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Beliau dilantik sebagai Presiden JKPS untuk sesi kali ini. “Saya tidak menjangka untuk berjaya menjawat jawatan ini kerana terdapat lebih ramai calon yang jauh lebih layak tetapi saya percaya kepada hikmah Allah dan saya ingat kembali niat saya membuat keputusan untuk menyertai temuduga dimana selagi Allah memberi pinjam kudrat akan saya cuba untuk memberi manfaat.” ujarnya. Sepanjang menjawat jawatan Presiden, terdapat banyak kejayaan yang diperoleh Dhia dari aspek kebajikan dan pembangunan pelajar. Namun, kejayaan yang paling tidak dapat dilupakan beliau ialah apabila pihak JKPS INASIS MAS menerima lawatan Benchmarking kolej kediaman dari Universiti lain seperti Universiti Malaysia Pahang dan UiTM Shah Alam. “Saya rasa sangat gembira kerana segala usaha dan keringat kami curahkan selama ini membuahkan hasil. Namun begitu ia bukan sebab utama kami. Perjuangan sebenar semestinya adalah untuk berkhidmat demi kebajikan dan pembangunan seiring dengan nama ‘Jawatankuasa Kepimpinan Dan Pembangunan Siswa’,” jelas beliau. Menjadi seorang yang memikul banyak tanggungjawab yang sukar bagi seorang pelajar, namun bagi Dhia, ia tidak sukar jika kita dapat kenalpasti tujuan dan matlamat kita. “Selepas memikul jawatan Presiden, masa untuk diri saya sendiri sangatlah terhad. Tetapi jika kita pandai menguruskan masa untuk tugasan, diri sendiri, dan kawankawan, ia tidak susah,” katanya apabila disoal tentang cara pembahagian masa. Jelaslah bahawa Dhia merupakan seorang yang berintegriti, mempunyai fokus, dan pandai membahagi masa dalam kehidupannya yang sering sibuk. Walau bagaimanapun, tidak lama lagi barisan Majlis Tertinggi JKPS sesi kali ini akan dibubarkan. Dhia berharap penggantinya akan memberikan komitmen dan juga usaha yang seiring atau lebih darinya. “Saya berharap pengganti saya dapat mencari ilham dan motivasi jika berasa sukar, dan juga selalu mengingati tujuan dan niat kenapa memilih untuk berkhidmat dengan JKPS.” katanya sebagai nasihat untuk penggantinya apabila merasa sukar. Halimatus Saadiah, kiri sekali bersama pelajar UUM lain yang terlibat dengan program Asean Cooperative Program.


RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" LIM XIN YEE | @WARTABUANA | 019-4159987 5 JUNE 2022 EDISI #1 MALTEN-PRODUK INOVASI “MALTEN DIO KEYDROP” DILAHIR SINTOK: Produk inovasi “MALTEN DIO KEYDROP”, Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya memenangi pingat perak sempena Ekspo Reka Cipta (eREKA 2023) di Universiti Perlis Malaysia (UniMAP) pada 10 Mac hingga 12 Mac 2023. Produk inovasi “MALTEN DIO KEYDROP” merupakan idea terbaru yang memberikan nilai tambah dan berdampak positif bagi pelajar dan staf UUM. Pameran ini disertai dengan menampilkan produk inovasi yang direka oleh pasukan “MALTEN DIO KEYDROP” yang terdiri daipada dua orang Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inasis MAS/TNB dan enam orang staf UUM termasuk Pengetua MAS/TNB Prof Madya Dr Rohani Abdullah. Dr Rohani berkata bahawa produk inovasi “MALTEN DIO KEYDROP” yang dipaparkan dalam pameran ini adalah hasil kreativiti pelajar dan staf yang memudahkan rutin mereka dalam pengumpulan dan penyimpanan kunci Inasis MAS/TNB. “Pada peringkat awal, produk ini banyak menggunakan bahan kertas dan reka bentuknya tidak seperti hari ini. “Selepas banyak inovasi dan baik pulih dari segi fungsi yang lebih efektif, akhirnya reka bentuk dan fungsi terkini yang diberi nama MALTEN DIO KEYDROP tercipta,” ujarnya. Tambah beliau lagi, produk ini menggunakan bahan terbuang seperti papan tebal dan plastik sepenuhnya. “Malah, kami membahagikan lima kunci lubang dalam MALTEN DIO KEYDROP untuk setiap blok Inasis MAS/TNB. “Produk yang dihasilkan melalui bahan terbuang ini memudahkan pelajar untuk menyimpan kunci secara sistematik dan jimat masa,” jelasnya. Beliau juga menyatakan bahawa produk ini mesra pengguna bagi pelajar dan staf UUM kerana ia dapat mempercepatkan proses pengumpulan dan penyimpanan kunci mereka semasa waktu pejabat. “Sebelum itu, proses pengumpulan dan penyimpanan kunci bilik inasis agak menyukarkan staf untuk menyusun kunci masingmasing serta kunci dikumpulkan di satu kawasan dan dicampur dengan blok pelajar yang lain,” jelas beliau lagi. “Sudah banyak kali ujian dilakukan dan hasilnya sangat bagus yang mana bahan binaan produk itu tidak jatuh, sentiasa kukuh dalam apa-apa keadaan. Selain itu, produk ini boleh dialihkan pada bilabila masa, “Produk ini memudahkan para pengguna UUM untuk mengumpul dan menyimpan kunci bilik Inasis MAS/TNB. Apa yang paling penting ia menjimatkan bahan terbuang bagi menjaga kebersihan alam sekitar UUM,” katanya. Secara ringkasnya, “MALTEN DIO KEYDROP” merupakan inovasi yang unik kerana dibangunkan dari pelbagai pengalaman pelajar dan staf UUM. Kreatif dan inovatif pelajar dan staf UUM dalam penghasilan produk DIO KEYDROP telah meningkatkan reputasi Inapan Siswa MAS dan TNB. Dr Rohani berasa bangga kerana hasil kreativiti rekaan pelajar dan staf UUM dapat diinovasikan dan dianugerahkan pingat perak dalam pameran ini. Menurutnya, kemenangan ini bukan sahaja memberi semangat kepada peserta yang menyertainya, sekali gus memberi kegembiraan yang telah berjaya mencapaian julung kali dalam penyertaan eREKA 2023 ini. Yang turut sertai Warden Inasis MAS/TNB, Md. Zaini Hamidan; Penolong Pengetua Inasis MAS/TNB, Dr Mohd Fitri Yusoff dan Dr Anirul Haqueem; Naib Pengerusi Inasis MAS/TNB, Cik Sharima Ruwaida; Ketua Pegawai Penyelidik Sosial, Encik Nik Mohd Baidzani Haddad Ibrahim; Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inasis MAS/TNB, saudari Nurul Hidayah Noorainual dan Nur Fatin Nasuha Shamas. Sesi bergambar dengan wakil-wakil Inasis MALTEN, UUM dan pengarah UniMAP dan Produk inovasi “MALTEN DIO KEYDROP” dianugerahkan pingat perak sempena Ekspo Rekacipta UniMAP (eREKA 2023).


RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" GAN CE WEI | @WARTABUANA | 011-31943796 31 MEI 2023 EDISI #1 LAWATAN PERTUKARAN BUDAYA PELAJAR ANTARABANGSA SINTOK: Program pertukaran budaya pelajar antarabangsa antara negara Malaysia dan negara Thailand telah berjaya diadakan di Prince of Songkla University (PSU). Program ini berjalan dengan lancar dan begitu meriah kerana terdapat banyak interaksi dan penglibatan pelajar. Program ini merupakan lawatan pertukaran budaya. Sehubungan dengan itu, lawatan pertukaran budaya ini bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan keusahawanan pelajar tetapi juga memberi pengalaman kepada pelajar yang terlibat. Program ini berlangsung selama lima hari iaitu dari 27 hingga 31 Mei 2023 dan ianya dilangsungkan di PSU. Felo Inasis MALTEN, Cik Sharima Ruwaida juga dijemput untuk menghadiri program tersebut. Bukan itu sahaja, sebanyak 30 orang pelajar dari Inasis MALTEN juga dipilih untuk mengambil bahagian dalam program ini. HEP, Dekan, dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari PSU juga terlibat dalam program tersebut. Terdapat banyak maklumat yang diberikan semasa program tersebut. Sebagai contohnya, maklumat mengenali kemahiran keusahawanan melalui jualan hasil karya batik. Hal ini dapat membantu pelajar pada masa akan datang. Presiden kepada Jawatankuasa kepimpinan dan pembangunan pelajar dari Inasis MAS, Nur Syafawati binti Roslan berkata, “ceramah perkongsian alumni-alumni juga diadakan sepanjang program ini. Mereka berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar sekolah rendah ketika ‘English Day Camp’ hari itu.” Tambah beliau lagi "terdapat kekangan semasa bekerjasama dengan pelajar-pelajar negara Thailand untuk mengadakan program tersebut. Sebagai contoh, kekangan dari segi bahasa". Jelaslah bahawa halangan dari segi bahasa merupakan halangan yang amat menyukarkan pelajar antara dua negara untuk berinteraksi. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka perlu mengguna bahasa yang berbeza untuk berinteraksi antara satu sama lain untuk memajukan program tersebut. “Jualan hasil karya batik juga dijalankan oleh pelajar-pelajar UUM. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran keusahawanan pelajar dan juga dapat pengalaman menjual barang.” Timbalan Pengarah Program dari Inasis TNB, Abdul Harraz Abdullah Deen berkata. Selepas ceramah perkongsian keusahawanan, sesi soal jawab diadakan supaya pelajar-pelajar dapat bertanya soalan yang tidak fahami. Terdapat banyak soalan yang ditanya oleh pelajar. Hal ini menunjukkan pelajar sedar dan mengambil perhatian dalam keseluran ceramah. Lebih-lebih lagi, terdapat banyak maklum balas dan komen positif daripada pelajar. Pelajar juga mengatakan pengalaman diri sendiri selepas menyertai program ‘Sawadee PSU.’ Timbalan Pengarah Program inasis TNB mengatakan beliau sudah terbiasa dengan budaya Thailand. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau dilahirkan di Thailand tetapi bukan sepenuhnya merupakan orang Thailand. Beliau juga menyebut bahawa ketika belajar dan mendapat pengetahuan dan budaya tambahan, beliau berasa lebih rapat dengan mereka. Hakikatnya, mereka menjadikan kami berasa dialu-alukan. Hal ini menunjukkan betapa mereka ingin menjalankan program ini dengan lancar. Dengan itu, hubungan antara UUM dan PSU juga dapat dieratkan. “Pada pandangan saya, ia bukan sahaja mengenai ikatan antara UUM dan PSU, tetapi ikatan yang tercipta di kalangan peserta UUM dan PSU juga adalah penting.” kata beliau lagi. Selepas itu, pemberian cenderahati kepada pihak PSU juga dilangsungkan. Mereka mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang berkenaan. Foto berkumpulan juga dilakukan pada akhir program. Program ini berjaya ditamatkan. Dengan ini, identiti UUM dan PSU turut ditingkatkan. UUM dan PSU berasa bangga kerana kerjasama antara mereka dapat mengambil peluang ini untuk menjayakan satu program. Hal ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman menganjurkan program. UUM telah mendapat reputasi yang baik kerana pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam program tersebut. Selain daripada itu, imej UUM dan PSU juga meningkat. Aktiviti dijalankan di program Sawadeeka PSU.


RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" NURALIA NABILAH BINTI RUSLAN | @WARTABUANA | 011-39110925 5 JUNE 2022 EDISI #1 SSSD UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DISANJUNG DI ATAS KEPRIHATINAN MENJAGA KEBAJIKAN PELAJAR SINTOK: Student Support and Services Division (SSSD) merupakan satu bahagian yang berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). SSSD telah diperbaharui semula kepada Bahagian dari Unit pada awal Januari 2020. SSSD berperanan penting dalam menangkis isu dan masalahmasalah kebajikan pelajar termasuk menyelesaikan kes-kes yang berkaitan kebajikan pelajar di Universiti Utara Malaysia. SSSD secara lazimnya menjalankan amanah penting dalam mentadbir serta mengurus mahupun bertindak sebagai perantara di antara pelajar dan agensi-agensi kerajaan dan sebagainya yang merekomendasikan biasiswa dan bantuan kebajikan kepada semua pelajar UUM. Dengan visi dan moto yang hebat, SSSD terus meneraju kecemerlangan dalam melindungi dan menyalurkan pelbagai kebajikan serta bantuan kepada para pelajar Universiti Utara Malaysia. En. M Shahadat Ali Nordin selaku Penolong Pengarah SSSD serta rakan sejawat yang lain telah membantu ribuan pelajar UUM yang mengalami masalah kebajikan dengan pelbagai bantuan yang telah disediakan dengan jayanya. Walau bagaimanapun, masih ramai pelajar yang tidak menyedari kewujudan SSSD dan tidak mengetahui bahawa UUM amat menitikberatkan perlindungan kebajikan pelajar. En. M Shahadat Ali Nordin telah hadir pada sesi Sembang Petang Bersama SSSD di Pesta Malten baru-baru ini bagi berkongsi dan menjelaskan sedikit sebanyak mengenai SSSD kepada pelajar. “Apabila kita sebut kebajikan ia jadi mudah, tetapi apabila kita lakukan kebajikan itu ia menjadi payah kerana kebajikan memiliki banyak proses yang perlu dilalui”, kata beliau di awal majlis. Beliau turut menjelaskan, “Kebajikan di UUM merupakan konsep atau situasi menang bagi dua pihak iaitu pihak pelajar dan pihak SSSD serta universiti, dimana ia tidak berat kepada sebelah pihak sahaja”. Tambahan beliau, “Jika para pelajar menerima sebarang kebajikan, pelajar boleh menikmati apa yang diberi tanpa perlu dipulangkan seperti bantuan kewangan”. Antara bantuan yang telah ditekankan oleh beliau pada program petang itu adalah, Sokongan Kewangan iaitu Skim Tabung Kebajikan Pelajar. Tabung ini diwujudkan bagi memastikan sumber kewangan sentiasa tersedia untuk meringankan beban kewangan pelajar yang menghadapi masalah atau kecemasan. Menurut beliau, jumlah bantuan ini tertakluk kepada syarat yang berkuatkuasa. Contohnya, Bantuan Khairat Kematian bagi pelajar yang meninggal dunia adalah sebanyak RM1, 500. Bantuan Pinjaman dan Biasiswa turut disediakan kepada pelajar. Antaranya ialah Pinjaman Pendidikan Yayasan, Pinjaman Jangka Pendek UUM, Kebajikan Pelajar OKU dan Orang Asli serta Bantuan Kesihatan yang tidak dilindungi polisi insurans. En. M Shahadat Ali Nordin turut menjelaskan mengenai Bantuan Makanan Food Bank yang dilancarkan oleh Bahagian SSSD di pejabat mereka dimana para pelajar boleh dating untuk mengambil pelbagai makanan yang disediakan sebanyak mungkin tanpa dikenakan caj bayaran. Bagi pelajar kurang upaya, Bantuan Kewangan OKU dibawah persediaan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia turut disediakan dengan jumlah RM5, 000 setahun. Selain itu, Bantuan JAKOA (Biasiswa) bagi pelajar Orang Asli berjumlah RM5, 000 per semester juga mereka sediakan. “Bantuan Komputer Riba Berjumlah RM2,000 serta Bantuan PerantiSiswa yang diberikan kepada pelajar merupakan antara kebajikan yang SSSD salurkan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia”, katanya. Sementara itu, hadir sama Pegawai Psikologi, En. Muhammad Noor Fitri Ahmad dan Pengetua Inasis MAS, Prof Madya Dr. Rohani Abdullah bagi menyempurnakan program itu di Pentas Utama, Pesta Malten. Di samping itu, setelah tamat sesi soal jawab, Bantuan Voucher Makanan berjumlah RM7,000 disampaikan oleh En. M Shahadat Ali Nordin kepada Pengetua Inasis MAS. Bantuan voucher makanan itu seterusnya diagihkan kepada semua peserta yang terlibat dengan Program Sembang Petang itu dengan jumlah RM70 seorang. En. M Shahadat menyampaikan Bantuan Komputer Riba kepada pelajar dan pelajar menerima Bantuan Makanan FoodBank


RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" JANUSSHA A/P JANASAGRAN | @WARTABUANA | 017-7208059 5 JUNE 2022 EDISI #1 BULAN RAMADAN YANG PENUH BERKAT BERSAMA INASIS MALTEN SINTOK: Baru-baru ini sambutan Hari Raya Aidilfitri telah disambut meriah oleh semua saudara yang beragama islam di seluruh dunia. Sambutan perayaan ini disambut selepas bulan ramadan iaitu bulan puasa selama satu bulan. Bulan ramadan ini diberkati dengan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada umat islam. Begitu juga , di Universiti Utara Malaysia terutamanya di Inasis MALTEN. Inasis MALTEN telah giat menganjurkan aktiviti yang dapat memanfaatkan pelajar penginapan tersebut. Antaranya adalah,Majlis Iftar Ramadan oleh inasis Mas dengan TNB (MALTEN) dengan kolaborasi PKPIM telah diadakan dengan begitu meriah dan disambut baik oleh kedua-dua inasis pelajar serta wakil daripada PKPIM. Program kesukarelwanan yang bertujuan untuk menyediakan juadah berbuka kepada 100 orang pelajar daripada inasis Mas dan TNB ini diadakan di Open Hall inasis TNB bermula pada jam 6:30pm dengan kehadiran pelajar. Pengarah program iftar ramadan ini iaitu Aidid Bin Nor Akbar berkongsi harapanya setelah menjayakan program ini. “Syukur Alhamdulillah semoga kolaborasi seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang sebab ia dapat memberi pendedahan pada pelajar tentang NGO di negeri Kedah khususnya. Program ini dihadiri oleh wakil PKPIM iaitu Timbalan Presiden PKPIM Kedah yang berkongsi keberkatan berpuasa, kelebihan lailatulqadar dan sebagainya. Program ini dimulakan dengan bacaan al- Mathurat daripada wakil PKPIM. Wakil PKPIM yang berucap ketika program ini menekankan tentang malam lailatul qadar bertujuan untuk menambahkan ilmu kepada pelajar mengenai empat kelebihan malam lailatulqadar iaitu amalan berkat, makbul doa malam rahmat dan malam keberkatan. Tambahan pula, makna perkataan lailatul asalnya dan keistimewaannya iaitu baik daripada 1000 bulan, turunnya Jibril dan para malaikat serta keberkatan malam. Tidak dinafikan juga sebab program sebegini diadakan untuk mengimarahkan bulan ramadan dengan aktiviti iftar jamaie sekaligus dapat meringankan beban pelajar dengan menyediakan juadah berbuka secara percuma serta mengeratkan silaturahim antara pelajar inasis MALTEN. Berdasarkan keistimewaan dan keberkatan yang diagihkan sepanjang bulan Ramadan ini, jelaslah betapa Allah memerintahkan umat Islam untuk memanfaatkan kelebihan dan ganjaran yang dikurniakan-Nya kepada mereka melalui program sebegini. Umat Islam di UUM ini boleh melakukan ini tentunya dengan melakukan amal soleh tambahan di samping berpuasa seperti solat Tarawih, bacaan al-Quran, sedekah, solat, dan banyak lagi. Manakala, PKPIM yang berhasrat memupuk ilmu kepada pelajar telah mencapainya setelah berjaya meningkat imejnya dengan kolaborasi bersama MALTEN. Di samping majlis iftar yang penuh bermulia, Inasis MALTEN terus berinisiatif untuk menganjurkan program lain juga ketika bulan Ramadan. Antaranya ialah , pemberian sumbangan makanan percuma, baju raya serta duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Anak Yatim, Universiti Utara Malaysia (UUM). Program Iktifal Ramadan MAS: Santuni Anak Yatim ini berlangsung selama dua hari diadakan secara kolaborasi inasis MALTEN dengan Elrah Exclusive dan Cafe Pine 2. . Anak-anak yatim di bawah penyeliaan tadbir Pusat Islam UUM ini, mendapat baju raya yang ditaja oleh Elrah Exclusive manakala makanan berbuka puasa serta duit raya diberi oleh Cafe Pine 2. Program ini dimeriahkan dengan kehadiran Pengetua Inasis MALTEN, Prof. Madya. Dr.Rohabi Binti Abdul dan barisan felo inasis MALTEN. Bukan sahaja berjaya mencapai objektif program ini, iaitu membantu anak-anak yatim malah Inasis MALTEN juga berjaya memantapkan identitinya dan meningkatkan imej inasis dengan kolaborasi mereka. “ Senyuman yang terukir di wajah anak-anak yatim ini cukup untuk menggambarkan kejayaan kami dalam menjayakan program ini”, itulah kata-kata daripada pengarah program, Amiqah Balqis. Inasis MALTEN bukan sahaja telah giat mengadakan aktiviti ketika bulan ramadan yang mulia malah telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang berkat dan juga kebaikan yang didukung oleh setiap program ini. Dalam pada itu, kolaborasi antara kedua-dua inasis MALTEN ini telah mengeratkan lagi hubungan silaturahim apabila program Bubur lambuk MALTEN dianjurkan pada bulan Ramadan yang mulia itu. Disertai juga, Pengetua Inasis MALTEN Prof. Madya. Dr.Rohabi Binti Abdul, para felo, staf serta UPSB dan JKPS. Masakan bubur lambuk ini dimeriahkan lagi apabila para pelajar daripada kedua-dua inasis ini berganding bahu untuk menghasilkannya bertempat di Open hall TNB bermula pada waktu pagi sehinggalah pukul tiga petang. Bubur lambuk ini telah diagihkan kepada semua inasis di UUM serta di luar kawasannya seperti di tempat imigresen, kawasan bazar ramadan di changlun serta inasis-inasis lain seperti SME , Bank Rakyat , BSN. Bubur lambuk juga telah diagihkan kepada “student lounge” para MPP. Kawasan - kawasan ini telah menjadi tumpuan orang ramai malah memberi pendedahan dan reputasi yang baik kepada inasis MALTEN mahupun UUM. Program sebegini bukan sahaja memupuk semangat pelajar untuk turut terlibat tetapi juga menambahkan berkat kepada setiap umat islam di bulan ramadan ini. Malah, kerana bubur itu dibuat secara bersama- sama sebelum berbuka, ia menjadi lambang perpaduan dan perpaduan umat Islam di Malaysia. Selaras dengan matlamat ramadan inasis MALTEN erti kesyukuran dan sifat empati terhadap golongan kurang berkemampuan mahupun pelajar universiti penganjuran program sebegini membawa pelbagai makna serta patut dilakukan lagi. Majlis Iftar dan Ilmu Inasis MALTEN X PKPIM


RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" NUR AISHAH | @WARTABUANA | 019-6703524 5 JUN 2023 EDISI #1 PENGLIBATAN MAHASISWA UUM DALAM MISI SUKARELAWAN MEMBUAHKAN HASIL SINTOK: Penglibatan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam pelbagai misi sukarelawan sama ada misi di dalam dan luar negara tidak menjadi asing lagi dalam kalangan rakyat negara ini. Ini kerana, sukarelawan UUM sentiasa menjadi pasukan sukarelawan IPTA terawal yang menghantar penyertaan ketika berlakunya bencana alam di negara ini. Pasukan sukarelawan yang diketuai oleh, Mohd Khairone B. Md Khatidin yang merupakan Pegawai Psikologi Kanan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM ini sentiasa bersedia menabur khidmat dan menyumbang bakti kepada yang memerlukan. Menurut Mohd Khairone, pasukan sukarelawan UUM diperkuatkan dengan adanya satu kumpulan khas yang digelar “Avengers UUM” yang menjadi ketua kepada ahli sukarelawan lain. “Pasukan Avengers ini banyak membantu mengurus dan merancang aktiviti sukarelawan”, tambahnya lagi. Antara kriteria yang diperlukan untuk menjadi ahli Avengers UUM ialah pelajar itu mestilah mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi serta kemampuan untuk mengurus kumpulan yang baik. Pasukan sukarelawan UUM banyak menghantar penyertaan dalam misi bencana banjir di sekitar Malaysia. Contohnya, pada Mac baru-baru ini, seramai 60 orang sukarelawan UUM telah digerakkan ke Johor untuk melakukan misi pembersihan pasca banjir. Misi sukarelawan yang terdiri daripada 50 orang pelajar dan 10 orang staf itu telah berkhidmat melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir seperti di Segamat, Tangkak dan Batu Pahat. Selain daripada membersihkan kawasan rumah yang dilanda banjir, mereka juga telah mengedarkan 100 kotak bantuan makanan dan kesihatan kepada mangsa banjir. Selain daripada terlibat dalam misi bencana alam, pasukan ini juga aktif menyertai misi menjaga alam sekitar seperti menyertai misi yang diberi nama “Trash Hero UUM”. Aktiviti yang dilangsungkan di Kampung Seberang Pumpong, Alor Setar ini disifatkan sebagai salah satu usaha untuk menabur bakti kepada alam sekitar dan masyarakat tempatan demi menjaga kelestarian alam sekitar. Salah seorang peserta program, Tengku Aminuddin Tengku Ibrahim Shukrillah berkata, beliau dan rakan-rakan sukarelawan UUM menyambut baik program ini dan menyifatkan misi ini sebagai salah satu inisiatif untuk mendidik masyarakat menjaga kelestarian alam sekitar. Sukarelawan UUM juga telah diiktiraf sebagai pasukan sukarelawan ICT pertama bagi universiti awam di negara ini melalui “Program Sukarelawan ICT Malaysia (MIV)”. UUM telah menggerakkan 100 sukarelawan bagi menjalankan misi yang bertujuan untuk mengurangkan jurang digital antara penduduk. Program ini juga dapat memberi nafas baru kepada penduduk setempat yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan kerana mereka akan dibantu oleh sukarelawan UUM untuk memulakan perniagaan secara atas talian dan menggunakan internet untuk berdagang. PUnit sukarelawan ini bukan sahaja terlibat dengan misi sukarelawan di luar uum namun juga aktif menjalankan pelbagai aktiviti dan program untuk pelajar UUM. Buktinya, unit sukarelawan UUM telah mengadakan program “Stress Management Talk” yang dilangsungkan pada 20 Mei lalu. Program yang berlangsung secara atas talian ini bertujuan untuk mengisi keperluan mental pelajar bagi memastikan mereka bersedia untuk menghadapi dugaan dan cabaran menjadi pelajar universiti. Program ini berjaya menarik penyertaan lebih daripada 200 orang pelajar dan pelajar juga berpeluang untuk mendapat “merit’ jika memenuhi semua syarat penyertaan yang telah ditetapkan. Sukarelawan UUM juga telah menghantar 5 orang sukarelawan untuk menyertai program Volunteer Leadership Development Programme di UTM Hotel & Residence anjuran YSS (Yayasan Sukarelawan Siswa) dan MASKUM (Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia). Hasil daripada penyertaan dalam program ini, pasukan sukarelawan UUM berjaya memperolehi geran “Seed Funding” pada tahun lalu. Kejayaan membawa pulang geran yang bernilai RM 2500.00 itu merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan ianya dapat meningkatkan imej kepimpinan UUM dan pasukan sukarelawan UUM. Di samping kejayaan mendapat geran yang bernilai RM 2500.00, dua orang ahli sukarelawan UUM juga telah dipilih untuk menyertai Misi Sukarelawan Siswa (YSS) - Asean Green Summer Volunteer Campaign (GSVC) Vietnam 2022. Menurut salah seorang peserta program itu, Tuan Haziq Azraai Tuan Hazli, misi yang diadakan pada bulan Julai hingga Ogos itu memerlukan semua peserta untuk tinggal bersama komuniti tempatan Vietnam. Mereka juga ditugaskan untuk menjalankan aktiviti sukarelawan berdasarkan bidang pengajian masing masing dan ianya disebut ‘right volunteers for the right job’. Menurut beliau lagi, program ini bermatlamat untuk melahirkan pemimpin sukarelawan siswa di pentas global. Penglibatan mahasiswa UUM dalam pelbagai aktiviti dalam dan luar negara ini membuktikan kemampuan UUM untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi khidmat sosial dan juga pendidikan. Penglibatan yang aktif daripada sukarelawan uum ini juga dapat meningkatkan imej dan reputasi UUM berbanding universiti awam lain di samping berjaya menghasilkan pelbagai kejayaan untuk kita banggakan. Antara misi kesukarelawanan yang melibatkan pasukan sukarelawan UUM


RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" KISHORETHARAN | @WARTABUANA | 018-7830221 5 JUN 2023 EDISI #1 PASUKAN KABADDI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) BERUSAHA KE ARAH KEUNGGULAN WALAUPUN MENGHADAPI CABARAN SINTOK: Vaanaram, pasukan Kabaddi Universiti Utara Malaysia (UUM), ditubuhkan pada tahun 2022 dengan tujuan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan. Ditubuhkan oleh pelajar sarjana muda, Somakanth Ravindran, seorang bekas pemain negeri Johor, Vaanaram memperoleh manfaat daripada pengalaman dan minatnya terhadap sukan ini. Oleh kerena pasukan wanita tidak mempunyai jurulatih tetap kerana jurulatih mereka sedang menjalani latihan industri di Kuala Lumpur, Somakanth telah mengambil peluang yang ada ini untuk belajar mengendalikan keseluruhan pasukan itu. Menurut beliau, matlamat utama Vaanaram adalah untuk menjadi juara bertahan dalam semua kejohanan antara universiti, mempamerkan dedikasi dan kemahiran mereka. “Kami mempunyai 24 pemain dalam pasukan kami sekarang dan kami berharap dapat mengembangkannya lagi. Latihan juga terbuka kepada semua pelajar dari UUM tanpa mengira kaum.” tambah Somakanth lagi. Kebiasaanya, atlet-atlet Vaanaram akan menjalani latihan setiap hari pada waktu petang. Dalam tempoh setahun, mereka telah mengambil bahagian dalam 16 kejohanan dan kini menjadi antara pasukan yang handal di kalangan universiti-universiti di Malaysia. Harapan Somakanth dalam jangka panjang ialah beliau mengharapkan penyertaan pelajar UUM dalam Vaanaram dapat menghasilkan atletatlet bagi negara Malaysia serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan Kabaddi di negara ini. Pasukan wanita Vaanaram telah mencapai kejayaan yang luar biasa, memenangi pingat emas dalam pelbagai kejohanan, termasuk Silambam Cup 2022 UUM, Indian Cultural Fiesta 2022, Kejohanan Kabaddi Yuttham UPM, dan Kalam 3.0. “Kami amat berbangga untuk mengumumkan bahawa empat atlet iaitu Yuganeswary Shankar, Shamala Devi, Harini Subramaniam dan Shanthini Sbbramaniam daripada pasukan Vaanaram telah dipilih untuk proses pemilihan pasukan kebangsaan. Kejayaan mereka adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi Vaanaram.” katanya Somakanth. Walaupun telah berjaya memenangi banyak pertandingan namun pasukan Vaanaram ini menghadapi masalah dimana mereka menghadapi krisis kewangan, kekurangan penaja dan fasiliti yang mencukupi untuk latihan. -Pasukan ini juga sedang aktif mencari tapak latihan yang tetap untuk sesi latihan mereka dan memastikan persediaan yang optimum untuk kejohanan yang akan datang. “Cabaran utama Vaanaram adalah dalam pengurusan kewangan. Kami menghadapi kekurangan penaja dan tidak mempunyai kemudahan latihan yang mencukupi. Kami berharap dapat mengatasi cabaran ini dalam masa terdekat." katanya Somakanth. Dalam menghadapi krisis ini, mereka sangat mengharapkan adanya bekalan perubatan yang mencukupi bagi membantu atlet-atlet yang mengalami kecederaan. Ketekunan Vaanaram untuk mengatasi cabaran mencerminkan komitmen mereka yang teguh dalam mencapai matlamat mereka dalam Kabaddi. Dedikasi dan kejayaan pasukan ini menjadi inspirasi kepada pemain Kabaddi yang bercita-cita tinggi di UUM. Pencapaian Vaanaram menyumbang kepada pertumbuhan dan populariti Kabaddi sebagai sukan di Malaysia. Keinginan pasukan Vaanaram untuk menghasilkan atlet-atlet negara menunjukkan hasrat mereka untuk memberi impak besar kepada landskap sukan Malaysia. Pasukan Wanita Vaanaram Meraih Emas dalam Kejuaraan Kabaddi Yuttham di Universiti Kebangsaan Malaysia


Click to View FlipBook Version