RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" AKILAH ISMAIL | @WARTABUANA | 011-37480961 5 JUNE 2022 EDISI #1 SANIY SAMSUDIN MEMBAWA NAMA UUM KE PERSADA DUNIA. SINTOK: Menjadi seorang pelajar yang hebat adalah bukan sahaja mendapat yang baik dalam mata pelajaran, tetapi juga hebat dari pelbagai aspek. Beliau yang kini sedang menjalankan latihan industri di Bank Negara cawangan Kuching, Sarawak merupakan satu kebanggaan warga UUM apabila beliau terus menerus mengharumkan nama Universiti melalui pelbagai anugerah yang diperolehnya. Saniy yang merupakan anak kedua dari tiga beradik sering kali menjadi buah mulut orang ramai kerana kerap kali menjulang nama UUM melalui program-program yang dijalankan dan juga penyertaannya dalam pelbagai program yang berperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Anak yang dibesarkan di kawasan luar bandar itu merupakan seorang pelajar cemerlang sejak berada di bangku sekolah lagi. Beliau memperolehi 5A ketika UPSR dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Malay College Kuala Kangsar. Namun begitu, oleh kerana masalah peribadi beliau telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Jitra, Kubang Pasu hingga ke tingkatan tiga. Kebijaksaan yang dimiliki beliau terus menerus mencerahkan perjalanan masa depan beliau apabila beliau mendapat keputusan cemerlang di PMR dan telah dinobatkan antara tiga pelajar terbaik PMR Malaysia pada tahun 2017. Kecemerlangan yang diperolehnya membawa beliau kepada jalan yang lebih cerah apabila beliau ditawarkan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kubang Pasu. Beliau mula melibatkan diri dalam kepimpinan apabila beliau menjadi Badan Wakil Pelajar (BWP) di sekolahnya. Bukan itu sahaja, beliau juga sangat aktif dalam bidang sukan sehingga beliau pernah mewakili Malaysia ke Brunei dalam perlawanan hoki. Ini membuktikan bahawa beliau bkan sahaja hebat dalam akademik tetapi juga kokurikulum. Saniy menamatkan pelajarannya di UITM setelah setahun dalam kos Mechanical Engineering setelah membuat keputusan untuk menukar ke bidang yang lain. Beliau telah menyambung pelajarannya di peringkat STPM dalam bidang sains sukan dan perniagaan dan mendapat cgpa 4.0. ‘saya juga mendapat banyak anugerah ketika di STPM sebab saya nak tebus balik kesilapan saya di spm dulu’, kata beliau lagi. Beliau benar- benar merealisasikan kata-katanya apabila beliau sapu habis anugerah tokoh pelajar stpm peringkat sekolah 2018, tokoh akademik peringkat sekolah 2018, dan juga tokoh kokurikulum peringkat sekolah juga pada tahun 2018. Bukan itu sahaja, beliau juga menjadi wakil Malaysia untuk menjadi speaker di Indonesia untuk Indonesia High School Talk. Kehebatannya tidak berhenti disitu apabila beliau menolak untuk meneruskan pelajaran di luar negara dan memilih untuk menyambung pengajiannya di UUM. Beliau merupakan pelajar yang terpaksa belajar di rumah akibat virus covid-19 yang melanda. Pada awal langkah beliau bergelar mahasiswa, beliau telah mula bergiat dalam jawatankuasa Inapan Siswa atau lebih dikenali sebagai Inasis. Beliau mula melibatkan diri dengan bergelar Timbalan Exco Keusahawanan pada tahun 2019 iaitu tahun pertamanya berada di UUM. Kejayaannya mula memuncak apabila beliau dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS/RS) Malaysia Airlines (MAS) dan juga Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau lebih mesra dengan MalTen pada sesi 2020/2021. Bukan sahaja menjadi pengerusi di Inasis tetapi beliau juga dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) 2020/2021. Di sini bermulanya dimana beliau melaksanakan pelbagai program bertaraf kebangsaan dan antarabangsa. Antara program yang telah dijalankan adalah sebuah program kemasyarakatan di salah sebuah sekolah berasrama di luar bandar, Jitra iaitu dengan membaik pulih surau sekolah tersebut. Melalui program ini, sekolah tersebut dapat membaik pulih surau sekolah mereka yang sebelum ini sangatlah buruk dan terbuka sehingga menjadi satu surau yang selesa dan lengkap dengan pa sistem, tandas dan tempat mandi wanita dan lelaki, penghawa dingin dan carpet serta lebih tertutup berbanding dengan surau sedia ada. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan salah seorang ahli Beta Gamma Sigma. Beta Gamma Sigma adalah sebuah persatuan kehormatan masyarakat yang diiktiraf oleh antarabangsa di mana mahasiswa yang ingin menjadi ahli akan dipilih melalui keputusan cgpanya. Sepanjang beliau menjadi Yang Dipertua Majlis JKPS 20/21 dan Pengerusi JKPS/RS MalTen, banyak program dan anugerah diperolehnya. Antara yang menarik perhatian adalah Anugerah Tokoh Siswa Kepimpinan Pelajar yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Tokoh Siswa di bawah Kluster Kepimpinan Pelajar iaitu di bawah kategori Kepimpinan Kolej Kediaman. Beliau adalah wakil UUM yang pertama memenangi anugerah dalam kategori Kolej Kediaman ini. ‘JKPS tak pernah didedahkan mengenai program ni selain daripada MPP. Jadi bagi Saniy, agak terkejut lah boleh menang,’. Hujahnya lagi. Kemenangan beliau diukur melalui program berimpak tinggi yang pernah dijalankan sepanjang kepimpinannya. Antara program yang berimpak tinggi yang pernah dianjurnya adalah Program Baikpulih Surau di salah sebuah sekolah berasrama luar bandar di Jitra, Kedah dan juga pembahagian 10 ribu face mask kepada semua pelajar SPM dan STPM Kubang Pasu. Impak program ini telah mengalahkan saingannya yang lain untuk memenangi Anugerah Tokoh Siswa pada tahun 2022 serta sekaligus menobatkan beliau sebagai The Best Presidential For Collage IPTA/IPTS Malaysia. Hadiah anugerah ini adalah berbentuk wang tunai sebanyak RM2000 dan juga biasiswa untuk sambung pelajaran ke peringkat master. Selain Anugerah Tokoh Siswa, beliau juga mendapat emas dalam tiga kategori dalam MAJLIS Anugerah Bakat MAPUM (MABMA). Majlis ini adalah majlis yang julung kali dibuat iaitu berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu pada tahun 2022. Beliau telah mencalonkan diri dalam tiga pencalonan iaitu Kepimpinsn dan pembangunan Siswa, Kepimpinan Kesukarelawanan, dan juga Kepimpinan Kolej Kediaman. Majlis ini adalah sebuah majlis yang khas diadalan oleh KPT untuk kolej kediaman dimana semua IPTA dan IPTS terlibat. Beliau berharap untuk mendapat kerjaya dalam bidang korporat memandangkan minat beliau lebih cenderung kepada korporat. Beliau juga berharap melalui pelbagai anugerah dan pencapaian yang beliau miliki dapat mencerahkan laluan masa depannya kelak. ‘Beliau juga berharap agar segalanya dipermudahkan memandangkan beliau bercita-cita untuk mempunyai kerjaya di luar negara.
RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" LIANA AISYAH | @WARTABUANA | 019-6833504 5 JUNE 2022 EDISI #1 KEJAYAAN INASIS MALTEN DI BAWAH KEPIMPINAN PENGETUA YANG BERDEDIKASI SINTOK: “Kejayaan sesuatu organisasi adalah bergantung kepada ketua yang hebat”, itulah perumpamaan yang sesuai bagi Inasis MALTEN di bawah tampok kepimpinan seorang pengetua yang hebat iaitu Prof. Madya Dr. Rohani Binti Abdul atau lebih mesra di gelar Dr. Rohani. Beliau yang memegang jawatan sebagai profesor madya di Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia telah menjawat jawatan pentadbiran sebagai pengetua di Inasis Mas dan TnB (MALTEN) sejak tahun 2020 sehingga kini. Sebelum ini, beliau berpengalaman sebagai pengetua di Inasis Sime Darby pada tahun 2019, namun apabila Inasis Sime Darby dan Petronas digabungkan pada tahun 2019, beliau dipindahkan ke Inasis MALTEN sebagai pengetua di disitu. Dr. Rohani juga merupakan salah seorang graduan lepasan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dan kemudiannya turut menyambung Ijazah Sarjana di Universiti Utara Malaysia. Seterusnya beliau menyambung PhD di Universiti Sains Malaysia dan pulang ke UUM sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML). Menurut beliau, sepanjang beliau menjadi pengetua di Inasis MALTEN, banyak pencapaian telah dicapai oleh inasis itu dari segi aktiviti pembangunan pelajar ataupun staf. Inasis MALTEN turut cemerlang dalam aktiviti pembangunan pelajar walaupun pada ketika itu dilanda COVID19 pada tahun 2020 yang membuktikan mereka mampu terus cemerlang walaupun ada halangan COVID19. Menurut Dr. Rohani yang juga anak kelahiran Terengganu itu, Inasis MALTEN boleh dikatakan sebagai salah sebuah inasis terbaik di Universiti Utara Malaysia berbanding inasis-inasis lain kerana telah memenangi banyak anugerah besar di peringkat universiti atau di peringkat kebangsaan. Di peringkat universiti, Inasis MALTEN telah memenangi Anugerah Citra HEPA dan Anugerah 5S bagi kategori kolej kediaman terbaik. Dalam kategori ini, Inasis MALTEN merupakan pemegang piala pusingan bagi ketegori tersebut selama dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2020 dan 2021. Dr. Rohani turut berkata, mereka tidak hanya memenangi anugerah pembangunan pelajar, malah turut memenangi anugerah pengurusan staf terbaik sekaligus membuktikan Inasis MALTEN dibawah kepimpinan beliau amat cemerlang sama ada dari segi pengurusan pelajar atau staf. Tambahnya, “kami bukan hanya tertumpu ke atas kecemerlangan pembangunan pelajar sahaja malah kecemerlangan staf juga adalah keutamaan kami bagi memastikan Inasis MALTEN sentiasa di hadapan” Antara pencapaian Inasis MALTEN dibawah kepimpinan beliau ialah Inasis MALTEN pernah memenangi pingat emas di peringkat kebangsaan dalam pertandingan jawatankuasa pembangunan pelajar terbaik di universiti. Hal ini membolehkan mereka berjaya mengalahkan universiti lain di MAKMA (Majlis Anugerah Bakat Universiti Awam) anjuran MAPOM (Majlis Perumahan Universiti) yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tahun lepas. Tambahnya lagi, Inasis MALTEN turut menang anugerah kepimpinan dalam kategori program keusahawanan bagi Anugerah Pemimpin Program Keusahawanan Terbaik Kerja Sosial. Tidak cukup dengan itu, Inasis MALTEN terus maju dan rancak menggapai banyak anugerah sepanjang berada di bawah kepimpinan Dr. Rohani dimana Inasis MALTEN sekali lagi menang kesemua ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan di MAKMA dan MAPOM. “Misi kami adalah untuk terus mengekalkan kecemerlangan Inasis MALTEN dari segi pembangunan pelajar dan staf pada peringkat universiti atau kebangsaan”, tambahnya lagi. Baru-baru ini, nama Inasis MALTEN terus gah apabila bekas presiden jawatankuasa pembangunan siswa (JKPS) sesi 2020/2021, Saniy Samsudin yang telah memenangi Anugerah Kepimpinan Kolej Kediaman 2022 sempena Anugerah Tokoh Siswa Kementerian Pengajian Tinggi. Tambah Dr. Rohani, pencapaian yang diperoleh oleh Saniy Samsudin bukan sahaja mengharumkan nama Inasis MALTEN, malah turut mengharumkan nama Universiti Utara Malaysia di peringkat kebangsaan. Ujarnya lagi, dia berharap agar kecemerlangan Inasis MALTEN terus dikekalkan pada masa akan datang walaupun bukan di bawah kepimpinan nya lagi pada ketika itu. Sehingga kini, pelbagai aktiviti pembangunan pelajar telah dirancang bagi memastikan kebajikan pelajar di bawah Inasis MALTEN sentiasa terjaga. Pengetua Inasis MALTEN, Dr. Rohani Bt Abdul
RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" NUR SHAMIRAH | @WARTABUANA | 019-6897333 5 JUNE 2022 EDISI #1 Pasukan Debat UUM Menunjukkan Kejayaan Luar Biasa di UM SINTOK: Kesibukan mahasiswa dalam menuntut pelajaran tidak menjadi alasan untuk mereka tidak melibatkan diri dengan aktiviti diluar waktu akademik mereka. Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mencapai kejayaan luar biasa dalam Pertandingan Debat Intervarsiti Bestari yang berlangsung di Universiti Malaya. Tiga pasukan debat dari UUM, yang terdiri daripada sembilan orang, telah menunjukkan prestasi cemerlang apabila dua daripada pasukan tersebut berjaya memasuki pusingan suku akhir di pertandingan tersebut. Pertandingan Debat Intervarsiti Bestari diadakan di Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya, Kuala Lumpur, selama tiga hari iaitu daripada 26 hingga 28 Mei 2023. Pertandingan debat tersebut bermula pada jam 2.00 petang dimana semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terlibat mendaftar masuk dan seterusnya diberikan taklimat berkaitan atur cara dan prosedur pertandingan. Antara IPT yang terlibat dalam pertandingan ini adalah Brickfields Asia College (BAC), University of Wollongong (UOW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan University Malaya (UM). UUM telah menghantar tiga buah pasukan dimana setiap pasukan terdiri daripada tiga orang serta seorang pelatih yang merupakan seorang pelajar tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UUM, dan seorang pengurus pasukan iaitu Dr. Muhammad Hafiz bin Badarulzaman. Menurut pengurus pasukan Dr. Muhammad Hafiz bin Badarulzaman, UUM menghantar tiga pasukan ke pertandingan Debat Intervasiti Bestari sebagai inisiatif untuk memberi pendedahan kepada ahli baru pasukan debat UUM tentang kelebihan berdebat dan kaedah-kaedah berdebat dengan tepat. Tambah beliau, semakin ramai ahli baru harus diberi pendedahan pada pertandingan debat untuk memberikan mereka pengalaman dan meningkatkan lagi kefasihan berdebat ahli pasukan debat yang sedia ada. Pasukan debat UUM terpaksa menempuh pelbagai halangan dalam perjalanan mereka ke pusingan suku akhir. Pada pusingan kedua, pasukan pertama dari UUM melawan pasukan kedua UUM untuk dua pusingan berturut-turut hingga ke pusingan yang ketiga. Keadaan ini telah menyebabkan perasaan pasukan pendebat UUM bercelaru kerana terpaksa menentang pasukan yang terdiri daripada rakan seperjuangan tersendiri. Selain itu, pasukan pendebat UUM juga menentang IPT terkemuka dalam dunia debat iaitu BAC, sebuah IPT yang merupakan juara bertahan dalam debat. Ahli baru pasukan debat yang tidak mempunyai pengalaman berdebat di dalam pertandingan formal, mempunyai kesukaran menangani strategi pasukan BAC. Menurut ketua pasukan debat UUM, Nur Yasmin Farhan binti Azran, “setiap pasukan yang kami mendepani mempunyai pengetahuan am yang sangat tinggi dan teknik debat yang berbeza”. “Ini adalah pendedahan yang baik bagi ahli pasukan debat UUM terutamanya bagi ahli pasukan baru”, katanya lagi. Dr Muhammad Hafiz bin Badarulzaman berkata, “pasukan debat UUM menonjol dengan kejayaan gemilang dalam pusingan pertama pertandingan apabila mereka berhadapan dengan pasukan dari UM dan berjaya meraih kemenangan”. “Kejayaan ini memberikan momentum yang kuat kepada pasukan UUM dan meningkatkan keyakinan mereka dalam pusingan seterusnya” kata Dr Hafiz dengan lebih lanjut. Pertandingan debat ini telah memberikan peluang berharga kepada pelajar UUM untuk meningkatkan kemahiran mereka berfikir secara kritikal dan kemahiran komunikasi mereka. Selain itu, penglibatan dalam pertandingan ini juga bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar UUM dalam debat bahasa Inggeris. Pengurus pasukan debat UUM, Dr. Hafiz, mengungkapkan kegembiraannya dengan kejayaan yang dicapai oleh pasukannya. Beliau menyatakan bahawa pencapaian ini adalah bukti komitmen UUM dalam menyokong pelajar untuk membangunkan kemahiran berfikir kritikal dan kemahiran komunikasi yang penting dalam era globalisasi ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli pasukan debat UUM dan berharap supaya kejayaan mereka menginspirasikan lebih ramai pendebat baru yang mampu mengharumkan nama UUM dan bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Ketiga-tiga pasukan debat Bahasa Inggeris UUM bersama pelatih dan pengurus pasukan
RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" RAJA AISHAH | @WARTABUANA | 013-8853291 31 MEI 2022 EDISI #1 SAWADEEKAP PRINCE OF SONGKHLA UNIVERSITY SINTOK: Sawadeekap Prince of Songkhla University merupakan sebuah program mobiliti pelajar yang melibatkan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan pelajar Prince of Songkhla University (PSU). Menurut Pengarah Program, Nur Syafawati Binti Roslan, program ini dianjurkan oleh Biro Komuniti, Integrasi dan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar Antarabangsa (JKPS) dari Inasis MAS dan TNB. Program ini melibatkan 15 orang pelajar dari Inasis MAS dan TNB serta 30 orang pelajar yang terdiri daripada Kelab Bahasa Melayu dan Kesatuan Pelajar PSU. Program ini berlangsung selama empat hari tiga malam iaitu bermula dari 28 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023. Program ini diadakan di Prince of Songkhla University (PSU), kampus Hat Yai, Thailand dan beberapa aktiviti telah diadakan di Sekolah Rendah Wat Lam Phor. Beliau menyatakan bahawa program ini dilaksanakan bertujuan untuk menjadikan pelajar UUM lebih aktif dan dapat membangunkan kemahiran kepimpinan untuk digunakan pada masa ini dan akan datang. “Program mobiliti ini juga bertujuan untuk keseimbangan yang baik antara akademik dan kemahiran survival dalam situasi ekonomi kehidupan sebenar”, tambah beliau lagi. Seterusnya, program bermula di UUM pada jam 7.00 pagi, rombongan pelajar UUM yang disertai dengan penasihat program, Cik Syazwanie Binti Daud bertolak ke sempadan MalaysiaThailand di Bukit Kayu Hitam lalu terus menuju ke PSU. Selepas tiba di PSU, program dimulakan dengan majlis perasmian oleh Penolong Presiden Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Wongkot Phuphumirat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kompleks Sukan PSU. Aktiviti yang dijalankan pada hari pertama di PSU adalah aktiviti ‘ice breaking’ anjuran Kesatuan Pelajar PSU, Hat Yai. Manakala, pada hari kedua disana bermula dengan sesi perkongsian mengenai “Perspektif Sejarah dan Promosi Program Pertukaran Pelajar yang disampaikan oleh Pegawai Akademik dari Pusat Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat, Cik Peewara NooUrai. Kemudian disusuli dengan aktiviti ‘team building’ yang menfokuskan kepada kepimpinan dan kemahiran komunikasi. Para peserta juga menyertai sukan tempatan Thailand di Kompleks Sukan PSU. Pelajar memulakan hari ketiga dengan aktiviti khidmat masyarakat dan kem Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Wat Lam Phor yang dianjurkan bersama oleh UUM dan PSU. Sebelum pulang ke UUM, pelajar diberi kesempatan pergi ke Bandar Lama Songkhla yang mana terdapat penjualan seni kraf tangan dari Malaysia dengan kerjasama rakan kongsi PSU. “Pengalaman saya sebagai seorang pengarah program ialah saya telah belajar banyak perkara sepanjang program berlangsung seperti dari segi protokol, pengurusan dan situasi bekerja dengan orang yang berbeza budaya”, kata beliau. “Di samping itu, pelajar UUM yang lain juga memperoleh banyak manfaat contohnya dapat mempelajari pelbagai ilmu baharu dan berpeluang berkenalan dengan rakan baru di PSU”, kata beliau lagi. Program ini mampu mengukuhkan hubungan antara UUM dan PSU serta dapat meningkatkan jaringan antara UUM dan PSU. Secara tidak langsung akan menjadikan graduan pelajar UUM semakin dikehendaki dalam bidang kerjaya. Program Sawadeekap Prince of Songkhla University ini turut meningkatkan reputasi UUM kerana mempunyai pelajar yang hebat di dalam pelbagai aspek dan boleh menyesuaikan diri di PSU walaupun berlainan agama, budaya dan gaya hidup. Program ini juga telah melonjakkan imej UUM ke peringkat antarabangsa kerana berjaya melahirkan mahasiswa yang berintelektual dan berdaya saing. Suasana aktiviti sepanjang program berlangsung
RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" LIM RU YI | @WARTABUANA | 011-33770989 30 OKTOBER 2022 EDISI #1 UUM CULTURE FESTIVAL (UCF) SINTOK: UCF adalah UUM Culture Festival yang dianjurkan oleh Pusat Budaya dan Seni Universiti Utara Malaysia (PBS UUM) secara tahunan dan dilaksanakan dengan meriah. Tujuan UCF dianjurkan adalah bagi memartabatkan lagi seni-seni tradisional budaya Melayu di samping memberikan peluang kepada pelajar untuk mempelajari dan memperkukuhkan seni-seni tersebut dalam kalangan pelajar UUM. Pelbagai acara telah dijalankan sempena UCF pada setiap tahun, antaranya ialah Ekspresi Puisi, Kaligrafi Khat, Nyanyian Solo Irama Malaysia, Teater Pendek, Tarian Keluarga Malaysia, Busana Klasik dan Nasyid. Baru-baru ini, UCF telah dianjurkan untuk kali ke-11 pada 26 hingga 30 Oktober 2022 di Dataran Budaya dan Seni, UUM. UCF 2022 kali ini, telah dirasmikan oleh Dr. Kamarul Azman, Dekan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia. Dekan Hal Ehwal Pelajar, Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, melaksanakan aktiviti yang tidak berkait dengan akademik seperti mempraktikkan hobi seni budaya tradisional Melayu ataupun aktiviti yang berkaitan dengan akademik sangat penting dalam membantu mahasiswa menemukan dan mengembangkan kemampuan, imaginasi, keterampilan, motivasi, dan kepedulian mereka terhadap orang lain. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan, pelajar dapat mengumpulkan pengetahuan dan pengalaman yang beraneka ragam. Aktiviti tersebut melibatkan kemahiran dalam mengurus, berunding, disiplin, berkomunikasi, dan menjalin hubungan antara etnik yang memberikan manfaat berharga kepada pelajar itu sendiri. “Saya yakin bahawa Pusat Budaya dan Seni (PBS) UUM sentiasa aktif dan berusaha untuk menjadi pemimpin dalam memupuk budaya dalam kalangan mahasiswa. Ini terbukti dengan kejayaan mereka dalam menganjurkan UUM Cultural Festival untuk ke-11 kalinya tahun ini. Syabas! Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Mitra Strategik, penaja, dan individu yang terlibat dalam industri seni, terutamanya dalam memberikan inspirasi kepada PBS untuk mencipta mahasiswa yang holistik melalui aktiviti kebudayaan dan seni," katanya semasa mempengerusikan acara penutupan UUM Cultural Festival (UCF) 2022. Untuk memperkuat lagi usaha mencipta mahasiswa yang integratif, PBS sedang melaksanakan inisiatif kreativiti melalui beberapa program pengukuhan. Sebanyak 82 program telah dijalankan dengan menggabungkan elemen kreativiti. Selain itu, Inasis MALTEN iaitu gabungan dua inasis iaitu Inasis Malaysia Airline dan Inasis Tenaga Nasional Berhad telah merangkul Juara Keseluruhan dengan mengumpul tiga pingat emas dan tiga pingat gangsa. Dalam satu temu bual dengan Ketua EXCO Kesenian & Kebudayaan Inasis MALTEN, Nurulaliesa Binti Abdul Halim, beliau berkata Inasis Malten menjuarai UCF 2022 dalam acara Tarian Tradisi Keluarga Malaysia, Teater Pendek,dan Busana Klasik TNB manakala mendapat tiga pingat gangsa dalam acara Busana Klasik MAS, Nasyid, dan Kaligrafi Khat. Latihan selama sebulan setengah telah diadakan dengan bantuan pengurus dan mentormentor bagi setiap acara dan mentor-mentor tersebut terdiri dalam kalangan felo.” katanya dalam satu temubual. Menurut salah satu peserta Tarian Tradisi Keluarga Malaysia, Muhammad Irfan Zafri Bin Azirulzaimi pula berkata “UCF ini mempunyai pengalaman yang sangat bermakna sebab sebelum ini saya pernah juga masuk pertandingan ini tetapi hanya mendapat tempat ke-3 tetapi bagi kali ini, sangat bermakna sebab tarian mendapat tempat pertama dan juga MALTEN menjadi juara keseluruhan." “Banyak yang saya belajar kerana sebelum ini saya tidak pernah ada pengalaman dalam tarian, tapi setelah menyertai UCF ni banyak ilmu yang saya dapat tentang tarian ini.” sambung beliau katakan dalam satu temubual. Beliau juga mengatakan menyertai UCF ini sangat memenatkan kerana mempelajari tarian ini memerlukan masa yang agak lama untuk berlatih dan masa sebulan setengah itu merupakan tempoh yang singkat untuk berlatih, jadi kami sebagai peserta perlu berusaha gigih sehingga ada hari yang mereka tidur lambat semata-mata untuk menyelesaikan latihan mereka. Beliau juga mengatakan bahawa beliau sangat seronok dan bangga mendapat johan dalam Pertandingan Tarian Tradisi Keluarga Malaysia. Hal ini kerana hasil usahanya akhirnya berjaya juga dan merangkul Juara Keseluruhan UCF 2022. UCF 2022 ini boleh ditonton secara langsung dari media sosial rasmi Facebook - PusatBudaya Uum. UCF akan dianjurkan lagi sekali pada tahun ini kerana mendapat sambutan yang meriah dari semua inasis dan pelajar. Tarikh akan diumumkan kelak. Inasis MALTEN Juarai UCF 2022
RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" SYAURAH AQILAH | @WARTABUANA | 018-9872500 15 MEI 2022 EDISI #1 KARNIVAL 3K LAHIRKAN PELAJAR SERBA BOLEH SINTOK: Berkonsepkan Cara Hidup Mahasiswa, Karnival Kebudayaan, Kesenian dan Keusahawanan (3K) 2023 menjadi satu platform yang memberikan pendedahan terbaik bagi melahirkan mahasiswa serba mahir berteraskan inovasi dan digital. Karnival 3K ini tidak terhad kepada pelajar UUM sahaja malah terbuka kepada semua golongan masyarakat tidak kira usia dan bangsa. Karnival 3K ini berlangsung secara hibrid iaitu sebahagian besar sub-program dijalankan secara fizikal dan selebihnya dilakukan secara atas talian supaya lebih ramai dapat menyertai program ini. Program utama yang berteraskan kebudayaan, kesenian dan keusahawan telah dijalankan pada 10 hingga 15 Mei 2023 di Dataran Budaya Universiti Utara Malaysia sarat dengan pelbagai aktiviti. Sekreteriat Protokol, Jemputan dan Eksekutif Perhubungan Awam, Zahidah Nazihah berkata Program 3K merupakan program yang sangat memberi manfaat kepada mahasiswa dan ia juga merupakan program tahunan sejak dahulu lagi. Antara sub-program Karnival 3K ialah Pocket Talk 3.0 New Millenium Entrepreneur “Zero To Hero”, Bengkel Penulisan Skrip Bersama En Yusoff Bakar, Penulisan Berita Online Bersama Media Prima, Bengkel Pengarahan Teater Bersama En Yusof Bakar dan banyak lagi. Sub-program yang dilaksanakan bukan sahaja dapat mencungkil bakat dalam diri pelajar malah dapat memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada peserta kerana dapat belajar dari yang lebih pakar seperti Encik Mior Abdul Malek Raiyani yang merupakan Penerbit dan Pembaca Berita TV3. Terdapat juga booth jualan yang diuruskan oleh mahasiswa yang dapat meningkatkan skill dalam menguruskan perniagaan dan booth daripada agensi luar seperti Tabung Haji, Institut Latihan Memandu dan banyak lagi. Selain kolaborasi bersama kelab-kelab di bawah naungan UUM seperti Kelab Bidasari, Kelab Teater Warna dan Kelab Penyiaran, Karnival 3K juga berkolaborasi dengan pihak luar iaitu Jabatan Penerangan Malaysia dan Marry Brown Changlun. Karnival 3K ini telah mendapat sambutan yang hangat kerana skill yang digunakan ahli jawatankuasa sangat memberansangkan sehingga dapat berkolaborasi bersama agensi yang ternama seperti Media Prima dan Marrybrown. “Dengan menjadi sebahagian daripada ahli jawatankuasa Karnival 3K ini, saya dapat mengasah bakat saya dalam menyusun aturcara majlis, menyediakan teks pengacara majlis dan juga melebarkan rangkaian dan kenalan saya untuk menguruskan program dengan lancar. “Saya berbangga menjadi sebahagian daripada ahli jawatankuasa bagi program ini kerana ia dapat memperkasa kemahiran serta menjamin masa depan yang cerah melalui kepimpinan dalam kalangan mahasiswa kini." “Selain dapat mengasah bakat saya dalam membuat aturcara majlis dan membuat skrip ucapan, saya juga dapat mempelajari skill baru daripada ahli jawatan kuasa yang lain kerana kami bekerjasama bersungguh-sungguh untuk menjayakan Karnival 3K ini. “Program ini juga dapat memperkasa jaringan komuniti pelbagai bangsa yang mampu meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat kerana menghubungkan pelbagai kaum dalam satu platform terutama melalui tradisi budaya serta kesenian yang ada dalam setiap etnik di Malaysia,” katanya. Hal ini kerana ahli jawatankuasa direkrut tidak mengira bangsa, jurusan dan tahun pengajian menyebabkan mereka lebih proaktif dalam membantu setiap ahli jawatankuasa dalam menjayakan program kali ini. Menurutnya lagi, Karnival 3K selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu memberi tumpuan dalam mempergiat lebih banyak program bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Hal ini dapat dilihat apabila pelajar mengambil bahagian tidak kira dari segi kebudayaan dengan membuat persembahan mahupun dari segi keusahawanan di mana pelajar sendiri berniaga di tapak niaga Karnival 3K itu sendiri. “Saya berharap program seperti ini dapat diperbanyakkan lagi di masa akan datang agar dapat menarik minat pelajar terhadap kesenian, kebudayaan dan keusahawanan dan melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang bukan sahaja bijak dalam akademik malah dalam pengurusan acara dan juga perniagaan,” ujarnya lagi. Ahli jawatankuasa sedang bertugas
RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" SYIFAA ZAFIRAH | @WARTABUANA | 019-7657089 27 MEI 2023 EDISI #1 CYNTOK BHATIK DI LIMA ‘23 LANGKAWI: Pengunjung yang menghadiri Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) yang berlangsung pada 23 hingga 27 Mei, berpeluang untuk membeli produk batik yang bermotifkan pokok Sintok iaitu Cyntok Bhatik. Corak Cyntok Bhatik ini merupakan olahan dari tumbuh-tumbuhan di sekitar UUM yang bercorakkan akar dan buah Sintok serta daun pokok bunga kertas. Ketua Penyelidik Projek Komuniti Cyntok Bhatik, Profesor Madya Ts. Dr Adzrool Idzwan Ismail berkata, “Hasil usaha sepasukan penyelidik Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), sebanyak 1000 helai batik telah berjaya dijahit untuk dijual di pameran ini.” “Produk Cyntok Bhatik yang sarat dengan motif pokok Sintok yang terdapat di sekitar UUM ini, akan menjadi tumpuan bukan sahaja pengunjung tempatan malah pengunjung dari luar negara,” ujarnya lagi. Pameran dan penjualan Cyntok Bhatik ini bertujuan untuk memperkenalkan keunikan corak pokok Sintok sebagai motif pada pakaian selain dapat membawa nama UUM kepada peringkat yang lebih tinggi lagi dalam industri tekstil batik. Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan berkesempatan untuk mengunjungi booth yang mempamerkan hasil penyelidikan pensyarah dan produk yang dihasilkan oleh pihak universiti. Katanya “Penyertaan kali kedua UUM sempena LIMA’ 23 telah melihatkan pertambahan hasil penyelidikan dan produk berbanding penyertaan sulong sebelum ini.” “Booth kita kali ini juga bukan sahaja telah menarik lebih pengunjung tetapi keunikan hasil Cyntok Bhatik edisi terhad yang dipamerkan serta dijual juga telah mendapat sambutan yang luar biasa,” ujar beliau. Projek Cyntok Bhatik sebenarnya sudah bermula pada tahun 2020 lagi. Pada ketika itu Cyntok Bhatik Roadshow diadakan sebagai medium baharu kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk batik berasaskan pokok Sintok kepada warga UUM. Penyelidik SCIMPA, Dr Adzira Husain berkata, “menerusi program itu, SCIMPA menjemput usahawan dalam perusahaan batik yang terlibat untuk memberi penerangan serta perkongsian sambil menjual produk mereka.” Menurutnya lagi, ‘roadshow’ ini merupakan rentetan daripada Projek Baju Kedah Cyntok Bhatik yang pada mulanya hanyalah sebagai projek peyelidikan dan kini ianya merupakan projek yang berjaya dikomersialkan. “Alhamdulillah, projek ini juga telah berjaya menarik minat beberapa usahawan dari Kedah dan Kuala Lumpur untuk melibatkan diri secara langsung antaranya Che Ah Enterprise, Liyana Batique Collections dan Arena Cipta Sdn. Bhd.” “Motif Cyntok Bhatik dibeli oleh ketiga-tiga usahawan itu secara berlesen untuk dijadikan motif utama produk syarikat mereka,” tambahnya lagi. Sementera itu, Basirah Abu Bakar atau Che Ah yang menjual cenderamata berasaskan motif Cyntok Bhatik memulakan penglibatannya apabila dipilih oleh SCIMPA sebagai usahawan yang boleh menghasilkan produk berasaskan Cyntok Bhatik. “Saya seorang tukang jahit dan memang berminat dengan batik. Kerjasama dengan UUM, telah membantu saya meluaskan lagi kreativiti untuk menghasilkan pelbagai jenis cenderamata seperti beg, pakaian, dan hadiah yang sesuai untuk pelbagai majlis,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Kumpulan Jahitan Pukal Usahawan Risda Pendang. Che Ah juga mengatakan rasa syukur kerana hasil kerjanya berjaya menarik perhatian pihak UUM serta pihak Istana Anak Bukit sekaligus usaha ini dapat membuka peluang pekerjaan buat penduduk kampung. Selain itu, pada tahun 2022, termeterainya Perjanjian Pelesenan Pengkomersialan Motif Cyntok Bhatik diantara NNZA Textile Sdn. Bhd, operator Jakel Trading Sdn. Bhd dan UUM. Pemeteraian perjanjian telah disempurnakan oleh Naib Canselor pada ketika itu, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah dan Pengarah Urusannya, Zainul Saad di Bilik Tamu, Canselori Sultan Sallehudin,UUM. “Selepas termeterainya perjanjian ini, aktiviti-aktiviti yang sudah termaktub di dalam perjanjian akan terus dijalankan dan berharap lebih banyak motif batik dapat diketengahkan.” Katanya lagi, “Kerjasama ini merupakan satu perkembangan yang positif dan baik kerana universiti mula mengorak langkah dalam industri tekstil batik untuk pasaran tempatan.” Pengunjung yang ingin membeli dan melihat sendiri produk batik UUM edisi khas boleh mengunjungi booth Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk mendapatkannya dengan harga yang istimewa. Motif Cyntok Bhatik yang diperagakan di booth Universiti Utara Malaysia
RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" IVANDER | @WARTABUANA | +62 812-8505-6441 5 JUNE 2022 EDISI #1 CONFUSED ABOUT STUDYING ABROAD? LET’S TAKE A LOOK AT THIS INTERNATIONAL STUDENT EXPERIENCE! SINTOK: In a remarkable tale of courage and academic pursuit, Chairany Subhan, majoring in Communication, bright young student from Indonesia, has overcome initial hesitations and embarked on an extraordinary educational journey at Universiti Utara Malaysia (UUM). Rany, born on July 25, 2003, in Jakarta and currently residing in Bogor district, Gunung Putri, West Java, is thriving as an international student, representing the spirit of cross-cultural exchange and personal growth. Chairany's quest for higher education took her on a compelling deliberation between studying in Malaysia or her home country of Indonesia. With numerous factors to consider, such as quality of education, cultural exposure, and career prospects, Rany meticulously weighed her options before making her decision. Eventually, Rany chose Universiti Utara Malaysia as her academic destination, a decision she has never looked back on. "Actually, I chose to study in Indonesia, but because I saw that UUM ranked higher, I ventured to leave for education” said rany Rany's journey began with the assistance of education agents who played a crucial role in facilitating her enrollment at UUM. These agents helped navigate the complex administrative processes, ensuring a smooth transition to the university. However, Rany's arrival in Malaysia was not without its challenges. As per pandemic protocols, she was required to undergo a mandatory 7-day quarantine upon landing in Kuala Lumpur. During this period, Rany stayed in a designated quarantine facility, adhering to strict health and safety guidelines. Despite the isolation, she remained focused on her goal, using the time to mentally prepare for the exciting journey ahead. Once Rany completed her quarantine, she finally set foot on UUM's campus, ready to embark on her academic pursuits. The university had implemented comprehensive safety measures to ensure the well-being of its students and staff. From the outset, Rany prioritized her academic pursuits, striving for excellence in her chosen field of study. Despite the challenges posed by the pandemic, she remained committed to her coursework with unwavering determination. She joined the Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) at UUM, immersing herself in a vibrant community of Indonesian students. As an active member, Rany contributed her skills and insights to the association's initiatives, fostering cultural exchange and solidarity among fellow Indonesian students. While Rany's academic pursuits and involvement with the PPI filled her days, it was the campus's natural beauty that captivated her the most. Nestled amidst lush greenery and embraced by majestic mountains, UUM's stunning surroundings provided a tranquil backdrop for Rany's educational journey. “What I like most about this campus is that the nature is so beautiful like trees that make the air very fresh compared to the air in cities” said rany about the beauty of UUM. Starting her journey at UUM was not without its difficulties. The initial transition to a new environment, coupled with the challenges of being an international student, presented Rany with various obstacles. The bonds forged with her international friends have become an invaluable source of strength and joy for Rany. Together, they navigated the challenges of being far from home, helping one another through homesickness and moments of uncertainty. Rany cherishes the memories of shared laughter, study sessions, and exploring the beauty of UUM's campus with her newfound companions. Rany's happiness at UUM extends beyond her academic pursuits. She is grateful for the myriad opportunities that UUM has provided, from engaging in extracurricular activities to exploring the vibrant cultural events on campus. These experiences have broadened her perspective, deepened her understanding of different cultures, and enhanced her personal growth. Her journey is a reminder that sometimes, the most beautiful and rewarding adventures come from stepping outside one's comfort zone and embracing the unknown. Rany and friends in class and participating in the PPI program
RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" AIZAT FADZILAH | @WARTABUANA | 01111133514 5 JUNE 2022 EDISI #1 CAFE INASIS MALAYSIA AIRLINES (MAS) PILIHAN UTAMA DESTINASI MAKANAN DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) SINTOK: Kafeteria Inapan Siswa (Inasis) Malaysia Airlines (MAS) merupakan cafe yang paling banyak menerima kunjungan pelajar setiap kali waktu makan. Kafeteria ini juga merupakan kafe yang diminati para pelajar di Universiti Utara Malaysia. Setiap kali waktu makan, kafeteria Inasis MAS kerap dipenuhi oleh pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Antaranya Melayu, Cina, India, Sikh dan sebagainya. Selain itu, ada juga pelajar luar negara yang makan di kafeteria Inasis MAS. Keistimewaan kafeteria Inasis MAS ialah banyak menyediakan juadahjuadah yang sedap dan harganya amat berpatutan. Kemeriahan makanan yang dijual di Inasis MAS jelas dilihat daripada menu-menu makanan yang disediakan. Antaranya masakan panas yang dijual seperti Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina. Kepelbagaian masakan panas di kafeteria Inasis MAS menyebabkan para pelajar mempunyai banyak pilihan untuk membeli makanan di situ. Selain itu, para pekerja di kafeteria Inasis MAS sangat mementingkan kebersihan di kawasan sekitar kafeteria. Longkang di sekeliling kafeteria sangat bersih dan dijaga rapi. Tempat letak pinggan dan cawan juga diasingkan selepas para pelajar usai makan. Setiap singki di kafeteria Inasis MAS disediakan pencuci tangan bagi memudahkan para pelajar untuk membasuh tangan. Kemudahan ini membuatkan para pelajar lebih selesa dan mudah untuk mencari tempat makan yang mereka sukai. Kafeteria Inasis MAS juga berkonsepkan suasana yang tenang dan seakan-akan kafeteria yang menjual kopi. Banyak kerusi dan meja yang berkonsepkan ala moden disediakan untuk menampung kehadiran para pelajar yang berkunjung ke sana. Konsep yang diwujudkan oleh kafeteria Inasis MAS ini sedikit sebanyak membantu para pelajar untuk mengadakan perbincangan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Lagu-lagu juga kerap dipasang di kafeteria Inasis MAS agar kafeteria tersebut tidak sunyi dan para pelajar juga dapat meluangkan masa berbual-bual bersama rakan mereka. Terdapat juga satu pondok yang dibina berdekatan kafeteria merupakan lokasi yang selalu dipenuhi oleh para pelajar untuk mencari ketenangan sambil mendengar lagu dibawah pokok-pokok pada waktu petang. Tempat letak kereta juga banyak dan mudah untuk didapati oleh para pelajar yang menaiki kenderaan sendiri untuk makan di kafeteria Inasis MAS. Keistimewaan lain yang terdapat di kafeteria Inasis MAS ialah terdapat banyak gerai makanan kecil yang dibuka. Antara gerai-gerai yang dibuka seperti gerai roti canai, gerai waffle, gerai keropok lekor, gerai takoyaki dan dimsum, gerai western food burger dan banyak lagi. Gerai roti canai di kafeteria Inasis MAS menjual pelbagai jenis roti canai seperti roti biasa, roti telur, roti sardin. Roti canai yang jarang didengari dan kelihatan stimewa menyebabkan ia merupakan salah satu tarikan di kafeteria Inasis MAS. Roti canai yang sukar didapati di dalam kawasan kampus menyebabkan ramai pelajar dan kakitangan UUM berkunjung ke kafeteria Inasis MAS untuk menikmati makanan kegemaran rakyat Malaysia ini. Gerai roti canai ini juga dibuka dari pagi sehingga malam selagi belum habis. Seterusnya, kafeteria Inasis MAS juga menjual nasi kerabu dan nasi ayam penyet yang kebanyakan berharga RM5. Menerusi sesi temu bual bersama salah seorang pekerja di kafeteria Inasis MAS, Wahab bin Ismail yang telah berada di dalam UUM selama 30 tahun berkata “bilangan pekerja di kafeteria Inasis MAS adalah seramai 11 orang, walaupun dengan bilangan yang sedikit kami mampu beroperasi dengan baik dan lancar”. Katanya lagi “ramai pelajar akan datang ke cafe ini pada waktu tengah hari dan maghrib di mana semua meja akan penuh dengan kehadiran pelajar”. Kafeteria Inasis MAS juga membuka peluang pekerjaan kepada para pelajar yang ingin mencari kerja sampingan. Kebiasaannya, pelajar yang bekerja di kafeteria Inasis Mas diletakkan pada bahagian menjual air. Selain daripada menjalankan perniagaan, kafeteria ini juga membantu para pelajar menyara hidup mereka di universiti. Selain daripada itu, para pelajar dapat melegakan dahaga mereka ketika waktu panas di kafeteria Inasis MAS dengan membeli menu air yang istimewa antaranya seperti air buah blended dan laicikang. Kawasannya yang selalunya redup dan terhalang dari cahaya matahari seterusnya dapat mengurangkan kepanasan ketika fenomena El Niño yang berlaku kini. Dalam satu sesi temu bual lain pula bersama pelajar yang berkunjung ke kafeteria Inasis MAS, Sobri Sareb, 22 tahun, berpendapat bahawa, “ walaupun saya duduk di Inasis Yayasan Al-Bukhary (YAB), saya selalu datang ke kafeteria Inasis MAS untuk makan bersama kawan-kawan”. Katanya lagi, “makanan di kafeteria Inasis MAS semuanya sedap-sedap dan makanan kegemaran saya di kafeteria ini ialah nasi goreng daging merah”. Hasil temu bual ini membuktikan bahawa bukan sahaja pelajar yang tinggal di laluan A sahaja yang selalu makan di kafeteria Inasis MAS, tetapi pelajar laluan lain juga makan di situ. Seiring dengan suatu inisiatif Perdana Menteri Malaysia yang Kesepuluh, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim menjalankan konsep Malaysia MADANI secara bersepadu dan holistik ke seluruh negara untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia yang lebih manusiawi menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat. Kafeteria Inasis MAS telah turut serta dalam mengikut semboyan pemimpin negara dengan menyediakan Menu Rahmah kepada mahasiswa dan mahasiswi di UUM. Dalam Menu Rahmah tersebut terdapat menu makanan dengan harga yang berpatutan pada waktu sarapan, tengah hari dan waktu malam. Para pelajar boleh membeli mee/kuey teow/bihun/nasi goreng dan minuman panas dengan harga hanya Rm2.50. Pada waktu tengah hari dan malam pula, pelajar boleh membeli nasi putih lauk ayam/ikan/daging, sayur dan minuman cordial dengan harga hanya RM3.50. Ini sedikit sebanyak membantu pelajar yang tidak berkemampuan untuk berjimat dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar di universiti. Kafeteria ini sedikit sebanyak menjadikan Inasis MAS salah satu inasis yang sentiasa dikunjungi para pelajar di UUM. Walaupun ianya berada di kawasan yang sedikit hujung, ianya tidak menjadi penghalang para pelajar untuk mencari tempat makan yang selesa dan sedap di UUM. Cafe Inasis Mas
RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" SITI NURSHARIZAN | @WARTABUANA | 010-2596501 5 JUNE 2022 EDISI #1 MISI KERJA SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT SINTOK: Sharima Ruwaida Abbas anak jati Kedah merupakan salah seorang pensyarah di Jabatan Psikologi & Kerja Sosial, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia. Beliau telah memulakan misi kerja sosial beliau semasa beliau belajar di Western Michigan University, USA. Misi yang beliau sertai adalah di Bosnia semasa di hujung peperangan negara tersebut di dalam lingkungan tahun 1994 hingga 1995. Beliau juga amat aktif di dalam kerja-kerja sukarela bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga MERCY MALAYSIA. “Saya dulu selalu ikut bapak saya. Bapak saya merupakan seorang ketua kampung danan dia selalu masuk ke kampung-kampung berdekatan dan kampung orang asli untuk memberi bantuan. Jadi, dari kecil memang saya dah tengoklah cara bapak saya buat kerja. Tapi dia bukanlah kerja sosial. Tapi dia lebih kepada kerja kebajikan lah kan?” Jadi, bila saya nak masuk belajar, sebab saudara-mara saya ramai yang ambil kaunseling. Jadi, pada mulanya saya fikir saya pun nak ambik bidang kaunseling untuk bantu ramai orang. Tetapi ibu saudara saya, seorang kaunselor, berkata minat saya lebih kepada kerja sosial. Jadi, saya mengambil ijazah ini. Semasa saya belajar di Western Michigan University, kursus yang saya ambil adalah kerja sosial. Bachelor of Social Work dan Master of Social Work,” ujar Sharima. Menurut beliau lagi, “memang saya buat kerja sukarela tetapi kerja sukarela ini berdasarkan kepada saya punya kepakaran disebabkan kepakaran saya adalah dalam kerja sosial pada bidang psikososial bencana. Saya akan melihat keperluan mereka dan bagaimana cara untuk membantu mereka. Sebagai contoh, mangsa banjir di Baling, Kedah. Saya akan membuat penilaian psikososial. Apabila kami membuat penilaian psikososial, kami mendapati mereka telah kehilangan pekerjaan. Maknanya, daripada menjadi seorang petani sawah, mereka tidak boleh menanam kerana tanah mereka penuh dengan pasir dan lumpur.Jadi mereka tidak boleh lagi nak menanam oleh itu, mereka perlu mengubah cara mereka mencari ekonomi mereka. “So, kalau macam dengan MERCY ni masa mula-mula dulu saya pergi buat kerja kemanusiaan ni, saya pergi di bawah timbalan Perdana Menteri. Sebab timbalan Perdana Menteri ada dalam portfolio kita politik kat Malaysia perlu menjaga bencana. Jadi saya pergi ke Aceh. Pada mulanya, saya ke Aceh. Jadi di Aceh, saya tinggal di sebuah rumah pesantren (sekolah berasrama). Rumah pesantren pada ketika itu merupakan rumah pondok yang menempatkan kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa mereka dalam tsunami.Saya tidak tahu sama ada mereka sudah mati atau tidak ketika itu. Jadi saya banyak buat program di situ, dalam 7 ke 8 kali saya ke situ pada tahun 2005,”ujar Sharima. Antara tempat yang pernah beliau takbur bakti adalah di Pakistan, Afghanistan, Thailand, Turkiye, dan Syria. Beliau juga ikut serta dalam misi bencana alam gempa bumi Yogyakarta 2006 dan Gunung Merapi di Indonesia, banjir Kedah 2010 di Malaysia, taufan Lao 2013 di Filipina, Dan Lao 2018. Menceritakan pengalaman beliau bersama MERCY MALAYSIA, pada awalnya beliau berasa takut apabila memasuki kawasan bencana atau kawasan yang ketat kawalannya namun setelah menyertai banyak misi, beliau menzahirkan rasa seronok yang lebih banyak memandangkan setiap misi memberi pengalaman yang berbeza-beza setiap satunya. Sementara itu pada bulan ini, Sharima bersama seorang warga Malaysia yang menetap di Turkiye iaitu M Hanif, telah melancarkan program korban lembu dan kambing yang bertujuan untuk membantu penduduk miskin di Syria dan Afrika. Program ini dijalankan dalam rangka menyambut Hari Raya Aidiladha, di mana amalan bersedekah haiwan dikorbankan kepada fakir miskin menjadi sinonim dengan perayaan tersebut. Beliau mempromosikan program ini melalui media sosial peribadinya, dengan harapan dapat menarik minat banyak orang untuk mendukung usaha Persatuan Tumbuh Insan ini. Bagi mereka yang berminat menyertai program ini, mereka akan diberikan sijil korban dan rakaman video penyembelihan sebagai bukti bahawa dana yang disalurkan telah digunakan untuk tujuan yang benar. Bakti Sharima terhadap Pusat Kebajikan Masyarakat Taman Sinar Harapan Jitra Bagi Pusat Kebajikan Masyarakat Taman Sinar Harapan Jitra (TSHJ), Sharima sendiri merupakan pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Pusat Kebajikan Masyarakat Taman Sinar Harapan Jitra (TSHJ). “Setiap institusi di bawah jabatan kebajikan masyarakat, dia ada lembaga pelawat mereka sendiri. Tugas mereka adalah untuk melihat perjalanan dan kebajikan kanak-kanak dekat pusat jagaan tersebut. Mereka akan memantau cara kerja pekerja di pusat jagaan tersebut. Bukan nak jadi polis tapi maksudnya kita akan tengok sekiranya ada isu penderaan atau salah laku sebab kanak-kanak di pusat jagaan ini adalah kanak-kanak yang tidak boleh bercakap. Tambahan pula mereka masih lagi kanak-kanak yang berada dibawah akta kanak-kanak. Oleh itu, kita sebagai orang dewasa perlu melihat setiap keperluan mereka,” ujar Sharima. Dalam program pertama yang diberi nama "Jom Infaq Subuh'', para Ahli Lembaga Pelawat TSHJ mengumpulkan sumbangan daripada masyarakat untuk membelikan baju raya baru kepada 83 anak-anak OKU yang berada di pusat kebajikan tersebut. Program ini berlangsung dari tanggal 26 Mac hingga 3 April di TSHJ. Melalui sumbangan ini, diharapkan dapat membuat anak-anak OKU TSHJ bahagia apabila menerima baju raya yang baru. Selain itu, program kedua dilaksanakan pada tanggal 30 Mei 2023, yang melibatkan Sharima Ruwaida Abbas sebagai pelaksana. Sharima kembali ke Pusat Kebajikan Masyarakat TSHJ untuk menyampaikan baki sumbangan yang telah dikutip oleh Ahli Lembaga Pelawat TSHJ pada bulan sebelumnya. Program ini bertujuan untuk memberikan duit raya kepada 83 anak-anak OKU TSHJ. Setiap daripada mereka akan menerima sejumlah RM15 sebagai duit raya.
RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" RAFFI RABBANI | @WARTABUANA | 01116008370 5 JUN 2022 EDISI #1 “ ABROAD TO MALAYSIA THE SPECIAL LIFE OF INDONESIA INTERNATIONAL STUDENTS AT INASIS TNB UUM" SINTOK: Universiti Utara Malaysia as one of the best universities in Malaysia accepts a large number of students, especially a special quota for international students including students from Indonesia. The geographical position close to Malaysia, makes a great encouragement and motivation for Indonesian students to come and study here. According to experts, Indonesian students who are financially able prefer to study abroad such as Malaysia, Australia, Singapore, the United Kingdom and the United States, and among these countries, Malaysia ranks first in the choice of Indonesian students to pursue further education in abroad. Indonesian and Malaysian education systems are known to have different policies. For example, in Indonesia students are asked to find their own place to live, while in Malaysia the government provides Residential Colleges, which Indonesians commonly call Student Dormitories, which are provided directly by the university and the local government. Universities in Malaysia provide dormitories for students but not for all their students, some Universities oblige their students to live in the hostel in the first year by paying a certain amount of fees and there are universities that free their students to choose whether they want to stay in the Hostel or not, While Universiti Utara Malaysia itself provides a large number of student dormitory facilities due to its strategic location, far from urban areas, so the university management provides dormitory facilities with a large capacity. If students do not want to live in a dormitory, students can choose their own accommodation outside the campus such as in the Changlun - Kedah area, which has a distance of about 10 KM from the main campus and has a private vehicle. For students who choose to live in the dormitory, Universiti Utara Malaysia provides a bus that operates from morning to night. This makes most students prefer to live in the campus area instead of having to find accommodation outside the campus, with very cheap prices and also getting subsidies from the government. Hostels are an easy option for students by paying approximately RM 1000 or (IDR) Rp. 3,500,000 per semester, of course with standard facilities that must be accepted by students. The author interviewed one of the Indonesian students, Muhammad Bimo Adzzaki who served as the Vice President of the Indonesian Student Association - Universiti Utara Malaysia, who was studying at UUM's TNB (Tenaga Nasional Berhad) inasis, in his testimony, he had been at TNB's Inasis since his first arrival, around 3 semesters or more or less around 1 year 6 months he sat in TNB Inasis and felt comfortable with the facilities provided by the campus. "I feel that the campus provides sufficient facilities for its students, with the money paid to the campus, the dormitories that have these facilities are very sufficient for the students' lives, although I heard some complaints from international students such as the floors that are only plastered and not there. Ceramics, but I think this is reasonable with what the University management bills" He also added "However, in my personal view, I think special attention should be given to international students as priority in getting accommodation, based on what was done, there were some Indonesian students who were transferred because they did not get an explanation about their accommodation. Status I hope this incident does not repeat itself and the service is improved. because most international students get a fee bill every semester reaching RM 4,000 to RM 6,000 more, hopefully this will be considered by the campus management in improving services to all students, especially international students." Indonesian students are also believed to be very fond of the Student Lounge facilities, among which they provide convenience in studying, in the statements of some students found by Indonesian students who are studying at Inasis TNB, they say that the Student Lounge has facilities such as computers, seats, LED TVs for presentations when there is group work together friends, he can feel the cool air because there is an air cond that cools the room temperature, unlike the inasi room which is only equipped with a rotary fan attached to the ceiling of the room. "I feel that the facilities at inasis are sufficient with a price of RM 1000, but the service needs to be improved, especially for international students who pay expensive tuition fees that reach more than 5000 ringgit each semester, this needs to be the focus of development" Says Mikhail Sayyid Khatami, Former Deputy Principal of the Student Association Indonesia UUM Period 2022 last year which used to occupy Inasis TNB, now it occupies The University Inn (University Apartment) near Inasis Maybank and Sultanah Badlishah Mosque, in its additional information, "You can stay at The University Inn if you want to get more comfort, but considering the price is quite expensive, this is returned to each individual in choosing their accommodation, whether they want to stay at the inasis Hostel or The University Inn Apartment, so far I appreciate the cleaning staff who cleans inasis, with them inasis is much cleaner and well maintained"
RENCANA BERITA WWW.WARTABUANA.COM | "SUARA WARTAWAN MUDA BERJAYA" AMISSRA A/P SU PIN | @WARTABUANA | 011-56796604 12 JULAI 2023 EDISI #1 ATLET BADMINTON UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) KE ACEH, INDONESIA SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal menghantar wakil atlet badminton menyertai Karnival Varsity Indonesia Malaysia Thailand-Growth Triangle (IMT-GT) kali ke-22 anjuran Universiti Syiah Kuala di bandar Aceh, Indonesia. Karnival ini bakal berlangsung bermula 8 Julai hingga 12 Julai 2023 selama lima hari bertempat di Universiti Syiah Kuala. Universiti Syiah Kuala merupakan tuan rumah dalam penganjuran Karnival IMT-GT ini yang melibatkan sebanyak 12 Universiti daripada negara Malaysia, Thailand dan Indonesia. Ketiga-tiga negara ini akan menghantar sebanyak 4 buah Universiti daripada negara mereka untuk menyertai Karnival IMT-GT kali ini. Selain itu, Karnival Varsity IMT-GT ini melibatkan 4 Universiti dari Malaysia di mana terdiri daripada Universiti zon Utara iaitu Univeriti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Pihak UUM bakal menghantar seramai empat orang atlet badminton terdiri daripada dua orang atlet perempuan dan dua orang atlet lelaki. Atlet yang mewakili UUM ini bakal menyertai perlawanan kategori perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan beregu campuran. Perbelanjaan para atlet wakilan UUM akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Universiti. Wakil atlet UUM hanya perlu bersedia mental dan fizikal dan membuat persediaan latihan yang mencukupi untuk bertempur dengan pihak lawan sepanjang perlawanan berlangsung nanti. Tiket penerbangan, penginapan dan pengangkutan akan ditanggung sepenuhnya oleh UUM. Atlet juga akan mendapat elaun makan dan elaun training sebagai tanda penghargaan serta perbelanjaan mereka di Aceh, Indonesia. Atlet badminton UUM, Somsak A/L Soom Mat dipilih untuk mewakili UUM ke Karnival Varsity IMT-GT kali ke 22 di Aceh itu. Dia berkata, “saya dapat menyertai sebagai wakil UUM dalam sukan badminton kerana saya mengenali jurulatih yang membuat pemilihan atlet dan menyertai pemilihan atlet pemain badminton wakilan UUM”. Tidak dinafikan juga dengan bakat Somsak dalam sukan badminton, dia terpilih sebagai atlet badminton UUM dan merupakan seorang pemain badminton di peringkat negeri Perlis. Seterusnya, pada bulan Julai ini, dia bakal mewakili UUM dalam kategori ‘Mix-Double’ di Karnival Varsity IMT-GT kali ke-22. “Saya berasa sangat gembira dan bangga kerana dapat mewakili UUM ke Universiti Syiah Kuala di Aceh dengan bakat yang saya ada”, kata Somsak. Dia juga mengatakan dia akan bermain bersungguh-sungguh dan membawa nama baik UUM ke perlawanan bakal berlangsung nanti. “Terima kasih kerana mempercayai saya dan memilih saya sebagai satu bahagian dalam meningkatkan imej UUM dan mewakili UUM ke perlawanan badminton yang menarik ini”, dia berkata. Penyertaan kali ini mampu menjalinkan hubungan yang baik antara Universiti Utara Malaysia dengan Universiti Syiah Kuala serta Universiti berlainan dari negara terpilih. Kolaborasi kali ini mampu meningkatkan imej dan reputasi UUM ke peringkat antarabangsa. UUM tidak melepaskan peluang untuk menyertai Karnival IMT-GT ke-22 ini demi memberi pengalaman yang berharga kepada mahasiswa wakilan atlet badminton UUM. Wakil atlet badminton UUM ke Karnival IMT-GT Varsity Carnival IMT-GT kali ke-22 yang bakal berlangsung di bandar Acheh, Indonesia.