Kata-kata Aluan Muka
Kakitangan Akademik 1986 2-7
Sidang Ridaksi Perintis 8-9
Badan Wakil Pelajar
Takwim Sekolah 1985/1986 10-11
Hal-hal Pentadbiran 12-13
Laporan PIBG 15-18
Highlights '85/'86 20-32
Bahagian Bahasa Malaysia 34-37
Bahagian Bahasa Inggeris 39-50
Laporan Kelab/Persatuan 52-74
Sukan dan Olahraga 76-99
Laporan Rumah 111-122
Murid-murid yang akan 125-147
148-153
meninggalkan STAR
Iklan 156-166
Lagu Sekolah 167-168
Epilog
169
170
Meja Pengarang,
27 Ramadhan, 1406 H
Salam sejahtera,
Berakhir semusim lagi dalam catatan sejarah Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh .Maka segala
peristiwa pahit manis, suka duka yang kita alami sepanjang tahun persekolahan 85/86, kita abadikan
dalam majalah ini agar segala tinggalan sejarah putera-puteranya, akan dapat ditatap dan dikenang
kembali oleh anak cucu kita kelak malah tidak akan /uput dite/an zaman.
Sepanjang tahun ini kita dapati berbagai-bagai perubahan telah dilaksanakan. Di awal tahun lagi,
perhimpunan ramai telah ditukar ke hari Isnin. Pelajar-pelajar Tingkatan 1,2,3 dan 4 telah diberi peluang
untuk mengikuti kelas-kelas komputer anjuran Kementarian Pelajaran. Pihak sekolah juga telah
mengambil berat tentang kebajikanpelajar-pelajardi asrama. Justeru itu, perubahan-perubahan dari segi
lahiriah itu kita terima dengan hati yang terbuka. Namun begitu perubahan-perubahan dari segi lahiriah
semata-mata bukanlah menjadi matlamat utama-keranaperlu ada keseimbangan dari segi batiniahjuga.
Bila wujud keseimbangan dari segi lahiriah dan batiniah barulah hasilnya kelak lebih bermakna.
Meneliti kepada keputusan-keputusan pencapaian akademik sepanjang tahun 1985, kita berbangga
kerana masih mampu mengekalkan keputusan 100% kita dalam SRp, SPM maupun STPM, walaupun
inenurut Tuan Pengetua pencapaiannya dari segi kualiti masih dapat dipertingkatkan. Menyedari akan
hakikat inilah, sebagai pe/ajar, kita seharusnya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
yang cemerlang baik dari segi kualiti dan juga kuantitinya.
Di bidang sukan pula kita telah berjaya merangkul beberapa kejuaraan di peringkat negeri dan
kebangsaan. Pada penghujung penggal ketiga tahun lalu, Pasukan Bola Tampar Ba wah 14 tahun kita
telah berjaya menjadi Johan Terbuka Perak. Satu kejayaan yang membanggakan dalam bidang sukan
yang selama ini hanya dimonopoli oleh masyarakat Cina. Pasukan kriket kita juga telah memenangi
Pertandingan Kriket Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah, di Kluang, Johor. Pasukan ini juga telah
memenangi Piala S. V. Suppiah, Kejohanan 6 Sebelah Terbuka Perak. Dengan semangat dan latihan yang
mencukupi, tiada sebab pasukan ini tidak berupaya untuk mengekalkan piala pusingan rebutan 28
sekolah Berasrama Penuh seluruh negara ini di 'alma mater' kesayangan kita.
Di dalam ,Pesta Piala Perdana Menteri di Pengakalan Chepa baru-baru ini, Pasukan Ba.has Bahasa
Malaysia STAR telah menempa sejarah denga n melayakkan diri ke Pertandingan Akhir. Semoga
kejayaan yang cemerlang menanti kita di Angkasapuri nanti.
. Penghujung tahun ini akan menyaksikan pemergian satu lagi generasi lepasan STAR. Maka segala
pengalaman dan pengajaran berharga yang 121 orang pelajar-pelajar Tingkatan Lima perolehi di
kampus ini tentu dapat memberi petunjuk dan pedoman berguna untuk menghadapi dunia yang lebih
mencabar dan berupaya pula untuk menempatkan diri di tengah-tengah masyarakat seb,agai pemimpin
yang berguna kepada agama, bangsa dan tanahair.
Sekian, salam hormat.
AINUL AZAM B. AHMAD KHAMAL
Ketua Pengarang 1986
KATA-KATA ALVAN
DARI
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Kepada Sidang Redaksi Perintis saya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggl-
tinggi penghargaan kerana memberi kesempatan menyampaikan sepatah dua kata melalui
ruangan 'Kata-kata Aluan' ini.
Pasa keseluruhannya, Sekolah Tuanku Rahman telah mencapai kejayaan dalam
berbagai bidang, baik akademik mahupun ko-kurikulum. N amun demikian dalam beberapa
bidang kita perlu menambah giat
Walaupun ~ehingga kini saya berasa berpuas hati atas pencapaian akademik yang telah
dicapai oleh sekolah ini namun dari segi mutu, pencapaian pelajar-pelajar tingkatan lima
masih boleh dipertingkatkan lagi. Oleh yang demikian pelajar-pelajar perlu berani dan
Sftnggup bekerja kuat dan ibu bapa seharusnya memberi segala sokongan kepada guru yang
perlu juga memperkuatkan dedikasi.
Dari segi akhlak dan budibahasa, saya rasa pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh,
masih perlu diperbaiki. Murid-murid juga hendaklah melibatkan diri dalam kegiatan-
kegiatan ko-kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Penekanan yang diberikan oleh
Kementerian Pelajaran terhadap kegiatan-kegiatan tersebut di sekolah-sekolah sejak akhir-
akhir ini, menunjukkan betapa pentingnya kegiatan-kegiatan itu diamalkan, sebagai pembentuk
sahsiah seseorang pelajar.
Saya benar-benar berharap agar hal ini diberi perhatian oleh semua pihak supaya objektif
SBP dicapai dalam ertikata yang sepenuhnya.
Selamat maju jaya dan tahniah kepada seluruh keluarga STAR, khususnya kepada
Sidang Redaksi Perintis 1985/86 kerana berjaya menerbitkan majalah ini.
Sekian, Selamat Maju J aya.
/
-
DATO' ABDUL RAHMAN .HAJI ARSHAD
DCSM., DKSJ., JMN., JSM., BSK
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
2
KATA-KATA ALVAN
DAR!
PENGARAHSEKOLASSEKOLAH
Saya bersyukur dan berterima kasih kerana diberi penghargaan untuk menyumbangkan
sepatah dua kata sebagai alu-aluan di majalah Perintis ini.
Sering dinyatakan bahawa sekolah merupakan institusi yang diwujudkan untuk mendidik
dan melatih pelajar-pelajar supaya mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemahiran,
berperwatakan sesuai, berdisiplin, tekun dan bersemangat tinggi apabila tamat persekolahan
nanti. Saya berharap para pelajar akan menyedari hakikat ini dan berusaha bersungguh-
sungguh untuk mencapai matlamat dan hasrat ibubapa dan negara seluruhnya.
Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah dan sedaya upaya akan terus
menyediakan pelbagai kemudahan dan peluang kepada para pelajar mengikuti pelajaran.
Adalah menjadi tanggungjawab para pelajar menggunakan sepenuhnya kemudahan-
kemudahan dan peluang-peluang yang disediakan dengan sebaik-baiknya. Dalam hubungan
ini segala perlakuan yang merugikan mestilah dielakkan.
Di samping itu, ingin saya menasihatkan agar para pelajar sentiasa bijak membahagikan
masa. Ini adalah penting kerana selain memberi tumpuan kepada bidang akademik, para
pelajar perlu melibatkan diri dalam kegiat,\p ko-kurikulum. Saya juga suka menegaskan
bahawa untuk menjamin kejayaan pelajar-pelajar kita, hubungan baik antara guru-guru dan
ibu bapa perlu dipertingkatkan. Ini kerana melalui hubungan baik seperti itu, maka akan
wujud suatu suasana keIjasama dan semangat kekitaan yang berharmoni dan sihat
Oleh itu, saya menyeru semua pihak di sekolah ini supaya menyedari hakikat itu, dan
melipatgandakan lagi usaha supaya matlamat melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam
segala bidang akan terus menjadi kenyataan. Seterusnya saya mengucapkan tahniah dan
syabas kapada sekolah ini yang telah beIjaya dalam bidang akademik dan kegiatan ko-
kurikulum sepanjang tahun ini.
Akhir sekali saya mengucapkan selamat maju jaya dalam segala lapangan.
HAJI JUMAAT BIN DATO' HAJI MOHO NOOR
Pengarah,
Bahagian Sekolah- Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
3
KATA-KATA ALVAN
DARI
PENGARAH PELAJARAN PERAK
Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana diberi kesempatan merakamkan
sepatah dua kata dalam majalah 'Perintis' ini.
Kejayaan yang ditempa oleh STAR khususnya dalam bidang kurikulum dan ko-
kurikulum memang membanggakan. Selama ini, STAR telah menempuh berbagai-bagai
pengalaman dan perubahan yang telah manjadi asas-asas yang menjadikan ia sebuah sekolah
yang telah terkenal bukan sahaja di negeri Perak ini, malahjuga di seluruh negara. Ia telah
berjaya melahirkan ramai golongan bijak pandaiyang berkelibar serta dapat menyumbangkan
bakti mereka kepada negara. Di sini saya ingin rhengucapkan tahniah kepada guru-guru di
sekolah ini yang telah berusaha meninggikan prestasi para pelajar dalam serba bidang.
Melalui majalah ini, ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan pihak sekolah dalam
usaha memajukan lagi sekolah ini. Tanpa kerjasama yang jujur antara kedua-dua pihak,
khususnya dalam bidang disiplin para pelajar, prestasi yang tinggi seperti yang pernah
dicapai sebelum ini tidak akan tercapai. Kepada para pelajar, saya menasihatkan supaya
menyediakan diri untuk mencapai prestasi yang tinggi serta cemerlang. Selain dari itu, para
pelajar juga harus tidak lupa kepada pembentukan peribadi yang mulia dan sahsiah yang
tinggi.
Akhir sekali saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pengetua, guru-guru,
pekerja-pekerja dan para pelajar di atas usaha yang telah dilaksanakan untuk memajukan
sekolah ini. Adalah diharapkan agar perkhidmatan yang cemerlang itu akan dapat diteruskan
demi kemajuan sekolah ini seterusnya.
MOHD. KHALID B. ABDUL HALIM KMN
Pengarah Pelajaran,
Perak.
4
KATA-KATA ALVAN
DARl
YANG DI PERTUA PIBG
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Sidang Redaksi Perintis yang sudi mengundang
saya menyampaikan sepatah dua kata untuk majalah sekolah tercinta kita ini.
Saya menggunakan peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan juga
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha dengan penuh dedikasi
memajukan dan seterusnya meninggikan lagi imej sekolah ini. U saha gigih ini tentunya akan
menghasilkan kejayaan yang kita hajati. Walaupun usaha ini tidak dilaung-Iaungkan atau
dihebahkan, ianya tetap disanjung tinggi. Kita yang berusaha tentulah tahu nilai pengorbanan
kita itu.
Oleh kerana kemajuan negara kita berkembang begitu pesat maka sudah tentulah
berbagai-bagai perubahan berlaku dalam kehidupan kita. Dengan itu kita mesti menyesuaikan
diri dengan arus kemajuan ini. langanlah kita ketinggalan semata-mata kerana tidak mahu
mengikut perkembangan dan edaran zaman. Para pelajar mesti menyedari hakikat ini dan
hendaklah berusaha sepenuh daya demi menjamin masa depan diri sendiri. Bersekolah
bukan hanya untuk mendapatkan sijil kelayakan akademik saja. Ianya meliputi segala aspek
pendidikan rohani dan jasmani agar pelajar yang telah menempuh alam persekolahan itu
kelak muncul sebagai rakyat yang bijak, berdisiplin, boleh berdikari, dapat menyesuaikan
diri dalam masyarakat, rela serta bersedia beIjuang dan berkorban demi nusa dan bangsa.
Dalam usaha mencapai kejayaan ini setiap individu hendaklah cekal. 1angan mengaku
kalah. Tabahkan hati, tetapkan iman dan berusaha. Saya sanjung tinggi para pelajar kita yang
telah berjaya dalam pelbagai bidang. Mereka telah mengharumkan nama sekolah dan
meningkatkan imej STAR Kepada yang kurang berjaya jangan lemah semangat ataupun
menyalahkan orang lain. Teruskan berusaha lagi. Kita bertuah berada di negara Malaysia
tercinta ini; negara merdeka yang menggalakkan rakyat berusaha. Ruang untuk berusaha
amat luas, peluang untuk direbut tiada hadnya.
Seperkara lagi yang ingin saya tegaskan ialah andainya kejayaan telah tercapai,
janganlah bersikap angkuh, tidak sedar diri dan lupa daratan. Bersyukurlah kepada tuhan dan
berterima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan terhadap kejayaan kita._
Akhir kata saya ucapkan selamat maju jaya dalam segala usaha dan semoga tuhan
memberkati usaha yang dijalankan itu hingga tercapai kejayaan demi kejayaan.
5
KATA-KATA ALVAN
DARI
PENGETUA
Assalamulaikum,
Terima kasih kepada Printis kerana memberi kesempatan menyampaikan sepatah dua
kata. Saya ingin mengambil kesempatan ini menyatakan sesuatu mengenai Kegiatan Ko-
Kurikulum yang banyak diperkatakan oleh orang ramai.
Sebenarnya kegiatan ko-kurikulum ini sudah lama kita jalankan; tetapi mulai tahun ini
diubahsuai sedikit caranya dengan tujuan memberi peluang kepada setiap pelajar mengambil
bahagian dalam satu pasukan berunifom, satu permainan dan satu kelab atau persatuan.
Dengan ini bererti seseorang pelajar itu tidak akan membebankan dirinya dengan terlalu
banyak kegiatan ko-kurikulum; dan semua pelajar akan berpeluang melibatkan diri, tidak ada
lagi yang keluar dari sekolah sebagai kaki bangku.
Sistem baru ini juga memperlihatkan penglibatan semua guru, tidak hanya yang cergas
sahaja. Ini adalah wajar kerana kegiatan ko-kurikulum ini juga merupakan sebahagian dari
aspek pendidikan, dan memerlukan penglibatan semua guru di sesebuah sekolah.
Di samping faedah dalam pendidikan, kegiatan ko-kurikulum ini juga berguna kepada
pelajar-pelajar kerana ianya diambilkira dalam pemilihan untuk melanjutkan pelajaran dan
juga untuk tujuan-tujuan pemilihan keIjaya.
Pihak ibu bapa~ guru-guru dan pelajar-pelajar tidak sepatutnya bimbang terhadap prestasi
akademik. Kiranya kita dapat memberi perhatian yang baik kepada kedua-dua aspek, iaitu
akademik dan kegiatan ko-kurikulum ini, maka insya Allah, kita akan beIjaya.
Selamat maju jaya, terima kasih.
HUSSAIN B. SALLEH
Pengetua,
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Ipoh, Perak.
6
KATA-KATA ALVAN
DARI
KETUA UMUM 1986
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Sidang Redaksi Perintis kerana memberi kesempatan kepada
saya untuk menulis sepatah dua kata dalam keluaran Perintis yang ke-29 ini. .
Pelajaran amat penting dalam dunia yang serba membangun ini. Tanpa pelajaran kita
akan ketinggalan dalam proses permodenan yang sedang berlaku dengan pesatnya. N amun
oegitu masih terdapat segolongan pelajar yang kurang menyedari akan hakikat ini, dan
mengabaikan pelajaran mereka. Mereka tidak memikirkan betapa banyak kerajaan berbelanja
untuk memastikan kita memperolehi kemudahan-kemudahan yang mencukupi dan selesa
sewaktu belajar. Sifat inilah yang perlu dihapuskan dan digantlkan dengan semangat ingin
berjaya dalam hidup.
Tetapi kejayaan dalam pelajaran masih tidak bermakna. Dalam erti kata lain matlamat
pendidikan belum lagi tercapai kerana pendidikan merangkumi aspek yang luas. Ia bukan
hanya merangkumi aspek mental sahaja malah aspek fizikal juga termasuk dalam maksud
pendidikan ini. Pendidikan di sekolah bukan hanya tertumpu kepada pelajaran semata-mata
tetapi juga kejayaan dalam membentuk akhlak dan sahsiah seseorang pelajar di samping
kegiatan yang cergas di dalam aktiviti ko-kurikulum. .
Disiplin penting dalam kehidupan dan pendidikan. Disiplin bukan saja setakat mematuhi
peraturan sekolah tetapi juga mendisplinkan diri dalam menghadapi pelajaran. Para pelajar
harus ingatjika disiplin sekolah merosot maka nama baik sekolah akan turut tercemar dan ini
mestilah dielakkan. Oleh itu para pelajar haruslah sedar mulai sekarang tanggungjawab kita
kepada sekolah seterusnya kepada negara. Marilah kita bersama bersatu tenaga dan
berusaha untuk menaikkan lagi nama sekolah dan memajukan diri sendiri semoga sekolah
kita melahirkan pelajar-pelajar yang berdikari dan berguna kepada masyarakat.
,.
Akhir kata saya ingin meI)gucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua,
Penolong Kanan, guru-guru dan kakitangan sekolah serta tidak ketinggalan rakan-rakan
pelajar atas segala tunjuk ajar serta kerjasama yang telah diberikan kepada saya selama saya
menjadi ketua umum di sekolahini, terima kasih.
Wassalam.
ILMU PANDUAN HIDUP
c_I<Z?\-o \,/'V\ ~
ROZHAN ANWAR BIN ABDULHALIM
Ketua Umu~ ,
1986
7
KAKITANGAN AKA
Belakang dari kiri : En. Yang Chor Chow, En. Tang Fook Wing, En. Rosely Tah
ke kanan En. Rusli, En. Oh Eng Cheng, En. Vellupillai, En. Tan Ooi
SheeLeong, En. Mohamad Ibrahim, Ustaz Arifine, En. M
Tengah dari kiri : En. Mat Atz; En. Low Ah Kiu, En. Kong Teong Sing, Cik T
ke kanan Puan Liew Peng Lai, Cik Venny Lee, Cik Michiko Seki, Pua
Cheng Hoe, Cik Thian, En. Richard Tobin, En. Shari/udd
Duduk dari kiri : En. Manoharan, Puan Choo Khuan Ham, En. Louis Roza
ke kanan Tang, En. Lau Hut Yee, En. Jaafar(Timbalan Pengetua) T
Wazir Mustafa, Ustaz Mat Desa, En. Cheng Teik Eng, En
En. Razak Samad, En. Abdul Razak Salleh.
ADEMIK STAR 1986
hir, En. Yang Razali, En. King Eng Seng, En. Lee Soon Ching, En. Francis,
i Lek, En. Ng Hee Sang, En. Liew Mui Chang, En. Yoong Kwee Soon, En. Liew
Mat Shamsuddin, En. Roszelan, Ustaz Mat Bashir, En. John Evans.
Tan Moi Lee, Cik Chin Kok Yin, Cik Nor Habibi, Puan Saminah, Cik Saayah,
an Khor, Puan Siti Sarah, Cik Isabel, Puan NorSaadah, CikRoslina, Puan Chuah,
din, En. Zulkej7i Din.
ario Doss, En. Tan Teng Leong, En. Harmain, En. Jami! Selamat, En. Sim Jin
Tuan Haji Hussain Salleh (Pengetua), En. Ghani, En. Dickson Sundaram, En.
n. Kok Kee Chai, Puan Kamariah, En. Lam Kim Fatt, En. Choong Swee Ching,
SENARAI KAKITANGAN AKADEMIK 1986
TUAN HAJI HUSSAIN B. SALLEH (PENGETUA) - B.A. (Hons.) UM, Cert. Ed. (Brimingham)
Encik Jaafar b. Abdullah (Timbalan Pengetua)
Encik Abdul Ghani b. Muhammad Niza - B.A. (Hons.) UKM Cert. Ed. (Birmingham)
Encik Cheng Tek Ing
Puan Choo Khuan Ham - B.A. (Hons.) bersama pendidikan (US.M)
Encik Chopng Swee Ching
Encik Dickson Sundram - S. C. TTTC (KL) ,
Encik Kok Kee Chai
Encik Kong Teong Sing - B. Sc. (Hons.) Dip. Ed. (UM)
Encik Khor Chuan Ho
Encik Lam Kim F att - S.c. MT.C.
Encik Lau Hut Vee
Encik Lee Soon Ching - B.A. (Hons.) Dip. Ed (UM)
Encik Liew Mui Chang
Puan Liew Peng Lai - College Trained
Encik Liew Shee Leong
Puan Lin Hai Soon - B. Sc. (Hons.) Dip. Ed. (UM)
Encik Louis Rozario Doss
Encik Low Ah Kiu - B. Sc. (Dip. Etl..) UKM
Encik Manoharan all Palaniappan
Encik Mat Ali b. Jalaluddin - Normal Trained, STTI (KL)
EIlCik Mohd. b. Ibrahim
Puan Kamariah binti Sulaiman - College Trained (Kirkby), Dip. Sc. Ed. (Leeds)
Encik Ng Hee Sang
Cik Noor Habibi binti Mohamad - B. Sc. (Hons.) Ed. US.M
Encik Oh Eng Cheng - M T. C. (Penang)
Cik Saayah binti Ahmad Puteh
Encik Sim Jin Tang - B. Sc. (Hons.) Dip. Ed. (UKM)
Puan Siti Sarah binti Daimun
Encik Tan Teong Leong - B. Sc. (Hons.) Ed. U8.M
Encik Tan Ooi Lek
Encik Tang Fook Wing - B. Sc. (Hons.) Dip. Ed. (UM)
Cik Tan Moi Lee
Encik Velupillai all Ponnudurai - B.A. (Hons.) Dip. Ed (M U)
Cik Venny Lee Yoke Lan
Encik Yang Razali b. Mohod. Yusuf - College Trained 8. C.
Encik Yoong Kwee Soon
Encik Abdul Razak b. Haji Muhammad.Salleh - B. Sc. (Madras), Dip. Ed. UM.
Encik J amil b. Selamat
Ustaz Mat Desa b. Ismail - B. Sc. (Hons.) Dip. Sc. & Ed (UP.M.)
Encik Mohamed Roseli bin Mohd. Tahir - TTTC(KL)
Encik Mohd. Harmain b. Mohd. Amin
Encik Muhammad Zulkifli b. Din' - B. Ec. (Hons.) Dip. Ed. (M U)
Puan Saminah binti J antan
Encik Shahrum b. Ashaari - B. Sc. (Hons.) Dip. Ed. (UM)
Encik Wazir b. Mustafa
Cik Chin Kok Ying - Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Maktab Perguruan Teknik
Encik Francis R Arumugam
Encik Mohammad Rusli b. Yahya Kuala Lumpur.
Encik Razak Abd Samad b. Yahya
Cik Thian Chow Yoong - College Trained (Penang)
Encik Roszelan Majid
Encik Sharifudin bin Ishak - B. Sc. bersama pendidikan (U 8. M.)
Puan Nor Saadah bt Md. Husain
Ustaz Mat Bashir Rahmat - B. Sc. (Hons.) Dip. Ed. (UM)
Encik Mat Samsudin bin Samat
Cik Isabel Stewart - B. Sc. dengan pendidikan US. M
Encik John C. Evans
- H. S. C. M. T. C. (Brins/ord)
Cik Michiko Seki
- B. Sc. (Hons.) Dip. Ed. (UM)
Ustaz Mohd Arifine b. Daud
'Ustaz Samsuddin b. Lebai Sulong - H. 8. C. Normal Trained, Cet. TESL. (M U)
Encik King Eng Seng
Encik Yang Chor Chow - College Trained (STTI)
Encik Richard Stephen Tobin
Cik Roslina bt Ramly - B. Sc. (Hons.) Dip. Education (UM)
Puan Chuah,Cheng Hoe
- B.A. (Hons.) Dip. Ed (UM)
- Language Institute (KL)
- B. Sc. (Hons.) US.M, Cert. Ed (MPTI)
B.A. (Hons.) dengan pendidikan (US.M.)
B.A. (Hons.) (UKM), Cert. Ed (SITC)
- Ijazah Sarjana Muda Syariah (University al-Azhar),
Diploma Pendidikan (University Ainsham)
- B. Sc. dan ·Dip. Ed (U T. M.)
. B. Sc. (U College 0/ Cardiff, Wales, Dip. Ed. UM)
- College Trained M.P.KB.
B.A. (Hons.) Dip. Ed (M U)
- B.A. (Hons.) Dip. Ed (M U)
- B.A. (Hons.) Ed. (US.M)
- B. Sc. (Hons.) Dip. Ed. (U.S.M.)
- B. Sc. (U 8.M) Teaching Cert. (M. T. C.)
- NT. PE. STTI KL.
.: B. Sc. (Hons.) derrgan Pend. (UP.M)
- M T. C. Penang ,
- B. Sc. (Hons.) dengan pendidikan UM
- B.A. (Hons.) Dip. Ed(UM)
- B.A. (Hons.) Dip. Ed (U M)
- B.A. Al-Azhar, Cairo
- B.A. (Econ.) Dip. Ed (UKM)
- B.A (Universiti o/Keele), Cert. Ed (Nottingham Polytechnic)
- MA. (Universiti 0/ Edinburgh), P. G. C.E. (Universiti 0/
London), Dip. T.E.S.L.
-Japan Women's Universiti, B.A. Archtecture, Dip. Japanese
Education.
- B.A. (Hons.) Dip. Pend. (UKM)
- B.A. (A l-Azhar), Sijil Perguruan, MP.I
- B. Sc. (Hons), Dip. Ed. (UM)
- B. Sc. (Hons.) dengan pendidikan (US.M)
- B. Ed ,(Hons.) Liverpool, Dip. TESp, Nottinghamshire.
- MC.E., MP.8.I, Tanjung Malim.
- B.A. (University 0/ Canterbury, New Zealand) Dip..Ed
(tESL) (UM).
9
SIDANG REDAKS
Belakang dari kiri : Helmy, Eeson, Zalru!, Fahizal, Wan, Yazit Arbi, Aziza
Tengah dari kiri : Fadhil, Farizad, Riz, Idris, Nizat; Azmir, Lim, Azizan
Depall dari kiri : Rozi-A i, Aillul Azam, Ell. Yailg, Cik Chill, PII. Saminah
Fitri dall Khairul Ridwall.
SI PERINTIS 1986
an, Ariffin dan Tarmizan.
n, Engku, Kamarulzaman, Rozman dan Iskandar.
h, Pn. Choo, Pengetua, Tim. Pellgetua, En. Wazir, Ell. Louis, En. Zulkijli, Azam
AHLI SIDANG REDAKSI PERINTIS
Penaung Tuan Pengetua
Penasihat Utama 'Puan Choo Khuan Ham
Ketua Pengarang Ainul Azam b. Ahmad Khamal
Penolong Ketua Pengarang Azam Fitri b. Herman
1. En. Yang Razali Guru- Guru Penasihat
3. En. ZulkijZi Din
5. Cik Chin Kok Ying 2. En. Louis Rozario Doss
4. En. Wazir b. Mustafa
6. Puan Saminah bt. Jantan
Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris
1. Rozi-Ai b. Abdul Rahman 1. Kha iruI Ridzwan b. Abdul Kuddus
2. Iskandar Sham b. Abdul Rasap 2.' Idris Muzaffar b. Malakan
3. Wan Zafrul b. Wan Mohd 3. Eeson Sinthamoney
Mahyiddin
1. Azmir b. Radin Mustafa Grafik
3. Azizan b. Abu Hassan
2. Nor Azizan b. Tarjo
4. Ahmad Fahizal b. Abdul Wahab
Jurutaip
1. Kamarul R07man b. Nordin 2. Ahmad Farizad b. Mat Yazid
3. Engku Aminuddin b. Engku Ibrahim 4. Ahmad Nizar b. Ahmad Bakri
5. Yazit b. Yeob Arbi 6. Mohd Fadhil b. Mohd Azzahari
7. Lim Chee Keen 8. Ariffin Suhaidi b. Mat Saad
9. Tarmizan b. Tambychik
Jurugambar Pengedaran
Riz Fadzlin b. Abu Naim 1. Kamaruzaman b. Muhammad
Wan Sai/ulnoor b. Wan Ismail 2. Mohd Helmy b. Abdul Rahmad
11
BADAN WAK
Belakang dari kiri : Amin, Adlan, Adely, Tee, Lamjah, Atan, Anuar, Ahmad
, Nadzif.
Tengah dari kin' , : Kamarulzaman, Kamarul, Jelin, Shazilan, Azrimi. Ri
Sumardi, Fong dan Adlan.
Duduk dari kiri : Rahman. Hatta, Halim, Amir. Faizal. En. Manoharan. Tim
Fadhil.
KIL PELAJAR
d, Yusaimie, Wasji, Shahrol. Sa,ijul. Zulkejli. Shahrizan. Zaki. Saaidan dan
idzwan. Nizar. Amirul, Azmir, Yeoh, Riz. Kamarul Rozman. Ainul Azam.
m. Pengetua. Pengetua. En. Ghani. Rozhan, Azizan. Mahy uddin, Sazali, Engku.
BADAN WAKIL PELAJAR SESSI 1985/86
Penaung : Tuan Haji Hussain bin Salleh.
Ketua Pengawas
Ketua Umum : En. Abdul Ghani bin Mohd. Niza.
Penolong Ketua Umum 1 : En. P. Manoharan.
Penolong Ketua Umum 2
Setiausaha : Rozhan Anwar bin Abd. Halim.
Penolong Setiausaha
Bendahari : Mohd. Faizal bin Hassan.
Portfolio Agama
: Khairil Amir bin Akhirucf(n.
Portfolio Perhimpunan
: Sazali bin Samsudin
Portfolio Kantin
Portfolio Dobi : Mohd. Mahyudin bin Zainal.
Portfolio Kelas Tahanan
Portfolio Bilik Wakil Pelajar : Nor Azizan bin Tarja @ Tarjo.
Portfolio Kebajikan
: Nor Azizan bin Talja @ Taljo. (Ketua)
Portfolio Urusan Surat : Ahmad Shaharudin bin Sarun.
Portfolio Wayang Gambar : Ahmad Wasfi bin Saian.
Portfolio Sukan : Yusaimei bin Yusuj
Portfolio Dewan Makan : Sazali bin Shamsudin (Ketua)
: Abdul Rahman bin Ahmad.
Portfolio Prep : Atan Mustafa bin Yusuj.
: Amirul Shah bin Md Shahbudin.
- SETIAUSAHA -
: Mansor bin Mohd. Kassim (Ketua)
: Norshahrizan bin Sulaiman.
: Tee Meng Hun.
: Azmir bin Radin.
: Fong Chee Huang.
: Amin Zafri bin Abd. Fatah.
: Wan Mohd Hatta bin Wan Abdullah (Ketua)
: Anuar bin Kamardin.
: Rizwan bin Idris.
: Mohd. Fadhil bin Mohd. Azzahari. (Ketua)
: Ahmad Nadzij bin Mohd. Nor.
. : Riz Fadzlin bin Abu Naim.
: Abdul Halim bin Ramli (Ketua)
: Kamarul Rozman bin Nordin.
: Adlan bin Ahmad Bakri.
: Mohd. Adlan bin Ahmad Tajuddin.
: Ainul Azam bin Ahmad Khamal (Ketua)
: Kamaruzaman bin Mohamad.
: Ahmad Zaki bin Minhaj.
: Azrimi bin Ahmad (Ketua)
: Yeoh Phee Lee.
: Saiful Anuar bin Abdullah.
: Lamjah bin Juka (Ketua)
: Jelin bin Jatin.
: Shazilan bin Dahalan.
: Zulkifli bin Haji Harun.
: Kamarul Ariffin bin Mohd Jamil (Ketua)
: Shaharul Azlan bin Shaharum.
: Engku Aminudin bin Engku Ibrahim.
: Saaidan bin Abu Hassan.
: Mohd. Mahyudin bin Zainal (Ketua)
: Ahmad Nizar bin Ahmad Bakri.
: Adely bin Mahyudin.
: Sumardi bin Maulan.
13
.se•enH m..
.. ell011 011...
TAKWIM SEKOLAH 1985/1986
1985 26hh - Cuti Penggal Kedua bermula.
JUN
Seramai 15 orang pelajar STAR
24hb. - Pendaftaran pelajar Matrikulasi menyertai N adwah Kepimpinan
U.S.M. sessi 85/86. Islam di K.I.K. diiringi oleh Ustaz
Md. Bashir dan En. Roszelan
26h!),. - Peperiksaan Pertengahan Tahun Majid.
bermula
JULAI OGOS
lhb. - En. Othman b. Hussain, Ketua 2hb. - En. Tan Teong Leong, Guru
Jabatan Bahasa Malaysia dan - 8hb. Pengawas Pelajar-pelajar Yayasan
Pengerusi Kelab Guru STAR Sarawak STAR melawat Sarawak
bertukar ke Maktab Perguruan atas anjuran Yayasan Sarawak.
Ulu Kinta, Ipoh.
10hb. - Cik Jasathinta L. Cruz
melangsungkan perkahwinan
8hb. - Pertandingan permainan antara dengan En. Joseph Irwin Pererra,
rumah dimulakan. di Dewan Bulan Sabit Merah.
13hb. - Pelajar-pelajar Tingkatan 5 12hb. - Penggal Tiga bermula.
menduduki Peperiksaan Bahasa
Inggeris 1119. 26hb. - Hari Raya Haji. Para pelajar
pulang bercuti.
15hb. - Temasya Sukan Perkhidmatan
Pelajaran (PSKPP) telah diadakan
di padang STAR Upacara pem- 30hb. - Minggu STAROBA. Pada sebelah
bukaan rasmi dilakukan oleh Dato' malamnya diadakan pertandingan
Sri Mohd Ghazali b. Hanafiah, badminton di antara pelajar-pelajar
Pengarah Pelajaran Perak mana- dan guru-guru STAR melawan
kala upacara penutup dilakukan ahli-ahli STAROBA. STAROBA
oleh Y.B. Datuk Abdullah Hj. menang.
Ahmad Badawi, Menteri
Pelajaran Malaysia. 31hb. - Cuti Hari Kebangsaan.
- Encik John C. Evans, M.A. - Perlawanan bola sepak, bola
(University of Edinburgh) tampar dan ragbi antara guru-guru
P.G.C.E., Dip. Tesl (University dan pelajar STAR dengan
of London) melapor diri. STAROBA diadakan.
Keputusannya:-
22hb. - Peperiksaan Lisan Bahasa Bola Tampar - STAR menang
Malaysia S. P. M. bermula. Bola Sepak - STAR menang
Rabgi - STAROBA menang
25hb. - Pertandingan Kriket Piala Datuk
- 29hb. Seri Hamzah Abu Samah B:.20 Pada sebelah malamnya diadakan
Konsert STAROBA. Antara artis
tahun di antara Sekolah-sekolah jemputan ialah Raja Ema, Liza
Berasrama Penuh di Sekolah Abdullah serta Sukarni J aafar.
Menengah Sains Kluang, Johor. Tetamu Kehormat ialah Tan Sri
Sekolah-sekolah yang bertanding Hamdan b. Sheikh Tahir.
ialah STAR, MCKK, SMS
Pahang, SBP Sabah, SMS Johor - En. P. Velupillai melangsungkan
dan SDAR STARmenjadiJohan perkahwinannya dengan Cik
setelah mengalahkan MCKK Kauvery N ataraja Iyek di Dewan
dengan 23 larian. Bandaran Ipoh.
15
SEPTEMBER NOVEMBER
lhb. - Kelab Guru telah dihadiahkan 1hb. - Mesyuarat Agong Koperasi
sebuah Peti Sejuk National, STAR. Tetamu Kehormat ialah
sebuah kipas dan satu set pinggan Tuan Hj. Mohd Ali b. Hj. Ahmad,
mangkuk oleh En. Muhammad Pengarah Pembangunan Koperasi
Awang bagi pihak STAROBA. Perak. Berbagai-bagai masalah
hangat dibincangkan.
- STAROBA juga telah
menghadiahkan T-shirt kepada 4hb. Pertandingan permainan antara
guru dan pelajar-pelajar y~mg
mengambil bahagian di dalam rumah telah diadakan.
acara-acara sukan.
Keputusannya seperti berikut:-
Bola sepak Rumah Putih
2hb. Kempen Kewarganegaraan Bola Keranjang - Rumah Biru
dirasmikan oleh Tuan Hj. Hussain
b. Salleh. Turut hadir ialah Bola Tampar - Rumah Hijau
pegawai-pegawai dari Jabatan
Pelajaran Perak. Hoki - Rumah Merah
Ping Pong - Rumah Merah
Ragbi Rumah Hijau
9hb. - Peperiksaan Percubaan S.RP. Sepak Takraw - Rumah Biru
bermula.
5hb. - Perintis diedarkan kepada para
llhb. - Peperiksaan Lisan Bahasa pelajar.
Inggeris S.P.M. bermula.
llhb. Hari Deepavali
16hb. - Cuti Awal Muharram. 8hb. - Pasukan Ragbi B-15 tahun STAR
18hb. - Pemilihan Wakil-wakil Pelajar bertolak ke Kuala Lumpur untuk
sessi 85/86 dilakukan oleh para menyertai Kejohanan Ragbi 10-
guru di Dewan Sekolah. sebelah anjuran Kesatuan Ragbi
Malaysia.
20hb. Peperiksaan Percubaan S.P.M. 13hb. - J amuan perpisahan tahunan
bermula. diadakan di dewan makan.
21hb. - Peperiksaan Akhir Tahun 14hb. Operasi kebersihan asrama telah
bermula. diadakan.
OKTOBER 15hb. - Perhimpunan Akhir Tahun dan
penganugerahan 'colours'.
5hb. - J amuan meraikan Pengarah
Pelajaran Perak yang baru, En. 16hb. - Cuti Penggal Tiga bermula.
Mohd Khalid b. Abd. Halim,
bekas Pengetua STAR dan 18hb. - Peperiksaan S.P..M. dan S.T.P.M.
mengucapkan selamat berpisah bermula
kepada bekas Pengarah Pelajaran
Perak diadakan di Dewan Sekolah 30hb.. - Rozhan Anwar, Mohd Faizal
anjuran Jabatan Pelajaran Hassan dan Khairil Amir
Perak dan dihadiri oleh Pengetua- Akhiruddin telah dihantar oleh
pengetua serta para pegawai dari pihak sekolah dengan tajaan PIBG-
Jabatan Pelajaran Negeri. ke Sekolah Latihan Semangat,
Lumut. Kamaruzaman b. Mohd
7hb. - Peperiksaan S.RP. bermula. dan Atan Mustaffa b. Yusuf pergi
dengan perbelanjaan sendiri.
22hb. - Keputusan Peperiksaan Bahasa DISEMBER
Inggeris 1119 diumumkan
Puan Normah J aafar selamat 28hb. - Keputusan Peperiksaan S.RP.
melahirkan seorang anak lelaki. diumumkan. Lulus 100%. Pelajar
terbaik: Azizan b. Abu Hassan -
29hb. - Peperiksaan Semester Pertama 8Al.
bagi pelajar Matrikulasi 85/86
bermula.
16
YURAN SEKOLAH DAN ASRAMA
Mudd-mudd Tingkatan 1-5 dikenakan yuran-yuran seperti bedkut:
1. Bayaran makanan ($1.00 sehari x 280 hari) $280.00
2. Bayaran Dobi ($1.50 seminggu x 14 minggu) $ 61.50
3. Yuran Runcit
$ 69.50
a. Wayang gambar $ 9.00
b. Asrama $36.00 $ 17.00
c. Kertas peperiksaan/ujian/ $ 6.00 $428.00
nota dan lain-lain $ 4.50
d. Perpustakaan $ 6.00
e. Persatuan/kelab $13.00
f. Yuran Rumah $ 5.00
g. Sukan dan permainan
4. Bayaran-bayaran lain $ 7.00 }
$ 5.00
a. Majalah sekolah $ 5.00
b. T shirt
c. Sumbangan PIBG
lumlah besar
Bagi murid-murid Tingkatan 1 yuran-yuran lain yang dikenakan:
1. Kain samping $26.00
2. Buku rekod persekolahan $ 2.50
3. Kelas komputer ($10.00 sebulan) $65.00
Bayaran bagi pelajar-pelajar matrikulasi pula seperti bedkut:
1. Bayaran makanan ($1.00 sehari x 230 hari) $230.00
2. Bayaran Dobi ($1.50 seminggu x 33 minggu) $ 49.50
3. Yuran runcit
$ 83.50
a. Wayang gambar $ 9.00
b. Asrama $36.00
c. Perpustakaan $ 4.50
d. Kertas peperiksaan/ujian/
$ 6.00
nota dan lain-lain. $ 6.00
.e: Persatuan/kelab $ 3.00
f. Yuran rumah $ 5.00
g. Sukan/permainan $14.00
h. Majalah sekolah
4. Bayaran-bayaran lain $ 2.50 } $ 42.50
$ 5.00
a. Rekod persekolahan $ 2.50 Lelaki $405.50
b. T shirt rumah $26.00 Perempuan $379.50
c. Prospektus $10.00
d. Kain samping (lelaki)
e. Sumbangan PIBG
lumlah
21
JADUAL AKTIVITI PERSEKOLAHAN DAN LUAR DARJAH
Setiap murid diwajibkan mengikutijadual-jadual waktu yang telah ditetapkan. Pada hari-
hari persekolahan, mereka mesti mengikuti jadual waktu persekolahan yang disediakan.
Selain dari itu murid-murid dimestikan hadir ke kelas perediaan petang dari pukul 3.00
petang hingga 4.10 petang dan kelas persediaan malam dari pukul8.00 malam hingga 11.00
malam.
Mulai tahun ini setiap pelajar mengambil bahagian dalam satu pasukan beruniform, satu
permainan dan satu kelab atau persatuan. PeIjumpaan persatuan/kelab ini diadakan pada
tiap-tiap hari Khamis puku13.00 petang manakala bagi pasukan beruniform pula diadakan
pada tiap-tiap hari Sabtu pukul8.30 pagi dengan diawasi oleh guru-guru penasihat tiap-tiap
persatuan atau pasukan beruniform tersebut. Permainan waktu petang adalah diwajibkan
iaitu selepas minum petang dan sembahyang Asar sehingga pukul 6.30 petang. Semua
kegiatan tersebut diawasi oleh guru-guru yang bertugas.
Dalam hal-hal kebajikan dan disiplin di asrama, murid-mudd di bawah jagaan waden-
waden yang ditempatkan di tiap-tiap asrama. Semua guru dan waden bertanggungjawab
memastikan setiap murid mengikut semua peraturan yang disediakan bagi menjamin
pembentukan peribadi murid yang baik selaras dengan cita-cita STAR.
WARDEN-WARDEN
Berdiri dari kiri: En. Zulkifli Din, En. Mohammad, En. Manoharan, En. Rusli Yahya, En. Roszelan,
En. Shari/uddin.
Duduk dari kiri: En. Harmain, Pn. Kamariah, En. Jaafar, Tuan Pengetua, En. Lau Hut Yee, Pn. Siti Sarah,
En. Ghani.
22
LAPORAN WARDEN 1986
Tuan Haji Hussain b. Salleh Pengetua
En. Jaafar b. Abdullah
En. Lau Hut Vee Penolong Kanan
En. Mohammad b. Ibrahim Ketua Warden
En. Mohd. Harmain b. Mohd. Amin Penyelaras Kemudahan Asrama
En. P. Manoharan Warden Rumah Kuning
En. Abdul Ghani b. Mohd. Niza
En. Muhd. Zulkifli..b. Din Setiausaha
Puan Kamariah bt. Sulaiman Warden Matrik Lelaki
eik Siti Sarah bt. Daiman Penyelaras Pengangkutan
Warden Rumah Biru
En. Roszelan b. Majid
En. Rusli b. Yahya Penyelaras Disiplin
En. Sharifuddin b. Ishak Warden Rumah Hitam
Penyelaras Akademik
Warden Rumah Putih
Penyelaras Perhimpunan
Warden Rumah Hijau
Penyelaras Makanan
Pengawas Sembahyang Jumaat
Warden Matrik Perempuan
Penyelaras Makanan
Pengawas Sembahyang Jumaat
Warden Matrik Perempuan
Pengawas Sukan
Warden Tingkatan I
Pengawas Suk~n
Warden Tingkatan I
Pengawas Sukan
Warden Rumah Merah
Sekolah ini mempunyai 11 orang warden dengan setiap rumah di bawah pengawasan
seorang warden .. Warden-warden ini adalah bertanggungjawab terhadap semua perkara
yang berkaitan dengan asrama masing-masing seperti kebersihan, kebajikan kemajuan
akademik, aktiviti ko-kurikulum, kesihatan dan makanan serta disiplin para pelajar.
Mesyuarat warden diadakan dua minggu sekali dipengerusikan oleh Tuan Pengetua.
Dalam mesyuarat ini waden-waden membincangkan semua aspek yang berkaitan dengan
asrama dan penghuni-penghuninya.
Setakat ini semua warden-warden sangat berpuas hati dengan keadaan pelajar-pelajar di
asrama. Pelajar-pelajar juga telah menunjukkan sikap yang baik serta memberikan sepenuh
kerjasama dalam mengekalkan taraf kebersihan dan disiplin yang tinggi. Kami berharap
keadaan ini akan terus kekal padamasa akan datang.
- Setiausaha -
23
SEKOLAH TUANKU AB
ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIK.SAA
JUMLAH CALON: 110
JUMLAH LULUS: 110
A
MATAPELAJARAN 12 3 4
BAHASA MALAYSIA 8 27 55 11
7.3% 24.6% 50.0% 10.0%
BAHASA INGGERIS
SEJARAH 67 27 13 2
60.9% 24.6% 11.8% 1.8%
tv
68 26 12 2
+:-. GEOGRAFI 61.8% 23.7% 10.9% 1.8%
PENGETAHUAN
AGAMAISLAM 29 35 33 4
MATEMATIK MODEN 26.4% 31.8% 30.0% 3.7%
PERDAGANGAN
SAINS pADUAN 13 10 22 16
SENI PERUSAHAAN 12.3% 9.4% 20.7% 15.1%
47 33 23 -
42.8% 30.0% 20.9% -
5 9 10 2
16.1% 29.1% 32.2% 6.5%
28 49 29 1
25.5% 44.5% 26.4% 0.9%
21 31 23 2
26.6% 39.3% 29.1% 2.5%
AGREGIT 5 hingga 10
Peratus 74.6%
82
Bil. Calon
BDUL RAHMAN, IPOH.
AN SIJIL RENDAH PELAJARAN, 1985.
KEPUTUSAN KESELURUHAN SRP 100%
C 5 6 P F Bil %
% 78 9 Calon Lulus
4 5
3.6% 4.5% - - - 110 100
- - -
%- 1 - 110 100
0.9% - - -
1 - 110 100
% 0.9% 1 - - -
0.9% - 110 100
2 - -
% 1:8% 3 - -
2.7% 1
9 3 0.9% - 106 100
% 8.5% 13 2.7% -
12.3% 7 - 110 100
1 16 6.6%
0.9% 3 15.1% - 31 100
2.7% - -
3 3 - - 110 100
% 9.7% 1 2.7% -
3.2% - - 79 100
1 1 - -
% 0.9% 1 3.2%
0.9% - 18 ke atas
- 1 -
- 0.9% 1.8%
%- - -
2 2
2.5% -
11 hingga 14 15 hingga 17
- 21.8% 1.8%
2
24
SEKOLAH TUANKU AB
ANALISIS KEPUTUSAN P
MATAPELAJARAN Al A2 C3 C
Bit % Bit % Bit % Bit
B. MALAYSIA 4 3.8 15 14.2 51 48.1 15
B.INGGERIS 5 4.6 11 10.4 45 42.5 10
AGAMA ISLAM 25 23.9 27 25.7 27 25.7 8
SEJARAH 0 0 1 5.6 3 16.6 4
GEOGRAFI 0 0 2 1.9 9 8.5 5
MAT. MODEN 4 3.8 10 9.4 34 32.1 6
MAT. TAMBAHAN 0 0 0 0 6 6.9 4
RAMPAIAN SAINS 7 26.8 8 30.8 8 30.8 1
tv FIZIK 1 1.2 6 7.5 18 22.5 14
3 3.8 8 10.0 26 32.5 5
VI
KIMIA
BIOLOGI 7 8.8 17 21.2 28 35.0 8
PERDAGANGAN 6 23.1 2 7.7 7 26.9 1
PRINSIP AKAUN 10 38.6 4 15.4 5 19.2 1
Pelajar Terbaik: MOHD NADZIRUDDIN BIN MOHD BASRI
MATA PELAJARAN GRED
Bahasa Malaysia 1
Bahasa Inggeris I
Pengetahuan Ugama I
Geografi 4
Matematik Moden I
Matematik Tambahan 3
Rampaian Sains 2
Perdagangan 1
Prinsip Perakaunan I
PANGKAT: SATU (1)
AGREGIT: ENAM (6)
BDUL RAHMAN, IPOH
PEPERIKSAAN SPM 1985
C4 C5 C6 P7 P8 F9
% Bit % Bit % Bit % Bit % Bit %
8 7.5 10 9.4 0, 0
14.2 11 10.4 15 14.2 2 1.9 1 0.9
9.4 5 4.8 10 9.5 6 5.7 2 1.9 1 0.9
7.6 4 22.2 5 27.8 3 2.9 00 00
22.2 12 11.3 40 37.7 1 5.6 00 00
4.7 11 10.4 14 13.2 18 17.0 17 16.1 3 2.8
5.6 4 4.5 17 19.3 7 6.6 9 8.5 11 10.4
4.5 00 13 14.8 14 15.9 30 34.1
3.8 1 3.8 17 21.2 00 00 00
17.5 6 7.5 12 15.0 7 8.8 7 8.8 4 5.0
6.2 6 7.5 13 16.2 5 6.2 8 10.0 7 8.8
10.0 2 2.5 4 15.4 3 3.7 1 1.3 1 1.3
3.8 00 4 15.4 2 7.7 00
3.8 00 3 1.1.5 2 7.7 00 1 3.8
PANGKAT BILANGAN PERATUS
I 70 66.0
II 27 25.5
III 9 8.5
0 0
S.A.P. 0 0
GAGAL
% LULUS = 100
% GAGAL= 0
SEKOLAH'TUANKU AB
ANALISIS KEPUTUSAN P
MATA PELAJARAN GRED MATAPEL
A% B % C% D%
KERTAS AM 1 9.1 2 18.2 - - 2 18.2
N BAHASA MALAYSIA - - 1 9.1 - - 7 63.6
0\
SEJARAH - - - - 5 45.5 4 36.3
GEOGRAFI - - - - 1 9.1 2 18.2
EKONOMI - - - - 1 9.1 2 18.2
Bilangan Mendapat Sijil %
11 100.0
BDUL RAHMAN, IPOH.
PEPERIKSAAN STPM 1985
LAJARAN :E
E
E=gj, -a
a00 .E.:; -a ... '#. '#. '#.1
i1 0
E% R % F% .... .E.:; ":;0
4 36.3 - - 2 18.2 11 9 - 2 81.8 .- -
3 27.3 - - - - 11 11 - - 100.0 - -
3 1 9.1 1 9.1 - - 11 10 1 - 90.9 9.1 -
2 2 18.2 4 36.3 2 18.2 11 5 4 2 45.5 36.3 18.2
2 2 18.2 4 36.3 2 18.2 II 5 4 2 45.5 36.3 18.2
Bilangan Tanpa Sijil %I
-I
-
PEMENANG-PEMENANG HADIAH AKADEMIK 1985
Tingkatan Satu Pelajar Terbaik Dalam Matapelajaran-Matapelajaran
Berikut:-
Pelajar Pertama : Ahmad Farid b. Hanif
Pelajar Kedua : Mohd. Zamri b. Ibrahim 1. Bahasa Malaysia : Muhammad Zahudi b. Abd
Ghani
Pelajar Ketiga : Zamri b. Mokhtar
Pelajar Cemerlang Serba Bidang : Azlan bin Aliuddin 2. Pengo Agama Islam : Rizal F auzi b. Ahmad Ismail
3. Sejarah : Mohd. Shamsul Badri b.
Kamaruddin
Tingkatan Dua
Pelajar Pertama : Shamsul Anuar b. Abd. Majid 4. Geografi : Roslan b. Rasidi
Pelajar Kedua : Mohd. Shukrib. Mohd. Nor
Pelajar Ketiga : Mohd. Fadhil b. Mohd. Siam 5. Bahasa Inggeris : Rizal F auzi b. Ahmad Ismail
6. Matematik Moden : Roslan b. Rasidi
Pelajar Cemerlang Serba Bidang : Vijayan s/o Valayutham 7. Matematik Tambahan : Anuar Fadzil b. Ahmad
8. Rampaian Sains : Kelana Putera b. Ahmad
Tingkatan Tiga 9. Fizik : Azhan b. Abd. Aziz
Nama Pelajar Terbaik Dalam Peperiksaan S.R.P. 1985 10. Kimia : Anuar Fadzil b. Ahmad
I. Azizan b. Abu Hasan 11. Biologi : Anuar Fadzil b. Ahmad
2. Mohd. Hilmy b. Abd. Rahman 12. Perdagangan : Mohd. N adziruddin b. Mohd.
Basri
3. Ariffin Suhaidi b. Mat Saad 8 Distinsyen
4. Norris b. Nairn 13. Prinsip Perakaunan : Mohd. N adziruddin b. Mohd.
Basri
5. Wan Zafrul b. Wan Mohd. Mahyiddin
6. Ahmad Zaidi b. Che Yook/Che Yob Tingkatan Enam:
Pelajar Terbaik: Zul Farudiani b. Kassim
Pelajar Cemerlang Serba Bidang : Azizan bin Abu Hassan
Tingkatan Empat Matrikulasi 1
Pelajar Pertama : Abd. Rahman b. Ahmad Pelajar Terbaik : 1. Mazlan b. Mohd. }
5 Distinsyen
Pelajar Kedua : Zahirudin b. Hj. Junid
2. Siti Farida bt. Masrif
Pelajar Ketiga : Ahmad Norsharid b. Zahari
Pelajar Cemerlang Serba Bidang : Rozhan Anwar bin Abd. Pelajar Cemerlang Serba Bidang Qipilih Berdasarkan
Halim Kepada Kriteria-Kriteria Seperti Berikut:-
Tingkatan Lima 1. Kepimpinan
2. Kegiatan Ko- Kurikulur
a. Pelajar Terbaik Dalam Peperiksaan S.P.M. 1985 3. Penglibatan Dalam Sukan
Mohd. N adziruddin b. Mohd. Basri 4. Pencapaian Akademik
5. Disiplin.
b. Pelajar Cemerlang Serba Bidang 1985
Azizul bin Haji Shamsuddin
~~=-0I,,"""~"~~~~------~~"27111[]ID'~iJ"IIII'Cl:::C:::::!:'1]'~I]I~I~IIIIIIII[Jm~lI~n:II,]III:J'DI]'===
PEMENANG-PEMENANG "COLOURS" DALAM
BIDANG SUKAN DAN PERMAINAN
Bolasepak Ragbi
1. Mohd Bakri b. Hussein 1. Mohd Bakri b. Hussein
2. Khairul Anuar b. Zakaria 2. Khairul Anuar b. Zakaria
3. Nawawi b. Mansor 3. N awawi b. Mansor
4. Mohd Shamsul Badri b. Kamaruddin 4. Mohd Shamsul Badri b. Kamaruddin
5. Ahmad Omar b. Che Embi 5. Ahmad Nizam b. Mohd Sabri
6. Shukri b. Muhammad 6. Alimin Ismadi b. Ismail
7. Saiful Bahrin b. Harun
8. Rosman b. Din Hoki
9. Khairil Amir b. Akhiruddin
10. Lamjah b. Juka 1. Ahmad Nizam b. Mohd Sabri
11. Faizal b. Hassan 2. Alimin Ismadi b. Ismail
Kriket: Olahraga
1. Mohd Fadhil b. Azzahari 1. Khairul Anuar b. Zakaria
2. Tee Meng Hun 2. Mohd Bakri b. Hussein
3. Nawawi b. Mansor
4. Mohd Saribani b. Satiman
Olahragawan '85: Mohd Bakri b. Hussein
PEMENANG-PEMENANG PIALA
PERTANDINGAN ANTARA RUMAH
Piala Agong
Rumah Merah
Piala Hussein Salleh (Kebersihan Kelas)
1. Tingkatan 6 Atas 2. Tingkatan 1 R 3. Tingkatan 1 T
Piala Robeahtun Rozalli (Kebersihan Antara Asrama)
1. Rumah Merah 2. Rumah Kuning 3. Rumah Putih
Olahraga 2. Rumah Merah 3. Rumah Kuning
1. Rumah Hijau
Sukan Tara Merentas Desa
Rumah Hijau Rumah Kuning
SUKAN ANTARA RUMAH
Bolasepak Ragbi Bola Tampar
Rumah Putih Rumah Hijau Rumah Hijau
Hoki Sepak Takraw Bola Keranjang
Rumah Merah Rumah Biru Rumah Biru
~~~~..,,~..~~~~~------~~.. 281IJI~'CI~IDIIII'CI::J:::::I:'lJili.ili1I1I1I1I1[]'mlll[I:\DIII[J'II~'C
PELAJAR TERBAIK SPM 1985
Mohd Nadziruddin· b Haji Mohd Basri
Anak bongsu daripada ciua orang adik beradik ini telah dilahirkan
di Kuala Kangsar, Perak. Berkat usah~ yang gigih, anak seorang
Guru Besar ini, seperti yang dijangkakan telah berjay.a meraih
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 1985. Beliau telah
lulus Pangkat 1 dengan 6 aggregate; 6 Al dan 1 A2.
Selain daripada galakan ibu bapa dan guru-guru, semangat ingin menurutijejak langkah
abangnya yang kini sedang menuntut di Amerlka Syarikat, telah menjadi rahsia kejayaan
beliau. Pelajar yang aktif ini telah memikul banyak tanggungjawab sewaktu di STAR Selain
daripada menjadi Editor PERINTIS, be1iau ialah seorang ketua murid, seorang Ahli
Lembaga Pengarah Koperasi dan Setiausaha Asrama Tingkatan Satu.
Beliau berpesan agar setiap pelajar STAR sentiasa meningkatkan ataupun sekurang-
kurangnya mengekalkan imej STAR pada pandangan masyarakat. Seterusnya beliau juga
menegask~n bahawa sikap berdisiplin haruslah dipupuk dan disemai ke jiwa setiap pelajar
kerana itulah satu-satunya cara hendak ke mercu kejayaan.
Pihak sekolah ingin menyampaikan penghargaan yang tidak terhingga atas khidmat bakti
yang telah beliau sumbangkan semasa di STAR Semoga beliau, yang akan melanjutkan
pelajaran ke United Kingdom mengikuti jurusan perakaunan nanti akan terus menempa
kejayaan yang membanggakan.
PELAJAR TERBAIK SRP 1985
Azizan bin Abu Hassan anak jati Kuala Kangsar. Anak kedua
daripada tujuh orang adik beradik ini mendapat didikan awal di
Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar.
Anak ini merupakan seorang pengawas dan Presiden Kelab
Matematik. Beliau juga berkecimpung dalam sukan bolasepak dan
takraw.
Setelah menjejaki STAR, beliau melibatkan dirinya dalam perbahasan Bahasa Malaysia
Peringkat Bawah dan dilantik menjadi Presiden Kelab Renang 1985. Di bidang sukan, beliau
mengetuai pasukan Kriket bawah 15 tahun serta mewakili Negeri Perak bagi Kejohanan
Kriket Bawah 16 Tahun Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Menurust beliau, rahsia kejayaannya dalam pep.eriksaan SRP, "Saya berserah kepada
Allah, di samping usaha yang semestinya kita lakukan, kita mesti mempunyai keyakinan
yang tinggi." Menurutnya lagi, "Jika kita yakin kita boleh berjaya, dengan izin Allah kita
pasti berjaya. '.'
Akhir sekali beliau menaruh harapan agar pelajar-pelajar bumiputera sedar akan
keistimewaan yang diperolehi oleh mereka dan bangun memperjuangkan keistimewaan
tersebut semoga tidak dipersiakan demi kedaulatan agama, bangsa dan negara.
Moga anak ini berjaya dalam apa yang diperjuangkannya. Insyallah.
Motto: Keyakinan ·itu Terselindung Di Sebalik Usaha yang Tabah
PELAJAR TERBAIK SERBA BIDANG
(Tingkatan Lima) 1985
Azizul bin Shamsuddin dilahirkan pada 17hb. September, 1968 di
Kampar, Perak. Beliau merupakan anak keempat dari lima orang adik
beradik. Beliau berasal dari Teluk Intan, Perak.
Di STAR, beliau merupakan seorang Penolong Ketua Umum I, Pengawas
Perpustakaan, Setiausaha Koperasi STAR dan juga Senior Sarjan, Pasukan
Kedet Bersatu Malaysia. Beliau juga seorang pembahas. Beliau pernah
menjadi pemidato terbaik danjohan mendeklamasi sajak 1985. Di dalam bidang sukan pula, beliau
merupakan Penolong Ketua Pasukan Hoki Bawah 15 Tahun.
Beliau juga tidak ketinggalan dalam pelajaran. Dalam peperiksaan SPM 1985, beliau telah
mendapat pangkat satu dengan aggreget 9. Beliau akan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom
dalam jurusan 'undang-undang'.
Pesanan beliau kepada semua pelajar STAR, "STAR diibaratkan sebagai sebuah kapal di
tengah lautan bergelora, nakhoda dan anak-anak kapal tersebut masing-masing mempunyai peranan
tertentu. Andaikata mereka tidak bersungguh-sungguh dan bekerjasama, pastilah matlamat mereka
tidak akan tercapai. Begitulah dengan STAR, guru-guru dan pelajar-pelajar perlulah memainkan
peranan masing-masing dengan sepenuhjiwa dan tenaga ke arah memenuhi hasrat STAR yang murni
untukkejayaan manusia.
Semoga, beliau akan terus berjaya pada masa yang akan datang.
Motto: Sesungguhnya Perjuangan Dalam Kehidupan ini merupakan kemestian kepada manusia.
OLAHRAGAWAN 1985
Mohd Bakri Hussain
Dilahirkan pada 20hb. Ogos, 1968 di Parit, Perak; beliau merupakan
anak bongsu daripada sembilan orang adik-beradik. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Iskandar Shah, Parit dan mula bergiat aktif
dalam bidang sukan sejak di sekolah rendah lagi. Beliau telah mewakili
sekolah rendahnya dalam beberapa permainan. Hasil galakan ibu bapa dan
juga kerana minat yang mendalam telah menyebabkan beliau berjaya.
Sejak mula menjejaki STAR (1981), bakatnya mula terserlah dan beliau telah mewakili STAR
dalam beberapa permainan serta kerap mencapai kejayaan yang membanggakan. Beliau telah
mewakili STAR sejak Tingkatan 1 lagi.
Hoki - Bawah 14 tahun (1981)
Bola sepak - Bawah 15,17 dan 18 tahun (1981-1985)
Ragbi - Bawah 15 dan 18 tahun (1981-1985)
Olahraga - Bawah 14, 16 dan 18 tahun.
Kejayaan yang telah diraih oleh beliau:
1981 - Johan merentas desa STAR (Bawah 15 tahun)
1982 - Memecah rekod negeri Perak di Kejohanan MSSPK (Acara 1500 meter)
1983 - Johan perseorangan STAR (Bah. C)
1984 - Wakil negeri Perak (Olahraga dan ragbi)
1985 - Johan merentas desa STAR
Wakil negeri Perak (bolasepak dan ragbi)
Johan perseorangan STAR (Bah. A)
Beliau amat berharap agar semangat waja, disiplin diri dan sikap bekerjasama sentiasa
tersemat dalam diri setiap ahli sukan STAR kerana dengan cara itulah sahaja taraf pencapaian sukan
STAR boleh dipertingkatkan hingga ke tahap maksima.
Sekolah amat berbangga dapat melahirkan seorangjaguh sukan serba bidang seperti Mohd Bakri b.
Hussain.
30
TIMBALAN PENGETUA BARU KITA
Setelah meninggalkan S. T. A. R. selama lebih kurang 25 tahun, kini beliau telah kembali
semula demi berkhidmat untuk sekolah tercinta yang pemah mencurahkan bakti yang tidak
temilai kepadanya suatu masa dahulu.
Encik 1aafar bin Abdullah telah melaporkan diri secara rasmi untuk menjadi Penolong
Kanan S.T.A.R. pada 3hb. Februari, 1986. Anak watan lohor ini telah dilahirkan di
Tangkak Sebelum berkhidmat di S. T.A.R. beliau merupakan seorang guru di Sekolah
Menengah St. Paul, Seremban.
Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Tangkak, lohor dari DaIjah 1 hingga
DaIjah 7. Kemudian pada tahun 1956 beliau menuntut di dalam tingkatan peralihan di
Sekolah Menengah Melayu (Malay Secondary School) Bukit Zahrah, lohor Bahru.
Beliau masuk ke S. T.A.R. pada tahun 1957 dan merupakan pelajar kumpulan pertama
seperti juga Tuan Pengetua S. T.A.R. sekarang. S. T.A.R. ketika itu masih lagi dikenali
dengan nama Sekolah Menengah Melayu, Ashby Road. Pada tahun 1958 barulah beliau
bersama-sama pelajar yang lain berpindah ke bangunan S.T.A.R. yang ada sekarang.
Selepas itu, beliau telah melanjutkan pelajaran ke M. T. C. Brinsford Lodge, W olverhampton
di England dan mendapat Certificate in Education, University of Birmingham. Selepas
mengajar selama lebih kurang 10 tahun, beliau telah melanjutkan pelajaran di UKM.
Semasa di S.T.A.R. dahulu beliau adalah Ketua Rumah Biru. Beliau juga amat aktif
dalam bidang sukan. Beliau mewakili sekolah dalam permainan kriket, bola keranjang, hoki,
ragbi, dan juga bola sepak. Pada tahun 1959, beliau telah berjaya menjadi lohan
Perseorangan Olahraga.
Apabila ditanya bagaimana perasaannya setelah dapat berkhidmat di S.T.A.R. beliau
berkata bahawa sememangnya peluang ini amat ditunggu-tunggu. Beliau merasa bersyukur
kerana telah diberi peluang untuk membalas segala jasa S. T.A.R. kepadanya.
Menurut beliau terdapat perbezaan dari segi disiplin, sukan dan akademik di antara
S.T.A.R. dahulu dan sekara~g.
31
Dari segi disiplin, beliau berpendapat bahawa disiplin pelajar-pelajar S. T.A.R. dahulu
adalah jauh lebih baik dari sekarang. Katanya, dahulu pelajar-pelajar amat mematuhi
peraturan sekolah dan takut melanggar disiplin, sebaliknya setiap pelajar menumpahkan
kasih tidak berbelah bagi kepada sekolah. Beliau berpendapat ini mungkin disebabkan oleh
pelajar-pelajar sekarang ramai yang berasal dari keluarga berada dan lebih terdedah kepada
dunia moden sedangkan dulu, pelajar-pelajar S. T.A.R. kebanyakannya berasal dari
kampung. Seperkara lagi yang mungkin menyebabkan perkara ini berlaku ialah sekarang
banyak sekolah lain yang agak setarafdengan S. T.A.R. tetapi ketika itu S. T.A.R. m~rupakan
sekolah yang sentiasa menjadi impian para pelajar dan paling terkemuka di negara ini. Oleh
sebab itulah para pelajar yang diterima masuk amat bangga dan seterusnya takut melakukan
kes-kes disiplin kerana takut dibuang dari S. T.A.R.
Dalam bidang akademik pula menurut beliau, semasa zamannya dahulu S. T.A.R.
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantar. Semua peperiksaan adalah dalam Bahasa
Inggeris. Ini telah menimbulkan masalah besar kepada pelajar S. T.A.R. ketika itu kerana
pelajar S. T.A.R. ketika itu kebanyakannya berasal dari kampung yang tidak terdedah kepada
pelajaran Bahasa Inggeris.
Dalam bidang sukap pula beliau berpendapat bahawa, mutu sukan S. T.A.R. sekarang
agak menurun. Dahulu nama S. T.A.R. selalu tercatit di piala-piala pusingan yang
dipertandingkan. Ketika itu menurutnya pelajar-pelajar turun berlatih tanpa disuruh.
Keadaan ini amat berbeza jika d'ibandingkan dengan sekarang.
Apabila ditanya tentang apakah yang akan dilakukannya untuk S. T.A.R., beliau berkata
bahawa beliau akan cuba mengembalikan imej S.T.A.R Ini bukanlah maksudnya beliau
akan menggunakan cara dahulu untuk tujuan tersebut. Katanya dahulu disiplin yang
diamalkan amat ketat dan agak mirip ketenteraan. Ini mungkin tidak sesuai untuk S. T.A.R
sekarang. Beliau akan cuba memahami suasana, menyelami keadaan sekarang dan
seterusnya menjalankan tugas berlandaskan sifat-sifat kemanusiaan dan kejujuran.
Beliau juga akan cuba untuk menjadikan S. T.A.R sebagai sebuah institusi pelajaran
yang dikagumi dan menjadi contoh kepada masyarakat dan apa yang lebih penting ialah
untuk membantu anak bangsa terus maju dan merebut segala peiuang yang ada.
Menurutnya lagi, semua ini hanya akan dapat dicapai dengan adanya kerjasama dari
pihak pelajar sendiri. Para pelajar haruslah sedar bahawa mereka merupakan golongan yang
bertuah kerana dapat belajar di S. T.A.R Mereka haruslah cuba menjaga dan meninggikan
imej S.T.A.R
Akhir sekali beliau berharap kedatangan beliau ke S. T.A.R akan diterima baik oleh
semua pihak. Katanya, kerana dia dan Pengetua sendiri bekas pelajar S. T.A.R, maka
mereka amat memahami keadaan S. T.A.R dan akan berusaha sedaya tenaga untuk
mencapai matlamat yang diharapkan.
Pihak Perintis mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudinya Encik Jaafar meluangkan
masa bertemu bual dengim kami serta sudi pula memberikan pandangan dan tunjuk ajar serta
nasihat yang amat berguna.
32
LAPORAN JAWATANKUASA PIBG STAR
1985/86
Dengan hormatnya, saya, bagi pihak ahli-ahli jawatankuasa PIBG STAR 1985/86,
- membentangkan laporan ringkas peIjalanan persatuan ini dari 4hb. Mei, f985 hingga 20hb.
April, 1986.
1. JAWATANKUASA Haji Hussain bin Salleh, (Ibu bapa)
Penasihat Pengetua, (Ibu bapa)
Yang Dipertua Sekolah Tuanku Abd. Rahman, Ipoh. (Guru)
Naib Yang Dipertua Haji Yussof bin Ahmad (Guru)
Setiausaha Encik Iskandar bin Astar (Ibu bapa)
Bendahari Encik Wazir bin Mustafa (Ibu bapa)
AJK Biasa Encik Mat Samsudin bin Samat (Ibu bapa)
Encik Supaat bin Simin (Ibu bapa)
Juruaudit Encik Abdullah bin Hamzah (Ibu bapa)
Puan Aidah bt Abdul Ghani (Ibu bapa)
Encik Mohd. Perdaus b. Hj. Badiuzzaman (Ibu bapa)
Encik Muhammaq bin Awang (Guru)
Encik Md. Yusof bin Hj. Md. Yassin (Guru)
Encik Ahmad bin Muhammad Said (Guru)
Encik Zulkefli bin Din (Guru)
Encik Mohd. Harmain bin Mohd. Amin
Encik Sharifudin bin Ishak (Ibu bapa)
Puan Saminah bt Jantan (Guru)
Encik Ahmad bin Ibrahim
Encik Oh Eng Cheng
Pemegang Amanah Pengetua,
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.
: Yang Dipertua PIBG STAR
: N aib Yang Dipertua PIBG STAR
: Encik Ahmad Zabri bin Ibrahim.
2. MESYUARAT-MESYUARAT
Jawatankuasa PIBG STAR 1985/86 telah beIjaya mengadakan mesyuaratjawatan-
kuasa sebanyak 6 kali, iaitu pada,
a. 7hb. Julai, 1985
b. 1hb. Sept, 1985
c. 6hb. Qkt, 1985
d. 5hb. Jan., 1986
e. 9hb. Mac, 1986
f. 20hb. April, 1986
3. SUMBANGAN-SUMBANGAN
a. Menaja Pelajar-Pelajar Ke OBS:
PIBG STAR sessi ini telah menaja 3 orang pelajar bagi: mengikuti latihan di Sekolah
Latihan Semangat (Outward Bound School-OBS) 'di Lumut Latihan tersebut diadakan
34
pada cuti persekolahan penggal ketiga tahun lalu yang memakan masa selama 3 minggu.
Untuk tujuan tersebut, PIBG telah membelanjakan sebanyak $2,250.00 dengan kadar
$750.00 seorang. Pelajar-pelajar yang berkenaan dipilih oleh pihak sekolah terdiri
daripada seorang ketua U mum and 2 orang penolong Ketua U mum. Mereka ialah:
i. Rozhan Anwar bin Abdul Halim
ii. Khairil Amir bin Akhiruddin
iii. Mohd. F aizal bin Hasan
b. Membeli Buku-Buku Untuk Perpustakaan:
Sebagai langkah bagi mengemaskinikan lagi perpustakaan sekolah, PIBG sessi ini
telah meluluskan sumbangan sebanyak $5,000.00 untuk membeli buku-buku dari
berbagaijudul danjenis untuk kegunaan di perpustakaan STAR. Pembelian buku-buku
tersebut diuruskan oleh pihak sekolah.
c. Membiayai Guru Mengajar Quran:
Memandangkan masih ramai pelajar-pelajar STAR yang tidak tamat mengaji
Quran, terutamanya pelajar-pelajar dari tingkatan rendah, maka PIBG sessi ini telah
memutuskan untuk membantu sekolah dengan membayar sepenuhnya elaun kepada
guru mengajar mengaji Quran. Kadar bayaran yang diberikan ialah sebanyak $150.00
sebulan.
d! Membiayai Guru Kelas Tambahan Matematik SPM:
Memandangkan ramai pelajar Tingkatan 5 yang agak lemah dalam matapelajaran
matematik, pihak sekolah telah mengadakan kelas tambahan untuk matapelajaran
tersebut sebagai projek perintis. PIBG sessi ini telah memutuskan untuk membantu
sekolah dengan membayar sepenuhnya elaun kepada guru tersebut. Kadar bayaran
yang dipersetujui ialah sebanyak $20.00 sejam.
e. Bayaran Sewa Bas Balik Bercuti:
Memandangkan setiap kali cuti persekolahan, pihak sekolah terpaksa menyewa bas-
bas luar untuk menghantar pelajar-pelajar ke perhentian keretapi dan bas, PIBG sessi ini
telah bersetuju untuk membayar sewa bas-bas tersebut Kadar bayaran yang diberikan
ialah sebanyak $500.00 setahun.
f. Bantuan Lawatan Persatuan/Kelab:
PIBG sessi ini telah menyediakan peruntukan sebanyak $1,200.00 untuk 6 buah
persatuan/kelab untuk membuat lawatan ke luar dari negeri Perak, dengan kadar
$200.00 setiap persatuan/kelab. Setakat ini 2 buahpersatuan telah diberi bantuan
tersebut.
g. Hadiah- Hadiah Akademik:
Anggaran peruntukan sebanyak $1,500.00 telah diluluskan untuk membiayai
hadiah-hadiah kepada pelajar-pelajar yang beIjaya dalam bidang akademik.Hadiah-
hadiah tersebut disampaikan di Majlis Penyampaian Hadiah.
4. JAMUAN
Pihak PIBG sessl 1m Juga telah memutuskan untuk bersama pihak sekolah
membiayai jamuan makan tengah hari pada hari Penyampaian Hadiah untuk ibu bapa
dan guru-guru selepas mesyuarat agung PIBG. Kadar sumbangan PIBG untuk perkara
tersebut ialah sebanyak $1,000.00.
35
5. SUMBER KEWANGAN
a. Sumbangan Ibu Bapa Kepada PIBG:
Pada tahun ini sumbangan ibu bapa kepada PIBG adalah sebanyak $5.00 setahun.
Langkah ini adalah selaras dengan satu usul yang diterima dalam mesyuarat agung sessi
1982/83 yang lalu.
b. Kutipan Derma Tabung PIBG:
Tujuan kutipan derma ini ialah untuk membiayai tabung PIBG dalam menjalattkan
beberapa projek pada masa-masa akan datang demi kepentingan pelajar-pelajar sekolah
ini.
6. PENGHARGAAN:
Pihak Jawatankuasa PIBG STAR merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan
penghargaan kepada Tuan Haji Hussain bin Salleh, Pengetua STAR, yang telah sudi
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG STAR 1986, pada hari ini. Sebagai penasihat
PIBG, Tuan Pengetua telah banyak memberi sumbangan, keIjasama dan nasihat-
nasihat serta pandangan yang berguna dalam menjayakan setiap aktiviti PIBG. Kami
juga tidak ketinggalan mengucapkan setinggi terima kasih kepada ibu bapa dan guru-
suru sekolah ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG STAR 1986 ini.
7. PENUTUP:
Akhirkata, saya bagi pihakjawatankuasa PIBG STAR 1985/86 memohon berbanyak
maaf kepada semua ahli yang dihormati di atas kelemahan, kekurangan atau terkasar
bahasayang mungkin terdapat dan sekiranya berlaku, ianya bukan disengajakan.
Setiausaha PIBG STAR,
Sessi 1985/1986
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Syarikat Unicorn Enterprise
6, Persiaran, Pengkalan Barat 6,
Taman Rasa Sayang,
31650 Ipoh, Perak, Malaysia.
Tel: 516082
Pengedar dan Pembekal Radas sains dan Bahan-bahan kimia.
Importers, Suppliers and Stockists of Sciemific Apparatus, Audio Visual Aid
Equipment, Chemicals and Laboratory Glasswares.
36
OBOR
(untuk para guru dan pelajar STAR, Ipoh)
Untuk menyuluh hidup obor abadi perlu menyala
Men erangi jalan panjang cita-cita. Hasrat
Wajar bulat dan padu. Matlamat jelas
Bercahaya. Menggenggam obor menyinari
Tiap ruang hati: jasmani dan rohani.
Hidup yang tak berimbangan umpama pohon
Tidak berdaun, tak berbunga, tak berbuah. Meranting
Di dada sejarah, kehilangan makna pertama.
Untuk hidup bererti, tiap diri adalah obor
Untuk din: tanahair dan dunia. Obor
Diri memimpin peribadi dengan kasih terpuji
Mengenali keindahan, mengenali Pencipta Esa.
Memang hidup ini sulit, mencabar tiap wajah
Yang tabah tidak hanya teguh tubuh lahir
Perkasa tidak hanya sekilas. Rohaniahnya indah
Dengan cinta flahi. Obornya, obor abadi.
Menggenggam obor abadi, menggenggam cahaya
Tiap liku dilalui. Tiap masalah dirembuki
Kabus tidak selamanya menudung gunung. Dan
Tau/an tidak selalu melambungi kapal-kapal
Ada waktunya angin tenteram, musim bunga menjelang
Pengembara tabah bakal memetik buah pada musimnya.
AHMAD KAMAL ABDULLAH
(KEMALA)
Kuala Lumpur, 25 Mei 1986
Sumbangan seorang bapa
37
STARIA~
IN ·ACTION
oo
ooo
Kempen Kewarganegaraan '86.
o0
Merentas Desa '86.
Sukan Tahunan ke 30.
PELAJAR CEMERLANG KITA
Wakil Malaysia Ke H1st. Pacific Rim
International Camp"
Pengalaman dua minggu di
negara Matahari Terbit tidak
mungkin luput dari ingatan saya.
Segala yang dipelajari dalam tem-
poh tersebut akan menjadi bekalan
menempuh hari muka. Saya ber-
terima kasih kepadaTuan Pengetua
yang telah mencalonkan saya untuk
projek "1 st Pacific Rim Interna-
tional Camp" hinggalah saya layak
dipertimbangkan sebagai wakil
tunggal negara ke perkhemahan
belia yangjulung kali diadakan itu.
Perkhemahan yang ditanggung oleh
pihak penganjur tersebut diadakan
sempena dengan Tahun Antara-
bangsa Belia Sedunia.
25hb. Julai 1985 - 28hb. Julai 1985.
Saya berlepas ke Jepun dengan pesawat JAL (Japan Airlines Limited) dari Lapangan
Terbang Antara bangsa Subang pada pukul10.30 malam, 25hb. Julai dan tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa Narita tepat pukul6.15 pagi, 26hb. Julai, 1985. Setibanya saya di
sana, saudara Takayoshi Isazaki, salah seorang anggota keluarga angkat saya telah sedia
menanti di Tokyo Air Terminal. Seterusnya kami menaiki 'bullet train' (Shinkansen) dari
Tokyo Stesyen untuk ke kediamannya di Odawara. Bersama sayajuga ialah seorang wakil
dari Indonesia, saudara Andy Yusof. Sebenarnya, kami berdua telah terpilih untuk tinggal
bersama keluarga Takayoshi.
Takayoshi iala seorang penuntut Universiti Kieo sedang dalam cuti musim panas. Dia
dan keluarganya telah melayani kami seperti keluarga sendiri. Kami diajar serba sedikit
kebudayaan Jepun seperti cara mengadap makanan dengan betul dan makan menggunakan
'chopstick'. Saya menghadapi sedikit masalah ketika makan menggunakan 'chopstick'.
Bayangkan, betapa sukarnya makan nasi dengan 'chopstick'! Selain daripada itu kamijuga
dijamu dengan berbagai jenis juadah J epun seperti petola goreng, terung goreng dan' soup'
Jepun. Saya dan Andy betul-betul telah dijepunkan oleh keluarga Takayoshi.
Dua hari bersama mereka sudah cukup memberi gambaran yang jelas kepada saya
bagaimana cara hidup sebuah keluarga Jepun yang ideal. Esoknya kami dibawa melawat
bandar peranginan Hakone. Bandar ini menjadi tumpuan pelancong pada musim panas
kerana ketinggian dan iklimnya yang sederhana sejuk. Dari situ saya dapat menyaksikan
. betapa indah dan gagahnya kemuncak gunung Fuji, simbol kebanggaan dan kemegahan
orang Jepun. Kami juga dibawa melawat Muzium Sains dan Kolam Air Panas Hakone.
Sebenarnya Hakone ialah sebuah kawasan volkanik dengan beberapa buah gunung berapi
mati di kawasan persekitarannya. Lewat petang, kami pun pulanglah ke Odawara.
Pada malamnya kami dibawa menyaksikan Pesta Musim Panas yang diadakan pada
sekitar bulan Julai dan Ogos setiap tahun, khusus meraikan ketibaan musim panas. Berbagai
pertunjukan pentas dan gerai-gerai yang ada telah menarik perhatian ribuan manusia. Kami
pulang agak awal kerana esoknya kami akan memulakan projek perkhemahan kami di bandar
Shizuoka.
48