The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU 3441a UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET
NUR ELISYAA BINTI NAMBEROM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ELISYAA BINTI NAMBEROM, 2024-03-08 02:39:41

BUKU LOG PANDU PUTERI KADET

MPU 3441a UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET
NUR ELISYAA BINTI NAMBEROM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN BUKU LOG PANDU PUTERI NAMA : NUR ELISYAA BINTI NAMBEROM UNIT : BAHASA MELAYU 3 ANGKA GILIRAN : 2021102340288


BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. BIODATA 2 2. BAHAGIAN A (PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN) Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia peringkat IPGK Sultan Mizan 4-10 3. BAHAGIAN B (PRINSIP ASAS PANDU PUTERI) Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan Undang-Undang Cogan kata Pandu Puteri Isyarat dan Hormat Pandu Puteri Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia Lagu-lagu Pandu Puteri (lagu dunia,taps siang, taps malam) Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas (lagu -lagu kumpulan berenam) Bendera Malaysia dan maksudnya Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan maksudnya Bendera dunia dan maksudnya 11-53 4. BAHAGIAN C (SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI) Sejarah perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia 54-68 5. BAHAGIAN D (ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH) Menyediakan satu perancangan tahunan program Unit Uniform Pandu Puteri Tunas di sekolah rendah yang mengandungi skimskim lencana Pandu Puteri Tunas 69-73 6. BAHAGIAN E 74-77


BAHAGIAN A PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN


PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA Penaung Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haji. Yang Dipertua Yb Dato’ Seri Wan Azizah Binti Dato’ Dr Wan Ismail Timbalan Yang Dipertua Dyam Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tuku Soraya Binti Almarhum Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah


Ketua Pesuruhjaya YBHG. DATO’ JEYADHEVI SUBRAMANIAM Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas PUAN FOONG POH LIN Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja PUAN HARIYANI BINTI MOHAMED Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer PUAN AZLUL ADILAH ZAGHLOL Pesuruhjaya Keahlian PUAN SIVAGAMI A/P GOVINDASAMY Pesuhruhjaya Program PUAN NOORZAIDAH BINTI MOHAMED NOOR Pesuruhjaya Latihan PUAN HINDON BINTI AHAMAD Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover DR. NOR ZAFIR BINTI MD SALLEH Pesuruhjaya Antarabangsa CIK GOH YUE WAY (JUDY)


Pesuruhjaya Guild PUAN LIA NAZIRAH ABDULLAH Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan PUAN CRYSTAL WONG Pesuruhjaya Perhubungan Dengan Masyarakat DR. ZANARIAH BINTI AHMAD Pesuhruhjaya Kelip-Kelip PUAN MAIZATUL AKMAM BINTI HASAN HUSAINI


PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM Penaung YBrs. Dr.Rektor YDP Cawangan Dr. Norsita Binti Ali Ketua Pesuruhjaya Cawangan Dr. Siti Rosni Binti Mohamad Yusoff Timbalan Ketua Pesuruhjaya Dr.Noor Habibah Binti Kaderan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Dr.Noor Habibah Binti Kaderan Pesuruhjaya Bahagian PJ Bahagian Tunas PJ Bahgaian Klover(Memangku) PJ Bahgaian Trefoil Gulid PJ Latihan Pesuruhjaya Perkembangan PJ Keahlian PJ Program PJ Program PJ struktur PJ Kemasyarakatan PJ Dana (Memangku)


PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM Kapten: Puan hajah Roshidah Binti Mat Leftenan: Dr. Rosmawati Binti Mohamed Ketua Pasukan: Wan Nur Athirah Binti Wan Sulong Setiausaha: Nur AIshah Sofia Binti Musa Bendahari: Anis Binti Adnan Pengerusi JK: Siti Aisah Binti Iszahar Pengerusi JK: Nurfarah Hanim binti Rafini Pengerusi JK Program: Kesavartni A/P Raja Mohan Pesuruhjaya perkembangan perkhemahan: Nor Astifada Binti Mohd Kusaini


PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM MELUR Ketua: Nur Iffah Athirah Binti Rozali Penolong: Ellyna Cooper Anak Stalin Gendang Ahli : •Anis Binti Adnan •Nurul Ain Binti Zulkornain •Wan Nur Athirah Binti Wan Sulong SIANTAN Ketua: Noor Azlianie binti Zulkifli Penolong: Alia Qistina binti Mohd Bazli Ahli : •Nur Syafiqah Najlaa binti Che Supian •Siti Aisah binti Iszahar TERATAI Ketua: Nor Aifa Aisyah binti Ismail Penolong: Ainun Wadhihah binti Mat Yunus Ahli : •Kesavartni A/P Raja Mohan •Nur Aqilah Mursyidah binti Rokman •Nurfarah Hanim binti Rafini CEMPAKA Ketua: Amira Hanani Binti Zainal A'sri Penolong: Siti Nor Aqilah Binti Mohd Husin Ahli : •Nor Astifada Binti Mohd Kusaini •Nurul Najihah Binti Razak •Nur Elisyaa Binti Namberom KESIDANG Ketua: Madeline Michelle Anak Anthony Penolong: Maryam Daleela Binti Mohd Nazeli Ahli : •Ainaa Nasuha Binti Mohd Zain •Nur Aishah Sofia Binti Musa KENANGA Ketua: Farah Aina Syahirah Binti Shahrin Penolong: Auni Suraya Binti Safari Ahli : •Raja Nurul Hafizah Binti Raja Abu Hasan •Sofia Halida Binti Ahmad Musmade •Nur Safirah Ayuni Binti Zanarudin


BAHAGIAN B PRINSIP ASAS PANDU PUTERI


MUKADIMAH Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917. Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Peiabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991 Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedahkaedah yang telah dilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah. PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI • Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006. Beikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PRINSIP - PRINSIP PANDU PUTERI PERKARA 1 - NAMA, STRUKTUR, DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.


PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan ole Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan. Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: 1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah 8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulItan 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan


AHLI TIDAK AKTIF Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan PengakapPuteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif atau lelaki dan perempuan dewasa. +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat. BAHAGIAN DEWASA +18 TAHUN Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun Penolong pemimpin +18 tahun Pemimpin +21 tahun Jurulatih +24 tahun Pesuruhjaya +24 tahun Guild Mantan Pesuruhjaya +30 tahun Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun Guild Trefoil +24 tahun


AHLI KEHORMAT Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu- individu, termasuk PesuruhjayaPesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi memegang waran. Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya. bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan. PERLETAKAN JAWATAN DAN PEMBATALAN KEANGGOTAAN Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli bole dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu 'Court of Honour' akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada 'Court of Honour" adalah muktamad


PERKARA 3 - TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ali Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu : A) Mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip- Prinsip Asas; B) Melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; C) Menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia; D) Untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


PERKARA 4 -LENCANA USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bntang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan ”Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di sekleiling bawahnya. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya) bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapu tidak mempunyai hak ke atas Lencana Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan.


PERKARA 5 -PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: - Mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. - Menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja - Menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 6-LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu.


KEAHLIAN LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiuasaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 PESURUHJAYA BAHAGIAN KEBANGSAAN 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhiaya Pandu Puteri Renier 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 PESURUHJAYA PERKEMBANGAN KEBANGSAAN 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program & Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhiaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan


TEMPOH JAWATAN DAN KRITERIA PEMILIHAN Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli- Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. TIMBALAN YANG DIPERTUA USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, tanpa had tempoh keseluruhannya KETUA PESURUHJAYA Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya YANG DIPERTUA Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia


Setiausaha Kehormat Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 PESURUHJAYA PERKEMBANGAN KEBANGSAAN 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program & Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan 6 PESURUHJAYA BAHAGIAN KEBANGSAAN 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan


Calon-calon Setiausaha yang Kehormat, dipilih sebagai Bendahari Kehormat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya. Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilth pada setlap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilth untuk memegang lawatan bag tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya. USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun, and 30% di atas umur 60 tahun. USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex official Lembaga Kebangsaan Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas perlaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex official tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.


KORUM DAN KUASA PENGUNDIAN Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan vang dicapai akan diambil kira sebagai sah Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa bole dipanggil oleh sekurangkurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan KEKERAPAN MESYUARAT mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan olen Ketua Pesuruhjaya Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.


TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: i. bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan; ii. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik; ii. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti; [iv. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan. penaawasan peaksanaan tuaas persone utama. perancanaan pewarisan, dan program latihan terancang; V. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dendan orana awam: vi. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang- undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia; vii. mencalonkan Ketua Pesuruhjaya. vili. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia


PERKARA 7-BADAN UNDANGAN Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebanasaan memounvai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. KEANGGOTAAN MAJLIS KEBANGSAAN Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: Tiga Satu (31) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 - 35 tahun Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ali Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi. TEMPOH JAWATAN DAN KRITERIA PEMILIHAN Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan.


KEANGGOTAAN MAJLIS KEBANGSAAN Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan enam (6) Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak tujuh belas (17) undi. USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan semua ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke Tiada hak untuk mengundi Wakil Cawangan USUL 9: 13 wakil daripada setiap 16 ,15 Cewangan, 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak satu ratus enam lima puluh (160 150) undi USUL 10 Majlis Kejurulatihan 10 wakil daripada Majlis Kejurulatihan


Guild Pandu Puteri Raja 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Guild Trefoil 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Wakil Kelab Pandu Puteri Dibenarkan mengundi. Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, staf Persatuan Pandu Puteri Malaysia, kakitangan Kementerian Pelajaran & Kementerian Belia & Sukan Tiada hak untuk mengundi


KORUM DAN KUASA PENGUNDIAN Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikn satu bulan dari tarikh asal mesyuarat vang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang aicapal akan alambil kira sebagai sah Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. KEKERAPAN MESYUARAT Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan bole dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salan seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut


TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MAJLIS KEBANGSAAN Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: i.Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia; ii. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia; ii. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting; Iv. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan Kewangan dan laporan tahunan: v. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan vi. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya; vii. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini; vill. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaanpindaan susulan. ix. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan. Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahliahli Mailis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salan seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut


PERKARA 8-KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: i. kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. ii. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan olen Pemegang Amanah masing-masing Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki olen Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatanaan vang diberikan kuasa untuk setian transaksi. iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei 30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada 1 Januari hingga ke 31 Disember.


PERKARA 9-CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. iii. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempon yang ditetapkan. Setlap cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


PERKARA 10-PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan ole mana-mana ahli Mailis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu (1421 ) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. PERKARA 11-PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong ole dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisas yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, dan diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.


PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MATLAMAT OBJEKTIF Melahirkan ahli yang mempunyai bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin, pengetahuan dalam kepanduan. berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Menampilkan ahli yang Mempunyai nilai-nilai murni, sihat dan berguna sebagai warganegara. Melahirkan ahli yang mempunyai kepanduan dalam perpaduan.


1. Pandu Puteri Tunas menunaikan kewajipan kepada Tuhan. Segala benda yang hidup dalam dunia ini adalah ciptaan Tuhan. Setiap kali kita memandang atau menggunakan benda-benda yang ada di sekeliling kita, ini menunjukkan kita telah menikmati segala ciptaan Tuhan. Oleh sebab adanya segala ciptaan Tuhan, kita boleh hidup senang. Oleh itu, kita tidak boleh melupakan Tuhan dan sentiasa bersyukur kepada-Nya. Kita mengingati Tuhan dengan mengamalkan ajaran agama. Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, menunaikan kewajiban saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang kepanduan. PERSETIAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 2. Pandu Puteri Tunas menunaikan kewajipan kepada Raja. Kita mesti taat dan setia kepada Raja Kita. Kita mesti mematuhi undang-undang negara kita dan menyokong para pemimpin negara. Jika rakyat tidak mematuhi undang-undang sudah tentu negara akan menjadi huru-hara. 3. Pandu Puteri Tunas menunaikan kewajipan kepada Negara. Kita hendaklah menyokong dan melibatkan diri dalam semua kegiatan untuk memajukan negara. Kita harus berusaha meningkatkan ekonomi negara kita demi keselesaan hidup rakyat. 4. Pandu Puteri Tunas menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah. Kita hendaklah menolong orang lain untuk meringankan tugas mereka. Mereka sudah tentu akan berasa gembira. Di rumah, kita harus membantu ibu, bapa , adikberadik dan ahli keluarga yang lain. Di sekolah, kita harus membantu guru dan rakan- rakan. Hal ini sudah tentu akan menggembirakan mereka.


5. Pandu Puteri Tunas mematuhi undang -undang Pandu Puteri Tunas. 1. Boleh dipercayai. Setiap ahli pandu puteri mestilah bercakap benar, sanggup melakukan sesuatu mengikut arahan pandai menjaga diri sendiri, keluarga, agama dan negaranya. Peribadi yang baik dan mulia harus ditunjukkan pada setiap masa. 2. Suka menolong orang lain. Pandu puteri harus tahu dan berusaha untuk melakukan apa sahaja agar dirinya berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Menolong orang pada setiap masa harus dijadikan amalan. 3. Bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan pandu puteri yang lain. Pandu puteri akan bersahabat dengan sesiapa sahaja, tanpa mengira warna kulit, agama, bangsa dan kebudayaan. Ke mana sahaja pandu puteri menjelajah, mereka akan diterima oleh rakan mereka. Pandu puteri juga akan menjalinkan persahabatan dengan orang lain yang bukan dalam kalangan pandu puteri sahaja. 4.Sentiasa bersopan santun. Pandu puteri harus sentiasa menghormati dan berbudi kepada sesiapa sahaja. Dengan ini peribadi yang mulia akan terbentuk dan mereka akan disanjung oleh masyarakat. 5.Sentiasa berjimat cermat. Pandu puteri harus bijak menggunakan wang atau berbelanja tanpa membazir. Selain itu, pandu puteri juga harus pandai menggunakan masa, menjimatkan masa, menjimatkan makanan dan apa jua keperluan harian.


COGAN KATA SELALU SEDIA Merupakan cogan kata Pandu Puteri. Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan. LAMBANG Lencana Pandu Puteri Malaysia mempunyai sedikit perbezaan dengan lencana Pandu Puteri Dunia Ia terdiri daripada tiga rangkaian daun atau cantuman daun yang terdapat bintang pecah 14 ditengahnya, serta perkataan pandu puteri dibawahnya. Tiga rangkaian daun lebar itu melambangkan tiga persetiaan iaitu : 1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, 2. Menolong orang setiap masa 3.mematuhi undang-undang kepanduan. Cantuman 3 daun ini melambangkan persaudaraan kepanduan dinegara kita.


Simbol Maksud Trefoil (tiga cabang) *Warna emas trefoil Ikrar Pandu Puteri Matahari yang bersinar-sinar di langit biru Bintang-bintang pada cabang trefoil Bintang penunjuk jalan iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Jalur Jalur kompas sebagai penunjuk jalan yang harus dituju dalam Pandu Puter Tapak Perasaan kasih sayang semua manusia yang sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu Puteri LOGO PANDU PUTERI (DUNIA DAN MALAYSIA) DUNIA


MALAYSIA Lencana Pandu Puteri Malaysia hampir sama bentuknya dengan lencana Pandu Puteri Sedunia Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia ini diperkenalkan dan digunakan dalam bulan Januari 1962. Lencana dicipta oleh Cik Mary Bowers, Pesuruhjaya Latihan di IbuPejabat Pandu Puteri Malaysia "Pandu Puteri" ialah "Girl Guides" Lencana ini dipinkan di tali leher ahli Pandu Puteri dan kadet semasa upacara perlantikan.


Simbol Maksud Trefoil (Tiga Cabang) Warna Emas Trefoil Tiga bahagian dalam ikrar Pandu Puteri Bintang pecah empat belas Melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan satu pecahan lagi yang menghala ke atas melambangkan jarum kompas yang boleh dianggap sebagai petunjuk ke jalan yang sebenar MALAYSIA


Isyarat pandu puteri digunakan semasa : seseorang itu diterima sebagai ahli Pandu Puteri Semasa ahli Pandu Puteri memperbaharui ikrar Cara membuat isyarat Pandu Puteri: 1.Ahli pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia 2.tangan kanan dinaikkan ke aras bahu & tangan kiri (di sisi) dirapatkan lurus ke badan 3.kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan 4.kira masa 1,2,3 dan turun 3,2,1 isyarat


Hormat pandu puteri ialah, tabik Pandu Puteri yang dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua, & juga sesama ahli kumpulan. Juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar & tetamu kehormat dalam upacara rasmi HORMAT


Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri dan menjadi amalan tradisi Pandu Puteri Dunia. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Salam menerusi berjabat tangan adalah tanda hormat yang lebih mesra bagi Pandu Puteri sejak dahulu lagi dan tanda untuk bertegur sapa antara sesama ahli dan antara ahli dengan pemimpin. Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan LadyBaden-Powell melawat Kenya.Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup meletaknya walaupun sebentar.Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk berjabat tangan. BERJABAT TANGAN


LAGU-LAGU PANDU PUTERI LAGU DUNIA Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janji; Dengan rela berjasa, setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama; Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya. VERSI BAHASA MELAYU


LAGU DUNIA Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. All those who loved the true and good Whose promises we were kept With humble minds whose acts were kind Whose honour never slept Those were the free and we must be Prepared like them to live To give to all, both great and small All we can give All we can give. VERSI BAHASA INGGERIS


LAGU-LAGU PANDU PUTERI LAGU TAPS SIANG VERSI BAHASA MELAYU Kami puji, nikmat diberi, Matahari, bintangbintang, Langit biru, Mana pergi, hidup kami, Tuhan saksi. VERSI BAHASA INGGERIS Thanks and praise, for the days, ‘Neath the sun, ‘Neath the stars, ‘Neath the sky, As we go, this we know, God is nigh.


LAGU-LAGU PANDU PUTERI LAGU TAPS MALAM VERSI BAHASA MELAYU Malam datang, siang hilang, Dari laut, dari gunung, dari langit, Semua selamat, sihat rehat, Berkat Tuhan. VERSI BAHASA INGGERIS Day is done, gone the sun, From the sea, from the hills, from the sky, All is well, safely rest, God is nigh.


LAGU-LAGU KUMPULAN LAGU PANDU PUTERI TUNAS Puteri Tunas bertujuan Menolong dan berkawan LAGU AHLI BAHARU Ahli baharu suka hati Menjadi Puteri Tunas


LAGU-LAGU KUMPULAN SIANTAN Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan MELUR Melur taat dan setia Berusaha setiap masa TERATAI Teratai nama kami Bekerja setiap hari


KENANGA Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga CEMPAKA Cempaka bersukaria Menolong orang duka KESIDANG Kami kesidang datang menolong pagi dan petang


BENDERA MALAYSIA Bulan & Bintang - melambangkan agama islam sebagai agama persekutuan negara Bintang pecah 14 - melambangkan perpaduan 13 negeri & 1 wilayah Warna kuning - melambangkan warna diraja Warna putih - kesucian & keluruhan Warna merah - keberanian Warna biru tua - perpaduan rakyat berbilang kaum


BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.


Click to View FlipBook Version