The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU 3441a UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET
NUR ELISYAA BINTI NAMBEROM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ELISYAA BINTI NAMBEROM, 2024-03-08 02:39:41

BUKU LOG PANDU PUTERI KADET

MPU 3441a UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET
NUR ELISYAA BINTI NAMBEROM

Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia. BENDERA DUNIA.


PANDU PUTERI MALAYSIA • Prinsip asas Pandu Puteri adalah berteraskan Persetiaan dan UndangUndang Pandu Puteri. • Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri membentuk sistem nilai moral bagi setiap individu yang menjadi ahli pergerakan Pandu Puteri. • Sistem nilai tersebut menjadi panduan hidup ahli pergerakan Pandu Puteri. • Seseorang yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri di hadapan seorang pemimpin berwaran hendaklah memakai lencana pelantikan dan lencana dunia. • Seseorang anak gadis, wanita remaja dan wanita dewasa dengan sukarela menyertai Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai seorang ahli. • Seseorang ahli yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri tergerak memberi penglibatan yang penuh dan padu kepada pergerakan Pandu Puteri dan sentiasa mengamalkan semangat Pandu Puteri. • Kadar bayaran yuran yang dibayar kepada ibu pejabat kebangsaan dipertimbangkan oleh Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia setiap tiga tahun. • Jumlah yuran keahlian yang dikutip oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia di perIngkat cawangan dan daerah adalah mengikut budi bicara Majlis Jawatankuasa Kerja Cawangan dan Majlis Jawatankuasa Kerja Daerah. PRINSIP - PRINSIP PANDU PUTERI


BAHAGIAN C SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI


Pertubuhan Pandu Puteri ditubuhkan sebagai versi wanita kepada pengakap Lord Robert Baden-Powell, pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi pengakap untuk gadis dan pemudi. World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) adalah badan penyelia antarabangsa kepada pergerakan pengakap puteri. Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) pula telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957. Disebabkan gadis dibenarkan memasuki Pengakap di British, jumlah Pandu Puteri merosot di sana. Di Britain, usia junior antara (7-10) of guides dikenali sebagai Brownies; younger girls (5-7) dikenali sebagai Rainbows, and older guides become Young Leaders or Rangers (the former concentrating more on becoming guide leaders, the latter more on advanced guide activities). In Canada, the Guides are divided into multiple programmes depending on age: Sparks, Brownies, Guides, Pathfinders. PANDU PUTERI


Sebuah pertubuhan sukarela untuk anak gadis dan wanita tanpa mengira kulit, bangsa dan agama Berasaskan kepada prinsip kepanduan iaitu Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri Pertubuhan sukarela terbesar di dunia untuk gadis dan wanita Pertubuhan belia antarabangsa ketujuh terbesar Merupakan organisasi yang memayungi semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap seluruh dunia Mempunyai keahlian 144 negara Diuruskan kepada 5 kawasan 1.Afrika 2.Arab 3.Asia Pasifik 4.Eropah 5.Hemisfera Barat SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOSIATION GIRL SCOUTS (WAGGGS)


1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang. 1920 Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur. 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak. 1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang 1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924 1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan. Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. 1928 Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. 1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. 1937-1946 Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun. 1947 Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. 1948-1960 Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.


1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece. 1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963 1967-1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti Perkhemahan Jubli Emas. 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. 1977-1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. 1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. 1987-1996 Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program Pandu Puteri guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. 1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. 1998 Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 2000 8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa; ‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China)


2001 7-12 September – Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand 2002 April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia. 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik). Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanakkanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia". 2005 21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. 16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. 17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.


2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: Tunas Puteri - Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri - Pandu Puteri Remaja Renjer Puteri - Pandu Puteri Renjer Kadet Puteri - Pandu Puteri Kadet Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak. 9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. 9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. 2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara. 1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9. 3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM. 6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM. 9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri. 25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


2008 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah. 6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011. 17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom. 2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara. 1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9. 3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM. 6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM. 9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri. 25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOSIATION GIRL SCOUTS (WAGGGS) PERKEMBANGAN WAGGGS Pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu. Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan pembukaan Our Cabaña dan ini diikuti dengan pembukaan Sangam pada tahun 1966. Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge). MATLAMAT WAGGGS Untuk memperkembangkan matlamat dan persefahaman prinsipprinsip asas kepanduan di seluruh dunia dn menggalakkan persahabatan di kalangan anak-anak perempuan dari semua negara. Untuk memperkembangkan matlamat Pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri, iaitu untuk memberi peluang kepada anakanak perempuan untuk melatih diri dalam perkembangan sahsiah, kewarganegaraan yang bertanggungjawab dan khidmat kepada masyarakat.


MISI DAN VISI WAGGGS Membolehkan remaja wanita dan wanita muda mengembangkan potensi diri yang sepenuhnya sebagai warga dunia yang bertanggung jawab. "to enable girls and young women to develop their fullest potential as responsible citizens of the world" MISI VISI Kami adalah satu pergerakan sedunia - suara remaja wanita dan wanita muda yang mempengaruhi isu yang diambil berat oleh mereka serta membina dunia yang lebih baik. "We are a growing worldwide Movement - the voice of girls and young women who influence issues they care about and build a better world"


SEJARAH PERKEMBANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, telah dilantik sebagai Penaung Diraja Asia Pasifik WAGGGS pada Ogos 2005 dan Majlis Pengurniaan Anugerah Pandu Puteri Di Raja Kepada KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pada 25 Nov 2007. Persatuan Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi pengakap untuk gadis dan pemudi. Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957. FASA PERKEMBANGAN FASA HALANGAN FASA PERTUBUHAN


CARTA ALIR PENUBUHAN PPPM Bermula di Kuala Lumpur tahun 1916 1917-Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan ibu pejabat Pandu Puteri di Calcutta,India 1928-Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953 dan akta ini telah disemak pada tahun 1991. 1957-Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia iailah di Singapura sehingga tahun 1956


SEJARAH PERKEMBANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA FASA PENUBUHAN Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Methodist Girls School Kuala Lumpur pada tahun 1916. Penubuhan pasukan dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan jaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemanrd dilantik Yang Di-Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. FASA PERKEMBANGAN Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa tersebut. Kerajaan Negeri-negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan secara rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama. Kerajaan juga turut memberi sumbangan dan peruntukan sebanyak dua ribu ringgit mulai tahun 1932. FASA HALANGAN Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta dan Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun bermula 1942 hingga 1946. Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di selurah negara.


1916 Penubuhan pasukan pandu puteri pertama di sekolah perempuan methodist, kuala lumpur 1917 Persatuan pandu puteri malaysia telah didaftarkan dengan ibu pejabat pandu puteri di Calcutta, India 1957 Pusat Pentadbiran PPPM telah terpindah dari Singapura ke Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur 1958 PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dalam 1958 tahun 1958. 1960 PPPM dengan rasminya menjadi Ahli Bersekutu Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia dan diterima sebagai ahli Tenderfoot 1966 PPPM diterima sebagai Ahli Penuh World Association of Guides and Girl Scouts (WAGCGS) 2005 KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, telah dilantik sebagai Penaung Diraja Asia Pasifik WAGGGS 2006 Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 2007 PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9 2007 Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada 9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering" 2008 Pertahemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadalian di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak 2011 Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan Persidangan Dunia Ke-34 KRONOLOGI


2012 Penyertaan Jambori Antarabangsa Pandu di New Zealand Sambutan Hari Peringatan Sedunia Sambutan Centenanry WAGGGS 2013 Sambutan Hari Peringatan Sedunia, Selangor Pertandingan Pengucapan Awam Penyertaan Antarabangsa:11th Asia Pacific Regional conference,Japan 2014 Lawatan Deligasi The Oave Baden Powell Society(OPBS) ke seri Perdanan Sambutan Hari Peringatan Sedunia Johor 2015 Sambutan Hari Peringatan Sedunia,Pulau Pinang Latihan untuk pemimpin PPPM(TOT CLGM) ikut zon Latihan peringkat kebangsaan-”Stop The Violence” 2016 Sambutan 100 tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia,Wisma PPPM Sambutan 100 tahun “Growing The Mangroves”.Taiping,Perak Menerbitkan buku skim Lencana Pandu Puteri Tunas 2017 Seminar Dato’ Hendon,WAGGGS Helen Storrow Program Girls’Summit di Asia Camp Kuala Kubu Baru,Selangor 2018 Lawatan Cik Sarah Nancollas,CEO WAGGGS ke PPM Menjalankan Kempen”No Bride Under 18" 2019 Sesi “Girls Take Over 2019” bersama YB Hannah Yeoh,Timbalan Menteri Wanita,Keluarga dan Masyarakat Perkhemahan antarabangsa Pandu Puteri Tunas(Brownies Lead International Camp) -Disertai 6 buah negara


BAHAGIAN D ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH


BAHAGIAN E


Tarikh : 9 Januari 2024 Masa : 7.45 pagi - 9.45 pagi Tempat : Pelantar Google Meet Pemimpin : Puan Roshidah binti Mat dan Dr Rosmawati binti Mohamed Laporan Aktiviti Masa Aktiviti 7.45 pagi Mengisi kehadiran dalam Google Classroom Pensyarah memeriksa kehadiran dalam Google Meet 8.00 -9.45 pagi Sesi suai kenal Perkongsian tentang Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan Folio/buku log/laporan aktiviti Pembentukan Jawatankasa Pakaian seragam Takwim dan perancangan aktiviti pasukan Pernan dan tanggngjawab pemimpin Pengurusan Badan Beruniform secara sistematik dan terancang 9.45 pagi Sesi bergambar Bersurai Interaksi minggu pertama yang dijalankan pada 9 Januari 2024, kami telah melaksanakan aktiviti suai kenal terlebih dahulu yang memperkenalkan ahli Pandu Puteri yang baharu bersama pensyarah-pensyarah pemimpin melalui platform “Google Meet”. Seterusnya, kami telah berbincang bagi pemilihan ahli kumpulan dalam pembentukan jawatankuasa. Kami telah sebulat suara dalam memilih ahliahli yang berkaliber. Kemudian, pelajar telah dipecahkan dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu kumpulan Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan juga Kenanga. Sesi perjumpaaan kami diteruskan dengan sesi perkongsian. Terdapat banyak ilmu yang telah dikongsikan oleh kedua-dua pensyarah penasihat unit beruniform Pandu Puteri iaitu Puan Roshidah binti Mat dan Dr Rosmawati binti Mohamed mengenai topik Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan. Penyarah berkongsi tentang pengurusan dan pentadbiran pasukan secara menyeluruh yang dimulai dengan folio, buku log, laporan aktiviti, pakaian seragam, takwim dan perancangan aktiviti pasukan, peranan dan tanggngjawab pemimpin, pengurusan badan beruniform secara sistematik dan terancang. Pensyarah juga menerangkan kepada pelajar pakian unit beruniform Pandu Puteri yang lengkap. Melalui pengajaran hari ini, kami telah mengetahui secara terperinci mengenai pengurusan dan pentadbiran bagi sesuatu pasukan dan ilmu ini boleh digunakan pada masa akan datang.


Masa Aktiviti 7.45 pagi Mengisi kehadiran dalam Google Classroom Menyemak kehadiran dalam Google Meet 8.00 - 9.45 pagi Perkongsian tentang Prinsip Asas Pandu Puteri dan Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi. Dasar Penubuhan dan undang-undang am dan pemimpin Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan dan khidmat Pandu Puteri Isyarat wisel serta isyarat tangan Lagu Pandu Puteri Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia Riwayat hidup pengasas World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Malaysia Hari Peringatan Sedunia Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia 9.45 pagi Sesi bergambar Bersurai Tarikh : 16 Januari 2024 (Selasa) Masa : 7.45 pagi - 9.45 pagi Tempat : Pelantar Google Meet Pemimpin : Puan Roshidah binti Mat dan Dr Rosmawati binti Mohamed Laporan Aktiviti


Interaksi minggu dijalankan pada 16 Januari 2024. Setiap kumpulan telah dibahagikan beberapa topik dan perlu mambuat pembentangan dengan menggunakan “slide”. Pada minggu ini, terdapat dua topik yang akan dibentangkan iaitu mengenai prinsip asa pandu puteri dan sejarah perkembangan serta struktur organisasi. Tiga kumpulan telah membuat pembentangan topik yang diberikan iaitu kumpulan Melur, Teratai dan juga Kesidang. Terdapat banyak ilmu yang telah dikongsikan oleh setiap kumpulan dan dibantu oleh kedua-dua pensyarah penasihat unit beruniform Pandu Puteri iaitu Puan Roshidah binti Mat dan Dr Rosmawati binti Mohamed mengenai topik Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan. Antara perkara yang dibentangkan oleh setiap kumpulan ialah prinsip asas pandu puteri iaitu dasar penubuhan dan undang-undang am dan pemimpin, persetiaan dan undang-undang pandu puteri, cogan kata dan lambang, lagu pandu puteri, bendera Malaysia, bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan bendera dunia. Sejarah perkembangan Pandu Puteri juga turut dikongsikan iaitu riwayat hidup pengasas dan World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS). Melalui pengajaran hari ini, kami telah mengetahui secara terperinci mengenai prinsip asas pandu puteri dan juga sejarah perkembangan. Ilmu yang diperolehi ini boleh diaplikasikan pada masa akan datang.


Click to View FlipBook Version