The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by awallyzapkpp, 2022-06-02 11:02:59

TUGASAN KUMPULAN - PERMAINAN TRADISIONAL

SEPAK TAKRAW

SADN1033 KENEGARAAN MALAYSIA
SESI 2022/ 2023 (JA221)

TUGASAN BERKUMPULAN
KUMPULAN : Q

PERMAINAN TRADISIONAL – SEPAK RAGA

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. SHAHROL AMAN BIN AHMAD

TARIKH PENYERAHAN:
26 MEI 2022

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA GAMBAR NO MATRIK

MOHD FAIZAL BIN ZULKEPLY 289096
289325
MOHD AIDEY BIN HUSSIN 289367
290040
MUHAMMAD NOOR HAFIZUDDIN
BIN ABDUL AZIZ

AWALLYZA BINTI ABDULLAH

Pendahuluan

• Pada era globalisasi ini, semenjak kewujudan gajet, permainan seperti pubg
dan mobile legend telah menjadi pilihan anak muda pada masa sekarang. Mereka
beranggapan bahawa permainan tersebut tidak meletihkan kerana mereka tidak
perlu berpanas, tetapi melalui permainan tersebut ia tidak mampu mengeluarkan
peluh. Anak muda pada masa sekarang telah dikaburkan oleh gajet. Lebih lebih
lagi apabila wujudnya perlawanan e-sport yang menjanjikan hasil yang lumayan.
Oleh itu, ia telah menyebabkan permainan tradisional tidak begitu terkenal atau
“familiar” di kalangan anak muda.

• Namun, terdapat beberapa permainan tradisional yang masih lagi tidak
pupus ditelan zaman seperti sepak takraw, permainan gasing dan congkak. Hal
ini kerana permainan seperti sepak takraw masih mendapat sambutan di
kalangan remaja apabila ianya menjadi sukan yang selalu dimainkan setiap
petang bagi golongan remaja. Selain itu, permainan sepak takraw juga masih
dipertandingkan dalam sukan yang berprestij seperti Sukan Sea. Malah Liga
Sepak Takraw juga mendapat permintaan yang tinggi. Permainan gasing pula kini
mula digemari di kalangan remaja dan golongan dewasa. Permainan tradisional
dahulunya mendapat sambutan yang memberangsangkan sebelum kewujudan
gajet dan internet.

• Dalam tugasan ini, kami dikehendaki menerangkan permainan tradisional
dengan lebih lanjut dengan memilih salah satu permainan tradisional yang ada.
Oleh itu, dalam tugasan ini kami telah bersepakat untuk memilih permainan sepak
takraw sebagai kajian utama kami.

SEJARAH AWAL SEPAK TAKRAW

Gambar 1 : Permainan Sepak Takraw
Gambar 2 : Lagenda Sepak Takraw Malaysia

• Permainan sepak takraw adalah permainan yang sangat terkenal dalam kalangan kaum Melayu.
Permainan sepak takraw dikatakan bermula daripada permainan sepak raga bulatan yang kian
popular dalam kalangan masyarakat melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebelum
dikenali sebagai sepak takraw, ia dikenali sebagai sepak raga jaring kerana permainan sepak takraw
memerlukan jaring sebagai pemisah dengan pihak lawan. Permainan sepak takraw ini diperkenalkan
oleh Hamid Mydin pada tahun 1945.

• Pada tahun 1946, permainan sepak takraw bermula dengan hanya melukis gelanggang dengan
menggunakan kapur tulis. Permainan sepak takraw ini mula diperkenalkan di Jalan Patani, Pulau
Pinang. Pada tahun 1960, perkembangan era sepak takraw bermula apabila Persatuan Sepak Raga
Pulau Pinang menganjurkan persidangan wakil negeri dibawah Persekutuan Tanah Melayu. Sejak
daripada persidangan tersebut, maka tertubuhnya Persatuan Sepak Takraw di Malaysia yang dikenali
sebagai Persatuan Sepak Raga Malaya pada ketika itu.

• Kejohanan sepak takraw yang pertama dipertandingkan yang melibatkan beberapa negeri adalah
Piala Emas Khir Johari yang diadakan di Stadium Kuala Lumpur pada tahun 1962. Pada tahun 1965,
permainan sepak takraw mula dipertandingkan dalam Sukan SEAP hasil usaha gigih yang dilakukan
oleh Persatuan Sepak Raga Malaya. Pada masa tersebut, Malaysia menjadi tuan rumah dan
Malaysia berjaya meraih pingat emas pertama bagi sukan Sea pada masa tersebut. Pada ketika itu
bermulanya permainan tersebut diubah nama menjadi permainan sepak takraw yang pada mulanya
dikenali sebagai sepak raga jaring.

• Antara lagenda sepak takraw yang mengharumkan nama Malaysia pada ketika itu adalah Adnan
Saidin, Md Noor Hj. Ali, dan Marzuki Daud selaku killer, Kamarudin Salleh, dan Jamal Din selaku
tekong dan Mohd Nor Osman selaku feeder. Lagenda-lagenda inilah yang berjaya mengharumkan
nama negara dalam arena sukan sepak takraw negara.

ERA KEJATUHAN SUKAN SEPAK TAKRAW

• Semenjak sukan sepak takraw mula dipertandingkan dalam Sukan Sea pada tahun
1965, Malaysia menjadi kuasa besar dalam arena sukan sepak takraw dan berjaya
mengekalkan dominasi selaku pemenang pingat emas dalam temasya dwi tahunan
tersebut. Namun, bermula Sukan Sea Kuala Lumpur pada tahun 1971 sehingga
Sukan Sea Singapura 1983, Malaysia tidak pernah lagi meraih pingat emas dalam
arena sukan sepak takraw. Akan tetapi, Malaysia bangkit pada Sukan Sea Bangkok
1985 dan berjaya membawa pingat emas pulang.

• Namun, arena sukan sepak takraw negara mula merudum setelah kali terakhir
meraih pingat emas dalam acara berpasukan pada temasya Sukan Sea Manila
pada tahun 1991. Semenjak Sukan Sea Singapura 1993, takhta kuasa besar sepak
takraw yang selama ini kepunyaan Malaysia telah dirampas oleh negara jiran iaitu
Thailand. Maka, semenjak itu bermulanya era kejatuhan sukan sepak takraw
negara. Paling tidak dapat dibayang dek akal fikiran, Negra Malaysia pernah
dikalahkan oleh Korea dalam Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang
diadakan di New Delhi, India.

ASAL-USUL SEPAK TAKRAW

• Sepak takraw mula terkenal di Malaysia dan Thailand sejak tahun 1400. Pada masa tersebut, ia dimain dalam
bulatan dengan menimbang bola secara bergilir. Pusingan akan tamat sekiranya bola tersebut terjatuh.
Seperti semua sedia maklum, perkataan sepak takraw berasal dari dua negara iaitu Malaysia dan negara
jiran, Thailand. Perkataan “sepak” berasal dari negara Malaysia yang membawa maksud menendang,
manakala perkataan “takraw” berasal dari negara Thailand yang membawa maksud bola yang diperbuat
daripada rotan atau bola anyaman. Pemilihan nama sukan sepak takraw ini adalah hasil daripada
kesepakatan dari dua negara yang mendapat takhta kuasa besar dalam sukan sepak takraw iaitu Malaysia
dan Thailand.

• Seperti mana yang telah dikatakan di atas, permainan sepak takraw ini mula dimainkan semenjak zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi yang pada masa tersebut dikenali sebagai sepak raga. Sukan ini merupakan
sukan olahraga kaki yang dimainkan menggunakan bola yang dibuat daripada rotan. Di Filipina sukan sepak
takraw ini dikenali sebagai “sipa”, di Burma dikenali sebagai “chinlone”, manakala di Laos dikenali sebagai
“kator”.

• Sejarah sukan takraw ini telah menimbulkan banyak perdebatan kerana banyak negara telah mengatakan
bahawa mereka merupakan negara yang pertama menubuhkan sukan sepak takraw ini. Namun demikian,
terdapat banyak pihak yang bersetuju bahawa permainan sepak takraw ini adalah ilham daripada sukan
masyarakat Cina iaitu Cuju. Cuju membawa maksud menendang bola. Permainan Cuju adalah permainan
yang menggunakan bola yang telah dipasangkan bulu pelepah burung. Bola tersebut hendaklah ditimagkan
ke utara selama mana mungkin dan ianya hendaklah dimainkan oleh dua atau lebih orang.

• Dalam sejarah sepak takraw versi moden pula, sukan sepak takraw dipercayai diperkenalkan oleh Hamid
Mydin pada tahun 1945 di Pulau Pinang. Beliau mengambil inisiatif tersebut setelah beliau merasa minat
orang terhadap sukan sepak raga semakin berkurangan. Oleh itu, beliau dikatakan nekad untuk berjumpa
dengan seorang pemain handal dalam permainan sepak raga di Malaysia ketika itu iaitu Mohammad Abdul
Rahman untuk berbincang dengannya cara untuk menjadikan sukan tersebut terkenal dan mendapat
sambutan daripada orang ramai. Oleh itu, Hamid Mydin dan Abdul Rahman cuba untuk mengenapasti
peraturan yang terbaik dalam memodenkan sukan sepak raga tersebut dengan berlatih di sebuah gelanggang
di Jalan Patani, Pulau Pinang. Mereka bermula dengan 1 lawan 1 sebelum terhasilnya 3 lawan 3 dengan
setiap orang mempunyai peranan yang tersendiri di atas gelanggang.

• Pada masa dahulu, permainan ini adalah sinonim dengan permainan bagi kaum lelaki. Namun, pada masa
sekarang, ia telahpun mendapat sambutan bukan sahaja daripada kaum lelaki, namun ia juga telah dimainkan
oleh golongan wanita. Malah, ia juga dipertandingkan di peringkat antarabangsa seperti mana pertandingan
sepak takraw lelaki.

PERATURAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW

Gambar 9 : Kedudukan Pemain Sepak Takraw

• Seperti mana peraturan yang telah dicipta oleh Hamid Mydin, permainan sepak takraw akan
dimainkan oleh dua regu iaitu setiap regu mempunyai 3 pemain di atas gelanggang. Jumlah
maksimum dalam satu kumpulan adalah 12 orang pemain tetapi hanya 3 pemain sahaja yang
dibenarkan dalam satu masa. Manakala jumlah minimum pemain bagi setiap kumpulan adalah 9
orang pemain. Pemain yang lain akan menjadi simpanan. Setiap kumpulan hendaklah mempunyai
3 orang pemain dan seorang pemain cadangan. Pemain yang berada di posisi tengah iaitu di
bulatan kecil akan melakukan servis atau sepak mula. Posisi ini biasanya dikenali sebagai tekong.
2 orang pemain yang berada di hadapan jaring dikenali sebagai apit iaitu apit kiri dan apit kanan.
Mereka akan memainkan peranan sebagai feeder dan killer. Tugas seorang killer adalah untuk
melakukan serangan dan smash ke gelanggang pihak lawan serta membuat blok ke atas
tendangan dan smash yang dilakukan oleh pihak lawan.

Gambar 10 : Cara Pemakaian Sepak Takraw

• Setiap pemain dikehendaki menggunakan pakaian yang seragam disertai dengan nombor di belakang
baju dengan ketinggian kurang dari 19cm. Kapten bagi setiap kumpulan hendaklah menggunakan ban
lengan yang diletakkan di sebelah kiri. Setiap pemain dilarang untuk menggunakan aksesori seperti
jam, dan cincin yang dianggap dapat membahayakan diri sehingga menimbulkan kecederaan semasa
bermain. Mereka juga dikehendaki menggunakan kasut khas untuk sepak takraw.

Gambar 11 : Kasut Sepak Takraw

SISTEM PERHITUNGAN MATA DALAM SEPAK TAKRAW

• Dalam pertandingan sepak takraw, mata akan diperolehi sekiranya pemain berjaya
memasukkan bola di gelanggang pihak lawan dan pihak lawan tidak berjaya untuk
mengembalikan bola tersebut. Sekiranya pihak lawan gagal mengembalikan bola, oleh
itu kumpulan pemain akan memperolehi satu mata. Seperti yang termaktub dalam
peraturan permainan sepak takraw, sistem pengiraan mata bagi permainan sepak
takraw adalah kepada kumpulan yang memperolehi 21 mata terlebih dahulu, maka
mereka merupakan pemenang bagi set tersebut.

• Namun sekiranya kedua-dua kumpulan memperoleh mata 20-20, maka juri perlawanan
akan meneruskan perlawanan sehingga lawan memperolehi 2 mata pendahuluan.
Contohnya, 22-20. Perlawanan boleh diteruskan sehingga salah satu kumpulan berjaya
mencapai jumlah maksimum matai aitu 25 mata. Setiap pertandingan mempunyai dua
set perlawanan dengan diselangi dengan rehat selama 2 minit antara dua set
perlawanan tersebut. Kumpulan yang memenangi kedua-dua set perlawanan
merupakan pemenang bagi pertandingan tersebut. Namun, sekiranya kedua-dua
kumpulan memperolehi satu set kemenangan, maka juri akan meneruskan permainan
ke set tie-break.

• Set tie-break merupakan set penentuan pemenang. Sekiranya kumpulan memenangi
set tie-break, maka kumpulan tersebut merupakan pemenang bagi perlawanan
tersebut. Jumlah mata yang perlu dikumpul bagi set tie-break adalah sebanyak 15
mata. Sekiranya kumpulan berjaya mengumpul 15 mata terlebih dahulu maka mereka
merupakan pemenang perlawanan tersebut. Namun, sekiranya dua-dua kumpulan
dalam keadaan seri 14-14, maka permainan akan diteruskan sehingga perbezaan 2
mata dengan pihak lawan. Maksimum mata set tie-break ialah 17 mata.

CARA PERMAINAN SEPAK TAKRAW

• Sebelum perlawanan dimulakan, kedua-dua kapten kumpulan dikehendaki berkumpul di
tengah gelanggang bersama juri permainan. Juri akan melambungkan siling bagi
menentukan kumpulan yang akan melakukan servis atau sepak mula terlebih dahulu.
Sebelum siling dilambung, kapten hendaklah memilih gelanggang ataupun servis terlebih
dahulu. Sekiranya mereka memilih gelanggang, maka pihak lawan yang akan memulakan
servis.

• Permainan akan dimulakan sekiranya feeder melambung atau melemparkan bola ke arah
tekong untuk melakukan servis dan menendang bola ke arah gelanggang pihak lawan.
Sebelum feeder melambung bola ke arah tekong, tekong hendaklah berada dalam
bulatan kecil dalam gelanggang. Pihak lawan hendaklah mengembalikan bola kepada
kumpulan yang melakukan servis tidak lebih dari tiga sentuhan. Sentuhan dari seluruh
badan adalah dibenarkan kecuali sentuhan pada bahagian lengan (dari bahu hingga
hujung jari). Sekiranya pihak lawan gagal mengembalikan bola tersebut, maka mata akan
diperolehi oleh pihak yang melakukan servis.

• Beberapa kesalahan tidak boleh dilakukan oleh kedua-dua kumpulan semasa perlawanan
berlangsung. Antaranya ialah menendang bola keluar dari gelanggang sehingga bola
tersebut menyentuh lantai, bola gagal menyeberang jaring ke gelanggang lawan, pemain
menyentuh jaring semasa menendang bola, melakukan lebih daripada 3 kali sentuhan
sebelum mengembalikan bola ke pihak lawan. Selain itu, kesalahan yang tidak boleh
dilakukan oleh pemain ialah menyentuh bola yang masih berada di gelanggang lawan,
tekong melakukan servis dengan melompat atau tidak memijak lantai, tekong keluar dari
bulatan kecil, tekong tidak berjaya melakukan servis bola telah menyentuh langit-langit,
lantai atau luar gelanggang.

TEKNIK ASAS PERMAINAN SEPAK TAKRAW

• Terdapat beberapa teknik yang sering dilakukan oleh pemain sepak takraw. Antaranya ialah sepak
kuda, sepak sila, sepak mula, menapak, heading, sepak cungkil, membahu, mendada, sepak simpuh
dan memaha.

• Teknik sepak kuda merupakan teknik yang menggunakan bahagian punggung kaki yang bertujuan
untuk mengembalikan bola dari serangan pihak lawan. Teknik ini digunakan dalam posisi bola yang
rendah.

• Teknik sepak sila merupakan teknik asas bagi pemain sepak takraw. Teknik ini menggunakan kaki di
bahagian dalam. Teknik ini berfungsi untuk menerima bola dan menimang/ menendand bola takraw
semasa permainan berlangsung. Teknik ini juga digunakan untuk mengumpan bola takraw kepada
pemain dalam kumpulan.

• Teknik sepak mula pula perlu dikuasai oleh tekong dalam kumpulan. Teknik ini merupakan teknik asas
bagi memulakan permainan di mana tekong akan melakukan servis atau sepak mula ini. Sepak mula
ini merupakan teknik yang penting dalam permainan sepak takraw kerana tekong perlu memastikan
bola tidak kandas di jaring dan tidak jatuh ke luar gelanggang. Tekong juga perlu melakukan sepak
mula dalam bulatan kecil di tengah gelanggang. Namun, sekiranya bola gagal dipulangkan oleh pihak
lawan dan jatuh ke dalam gelanggang pihak lawan, maka kumpulan yang melakukan sepak mula
akan mendapat mata.

Gambar 12 : Teknik Sepak Kuda

Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Negara 2022

Gambar 19 : Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Polis
Negara 2022

▪ Baru-baru ini, satu kejohanan sepak takraw iaitu Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Negara
2022 telah berlangsung di Central Court, Komplek Sukan Negeri, Paroi, Negeri Sembilan.
Kejohanan tersebut berlangsung selama 4 hari bermula 10 Mei 2022 sehingga 14 Mei 2022. Majlis
perasmian dan penutup Kejohanan tersebut dilaksanakan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan
Jenayah dan Keselamatan Komuniti iaitu CP Dato’ Aidi Ismail dan wakil dari Ketua Polis Negara
ialah IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

▪ Timbalan Pengarah Pengurusan Bukit Aman iaitu DCP Hj. Azmi Adam, DCP Dato’ Ruslan Khalid
(Ketua Polis Negeri Sembilan), Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Kuala Lumpur iaitu ACP Sarifudin Mohd Salleh juga turut hadir semasa kejohanan
tersebut diadakan. Pada kejohanan tersebut, sebanyak 19 pasukan telah menghantar wakil dalam
pertandingan tersebut.

▪ Pada pendapat kami, ini merupakan inisiatif yang baik bagi mengekalkan sokongan dan permintaan
terhadap sukan sepak takraw. Ia juga satu idea yang baik bagi mengekalkan kesihatan anggota polis
dan ia dapat membantu melepaskan tekanan melalui penyertaan sukan sepak takraw. Selain itu, ia
juga dapat dibuktikan bahawa permintaan terhadap sukan sepak takraw ini amat tinggi di Malaysia
dengan melihat jumlah penyertaan kontinjen dari anggota PDRM.

Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (GASTEP)

Gambar 21 : Logo Kelab Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku

Gambar 22 : Kenangan Bersama Pengelola GASTEP Gambar 23 : Perlawanan Sepak Takraw Anjuran GASTEP

• Untuk tujuan tugasan ini, kami mendapat peluang untuk berjumpa dengan salah seorang pengelola
Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (GASTEP), Tuan Azman Shah Tuan Alias semasa beliau
membuat satu pertandingan sepak takraw di Terengganu baru-baru ini. Gabungan Sepak Takraw
Teluk Paku (GASTEP) merupakan sebuah kelab sepak takraw yang ditubuhkan pada tahun 2008
dan ianya berpusat di Kampung Teluk Paku, Terengganu. Selain itu, kami juga berkesempatan
untuk berjumpa dengan jurulatih GASTEP iaitu En. Azwan Nizam Ayob. Penubuhan Kelab ini
merupakan salah satu inisiatif yang di ambil bagi memastikan sukan sepak takraw di Kawasan
Teluk Paku tidak lupus ditelan zaman. Oleh itu, bagi memastikan ianya sentiasa mendapat
sokongan dari golongan remaja dan dewasa di Kawasan Teluk Paku, ahli jawatankuasa kelab
menubuhkan pertandingan bagi menggalakkan penyertaan dalam sukan sepak takraw bagi
penduduk di Teluk Paku, Terengganu.

• Semasa berjumpa dengan pengelola dan jurulatih tersebut, kami berpeluang untuk bertemu-bual
sekejap dengan beliau. Antara soalan telah kami ajukan seperti, apakah tujuan mereka
menubuhkan kelab GASTEP tersebut dan apakah sasaran mereka terhadap kelab GASTEP
tersebut. Pengelola tersebut mengatakan bahawa tujuan mereka menubuhkan kelab tersebut
supaya sukan sepak takraw menjadi pilihan di kalangan remaja dan tidak pupus akibat
kecanggihan teknologi kini. Sasaran mereka adalah bagi melahirkan lebih ramai atlet yang mampu
untuk mewakili negara dalam sukan sepak takraw. Pertandingan yang dijalankan bertujuan untuk
mengenalpasti anak muda yang berpotensi dalam bidang sukan sepak takraw.

Sukan Asia Malaysia VS Indonesia

• Kepada semua peminat sukan sepak takraw, sudah pasti detik kemenangan Malaysia di peringkat
Separuh Akhir semasa Sukan Asia Ke-18 di Indonesia apabila mereka perlu berlawan dengan
pasukan tuan rumah merupakan salah satu detik kemenangan yang tidak dilupakan oleh semua
peminat sukan sepak takraw di Malaysia. Ia merupakan salah satu kemenangan yang mampu
mengalirkan air mata semua peminat sukan takraw tanah air. Ia dikatakan mampu mengalirkan air
mata kerana ianya kemenangan yang paling dinanti-nantikan setelah beberapa tahun dan
perlawanan yang penuh dengan psikologi dan memerlukan ketahanan mental yang tinggi kepada
atlet negara.

• Kami berkata sedemikian kerana banyak mata yang diperolehi oleh atlet negara dikatakan keluar
(out) oleh penjaga garisan. Sekiranya anda melihat perlawanan sepak takraw Sukan Asia tersebut
sudah pasti anda berasa geram dan marah tetapi kesabaran dan semangat juang yang tinggi dalam
diri atlet negara kita sehingga mereka mampu untuk meraih pingat emas semasa Sukan Asia ke-18
tersebut. Hero yang tidak dapat dilupakan ialah Azlan, Farhan, Shahir dan Zulkifli atau dikenali
sebagai Sobey. Pada ketika itu, demi berjuang mata bagi atlet negara, jurulatih negara tidak
dibenarkan duduk di tempat jurulatih dan Farhan Adam selaku kapten mendapat kad kuning. Tetapi,
atlet negara tetap tenang dan berlawan dengan semangat yang tinggi.

• Set pertama perlawanan dimenangi oleh pasukan Indonesia. Sekiranya dilihat dengan mata kasar,
banyak point yang diperolehi oleh pihak lawan keluar (out) tetapi penjaga garisan mengatakan mata
tersebut masuk (in). Berbeza nasib dengan pemain negara apabila bola masuk (in) dikatakan keluar
(out) oleh penjaga garisan. Namun begitu, semangat juang yang ada pada diri atlet negara telah
membuahkan hasil apabila mereka mampu untuk melakukan comeback dalam set kedua
perlawanan.

Gambar 25 : Wira-wira Sepak Takraw Negara Gambar 24 : Sukan Asia Ke-18 Malaysia vs Indonesia

• Sebelum berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan,
Malaysia ketinggalan 17-11 pada set kedua perlawanan pada
awalnya. Namun, mereka mampu untuk membuat comeback
dan berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan sekaligus
menang bagi pertandingan tersebut. Perlawanan Sukan Asia
ke-18 ini merupakan detik perlawanan yang tidak dapat
dilupakan oleh peminat sukan sepak takraw tanah air.

KESIMPULAN

• Kesimpulannya, sukan sepak takraw masih lagi mendapat
sokongan dan permintaan yang tinggi di kalangan remaja dan dewasa
apabila terdapat ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan-
pertandingan yang dianjurkan. Penyertaan yang diterima juga amat
memberangsangkan. Selain itu, ia juga dapat dilihat melalui senarai
nama atlet negara kita yang menyertai Sukan Sea yang diadakan di
Vietnam baru-baru ini. Kebanyakannya adalah dari golongan anak
muda. Walaupun mereka merupakan atlet pelapis negara, namun
mereka berjaya membawa pulang pingat perak dalam pertandingan
tersebut.

• Walaupun negara dalam arus pemodenan, kita patut bersyukur
kerana sukan sepak takraw iaitu salah satu permainan tradisional ini
masih lagi tidak pupus ditelan zaman. Boleh dikatakan, inisiatif yang
diambil oleh Hamid Mydin untuk memjadikan sukan ini boleh diterima
umum adalah berjaya. Ia bukan sahaja mendapat permintaan yang
tinggi di Malaysia, malah ia juga amat terkenal di Asia Tenggara
seperti Thailand, Indonesia, Vietnam dan Myanmar.


Click to View FlipBook Version