The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

latihan interaktif dan infografik berkaitan kursus MPU21032: Penghayatan Etika dan Peradaban

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainulfarhaan, 2023-03-01 20:46:11

LATIHAN ONLINE MPU21032

latihan interaktif dan infografik berkaitan kursus MPU21032: Penghayatan Etika dan Peradaban

PenghayatanEtika L A T I H A N O N L I N E & F A K T A I N F O G R A F I K Peradaban Disediakan oleh: Ainul Farhaan binti Harun Norhafizah binti Mohd Ghazali Solhal Huda binti Sahidan Azirah binti Seman


Penasihat Suhaila binti Mustaffa Penulis Ainul Farhaan binti Harun Norhafizah binti Mohd Ghazali Solhal Huda binti Sahidan Azirah binti Seman Editor dan Semakan Bahasa Ainul Farhaan binti Harun Konsep dan Rekabentuk Ainul Farhaan binti Harun Terbitan 2023 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada secara elektronik, gambar dan rakaman serta sebagainya tanpa kebenaran bertulis dari pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terlebih dahulu. Diterbitkan oleh: Politeknik Tuanku Syed Sirajudddin (PTSS) Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis No. Tel : 04-988 6200 No. Fax : 04-988 6300 www.ptss.edu.my i


Kata Aluan i Bab Satu: Pengenalan Penghayatan Etika Dalam Acuan Malaysia 1-6 Infografik 2-4 Latihan 5-6 Bab Dua: Konsep Etika dan Peradaban 7-17 Infografik 8-15 Latihan 16-17 Bab Tiga: Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian 18-25 Infografik 19-24 Latihan 25 Bab Empat: Pemantapan kesepaduan Nasional 26-30 Infografik 27-29 Latihan 30 Bab Lima: Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia 31-36 Infografik 32-35 Latihan 36 Bab Enam: Perlembagaan Persekutuan Sebagai tapak Integrasi dan Wahana 37-41 Etika dan Peradaban Infografik 38-39 Latihan 40-41 Bab Tujuh: Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Penggerak Kesepaduan 42-46 Nasional di Malaysia Infografik 43-45 Latihan 46 Bab Lapan: Peranan Etika dan Peradaban mendokong Tanggungjawab Sosial Di 47-52 Malaysia Infografik 48-50 Latihan 51-52 Bab Sembilan: Cabaran Kelestarian dan Peradaban di Malaysia 53-56 Infografik 54-55 Latihan 56 Rujukan 57 Senarai Penulis 58 Is i Kandungan


Kata-kata aluan. . . . . i Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Sesungguhnya, segala puji bagi Allah kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan dan ampunan-Nya Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan dari kejahatan amal perbuatan kami Barangsiapa yang Allah berikan petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberikan petunjuk kepadanya Dan aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Maha Esa Dia dan tidak ada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya, segala puji bagi Allah,kami memujiNya dan kami memohon pertolongan dan ampunanNya kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan dari kejahatan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah berikan petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberikan petunjuk kepadanya. Dan aku bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Maha Esa Dia dan tidak ada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan RasulNya. Alhamdulillah dan setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT, dengan izinNya Latihan Interaktif(online) dan lembaran kerja untuk kursus MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban ini dapat dihasilkan dengan jayanya. Sekalung penghargaan atas usaha dan komitmen jitu barisan pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral, JPA PTSS yang menyumbang idea dalam penghasilan latihan interaktif ini. eBook Latihan Interaktif MPU21032 dengan infografik tentang fakta-fakta ringkas kursus Penghayatan Etika dan Peradaban dilihat mampu menambahkan pengetahuan dan minat pelajar terhadap kursus ini. Ini adalah kerana latihan dalam bentuk interaktif dan online game amat selari dengan minat dan kecenderungan pelajar- pelajar generasi kini. Akhir kata, moga segala usaha yang dicurahkan dalam penghasilan Latihan Interaktif dalam bentuk eBook ini diberi ganjaran oleh Allah SWT serta memberi manfaat yang besar buat pembaca. Suhai la bint i Mus taf fa Ketua Kursus Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis


Bab 1: Pegenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Dalam Acuan Malaysia Penghayatan etika dan peradaban boleh dihuraikan dan difahami dari sudut 'acuan' Malaysia berdasarkan tiga susur masa utama iaitu pra kolonial, kolonial dan pasca kolonial. Adab dan etika perlu dipegang teguh dalam kehidupan bermasyarakat walaupun dunia kini dilanda ledakan dunia teknologi. Kemajuan yang dikecapi kini seharusnya seiring dengan ketinggian akhlak, adab dan sahsiah terpuji. 1


ISTILAH PENTING ETIKA, ADAB, ADAT RESAM, ADATISTIADAT, ETOS & ETIKET 01 02 03 04 05 ETIKA ADAB ADAT RESAM ADAT ISTIADAT ETOS 'Ethos' dalam bahasa Yunani yang bermaksud sikap atau peribadi. Akhlak atau moral seseorang dalam pergaulan dan menghadapi sesuatu situasi. Budi pekerti yang halus, tingkah laku yang baik dan berbudi bahasa. Dikenali dengan istilah mahmudah (baik) dan berlawanan dengan sikap mazmumah (buruk). Proses yang diwujudkan sejak turun temurun sehingga menjadi peraturan dalam sesebuah masyarakat. Seperti adat dalam perkahwinan setiap kaum. Sinonim dengan majlis rasmi yang mesti diikuti secara tertib, tegas dan betul. Ia melibatkan upacara rasmi dan pelbagai protokol yang ketat. Sifat atau ciri-ciri sesuatu bangsa, budaya, era dan lainlain. Contoh: Pelukis Malaysia boleh menghasilkan karya yang benar-benar mencerminkan etos masyarakat negara kita. 05 ETIKET Melibatkan tindak tanduk seseorang apabila berada dalam khalayak umum dalam sesebuah situasi tertentu 2


Kolonial Pra Kolonial Pasca Kolonial Susur Masa Zaman sebelum kedatangan penjajah. Adat resam telah wujud dan berlaku dalam medium pendidikan tidak formal (pergaulan seharian). Proses migrasi menyumbang kepada kepelbagaian adat resam, budaya dan etika ketika itu. Proses silang budaya dan pinjam meminjam kebudayan kaum lain juga berlaku. Proses percampuran ini tidak mengikis adab dan nilai Melayu yang masih menebal. Zaman ketika fasa penjajahan berlaku di negara kita. Kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British, Jepun telah meninggalkan impak dari segi adab dan pergaulan masyarakat yang sebahagiannya kekal hingga kini. Terdapat perubahan dari segi cara percakapan, bersalaman (shake hand), pemakaian tali leher dan kemeja serta tabik hormat. Beberapa perkataan yang berasal dari kolonial juga digunapakai sehingga kini. Seperti tuala, jendela, palsu (Portugis). Zaman ledakan teknologi maklumat yang berlaku pada era moden masa kini. Proses penerimaan etika dan adab tanpa sempadan ini sedikit sebanyak menghakis nilai budaya dan adab yang sopan dalam masyarakat. Ia turut memberi kesan kepada bahasa yang digunakan dalam masyarakat kini. Ada juga nilai baik yang berlaku impak dari zaman pasca kolonial antaranya perkongsian kesenian dan kebudayaan bangsa lain. 3


KERANGKA ANALISIS ETIKA & PERADABAN ACUAN MALAYSIA Hubungan yang dibina dan terjalin dalam sesebuah masyarakat yang berfungsi menggerakkan dinamik masyarakat. Struktur sosial yang melibatkan komuniti adalah secara formal atau tidak formal. Seperti pendidikan, tempat tinggal dan pekerjaan. Apa itu Struktur Sosial Sistem sosial Struktur Masyarakat Melayu Terbahagi kepada struktur tradisional dan juga moden. Kedua-duanya terbahagi kepada golongan memerintah dan golongan diperintah. Struktur sosial tradisional melibatkan raja, pembesar, bangsawan, rakyat dan hamba. Struktur sosial moden pula melibatkan golongan atas, kelas menengah, kelas pekerja dan bawahan. Biografi Bermaksud riwayat atau kisah hidup seseorang. Etika yang dibentuk berkemungkinan ada kecenderungan dan dipengaruhi oleh biografi dan struktur sosial (pengalaman dan sejarah hidup)seseorang individu. Individu memainkan peranan yang penting dalam membina peradaban sesebuah negara. Struktur sosial merupakan asas sesebuah masyarakat yang boleh memberi impak kepada etika dan peradaban sesebuah negara. Kerajaan sentiasa berusaha memastikan etika dan peradaban masyarakat seiring kemajuan pasaran global. Awak apa khabar ? Penghayatan Etika & Peradaban Mengikut Individu, Keluarga, Komuniti dan Masyarakat Saya sihat, terima kasih bertanya khabar 4


LATIHAN DALAM TALIAN Sila imbas (scan) QR Code di bawah dan buat latihan ulangkaji yang telah disediakan. Latihan Topik Bab 1 Selamat Menjawab 5


LATIHAN DALAM TALIAN Sila imbas (scan) QR Code di bawah dan buat latihan ulangkaji yang telah disediakan. 6


Bab 2: Konsep Etika dan Peradaban Konsep etika dalam sejarah pemikiran manusia terdiri dari beberapa proses dan juga peringkat. Bab ini turut membincangkan konsep etika dari perspektif pemikiran eropah, agama dan kepercayaan, kolonialisme dan pasca kolonialisme. Topik ini turut melibatkan proses perubahan etika manusia dari zaman sejarah awal sehingga zaman moden kini. 7


we are a team Zaman Paleolitik Masyarakat hidup secara nomad (pindah-randah), tinggal di gua dan bercucuk tanam. Menggunakan batu, tulang untuk pertahanan diri dan memburu. Mengamalkan aktiviti sara diri. Zaman Mesolitik Zaman Neolitik Zaman Logam Zaman Pra Sejarah Masih hidup secara nomad di gua-gua, bawah ranting kayu atau lubang bawah tanah. Mula bercucuk tanam bijirin dan menternak binatang. Mula menggunakan panah semasa berburu. Wujud sistem hidup bermasyarakat secara kekal. Berucuk tanam dan berburu. Mula melaksanakan perdagangan. Memiliki kemahiran membuat tembikar dari tanah liat. Menggunakan alat batu seperti beliung Penempatan adalah secara tetap dan tidak lagi mengamalkan konsep nomad. Tingal di gua dan kawasan berdekatan sumber air. Masyarakat masih melaksanakan aktiviti bercucuk tanam dan mula melaksanakan sistem barter. Telah mula menggunakan peralatan logam. 8 Sistem barter : perdagangan dengan cara tukar menukar barang


Zaman Proto Sejarah Alam Melayu bermula pada awal abad yang pertama. Alam Melayu turut memiliki kerajaan seperti tamadun-tamadun lain Kerajaan alam Melayu ketika itu berjaya membina peradaban yang agung dan gemilang. Kerajaan Melayu bermula dari penempatan kecil dan berkembang membentuk pelabuhan yang sangat terkenal. Antara kerajaan-kerajaan awal tersebut adalah Kerajaan Funan, Majapahit, Champa, Srivijaya, Angkor, Kedah Tua dan juga Gangga Negara. 9


PENGARUHTAMADUNDALAM MEMBINAPEMIKIRANDAN KONSEPPERADABAN TAMADUNCHINA Kemasukan pekerja dari China pada abad ke 19 dan 20 ke Semenanjung Tanah Melayu. Perkembangan seperti pembuatan kertas, percetakan, kaedah akupuntur, belerang sebagai bahan letupan, sutera dan tembikar turut TAMADUNISLAM Menekankan aspek tauhid kepada Allah dan menerapkan unsur rasional dan intelektual. Islam menekakan persamaan taraf dan pelaksanaan hukum yang berlandaskan syarak. Wujud masjid dan surau-surau sebagai tempat beribadat. 1 3 TAMADUNINDIA Tamadun India menekankan aspek kekeluarhaan dan komuniti. Penyebaran agama hindu, kesusateraan india adat persandingan dan berinai serta seni tarian turut tersebar di Tanah Melayu. Namun, adat yang bertentangan dengan nilai Islam ditinggalkan setelah kedatangan Islam ke Tanah melayu. 2 10


PENGARUH KUASA BARAT DALAM ETIKA & PERADABAN PORTUGIS BRITISH BELANDA Berjaya menawan Melaka pada tahun 1511 dan menduduki Melaka selama 130 tahun. Alfonso De Alburqueque wizurai yang menyusun sistem pentadbiran bercorakkan ketenteraan ketika itu Faktor ekonomi dan sumber asli menjadi tujuan utama penaklukan Tanah Melayu. Penguasaan British mula menular kepada sistem pentadbiran dan politik negara ketika itu. Kemasukan tenaga kerja dari China dan India secara besar-besaran berlaku dan beri impak kepada kepelbagaian adat dan etika di negara kita. Pada tahun 1559 Belanda mula datang ke Tanah Melayu. Ekspedisi tersebut bertujuan menakluki rempah ratus. Syarikat Hindia Timur Barat (SHTB) berperanan meluaskan empayar dan memonopoli kekayaan hasil bumi Tanah Melayu Kuasa barat yang menjajah negara kita sedikit sebanyak telah memberi impak dari beberapa sudut peradaban dan etika negara kita. Antaranya dari segi pakaian, cara pergaulan dan perundangan. 11 FAKTA SEJARAH Jepun merupakan satusatunya kuasa asing dari Asia yang menjajah negara kita kira-kira 3 tahun


01 02 04 03 05 Zaman Kegelapan Zaman Renaissance PEMIKIRAN EROPAH ETIKA & PERADABAN DARI PERSPEKTIF Revolusi Perinsdutrian Revolusi Perancis Zaman Pencerahan (Enlighment) Eropah mengalami keruntuhan akhlak, pentadbiran dan ilmu. Wujud sistem feudal di mana petani perlu meminta perlindungan tuan tanah. Golongan gereja mengongkong masyarakat. Raja berkuasa mutlak (old regim) Dikenali sebagai fasa kelahiran semula. Cedekiawan ketika itu mula menjelajahi negara-negara Islam untuk mempelajari ilmu dan kemahiran tamadun Islam. Mereka mula sedar kepentingan akal dalam memproses sesuatu perkara. Perubahan dari ekonomi tradisional kepada eknomi berasaskan produktiviti. Memberi kesan kepada pertambahan penduduk, gaya hidup, corak pemikiran politik. Pengeluaran produk dalam kapasiti yang besar dan mesin menggantikan tenaga kerja manusia. Fasa zaman yang memisahkan kehidupan eropah lama dan moden. Kesedaran nasionalisme memuncak. Tuntuan persamaan hak dan kebebasan, persaudaraan, liberalisme dan demokrasi berkembang Dikenali sebagai ' The Age of Reason' (penyebaran idea-idea berkaitan rasionalisme). Lahir tokoh seperti John Locke, Jean Rosseau. Masyarakat mula sedar bahawa manusia mampu merubah dunia berdasarkan kepada pemikiran dan kebijaksanaan. 12


Agama Islam tersebar ke Tanah Melayu pada abad ke-12 melalui peranan pedagang arab, pemerintah dan perkahwinan. Sifat baik dan mulia seperti jujur, ikhlas, persaudaraan, memandang tinggi dan menghormati wanita menarik minat masyarakat ketika itu untuk mendalami Islam. Konsep Etika & Peradaban Dari Perspektif Agama dan Kepercayaan 1 ISLAM BUDDHA HINDU Diasaskan oleh Siddartha Gautama. Amat menekankan kesejahteraan hidup sama ada manusia atau binatang. Majoriti kaum cina di Malaysia adalah penganut agama buddha. Agama ini menjadikan 8 Jalan Lapis Mulia sebagai pegangan untuk mencapai ketenangan. Kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu oleh British telah membawa warna-warni nilai budaya dan adat ke Tanah Melayu. Banyak budaya dan nilai agama hindu yang meresap dalam budaya tempatan terutamanya adat perkahwinan. Percaya kepada konsep karma, kelahiran semula dan kitab veda. 3 2 14


KOLONIALISME & PASCA KOLONIALISME DARI DARI ASPEK : Konsep Etika & Peradaban Dari Sudut Kolonialisme, Pasca Kolonialisme, Timur, Barat Etika Timur Kesan dari sudut etika semasa zaman kolonialisme dan pasca kolonialisme adalah penggunaan tulisan rumi bagi menggantikan jawi, kahwin campur, pembentukan partiparti politik, pembentukan masyarakat majmuk dan wujud perkataan pinjaman seperti tuala, palsu, jendela. Peradaban Barat Wujud sekolah-sekolah vernakular, gaya pemikiran orang Melayu lebih terbuka dan turut memberi kesan dan impak kepada perkembangan ekonomi dari kemajuan hasil bijih timah. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk bagi merancakkan lagi ekonomi dan kemajuan dari aspek sistem pengangkutan. Timur (merujuk kepada negara-negara Islam timur).Islam merupakan asas pembinaan tamadun ulung. Kehidupan dan peradaban adalah bersandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Menekankan keseimbangan dunia dan juga akhirat, serta mengamalkan konsep toleransi dan menegah kezaliman. Peradaban yang menekankan kepada kemajuna sains dan teknologi. Tamadun Barat terdiri dari fasa zaman klasik, zaman kegelapan dan zaman moden. Barat diterajui oleh falsafah Yunani dan Hellenik (zaman klasik). Tamadun barat berpegang kepada konsep modernisme, sekularisme, liberalisme, humanisme dan rasionalisme. 15


LATIHAN DALAM TALIAN Sila imbas (scan) QR Code di bawah dan buat latihan ulangkaji yang telah disediakan. Latihan Topik Bab 2 Pelajar boleh mengulangkaji topik (rujuk eBook) 16


LATIHAN DALAM TALIAN Sila imbas (scan) QR Code di bawah dan buat latihan ulangkaji yang telah disediakan. Latihan Topik Bab 2 17


Bab 3: Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian Bab ini menjelaskan tentang bagaimana masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan pegangan agama berinteraksi antara satu sama lain. Ia juga mengandungi pembentukan etika dan peradaban berdasarkan sistem organisasi dan institusi sosial yang teratur. Selain itu, bab ini turut mengupas tentang proses pembentukan kelompok masyarakat di Malaysia yang pelbagai 18


PENCAPAIAN MASYARAKAT BERTAMADUN PENEMPATAN Sebuah kawasan yang disatukan membentuk bandar tersusun dan tidak amalkan konsep nomad SISTEM ORGANISASI Ada sistem organisasi atau institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sistematik. BAHASA Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dan sistem tulisan sebagai alat komunikasi dan warisan khazanah ilmu. PERUNDANGAN Sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai dikuatkuasakan untuk atur perlakuan dan tindak-tanduk manusia. KREATIVITI DAN DAYA CIPTA Penciptaan teknologi telah wujud. Falsafah, seni dan nilai estetika (seni bina, kesusateraan) juga telah wujud dalam masyarakat. AGAMA DAN KEPERCAYAAN Mula mengamalkan kepercayaan animisme. Percaya kepada kuasa ghaib dan ada yang mengamalkan politeisme (sembah lebih dari satu tuhan). 19


PERSEKITARAN GEO-FIZIKAL 01 02 03 04 EKONOMI DAN PASARAN MASYARAKAT DAN DEMOGRAFI FALSAFAH DAN PEMIKIRAN Melibatkan etnik atau bangsa yang mempunyai pertalian sejarah, tradisi dan juga budaya. Merupakan satu pegangan atau fahaman terhadap sesuatu perkara atau bidang. Falsafah juga membentuk nilai etika dalma diri seseorang. Komponen Etika dan Peradaban Masyarakat adalah sekelompok manusia atau orang yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial. Ekonomi memainkan peranan penting dalam bentuk nilai dan juga etika sesebuah masyarakat dan tamadun. 20


Masyarakat Dalam Konteks Malaysia MASYARAKAT 1 2 3 4 5 6 Kepelbagaian bangsa yang sama-sama berkongsi hidup dan tinggal di negara yang sama. Menurut J.S Furnivall, masyarakat majmuk adalah mereka yang bergaul tetapi tidak bergabung. Setiap kelompok memiliki agama, kebudayaan dan cara hidup masing-masing. PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA Bermula sejak abad ke-5 masihi kerana faktor perdagangan (tumpuan pedagang dari Arab, China, Parsi dan India). Mula dimasuki oleh penjajah Eropah dan barat sejak tahun 1511. Aktiviti penjajahan yang berlaku secara tidak langsung telah menyumbang kepada kepelbagaian masyarakat di Tanah Melayu. MASYARAKAT PLURALITI Masyarakat pelbagai bangsa ke alam melayu SEBELUM kedatangan kuasa - kuasa penjajah. Ia terbentuk secara semulajadi tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak. MASYARAKAT PLURALISTIK Terbentuk semasa kedatangan penjajah eropah. Contohnya tenaga buruh dari China dan India dibawa secara besar-besaran oleh British untuk bekerja di Tanah Melayu. Mereka tinggal di Tanah Melayu atas faktor kerja yang sukar untuk berasimilasi. CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALITI Penghijrahan ke Tanah Melayu disertai ahli keluarga, tidak melalui proses paksaan kerana datang secara sukarela untuk mencari kekayaan. Ia menjamin ketenangan fikiran dan mewujudkan interaksi harmoni dengan penduduk tempatan. CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURASLISTIK Penghijrahan ke Tanah Melayu disertai ahli keluarga, tidak melalui proses paksaan kerana datang secara sukarela untuk mencari kekayaan. Ia menjamin ketenangan fikiran dan mewujudkan interaksi harmoni dengan penduduk tempatan. 21


Tahap integrasi paling rendah. Tahap ini adalah keadaan di mana masyarakat Tanah Melayu tinggal secara terasing tanpa interaksi dan komunikasi. Oleh kerana itu, tiada inisiatif untuk memahami dan bertoleransi dengan budaya kaum lain. Sebagai contoh: Dasar pecah dan perintah semasa kedatangan British. Tahap-Tahap Hubungan Etnik Di Malaysia SEGREGASI Penduduk dari latar budaya dan agama yang berbeza boleh hidup berjiran dalam satu kawasan penempatan. Tetapi masingmasing kekal mengamalkan fahaman agama dan budaya kaum sendiri. AKOMODASI Pada tahap ini, masyarakat saling menerima dan bertukar budaya antara satu sama lain. Akulturasi sering berlaku dalam aspek makanan, pakaian dan budaya. Contohnya, kaum melayu gemar makan roti canai yang sinonim dengan kaum india. Manakala nasi lemak pula menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa. AKULTURASI Proses 'absorb' budaya kaum lain telah berlaku pada peringkat ini. Ia berlaku apabila kaum minoriti tinggal bersamasama kaum majoriti dan menyerap semua budaya kaum majoriti tersebut. Contohnya kaum cina di perkampungan Kelantan sangat fasih bertutur dalam dialek Kelantan. ASIMILASI Tahap tertinggi integrasi kaum. Ia adalah percampuran kaum melibatkan aspek biologi (mewujudkan satu kaum baharu) melalui perkahwinan campur. Seperti kaum melayu berkahwin dengan kaum india atau kaum india berkahwin dengan orang Eropah. AMALGAMASI 22


Selat Melaka PERANAN SEBAGAIGELANGGANGKEPELBAGAIAN Hubungan Maritim Antarabangsa Penghubung dunia timur dan barat. Juga bertindak sebagai jalan air dan laluan perdagangan antara China dan India serta wlayah setempat Perkahwinan Persinggahan para pedagang ke Melaka juga mendorong kepada perkahwinan dengan masyarakat tempatan dan membentuk kepelbagaian etnik baharu di Melaka (Amalgamasi). Penempatan Pedagang Terdapat pedagang yang mula menetap di Melaka dan membentuk komuniti mereka. Asimilasi dengan penduduk tempatan menyumbang kepada kepelbagaian budaya. Interaksi Lingkungan Budaya Hubungan satu budaya dalam sesuatu kaum seperti Jawa, Bajar, Bugis, Mandaling turut memberi impak kepada kepelbagaian adat resam. Begitu juga orang Cina dari kalangan hokkien, hainan, teochew Pelbagai agama dan kefahaman Selat Melaka yang menjadi jalan utama pedagang juga menerima impak penyebaran dakwah oleh para pedagang. Ini memberi kesan kepada kepelbagaian kepada Melaka. 23


PERDAGANGAN KEPENDUDUKAN Pemerintah wujudkan pelbagai jawatan penting untuk melancarkan sistem pemerintahan. Jawatan yang diwujudkan adalah Bendahara, Laksamana, Penghulu Bendahari & Syahbandar. Hukum Kanun Melaka (berasaskan Islam) dan Undang-Undang Laut Melaka diwujudkan menjamin keselamatan rakyat dan pedagang. Pemerintah Melaka terbuka menerima kehadiran pedagang tanpa syarat yang menyulitkan. Melaka wujud sebagai kota multi-budaya dengan setiap budaya ada tempat masing-masing. Pluralisme budaya telah berlaku dalam dunia Arab pra-Islam. Pemerintahan secara diplomasi & terbuka Hubungan diplomatik dengan kuasa besar seperti China. ( Menjamin kestabilan politik dan sosial) Memberi peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di Melaka Aktiviti perdagangan antarabangsa berjalan lancar dari hasil tadbir urus berteraskan Islam. Perdagangan rancak hasil sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran yang cekap. Panglima dan Laksamana proaktif mengawal ancaman lanun dan perompak. PEMERINTAHAN BERSISTEMATIK KEBUDAYAAN Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti (proses penghijrahan secara semulajadi tanpa paksaan). Masyarakat luar yang tinggal di Melaka mengalami proses 'akomodasi' dan 'asmilasi' dengan penduduk tempatan. Wujud kaum baba dan nyonya, hindu muslim, serani yang berinteraksi aktif dan saling bertukar dan menerima budaya lain. Kesultanan Melaka Sebagai Pertemuan Pelbagai Etnik Peranan 24


LATIHAN DALAM TALIAN Sila imbas (scan) QR Code di bawah dan buat latihan ulangkaji yang telah disediakan. Latihan Topik Bab 3 25 Semoga latihan ini dapatmeningkat kefahaman anda


Bab 4 Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia Bab ini menghuraikan tentang proses pembentukan kesepaduan sosial di Malaysia. Selain itu, topik ini turut bertujuan untuk menerapkan penghayatan dan amalan kesepaduan yang dicapai pada masa dulu dapat dikekalkan hingga kini oleh generasi muda. Selain itu, pelajar-pelajar juga diharapkan dapat mengaplikasikan konsep kesepaduan dalam komuniti pelbagai bangsa dan kepercayaan yang terdapat di Malaysia. 26


Sukan Sukan menyatupadukan rakyat Malaysia. Seperti contoh, ketika perlawanan bola sepak Malaysia menentang negara lain, rakyat bersatu-padu memberi sokongan kepada atlet negaratanpa mengira kaum. Street Wedding Rakyat dan kawasan kejiranan bertolak ansur ketika berlangsungnya majlis perkahwinan di kawasan kediaman. Ini antara detik perpaduan yang berlaku di Malaysia sejak dulu dan dikekalkan hingga kini. Kesihatan Ia juga merupakan detik perpaduan kerana petugas kesihatan tanpa mengira kaum akan memastikan individu yang dirawatnya sihat dan sembuh. Jelas dilihat dalam situasi COVID-19 yang melanda negara. Malaysia unik dengan pelbagai kaum dan makanan. Makanan ternyata boleh menyatukan rakyat dari pelbagai latar bangsa dan budaya. Nasi lemak, tosai, dimsum, char kue teow, bakso, mee kolok, ambuyat semua diterima baik oleh masyarakat Malaysia. Makanan Detik Perpaduan 27


Isu-isu yang menimbulkan konflik antara kaum. Isu sensitif yangtidak ditangani dengan baik dan rasional oleh sebahagian dari masyakarakat negara kita. DETIK PERBEZAAN APA ITU DETIK PERBEZAAN PERAYAAN Setiap bangsa dan agama mempunyai perayaan masing-masing. Perbezaan perayaan antara setiap agama tidak boleh menggugat perpaduan. Setiap agama perlu menghormati perayaan kaum lain. Aktiviti kunjung-mengunjung juga boleh diamalkan jika tidak bertentangan dengan agama. JENAYAH Kebiasaan masyarakat, jika berlaku sesuatu jenayah yang dipaparkan di media akan mengaitkan penjenayah dengan kaum tertentu. Ada juga sebahagian masyarakat yang membuat andaian atau kutukan mengenai penjenayah dan dikaitkan dengan bangsa dan agamanya. Ini boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan kaum ISU AGAMA & BAHASA Isu agama dan perbezaan kepercayaan sering menjadi penghalang dalam menyatukan rakyat. Sentimen yang dimainkan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada wujudnya detik perbezaan di negara kita. Isu perkauman yang masih berlaku hingga kini. Seperti contoh, pemilihan pekerja mengikut syaratsyarat yang melibatkan kaum adalah satu budaya yang perlu dielakkan. Hal ini akan menyebabkan berlaku jurang antara kaum. Kita perlu sedar bahawa bidang pekerjaan tidak harus terikat kepada satu-satu kaum tertentu. RASISME 28


DEFISIT SOSIAL & LANGKAH MENGHADAPINYA DEFISIT SOSIAL : Kekurangan dalam konteks sosial yang perlu kepada usaha penyatupaduan (Dr. Kartini Aboo,2019). Ia memerlukan waktu dan kesabaran semua pihak dan pelaksanaan pelan tindakan berasaskan prinsip tawar-menawar, perundingan atau mediasi. (Dr Shamsul Amri Baharuddin, 2019) 1 Etnisiti 2 Agama Pergaulan masyarakat Cina di Kelantan sangat erat di sebelah Pantai Timur mahupun kawasan kampung. Ia wajar dijadikan contoh kepada masyarakat dan generasi muda di bandar soaya jurang etnisiti dikurangkan Perbezaan agama kadangkala menyebabkan perselisihan faham. Oleh itu perlu ada sikap toleransi dan hormat-menghormati demi memastikan kesepaduan sosial dicapai. 3 4 6 5 Kelas Sosial Pendidikan Bahasa Jurang Generasi Usaha kerajaan dalam merapatkan jurang kelas sosial dalam masyarakat. Dengan menyediakan pelbagai bantuan kepaa golongan berpendapatan rendah. Penggunaan buku teks yang sama untuk semua rakyat di dalam tempoh pendidikan sekolah. Ini bagi merapatkan perbezaan antara semua. Bahasa melayu dijadikan sebagai bahasa perantara di sekolah kebangsaan dan urusan rasmi kerajaan. Ini kerana bahasa menjadi satu medium komunikasi berkesan untuk rakyat berbilang kaum. ' Generation Gap' dapat diatasi dengan saling cuba memahami gaya berfikir dan pendekatan setiap generasi. Setiap generasi akan berbeza dari seg gaya bertutur, berpakaian dan pendekatan. 7 Gender Layanan sama rata antara lelaki dan perempuan seperti dalam bidang pekerjaan, pendidikan. Tiada unsur diskriminasi atau eksploitasi diamalkan. 8 9 Ruang (bandar-desa) Setiap individu mempunyai pandangan politik yang berbeza. Namun setiap penyokong parti politik melaksanakan politik bersih tanpa menggugat keamanan. Perubahan kepimpinan berlaku tanpa pertumpahan darah. Pembangunan dan infrastruktur perlu seiring antara bandar dan luar bandar. Supaya penduduk di bandar tidak ketinggalan dari arus kemodenan. Media memainkan peranan untuk menyatupadukan setiap masyarakat di Malaysia. Ini kerana media adalah 'lidah' dalam menyampaikan berita. Elakkan unsur perpecahan 10 Media Politik Federalisme 29


LATIHAN DALAM TALIAN Sila imbas (scan) QR Code di bawah dan buat latihan ulangkaji yang telah disediakan. Latihan Topik Bab 4 Selamat Menjawab 30


Bab 5 Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia Bab ini menghuraikan tentang asas pembinaan peradaban majmuk. Ia merupakan tunjang dalam melahirkan masyarakat majmuk yang harmoni dan aman. Topik yang dikupas dalam bab ini juga adalah berkaitan proses bermulanya konsep negara bangsa dalam negara kita. Usaha pembinaan peradaban majmuk ini dapat menjadikan usaha mewujudkan bangsa idaman menjadi realiti. 31


Peradaban Barat Tamadun yang dibina dan dimiliki oleh masyarakat berbudaya Melayu (Amri Razali, 2017) Sejarah Sosial Pengaruh Peradaban Dunia Dalam Pembinaan Negara Bangsa Peradaban Pribumi Alam Melayu Tamadun yang dibina dan dimiliki oleh masyarakat berbudaya Melayu (Amri Razali, 2017) Sejarah Alam Melayu Peradaban Asia Peradaban asia melibatkan India, China dan Timur Tengah dan memberi impak kepada kepelbagaian adat, budaya dan pegangan agama. Peradaban Globalisasi Tamadun yang dibina dan dimiliki oleh masyarakat berbudaya Melayu (Amri Razali, 2017) 32


PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU Apa itu alam melayu ? 01. 02. 03. 04. Bahasa Agama yang dianuti Kesan Sosiobudaya terdiri dari pelbagai etnik. Politik masa lampau adalah terdiri dari pelbagai kerajaan kuno / lama. Bertutur dalam Bahasa Melayu - Indonesia. Bahasa Melayu menjadi lingua franca antara masyarakat rumpun Melayu. Majoriti masyarakat alam Melayu menjadikan Islam sebagai agama anutan mereka. Mereka mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian. Imperialisme dan pertembungan pengaruh asing memberi impak kepada perkembangan Bahasa Melayu. Kedudukan strategik alam Melayu juga menarik minat pedagang untuk menjadikan pelabuhan entreport Asal peradaban melayu Berasal dari penduduk Asia Tenggara, Gugusan Kepulauan Melayu (Selatan Siam, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo, Sulawesi, Filipina, Pulau-Pulau Timur Indonesia. Bahagian- bahagian kecil dari Kampuchea ke Vietnam. 33


Peradaban Asia melibatkan India, China dan Timur Tengah. Kedatangan masyarakat India, China dan Timur Tengah membawa kepelbagaian adat, budaya dan pegangan agama. Ia menjadi satu keistimewaan kerana memberi kepelbagaian budaya kepada negara kita dan harus diuruskan dengan baik. Masyarakat Cina dan India membawa identiti dan budaya mengikut peradaban negara asal dan mengekalkannya semasa di Tanah Melayu. KESAN BUDAYA Peradaban Asia Kedatangan orang India & China ke Tanah Melayu hasil usaha penjajah untuk memenuhi keperluan tenaga buruh dan ekonomi. PERKEMBANGAN KESAN DAN IMPAK Kedatangan buruh-buruh ini membina kepelbagaian peradaban di Tanah Melayu. Walaupun pada awalnya dasar pecah dan perintah dilaksanakan British, namun kemudiannya kepelbagaian kaum ini dapat berasimilasi dan saling berkongsi budaya dan adat kaum lain. Kedatangan orang China bermula abad ke-19, dan bertumpu di Negeri-Negeri Selat. Kebanyakan orang India bertumpu di Melaka dan Kedah , kemudian berpindah ke Pulau Pinang. SEJARAH KAWASAN TUMPUAN 34


KEBAIKAN GLOBALISASI Chandra Muzaffar (1998) menyenaraikan lapan kebaikan globalisasi iaitu: Pelaburan asing mewujudkan pekerjaan dan kurangkan kemiskinan sebilangan negara. Peradaban globalisasi KEBURUKAN GLOBALISASI Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah. Peluang lebih luas mendapatkan maklumat dan sebarkan ilmu Komunikasi mudah dan murah Peluang lebih luas untuk pelbagai kumpulan etnik, agama dan budaya berinteraksi Peluang luas menzahirkan simpati kepada isu kemanusiaan dan bencana alam Penonjolan idea dan amalan pemerintahan yang baik Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita Kualiti alam sekitar semakin merosot akibat mementingkan keuntungan semata-mata Pembangunan tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi semakin luas dan melebar. Pengabaian keperluan asas dalam kalangan rakyat termiskin di kebanyakan negara. Kebanjiran maklumat yang tidak berfaedah. Pengantarabangsaan jenayah dan menyebabkan kesukaran untuk membendung jenayah-jenayah tersebut Proses yang membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka (prpm.dbp.gov) DEFINISI Fenomena yang menjadikan dunia kecil dari segi perhubungan manusia (kepesatan teknologi). Melibatkan era dunia tanpa sempadan melangkaui sempadan dan benua. (Kamus Dewan) GLOBALISASI & FENOMENA PERADABAN GLOBALISASI Beri pengaruh besar dalam aspek kehidupan merentasi politik, ekonomi, sosio-budaya dan perkembangan ilmu dan pemikiran. 35


LATIHAN DALAM TALIAN Sila imbas (scan) QR Code di bawah dan buat latihan ulangkaji yang telah disediakan. Latihan Topik Bab 5 Selamat Menjawab 36


Bab 6 Perlembagaan Persekutuan Sebagai Tapak Integrasi & Wahana Etika dan Peradaban Bab ini menjelaskan tentang konsep tapak integrasi dalam kehidupan bermasyarakat Topik ini turut memberi pendedahan tentang latar belakang sejarah Perlembagaan Persekutuan negara kita. Pelajar turut didedahkan tentang kepentingan perlembagaan dalam menyemai dan mengukuhkan perpadauan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. 37


1 2 3 APA ITU PERLEMBAGAAN Set undang-undang tertinggi negara Malaysia. Digunapakai sejak tahun 1957. Mengandungi 183 perkara. Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran negara Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat PERLEMBAGAAN SEBAGAI TAPAK TIANG SERI & TAPAK INTEGRASI Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan mengikat masyarakat untuk terikat kepada 1 rujukan undangundang yang sama. Menjamin kepentingan semua kaum dan jamin keadilan sosial atara kaum 38


3 PLATFORM INTEGRASI Melibatkan perkara dan program yang boleh mengeratkan perpaduan atas inisiatif rakyat untuk turut serta dan memberi kerjasama dalam program tersebut. Seperti rumah terbuka, rukun tetangga, program di IPT, kelab dan perpaduan MIKRO : INISIATIF AKAR UMBI (PERANAN RAKYAT) Seperti Perlembagaan Persekutuan, Jabatan Perpaduan Negara, Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan, Transformasi Negara, Rancangan Malaysia. MAKRO : ATAS KE BAWAH (KERAJAAN) NGO sosial, NGO Keselamatan dan Hak Asasi, NGO Pendidikan dan Keagamaan yang ditubuhkan atas inisiatif badan bukan kerajaan dan tidak melibatkan sebarang unsur keuntungan. Ia merupakan badan sukarela yang bersifat kebajikan. MESO: BAWAH KE ATAS (PERANAN NGO) 39


LATIHAN DALAM TALIAN Sila imbas (scan) QR Code di bawah dan buat latihan ulangkaji yang telah disediakan. Latihan Topik Bab 6 Selamat mencuba 40


KUIZ KENALI MALAYSIA Uji minda dan pengetahuan anda tentang MALAYSIA dengan menjawab kuiz yang disediakan. Selamat mencuba ! 41


Bab 7 Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) Penggerak Kesepaduan Nasional di Malaysia Bab ini menghuraikan tentang hubungan manusia dan teknologi dan turut membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi. Ia bertujuan mengekalkan adab dan etika yang baik dalam kalangan para anak muda walaupun mendepani arus kepesatan teknologi kini. 42


APA ITU TEKNOLOGI ? Teknologi adalah satu sistem yang memudahkan manusia. Data tersusun, proses saling menghantar dan menerima maklumat Alat perkongsian maklumat yang berpotensi meningkatkan kualiti pendidikan, ekonomi, politik, sosial. Bersifat fleksibel dan mudah suai dengan pelbagai bidang penyampaian maklumat. 43


TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI (TMK) 1970- AN 1980-AN 1983 (MALAYSIA) 1984 1989 Muncul istilah teknologi maklumat. Penciptaan mikro komputer pada akhir 70-an. Komputer komersial pertama UNIVAC 1. Penyelidikan lebih kepada inovasi bidang jentera. Rangakaian Komputer Malaysia (RangKom) turut ditubuhkan oleh Dr. Mohamed Awang Lah untuk kemudahan sambungan internet universiti antarabangsa. Komputer peribadi pertama IBM pada 1981. Sejak itu empat generasi komputer berkembang. Perkembangan TMK di Malaysia adalah pada tahun 1983. Idea jurutera dan ahli akademik Dr. Mohamed Awang Lah untuk hubungkan Malaysia dengan dunia menerusi internet di makmal UM Evolusi Akhir tahun 1984 beliau buat perhubungan internet semasa bertugas di Malaysian Institute of Microelectronic System (MIMOS) Program Joint Advanced Integrated Networking (JARING) dilancarkan. Bertujuan membangunkan rangkaian komunikasi secara bersepadu & menyeluruh. 1991 44


01 02 04 03 05 Bidang Ekonomi Bidang Komunikasi & Hubungan Memudahkan urusan seharian Bidang Pendidikan Mendapatkan maklumat dan kemajuan global Tingkatkan aktiviti pembuatan, perbanyakkan inovasi, sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi negara. Mudahkan penyebaran maklumat, boleh saling mengenali, berhubung atas talian melalui pelbagai aplikasi seperti whatsapp, telegram, facebook, instagram. Membantu manusia menjalankan tugas harian dengan cepat. Merangkumi urusan perbankan, perniagaan. Membantu merealisasikan pendidikan maya (virtual learning) dan online learning. Memudahkan capaian maklumat tanpa batasan. Teknologi maklumat juga membuka ruang untuk kita mendapatkan pelbagai maklumat dengan mudah dan pantas. Ia turut memberi impak kepada peningkatan kemajuan global. Kebaikan PENGGLOBALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI 45


LATIHAN DALAM TALIAN Sila imbas (scan) QR Code di bawah dan buat latihan ulangkaji yang telah disediakan. Latihan Topik Bab 7 46


Bab 8 Peranan Etika & Peradaban Mendokong Tanggungjawab Sosial Di Malaysia Bab ini menghuraikan beberapa istilah antaranya adalah tentang takrifan autoriti dan takrifan harian. Ia juga menekankan tentang nilai kebajikan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda. Penekanan nilai baik ini penting dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan prihatin dengan persekitaran. 47


Click to View FlipBook Version