PANDUAN PENGENDALIAN MULAI
PEPERIKSAAN AMALI SAINS SPM 2021
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN A PANDUAN KHAS UNTUK KETUA PENOLONG PENGARAH
KANAN/ KETUA PENOLONG PENGARAH, SEKTOR
PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN DAN PENGETUA SEKOLAH
PUSAT PEPERIKSAAN
Pusat Peperiksaan Amali Sains 1
Pelantikan Petugas Peperiksaan Amali Sains 4
Kadar Bilangan Petugas Pengendalian Peperiksaan Amali Sains 6
Bahan-bahan di Pusat Peperiksaan 7
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENGENDALIAN
BAHAGIAN B PUSAT PEPERIKSAAN AMALI SAINS
Ketua Penolong Pengarah Kanan/Ketua Penolong Pengarah, SPP 9
Penyelia Kawasan 11
Ketua Pengawas Amali 13
Pengawas Amali 14
Pengawas Kuarantin 16
Penyelia Kanan Sains 17
Penyelia Mata Pelajaran 18
Pembantu Makmal 20
BAHAGIAN C ARAHAN KHAS KEPADA PENGETUA SEKOLAH, PENYELIA
KANAN SAINS DAN PENYELIA MATA PELAJARAN
Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan 21
Arahan Persediaan 22
Jadual Sidang 23
Arahan Keselamatan 23
Arahan Am 23
ISI KANDUNGAN
ARAHAN KESELAMATAN DAN PENTADBIRAN PEPERIKSAAN
Arahan Penyerahan dan Penyemakan Kertas Peperiksaan di Bilik
Kebal 24
Penyimpanan Kertas Peperiksaan di Pusat Peperiksaan 25
BAHAGIAN D Pengedaran Kertas Peperiksaan Kepada Calon 26
Kekurangan Bekalan Kertas Peperiksaan 28
Keselamatan Alat dan Bahan Peperiksaan Amali Sains 29
Dokumen Pengenalan Diri Calon 29
Waktu Peperiksaan 30
Laporan Kehadiran Calon 31
Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am29) 32
Jadual Pengiriman SJP 33
Penerangan Kepada Calon 33
Pengurusan SJP 36
Keselamatan Sampul SJP 42
BAHAGIAN E KES-KES KHAS 44
45
Kekurangan Kertas Peperiksaan dan Kuarantin 46
Kesilapan Membuka Sampul Kertas Peperiksaan 47
Kekurangan Alat/Bahan Peperiksaan 48
Calon Bantahan 48
Calon Menumpang 50
Calon Berkeperluan Khas (CBK) 54
Kes Kecemasan 56
Kes Salah Laku 57
Tindakan Bagi Mengelakkan Salah laku
Tindakan Jika Berlaku Kes Salah Laku
BAHAGIAN A
PANDUAN KHAS UNTUK
KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN,
KETUA PENOLONG PENGARAH,
SEKTOR PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN DAN
PENGETUA SEKOLAH PUSAT PENTAKSIRAN
1.0 Pusat Peperiksaan Amali Sains
• Sekolah Menengah Kerajaan/ sekolah Menengah Bantuan Kerajaan dikehendaki
memohon kelulusan Pengarah Pendidikan JPN dua (2) tahun sebelummenawarkan
mana-mana mata pelajaran yang mempunyai komponen amali.
• Calon yang mendaftar mana-mana meta pelajaran yang mempunyai komponen amali
wajib mengambil ujian amali mata pelajaran berkenaan.
• Calon persendirian yang ingin mendaftar mana-mana mata pelajaran yang
mempunyai komponen ujian amali hendaklah ditaja dari mana-mana sekolah yang
menawarkan mata pelajaran tersebut. Calon hendaklah merujuk kepada Pengarah
Pendidikan JPN tempat calon mendaftar untuk mendapatkan maklumat lanjut
1
• Pusat-pusat Peperiksaan Amali Sains terdiri daripada:
Pusat
Peperiksaan Amali
Makmal Peperiksaan dan Bilik Melapor Diri Bilik Kuarantin
Bilik Persediaan
1.1 Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan
1.1.1 Makmal Peperiksaan ialah makmal yang digunakan untuk peperiksaan Amali
1.1.2 Sains.
1.1.3 Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan adalah dijadikan kawasan larangan
1.1.4 dari tarikh arahan makmal ditutup sehingga peperiksaan Amali Sains selesai.
1.1.5 Langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil supaya alat dan bahan
1.1.6 peperiksaan tidak dapat dilihat dari luar selepas tarikh arahan tutup makmal.
1.1.7 Pada hari peperiksaan pastikan pengudaraan tidak terjejas di dalam Makmal
Peperiksaan.
Peta, carta, model dan bahan pengajaran yang terdapat di dalam Makmal
Peperiksaan hendaklah dipindahkan ke tempat lain atau ditutup.
Makmal yang digunakan untuk peperiksaan hendaklah sesuai dan selamat.
Semua kemudahan asas di Makmal Peperiksaan mestilah lengkap
dan sempurna.
2
1.1.8 Jam dinding hendaklah digantung di bahagian hadapan setiap Makmal
Peperiksaan.
1.1.9 Pastikan terdapat papan tulis di setiap Makmal Peperiksaan.
1.1.10 Pastikan terdapat sebuah peti pertolongan cemas yang lengkap di sekitar
Makmal Peperiksaan.
1.1.11 Jarak di antara calon hendaklah tidak kurang 1.5 meter.
1.2 Bilik Melapor Diri
1.2.1 Bilik Melapor Diri ialah tempat calon melapor diri dan berkumpul secara
1.2.2 terkawal.
1.2.3 Bilik Melapor Diri mestilah jauh dari Makmal Peperiksaan dan Bilik Kuarantin.
Bilik Melapor Diri ialah kawasan larangan pada hari peperiksaan.
1.3 Bilik Kuarantin
1.3.1 Bilik Kuarantin ialah tempat calon yang telah mengambil peperiksaan
dikuarantin sebelum dibenarkan balik mengikut jadual sidang
1.3.2 yang ditetapkan.
1.3.3 Bilik Kuarantin mestilah jauh dari Bilik Melapor Diri.
1.3.4 Bilik Kuarantin ialah kawasan larangan pada hari peperiksaan.
Bilik Kuarantin mestilah berdekatan dengan tandas.
3
2.0 Perlantikan Petugas Peperiksaan Amali Sains
Petugas Peperiksaan Amali Sains terdiri daripada penyelia Kawasan, Ketua
Pengawas Amali, Pengawas Amali, Pengawas Kuarantin, Penyelia Kanan Sains,
Penyelia Mata Pelajaran dan Pembantu Makmal.
2.1 Penyelia Kawasan
2.1.1 Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melantik Penyelia
2.1.2 Kawasan dalam kalangan pegawai-pegawai JPN, Pejabat Pendidikan Daerah
2.1.3 (PPD) atau guru berpengalaman dari mana-mana sekolah dalam sesuatu
2.1.4 kawasan.
Sekurang-kurangnya dua orang Penyelia Kawasan dilantik bagi setiap bilik
kebal dan mereka bertanggungjawab sebagai pemegang kunci dan tatakira
bilik kebal.
Penyelia Kawasan boleh terdiri daripada guru berpengalaman di sekolah yang
mempunyai bilik kebal dan mereka bertanggungjawab sebagai pemegang kunci
bilik kebal. Penyelia Kawasan dari sekolah lain pula bertanggungjawab sebagai
pemegang tatakira bilik kebal.
Dua orang Penyelia Kawasan dilantik bagi setiap kawasan dan bilangan
maksimum pusat peperiksaan di bawah jagaan mereka ialah lima pusat. Walau
bagaimanapun , bilangan tersebut bolehlah disesuaikan dengan keadaan
setempat.
4
2.2 Ketua Pengawas Amali
2.2.1 Pengarah Pendidikan Negeri melantik Ketua Pengawas Amali dalam kalangan
2.2.2 Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran atau guru-guru sesebuah
sekolah yang mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan peperiksaan
untuk bertugas di pusat peperiksaan sekolah lain; dan
Ketua Pengawas Amali mestilah dari sekolah lain.
2.3 Pengawas Amali
Pengarah Pendidikan Negeri melantik Pengawas Amali dalam kalangan guru terlatih
sesebuah sekolah untuk bertugas di pusat peperiksaan sekolah lain berdasarkan
perkara berikut:-
2.3.1 Seboleh-bolehnya Pengawas Amali bagi sesebuah pusat peperiksaan
2.3.2 hendaklah terdiri daripada guru yang berbilang kaum;
Sekurang-kurangnya seorang Pengawas Amali lelaki dilantik jika pusat
2.3.3 peperiksaan itu ada calon lelaki atau sekurang-kurangnya seorang
2.3.4 Pengawas Amali perempuan dilantik jika pusat peperiksaan itu ada calon
perempuan;
Melantik sekurang-kurangnya dua orang Pengawas Amali bagi setiap
makmal di pusat peperiksaan; dan
Melantik Pengawas Amali tambahan yang berkebolehan untuk mengawasi
calon berkeperluan khas sekiranya perlu.
5
2.4 Pembantu Maklmal
Pembantu Makmal dilantik daripada Pembantu Makmal Kanan atau Pembantu
Makmal.
3.0 Kadar Bilangan Petugas Pengendalian Peperiksaan
Amali Sains
Kadar bilangan petugas pengendalian peperiksaan Amali Sains adalah seperti berikut:
Bil. Pegawai Bilangan Yang Dilantik
i. Penyelia Kawasan Minimumdua (2) orang bagi setiap bilik kebal
ii. Ketua Pengawas Seorang (1) bagi setiap pusat peperiksaan
Amali
iii. Pengawas Amali Dua (2) orang bagi setiap Makmal Peperiksaan
iv. Pengawas Kuarantin a. Minim um dua (2) orang bagi setiap pusat
peperiksaan; dan
b. Empat (4) orang untuk lebih daripada satu sidang
bagi setiap pusat peperiksaan
v. Penyelia Kanan Seorang (1) bagi setiap pusat peperiksaan
Sains
vi. Penyelia Mata Seorang (1) bagi setiap mata pelajaran setiap pusat
Pelajaran peperiksaan
vii. Pembantu Makmal a. Minim um dua (2) orang bagi setiap pusat
peperiksaan; dan Empat (4) orang bagi pusat
mempunyai 3 atau lebih makmal
6
4.0 Bahan-bahan di Pusat Peperiksaan
Bahan-bahan yang diperlukan di pusat peperiksaan adalah seperti berikut:
4.1 Kertas Soalan
Bilangan kertas soalan bagi setiap pusat peperiksaan mencukupi dan dalam
keadaan selamat.
4.2 Laporan Kehadiran Calon
Merekod kehadiran calon menggunakan aplikasi e-Kehadiran
https://elp.moe.gov.my.
4.3 Jadual Pengiriman Skrip Jawapan Peperiksaan (JPSJP)
a. Setiap pusat peperiksaan mempunyai JPSJP yang telah dikemaskini dan
lengkap.
b. Buku Rekod Pengawasan dicatatkan alamat pengiriman.
c. Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/AM 29) dilampirkan bersama-sama
SJP.
4.4 Keperluan Peralatan
Pastikan keperluan peralatan seperti berikut mencukupi:
a. Helaian Tambahan
b. Kertas Graf
c. Benang Pengikat
d. Pembungkus Plastik Keselamatan
e. Tali Pengikat
7
4.5 Jadual Waktu Sidang Peperiksaan
Pastikan bilangan jadual waktu sidang peperiksaan mencukupi dan dipamerkan
di setiap pusat peperiksaan.
4.6 Alat dan Bahan Peperiksaan Amali Sains
a. Pastikan alat dan bahan yang disediakan seperti di dalam arahan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa , berada di dalam keadaan selamat.
b. Pastikan alat dan bahan yang diperlukan seperti dalam arahan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa mencukupi.
8
BAHAGIAN B
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
PENGENDALIAN PUSAT PEPERIKSAAN AMALI SAINS
Ketua Penolong Pengarah Kanan/Ketua Penolong
1.0 Pengarah Sektor Pentaksiran dan
Peperiksaan (KPPK/KPP SPP) kita tambahkan
akronim (KPPK) dan (KPP, SPP)
1.1 Mengurus, mengendali dan mengawal peperiksaan Amali Sains bagi negeri
berkenaan supaya berjalan dengan lancar dan selamat mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
1.2 Menghadiri mesyuarat dan menerima Surat Siaran mengenai pengurusan
peperiksaan Amali Sains.
1.3 Mengedarkan borang-borang UKBS (Undang-undang Kecil Bangunan
Seragam) dan menerima semula borang-borang yang telah dilengkapkan
daripada sekolah.
1.4 Menerima dan mengedar Senarai Awal Arahan Persediaan peralatan dan
bahan peperiksaan Amali Sains daripada Lembaga Peperiksaan mengikut
jadual yang diedarkan ke sekolah.
1.5 Menyimpan dengan selamat Arahan Persediaan serta alat dan bahan
peperiksaan Amali Sains yang telah diterima di dalam bilik kebal;
9
1.6 Melantik petugas peperiksaan yang terdiri daripada Penyelia Kawasan (PK),
Penyelia Kanan Sains (PKS), Ketua Pengawas Amali KPA), Penyelia Mata
Pelajaran (PMP), Pengawas Amali (PA), Pengawas Bilik Melapor Diri,
Pengawas Kuarantin dan Pembantu Makmal.
1.7 Memberi taklimat kepada PK, KPA dan PKS.
1.8 Memastikan petugas peperiksaan amali mengisi dan menandatangani Borang
Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D) dan Borang Akuan Penerimaan
Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) selepas menerima taklimat.
1.9 Menerima dan menyimpan dengan selamat kertas Peperiksaan Amali Sains
dari Lembaga Peperiksaan di dalam Bilik Kebal Utama.
1.10 Mengedar kertas Peperiksaan Amali Sains kepada Penyelia Kawasan.
1.11 Menerima dan mengesahkan semua borang tuntutan pengawasan, Borang
Tuntutan Perjalanan, Buku Rekod Pengawasan dan sebagainya yang
dikembalikan oleh Penyelia Kawasan ke Jabatan Pendidikan Negeri;
1.12 Menyemak dan mengesahkan semua tuntutan berkaitan pengendalian
peperiksaan Amali Sains.
1.13 Menerima dan mengedar Senarai Akhir dan Arahan Persediaan serta
peralatan dan bahan peperiksaan Amali Sains daripada Lembaga
Peperiksaan mengikut jadual Lembaga Peperiksaan.
1.14 Mengenalpasti keperluan peralatan dan bahan Peperiksaan Amali Sains dan
mengatasi masalah yang timbul.
1.15 Mendapatkan alat dan bahan yang berkaitan dengan Peperiksaan Amali
Sains dalam kes-kes khas.
1.16 Menyelia dan memastikan bahawa Peperiksaan Amali Sains di semua pusat
peperiksaan dilaksanakan dengan baik.
10
1.17 Menyediakan laporan pelaksanaan Peperiksaan Amali Sains berdasarkan
laporan yang dikumpulkan.
1.18 Menerima alat dan bahan (jika ada) untuk dikembalikan kepada Lembaga
Peperiksaan; dan
1.19 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan/
Pengarah Pendidikan Negeri dari semasa ke semasa..
2.0 Penyelia Kawasan
2.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan Negeri;
2.2 Bertanggungjawab dalam menguruskan peperiksaan amali dalam kawasan
seliaannya dan memastikan keselamatan bilik kebal, kertas peperiksaan serta
2.3 pusat-pusat peperiksaan supaya peperiksaan berjalan dengan lancar dan
2.4 selamat;
2.5 Menghadiri taklimat yang diberi oleh KPPK/KPP SPP tentang pengurusan dan
2.6 pengawasan Peperiksaan Amali Sains;
2.7 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D)
dan Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50)
11 selepas menerima taklimat;
Menyemak, menyusun dan membungkus bahan-bahan peperiksaan mengikut
mata pelajaran, pusat peperiksaan dan tarikh peperiksaan bagi pusat-pusat
peperiksaan di bawah jagaannya bersama Ketua Pengawas Amali;
Mengedar kertas peperiksaan, Arahan Persediaan, peralatan dan bahan
kepada Ketua-Ketua Pengawas Amali dan mengikut mata pelajaran serta
pusat peperiksaan yang betul;
Menerima sampul SJP yang tidak dapat diposkan daripada Ketua-ketua
Pengawas Amali untuk disimpan di dalam bilik kebal;
2.8 Membantu menguruskan penggantian Pengawas Amali yang tidak hadir
kerana sakit atau kes-kes kecemasan;
2.9 Menyelesaikan masalah yang timbul di pusat-pusat peperiksaan amali,
seperti kekurangan kertas soalan, kuarantin bagi calon-calon sakit, banjir
dan lain-lain dengan nasihat KPPK/KPP SPP;
2.10 Menerima laporan daripada Ketua Pengawas Amali mengenai pengendalian
Peperiksaan Amali Sains di pusat-pusat peperiksaan dalam kawasannya;
2.11 Menerima, menyemak dan mengesahkan tuntutan-tuntutan Pengawas
Peperiksaan Amali Sains di bawah seliaannya dan menyerahkannya kepada
KPPK/KPP SPP;
2.12 Mengumpul semua borang, lampiran dan bahan-bahan keperluan
Peperiksaan Amali Sains yang perlu dikembalikan kepada Jabatan
Pendidikan Negeri , daripada Ketua Pengawas Amali;
2.13 Menerima peralatan dan bahan (jika ada) daripada Ketua Pengawas Amali
dan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri;
2.14 Menerima semula semua bahan peperiksaan amali dan menyimpannya
selama enam bulan dari tarikh tamat Peperiksaan Amali Sains;
2.15 Berada di bilik kebal sekurang-kurangnya setengah jam pertama selepas
bermulanya Sidang Pertama Peperiksaan Amali Sains pada hari berkenaan;
dan
2.16 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan/
Pengarah Pendidikan Negeri dari semasa ke semasa.
12
3.0 Ketua Pengawas Amali
3.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan Negeri.
3.2 Menghadiri taklimat mengenai pengurusan dan pengawasan Peperiksaan
Amali Sains oleh KPPK/KPP SPP;
3.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D)
dan Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50)
selepas menerima taklimat;
3.4 Melawat pusat peperiksaan dan mengadakan perbincangan dengan Pengetua
selewat-lewatnya satu hari sebelum peperiksaan dimulakan untuk
menentukan semua Arahan Persediaan dan Arahan Keselamatan
Peperiksaan Amali Sains dipatuhi;
3.5 Mengadakan mesyuarat dan taklimat kepada Petugas Peperiksaan Amali
Sekolah;
3.6 Menerima kertas Peperiksaan Amali Sains daripada Penyelia Kawasan pada
hari peperiksaan;
3.7 Mengumpul semua borang, lampiran dan bahan-bahan keperluan
Peperiksaan Amali Sains dan menyerahkan kepada Penyelia Kawasan;
3.8 Menghubungi Setiausaha Peperiksaan (SuP) dan memastikan bahan-bahan
am peperiksaan di pusat peperiksaan mencukupi;
3.9 Menyemak dan merekodkan kehadiran calon pada e-Kehadiran di Makmal
Peperiksaan;
3.10 Memberi taklimat ringkas dan Arahan Peperiksaan Amali Sains kepada calon
semasa mereka berada di Bilik Melapor Diri;
13
3.11 Sentiasa berada di Makmal Peperiksaan utama;
3.12 Sering membuat rondaan di bilik-bilik peperiksaan;
3.13 Tidak membenarkan orang yang tidak berkenaan masuk ke Makmal
Peperiksaan, Bilik Melapor Diri dan Bilik Kuarantin melainkan pelawat-
3.14 pelawat rasmi yang dibenarkan;
3.15 Pelawat-pelawat rasmi mestilah mencatat laporan pemantauan dalam Buku
Rekod Pengawasan;
3.16 Mengumpul SJP calon, mengira dan menentukan bilangannya sama dengan
3.17 jumlah calon yang hadir, membungkus SJP calon bersama-sama Pelan
Kedudukan Calon dan Laporan Amali Kawalan Penyelia Mata Pelajaran
3.18 menggunakan plastik pembungkus mengikut sidang dan menyimpan dalam
almari besi berkunci di Makmal Peperiksaan utama;
3.19 Sampul setiap sidang perlu dibungkus dalam satu sampul mengikut pusat
peperiksaan bersama-sama LP/Am 29;
3.20 Sampul SJP hendaklah diposkan mengikut alamat pada Jadual Pengiriman.
3.21 Sekiranya tidak dapat diposkan, sampul SJP perlu diserahkan kepada
Penyelia Kawasan untuk disimpan di bilik kebal;
1 Menyediakan Laporan Pengendalian Peperiksaan Amali di pusat
peperiksaan untuk diserahkan kepada Penyelia Kawasan bersama-sama
dengan salinan Pelan Kedudukan Calon dan Buku Rekod Pengawasan;
Menyediakan laporan bagi kes-kes salah laku serta merta kepada Pengarah
Pendidikan Negeri. Sebarang kes salah laku dan perkara luar biasa perlu
direkodkan dalam Borang Kes Salah Laku dan perlu dicatat dalam Buku
Rekod Pengawasan;
Menyemak dan mengesahkan semua tuntutan petugas peperiksaan di
Pusat Peperiksaan Amali dan menyerahkannya kepada Penyelia Kawasan;
Menghubungi Penyelia Kawasan sekiranya berlaku kecemasan;
3.22 Menyediakan jadual tugas semua petugas peperiksaan di bawah seliaannya;
3.23 Menyerahkan lebihan bahan peperiksaan dengan kerjasama Penyelia Mata
Pelajaran kepada Penyelia Kawasan; dan
3.24 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan/
Pengarah Pendidikan Negeri dan Penyelia Kawasan dari semasa ke
semasa.
4.0 Pengawas Amali
4.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan Negeri;
4.2 Menghadiri mesyuarat taklimat pengurusan dan pengawasan Peperiksaan
Amali Sains oleh Ketua Pengawas Amali;
4.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D)
dan Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50)
selepas menerima taklimat;
4.4 Membantu Ketua Pengawas Amali sepanjang masa dalam aspek
pengendalian Peperiksaan Amali Sains di pusat peperiksaan;
4.5 Menjalankan tugas dengan penuh berintegriti;
4.6 Mengiringi Ketua Pengawas Amali ke bilik kebal semasa mengambil kertas
peperiksaan;
14
4.7 Pengawas Amali tidak dibenarkan;
4.7.1 membaca soalan dan jawapan calon;
4.7.2 meninggalkan Makmal Peperiksaan tanpa izin Ketua Pengawas Amali;
4.7.3 membuat sesuatu yang boleh mengalih perhatian dari tugasnya seperti
berbual-bual, membaca dan menggunakan alat peranti elektronik;
4.7.4 mengganggu calon seperti menggunakan kasut berbunyi bising;
4.7.5 melakukan tindakan yang boleh menimbulkan syak seperti terlalu
memberi tumpuan kepada seseorang calon;
4.8 Segera menghubungi Ketua Pengawas Amali jika tidak dapat hadir bertugas;
4.9 Membantu mengedarkan bahan-bahan peperiksaan dan kertas-kertas
peperiksaan kepada calon;
4.10 Mengawas peperiksaan untuk memastikan tidak berlaku sebarang salah laku
seperti meniru, menyeludup nota-nota atau bertukar-tukar maklumat;
4.11 Membantu menyemak dan merekodkan kehadiran calon di dalam
e-Kehadiran;
4.12 Membantu menyemak Kad Pengenalan calon atau lain-lain bukti pengenalan
diri calon untuk memastikan calon yang sah sahaja menduduki peperiksaan;
4.13 Mengumpul SJP calon dan menyerahkan kepada Ketua Pengawas Amali;
4.14 Membantu Ketua Pengawas Amali membungkus SJP calon, menyimpan bahan-
bahan peperiksaan dan memastikan tidak terdapat sebarang bahan ditinggalkan
di meja calon;
4.15 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengawas Amali
berhubung dengan pengurusan peperiksaan;
15
4.16 Mengawas keselamatan dan membantu Penyelia Mata Pelajaran dalam
menjalankan Peperiksaan Amali Sains di Makmal Peperiksaan pada hari
peperiksaan; dan
4.17 Menerima arahan Pengarah Peperiksaan/Pengarah Pendidikan Negeri dari
semasa ke semasa
5.0 Pengawas Kuarantin
5.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan Negeri;
5.2 Menghadiri mesyuarat/taklimat keselamatan dan pengendalian Peperiksaan
Amali Sains oleh Ketua Pengawas Amali;
5.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D)
dan Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am
50) selepas menerima taklimat;
5.4 Pengawas Kuarantin bertanggungjawab penuh kepada Ketua Pengawas
Amali sepanjang masa peperiksaan dijalankan;
5.5 Semasa peperiksaan berjalan, Pengawas Kuarantin tidak dibenarkan
meninggalkan Bilik Kuarantin/Bilik Melapor Diri tanpa izin Ketua Pengawas
Amali;
5.6 Pengawas Kuarantin hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas
Amali sekiranya beliau tidak dapat hadir;
5.7 Mengawasi calon-calon di dalam Bilik Kuarantin/Bilik Melapor Diri supaya
tidak dapat berhubung dengan calon-calon yang belum memulakan
peperiksaannya atau calon-calon yang sudah tamat peperiksaan;
16
5.8 Pengawas Kuarantin tidak dibenarkan membuat sesuatu yang boleh
mengalih perhatian daripada tugasnya seperti makan, minum,
menggunakan alat peranti elektronik dan seumpamanya;
5.9 Melaporkan diri di pusat peperiksaan setengah jam sebelum sidang
pertama dimulakan pada hari peperiksaan;
5.10 Menyemak dan merekodkan kehadiran calon di Bilik Melapor Diri.
5.11 Menyemak Kad Pengenalan calon atau lain-lain bukti pengenalan diri calon
untuk memastikan calon yang sah sahaja menduduki peperiksaan;
5.12 Menyemak semula kehadiran calon yang telah tamat peperiksaan amali di
Bilik Kuarantin; dan
5.13 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan/
Pengarah Pendidikan Negeri dari semasa ke semasa.
6.0 Penyelia Kanan Sains
6.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan Negeri;
6.2 Menghadiri mesyuarat taklimat keselamatan dan Peperiksaan Amali Sains;
6.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D)
dan Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50)
selepas menerima taklimat;
6.4 Mengurus dan mengawal persediaan Makmal Peperiksaan Amali Sains bagi
pusat peperiksaan berkenaan;
6.5 Memastikan bahawa stok bahan Peperiksaan Amali Sains adalah mencukupi
mengikut keperluan yang ditetapkan dalam Senarai Awal;
6.6 Memastikan langkah-langkah keselamatan Peperiksaan Amali Sains dipatuhi;
17
6.7 Menyimpan semua kunci Makmal Peperiksaan, Bilik Persediaan dan bilik stor
yang digunakan untuk Peperiksaan Amali Sains;
6.8 Menyediakan jadual tugas dan menyelia tugas Penyelia Mata Pelajaran dan
Pembantu Makmal;
6.9 Menguruskan calon-calon mengikut jadual sidang yang ditetapkan;
6.10 Memeriksa dan memantau pusat peperiksaan dalam tempoh dua minggu
sebelum peperiksaan dimulakan untuk memastikan semua peraturan dan
arahan telah dijalankan dengan sempurna; dan
6.11 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan/
Pengarah Pendidikan Negeri dari semasa ke semasa.
7.0 Penyelia Mata Pelajaran
7.1 Menerima pelantikan daripada Pengarah Pendidikan Negeri;
7.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan peperiksaan yang dikendalikan oleh
Ketua Pengawas Amali;
7.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D)
dan Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50)
selepas menerima taklimat;
7.4 Menyediakan kelengkapan Peperiksaan Amali Sains bagi mata pelajaran
berkenaan di pusat peperiksaan dengan selamat;
7.5 Menerima dan membuka sampul Arahan Persediaan di bilik Pengetua pada
tarikh yang tercatat di atas sampul dan disimpan semula dalam almari besi
berkunci di bilik pengetua;
7.6 Menyediakan alat dan bahan peperiksaan amali seperti yang terdapat dalam
Arahan Persediaan;
18
7.7 Memastikan alat dan bahan yang digunakan untuk Peperiksaan Amali Sains
mencukupi dan dalam keadaan sempurna;
7.8 Mengawal selia kerja Pembantu Makmal;
7.9 Menyediakan 3 salinan pelan tempat duduk calon di dalam Makmal
Peperiksaan bagi menunjukkan meja guru dan kedudukan setiap calon
dengan angka giliran:
7.9.1 Salinan pertama pelan tempat duduk calon mengikut mata pelajaran
mesti ditampal di pintu masuk Makmal Peperiksaan;
7.9.2 Salinan kedua dihantar bersama SJP calon kepada pemeriksa; dan
7.9.3 Salinan ketiga dimasukkan dalam Buku Rekod Pengawasan;
7.10 Membantu Ketua Pengawas Amali untuk membaca dan menulis “errata” (jika
ada);
7.11 Menjalankan Amali Kawalan seperti diarahkan dalam Arahan Persediaan
(tidak di hadapan calon) dan membuat laporan mengenai keputusan
eksperimen itu untuk diserahkan kepada Ketua Pengawas Amali;
7.12 Memberi bantuan kepada calon jika kesukaran benar-benar berpunca
daripada peralatan atau bahan Peperiksaan Amali Sains (seperti yang
dinyatakan dalam Arahan Persediaan);
7.13 Tidak boleh berada di kawasan meja kerja calon kecuali ketika menjalankan
tugas yang dinyatakan dalam perkara 7.11; dan
7.14 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan/
Pengarah Pendidikan Negeri dari semasa ke semasa.
19
8.0 Pembantu Makmal
8.1 Menerima lantikan daripada Pengarah Pendidikan Negeri.
8.2 Menghadiri taklimat keselamatan dan peperiksaan yang dikendalikan oleh
Ketua Pengawas Amali;
8.3 Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D)
dan Borang Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50)
selepas menerima taklimat;
8.4 Bertanggungjawab membantu:
8.4.1 Penyelia Mata Pelajaran menyediakan peralatan dan bahan
Peperiksaan Amali Sains.
8.4.2 Penyelia Mata Pelajaran semasa Peperiksaan Amali Sains dijalankan.
8.5 Memastikan peralatan dan bahan yang digunakan untuk Peperiksaan Amali
Sains adalah dalam keadaan yang baik dan mencukupi.
8.6 Tidak boleh sama sekali meninggalkan Makmal Peperiksaan amali tanpa
kebenaran Ketua Pengawas Amali.
8.7 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan/
Pengarah Pendidikan Negeri dari semasa ke semasa.
20
BAHAGIAN C
ARAHAN KHAS KEPADA PENGETUA SEKOLAH,
PENYELIA KANAN SAINS DAN PENYELIA MATA PELAJARAN
1.0 Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan
1.1 Pengetua dan Penyelia Kanan Sains hendaklah memastikan makmal dalam
keadaan yang kondusif dan selamat untuk melaksanakan Peperiksaan Amali
Sains.
1.2 Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan yang digunakan untuk Peperiksaan
Amali Sains hendaklah dikunci. Semua kunci tersebut hendaklah disimpan
oleh Penyelia Kanan Sains.
1.3 Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan akan ditutup dan merupakan
kawasan larangan selama dua minggu sebelum Peperiksaan Amali Sains
bermula.
1.4 Semua tingkap, pintu berkaca, jaring-jaring dan lubang-lubang udara pada
dinding makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan berkenaan hendaklah
ditutup dengan kain berwarna gelap yang tebal atau kertas berwarna gelap
dan tebal untuk mengelakkan orang lain daripada melihat peralatan atau
bahan-bahan yang disimpan atau dipasang di dalam bilik tersebut.
1.5 Peta, carta, model dan peralatan pengajaran Sains dalam Makmal
Peperiksaan hendaklah dipindahkan ke tempat lain atau ditutup sepanjang
peperiksaan dijalankan.
21
2.0 Arahan Persediaan
2.1 Persediaan untuk Peperiksaan Amali Sains hendaklah dilaksanakan
berdasarkan jadual kerja yang telah ditetapkan oleh LP.
2.2 Arahan Persediaan ini hendaklah sentiasa disimpan dalam almarialmari besi
berkunci di bilik Pengetua.
2.3 Rekod pengeluaran dan penyimpanan Arahan Persediaan hendaklah dicatat
pada ruangan yang disediakan pada sampul Arahan Persediaan.
2.4 Arahan Persediaan dibenarkan untuk dibawa ke Makmal Peperiksaan atau
Bilik Persediaan pada masa yang diperlukan sahaja. Selepas dikaji , Arahan
Persediaan itu hendaklah disimpan semula dengan segera ke dalam
almari besi berkunci di bilik Pengetua.
2.5 Setelah selesai digunakan oleh Penyelia Mata Pelajaran, Arahan Persediaan
hendaklah dimasukkan ke dalam sampul asal. Kemudian, sampul asal
berkenaan dimasukkan ke dalam sampul keselamatan. Proses tersebut
perlu disaksikan oleh Pengetua.
2.6 Arahan Persediaan hendaklah disimpan dalam almari besi berkunci di bilik
pengetua sehingga hari peperiksaaan.
2.7 Semua rajah, catatan dan pengiraan yang dibuat berhubung dengan
persediaan Peperiksaan Amali Sains hendaklah dimasukkan dalam sampul
keselamatan dan disimpan dalam almari besi berkunci di bilik Pengetua.
22
3.0 Jadual Sidang
3.1 Jadual Waktu Peperiksaan Amali Sains yang menunjukkan sidang-sidang yang
dikeluarkan oleh LP hendaklah dipatuhi (Lampiran 1: Jadual Waktu Sidang
Peperiksaan Amali Sains).
3.2 Sebarang perubahan sidang hendaklah mendapat kebenaran daripada
Pengarah Pendidikan Negeri.
4.0 Arahan Keselamatan
4.1 Pengetua dan Penyelia Kanan Sains hendaklah mematuhi prosedur
keselamatan dan pengendalian Peperiksaan Amali Sains.
5.0 Arahan Am
5.1 Kerja-kerja penyelengaraaan dan pembinaan bangunan yang berhampiran
Makmal Peperiksaan perlu ditangguhkan sepanjang Peperiksaan Amali Sains
berlangsung.
5.2 Sekiranya makmal tidak mencukupi berbanding bilangan calon di sesebuah
sekolah, pihak sekolah perlu memaklumkan kepada Pengarah Pendidikan
Negeri.
5.3 Sekolah yang mempunyai sidang keempat hendaklah menyediakan bilik
alternatif untuk kemudahan solat zuhur bagi calon-calon yang beragama
Islam.
23
BAHAGIAN D
ARAHAN KESELAMATAN DAN PENTADBIRAN PEPERIKSAAN
1.0 Penyerahan Dan Penyemakan Kertas Peperiksaan Di
Bilik Kebal
1.1 Ketua Pengawas Amali dan seorang Pengawas Amali hendaklah mengambil
kertas peperiksaan pada hari peperiksaan di bilik kebal atau balai polis daripada
Penyelia Kawasan. Semua urusan serah terima kertas peperiksaan
dilaksanakan di dalam bilik kebal atau balai polis.
1.2 Ketua Pengawas Amali bersama-sama Pengawas Amali hendaklah menyemak
perkara-perkara berikut:
1.2.1 Sampul kertas peperiksaan dalam keadaan baik dan tidak diceroboh;
1.2.2 Kod dan nama kertas peperiksaan yang tercatat pada label sampul luar
dan pada tingkap sampul adalah betul. Pastikan juga tanda tetulang
spine tag berada dalam keadaan sebaris;
1.2.3 Sampul kertas peperiksaan tersebut adalah untuk kegunaan di pusat
peperiksaan pada hari berkenaan; dan
1.2.4 Bilangan kertas peperiksaan cukup untuk calon di pusatnya
berpandukan maklumat yang tercatat dalam Borang Akuan Penyemakan
dan Penerimaan Kertas Peperiksaan (APPKP).
24
1.3 Ketua Pengawas Amali dan Pengawas Amali hendaklah menandatangani
borang APPKP setelah perkara 1.2 dilaksanakan dan didapati betul. Satu
salinan borang APPKP diserahkan kepada Penyelia Kawasan.
1.4 Ketua Pengawas Amali hendaklah memasukkan sampul kertas peperiksaan
yang telah disemak ke dalam karung keselamatan dan dijerut dengan seal
keselamatan (mouse tail) mengikut sidang peperiksaan, merekodkan nombor
siri seal keselamatan (mouse tail) dalam Buku Rekod Pengawasan dan
dimasukkan ke dalam ruang bagasi sebuah kereta.
1.5 Ketua Pengawas Amali dan Pengawas Amali hendaklah terus menuju ke pusat
peperiksaan tanpa singgah di mana-mana tempat dalam perjalanan.
2.0 Penyimpanan Kertas Peperiksaan Di Pusat
Peperiksaan
Ketua Pengawas Amali hendaklah menyimpan karung keselamatan yang
mengandungi kertas peperiksaan di dalam almari besi berkunci di Makmal
Peperiksaan.
25
3.0 Pengedaran Kertas Peperiksaan Kepada Calon
3.1 Pengawas Amali di pusat peperiksaan hendaklah menyemak nombor siri seal
keselamatan (mouse tail) dan memotong seal keselamatan (mouse tail)
karung di hadapan calon dalam Makmal Peperiksaan atau makmal utama.
Rekodkan maklumat berkaitan dalam Buku Rekod Pengawasan.
3.2 Pengawas Amali di pusat peperiksaan mengesahkan bahawa sampul kertas
peperiksaan tersebut tidak diceroboh dan hanya untuk kegunaan di pusat
peperiksaan berkenaan.
3.3 Pengawas Amali di pusat peperiksaan kemudiannya meminta guru bertugas
memeriksa sampul kertas peperiksaan di hadapan semua calon dalam
makmal utama untuk mengesahkan bahawa sampul kertas peperiksaan tidak
diceroboh.
3.4 Ketua Pengawas Amali membuka sampul kertas peperiksaan di hadapan
calon dalam makmal utama.
3.5 Pengawas Amali hendaklah menyemak sekali lagi untuk memastikan kod
mata pelajaran tarikh dan jumlah kertas peperiksaan mencukupi.
3.6 Ketua Pengawas Amali perlu memastikan tiada kertas peperiksaan mata
pelajaran lain di dalam sampul berkenaan.
3.7 Ketua Pengawas Amali, Pengawas Amali dan guru bertugas yang memeriksa
sampul dikehendaki menuliskan nama dan menurunkan tandatangan di
ruangan yang disediakan pada label sampul.
26
3.8 Ketua Pengawas Amali atau Pengawas Amali hendaklah mengedarkan kertas
peperiksaan kepada semua calon dengan muka hadapan kertas peperiksaan
di bahagian atas.
3.9 Sebaik sahaja kertas peperiksaan diedarkan, Ketua Pengawas Amali
hendaklah membuat pengumuman, iaitu jika calon menerima kertas
peperiksaan yang salah, atau bilangan halamannya kurang, atau tidak
mempunyai soalan pada mana-mana halaman, calon hendaklah mengangkat
tangan dengan segera dan memberitahu Pengawas Amali tentang hal ini.
3.10 Ketua Pengawas Amali atau Pengawas Amali hendaklah mengambil semula
kertas peperiksaan yang tersilap atau rosak dan membekalkan kertas
peperiksaan yang betul serta lengkap. Kertas peperiksaan yang tersilap atau
rosak hendaklah disimpan di dalam almari besi berkunci di makmal. Ketua
Pengawas Amali hendaklah menyediakan laporan dan mengembalikan kertas
peperiksaan yang tersilap atau rosak kepada KPPK/KPP SPP.
3.11 Ketua Pengawas Amali hendaklah mengutip lebihan kertas peperiksaan
setelah calon mula menjawab. Kertas peperiksaan itu hendaklah dimasukkan
semula ke dalam sampul kertas peperiksaan dan disimpan di dalam almari
yang berkunci.
3.12 Ketua Pengawas Amali hendaklah memastikan kertas peperiksaan yang
sedang dijawab tidak dibawa keluar dari Makmal Peperiksaan.
27
4.0 Kekurangan Bekalan Kertas Peperiksaan
Ketua Pengawas Amali hendaklah mengambil tindakan berikut sekiranya kertas
peperiksaan tidak mencukupi untuk semua calon yang hadir.
4.1 Memasukkan kertas peperiksaan itu ke dalam sampul asalnya dengan segera.
Bahagian sampul yang telah dipotong hendaklah ditutup dengan pita pelekat
dan diseal dengan pelekat keselamatan. Simpan sampul kertas peperiksaan
dalam almari besi berkunci atau di tempat yang selamat.
4.2 Menghubungi Penyelia Kawasan atau KPPK/KPP SPP dengan segera untuk
mendapatkan bekalan tambahan kertas peperiksaan.
4.3 Mengarahkan Pengawas Amali mengawasi calon yang perlu dikuarantin
sehingga bekalan kertas peperiksaan mencukupi untuk semua calon.
Langkah berikut hendaklah diikuti:
4.3.1 Ketua Pengawas Amali hendaklah menerangkan kedudukan yang
sebenar kepada calon dan meminta mereka bertenang dan bersabar.
4.3.2 Pengawas Amali hendaklah memastikan calon tidak keluar dari
Makmal Peperiksaan tanpa ditemani oleh Pengawas Amali.
4.3.3 Pengawas Amali hendaklah memastikan tidak ada orang luar
4.3.4 menghampiri Makmal Peperiksaan.
Jika tempoh kuarantin terlalu lama, Ketua Pengawas Amali perlu
mendapatkan kerjasama pengetua untuk menguruskan makan
minum dan kebajikan calon.
4.3.5 Ketua Pengawas Amali hendaklah menunggu bekalan kertas
peperiksaan yang dibawa oleh Penyelia Kawasan atau KPPK/KPP
SPP. Jika arahan diterima untuk membuat salinan kertas
peperiksaan, urusan ini hendaklah dibuat di sebuah sekolah kerajaan
28 atau lain-lain premis kerajaan sahaja.
5.0 Keselamatan Alat Dan Bahan Peperiksaan Amali
Sains
5.1 Maklumat yang disampaikan berhubung dengan Peperiksaan Amali Sains
hendaklah dikawal dengan rapi supaya sebarang kebocoran tidak berlaku.
5.2 Alat dan bahan, Senarai Awal, Senarai Akhir dan Arahan Persediaan mestilah
disimpan dalam tempat yang selamat.
5.3 Alat dan bahan yang dikodkan, hendaklah dirujuk dengan kod sahaja dan
bukan nama yang sebenar.
5.4 Segala persediaan bahan yang diperlukan hendaklah dibuat secara rahsia
oleh Penyelia Mata Pelajaran.
6.0 Dokumen Pengenalan Diri Calon
6.1 Pengawas Amali hendaklah memastikan calon meletakkan dokumen
6.2
pengenalan diri yang bergambar di penjuru atas sebelah kanan meja
29
sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.
Ketua Pengawas Amali atau Pengawas Amali boleh menerima dokumen
berikut sebagai dokumen pengenalan diri calon:-
6.2.1 Kad Pengenalan Malaysia (MyKad ) bagi warganegara Malaysia
6.2.2 MyPR dan MyKAS bagi bukan warganegara Malaysia;
6.2.3 Kad atau Surat Akuan bergambar yang dikeluarkan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri berkenaan;
6.2.4 Surat Pendaftaran Sementara (bergambar) yang dikeluarkan oleh
6.2.5 Jabatan Pendaftaran Negara;
6.2.6 Pasport Antarabangsa;
Lesen memandu; dan
6.2.7 Borang Perakuan Calon yang disahkan oleh Pengetua.
6.3 Bagi dokumen yang diragui kesahihannya, Ketua Pengawas Amali
hendaklah menyimpan cap jari dan tandatangan calon dalam Buku Rekod
Pengawasan untuk tindakan susulan sekiranya perlu.
6.4 Pengawas Amali hendaklah memeriksa dokumen pengenalan diri calon
semasa peperiksaan bagi setiap kertas peperiksaan.
6.5 Pengetua hendaklah mengesahkan Borang Perakuan Calon bagi calon
sekolah yang tidak membawa dokumen pengenalan diri.
7.0 Waktu Peperiksaan
7.1 Waktu Peperiksaan Amali Sains ditetapkan mengikut Jadual Waktu Sidang
(Lampiran 1). Sebarang pindaan masa peperiksaan tidak dibenarkan sama
sekali.
7.2 Calon tidak dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya tiba di pusat
peperiksaan lebih daripada 15 minit selepas masa melapor diri.
7.3 Calon hendaklah melaporkan diri di Bilik Melapor Diri di pusat peperiksaan
mengikut sidang dan masa yang ditetapkan dalam Jadual Waktu Sidang
(Lampiran 1).
7.4 Calon sidang keempat TIDAK dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya
mereka melaporkan diri di pusat peperiksaan SELEPAS waktu balik yang
ditetapkan untuk calon Sidang Pertama dan Sidang Kedua. Laporan bertulis
mengenainya hendaklah dibuat kepada Pengarah Peperiksaan melalui
KPPK/KPP SPP.
7.5 Calon Berkeperluan Khas (CBK) hendaklah menduduki Peperiksaan Amali
Sains pada sidang terakhir di sesuatu pusat peperiksaan.
30
8.0 Laporan Kehadiran Calon
8.1 Ketua Pengawas Amali hendaklah merekodkan kehadiran calon bagi setiap
sidang peperiksaan dengan menggunakan aplikasi e-Kehadiran
(https://elp.moe.gov.my).
8.2 Ketua Pengawas Amali hendaklah memastikan maklumat yang sedia ada
dalam aplikasi e-Kehadiran tidak boleh dipinda.
8.3 Ketua Pengawas Amali hendaklah merekodkan kehadiran calon dengan betul
dan mengikut peraturan. Langkah-langkah berikut hendaklah dipatuhi:-
8.3.1 Bagi pengguna android, Ketua Pengawas Amali hendaklah memuat
turun aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (e-LP) pada telefon pintar.
Manakala bagi pengguna iOS, Ketua Pengawas Amali perlu melayari
laman sesawang https://elp.moe.gov.my.
8.3.2 Pilih Log Masuk dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang
diberikan oleh KPPK/KPP SPP.
8.4 Ketua Pengawas Amali hendaklah merekodkan maklumat kehadiran calon
tercicir, calon menumpang, calon bantahan, calon hospital, calon tahanan,
calon pusat pemulihan dan calon penjara dalam e-Kehadiran.
8.5 Ketua Pengawas Amali hendaklah memastikan bahawa hanya calon pusat
peperiksaan asal yang TIDAK HADIR sahaja ditanda dalam e-Kehadiran.
8.6 Ketua Pengawas Amali hendaklah memastikan bahawa jumlah calon yang
hadir dan tidak hadir di sesebuah pusat peperiksaan dikira berdasarkan rekod
calon yang dicetak oleh SuP atau KPPK/KPP SPP.
31
9.0 Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29)
9.1 Ketua Pengawas Amali hendaklah menggunakan Borang Mengesan
Pergerakan Calon (LP/Am 29) untuk merekodkan pergerakan calon bagi
setiap kertas peperiksaan.
9.2 Ketua Pengawas Amali hendaklah memastikan Borang Mengesan Pergerakan
Calon (LP/Am 29) diisi dengan lengkap dan tepat di akhir setiap kertas
peperiksaan. Borang ini penting untuk mengesan:
9.2.1 Calon hadir;
9.2.2 Calon tidak hadir;
9.2.3 Calon tercicir;
9.2.4 Calon menumpang;
9.2.5 Calon bantahan;
9.2.6 Calon berkeperluan khas.
9.3 Ketua Pengawas Amali hendaklah meletakkan salinan pertama Borang
LP/Am 29 di bahagian atas SJP bagi setiap sampul yang hendak dipos.
9.4 Ketua Pengawas Amali hendaklah memasukkan salinan kedua Borang
LP/Am 29 ke dalam Buku Rekod Pengawasan.
9.5 KPPK/KPP SPP hendaklah menghantar dokumen berikut kepada LP selewat-
lewatnya tiga (3) hari selepas tamat peperiksaan:
i. Buku Rekod Pengawasan kepada KPPK Unit Menengah Atas; dan
ii. Salinan kedua Borang LP/Am 29 kepada KPP Unit Maklumat dan
Pemprosesan Keputusan.
32
10.0 Jadual Pengiriman SJP
10.1 Ketua Pengawas Amali hendaklah merujuk Jadual Pengiriman SJP
Peperiksaan Amali Sains bagi tujuan menghantar SJP kepada pemeriksa.
Jadual Pengiriman SJP yang mengandungi maklumat tarikh peperiksaan, kod
mata pelajaran atau kertas, nama dan alamat pemeriksa merupakan
dokumen terperingkat SULIT.
10.2 Ketua Pengawas Amali hendaklah menyimpan Jadual Pengiriman SJP di
tempat yang selamat supaya tidak dapat diakses oleh pihak yang tidak
berkenaan.
10.3 Ketua Pengawas Amali hendaklah mengembalikan Jadual Pengiriman SJP
kepada KPPK/KPP SPP melalui Penyelia Kawasan setelah tamat
peperiksaan.
11.0 Penerangan Kepada Calon-Calon
Calon-calon hendaklah diberi penerangan mengenai peraturan dan larangan di pusat
peperiksaan. Sebarang penerangan hendaklah dibuat sebelum peperiksaan bermula.
11.1 Pengetua memberi penerangan kepada calon sebelum Peperiksaan Amali
Sains dimulakan:
11.1.1 Calon-calon diingatkan tentang arahan dan amaran yang terkandung
11.1.2 dalam Jadual Waktu Peperiksaan.
Calon-calon hendaklah dinasihatkan berpakaian kemas dan sesuai
(calon-calon sekolah memakai pakaian seragam lengkap) dan
sentiasa mengikut tatatertib dalam peperiksaan.
33
11.1.3 Calon-calon diingatkan supaya sampai ke Bilik Melapor Diri lebih
11.1.4 awal sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu yang ditetapkan.
Calon-calon dilarang sama sekali membawa masuk sebarang
11.1.5 catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen
seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu
Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit,
alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg
ke dalam Makmal Peperiksaan kecuali alat tambahan yang
dibenarkan semasa peperiksaan.
Calon-calon diingatkan bahawa jika calon didapati melakukan
sebarang salah laku, Ketua Pengawas Amali akan melaporkan
kepada pihak LP. Jika didapati bersalah, keputusan bagi kertas
peperiksaan berkenaan akan dibatalkan.
11.2 Ketua Pengawas Amali hendaklah memaklumkan perkara berikut kepada
calon sebelum sidang peperiksaan dimulakan.
11.2.1 Calon diingatkan supaya menulis angka giliran dan No. Kad
11.2.2 Pengenalan pada kertas jawapan.
11.2.3 Calon diingatkan supaya tidak melakukan sebarang salah laku.
Calon diminta untuk memeriksa saku masing-masing bagi
memastikan tidak membawa masuk bahan larangan ke dalam
makmal Peperiksaan.
11.2.4 Calon diingatkan supaya meneliti nama dan kod kertas peperiksaan
yang diedarkan. Jika didapati terdapat kesilapan atau tidak cukup
bilangan halaman atau kurang soalan, calon hendaklah
memaklumkan kepada Pengawas Amali dengan serta-merta.
11.2.5 Mengumumkan errata jika ada. Selain itu, errata tersebut hendaklah
34 dicatatkan di papan tulis.
11.3 Semasa peperiksaan sedang berjalan, Pengawas Amali tidak dibenarkan
membuat sebarang pengumuman kecuali 10 minit sebelum tamat masa
peperiksaan.
11.4 Pada akhir masa kertas peperiksaan, Pengawas Amali mengarahkan calon
untuk berhenti menulis.
11.5 Pengawas Amali menyemak semua SJP yang telah dikutip dan menyerahkan
kepada Ketua Pengawas Amali.
35
12.0 Pengurusan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP)
12.1 Sebelum Sesi Peperiksaan
12.1.1 Pengawas Amali hendaklah mengedarkan Buku Jawapan atau Helaian
12.1.2 Tambahan atau kertas jawapan mengikut keperluan kertas peperiksaan
12.1.3 apabila semua calon telah mengambil tempat di dalam Makmal Peperiksaan
12.1.4 sebelum kertas peperiksaan diedarkan;
12.1.5 Pengawas Amali hendaklah memastikan setiap calon menerima Buku
Jawapan atau Helaian Tambahan atau kertas jawapan mengikut keperluan
kertas peperiksaan;
Ketua Pengawas Amali dan Pengawas Amali hendaklah memastikan setiap
calon menggunakan kertas jawapan mengikut keperluan kertas peperiksaan
yang dibekalkan oleh LP;
Ketua Pengawas Amali atau Pengawas Amali hendaklah menggunakan 10
minit sebelum peperiksaan dimulakan untuk memberikan arahan kepada
calon tentang penggunaan Buku Jawapan atau Helaian Tambahan atau
kertas jawapan mengikut keperluan kertas peperiksaan; dan
Pengawas Amali hendaklah memastikan calon mengisi maklumat nombor
angka giliran, nombor kad pengenalan, nama mata pelajaran dan kod kertas
peperiksaan pada Buku Jawapan atau Helaian Tambahan atau kertas
jawapan mengikut keperluan kertas peperiksaan.
36
12.2 Semasa Sesi Peperiksaan
12.2.1 Ketua Pengawas Amali dan Pengawas Amali hendaklah menghadkan
12.2.2 pemberian kertas Helaian Tambahan mengikut keperluan kertas
12.2.3
peperiksaan kepada dua helai sahaja setiap kali diminta oleh calon;
Selepas setengah jam peperiksaan dijalankan, Ketua Pengawas Amali atau
Pengawas Amali hendaklah mengenal pasti calon tidak hadir;
Bagi calon yang tidak hadir, Ketua Pengawas Amali atau Pengawas Amali
dikehendaki:-
a) menyediakan sehelai helaian tambahan dan mengisi maklumat angka
giliran, nombor kad pengenalan, nama mata pelajaran dan kod kertas
peperiksaan;
b) menulis perkataan TIDAK HADIR dengan jelas secara menyilang,
menandatangani dan menulis nama Ketua Pengawas Amali atau
Pengawas Amali pada Helaian Tambahan ;
c) menyusun Helaian Tambahan ini bersama SJP calon yang hadir
mengikut urutan dalam sampul SJP;
d) mengambil kira Helaian Tambahan ini sebagai SJP calon tidak hadir
semasa mengisi ruang berkenaan pada Borang Mengesan Pergerakan
Calon (LP/Am 29) dan Buku Rekod Pengawasan;
37
12.2.4 Bagi calon tercicir, calon menumpang, calon bantahan, calon hospital, calon
tahanan dan calon berkeperluan khas, Ketua Pengawas Amali atau Pengawas
12.2.5 Amali dikehendaki:-
12.2.6 a) menulis perkataan TIDAK HADIR dengan jelas secara menyilang,
12.2.7
menandatangani dan menulis nama Ketua Pengawas Amali atau
Pengawas Amali pada helaian tambahan;
b) menyusun SJP calon ini di dalam sampul SJP calon pusat peperiksaan
tersebut;
c) mengambil kira helaian tambahan ini sebagai SJP calon hadir semasa
mengisi ruang berkenaan pada Borang Mengesan Pergerakan Calon
(LP/Am 29);
Bagi calon yang hadir tetapi tidak menjawab, Ketua Pengawas Amali
hendaklah membuat catatan perkataan HADIR TETAPI TIDAK MENJAWAB
secara menyilang, menandatangani dan menulis nama pada helaian tambahan
atau kertas peperiksaan calon berkenaan;
Pengawas Amali hendaklah mengedarkan benang untuk calon mengikat SJP;
dan
Ketua Pengawas Amali atau Pengawas Amali hendaklah mengumpulkan SJP
bagi calon yang telah selesai menjawab dan ingin menghantar SJP lebih awal
daripada masa sepatutnya.
38
12.3 Selepas Sesi Peperiksaan
12.3.1 Pengawas Amali hendaklah mengingatkan calon supaya menyemak butiran
yang ditulis, menyusun SJP mengikut tertib nombor soalan dan mengikatnya
12.3.2 dengan kemas dan kuat. Calon juga diarahkan supaya mengikat SJP
12.3.3 walaupun sehelai;
12.3.4 Pengawas Amali mengutip SJP mengikut urutan kedudukan calon dalam
Makmal Peperiksaan dan menyusun mengikut urutan angka giliran calon;
Ketua Pengawas Amali hendaklah memastikan jumlah SJP yang
dikumpulkan akur dengan jumlah calon yang hadir sebelum calon dibenarkan
keluar; dan
Ketua Pengawas Amali hendaklah merujuk Bahagian E (Pengurusan Kes
Khas) dalam mengendalikan SJP calon menumpang, calon bantahan dan
calon berkeperluan khas.
12.4 Pembungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan
12.4.1 Ketua Pengawas Amali hendaklah memastikan SJP bagi calon tidak hadir
dibungkus bersama-sama SJP calon yang hadir dan disusun mengikut
12.4.2 urutan angka giliran calon.
12.4.3 Ketua Pengawas Amali hendaklah memastikan Borang Mengesan
Pergerakan Calon (LP/Am 29) dibungkus bersama dengan SJP.
Ketua Pengawas Amali hendaklah memastikan ketebalan satu sampul SJP
tidak melebihi 10 sm . Sekiranya ketebalan satu sampul melebihi 10 sm,
sampul tersebut hendaklah dibahagikan kepada dua atau lebih.
39
12.4.4 Ketua Pengawas Amali memasukkan SJP ke dalam plastik pembungkus:-
12.4.5 a) bersaiz kecil untuk SJP dalam bilangan yang kurang dari
50 naskhah; dan
b) bersaiz besar untuk SJP yang bilangannya melebihi 50 naskhah;
Ketua Pengawas Amali melekatkan lakri keselamatan dengan cara:-
a) bersaiz kecil untuk SJP dalam bilangan yang kurang dari
50 naskhah; dan
b) membuka bahagian atas pita keselamatan berwarna biru; dan
c) menekan bahagian yang berpelekat dengan bahagian plastik
pembungkus supaya kedua-dua permukaan bertutup rapat;
12.4.6 Ketua Pengawas Amali hendaklah menulis nombor sampul pada bahagian
12.4.7 depan di penjuru atas sebelah kanan pada setiap sampul SJP sekiranya
12.4.8 terdapat lebih dari satu sampul.
Contohnya jika 2 sampul catatkan:-
i. (1/2) pada sampul pertama dan
ii. (2/2) pada sampul kedua;
Ketua Pengawas Amali hendaklah menulis alamat penerima SJP dengan
berpandukan Jadual Pengiriman SJP menggunakan pena mata bulat pada
bahagian hadapan, tepi kiri dan kanan. Pengawas Amali hendaklah
memastikan alamat yang ditulis oleh Ketua Pengawas Amali adalah betul;
dan
Ketua Pengawas Amali hendaklah mengikat sampul SJP dengan kemas
dan kuat.
40
12.5 Penghantaran Sampul Skrip Jawapan Peperiksaan
(SJP)
12.5.1 Ketua Pengawas Amali dikehendaki menggunakan Borang Kiriman
12.5.2 Domestik(Pos PL1A) untuk tujuan mengepos SJP kepada pemeriksa;
Ketua Pengawas Amali hendaklah melengkapkan Borang Kiriman Domestik
12.5.3 (Pos PL1A) untuk setiap sampul. Catatkan nombor sampul tambahan di
12.5.4 ruang Pengirim.
12.5.5
Contohnya jika dua sampul catatkan:-
12.5.6
i. (1/2) pada Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A) sampul pertama; dan
ii. (2/2) pada Borang Kiriman Domestik (Pos PL1A) sampul kedua;
Ketua Pengawas Amali hendaklah memastikan Borang Kiriman Domestik
(Pos PL1A) ditampal pada sampul yang betul;
Ketua Pengawas Amali dan seorang Pengawas Amali hendaklah mengepos
SJP kepada penerima seperti yang tercatat dalam Jadual Pengiriman SJP
pada hari peperiksaan berkenaan;
Ketua Pengawas Amali hendaklah menghantar sampul SJP yang beralamat
LP kepada Penyelia Kawasan sebaik sahaja tamat peperiksaan pada hari
berkenaan. Penyelia Kawasan dan seorang petugas peperiksaan hendaklah
menghantar SJP tersebut kepada KPPK/KPP SPP mengikut jadual yang
ditetapkan; dan
Ketua Pengawas Amali hendaklah menyerahkan salinan pengirim Borang
Kiriman Domestik (Pos PL1A) kepada KPPK/KPP SPP melalui Penyelia
Kawasan selepas tamat peperiksaan.
41
13.0 Keselamatan Sampul Skrip Jawapan Peperiksaan
(SJP)
13.1 Ketua Pengawas Amali bertanggungjawab menjaga keselamatan sampul SJP.
Sampul SJP tidak boleh dibawa balik ke rumah atau singgah di mana-mana
sebelum dipos atau dihantar ke bilik kebal atau balai polis.
13.2 Sampul SJP sidang 1, 2 dan 3 hendaklah disimpan dalam almari besi berkunci
sementara menunggu sidang 4 selesai untuk dibungkus.
13.3 Ketua Pengawas Amali hendaklah menghantar sampul SJP yang tidak sempat
diposkan kepada Penyelia Kawasan untuk disimpan di dalam bilik kebal atau
balai polis. Nombor siri sampul direkodkan dalam Buku Rekod Pengawasan.
Sampul SJP tersebut hendaklah diposkan pada keesokan harinya.
Sekiranya sampul SJP disimpan di balai polis, arahan berikut hendaklah
dipatuhi:-
13.3.1 memasukkan sampul SJP ke dalam beg atau karung keselamatan
dan dijerut dengan seal keselamatan;
13.3.2 menyimpan beg atau karung keselamatan yang berisi sampul SJP
yang telah dijerut dengan seal keselamatan (mouse tail) ke dalam
almari besi keselamatan dalam lokap setelah mendapat kelulusan
daripada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia;
13.3.3 merekod dalam buku log maklumat berkaitan personel yang terlibat
dan penyerahan beg atau karung keselamatan yang berisi sampul
SJP;
13.3.4 Penyelia Kawasan menyimpan kunci peti atau almari besi
keselamatan manakala kunci lokap disimpan oleh Ketua Balai Polis
tertakluk pada kelulusan di antara LP dengan Ketua Pegawai
Keselamatan Kerajaan Malaysia; dan
42
13.3.4 Penyelia Kawasan menyimpan kunci peti atau almari besi
keselamatan manakala kunci lokap disimpan oleh Ketua Balai Polis
tertakluk pada kelulusan di antara LP dengan Ketua Pegawai
Keselamatan Kerajaan Malaysia; dan
13.3.5 mengambil beg atau karung keselamatan yang berisi sampul SJP
daripada Ketua Balai Polis untuk tujuan pengeposan dan merekod
dalam Buku Rekod Pengawasan.
13.4 Sekiranya tidak ada bilik kebal atau balai polis berhampiran, Ketua Pengawas
Amali hendaklah menyimpan SJP dalam peti atau almari besi keselamatan di
bilik Pengetua pusat peperiksaan. Nombor siri sampul direkodkan dalam Buku
Rekod Pengawasan. Sampul SJP tersebut hendaklah diposkan pada
keesokan harinya.
43
BAHAGIAN E
KES-KES KHAS
1.0 Kekurangan Kertas Peperiksaan dan Kuarantin
Ketua Pengawas Amali hendaklah mengambil tindakan berikut sekiranya kertas
peperiksaan tidak mencukupi untuk semua calon yang hadir.
1.1 Memasukkan kertas peperiksaan itu ke dalam sampul asalnya dengan segera.
Bahagian sampul yang telah dipotong hendaklah ditutup dengan pita pelekat.
Simpan sampul kertas peperiksaan dalam almari besi berkunci atau di tempat
yang selamat.
1.2 Mengarahkan Pengawas Amali mengawasi calon yang perlu dikuarantin
sehingga bekalan kertas peperiksaan mencukupi untuk semua calon. Langkah-
langkah berikut perlu diikuti:-
1.2.1 Ketua Pengawas Amali hendaklah menerangkan kedudukan yang
sebenar kepada calon dan meminta mereka bertenang dan bersabar.
1.2.2 Pengawas Amali hendaklah memastikan calon tidak keluar dari Makmal
Peperiksaan tanpa ditemani oleh pengawas.
1.2.3 Pengawas Amali hendaklah memastikan tidak ada orang yang tidak
berkenaan menghampiri Makmal Peperiksaan.
1.2.4 Jika kuarantin itu terlalu lama, Ketua Pengawas Amali perlu
mendapatkan kerjasama pengetua untuk menguruskan makan minum
dan kebajikan calon.
44
1.2.5 Ketua Pengawas Amali hendaklah mencatatkan perkara ini dalam
Buku Rekod Pengawasan.
1.2.6 Ketua Pengawas Amali hendaklah menyediakan satu laporan lengkap
dan hendaklah disampaikan kepada KPPK/KPP SPP melalui Penyelia
Kawasan.
2.0 Kesilapan Membuka Sampul Kertas Peperiksaan
Ketua Pengawas Amali hendaklah mengambil tindakan berikut sekiranya sampul yang
sudah dibuka itu tidak mengandungi kertas peperiksaan untuk hari yang berkenaan:
2.1 Memasukkan kertas peperiksaan itu ke dalam sampul asalnya dengan segera.
2.2 Menutup bahagian sampul yang telah dipotong dengan pita pelekat
keselamatan dan disimpan dalam almari besi berkunci dalam Makmal
Peperiksaan.
2.3 Menghubungi Penyelia Kawasan dengan segera untuk mendapatkan bekalan
kertas peperiksaan yang betul.
2.4 Mengembalikan kertas peperiksaan yang tersalah buka itu kepada Penyelia
Kawasan untuk tindakan selanjutnya.
2.5 Ketua Pengawas Amali mengarahkan Pengawas Amali mengawasi calon yang
perlu dikuarantin sehingga ke suatu masa yang ditetapkan. Calon diminta
duduk ditempat masing-masing dalam keadaan bertenang dan bersabar.
2.6 Ketua Pengawas Amali hendaklah menyediakan satu laporan lengkap dan
mesti disampaikan kepada KPPK/KPP SPP melalui Penyelia Kawasan.
45
3.0 Kekurangan Alat/Bahan Peperiksaan
3.1 Menghubungi Penyelia Kawasan atau KPPK/KPP SPP dengan segera untuk
mendapatkan bekalan alat/bahan peperiksaan.
3.2 Mengarah Pengawas Amali mengawasi calon yang perlu dikuarantin sehingga
bekalan alat / bahan mencukupi untuk semua calon. Langkah berikut hendaklah
diikuti:
3.3.1 Ketua Pengawas Amali hendaklah menerangkan kedudukan yang
sebenar kepada calon dan meminta mereka bertenang dan bersabar.
3.3.2 Pengawas Amali hendaklah memastikan calon tidak keluar dari Makmal
Peperiksaan tanpa ditemani oleh pengawas.
3.3.3 Pengawas Amali hendaklah memastikan orang yang tidak
berkenaan menghampiri Makmal Peperiksaan.
3.3.4 Jika kuarantin itu terlalu lama, Ketua Pengawas Amali perlu
mendapatkan kerjasama pengetua untuk menguruskan makan minum
dan kebajikan calon.
3.3.5 Ketua Pengawas Amali hendaklah menunggu bekalan alatan/bahan
peperiksaan yang dibawa oleh Penyelia Kawasan atau KPPK/KPP SPP.
Jika arahan diterima untuk membuat salinan kertas peperiksaan, urusan
ini hendaklan dibuat di sekolah kerajaan.
3.3.6 Ketua Pengawas Amali hendaklah mencatatkan perkara ini dalam Buku
Rekod Pengawasan.
3.3.7 Ketua Pengawas Amali hendaklah menyediakan satu laporan lengkap
dan mesti disampaikan kepada Pengarah Pendidikan Negeridan
Pengarah Peperiksaan dengan segera.
46