The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahriah.sofian.moe, 2020-07-07 22:55:04

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEPERIKSAAN AMALI SAINS

PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN AMALI SAINS

4.0 Calon Bantahan

4.1 Calon bantahan ialah calon yang meminta untuk mengambil sesuatu mata
pelajaran atau kertas mata pelajaran yang tidak tercatat dalam Pernyataan
4.2 Pendaftaran Peperiksaan (PPP). Calon dapat mengemukakan bukti bahawa
4.3 pendaftaran mata pelajaran telah dilakukan di peringkat sekolah atau JPN
atau LP.
4.4 Ketua Pengawas Amali hendaklah memastikan calon bantahan
4.5 mengemukakan Borang Pendaftaran peperiksaan calon yang asal bagi
4.6 membuktikan bantahan tersebut.
4.7 Ketua Pengawas Amali hendaklah memastikan calon yang mengambil
4.8 peperiksaan secara ‘bantahan’ mengisi Borang Bantahan (LP/Am 32) dengan
selengkapnya. Borang ini perlu diisi dalam dua salinan dan dihantar kepada
47 KPPK/KPP SPP melalui Penyelia Kawasan.
Ketua Pengawas Amali hendaklah memberitahu calon bahawa Pengarah
Peperiksaan mempunyai kuasa muktamad untuk menentukan sama ada
bantahannya itu diterima atau ditolak.
Ketua Pengawas Amali dikehendaki merekodkan kehadiran calon bantahan
dalam e-Kehadiran.
Ketua Pengawas Amali hendaklah mencatat angka giliran calon bantahan
dalam Borang Khas Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29).
Ketua Pengawas Amali hendaklah menyusun SJP calon bantahan dengan
meletakkannya di kedudukan paling atas dalam susunan keseluruhan SJP
pusat tersebut dan membungkusnya mengikut tatacara pembungkusan SJP.
Ketua Pengawas Amali perlu memaklumkan kepada calon bantahan bahawa
Pengarah Peperiksaan berhak tidak mengeluarkan keputusan peperiksaan
sekiranya maklumat yang diberikan palsu.

5.0 Calon Menumpang

5.1 Calon menumpang ialah calon yang mengambil peperiksaan di sesebuah
pusat peperiksaan lain dengan menggunakan angka giliran asal (angka giliran
semasa calon mendaftar di pusat peperiksaan asal).

5.2 Ketua Pengawas Amali hendaklah memastikan kertas peperiksaan dibekalkan
untuk calon menumpang yang telah mendapat kebenaran daripada pihak JPN
atau atas sebab kecemasan yang munasabah.
* Kebenaran untuk calon menumpang tertakluk kepada adanya bekalan
kertas peperiksaan, bahan dan peralatan di pusat peperiksaan berkenaan.

5.3 Ketua Pengawas Amali hendaklah merekodkan kehadiran calon menumpang
dalam e-Kehadiran.

5.4 Ketua Pengawas Amali hendaklah mencatatkan angka giliran calon
menumpang dalam Borang Mengesan Pergerakan Calon (LP/Am 29).

5.5 Ketua Pengawas Amali hendaklah menyusun SJP calon menumpang dengan
meletakkannya di kedudukan paling atas dalam susunan keseluruhan SJP
pusat tersebut dan membungkusnya mengikut tatacara pembungkusan SJP.

6.0 Calon Berkeperluan Khas (CBK)

Calon Berkeperluan Khas ialah calon yang memerlukan perkhidmatan, peralatan serta
perisian khas dalam peperiksaan. Ketua Pengawas Amali hendaklah memastikan
keperluan ini disediakan oleh pihak sekolah berdasarkan permohonan calon dengan
persetujuan pihak sekolah dan ibu bapa setelah disiasat dan diperakukan oleh JPN.

48

6.1 Buta Warna

6.1.1 Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada doktor yang bertauliah
yang akan menentukan buta warna yang terlibat.

6.1.2 Calon mendapatkan bantuan daripada Penyelia Mata pelajaran dengan
kebenaran Ketua Pengawas Amali dan diawasi oleh Pengawas Amali untuk
mengecam warna yang ditentukan.

6.2 Kecacatan-kecacatan lain

6.2.1 Pengawas Amali tidak dibenarkan membantu calon dalam menulis jawapan
mereka.

6.2.2 Tambahan masa perlu diberi mengikut jadual masa tambahan yang ditetapkan
oleh Lembaga Peperiksaan.

6.2.3 Peperiksaan Amali Sains hanya boleh dijalankan di Makmal Peperiksaan
sahaja dan tidak boleh dijalankan di tempat lain seperti hospital dan
sebagainya.

6.2.4 Pengawas Amali hendaklah memastikan SJP CBK disusun mengikut prosedur
pembungkusan SJP CBK yang telah ditetapkan.

6.2.5 Ketua Pengawas Amali hendaklah membuat catatan bagi setiap kes kecacatan
dalam Buku Rekod Pengawasan.

49

7.0 Kes Kecemasan

Kes Kecemasan ialah kes yang melibatkan calon sakit pada hari peperiksaan dan
perlu mendapat perhatian khas oleh semua pihak yang menguruskan peperiksaan
yang dikategorikan seperti berikut:-

7.1 Jatuh Sakit Secara Tiba-tiba

Bagi calon yang jatuh sakit dengan tiba-tiba misalnya pitam, sawan, histeria,
senggugut dan sebagainya, perkara-perkara berikut hendaklah diikuti;

7.1.1 Calon-calon hendaklah diasingkan daripada calon-calon lain di satu tempat
khas dan jika telah diberi kertas peperiksaan, kertas peperiksaan itu hendaklah
disimpan dalam almari besi berkunci bersama-sama kertas jawapannya.

7.1.2 Ketua Pengawas Amali perlu merekod dalam Buku Rekod Pengawasan waktu
kejadian itu berlaku.

7.1.3 Pihak sekolah hendaklah mengambil tindakan segera bagi memulihkan calon
berkenaan. Jika keadaan calon masih tidak dapat dipulihkan maka calon perlu
dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

7.1.4 Jika calon boleh meneruskan peperiksaaanya, Ketua Pengawas Amali
hendaklah memberikan masa gantian (pada hari yang sama) bagi masa yang
belum digunakan oleh calon.

50

7.2 Penyakit Berjangkit seperti Campak, Cacar Air, Beguk,
Sakit Mata dan Lain-lain

7.2.1 Surat pengesahan doktor diperlukan bagi menentukan bahawa penyakit itu
7.2.2 tidak akan membahayakan orang lain.
7.2.3 Calon-calon mestilah menjalankan Peperiksaan Amali Sains di Makmal
Peperiksaan yang berasingan atau di Bilik Persediaan.
Ketua Pengawas Amali hendaklah membungkus SJP bersama SJP calon-
calon yang lain mengikut tatacara pembungkusan SJP.

7.3 Cuti Khas

Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan arahan dan pengumuman melalui media
rasmi Lembaga Peperiksaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
berhubung perjalanan peperiksaan jika kerajaan pusat mengisytiharkan cuti khas.
Sekiranya tiada arahan dikeluarkan, Peperiksaan Amali Sains akan terus dijalankan
mengikut jadual.

7.4 Darurat dan Perintah Berkurung

Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perjalanan
peperiksaan jika kerajaan pusat mengisytiharkan keadaan darurat dan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP). Sekiranya tiada arahan dikeluarkan, Peperiksaan Amali
Sains akan terus dijalankan mengikut jadual.

51

7.5 Banjir

Penyelia Kawasan dan Ketua Pengawas Amali perlu merujuk Pekeliling Persediaan
Menghadapi Banjir Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Surat Siaran LP Bil.1/01
(Operasi Payung) tentang persediaan untuk mengatasi keadaan jika berlaku banjir di
sesuatu kawasan yang mengancam pelaksanaan Peperiksaan Amali Sains.

7.6 Bencana Alam

Ketua Pengawas Amali hendaklah menghubungi Penyelia Kawasan atau KPPK/KPP
SPP sekiranya berlaku bencana alam selain daripada banjir.
Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah berhubung dengan Pengarah Operasi Agensi
yang berkenaan untuk mengetahui keadaan sebenar jika berlaku bencana alam dan
meminta kebenaran serta bantuan pihak berkuasa untuk membolehkan calon
menduduki Peperiksaan Amali Sains mengikut jadual.

52

7.7 Ancaman Bom

Penyelia Kawasan dan Ketua Pengawas Amali perlu merujuk Pekeliling Persediaan
Menghadapi Ancaman Bom Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Surat Siaran
LP Bil. 1/2001 (Operasi Bom) tentang persediaan untuk mengatasi keadaan jika
berlaku ancaman bom di sesuatu pusat Peperiksaan Amali Sains.

7.8 Jerebu

Penyelia Kawasan dan Ketua Pengawas Amali perlu merujuk Pekeliling Persediaan
Menghadapi Jerebu Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan
Bil. 1/2005 (Operasi Topeng) tentang persediaan untuk mengatasi keadaan jika berlaku
jerebu di sesuatu kawasan.

7.9 Bilik Kebal Gagal Dibuka

Penyelia Kawasan dan Ketua Pengawas perlu merujuk Pekeliling Persediaan
Menghadapi Situasi Pintu Bilik Kebal yang Tidak Boleh Dibuka dan Boleh Menjejaskan
Perjalanan Peperiksaan Bil.1/2007 (Operasi Tebuk) tentang persediaan untuk
mengatasi keadaan jika berlaku pintu bilik kebal yang tidak boleh dibuka.

53

8.0 Kes Salah Laku

Salah laku ertinya meniru, menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak
dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah
laku serius oleh Lembaga Peperiksaan.

8.1 Kes Meniru

Calon dituduh atau disabit meniru jika menggunakan beberapa ayat atau perkataan
dari jawapan calon lain sebagai jawapannya atau memberi atau menyampaikan atau
mendedahkan jawapannya kepada calon lain dalam keadaan sedar semasa
peperiksaan sedang berjalan.

8.2 Kes Menyamar Dan Kes Penipuan Dalam Kad
Pengenalan

Calon dituduh atau disabit menyamar jika calon terbabit menggunakan Kad
Pengenalan (sementara) yang dipalsukan atau telah diubah atau bertukar-tukar
angka giliran sesama sendiri semasa peperiksaan sedang berjalan. Seseorang
calon didapati bersalah, jika sabit dengan bukti yang jelas daripada Pengawas
Peperiksaan Amali atau Pemeriksa atau kurang bukti tetapi ada keyakinan tanda-
tanda meniru telah dilakukan oleh calon.

54

8.3 Kes Mendapat Bantuan

Calon dituduh atau disabit mendapat bantuan jika calon menerima pertolongan
daripada orang lain yang berada di luar atau dalam Makmal Peperiksaan untuk
menjawab soalan bagi pihak dirinya semasa peperiksaan sedang berjalan.

8.4 Kes Menyeludup

Calon dituduh atau disabit menyeludup jika calon didapati membawa masuk buku
ramalan atau jawapan yang telah tersedia atau catatan atau nota atau buku atau
ringkasan atau rumusan atau lakaran lukisan ke dalam makmal yang digunakan bagi
tujuan meniru atau calon menggunakan skrip calon lain sebagai skripnya atau calon
menceroboh masuk ke kawasan larangan atau makmal sebelum peperiksaan bermula.

8.5 Kes Melanggar Peraturan Peperiksaan

Calon dituduh atau disabit melanggar peraturan Peperiksaan jika calon melakukan
mana-mana perkara yang termaktub di dalam arahan dan amaran Jadual Waktu
Peperiksaan Tahun berkenaan. Seseorang calon didapati bersalah jika sabit dengan
bukti yang jelas daripada Pengawas dan Pemeriksa atau kurang bukti tetapi ada
keyakinan tanda-tanda melanggar peraturan dilakukan calon.

55

9.0 Tindakan Bagi Mengelakkan Salah laku

9.1 Setiap kali sebelum peperiksaan dimulakan, Ketua Pengawas Amali dan
Pengawas Amali hendaklah membacakan arahan peperiksaan kepada calon
dan mengingatkan mereka akan akibatnya seperti yang tercatat dalam Jadual
Waktu Peperiksaan.

9.2 Pengawas Amali hendaklah mengawas secara aktif dan sentiasa peka untuk
mengelakkan sebarang kes salah laku dalam kalangan calon.

9.3 Pengawas Amali tidak boleh sama sekali membenarkan pihak yang tidak
berkenaan menghampiri Makmal Peperiksaan dan Bilik Persediaan.

9.4 Pengawas Amali hendaklah memeriksa dokumen pengenalan diri calon yang
bergambar pada setiap sidang peperiksaan.

9.5 Ketua Pengawas Amali hendaklah mengelakkan Pengawas Amali yang
mempunyai hubungan persaudaraan dengan calon ditempatkan di dalam
Makmal Peperiksaan yang sama.

56

10.0 Tindakan Jika Berlaku Kes Salah Laku

10.1 Ketua Pengawas Amali hendaklah membenarkan calon terus menjawab
hingga tamat masa peperiksaan.

10.2 Ketua Pengawas Amali hendaklah membungkus SJP calon tersebut bersama-
sama dengan SJP calon pusat peperiksaan berkenaan.

10.3 Ketua Pengawas Amali hendaklah memastikan calon yang melakukan salah
laku mengisi Borang Kes Salah Laku Calon Peperiksaan (Pengakuan
Calon/Penyamar) (LP/Am 31) dengan selengkapnya. Jika calon enggan
berbuat demikian, sila nyatakan.

10.4 Ketua Pengawas Amali hendaklah mengisi Borang Laporan Kes Salah Laku
Calon Peperiksaan (LP/Am 30) dengan selengkapnya dan disertakan
bersama-sama dokumen berkaitan.

10.5 Ketua Pengawas Amali hendaklah merekodkan kes salah laku di ruangan
catatan dalam Buku Rekod Pengawasan.

10.6 Ketua Pengawas Amali hendaklah menghantar laporan dan dokumen
sokongan kepada KPPK/KPP SPP melalui Penyelia Kawasan dengan segera.

57

LAMPIRAN 1

JADUAL WAKTU SIDANG PEPERIKSAAN AMALI SAINS

1. Lembaga Peperiksaan akan menetapkan tarikh Peperiksaan Amali Sains. Jadual
Waktu Peperiksaan Amali Sains akan diedarkan kepada semua calon melalui
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri.

2. Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada semua calon tentang jadual sidang
kepada calon terlibat. Pihak sekolah perlu merancang kemudahan kepada calon
untuk makan dan solat.

3. Semua pusat peperiksaan hendaklah bermula dengan sidang 1. Semua petugas
hendaklah mematuhi jadual sidang yang telah ditetapkan. Perubahan pada jadual
sidang tidak dibenarkan.

58

JADUAL WAKTU SIDANG PEPERIKSAAN AMALI SAINS

Hari dan Kod Aktiviti Sidang 1 Sidang 2 Sidang 3 Sidang 4
Tarikh Kertas Calon
(Tempat)
7.30 - 9.30 - 9.45 11.45 pagi - 12.15 -
Lapor diri 7.45 pagi pagi 12.00 12.30
(Bilik tengah
tengah hari hari
Melapor)

Minggu Ujian mula 8.00 pagi 10.15 pagi 12.30 2.45
Pertama ( Makmal) tengah hari petang

ISNIN 4531/3 4.30
petang
Ujian tamat 9.45 pagi 12.00 2.15 petang
( Makmal) tengah hari

Kuarantin 1.00 1.00 2.15 petang 4.30
tamat tengah tengah hari petang
(Bilik
hari
Kuarantin)

59

JADUAL WAKTU SIDANG PEPERIKSAAN AMALI SAINS

Hari dan Kod Aktiviti Sidang 1 Sidang 2 Sidang 3 Sidang 4
Tarikh Kertas Calon
(Tempat)
7.30 - 9.30 - 9.45 11.45 pagi - 12.15 -
Lapor diri 7.45 pagi pagi 12.00 12.30
(Bilik tengah
tengah hari hari
Melapor)

Ujian mula 8.00 pagi 10.15 pagi 12.30 2.45
( Makmal) tengah hari petang
Minggu
Pertama 4541/3 Ujian tamat 4.30
KHAMIS ( Makmal) petang
12.00
9.45 pagi tengah hari 2.15 petang

Kuarantin 1.00 1.00 2.15 petang 4.30
tamat tengah tengah hari petang
(Bilik
hari
Kuarantin)

60

JADUAL WAKTU SIDANG PEPERIKSAAN AMALI SAINS

Hari dan Kod Aktiviti Sidang 1 Sidang 2 Sidang 3 Sidang 4
Tarikh Kertas Calon
(Tempat)
7.30 - 9.30 - 9.45 11.45 pagi - 12.15 -
Lapor diri 7.45 pagi pagi 12.00 12.30
(Bilik tengah
tengah hari hari
Melapor)

Ujian mula 8.00 pagi 10.15 pagi 12.30 2.45
( Makmal) tengah hari petang
Minggu
Kedua 4551/3
ISNIN
Ujian tamat 12.00 4.30
( Makmal) 9.45 pagi tengah hari 2.15 petang petang

Kuarantin 1.00 1.00 2.15 petang 4.30
tamat tengah tengah hari petang
(Bilik
hari
Kuarantin)

61

JADUAL WAKTU SIDANG PEPERIKSAAN AMALI SAINS

Hari dan Kod Aktiviti Sidang 1 Sidang 2 Sidang 3 Sidang 4
Tarikh Kertas Calon
(Tempat)
7.30 - 9.30 - 9.45 11.45 pagi - 12.15 -
Lapor diri 7.45 pagi pagi 12.00 12.30
(Bilik tengah
tengah hari hari
Melapor)

Minggu Ujian mula 8.00 pagi 10.15 pagi 12.30 2.45
Kedua ( Makmal) tengah hari petang
KHAMIS 4561/3
Ujian tamat 4.30
( Makmal) 9.45 pagi 12.00 2.15 petang petang
tengah hari

Kuarantin 1.00 1.00 2.15 petang 4.30
tamat tengah tengah hari petang
(Bilik
hari
Kuarantin)

1


Click to View FlipBook Version