The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Saiful Azli, 2020-06-18 01:35:21

Bimbingan Menara Gading

Bimbingan Menara Gading

BIMBINGAN MENARA GADING

BIMBINGAN
MENARA GADING

1

BIMBINGAN MENARA GADING

Cetakan Pertama/First Printing 2020
©Yayasan Al-Sultan Abdullah

Diterbitkan di Malaysia/Published in Malaysia by
Yayasan Al-Sultan Abdullah

(Sebelum dikenali Yayasan Istana Abdulaziz)
No. 2, jalan IM 8/7, Taman Mahkota Putra,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang.

ISBN:
Hak Cipta Terpelihara
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat
juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada Yayasan Al-Sultan Abdullah.

All rights reserved
No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any
means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information

storage and retrieval system, without permission in writing from the
Yayasan Al-Sultan Abdullah.

Diatur huruf di Malaysia oleh / Typesetting in Malaysia by
MASSA CREATIVE ENTERPRISE

No. 22-2, Second Floor, Jalan Reko Sentral 4,
43000 Kajang, Selangor.

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by

2

BIMBINGAN MENARA GADING

KANDUNGAN

TITAH ALUAN KDYMM RAJA SERI PADUKA BAGINDA 00
YANG DI-PERTUAN AGONG
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 00
ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
00
ASPIRASI PENDIDIKAN KDYMM RAJA PERMAISURI AGONG 00
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong 00
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah 00
Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj 00
00
SEKSYEN 1: INTERVENSI HOLISTIK

Akademi Menara Gading-YASA
Prof. Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad

Kepelbagaian Intervensi Untuk Kecemerlangan
Prof. Madya Dr. Mohd Mahzan Awang

Pembelajaran bersama Rakan Sebaya (Peeragogy)
Akademi Menara Gading
Prof. Madya Dr. Jalaluddin Abdul Malek

Intervensi dan Kemahiran Motivasi Kendiri
Datin Dr. Anisa Saleha M. Nunuh Saleh

AMG: Dari Lanchang ke Jepun
Dr. Rozan Mohamad Yunus

Melakar Kecemerlangan SPM di Akademi Menara Gading
Megat Aiman Fatihin Megat Abdul Aziz

3

BIMBINGAN MENARA GADING

SEKSYEN 2: NILAI, KEPERIBADIAN DAN PENDIDIKAN

Membina Nilai dan Jati Diri 000
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak

Kepimpinan Pelajar 000
Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman

Mendepani Era Revolusi Industri Ke-4 000

Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin & TS. Dr. Muhammad Helmi Norman

Pembinaan Sahsiah dan Pekerti Mulia 000
Dato’ Dr. Qasim Ahmad

Kecemerlangan Holistik Pelajar Generasi Z 000
Prof. Dr. Fariza Md Sham & Dr. Siti Jamiah Abdul Jalil

SEKSYEN 3: MOTIVASI KEJAYAAN 000
000
Bagaimana Menyerlahkan Potensi Diri 000
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah 000
000
Persediaan Membina Kerjaya Masa Depan 000
Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin 000

Kerangka Minda Pelajar Cemerlang
Dr. Ramli Saadon & Prof Madya Dr. Khairy Ariffin

Menguasai Bahasa Inggeris Dengan Cepat
Dr. Harwati Hashim

Belajar dan Daya Tahan Akademik
Prof. Madya Dr. Nor Aniza Ahmad

Disiplin dan Sikap Orang yang Berjaya
Prof. Madya Dr. Sayuti Ab Ghani

Jangan Putus Asa: Kejayaan Milik Anda
Dr. Mat Rahimi Yusof

4

BIMBINGAN MENARA GADING

Titah Aluan Diraja

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA
BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
D.K.P., D.K.M., D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P.,
D.K. (Terangganu), D.K. (Johor), S.P.M.J., P.A.T.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT
dan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, Akademi
Menara Gading (AMG) telah dapat dilaksana dengan jayanya semenjak
tahun 1999 sehingga sekarang. AMG dianjurkan oleh Yayasan Al-
Sultan Abdullah (YASA) yang dulunya dikenali sebagai Yayasan
Istana Abdulaziz dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia.
Alhamdulillah, kini Akademi Menara Gading telah berusia lebih dua

5

BIMBINGAN MENARA GADING

dekad dan menjayakan 10 kohort. AMG bertujuan memberi bimbingan
secara berterusan kepada pelajar-pelajar miskin dan kurang bernasib
baik dari Negeri Pahang.

Akademi Menara Gading berteraskan kepada 12 modul kem
utama yang dilaksanakan secara bersepadu dalam tempoh dua tahun.
Hasil daripada program ini, seramai 1005 orang peserta telah berjaya
menjejakkan kaki ke universiti dalam pelbagai bidang pengkhususan.
Sebahagian daripada mereka telah pun bekerja di sektor awam dan juga
bidang profesional. Kejayaan program ini diteruskan dengan penubuhan
alumni yang sama-sama dapat menyumbang kepada aktiviti kebajikan
dan khidmat masyarakat. Dalam bidang penerbitan telah menghasilkan
lapan buah buku bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan dalam
bidang pendidikan dalam kalangan masyarakat. Antaranya, Bimbingan
Menara Gading, Buku dan Pendidikan, Perjuangan ke Puncak dan
Mahasiswa Abad 21. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada
pelbagai pihak yang bersama-sama menyumbang kepada program
ini. Diharapkan usaha murni Akademi Menara Gading dan program
lain seumpamanya dapat diteruskan yang melibatkan pelbagai pihak
bagi memberi peluang pelajar kurang bernasib baik untuk cemerlang
dalam pendidikan seterusnya, menjejakkan kaki ke menara gading bagi
membina kerjaya yang berupaya meningkatkan taraf hidup keluarga
serta menyumbang kembali kepada masyarakat, agama dan negara.

Saya merakamkan ucapan terima kasih serta setinggi-tinggi
penghargaan kepada para penggerak Akademi ini dan para penulis
sehingga terhasilnya buku Bimbingan Menara Gading (Edisi Khas) kali
ini. Sesungguhnya, amat besar sumbangan yang dicurahkan dalam
bentuk ilmu pengetahuan semata-mata untuk membantu anak-anak
bangsa mencapai kejayaan dalam akademik, sahsiah dan kemahiran
insaniah sebagai panduan untuk pembinaan kerjaya mereka yang lebih
cemerlang pada masa depan.

Saya mendoakan agar Akademik ini dilaksanakan dengan
cemerlang, lestari dan berterusan pada masa akan datang demi
membantu lebih ramai pelajar miskin dan kurang bernasib baik berjaya
terutama dalam bidang akademik ke arah pembinaan kerjaya masing-
masing yang lebih cemerlang.

6

BIMBINGAN MENARA GADING

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum wbt.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Penaung Diraja, AMG-YASA

7



BIMBINGAN MENARA GADING

Aspirasi Pendidikan

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA
BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG

Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti
Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P.,
D.K., (Johor), S.P.M.J., D.K.(Brunei)
Assalamualaikum Wbt.
Saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izin-
Nya saya dapat meluangkan waktu untuk membuat coretan dalam
buku ini tentang sedikit sebanyak kisah hidup saya serta aspirasi saya
dalam pendidikan. Coretan ini adalah satu perkongsian kepada rakyat
jelata agar dapat dijadikan inspirasi dan dorongan untuk terus memacu
kejayaan besama demi kelestarian kedaulatan negara tercinta.

9

BIMBINGAN MENARA GADING

BIODATA RINGKAS

Saya dilahirkan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan
11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor. Saya
ialah Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan
Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.
Soalan 1: Mohon Tuanku Tuanku Permaisuri berkongsi kisah adik-beradik
zaman kanak-kanak.

Soalan 2: Apakah nasihat ayahanda dan bonda Tuanku Permaisuri
diingati sehingga kini?

10

BIMBINGAN MENARA GADING

PERKAHWINAN DAN ALAM RUMAH TANGGA

Saya diijabkabul dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-
Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
pada bulan Mac 1986. Kami dikurniakan 4 orang putera dan dua orang
puteri iaitu Tengku Panglima Raja Lt. Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim
Shah; Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku
Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku
Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah; Tengku Puteri
Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah, dan Tengku Puteri Raja
Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Soalan 3: Mohon Tuanku Permaisuri berkongsi pengalaman dalam
membesarkan putera-puteri Tuanku?

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku
Ampuan Mariam, Johor Bahru. Seterusnya, saya bersekolah di Sekolah
Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan melanjutkan
pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor
Bahru.

11

BIMBINGAN MENARA GADING

Soalan 4: Bagaimana latar belakang pendidikan Tuanku Tuanku
Permaisuri?

MEMORI TERINDAH ZAMAN PERSEKOLAHAN

Soalan 5: Mohon Tuanku berkongsi cerita menarik tentang kisah serta
pengalaman zaman sekolah.

12

BIMBINGAN MENARA GADING

ASPIRASI DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Saya akui bahawa mendidik anak-anak memang mencabar dan ibu bapa
perlu mempunyai kemahiran keibubapaan yang baik. Dalam dunia hari
ini, banyak pengaruh kepada anak-anak. Ibu bapa dan guru memang
meletakkan harapan yang tinggi kepada anak-anak. Namun, saya
berharap agar ibu bapa dan guru perlu bijaksana dalam mengimbangi
harapan dan keupayaan anak-anak, maka janganlah menekan anak-
anak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran. Saya bimbang cara
itu boleh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut. Ibu bapa dan
guru perlu bijak mengimbangi dalam pendidikan anak-anak kerana ia
akan menyebabkan anak mengalami tekanan atau depresi sehingga
membawa kepada kejadian lebih buruk. Anak-anak akan melalui zaman
kanak-kanaknya sekali sahaja. Ada masanya mereka perlu diberikan
masa untuk bermain dan menikmati masa gembira, dengan pengawasan
daripada ibu bapa dan dibantu oleh guru. Anak-anak pada usia kecil
perlu ada ruang waktu untuk bermain supaya bila sudah dewasa, anak-
anak mempunyai kenangan indah dalam kehidupan selain daripada
pengalaman waktu belajar semata-mata. Ketika saya kecil, apabila
terlalu banyak kerja sekolah dibawa pulang, ayahanda bertanya bila
waktunya hendak meluangkan masa berbual-bual dengan beliau.

Saya sedar bahawa ibu bapa kini banyak yang bekerjaya dan sibuk
dengan pelbagai urusan. Namun, ibu bapa perlu sentiasa memantau
pergerakan anak dan mengambil tahu rakan terdekat anak supaya
mereka tidak berasa tersisih yang menyebabkan anak-anak membawa
haluan sendiri tanpa bimbingan. Pada zaman sekarang, anak-anak
berinteraksi menerusi media sosial maka, ibu bapa perlu mengawasi
penggunaan media sosial anak-anak masing-masing. Walaupun anak
saya bermain Twitter dan Instagram, saya tetap pantau mereka. Mereka
pun kadang-kadang beritahu saya ada orang kacau (di laman sosial) dan
saya beritahu agar menyekat orang tersebut. Anak-anak kena faham
supaya jangan mudah terpengaruh dengan orang dalam Internet. Itu
juga adalah peranan ibu bapa dan guru supaya mereka tahu ada unsur
bahaya dalam laman sosial seperti ini.

13

BIMBINGAN MENARA GADING

ASPIRASI TERHADAP BAHASA IBUNDA, TULISAN JAWI DAN
BAHASA INGGERIS

Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda dan ia merupakan bahasa rasmi
negara kita. Kuasailah bahasa rasmi ini sebaik mungkin. Saya sendiri
merasa malu jikalau tersilap dalam bahasa Melayu, namun jika saya silap
dalam penggunaan bahasa Inggeris saya tak malu sebab ia bukan bahasa
ibunda. Jadi, kepada rakyat Malaysia jangan malu untuk menggunakan
bahasa Inggeris biarpun ada kesilapan kerana ia merupakan proses
belajar. Lagi pun kita bukan penutur jati bahasa Inggeris, maka belajarlah
sebaik mungkin. Kuasailah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Soalan 6: Apakah nasihat Tuanku tentang penguasaan bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris serta bahasa asing dalam kalangan pelajar?

Saya sayang kepada tradisi dan nilai-nilai budaya kita. Tulisan Jawi
adalah khazanah kita yang diwarisi daripada perjuangan pendidikan
nenek-moyang kita. Saya mempunyai minat yang mendalam dalam
tulisan jawi. Saya tidak pergi sekolah agama di Johor tetapi kerana
minat kepada jawi saya belajar sendiri dengan membaca surat khabar
Utusan Melayu. Walaupun saya pandai baca jawi tetapi saya tidak lancar
menulis jawi dan kini masih belajar menulis jawi.

14

BIMBINGAN MENARA GADING

ASPIRASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan amat penting dalam menentukan kemajuan negara. Saya
selama ini menyangka pendidikan wajib ialah sehingga Tingkatan Lima.
Hari ini baru saya dapat tahu ia hanya wajib hingga Tahun Enam. Jadi,
saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan Malaysia supaya semua
rakyat Malaysia diwajibkan bersekolah sehingga Tingkatan Lima, bagi
membasmi kemiskinan dan menghentikan perkahwinan kanak-kanak.
Soalan 7: Apakah harapan Tuanku Permaisuri terhadap sistem dan
budaya pendidikan rendah dan menengah di Malaysia?

Saya telah dilantik sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kedua mengantikan Almarhum
Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, yang pertama
memegang jawatan itu sejak penubuhan universiti tersebut pada 1983.
Saya amat tersentuh dan bersyukur untuk meneruskan legasi Almarhum
Paduka Ayahanda yang, sebagaimana anda semua tahu adalah Ketua
Perlembagaan UIAM selama 35 tahun. UIAM amat dekat dengan hati
saya, sejak Almarhum Paduka Ayahanda memegang jawatan itu, saya
telah mengikuti dengan dekat perkembangan dan kemajuan universiti
unik dan istimewa ini - Taman Ilmu dan Akhlak. Saya berharap agar semua
mahahasiswa perlu menjadi duta integrasi, duta pengantarabangsaan
dan cemerlang dalam banyak bidang. Kita kini menempuh pelbagai
cabaran termasuk sosial, budaya, politik, ekonomi, kerohanian dan
ketamadunan. Justeru, universiti perlu membekalkan ilmu kepada

15

BIMBINGAN MENARA GADING

graduan untuk menghadapi cabaran berkenaan, selain mereka perlu
menggunakan kebijaksanaan masing-masing. Saya sering mendoakan
agar para mahasiswa beristiqamah dan teguh berintergriti dalam
membuat pilihan serta mempunyai keberanian mengajak masyarakat
bersama-sama mencapai citra murni. Gunakan ilmu yang dibekalkan
universiti untuk menjadikan dunia ini lebih baik. Syarat untuk menjadi
ummah terbaik menuntut anda menjadi lebih bijaksana, mempunyai
kepercayaan teguh, keberanian dan kegigihan.
Soalan 8: Harapan Tuanku Permaisuri terhadap pendidikan tinggi di
Malaysia?

ASPIRASI TERHADAP NGO UNTUK KESEJAHTERAAN
KOMUNITI

Saya melihat bahawa Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia begitu
aktif membantu komuniti istimewa yang memerlukan pelbagai bentuk
bantuan. Sebagai Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia,
banyak aktiviti yang boleh dijayakan untuk memastikan golongan
yang memerlukan sokongan dapat diberikan bantuan. Orang kurang
upaya, orang-orang tua, kanak-kanak, ibu mengandung dan sebagainya
memerlukan sokongan dan bantuan kita. Begitu juga dengan wanita
yang sukar untuk mendapat cahaya mata. Semakin moden gaya hidup
hari ini, pasangan berisiko mengalami ketidaksuburan sekali gus
mengakibatkan kesukaran untuk hamil. Saya satu-satunya Permaisuri

16

BIMBINGAN MENARA GADING

di dunia yang mempunyai empat cahaya mata hasil rawatan kesuburan
persenyawaan in-vitro (IVF). Saya tidak malu katakan kepada seluruh
dunia bahawa saya juga mengalami masalah dan kesukaran menimang
cahaya mata. Usaha ini mengambil masa lebih sembilan tahun. Saya
memahami bagaimana rasanya apabila anda tidak mempunyai anak,
wanita dipersalahkan. Tetapi dengan tepat keadaan itu disebabkan
oleh kesaksamaan jantina, lelaki juga perlu dipersalahkan. Masalah
(kehamilan) 50 peratus disumbangkan lelaki dan selebihnya pula wanita.
Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua
pakar kesuburan di seluruh dunia kerana memperkenalkan teknologi
itu sekali gus memberi peluang baginda mendapatkan zuriat. Saya
memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana permintaan dan doa
saya didengari dengan bantuan teknologi IVF, Ketika menjalani rawatan
berkenaan peratusan kejayaan hanya 20 peratus saja. Yakin kepada
keajaiban Allah dan sains yang memberi harapan saya menimang cahaya
mata. Justeru, saya sering membantu wanita yang berhadapan dengan
situasi ini kerana saya tahu kos rawatan IVF adalah tinggi dan saya
juga tahu bagaimana perasaan pasangan. Sebab itu saya menubuhkan
Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada tahun 2004. TAFF bertujuan
membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan zuriat dan
sehingga kini telah ramai ditaja kos rawatan menjalani rawatan di Alpha
IVF menerusi dana TAFF.

HARAPAN KEPADA GENERASI BARU

Soalan 9: Apakah harapan Tuanku Permaisuri kepada generasi baru hari
ini?

17

BIMBINGAN MENARA GADING

AKADEMI MENARA GADING – YASA

Soalan 10: Akademi Menara Gading telah mencapai usia lebih 20 tahun
pengendaliannya. Kini terdapat lebih 1000 graduan daripada latar
belakang daif pelbagai etnik dari negeri Pahang telah berjaya dalam
pendidikan dan membina kerjaya yang hebat di Malaysia dan luar negara.
AMG adalah inspirasi bersama KDYMM Tuanku Al-Sultan Abdullah dan
Tuanku Permaisuri.

Boleh Tuanku Permaisuri berkongsi pandangan mengenai Akademi
Menara Gading serta harapan tentang program ini untuk membangunkan
remaja?

18

BIMBINGAN MENARA GADING

NASIHAT UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

Soalan 11: Mohon Tuanku memberi tips dan nasihat kepada kami semua
dan juga para pelajar untuk berjaya dalam apa jua lapangan?

PENUTUP

Saya berharap agar dengan coretan ini dapatlah dijadikan inspirasi
kepada para pembaca untuk sentiasa berusaha bagi memastikan
kejayaan dalam hidup. Perkongsian ini juga adalah satu cara untuk
meningkatkan motivasi semua kerana dalam kehidupan ini senantiasa
ada cabaran. Yang penting, perlu sentiasa berusaha dengan cara yang
bijaksana dan bertakwa atas segala usaha yang kita telah curahkan.
Manfaatkanlah segala maklumat dan ilmu daripada buku ini. Selamat
maju jaya.
Sekian, wassalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh.

19

BIMBINGAN MENARA GADING
20

BIMBINGAN MENARA GADING

• SEKSYEN 1 •

INTERVENSI
HOLISTIK

21

BIMBINGAN MENARA GADING
22

BIMBINGAN MENARA GADING

Akademi Menara
Gading – YASA

Prof Dato’ Dr Abdul Razaq Ahmad

Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN

Program Akademi Menara Gading ini dinaungi oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji
Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah
Sultan Iskandar Al-Haj. Akademi Menara Gading
merupakan suatu program intervensi jangka
panjang yang menggunakan pendekatan Multiple
Integrated-Intervention Module (MIIM-AMG). Ianya
telah dilaksanakan oleh Yayasan Al-Sultan Abudullah
(YASA) yang dulunya dikenali sebagai Yayasan Istana
Abdul Aziz (YIA). Program ini dilaksanakan sejak
tahun 1999 hingga kini hampir kepada dua dekad
merangkumi 10 kohort. Program ini juga dijalankan
dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia

23

BIMBINGAN MENARA GADING

(UKM). Pengurusan AMG dengan rendah hati menjunjung kasih Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua yang sentiasa menyokong
daripada segi idea dan kewangan setiap aktiviti yang dilaksanakan.
Sesungguhnya, Tuanku berdua meletakkan harapan tinggi kepada AMG
untuk membantu dan mengangkat taraf hidup anak-anak daripada
keluarga yang kurang bernasib baik di Negeri Pahang melalui program
kecemerlangan akademik dansahsiah diri yang sistematik ini.

MATLAMAT PROGRAM AMG

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan seorang graduan dari
keluarga miskin dan anak yatim serta murid Orang Asli di Negeri Pahang.
Selain daripada itu, AMG mengharapkan peserta-peserta program ini
akan dapat membantu keluarga mereka keluar daripada belenggu
kemiskinan

OBJEKTIF AMG

Objektif utama AMG untuk memastikan peserta-peserta yang terdiri
daripada pelajar kurang bernasib baik, anak yatim dan murid Orang
Asli yang mengikuti program ini dapat mencapai keputusan cemerlang
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seterusnya dapat
menjejakkan kaki ke menara gading, dalam atau luar negara. Untuk
mencapai matlamat tersebut, berikut merupakan pengisian program
tersebut:
i. Menyediakan program berasaskan “Multiple Integrated Intervension

Modules” yang dilaksanakan secara komprehensif dan jangka
panjang.
ii. Meningkatkan motivasi dan kepelbagaian kemahiran belajar secara
berterusan kepada semua peserta.
iii. Melatih kemahiran “soft skills” melibatkan motivasi, kemahiran
berfikir, kemahiran sosial, kemahiran komunikasi, kemahiran
kepimpinan serta sahsiah diri.
iv. Menerapkan nilai-nilai keagamaan dan patriotisme kepada semua
peserta.

24

AKADEMI MENARA GADING – YASA

v. Melatih kepimpinan, komunikasi dan team building kepada semua
peserta kearah kecemerlangan secara holistik.

vi. Memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar sekolah melalui
program mobiliti dalam dan luar negara.

vii. Melatih kemahiran keibubapaan kepada ibu bapa peserta bagi
membantu mencapai kecemerlangan anak masing-masing.

PEMILIHAN PESERTA AMG

Peserta-peserta program ini dipilih daripada kalangan pelajar tingkatan
empat yang bermastautin di Negeri Pahang, dengan kerjasama Jabatan
Pendidikan Negeri dan sekolah-sekolah di bawah Jabatan Pendidikan
Negeri. Sebelum berjaya dipilih, calon-calon akan melalui proses temu
duga dan perlu mengikuti kem pemilihan bagi memastikan mereka
calon yang tepat dan memenuhi kategori pelajar miskin, anak yatim dan
murid Orang Asli. Proses saringan yang ketat dilakukan memandangkan
jumlah tempat untuk program ini adalah terhad. Namun, bilangannya
tidak sama setiap tahun tetapi mengikut keperluan dan keupayaan
calon bagi setiap kohort.

JUSTIFIKASI PROGRAM INTERVENSI AMG

Program Intervensi ialah satu program bagi membekalkan perkhidmatan,
pendidikan dan sokongan kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam
perkembangan fizikal atau mental dan seterusnya akan mempengaruhi
pembelajaran mereka. Perkhidmatan atau program intervensi awal
yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar dan
keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan,
iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan
adaptasi (Sandler et.al, 2001) melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan,
seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat
sokongan untuk keluarga (Addison, 2003).

MODUS OPERANDI AMG

Pendekatan modus operandi Akademi Menara Gading adalah berdasarkan
12 modul kem yang dijalankan secara berterusan dan sistematik dalam

25

BIMBINGAN MENARA GADING

tempoh 2 tahun. Di mana para peserta yang dipilih dari Tingkatan 4
dibimbing secara berterusan hingga ke Tingkatan 5 bagi memastikan
mereka cemerlang khusunya dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan sahsiah
diri untuk memastikan peserta-peserta ini layak menjejakkan kaki ke
universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT).

MODEL MULTIPLE INTEGRATED-INTERVENTION MODULE
(MIIM) – AKADEMI MENARA GADING (AMG) [MIIM-AMG]

Pengurusan dan ahli akademik AMG telah berjaya membina satu
model yang dinamakan “Multiple Integrated-Intervention Module”
untuk membimbing peserta-peserta sehingga mencapai keputusan
cemerlang dalam SPM. Berdasarkan Rajah 2.1, Model Multiple
Integrated-Intervention Module (MIIM)-Akademi Menara Gading (AMG)
(MIIM-AMG) merupakan satu pendekatan jangka panjang dan sistematik
yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun bermula daripada tingkatan
empat hingga ke tingkatan lima. Model dan program ini dijalankan secara
bersepadu bagi memastikan semua peserta yang mengikuti program ini
cemerlang secara holistik.

Pendekatan dilaksanakan dalam dua bentuk komponen utama
iaitu komponen berdasarkan “camp-based” dan juga “learning center-
based”. Sebanyak 10 modul berdasarkan “camp-based” dilaksanakan
bagi meningkatkan motivasi kemahiran “soft-skills” dan kreativiti
belajar, disiplin diri serta kepimpinan. Ianya dilaksanakan dalam
tempoh tiga hingga tujuh hari bagi setiap kem dan dilaksanakan di
pelbagai tempat dan lokasi seperti universiti, sekolah berasrama penuh,
pusat latihan serta kem tentera. Antara kem-kem yang terlibat dalam
KOMPONEN UTAMA (Camp-based) ini Kem 1: Potensi Diri dan Pemilihan
Peserta; Kem 3: English Camp; Kem 5: Interpersonal dan Soft-Skills;
Kem 6: Fizikal dan Pengurusan Masa; Kem 7: Mobiliti Pelajar; Kem 8:
Kemahiran Belajar; Komunikasi dan Kepimpinan; Kem 9: Kecemerlangan
Milik Bersama MRSM dan SBP; Kem 10: Analisis Skor ‘A’; Kem 11: Psikologi
Peperiksaan dan Latih Tubi; dan Kem 12: Pemilihan Kerjaya dan IPT.
Keseluruhan komponen ini menggunakan pelbagai pendekatan modul
yang melibatkan kepelbagaian lokasi, kemahiran, penceramah dan juga
inovasi bagi memberi pendedahan dan latihan kepada para peserta
daripada segi akademik dan sahsiah ke arah kecemerlangan pelajar
secara holistik.

26

AKADEMI MENARA GADING – YASA

Rajah 1.1 Multiple Integrated-Intervention Module-AMG
Bagi komponen berdasarkan ‘Learning Center-Based’ yang
dijalankan di Learning Center AMG yang mempunyai kemudahan
pembelajaran yang sistematik adalah melibatkan dua kem iaitu Kem
2: Komprehensif Akademik dan Kem 4: Keibubapaan dan Kerohaniaan.
Kedua-dua kem ini akan dijalankan dari semasa ke semasa di Learning
Center AMG setiap hujung minggu dan cuti persekolahan. Kem 2:
Komprehensif Akademik akan melibatkan semua mata pelajaran
kritikal yang dikendalikan oleh guru-guru pakar yang terpilih bagi setiap
mata pelajaran. Setiap mata pelajaran akan ada 15 pertemuan secara
komprehensif dan setiap pertemuan mengambil masa lapan jam iaitu
8 pagi hingga 5 petang yang dilaksanakan di Learning Center AMG
Kuantan. Bagi Kem 4: Keibubapaan dan Kerohaniaan pula, diadakan dari
semasa ke semasa mengikut kesesuaian masa dan keperluan. Program
ini telah terbukti keberkesanannya bagi meningkatkan pencapaian
akademik serta penglibatan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan
pelajar AMG.

27

BIMBINGAN MENARA GADING

PENCAPAIAN PROGRAM AKADEMI MENARA GADING/
MIIM-AMG

Sejak program MIIM-AMG dilaksanakan pada tahun 1999, 10 kohort berjaya
dilaksanakan sementara 120 peserta bagi kohort ke-11 sesi 2020/2022
sedang mengikuti program ini. Peribahasa melayu mengatakan, “kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Pepatah ini sangat
bertepatan dengan program AMG. Hasilnya, sebanyak 1005 peserta telah
berjaya memasuki universiti dan IPT dalam dan luar negara dengan
mengikuti pelbagai kursus. Ramai yang telah bekerja di sektor awam
dan swasta khususnya dalam bidang profesional selain keusahawanan.
Antaranya, perubatan, perakaunan, perundangan, kejuruteraan,
pengurusan dan pentadbiran, pendidikan dan kemasyarakatan. Kejayaan
ini boleh dilihat seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1.1, Rajah 1.1 dan

Rajah 1.2.

Jadual 1.1 Pencapaian Peserta AMG ke Menara Gading Mengikut Kohort

Peserta-peserta Akademi Menara Gading Bilangan
mengikut Kohort Sesi Peserta Peratusan

Kohort I - X

Kohort 1 Temerloh, Jerantut 1999-2001 63 98 %
dan Bera
Kohort 2 2001-2003 75 100 %
Kohort 3 Rompin, Pekan dan Kuantan 2003-2005 81 100 %
Kohort 4 2006-2008 75 100 %
Kohort 5 Kuala Lipis, Raub dan Bentong 2008-2010 76 100 %

Kohort 6 Kuantan dan Pekan 2010-2012 165 100 %

Kohort 7 Kuantan dan Pekan 2012-2014 140 100 %
Kohort 8 2014-2016 120 100 %
Kohort 9 Kuantan, Pekan, Temerloh 2016-2018 100 100 %
Kohort 10 dan Balok 2018-2020 120 100 %

Kuantan dan Pekan

Kuantan dan Pekan

Kuantan, Pekan dan Temerloh

Kuantan dan Pekan

Jumlah Keseluruhan yang Berjaya ke IPT 1005 Peserta
Sumber: Data Analisis SPM AMG Kohort IX sesi 2016/2018

28

AKADEMI MENARA GADING – YASA

UM UPM

Luar Lain-lain UKM
negara IPTA/S
UPNM
UMS UIA UiTM
UniKL UMP
USM
USIM
UUM

UMT U n i S ZA Politeknik/
Kolej Profesional Mara

Rajah 1.1 Taburan Kejayaan Peserta AMG ke Institusi Pengajian Tinggi

Rajah 1.1 Taburan Kejayaan Peserta AMG Kohort I-VI

29

BIMBINGAN MENARA GADING

Jadual 2.1 menerangkan pencapaian pelajar peserta AMG mengikut
Kohort 1 hingga Kohort 10. Kohort yang dilaksanakan adalah berbeza
jumlahnya mengikut tahun tertentu. Pencapaian adalah berdasarkan
keputusan SPM di mana sebahagiannya mengikut program diploma dan
matrikulasi yang dikategorikan sebagai pelajar-pelajar yang berjaya
menjejakkan kaki ke menara gading. Data yang diperolehi adalah
berdasarkan pelajar-pelajar yang mengikuti keseluruhan program AMG
selama tempoh dua tahun.

PENERBITAN DAN PENYELIDIKAN

Selain program intervensi peserta-peserta, Pengurusan AMG telah
menggerakkan aktiviti penulisan dan penerbitan buku-buku bacaan
dan rujukan khususnya untuk generasi pelajar sekolah dan IPT. Bermula
dengan buku Bimbingan Menara Gading yang diterbitkan pada tahun 2000,
AMG terus aktif menerbitkan beberapa buah antaranya, Mahasiswa Abad
21 (2005), Buku dan Pendidikan (2005), Ke arah Penghayatan Membaca
(2005), Sejarah dan Pendidikan Sejarah (2007), Manual Belajar Bestari
dan Efektif; Tips Menara Gading (2009), Perjuangan ke Puncak (2011) dan
Pembangunan Pendidikan Orang Asli di Malaysia (2019).

Bagi mempelbagaikan aktiviti AMG, penyelidikan juga dijalankan
dari semasa ke semasa oleh ahli-ahli akademik UKM yang dilantik
oleh AMG. Antaranya, Kesan Modul Akademi Menara Gading Terhadap
Pembangunan Personalisasi Pelajar, Kemahiran Komunikasi dan
Penampilan Diri dan Motivasi Akademik dan Peraturan Diri dalam
Kalangan Pelajar Akademi Menara Gading. Dapatan daripada kajian
tersebut telah dapat memperbaiki dan memperkukuhkan program AMG,
seterusnya memberi manfaat kepada peserta.

PROGRAM INTERVENSI AMG

Program intervensi perlu dilakukan bagi meningkatkan pelbagai bentuk
kemahiran iaitu kemahiran mengubah sikap dan kemahiran “soft skills”
yang menjurus kepada komunikasi, kepimpinan, interaksi, dan juga
kemahiran yang berteraskan kepada pemikiran kreatif dan inovatif. Selain
daripada itu, dalam program AMG ini menerapkan nilai-nilai kerohanian,
patriotisme dan jati diri dalam membentuk pelajar yang holistik bagi

30

AKADEMI MENARA GADING – YASA

generasi akan datang. Dengan adanya sikap yang diterapkan dalam
program AMG ini secara langsung dapat meningkatkan kecemerlangan
akademik mereka. Program-program dan situasi seperti ini sangat sukar
diperolehi oleh pelajar yang kurang bernasib baik, miskin, anak yatim dan
murid Orang Asli kerana persekitaran sekolah dan rumah mereka kurang
mampu menerapkan kemahiran dan nilai ini. Berdasarkan pengalaman
mengendalikan program AMG ini, banyak perubahan yang telah berlaku
kepada sejumlah besar peserta. Terdapat pelajar yang dahulunya pasif
dan tidak mempunyai keyakinan diri, telah berubah kepada pelajar
yang lebih kreatif, kritis dan dapat menyumbang kemahiran kepada
masyarakat. Perubahan ini amat sukar dilakukan oleh pelajar sekiranya
dilakukan secara persendirian dan tanpa bimbingan yang sistematik.
Sebaliknya, memerlukan kepada suatu program komprehensif yang
berterusan dan kepakaran bagi menjayakan program ini.

KECEMERLANGAN AKADEMIK

Kecemerlanagn akademik tidak hanya boleh dicapai dengan work
hard atau work smart semata-mata namun, ianya memerlukan
perancangan yang menyeluruh melibatkan diri pelajar, guru yang
mengajar, persekitaran belajar dan hala tuju belajar. Aspek-aspek ini
sangat penting bagi menentukan kecemerlangan pelajar dalam bidang
akademik. Dalam konteks AMG, rata-rata pelajar yang dipilih dalam
program ini adalah terdiri daripada pelajar miskin, anak yatim dan
murid Orang Asli dan rata-rata tidaklah mempunyai pencapaian yang
cemerlang dalam peperiksaan sama ada Penilaian Menengah Rendah
(PMR) atau kini dikenali Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Namun
begitu, kecemerlangan mereka boleh diserlahkan melalui program yang
dirancang secara khusus dan sistematik selain daripada pembelajaran
mereka di peringkat sekolah. Program intervensi akademik ini adalah
berbeza dengan tuisyen sedia ada kerana pembelajarannya dilaksanakan
lebih fleksibel dan mengambil waktu yang panjang bagi setiap subjek.
Sebagai contoh, mata pelajaran Matematik atau Bahasa Inggeris dan
juga subjek-subjek kritikal diajar pada setiap hujung minggu atau cuti
persekolahan selama lapan jam iaitu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
di AMG Learning Centre. Dalam konteks ini, pada peringkat mulanya
para pelajar berasa begitu tertekan dan stres. Namun, selepas proses

31

BIMBINGAN MENARA GADING

dilaksanakan ianya telah menjadi budaya kepada peserta-peserta AMG.
Keadaan ini tentunya melatih kekuatan mental dan fizikal mereka bagi
memenuhi ciri-ciri kecemerlangan setiap pelajar.



Gambar 1.1 Kem Waja Diri Akademi Menara Gading melatih peserta tentang
disiplin, nilai dan integriti

Guru juga merupakan faktor utama dalam menentukan
kecemerlangan pelajar. Justeru, guru-guru yang dilantik oleh AMG dipilih
daripada guru-guru pakar dari seluruh tanah air, serta menunjukkan
kolaborasi dengan pensyarah yang terlibat dalam AMG ini bagi
membentuk satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan sesuai dengan keperluan masa dan tempat pelakasanaan
AMG ini. Selain daripada itu, faktor guru ini telah dikenal pasti banyak
membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar AMG.
Sebahagian besar pelajar AMG di peringkat PMR atau PT3 didapati lemah
dalam subjek Matematik dan subjek-subjek kritikal yang lain telah
dibantu dan berjaya mengubah keputusan mereka di peingkat SPM.
Malah, ada juga yang gagal dalam subjek Matematik di peringkat PMR
telah mampu mencapai keputusan A di peringkat SPM serta keputusan
positif dalam beberapa subjek kritikal lain.

32

AKADEMI MENARA GADING – YASA

REFLEKSI DAN SUATU PENGALAMAN

Akademi Menara Gading ini adalah satu program yang unik kerana ianya
dilaksanakan secara fleksibel dan sistematik. Program ini juga bertitik
tolak dengan pengalaman penulis atau pelaksana program ini merupakan
anak kampung yang dilahirkan dalam suasana persekitaran yang tidak
mendorong kepada kecemerlangan akademik dan juga kemahiran
“soft skills”. Di perkampungan Melayu di luar bandar hanya beberapa
keluarga yang berjaya mendidik anak-anak mereka hingga ke menara
gading. Tentunya, bilangan ini sangat kecil berbanding penduduk sebuah
kampung. Sebenarnya fenomena ini berlaku di semua perkampungan
Melayu khususnya di kawasan luar bandar.

Berdasarkan pengalaman menjayakan menara gading, terdapat
ramai peserta yang mengikuti program ini lahir dari kelompok keluarga
yang berjaya yang diwarisi namun peserta yang dikategori ini di luar dari
kelompok tersebut. Mereka tidak mempunyai matlamat yang jelas dan
cita-cita yang tinggi. Hal ini disebabkan oleh kekangan dan persekitaran,
AMG ini dapat membantu mereka keluar daripada persekitaran budaya
yang mendorong kepada kecemerlangan pendidikan. Di sini, saya ingin
berkongsi sedikit pengalaman peserta-peserta AMG. Apabila program
ini bermula pada tahun 1999, kebanyakan modul yang dilaksanakan
berbentuk try and error. Dalam proses membentuk modul tersebut
mengikut keperluan pelajar memang sukar kerana keperluan mereka
tidak sama dengan apa yang kita jangkakan. Kebanyakan peserta AMG
Kohort 1, lemah dalam Matematik dan Bahasa Inggeris yang merupakan
syarat asas ke universiti pada masa tersebut. Setelah dikenal pasti
dan diberi intervensi pembelajaran yang intensif akhirnya, hampir
keseluruhan mendapat A atau kepujian dalam Bahasa Inggeris.

PROGRAM MOBILITI AMG

Dalam program AMG, pendekatan program mobiliti ke luar negara turut
diadakan bagi meningkatkan lagi “soft skills” dan motivasi pelajar ke
peringkat yang lebih tinggi. Kita sering dimomokkan dengan berfikiran
di luar kotak namun kita jarang-jarang sekali untuk bertindak dengan
membawa pelajar ke luar kotak untuk berfikir tapi hanya duduk dalam
kotak dan berfikir di luar kotak. Dengan adanya program lawatan
ke beberapa buah negara iaitu Jepun, Korea, Indonesia dan Thailand

33

BIMBINGAN MENARA GADING

mahupun mobiliti dalam negara seperti mengadakan program “sit-in”
di asrama penuh dan universiti banyak memberi impak kepada motivasi,
kemahiran berfikir dan merupakan faktor yang paling penting dalam
menentukan kejayaan peserta.

Gambar 1.2 Program Akademi Menara Gading ke Jepun

Program AMG ke Jepun ini melibatkan peserta-peserta Kohort 9, di
mana seramai hampir 60 orang terlibat dalam program ini. Mereka
bukan sahaja diberikan pendedahan kepada suasana Jepun tetapi juga
masyarakatnya yang amat mementingkan disiplin diri dan bekerja
kuat. Selain itu, mereka juga diberi peluang untuk sama-sama merasai
suasana belajar di sekolah menengah dan Universiti Takushoku di Jepun.
Pengalaman secara “hands-on” ini telah banyak mengubah cara fikir
dan cara belajar para peserta AMG, dan seterusnya merubah kepada
kecemerlangan diri dan akademik pelajar.

Sebahagian pelajar AMG telah diberi peluang mobilti sambil
belajar di Korea Selatan, hampir 60 org peserta telah mengikuti sesi
persekolahan sewaktu lawatan ke sana di beberapa buah sekolah
menengah seterusnya membuat lawatan ke beberapa buah universiti.
Pengalaman ini juga telah merubah cara fikir pelajar di mana bagi
mencapai kecemerlangan setiap individu perlu seiring dengan usaha
yang kuat atau bersungguh-sungguh serta berfikir dengan pantas.
Selain itu, program mobiliti ini telah melonjak daya fikiran dan daya
saing peserta bukan sahaja di peringkat nasional malahan di peringkat
antarabangsa.

34

AKADEMI MENARA GADING – YASA

Gambar 1.3 Program Akademi Menara Gading ke Korea

Selama lebih 20 tahun mengendalikan AMG ini, pelbagai cabaran
dan pengalaman yang telah dilalui khususnya melibatkan para peserta.
Di sini, penulis ingin berkongsi pengalaman beberapa peserta yang telah
beroleh kejayaan hasil mengikuti program AMG ini.

PENGALAMAN AMG KES 1: MURID ORANG ASLI

Pengalaman yang saya tidak lupa dalam AMG ini di antaranya
melibatkan murid Orang Asli Kohort 4 pada sesi 2006/2008, seramai 10
orang murid Orang Asli yang mengikuti program pada masa tersebut,
hanya enam orang sahaja berjaya menjejakkan kaki ke menara gading
dan bekerja sebagai akauntan, guru dan penolong pegawai perubatan
manakala empat orang lagi tidak dapat meneruskan pengajian kerana
mereka mengambil keputusan untuk berkahwin awal. Salah seorangnya
adalah Sulin bin Debot yang sekarang sedang bekerja sebagai penolong
akauntan di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kuala Lumpur
dan tahun ini akan melanjutkan pelajaran ke Australia. Sulin Bin
Debot ini pada mulanya telah menarik diri dari AMG kerana kawasan
tempat tinggalnya terlalu jauh di kawasan pedalaman dan tidak dapat
mengikuti kelas hujung minggu dan program-program AMG. Oleh itu,

35

BIMBINGAN MENARA GADING

pihak AMG telah berbincang dengan keluarga beliau untuk menanggung
kos pengangkutan dan berulang-alik ke AMG selama dua tahun dan
seterusnya, Sulin ini mencapai kejayaan seperti murid-murid lain. Selain
Sulin, terdapat beberapa pelajar Orang Asli yang mengikuti program ini
telah berjaya menjejak kaki ke menara gading. Antaranya, Mahsuri yang
berjaya mendapat keputusan cemerlang dan melanjutkan pengajian ke
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

PENGALAMAN AMG KES 2: DUA AIMAN

Cerita kedua pula ialah Dua Aiman, Aiman 1 pelajar AMG Kohort 5
dan Aiman 2 Kohort 8. Bagi Aiman 1 Kohort 5, walaupun keputusan
PMRnya hanya mendapat 2A, beliau kemudiannya berjaya mendapat
keputusan 6A SPM dan Gred 4.0 Matrikulasi. Beliau kini sedang bertugas
sebagai doktor di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Sukacita
dimaklumkan bahawa terdapat tiga orang doktor hasil AMG yang kini
bertugas di Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA) tersebut termasuklah
Doktor Atikah Abdul Manaf dan Dr. Loi. Selain mereka, ramai lagi peserta
AMG yang berjaya dan menamatkan pengajian bidang perubatan seperti
Dr Raziqiu Safieyyah Abu Wahid, Dr Nursyikin Adilah Hamad, Dr Aikah
dan Dr Nurul Husna Isahak.

Gambar 1.4 Pembelajaran Bahasa Inggeris secara interaktif di
Akademi Menara Gading

36

AKADEMI MENARA GADING – YASA

Kisah Aiman, peserta Kohort 8 ini amat menyentuh hati.
Ayahnya mengalami lumpuh, ahli keluarganya ramai, manakala ibunya
membanting tulang mengambil upah membasuh kain di rumah jiran
berdekatan untuk kelangsungan hidup keluarganya. Pada peperiksaan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Aiman telah gagal semua
mata pelajaran tetapi setelah dibantu melalui AMG ini, Aiman telah
mendapat 8B+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dan
mendapat tawaran Matrikulasi tetapi beliau membuat keputusan untuk
mengikuti program Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan dalam
bidang kejuruteraan. Kini, beliau telah bekerja serta dapat membantu
keluarganya, Alhamdulillah.

Gambar 1.5 Mobiliti AMG bersama pelajar Jepun di di Kyusyu, Jepun

PENGALAMAN AMG KES 3: DUA PELAJAR BERNAMA
ATIKAH

Atikah, pelajar Kohort 5 ini pula mempunyai adik-beradik yang ramai
dan masih kecil iaitu enam orang. Ayahnya bekerja sebagai buruh Alam
Flora, manakala ibunya sebagai suri rumahtangga. Rumahnya pula
hanya mempunyai dua bilik yang perlu dikongsi oleh ahli keluarganya.
Kekurangan ruang tersebut menyebabkan dia terpaksa belajar dan

37

BIMBINGAN MENARA GADING

tidur di ruang tamu. Tetapi, selepas mengikuti AMG, beliau berjaya
mencapaikan keputusan cemerlang dan melanjutkan pengajian di
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Manakala Atikah yang
kedua pula, merupakan anak yang telah ditinggalkan ibu dan ayahnya
sejak usia kecil. Beliau dibesarkan oleh neneknya dan hanya menjual
kuih untuk menampung kehidupan mereka. Dia tinggal nun jauh di
pedalaman Bukit Goh. Kesusahan hidup yang dilaluinya tidak langsung
mematahkan semangatnya untuk belajar dan berjaya. Dengan mengikuti
program AMG, beliau telah berjaya mendapat 9A dalam SPM dan berjaya
melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Farmasi.

Sebenarnya, banyak lagi kisah yang tidak boleh dilupakan dalam
membantu mendidik peserta AMG yang rata-rata mempunyai pelbagai
latar belakang sosioekonomi dan persekitaran yang miskin dari luar
bandar. Dengan adanya Program AMG ini, telah membuktikan bahawa
mereka yang kurang bernasib baik boleh berjaya jika dibimbing dengan
cara yang betul, sistematik dan komprehensif.

PENUTUP

Program AMG ini merupakan intervensi jangka panjang yang
komprehensif serta dijalankan secara sistematik dengan matlamat
untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik supaya
cemerlang dalam akademik dan seterusnya, berpeluang menjejakkan
kaki ke menara gading. Akhirnya dengan harapan, dapat membawa
mengeluarkan keluarga mereka daripada persekitaran kemiskinan.
Menjadi harapan warga AMG khususnya, Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku berdua untuk melihat program ini dapat dikembangkan ke
peringkat nasional supaya dapat memberi peluang kepada lebih ramai
pelajar miskin, anak yatim dan murid Orang Asli mengikuti program
seumpama ini di seluruh negara.

38

AKADEMI MENARA GADING – YASA

Kepelbagaian
Intervensi Untuk
Kecemerlangan

Prof Madya Dr Mohd Mahzan Awang

Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN

Mempimpin kecemerlangan adalah satu kemestian
untuk setiap insan. Allah swt menciptakan manusia
di dunia sebagai pemimpin kepada diri, keluarga,
komuniti dan masyarakat dalam pelbagai konteks.
Individu yang berjaya dalam kehidupan adalah
individu yang mampu memimpin diri mereka dengan
baik selari dengan tuntutan Ilahi. Bagi memimpin
kejayaan, setiap individu hendaklah dididik dengan
holistik yang bukan sekadar kejayaan akademik
semata-mata tetapi ia hendaklah lebih daripada
itu termasuklah komponen emosi, rohani, jasmani,
intelek, sosial dan pelbagai kemahiran. Sekolah
menyediakan satu platform kepada setiap individu
bertemu dengan pelbagai kelompok personaliti serta
menyediakan banyak bentuk pembelajaran secara
rasmi dan tidak rasmi. Sekolah yang cemerlang
lazimnya memiliki budaya kecemerlangan sendiri.
Individu yang dibesarkan di sekolah cemerlang

39

BIMBINGAN MENARA GADING

telah dilazimkan untuk bertingkahlaku sebagaimana tingkahlaku
orang berjaya – adat bercakap dengan guru, penampilan yang kemas,
susunan giliran pidato, kepatuhan pada masa, mengurus aktiviti sekolah
dan mengadakan mesyuarat rasmi dengan pelbagai agensi – adalah
antara budaya di sekolah cemerlang. Sekolah yang hebat juga memiliki
budaya yang menampilkan kecemerlangan setiap individu dalam
komuniti sekolah itu. Banyak kajian pendidikan menunjukkan bahawa
persekitaran belajar membantu pencapaian dalam pendidikan yang
baik. Faktor keupayaan individu tidak mencukupi untuk berjaya dalam
hidup kerana ia memerlukan suasana persekitaran yang cemerlang.
Kajian-kajian dalam sosiologi pendidikan menunjukkan bahawa
kepelbagaian intervensi dalam pendidikan adalah antara faktor yang
menentukan kejayaan dan kecemerlangan. Hal ini kerana setiap individu
memiliki kepelbagaian potensi kendiri yang perlu dikembangkan
dan diketengahkan. Kepelbagaian potensi ini akan membina satu
persekitaran pembelajaran yang produktif kerana setiap individu perlu
memiliki kemahiran untuk berkompromi dengan individu lain dalam
memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif terbina. Pasukan
bola sepak seperti Manchester United, Liverpool, Chelsea dan Bayern
Munich merupakan antara contoh bagaimana potensi individu diraikan
dengan pelbagai bentuk kompromi untuk menjadikan pasukan tersebut
cemerlang dalam liga antarabangsa. Kepelbagaian intervensi dalam
memastikan kecemerlangan pasukan bola sepak ini adalah contoh peri
pentingnya kepelbagaian intervensi yang bersesuaian dengan matlamat
posisi dalam kedudukan perlawanan bola sepak. Pastinya, intervensi
untuk penjaga gol adalah berbeza dengan pemain di bahagian depan,
tengah dan pertahanan. Begitu jugalah dalam merancang kejayaan yang
cemerlang, ia memerlukan kesesuaian intervensi berdasarkan individu.
Langkah pertama adalah mengenalpasti potensi dan bakat individu.

KENALPASTI POTENSI DIRI

Analisis SWOT (Strenght, Weakness, Opportunity & Threat) adalah satu
model analisis yang sering digunakan dalam bidang perniagaan. Model
SWOT ini boleh dimanfaatkan oleh setiap individu untuk mengenalpasti
empat dimensi diri sebagai satu kaedah merancang kejayaan.

40

KEPELBAGAIAN INTERVENSI

Kekuatan (Strenght) Kelemahan (Weakness)

Apakah kekuatan anda? Apakah kelemahan anda?
Apakah bakat anda? Apakah yang sering anda
Pakah potensi anda?
rasa teramat sukar?

Peluang (Opportunity) Ancaman (Threat)

Apakah peluang yang ada? Apakah ancaman kepada anda?
Apakah sumber yang Apakah yang menjadi saingan
boleh manfaatkan?
kepada kejayaan anda?

Jadual 2.1 Analisis Kendiri berdasarkan Model SWOT

Jadual 2.1 memberi satu garis panduan untuk setiap individu
berusaha mengenal diri sendiri. Bagi mengenalpasti kekuatan diri, setiap
individu perlu merenung semula berkaitan dengan apakah perkara
yang dilakukan adalah terbaik dan sering mendapat perhatian positif
daripada orang sekeliling. Kadangkala boleh bertanya sahabat rapat, ibu
bapa dan guru di sekolah berkaitan dengan bakat anda. Adakalanya, kita
sukar mengelapsti bakat dan potensi diri sehinggalah ada seseorang
memberitahu kita. Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah ada
menyediakan khidmat mengenalpasti bakat individi. Ada kit ujian
tapisan minat dan kecenderungan bidang pekerjaan masa depan yang
berdasarkan personaliti individu di sediakan di unit tersebut. Manfaatkan
peluang yang ada ini. Peluang yang ada sebeginilah yang disebut
sebagai peluang (opportunity) dalam model analisis SWOT. Peluang
amat banyak di sekeliling anda. Kemudahan internet membolehkan
anda meneroka pelbagai peluang yang ada. Umpamanya anda telah
kenalpasti diri anda sebagai orang yang lemah dalam bahasa Inggeris
(disebut sebagai weakness dalam analisis SWOT), maka apakah peluang
yang ada? Dunia internet menyediakan banyak media social untuk anda
berhubung dengan rakan sebaya di setiap pelosok dunia sebagai satu
cara menggunakan bahasa Inggeris dengan penutur jati. Situasi sebegini
menjadikan ia satu pelaziman dalam penggunaan bahasa Inggeris
bersama penutur jati meningkatkan perbendaharaan kata, kesesuaian
penggunaan sesuatu istilah serta memberi banyak input bermanfaat.
Namun, anda peru berhati-hati dalam komunikasi media sosial kerana

41

BIMBINGAN MENARA GADING

boleh menjadi ancaman kepada (threat). Ancaman ini perlu diawasi
kerana keseronokan berkomunikasi menerusi maya boleh mendedahkan
kepada ancaman serius dan juga boleh menjadikan anda ketagih untuk
bersosial secara maya sehingga lupa matlamat sebenar. Justeru, anda
perlu bijak mengurus pembelajaran sebegini dan juga memperuntukkan
masa yang seimbang antara belajar dan kehidupan sosial.

KEPELBAGAIAN INTERVENSI PENDIDIKAN

Intervensi pendidikan boleh dikategorikan kepada dua iaiatu intervensi
dalam bidang akademik dan intervensi pendidikan untuk kehidupan.
Intervensi akademik adalah berkait rapat dengan usaha meningkatkan
pencapaian dalam pembelajaran subjek akademik. Hakikatnya,
matapelajaran yang terkandung dalam kurikulum sekolah memerlukan
keupayaan kognitif dan keupayaan psikomotor. Keupayaan kognitif
adalah merujuk kepada kebolehan anda untuk mengetahui, memahami,
mengingati, membuat pertalian antara fakta, membuat penaakulan,
meramal, menghafal dan menyusun kronologi. Manakala keupayaan
psikomotor adalah melibatkan kemahiran antara gerak fizikal dan
pemikiran anda. Ia termasuklah kemahiran penyelesaian masalah
matematik, menulis karangan, membuat rumusan, menyusun ayat-ayat
dan menyiapkan projek. Dalam konteks matapelajaran Sijil Pelajaran
Malaysia, subjek-subjek berikut memerlukan daya kognitif yang tinggi
iaitu Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Biologi,
Tasawwur Islam dan Kesusasteraan. Subjek-subjek ini memerlukan daya
kognitif termasuklah mengingati fakta, memhamai konsep, menghafal
fakta, membuat rumusan dan hubungkait fakta. Maka intervensi untuk
subjek sebegini tentunya berbeza. Anda perlu banyak membaca,
berbincang dan berhujah untuk subjek-subjek sebegini. Hal ini kerana
ujian terhadap subjek ini memerlukan banyak unsur-unsur kognifif.
Berikut adalah beberapa teknik untuk membolehkan anda mengingati
fakta dengan baik:

i. Fahami dahulu maklumat sebelum anda membuat hafalan
sesuatu fakta kerana ia membantu anda memberi alasan kepada
diri kenapa perlu dihafal;

ii. Buat hubungan fakta itu dengan sesuatu yang anda telah ketahui
yang mana ia membantu anda untuk menambah ingatan pada
konsep yang sedia ada di minda anda;

42

KEPELBAGAIAN INTERVENSI

iii. Hafal fakta sebelum masuk tidur kerana banyak kajian
menunjukkan otak manusia cenderung memproses maklumat
yang diperoleh sebelum anda lelapkan mata;

iv. Uji kendiri dengan cara membuat recalling terhadap maklumat
dan fakta di mana-mana sahaja anda berada. Jangan lazimnyan
membuat recalling dalam setting yang sama kerana ia tidak
banyak membantu. Seringkali apabila waktu peperiksaan, kita
gagal membuat recalling kerana tidak dibiasakan dengan recalling
dan seringkali imej di otak yang terpapar adalah gambar buku
anda, lakaran nota dan bukannya fakta yang anda hafal;

v. Ulangan fakta yang dihafal dan sebarkan kepada rakan-rakan
kerana lagi banyak anda bercakap tentang fakta tersebut, lagi
teguh ingatan terhadap fakta itu;

vi. Wujudkan kumpulan belajar yang meletakkan sasaran hafalaz
dengan jelas. Kenalpasti aspek yang perlu dihafal dan difaham
kemudiannya jadikan ia satu target kumpulan anda;

vii. Lakukan pelbagai latihan yang berkaitan dengan subjek yang anda
pelajari;

vii. Gunakan pelbagai imej untuk hafalan kerana otak kita lebih cepat
mengingati imej;

ix. Kreatif dalam hafalan termasuklah menerusi irama lagu,
mnemonic, metafora dan analogi.

Bagi subjek yang memerlukan keupayaan gerakbalas kemahiran
dan pemikiran seperti Bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Mandarin,
bahasa Arab, Bahasa Tamil dan Bahasa asing – satu bentuk latihan
praktikal amat diperlukan. Subjek pembelajaran bahasa memerlukan
pelaziman penggunaan dalam pelbagai konteks kerana formula bahasa
adalah pelbagai dan luwes mengikut konteks. Biarpun ada formula
yang menjadi garis panduan, konteks penggunaan Bahasa menjadikan
formula tersebut tidak boleh digunakan. Umpamanya, dalam Bahasa
Melayu, terdapat kata majmuk yang telah mantap dan tidak boleh dieja
terpisah walaupun dalam formula asas Bahasa Melayu kata majmuk
perlu dieja terpisah. Malah ada kata majmuk yang diterima secara rasmi
dalam konteks negara kita seperti perkataan “Perdana Menteri” dan

43

BIMBINGAN MENARA GADING

bukannya “Menteri Perdana”. Maka, pembelajaran bahasa memerlukan
banyak latihan terbimbing dan dipraktikkan mengikut konteks. Subjek
Matematik, Kimia dan Fizik memiliki terlalu banyak formula dan
kemahiran yang diperlukan adalah bersyarat. Untuk membolehkan
anda menyelesaikan operasi tambah umpamanya, anda perlu mahir
dalam jujukan nombor. Untuk memahami proses bahagi, anda perlu
kuasai operasi darab. Dalam subjek Kimia umpamanya, kemahiran
mengenalpasti senarai keaktifan logam dan pengiraan ion adalah asas
untuk anda membuat persamaan kimia yang betul.

Intervensiakademiksahajatidakmencukupikeranaiamenjadikan
individu tidak seimbang dan terhad kecemerlangannya. Pelajar mungkin
boleh lulus cemerlang dalam peperiksaan tetapi berhadapan dengan
pelbagai kesukaran apabila menjejakkan kaki ke menara gading. Maka,
intervensi pendidikan untuk kehidupan perlu dilakukan secara holistik
dan berterusan. Dalam dunia baru, 10 kemahiran yang amat diperlukan
untuk membolehkan kejayaan cemerlang adalah:

i. Penyelesaian masalah kompleks

ii. Pemikiran kritikal

iii. Kreativiti

iv. Pengurusan manusia

v. Penyelerasan dengan orang lain

vi. Kepintaran emosi (Emotional intelligence)

vii. Membuat pengadilan dan keputusan (Judgement and decision
making)

viii. Orientasi khidmat (Service orientation)

ix. Perundingan

x. Keluwesan Kignitif (Cognitive Flexibility)

Persoalannya, bagaimanakah kemahiran-kemahiran ini digilap
dalam keadaan budaya persekolahan sedia ada? Bagaimana untuk
memastikan ia menjadi sebahagian daripada kelaziman anda agar
kesemua elemen tersebut menjadi kekuatan kepada anda. Ahli-ahli
sosiologi amat yakin bahawa hanya persekitaran sosial yang produktif
berupaya memberi kekuatan kepada individu untuk menguasai

44

KEPELBAGAIAN INTERVENSI

kemahiran-kemahiran tersebut. Teori Sistem Ekologi (Bronfenbrenner
2007) mengetengahkan lapisan persekitaran yang perlu diutuhkan untuk
membolehkan anda memiliki kemahiran tersebut.

Rajah 2.1 Teori Sistem Ekologi (Bronfenbrenner 2007)1

Intervensi bagi setiap lapisan dalam Teori Sistem Ekologi
(Bronfenbrenner 2007) memerlukan pendekatan yang berebeza kerana
setiap individu memiliki corak interaksi dan pengaruh dalam lapisan
yang berbeza-beza. Dalam lapisan microsystem, hubungan interaksi
langsung individu dengan ahli keluarga di rumah, guru-guru dan rakan
seaya di sekolah, hubungan social di rumah ibadat dan perkhidmatan
kesihatan memberi ruang sokongan berdasarkan ikatan social. Pastinya
kemahiran berinteraksi dengan individu yang ada pertalian darah adalah
berbeza dengan individu yang tidak dikenali. Maka, keselasaan atas
dasar telah biasa dengan individu tersebut menjadikan banyak aspek
yang perlu dikuasai. Wujud rasa hormat dan juga anda telah dilatih cara
untuk menghormati termasuklah penggunaan nama panggilan, cara
bersosial dengan mereka dan juga pelbagai kemahiran lagi yang telah
dilazimkan ekoran daripada perhubunan rapat. Namun, bagaimana pula
anda ingin berhubung dengan rakan kepada ibu bapa anda? Bagaimana
anda berupaya berunding dengan rakan sekolah lain ketika mengurus

1 Imej awam daripada https://bronfenbrennerproject.wordpress.com/category/real-
life-examples/ (11 Mei 2020)

45

BIMBINGAN MENARA GADING

sesuatu pertandingan? Sejauhmana kemahiran anda untuk berurusan
dengan keluarga sahabat anda dalam kes-kes tertentu? Kesemua inilah
yang dijelaskan dalam lapisan mesosystem yang memerlukan gaya
dan bentuk intervensi berbeza. Adakalanya, anda berdepan dengan
situasi yang berbeza dengan rakan anda kerana berlaku musibah
dalam keluarga. Bagaimana anda akan berhadapan dengan situasi
ini? Bagaimana pula jikalau keluarga anda secara tiba-tiba terpaksa
pindah dan meninggalkan anda di asrama sekolah kerana kedudukan
sekolah yang jauh dengan tempat kerja ibu bapa? Perubahan konteks
social sebegini dijelaskan dalam lapisan exosystem yang mana ia
menentukan cara intervensi yang berbeza. Perubahan dalam suasana
budaya dan politik turut mennetukan bentuk intervensi yang berbeza
bagi setiap individu. Umpamanya perubahan dalam sistem penilaian
peperiksaan SPM akan membuatkan anda memerlukan satu bentuk
latihan yang berbeza. Ia dihuraikan sebagai lapisan macrosystem dalam
teori tersebut. Dalam lapisan chromosystem, teori ini menjelaskan
tentang dimensi masa. Ada individu yang berada dalam kehidupan sukar
ketika kecil malah ada pernah didera memberi kesan kepada keupayaan
individu untuk berdepan dengan reality hidup ketika remaja. Maka,
intervensi untuk mereka adalah berbeza.

TIPS MENGURUS MASA UNTUK KEJAYAAN

Pengurusan masa yang efektif dapat menentukan kejayaan kepada diri.
Dikongsikan di sini tujuh tips pengurusan masa yang cemerlang bagi
membantu kejayaan anda.

Tips 1. Tentukan Matlamat

Menetapkan matlamat dalam kegiatan aktiviti harian, mingguan dan
tahunan akan dapat memberikan anda visi, fokus dan tujuan untuk
bertindak. Ia membantu anda mendapatkan pandangan yang lebih
jelas tentang perjalanan masa depan dan juga memberikan idea untuk
mengurus masa serta sumber yang ada ke arah matlamat tersebut.
Dengan menentukan matlamat juga, anda berupaya merancang aktiviti
yang bersesuaian dengan masa yang ada. Mulakan dengan menyoal diri
tentang apakah yang anda mahu dalam tempoh tiga bulan akan datang
atau enam bulan atau setahun akan datang?

46

KEPELBAGAIAN INTERVENSI

Tips 2. Susun Ikut Keutamaan

Memang sukar untuk menentukan keutamaan apabila kita ingin menjadi
cemerlang kerana kita merasakan semua aspek adalah penting. Jadi,
untuk mengenal pasti perkara yang paling utama, hendaklah melihat
semula kepada matlamat anda. Secara umumnya, dua soalan berikut
boleh membantu anda untuk menyusuan aktiviti mengikut keutamaan:
Pertama, tanya diri tentang kenapa anda melakukan aktiviti tersebut?
Kedua, tanya diri sejauh mana aktiviti yang ingin lakukan itu membantu
pencapaian matlamat anda. Maka, lakukan perkara yang paling utama
terlebih dahulu. Matriks keutamaan berikut boleh membantu anda
menentukan keutamaan untuk dilakukan.

Jadual 2.2 Matriks Keutamaan

SEGERA TIDAK SEGERA

PENTING Lakukan Segera Buat Jadual
Penting dan Lakukan Segera Penting dan Lakukan
- Kerja rumah Kemudiaan
- Tugasan Sekolah - Rujukan tambahan
- Demam/Sakit - Latihan
- Kes kecemasan - Kemaskini nota
- Bacaan tambahan

TIDAK PENTING Perlu Bantuan Abaikan
Tidak Penting tapi Perlu Tidak Penting dan Tidak
Lakukan Segera Segera
- Susun jadual kelab - Media sosial
- Beli tiket bas sekolah - Menonton TV
- E-mel tertentu - Permainan video
- Panggilan telefon tertentu - Lepak
- Berbual

47

BIMBINGAN MENARA GADING

Tips 3. Membuat Senarai Tugas

Senarai tugas adalah satu sistem peringatan yang memberitahu
anda tentang apa yang perlu dilakukan. Menyimpan senarai tugasan
membantu anda tetap teratur dalam merancang kehidupan. Ia membantu
menyelesaikan hal-hal yang kecil dan mengingatkan anda supaya tidak
lupa untuk melakukan hal-hal penting. Jangan hanya menyimpan semua
yang perlu anda lakukan di dalam kepala. Sebaliknya, buat senarai
tugasan. Rancang aktiviti harian, mingguan atau bulanan dan tanpalkan
di dinding yang kerap anda nampak. Susunkan keutamaan item di senarai
tersebut menggunakan matriks tersebut. Perlu tulis dengan jelas target
untuk anda siapkan dan pastikan anda memberitahu orang yang rapat
dengan anda kerana ia menjadi satu desakan psikologi kepada untuk
siapkan sebelum tarikh tersebut.

Tips 4. Waktu yang Produktif

Jadual dapat membantu daripada kekeliruan dan kehendak. Sekiranya
anda seorang yang bangun di awal pagi dan dapat melakukan aktiviti
yang produktif maka, anda perlu menyusun aktiviti dan tugasan yang
penting pada waktu pagi. Hal ini kerana waktu tersebut merupakan
waktu anda mampu untuk melakukan sesuatu yang kreatif dan
produktif. Namun, sekiranya kreativiti anda meningkat di waktu petang
maka lakukan tugasan yang penting di waktu petang dan tugasan santai
seperti melihat e-mel atau membalas panggilan telefon di waktu pagi.
Anda perlu memahami irama diri sendiri dan memanfaatkan masa
dengan aktiviti yang betul. Ingat, anda tidak mencari masa untuk perkara
penting tetapi, anda meluangkan masa untuk melakukan perkara
penting dengan penjadualan.

Tips 5. Satu Kerja Satu Masa untuk Hasil Berkualiti

Adakah anda merasakan masa menjadi lebih berkualiti jika anda boleh
melakukan banyak aktiviti di dalam satu masa, seperti bercakap di
telefon sambil melayari Internet dan mencatat nota. Multitasking
boleh menjejaskan kualiti kerja anda. Lakukan satu tugasan pada satu
masa. Menyiapkan satu tugasan sebelum tugasan yang lain membawa
kepada penggunaan masa yang lebih baik berbanding menghabiskan

48

KEPELBAGAIAN INTERVENSI

masa menyiapkan pelbagai tugasan di dalam satu masa. Sekiranya anda
lebih gembira dan cenderung untuk melakukan multitasking, anda perlu
dilatih.

Tips 6. Kurangkan Gangguan

Panggilan telefon dari rakan, media sosial, mesej mahupun berbual
dengan rakan ketika belajar atau menyiapkan tugasan merupakan
satu gangguan dan halangan kepada penggunaan waktu yang efektif.
Kegelisahan dan terleka akan menghilangkan tumpuan dan menghalang
anda daripada menyiapkan tugasan dengan baik. Ianya juga boleh menjadi
satu tekanan kepada anda. Oleh itu, kenal pasti gangguan yang dapat
menghalang anda daripada menyiapkan tugasan. Lakukan apa sahaja
yang boleh mengembalikan fokus anda seperti mematikan televisyen
dan menutup talian Internet atau meletakkan nota ‘Jangan Ganggu’ di
pintu masuk bilik anda. Anda perlu memaksimumkan produktiviti dan
menghargai masa yang ada.

Tips 7. Berehat dan Berdoa

Anda akan menghasilkan kerja berkualiti jika mendapat rehat yang
cukup dan baik. Jika anda belajar atau bekerja 8 hingga 10 jam maka,
anda perlu mencuri masa untuk berhenti dan berehat seketika. Rehat
yang baik adalah dengan mengerjakan solat dan berdoa. Dengan cara
ini, otak anda dapat berehat dan dapat berfikir dengan baik. Mengambil
masa untuk rehat bukan bermakna anda membuang masa. Ia adalah
pengurusan masa yang pintar. Anda menghasilkan kerja berkualiti
apabila anda berehat dengan baik. Anda lazimkan berdoa ketika berehat
dan lazimkan juga mengerjakan solat sewaktu berhenti rehat. Anda
boleh menetapkan masa untuk mengingatkan anda apabila masa rehat
telah habis. Aktiviti mereggangkan badan seperti berjalan kaki dan
senaman ringkas juga membantu menyegarkan kembali anda. Ini dapat
membantu badan dan minda anda kekal cergas. Jangan lupa untuk makan
kerana otak dan badan anda tidak boleh berfungsi secara optimum jika
perut kosong. Anda juga perlu bersikaf realistic dan fleksibel. Anda tidak
boleh merancang untuk segala-galanya. Rintangan dan cabaran yang
tidak diingini pasti akan timbul. Anda perlu lebih bersikap terbuka dan

49

BIMBINGAN MENARA GADING

fleksibel. Jangan menyerah kalah. Anda perlu menyediakan rancangan
dan jadual yang lain bagi merealisasikan impian anda jika rancangan
sedia ada gagal menjadikan anda mencapai matlamat anda.

PENUTUP

Dalam mengejar kejayaan, perlulah dirancang dengan baik, bersahabat
dengan orang cemerlang, berada dalam kelompok yang inginkan
kejayaan, hormati guru, pupuk sikap murni, lakukan sesuatu bersungguh-
sungguh, jangat cepat berputus asa dan berdoa. Ingatlah bahawa dunia
ini adalah tempat untuk manusia mengurus kejayaan dengan cemerlang.
Kisah hidup setiap individu adalah pelbagai namun bagaimana individu
mengurus hidup memberi natijah yang berbeza. Matlamat kejayaan
dan kecemerlangan bukan sekadar untuk kehidupan dunia namun jauh
daripada itu adalah bagaimana kejayaan dan kecemerlangan dunia ini
menjadi modal untuk kecemerlangan pada hari-hari kemudian. Kata-
kata hikmah Aristotle “The roots of education are bitter, but the fruit is
sweet”, semoga anda semua berjaya dengan cemerlang!

50


Click to View FlipBook Version