BIMBINGAN MENARA GADING
Pembelajaran Bersama
Rakan Sebaya
(Peeragogy) Akademi
Menara Gading (AMG)
Prof Madya Dr Jalaluddin Abdul Malek
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGENALAN
Pembelajaran bersama rakan sebaya (Peeragogy)
merupakan kaedah pembelajaran yang melengkapkan
kaedah pedagogi dan andragogi. Jiwa remaja sangat
mudah dipengaruhi oleh rakan taulan yang rapat
dengan mereka. Pelajar Akademi Menara Gading
(AMG) merupakan remaja yang mempunyai ramai
rakan taulan setiap kohort pengambilan iaitu tidak
kurang daripada 100 orang setiap kohort. Oleh itu,
pembelajaran “Peeragogy” sangat sesuai diperkenalkan
dan diteruskan dalam usaha memantapkan lagi
program AMG. Perbincangan ini mencadangkan satu
kaedah dan teknologi belajar bersama-sama bersama
rakan. Dalam bahasa Melayu ianya disebut Peeragogi.
Peeragogi juga mengamalkan sukatan pelajaran
dan aktiviti pembelajaran mengguna media dalam
talian untuk belajar bersama dan berkongsi ilmu
pengetahuan bersama rakan-rakan sebaya.
51
BIMBINGAN MENARA GADING
MAKNA PEERAGOGI
Peeragogi bermaksud secara “Peribadi” menyokong dan membantu
“rakan sebaya” dalam pembelajaran. Peeragogi dapat memupuk
budaya membantu dan memberi sokongan sehingga menjadi
inspirasi dalam hidup yang lebih berkembang, responsif dan menjadi
pelajar yang cemerlang. Peeragogi adalah rangkaian pembelajaran
antara peribadi kepada individu yang lain. Peeragogi merupakan
usaha membina rangkaian pembelajaran berkumpulan. Peeragogi
menjelaskan bagaimana rangkaian pembelajaran peribadi yang kuat
dapat menyumbang dan berkembang kepada rangkaian pembelajaran
rakan sebaya yang berkesan. Peeragogi merupakan nilai tambah kepada
pedagogi dan andragogi.
Maksud “Peer” ialah menyokong “peribadi” atau individu. Manakala
‘gogy’ ialah pendidikan atau bimbingan. Gabungan antara kedua
perkataan ini disebut “Peeragogy” atau Peeragogi dalam bahasa Melayu.
Ini bermakna Peeragogi adalah usaha kerjasama untuk membangun
rancangan bersama secara kolektif dalam kumpulan. Melalui usaha
peeragogi ini pelajar dapat mencari penyelesaian persoalan pengetahuan,
praktikal yang betul serta mempunyai sesuatu untuk dipelajari. Lebih-
lebih lagi, jika antara pelajar sendiri bersedia meminta bantuan dan
menawarkan bantuan kepada orang lain, maka pembelajaran setiap
pelajar akan lebih meningkat. Peeragogi ialah bentuk pembelajaran
interpersonal yang berkesan dan penting dalam membina rancangan
pembelajaran pelajar supaya lebih berkesan.
Peeragogi merupakan teknik spesifik yang boleh gunakan
untuk membina kumpulan pembelajaran rakan sebaya pelajar. Makna
Peeragogi yang mana merujuk kepada “ paragogi “, adalah amalan
terbaik pembelajaran rakan sebaya yang berkesan untuk pelajar.
Peeragogi juga merupakan teori pembelajaran dan pengajaran yang
berbentuk “peer-to-peer” yang membicarakan bagaimana rakan sebaya
boleh menyokong aspek pembelajaran kendiri (Danoff). Peeragogi
juga merujuk hubungan “peer-to-peer” di ruang siber yang mempunyai
banyak kandungan pembelajaran yang berkualiti tinggi, malah dapat
berhubung dengan berjuta-juta pelajar di Internet, yang menjadi nilai
tambah kepada pendidikan menengah dan pendidikan tinggi (Schmidt).
Ini bermakna peeragogi adalah pembelajaran berasaskan rakan sebaya
52
PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA
atau pembelajaran antara pelajar dengan rakan yang lain. Peeragogi
mengiktiraf kuasa hubungan rakan sebaya dalam membentuk
pertumbuhan profesional dan siasah peribadi pelajar.
Peeragogi diasaskan berdasar prinsip andragogi yang merangkumi
aspek seni dan sains bagaimana orang dewasa belajar. Ia mempunyai
akar dalam refleksi yang lebih mendalam yang berlaku apabila rakan-
rakan sebaya bertukar idea, pemikiran dan pandangan mengenai topik
pembelajaran tertentu. Pembelajaran berasaskan peeragogi juga
berfungsi sebagai pemangkin kepada kewujudan perspektif yang berbeza
dan menjana berbagai hujah tentang tafsiran, makna dan penerapan
topik pendidikan dengan lebih luas dan tepat (Malcolm Knowles).
Kesimpulannya, Peeragogi merupakan satu pendekatan
pembelajaran rakan sebaya yang berkembang daripada psikologi kognitif,
dan diterapkan dalam kerangka pendidikan arus perdana. Pembelajaran
Peeragogi adalah satu amalan pendidikan di mana pelajar berinteraksi
dengan pelajar lain untuk mencapai matlamat pendidikan yang lebih
berkesan dan responsif terhadap kehendak semasa.
WACANA KONSEP DAN TEORI PEERAGOGI
Konsep Peeragogi
Konsep Peeragogi berdasar kepada idea dan pengalaman Corneli (2016)
telah mencerminkan teori berkongsi kuasa (memperkasakan pelajar).
Prinsipnya, semakin ada tindakan memberi kuasa guru kepada pelajar
menguasai sendiri ilmu pengetahuan dan mendorong mereka untuk
mengambil lebih banyak tanggungjawab untuk pembelajaran mereka
sendiri, maka semakin mendorong guru mengubah bagaimana reka
bentuk pengajaran supaya sesuai dengan keadaan keperluan pelajar.
Ini bermakna kaedah pedagogi dan andragogi itu berkembang melalui
peeragogi seperti wujudnya pembelajaran berpusat pelajar serta
pembelajaran berasaskan alam sekeliling. Selain itu, konsep peeragogi
menghasilkan budaya berkongsi interaktiviti dan kerjasama antara
pelajar. Membentuk budaya bekerjasama dan kolaboratif sebagai
satu pasukan dengan pelajar lain di dalam kelas dan di luar kelas.
Implikasinya, akan lahir pelajar yang bertanggungjawab dan mampu
berkongsi pengetahuan serta amalan hasil proses kolaborasi tadi dan
bukan hanya sebagai penonton untuk menikmati hasil akhir sahaja.
53
BIMBINGAN MENARA GADING
Prinsip peeragogi juga berasas kepada berkongsi tanggungjawab.
Semua pelajar dan kumpulan mereka mengambil tanggungjawab setiap
minggu untuk menyampaikan perkara-perkara utama teks pembelajaran
dan membantu guru dengan melibatkan diri dalam perbincangan kelas
mengenai sesuatu pembelajaran. Peeragogi juga bermakna bersama
iaitu pelajar bersama datang ke dalam ruang siber (Ubuntu) dengan
amalan seperti bereksperimen dengan kursus-kursus yang diberikan
secara sendiri melalui dalam talian yang dapat dikongsi bersama rakan
yang lain. Ini seterusnya dapat merealisasikan prinsip peeragogi iaitu
berkongsi pengetahuan seperti guru mengajar para pelajar dan waktu
yang sama guru sendiri belajar daripada mereka. Implikasi seterusnya
motivasi pelajar itu sendiri meningkat dan mereka menjadi kuat
menghadapi berbagai dugaan dan cabaran. Daripada segi kemahiran
para pelajar yang mengamal peeragogi mampu mencipta teknik baharu
pembelajaran dan rekacipta produk. Komitmen “mewujudkan bersama”
iaitu prinsip peeragogi mengubah corak kerjasama antara rakan sebaya
menjadi lebih akrab. Pengalaman pelajar juga bertambah sehingga
berjaya keluar dari kotak pembelajaran tradisional dan memberi nilai
tambah kepada sistem pendidikan tradisi.
Ketika menyertai projek penyelidikan Peeragogy, Corneli dan
Danoff (2011) telah melakukan penilaian ringkas tentang apa yang
membuatnya beralih kepada prinsip pembelajaran peeragogi. Pertama,
disebabkan konteks di mana peeragogi menepati keperluan pendidikan
dan pembelajaran masa hadapan. Kedua, kerana masa dan urutan di
mana pembelajaran secara peeragogi lebih menyeronokkan apabila
pelajar boleh membuat tugasan dengan lebih cepat tanpa menunda
pada tugasan yang lain. Ketiga, kerana pengukuhan sosial, iaitu hasilnya
mendapat petua dari rakan sebaya tentang bagaimana menjelajah dan
tular maklumat daripada alam siber misalnya, dapat mencari fakta
dan maklumat yang berbagai dari rakan dalam dan rakan luar negara
melalui Internet. Keempat, kerana kesedaran pengalaman itu sendiri.
Daripada proses peeragogi ianya menyedarkan para pelajar tentang
cara membaca, menulis dan mengira dengan lebih betul daripada rakan
sebaya. Tingkat keupayaan kaedah berfikir aras tinggi (High order of
thinking) semakin mahir dan matang.
Ini bermakna pada prinsipnya peeragogi memanfaatkan tiga
perkara. Pertama, kepakaran pelajar sendiri semakin bertambah
54
PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA
kerana secara profesional mempunyai pengetahuan dan pengalaman
yang relevan di luar sana dan disesuaikan dengan pedagogi dalam
bilik darjah. Budaya kecemerlangan rakan sebaya telah mendorong
pelajar mengubah sikap dan siasah mereka. Kedua, kemahuan dalaman
(intrinsic) pelajar datang sendiri untuk memperbaiki kelemahan
masing-masing. Dalam usaha membantu rakan sebaya, mereka
lebih cepat mahu sendiri memperbaiki diri dan mampu membantu
orang lain. Bekerjasama dan kolaborasi dengan rakan sebaya diakui
mampu meningkatkan akauntabiliti bersama untuk menghasilkan
pembelajaran yang menuju kecemerlangan. Ketiga, dapat menangani
isu-isu khusus dalam organisasi dan diri pelajar itu sendiri. Apabila
isu khusus seperti kemiskinan dapat diatasi menurut dunia sebenar
para pelajar melalui bantuan rakan-rakan ianya memudahkan mereka
membuat penyesuaian pembelajaran serta meningkatkan potensi
untuk pemindahan pembelajaran tanpa mengganggu keperluan urusan
harian mereka. Penglibatan dalam pembelajaran oleh pelajar miskin
dapat dimanfaatkan apabila mereka tidak merasa bimbang tentang
kekurangan yang mereka hadapi berbanding rakan sebaya, sebab
mereka saling bantu membantu (Dewey 2004).
Kesimpulannya, prinsip peeragogi mempunyai rangka kerja
yang mudah dilaksana oleh para pelajar tertakluk kepada lima syarat.
Pertama, mereka kenal pasti arahan dan matlamat yang sesuai untuk
pembelajaran masa depan. Kedua, mereka mempunyai kekuatan
luaran dan dalaman untuk melibatkan diri dalam bidang pembelajaran
yang hendak dipelajari. Ketiga, para pelajar kenal pasti matlamat
dan rancangan untuk penambahbaikan cara pembelajaran mereka.
Keempat, ada usaha pemantauan terhadap tindakan para pelajar supaya
disesuaikan dengan objektif dan matlamat seperti yang diperlukan
untuk mencapai matlamat mereka. Kelima, kemas kini matlamat supaya
bersesuaian dengan kemajuan pembelajaran dan pendidikan pelajar dari
semasa ke semasa.
Prinsip peeragogi juga memberi faedah yang maksimum kepada
komuniti seperti pelajar AMG khasnya. Sebelum dapat mengambil
prinsip yang dinyatakan, adalah penting untuk menyedari amalan
terbaik yang telah dibangunkan untuk komuniti rakan sebaya seperti
komunikasi dalam talian sama ada ianya bertema pendidikan atau tidak.
Kod etika amalan berkomunikasi dalam ruang siber misalnya, perlu
55
BIMBINGAN MENARA GADING
dikuatkuasa supaya perbincangan yang telus dan terbuka mencapai
objektif pembelajaran dan pendidikan yang betul-betul berkesan (Jean
Lave & Etienne Wenger… (tahun ?). Berdasar kepada tujuh saranan
yang disenaraikan di bawah ini ianya bertujuan untuk mencapai
keseimbangan berkomunikasi dan kolaborasi rakan sebaya sama
ada secara manual atau melalui reruang siber. Pertama, merancang
komuniti untuk berkembang secara semula jadi kerana sifat komuniti
seperti pelajar mempunyai kepentingan, matlamat dan tujuan yang
berbeza-beza. Kedua, mencipta peluang untuk dialog terbuka sama
ada di dalam atau dengan pihak luar demi mencapai manfaat bersama
dan boleh menangani perbezaan yang ada. Ketiga, disamping mencipta
peluang pihak terbabit perlu membenarkan tahap penyertaan yang
berbeza daripada komuniti pelajar. Dalam hal ini Vygotsky (1986)
mengenal pasti tiga tahap penyertaan utama. Pertama, kumpulan teras
yang terlibat secara aktif dalam komuniti melalui perbincangan dalam
projek pembelajaran dan pendidikan. Kumpulan ini biasanya mengambil
peranan kepimpinan dalam membimbing kumpulan lain. Kedua, tahap
kumpulan aktif yang menghadiri dan menyertai secara teratur, tetapi
tidak kepada tahap pemimpin.
Ketiga, kumpulan periferal sementara iaitu, mereka yang
merupakan peserta pasif dalam masyarakat pelajar, masih belajar
mengenai tahap penglibatan mereka. Wenger (tahun? ) menyatakan
bahawa kumpulan ketiga biasanya mewakili majoriti masyarakat.
Keempat, membangunkan ruang komuniti awam dan swasta dengan
masyarakat pelajar. Dalam hal ini aktiviti “benchmarking” dan
lawatan boleh dilakukan supaya dengan kerjasama agensi awam
dan swasta demi membincangkan, mendedahkan dan meneroka
idea baharu dalam kalangan komuniti pelajar. Kelima, memberi
fokus kepada nilai berkomuniti bersama rakan sebaya iaitu pelajar
secara jelas dapat membincangkan nilai dan produktiviti penyertaan
mereka dalam kumpulan. Keenam, menggabungkan kebiasaan dan
keseronokan dalam bimbingan rakan sebaya supaya peluang untuk
ahli membentuk pengalaman pembelajaran bersama-sama seperti
melalui “brainstorming” dan uji kaji berkaitan dengan topik pelajaran
yang mereka bincangkan. Ketujuh, menemukan dan memupuk nilai
kebiasaan bagi menyelaras kitaran aktiviti supaya pelajar boleh sentiasa
bertemu dengan selesa, mengekalkan tahap penglibatan yang tinggi
56
PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA
serta meningkatkan daya ketahanan para pelajar. Melalui tujuh saranan
yang dijelaskan, faedah maksimum daripada kaedah peeragogi menjadi
mudah untuk direalisasikan.
Prinsip peeragogi seterusnya ialah merupakan kaedah utama
dalam membantu masalah pedagogi yang kritikal. Selama berabad-abad,
ahli teori pendidikan telah mencabar keberkesanan model guru-pelajar
tradisional, iaitu terletak pada premis dimana guru bertanggungjawab
untuk memindahkan fakta dari buku ke minda pelajar. Individu yang
terkenal dengan pemahaman pendidikan awal di Amerika Syarikat
adalah John Dewey yang menganjurkan teknik baharu pedagogi iaitu
“progressive education”. Dalam bukunya, terbitan tahun 1916 bertajuk
`Demokrasi dan Pendidikan’, Dewey (2004) berpendapat pendidikan
bukan urusan ‘menceritakan’ dan `diberitahu’, tetapi perlu kepada
proses yang aktif dan konstruktif. Dalam esei beliau terkemudian
bertajuk `Pengalaman dan Pendidikan’, Dewey memaparkan lebih
banyak tentang sains perkembangan kanak-kanak. Antaranya, tentang
teori pembelajaran konstruktivis dimana pengetahuan itu dicipta melalui
pengalaman rakan sebaya yang bukan diperturun daripada guru kepada
pelajarnya melalui seni hafalan sahaja. Begitu juga ahli psikologi Rusia,
Lev Vygotsky (tahun), yang membangunkan konsep Zon Pembangunan
Proksimal, adalah penyokong pembelajaran konstruktivis. Berdasar
karangan bukunya bertajuk `Pemikiran dan Bahasa’, beliau memberikan
bukti bahawa pelajar belajar lebih baik melalui aktiviti penyelesaian
masalah bersama rakan sebaya secara kolaboratif daripada latihan
secara individu. Pengikut Vygotsky iaitu Jerome Bruner (tahun) dianggap
sebagai pencetus kepada kaedah peeragogi dalam sistem pendidikan
di Amerika Syarikat dimana pembelajaran bersama rakan sebaya telah
memberi pembaharuan kepada pedagogi yang sedia ada.
Daripada segi pendekatan sejarah budaya untuk kognitif, Edwin
Hutchins (tahun) seorang ahli psikologi kognitif dan antropologi 1980-
an telah mengembangkan teori Kognisi Teragih (DCog). Dalam teori
ini, pengetahuan tidak hanya terletak pada individu tetapi dalam
persekitaran sosial dan fizikal individu tersebut. Kognisi yang diagihkan
merujuk kepada proses di mana sumber kognitif dikongsi secara
hubungan sosial untuk memperluas sumber daya kognitif individu atau
untuk mencapai sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh seorang individu
sahaja. Malah, proses kognitif boleh diagihkan antara manusia dan mesin
57
BIMBINGAN MENARA GADING
seperti teknologi ICT sama ada kognisi yang diedarkan secara fizikal
atau antara agen kognitif yang diedarkan secara sosial (Wang & Kang
2006). Manakala Siemens (2005) telah menunjukkan bahawa sistem
kognisi yang diedarkan membentuk sistem yang terdiri daripada ejen
individu, rakan sebaya, guru, dan alat kognitif sosio-kultur yang dibentuk
sesuai dengan masyarakat setempat.
Profesor Psikologi Harvard iaitu Lauren B. Resnick (tahun)
menggabungkan pembelajaran konstruktivis dan konsep pemikiran aras
tinggi dalam bukunya bertajuk `Pendidikan dan Pembelajaran Berfikir’.
Tugas guru adalah untuk membina makna dan menyesuaikan pelajaran
dengan struktur situasi pelajarnya dan bukannya mengharapkan pelajar
boleh mencari makna dengan sendiri. Sarjana pendidikan Barat seperti
Resnick telah membincang konsep peeragogi banyak menyumbang
kepada penyelesaian masalah kognitif yang dihadapi oleh bidang
pedagogi. Beliau menegaskan peeragogi adalah pendekatan pengajaran
yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan secara kreatif
mengenai apa yang mereka perhatikan sebagai bertentangan dengan
budaya pasif selama ini.
Dalam konteks sosiopolitik yang lebih besar, pedagogi kritikal
melibatkan pelajar dan pengajar dalam menganalisis dan mengkaji
struktur kuasa di sekeliling mereka. Cendekiawan yang paling
berpengaruh dalam bidang ini ialah Paulo Freire. Dalam buku karya
agungnya bertajuk, `Pedagogy of the Oppressed’ tahun 1976, beliau
menolak hanya bergantung kepada kerangka pengajaran tradisional.
Beliau menggambarkan pengajaran tradisional menganggap pelajar
seperti kapal kosong untuk diisi dengan pengetahuan dan konsep
kehidupan. Sebaliknya, Freire menganjurkan hubungan baharu yang
lebih adil antara guru dan pelajar dimana semua pelajar dalam kelas
bekerja bersama untuk mencipta pengetahuan dengan bimbingan guru.
Visi Freire untuk menjadikan pendidikan dialogik, dimana pembelajaran
terletak dalam pengalaman hidup pelajar bersama rakan sebaya
(Schmindhuber 2010).
Cabaran pelajar dengan pengalaman dan gaya pembelajaran yang
berbeza diperburukkan lagi dalam sistem pendidikan awam yang terlalu
banyak jarak perbezaan antara pedagogi, andragogi dan peeragogi
(Nuryanto 2011). Namun, menurut Paulo Blikstein, Penolong Profesor
58
PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA
Pendidikan di Universiti Stanford, teknologi boleh digunakan sebagai
alat untuk membuat peeragogi Freirean menjadi kenyataan. Berdasar
kepada teknologi pendidikan sebagai ejen emansipasi yang diilhamkan
oleh ahli matematik MIT Seymour Papert, beliau telah mereka bentuk
bahasa pengkod komputer pertama untuk kanak-kanak (LOGO).
Blikstein menjalankan satu siri bengkel kreatif ekspresif untuk pelajar
di sekolah awam di São Paulo, Brazil mengguna LOGO. Hasilnya, beliau
mendapati melalui aktiviti penerokaan yang dijalankan pelajar, mereka
bukan sahaja menjadi lebih autonomi dan bertanggungjawab, malah
pelajar boleh belajar dan mengajar antara satu sama lain. Ini bermakna
teknologi ICT khususnya Internet telah menjadi salah satu premis
peeragogi yang paling berkesan untuk memudahkan pembinaan kreatif
dan inovatif dalam kalangan pelajar.
Teori Peeragogi
Permulaan teori peeragogi berkait rapat dengan teori konstruktivisme
sosial iaitu salah satu bahagian asas pedagogi kritikal moden. Golongan
pendidik kerap menggabungkan aktiviti-aktiviti dalam pengajaran
mereka berdasarkan kaedah peeragogi. Profesor Psikologi Pendidikan
Alison King menerangkan pendidikan secara peeragogi melalui
hubungan rakan sebaya dapat membuktikan teori konstruktivisme
mudah direalisasikan dalam pembelajaran di sekolah. Perbuatan
mengajar dan belajar sesama rakan sebaya membolehkan individu
pelajar menjelaskan, menghuraikan, dan sebaliknya menyusun semula
bahan supaya lebih mudah difahami. Joss Winn, Pensyarah Kanan dalam
Penyelidikan Pendidikan di University of Lincoln, mencadangkan bahawa
sekolah secara radikal mentakrifkan hubungan guru-pelajar agar sesuai
dengan teori konstruktivis pengetahuan. Manakala Carl Rogers (tahun)
berpendapat secara konstruk pembelajaran peeragogi memberi tumpuan
kepada pengalaman individu tentang pembelajaran yang berkesan,
dan akhirnya menyimpulkan bahawa hampir keseluruhan struktur
pendidikan tradisional memang bertentangan dengan pengalaman
pengajaran berasaskan peeragogi ini. Pembelajaran tersendiri dalam
kumpulan rakan sebaya mampu menjadikan seorang pelajar sebagai
pemudah cara dan ianya merupakan pendekatan baharu dalam dunia
pendidikan menurut teori konstruktivisme.
59
BIMBINGAN MENARA GADING
Penggunaan teknologi ICT dalam peeragogi dapat meningkatkan
pemahaman pelajar tentang pengetahuan dan pendidikan melalui
rakan sebaya. Yochai Benkler (tahun) dalam bukunya The Wealth of
Networks menerangkan bagaimana teknologi ICT seperti komputer
dapat membantu menghasilkan dan memproses pengetahuan
pelajar dengan rakan sebaya. Kemajuan dan pengguna teknologi
ICT merealisasikan teori pembelajaran digital oleh George Siemens
(tahun) yang memperkenalkan teori baharu yang disebut Connectivism.
Menurut George Siemens connectivism merupakan teori pembelajaran
untuk zaman digital di mana teknologi ICT telah mengubah cara pelajar
belajar dari bersua muka kepada belajar dengan rakan sebaya secara
atas talian. Manakala Teori Behaviorism mengatakan pembelajaran
adalah mengenai mengubah tindak balas kita kepada rangsangan;
kognitivisme mendefinisikan pembelajaran sebagai proses mengurus
dan mengingati masa lampau; konstruktivisme mengatakan bahawa
pelajar membina pengetahuan berdasar makna dengan memahami
pengalaman mereka di atas dunia. Semua teori ini menggambarkan
pembelajaran sebagai satu proses yang terkandung di dalam individu.
Tetapi teori new-Connectivism mencadangkan pengetahuan dapat
diakses melalui hubungan pelajar dengan rakan sebaya dan orang lain
sehingga maklumat yang dibawa dalam fikiran seperti sama antara satu
dengan yang lainnya. Ini bermakna proses pembelajaran tidak sepertinya
di bawah kendali individu tetapi pembelajaran juga terjadi di luar kawalan
diri kita seperti melalui bimbingan rakan sebaya (Wang 2008).
Teori konektivisme dalam peeragogi sangat penting sebagai
amalan pembelajaran dan pendidikan melalui reruang siber bersama-
sama rakan sebaya sama ada dari dalam dan luar negara. Jaringan
siber memungkinkan pelajar mendapat sumber bahan pendidikan
pada masa akan datang dengan lebih luas tanpa dibatasi sempadan,
masa dan tempat. Tambahan pula, melalui hubungan jaringan para
pelajar dengan rakan di lokal, serantau dan global pendedahan mereka
terhadap pelbagai maklumat dan pengetahuan menjadi lebih meluas
melebihi daripada set pengetahuan yang mereka dapati secara individu
dan melalui guru. Cuma para pelajar perlu diberi panduan dan garis
panduan bagaimana mereka boleh manfaatkan kemudahan jaringan
Internet itu supaya dapat digunakan secara positif. Pelajar generasi Y
dan Alpha dianggap sebagai generasi Netizen. Menurut Siemens (2005)
60
PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA
pembelajaran dan pendidikan di zaman era ICT adalah pendidikan
seumur hidup, dan kebanyakan sistem pembelajaran dari alam siber
telah mengambil tempat peranan sekolah dan kolej. Maka, pendidikan
era siber itu lebih memperkukuhkan lagi peranan peeragogi sebagai
kaedah pembelajaran di samping kaedah pedagogi dan andragogi. Freire
(2005) berhujah bahawa institusi pendidikan harus mempertimbangkan
pembelajaran yang baharu, di mana pembelajaran timbul daripada
interaksi kumpulan rakan sebaya pelajar yang diatur sendiri (peeragogi)
terutama dalam zaman digital ini. Zaman Web 2.0 kepada Web 3.0 serta
sistem komunikasi 1G kepada 5G sangat memberi ruang kepada pelajar
belajar secara berkumpulan iaitu peeragogi, termasuk boleh berkongsi
maklumat secara pantas. Walau bagaimanapun, kawalan penggunaan
reruang siber tetap diteruskan supaya hasil pembelajaran melalui
reruang siber dan berkomunikasi rakan sebaya tidak membawa kepada
perkara negatif dan tersasar daripada matlamat sebenar.
Wang dan Kang (2005) dan Wang (2008) melihat zaman digital
membuka ruang potensi “pembelajaran partisipatif” iaitu bagaimana
pelajar hari ini menggunakan teknologi untuk menyertai komuniti maya
dan bertukar idea bersama rakan sebaya. Banyak institusi pengajian
tinggi mula menghargai jenis pembelajaran ini dan mengamalkan
sistem pendidikan jarak jauh. Malah, perkembangan ini juga berkembang
di sekolah-sekolah sebagai nilai tambah kepada sistem pembelajaran
di bilik darjah. Wang dan Kang (2005) memperkenalkan 10 prinsip
untuk masa depan pembelajaran. Sepuluh prinsip tersebut termasuk
pembelajaran kendiri, harizontal dan pendidikan sumber terbuka (open
source). Sepuluh prinsip tadi bersesuaian dengan teori konektivisme
serta pembelajaran dan pendidikan baharu yang memberi tumpuan
kepada interaksi antara rakan sebaya (peeragogi).
Teori-teori pembelajaran baharu peeragogi yang diterangkan
sebelum ini sedang diuji dalam komuniti “peer-learning” di seluruh dunia.
Salah satu daripada komuniti pertamanya bernama Peer 2 Peer University
(P2PU) yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Philipp Schmidt. Beliau
percaya bahawa program inisiatif seperti P2PU banyak menyumbang
kepada kandungan percuma yang berkualiti tinggi, boleh berhubung
dengan berjuta-juta pelajar di Internet dan merealisasi hubungan di
antara industri dengan pusat pengajian tinggi. Namun begitu, berapa
cabaran perlu dihadapi termasuk menyediakan perkhidmatan yang
61
BIMBINGAN MENARA GADING
berkualiti terutama merangkumi kawasan-kawasan yang terpencil.
Cabaran mengadakan sistem pendidikan atas talian yang murah kepada
para pelajar miskin di negara-negara membangun. Cabaran seterusnya
tidak meluasnya perlaksanaan e-pembelajaran di sesetengah pusat
pengajian tinggi. Schmidt menubuhkan kursus P2PU sebagai percubaan
pertama dengan pengenalan kepada sastera Cyberpunk, Bermain Poker
dan kursus pemikiran strategik. Implikasi daripada percubaan tersebut,
mereka berpendapat bahawa sistem sosio-teknika peeragogi di Internet
hari ini menjadikannya mudah para pelajar membangun model kendiri,
mengamalkan tingkah laku yang positif dan dapat menyerlah bakat
masing-masing. Kesimpulannya, P2PU adalah salah satu contoh paling
awal komuniti pembelajaran rakan sebaya (peeragogi) yang dalam
talian. Kursus-kursus atas taliannya telah memberi inspirasi kepada
pihak universiti sedia ada untuk merealisasikan kursus atas talian dalam
sistem pembelajaran dan pengajian selepas itu.
Antara cabaran pelaksanaan peeragogi manual dan peeragogi
atas talian dalam kalangan pelajar ialah masih bertembung dengan
sistem pendidikan tradisional yang enggan membuat penambahan
terutama usaha menyokong kelompongan pendekatan pedagogi dan
andragogi itu sendiri. Cabaran seterusnya usaha melestarikan kursus-
kursus supaya sesuai dengan konsep peeragogi itu sendiri supaya
lebih berdikari, terurus dan kandungannya sesuai menurut perubahan
daripada penambahan kepada pendekatan pedagogi dan andragogi
tadi. Sebagai contoh, teknologi ICT biasanya dilihat sebagai teknologi
yang bebas dan mesra manusia, tetapi ia juga boleh mencipta struktur
pendidikan yang sedia ada jadi tidak berkesan bila disalah guna atau
berlaku faham yang salah. Bimbingan guru secara manual masih perlu
untuk dilihat kebebasan mengguna teknologi ICT tadi bukan satu yang
mutlak. Ini bermakna komuniti pelajar peeragogi mempunyai peluang
untuk menyusun semula persekitaran pembelajaran mereka di luar
kelas di samping mengguna versi pendidikan digital dan peperiksaan
biasa (Balschke 2012).
Cabaran seterusnya peeragogi ialah bagaimana bilik darjah boleh
dijadikan pusat atau ruang masyarakat pelajar berilmu pengetahuan.
Sejauh mana keterbukaan sekolah dalam membenarkan para pelajar
boleh mengguna komputer untuk berkomunikasi dan mendapat
pengetahuan dari rakan sebaya dari dunia luar dengan kawalan yang
62
PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA
wajar? Jika cabaran ini tidak dapat diselesaikan, penyalahgunaan
teknologi atas nama pembelajaran rakan sebaya bukan terletak kepada
kelemahan pada teknologi itu, tetapi kelemahan dalam melaksana nilai
tambah peeragogi berdasar kepada keperluan pelajar.
Akhir sekali, adalah penting untuk diingat bahawa peeragogi
bukan sekadar satu bahagian atau satu set latihan dalam pedagogi dan
andragogi. Peeragogi adalah bermatlamat mencapai maksud dan titik
pertemuan yang sama dalam kalangan pelajar untuk menjadi karakter
komuniti berpendidikan yang berdisiplin. Pelaksanaan peeragogi tidak
mengambil mudah tentang unsur-unsur pembentukan insan dan
sahsiah para pelajar. Dalam dunia pembelajaran dan pendidikan menurut
Dasar Pendidikan Kebangsaan, para pelajar mempunyai tanggungjawab
terhadap diri sendiri, rakan, sekolah dan juga masyarakat. Peeragogi
sebenarnya mengasuh para pelajar bukan sahaja cemerlang dalam
aspek pembelajaran tetapi juga cemerlang di mata masyarakat secara
praktikalnya. Dalam hal ini, peeragogi mesti difahami semua pelajar
dalam bentuk amalan yang sangat holistik iaitu dari sudut pandangan
dunianya (worldview), keilmuannya dan amalannya (Burger & Starbird
2013). Pendekatan peeragogi bersama-sama pedagogi dan andragogi
sangat terkait dalam usaha membentuk kejiwaan sosial dan jati diri
positif para pelajar. Dalam dunia Revolusi Perindustrian Ke Empat
(4IR) pelaksanaan peeragogi, pedagogi dan andragogi kepada pelajar
bukan hanya menyangkut penggunaan teknologi maju sahaja. Tetapi
yang terpenting para pelajar mampu mengurus kejiwaan sosial dan jati
diri mereka yang merangkumi skop perubahan sosioteknologi seperti
pemikiran (mind), jiwa (heart), spirit (soul), fizikal (body) dan ketaatan
(faith) (Rajah 3.1).
Berdasarkan Rajah 3.1, kejiwaan sosial dan kejatian diri boleh
dibentuk dalam era 4IR dengan tiga cara. Cara ini telah lama diamalkan
dan sudah menjadi teras pembelajaran dan pendidikan dalam AMG.
Pertama, fokus kepada pembangunan sahsiah diri. Kedua, fokus kepada
kecemerlangan akademik dan ketiga, fokus kepada inovasi sosial dalam
kalangan pelajar. Fokus kepada sahsiah diri antaranya, membentuk
gaya fizikal, sikap, perilaku, berkomunikasi, berinteraksi, bertatatertib
dan cakna kepada persekitaran “learning centre” dan ekologi sosial
yang ada. Tumpuan utama aspek ini ialah mengatur semula batang
tubuh pelajar (body) dan minda (mind) supaya selari dengan matlamat
63
BIMBINGAN MENARA GADING
AMG untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah. Fokus
kecemerlangan akademik pula memberi tumpuan kepada minat, tekun,
rajin, empati dan kesungguhan dalam menerima pelajaran sama ada
menurut kaedah pedagogi, andragogi dan peeragogi. Tumpuan utama
aspek ini ialah meningkatkan semangat (soul), kecekalan (heart), minda
(mind) dan pegangan yang kukuh (faith) supaya pelajar AMG menjadi
Gambar 3.1 Sokongan pembentukan nilai dan karakter di
Akademi Menara Gading
Mind
Soul Faith Heart
Body
Rajah 3.1 Kejiwaan Sosial dan Kejatian Diri Masyarakat Berilmu Dalam Era 4IR
Sumber: diubah suai daripada Schwab (2017), Schmindhuber (2010) dan
Corneli dan Mikroyannidis (2012)
64
PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA
pelajar yang cemerlang dari segi akademik. Manakala fokus inovasi
sosial pula mendedahkan para pelajar kepada dunia luar, bagaimana
mereka berhubung, rasa simpati dan empati, macam mana mereka boleh
praktik dan lakukan selari dengan pendidikan sahsiah dan akademik
yang diterima. Tumpuan inovasi sosial pelajar AMG sangat sinergi antara
fizikal (body), kemahiran pemikiran (mind), kekuatan dalaman (soul),
naluri (heart) dan pegangan kukuh (faith).
Pengukuhan sahsiah, kecemerlangan akademik dan inovasi sosial
juga telah dipraktik oleh para peserta AMG melalui kaedah peeragogi
bersama rakan sebaya. Antara perkara praktik peeragogi yang telah
dilakukan oleh para peserta sepanjang dua tahun dalam program AMG
ialah bimbingan rakan sebaya, belajar berkumpulan, muhasabah bersama
– budaya tegur menegur, budaya kerjasama dan gotong-royong, empati
kongsi perasaan kegembiraan dan kedukaan, pembelajaran rakan siber,
berguru kepada rakan, berbakti kepada masyarakat, komunikasi dan
berkomunikasi, penanda aras (lawatan dan learning).
PERLAKSANAAN PEERAGOGI DALAM AMG
Setelah hampir 20 tahun pelaksanaan AMG dari kohort 1 hingga kohort 11,
banyak kaedah peeragogi telah terlaksana dan boleh diambil pengajaran.
Setakat perbincangan ini, lebih kurang 10 pelakuan peeragogi pelajar
AMG. Pelakuan peeragogi itu telah dapat membantu peningkatan
pedagogi mereka sehingga mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Sepuluh perlakuan peeragogi tersebut seperti
dijelaskan selepas ini yang akan diselang seli dengan puisi dan seloka
oleh Tenas Effendy (2006) sebagai panduan dan pengajaran. Asas kepada
peeragogi yang dilakukan oleh peserta AMG sesuai dengan lima prinsip
oleh Corneli (2016) di mana menjadi prinsip asas peeragogi itu sendiri
iaitu ‘Berhak untuk bercakap’, ‘Berhak untuk didengar’, ‘Berhak untuk
mendengar’, ‘Berhak untuk bekerjasama’, dan ‘Berhak untuk memimpin
bersama’.
Bimbingan Rakan Sebaya
Salah satu amalan peeragogi yang dilakukan oleh para peserta AMG
ialah amalan bimbingan rakan sebaya. Pihak pengurusan AMG dan
65
BIMBINGAN MENARA GADING
guru sangat menggalakkan pelajar yang ada kelebihan membimbing
rakan-rakan lain dalam pelajaran khususnya mata pelajaran yang
sukar. Peserta AMG yang berpusat di “learning centre” sentiasa terbuka
membimbing rakan yang lemah setiap mata pelajaran yang mereka
kuasai (Abdul Razaq Ahmad 2007). Mata pelajaran seperti matematik
tambahan, fizik, kimia dan biologi sering dipraktik oleh bimbingan rakan
sebaya AMG. Sikap yang ditunjukkan oleh pelajar AMG itu sesuai dengan
riwayat resam kita;
Adat hidup berkawan-kawan
Sama melangkah seiring sejalan
Sama mengingat sama menjagakan
Sama merasa rezeki di pinggan
Sama meneguk air secawan
(Tenas Effendy 2006)
Dalam dunia pendidikan cemerlang, bimbingan rakan sebaya itu
bukan perkara asing. Hal ini sudah lama dipraktikkan dalam apa sahaja
kegiatan berilmu. Pengajaran ilmu persilatan, sekolah pondok dan
sekolah berasrama penuh telah lama menerapkan budaya ini dalam
kaedah pembelajaran dan pendidikan mereka. Syarat utama kejayaan
bimbingan rakan sebaya mesti ada kejiwaan sosial dan kejatidirian yang
kukuh seperti ikhlas, tidak kedekut ilmu, empati kepada rakan yang
lemah serta tidak riak dengan ilmu yang ada.
Belajar Berkumpulan
Amalan belajar berkumpulan juga telah lama diterapkan dalam program
AMG. Para peserta AMG dibahagikan kepada kumpulan tertentu mengikut
bidang pengajian (Abdul Razaq & Norzaini 2005). Melalui cara ini mereka
dapat belajar secara berjemaah dan dapat mempraktikan bimbingan
rakan sebaya. Belajar berkumpulan atau berjemaah sebenarnya boleh
menjadikan minda, semangat, jiwa dan pegangan iltizam para pelajar
cepat memberi tumpuan kepada pelajaran jika diambil peluang
sebaiknya. Belajar berkumpulan boleh berkongsi nota, berkongsi
kefahaman, saling ingat mengingati fakta serta meningkatkan daya
66
PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA
hafalan. Belajar berkumpulan yang dilakukan oleh para peserta AMG
selama ini sesuai dengan riwayat resam kita;
Adat hidup sama sebanjar
Sama beri tunjuk dan ajar
Dalam sempit sama berlegar
Dalam susah sama bersandar
Dalam gelabah sama bersabar
Dalam duduk sama setikar
(Tenas Effendy 2006)
Belajar berkumpulan dan berjemaah ini perlu diambil ingatan
oleh para peserta AMG iaitu kejayaan atau kecemerlangan dalam hidup
bukan satu perkara yang diwarisi, tetapi perlu diusahakan. Antara
contoh usaha ialah belajar secara berkumpulan. Begitu juga, kejayaan
dan kecemerlangan pelajar tidak berlaku dengan tidak sengaja tetapi
perlu dirancang rapi oleh individu dan kelompok pelajar itu sendiri.
Berguru kepada Rakan
Selain bimbingan rakan sebaya dan belajar secara berkumpulan, budaya
terapan yang disuntik dalam program AMG ialah berguru kepada rakan.
Berguru kepada rakan dipraktik sama ada secara langsung dan tidak
secara langsung. Tidak boleh dinafikan terdapat pelajar AMG yang
berkebolehan dan berketrampilan dari segi siasah dan kepimpinan
(Abdul Razaq & Shaharom 2005). Pelajar AMG yang boleh diharap dan
boleh dicontohi. Dalam keadaan kitaran peeragogi berguru kepada
rakan, boleh sahaja berlaku secara sinergi dan simbiosis antara rakan
sebaya terutama kepada perkara-perkara baik yang bermanfaat. Mereka
berkongsi rasa, cita-cita dan mengambil tauladan dari rakan sebaya yang
ada kelebihan tanpa merasa rendah hati. Berguru kepada rakan tidak
asing dalam dunia Islam kerana sudah diamal oleh para ulamak dan
cendekiawan Islam sejak ratusan tahun dahulu. Imam Shafie misalnya,
telah berguru dengan Imam Malek, Imam Hanafi dan Imam Hambali.
Ulama-ulama Nusantara juga tidak ketinggalan mengamalkan berguru
67
BIMBINGAN MENARA GADING
kepada rakan untuk meningkatkan keilmuan mereka. Konsep `aku sudah
pandai’ dan `aku sahaja yang pandai’ tiada dalam kamus hidup mereka.
Dalam hal berguru kepada rakan ini sesuai dengan riwayat resam kita;
Apa tanda Melayu berilmu
Pada yang adil ia bertumpu
Pada yang benar ia berguru
Ilmu dituntut pada yang patut
Ilmu dicari pada yang berisi
Apa tanda Melayu berilmu
Bekerja tidak mencari seteru
(Tenas Effendy 2006)
Peserta AMG yang hendak cemerlang mereka tidak segan dan
malu berguru kepada rakan yang berkebolehan kerana dapat berkongsi
ilmu dan pengalaman yang lebih luas. Dalam pada itu budaya saling
bantu membantu terus lestari dalam kalangan pelajar terutama untuk
memahami sesuatu mata pelajaran, dapat pula menghilangkan rasa
bosan dan jemu. Perkara paling penting dalam masa dua tahun, ukhuwah
dalam kalangan peserta AMG semakin rapat seperti hidup bersama
saudara sendiri.
Muhasabah Bersama dan Budaya Tegur Menegur
Muhasabah bersama dan budaya tegur menegur memang menjadi
budaya terapan dalam program AMG. Tidak dinafikan dalam tempoh
dua tahun mengikuti program AMG, para peserta mempunyai pelbagai
ragam, perangai dan kelakuan. Ada yang baik, nakal dan ketikanya di
luar kawalan. Kita semua faham para pelajar yang mengikuti program
AMG terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga dan dari sekolah
yang berlainan (Abdul Razaq 2007). Keberagaman pelajar ini merupakan
satu anugerah kepada program AMG, dan untuk mengurusnya budaya
muhasabah bersama dan budaya tegur-menegur terus dilakukan.
Pelajar AMG diberi kefahaman, iaitu setiap perkara yang baik dijadikan
amalan dan perkara yang tidak elok dijadikan sempadan. Kata-kata
68
PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA
hikham Umar ibnu Khattab RA, “Orang yang paling aku sukai adalah
dia yang menunjukkan kesalahanku”. Budaya sebegini sesuai dengan
riwayat resam kita;
Adat hidup Melayu bahari
Sesama makhluk berbaik budi
Yang hilang sama dicari
Yang kurang sama diberi
Yang kosong sama diisi
Yang salah sama dibaiki
Yang bengkok sama dilurusi
Yang semak sama dikemasi
(Tenas Effendy 2006)
Budaya muhasabah bersama serta budaya tegur menegur
dalam program AMG ini memperkuatkan siasah diri dan fokus kepada
kecemerlangan diri untuk boleh menjadi insan yang bestari serta pintar
(SMART). Insan SMART bermaksud S= Sedar akan matlamat hidup dan
nilai serta tanggung jawab diri, M = mahir dalam perkara asas kehidupan
seperti agama dan keduniaan, A = akhlak yang baik dan berdisiplin, R =
rajin, istiqomah dan bersungguh-sungguh, T= tengan, ceria, dam berserah
diri kepada Tuhan (Supyan 2003).
Empati Kongsi Perasaan Kegembiraan dan Kedukaan
Tiada lautan yang tiada gelombang, begitu juga apa yang dihadapi oleh
para peserta AMG. Mereka AMG datang dari keluarga B40 dan keluarga
miskin. Hasil lawatan para pensyarah ke rumah-rumah AMG terdapat
peserta AMG yang ekonomi keluarga mereka `kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang’ (Abdul Razaq 2007). Walaupun ada antara
mereka mempunyai pelbagai cabaran hidup, simpati dan empati dari
rakan-rakan sangat tinggi. Himpunan peserta AMG di “learning centre”
secara langsung, rakan yang menghadapi masalah dibimbing dan
dinasihat oleh rakan lain dan dibantu mana yang patut. Pihak YASA
juga tidak membiarkan mereka yang menghadapi masalah ekonomi,
69
BIMBINGAN MENARA GADING
masalah peribadi dan masalah pembelajaran tidak dibantu. Pertemuan
dengan ibu bapa bersama anak-anak mereka menyedarkan para peserta
AMG tentang perlunya simpati dan empati terhadap cabaran hidup yang
dihadapi oleh rakan mereka. Budaya pandang rendah kepada orang lain,
budaya rendah diri dan kecewa tiada dalam kamus peserta AMG. Empati
kongsi perasaan kegembiraan dan kedukaan sesama rakan sebaya
menjadi ubat motivasi kepada keyakinan diri pelajar untuk menghadapi
dugaan hidup. Budaya seperti ini sesuai dengan riwayat resam kita;
Adat hidup Melayu terpilih
Sesama makhluk berbagi kasih
Menolong dengan muka yang jernih
Menolong dengan hati yang bersih
Pantang mencari silang selisih
Taat setia tiada beralih
(Tenas Effendy 2006)
“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
nama”, nama yang baik, nama yang berjasa dan dikenang budi oleh
kawan dan taulan. Berkongsi perasaan dan kedukaan dalam rakan
sebaya menjadi amal baik kerana setiap insan dituntut untuk tidak
pentingkan diri sendiri. Sikap cakna dan membantu rakan taulan sudah
menjadi resepi budaya kecemerlangan para peserta AMG.
Komunikasi dan Berkomunikasi
Peserta-peserta AMG bukanlah komuniti yang tertutup. Mereka AMG
sentiasa didedahkan hidup bermasyarakat sama ada sesama rakan
sebaya atau masyarakat di luar sana. Peristiwa banjir di Kuantan pada
tahun 2014 misalnya, peserta AMG dikerah untuk membantu operasi
membersihkan rumah penduduk yang dilanda banjir. Selain itu, para
peserta AMG juga diminta menghadiri program membantu para peniaga
pasar pagi di UTC Kuantan sebagai program muhasabah diri betapa susah
mencari rezeki. Oleh sebab itu, para peserta AMG diajar komunikasi dan
berkomunikasi secara betul. Para pensyarah, guru dan rakan sebaya
membimbing bagaimana berkomunikasi melalui bacaan ikrar, berpidato,
70
PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA
persembahan pentas, berbahas dan sebagainya (Abdul Razaq & Norzaini
2005). Malu pada tempatnya itu ajaran AMG, peserta AMG digalakkan
berani bercakap dan berani memberi pendapat tanpa rasa malu, gugup
dan segan. Keyakinan diri sangat dibina dalam sesi komunikasi dan
berkomunikasi bersama rakan sebaya. Resam ini sesuai dengan riwayat
bait-bait seloka;
Apa tanda Melayu berilmu
Tahu salah membawa malu
Tahu elok menebus malu
Mengaku bodoh tiada malu
Mengaku pandai tiada mau
(Tenas Effendy 2006)
Sistem komunikasi dan berkomunikasi yang baik ada syaratnya
iaitu pelajar perlu mahir mengawal keadaan bukan keadaan mengawal
kita sewaktu berdebat, memberi pendapat dan berbincang. Setiap
masalah atau tekanan yang berlaku semasa berkomunikasi merupakan
proses untuk mendewasa dan mematangkan hidup peserta AMG.
Perasaan ego, rendah hati serta memandang rendah pada orang lain
harus dibuang supaya proses berkomunikasi tadi berjalan lancar dan
memberi manfaat.
Pembelajaran Rakan Siber
Merujuk kepada teori peeragogi, kaedah pembelajaran rakan siber
merupakan salah satu kaedah yang ampuh untuk mendapatkan ilmu
yang lebih meluas. Melalui rakan siber dari dalam negeri dan luar negara
peserta AMG mendapat manfaat bertukar-tukar fikiran tentang sesuatu
ilmu. Antara program AMG ialah membawa pelajar membuat lawatan ke
Indonesia, Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Jepun. Hasil program
ini sudah tentu mereka mempunyai rakan siber bukan sahaja dalam
negara, tetapi juga dari luar negara. Seperti mana tujuan program AMG
untuk memberi pandangan dunia (worldview) peserta, mereka digalak
mengguna reruang siber untuk berhubung dengan pelajar-pelajar
dari negara yang dilawati tadi untuk menimba ilmu (Abdul Razaq &
71
BIMBINGAN MENARA GADING
Shaharom 2005). Konsep `Luas padang luas permainan, jauh berjalan
luas pandangan’ sepatutnya diamalkan dalam penggunaan reruang
siber iaitu sesuai dengan puisi oleh mereka yang cerdik pandai dalam
dunia ICT;
Teman siber melalui komputer
Komputer meja komputer riba
Belajar bersama di alam siber
Ilmu digali berganda ganda
Walau bagaimanapun, cara operasi pembelajaran rakan siber yang
betul mestilah; pertama ahli kumpulan terdiri daripada rakan sebaya
yang mempunyai persamaan azam yang tinggi, sikap yang positif dan
bertanggung jawab. Kedua, bilangan ahli kumpulan tidak terlalu ramai,
bilangan yang besar dalam satu-satu kumpulan akan merumitkan
proses perbincangan, kadang-kadang boleh tersasar isu. Ketiga, setiap
ahli kumpulan hendaklah memahami tujuan belajar berkumpulan.
Keempat, setiap ahli perlu diberi tugas membaca topik-topik tertentu
dan kemudian membentang dalam kumpulan, hendaklah melaksana
tugasnya dengan penuh amanah. Kelima, setiap perbincangan hendaklah
diambil nota seperti dalam bentuk peta minda dan sebagainya. Keenam,
elakkan daripada berborak kosong dalam “WhatsApp” atau “Telegram”
dengan membuat perkara lain daripada berbincang tentang pelajaran.
Terakhir, perbezaan pendapat merupakan sesuatu yang positif kerana
akan meningkatkan lagi kualiti pemikiran ahli-ahli kumpulan. Akan
tetapi setiap pendapat hendaklah disokong dengan fakta dan hujah logik
yang boleh diterima (Supyan 2003).
Budaya Kerjasama dan Gotong-royong
Turutan bicara teori peeragogi sebelum ini, budaya kerjasama (Ubuntu)
dan gotong-royong memang menjadi budaya pupuk sahsiah peserta
AMG. Kecemerlangan akademik sahaja tidak membawa makna jika
diri pelajar mempunyai perasaan pentingkan diri sendiri. Seperti mana
perbincangan sebelum ini mengenai pembelajaran rakan sebaya dan
berguru kepada rakan, konsep “Ubuntu” dan gotong royong ini menjadi
72
PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA
asas kerjasama dan perpaduan kukuh antara peserta AMG. Kebersihan
“learning centre”, tandas, ruang solat dan ruang belajar dijaga bersama
melalui sesi gotong-royong bersama rakan sebaya (Abdul Razaq 2007).
Budaya gotong-royong ini secara langsung memupuk perasaan sepunya
dan bersatu hati dalam kalangan peserta AMG. Dalam wilayah Nusantara,
budaya gotong-royong atau “Ubuntu” sudah menjadi adat resam dan
kebiasaan. Ianya sesuai dengan riwayat resam kita;
Adat hidup Melayu beradat
Sesama makhluk ia bersahabat
Berbuat baik menjadi sifat
Tolong menolong sudah melekat
Tenggang menenggang sesama umat
Bertanam budi tiada terhad
(Tenas Effendy 2006)
Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat mengajar kita
bahawa kejayaan hijrah ke Madinah adalah hasil perancangan yang
teliti dan hasil kerjasama para sahabat. Penglibatan para sahabat sama
ada sahabat yang tua, yang dewasa, sahabat wanita dan sahabat belia/
remaja dan sahabat kanak-kanak telah membawa kejayaan besar
kepada perancangan hijrah. Sehingganya tertubuh negara Madinah
al-Munawwarah. Dalam konteks hari ini, untuk menjana pelajar yang
cemerlang, semua peserta AMG hendaklah bersama-sama berganding
bahu, memainkan peranan masing-masing dan tidak meletakkan
tanggungjawab hanya kepada seorang individu sahaja untuk cemerlang.
Sikap tolong menolong dan kerjasama dalam kalangan peserta AMG
boleh menghasilkan tempat belajar yang bersih dan suasana belajar
yang yang harmoni.
Berbakti kepada Masyarakat
Pembelajaran dari kaedah peeragogi rakan sebaya peserta AMG boleh
dilihat semasa program berbakti kepada masyarakat. Program berbakti
kepada masyarakat merupakan program yang menyeronokkan dan
banyak boleh diambil pengalaman oleh peserta AMG. Program membantu
73
BIMBINGAN MENARA GADING
pelajar miskin, membantu golongan penjaja, membantu mangsa banjir
dan sebagainya merupakan kaedah peeragogi secara langsung pelajar
bersama rakan sebaya memahami permasalahan dunia (Abdul Razaq
2007). Program simpati dan empati sebegini mampu menjadi jiwa pelajar
insaf dengan cabaran kehidupan seperti dapat mengenal golongan yang
lebih susah dan daif. Berbakit kepada masyarakat bukan perkara asing
dalam generasi pelajar sama ada di universiti, di kolej dan di sekolah
seperti mana riwayat adat resam kita;
Apa tanda Melayu jati
Hidup ikhlas menanam budi
Apa tanda Melayu jati
Elok perangai mulia pekerti
Sakit senang menanam budi
(Tenas Effendy 2006)
Penerapan nilai-nilai murni dalam falsafah pendidikan negara
termasuk juga kegiatan iaitu berbakti kepada masyarakat. Terapan nilai-
nilai murni secara komperehensif ini disisipkan melalui kesemua mata
pelajaran dan diperkukuhkan melalui kegiatan kokurikulum, formal
dan tidak formal, kegiatan dalam dan di luar bilik darjah telah diguna
sepenuhnya dengan cara bersepadu supaya penerapan nilai-nilai murni
boleh berhasil dengan berkesan dalam kalangan peserta AMG. Nilai-
nilai murni yang dimaksudkan baik hati, berdikari, berhemah tinggi,
hormat menghormati, kasih saying, keadilan, kebebasan, keberanian,
kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesedaran,
kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat.
Penanda Arasan (Lawatan dan Learning)
Program penanda arasan (Benchmarking) seperti mengadakan lawatan
dan program “learning” sangat memberi faedah kepada para peserta
AMG. Lawatan penanda arasan seperti ke Indonesia, Singapura, Thailand,
Korea Selatan dan Jepun banyak memberi manfaat kepada para peserta
seperti mana telah dihurai di bahagian rakan siber. Begitu juga program
penanda arasan di sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) banyak
74
PEMBELAJARAN BERSAMA RAKAN SEBAYA
memberi manfaat kepada para peserta AMG (Abdul Razaq 2007).
Program penanda arasan ini sesuai dengan riwayat resam kita;
Kalau memandang jauh ke depan
Siaplah ia menghadapi perubahan
Kalau memandang jauh ke depan
Banyak akal dijalankan
Siapa memandang jauh ke depan
Dirinya tak ketinggalan zaman
Siapa memandang jauh ke depan
Siaplah ia menghadapi persaingan
(Tenas Effendy 2006)
Program penanda arasan ialah satu proses yang sistematik dan
berterusan bagi mengenal pasti, mempelajari, mengubah suai dan
melaksana amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau
organisasi yang lain untuk mencapai prestasi unggul. Program penanda
arasan ke sekolah berasrama penuh (SBP) misalnya, telah membuka
peluang kepada para peserta AMG berkongsi idea dan pengalaman
dengan pelajar terbaik demi menjadi contoh bagaimana menjadi
seorang pelajar yang cemerlang. Selain itu, peserta AMG dapat menimba
kemahiran belajar yang betul dan berkesan terutama memperbaiki
daya ketekunan, teknik menjawab soalan peperiksaan dan teknik
menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran yang sukar. Pelajar
AMG juga dapat belajar bagaimana pelajar SBP rakan sebaya mereka
mengurus diri dengan baik, bagaimana membahagikan masa belajar dan
bermain, serta menjadi warga pelajar yang sangat berdisiplin.
PENUTUP
Kesimpulannya, pembelajaran bersama rakan sebaya (peeragogy) dalam
AMG sangat penting diteruskan setelah melihat kebaikan-kebaikan
yang diperolehi. Secara keseluruhannya, kaedah peeragogi dalam
program AMG dapat menjadi nilai tambah kepada kaedah pedagogi dan
75
BIMBINGAN MENARA GADING
andragogi yang diterapkan selama ini. Lebih-lebih lagi kaedah peeragogi
ini diyakini dapat membantu pencapaian matlamat dan objektif modul
“Multiple Integrated Intervention” program AMG.
76
INTERVENSI DAN KEMAHIRAN MOTIVASI
Intervensi dan
Kemahiran Motivasi
Kendiri
Datin Dr. Anisa Saleha M. Nunuh Saleh
Uni Akademia
PENGENALAN
Kata-kata hikmah Abu Bakar Sibli, “Hiduplah seperti
pohon kayu yang lebat buahnya, hidup di tepi jalan
dan dilempari dengan batu, tapi membalas dengan
buah.” Matlamat utama kejadian manusia di dunia ini
adalah untuk menjadi makhluk yang mengabdikan diri
kepada Allah SWT dengan mentaati suruhan-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya. Perkara ini disebutkan
Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan
untuk mengabdikan diri kepada-Ku”
(Al-Dzariyat, ayat 56)
Penjelasan dan penentuan matlamat hidup
yang dinyatakan Allah SWT dalam al-Quran ini
bertujuan memandu manusia dalam menjalani
kehidupan dunia yang penuh mencabar ini dan dalam
masa yang sama membantu mempersiapkan diri
77
BIMBINGAN MENARA GADING
untuk kehidupan akhirat. Tindakan menjauhkan diri daripada panduan
ini akan menyebabkan manusia tersasar daripada jalan kehidupan yang
digariskan Allah SWT yang secara tidak langsung menghakis daripada
dalam diri manusia rasa keterikatan kepada Pencipta.
Al-Quran mengajar manusia berkenaan kepentingan hidup
dengan matlamat yang betul ini menerusi pelbagai pendekatan.
Antara pendekatan tersebut adalah menerusi penjelasan watak-watak
manusia hebat dalam aspek berkaitan kehidupan dunia dan dalam
masa sama berpegang dengan matlamat hidup sepertimana digariskan
Allah SWT. Nabi Nuh misalnya, digambarkan sebagai rasul yang tidak
jemu-jemu menyeru kaumnya untuk kembali kepada matlamat hidup
yang sebenar. Dalam masa yang sama Allah SWT menjelaskan bahawa
baginda merupakan seorang yang hebat dalam aspek keduniaan pada
zaman tersebut iaitu antaranya menerusi kepakaran dalam pembinaan
kapal. Perkara ini dijelaskan secara tidak langsung menerusi nas-nas
berkaitan kejayaan baginda membina kapal yang ampuh menempuh
banjir besar yang sangat luar biasa (Mansor, 2019), seperti dipetik dalam
al-Quran yang bermaksud:
“(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa
mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu)
Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang
terpisah daripadanya: “Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami,
dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir”.
(Hud, ayat 42)
Walaupun menerusi cerita ini kita dapat bayangkan betapa
hebatnya kepakaran Nabi Nuh menerusi pembinaan kapal yang mampu
menghadapi ombak setinggi gunung. Tetapi apa yang ditekankan al-
Quran berkenaan kisah ini adalah peranan baginda sebagai pemimpin
ummah yang cuba membawa manusia kepada jalan Allah SWT. Ia sebagai
mesej kepada kita berkenaan perkara utama di dalam hidup ini iaitu
memastikan kita tetap menjadi hamba Allah mengikut yang sepatutnya.
Ianya juga menunjukkan bahawa usaha merealisasikan matlamat
untuk menjadi hamba Allah yang sebenar tidak sepatutnya menjadikan
kita terpisah daripada dunia ini. Bahkan mereka yang memahami
matlamat ini dan menghayatinya akan menjadi manusia yang dapat
78
INTERVENSI DAN KEMAHIRAN MOTIVASI
memenuhi ciri-ciri sebagai khalifah selayaknya untuk menjadi penghuni
dunia ini seterusnya di akhirat pula mendapat syurga (Mansor 2019).
Tetapi sekiranya kita tersasar daripada matlamat ini, boleh jadi kita
menjadi manusia yang hebat atau sebaliknya di dunia pada pandangan
kasar mata manusia, tetapi di akhirat kita akan menjadi orang yang
sangat rugi lantaran hilang kelayakan untuk mendapat tempat di syurga
Allah SWT.
KITA SEMUA BERBEZA, NAMUN LENGKAP-MELENGKAPI
Cuba anda lihat tapak tangan kanan anda. Garis-garis yang ada dalam
telapak tangan ciptaan Allah SWT itu sungguh unik. Keunikannya adalah
betapa Allah Maha Kaya, mencipta tapak tangan kita tidak pernah ada
yang sama garis-garisnya. Ada yang bersambung cantik dari hujung
ke hujung. Ada yang terputus-putus di tengah telapak tangannya.
Lihatlah latar belakang fizikal yang lain, keperibadian, gaya berfikir,
gaya berkomunikasi, tingkah pertuturan, dan seumpamanya, semuanya
berbeza antara manusia.
Namun perbezaan ini bukanlah sesuatu yang perlu dikesali dan
diratapi. Perbezaan ini bukanlah juga sesuatu yang perlu mewujudkan
apa dipanggil sebagai “inferiority complex” dalam diri kita. Ia perlu
diraikan sebagai satu usaha membentuk motivasi dan semangat dalam
diri. Ia perlu diraikan sebagai usaha untuk membentuk “ukhwah fillah”
(perhubungan kerana Allah), ada rasa perlu-memerlukan, mewujudkan
perkaitan, bantu-membantu, dan lengkap-melengkapi antara kita
dengan orang lain.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu daripada
seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.
Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang
yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.”
(Al-Hujurat, ayat 13)
Ayat tersebut secara tersuratnya menyatakan bahawa manusia
dijadikan berbilang kaum supaya saling mengenali. Cuma apabila kita
79
BIMBINGAN MENARA GADING
memerhatikan sekeliling dan cuba mendalami ‘intipati’ ayat tersebut
(berdasarkan terjemahannya, dan kemudian dibandingkan dengan
cerapan dan berfikir), kita boleh melihat bahawa hikmah terjadinya
pelbagai golongan manusia itu seakan lebih daripada sekadar saling
kenal-mengenali. Kepelbagaian golongan manusia hakikatnya
didatangkan secara pakej dengan kelebihan dan kekurangan. Masing-
masing ada keupayaan dan ketidakupayaan yang berbeza (dan mungkin
hampir sama). Selain keupayaan fizikal, keupayaan mental dan naluri
juga berbeza (dan ada yang hampir sama) antara manusia. Justeru
‘hikmah’ penciptaan pelbagai kelompok manusia, menurut apa yang
boleh kita fahami, antaranya ialah untuk memenuhi kehendak dan
keperluan sesama manusia.
Saban hari apabila berinteraksi dengan orang lain, kita dapat
merasai bahawa kita beroleh ‘sesuatu yang baharu’ daripada interaksi
tersebut. Kadang-kadang orang memberitahu kita suatu perkara
yang tidak atau belum kita ketahui. Ada masanya kita melihat orang
melakukan perkara yang sama sekali tidak mampu kita lakukan.
Ada pula orang yang menghadapi suatu perkara yang terlalu ekstrem
sehinggakan kita seakan-akan kagum dengannya kerana kita belum
tentu mampu menghadapi keadaan tersebut. Ada orang dapat ilham
dan cetusan fikiran yang tidak pernah kita terfikir, dan segala macam
kelebihan lagi ada pada orang lain. Justeru, dengan adanya orang lain
yang mempunyai kelebihan, dapat menampung pelbagai ‘kekurangan’
yang ada pada diri, bahkan yang mungkin kita tidak sedari jika kita tidak
berinteraksi dengan orang tersebut.
KITA MUNGKIN BERBEZA, TAPI MATLAMAT SAMA
Cuba kita lihat kecenderungan pemikiran kita dengan orang lain. Ada
kalanya, orang suka mengaitkan warna kegemaran dengan jantina.
Sebab itu biru kelihatannya sinonim dengan jantina lelaki dan merah
jambu atau pink dengan wanita. Namun, apa pula jadinya kalau seseorang
lelaki menggemari warna merah jambu dan perempuan suka warna biru?
Adakah ianya satu bentuk kesongsangan? Kita lihat pula kaedah belajar.
Ada pelajar suka belajar berlatarbelakangkan alam sekitar, penuh
ketenangan, tiada bunyi-bunyian bising, seakan-akan sedang belajar
sambil mengadap pemandangan indah hamparan sawah padi di kaki
80
INTERVENSI DAN KEMAHIRAN MOTIVASI
bukit yang mempunyai anak sungai mengalir perlahan. Sebaliknya, ada
pelajar yang menggemari kaedah belajar dengan alunan muzik rancak
dan laju. Semakin muzik bertenaga dan kuat, semakin lajulah aliran
hormon “adrenaline”nya, seiring dengan semangat belajar yang rancak.
Kedua-dua kaedah ini terletak di “continuum” yang cukup berbeza,
tapi masing-masing tetap ‘layan’ bukan? Inilah apa yang disebut oleh
peribahasa Melayu, ‘lain padang, lain belalang’.
Persoalannya, apakah perbezaan yang terserlah sebegini tidak
boleh merungkai persamaan matlamat di akhirnya? Seperti mana
yang dihuraikan dalam bahagian sebelum ini, matlamat tetap boleh
dicitrakan menjadi sama dan serupa, selagi mana matlamat mendapat
keredhaan Allah SWT menjadi ultimatum atau sebagai tunggaknya.
Dalam menuntut ilmu jua sebegitu, laluilah apa cara sekali pun dalam
kaedah, suasana, strategi, pelaksanaan dan sebagainya. Asalkan, ianya
terpaksi kepada usaha menuntut ilmu untuk mencapai kebahagiaan
dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Seperti mana yang dinyatakan
oleh al-Imam al-Shafi’e dalam salah satu kata-kata agungnya:
“Barang siapa yang inginkan kejayaan dan kebahagiaan dalam
kehidupannya di dunia, maka hendaklah ia berilmu. Barang siapa yang
inginkan kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupannya di akhirat,
maka hendaklah ia berilmu. Barang siapa yang inginkan kejayaan
dan kebahagiaan dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat, maka
hendaklah jua ia berilmu.”
MOTIVASI MELALUI GAYA BERFIKIR
Kita biasa mendengar seseorang akan berkata ‘berfikirlah dahulu
sebelum bertindak’. Pernyataan ini memberikan gambaran bahawa
sesuatu tindakan itu secara normalnya perlu didahului dengan usaha
berfikir secara rasional. Ianya sangat-sangat berkaitan dengan konsep
‘sebab-akibat’ atau ‘punca-kesan’. Jika bertindak tanpa berfikir,
kebiasaannya natijah atau hasil sesuatu perbuatan itu akan bersifat
negatif atau merosakkan. Berbeza dengan tindakan yang didahului
dengan berfikir, hasil yang diperoleh biasanya adalah bersifat murni,
baik dan positif.
81
BIMBINGAN MENARA GADING
Sapora dan Khairunneezam (2006) telah membawa satu konsep
berfikir dan bertindak yang sangat menarik dalam menyuburkan
motivasi diri seseorang. Berfikir adalah menggunakan akal dan minda
(otak) manakala bertindak pula adalah menggunakan aksi (perbuatan).
Antara kedua-duanya wujud jaringan keseimbangan pola fikir dan pola
laku seseorang manusia. Berfikir tidak memerlukan kos yang tinggi,
Cuma kesanggupan, niat dan istiqamah yang tinggi terhadap sesuatu
yang hendak difikirkan. Secara umum dapat dinyatakan bahawa terdapat
sekurang-kurangnya empat golongan ‘berfikir dan bertindak’ iaitu:
Berfikir – Bertindak (Orang yang beruntung)
Orang yang berfikir dan bertindak dikatakan sebagai orang yang
beruntung. Walau pun dia gagal dalam tindakannya, tetapi pengalaman
dalam tindakannya akan memberikan kelebihan kepadanya dalam
proses tindakan yang selanjutnya. Namun perlu diingatkan yang berfikir
dan bertindak ini mestilah dalam kerangka ‘paradigma tauhid’ selain
menyedari bahawa diri kita telah dipertanggungjawabkan untuk tugas
semurni itu.
Berfikir – Tidak Bertindak (Orang yang rugi)
Orang yang berfikir tanpa disertai keinginan untuk bertindak adalah
orang yang sangat rugi. Berfikir sudah memberikan kelebihan kepadanya
untuk memulakan tindakan, namun kemungkinan akan kegagalan
menyebabkan dia tidak bertindak. Orang yang seperti ini hanya melihat
tanpa ada rasa keinginan untuk menggerakkan fizikalnya ke arah
kebaikan.
Bertindak – Tidak Berfikir (Orang yang lalai)
Bertindak tanpa berfikir adalah amat berbahaya, dan orang sebegini
dikatakan sebagai golongan yang lalai. Orang yang lalai tidak prihatin
terhadap kesan daripada tindakannya. Baginya bertindak amat mudah
jika mengikut kebiasaan yang telah diamalkan sebelumnya, dan ia tidak
menyukarkan selagi seseorang itu mematuhi amalan dan kebiasaan
tersebut. Namun, tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan
amalan kebiasaan. Persoalan, masalah dan perkara baharu memerlukan
82
INTERVENSI DAN KEMAHIRAN MOTIVASI
cara dan kaedah penyelesaian yang baru. Menerusi kegiatan berfikir, ia
akan memandu, memberi arah dan hala tuju bagaimana tindakan yang
sesuai dengan persoalan dan sesuatu masalah itu harus disasarkan.
Tidak Bertindak – Tidak Berfikir (Orang yang malang)
Orang yang tidak bertindak dan tidak berfikir adalah orang yang malang.
Malang kerana ia membiarkan dirinya kosong umpama vakum. Akal
dan kekuatan fizikalnya tidak digunakan untuk memperbaiki kualiti diri,
memberi sumbangan kepada bangsa, negara dan agamanya. Malah, orang
seperti ini telah gagal memikul tanggungjawabnya sebagai ‘khalifah’
Allah SWT di muka bumi ini. Orang seperti ini hanya suka berada dalam
‘zon selesa’ ciptaannya tanpa disedari bahawa dirinya adalah umpama
melukut di tepi gantang daripada perspektif masyarakat.
KAEDAH BERFIKIR
Terdapat beberapa kaedah berfikir yang digagaskan oleh para sarjana,
antaranya adalah seperti berikut:
Berfikir Secara Perseptif
Persepsi ialah proses minda membaca, mentafsir, dan memahami alam.
Persepsi ialah tahap pertama proses berfikir. Tahap kedua ialah logik.
Daya persepsi ialah daya survival yang paling penting. Logik dikatakan
sebagai “hamba dungu” kepada persepsi, ini adalah kerana persepsi
mempengaruhi apa yang dilihat oleh logik. Setiap perkara dapat dilihat
melalui pelbagai persepsi. Sebagai contoh, perniagaan membuat
dan menjual stoking boleh dilihat dengan persepsi seperti ia adalah
perkhidmatan membuat stoking untuk orang-orang yang memerlukannya
dan pembuat stoking menerima ganjaran kewangan atas perkhidmatan
itu atau ia adalah suatu kegiatan mencari keuntungan daripada stoking.
Berfikir Secara Analitikal
Berfikir secara analitikal ditandai oleh daya usaha untuk melihat sesuatu
itu secara lebih terperinci. Analisis ialah proses kita memecahkan
83
BIMBINGAN MENARA GADING
masalah besar kepada bahagian-bahagiannya yang lebih kecil supaya
dapat kita tangani. Analisis ialah proses kita mencari punca-punca itu.
Analisis ialah usaha kita untuk memahami situasi yang kompleks dengan
cuba melihat situasi itu melalui unsur-unsurnya. Yang menjadi masalah
kita bukanlah berdebat sama ada analisis berguna atau tidak tetapi
sama ada analisis sahaja sudah cukup. Kalau meja kita mempunyai dua
batang kaki, tiap batang kaki adalah berguna tapi sepasang kaki belum
cukup. Kita memerlukan empat batang kaki.
Kita membuat pelbagai analisis kerana kita mahu menjawab
soalan-soalan seperti Apa, Mengapa, Bila, Bagaimana, Siapa, dan Mana.
Ada sangkaan yang mengatakan analisis terperinci dapat membantu
penyelesaikan masalah. Ada masalah yang dapat diselesaikan dengan
cara menganalisis punca-punca masalah tersebut. Tetapi kebanyakan
masalah tidak dapat diselesaikan dengan mengunakan analisis. Jenis-
jenis masalah yang berpunca daripada sifat-sifat semula jadi tabiat
manusia ialah contoh masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan
cara analisis.
Ada masalah yang boleh kita selesaikan dengan cara menganalisis
punca-punca masalah tersebut. Walau bagaimanapun, banyak masalah
tidak dapat diselesaikan dengan cara mencari dan membuang puncanya.
Kalau mata kita rabun, sukar untuk membaca, kita tidak mungkin akan
membuang mata kita. Bagi tiap-tiap masalah, kita tahu punca masalah
yang kita alami, tapi kita tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah
itu dengan cara membuang puncanya kerana hal itu tidak dapat
dilakukan.
Banyak jenis masalah adalah terdiri daripada jenis yang hanya
dapat diselesaikan dengan menggunakan teknik pemikiran ‘reka cipta’
selain daripada menganalisis. Untuk menyelesaikan masalah itu kita
mereka cipta penyelesaiannya, bukan menganalisis punca-puncanya.
Pemikiran reka cipta mengkehendaki kita supaya melakukan itu ini,
semata-mata kerana hendak mendapatkan penyelesaian. Kita bukan
cuba membuang punca, malah kita peduli pada apa punca masalah dan
sebenarnya kita mereka cipta jawapannya.
84
INTERVENSI DAN KEMAHIRAN MOTIVASI
PENGURUSAN MASA: APA YANG PERLU ANDA TAHU?
Menyebut tentang masa, sudah tentu ramai yang telah membaca,
mendengar bahkan menggunakan kaedah-kaedah pengurusan masa
yang banyak dan mempunyai ‘mazhab-mazhab’ yang berbeza. Begitu pun
berapa ramai daripada kita yang mengimani pepatah Arab yang cukup
sinonim sebagai halwa telinga kita iaitu, ‘kalau kita tidak mendahului
masa, maka masa bakal memenggal leher kita’? Berapa ramai jua yang
istiqamah menjaga susun atur aktiviti dan urusan kehidupan mengikut
ketetapan pengurusan masa yang baik? Menurut Hettich (1998, dalam
Sapora dan Khairunneezam, 2006), “Time expands for those who court
it.” Hakikatnya, masa merupakan sumber yang paling berharga yang
dikurniakan oleh Tuhan kepada manusia. Malangnya, tidak semua dalam
kalangan kita mengetahui cara yang paling efisien untuk memanfaatnya
dengan bijaksana. Sebagai pelajar, pengurusan masa memainkan
peranan penting dalam menentukan prestasi pencapaian mereka. Walau
bagaimanapun, pengurusan masa tidak bermaksud bahawa seseorang
pelajar itu terpaksa mengorbankan masa untuk beristirahat dan sia-sia.
Sebaliknya, pengurusan masa yang cekap dan efisien membantu kita
mencapai keseimbangan dalam semua aspek kehidupan.
Tidak dinafikan bahawa di peringkat sekolah bahkan di alam
pengajian tinggi, strategi pengurusan masa yang berkesan dan efisien
dalam kalangan pelajar merupakan tunjang kepada kecemerlangan
pencapaian akademik dan keseimbangannya dengan pencapaian
kokurikulum mereka. Hubungan antara kecemerlangan akademik dan
pengurusan masa adalah sentiasa positif, semakin baik atau mantap
kemampuan seseorang pelajar mengurus masa, semakin meningkat
dan cemerlanglah prestasi akademik mereka. Masa merupakan sumber
yang unik. Dari sehari ke sehari, setiap orang mempunyai jumlah masa
yang sama, tidak lebih tidak kurang. Pengurusan masa ialah proses
peribadi dan mestilah sesuai dengan gaya dan keadaan. Ia memerlukan
penglibatan yang banyak untuk mengubah tabiat lama, tetapi pilihannya
terpulang kepada anda untuk membuat keputusan. Sekiranya anda
membuat keputusan untuk mengamalkan prinsip ini, anda akan
memperoleh ganjaran hasil daripada pelaburan masa yang lebih baik.
85
BIMBINGAN MENARA GADING
Pengurusan Masa Berpandukan Prinsip
Untuk menguruskan masa dengan baik, anda perlu memulakan dengan
menetapkan matlamat hidup. Sekiranya matlamat hidup seseorang
individu itu tidak diuruskan secara tepat, akibatnya masa akan diuruskan
secara lintang-pukang. Kebanyakan pelajar hanya memikirkan soal nilai
semasa yang kadang kala berubah-ubah mengikut perubahan masa
dan keadaan. Justeru, pengurusan masa mestilah berpusatkan prinsip,
bukan semata-mata nilai. Oleh itu, sebagai seorang pelajar, sebelum
menguruskan masa, perlulah anda selesaikan dahulu persoalan utama
iaitu apakah matlamat anda?
Pengurusan masa yang tidak berdasarkan prinsip, akan
menyebabkan seseorang tertumpu kepada matlamat jangka pendek
atau pada tugas hariannya tanpa terfikir apakah yang perlu dicapai dalam
hidup yang singkat ini. Cita-cita, wawasan dan matlamat hidup anda
sepatutnya menjadi dominan dalam pengurusan masa anda berbanding
rutin hidup harian yang ‘stereotype’ sifatnya. Selalunya terdapat tiga
kategori perkara yang perlu anda susun mengikut keutamaan masa:
Penting dan Segera
Ini adalah tugas yang wajib dilaksanakan pada masa itu juga atau
pada waktu yang terdekat. Contohnya, jika hari ini seorang pensyarah
meminta anda untuk menyempurnakan satu tugasan akademik dan
menyerahkannya pada pukul 11 pagi esok. Selalunya, seseorang dapat
melaksanakan tugas dalam kategori ini dengan tepat. Seseorang itu
mampu melaksanakan dengan baik kerana didorong oleh sifat ‘ segera
‘ dan kepentingannya. Tetapi sering juga terjadi pengabaian sekiranya
hidup seseorang itu tidak berdasarkan prinsip yang tepat. Contohnya,
apabila sudah masuk waktu solat, masih ramai yang mengabaikannya
walaupun pada hakikatnya adalah persoalan yang penting dan segera.
Penting Tetapi Tidak Segera
Kejayaan melaksanakan tugas dalam kategori kedua inilah yang
membezakan antara individu yang berkesan dan yang tidak berkesan.
Malangnya, kebanyakkan perkara- perkara penting dalam hidup
seseorang tidak termasuk dalam kategori ‘segera’. Contohnya, perkara-
86
INTERVENSI DAN KEMAHIRAN MOTIVASI
perkara dalam kategori ini bagi pelajar sekolah adalah kelas tambahan
yang perlu dihadiri pada hujung minggu, tugasan menyiapkan portfolio
subjek tertentu di hujung penggal dan sebagainya. Bagi seseorang
mahasiswa di universiti, ia mungkin kursus yang perlu dihadiri
untuk mempertingkatkan kemahiran profesional, kertas kerja yang
perlu dibentangkan, jurnal yang perlu diterjemahkan. Ini akan dapat
mengelakkan ‘pengangguran masa’ dan akan dapat mendisiplinkan diri
anda sebagai seorang pelajar.
Seterusnya, pengurusan yang unggul dapat dicapai melalui
kebijaksanaan pengurusan masa. Anda perlu tahu bahawa sumber
yang paling penting yang perlu diagihkan pada setiap masa ialah
masa itu sendiri. Antara tugas penting sebagai seorang mahasiswa
ialah mengagih-agihkan masa di antara belajar dengan aktiviti yang
lain seperti melibatkan diri dengan persatuan, kebajikan masyarakat
dan aktiviti riadah yang lain. Ilmu psikologi pun menekankan apabila
seseorang berada dalam keadaan tekanan dan ketakutan, dia akan
hilang pertimbangan. Jadi sebahagian masa perlu diperuntukkan untuk
menenangkan fikiran.
Setiap detik masa yang berlalu amat bermakna kepada orang yang
tahu untuk menghargainya. Oleh kerana masa itu bersifat perdana, anda
harus menggunakannya dengan lebih produktif bagi menghasilkan kerja
yang bermutu. Kebiasaannya, masa yang lebih produktif dalam sehari
ialah pada awal pagi. Seseorang akan berasa segar, berjaga-jaga dan
rehat. Kita mempunyai lebih tenaga dan bersedia untuk pergi bekerja.
Pada tahap ini, konsentrasi seseorang sangat tinggi dan mempunyai
jarak tumpuan yang jauh.
Dalam hal ini mahasiswa perlu sedar bahawa otak yang cergas datangnya
dari badan yang sihat. Islam sendiri pun menuntut agar umatnya terus
berusaha kerana rezeki bermula selepas solat subuh. Peluang ini perlu
digunakan oleh mahasiswa sebaik yang mungkin kerana tanggungjawab
dan amanah yang perlu dilakukan amat besar sekali. Sekiranya anda
menangguhkan kerja terhadap projek yang penting sehingga tenaga
hilang, kedua-dua kualiti kerja dan produktiviti secara keseluruhannya
akan hilang. Seseorang mungkin tahu tentang diri sendiri bilakah waktu
produktifnya dalam sehari. Sama ada awal pagi atau lewat pagi, awal
atau lewat tengah hari. Bila-bila sahaja, objektif menepati masa perlu
dilakukan dan ianya perlu digunakan secara cekap. Dalam kehidupan
87
BIMBINGAN MENARA GADING
kampus, mahasiswa perlu mengguna dan mengagihkan masa dengan
konsisten seperti menyiapkan tugasan pada tarikh yang ditetapkan,
membuat penyelidikan luar, rujukan di perpustakaan, berpersatuan,
beriadah dan mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.
Segera Tetapi Tidak Penting
Perkara atau kerja dalam kategori ini selalunya menuntut tindakan
yang segera tetapi jika diteliti secara objektif perkara ini sebenarnya
kurang utama. Contohnya, kita diajak untuk menghadiri satu pertemuan,
diminta untuk ber‘Facebook Live’ untuk membantu jualan produk, atau
seorang kawan mengajak kita menemaninya membeli-belah. Kita
mungkin menyedari bahawa perkara-perkara ini sepatutnya kurang
diberi keutamaan, tetapi masalahnya seseorang sedang menanti di
hadapan meja kita untuk mendapat jawapan. Akhirnya kita tewas, lalu
bersetuju kerana kita tidak mampu mencari alasan yang baik dan manis
untuk menolaknya.
MEMBENTUK PERANCANGAN DAN JADUAL BELAJAR
Terdapat banyak kaedah pengurusan masa berasaskan pembentukan
jadual terutamanya dalam kalangan pelajar. Ada yang membuat jadual
pembelajaran berasaskan konsep harian, mingguan, bulanan dan
sebagainya. Di bawah adalah satu contoh pembentukan jadual semester
plan berdasarkan kepada strategi pengurusan masa yang efisien (Sapora
dan Khairunneezam, 2006). Perancangan ini adalah sesuai dibuat pada
minggu kedua permulaan setiap semester bagi pelajar di universiti. Ini
kerana pada masa itu, pensyarah telah mengedarkan rangka kursus
dan tajuk tugasan kepada para pelajar. Begitu pun, jadual ini tetap juga
sesuai diaplikasikan oleh pelajar di sekolah. Untuk mereka ini, jadual
ini boleh saja dibuat terus pada awal persekolahan bermula kerana
ia tidak akan mengganggu waktu pembelajaran di sekolah, bahkan
menggabungjalinkan dengan semua waktu selain di sekolah dalam
satu-satu minggu. Selepas beberapa minggu menggunakan jadual ini,
penilaian harus dibuat ke atasnya untuk menentukan keefektifannya.
Jadual perancangan ini adalah seperti berikut:
88
INTERVENSI DAN KEMAHIRAN MOTIVASI
Jadual 4.1 Perancangan Mingguan (Semester Plan)
Hari/Waktu Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
0700
0800
0900
1000
1100
1200
1300
1400
1500
1600
1700
1800
1900
2000
2100
2200
2300
Panduan Pengisian Jadual untuk Pelajar Sekolah
Antara tatacara pembentukan dan pengisian aktiviti dalam jadual ini tidak
banyak berbeza dengan panduan untuk pelajar universiti. Pertamanya,
catatkan semua aktiviti anda termasuk waktu belajar, mengulang kaji,
beriadah, berehat dan bersosial. Kedua, buat jadual waktu mingguan
yang merangkumi aktiviti anda setiap hari bermula daripada bangun
tidur hingga waktu tidur. Ketiga, agihkan waktu yang cukup untuk tidur,
makan dan rekreasi. Pelajar harus faham mereka tidak boleh terlalu
terfokus kepada aktiviti akademik semata-mata dan mengabaikan
aktiviti kokurikulum dan rehat yang mencukupi. Keempat, pelajar perlu
susun tugas-tugas mengikut keutamaan yang boleh dirujuk dalam topik
89
BIMBINGAN MENARA GADING
sebelum ini. Kelima, pelajar perlu meluangkan waktu untuk berbincang
atau mengulangkaji pelajaran sebelum ke sekolah atau masuk ke kelas.
Keenam, sediakan waktu untuk mengulang kaji pelajaran selepas waktu
sekolah kerana anda mungkin akan lupa pelajaran tersebut sekiranya
pelajaran itu tidak diulang baca dalam tempoh 24 jam.
Mengurus masa dengan efektif dan efisien boleh menjadi satu
cabaran terutama kepada mahasiswa. Jadual semester plan diwujudkan
untuk menyusun aktiviti-aktiviti dalam kehidupan pada setiap hari.
Sebagai pelajar, anda perlu dapat memberikan tumpuan yang lebih
kepada perkara yang penting, tetapi dalam masa yang sama juga
anda perlu mengimbangkannya dengan keperluan rutin harian. Dalam
membuat jadual utama anda perlu mengenal pasti masa-masa yang
penting iaitu masa kuliah dan tutorial, makmal atau bengkel, masa untuk
sebarang komitmen seperti perjumpaan “study group”, atau sebarang
aktiviti persatuan dan kelab.
Selain itu, anda perlu mengetahui kegiatan asas harian hidup
seperti makan, tidur, berehat dan beriadah. Ini semua adalah penting
untuk menjadikannya realistik untuk mengetahui berapa lama aktiviti-
aktiviti tersebut memakan masa. Contohnya, membahagikan enam jam
supaya mendapat tidur yang cukup (mengikut kesesuaian dan kebiasaan
individu), sejam untuk makan tengah hari dan malam, beberapa jam
untuk beribadah, dan sebagainya supaya anda tidak perlu tergesa-gesa
atau berpeluang untuk bersosial dengan kawan-kawan.
Dalam membuat jadual untuk membahagikan masa penting,
masa peribadi dan masa untuk rutin harian, anda juga perlu mengetahui
tahap kecergasan tenaga anda iaitu bilakah masa yang paling cergas
dan sebaliknya. Ini penting kerana ia mempengaruhi jadual seharian
anda. Jika tidak ia akan mempengaruhi jadual yang telah dirancang.
Contohnya, membuat ulang kaji setelah selesai latihan sukan. Keadaan
sebegini akan menjejaskan keadaan kerana tenaga akan berkurangan
untuk mengulang kaji kerana penat bersukan. Oleh itu, seseorang tidak
dapat menumpukan perhatian dalam membuat ulangkaji.
Ramai pakar pengurusan masa juga mensyorkan supaya jadual
yang dibuat adalah fleksibel. Mereka mencadangkan supaya dua
jam daripada 24 jam tidak dijadualkan. Oleh itu, anda perlu bijak
membahagikan masa dalam membuat jadual yang realistik dan mampu
90
Masa / Hari 6-7 pagi Jadual 4.2 “Semester Plan” Pelajar Sekolah 7-8 8-9 9-11
Isnin 7-2 2-3 3-5 5-7
Selasa Bangun
Rabu Kemas Diri U
Khamis Solat L
Siap ke Sekolah
Jumaat AS S
Kemas Diri
Sabtu INTERVENSI DAN KEMAHIRAN MOTIVASISolatNOOU
91 L
Ahad Waktu Persekolahan GL L T A
N
Solat KA A V G
Makan K
AT T / A
J
J/ / S I
IR M O
IL
TAAA
Mengemas Rumah / UDK T
Aktiviti Keluarga I AA
SHN
Riadah Ulang kaji
Y
E
N
Jadual 4.2 “Semester Plan” Mahasiswa Universiti
BIMBINGAN MENARA GADING
Hari/ Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
serta mempunyai disiplin untuk mengikutinya. Berikut adalah contohWaktu
jadual perancangan mingguan bagi seorang pelajar universiti:0600Kuliah Prinsip ZakatPersiapan Kendiri / Solat SubuhRehat Group Rehat
0700 dan Cukai Tutorial Study / /
920800 Makmal Sarapan Tugasan
0900 Ilmiah Riadah
1000 Kuliah Pengurusan Makmal Kuliah Ulangkaji /
Baitulmal Wakaf dan Statistik Rehat
1100 Kuliah Perniagaan / Sukan
1200 Faraid Prinsip Etika
1300 Kerja Islam Rehat Riadah
1400 /
Tutorial
1500 Rehat / Solat Zohor Sukan
1600 Kuliah Kuliah Kuliah Rehat
1700 Pengurusan Ekonomi Pengajian Halaqah Tutorial
1800 Malaysia
1900 Risiko
2000
2100 Rehat / Solat Asar Tutorial Solat Asar Tutorial
2200 Solat Asar Sukan / Rekreasi
2300 Kuliah Sukan /
2400 Fiqh Muamalat Rekreasi Rehat
Rehat / Makan Malam / Solat Maghrib & Isyak
Ulangkaji / Tugasan Ilmiah Group Kuliah Ulangkaji / Tugasan Ulang kaji
Study e-Dagang Ilmiah / Tugasan
Ilmiah
Tidur / Rehat
INTERVENSI DAN KEMAHIRAN MOTIVASI
BUDAYA MEMBACA
Membaca boleh didefinisikan sebagai suatu bentuk aktiviti yang
melibatkan pemikiran dan penumpuan perhatian dalam memahami
sesuatu idea-idea yang ditulis di dalam buku yang dibaca. Menurut
Mortimer Adler dalam bukunya “How to Read a Book” menyatakan
bahawa membaca adalah proses mentafsir atau memahami tentang
apa saja bahan-bahan bacaan yang boleh merangsang pemikiran
(dalam Sapora dan Khairunneezam, 2006). Dalam kemahiran membaca,
terdapat banyak teknik yang digunakan untuk memastikan cara belajar
yang lebih baik. Para sarjana menyifatkan membaca sebagai proses
untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang
bercetak atau bertulis. Seseorang akan dapat memahami apa yang dibaca
apabila berlaku interaksi antara pengamatannya tentang lambang-
lambang yang dibaca, kebolehannya berbahasa dan pengetahuannya
tentang alam sekeliling.
Pada wahyu pertama itu terdapat isyarat yang cukup penting buat
seluruh umat Islam. Mengapa agaknya ketika Nabi SAW diwahyukan
pada wahyu yang pertama dengan satu surah yang menyuruh baginda
membaca sedangkan baginda tidak tahu membaca dan menulis. Ayat-
ayat pertama daripada surah al-‘Alaq ini sebenarnya ingin memberitahu
kita satu formula agung bahawa sebenarnya lima ayat inilah merupakan
titik-tolak kepada bangunnya sebuah tamadun Islam, lahirnya seorang
Nabi akhir zaman yang mengajarkan apa yang diwahyukan dari Tuhan-
Nya, berkembangnya ketamadunan ini sehingga menjadi pelopor kepada
ilmu-ilmu utama dalam dunia moden ini.
“Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku
darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar
manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang
tidak diketahuinya,” (Al-‘Alaq : Ayat 1-5)
Sedar atau tidak kita adalah satu tamadun yang bangun
dengan membaca. Dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) ini sesiapa
yang tidak berusaha untuk menambah ilmu dan pengetahuan serta
tidak mengaplikasikannya untuk survival kehidupan, maka dia akan
ketinggalan. Penambahan ilmu pengetahuan ini sudah tentulah didukung
93
BIMBINGAN MENARA GADING
oleh budaya membaca. Sayangnya, dalam kalangan masyarakat Malaysia
terutamanya golongan millennial yang rata-ratanya berada di institusi
pengajian tinggi dan di sekolah menyerlahkan purata pembacaan buku
hanya dua ke empat buah sahaja dalam setahun. Angka ini sangat rendah
untuk sebuah negara yang cuba meluncur maju pesat membangun
seperti Malaysia. Untuk itu, sebagai pelajar budaya membaca dan dibuat
secara efektif adalah sangat-sangat diperlukan dalam menuntut ilmu
pengetahuan.
SEIMBANG DAN HOLISTIK DALAM PELAJARAN KUNCI
KEJAYAAN KEHIDUPAN
Sebagai seorang penuntut ilmu tidak kiralah di institusi persekolahan
mahu pun di universiti, anda perlulah sedar dan tahu apakah matlamat
dan perjuangan yang perlu diangkat sepanjang menuntut ilmu. Apakah
strategi dan kaedah pembelajaran yang perlu dibudayakan agar di
penghujung destinasi pengajian kelak akan membuahkan sesuatu
yang bermakna sebagai bekal memasuki fasa seterusnya iaitu semasa
bekerja.
Menjadi kebiasaan bagi kita bertemu dengan dua kutub personaliti
dalam kalangan pelajar. Pertamanya, golongan ulat buku, yang
kelihatannya sangat cenderung kepada perkuliahan, pembacaan, setia
mentelaah dan mensintesis setiap inci ilmu yang diperturunkan oleh
pensyarah dalam kuliah. Golongan ini lazimnya juga dipanggil ‘mat atau
minah skema’ lantaran dedikasi tinggi mereka dalam akademik. Aktiviti
selain akademik dianggap mengganggu fokus mereka untuk meraih
keputusan cemerlang setiap semester.
Golongan keduanya, adalah mereka yang terfokus kepada aktiviti
selain daripada bilik kuliah, tidak kiralah sibuk berpersatuan, menyertai
pelbagai aktiviti kesukanan, mahu pun aktiviti sosial dan kemasyarakatan.
Pada mereka, minat dan kecenderungan perlu dirai, lantaran medan dan
peluang sangat terbuka luas disediakan, digabung pula dengan sifat
keremajaan mereka yang suka bereksperimentasi dengan sesuatu yang
baharu. Namun, persoalannya di sini adalah, benarkah ulat buku akan
mendominasi pentas kejayaan apabila bergelar pekerja kelak? Begitu
jua halnya dengan mereka yang terlalu aktif berpersatuan dan menjalani
aktiviti luar, bolehkah mereka ‘survive’ atau mempunyai kelebihan untuk
94
INTERVENSI DAN KEMAHIRAN MOTIVASI
memenangi hati bakal majikan tanpa keputusan peperiksaan yang
secemerlang para ulat buku?
Memetik pandangan cendekiawan Islam, Yusuf Al-Qardhawi iaitu
satu-satu generasi yang mengikuti sesebuah sistem pendidikan perlu
bersandarkan kepada realiti dan keilmuan. Generasi ini adalah generasi
yang berlepas daripada segala sangkaan dan berhukum dengan keilmuan
dan kebenaran yang nyata. Pelajar di universiti merupakan generasi
yang dimaksudkan oleh Yusuf al-Qardhawi ini dengan syarat mereka
tidak terlalu ekstrem kepada salah satu daripada dua kutub personaliti
yang disebutkan di atas tadi.
The American Psychological Association telah menjalankan satu
kajian pada penghujung tahun 2019 dalam kalangan alumni universiti-
universiti negeri merentasi seluruh Amerika Syarikat mengenai bakat,
kebolehupayaan dan kebolehpasaran mereka dalam temph lima tahun
pertama bekerja. Salah satu daripada dapatan kajian menyerlahkan
bahawa hampir 85 peratus alumni yang baru saja bekerja ini percaya
keseimbangan yang mereka serlahkan dalam konteks akademik dan
kokurikulum sepanjang pengajian di universiti sangat-sangat membantu
menyerlahkan potensi, kompetensi dan sikap yang dikehendaki oleh
majikan mereka.
Islam adalah agama fitrah, dan fitrah manusia selalu menginginkan
keseimbangan. Dengan keseimbanganlah alam ini berjalan teratur. Allah
SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dialah yang telah
mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau
tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang
keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau
ragu-ragu) maka ulangilah pandangan (mu), dapatkah engkau melihat
sebarang kecacatan?” (Al-Mulk, ayat 3). Sesungguhnya, keseimbangan
yang disebut Allah SWT inilah yang menjadi ruh dan inti pati ajaran Islam.
Sebagai seorang bakal graduan di universiti awam mahu pun
swasta, setiap pelajar perlulah memiliki keseimbangan dalam hal ehwal
pembelajaran mahu pun aktiviti lain di luar bilik kuliah, bukan terlalu
fokus kepada salah satu daripadanya. Tuntasnya, keseimbangan yang
harus ada pada seseorang pelajar itu terbahagi kepada dua dimensi
yang utama iaitu, keseimbangan dalaman dan keseimbangan luaran.
Keseimbangan dalaman diperihalkan melalui kemampuan memenuhi
95
BIMBINGAN MENARA GADING
hak peribadi secara adil dalam aspek fizikal (kesihatan tubuh badan),
emosional (perasaan yang bersih), mental (fikiran yang jernih) dan
spiritual (hubungan dengan Allah SWT yang terbaik).
Manakala keseimbangan luaran pula adalah daripada kemampuan
memenuhi hak-hak manusia lain yang berada di sekeliling pelajar
tersebut. Dalam al-Quran, Allah SWT menggambarkan bagaimana
seharusnya seorang Muslim, dan spesifiknya seorang pelajar, dalam
menyeimbangkan antara kehidupan dunia dan akhirat. Firman Allah SWT
yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk
mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu
pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan
sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu);
yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat
yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka
bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-
masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah,
serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan),
supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Al-Jum’ah, ayat 9-10).
Melalui peringatan Allah SWT dalam ayat di atas, seseorang
yang seimbang, terutamanya bagi seseorang pelajar, pasti akan bijak
membahagikan fokus dan keperluan mereka (dalam dan luar bilik
kuliah) untuk berjaya dalam kehidupan di dunia mahu pun di akhirat.
Dan tidak dapat tidak, untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di
akhirat, seseorang itu perlulah mempunyai tahap ilmu dan pengetahuan
yang baik dan mampu menggembleng nilai-nilai holistik dari segi
keperibadian dan akhlak seseorang itu.
Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dalam kalangan
manusia. Firman Allah SWT dalam al-Quran, bermaksud:
“Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang
tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan
dan petunjuk hanyalah dalam kalangan hambanya yang berilmu dan
bijaksana” (Al-Zumar, ayat 9).
96
INTERVENSI DAN KEMAHIRAN MOTIVASI
Bersandarkan peringatan Allah SWT ini, Kementerian Pendidikan
Tinggi (KPT) dan universiti-universiti di negara telah menggembleng dan
membangunkan kurikulum dan kokurikulum yang terbaik berpandukan
asas-asas ilmu yang pelbagai dan kukuh dalam mengetengahkan
potensi diri pelajar yang sebenar. Keutuhan nilai kerohanian menjadikan
pelajar mudah dibentuk dan dikelola dengan suntikan program-
program yang digagaskan di peringkat Kementerian mahupun universiti
sendiri. Universiti sepanjang masa menyediakan platform terbaik dan
berusaha melahirkan pelajar yang memilik sifat keseimbangan, holistik,
mempunyai kemahiran insaniah tersendiri, serta mempunyai ilmu dan
jati diri unggul.
Berteraskan nilai keseimbangan dalam kehidupan sebagai pelajar
di universiti, peluang yang luas telah sekian lama diberikan oleh universiti-
universiti kepada pelajar-pelajar untuk menonjolkan diri dalam bidang
berteraskan akademik, keusahawanan, inovasi, kebudayaan, kepimpinan,
pengurusan, sukan, dan lain-lain lagi. Peluang-peluang ini bertujuan
membentuk graduan yang holistik dan seimbang sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Graduan berkenaan memiliki disiplin ilmu yang
relevan, akhlak dan penetapan minda yang sesuai, tingkah laku dan
beradab untuk memajukan diri bagi membolehkan mereka memberikan
sumbangan kepada keharmonian dan kemajuan keluarga, masyarakat,
negara dan komuniti global. Usaha yang berterusan dilakukan untuk
memastikan potensi dan “towering personality” terserlah dalam diri
pelajar bukan sekadar cemerlang semasa di universiti tetapi turut hebat
ketika berada dalam kalangan masyarakat luar. Persepsi masyarakat
luar yang baik dan kebolehterimaan pemain industri terhadap pelajar
di universiti terhasil melalui usaha keras pelbagai pihak baik Bahagian
Hal Ehwal Pelajar, Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa, Pusat
Kebudayaan, Pusat Sukan dan sebagainya.
Kesepaduan dalam menyediakan pelbagai inisiatif dan program
telah mencipta ruang yang luas untuk pelajar berdikari, membina
keupayaan diri, serta berkarya mengikut kekuatan diri masing-masing.
Natijahnya, lahirlah generasi pelajar yang bukan sekadar menjadi tokoh
adalam aspek akademik malah menjadi profesional yang seimbang
dalam penglibatan dan sumbangan bukan akademiknya untuk berjasa
kepada bangsa dan negara serta menjadi penyelesai kepada masalah
ummah.
97
BIMBINGAN MENARA GADING
Gambar 4.1 Kecemerlangan sahsiah menerusi kem keibubapaan di
Akademi Menara Gading
PENUTUP
Diceritakan bahawa suatu ketika dahulu, ada seorang pelopor ilmu yang
cukup bijaksana di sebuah negeri di jazirah Arab yang sangat dihormati
oleh sahabat dan lawan. Kehebatannya dalam dunia ilmu pengetahuan,
perniagaan dan sehingga dilantik menjadi ketua masyarakat
memberikan banyak kelebihan bukan sahaja kepada dirinya bahkan
kepada masyarakat di sekitarnya. Begitu pun dia tidak pernah berasa
bongkak, bahkan merupakan seorang yang disegani kerana sopan
santunnya, rendah hatinya, budi bicaranya dan sumbangannya yang
tidak putus-putus kepada pihak lain.
Suatu hari dia ditanya oleh masyarakat setempat: “Wahai ilmuan,
ketua kami yang disanjungi. Apakah rahsia Tuan sehingga mampu berdiri
sehebat ini berjaya dalam kehidupan? Kongsikanlah ia dengan kami?”
Orang bijaksana itu tersenyum lalu menjawab, “Tuan-tuan budiman
sekalian. Kejayaanku andai ia ditafsir sebagai kejayaan, aku temukan
sejak puluhan tahun yang lalu adalah ‘di dalam bilik tidurku’. Terkejut
dengan jawapan semudah itu, orang ramai bertanya lagi, “Hanya dalam
bilik tidur, bagaimanakah sebegitu mudah ia berada di situ?” Orang
bijaksana itu menjawab dengan panjang lebar. “Ya tuan-tuan, di dalam
bilik tidurku itu, setiap kali aku melihat kipas, seakan-akan ia berkata,
‘be cool, tenanglah hadapi segala cabaran. Setiap kali aku melihat
98
INTERVENSI DAN KEMAHIRAN MOTIVASI
bumbung, seakan-akan bumbung berkata, ciptalah matlamat setinggi
yang kau mampu. Setiap kali aku melihat jam, seakan-akan jam berkata,
hargailah setiap saat kerana masa itu sangat berharga. Setiap kali aku
melihat cermin, seakan-akan cermin berkata, lihatlah dirimu sendiri,
fikir sebelum kau bertindak. Setiap kali aku melihat, tingkap, seakan-
akan ia berkata, bukalah aku dan lihatlah keindahan dunia, Setiap kali
kumelihat pintu, seakan-akan ia berkata, bukalah aku dan keluarlah
menerobos pancaroba dunia ini. Akhirnya, setiap kali aku melihat
hamparan sejadah, seakan-akan ia berkata, bersujudlah, kerana apa
pun yang kau lakukan, ianya dengan keizinan Tuhan!”. Begitulah adanya,
ilham untuk mendapatkan kejayaan itu boleh berada di mana-mana.
Asalkan kita mahu, asalkan kita berkehendak, asalkan kita mahu berfikir
dan mengambil pengajaran, InsyaaAllah akan dilorongkan jalan dan
cahaya oleh-Nya.
99