The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syarinah Mad Sehat, 2019-06-18 23:04:25

NOTA 1 SEC 2363

MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK

Keywords: NOTA 1

SEC 2363
Matematik Awal Kanak-Kanak

Disediakan oleh:
Miss Syarinah Mad Sehat
Email: [email protected]

No. Tel: 019 – 267 3439

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:
1. Memahami bagaimana perkembangan

kognitif kanak-kanak berlaku dari perspektif
teori.
2. Mengetahui konsep-konsep yang terdapat
dalam pembelajaran Matematik Awal.

PERKEMBANGAN KOGNITIF

• Otak kanak-kanak berkembang dengan pesat dalam tempoh
lima tahun pertama kehidupan, paling utama adalah tiga
tahun pertama

• Ia adalah masa untuk perkembangan kognitif, bahasa,
sosial, emosi, dan motor berkembang dengan lebih pesat

• Sel-sel sarat otak akan berhubung apabila kanak-kanak
menggunakan deria mereka untuk melihat, menghidu,
menyentuh, mendengar, merasa

• Pengalaman baru yang berlaku berulang kali akan
membantu membuat sambungan baru, yang membentuk
cara kanak-kanak itu berfikir , merasa, bertindak dan belajar.



Teknik Pembelajaran V.A.K

• Cara untuk membawa informasi ke dalam otak kanak-kanak

1. V – Visual

Kanak-kanak perlu dirangsang menggunakan sesuatu yang boleh
dilihat, dinampakkan atau dibayangkan.

2. A – Auditori

Kanak-kanak mudah memahami dengan mendengar. Kanak-kanak boleh
mengingati penerangan melalui aktiviti bacaan kuat atau menggerakkan
bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru

3. K – Kinestatik

Perlu ada pergerakan, sentuhan dan jugak sentuhan hati. Kanak-kanak perlu
disentuh, usap-usap, gosok-gosok. Lebih berkesan apabila melakukan aktiviti
‘hands-on’. Ramai kanak-kanak pada era ini adalah kanak-kanak kinestatik.

Strategi Pembelajaran

Gaya Pembelajaran Visual Gaya Pembelajaran Kinestatik

1. Video 1. Pergerakan
2. Flash cards 2. menari
3. puzzles 3. menyentuh
4. bahan maujud 4. menulis/menconteng
5. Gambar-gambar

Gaya Pembelajaran Auditori

1. nyanyian
2. baca kuat
3. Sesi Soal Jawab/Imbasan Pembelajaran

PRINSIP PEMBELAJARAN MATEMATIK

• Matematik adalah contoh pemikiran logik atau pengetahuan.
• 5 perkara yang diperlukan bagi membentuk pengetahuan konsep

matematik kepada kanak-kanak iaitu:

1. Pengalaman
2. Interaksi Sosial
3. Masa
4. Bahasa
5. Kefahaman Pemikiran

Penggabungjalinan

i. Proses penyampaian beberapa kemahiran - Mendengar, bertutur,
membaca dan menulis

ii. Strategi penggabungjalinan tunjang hendaklah dirancangkan
berdasarkan objektif pembelajaran, kebolehan dan pencapaian
kanak-kanak.

iii. Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang
kepada semua kanak-kanak untuk mengalami pembelajaran yang
seronok, bermakna, berguna dan mencabar.

• Soalan 1

Apakah teknik pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk
membawa informasi ke dalam otak kanak-kanak?

TEORI KOGNITIF (JEAN PIAGET, 1896-1980)

• Perkembangan pemikiran kanak-kanak telah dikaji oleh Pakar
Psikologi Pendidikan, Jean Piaget.

• 4 Peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut Jean
Piaget:
a) Peringkat deria pergerakan (bayi hingga 2 tahun)
b) Peringkat praoperasi (umur 2 tahun hingga 7 tahun)
c) Peringkat operasi konkrit (umur 7 hingga 12 tahun)
d) Peringkat operasi formal (umur 12 hingga 17 tahun)

• Perkembangan peringkat awal adalah penting kerana peringkat
ini menjadi asas kepada perkembangan peringkat berikutnya.

Sambungan…

• Pada peringkat umur 2 tahun, pemikiran kanak-kanak adalah terhad
pada objek yang konkrit, dan belum lagi menggunakan simbol.

• Kanak-kanak umur 2 tahun masih dalam proses belajar untuk
mengaitkan perkataan dengan simbol atau dengan benda secara
intuisi dan bukannya secara penaakulan.

• Pembelajaran melalui aktiviti dan pengalaman konkrit adalah penting.
Guru seharusnya menyediakan banyak bahan dan alat untuk memberi
peluang kepada kanak-kanak mempelajari dengan sendiri.

• Pembelajaran pada peringkat ini hendaklah mengikut 3 peringkat
iaitu:

a) Peringkat maujud – menggunakan bahan-bahan boleh dilihat, dipegang

b) Peringkat gambar – kad imbasan

c) Peringkat simbol – penggunaan simbol 1,2,3

KOMPONEN KOGNITIF KANAK-KANAK

• Kognitif adalah salah satu daripada enam komponen
pembelajaran dalam KSPK.

• Komponen kognitif menjadi fokus utama pendidikan awal
kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi
semua aktiviti pembelajaran.

• Komponen ini memberi penekanan kepada pemupukan
sikap positif terhadap Sains dan Matematik.

• Penguasaan asas kemahiran kognitif ini penting bagi
memahami sesuatu konsep dalam semua komponen KSPK

KOGNITIF KANAK-KANAK

• Kognitif merujuk intelek dan pemikiran individu (Spodek
et.al, 1987)

• Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-
kanak belajar dan memproses maklumat.

• Perkembangan kognitif melibatkan 11 komponen -
Pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, Ramalan,
Pengelasan, Seriasi, Padanan satu dengan satu, Konsep
Nombor, Operasi nombor, Konsep Masa, Konsep Ruang,
Pengukuran, Penyelesaian Masalah.

Matematik Awal Kanak-kanak


Kurikulum PERMATA & KSPK

Definisi Awal Matematik

• Matematik ialah satu bidang (disiplin) tentang kuantiti, anggaran,
persamaan, perbezaan, perbandingan, susunan, padanan, sukatan,
bentuk, corak, ruang, masa, kedudukan dan perkiraan daripada
mudah sehingga yang kompleks yang menggunakan formula yang
panjang.

• Bagi kanak-kanak kecil, konsep awal matematik adalah tentang
pemahaman tentang bentuk, kuantiti, ruang, kedudukan, corak,
masa, awal nombor, perwakilan nombor dan operasi nombor.

• Awal matematik sangat penting untuk membina asas pemikiran
matematik dan logic.

Menurut McWhorter-Colvin (1996)

• “When we think about math we often think about numbers. Yet
mathematical thinking for young children has a completely different
meaning. Children naturally use an array of concepts and skills that
enable them to see, as well as to process and organize relationships
and connections among different elements in the world”

• “Mathematical concepts, such as comparing, measuring and
patterning help children understand phenomenon, solve real life
problems and make predictions about the future. In this context
math should definitely be something that is enjoyed by young
children”

Definisi Pemikiran Logik

• Pemikiran logik ialah proses berfikir yang berasakan penaakulan(reasoning)
iaitu memberikan sebab atau alasan kepada sesuatu perkara atau memikirkan
kesan atau akibat daripada sesuatu perkara.

• Contoh ‘Hubungan Sebab-Akibat’

1. Pada hari panas, baju yang dijemur menjadi kering

(baju kering sebab hari panas)

2. Apabila tin kosong diketuk, ia mengeluarkan bunyi, jika
dilambung, bola akan jatuh semula ke tanah.

(Ini menunjukkan kesan dan akibat)
• Kemahiran pemikiran logik adalah sangat penting dibina dalam diri kanak-

kanak untuk membolehkan mereka membuat penaakulan yang betul.
Pemikiran logik membolehkan kanak-kanak memahami dunia persekitarannya
dan menyelesaikan masalah.

Teori Konstruktivisme Piaget

• Piaget membahagikan ilmu pengetahuan (berkaitan awal matematik)
kepada TIGA (3) jenis:

1. Pengetahuan Fizikal:

berkaitan dengan ciri objek seperti warna, berat, saiz,
tekstur, bentuk, benda yang terdapat dalam alam
persekitaran yang boleh dilihat dan disentuh.

2. Pengetahuan Logik:

Perkaitan antara objek seperti persamaan, perbezaan,
banyak, sedikit, besar-kecil, nombor, pengelasan.
Pengetahuan ini akan digunakan oleh kanak-kanak untuk
mempelajari sesuatu makna dan untuk membina,
mengorganisasi, menyusun maklumat/objek mengikut ciri
tertentu.

3. Pengetahuan Sosial:

Pengetahuan yang digunakan untuk menentukan cara
bertingkah laku dalam pelbagai situasi.

PERKEMBANGAN AWAL PEMIKIRAN MATEMATIK
DALAM KANAK-KANAK

• Perkembangan kanak-kanak dalam bidang matematik telah mula dijalankan
diperingkat bayi untuk melihat kebolehan mereka.

• Semasa bayi, konsep awal matematik yang sudah ada pada mereka adalah
boleh membezakan ibu dan bapa.

• Selepas kanak-kanak membesar, mereka mula memahami konsep urutan,
banyak dan sedikit

• Pemikiran logik ialah proses berfikir yang berasaskan penaakulan iaitu
memberikan sebab atau alasan kepada sesuatu perkara atau memikirkan kesan
atau akibat daripada sesuatu perkara.

• Menurut Mohd Daud Hamzah (1996) kanak-kanak mempelajari matematik
melalui kegiatan harian.

• Pengetahuan matematik tidak boleh di paksa kerana ianya berlaku secara
berperingkat-peringkat

PENGENALAN

• Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya
berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan (Mohd Salahuddin Salleh,2006).

• Matematik jugak adalah contoh pemikiran logik yang membentuk
konsep-konsep melalui pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa
dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak.

• Kemahiran matematik awal amat penting dikuasai oleh kanak-
kanak kerana kemahiran ini adalah asas yang boleh membantu
kanak-kanak untuk memahami konsep matematik yang lebih
tinggi.

• Menurut Jean Piaget, setiap kanak-kanak normal berupaya
memahami matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah
yang diberikan menarik perhatian.

• Matematik ialah satu cabang ilmu yang boleh digarap melalui
interaksi kanak-kanak dengan alam sekitar.

• Aktiviti harian kanak-kanak tidak boleh dipisahkan daripada bidang
matematik

• Kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian
(Mohd Daud Hamzah,1996)

• Konsep yang boleh dibentuk melalui matematik:

a) Mengelaskan dan memadankan objek

b) Mengenal ciri seperti warna, saiz dan bentuk

c) Mengenal nama nombor

d) Menentukan nilai nombor

• Tugas guru adalah untuk mengelola dan memberikan pengalaman
matematik yang sesuai melalui aktiviti-aktiviti bagi membolehkan
kanak-kanak memahami konsep matematik.

• Kanak-kanak disleksia juga perlu diajarkan dengan konsep-konsep
asas secara terancang sebelum didedahkan kepada permasalahan
yang lebih rumit.

• Dengan memahami konsep matematik sahaja dapat membantu
kanak-kanak disleksia, khususnya diskalkulia belajar matematik
dengan berkesan.

KURIKULUM

• Kanak-kanak TASKA bermula daripada peringkat bayi hingga 3+
tahun menggunakan KURIKULUM PERMATA

• Bidang pembelajaran fokus adalah Perkembangan Awal
Matematik dan Pemikiran Logik

• Kanak-kanak TADIKA bermula daripada umur 4+ hingga 6 tahun
menggunakan KURIKULUM KSPK

• Tujung Utama adalah Tunjang Sains dan Teknologi (Matematik
Awal

• Tunjung utama adalah aspek utama digunakan pada peringkat
perkembangan pelajaran manakala penggabungjalinan adalah
tunjang sampingan yang digunakan dalam semua peringkat
pelajaran

KURIKULUM

• Kanak-kanak TASKA bermula daripada peringkat bayi hingga 3+
tahun menggunakan KURIKULUM PERMATA

• Bidang pembelajaran fokus adalah Perkembangan Awal
Matematik dan Pemikiran Logik

• Kanak-kanak TADIKA bermula daripada umur 4+ hingga 6 tahun
menggunakan KURIKULUM KSPK

• Tujung Utama adalah Tunjang Sains dan Teknologi –
(Matematik Awal)

Tunjang Sains dan
Teknologi

Sains Awal Matematik Awal

Penekanan

Matematik Pengetahuan
Awal Kemahiran
(MA)

KEPENTINGAN PENGAJARAN

Matematik Awal

Memupuk minat Menguasai Meningkatkan
dalam matematik konsep asas kemahiran
melalui pelbagai matematik berfikir dan

aktiviti dan menyelesaikan
pengalaman seharian masalah

• Kandungan/Sukatan subjek Matematik Awal mengikut KSPK ialah

1. Konsep Pranombor
2. Konsep Nombor
3. Operasi Nombor
4. Nilai Wang
5. Konsep Masa dan Waktu
6. Bentuk dan Ruang

• Kemahiran Awal Matematik & Pemikiran Logik
mengikut PERMATA terdiri daripada konsep-konsep
berikut:

1) Bentuk, saiz, ruang, kedudukan dan kuantiti

2) Ukuran (panjang, pendek, tinggi, rendah)

3) Corak, pola, susunan, kumpulan, pengelasan

4) Masa –jadual dan rutin, waktu, hari, kalender,
konsep awal nombor, konsep nombor

5) Perkiraan mudah (Konsep operasi)

Topik 2:
Konsep Asas Matematik Mengikut

Peringkat 0 hingga 6

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:

1. Memahami kesemua konsep-konsep yang
terdapat dalam sukatan pembelajaran
matematik mengikut peringkat umur kanak-
kanak.

2. Mengaplikasi kesemua kemahiran yang
terdapat dalam konsep Pranombor melalui
aktiviti yang bersesuaian dengan tahap
perkembangan kanak-kanak.

Konsep Pranombor

• Konsep pranombor merupakan kemahiran paling awal yang
perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka didedahkan
kepada konsep nombor.

• Konsep pranombor terbahagi kepada beberapa kemahiran iaitu

i. Pengelasan

ii. Seriasi

iii. Padanan satu dengan satu

iv. Pola

v. Keabadian/Ketekalan

Kenapa Pranombor Penting??

• Kanak-kanak belum lagi terdedah dengan angka –
(walaupun mungkin kanak-kanak sudah tahu
membilang di rumah)

• Jadi melalui tajuk ini kanak-kanak akan belajar untuk
memahami konsep banyak, sedikit, sama banyak,
lebih, tidak sama dalam bentuk objek konkrit
sebelum di dedahkan kepada bentuk angka dan
nombor.

Pengelasan

• Pengelasan adalah pengasingan objek mengikut kelas
atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas seperti
warna, saiz, dan bentuk.
• Tujuannya untuk memastikan kanak-kanak dapat
membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan
persamaan dan perbezaan.
• Proses membezakan objek berlaku ketika kanak-
kanak mengasingkan objek mengikut persamaan yang
ada pada objek.
• Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk
membentuk konsep nombor.

Proses pengelasan perlu melalui LIMA (5) tahap

1. Memilih dan membandingkan
2. Mengumpul
3. Memilih semula
4. Mengasingkan kumpulan
5. Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau

berdasarkan konsep negatif

• Klasifikasi pengelasan objek boleh dilakukan berdasarkan:

i. Satu Ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz)

ii. Dua Ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz)

iii. Tiga Ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)
• Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun

mengikut susunan yang mudah dan mengumpulkan mengikut
bentuk,saiz, warna, corak dan fungsi.
• Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan
atau mengelompokkan semua barang di dalam bekas atau
kotak.
• Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut
dalam kumpulan atau set yang berbeza.

Idea dan Aktiviti Pengajaran Pengelasan

1. Mengasingkan dan kelaskan bahan-bahan di rumah atau dalam
kelas prasekolah mengikut ketegori bahan:
i. Tekstur
ii. Saiz
iii. Bentuk

2. Mengasingkan dan mengelaskan butang mainan mengikut ciri:
i. Warna
ii. Bilangan lubang butang
iii. Bentuk

3. Kelaskan jenis-jenis kertas
i. Tekstur – kasar, licin, keras, lembut

4. Kelaskan kumpulan haiwan/kumpulkan jenis-jensi haiwan mengikut:
i. Tempat tinggal
ii. Jenis makan yang dimakan
iii. Cara mereka bergerak
iv. Bilangan kaki

5. Pengelasan yang dilakukan dalam bilik darjah mengikut:
i. Jantina
ii. Warna pakaian
iii. Pakai cermin mata atau tidak
iv. Jenis rambut kerinting atau lurus
v. Tinggi atau rendah

Bincangkan

Soalan: Apakah cerita matematik yang anda boleh
dikaitkan dengan gambar di atas?

Perbandingan

• Perbandingan adalah proses mengaitkan antara dua benda
menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs
dan Castadena, 1975). Perbandingan adalah salah satu daripada
proses pengelasan.

• Contohnya apabila kanak-kanak berkata ‘Pensel ini lebih panjang
daripada yang itu’, ‘Saya dapat yang paling besar’, ‘Kasut saya lagi
baru’.

• Kefahaman berkenaan lebih panjang, lebih besar, lagi baru adalah
perkataan yang digunakan ketika membanding.

• Salah satu aktiviti dalam kelas yang menggunakan konsep
perbandingan adalah sesi bercerita

• Tujuan perbandingan adalah untuk memastikan kanak-
kanak menguasai konsep yang selalu digunakan dalam
perbandingan seperti lebih banyak, lebih kurang dan
lebih tinggi

• Contoh Perbandingan seperti membandingkan:

i. Ukuran – panjang atau pendek, tinggi atau rendah,
tebal atau nipis

ii. Saiz – besar atau kecil

iii. Berat timbangan – berat atau ringan

iv. Bilangan/Kuantiti – banyak atau sedikit

PERINGATAN

• Apabila kanak-kanak sudah memahami konsep
nombor, aktiviti pengelasan dan perbandingan boleh
berasaskan kuantiti iaitu perbandingan nombor.

• Kebolehan kanak-kanak memahami kuantiti
menunjukkan kanak-kanak sudah mencapai pemikiran
yang baik

Idea dan Aktiviti Pengajaran Perbandingan

Kanak-kanak digalakkan memerhati dan mencatat perbezaan
objek di persekitarannya daripada segi nama dan sifatnya. Seperti
membanding, kenalpasti mana yang:
1. Panjang dan paling panjang
2. Pendek dan paling pendek

Bahan: Pensel, pembaris, tali, reben
3. Berat, ringan dan paling berat

Bahan: Batu, Kanak-kanak di dalam, kenderaan
4. Konsep tebal, nipis, paling tebal dan paling nipis

Bahan: Buku-buku

5. Konsep banyak dan sedikit
Bahan: Buah-buahan, Manik, belon, gula-gula

6. Konsep tinggi dan rendah
Bahan: Orang, pokok, bangunan

7. Konsep bunyi kuat dan perlahan
Bahan: Alat muzik, Suara

Perbandingan - Saiz

Seriasi

• Seriasi ialah menyusun set objek mengikut tertib atau
susunan tertentu.

• Menyusun set objek mengikut seriasi saiz, panjang,
tinggi, nilai mata wang, atau gambaran tertentu misalnya
menyusun objek daripada yang terkecil kepada yang
terbesar.

• Menurut Charlesworth (2004), seriasi melibatkan
perbandingan lebih daripada dua objek atau set dan
disusun daripada pertama hingga akhir.

• Konsep seriasi diserap oleh kanak-kanak pada
peringkat umur yang agak awal

• Kanak-kanak dapat melihat objek-objek di dalam
rumah tersusun mengikut sesuatu pola yang kemas.

• Perbandingan adalah konsep asas seriasi dan
dianggap pada peringkat atau tahap yang lebih tinggi.

• Proses seriasi melibatkan aktiviti membandingkan
iaitu lebih daripada dua objek dan seterusnya
menempatkan objek itu dalam satu urutan kecil ke
besar dari mula hingga akhir

• Tujuan seriasi adalah untuk memastikan susunan turutan
yang betul. Kebolehan menyusun dan menertibkan adalah
mengikut perkembangan pengelasan. Contohnya

i. Menyusun mengikut pola urutan iaitu
kecil – besar,
nipis – tebal,
rendah – tinggi,
pendek – panjang,
sempit – luas.

Menyusun objek mengikut seriasi tinggi


Click to View FlipBook Version