The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syarinah Mad Sehat, 2019-06-18 23:04:25

NOTA 1 SEC 2363

MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK

Keywords: NOTA 1

•Menyusun objek mengikut nilai mata wang

• Kanak-kanak bawah umur 4 tahun belum mempunyai
kebolehan dalam aktiviti formal bagi mengenal pasti
perkaitan antara sama, lebih dan kurang.

• Tetapi bagi kanak-kanak prasekolah konsep ini boleh dikuasi
sekiranya kanak-kanak sudah faham konsep lebih, kurang,
mula dan akhir.

• Kebolehan dalam aktiviti seriasi bergantung pada pemikiran
berbalik atau penyusunan dua arah seperti ke hadapan dan
kebelakang

Padanan Satu dengan Satu

• Padanan satu dengan satu ialah kebolehan memadankan objek mengikut
bilangan atau pasangannya.

• Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu
antara objek yang sama atau berbeza.

• Proses memadan objek bermula daripada:

1. Konsep memadankan objek dengan objek mengikut warna, saiz

bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya.

2. Konsep objek dengan nombor.

3. Konsep nombor dengan nombor.
• Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada

konsep padanan satu dengan satu.
• Gelman dan Gallistel (1978), kanak-kanak tidak akan dapat membilang selagi

kemahiran padanan satu dengan satu tidak dikuasai.

• Hafalan membilang dan menyebut nombor secara
berturutan adalah suatu perkara tetapi membilang secara
betul iaitu satu nombor satu benda adalah agak sukar.

• Kanak-kanak perlu diberikan masa untuk menguasai
kebolehan membilang. Apabila kanak-kanak sudah
menguasai konsep padanan satu dengan satu, kemahiran
membilang akan diperolehi.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan
1. Memadan bilangan/objek yang sama

2. Padanan benda yang berpasangan sama

1.Mata
2.Kasut

3.Sarung tangan
4.Stoking

3. Memadankan benda yang berpasangan tetapi
tidak sama
1. Cawan dengan piring

2. Garpu dan sudu

3. Baju dan seluar

4.Padanan berpasangan yang tidak cukup

Pola

• Pola ialah corak atau urutan sama ada warna, objek, bunyi, cerita atau
pergerakan yang berulang-ulang dalam susunan yang sama.

• Membantu kanak-kanak meramal berdasarkan ulangkan/pola –
warna, bunyi, alam semulajadi, pergerakan, kedudukan, kuantiti,
masa

• Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya
dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam.

• Terdapat empat cara konsep pola boleh dikembangkan dalam diri
kanak-kanak iaitu:

i. Meniru pola

ii. Menyambung pola

iii. Melengkapkan pola, dan

iv. Membina pola sendiri

Keabadian/Ketekalan

• Ketekalan merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan
dengan jisim, isipadu dan keluasan.

• Tujuan konsep ini diperkenalkan adalah untuk
memastikan kanak-kanak memahami ketekalan jisim
dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di
tempat atau keadaan yang berbeza-beza.

Sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version