The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainijamaludin96, 2017-10-21 05:04:31

BUKU PBSM

BUKU PBSM

Diterbitkan Oleh:
I DIDIK
No. 10-1, Jalan USJ 21/3,
47360 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-8024 5834 Faks: 603-8025 9834
Email: [email protected]

© 2013 Hak cipta terpelihara oleh
I DIDIK

SIRI BADAN BERUNIFORM

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Cetakan Pertama 2013 PENGHARGAAN

Hak Cipta Terpelihara. Semua gambar foto adalah sekadar
Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh hiasan semata-mata dan tidak
diterbitkan semula, disimpan dalam melambangkan mana-mana bahagian
cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun isi kandungan buku ini. Mana-mana
dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang gambar foto yang bersamaan dengan
cara, sama ada dengan cara elektronik, fotologi, mana-mana organisasi atau individu
mekanik, rakaman dan sebagainya sebelum adalah secara kebetulan. Pihak penerbit
mendapat izin bertulis daripada dan penulis ingin merakamkan
I DIDIK. penghargaan dan terima kasih.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Nur Aliya Sufian, 1973-
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia / [Nur Aliya Sufian].
(Siri badan beruniform)
ISBN 978-967-5839-14-6 (set)
ISBN 978-967-5839-22-1
1. Student activities--Malaysia--Juvenile literature.
2. Red Cross and Red Crescent.
3. Student participation in curriculum planning--Malaysia--Juvenile literature.
I. Judul. II. Siri.
371.809595

ii

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

SEJARAH PALANG MERAH 1
• Pengasas 1
2
• Peperangan Solferino 4
• Jawatankuasa Berlima 5
• Konvensyen Geneva Pertama dan Tempoh Sengsara 8
9
• Kematian
• Lambang Palang Merah/Bulan Sabit Malaysia

PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH DAN 14
BULAN SABIT MERAH 14
• Pengenalan

STRUKTUR DAN ORGANISASI PALANG MERAH DAN 17
BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA 17

• Pengenalan dan Komponen Penting Pergerakan

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 20
• Sejarah 20
22
• Akta Pertubuhan 23
• Objektif Perlembagaan dan Struktur Organisasi 25
26
• Visi, Misi dan Moto 27
• Ikrar dan Lagu Persatuan Bulan Sabit Merah 33

• Aktiviti-aktiviti PBSMM
• Pencapaian Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

BELIA DAN PASUKAN BANTUAN SUKARELA 35
• Pandahuluan dan Keahlian 35
• Program 36
• Pasukan Bantuan Sukarela 38

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 39
PERINGKAT SEKOLAH 39
• Pengenalan

PERTOLONGAN CEMAS KEMASYARAKATAN 41
• Pengenalan dan Objektif 41

iii

• Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas 43
• Teknik Safe 45
46
• Pertolongan Cemas Primer dan Kit Pertolongan Cemas

RESUSITASI KARDIO-PULMONARI (CPR) 48
• Pengenalan 48
48
• Siapakah yang Boleh Memberikan Bantuan CPR? 49
• Mengapa Kita Perlu Tahu Mengenai CPR? 49
• Kaedah CPR dan CPR Peringkat Awal 51
• Garis Panduan Baru untuk CPR 52

• CPR untuk Kanak-kanak Kecil (Umur 1-8 Tahun)

ASFIKSIA 53
• Pengenalan dan Punca-punca dan Tanda-tanda Asfiksia 53
53
• Peraturan Am Memulihkan Akfiksia

LUKA DAN PENDARAHAN 55
• Pengenalan 55
55
• Jenis-jenis Pendarahan dan Sebab-sebab Luka 56
• Tanda-tanda dan Gejala-gejala 57
57
• Peraturan Am Bagi Merawat Luka yang Banyak Berdarah
• Cara-cara Menghentikan Pendarahan

RENJATAN 58
• Pengenalan dan Sebab-sebab Berlaku Renjatan 58
59
• Tanda-tanda dan Gejala-gejala Renjatan 59
• Bagaimanakah Caranya Untuk Merawat Renjatan?

TIDAK SEDAR 60
• Pengenalan, Sebab-sebab Pengsan dan Pitam 60
60
• Tanda-tanda Tidak Sedar 61
• Apakah yang Perlu Dilakukan?

PATAH TULANG 62
• Pengenalan, Sebab-sebab Patah dan Bahagian Patah 62
63
• Tanda-tanda Patah Tulang dan Bantuan Kecemasan 63
• Patah Tulang Belakang

KECEDERAAN OTOT DAN SENDI 64
• Pengenalan dan Jenis-jenis Kecederaan Otot 64
• Kecederaan Sendi dan Jenis Kecederaan Sendi 65

KECEDERAAN TERBAKAR 66
• Pengenalan, Sebab-sebab dan Klasifikasi Terbakar 66
• Rawatan dan Bagaimanakah Cara untuk Merawat Luka Terbakar? 67

GLOSARI DAN SOALAN PEMAHAMAN 68

iv

PENGASAS
Palang Merah telah diasaskan oleh Jean Henri Dunant (atau Jean Henry
Dunant) yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Bapanya ialah
seorang ahli perniagaan dan berpengaruh di Geneva. Ibunya seorang yang
lemah lembut dan kuat beragama. Jean banyak mengikut tingkah laku
ibunya.

Jean Henry dibesarkan dalam
kemewahan tetapi dia dilatih berdisiplin
dan kuat beragama. Dia amat
mementingkan kepercayaan moral
yang tinggi. Zaman remajanya banyak
dihabiskan dengan menyertai beberapa
pergerakan dan melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti keagamaan dan
kebajikan.

Jean Henry Dunant adalah
pengasas Palang Merah.

Antara pergerakan yang disertai oleh Jean ialah Kesatuan Kristian dan
Yahudi dan League of Alms yang bertujuan untuk membantu golongan miskin,
sakit dan menderita. Dia juga sering melakukan lawatan ke penjara untuk
memulihkan banduan.

Pergerakan yang paling diminati Jean ialah Kesatuan Pemuda-
pemuda Kristian (YMCU) yang pada masa itu aktif di Switzerland, Perancis
dan Belgium. Pada masa yang sama kesatuan ini yang juga terdapat di
England bergabung untuk membentuk Kesatuan Sedunia. Dan cadangan
penggabungan ini dicetuskan oleh Jean Henry sendiri.

Semasa berumur 21 tahun, Jean Henry bekerja sambil belajar di sebuah
bank di Geneva. Tujuannya adalah untuk mempelajari selok-belok perbankan
sehingga dilantik menjadi Pengurus Besar di sebuah bank di Algeria. Beliau
kemudian meletakkan jawatan kerana ingin melibatkan diri dalam
perniagaan.

1

Perniagaan yang diusahakan Jean Henry berjaya dan beliau beroleh
banyak keuntungan. Walau bagaimanapun, Peperangan Solferino mengubah
perjalanan hidupnya.
PEPERANGAN SOLFERINO
Pada Jun 1859, ketika berumur 31 tahun, Jean Henry pergi ke Castiglione
delta Pieve di utara Itali. Ketika itu Peperangan Solferino sedang berlangsung
tidak jauh dari situ. Peperangan ini berlaku antara tentera Austria dengan
gabungan tentera Perancis dan Sardinia. Selepas berlangsung selama 16
jam, medan perang dipenuhi dengan 40 000 askar yang terkorban dan
cedera.
Inisiatif Jean Henry ialah:

1. Membantu tentera yang cedera dan sakit.
2. Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada

mangsa peperangan.
3. Menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital

sementara.
4. Meminta pertolongan penduduk setempat agar memberi pertolongan

cemas tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit.
5. Menggunakan kempen dan slogan 'Tutti fratelli' (Kitakan bersaudara).

Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di bandar
Castiglione delle Stiviere.

Peperangan Solferino yang berlaku antara tentera Austria dan gabungan tentera Perancis
dan Sardinia.

2

Buku Kenangan Di Solferino
Kenangan pahit di Solferino itu
meninggalkan kesan yang amat
mendalam kepada Jean Henry.
Apabila kembali ke Switzerland
beliau mula memikirkan cara-cara
mengelakkan penderitaan dalam
peperangan. Pengalamannya di
Solferino ditulis dalam sebuah buku
yang diberi judul A Memory of
Solferino.

Jean Henry memperuntukkan masa selama tiga tahun menulis buku
itu dan ia diterbitkan pada November 1862. Buku ini telah dikirim kepada
semua ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka betapa
menderitanya mangsa peperangan tidak kira tentera, tentera musuh
mahupun orang awam yang tidak terlibat.

Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua
kerajaan dan mahu merealisasikan dua cadangan Jean Henry, iaitu:

• Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu
tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa
peperangan.
• Mengadakan perjanjian antara-
bangsa agar tentera yang
cedera daripada mana-mana
pasukan hendaklah dibantu.
Jualan buku ini telah mendapat
sambutan hangat. Beliau sering
dijemput memberikan ceramah dan
menerangkan cadangan-cadangan-
nya itu.

Buku ‘A Memory of Solferino’
direalisasikan melalui penubuhan
Palang Merah.

3

JAWATANKUASA BERLIMA
Pada 17 Februari 1863, tertubuhlah satu jawatankuasa yang dinamakan
International Committe for the Relief of the Wounded in Time of War
(Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orang-orang Cedera
Semasa Perang).

Jawatankuasa pengasas ini lebih dikenali dengan nama Committee
of Five (Jawatankuasa Berlima) kerana ahli-ahlinya ada lima orang. Mereka
ialah:

• General Guillaume-Henry Dufour sebagai Pengerusi
• Jean Henry Dunant sebagai Setiausaha
• Gustave Moynier
• Louis Appia
• Theodore Maunoir
Satu persidangan telah diadakan pada 26 Oktober tahun yang sama
oleh jawatankuasa ini, iaitu International Geneva Coference (Persidangan
Antarabangsa Geneva) dan 16 buah negara berserta empat institusi

Ahli-ahli Jawatankuasa Berlima.

4

menghantar wakil. Dalam persidangan ini disuarakan penubuhan persatuan
seperti cadangan pertama Jean Henry. Semasa inilah lambang palang merah
mula dicadangkan untuk digunakan. Selepas persidangan ini, banyak negara
mula menubuhkan Persatuan Palang Merah peringkat kebangsaan.

KONVENSYEN GENEVA PERTAMA
Pada tahun 1864, Jawatankuasa Berlima telah menjemput beberapa buah
negara untuk mengadakan pula persidangan antara diplomat bertujuan
untuk mewujudkan konvensyen yang
pertama berkenaan undang-undang
peperangan seperti cadangan kedua
Jean Henry. Persidangan ini merupakan
Persidangan Diplomatik yang pertama.

Balai yang terbakar dalam
Konvensyen Geneva pertama.

Konvensyen yang terhasil me-
ngandungi 10 artikel dan dinamakan
Geneva Convention for the Amelioration of the Condition of the Wounded Armies
in the Field atau lebih dikenali sekarang sebagai Konvensyen Geneva Pertama.

TEMPOH SENGSARA
Kurangnya perhatian Jean Henry terhadap perniagaannya akibat terlalu
menumpukan kepada jawatankuasa baharu itu mengakibatkan syarikat-

syarikatnya di Algeria telah bangkrap seperti firma
kewangan Cridit Genevois akibat satu skandal. Pada
17 Ogos 1868 beliau diisytihar muflis oleh
Mahkamah Perdagangan Geneva kerana
amalan mengelirukan. Oleh itu masyarakat
Calvinist mahu beliau dipinggirkan. Jean
meletakkan jawatan Setiausaha pada 25
Ogos 1867 dan pada 8 September 1867
meletakkan jawatan daripada International
Committee of Red Cross (ICRC). ICRC
adalah International Committe for the
Relief of the Wounded in Time of War yang
telah diberi nama baru. Sejak itu Gustave
Moynier telah menjadi Presiden dan
memainkan peranan utama dalam ICRC.

Gustave Moynier menjadi Presiden ICRC
menggantikan Jean Henry.

5

Pada Februari 1868, ibu Jean Henry meninggal dunia. Pada 1868 juga
Jean Henry disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada 1867, Jean Henry
meninggalkan Geneva dan enggan kembali lagi.
Gustave Moynier pula merancang agar semua
wang insurans tidak diserahkan kepada Jean
Henry. Malah cendera hati 'Sciences Morales' dari
Festival Paris Sedunia tidak diberi kepadanya
sebaliknya diserahkan kepada Gustave Moynier
dan Dufour dan wang diserahkan kepada Majlis.
Napoleon III setuju membayar separuh hutang-
hutang Jean Henry jika kawan-kawannya
membayar yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang
oleh Moynier.

Napoleon III

Jean Henry berpindah ke Perancis dalam keadaan papa kedana.
Namun beliau tetap meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi sukarela.

Sepanjang Peperangan Perancis-Prusia (1870-1871) Jean Henry
mengasaskan Persatuan Bantuan Bersama (Common Relief Society) dan
'Perikatan Bersama untuk Tamadun dan Pemerintahan'. Beliau
mencadangkan rundingan perlucutan senjata dan mengadakan mahkamah
antarabangsa bagi menyelesaikan konflik-konflik antarabangsa. Beliau juga
menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Kemudian beliau bekerja
di sebuah perpustakaan.

Jean Henry masih hidup bankrap dan terhutang akibat mengabaikan
kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua kawan
dan lawan menjauhkan diri.

Walaupun dia dilantik sebagai ahli kehormat
Persatuan Palang Merah Austria, Belanda,
Sweden, Prusia dan Sepanyol tetapi beliau
semakin dilupakan. Beliau berpindah-randah
dari Stuttgart, Rome, Corfu, Basel dan
Karlsruhe. Di Stuttgart beliau bertemu dengan
Rudolf Muller di Universiti Tubingen, Jerman.
Pada 1881 dengan bantuan rakan Jean
Henry kembali ke kampung halamannya di
Jean Heiden, Geneva.
Henry

6

Pada 1887, Jean Henry pergi ke London
dan menerima bantuan kewangan daripada
pelbagai pihak dan kembali ke Heiden Julai
1887. Pada 30 April 1892, beliau terlantar sakit
di hospital yang dipunyai oleh Dr Hermann
Altherr.

Jean Henry di
usia tuanya.

Di Heiden, Jean Henry bertemu
dengan seorang guru muda bernama
Wilhelm Sonderegger dan isterinya Susanna.
Mereka menubuhkan cawangan Palang
Merah Heiden. Pada 1890, Jean Henry menjadi
Presiden Kehormat dan mahu meneruskan visi kemanusiaannya. Tetapi
Gustave Moynier tetap memusuhinya.

Pada September 1895, George Baumberger, ketua editor Die
Ostschweiz, St. Gallen telah menulis rencana mengenai pengasas Palang
Merah dan telah menemu bual Jean Henry di Heiden. Akhirnya Henry
Dunant menerima pelbagai pingat termasuk Swiss Binet-Fendt Prize dan
pingat dari Pope Leo XIII. Beliau juga menerima sokongan Tzar Rusia, Maria
Feodorovna. Selepas itu sumbangan dan derma wang mencurah-curah
sejak itu kepadanya.

Pada 1901, Henry Dunant menerima Hadiah Keamanan Nobel atas
jasanya menubuhkan Palang Merah Antarabangsa dan memulakan
Konvensyen Geneva. Moynier turut dicadang untuk menerima anugerah
tersebut.

7

KEMATIAN Universiti Heidelberg, Jerman.
Pada 1903, Jean Henry Dunant menerima ijazah
doktor kehormat dari Universiti Heidelberg,
Jerman. Beliau terlantar di hospital sehingga
meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 jam 10
malam. Pada akhir hayatnya, beliau mengalami
tekanan perasaan akibat kemelesetan, bankrap,
dikejar pemungut hutang dan kritikan daripada
Moynier. Beliau pernah meminta jururawat
memeriksa makanan sama ada telah diracun
atau tidak. Walaupun masih beragama Kristian,
beliau beralih kepada Calvinisme dan
merancang agama umum.

Ironinya, Henry Dunant dan Gustave Moynier tidak pernah berdamai.
Jean Henry dikebumikan tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihlfeld,
Zurich, Switzerland. Di dalam wasiatnya, beliau mahu mendermakan
wangnya kepada rumah kebajikan Heiden, pertubuhan kebajikan di Norway
dan Switzerland. Beliau juga mahu wangnya dibayar kepada pemiutang-
pemiutang.

Hari lahirnya pada 8 Mei diisytihar sebagai Hari Bulan Sabit Merah/
Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan
Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva
dan pelbagai tempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry
Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh IRCR kepada sesiapa
yang berjasa dalam kerja-kerja kemanusiaan. Filem 'Henry Dunant: Du

Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi
mengenang jasa-jasa beliau.

Rumah
kebajikan
Heiden
dijadikan
Muzium Henry
Dunant.

8

LAMBANG PALANG MERAH/BULAN SABIT MALAYSIA
Penggunaan lambang Palang Merah dicadangkan semasa Persidangan
Geneva Antarabangsa 1863 yang diadakan oleh Jawatankuasa Berlima.
Lambang ini sebenarnya bendera negara Switzerland yang diterbalikkan
warnanya dan merupakan penghormatan kepada negara tersebut.

Dalam Persidangan Diplomatik yang membentuk Konvensyen Geneva
Pertama 1864, negara-negara yang hadir bersetuju untuk mengiktiraf
lambang tersebut sebagai lambang
perkhidmatan perubatan dalam
perang dan dimasukkan dalam
peraturan peperangan.

Lambang ini dipakai pada
bendera yang digunakan di hospital,
ambulans, dan pasukan penyelamat. Lambang ini juga dipakai di lengan orang
yang menandakan pemakainya berada di pihak neutral. Bangunan,
kenderaan atau orang yang ada lambang ini tidak boleh diserang malah
diberi perlindungan dan pertolongan oleh mana-mana pihak.

Pada November 1876, Turki mengumumkan kepada Majlis
Persekutuan Swiss supaya menggunakan lambang bulan sabit
menggantikan palang merah yang menghina agama Islam. Sejak itu negara
Islam menggunakan lambang bulan sabit. Kedua-dua lambang dilindungi
oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929.

Lambang Palang Merah turut dimasukkan dalam peraturan peperangan agar para
penyelamat tidak diapa-apakan.

9

Selepas peperangan di Sofferino dan semasa menjalankan kajian
mengenai masalah-masalah peperangan, Jean Henry mendapati para
doktor dan kenderaan yang membawa orang yang tercedera sering menjadi
sasaran askar-askar yang berperang kerana tidak ada sebarang lambang
untuk membezakan tugas dan peranan mereka.

Dalam bukunya, Kenangan di Dr. Louis Appia,
Sofferino, Jane Henry mencadangkan Ahli Jawatan-
supaya suatu lambang digunakan oleh kuasa Tetap
kakitangan perubatan, ambulans dan Antara-
kenderaan-kenderaan perubatan untuk bangsa
mengelakkan serangan.

Pada tahun 1863, semasa Persidangan
Tetap Antarabangsa, perkara lambang ini
telah dibincangkan oleh Dr. Louis Appia, Ahli
Jawatankuasa Tetap Antarabangsa. Beliau
telah mencadangkan supaya satu kain putih
digunakan sebagai lambang perlindungan
kerana warna putih bermaksud perlindungan
dan tidak akan diserang.

Persidangan ini menambahkan satu lambang palang merah. General
Henri Duffor, Presiden Jawatankuasa Tetap telah memberi cadangan tersebut,
besar kemungkinan kerana beliaulah yang telah mencipta bendera negara
Swiss; (lambang palang putih yang berlatar belakangkan warna putih).
Lambang ini diterima sebagai lambang kemanusiaan dan perlindungan.

Gustave Moynier menjadi orang pertama yang menyatakan pertalian
antara lambang bendera negara Swiss dengan palang
merah. Pada tahun 1906, apabila Konvensyen
Geneva digubal semula, satu ceraian yang
mengatakan bahawa lambang palang
merah digunakan sebagai tanda
penghormatan kepada negara
Switzerland ditambah. Lambang palang
merah telah digunakan buat pertama
kalinya oleb Dr. L. P. Amidee Appia semasa
peperangan di antara Prussia dan Denmark
pada tahun 1864.

10

Pada tahun 1876, semasa peperangan Rusia-Turki, Turki telah
memberitahu kerajaan Switzerland (yang memegang amanah Konvensyen
Geneva bahawa mereka terpaksa menggunakan lambang bulan sabit untuk
perkhidmatan perubatan kerana lambang palang merah dikaitkan dengan
agama Kristian oleh askar-askar Muslim. Turki masih sakit hati dengan Perang
Salib dan tidak berpuas hati dengan
penggunaan lambang palang merah yang
membawa kenangan pahit. Lambang bulan
sabit merah dipilih kerana merupakan
lambang bendera negara Turki. (Bendera
negara Turki menggunakan bulan sabit
berwarna merah dan berlatar putih)
Bendera negara Turki.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa telah membantah
penggunaan lambang bulan sabit merah dan mengatakan bahawa lambang
palang merah tidak mempunyai sebarang kaitan keagamaan.

Pertikaian lambang antara bulan
sabit dan palang merah.

Menurut Max Huber, bekas
Presiden Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa, lambang palang merah
sebenarnya tidak mempunyai sebarang
kaitan dengan agama Kristian.

Banyak negara Islam telah
menggunakan lambang bulan sabit dan
perbincangan hangat telah berlaku dan
akhirnya pada tahun 1929, Persidangan
Palang Merah Antarabangsa telah bersetuju
untuk mengiktiraf lambang bulan sabit
mengikut Konvensyen Geneva.

Menurut John F. Kennedy, bekas
Presiden Amerika Syarikat, Palang Merah
adalah lambang yang paling dikenali di dunia
dan ia adalah lambang kegigihan bantuan
berterusan pada saat-saat keperluan. Ia
adalah lambang kemanusiaan.

Max Huber, bekas Presiden Jawatankuasa
Palang Merah Antarabangsa.

11

Menurut Konvensyen Geneva, lambang palang/bulan sabit merah
boleh digunakan dengan dua tujuan:

1. Lambang ini digunakan untuk perlindungan.
2. Lambang ini digunakan untuk pengenalan Persatuan Palang

Merah/Bulan Sabit Merah.
Lambang yang digunakan oleh ahli-ahli
PBSM adalah lambang pengenalan digunakan
oleh pasukan penyelamat.
Semasa mesyuarat Jawatankuasa Tetap
Antarabangsa Palang Merah pada 25hb Ogos,
1863, cadangan telah dibuat untuk
mengadakan satu persidangan antarabangsa.
Tujuan persidangan ini adalah untuk
menyediakan garis panduan yang akan digunakan
oleh pasukan-pasukan penyelamat. Seramai 36 orang
dan 14 buah negeri termasuk lima orang ahli Jawatankuasa Tetap
Antarabangsa, doktor-doktor, tentera dan wakil-wakil dari persatuan-
persatuan lain telah menghadiri persidangan.
Berikutan persidangan tersebut, satu lagi persidangan diplomatik telah
diadakan oleh kerajaan negara Switzerland. Tujuan persidangan ini adalah
untuk menandatangani satu perjanjian yang akan menjamin keselamatan
askar-askar yang berperang - mereka yang tercedera, sama ada kawan
atan lawan akan dirawat dan mereka yang merawat pula akan dihormati
sebagai orang-orang yang berkecuali. Persidangan ini telah dimulakan pada

8 Ogos 1864 dan pada 23 Ogos 1864 sebanyak
12 buah negara telah menandatangani
perjanjian ini. Perjanjian ini, yang dinamakan
Konvensyen Geneva melindungi askar-askar
yang berperang.

Lambang palang
merah dan bulan
sabit yang digunakan
kini.

12

Semasa Konvensyen Geneva yang berlangsung pada 1864, ahli-ahli
mesyuarat telah mengisytiharkan lambang Palang Merah. Lambang yang
dipilih ialah berbentuk palang (+) berwarna merah dengan berlatar
belakangkan warna putih sebagai perlindungan rasmi.

Lambang ini boleh dipamerkan di tempat-tempat tertentu seperti di
atas kenderaan seperti kapal terbang, kapal, bangunan atau khemah-
khemah yang bertujuan mengangkut atau menempatkan mereka yang
cedera.

Bagaimanapun, lambang ini tidak boleh digunakan bagi tujuan
peperangan seperti mengangkut askar atau melindungi depoh senjata api.
Begitu juga bagi tujuan komersial atau publisiti adalah dilarang sama sekali.
Palang Merah disyaratkan menggunakan lambang ini sebagai identifikasinya
dalam bentuk kecil sahaja. Syarat ini adalah untuk mengelakkan terjadi
kekeliruan dengan lambang yang bertujuan perlindungan semasa
peperangan.

Lambang palang merah yang digunakan pada tempat dan keadaan tertentu sahaja.

13

PENGENALAN
Tujuh Prinsip Asas Pergerakan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah Antarabangsa ini telah diterima
pakai secara rasmi semasa Persidangan Palang
Merah Antarabangsa ke-20 yang diadakan di
Vienna, Austria pada tahun 1965.

Prinsip ini telah disahkan semula pada
persidangan ke-25 yang diadakan di Geneva
pada tahun 1986 dan dimasukkan sebagai
pendahuluan Perlembagaan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah Sedunia.

Sebagai sebuah persatuan yang berbentuk
bantuan kemanusiaan, Palang Merah menggunakan prinsip-prinsip tertentu
untuk menyalurkan bantuannya.

Ibu pejabat ICRC di Geneva yang sering mengadakan persidangan.

14

Antara prinsp-prinsip tersebut ialah:
1 Kemanusiaan

Pergerakan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah
mencegah dan meringan-
kan kesengsaraan dengan
sedaya upayanya di mana
sahaja ia wujud. Tujuan
utamanya ialah melindungi
nyawa dan kesihatan serta
memastikan wujudnya sikap hormat-
menghormati sesama manusia. Ia memupuk sifat persefahaman,
persahabatan, kerjasama dan kedamaian antara manusia.

2 Saksama
Bantuan diberi tanpa mem-
beza-bezakan bangsa, kaum,
agama, darjat atau pendapat
politik. Usaha utamanya ialah
meringankan kesengsaraan dan
keutamaan diberi berdasarkan
kes yang paling memerlukan.

3 Berkecuali
Untuk mempertahankan kepercayaan yang ada padanya, ia tidak
menyebelahi mana-mana pihak atau menyertai apa-apa pertikaian yang
berbentuk politik, perkauman, agama atau ideologi.

Bantuan diberi tidak mengira bangsa, kaum dan agama serta fahaman.

15

4 Kebebasan
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah
pergerakan yang bebas. Walaupun Persatuan-persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan membantu badan-badan awam yang
berkuasa tetapi ia diberi kuasa untuk bertindak secara bebas. Pada setiap
masa ia berpandu kepada prinsip-prinsip Pergerakan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah.

5 Perkhidmatan Sukarela
Pergerakan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah adalah satu badan
sukarela yang bertindak tanpa
memikirkan keuntungan.

Ahli-ahli Bulan Sabit Merah
memberikan perkhidmatan

dengan penuh sukarela.

6 Bersatu
Hanya terdapat satu Persatuan Bulan Sabit Merah atau Persatuan Palang
Merah di dalam sesebuah negara. Ia adalah terbuka kepada sesiapa
yang ingin menjadi ahli. Ia harus menjalankan aktiviti-aktivitinya yang
berbentuk kemanusiaan di seluruh negara.

7 Kesejagatan
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah
pergerakan antarabangsa. Persatuan-persatuan di peringkat kebangsaan
mempunyai taraf, tanggungjawab dan
tugas yang saksama untuk menolong antara
satu sama lain.

16

PENGENALAN
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa adalah
sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan
manusia. Walaupun ia satu organisasi
antarabangsa, pertubuhan ini adalah
organisasi persendirian. Tiada
kerajaan yang mengawal Palang
Merah/Bulan Sabit Merah.

Tugasan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah

Antarabangsa ditetapkan oleh
undang-undang antarabangsa.

Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh
undang-undang antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan
persendirian yang tugasannya ditetapkan oleh undang-undang
antarabangsa.

KOMPONEN PENTING PERGERAKAN
Tiga komponen penting mengenai gerakan ini adalah:

1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee
of the Red Cross, ICRC) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva,
Switzerland. Tugas jawatankuasa di bawah undang-undang
antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan kehormatan
mangsa perang.

2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah (International Federation of Red Cross and Red Crescent
Societies) diasaskan pada tahun 1919. Ia berfungsi untuk merapatkan
hubungan antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang besar.
Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di Geneva, Switzerland.

3. Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah Kebangsaan.

17

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah
(ICRC)
1. Ditubuhkan pada tahun 1863. Badan

berkecuali yang dianggotai rakyat Switzerland
dan telah diberi status pemerhati oleh
Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu
pada 16 Oktober 1990.

2. Peranannya:
1. Penjaga prinsip-prinsip asas palang merah.
2. Pembangunan Konvensyen Kemanusiaan
Antarabangsa.
a. Mengiktiraf Penubuhan Persatuan-persatuan Palang Merah/Bulan
Sabit Merah Kebangsaan.
b. Menghantar bekalan-bekalan bantuan bencana.
c. Agensi pengesanan pusat.
d. Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan.
3. Peranan semasa peperangan, konflik dan kekacauan:
a. Menguatkuasakan Konvensyen Bantuan kepada tawanan, orang
tahanan awam dan lain-lain.
b. Lawatan-lawatan ke kem-kem tawanan/tahanan dan melaporkan
kepada pihak-pihak berkuasa yang terlibat secara terus.
c. Agensi pengesanan.
d. Mesej-mesej orang awam.
e. Bantuan bekalan kepada/untuk mangsa-mangsa peperanan
(makanan, ubat, pakaian dan sebagainya.)

Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah
1. Ini adalah satu persekutuan di peringkat antarabangsa yang

menyekutukan semua Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Ia
ditubuhkan dalam tahun 1919, selepas Perang Dunia Pertama.

2. Peranannya:
1. Ia menggalakkan dan mempromosikan di tiap-tiap negara, penubuhan
dan pembangunan persatuan kebangsaan.
2. Ia merupakan badan tetap yang menentukan perhubungan antara
persatuan-persatuan kebangsaan serta penyelarasan dan
penyelidikan.
3. Ia bekerjasama dengan persatuan-persatuan kebangsaan dalam
semua bidang aktiviti mereka khasnya untuk tujuan membaiki taraf.

18

4. Ia bertanggungjawab me-
ngelola dan menyelaras
bantuan kecemasan
kepada mangsa-mangsa
bencana alam dan juga
kepada orang-orang
pelarian.

5. Ia mengawasi pembangu-
nan program bagi belia Palang
Merah/Bulan Sabit Merah.

3. Ia memastikan kemajuan cara-cara
menyebarkan perangan, maklumat, pengambilan anggota dan kutipan
derma.

Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan
1. Jumlah persatuan kebangsaan pada 2009 ialah 210 buah dengan keahlian

97 juta. 65% sukarelawannya adalah wanita.
2. Peranannya:

1. Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam.
Persatuan-persatuan kebangsaan menjalankan fungsinya dalam
bidang:
a. Memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam.
b. Pencegahan penyakit.
c. Membaiki tahap kesihatan
d. Melatih anggotanya.

2. Peranan semasa dalam masa peperangan:
a. Membantu perkhidmatan perubatan tentera, menjaga yang
cedera/ sakit dan menderita dalam kalangan tentera.
b. Membantu orang-
orang tawanan dan
tahanan-tahanan
awam.

Peranan Persatuan
Palang Merah dan
Bulan Sabit tidak
mengira tempat.

19

SEJARAH
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) ditubuhkan pada tahun 1948
sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak.
Pada tahun 1950-an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di
Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-
negeri lain.

Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung
Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah
Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu
pada 24 Ogos 1963.

Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963,
suatu penggubalan akta yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan
Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah
di Sabah dan Sarawak di bawah nama baharu iaitu Persatuan Palang Merah
Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.

PBSMM bermula di Sabah dan Sarawak.

20

Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah
ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan
kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada
Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.

Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai
urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di
Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of
the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan
Jepun telah memus-
nahkan beberapa
kawasan di dalam
negara kita dan ramai
rakyatnya hidup dalam
kemiskinan dan
penderitaan.

Palang Merah wujud di
Tanah Melayu semasa

penjajahan British.

Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945
dalam perenggan penutup dan mencatatkan:

Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British
menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah,
iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.

21

Cawangan Sarawak
Palang Merah pertama ditubuhkan
dalam bulan April/Mei tahun 1948,
walaupun mengikut rekod satu
permohonan rasmi mewujudkan
cawangan Palang Merah di Sarawak
ialah dibuat lebih awal, iaitu pada bulan
Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia
Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun
1950 yang kemudiannya menjadi satu cawangan dalam bulan Februari 1951.
Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan
Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah
British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.

AKTA PERTUBUHAN
Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti
berikut:

1. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah
sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf
cawangan sahaja dan ibu pejabatnya jauh di London. Satu Akta
Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962, iaitu Federation
of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Parliment (Act No
4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.

2. Apabila Malaya ditukar nama kepada Malaysia dan penggabungan
Sabah dan Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada
tahun 1965, iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau
Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act
540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.
3. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama
telah diluluskan, iaitu Malaysian Red
Crescent Society (Change Of Name)
atau Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia (Pertukaran Nama) Akta
ke-162 tahun 1975 (Laws of
Malaysia, Act 162).

Ahli PBSMM semasa
perarakan hari kebangsaan.

22

OBJEKTIF PERLEMBAGAAN
Di bawah Peruntukan Akta Perbadanan, objektif-objektif PBSMM termasuklah
dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada
orang sakit dan cedera sama ada dari angkatan tentera atau pihak yang
tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang
menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad
Konvensyen Geneva dan
menjalankan segala kewajipan
ke atas sesuatu Persatuan
Kebangsaan oleh tiap-tiap
negara yang telah menjadi
suatu pihak kepada Konvensyen
Geneva.

Ahli-ahli PBSMM sentiasa
menghulurkan bantuan tanpa

mengira masa dan tempat.

STRUKTUR ORGANISASI
Struktur organisasi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia sepertimana yang
telah digariskan dalam perlembagaan.

Penaung persatuan ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Presiden persatuan pula dipegang oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri. Di bawah Presiden ada lima Naib Presiden yang dipegang oleh:
1. Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat.
2. Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
3. Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan.
4. Yang Berhormat Menteri Pelajaran.
5. Yang Berhormat Menteri Pertahanan.

23

Struktur organisasi sebenar PBSMM
bermula dengan Majlis Kebangsaan
(National Council). Majlis Kebangsaan
merupakan badan yang membuat polisi
dan dasar PBSMM. Majlis Kebangsaan
dianggotai oleh 53 orang ahli yang terdiri
daripada wakil-wakil cabang, wakil-wakil
kementerian dan agensi kerajaan dan
juga ahli-ahli Lembaga Eksekutif
Kebangsaan. Majlis Kebangsaan
bermesyuarat dua kali setahun.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan
(National Executive Board) ialah badan
yang menjalankan polisi dan dasar yang
diputuskan oleh Majlis Kebangsaan. Ia
melaksanakan arahan Majlis
Kebangsaan dan menjalankan aktiviti-
aktiviti seharian PBSMM. Badan inilah yang
menggerakkan persatuan ini. Lembaga
Eksekutif Kebangsaan bermesyuarat dua
bulan sekali.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan
diketuai oleh Pengerusi Kebangsaan. Di
bawahnya ada seorang Timbalan
Pengerusi Kebangsaan, empat orang
Naib Pengerusi Kebangsaan, seorang
Bendahari Kehormat Kebangsaan,
seorang Setiausaha Agung (Setiausaha
Agung bagi Lembaga Eksekutif
Kebangsaan juga ialah Setiausaha Majlis
Kebangsaan), dan beberapa orang Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan.

Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan yang ada boleh berubah-
ubah mengikut keputusan mesyuarat. Pada tahun 2003 terdapat 14 buah
jawatankuasa, iaitu Perkhidmatan Ambulans, Pentadbiran dan Perjawatan,
Anugerah, Program Darah, Bangunan, Pengurusan Bencana, Kewangan,
Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat, Informasi dan Kutipan Derma,
Undang-Undang Kemanusian Antarabangsa dan Hal Ehwal Undang-Undang,
Perhubungan Antarabangsa, Tender, Latihan dan Belia.

24

PBSMM adalah organisasi
unggul di peringkat
kebangsaan dan
antarabangsa.

Jawatankuasa-
Jawatankuasa Kebangsaan
melaksanakan program-
program dan aktiviti-aktiviti
masing-masing melalui sokongan
daripada 15 Cawangan dan 148
cabangnya. Setakat 8 Mei 2004, PBSMM mempunyai seramai 290 832 ahli-
ahli yang berdaftar.

25

26

AKTIVITI-AKTIVITI PBSMM
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia meskipun baharu dalam konteks
penubuhannya di seluruh dunia, tetapi pencapaian yang dilakukan melalui
aktiviti-aktivitinya cukup memberangsangkan. Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia telah menyusun atur aktiviti-aktiviti dalam beberapa kategori, iaitu:

1. Promosi Prinsip-prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-nilai Kemanusiaan
2. Pengurusan Bencana
3. Kesihatan dan Penjagaan dalam Masyarakat
4. Pembangunan Organisasi

Promosi Prinsip-prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-nilai Kemanusiaan
Mengiktiraf pelbagai cabaran dan menghadapi situasi yang bertentangan
dalam menyebarkan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA)
dan Prinsip-prinsip Asas, objektif-objektif strategik berikut telah ditentukan:
1. Memainkan peranan yang utama dan diiktiraf dalam mempromosikan

UUKA di dalam negara ini.
2. Mewujudkan rangkaian kerja yang berdaya tahan dan berkesan dengan

JKPM (ICRC), dengan lain-lain komponen Pergerakan sepertimana yang
termaktub di dalam Perjanjian Seville 1997 dan dengan Kementerian
Kerajaan dan lain-lain agensi.
3. Bekerjasama dengan pakar-pakar teknikal tempatan dan antarabangsa
dalam membangunkan garis panduan mekanisma penilaian dalam
mempromosi UUKA di seluruh negara.
4. Mempromosi penulisan perundangan mengenai UUKA dalam kalangan
ahli-ahli Persatuan dan masyarakat umum.

Pengurusan Bencana

Pengurusan Bencana merupakan aktiviti-aktiviti terkehadapan PBSMM. Ia
adalah sebagai penanda aras kepada kebolehan dan imej Persatuan.
Bagi terus memperkukuhkan kecekapan dan untuk memberikan
perkhidmatan segera, objektif-objektif berikut
harus diwujudkan:
1. Bagi memperkukuhkan dan menyusun
semula stuktur Pengurusan
Bencana masa kini kepada
respon yang lebih baik dalam
mengendalikan tindakan
bantuan kemanusiaan, bagi
kedua-duanya di peringkat
tempatan dan antarabangsa.

27

2. Memperbaiki kredibiliti dan
kemampuan sukarelawan dan
kakitangan sebagai profesional
yang berkesan entitinya ber-
bekalkan dengan kemudahan-
kemudahan yang canggih.

Sukarelawan
PBSMM.

3. Untuk mewujud dan mengekal-
kan pasukan bantuan di peringkat cawangan dan peringkat kebangsaan,
respon terhadap bencana di peringkat tempatan dan antarabangsa.

4. Sama-sama bekerja dengan rakan kongsi lain-lain Persatuan-Persatuan
Kebangsaan, sebagai Pusat Krisis Pengurusan Bencana Serantau
dibekalkan lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang canggih.

Perkhidmatan Ambulans

Perkhidmatan Ambulans adalah satu perkhidmatan yang tersangat mustahak
dan perkhidmatan langsung disediakan oleh PBSMM. Sejak tahun 1960 lagi,
perkhidmatan asas disediakan oleh peringkat Ibu Pejabat Kebangsaan
dengan bantuan kewangan daripada kerajaan. Untuk memperkembangkan
perkhidmatan yang sama ke seluruh negara, secara strategiknya perkara-
perkara berikut telah dikenal pasti:
1. Untuk meneruskan khidmat yang berdaya tahan dan mengembangkan
perkhidmatan ke seluruh negara untuk orang awam dengan percuma
dan mempunyai sukarelawan dan kakitangan yang terlatih dengan lebih
berkesan dan profesional.
2. Mempastikan agar kelengkapan dan peralatan sentiasa dipertingkatkan
selaras dengan kehendak-kehendak
peraturan perundangan, bertujuan
mempertingkatkan Status
Perkhidmatan Ambulans dari
Kelas 'B' kepada Per-
khidmatan Ambulans Kelas
'A' diseluruh negara.

Ambulans sentiasa bersedia
pada waktu kecemasan.

28

Kesihatan dan Penjagaan dalam Masyarakat

Pentingnya gaya hidup sihat dan kehidupan masyarakat yang berkualiti
begitu kuat difahami oleh semua orang. Ini
adalah selaras dengan tujuan Pergerakan
ini di mana memberi perlindungan
kepada maruah manusia dan
kepada mereka yang
memerlukan kesan daripada
tindak-tanduk kemanusiaan di
seluruh dunia.

Masyarakat harus
mengamalkan gaya

hidup sihat.

Berikut adalah objektif-objektif strategik yang digariskan:
1. Mewujudkan program kesihatan masyarakat yang berdaya tahan
kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada penduduk-
penduduk yang berpendapatan rendah dan miskin di bandar dan di
luar bandar.
2. Menjangkau sampai kepada mereka yang memerlukan terutamanya
di kawasan yang dilanda bencana, khususnya dalam Program-
Program Pemulihan Kesihatan dan pelbagai kecemasan dan Program
penstrukturan semula.

Untuk meraih derma dan pakar-pakar daripada agensi-agensi
kerajaan, badan-badan korporat dan dalam pergerakan bagi projek-projek
penjagaan kesihatan dan berteraskan masyarakat.

Program Darah

Peruntukan mendapatkan darah secara percuma
kepada mereka yang memerlukan adalah merupakan
satu aktiviti yang tidak kurang pentingnya kepada
Pergerakan ini. Pusat Darah Negara (PDN)
merupakan badan untuk mengagihkan darah,
sementara itu PBSMM masih bertahan sebagai
sebuah organisasi yang merekrut dan memberikan
perkhidmatan kepada penderma-penderma darah.

29

Hingga ke saat ini objektif strategik persatuan adalah seperti berikut:-
1. Menjadi sebuah pertubuhan yang unggul dalam mendaftar dan

mempromosikan tentang darah yang selamat.
2. Mempastikan bekalan darah yang selamat sentiasa dikoordinasikan

dengan baik dan berterusan dengan kerjasama Pusat Darah Negara.

Program Darah penting bagi memastikan bekalan darah yang selamat sentiasa mencukupi.

Latihan Pertolongan Cemas
PBSMM menjalankan pelbagai kategori Kursus Pertolongan Cemas daripada
Asas kepada Peringkat Lanjutan, termasuklah Kursus Kaedah Pemulihan
Jantung dan Paru-Paru (Cardio-Pulmonary Resuscitation) atau CPR.

Keutamaan untuk mempromosi Program "Seorang Pertolongan Cemas
Dalam Setiap Rumah" untuk melahirkan Penolong Cemas yang terlatih dalam
setiap keluarga di Malaysia pada tahun 2010, dan menumpukan program
Pertolongan Cemas kepada pekerja-pekerja Industri adalah sejajar dengan
kehendak Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerja atau the Occupational
Safety and Health Act (OSHA).

30

Pembangunan Organisasi
Pembangunan Organisasi adalah satu proses yang berterusan untuk
memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan PBSMM untuk meneruskan
aktiviti-aktiviti kemanusiaannya. Ini melibatkan sumber-sumber kewangan dan
modal insan untuk perkara yang memberikan faedah yang berkesan.
Strategik objektif-objektif adalah seperti berikut:-

1. Mencapai kebebasan daripada cengkaman kewangan.
2. Mencapai Standards ISO di semua peringkat pengurusan,

menyatupadukan sistem-sistem pencapaian berindikator dan
memantau pemberian perkhidmatan serta tujuan-tujuan persatuan.
3. Membangun dan mengekalkan sumber-sumber kecekapan dan
berdaya saing dengan sukarelawan-sukarelawan dan kakitangan
PBSMM untuk melahirkan perkhidmatan yang lebih baik.
4. Menyumbang dalam memperkukuhkan pergerakan dengan
bekerjasama dengan lain-lain Persatuan Kebangsaan, Persekutuan dan
JPMA.
Kewangan
PBSMM memperoleh kewangan melalui:
1. Peruntukan Kerajaan
2. Million Dollar Club
3. Pertunjukan Amal
4. Hari Bendera
5. Charity Bonanza
6. Sumbangan Ikhlas Masyarakat
7. Sumbangan Persatuan-Persatuan Kebangsaan yang lain
8. Perbelanjaan perkhidmatan ambulans di Kuala Lumpur dan Petaling
Jaya dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
9. Pada tahun 1986, Persatuan Palang Merah Sweden telah memberi
sumbangan derma sebanyak RM82 000 dan sumbangan ini telah
digunakan untuk menjalankan kursus-kursus latihan persediaan
bantuan bencana alam.
10. Persatuan Palang Merah Norway telah menyumbangkan kewangan
untuk projek kesihatan di Kampung Tebuan Melayu (Sarawak) dan
Kampung Sayung Hulu di Perak.
11. Pada tahun 1989, Persatuan Palang Merah Australia telah menderma
kewangan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

31

Bagi memastikan bebas daripada cengkaman kewangan, PBSMM
melancarkan strategi-strategi berikut:
1. Membangunkan Tabungan Induk.
2. Melahirkan sistem pengurusan kewangan yang lebih baik.
Institut PBSMM
Keperluan melatih modal insan yang terlatih dan berkualiti adalah merupakan
satu proses yang berterusan bagi melaksanakan program-program dan
aktiviti-aktiviti PBSMM. Berikut adalah objektif-objektif strategik:
1. Program-program latihan akan diinstitusikan dengan mewujudkan Institut

Latihan PBSMM dan diakreditasikan sepenuhnya oleh LAN (Lembaga
Ekreditasi Negara).
2. Bekerjasama dengan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi dan agensi-agensi
kerajaan dalam menyediakan kursus-kursus yang berkredibiliti.
3. Menyediakan "focal point" dalam pembangunan kecekapan dan pusat
penyelidikan dalam mempromosi nilai-nilai kemanusiaan.

Institut Latihan PBSMM melatih ahli-ahli PBSM supaya menjadi ahli yang terlatih dan berkualiti.

Belia
Sukarelawan muda Palang Merah dan Bulan Sabit Merah disepadukan
dalam kerja-kerja dalam setiap Persatuan Kebangsaan bagi mempromosi
nilai-nilai kemanusiaan, kesihatan, perkhidmatan masyarakat dan
persahabatan antarabangsa.
Objektif strategik adalah seperti berikut:
1. Memperkukuhkan faktor belia PBSMM dengan melengkapkan mereka

dengan pengetahuan dan kecekapan-kecekapan.
2. Menggerakkan kuasa kemanusiaan dalam kalangan belia bagi

perkhidmatan berkesan dan mengambil bahagian dalam projek-projek
berteraskan masyarakat bagi faedah mereka yang memerlukan.

32

Para belia PBSMM dilengkapi dengan
pengetahuan dan kecekapan
kemanusiaan.

PENCAPAIAN PERSATUAN
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia telah mencapai beberapa
anugerah sepanjang perkhidmatannya
yang antaranya adalah:
1. Anugerah Pingat Nansen
2. Anugerah Yayasan Razak
3. Anugerah Kualiti Perdana Menteri (Sektor Sosial)
Anugerah Pingat Nansen

1. Pingat Nansen telah diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Orang
Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) untuk
dianugerahkan kepada sesuatu pertubuhan yang memberi
perkhidmatan cemerlang kepada pelarian-pelarian.

2. Pingat Nansen mengambil nama seorang pengembara Norway, iaitu
Dr. Pridtjof Nansen. Beliau adalah Pesuruhjaya Tinggi Pertama League
of Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).

3. PBSMM telah dianugerahkan pingat ini pada tahun 1977 atas
perkhidmatan cemerlang terhadap pelarian-pelarian Vietnam. PBSMM
merupakan ahli Liga yang pertama dianugerahkan pingat ini.

33

Anugerah Yayasan Razak
PBSMM telah menerima anugerah ini pada tahun 1982 untuk perkhidmatan
cemerlang membantu mangsa-mangsa banjir, kebakaran, dan pelarian-
pelarian Vietnam. PBSMM menerima pingat emas, sijil penghargaan dan wang
sebanyak RM30 000.

Wang tersebut telah dimasukkan ke dalam simpanan tetap dan faedah
yang diperoleh sebanyak (RM3 000) diberikan setiap tahun kepada cawangan
yang menjalankan projek untuk membantu golongan belia yang kurang
bernasib baik seperti penganggur dan mereka yang tidak mempunyai
kemahiran. Pada tahun 1985, cawangan Johor telah diberikan peruntukan
untuk projek jahitan yang melibatkan 10 orang ahli PBSMM. Pada 1986,
cawangan Sarawak diberi peruntukan untuk projek latihan vokasional.
Anugerah Kualiti Perdana Menteri (Sektor Sosial)
Pada 17 Disember 1991 kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Anugerah
Kualiti Perdana Menteri (Sektor Sosial) kepada PBSMM kerana sumbangan
yang berkualiti dan cemerlang terhadap pembangunan negara. PBSMM telah
menerima piala pewter, plak, dan RM30 000.

Perkhidmatan cemerlang PBSM patut mendapat anugerah yang setimpal.

34

PENDAHULUAN
Ahli-ahli belia Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
telah mula berkhidmat dalam Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah sejak tahun 1906.
Perkhidmatan ahli-ahli belia bermula apabila
mereka berkhidmat memberi bantuan
kepada mangsa-mangsa gempa bumi di
San Francisco. Selepas perkhidmatan
tersebut, satu program khas untuk ahli-ahli
belia telah diaturkan dan diiktiraf pada tahun
1922.

Kerjasama Persatuan
Bulan Sabit Merah

tersebar ke seluruh dunia.

KEAHLIAN
Terdapat ahli-ahli belia di kesemua Persatuan Kebangsaan. Kajian
menunjukkan terdapat seramai 90 000 000 ahli belia di seluruh dunia. Ahli-ahli
belia berumur di antara lima hingga 25 tahun. Di negara kita, ahli-ahli itu
menjadi ahli Pasukan Bantuan Sukarela (PBS).

35

PROGRAM
Aktiviti belia dibahagikan kepada empat program khusus. Palang Merah/
Bulan Sabit Merah mengajar ahli-ahli belia.

Selepas memperoleh pengetahuan dan kemahiran tersebut, ahli-ahli
belia dilibatkan dalam rancangan-rancangan perkhidmatan masyarakat.

Sebagai satu pertubuhan antarabangsa, Palang Merah/Bulan Sabit
Merah menggalakkan ahli-ahli untuk melibatkan diri dalam usaha-usaha
merapatkan tali persaudaraan antara bangsa-bangsa di dunia melalui
rancangan persahabatan dan persefahaman antarabangsa.

Untuk memastikan penglibatan berpanjangan, ahli-ahli belia juga diberi
latihan dalam usaha menjayakan prinsip Palang Merah/Bulan Sabit Merah
Dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.

36

Perkhidmatan Masyarakat
1. Perkhidmatan Kebajikan
2. Lawatan ke rumah-rumah kebajikan
3. Klinik di kampung-kampung
4. Rayuan derma
5. Program untuk pelarian-pelarian
6. Projek kampung angkat
7. Bertugas di hospital
8. Perkhidmatan ambulans
9. Kebersihan kampung
10. Kempen membaca
Persahabatan dan Persefahaman Antarabangsa

1. Menukar album, kad, setem dan sebagainya
2. Lawatan sambil belajar
3. Pertandingan lukisan
4. Penukaran bahan-bahan Palang Merah/Bulan Sabit Merah
5. Bantuan untuk projek-projek khas
6. Seminar dan perkhemahan antarabangsa
7. Pita persahabatan antarabangsa

PBSMM sering menghantar ahli-ahli belia untuk menyertai rancangan-
rancangan pertukaran belia di luar negara. Di antara rancangan-rancangan
di mana ahli-ahli PBSMM telah mengambil bahagian ialah Kongres Belia
Antarabangsa di Kanada, GUMBOOYA di Australia, Rancangan Pertukaran
di Jepun dan SUPERCAMP di Itali.

Program pertukaran ahli PBSMM di luar negara.

37

Ahli-ahli yang berminat menghadiri program pertukaran mestilah terdiri
daripada ahli-ahli yang aktif dan mempunyai sijil-sijil asas PBSMM. Kriteria utama
untuk pemilihan ialah sifat kepimpinan dan kefasihan bertutur dalam bahasa
Inggeris. Pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa Latihan Kebangsaan atas
cadangan dan sokongan PBSMM Daerah dan Cawangan.
Penyebaran Prinsip-Prinsip Palang Merah/Bulan Sabit Merah dan Undang-
undang Kemanusiaan Antarabangsa
1. Seminar/Kempen penerangan
2. Pertandingan/lakuan prinsip-prinsip
3. Program mendidik murid-murid sekolah
4. Merayakan hari Palang/Bulan Sabit Merah
5. Penyebaran kepada anggota-anggota tentara kemanusiaan di Fakulti

Undang-undang, Universiti Malaya
6. Pertandingan Melukis, contoh: International campaign for the protection

of civilians and war victims
PASUKAN BANTUAN SUKARELA
Ahli-ahli yang berumur 18 tahun ke atas menjadi ahli-ahli PBS. Program PBS
adalah sama dengan program belia tetapi ahli-ahli PBS sering bertindak
apabila sesuatu bencana berlaku. Di negara kita, ahli-ahli PBS memainkan
peranan utama apabila banjir berlaku.

Pasukan-pasukan PBS sering ditubuhkan di pejabat-pejabat, kampung-
kampung, ladang-ladang dan juga kilang-kilang. PBS dapat ditubuhkan
sekiranya terdapat 15 orang ahli.

Ahli Pasukan Bantuan Sukarela sering bertindak apabila berlaku bencana.

38

PENGENALAN
Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi meningkatkan
kesedaran dalam kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi ahli
sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin. Melalui PBSMM, pelajar akan
didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan ke atas seseorang
mangsa sama ada semasa tenang atau ketika suasana cemas.

1. Melatih para pelajar supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan
cemas untuk kegunaan diri, keluarga dan masyarakat.

2. Melatih para pelajar supaya mempunyai kemahiran berkaitan dengan
perkhidmatan pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada
peringkat lanjutan.

3. Melahirkan ramai pelajar atau jurulatih bagi pihak pasukan bantuan
sukarela, PBSM yang mampu mengembang, membentuk, memimpin
dan merancang kegiatan kesukarelawan melalui kegiatan dan aktiviti
persatuan di dalam kampus dan juga luar kampus khususnya setelah
tamat pengajian.

PBSMM peringkat sekolah mendidik ahli-ahlinya tentang rawatan ke atas seseorang mangsa.

39

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia diselaraskan oleh beberapa
pegawai penasihat yang terdiri daripada guru-guru sekolah. Aktiviti yang
dijalankan dikendalikan oleh tenaga pengajar PBSM yang berpengalaman
luas pada pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang seminggu sekali.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuk latihan kawad kaki, latihan
pertolongan cemas, lawatan hospital ke wad kecemasan, ceramah tentang
punca-punca penyakit dan pencegahannya dan perkhemahan rekreasi.

Kegiatan luar juga diadakan bertujuan untuk memperluaskan
pandangan, pengalaman, dan pengetahuan kepada ahli persatuan ini.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan ialah:

1. Latihan dan pertandingan kawad kaki semasa Hari Sukan
2. Menganjurkan pertandingan kawad kaki antara unit-unit beruniform
3. Hari Bendera
4. Mengundang pensyarah untuk memberi ceramah tentang punca-

punca penyakit dan pencegahannya.

Ahli-ahli PBSMM juga mengikuti pelbagai aktiviti sepanjang menyertai persatuan ini.

40

PENGENALAN
Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal atau pertama untuk
mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang
diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan
mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu
kemalangan atau kecederaan.

Pertolongan cemas boleh
ditakrifkan sebagai "sebarang
tindakan yang diambil dengan
segera untuk membantu orang
yang tercedera atau sakit
sebelum bantuan profesional
sampai."

Kecemasan berlaku tidak
kira tempat dan masa.

Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya
ambulans membawakan perbezaan yang ketara antara hidup dan mati
ataupun antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagiannya.

Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan
semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu
ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan dalam sistem
perubatan yang menyeluruh.
OBJEKTIF
Ada tiga objektif pertolongan cemas, iaitu:

1. Menyelamatkan nyawa.
2. Mengelakkan penyakit/kecederaan/keadaan menjadi semakin teruk.
3. Menjadikan pesakit/mangsa selesa.

41

Ketiga-tiga objektif ini amat penting diingati dari segi keutamaannya.
Anda juga mungkin pernah mendengar atau terbaca mengenai DRABC, iaitu:

D danger (bahaya)
R response (tindak balas)
A airway (saluran udara pernafasan)
B breathing (pernafasan)
C circulation (peredaran darah)
DRABC ialah langkah-langkah yang diambil dalam objektif pertama,
iaitu menyelamatkan nyawa yang merupakan keutamaan paling asas.
Dalam masa kecemasan, pastikan tiada bahaya di sekeliling mangsa
dan diri sendiri. Kemudian dapatkan tindak balas daripada mangsa untuk
memastikan mangsa masih hidup dan setakat mana kesedarannya. Tindak
balas ini boleh didapati dengan suara (memanggil) atau dengan sentuhan
(cuit, tepuk, goncang).
Pastikan saluran udara pernafasan mangsa sentiasa terbuka. Ia penting
jika mangsa berada pada tahap kesedaran yang rendah. Jika didapati
mangsa tidak bernafas, beri bantuan pernafasan. Jika jantung mangsa tidak
berdenyut, lakukan tekanan dada.

Menyelamatkan nyawa adalah perkara utama dalam pertolongan cemas.

42

PRINSIP-PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
JANGAN PANIK. ANDA PERLU BERTENANG.

1. Fikir.
2. Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya yang

logik.
3. Apabila memberikan pertolongan cemas, laksanakannya mengikut

kemampuan anda.
4. Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan bantuan

secepat mungkin.

Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan cemas
melaksanakan tindakan mereka dengan pantas. Tindakan segera ini adalah
perlu untuk menyelamatkan nyawa dan anggota badan. Seorang mangsa
yang tidak boleh bernafas dengan baik,
atau mengalami pendarahan berlebihan,
perlukan bantuan segera.

Jika pertolongan cemas itu pantas
dan berkesan, mangsa tersebut akan
memiliki peluang yang lebih cerah untuk
pulih. Cuba bertenang dan fikirkan semua
tindakan anda. Pengamal pertolongan
cemas yang tenang dan terkawal telah
terbukti dapat mengawal keadaan dengan
cekap dan berkesan.

Sebuah buku yang menyediakan
maklumat tentang prinsip dan
amalan pertolongan cemas.

Bagaimana mendapatkan bantuan?
Untuk mendapatkan bantuan perubatan, hubungi ambulans segera dengan
mendail 999. Jika anda berada di samping mangsa, dapatkan orang lain untuk
menelefon bantuan. Jika anda bersendirian, anda perlu tinggalkan mangsa
buat seketika untuk membuat panggilan telefon.

Amaran Perubatan (Medic Alert)
Ada individu yang menderita akibat sesuatu keadaan perubatan tertentu
yang boleh menyebabkan mereka menghadapi gejala dan tanda-tanda
penyakit yang serius pada bila-bila masa.

43

Sebagai bantuan dan makluman, mereka mungkin memakai sejenis
pengenalan perubatan, biasanya dalam bentuk sejenis rantai atau gelang
yang khas. Alat ini dikenali sebagai gelang Medic Alert atau Amaran
Perubatan. Pada gelang ini tercatat identiti pesakit, keadaan perubatan yang
tertentu dan keterangan-keterangan lain seperti alahan, ubat yang
diperlukan atau alamat konteks perubatan yang boleh dihubungi.

Pelbagai keadaan perubatan
yang boleh dimaklumkan oleh alat
tersebut termasuklah penyakit jantung
yang khusus, diabetes, epilepsi atau gila
babi, asma dan alahan-alahan yang
serius.

Pengenalan perubatan untuk
kemudahan semasa kecemasan.

Mereka yang memberikan pertolongan cemas sentiasa berusaha ke arah:
1. Menyelamatkan nyawa mangsa.
2. Mengelakkan komplikasi atau keadaan dari menjadi bertambah buruk.
3. Membantu pemulihan.
4. Menenangkan perasaan mangsa dengan membuat mereka berasa

selesa dan memulihkan kesakitan.

Mereka yang memberikan pertolongan cemas mestilah tahu apa yang
perlu dilakukan dalam keadaan-keadaan yang berbeza. Kesilapan dalam
memberikan rawatan boleh memburukkan lagi keadaan mangsa.

Pertolongan cemas diperlukan dalam keadaan berikut:
1. Sakit dada yang teruk atau sakit di bahagian abdomen
2. Pendarahan yang teruk atau tidak dapat dikawal
3. Luka terbakar yang teruk
4. Tercekik
5. Patah tulang atau terseliuh
6. Kecederaan yang teruk
7. Serangan jantung
8. Renjatan haba
9. Pengambilan dadah yang
berlebihan
10. Keracunan
11. Renjatan
12. Tidak sedarkan diri

44

Apakah asas pertolongan cemas
yang perlu diketahui? Kita perlu tahu cara-
cara untuk:
1. Membantu mangsa secukupnya

(bantuan keselamatan asas)
2. Mulakan prosedur pernafasan

(pertolongan cemas primer)
3. Hentikan pendarahan
4. Merawat renjatan
5. Merawat kecederaan mata
6. Merawat luka terbakar

Antara
contoh

buku
panduan
pertolongan

cemas.

TEKNIK SAFE

Pada setiap keadaan kecemasan, lakukan teknik SAFE yang bermaksud:
1. S - Summon/Shout for help (Dapatkan bantuan)
Dalam kebanyakan kes, lebih daripada seorang pembantu diperlukan.
2. A - Approach with care & Assess the situation (Lakukan pendekatan
dengan berhati-hati dan menilai keadaan tersebut)
Kemungkinan wujudnya bahaya di kawasan sekeliling tidak dapat
dipastikan dan boleh membahayakan penyelamat dan seterusnya
menambahkan lagi masalah. Peningkatan bilangan mangsa akan
mengurangkan keupayaan bantuan perubatan yang ada. Bahaya
boleh jadi dalam bentuk wayar elektrik hidup, risiko letupan atau
kebakaran dari tumpahan minyak, haiwan berbisa dan lain-lain.
3. F - Free from danger (Bebas daripada bahaya)
Mangsa mesti dibebaskan daripada segala bahaya atau perkara yang
menimbulkan bahaya tersebut perlu dialihkan atau dibuang dengan
penuh hati-hati. Contohnya, matikan enjin kereta, alihkan wayar elektrik
yang hidup menggunakan batang kayu, halau haiwan berbahaya
seperti ular, dan lain-lain lagi.
4. E - Evaluate casualty's condition (Menilai keadaan pesakit)

45

PERTOLONGAN CEMAS PRIMER
Lakukan perkara-perkara seperti berikut apabila anda mendekati mangsa
yang mengalami kecederaan teruk:

Saluran Udara - periksa saluran udara mangsa dan pastikan tidak dihalang
oleh lidah, bendalir rembesan atau pun bendasing. Cara yang perlu
dilaksanakan untuk memberi bantuan terhadap saluran udara ialah
dengan meletakkan mangsa berbaring menelentang dengan tegak dan
mulut mangsa dibiarkan terbuka.
Gunakan dua jari untuk membersihkan mulut daripada sebarang
halangan yang boleh dilihat.
Keluarkan gigi palsu hanya jika gigi tersebut longgar.
Elak daripada memasukkan tangan terlalu dalam kerana ini boleh
menyebabkan halangan yang tidak dapat dilihat termasuk pada saluran
udara.
Bernafas - periksa sama ada mangsa masih bernafas, jika tidak, berikan
bantuan pernafasan.
Edaran (circulation) - periksa sama ada nadi mangsa masih berdenyut.
Jika tiada, lakukan tekanan pada dada (kompresi dada)

KIT PERTOLONGAN CEMAS
Setiap rumah perlu memiliki satu kit bantuan kecemasan yang mudah diambil
oleh orang dewasa tetapi tidak boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-
kanak. Peti tersebut mestilah teguh dan kalis air. Kit bantuan kecemasan boleh
mengandungi isi kandungan yang berbeza, bergantung kepada keperluan.

Kit bantuan kecemasan peribadi mestilah disimpan di kawasan yang
bersih dan kering serta tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Isi

kandungannya mestilah diperiksa
dalam satu jangka masa yang
tertentu untuk memastikan ia masih
ada dan lengkap, belum luput tarikh
dan berada dalam keadaan baik.

Peti pertolongan cemas
perlu untuk kemudahan di
saat kecemasan.

46


Click to View FlipBook Version