The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainijamaludin96, 2017-10-21 05:04:31

BUKU PBSM

BUKU PBSM

1. Krim antihistamin untuk melegakan rasa gatal
2. Sebatian antiseptik (untuk membersihkan luka-luka kecil)
3. Tablet parasetamol atau aspirin untuk sakit kepala,

demam dan melegakan kesakitan ringan (aspirin tidak
harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah
umur 16 tahun)
4. Pembalut luka (bandage)
5. Plaster (sepeket)
6. Pita bergam untuk membalut
7. Crepe bandage (untuk rawatan terseliuh)
8. Pembalut elastik
9. Pembalut tiga segi
10. Losyen Calamine untuk ruam yang gatal
11. Kapas steril (1 gulung)
12. Pembalut luka atau dressing
13. Gauze parafin (untuk luka terbakar)
14. Gauze steril - kain jaring halus
15. Dressing untuk luka (2 saiz)
16. Basuhan mata
17. Lampu suluh
18. Selimut (untuk mengekalkan kepanasan ketika kesejukan)
19. Hidrogen peroksida ataupun alkohol untuk disapu
20. Putik kapas (untuk meletakkan ubat)
21. Pin (untuk menetapkan bandage)
22. Gunting yang tajam tetapi mempunyai hujung yang
tumpul (untuk kegunaan pertolongan cemas sahaja)
23. Penyepit tajam di hujung (untuk membuang selumbar)

47

PENGENALAN
CPR adalah singkatan kepada Cardio-
Pulmonary Resuscitation. Cardio ber-
maksud jantung, pulmonary bermaksud
paru-paru dan resuscitation bermakna
pemulihan. Dalam bahasa Melayu ia
boleh diterjemahkan sebagai Pemulihan
Jantung dan Paru-paru.

CPR adalah singkatan kepada
‘Cardio-Pulmonary Resuscitation’.

CPR merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan
sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah
tidak berdenyut. Ia merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan
penekanan dada di bahagian luar.

Dengan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih
lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa
yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba.
Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun
dengan banyaknya selepas lima minit pertama.
SIAPAKAH YANG BOLEH MEMBERIKAN BANTUAN CPR?

Anda perlu latihan yang formal untuk
membolehkan anda memberikan
bantuan CPR dengan berkesan.
Walau bagaimanapun, jika nyawa
mangsa bergantung kepada
CPR, dan tiada orang lain yang
lebih berkelayakan, anda perlu
memberi bantuan tersebut.

CPR membantu mangsa
dengan bernafas untuknya.

48

MENGAPA KITA PERLU TAHU MENGENAI CPR?
Menurut Persatuan Palang Merah Amerika (American Red Cross), terdapat
lebih kurang 1.5 juta manusia dirawat setiap tahun kerana serangan jantung
ataupun jantung terhenti. Keadaan jantung terhenti bukan hanya
disebabkan oleh serangan jantung, tetapi oleh kemalangan seperti lemas
atau kejutan elektrik.

Di Malaysia, 30% daripada kematian yang disahkan di hospital-hospital
kerajaan adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Daripada kematian
ini, terdapat juga yang berlaku di luar hospital, biasanya dalam masa dua
jam pertama selepas wujudnya gejala-gejala sakit jantung. Oleh itu CPR amat
penting dan mudah untuk dipelajari.

Untuk maklumat lanjut mangenai
pembelajaran CPR, hubungi
Persatuan St. John Ambulans
ataupun Persatuan Bulan Sabit
Merah yang berdekatan.
Pelajarilah kemahiran yang boleh
menyelamatkan nyawa mereka
yang anda sayangi.

KAEDAH CPR Antara teknik yang
terdapat dalam CPR.

1. Tentukan kesedaran mangsa: Goncangkan bahu mangsa perlahan-lahan.
2. Sebutkan dengan kuat adakah anda O.K? Hubungi bantuan (hubungi 999)

CPR PERINGKAT AWAL

SALURAN UDARA
1. Baringkan mangsa.
2. Buka saluran udaranya (dongakkan kepala mangsa).
3. Tolak dagunya ke atas dengan menggunakan satu tangan dan tolak

dahi mangsa ke bawah dengan menggunakan tangan yang lagi satu.

49

PERNAFASAN
Pastikan sama ada mangsa masih bernafas atau tidak:
1. Lihat pergerakan dada mangsa.
2. Dengar bunyi pernafasan.
3. Rasa nafas mangsa dengan menggunakan pipi anda.
Jika mangsa masih bernafas dan tiada bukti-bukti kecederaan berlaku:
1. Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan.
2. Letakkan mangsa mengiring. Gunakan tangan dan kaki mangsa untuk

menstabilkannya.
Jika mangsa tidak bernafas:
1. Berikan dua hembusan (1 hingga 2 saat bagi setiap pernafasan).
2. Picit hidung mangsa sehingga tertutup sepenuhnya.
3. Lekapkan mulut anda ke mulut mangsa.
4. Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut.
5. Lihat kenaikan dada.
6. Biarkan paru-paru mengempis di antara dua hembusan.

EDARAN DARAH
Tentukan kehadiran nadi:
1. Letakkan satu atau dua jari pada halkum (peti suara) mangsa.
2. Gerakkan jari anda ke lekukan di antara halkum dan otot.
3. Rasai nadi untuk 5-10 saat.
Jika nadi mangsa masih hadir:
1. Lakukan bantuan pernafasan (mulut-ke-mulut) sahaja.
2. Berikan lebih kurang 12 pernafasan dalam seminit (satu nafas dalam

setiap 5 saat).
Jika nadi mangsa sudah tiada:
1. Lakukan pusingan pertama pernafasan dan penekanan dada.
2. Dapatkan kedudukan di bahagian ketiga di bawah sternum (tulang

dada).
3. Tekan menggunakan kedua-dua belah tangan (lurus dengan mengunci

pergerakan siku) dan berat badan ditujukan tegak ke bawah.
4. Kira dengan ritma (irama) yang tetap - Satu dan dua dan tiga.
5. Tekan sternum sebanyak 1 sehingga 2 inci pada kadar 80 hingga 100

tekanan dalam seminit.
50

Untuk CPR, setiap 15 tekanan, berikan 2 hembusan (pernafasan
bantuan). Lakukan dalam 4 kitar, kemudian periksa nadi dan pernafasan.
Jika tiada nadi, teruskan CPR, bermula dengan tekanan dada. Jika ada nadi
tanpa pernafasan, berikan satu pernafasan setiap 5 saat.
GARIS PANDUAN BAHARU UNTUK CPR
Pakar perubatan percaya bahawa mereka yang
melakukan CPR pada waktu kecemasan perlu
meninggalkan prosedur pengambilan nadi
pesakit yang mengalami serangan jantung
kerana mereka selalu mendapatkan nadi
dengan cara yang salah. Mereka menyarankan
supaya tekanan ke dada untuk membersihkan
saluran udara mangsa yang tercekik yang tidak
sedarkan diri dilakukan.

Lakukan CPR mengikut
cara yang betul.

Perubahan-perubahan ini telah dimasuk-
kan di dalam set garis panduan CPR yang
baharu yang diumumkan oleh Persatuan Jantung Amerika dalam usaha
mereka untuk mempercepatkan bantuan kepada mangsa serangan
jantung. Sesiapa yang ingin membantu mangsa ini perlu memeriksa tanda-
tanda edaran yang lain seperti pernafasan, batuk atau sebarang
pergerakan sebelum membuat keputusan untuk melakukan CPR.

Untuk merawat pesakit tercekik (dewasa) yang tidak sedarkan diri,
penyelamat yang bukan tergolong daripada ahli perubatan profesional
boleh memulakan CPR yang standard dengan tekanan pada dada
berpandukan garis panduan yang baharu, dan bukannya mengenakan

tekanan pada abdomen ataupun menggunakan
jari untuk membersihkan saluran udara.
Menggunakan tekanan yang kuat
pada abdomen atau lebih dikenali
sebagai Heim-LichManeuver -
akan tetap digunakan untuk
mangsa yang masih sedar.

Latihan CPR amat
membantu anda apabila
berlaku kecemasan.

51

Perubahan-perubahan lain berdasarkan garis panduan baharu ini termasuklah:
Penyelamat yang memberi CPR perlu memberikan 15 tekanan pada
dada, berselang-seli dengan dua bantuan pernafasan. Garis panduan
lama mempunyai nisbah pernafasan yang berbeza dan penekanan pada
dada berdasarkan pada bilangan pam bantu yang ada ketika itu.
Pelaksanaan CPR untuk bayi, kaedah dua ibu jari dengan tangan
membulat di kawasan dada adalah lebih berkesan berbanding dengan
kaedah lama yang disarankan, iaitu menggunakan dua jari.
Penggunaan dadah penghalang sumbatan yang baharu adalah
disarankan apabila bantuan perubatan profesional telah tiba, termasuklah
saranan mengenai dadah mana yang patut digunakan.

CPR UNTUK KANAK-KANAK KECIL (UMUR 1-8 TAHUN)
Jika anda berseorangan dan bantuan ambulans lambat, berikan CPR kepada
mangsa dengan segera selama seminit, kemudian cubalah buat panggilan
telefon untuk bantuan.
1. Gunakan sebelah tangan sahaja untuk menekan dadanya.
2. Tekan dada mangsa (victim's sternum - tulang dada) ke bawah sebanyak

1 atau 1.5 inci.
3. Berikan 1 hembusan nafas dan 5 tekanan dada.

Bantuan pernafasan CPR - lebih terperinci, untuk siapa patut bantuan
CPR diberikan?
Mangsa yang terputus pernafasan akibat:
1. Lemas di air
2. Serangan sakit jantung (heart attack)

3. Terkena kejutan elektrik lalu
pengsan dan nafas terhenti

4. Terkena alahan atau keracunan
Latihan CPR dan bantuan

kecemasan (first aid) boleh dijalani
bersama pihak hospital, Bulan Sabit
Merah, atau pengendali kursus CPR
bertauliah.

52

PENGENALAN
Asfiksia adalah satu keadaan di
mana sistem pernafasan terhenti
disebabkan oleh kekurangan
oksigen di dalam darah dan
tisu-tisu badan tidak dapat
menerima bekalan oksigen
yang mencukupi.

Asfiksia adalah suatu keadaan di
mana oksigen kurang di dalam darah.

PUNCA-PUNCA ASFIKSIA
• Lemas
• Keracunan gas dan asap yang berbahaya.
• Tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik oleh makanan atau

benda-benda asing lain.
• Tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke

dalam ketika tidak sedarkan diri.
• Disambar petir atau kilat.
• Terhimpit dada - runtuhan tanah.
• Serangan penyakit.
• Termakan racun.

TANDA-TANDA ASFIKSIA
• Pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas dan

akhirnya terhenti.
• Bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan.
• Kebanyakannya menyebabkan tidak sedarkan diri.

PERATURAN AM MEMULIHKAN ASFIKSIA

A - Airways (saluran Pernafasan)
• Terbuka atau tersekat
• Keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentah

dari mulut jika ada.

53

B - Breathings (pernafasan)
• Boleh bernafas atau tidak
• Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan

segera.

C - Circulation (peredaran darah)
• Pastikan ada denyutan nadi atau tidak
• Jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation)

(pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar)

Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan
• Pemulihan pernafasan mulut ke mulut
• Pemulihan pernafasan Holgen Nielson
• Pemulihan pernafasan mulut ke hidung
• Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (External cardiac compression)
• Pemulihan kardio-palmonari (Cardio-Pulmonary Risuscitation) - CPR

Lemas di dalam air
Tindakan untuk menyelamat:
• Jaga keselamatan diri
• Usahakan menarik mangsa ke darat dengan tali/kayu

• Lemparkan sesuatu objek yang boleh
terapung seperti pelampung kepada mangsa
yang masih sedarkan diri, kemudian tarik
mangsa ke darat dengan mengguna-
kan tali yang terikat kepada objek itu.
• Anda boleh juga menyelamat
dengan berenang sekiranya anda
seorang perenang yang baik.

Rawatan
• Keluarkan air dari perut atau paru-paru
• Bersihkan mulut mangsa daripada benda-benda yang mungkin

menghalang pernafasan
• Mulakan bantuan pernafasan
• Periksa pernafasan dan denyutan nadi
• Jaga suhu badan mangsa supaya tidak mengalami hipotermia
• Apabila bernafas semula, baringkan mangsa ke kedudukan pemulihan,

pastikan ia dapat terus bernafas dengan sempurna. Hantar ke hospital
secepat mungkin jika keadaannya tidak memuaskan.

54

PENGENALAN
Pendarahan ialah keluar darah daripada
saluran darah yang tercedera. Ia boleh berlaku
di bahagian luar atau dalam tubuh.

Pendarahan yang
berlaku di luar tubuh.

JENIS-JENIS PENDARAHAN
• Pendarahan boleh dikatakan berpunca daripada arteri, vena kapilari.
• Arteri memancut merah terang.
• Kapilari menitis merah.
• Vena meleleh perlahan merah tua

SEBAB-SEBAB LUKA
• Luka terhiris
Luka ini disebabkan oleh objek bermata tajam
seperti pisau, parang dan dan lain-lain. Luka yang
terjadi adalah dalam satu garisan dan biasanya
darah keluar dengan banyak. Luka ini mudah
dihentikan pendarahan dan mudah dijahit.
• Luka terkoyak
Luka ini terjadi akibat oleh pelbagai sebab seperti
tersangkut pada dawai berduri, digigit kucing atau
anjing. Ia mempunyai lebih daripada satu garisan
yang tidak jelas. Kulit mungkin bergerigi dan biasanya
ada bendasing. Pendarahan luka ini susah dihentikan
dan sukar dijahit. Risiko jangkitan kuman amat tinggi dalam luka ini.
• Lula tergesel/melelas
Luka ini terjadi apabila kulit bergesel dengan
permukaan yang kasar, contohnya permukaan
jalan raya. Jika bergesel dengan teruk, ia mungkin
akan mendedahkan bahagian daging atau tulang.
Luka ini mempunyai risiko jangkitan yang tinggi.

55

• Luka tusukan
Luka yang disebabkan oleh objek runcing
dan tajam seperti paku, jarum dan
sebagainya. Diameter luka adalah kecil
tetapi dalam. Jika terkena salur darah besar,
risiko pendarahan adalah tinggi.

• Luka tembakan
Luka akibat peluru senjata api. Jarang dilihat
di negara kita.

• Lebam
Lebam tidaklah menepati takrifan luka
dengan tepat kerana dalam lebam lapisan
kulit tidak terputus. Salur darah di bawah kulit
pecah dan darah berkumpul di bawah kulit
menampakkan warna kehitaman.

TANDA-TANDA DAN GEJALA-GEJALA
Apabila seseorang kehilangan darah yang banyak sama ada di bahagian
luar atau dalam tubuh, ada beberapa tanda atau gejala dapat dikesan:
• Denyutan nadi bertambah cepat serta lemah.
• Kulit sejuk, lembab, pucat dan berpeluh.
• Muka dan bibir kelihatan pucat.
• Pernafasan cepat, pendek dan tercungap-cungap.
• Mangsa berasa pening, pitam dan pengsan.
• Mangsa mungkin berasa dahaga.
• Berasa resah dan gelisah.
• Pendarahan banyak dan mungkin menyebabkan rejatan

Antara gejala-gejala apabila seseorang itu kehilangan darah.

56

PERATURAN AM BAGI MERAWAT LUKA YANG BANYAK BERDARAH
Angkat tinggi bahagian yang berdarah untuk melambatkan pengaliran
darah dan menolong mengurangkan darah mengalir keluar daripada
tubuhnya.
CARA-CARA MENGHENTIKAN PENDARAHAN

• Hentikan Pendarahan Secara Langsung (Direct Pressure)
Bahagian ibu jari/jari-jari tekan dengan kuat di bahagian yang cedera
ke atas pelapik atau kain kasa (gauze) selama 10 minit. Kemudian
tutuplah pelapik dengan lapisan kapas dan ikat dengan pembalut yang
ketat. Ia biasanya akan menahan darah itu daripada mengalir keluar.
Jika pendarahan berjalan terus, jangan cabut pelapik tetapi letakkan
pelapik tambahan dan balut sekali lagi.

• Hentikan Pendarahan Secara Tidak Langsung (Indirect Pressure)
Jika pendarahan tidak dapat dikawal dengan tekanan secara
langsung ke atas luka atau dalam keadaan di mana tekanan secara
langsung tidak boleh digunakan, anda boleh gunakan tekanan secara
tidak langsung pada titik tekanan (pressure point).
Titik tekanan adalah satu tempat di mana saluran darah arteri boleh

ditekan ke tulang dengan rapat untuk menghalang pengaliran darah di
kawasan itu.

57

PENGENALAN
Renjatan dalam skop ini adalah merujuk kepada
kekurangan bekalan darah ke organ-organ vital, iaitu
otak, jantung dan paru-paru sehingga menyebabkan
sistem badan mangsa terhenti. Renjatan ialah satu
daripada situasi kecemasan yang kritikal.

SEBAB-SEBAB BERLAKU RENJATAN
Darah tidak cukup dalam edaran
Ini selalunya disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak. Tubuh manusia
dewasa mengandungi 5-7 liter darah dan kita boleh kehilangan hingga 1 liter
darah tanpa membawa bahaya. Tetapi, jika kita kehilangan darah sehingga
2-3 liter, ini boleh membawa kepada renjatan.

Kehilangan darah ini selalunya disebabkan oleh luka yang besar atau
patah tulang yang besar. Kadangkala berlaku pendarahan dalaman yang
tidak disedari.

Kehilangan cecair badan juga boleh menyebabkan isi padu darah
tidak cukup untuk peredaran. Kehilangan cecair badan boleh disebabkan
oleh muntah, cirit-birit yang teruk atau kecederaan terbakar yang besar
kerana plasma boleh keluar dengan banyak. Renjatan ini dikenali sebagai
renjatan hipovolemik.

Darah cukup dalam edaran, tetapi tidak sampai ke organ-organ vital
Hal ini boleh berlaku apabila jantung tidak dapat
mengepam darah dengan cukup (keadaan
ini dinamakan renjatan kardiogenik) atau
jika salur-salur darah mengecut akibat
tindak balas (renjatan neurogenik) atau
akibat jangkitan yang merebak ke
seluruh badan (renjatan septisemik).

Renjatan boleh mengakibatkan
seseorang itu tidak sedarkan diri.

58

TANDA-TANDA RENJATAN Tanda-tanda
• Mangsa kelihatan pucat, bibir atau jarinya biru. seseorang terkena
• Berpeluh, bulu roma meremang renjatan elektrik.
• Tahap kesedaran menurun
• Mangsa kelihatan keliru
• Meracau
• Tidak sedarkan diri
• Pernafasan pantas
• Jari-jari terasa sejuk
• Nadi lemah

GEJALA-GEJALA RENJATAN
• Terasa pening
• Loya dan ingin muntah
• Haus dan mahu minum

BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MERAWAT RENJATAN?
1. Dalam situasi pertolongan cemas, rawatan bagi renjatan mestilah

dilakukan dengan segera sebaik sahaja selepas disahkan keadaan
renjatan itu dan setelah punca kemalangan dialihkan.
2. Baringkan mangsa dengan telentang serta angkat kaki mangsa untuk
meningkatkan aliran darah ke otak.
3. Pastikan tubuh mangsa diselimuti untuk mengelakkan kesejukan ataupun
kehilangan haba.
4. Longgarkan pakaian yang ketat dan tali pinggang untuk mengurangkan
jerutan di kawasan leher, dada ataupun pinggang.
5. Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan
mudah jika diberi melalui mulut.
6. Hubungi ambulans dan bawa mangsa ke hospital secepat mungkin.

Mangsa-mangsa renjatan elektrik perlulah dibawa ke hospital dengan segera untuk
mendapatkan rawatan.

59

PENGENALAN
Tidak sedar diistilah sebagai seseorang yang mengalami tahap kesedaran
yang rendah dan tidak bertindak balas terhadap rangsangan di sekelilingnya
sama ada rangsangan suara atau sentuhan. Pitam ialah keadaan tidak sedar

sementara yang disebabkan kurangnya
pengaliran darah ke otak. Koma pula
adalah keadaan tidak sedar yang lama
sama ada minggu, bulan atau tahun.
Dan ia memerlukan bantuan
pernafasan untuk terus hidup.

Tidak sedar boleh diakibatkan
oleh pelbagai sebab.

SEBAB-SEBAB PENGSAN
• Kekurangan glukosa dalam darah (hipoglisemia).
• Berlebihan glukosa dalam darah (hipergisemia)

seperti kencing manis yang tidak terkawal.
• Keracunan.
• Kesakitan yang amat sangat.
• Renjatan elektrik.
• Suhu sekitar terlalu tinggi.
• Suhu sekitar terlalu rendah.
• Kecederaan pada kepala.

SEBAB-SEBAB PITAM
• Berdiri terlalu lama.
• Emosi keterlaluan.

Koma pula boleh terjadi akibat kepala terhentak terlalu kuat arau barah.

TANDA-TANDA TIDAK SEDAR
Tanda-tanda orang yang mengalami tidak sedar adalah mereka jatuh atau
terbaring dan tidak bergerak-gerak. Mereka juga tidak akan sedar walau
dipanggil, ditepuk atau digoncang.

60

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?
1. Mula-mula lakukan DRABC sebagai melaksanakan objektif pertama,
iaitu menyelamatkan nyawa.
2. Pastikan tiada bahaya di sekelilingnya dan cuba rangsang mangsa
untuk menentukan tahap kesedarannya.
3. Panggil mangsa dengan kuat atau cuit dan goncang badannya.
4. Jika tiada respon, buka saluran udara pernafasannya, periksa
pernafasannya (jika tiada, lakukan pernafasan bantuan) dan periksa
nadinya (jika tiada, buat tekanan dada)
5. Objektif kedua, baringkan mangsa dan lapik kepalanya dengan
sesuatu yang lembut.
6. Jika anda tidak dapat menentukan apakah sebabnya, uruskan
membawa mangsa ke hospital dengan segera.
7. Objektif ketiga ialah buatlah apa-apa pada mangsa agar dia berasa
selesa. Contohnya, kipas badannya atau letakkan kain lembab di
dahinya.

61

PENGENALAN
Rangka tubuh terdiri daripada susunan tulang yang memberikan bentuk dan
sokongan kepada tubuh. Terdapat 206 ruas tulang dan dibahagi kepada
empat jenis:-

Tulang panjang - lengan/paha
Tulang pendek - pergelangan tangan
Tulang leper - bahu/punggung
Tulang pelbagai bentuk - tulang belakang

Patah tulang bermaksud
terputusnya kesinambungan sel-sel
tulang, sama ada sepenuhnya atau
sebahagian sahaja. Oleh kerana
tulang terletak di dalam tubuh
badan, agak sukar untuk kita
mengenal pasti secara tepat
keadaan patah tulang.

SEBAB-SEBAB PATAH Patah tulang boleh terjadi
kepada sesiapa sahaja.

• Hentaman langsung – Tulang patah/retak di bahagian di mana tekanan
berlaku.

• Hentaman tidak langsung – Tulang patah/retak di bahagian tempat yang
jauh dari tempat tekanan berlaku.

• Penyakit tibi yang mengakibatkan tulang menjadi rapuh.
• Tarikan otot yang kuat seperti patah pada tempurung lutut disebabkan

oleh tarikan mengejut otot-otot.
• Usia

BAHAGIAN PATAH Patah tertutup
Tulang yang patah tidak keluar
Patah terbuka
Tulang yang patah keluar dan boleh menyebabkan
menembusi kulit dan menyebabkan pendarahan dalaman.

luka dan pendarahan.

62

TANDA-TANDA

Patah tulang hanya dapat disahkan dengan tepat melalui x-ray, tetapi dalam
pertolongan cemas patah tulang boleh disyaki sekiranya terdapat tanda-
tanda berikut:-
• Rasa sakit pada bahagian yang cedera. • Lebam
• Bengkak hanya pada tempat yang cedera. • Berubah bentuk
• Penggeseran tulang apabila digerakkan. • Hilang upaya
• Nampak tulang jika patah terbuka. • Ada tanda renjatan

BANTUAN KECEMASAN
Tindakan utama

D - DON'T MOVE R - REST I - IMMBOLIZE

TINDAKAN LAIN
1. Buat penilaian keadaan mangsa dan pastikan tahap kecederaan.
2. Pulihkan pernafasan jika perlu.
3. Hentikan pendarahan jika terdapat luka atau patah terbuka.
4. Pastikan pergerakan yang paling MINIMUM.
5. Tenangkan pesakit.
6. Jika pesakit mengalami renjatan, beri rawatan renjatan.
7. Hantar ke hospital.

PATAH TULANG BELAKANG
Kecederaan pada tulang belakang boleh mengakibatkan saraf tunjang
(spinal cord) yang terdapat di dalamnya tercedera. Kecederaan ini adalah
serius dan perlu diberikan perhatian dan rawatan yang teliti untuk
mengelakkan kecederaan menjadi bertambah buruk yang boleh
mengakibatkan lumpuh atau mati.

Kecederaan tulang belakang biasanya berlaku disebabkan oleh
trauma (kemalangan) sama ada kemalangan jalan raya, jatuh dari tempat
tinggi dan sebagainya.

Tanda-tanda
1. Pergerakan anggota badan tertentu akan menjadi lemah atau langsung

tidak dapat digerakkan.
2. Deria rasa pada kulit berkurangan atau langsung tiada.
3. Tidak dapat mengawal kencing dan berak.
4. Sesak nafas dan sakit di bahagian dada.
5. Tidak sedarkan diri.

63

PENGENALAN
Otot-otot adalah tisu yang membantu dalam
melakukan pergerakan tubuh badan.
Tindak balas luar biasa otot-otot atau
penggunaan yang berlebihan boleh
menyebabkan berlaku kecederaan.

Ahli-ahli sukan seringkali
mengalami kekejangan otot.

JENIS KECEDERAAN OTOT
1. Kekejangan (cramp)

Kesakitan yang mendadak disebabkan oleh
pengecutan otot-otot secara tiba-tiba.
Tanda-tanda:
• Sakit
• Hilang upaya
• Otot menjadi kejang dan keras

2. Keregangan (strain)
Kecederaan kepada otot-otot disebabkan
bebanan atau regangan yang berlebihan.

Tanda-tanda
• Sakit
• Bengkak
• Bertambah sakit apabila bergerak.

Rawatan Rest - rehatkan mangsa
R-
I- Ice - tuaman ais
C- Compression - balutan tekanan
E- Elevate - tinggikan anggota yang cedera

64

Tindakan untuk kekejangan otot
1. Rehatkan mangsa.
2. Beri tuaman sejuk pada bahagian tersebut.
3. Jika kejang berlaku pada betis atau paha, ampu kaki, tolak hujung

jari-jari kaki ke arah mukanya secara perlahan-lahan.

KECEDERAAN SENDI

Sendi ialah tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang
melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada
ligamen (tisu penyambungan antara tulang).
Ligamen sama ada boleh meregang dengan
berlebihan, terkoyak atau terputus.

JENIS-JENIS SENDI Ligamen yang
1. Sendi lesung (Ball and socket) cedera
2. Sendi engsel (hinge joint)
mengakibatkan
sakit sendi.

3. Sendi gelungsur (slightly movable joint)
4. Sendi tetap (fixed joint)

JENIS KECEDERAAN SENDI

1. Terkehel (dislocation)
Pergerakan sendi yang melebihi had menyebabkan tulang beralih dari
kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen.
Tanda-tanda
1. Sakit (bergantung pada tahap kecederaan)
2. Bengkak
3. Sendi berubah rupa
4. Bertambah sakit bila bergerak atau hilang upaya
5. Kemungkinan berasa kebas

2. Terseliuh (sprain)
Pergerakan sendi yang melebihi had dan menjejaskan
ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.
Tanda-tanda
1. Sakit
2. Bengkak
3. Bertambah sakit apabila bergerak
4. Pergerakan yang terhad

65

PENGENALAN
Kecederaan terbakar boleh ditakrifkan
sebagai kecederaan yang terjadi akibat
haba, elektrik, bahan kimia atau sinaran
radioaktif ke atas kulit dan struktur di
bawahnya.

Kecederaan terbakar adalah
diakibatkan oleh sesuatu yang panas.

SEBAB-SEBAB
Selain terkena api, sebarang objek panas seperti seterika panas, cerek panas,
bara, dan sebagainya yang terkena badan boleh menyebabkan kecederaan
terbakar. Ini dinamakan kecederaan terbakar kering atau selaran.

Kecederaan terbakar selain itu adalah disebabkan oleh cecair seperti
air panas, minyak panas dan lain-lain. Kecederaan ini dinamakan kecederaan
terbakar basah atau melecur. Renjatan elektrik dan sambaran kilat juga boleh
menyebabkan kecederaan terbakar.

KLASIFIKASI TERBAKAR
1. First Degree - di permukaan kulit sahaja

a. Kemerah-merahan atau hilang warna.
b. Bengkak sedikit dan rasa sakit.
c. Cepat sembuh.

2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf
a. Merah
b. Ada tanda-tanda gelembung (blisters).
c. Bengkak yang nyata (beberapa hari).
d. Kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang
rosak.

3. Third Degree
a. Kerosakan tisu lebih dalam.
b. Kemusnahan pada lapisan kulit luar.
c. Tisu-tisu dalam dapat dilihat.

66

Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10%
permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital.

RAWATAN
1. Sejukkan serta-merta dengan air sejuk.
2. Tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih.
3. Baringkan mangsa.
4. Jangan gerakkan bahagian yang terbakar.
5. Beri sedikit minuman kepada mangsa yang sedar.
6. Hantar mangsa segera ke hospital.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MERAWAT LUKA TERBAKAR?
1. Dalam kes terbakar yang teruk, minta bantuan perubatan dengan

segera.
2. Buangkan semua aksesori dan pakaian yang mengecut dari kawasan

yang terlibat.
3. Rendamkan kawasan yang terlibat ke dalam air sejuk dengan segera

ataupun kenakan tuala yang basah dan lembab di kawasan tersebut.
Anda juga boleh menuangkan air ke bahagian yang terbakar itu atau
letak di bawah air sejuk yang mengalir. Teruskan rawatan ini selagi kesakitan
masih dirasai.
4. Untuk luka terbakar yang disebabkan oleh bahan kimia, tuangkan air di
atas kulit atau letakkan di bawah air yang mengalir. Kemudian tutupkan
kawasan tersebut dengan kain yang bersih untuk mengelakkan gangguan
oleh udara.
5. Jika luka terbakar tersebut besar, tenangkan mangsa dan lakukan rawatan
untuk renjatan.

INGAT!!!

1. Bertindak dengan segera, setiap saat boleh membawa perubahan.
2. Jangan gerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau

belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukan.
3. Dapatkan seseorang untuk menghubungi ambulans dan doktor

sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas.
4. Jangan tarik pakaian mangsa luka terbakar.
5. Bertenang dan tenangkan mangsa.
6. Jangan paksa mangsa yang tidak sedarkan diri untuk mengambil

sebarang cecair.

67

GLOSARI - sifat-sifat manusia yang mulia.
1. kemanusiaan - hubungan antarabangsa.
2. diplomatik - bahagian atau fasal kecil dalam undang-undang,
3. ceraian
perjanjian dan sebagainya.
4. depoh - gudang atau tempat penyimpanan barang-barang.
5. persendirian - tidak bergantung kepada pihak-pihak lain.
6. waad - janji.
7. entiti - sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang

8. rekrut tersendiri.
9. akreditasi - mewujudkan bilangan ahli.
- pengiktirafan rasmi terhadap sesuatu kursus, pengajian
10. orientasi
dan lain-lain.
- berasaskan sesuatu.

SOALAN PEMAHAMAN

1. Siapakah pengasas persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC)?
2. Senaraikan lima ahli jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.
3. Apakah nama buku yang ditulis dan dicetak oleh Henry Dunant tentang

pertempuran di Solferino?
4. Apakah tujuh prinsip asas Palang Merah dan Bulan Sabit Merah?
5. Pada tahun berapakah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM)

ditubuhkan?
6. Nyatakan dua anugerah yang pernah dicapai sepanjang perkhidmatan

PBSMM.
7. Apakah empat program khusus yang melibatkan ahli-ahli belia?
8. Apakah yang dimaksudkan dengan pertolongan cemas?
9. Bilakah pertolongan cemas diperlukan?
10. Apakah yang dimaksudkan dengan teknik SAFE ?

68


Click to View FlipBook Version