The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by upmhbuk, 2021-12-22 02:36:24

Laporan Tahunan Hospital Bahagia Ulu Kinta 2020

LAPORAN TAHUNAN 2020

97

LAPORAN HEALTHY SETTING : HEALTHY FACILITIES

PENGENALAN
Program ini telah diperkenalkan oleh KKM pada tahun 1995 berasaskan The Ottawa Charter
for Health Promotion (WHO 1986) dan The Health Promoting Hospital (WHO 1991). HBUK
telah terlibat secara aktif dalam usaha ke arah ini sejak tahun 2003.

AHLI JK HEALTHY SETTING : HEALTHY FACILITIES HBUK 2020

Bil Nama Jawatan
1 Dr. Hjh Nailah Bt Sufian Penasihat
2 Dr. Arunakiri A/L Muthu Krishnan Pengerusi
3 En. Kamaruzaman B Yazid Setiausaha
4 En. Mohd Zuhdi B Mat Ali Pen. Setiausaha
5 En. Mahadzir B Yusof Penyelaras Environment Oriented
Activities
6 Pn. Baitil Husna Bt Zulkifli Penyelaras Community Oriented
Activities
7 Pn. Jurayah By Junani Penyelaras Patient &Family
Oriented Activities (External Client)
8 Pn. Normah Bt Md Ani Penyelaras Organitation Oriented
Activities
9 Pn. Rubiah Bt Ahmad Penyelaras Staf Oriented Activities
10 Dr. Nur Haryanti Bt Pirus AJK
11 Dr. Sridaran G AJK
12 Dr. Priscilla A/P Purusothman AJK
13 Tuan Hj Hussain B Md. Yatim AJK
14 Pn. Chen Pei Yean AJK
15 Pn. Kwan Zuan Er AJK
16 Pn. Mahayom Bt Long AJK
17 Pn. Hamidah Bt Mohammad Hassan AJK
18 Pn. Hanita Bt Adnan AJK
19 En. Jaharuddin B Samsudin AJK
20 En. Muhd Fahmi B Abd. Talib AJK
21 En. Muhammad Fahmi B Mohammad Yusoff AJK
22 En. Azmi B Yusof AJK
23 Cik Ang Bee Xian AJK
24 En. Mokhtar B Yaakob AJK (UEM)

SKOP AKTIVITI
Program ini dijalankan berasaskan kepada 6 aktiviti utama dan Projek Khas. Sebagai panduan
untuk mencapai objektif program ini, tema diwujudkan bagi setiap aktiviti seperti berikut:

1. Aktiviti Berasaskan Organisasi
2. Aktiviti Berasaskan Persekitaran
3. Aktiviti Berasaskan Pesakit Dan Keluarga
4. Aktiviti Berasaskan Anggota
5. Aktiviti Berasaskan Komuniti
6. Projek Khas

98

PENCAPAIAN
HBUK telah berjaya dalam usaha mencapai pengiktirafan Healthy Settings: Healthy Facilities
dan HBUK telah berjaya mendapat kedudukan Johan Kategori Hospital di peringkat JKNPk
selama 6 tahun berturut-turut (2009-2014).
Pada tahun 2021 tiada audit dijalankan kerana masalah Covid-19.
HALA TUJU 2021

 Ahli jawatankuasa serta penyelaras-penyelaras aktiviti akan sentiasa mengkaji aktiviti
serta cuba memperbaiki atau menambah aktiviti agar dapat mempertingkatkan lagi
kualiti perkhidmatan serta kepuasan pelanggan.

99

LAPORAN JAWATANKUASA ETIKA & PENYELIDIKAN

PENGENALAN
Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Hospital Bahagia Ulu Kinta telah ditubuhkan pada 6
Februari 2009. Jawatankuasa ini ditugaskan untuk menyelaras permohonan untuk
penyelidikan yang dibuat di peringkat hospital. Selain itu, jawatankuasa ini turut memantau
kajian-kajian klinikal yang dijalankan di hospital. Jawatankuasa juga bertanggungjawab untuk
menyediakan laporan dan reten berkaitan penyelidikan di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Standard operating procedure (SOP) Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan:
• Semua anggota yang terlibat dengan kajian klinikal perlu mempunyai sijil Good Clinical
Practice (GCP).
• Kajian-kajian klinikal perlu kelulusan dari Jawatankuasa Etika & Penyelidikan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
• Untuk penyelidikan saintifik lain, penyelidik harus memohon kebenaran daripada
National Medical Research Registry (NMRR) mengikut prosedur NMRR.
• Selepas kajian telah selesai, satu salinan harus diberikan kepada Jawatankuasa Etika
dan Penyelidikan HBUK.

Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan berlandaskan polisi dari:
1. Surat Pekeliling: Garispanduan Institut Kesihatan negara Mengenai Penyelidikan Di
Institusi dan Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (Pindaan 1/2015)
2. NIH Guidelines for Conducting Research in MOH Institutions and Facilities, October
2015.

Kod Etika:
1. Declaration of Helsinki
2. MMC Guidelines 009/2006: Clinical Trials and Biomedical Research

Term of reference: Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan beroperasi selaras dengan:
1. Surat Pekeliling: Garispanduan Institut Kesihatan Negara Mengenai Penyelidikan Di
Institusi Dan Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (Pindaan 1/2015)
2. NIH Guidelines for Conducting Research in MOH Institutions and Facilities, October
2015

OBJEKTIF
1. Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan HBUK akan menyelaras semua penyelidikan
yang dijalankan di Hospital Bahagia Ulu Kinta berpandukan proses kerja Kementerian
Kesihatan Malaysia.

Fungsi Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan:
1. Menyemak dan meluluskan semua permohonan untuk penyelidikan yang dibuat di
peringkat hospital.
2. Menyelaras dan memantau kajian-kajian klinikal yang dijalankan di HBUK
3. Menyediakan laporan dan retens aspek penyelidikan.

PENCAPAIAN
Sepanjang tahun 2020, Hospital Bahagia telah mengambil bahagian dalam Kajian-kajian
Klinikal. Kajian-kajian ini dipantau oleh Principal Investigator dan dibantu oleh Study
Coordinator. Sehingga Disember 2020, 3 kajian sedang menunggu archiving. Berikut
merupakan maklumbalas kajian klinikal:

100

1. Double-blind, randomised active-controlled parallel-group study of Paliperidone
Palmitate 6 Month formulation R092670PSY3015 (PI Dr Arunakiri)- Menunggu
archive

2. Aspire (31-10-270): An Open – label, multi center, Rollover, long–term study of
Aripiprazole Intramuscular Depot in patients with Schizophrenia - Menunggu
archive

3. DSP (D4904020): Confirmatory Study of DSP-5423P in patients with
Schizophrenia Phase 3 - Dalam proses archive

Sepanjang tahun 2020, Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan telah menerima 4 permohonan
untuk menjalankan kajian/ penyelidikan di HBUK. Satu (1) kajian telah diluluskan untuk
menjalankan kajian di HBUK manakala 3 kajian telah dinasihatkan untuk dimuatnaik kertas
cadangan ke NMRR terlebih dahulu.

Permohonan Kajian-Kajian Yang Telah diluluskan dan telah selesai Di HBUK (2018-
2020) (IIR)

**: Kajian tidak diluluskan

101

HALA TUJU 2021
Jawatankuasa akan meneruskan usaha pemantauan dan penyelarasan kajian-kajian di
Hospital Bahagia Ulu Kinta dan memupuk minat hospital kearah penyelidikan.

LAPORAN INSIDEN

Bilangan kejadian kes yang dilaporkan pada tahun 2020: 503 Kes

JUMLAH KES YANG DILAPORKAN DARI JANUARI HINGGA DISEMBER 2020

Bulan Bil. Kes

Januari 31
Febuari 41
27
Mac 24
April 39
Mei 51
Jun 47
Julai 36
Ogos 58
September 42
Oktober 69
November 38
Disember 503
TOTAL

KATEGORI KES YANG DILAPORKAN DARI JANUARI HINGGA DISEMBER 2020

Tahun Jatuh Assault/ Aggresif Attempt Medication Error Others
2020 Battery of Suicide 42
Near Actual
Pt 4 Missed 2

17 18 18 402

MESYUARAT Tarikh AKTIVITI Perkara Tarikh
17/2/2020 Bil. 28/8/2020
No. Mesyuarat 16/7/2020 16/7/2020
28/9/2020 1 Taklimat IR 2.0
1 Mesyuarat Bil. 16/12/2020 14/10/2020
1/2020 2 Kursus Patient Safety
Bil. 1 20/7/2020 –
2 Mesyuarat Bil. 24/7/2020
2/2020 3 Kursus Patient Safety
Bil. 2
3 Mesyuarat Bil.
3/2020 4 Audit Penambahbaikan

4 Mesyuarat Bil.
4/2020

102

LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

PENGENALAN
Pengukuran kualiti merupakan satu aspek penting bagi mana-mana organisasi untuk menilai
tahap produktiviti. Kajian Kepuasan Pelanggan merupakan salah sebuah petunjuk terpenting
untuk menilai tahap perkhidmatan. Sebagai sebuah institusi yang komited untuk
meningkatkan perkhidmatan yang disediakan serta untuk menepati piawaian Pensijilan MS
ISO, Kajian Kepuasan Pelanggan merupakan satu keperluan. Kajian ini dilakukan sekali
setahun.
OBJEKTIF
Mengkaji tahap kepuasan pelanggan (anggota) terhadap perkhidmatan yang diberikan di
Hospital Bahagia Ulu Kinta.

• Menilai tahap kepuasan dikalangan pelanggan (anggota) terhadap perkhidmatan yang
disediakan oleh jabatan.

• Mengenalpasti ciri-ciri kelemahan dan kekuatan perkhidmatan pelanggan (anggota) di
Hospital Bahagia Ulu Kinta.

• Menyenaraikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan (anggota) dengan
perkhidmatan yang disediakan.

• Menyampaikan hasil kajian kepada pihak pengurusan agar perancangan dan
pelaksanaan tindakan penambahbaikan/pembetulan dapat dibuat untuk
meningkatkan lagi perkhidmatan.

HASIL KAJIAN
Profil anggota berdasarkan variable jantina, umur, bangsa, taraf perkahwinan, kumpulan
jawatan dan tempoh berkhidmat di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) serta di Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).

 Hasil kajian mendapati sebahagian besar iaitu sebanyak 59.0% responden adalah
anggota lelaki dan 49.1% dari anggota perempuan.

 Hasil kajian mendapati sebahagian besar responden adalah dari golongan umur 30-39
tahun iaitu sebanyak 45.7% diikuti dengan golongan umur 40-49 sebanyak 28.9% dan
20-29 tahun sebanyak 13.6%, golongan umur 50-59 tahun pula ialah sebanyak 11.6%
serta umur bawah 19 tahun ialah 0.2% serta umur atas 60 tahun ialah 0%.

103

 Hasil kajian mendapati majoriti responden terdiri dari Melayu 562 orang (87%), India 57
orang (8.8%), Cina 15 orang (2.3%) dan lain-lain 12 orang (1.9%).

 Hasil kajian mendapati majoriti responden adalah yang sudah berkahwin (82.4%), bujang
(14.6%), dan selebihnya balu (1.9%) dan duda/janda (1.2%).

 Kajian menunjukkan sebahagian besar responden adalah dari kumpulan Pelaksana iaitu
sebanyak 95.5%, diikuti kumpulan Pengurusan Profesional sebanyak 4.5%.

104

 Kajian mendapati tempoh responden yang paling ramai berkhidmat di Hospital Bahagia
Ulu Kinta adalah di antara 5 tahun hingga 10 tahun iaitu sebanyak 28.5%, diikuti pula
yang telah berkhidmat 15 tahun ke atas iaitu sebanyak 27.6%, manakala bawah 5 tahun
sebanyak 26.6% dan 10 hingga 15 tahun 18.0%.

 Kajian mendapati tempoh responden yang paling ramai berkhidmat di Kementerian
Kesihatan Malaysia adalah di antara 15 tahun ke atas iaitu sebanyak 37.9%, diikuti pula
yang telah berkhidmat 5 tahun hingga 10 tahun adalah sebanyak 25.7%, manakala 10
hingga 15 tahun sebanyak 22.6% dan bawah 5 tahun 13.8%.

Maklumbalas Pelanggan berdasarkan soalan seperti berikut:
A: Sistem Perhubungan dan Penyampaian Maklumat
B: Sistem Perkhidmatan
C: Keselamatan Bertugas / Kesihatan Pekerjaan
D: Kebajikan Anggota

105

Dibawah skop sistem perhubungan dan penyampaian beberapa soalan dikemukakan. Hasil
penemuan soalan tersebut adalah seperti berikut:

 Kajian ini mempunyai dua soalan berkaitan khidmat surat menyurat dan hebahan
maklumat aktiviti hospital. Kajian menunjukkan secara purata keseluruhan responden yang

berpuashati adalah sebanyak 53.6% iaitu 693 sampel responden, 25.9% iaitu 334 sampel
responden telah memilih tahap sederhana, manakala 12.0% responden dengan jumlah
sampel responden 155 telah memilih tahap memuaskan dan seterusnya 6.6% sangat puas
hati dengan jumlah responden 85. Sebanyak 1.9% iaitu 25 responden tidak puas hati
dengan sistem perhubungan dan penyampaian maklumat.

60.0% SISTEM PERHUBUNGAN DAN PENYAMPAIAN
50.0% MAKLUMAT
40.0%
30.0% 51.8%
20.0%
10.0% 14.4% 20.4%

0.0% 10.1% 3.3%

Sangat Puas Puas Hati Sederhana Memuaskan Tidak Puas Hati
Hati

 Kajian ini mempunyai sepuluh (10) soalan berkaitan sistem perkhidmatan yang diberikan
dan disediakan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta. Kajian menunjukkan secara purata

keseluruhan responden yang berpuashati adalah sebanyak 57.6% iaitu 3721 sampel
responden, 21.9% iaitu 1412 sampel responden telah memilih sangat berpuas hati,
manakala 12.2% responden dengan jumlah sampel responden 790 telah memilih tahap
sederhana dan seterusnya 7.0% memuaskan dengan jumlah responden 453. Sebanyak
1.3% iaitu 84 responden tidak berpuas hati dengan sistem perkhidmatan.

SISTEM PERKHIDMATAN

60.0% 14.4% 51.8% 20.4%
50.0% Puas Hati
40.0% Sangat Puas 10.1% 3.3%
30.0% Hati
20.0%
10.0%

0.0%

Sederhana Memuaskan Tidak Puas Hati

 Kajian ini mempunyai tiga (3) soalan berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang disediakan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta. Sebanyak 55.5% responden
berpuashati iaitu 1075 sampel responden manakala 22.5% telah memilih tahap sederhana
dengan jumlah responden seramai 437 orang dan seramai 205 jumlah responden dengan
peratus 10.6% memilih sangat berpuat hati. Sebanyak 8.9% iaitu 172 responden memilih
memuaskan dan selebihnya seramai 49 responden dengan peratus 2.5% telah memilih
tidak berpuas hati.

106

KESELAMATAN/KESIHATAN PEKERJAAN

60.0% 14.4% 51.8% 20.4%
50.0% Puas Hati
40.0% Sangat Puas 10.1%
30.0% Hati
20.0% 3.3%
10.0%

0.0%

Sederhana Memuaskan Tidak Puas Hati

 Kajian ini mempunyai dua (2) soalan berkaitan aspek kebajikan dan kemudahan yang di
sediakan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta. Sebanyak 42.9% responden berpuashati iaitu
2208 sampel responden manakala 28.5% telah memilih tahap sederhana dengan jumlah
responden seramai 1467 orang dan seramai 726 jumlah responden dengan peratus 14.1%
memilih memuaskan. Sebanyak 8.4% iaitu 431 responden sangat berpuas hati dan
selebihnya seramai 336 responden dengan peratus 6.5% telah memilih tidak berpuas hati.

60.0% KEBAJIKAN ANGGOTA
50.0%
40.0% 51.8%
30.0%
20.0% 14.4% 20.4%
10.0%
Sangat Puas 10.1%
0.0% Hati
3.3%

Puas Hati Sederhana Memuaskan Tidak Puas Hati

KESELURUHAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

 Kajian menunjukkan secara purata keseluruhan kajian kepuasan pelanggan yang
berpuashati adalah sebanyak 51.8%, 20.4% responden memilih tahap kepuasan
sederhana dan 14.4% memilih sangat berpuas hati manakala 10.1% memilih tahap
kepuasan memuaskan. Sebanyak 3.3% memilih tidak berpuas hati.

TAHAP KEPUASAN KESELURUHAN KAJIAN

60.0% 51.8% 20.4%
50.0% Puas Hati
40.0% 14.4% 10.1%
30.0%
20.0% Sangat Puas 3.3%
10.0% Hati

0.0%

Sederhana Memuaskan Tidak Puas Hati

107

PERBINCANGAN

Kajian mendapati bahawa tahap kepuasan responden secara umum terhadap semua
komponen dalam kajian ini adalah baik dan memenuhi kepuasan pelanggan.
Walaubagaimanapun, adalah amat mustahak untuk mengenalpasti kelemahan atau variable
yang tidak memenuhi ekpektasi pelanggan.

Kajian menunjukkan variable yang paling rendah dari kepuasan pelanggan adalah kebajikan
anggota.

Respondan yang berpuashati sebanyak 79.8% dan 20.2% tidak berpuashati. Dibawah
komponen ini isu yang dibangkitkan ialah kemudahan tempat letak kereta / motorsikal yang
tidak mencukupi dan kemudahan internet / wifi di kawasan hospital serta berkaitan
kemudahan tandas.

Kajian menunjukkan variable yang paling tinggi dari kajian kepuasan pelanggan adalah sistem
perkhidmatan. Respondan yang berpuashati sebanyak 91.7% dan 8.3% tidak berpuashati. Di
bawah komponen ini isu yang responden paling berpuas hati adalah kesesuaian bekerja di
tempat sekarang dan yang paling tidak puas hati adalah peluang menghadiri kursus / latihan
sekurang - kurangnya 7 hari setahun.

Untuk kajian keselamatan bertugas / kesihatan bekerja, berlaku peningkatan berbanding pada
tahun sebelum ini. Pada tahun ini, tahap yang memuaskan iaitu sebanyak 88.6% pelanggan
yang berpuashati dan 11.4% tidak berpuashati.

Dibawah komponen Sistem Perhubungan dan Penyampaian Maklumat yang dikaji adalah
khidmat surat menyurat dan hebahan maklumat aktiviti hospital. Kajian menunjukkan
sebanyak 86.1% responden berpuashati dan 13.9% tidak berpuashati.

Sehubungan itu, beberapa tindakan penambahbaikan akan dilaksanakan bersama dengan
pihak-pihak yang berkaitan. Ia bertujuan dapat meningkatkan lagi pencapaian peratus
kepuasan pelanggan ketahap paling maksima. Antara isu-isu yang akan diusulkan dan
seterusnya diambil tindakan adalah seperti berikut :

i) Projek-projek pembangunan bagi memperbaiki kemudahan sedia ada. Keperluan
projek akan dikaji semula seperti menaiktaraf tempat letak kereta / motosikal,
kemudahan tandas dan tempat makan serta lain-lain yang wajar di naiktaraf.

ii) Memberi keutamaan untuk projek pembangunan bangunan klinik bersesuaian
kehendak / keperluan semasa.

iii) Menyampaikan maklumat melalui Perhimpunan Pagi setiap bulan, mesyuarat -
mesyuarat jabatan, edaran memo dan templet serta emel dan menggunakan aplikasi
Whatsapp.

iv) Mengadakan latihan / kursus kepada anggota agar dapat meningkatkan pengetahuan
dalam perkhidmatan.

108

LAPORAN PERKHIDMATAN KAWALAN INFEKSI

PENGENALAN DAN SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Kawalan Jangkitan adalah sebuah unit perkhidmatan sokongan yang
melaksanakan program kesihatan serta aktiviti pemantauan kawalan jangkitan yang
merangkumi pencegahan, pengawalan dan pengurusan penyakit berjangkit untuk
memastikan persekitaran tempat kerja adalah selamat kepada pelanggan yang mendapatkan
rawatan dan juga kepada kakitangan yang bertugas.

PENJAWATAN

Jawatan Perjawatan Pengisian Kekosongan
Ketua Jururawat 1 1 0
Jururawat U32 (KUP) 2 2 0
Jururawat U32 (TBK) 2 1 1
5 4 1
JUMLAH

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Penceramah Jemputan

Tarikh Kursus Kehadiran
2 Mac Kursus Kawalan Infeksi 55 orang
14 Okt Kursus Patient Safety & Rights 53 orang
Kursus Peningkatan Pengetahuan dan Kecekapan (KPPK) 113 orang
17 Jun
21 & 22 Okt JUMLAH 221 orang

Mesyuarat Kawalan Infeksi

Bil Mesyuarat Tarikh

1 Link Personnel Bil 1 Bil 2 Bil 3 Bil 4
2 Ahli JKKIA 7 Feb 27 Ogos 20 Okt -
21 Feb 4 Sept 4 Nov -

Keperluan Peningkatan Pengetahuan Anggota HBUK

Pada tahun 2020, 98.2% anggota dipelbagai unit klinikal telah memenuhi keperluan
pembacaan secara berterusan dalam bentuk pemberian nota setiap bulan untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agar kualiti penjagaan pesakit lebih diutamakan
selaras dengan polisi dan garis panduan kawalan infeksi.

PENCAPAIAN

KPI hand hygiene yang dijalankan dalam bulan Januari, April, Julai dan Oktober telah tercapai
≥ 85%. (Standard KKM >75%).

109

KESIMPULAN
Pencapaian melebihi 85% disebabkan oleh kesedaran serta perubahan sikap anggota
terhadap kebersihan tangan sebagai amalan utama apabila merawat pesakit dengan dibantu
oleh poster hand hygiene berteraskan pada 5 Moments of Hand Hygiene sebagai rujukan.
Penurunan 2% pada bulan Julai sehingga Sept disebabkan ketika itu pelaksanaan audit
dilakukan terhadap anggota lantikan baru. Tindakan penambahbaikan telah dilaksanakan
melalui bed side teaching semasa rondaan ke wad dan unit. Keputusan tindakan
menunjukkan pencapaian pada bulan Okt – Nov menunjukkan peningkatan 1.0% hasil
daripada sikap positif anggota.

KESIMPULAN
Tiada kes Multi Drug Resistance Organism yang dilaporkan dari own healthcare facility
sepanjang tahun 2020 yang dipengaruhi oleh amalan kawalan jangkitan yang baik melalui
survelan yang efektif dan efisien sepanjang masa dalam mengawal kadar Alert Organism &
HCAI’s (HealthCare Associated Infection) serta kepatuhan pencucian tangan yang sentiasa
melebihi standard yang ditetapkan oleh kementerian dengan disokong bersama dengan
aktiviti audit pemantauan persekitaran wad - wad.
HALA TUJU 2021
Meningkatkan tahap kesihatan pesakit dan pengurangan risiko penyakit berjangkit dikalangan
anggota dengan menyusun semula penstrukturan hala tuju unit serta memperkukuhkan
pelaksanaan pemantauan secara berkala melalui gabungan ketua unit dalam aktiviti
perkhidmatan kawalan infeksi.

110

AKTIVITI KAWALAN JANGKITAN HBUK
Aktiviti Pendidikan: Pencucian Tangan

111

GALERI 2020

112

LAWATAN KETUA POLIS DAERAH PERAK
113

MESYUARAT PERANCANGAN STRATEGIK DAN HALA TUJU HBUK 2020

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
114

MAJLIS MALAM MESRA KELAB SUKAN
115

MAJLIS SAMBUTAN HARI JURURAWAT
MAJLIS PENYERAHAN KHEMAH DARI MB COVID

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA HBUK
116

PROGRAM GOTONG-ROYONG HBUK

5 SIMULASI KEBAKARAN
117

118

SAMBUTAN DEEPAVALI
119

120


Click to View FlipBook Version