AMALAN KERJA PIHAK BERKUASA TEMPATAN DALAM PROSES UBAHSUAI RUMAH KEDIAMAN IZZAT SYAMIR BIN MOHAMAD NOOR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
2 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA AMALAN KERJA PIHAK PERKUASA TEMPATAN DALAM PROSES UBAHSUAI RUMAH KEDIAMAN SESI PENGAJIAN : __2013/2014__ Saya IZZAT SYAMIR BIN MOHAMAD NOOR mengaku membenarkan Laporan Projek Sarjana Muda ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Laporan Projek Sarjana Muda adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organsasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh: _______________________ ________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 26, JALAN PERDANA 2/9, DR. ROSHARTINI BINTI OMAR TAMAN SRI PULAI PERDANA 2, (Nama Penyelia) 81300 SKUDAI, JOHOR. Tarikh : JANUARI 2014 Tarikh : JANUARI 2014 CATATAN: ** Jika Laporan Projek Sarjana Muda ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
3 PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) dengan Kepujian”. Tandatangan : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Penyelia : DR. ROSHARTINI BINTI OMAR Tarikh : . . . . . . . . . . . . . . . .
AMALAN KERJA PIHAK BERKUASA TEMPATAN DALAM PROSES UBAHSUAI RUMAH KEDIAMAN IZZAT SYAMIR BIN MOHAMAD NOOR Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JANUARI 2014
ii Saya akui laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Pelajar : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . IZZAT SYAMIR BIN MOHAMAD NOOR Tarikh : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Penyelia : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . DR. ROSHARTINI BINTI OMAR
iii DEDIKASI Khas Buat Ayah dan Mama Yang Dikasihi, Mohamad Noor Bin Sadikon dan Zaridah Binti Din, Segala pengorbanan, jasa dan berkat doa kalian berdua tidak akan sesekali anakanda lupakan hingga ke akhir hayat dan anakanda akan balas segalanya dengan kejayaan di dunia dan di akhirat. Ahli Keluarga Yang Disayangi, Izham Syahmi dan Nur Irena Sofiya, Kedua-dua adinda yang kekanda sayangi, terima kasih atas dorongan yang diberikan dan semoga kita bertiga menjadi kebanggaan dan harapan buat ayahanda dan bonda yang dikasihi. Penyelia Yang Dihormati, Dr. Roshartini Binti Omar, Setinggi-tinggi penghargaan di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, didikan, nasihat serta teguran membina yang diberikan. Buat Sahabat-Sahabat Seperjuangan, Semua rakan UTHM terutamanya sahabat BPC kemasukan sesi 2010/2011, terima kasih atas bantuan kalian dalam penghasilan projek akhir ini. Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama, InshaAllah. Teristemewa Buat Tercinta, Nurnadiafathin Binti Hasim, Tanpa dorongan dan sokongan yang diberikan, mustahil untuk projek akhir ini disiapkan dalam masa yang diperuntukkan dengan jayanya. Terima kasih tunangku tersayang.
iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat penulis menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia yang dihormati, Dr. Roshartini Binti Omar atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan kajian ini. Tunjuk ajar, ilmu, panduan dan nasihat yang diberikan amat penulis hargai dan ianya akan digunakan sebaik mungkin serta akan dikongsikan bersama orang yang memerlukan supaya dapat menjadi teladan. Ucapan ribuan terima kasih juga penulis ucapkan kepada pegawai-pegawai di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Majlis Perbandaran Kulaijaya (MPKu) dan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) terutamanya pegawai-pegawai di Jabatan Bangunan di atas kerjasama yang diberikan dalam melengkapkan kajian ini. Selain itu, kerjasama baik yang diberikan oleh empat agensi arkitek yang sudi untuk ditemubual turut membantu penulis dalam menyiapkan keseluruhan kajian ini. Walaupun penulis menghadapi pelbagai kekangan, namun berkat dorongan dan bimbingan yang diberikan telah membantu penulis menjayakan kajian ini. Tidak ketinggalan kepada ahli keluarga tercinta, bantuan dan sokongan yang diberikan tidak akan penulis lupakan. Kepada pensyarah-pensyarah dan juga panelpanel yang terus memberikan kata-kata semangat untuk penulis memperbaiki kajian ini dari semasa ke semasa, penulis teramat menghargai jasa kalian semua. Buat rakan seperjuangan, segala bantuan yang dihulurkan kepada penulis amat dihargai dan penulis mendoakan kejayaan kalian semua dunia dan akhirat, inshaAllah. Sekian, terima kasih.
v ABSTRAK Kerja ubahsuai rumah telah menjadi satu trend atau aliran kepada penghuni rumah di Malaysia. Namun begitu, pakar pembinaan mengatakan bahawa projek ubahsuai cenderung untuk menghadapi masalah. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menerima banyak kritikan terhadap prestasi perkhidmatan mereka yang kurang memberangsangkan kerana prestasi perkhidmatan dalam kalangan PBT terutamanya dalam kerja pengubahsuaian rumah masih sering diperkatakan walaupun amalan kerja ini telah digunapakai hampir 30 tahun yang lalu. Selain itu, ramai penghuni rumah keliru terhadap tempoh dan prosedur kelulusan permit kerja ubahsuai walaupun perlaksanaan prosedur kerja telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk mengkaji sejauh mana amalan kerja yang digunapakai oleh PBT dalam proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman dan juga mengkaji keberkesanan penggunaan amalan kerja tersebut oleh PBT terhadap proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah. Pengumpulan data primer dilakukan melalui temubual bersama PBT dan juga arkitek atau pelukis pelan manakala data sekunder pula diperoleh daripada bacaan buku, jurnal, majalah, akhbar dan internet. Analisis data temubual dibuat secara teliti melalui kaedah analisis kandungan. Hasil dapatan yang diperolehi daripada temubual yang dibuat adalah berkaitan amalan kerja yang digunapakai oleh PBT dan keberkesanan penggunaan amalan kerja tersebut oleh PBT di kawasan kajian. Kajian ini amat penting kepada pihak KPKT dan juga PBT untuk mengetahui mengenai pandangan umum terhadap proses ubahsuai rumah di Malaysia.
vi ABSTRACT Home renovation has become a trend in Malaysia. However, based on construction experts, they said that the renovations projects tend to face many problems compare to the new construction projects. Local authority or Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) has received a lot of criticism of their services performance especially in home renovations and often said although this practice has been adopted almost about 30 years ago. In addition, many residents confused over the term of the permit approval and the renovation’s procedures although the process has been specified by the Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Therefore, the objective of this study is to investigate the work practices adopted by the PBT in the permit approval process and also to investigate the effectiveness of using the work practices by PBT in the permit application process for home renovation. Primary data collection is done through interviews with PBT and also architects who apply for the renovation permit, while secondary data could be obtained from the reading of books, journals, magazines, newspapers and the internet. The data must be analysing carefully by using content analysis. The findings from the interviews are related to the work practices used by the local authorities as well as the effectiveness towards the work practices used by the local authorities. The research is very important to the KPKT and local authorities to find out on the general view of the home renovation in Malaysia.
vii KANDUNGAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xii SENARAI SINGKATAN xiii SENARAI LAMPIRAN xiv BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 2 1.3 Penyataan Masalah 3 1.4 Persoalan Kajian 4 1.5 Matlamat & Objektif Kajian 4 1.6 Skop Kajian 5 1.7 Kepentingan Kajian 5
viii 1.8 Metodologi Kajian 6 1.9 Susun Atur Kajian 8 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 10 2.2 Definisi Ubahsuai 11 2.2.1 Proses Permohonan Permit 12 2.2.2 Dokumen Sokongan 13 2.2.3 Wang Amanah 14 2.2.4 Kadar Bayaran 15 2.2.5 Tindakan Undang-undang 16 2.3 Amalan Kerja 16 2.3.1 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 16 2.3.2 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 17 2.3.3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 17 2.3.4 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 17 2.4 Pihak Yang Terlibat 17 2.5 Kerangka Konseptual Kajian 21 2.6 Kesimpulan 21 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 23 3.2 Rekabentuk Kajian 24 3.3 Pengumpulan Data 26 3.3.1 Data Primer 26 3.3.2 Data Sekunder 26 3.4 Instrumen Kajian 27
ix 3.4.1 Kaedah Temubual 27 3.5 Responden Kajian 30 3.6 Kawasan Kajian 30 3.7 Kaedah Analisis Data 31 3.7.1 Proses Analisis Data Kualitatif 31 3.8 Kesimpulan 32 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 33 4.2 Kaedah Temubual 33 4.2.1 Latar Belakang Responden 34 4.2.2 Kerja Ubahsuai 35 4.2.2.1 Permit 36 4.2.2.2 Proses Permohonan Permit 37 4.2.2.3 Dokumen Sokongan 41 4.2.2.4 Wang Amanah 41 4.2.2.5 Kadar Bayaran 43 4.2.2.6 Tindakan Undang-undang 44 4.2.3 Amalan Kerja 48 4.2.3.1 Amalan Kerja PBT 49 4.2.3.2 Amalan Kerja KPKT 51 4.2.4 Keberkesanan Penggunaan Amalan Kerja 51 4.2.4.1 Perlaksanaan Amalan Kerja 52 4.2.4.2 Ketelusan Kerja 53 4.2.5 Perbincangan 54 4.3 Kesimpulan 56
x BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 57 5.2 Limitasi Kajian 57 5.3 Kesimpulan 58 5.3.1 Objektif Pertama: Amalan Kerja Yang 58 Digunapakai Oleh PBT Dalam Proses Permohonan Permit Kerja Ubahsuai Rumah 5.3.2 Objektif Kedua: Keberkesanan Penggunaan 59 Amalan Kerja Oleh PBT Terhadap Proses Permohonan Permit Kerja Ubahsuai Rumah 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 60 RUJUKAN 62 LAMPIRAN 66
xi SENARAI JADUAL 2.1 Dokumen Sokongan Bagi Proses Ubahsuai Rumah 13 2.2 Kadar Bayaran 15 2.3 Statistik Kawasan Pentadbiran MPPG 19 3.1 Senarai Responden Kajian 30 3.2 Contoh Penyusunan Data Kuantitatif Dalam Jadual 31 4.1 Latar Belakang Responden 35 4.2 Keperluan Permit 36 4.3 Proses Permohonan Permit (PBT) 38 4.4 Proses Permohonan Permit (Arkitek) 39 4.5 Amalan Kerja PBT 41 4.6 Wang Amanah 42 4.7 Kadar Bayaran (PBT) 43 4.8 Kadar Bayaran (Arkitek) 44 4.9 Tindakan Undang-undang 45 4.10 Amalan Kerja 49 4.11 Keberkesanan Penggunaan Amalan Kerja 52
xii SENARAI RAJAH 1.1 Carta Alir Metodologi Kajian 7 2.1 Prosedur Permohonan Ubahsuai Rumah 12 2.2 Prosedur Pengembalian Wang Amanah 15 2.3 Kerangka Konseptual Kajian 21 3.1 Kerangka Metodologi Kajian 25 3.2 Jenis Kaedah Temubual 28 3.3 Kaedah Temubual 29 4.1 Tatacara Permohonan Ubahsuai Rumah 38 4.2 Prosedur Permohonan Ubahsuai Rumah 39
xiii SENARAI SINGKATAN KPKT - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan MPBP - Majlis Perbandaran Batu Pahat MPJBT - Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah MPKu - Majlis Perbandaran Kulai MPPG - Majlis Perbandaran Pasir Gudang PBT - Pihak Berkuasa Tempatan UBBL - Uniform Building By-Laws UKBS - Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam YDP - Yang DiPertua
xiv SENARAI LAMPIRAN 1 Soalan Temubual PBT 67 2 Jawapan Temubual PBT 71 3 Soalan Temubual Arkitek 75 4 Jawapan Temubual Arkitek 79
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Rumah atau tempat kediaman ialah satu keperluan asas bagi sesebuah keluarga yang menjadikannya sebagai tempat berlindung di samping dapat memberi keselesaan dalam kehidupan mereka. Rumah adalah tempat untuk menghilangkan penat, tempat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara anggota keluarga, tempat berlindung dan menyimpan barang berharga, dan rumah juga ialah lambang sosial sesebuah keluarga (Mukono, 2000). Kepesatan teknologi pembinaan yang bergerak seiring dengan peredaran masa telah menyebabkan berlakunya peningkatan dari segi kos, permintaan bahan dan rekabentuk terhadap rumah kediaman. Oleh itu, pengubahsuaian rumah perlu dibuat bagi memberi keselesaan dan kepuasan, namun fungsi utama kediaman masih kekal sebagai tempat berlindung dan beristirehat bagi seisi keluarga (Seman, 2006). Perbadanan Perumahan dan Gadaian Kanada (CMHC, 2012) mengklasifikasikan pengubahsuaian kepada dua kumpulan kecil iaitu perubahan dan peningkatan, serta penyelenggaraan dan pembaikan. Perubahan dan peningkatan memberi maksud apa-apa kerja yang dibuat bertujuan untuk menambah nilai atau melanjutkan hayat sesuatu benda. Penyelenggaraan dan pembaikan pula boleh ditakrifkan sebagai apa-apa kerja yang dibuat untuk membuatkan sesuatu benda sentiasa berada dalam keadaan berfungsi atau mengekalkan penampilannya. Manakala menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT, 2012), kerja ubahsuai boleh didefinisikan sebagai satu kerja pembinaan, perubahan dan
2 tambahan yang dilakukan ke atas bangunan yang telah siap tanpa melibatkan perubahan terhadap struktur, ruang, tampak rupa luaran dan fungsi sesuatu bangunan. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti dengan lebih mendalam mengenai amalan kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam proses ubahsuai rumah kediaman. 1.2 Latar Belakang Kajian Di Malaysia, pengubahsuaian rumah baharu telah menjadi satu trend atau aliran kepada penghuni rumah. Hal ini juga turut dipersetujui oleh Omar et al. (2012) bahawa kerja ubahsuai rumah telah menjadi satu budaya bagi rakyat Malaysia kerana pembeli rumah pada masa kini tidak dapat melibatkan diri semasa peringkat mereka bentuk rumah tersebut. Selain itu, pemilik kediaman turut merasakan bahawa mereka berada dalam persaingan secara langsung sesama jiran persekitaran yang telah berbuat demikian (New Straits Times, 2012). Ramai penghuni rumah tidak sedar bahawa pihak KPKT (2012) mengklasifikasikan ubahsuai kepada dua cara iaitu ubahsuai tanpa memohon permit seperti memasang alat pendingin hawa dan juga ubahsuai yang memerlukan permit seperti membina gazebo. Garis panduan prosedur ubahsuai keluaran KPKT ini membolehkan penghuni rumah memahami keperluan dan prosedur sebelum melakukan kerja-kerja mengubahsuai rumah dan mengelakkan daripada berlakunya pelbagai kesan buruk di kemudian hari. Menurut Chia (2009), sebelum kerja-kerja pengubahsuaian kediaman dilakukan oleh pihak kontraktor yang dilantik, kelulusan PBT terhadap pelan bangunan yang dibuat oleh pelukis pelan perlu diperoleh terlebih dahulu. Pengubahsuaian tanpa kelulusan daripada PBT akan menyebabkan penghuni rumah kediaman tersebut dikenakan tindakan saman daripada PBT. PBT biasanya akan memberikan surat saman yang akan mengarahkan penghuni untuk menghantar pelan pengubahsuaian bangunan kepada mereka. Kedegilan dan kegagalan pemilik rumah akan menyebabkan pengubahsuaian yang dibuat akan dirobohkan tanpa kompromi. Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah (HBA, 2012) pula menyatakan bahawa setiap pengubahsuaian yang ingin dilakukan perlu mengambil kira apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan daripada PBT. Manakala Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pula menyatakan bahawa
3 kerja pengubahsuaian yang dijalankan dengan kelulusan PBT akan meningkatkan lagi tahap keselamatan pekerja dan bangunan yang diubahsuai. Kegagalan mendapatkan kelulusan PBT mendatangkan banyak kesan buruk seperti yang dinyatakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bahawa ubahsuai tanpa kebenaran dan permit daripada PBT akan dikenakan kompaun sehari penjara serta denda RM250,000 (Bernama, 2012). 1.3 Penyataan Masalah Projek ubahsuai merupakan antara satu bahagian yang besar di dalam bidang pembinaan (Mitropoulos & Howell, 2002). Pakar pembinaan mengatakan bahawa projek ubahsuai cenderung untuk menghadapi masalah dan lebih berisiko berbanding projek pembinaan baharu (McKim et al., 2000). Menurut Yaacob (2008), amalan kerja yang menjurus kepada prestasi perkhidmatan dalam kalangan PBT terutamanya dalam kerja pengubahsuaian rumah masih sering diperkatakan walaupun amalan kerja ini telah digunapakai hampir 30 tahun yang lalu. Walaupun kewujudan amalan kerja dalam kalangan PBT ini telah lama digunakan, namun PBT masih menerima banyak kritikan terhadap prestasi perkhidmatan mereka yang kurang memberangsangkan (Ibrahim dan Abd. Karim, 2004). Zakaria dan Che Razak (2011) pula menyatakan bahawa sektor awam terutamanya PBT sentiasa menerima tekanan daripada masyarakat supaya sentiasa memperbaiki keseluruhan prestasi mereka. Walaupun pengubahsuaian rumah di Malaysia diibaratkan sebagai satu budaya kerana hampir 7 daripada 10 buah rumah teres di Malaysia telah menjalankan kerja pengubahsuaian (Janardhanan, 2004), PBT masih gagal untuk mematuhi tempoh kelulusan permit kerja ubahsuai di kawasan mereka. Menurut Pengarah Jabatan Perancangan Infrastruktur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Encik Sabudin Mohd Salleh, permohonan untuk mendapatkan permit kerja-kerja ubahsuai rumah hanya mengambil tempoh masa seminggu (New Straits Times, 2012). Manakala Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan pula menyatakan bahawa pemilik rumah tidak boleh menjadikan alasan tidak mempunyai masa membuat permohonan permit kerana permohonan bagi mengubahsuai rumah akan diluluskan hanya dalam tempoh sehari (Bernama, 2012).
4 Namun begitu, proses kelulusan ini kebiasaannya mengambil masa sehingga kira-kira dua hingga ke tiga bulan sebelum diluluskan (Chia, 2009). Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara dari segi tempoh masa yang diambil untuk kelulusan permit kerja ubahsuai rumah kediaman walaupun PBT menggunapakai amalan kerja yang telah ditetapkan oleh pihak KPKT. Berdasarkan permasalahan yang timbul berikut, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji amalan kerja yang digunapakai oleh PBT dalam proses mengubahsuai rumah kediaman serta untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan penggunaan amalan kerja oleh PBT terhadap proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman menurut perspektif dan pandangan pihak arkitek atau pelukis pelan. 1.4 Persoalan Kajian Beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti dalam kajian yang akan dilaksanakan ini. Antaranya ialah: i. Sejauh manakah amalan kerja yang digunapakai oleh PBT dalam proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman? ii. Sejauh manakah keberkesanan penggunaan amalan kerja oleh PBT terhadap proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman? 1.5 Matlamat & Objektif Kajian Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji amalan kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam proses mengubahsuai rumah kediaman. Sebagai memenuhi matlamat kajian ini, beberapa objektif telah disenaraikan seperti dinyatakan di bawah: i. Mengkaji amalan kerja yang digunapakai oleh PBT dalam proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman di kawasan kajian; dan ii. Mengkaji keberkesanan penggunaan amalan kerja oleh PBT terhadap proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman di kawasan kajian.
5 1.6 Skop Kajian Skop kajian merupakan perkara-perkara yang terlibat secara langsung dan tidak di dalam kajian seperti lokasi, responden serta kaedah yang digunakan oleh penyelidik. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) menunjukkan bahawa pengguna yang memfailkan tuntutan terhadap kes pengubahsuaian rumah telah meningkat dari 139 kes (2005) kepada 279 kes (2012). Daripada jumlah tersebut, negeri Johor telah menunjukkan jumlah antara yang tertinggi dengan sejumlah 46 kes (2012) atau sebanyak 16.19% berbanding negerinegeri yang lain. Oleh itu, hal ini telah menunjukkan bahawa masalah berkaitan perumahan yang membabitkan kes ubahsuai rumah kediaman di negeri Johor merupakan antara yang tertinggi di Malaysia menyebabkan kajian ini dipilih untuk dijalankan di negeri Johor Darul Ta’zim. Laporan akhbar yang menyatakan bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 67 laporan mengenai kes rasuah membabitkan PBT di Johor dengan kes yang tertinggi dicatatkan di MBJB yang mencatatkan 17 kes dan juga MPJBT juga dengan 17 manakala 16 kes dicatatkan di MPBP (Bernama, 2006). Oleh itu, kaedah temubual telah dipilih untuk dilakukan terhadap pihak responden yang terdiri daripada PBT dan klien kepada PBT iaitu arkitek atau pelukis pelan di kawasan Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang, Kulaijaya dan juga Batu Pahat. 1.7 Kepentingan Kajian Kajian yang dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan kerja-kerja ubahsuai rumah kediaman terhadap pelbagai aspek termasuk keselamatan dan kualiti kerja. Kajian ini boleh memberi sumbangan kepada pihak-pihak seperti: 1.7.1 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Kajian ini bertujuan untuk membantu pihak KPKT dalam mengetahui sejauh mana keberkesanan penggunaan amalan kerja PBT di kawasan kajian dalam meluluskan permit kerja ubahsuai rumah. Hasil kajian akan memperlihatkan kekurangan yang wujud di kawasan kajian, oleh itu maklumat berkenaan boleh dijadikan panduan dalam meningkatkan lagi tahap perkhidmatan PBT di Malaysia khususnya di Johor.
6 1.7.2 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Hasil kajian ini akan mempengaruhi peranan PBT dalam proses pengeluaran permit kerja ubahsuai. Hal ini disebabkan ramai penghuni rumah kurang gemar untuk melaporkan kerja ubahsuai kepada PBT kerana sistem birokrasi yang terlalu rumit dan proses kelulusan permit mengambil masa yang lama. Selain itu, ramai tidak sedar bahawa kerja ubahsuai ini perlu dilaporkan kepada PBT. Oleh itu, hasil kajian ini juga mungkin membolehkan PBT menghasilkan satu langkah yang lebih berkesan dalam mempertingkatkan lagi peranan mereka di mata setiap penghuni rumah. 1.7.3 Penyelidik Ilmiah Kajian ini adalah bertujuan sebagai rujukan bagi penyelidik ilmiah terutama kepada mereka yang berada di dalam bidang pendidikan tidak kira tenaga pengajar ataupun pelajar yang berminat dalam membuat kajian berkaitan pengubahsuaian rumah. 1.8 Metodologi Kajian Metodologi kajian adalah kaedah yang digunapakai bagi mencapai semua objektif yang telah dinyatakan. Pada peringkat permulaan kajian, setelah proses pemilihan tajuk dilakukan, masalah-masalah akan dikenalpasti melalui bacaan-bacaan jurnal, tesis lama, keratan akhbar dan juga rujukan internet. Isu-isu yang didapati melalui bahan bacaan tersebut boleh dijadikan sebagai penyataan masalah di samping mengenalpasti objektif dan kepentingan kajian di sesuatu skop atau kawasan. Pada peringkat pertengahan, proses pengumpulan data dan maklumat yang berkaitan dengan objektif kajian. Cara dapatan dan pengumpulan data dan maklumat boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu data primer dan data sekunder. Melalui data primer, sesi temubual akan dijalankan terhadap PBT dan juga arkitek atau pelukis pelan. Manakala bagi data sekunder, kaedah pembacaan jurnal, buku, tesis lepas, kertas seminar, rujukan internet dan keratan akhbar akan menambahkan lagi maklumat. Pada tahap akhir, data-data akan dianalisis melalui analisis kandungan. Kesimpulan dan cadangan yang diberikan adalah untuk menambah baik kajian pada masa akan datang. Carta alir metodologi kajian adalah seperti Rajah 1.1 berikut:
7 Rajah 1.1: Carta Alir Metodologi Kajian Penentuan Tajuk Menentukan tajuk kajian yang serta boleh menyelesaikan masalah yang dikesan. Tahap Awal Jangkaan Pencapaian Tajuk yang telah ditentukan ialah : Amalan Kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Proses Ubahsuai Rumah Kediaman Mengenalpasti Masalah Menyenaraikan semua masalah yang didapati hasil daripada pembacaan jurnal, dan tesis lepas. Isu yang didapati adalah berkaitan dengan proses ubahsuai rumah. Menyatakan objektif kajian : a. Amalan-amalan kerja yang digunapakai oleh PBT dalam proses ubahsuai rumah. b. Keberkesanan pematuhan amalan kerja PBT dalam proses ubahsuai rumah. Tahap Pertengahan Pengumpulan Data dan Maklumat 1. Data Primer Kualitatif. 2. Data Sekunder Jurnal, tesis lama, buku rujukan dan keratan akhbar. Kaedah kualitatif - temubual semi-struktur - responden kajian ialah PBT dan juga arkitek atau pelukis pelan yang berada di kawasan Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang, Kulaijaya dan Batu Pahat. Kajian Literatur Penelitian (teori). Cara melakukan (metodologi). Melihat kekurangan yang perlu diisi dan dipenuhi. Pemahaman berdasarkan jurnal, kajian dan tesis lepas berkaitan kerja ubahsuai. Dilakukan menggunakan data primer dan data sekunder. Memperbaiki masalah-masalah. Tahap Akhir Kesimpulan dan Cadangan Kesimpulan yang didapati perlu mencapai segala objektif kajian yang dinyatakan pada awal kajian. Cadangan yang diberi diharap boleh digunapakai oleh penyelidik seterusnya dalam mendapatkan data yang lebih tepat dan jitu. Analisis Data Data temubual dianalisis melalui analisis kandungan. Proses penganalisisan dilakukan melalui data yang telah ditranskrip. Data yang dianalisis bertujuan untuk menjawab segala persoalan kajian seperti amalan kerja PBT serta keberkesanan penggunaan amalan kerja oleh PBT dalam proses ubahsuai.
8 1.9 Susun Atur Kajian Secara keseluruhannya, kaedah penulisan kajian ini disusun mengikut urutan dan menyeluruh supaya para pembaca dapat mengikuti satu aliran maklumat yang lengkap secara teratur dan memahami isi kajian secara mendalam. Bab 1 memberi gambaran umum kepada pembaca mengenai kajian ini termasuk pengenalan, latar belakang kajian, penyataan masalah, persoalan kajian, matlamat dan objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian, metodologi kaijan serta organisasi kajian. Hal ini akan membuatkan pembaca dalam memahami sedikit sebanyak mengenai tujuan kajian serta hasil dapatan yang dijangka akan diperoleh pada penghujung kajian. Bab 2 merupakan huraian kajian literatur atau kajian terdahulu yang berkaitan dengan tajuk kajian. Kajian literatur ini memberi gambaran secara menyeluruh mengenai kesedaran orang ramai dan juga pihak kontraktor terhadap kepentingan memperoleh permit kerja ubahsuai rumah daripada PBT selain mereka perlu menitikberatkan soal pematuhan garis panduan yang perlu diikuti sebelum kerja-kerja ubahsuai rumah dijalankan. Hal ini bertujuan untuk mencari jawapan yang jelas terhadap persoalan-persoalan yang timbul semasa membuat bacaan terhadap pelbagai sumber dokumen. Selain itu, kajian literatur ini akan menyebabkan penyelidik dapat menentukan skop kajian yang lebih kecil serta memberi penekanan yang lebih kepada sesuatu perkara terutamanya perkara-perkara yang masih belum dikupas oleh para penyelidik terdahulu. Bab 3 pula membincangkan mengenai kaedah pendekatan yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini. Bab ini juga akan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai kaedah yang akan digunakan bagi proses pengumpulan data daripada seluruh responden dan juga kaedah menganalisis data yang diperoleh. Setelah rekabentuk kajian dikenalpasti serta dihurai dengan jelas, penyediaan borang temubual yang sistematik dan bersemi-struktur perlu dilakukan supaya proses temubual pihak responden tidak akan menghadapi sebarang permasalahan di samping susunan data yang diperoleh akan lebih kemas dan teratur. Bab 4 menerangkan mengenai hasil kajian yang akan diperoleh selaras dengan objektif yang telah dinyatakan dalam Bab 1 iaitu amalan kerja yang digunapakai oleh PBT dalam proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman di kawasan kajian serta keberkesanan penggunaan amalan kerja oleh PBT.
9 Hasil kajian akan dianalisis menggunakan analisis kandungan kerana kajian ini hanya menggunakan pendekatan dan kaedah temubual terhadap PBT di kawasan kajian dan juga arkitek atau pelukis pelan yang mengemukakan pelan ubahsuai rumah kepada PBT. Bab 5 menghuraikan mengenai segala perbincangan yang diperoleh dari kajian ini terutama sekali memberi ulasan yang jelas terhadap pencapaian objektif kajian. Setiap objektif akan dibincangkan dengan jelas serta diulas secara terperinci sama ada dapat dicapai atau tidak. Cadangan kepada para penyelidik akan datang untuk membuat kajian lanjutan turut akan diselitkan demi membantu mereka dalam memperoleh data dengan lebih tepat dan jitu selain mendapatkan data yang tidak berjaya didapati oleh penyelidik. Akhir sekali, kesimpulan kajian akan diberikan supaya pembaca dapat memahami dengan jelas keseluruhan projek kajian yang telah dijalankan.
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Secara umumnya, menurut Lee (2012), projek-projek pengubahsuaian kebiasaannya meliputi beberapa jenis projek-projek pembinaan termasuk pembinaan semula, pemulihan dan pembentukan semula. Sejak kebelakangan ini, projek-projek pengubahsuaian telah menjadi sebahagian besar daripada kerja-kerja pembinaan yang sedia ada kerana ianya semakin mendapat permintaan yang tinggi daripada penghuni rumah. Kerja-kerja ubahsuai di Malaysia telah dikenalpasti dalam menjadi satu elemen yang sangat berpotensi untuk dikembangkan dengan lebih proaktif bagi industri pembinaan. Menurut Abdul Karib (2012), pada tahun 2011, kerja-kerja ubahsuai telah mencatat nilai RM10 bilion keseluruhannya di mana RM2.2 bilion datang daripada kerja ubahsuai rumah kediaman dan baki daripada jumlah tersebut melibatkan kerja-kerja ubahsuai seperti infrastruktur, kemudahan sosial dan juga bangunan bukan kediaman. Bab ini membincangkan mengenai kajian literatur projek ini di mana ianya mengandungi kajian terhadap amalan kerja yang digunapakai oleh PBT dalam proses meluluskan permit kerja ubahsuai rumah serta keberkesanan penggunaan amalan kerja oleh PBT terutamanya yang membabitkan prosedur permohonan kerja-kerja ubahsuai.
11 2.2 Definisi Ubahsuai Pengubahsuaian adalah cara yang berkesan dalam memastikan keberfungsian sesuatu bangunan atau rumah. Hal ini kerana sisa buangan bahan binaan yang tidak diperlukan dapat dikurangkan dengan ketara hasil daripada kerja-kerja pengubahsuaian ini (Heng dan Siu, 2012). Menurut KPKT (2012), ubahsuai memberi maksud kerja binaan, ubahan dan tambahan terhadap bangunan yang telah siap dengan sempurna tanpa mengubah struktur, ruang, keadaan luaran dan juga fungsi bangunan tersebut. KPKT juga mengklasifikasikan ubahsuai kepada dua iaitu ubahsuai yang memerlukan permit dan juga ubahsuai yang tidak memerlukan permit. Kerja-kerja ubahsuai seperti memasang atau membaiki talang air hujan atau gutter serta memasang grill yang telah siap dari kilang (kerja luaran), memasang kaunter bina dalam (kerja dalaman), kerja-kerja pendawaian untuk pintu pagar automatik (kerja elektrikal) dan juga mengganti tangki air dengan mengekalkan saiz tangki asal (kerja mekanikal) boleh dilaksanakan tanpa permit kebenaran PBT untuk dilaksanakan kerana tiada syarat dan prosedur dikenakan bagi kerja-kerja tersebut. Sementara itu, terdapat juga kerja-kerja ubahsuai yang terdiri daripada kerja dalaman dan kerja luaran yang memerlukan kelulusan PBT terlebih dahulu sebelum kerja boleh dimulakan, dengan syarat pelan-pelan hendaklah dikemukakan oleh penghuni rumah ataupun pelukis pelan itu sendiri. Segala syarat dan prosedur pengemukaan pelan hendaklah mematuhi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS 1984). Contoh-contoh kerja ubahsuai luaran yang memerlukan permit kebenaran PBT ialah seperti mengubahsuai rumah sampah sedia ada, mengubahsuai pagar dan tembok sedia ada dan juga menyambung bumbung terbuka yang tidak melibatkan struktur tambahan. Manakala contoh kerja ubahsuai dalaman yang memerlukan permit PBT pula ialah seperti membina kaunter dan kabinet bina dalam, memasang atau menggantikan kemasan lantai atau dinding melebihi daripada 6.5 meter persegi dan juga mengubahsuai aksesori sanitari. Menurut Newman (2001), ubahsuai merupakan satu proses perubahan dan pembaikan yang besar di mana bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat sesebuah bangunan. Manakala Ching dan Miller (1983) pula menyatakan bahawa ubahsuai ialah mengubah, membesar atau memperbaharui ruang rumah untuk menampung keperluan dan perubahan dalam keluarga, di mana proses ubahsuai ini
12 boleh memberi cabaran besar dan juga mampu memberi kepuasan kepada penghuni rumah. Mereka menambah, kerja-kerja ubahsuai memerlukan pemilik rumah untuk mengumpul dan menyelaras sumber yang diperlukan dengan cekap seperti tempoh masa, bahan binaan dan jumlah buruh bagi mengelak daripada pembaziran sumber. 2.2.1 Proses Permohonan Permit Carta alir prosedur permohonan ditunjukkan seperti pada Rajah 2.1 berikut: Rajah 2.1: Prosedur Permohonan Ubahsuai Rumah (MPKu, 2013) Terima Permohonan Buka & Daftar Fail Buka Bil & Terima Bayaran Proses Surat Makluman & Edaran ke Jabatan Lawatan ke Tapak Ulasan Oleh Bahagian Teknikal Penyediaan Surat Lulus / Gagal Rujuk Ketua Jabatan & Setiausaha Untuk Tandatangan Surat Lulus / Gagal Maklumat Dalam Mesyuarat Semakan Lengkap Tolak Pematuhan
13 Mengikut proses permohonan permit ubahsuai yang dikeluarkan oleh PBT, berdasarkan carta alir yang dikeluarkan oleh MPKu (2013) di dalam Rajah 2.1, PBT akan menerima dahulu permohonan daripada pemohon. Setelah permohonan yang lengkap selesai disemak, PBT akan membuka dan daftar fail untuk menjadi rekod mereka selain membuka bil dan mengutip bayaran yang telah ditetapkan. Setelah selesai, surat makluman akan dikeluarkan untuk dimaklumkan kepada pegawai Jabatan Bangunan bagi mereka merancang masa bagi lawatan tapak. Semasa lawatan tapak, bahagian teknikal akan membuat ulasan dan laporan yang akan diserahkan kepada pihak atasan. Sekiranya ulasan dan laporan bahagian teknikal positif, pihak bertanggungjawab akan menyediakan surat lulus untuk dirujuk dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan Bangunan. Namun jika ulasan bahagian teknikal negatif, permohonan akan ditolak dan permohonan perlu dimulakan semula. 2.2.2 Dokumen Sokongan Dokumen sokongan diperlukan oleh PBT semasa memohon kelulusan permit kerja ubahsuai rumah. Antara contoh dokumen adalah dinyatakan seperti dalam Jadual 2.1 berikut: Jadual 2.1: Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Bagi Proses Ubahsuai Rumah (Portal MPJBT, Portal MPPG, Portal MPKu dan Portal MPBP, 2013) Dokumen Sokongan MPJBT MPPG MPKu MPBP Surat permohonan yang ditandatangani oleh arkitek / jurutera pemohon Borang A (borang perakuan pelan) Salinan pelan yang ditandatangani oleh arkitek dan pemohon Bayaran proses pelan (cek bayaran) Salinan cukai harta & cukai tanah terkini Salinan hak milik tanah terkini Borang pengesahan status binaan Salinan borang 49 & kad pengenalan Salinan surat perjanjian jual-beli (S&P) Salinan Sijil Layak Menduduki (CFO) Gambar tapak (depan, belakang & sisi) Salinan pelan struktur & kiraan Borang kelulusan untuk letak bahan binaan Sekeping CD yang mengandungi pelan & gambar tapak berformat autocad/jpeg & dimasukkan ke dalam sampul berlabel
14 Dokumen-dokumen tersebut adalah diperlukan oleh PBT semasa permohonan kelulusan permit kerja ubahsuai rumah kediaman dilakukan oleh pemohon sama ada dari pemilik kediaman mahupun arkitek atau pelukis pelan. Jadual 2.1 menunjukkan kesemua dokumen yang tersenarai adalah penting dan diperlukan oleh semua pihak responden kecuali borang kelulusan untuk letak bahan binaan dan juga sekeping CD yang mengandungi pelan dan gambar tapak berformat autocad atau jpeg. Bagi borang kelulusan untuk letak bahan binaan, hanya dua daripada pihak responden memerlukannya iaitu MPKu dan juga MPBP. Manakala CD yang mengandungi pelan dan gambar tapak hanya diperlukan oleh MPBP sahaja. Kegagalan dalam memenuhi segala keperluan dokumen ini akan menyebabkan permohonan pemohon ditolak serta merta tanpa kompromi daripada PBT. Oleh itu, penting bagi pemilik kediaman dan arkitek atau pelukis pelan yang mengemukakan kelulusan pelan untuk memenuhi segala dokumen yang diperlukan mengikut PBT di kawasan mereka duduki. 2.2.3 Wang Amanah Menurut MPKu (2013), wang amanah atau duit kepercayaan perlu didepositkan terlebih dahulu bagi setiap permohononan kerja ubahsuai yang telah diluluskan. PBT berhak merampas wang amanah tersebut sekiranya terdapat kerja ubahsuai yang bertentangan dengan pelan lulus yang telah ditetapkan. Wang amanah terdiri daripada tiga jenis iaitu wang amanah jaminan kebersihan, wang amanah jaminan mematuhi syarat dan juga wang amanah bina awal. Wang amanah jaminan kebersihan dan wang amanah jaminan mematuhi syarat bergantung kepada harga pembelian rumah manakala wang amanah bina awal merupakan kebenaran khas yang diberikan oleh PBT kepada pemilik rumah yang ingin memulakan kerja sebelum mendapat kelulusan pelan ubahsuai rumah, namun masih perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan (MPKu, 2013). Bagi prosedur dalam mengembalikan wang amanah, pemohon perlu mengemukakan permohonan bagi PBT membuat lawatan tapak dan penyediaan laporan. Pembantu teknik akan membuat perakuan untuk disahkan oleh Pegawai dan diluluskan oleh Setiausaha Jabatan Bangunan. Tuntutan bayaran kemudian boleh dirujuk pada Jabatan Bangunan setelah mendapat maklum balas daripada PBT. Carta alir prosedur pengembalian wang amanah ditunjukkan seperti pada Rajah 2.2 berikut:
15 Rajah 2.2: Prosedur Pengembalian Wang Amanah (MPKu, 2013) 2.2.4 Kadar Bayaran Bayaran atau fee adalah perlu bagi menimbangkan pelan-pelan yang dikemukakan oleh pemohon untuk diluluskan berkenaan dengan kerja ubahsuai rumah. Bayaran atau fee tersebut hendaklah dikira seperti Jadual 2.2 di bawah: Jadual 2.2: Kadar Bayaran (UBBL 1984, 2010) Perkara Bayaran / Fee Tingkat Bawah RM7.00 / 9m2 , minimum sebanyak RM70.00 Tingkat Pertama RM6.00 / 9m2 , minimum sebanyak RM60.00 Tingkat Kedua RM5.00 / 9m2 , minimum sebanyak RM50.00 Tingkat Ketiga RM4.00 / 9m2 , minimum sebanyak RM40.00 Tingkat Keempat dan seterusnya RM3.00 / 9m2 , minimum sebanyak RM30.00 Tambahan Porch / Serambi RM3.50 / 9m2 , minimum sebanyak RM35.00 Gazebo / Wakaf RM3.50 / 9m2 , minimum sebanyak RM50.00 Swimming Pool (kolam renang) RM25.00 / 9m2 Pagar Depan RM50.00 Perubahan pada garisan bangunan RM18.00 bagi satu tingkat Terima Permohonan Lawatan Tapak & Laporan Perakuan Pembantu Teknik Pengesahan Pegawai Jabatan Bangunan Kelulusan Setiausaha Rujuk Jabatan Bangunan Untuk Bayaram
16 2.2.5 Tindakan Undang-undang Tindakan undang-undang yang boleh dikenakan kepada pelaku haram kerja ubahsuai rumah kediaman ialah bayaran denda dan penjara. Bayaran denda merupakan bayaran yang dikenakan bagi pemohon yang menjalankan aktiviti ubahsuai di tapak sebelum mendapat kelulusan pelan dari pihak Majlis. Bayaran yang dikenakan adalah 10 kali ganda daripada bayaran memproses pelan ubahsuai rumah (Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976, 2006). Denda ini dikenakan selaras dengan amalan kerja yang telah ditetapkan oleh pihak KPKT yang perlu diterapkan oleh Jabatan Bangunan setiap PBT di Malaysia. Manakala tindakan penjara boleh dikenakan kepada pelaku kerja ubahsuai secara haram sehingga ke 50 tahun penjara (Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976, 2006). 2.3 Amalan Kerja Sikap segelintir Ahli Majlis PBT yang dikatakan kurang mesra dan jarang turun padang dalam menyelami permasalahan telah dikritik oleh mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Bernama, 2012). Beliau berkata, mereka seharusnya turun padang dan mendengar masalah rakyat supaya dapat membantu melicinkan kerja kerajaan. Amalan kerja ialah peraturan atau tuntutan yang merupakan budaya kerja, etika kerja dan cara bekerja melalui sistem atau nilai yang dipegang oleh setiap pegawai dan kakitangan dalam organisasi dan boleh diterima oleh semua (Syed Ismail al-Qudsy et al., 2009). Oleh itu, amalan kerja yang berkesan akan meningkatkan kualiti kerja selain masyarakat akan memberi pandangan yang positif. 2.3.1 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) Akta ini mempunyai seksyen sebanyak 134 seksyen. Namun begitu, hanya Seksyen 70 hingga Seksyen 90 sahaja yang berkaitan dengan bangunan. Melalui seksyenseksyen ini, ianya menerangkan sedikit sebanyak mengenai pembinaan bangunan sehingga peringkat perobohan bangunan yang tidak mendapat kelulusan PBT. Perkara seperti mengubahsuai rumah juga terdapat dalam akta ini seperti Seksyen (70) Sub (7) menerangkan mengenai anjakan bangunan ke hadapan dan Seksyen (70)
17 Sub (8) menerangkan mengenai anjakan bangunan ke belakang. Menurut Seksyen 71 pula, sekiranya bangunan yang dibina menemui kegagalan, penalti akan dikenakan sebanyak tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. 2.3.2 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 menerangkan kehendak dan keperluan dalam pembinaan seperti tapak bangunan, saliran, air bawah tanah, perlindungan hakisan dan perparitan (Abdul Wahab, 2002). UBBL 1984 juga adalah rujukan mengenai had minimum dan maksimum keselesaan yang boleh dicapai oleh penghuni dan semua rumah moden harus mengikuti had yang telah disyorkan (Ahmad et al., 2011). 2.3.3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Akta ini menerangkan kuasa PBT terhadap kawasan di bawah pentadbirannya. Dalam akta ini, terdapat beberapa seksyen yang berkaitan dengan pembinaan yang dibina atau diubahsuai. Ia juga menerangkan hak PBT untuk mengambil tindakan terhadap kerja ubahsuai haram dan tiada permit. 2.3.4 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Akta ini berkaitan dengan polisi-polisi nasional, wilayah dan negeri yang dinyatakan dalam bentuk perancangan. Akta ini bertujuan untuk mengawal pembangunan negeri supaya seimbang dan mewujudkan satu sistem pembangunan yang sempurna. 2.4 Pihak Yang Terlibat Menurut Datuk Seri Chor Chee Heung iaitu mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, PBT digesa untuk memantau setiap kerja ubahsuai rumah bagi memastikan pelan bangunan telah mendapat kelulusan PBT (Bernama, 2012). Oleh itu, dapat dilihat bahawa PBT perlu terlibat secara proaktif dalam memastikan kerjakerja ubahsuai berjalan dengan lancar selain mengikut prosedur yang ditetapkan.
18 Menurut Abdul Karib (2012), CIDB telah bekerjasama dengan PBT yang mewakili KPKT bagi memastikan segala syarat-syarat dalam perlantikan khidmat kontraktor berdaftar bagi kerja-kerja ubahsuai rumah kediaman akan diambil kira semasa kelulusan permit seragam PBT. Antara pihak-pihak yang terlibat ialah MPJBT, MPKu, MPPG, MPBP dan juga arkitek atau pelukis pelan. 2.4.1 Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) MPJBT adalah sebuah majlis tempatan yang telah ditubuhkan pada tahun 1953 dengan bermula sebagai sebuah pusat pentadbiran kecil yang kemudiannya digabungkan menjadi Majlis Tempatan, kini Johor Bahru Tengah telah mencipta sejarah apabila diisytiharkan sebagai sebuah PBT bertaraf Perbandaran. MBJBT terbahagi kepada 2 zon utama iaitu Zon Timur (Ulu Tiram, Masai dan Plentong) dan Zon Barat (Skudai, Lima Kedai, Gelang Patah, Kangkar Pulai dan Ulu Choh) dengan jumlah penduduk seramai 525, 351 orang. 2.4.2 Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) Pada awal penubuhannya, Majlis Daerah Kulai (MDK) mempunyai keluasan kawasan seluas 123.336 km persegi merangkumi 40 rantai kiri dan kanan jalanraya Persekutuan utama bagi menuju ke Bandaraya Johor Bahru, Senai, Ayer Hitam dan Kota Tinggi. Pentadbiran MDK juga meliputi laluan bagi Keretapi Tanah Melayu yang menghubungkan perjalanan daripada utara hingga ke selatan. Lokasi strategik Kulai yang mudah untuk dihubungi dari pelbagai arah telah menyebabkan ia dipilih sebagai Ibu Pejabat untuk mentadbir kawasan-kawasan yang berada di bawah pentadbirannya. Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) telah dinaik taraf daripada Majlis Daerah Kulai (MDK) pada tahun 2008. Sejak 1 Januari 2008 lagi, daerah kecil Kulai yang terletak di utara Johor Bahru telah diasingkan daripada daerah Johor Bahru untuk menjadi daerah terbaru dalam Negeri Johor dan dinamakan sebagai Kulaijaya. 2.4.3 Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) MPPG telah ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaaan Tempatan, 1976 (Akta 171). yang berkeluasan 311 kilometer persegi (31,132 hektar)
19 meliputi Mukim Tiram dan sebahagian Mukim Plentong. Berkuatkuasa pada tarikh yang sama, Johor Corporation (dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor-PKENJ) telah dilantik sebagai PBT bagi mentadbir dan memajukan kawasan Majlis Bandaran Pasir Gudang ini dibawah Seksyen 150, Enakmen Lembaga Bandaran. Namun mulai 1 September 2009, tampuk pengurusan dan pentadbiran MPPG telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan negeri daripada PKENJ. Jadual 2.3 menunjukkan statistik kawasan pentadbiran bagi MPPG. Jadual 2.3: Statistik Kawasan Pentadbiran MPPG (Portal Rasmi MPPG, 2013) 2.4.4 Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) Dengan penguatkuasaan Ordinan Pilihanraya Tempatan pada tahun 1950, Lembaga Bandaran Bandar Penggaram telah dinaik taraf sebagai Majlis Bandaran Bandar Penggaram pada 1952 dan pada tahun berikutnya pilihanraya tempatan pertama telah diadakan. Kemudian, pada 1 November 1976 dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Majlis Bandaran Bandar Penggaram telah disusun semula dan pentadbirannya dibahagi kepada dua iaitu Majlis Daerah Batu Pahat Barat dan Majlis Daerah Batu Pahat Timur. Dengan perkembangan dan
20 pembangunan yang pesat, pada 1 Jun 2001 Majlis Daerah Batu Pahat Barat telah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat. Kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat pada waktu ini mencakupi kawasan seluas lebih kurang 196,345.67 hektar dengan penduduk seramai lebih kurang 202,687 orang dan 60% daripadanya tinggal di kawasan bandar dan pekan. 2.4.5 Arkitek atau Pelukis Pelan Bangunan Arkitek atau pelukis pelan merupakan pihak yang menghasilkan dan menyediakan lukisan-lukisan (pelan) dengan penentuan-penentuan yang lengkap mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pelukis pelan bangunan perlu mempunyai beberapa kriteria utama untuk mendaftar di bawah Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Antara kriteria-kriteria seseorang pelukis pelan untuk mendaftar di bawah LAM ialah: i. Pemohon itu ialah seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia mempunyai salah satu kelayakan seperti berikut: (a) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan sekurang-kurangnya lima belas (15) tahun pengalaman kerja yang berkaitan pada sepenuh masa sebagai pelukis pelan bangunan di bawah latihan dan pekerjaan Arkitek Profesional atau Bangunan berdaftar Pelukis Pelan; atau (b) Diploma Seni Bina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) atau Universiti Teknologi MARA (UiTM) atau setaraf dengannya sekurangkurangnya tujuh (7) tahun pengalaman bekerja sepenuh masa yang relevan dalam (a) di atas. ii. Pemohon yang memenuhi salah satu keperluan di atas akan dikehendaki lulus Ujian Kemahiran sebelum dibenarkan untuk menduduki Ujian Pengeluaran dan muncul untuk satu temubual di hadapan Jawatankuasa Pendaftaran Lembaga. iii. Semua dokumen yang diserahkan pemohon mestilah diperakui sebagai salinan benar oleh Arkitek Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia. (Portal Rasmi Lembaga Arkitek Malaysia, 2013)
21 2.5 Kerangka Konseptual Kajian Kerangka konseptual akan memberi petunjuk kepada penyelidik bagi merumuskan masalah yang timbul (Setiadi, 2007). Melalui tajuk yang dipilih iaitu ubahsuai rumah, amalan kerja PBT dapat dipecahkan kepada empat iaitu UBBL 1984, Akta 133, Akta 171 dan juga Akta 172 yang bertindak sebagai rujukan utama PBT dalam bidang ubahsuai rumah. Melalui keberkesanan penggunaan amalan kerja PBT, ia boleh didapati melalui temubual terhadap arkitek atau pelukis pelan. Konsep rangka kerja dapat dilihat melalui Rajah 2.3 berikut: Rajah 2.3: Kerangka Konseptual Kajian Chia (2009), Ibrahim dan Abd. Karim (2004), Janardhanan (2004), KPKT (2012), Lee (2012), Omar et al. (2012), Seman (2006), Zakaria dan Che Razak (2011) 2.6 Kesimpulan Kesimpulannya, daripada kajian literatur ini dapat disimpulkan bahawa bagi membuat pengubahsuaian rumah, pihak bertanggungjawab perlu memastikan kerjakerja ubahsuai dilaksanakan dengan amalan dan praktis yang terbaik supaya kerja yang dilakukan tidak akan menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari. CIDB telah membangunkan dokumen Terma Kontrak untuk semua kerja ubahsuai yang akan digunakan untuk semua kerja-kerja ubahsuai yang diperolehi oleh kontraktor kerja ubahsuai dan dikuatkuasakan penggunaannya oleh PBT. - Kerja ubahsuai jadi - Akta 133 - Masih menerima banyak kritikan budaya rakyat Malaysia - UBBL 1984 - Perkhidmatan masih lemah - Pembinaan semula, pemulihan - Akta 171 - Proses ubahsuai ambil masa lama dan pembentukan semula - Akta 172 Ubahsuai Rumah Kediaman Amalan Kerja Yang Digunakan PBT Keberkesanan Penggunaan Amalan Kerja PBT
22 Oleh itu, kajian ini akan dilaksanakan untuk mengkaji sejauh mana amalan yang digunapakai oleh PBT bagi setiap kawasan kajian kerana panduan yang dirujuk bagi setiap PBT sudah pasti berbeza kerana penguatkuasaan sesuatu undang-undang PBT adalah bergantung kepada keluasan kawasan, kepadatan penduduk dan juga keadaan struktur bumi di kawasan tersebut. Selain itu, kajian ini juga akan menekankan mengenai keberkesanan PBT terhadap penggunaan amalan kerja yang telah ditetapkan dalam proses meluluskan permit kerja ubahsuai rumah di kawasan kajian.
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Metodologi yang digunakan melibatkan pengumpulan data sama ada melalui data primer mahupun data sekunder, di mana data dan maklumat yang diperoleh akan dibincangkan. Prosedur dalam mendapatkan segala data dan maklumat akan digambarkan bermula daripada strategi penyelidikan, alat bagi pengumpulan data, soalan-soalan yang berkenaan sehingga data dan maklumat boleh dianalisis. Selain itu, metodologi kajian juga akan menerangkan bagaimana aliran penyelidikan yang akan digunakan bagi mencapai keseluruhan objektif kajian ini. Instrumen atau kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah dengan menggunakan kaedah temubual. Manakala responden kajian pula merangkumi dua kategori iaitu populasi dan persampelan (Creswell, 2009). Kawasan kajian pula meliputi kawasan-kawasan seperti di Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang, Kulaijaya dan Batu Pahat. Satu pendekatan menyeluruh dan sistematik telah dirancang bagi memastikan proses pengumpulan data dan maklumat serta kaedah analisis yang akan digunakan mampu membantu perjalanan kajian ini. Selain itu, hasil soroton literatur telah membantu dalam mempertingkatkan lagi pengetahuan berkenaan proses ubahsuai rumah dan amalan PBT. Oleh itu, aliran penyelidikan kajian ini akan dirangka sebaiknya supaya matlamat dan objektif kajian ini dapat dicapai.
24 3.2 Rekabentuk Kajian Rekabentuk kajian membolehkan penyelidik memahami dengan lebih jelas apa yang ingin diperhati dan dianalisis. Rekabentuk kajian juga merupakan perancangan kaedah kajian bagi melakukan langkah seterusnya bagi mencapai matlamat dan objektif kajian. Terdapat dua kategori cara bagi mengumpul data dan maklumat iaitu melalui data primer dan data sekunder. Menurut Chua (2006), data primer boleh dikaitkan dengan penyelidikan kualitatif seperti kaedah temubual, tinjauan dan pemerhatian. Penyelidikan kualitatif ini digunakan bagi mengkaji dengan lebih mendalam sesuatu kajian yang ingin dijalankan. Manakala data sekunder pula dikaitkan dengan data numerikal dan ketepatan kerana kaedah ini melibatkan bilangan populasi yang banyak. Kelebihan dalam menggunakan data sekunder ini ialah dapat menjimatkan kos dan masa bagi kajian ini kerana latar belakang kajian mudah dan mampu diperoleh (Kothari, 2008). Secara keseluruhannya, kajian ini akan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif iaitu kaedah temubual kerana rekabentuk kajian dirangka bagi mencari jawapan kepada persoalan kajian (Konting, 2005). Penyelidik akan cuba mencari sebanyak data dan maklumat mengenai amalan kerja yang digunapakai oleh PBT dalam proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman dan juga keberkesanan penggunaan amalan kerja oleh PBT terhadap proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman melalui sesi temubual bersama PBT dan arkitek atau pelukis pelan di kawasan kajian. Gambaran perjalanan kajian ditunjukkan seperti di Rajah 3.1 di mana setiap objektif kajian menggunakan pendekatan kaedah yang sama iaitu temubual namun berbeza dari segi responden. Bagi mencapai objektif pertama, penyelidik akan menemubual PBT di kawasan kajian manakala bagi mencapai objektif kedua, penyelidik akan menemubual penerima khidmat PBT seperti arkitek atau pelukis pelan dalam memperoleh maklumat yang diperlukan. Data diperoleh yang akan dianalisis menggunakan analisis kandungan di mana kaedah analisis ini akan menentukan sejauh mana data dan maklumat diperoleh mampu mencapai objektif dan juga matlamat kajian yang telah ditetapkan.
Rajah 3.1: KerangkaKaedah TeRespondenArkitek atauyang mengeubahsuai ruMatlamat Kajian Mengkaji Amalan Kerja PBT dan Keberkesan Penggunaannya Dalam Proses Ubahsuai Rumah Kediaman. Objektif I Mengkaji amalan kerja yang digunapakai oleh PBT dalam proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman. Objektif II Mengkaji keberkesanan penggunaan amalan kerja oleh PBT terhadap proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman. Kaedah TeRespondenPegawai JabPBT di kawKK
25 a Metodologi Kajian emubual : u pelukis pelan emukakan pelan umah kediaman. emubual : batan Bangunan wasan kajian. Kaedah Kajian Analisis kandungan data amalan kerja yang digunakan oleh PBT. Analisis kandungan data keberkesanan penggunaan amalan kerja oleh PBT. Kaedah Analisis i. Mencapai segala matlamat dan objektif kajian. ii. Sumber dokumen diperoleh daripada pihak PBT di kawasan kajian. iii. Soalan temuduga bersemi-struktur telah dirangka untuk menemubual Pegawai Jabatan Bangunan PBT dan arkitek atau pelukis pelan di kawasan kajian. iv. Hasil dapatan akan dianalisis menggunakan analisis kandungan. v. Laporan akhir kajian akan mengandungi kesimpulan dan cadangan bagi kajian pada masa akan datang. Pencapaian
26 3.3 Pengumpulan Data Pengumpulan data melibatkan proses merancang dan melaksanakan pengutipan data untuk memperoleh maklumat berkenaan masalah yang didapati semasa awal kajian. Pengumpulan data ini adalah untuk memperoleh maklumat bagi mencapai segala objektif kajian yang telah ditetapkan. Berikut adalah kaedah yang dijalankan dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, kajian ini akan menggunakan dua jenis sumber data yang turut digunakan di dalam kajian lepas iaitu data primer dan data sekunder. 3.3.1 Data Primer Data primer adalah merupakan data utama yang diperoleh sendiri oleh penyelidik dan secara terus dari sesuatu individu atau kumpulan sasaran (Chua, 2006). Data primer boleh didapati melalui kaedah kajian kuantitatif dan kualitatif. Data atau maklumat ini dikumpulkan daripada pihak yang menjadi responden kajian iaitu melalui borang soal selidik dan temubual. Tujuan utama menjalankan kaedah ini ialah untuk mencapai objektif kajian dengan lebih berkesan dan tepat. Soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan kehendak, skop serta objektif kajian ini. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah temubual terhadap responden yang terdiri daripada PBT dan juga arkitek atau pelukis pelan di kawasan kajian. 3.3.2 Data Sekunder Menurut Chua (2006), data sekunder merupakan data yang diperolehi daripada kajian literatur iaitu daripada sumber yang telah diterbitkan dan terkumpul untuk satu-satu tujuan. Data ini boleh didapati dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos pengumpulan data. Selain itu, sumber sekunder juga merupakan satu cara yang baik dan cepat dalam proses pencarian maklumat kerana ia dapat memberi gambaran yang lebih luas tentang sesuatu maklumat kajian. Data ini penting untuk memperkukuhkan lagi hasil data yang diperoleh setelah responden ditemubual. Data primer yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan rujukan berkaitan pengubahsuaian sama ada di Malaysia ataupun seluruh dunia. Antara rujukan utama kajian ini ialah Akta 133, UBBL 1984, Akta 171 dan juga Akta 172.
27 3.4 Instrumen Kajian Instrumen kajian menerangkan mengenai kaedah yang akan digunakan di dalam kajian bagi mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan di dalam kajian. Sebagai sebahagian daripada pengumpulan data dan maklumat, penyelidik perlu menyediakan maklumat terperinci mengenai instrumen kajian sebenar yang akan digunakan di dalam kajian yang dijalankan ini supaya perjalanan kajian akan berjalan dengan lancar (Creswell, 2009). Pemilihan kaedah kajian adalah penting bagi memastikan data yang diperolehi dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu, instrumen atau kaedah yang dipilih bagi kajian ini ialah kaedah temubual kerana kaedah-kaedah ini dilihat mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam memenuhi matlamat dan objektif kajian selain memperoleh maklumat yang diinginkan secara terperinci dan lebih mendalam. 3.3.1 Kaedah Temubual Melalui data kualitatif yang diperlukan seperti yang dinyatakan semasa rekabentuk kajian, sesi temubual akan dilakukan terhadap responden yang telah dipilih di kawasan kajian demi mendapatkan data yang sahih serta lebih mendalam mengenai kajian ini. Menurut Kajornboon (2005), kaedah temubual merupakan salah satu kaedah dalam memperoleh pengetahuan terhadap sesuatu maklumat daripada sesuatu pihak kerana kaedah temubual merupakan satu pandangan yang berbeza oleh dua atau lebih orang terhadap sesuatu topik yang sama. Lindlof dan Taylor (2011) pula menerangkan bahawa temubual membolehkan penyelidik mengumpul segala data mengenai perkara atau proses yang tidak boleh diperoleh dengan efektif daripada sumber lain. Manakala menurut Awang et al. (2005), data temubual perlu berjalan serentak bersama analisis data bagi mengelakkan masalah kehilangan data penting akibat daripada lambakan data. Terdapat tiga jenis kaedah temubual yang boleh dilakukan dan dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat daripada pihak responden iaitu kaedah temubual berstruktur, kaedah temubual semi-struktur dan juga kaedah temubual yang tidak berstruktur (Marvasti, 2004).
28 Rajah 3.2: Jenis Kaedah Temubual (Chua, 2006) 3.3.1.1 Temubual Berstruktur Temubual berstruktur ialah kaedah dengan mengajukan soalan yang sama tanpa variasi yang menggunakan jenis soalan yang dikawal oleh skrip. Temubual yang berprotokol ini menggunakan penerangan spesifik dan terperinci mengenai bagaimana perjalanan temubual ini akan dilaksanakan. Temubual berstruktur menunjukkan bagaimana responden menjawab soalan yang sama dengan jawapan yang berlainan berdasarkan latar belakang individu tersebut (Marvasti, 2004). 3.3.1.2 Temubual Semi-struktur Menurut Kajornboon (2005), temubual jenis semi-struktur ini akan membuatkan penemubual untuk menekankan mengenai tema, isu dan soalan yang akan diajukan kepada responden. Soalan yang dirancang boleh berubah mengikut kepada arah mana responden memberikan jawapan. Tambahan pula, kaedah ini akan membolehkan penemubual memberikan pendapat mengenai isu yang diutarakan kepada mereka. 3.3.1.3 Temubual Tidak Berstruktur Temubual tidak berstruktur lebih dikenali sebagai temubual berbentuk tradisional kerana tiada satu ketetapan. Kaedah ini digunakan untuk memahami kelakuan orang ramai yang kompleks tanpa mengambil kira ciri-ciri yang akan mengehadkan dalam pencarian maklumat yang berkaitan. Punch (2005) menyatakan perbualan yang semakin rapat dengan responden dan kemahiran yang sangat tinggi untuk mengawal temubual sangat diperlukan dan perlu dilatih dengan sempurna oleh penemubual. Kaedah Temubual Temubual Berstruktur Temubual Semi-struktur Temubual Tidak Berstruktur
29 Oleh itu, bagi menjalankan temubual ini, struktur soalan perlu dirangka dengan teliti kerana soalan yang ingin diajukan kepada pihak responden yang terlibat perlu mengelakkan kecelaruan dan kekeliruan. Oleh itu, kaedah temubual semistruktur telah dipilih bagi kajian ini kerana penyelidik menyoal sebilangan soalan formal yang telah dirangka, namun penyelidik juga bebas menyoal responden soalan lain yang difikirkan mampu membantu dalam memperoleh maklumat (Chua, 2006). Kaedah temubual juga boleh terbahagi kepada dua iaitu kaedah bersemuka dan tidak bersemuka. Menurut Chua (2006), kaedah bersemuka terbahagi kepada temubual individu dan temubual kumpulan, manakala kaedah tidak bersemuka pula terbahagi kepada temubual telefon dan temubual bantuan komputer. Rajah 3.2 menunjukkan kaedah temubual bagi sesuatu kajian menurut Chua (2006). Rajah 3.3: Kaedah Temubual (Chua, 2006) Berdasarkan pemilihan kaedah temubual iaitu kaedah temubual semi-struktur bersemuka, beberapa responden telah dikenalpasti dalam membantu penyelidik memperoleh maklumat seperti Pegawai Jabatan Bangunan PBT di kawasan kajian dan juga arkitek atau pelukis pelan yang mengemukakan permohonan permit ubahsuai rumah di kawasan kajian. Temubual dijalankan dalam tempoh terkawal dengan menetapkan tarikh dan masa yang sesuai mengikut kelapangan pihak responden. Tujuan kawalan masa dilakukan supaya tidak mengambil masa yang terlalu lama dan mengelakkan daripada responden bosan dan hilang fokus untuk memberikan jawapan yang bertepatan dengan soalan yang diajukan oleh penyelidik. Kaedah Temubual Temubual Bersemuka Temubual Individu Temubual Kumpulan Temubual Tidak Bersemuka Temubual Telefon Temubual Bantuan Komputer
30 3.5 Responden Kajian Responden kajian terdiri daripada pihak yang akan membantu penyelidik dalam mendapatkan maklumat serta orang yang arif mengenai kajian ini. Bagi melaksanakan kesemua matlamat dan objektif kajian ini, penyelidik telah menetapkan untuk melakukan sesi temubual terhadap PBT dan arkitek atau pelukis pelan di kawasan kajian yang telah dipilih kerana hanya mereka yang mampu memberikan data yang sahih serta bertepatan dengan persoalan dan objektif kajian. Kajian ini menetapkan responden yang terlibat untuk membantu penyelidik mencapai objektif pertama adalah responden yang terdiri daripada kalangan PBT di negeri Johor. Responden yang dipilih adalah Pegawai Jabatan Bangunan di PBT kawasan kajian iaitu MPJBT, MPPG, MPKu dan juga MPBP. Manakala responden yang bertanggungjawab untuk membantu penyelidik mencapai obejktif kedua ialah arkitek atau pelukis pelan yang berada di kawasan kajian. Jadual 3.1 menunjukkan senarai responden yang akan ditemubual oleh penyelidik. Jadual 3.1: Senarai Responden Kajian Perkara R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 Organisasi MPJBT MPPG MPKu MPBP Arkitek 1 Arkitek 2 Arkitek 3 Arkitek 4 Kawasan Johor Bahru Tengah Pasir Gudang Kulai jaya Batu Pahat Johor Bahru Tengah Pasir Gudang Kulai jaya Batu Pahat 3.6 Kawasan Kajian Pengguna yang memfailkan tuntutan terhadap kes pengubahsuaian rumah telah meningkat saban tahun. Daripada sejumlah 279 kes, negeri Johor telah menunjukkan jumlah antara yang tertinggi dengan sejumlah 46 kes (TTPM, 2012). Oleh itu, masalah berkaitan perumahan di negeri Johor merupakan antara yang tertinggi menyebabkan kajian ini dipilih untuk dijalankan di negeri Johor. Penyelidik telah mengecilkan skop kawasan kajian seperti di kawasan Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang, Kulaijaya dan juga Batu Pahat bagi memudahkan penyelidik dalam mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam dan teratur.
31 3.7 Kaedah Analisis Data Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi menganalisis data untuk sesuatu kajian. Pemilihan kaedah analisis data kajian adalah penting bagi memastikan data yang diperolehi dapat mencapai segala objektif yang telah ditetapkan. Menurut Wellington (2004), sebelum proses analisis, penyelidik perlu meletakkan kesemua data yang telah berjaya dikumpulkan demi memperoleh gambaran secara keseluruhan. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah analisis kajian yang bersesuaian dengan objektif kajian ini iaitu kaedah analisis kandungan. 3.7.1 Proses Analisis Data Kualitatif Hasil dapatan temubual akan dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Kandungan temubual yang signifikan dan berkaitan dengan objektif kajian yang ingin dicapai disusun secara sistematik dan dipersembahkan dalam bentuk carta aliran yang melibatkan proses memilih dan mengumpul data, merumus data, memaparkan data, menjelaskan data, membandingkan data dan mengkaji perhubungan. Oleh itu, fakta-fakta penting yang dikemukakan seterusnya diterjemah dan tiada analisa yang berbentuk statistik dihasilkan. Contoh penyusunan data selepas temubual dijalankan ditunjukkan seperti dalam Jadual 3.3 berikut: Jadual 3.2: Contoh Penyusunan Data Kuantitatif Dalam Jadual (Chua, 2006) Soalan Responden 1 Responden 2 1. Soalan daripada penyelidik Jawapan daripada responden 1 Jawapan daripada responden 2 2. Soalan daripada penyelidik Jawapan daripada responden 1 Jawapan daripada responden 2 Setelah selesai pengumpulan data dibuat, proses menganalisis akan dilakukan terhadap data-data tesebut. Data dan maklumat yang diperoleh semasa temubual bersama pihak responden akan dikumpul dan disusun secara sistematik. Setelah mengemukakan soalan-soalan temubual, penyelidik akan dapat mengesan corakcorak jawapan yang diberikan oleh responden. Menurut Chua (2006), corak ini boleh
32 dijadikan panduan untuk menyusun dan menganalisis data. Akhir sekali, maklumat data yang diperoleh akan disusun dalam jadual untuk mendapatkan hasil analisis. 3.8 Kesimpulan Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan mengenai metodologi kajian yang akan digunakan oleh penyelidik dan ini merupakan langkah yang penting dalam merangka setiap perjalanan kajian demi mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan. Bab ini seumpama panduan kepada penyelidik untuk sentiasa mengikuti setiap perancangan yang telah dirancang bagi mengelak masalah yang akan timbul semasa proses perolehan data dilakukan. Oleh itu, kaedah yang tepat dan bersesuaian akan menyebabkan data yang diperoleh adalah tepat dan jitu selain membuatkan objektif kajian dapat dicapai dengan kukuh dan jayanya. Data primer dicapai daripada analisis kandungan kepada responden melalui kaedah temubual. Borang temubual dihasilkan oleh penyelidik sebanyak dua set soalan di mana set pertama adalah untuk PBT dan set kedua adalah untuk arkitek atau pelukis pelan. Struktur borang temubual terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang dan pengalaman responden, bahagian B mengenai amalan kerja yang digunapakai oleh PBT bagi set soalan PBT dan keberkesanan penggunaan amalan kerja oleh PBT bagi set soalan arkitek atau pelukis pelan dan bahagian C pula adalah mengenai komen dan cadangan daripada pihak responden PBT dan juga arkitek atau pelukis pelan. Proses analisis kandungan data melalui analisis kandungan akan menggunakan perisian Microsoft Word dan jadual matrik. Pada fasa terakhir, laporan kajian akan dihasilkan dan kesimpulan akan dibuat berdasarkan analisis kandungan data kualitatif.