The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Amalan Kerja Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Proses Ubahsuai Rumah Kediaman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hekcans, 2024-03-24 01:41:50

Ubahsuai Rumah Kediaman

Amalan Kerja Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Proses Ubahsuai Rumah Kediaman

Keywords: Ubahsuai,Amalan Kerja

BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan Analisis data dibuat berdasarkan kaedah kajian yang mengumpulkan segala data dan maklumat secara berkesan bagi mencapai objektif kajian ini. Bab ini akan menerangkan sejauh mana penganalisisan data yang dibuat melalui kaedah temubual semi-struktur terhadap para responden mampu mencapai objektif kajian yang telah dikenalpasti. Responden terdiri daripada PBT di kawasan kajian dan juga arkitek atau pelukis pelan yang bertindak sebagai klien kepada PBT tersebut. Soalan yang telah dijawab oleh responden dijadikan sebagai dapatan data yang akan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis yang sesuai. 4.2 Kaedah Temubual Penyelidik menjadikan PBT dan arkitek atau pelukis pelan sebagai responden untuk mencapai semua objektif kajian melalui kaedah temubual kerana ingin mendapatkan jawapan yang tepat mengenai amalan kerja yang digunapakai PBT dan juga keberkesanan penggunaan amalan kerja yang digunapakai oleh mereka selain mendapatkan pandangan mereka berkenaan kerja ubahsuai rumah kediaman. Temubual yang dijalankan memerlukan masa dan tarikh yang berlainan kerana setiap daripada responden mempunyai kawasan mereka tersendiri yang mempunyai jarak yang jauh antara satu sama lain.


34 Temubual yang telah dijalankan terhadap pihak responden tidak berlaku secara serentak kerana kesemua pihak responden yang terlibat memerlukan masa yang sesuai untuk ditemubual. Dua set soalan yang berbeza yang terdiri daripada set soalan pertama adalah untuk menemubual PBT manakala set soalan kedua adalah untuk menemubual pihak arkitek atau pelukis pelan telah disediakan oleh penyelidik berdasarkan kajian literatur untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan terperinci daripada pihak responden yang dipilih. Soalan-soalan yang disediakan oleh penyelidik akan diteliti dan difahami terlebih dahulu sebelum temubual dijalankan agar ia dapat dikuasai sepenuhnya dan mengelakkan daripada responden tidak memahami soalan yang dijalankan. Sesi temubual yang dijalankan ini direkodkan dan dicatatkan mengikut soalan yang disediakan seperti di dalam Lampiran 1 dan Lampiran 3. Data yang diperoleh akan disusun mengikut kajian literatur dan akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. 4.2.1 Latar Belakang Responden Setelah sesi temubual dijalankan, beberapa perkara berkaitan dengan latar belakang responden yang terlibat telah diperoleh seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1. Jadual 4.1 menunjukkan latar belakang responden yang terdiri daripada PBT yang menguruskan permohonan permit kerja ubahsuai rumah dan juga arkitek atau pelukis pelan yang menjadi klien kepada PBT dalam urusan permohonan permit kerja ubahsuai di kawasan kajian. Latar belakang responden yang dikaji adalah termasuk kawasan bagi tempat pihak responden berkhidmat, jabatan atau agensi di mana pihak responden berkhidmat, jawatan pihak responden di jabatan atau agensi tempat mereka berhidmat dan yang terakhir ialah tempoh tahun pengalaman pihak responden dalam bidang pekerjaan mereka. Hal ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan dan pengalaman pihak responden dalam bidang perkhidmatan mereka supaya dapat membantu penyelidik dalam menjalankan kajian dan mencapai segala objektif yang telah ditetapkan.


35 Responden yang terlibat adalah merangkumi kawasan di sekitar Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang, Kulaijaya dan Batu Pahat. Semua responden yang mewakili empat PBT berbeza adalah berkhidmat di jabatan yang sama dalam bidang dan tugasan walaupun jabatan mereka mempunyai nama yang berbeza seperti Jabatan Bangunan, Jabatan Perancangan Pembangunan dan juga Jabatan Kawalan Bangunan dan Kejuruteraan. Manakala responden yang mewakili arkitek atau pelukis pelan pula mewakili agensi atau firma yang berbeza yang dipilih berdasarkan setiap kawasan kajian. Pengalaman kerja pihak responden pula merangkumi tempoh dari 5 tahun hingga ke 25 tahun. 4.2.2 Kerja Ubahsuai Di Malaysia, kerja-kerja ubahsuai telah menjadi satu elemen yang sangat berpotensi untuk dikembangkan dengan lebih proaktif dalam industri pembinaan. Pada tahun 2011, kerja-kerja ubahsuai telah mencatat nilai RM10 bilion keseluruhannya di mana RM2.2 bilion datang daripada kerja ubahsuai rumah kediaman dan baki daripada jumlah tersebut melibatkan kerja-kerja ubahsuai seperti infrastruktur, kemudahan sosial dan juga bangunan bukan kediaman (Abdul Karib, 2012). Jelas menunjukkan bahawa kerja-kerja ubahsuai telah menjadi satu budaya bagi rakyat Malaysia kerana pembeli rumah pada masa kini tidak dapat melibatkan diri semasa peringkat mereka bentuk rumah tersebut (Omar et al., 2012). Antara perkara-perkara yang penting semasa kerja-kerja ubahsuai sebelum, semasa dan selepas dijalankan ialah keperluan permit, proses permohonan permit, dokumen sokongan yang diperlukan, wang amanah, kadar bayar memproses pelan dan juga tindakan undang-undang kepada pelaku kerja ubahsuai secara haram.


36 4.2.2.1 Permit Pemilik kediaman perlu mengemukakan permohonan dan mendapatkan permit terlebih dahulu sebelum melakukan kerja ubahsuai dan permit yang dikeluarkan oleh PBT ini hanya sah untuk tempoh satu tahun. PBT tidak akan mengeluarkan permit sekiranya sesuatu kerja ubahsuai itu difikirkan boleh memberi implikasi negatif dan boleh menyebabkan kacau ganggu kepada persekitaran sekeliling. Jadual 4.2 menunjukkan mengenai keperluan permit bagi sesuatu kerja ubahsuai. Penyelidik mengemukakan soalan berkaitan permit kelulusan kerja ubahsuai kepada responden adalah bertujuan untuk mengetahui tentang kerja ubahsuai rumah yang perlu mendapatkan permit daripada PBT. Bagi responden yang terdiri daripada PBT, kesemua daripada mereka bersetuju bahawa tidak semua ubahsuai perlu mendapatkan permit ubahsuai. Hal ini adalah seperti berikut: “Kerja ubahsuai yang memerlukan permit daripada kami adalah seperti ubahsuai yang melibatkan perubahan struktur” (PBT 1). Selain perubahan struktur yang nyata akan merubah pelan asal bangunan atau rumah kediaman, PBT 3 turut menyatakan bahawa ubahsuai yang akan mengubah fungsi bangunan adalah perlu untuk mendapatkan permit. Selain itu, semua kerjakerja ubahsuai perlu mendapatkan permit daripada PBT kecuali bagi beberapa perkara. Seperti contoh yang dinyatakan responden adalah: “Semua kerja ubahsuai yang ingin dilakukan oleh pemilik kediaman perlu mendapatkan permit kebenaran kecuali beberapa perkara seperti binaan dalaman dan luaran yang minima serta binaan yang siap secara buatan terus dari kilang” (PBT 4).


37 Hal ini selari dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh KPKT (2012) yang menyatakan bahawa kerja-kerja ubahsuai yang melibatkan perubahan jelas sesuatu bangunan atau binaan perlu mematuhi syarat dan prosedur daripada UBBL 1984 untuk mendapatkan kelulusan permit kebenaran daripada PBT. Namun begitu, menurut perspektif arkitek atau pelukis pelan pula, kesemua responden bersetuju bahawa setiap kerja ubahsuai rumah kediaman adalah perlu untuk mendapatkan permit kebenaran. Kenyataan ini adalah bertentangan dengan jawapan daripada PBT. Antara contoh kenyataan daripada pihak responden adalah: “Setiap kerja ubahsuai yang besar perlu ada pelan yang diluluskan oleh PBT yang disahkan oleh arkitek yang berdaftar” (Arkitek 4). Hal ini turut dipersetujui oleh responden lain dengan Arkitek 1 menyatakan bahawa perubahan luaran yang jelas adalah perlu untuk mendapatkan permit. Manakala Arkitek 2 menyatakan permit yang dipohon adalah bertujuan untuk memastikan pemohon atau kontraktor yang melakukan kerja ubahsuai mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Arkitek 3 pula menyatakan bahawa antara contoh kerja ubahsuai yang memerlukan permit daripada PBT adalah seperti meninggikan bangunan dan juga memperluaskan rumah sehingga ke tahap anjakan yang dibenarkan oleh PBT. Perkara ini menunjukkan bahawa jawapan yang diberikan oleh pihak arkitek atau pelukis pelan ini adalah berbeza dengan kajian literatur yang diperoleh sebelum ini iaitu ubahsuai rumah mempunyai dua cara iaitu ubahsuai tanpa permit seperti memasang alat pendingin hawa dan juga ubahsuai yang memerlukan permit seperti membina gazebo (KPKT, 2012). Oleh yang demikian, pihak pelukis pelan atau arkitek perlu lebih peka dalam soal keperluan permit kerja ini apabila klien atau pemilik kediaman meminta cadangan dan pandangan. 4.2.2.2 Proses Permohonan Permit Proses permohonan merupakan perkara utama yang perlu diketahui kerana ianya berkait rapat dengan cara responden bekerja dan menguruskan sesuatu kerja secara teratur. Jadual 4.3 menunjukkan proses permohonan kelulusan permit kerja ubahsuai rumah bagi PBT yang telah ditemubual.


38 Jadual 4.3: Proses Permohonan Permit (PBT) Perkara PBT 1 PBT 2 PBT 3 PBT 4 Proses Terima permohonan Penyemakan syarat Pendaftaran permohonan Semakan juruteknik di pelan / lokasi Rekod pergerakan fail Ulasan pembantu teknik Penyediaan surat lulus/tolak/denda Rujuk kelulusan YDP / setiausaha Makluman mesyuarat Fail akan disimpan Kaunter semakan teknikal Terima dari OSC Daftar fail dan surat kelulusan Semakan akhir dan mengesyor kelulusan Sokongan kelulusan Mengesahkan keputusan kelulusan Surat dan cop lulus Tandatangan pelan lulus oleh tuan setiausaha Terima permohonan Buka dan daftar fail Buka bil untuk bayaran proses Surat makluman dan edar ke jabatan Lawatan tapak Ulasan oleh bahagian teknikal Penyediaan surat kelulusan Rujuk ketua jabatan dan setiausaha untuk tandatangan lulus Maklumat dalam mesyuarat Terma permohonan Surat sokongan jabatan teknikal Semakan OSC Jabatan bangunan beri lulus/tolak Penyediaan surat atau pelan kelulusan Penyerahan surat atau pelan kelulusan kepada pemohon Mesyuarat OSC untuk makluman keputusan Secara keseluruhannya, melalui hasil dapatan kajian melalui data-data yang diperoleh berdasarkan Jadual 4.3, penyelidik membuat ringkasan berkenaan tatacara permohonan permit ubahsuai atau ubah tambah bangunan mengikut perspektif PBT melalui carta alir seperti di Rajah 4.1 yang berikut: Rajah 4.1: Tatacara Permohonan Ubahsuai Rumah Lantik Pelukis Pelan atau Arkitek Hantar Permohonan ke PBT Untuk Kelulusan Ubahsuai Rumah Dapat Kelulusan Pelan dan Kerja Pembinaan Boleh Dimulakan Perlu Mematuhi Syarat-syarat Kelulusan Semasa Pembinaan


39 Hal ini menunjukkan bahawa setiap PBT mempunyai prosedur tersendiri dalam meluluskan permohonan permit kerja ubahsuai rumah. Antara contoh bagi prosedur kelulusan permohonan permit kerja ubahsuai rumah adalah seperti Rajah 4.2 yang berikut: Rajah 4.2: Prosedur Permohonan Ubahsuai Rumah (PBT 3) Setelah permohonan yang diterima mematuhi peraturan dan lengkap disemak, pihak Jawatankuasa Pusat Sehenti atau One Stop Centre (OSC) akan membuka dan daftar permohonan sambil pemohon perlu membayar wang proses yang telah ditetapkan. Kemudian pihak OSC akan menyerahkan kepada pihak Jabatan Bangunan untuk membuat lawatan tapak dan ulasan akan dibuat oleh bahagian teknikal. Surat lulus kemudian akan dikeluarkan setelah mendapat tandatangan daripada Ketua Jabatan dan Setiausaha. Manakala bagi pihak arkitek atau pelukis pelan pula, mereka mempunyai cara dan proses permohonan yang berbeza dalam memohon permit kerja ubahsuai rumah berbanding PBT. Jadual 4.4 menunjukkan proses permohonan permit menurut jawapan yang diperoleh daripada pihak arkitek atau pelukis pelan. Jadual 4.4: Proses Permohonan Permit (Arkitek) Perkara Arkitek 1 Arkitek 2 Arkitek 3 Arkitek 4 Proses Hasilkan lukisan Serah kepada PBT Minta fees dan bayaran daripada klien Hasilkan lukisan Serah kepada PBT Tunggu maklum balas daripada PBT Lukis pelan Serah kepada PBT Tunggu kelulusan Pelan ubahsuai dihantar ke PBT Semua dokumen perlu lengkap Terima Permohonan Buka & Daftar Fail Buka Bil & Terima Bayaran Proses Surat Makluman & Edaran ke Jabatan Lawatan ke Tapak Ulasan Oleh Bahagian Teknikal Penyediaan Surat Lulus Rujuk Ketua Jabatan & Setiausaha Untuk Tandatangan Lulus Maklumat Dalam Mesyuarat


40 Menurut jawapan daripada pihak arkitek atau pelukis pelan daripada Jadual 4.4, para responden berkongsi pendapat bahawa mereka perlu untuk: “Kami akan lukis pelan ubahsuai yang diinginkan, tandatangani borang pengesahan dan serahkan lukisan kepada PBT” (Arkitek 3). Selepas pihak arkitek atau pelukis pelan menghasilkan pelan ubahsuai dan menandatangani borang pengesahan serta menyerahkan lukisan kepada PBT, mereka juga perlu untuk melakukan perkara seperti: “Kami akan meminta fees dan bayaran yang secukupnya daripada pihak klien termasuk wang amanah” (Arkitek 1). Hal ini adalah kerana bayaran proses pelan dan wang amanah merupakan bayaran yang diwajibkan oleh PBT untuk memproses permohonan daripada pemohon. Selain itu, mereka perlu untuk: “Semua dokumen yang diperlukan akan disemak semasa permohonan dilakukan supaya memudahkan proses kelulusan permit” (Arkitek 4). Segala dokumen yang diperlukan perlu disemak dengan teliti dan mengikut senarai semak yang dikeluarkan oleh PBT bagi memudahkan proses kelulusan permit. Akhir sekali, pemohon adalah perlu untuk: “Segala maklum balas daripada PBT akan diuruskan oleh kami setelah mendapat persetujuan daripada klien” (Arkitek 2). Secara asasnya, proses permohonan mengikut cara dan pegangan pihak arkitek atau pelukis pelan perlu dimulakan dengan penghasilan lukisan pelan ubahsuai kawasan yang ingin diubahsuai, yang mana proses ini dihasilkan berdasarkan kepada perbincangan antara pihak mereka dan juga pihak klien dalam menghasilkan pelan yang menepati spesifikasi. Selain itu, semua dokumen sokongan yang hendak dihantar kepada PBT perlu lengkap berserta dengan fees dan bayaran yang secukupnya supaya tiada masalah lain yang akan timbul. Akhirnya, klien hanya


41 perlu menunggu maklum balas dan kelulusan daripada PBT sebelum melakukan kerja ubahsuai. Hal ini disokong oleh kajian Seman (2006) bahawa kontraktor perlu mendapatkan permit daripada PBT dahulu sebelum kerja ubahsuai boleh dijalankan. Oleh itu, dapat dilihat bahawa walaupun proses permohonan permit kebenaran ini adalah berbeza mengikut perspektif PBT mahupun arkitek atau pelukis pelan, namun tujuannya tetap sama iaitu untuk menunjukkan cara bagaimana permohonan yang dikemukakan oleh pemohon dapat diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab. Selain itu, apabila pemohon mengetahui mengenai proses-proses ini, mereka akan mudah untuk menjangkakan sejauh mana permohonan mereka akan diluluskan ataupun ditolak. 4.2.2.3 Dokumen Sokongan Dokumen-dokumen sokongan adalah diperlukan oleh PBT semasa permohonan kelulusan permit kerja ubahsuai rumah kediaman dilakukan oleh pemohon sama ada dari pemilik kediaman mahupun arkitek atau pelukis pelan. Jadual 4.5 menunjukkan jawapan daripada pihak responden berkaitan dokumen sokongan yang diperlukan. Kesemua responden menyatakan bahawa dokumen sokongan yang diperlukan semasa mengemukakan permohonan kelulusan permit adalah terdapat pada senarai semak yang dikeluarkan oleh PBT. Antara contoh dokumen yang diperlukan ialah surat perjanjian jual-beli, Sijil Layak Menduduki, surat hak milik tanah dan pelbagai contoh lain yang dapat dilihat seperti di dalam Jadual 2.1. 4.2.2.4 Wang Amanah Wang amanah adalah duit kepercayaan yang perlu didepositkan terlebih dahulu bagi setiap permohononan kerja ubahsuai yang telah diluluskan. Jadual 4.6 menunjukkan kadar bayaran wang amanah yang dikenakan oleh setiap PBT di kawasan kajian.


42 Jadual 4.6: Wang Amanah Perkara PBT 1 PBT 2 PBT 3 PBT 4 Wang Amanah Rumah kos rendah (RM200) Rumah kos sederhana (RM300) Rumah sebuah atau banglo (RM500) Rumah kediaman (RM300) Akan dipulangkan sekiranya penuhui syarat pemulangan Wang amanah kebersihan (RM1000) Wang amanah patuh syarat (RM1500) Wang amanah bina awal (RM1000) Rumah kediaman (RM400) Tambah tingkat (RM400 bagi setiap tingkat) Wang amanah berbeza mengikut kawasan kerana wang amanah ini menunjukkan tanda komitmen yang akan diberikan oleh pemilik kediaman kepada PBT di kawasan mereka. Antara contoh kenyataan yang diberikan oleh pihak responden ialah: “Wang amanah yang dikenakan oleh pihak kami kepada semua pemohon adalah bergantung kepada jenis rumah kediaman seperti rumah kos rendah adalah RM200, rumah kos sederhana adalah RM300 dan rumah banglo adalah sebanyak RM500” (PBT 1). Perkara ini menunjukkan bahawa wang amanah yang dikenakan oleh PBT 1 adalah bergantung kepada jenis rumah dan bertindak adil dengan tidak mengenakan kadar yang tinggi terhadap rumah kos rendah berbanding rumah banglo. Selain itu, PBT 2 dan PBT 3 turut menyatakan bahawa mereka hanya mengenakan satu kadar yang sama bagi semua jenis rumah bagi mengelakkan kekeliruan kepada pemohon permit kelulusan. Namun, PBT 3 mempunyai kadar wang amanah berbeza seperti: “Wang amanah di kawasan kami mempunyai tiga jenis yang mana setiap jenis ini mempunyai kepentingan yang tersendiri. Yang pertama ialah wang amanah jaminan kebersihan, wang amanah jaminan patuhi syarat dan terakhir ialah wang amanah bina awal” (PBT 3). Tiga jenis wang amanah yang berbeza ini menunjukkan bahawa perkara ini tidak selari dengan kandungan Akta 133 (2006) yang menyatakan bahawa wang amanah akan dikenakan kepada pemohon yang memohon kelulusan permit kerja ubahsuai rumah terhadap jenis kediaman, bukan atas faktor-faktor yang lain.


43 4.2.2.5 Kadar Bayaran Bayaran atau fee adalah perlu bagi menimbangkan pelan-pelan yang dikemukakan oleh pemohon untuk diluluskan berkenaan dengan kerja ubahsuai rumah. Jadual 4.7 menunjukkan kadar bayaran yang dikenakan oleh PBT terhadap permohonan kelulusan permit oleh pemilik kediaman yang ingin melakukan kerja-kerja ubahsuai. Jadual 4.7: Kadar Bayaran (PBT) Perkara PBT 1 PBT 2 PBT 3 PBT 4 Kadar Bayaran Tingkat bawah (RM7.00/9m2 ) Tingkat 1 (RM6.00/9m2 ) Tingkat 2 (RM5.00/9m2 ) Gazebo, wakaf atau pergola (RM35/unit) Tingkat bawah (RM7.00/9m2 ) Tingkat 1 (RM6.00/9m2 ) Tingkat 2 (RM5.00/9m2 ) Perubahan dalaman (RM18.00) Tingkat bawah (RM7.00/9m2 ) Tingkat 1 (RM6.00/9m2 ) Tingkat 2 (RM5.00/9m2 ) Perubahan pada garisan anjakan (RM18.00) Tingkat bawah (RM7.00/9m2 ) Tingkat 1 (RM6.00/9m2 ) Tingkat 2 (RM5.00/9m2 ) Kolam renang RM25.00/9m2 Kesemua responden daripada PBT bersetuju bahawa kadar bayaran adalah berdasarkan rujukan daripada UBBL 1984 kerana kadar yang telah ditetapkan oleh KPKT itu sangat relevan dan mudah dirujuk oleh mereka. Hal ini dapat dilihat melalui petikan kata-kata pihak responden bahawa: “Segala kadar bayaran memproses pelan ada terdapat pada senarai semak pihak kami, dan ianya bersamaan dengan kadar yang terdapat pada UBBL 1984. Jadi, lebih mudah untuk semua merujuk UBBL 1984 mengenai kadar bayaran memproses pelan” (PBT 4). Hal ini turut disokong oleh responden lain yang turut menyatakan kadar bayaran yang sama dengan PBT 4 dan menjadikan UBBL 1984 sebagai rujukan utama dalam mengenakan bayaran kepada pemohon. Perkara ini menunjukkan bahawa tiada beza antara kadar bayaran yang dikenakan oleh setiap PBT. Manakala bagi pihak arkitek atau pelukis pelan pula, setiap lukisan yang dihasilkan dan urusan yang dilakukan bagi kelulusan permit memerlukan upah dan kos yang tertentu. Kadar bayaran yang dikenakan oleh pihak arkitek atau pelukis pelan adalah seperti yang terdapat pada Jadual 4.8 berikut:


44 Jadual 4.8: Kadar Bayaran (Arkitek) Perkara Arkitek 1 Arkitek 2 Arkitek 3 Arkitek 4 Kadar Bayaran RM3.50 / square feet Keluasan rumah Bergantung pada tahap ubahsuai Bergantung pada jenis ubahsuai, rekabentuk, bahan binaan dan keluasan RM5,000 (tidak kompleks) RM50,000 (kompleks) Jenis dan kos bahan binaan Menurut jawapan daripada arkitek atau pelukis pelan, daripada jadual di atas, antara pendapat pihak responden ialah mereka mengambil kira faktor-faktor seperti: “Luas sesuatu kawasan yang ingin diubahsuai menjadi faktor penting dalam menentukan kadar upah. Oleh itu, pihak kami akan mengambil upah daripada pemilik sebanyak RM3.50/square feet” (Arkitek 1). Selain itu, banyak faktor lain yang akan menentukan kos dan upah yang dikenakan oleh pihak arkitek atau pelukis pelan. Antara faktor-faktor lain ialah: “Bergantung kepada faktor seperti jenis rekabentuk, bahan binaan yang diguna dan keluasan rumah yang ingin diubahsuai” (Arkitek 3). Arkitek 2 menyatakan bahawa upah yang dikenakan bergantung pada tahap ubahsuai rumah tersebut, manakala Arkitek 4 pula menyatakan bahawa jenis dan kos bahan binaan akan mempengaruhi sesuatu upah yang dikenakan. Seman (2006) turut menyatakan bahawa faktor kewangan seperti kos bahan binaan sangat memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi upah dan kos yang akan dikenakan. 4.2.2.6 Tindakan Undang-undang Banyak akta dan perundangan yang berkaitan dengan bangunan, keselamatan, peraturan dan proses untuk mendapatkan permit yang terdapat di dalam pembinaan, pengubahsuaian dan pemodelan semula bangunan (Seman, 2006). Jadual 4.9 menunjukkan tindakan undang-undang yang boleh diambil dan dikenakan kepada klien yang melakukan kerja ubahsuai tanpa mendapatkan permit daripada PBT dan ubahsuai yang dilakukan berbeza dengan pelan ubahsuai yang diluluskan oleh PBT.


Jadual 4.9: TindakaNo. Perkara PBT 1 PBT 2 PBT 3 Pa. Tiada Permit Kerja Ubahsuai Beri peluang untuk memohon semula permit Kompaun RM500.00 Notis amaran Saman oleh mahkamah Robohkan struktur yang diubahsuai Tindakan untuk merobohkan bangunan Denda 10 kali ganda daripada pelan fees Denda tidak kurang daripada RM1000 dan roboh bahagian yang telah diubahsuai Denda tidak kurang daripada RM1000 dan denda tambahan RM100 sehari untuk bangunan digunakan untuk tujuan lain Atas budi bicaraYDP Denda sebanyak 10 kali ganda daripada bayaran proses pelan Notis amaran Saman oleh mahkamah Robohkan bangunan dalam tempoh yang ditetapkan Noti Dengandbaya Merbangsetedibe Sammah Tiadmahpemsedidan dendtelahditetb. Ubahsuai Berlainan Daripada Pelan Denda RM500k Penjara tidak lebih daripada 10 tahun Denda tidak lebih dari RM10k RM250 tiap hari selepas notis dikeluarkan Denda 20 kali ganda daripada bayaran proses DensebaRM Penjtahu


45 an Undang-undang PBT 4 Arkitek 1 Arkitek 2 Arkitek 3 Arkitek 4 is amaran nda 10 kali da daripada aran proses robohkan gunan lah amaran erikan man oleh hkamah da tindakan hkamah jika milik rumah iakan pelan wang da yang h tapkan Memberi amaran yang keras Merobohkan struktur bangunan Mengenakan cukai pintu yang mahal Memberikan amaran keras Merobohkan setiap struktur yang telah diubahsuai Beri saman dan denda 10 kali ganda daripada wang proses Tidak perlu ambil tindakan Kesedaran perlu datang daripada diri sendiri Klien perlu bersedia untuk menanggung segala bakal kemungkinan Tindakan undangundang yang ditentukan oleh mahkamah timbangtara Kenakan denda yang setimpal Merobohkan struktur yang telah diubahsuai nda anyak 50k jara tiga un


46 a. Tiada Permit Kerja Ubahsuai Antara tindakan undang-undang yang perlu diambil oleh PBT sekiranya pemilik kediaman melakukan kerja ubahsuai rumah tanpa mendapatkan permit ialah: “Pada permulaannya, kami akan memberikan peluang kepada pemilik kediaman untuk memohon semula permit. Namun jika masih berdegil, kami akan mengenakan kompaun RM500. Kemudian, kami akan mengeluarkan notis amaran untuk menghentikan kerja ubahsuai bagi mengelakkan daripada bangunan dirobohkan dan didenda 10 kali ganda daripada wang proses” (PBT 1). Selain itu, berbeza dengan tindakan undang-undang yang akan diambil oleh responden lain, sebagai contoh adalah: “Kami akan mendenda tidak kurang daripada RM1000 dan akan merobohkan bahagian yang telah diubahsuai” (PBT 2). Perkara ini turut dipersetujui oleh PBT 3 dan PBT 4 yang menyatakan bahawa kerja ubahsuai yang tiada permit akan didenda sebanyak 10 kali ganda daripada bayaran proses pelan. Kenyataan responden berikut turut bersetuju bahawa: “Merobohkan struktur yang telah diubahsuai dan beri saman serta denda sebanyak 10 kali ganda daripada wang proses” (Arkitek 2). Perkara ini selari dengan UBBL 1984 (2010) yang menyatakan bahawa setiap kerja ubahsuai yang tiada permit akan dikenakan denda sebanyak 10 kali ganda daripada wang proses. Selain itu, semua responden menyatakan bahawa pemilik kediaman yang berdegil untuk mendapatkan permit perlu diambil tindakan seperti: “Memberikan amaran keras, merobohkan struktur bangunan dan mengenakan cukai pintu yang mahal” (Arkitek 1).


47 Kenyataan ini turut disokong oleh Arkitek 4 di mana beliau menyatakan bahawa PBT perlu mengambil tindakan seperti mengenakan denda yang setimpal mengikut arahan daripada mahkamah timbangtara selain merobohkan struktur yang telah diubahsuai. Namun begitu, Arkitek 3 menyatakan bahawa tiada tindakan undang-undang yang perlu diambil PBT kerana ianya perlu datang melalui kesedaran klien, kemungkinan buruk yang bakal jadi seperti kemalangan struktur dan kemalangan jiwa, ianya sudah cukup untuk menyedarkan para klien supaya memohon permit kelulusan kerja ubahsuai rumah. Kenyataan dari responden adalah: “Tiada tindakan yang perlu diambil oleh PBT kerana masih ramai daripada pemilik kediaman tidak mengambil ikhtibar terhadap apa yang pernah terjadi. Sebaliknya kesedaran pemilik kediaman perlu hadir daripada diri sendiri kerana segala kemungkinan yang buruk seperti kemalangan nyawa akan dihadapi oleh mereka” (Arkitek 3). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kandungan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976 (2006) yang menyatakan mengenai bayaran denda yang telah ditetapkan oleh KPKT adalah 10 kali ganda daripada bayaran proses pelan ubahsuai dan ianya selaras dengan jawapan yang diberikan oleh majoriti daripada responden. b. Ubahsuai Berlainan Daripada Pelan Bagi kerja ubahsuai yang berlainan dengan pelan yang dikemukakan oleh pemohon, semua responden menyatakan bahawa tindakan tegas perlu diambil bagi memberi kesedaran kepada pemilik kediaman. Antara tindakan yang boleh diambil ialah: “Kenakan denda sebanyak RM500 ribu dan penjara tidak lebih daripada 10 tahun atau kedua-duanya” (PBT 1). Denda ini boleh dilihat sebagai sangat berat berbanding caj yang dikenakan oleh PBT untuk mendapatkan permit kelulusan ubahsuai rumah kediaman. Selain itu, responden memberi cadangan tindakan yang boleh diambil adalah:


48 “Kenakan denda tidak lebih daripada RM10 ribu dan RM250 per hari selepas notis dikeluarkan sehingga pemilik kediaman mematuhi pelan yang dikemukakan atau menghentikan kerja-kerja ubahsuai” (PBT 2). Tindakan tegas seperti ini adalah perlu dalam meningkatkan lagi kesedaran umum berkenaan keperluan mematuhi pelan yang telah diluluskan. Hal ini kerana pelan lulus itu hanya sekadar di atas kertas namun segala kerja ubahsuai yang dilakukan adalah berlainan dan tidak mematuhi syarat lulus pelan ubahsuai rumah. Tindakan lain yang dicadangkan oleh pihak arkitek atau pelukis pelan adalah: “Pemilik kediaman akan didenda sebanyak 20 kali ganda daripada bayaran proses pelan kelulusan” (PBT 3). Selain itu, jika denda 20 kali ganda ini difikirkan tidak mencukupi dan tidak cukup tegas, PBT 4 memberi cadangan tindakan yang boleh diambil seperti: “Denda akan dikenakan kepada pemilik kediaman sebanyak RM50 ribu dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya” (PBT 4). Segala denda yang dinyatakan ini merupakan antara perkara yang perlu dilaksanakan dengan tegas oleh PBT supaya masyarakat di Malaysia lebih peka akan keperluan pematuhan peraturan kerja ubahsuai bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang kejadian buruk pada kemudian hari. Denda-denda yang dinyatakan oleh pihak responden ini selaras dengan denda yang telah ditetapkan oleh Akta 133 (2006) iaitu denda sebanyak RM500 ribu (dahulunya RM50 ribu) dan juga penjara tidak lebih daripada 10 tahun (dahulunya 5 tahun). 4.2.3 Amalan Kerja Amalan kerja merupakan suatu pegangan yang perlu dirujuk oleh setiap pekerja kerana amalan kerja yang berkesan akan meningkatkan kualiti kerja. Jadual 4.10 menunjukkan hasil analisis daripada soalan temubual berkaitan amalan kerja PBT dan juga amalan kerja KPKT.


49 Jadual 4.10: Amalan Kerja Perkara PBT 1 PBT 2 PBT 3 PBT 4 Amalan Kerja PBT UBBL 1984 Akta 133 Akta 171 Akta 172 UBBL 1984 Akta 133 Akta 171 Akta 172 UBBL 1984 Akta 133 Akta 171 Akta 172 MS ISO 9001:2008 Manual Kualiti Manual Piawaian Perancangan UBBL 1984 Akta 133 Akta 171 Akta 172 Amalan Kerja KPKT Perubahan yang dilakukan adalah ikut kesesuaian kawasan Selaras dengan perundangan dari unit Kerajaan Tempatan Amalan KPKT menjadi panduan utama buat seluruh PBT Supaya mudah buat rujukan sekiranya berlaku sebarang masalah 4.2.3.1 Amalan Kerja PBT Amalan kerja menjadi teras penting di dalam melaksanakan sesuatu kerja, termasuk juga untuk kerja ubahsuai rumah. Kesemua PBT yang ditemubual menyatakan bahawa dua rujukan dan perundangan utama yang menjadi rujukan mereka adalah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 atau UBBL 1984 dan juga Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 atau Akta 133. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan daripada responden bahawa: “Buku biru ini menjadi rujukan utama kami, UBBL 1984, kerana segala kandungannya merangkumi keseluruhan peraturan, syarat dan prosedur untuk melakukan kerja pengubahsuaian di Malaysia. Selain itu, Akta 133 turut menjadi rujukan kami, namun tidak sebanyak rujukan yang kami lakukan terhadap buku UBBL 1984 ini” (PBT 4). Perkara ini turut dipersetujui oleh PBT 1 dan juga PBT 2 kerana menurut mereka, selain daripada dua rujukan itu, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan juga Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) turut menjadi amalan kerja bagi mereka kecuali PBT 3 yang mempunyai amalan kerja tambahan seperti MS ISO 9001:2008, Manual Kualiti dan juga Manual Piawaian Perancangan. Ini dapat dibuktikan dengan kenyataan daripada pihak responden bahawa:


50 “Selain UBBL 1984, kami juga mempunyai MS ISO 9001:2008, Manual Kualiti dan Manual Piawaian Perancangan bagi rujukan kerja ubahsuai rumah di kawasan kami” (PBT 3). Amalan kerja tambahan ini tidak selari dengan kajian yang pernah dilakukan oleh Janardhanan (2004) di mana beliau mendapati bahawa PBT mempunyai empat sahaja amalan kerja, rujukan dan perundangan iaitu UBBL 1984, Akta 133, Akta 171 dan juga Akta 172. Namun begitu, penambahan tiga lagi rujukan ini membuktikan bahawa PBT 3 perlu mencari alternatif yang lain supaya setiap tindakan yang dilakukan oleh pihak mereka bersesuaian dengan keadaan dan kawasan seliaan mereka. 4.2.3.2 Amalan Kerja KPKT Keselarasan amalan kerja PBT ini dengan amalan kerja yang telah dicadangkan oleh pihak KPKT mendapat persetujuan oleh semua responden seperti contoh yang dinyatakan oleh salah satu responden bahawa: “Amalan kerja yang digunapakai oleh kami selaras dengan amalan kerja yang dicadangkan oleh KPKT kerana ianya mudah untuk dibuat rujukan sekiranya berlaku sebarang masalah yang timbul” (PBT 4). Selain itu, responden lain turut mempunyai jawapan yang sama iaitu selaras dengan amalan kerja yang dicadangkan oleh KPKT, namun mempunyai pandangan yang sedikit berbeza. Antara pandangan mereka adalah: “Kami setuju bahawa amalan kerja yang dicadangkan oleh KPKT digunapakai oleh kami. Namun begitu, kami melakukan sedikit perubahan berdasarkan kesesuaian kawasan kami” (PBT 1). Keselerasan dengan amalan kerja cadangan daripada KPKT turut dipersetujui oleh PBT 2 dan PBT 3 dengan menyatakan bahawa amalan kerja mereka adalah selaras dengan perundangan yang dikeluarkan oleh Unit Kerajaan Tempatan dan sesuai untuk dijadikan panduan oleh seluruh PBT di Malaysia.


51 Oleh itu, penyeragaman dan penyelarasan prosedur dan proses pengeluaran permit bagi kerja-kerja ubahsuai ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan klien bagi PBT (KPKT, 2012). Pihak KPKT turut menyatakan bahawa pemakaian sepenuhnya garis panduan daripada pihak mereka akan memperkemaskan kaedah pengeluaran permit kerja-kerja ubahsuai di seluruh PBT di Malaysia. 4.2.4 Keberkesanan Penggunaan Amalan Kerja Segala amalan kerja yang telah ditetapkan ini perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab oleh PBT. Jadual 4.11 menunjukkan sejauh mana keberkesanan penggunaan amalan kerja yang digunapakai oleh PBT terhadap kerja-kerja ubahsuai rumah kediaman. Keberkesanan penggunaan amalan kerja ini boleh dilihat dalam dua perkara iaitu sejauh mana amalan kerja yang telah ditetapkan itu dilaksanakan oleh PBT dan juga sejauh mana ketelusan kerja oleh PBT. Jadual 4.11: Keberkesanan Penggunaan Amalan Kerja Perkara Arkitek 1 Arkitek 2 Arkitek 3 Arkitek 4 Perlaksaan Amalan Kerja Tidak PBT perlu nasihat klien tentang rekabentuk dibenarkan Klien perlu sedia untuk dikenakan tindakan daripada PBT Tidak Klien pentingkan kemahuan berbanding keperluan Aspek keselamatan tidak dititik beratkan klien Tidak PBT hanya ikut spesifikasi Melambatkan untuk dapatkan permit kerja dan kerja ubahsuai rumah tergendala Kurang Masih mudah difahami dan mudah dipraktikkan Kurang masalah untuk mematuhi syarat yang telah ditetapkan Ketelusan Kerja Tidak PBT hanya ikut undang-undang yang telah lama dirangka Tidak mampu dan tidak boleh berfikir secara cepat dan kreatif untuk atasi dan tangani masalah baharu Tidak Garis panduan telah jadi polisi PBT Perubahan polisi akan mengikut peredaran masa Lukisan yang gagal penuhi garis panduan secara automatik tidak akan diluluskan Tidak Fees dan bayaran yang diambil di salah guna untuk diri sendiri Imbuhan tersebut jadi kegunaan sendiri bukan menjadi pendapatan PBT Kurang Telah menjadi tanggungjawab PBT untuk kerja secara telus PBT merupakan pihak yang paling rapat dengan orang awam


52 4.2.4.1 Perlaksaan Amalan Kerja Segala amalan kerja yang telah ditetapkan ini perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab oleh PBT, namun semua daripada responden berpendapat bahawa PBT tidak melaksanakan amalan kerja yang telah ditetapkan ini dengan baik. Ini dibuktikan dengan kenyataan daripada responden bahawa: “PBT tidak menggunapakai amalan kerja mereka dengan sepenuhnya kerana PBT terlalu mengikut spesifikasi dan ini hanya melambatkan kerja ubahsuai rumah dan mendapat kelulusan permit” (Arkitek 3). Kenyataan tersebut turut disokong oleh Arkitek 1 dan Arkitek 2 yang menyatakan bahawa PBT tidak menggunapakai amalan kerja secara keseluruhannya kerana klien atau pemilik kediaman lebih mementingkan kemahuan berbanding keperluan dan aspek keselamatan semasa melakukan kerja ubahsuai rumah kediaman mereka. Namun berbeza pula dengan kenyataan Arkitek 4 yang menyatakan bahawa: “Amalan kerja PBT kurang digunapakai dengan baik oleh mereka, namun amalan kerja tersebut masih sesuai untuk difahami dan masih sesuai untuk dipraktikkan” (Arkitek 4). Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Mohammed (2005) dengan menyatakan bahawa amalan kerja yang baik mampu untuk meningkatkan tahap prestasi sesebuah organisasi terutamanya PBT. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa amalan kerja yang baik akan menghasilkan sumbangan yang besar kepada keseluruhan tahap keberkesanan perkhidmatan oleh PBT. Oleh yang demikian, dapat dinyatakan bahawa amalan kerja yang digunapakai oleh PBT masih lagi belum mencapai tahap memuaskan bagi klien yang menggunakan perkhidmatan mereka kerana PBT hanya mengambil sikap sambil lewa dalam melaksanakan tugas mereka terutama yang membabitkan proses kelulusan permit kebenaran ubahsuai rumah di kawasan mereka duduki.


53 4.2.4.2 Ketelusan Kerja Majoriti daripada responden iaitu tiga daripada empat bersetuju bahawa PBT tidak melaksanakan kerja secara telus dan penuh rasa tanggungjawab dan PBT hanya sekadar menjalankan tugas seperti yang telah ditetapkan oleh KPKT serta tidak mampu untuk berfikir secara kreatif untuk mencari jalan penyelesaian sekiranya sesuatu masalah yang berbeza timbul. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Arkitek 3 bahawa: “Ada daripada pihak mereka yang mengambil imbuhan atas fees dan bayaran yang dikenakan kepada pemilik kediaman untuk kepentingan sendiri, bukan untuk menjadi pendapatan pihak Majlis” (Arkitek 3). Hal ini turut selari dengan laporan akhbar yang menyatakan bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 67 laporan mengenai kes rasuah membabitkan PBT di Johor dengan kes yang tertinggi dicatatkan di MBJB yang mencatatkan 17 kes dan juga MPJBT juga dengan 17 manakala 16 kes dicatatkan di MPBP (Bernama, 2006). Selain daripada itu, pihak Arkitek 1 turut menyatakan bahawa PBT hanya mengikut undang-undang yang telah lama dirangka dan segala tindakan yang dilakukan adalah berdasarkan perundangan yang telah ditetapkan oleh PBT itu sendiri. Manakala bagi Arkitek 2 pula, segala garis panduan yang ditetapkan telah menjadi polisi PBT sejak sekian lama dan sebarang perubahan adalah berdasarkan peredaran masa dan kesesuaian pada masa tersebut. Arkitek 4 pula menyatakan: “PBT merupakan pihak perantara bagi pihak kerajaan dan orang awam, jadi telah menjadi tanggungjawab PBT untuk melaksanakan tugas mereka secara telus dan amanah” (Arkitek 4). Hal ini selari dengan petikan akhbar Bernama (2012) yang menyatakan bahawa sikap segelintir Ahli Majlis PBT seharusnya turun padang dan mendengar masalah rakyat supaya dapat membantu melicinkan kerja kerajaan.


54 Oleh yang demikian, dapat dilihat berdasarkan jawapan pihak responden bahawa perkhidmatan yang diberikan oleh PBT masih lagi kurang memuaskan dan perlu diperbaiki dalam memastikan tiada lagi kritikan terhadap kerja-kerja mereka. 4.2.5 Perbincangan Dapat disimpulkan bahawa PBT menggunapakai amalan kerja dan perundangan yang telah dicadangkan oleh pihak KPKT seperti UBBL 1984, Akta 133, Akta 171 dan juga Akta 172. Manakala bagi menyesuaikan mengikut keadaan persekitaran, salah satu responden mempunyai amalan-amalan kerja tambahan yang dijadikan rujukan kerana pihak atasan dan juga YDP mereka yang selalu dan silih berganti menyebabkan kecelaruan dalam bidang pengurusan dan perkhidmatan. Gambaran berkenaan UBBL 1984, Akta 133, Akta 171 dan juga Akta 172 adalah seperti yang telah diterangkan oleh penyelidik seperti di dalam Bab 2. Berkenaan perkara seperti ISO 9001:2008, ianya merupakan satu piawaian bertulis yang menjelaskan garis panduan dan keperluan asas dalam satu Sistem Pengurusan Kualiti (SPK). MS adalah singkatan kepada Malaysian Standards manakala ISO adalah nama singkatan kepada International Organization for Standardization yang merupakan gabungan organisasi seluruh dunia. 9001 pula merupakan SPK yang menjadi keperluan bagi organisasi dan 2008 merupakan tahun MS ISO ini dipinda iaitu merupakan pindaan kali ketiga. Manakala manual kualiti pula mengandungi dasar kualiti, objektif kualiti, penerangan ringkas mengenai SPK dan prinsip-prinsip asas yang memandu pelaksanaan perkhidmatan teras iaitu pengurusan dan pentadbiran perbandaran secara berkesan. Manual ini diperlengkapkan lagi dengan prosedur kualiti, arahan kerja dan dokumen sokongan seperti borang, pekeliling, akta, ordinan dan lain-lain. Selain daripada dua amalan kerja tambahan tersebut, manual piawaian perancangan turut menjadi amalan kerja tambahan bagi proses kelulusan permit kerja ubahsuai rumah. Manual piawaian perancangan merupakan satu set garis panduan yang rasional yang digunakan sebagai rujukan di dalam menyedia dan mempertimbangkan pelan-pelan cadangan. Manual ini digunakan adalah untuk menjadikan sesuatu pembangunan itu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Namun begitu, amalan-amalan kerja ini masih kurang meluas pengetahuannya terhadap klien PBT iaitu pemilik kediaman dan juga arkitek atau


55 pelukis pelan. Hal ini menyebabkan pemilik kediaman dan arkitek atau pelukis pelan ini kurang arif mengenai syarat dan prosedur serta proses ubahsuai yang dilaksanakan oleh PBT. PBT perlu menitikberatkan soal kepentingan permohonan permit kerja ubahsuai rumah ini bagi mengelakkan daripada berlakunya kerja ubahsuai secara haram. Melalui data dan maklumat yang telah diperoleh hasil daripada temubual bersama pihak arkitek atau pelukis pelan, dapat disimpulkan bahawa PBT tidak dapat dan masih gagal untuk menggunapakai amalan kerja secara keseluruhannya. Oleh itu, keberkesanan penggunaan amalan kerja oleh PBT masih lagi berada pada tahap yang rendah dan minima. Hal ini kerana wujudnya masalah birokrasi yang ketara selain PBT di Johor masih mengambil masa yang agak lama dan panjang iaitu selama sekurang-kurangnya 14 hari waktu bekerja untuk meluluskan permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman, sedangkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hanya mengambil masa satu hari untuk meluluskan permit kerja ubahsuai rumah sekiranya tiada masalah semasa memohon. Selain itu, amalan kerja yang digunapakai oleh PBT mempunyai kandungan yang sukar untuk difahami kerana penggunaan tatabahasa yang sukar dan ayat tidak moden, dan ini menyukarkan untuk penghuni rumah dan arkitek atau pelukis pelan mentafsirkan perkara sebenar yang terkandung di dalam bahan rujukan tersebut. Majoriti berpendapat bahawa PBT tidak melaksanakan kerja mereka secara telus, dan masih terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pihak mereka supaya perkhidmatan yang diberikan tidak akan dikritik oleh orang ramai. 4.3 Kesimpulan Secara keseluruhannya, bab ini telah menerangkan bagaimana data-data temubual dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Data temubual yang diperoleh dihuraikan secara terperinci berdasarkan kajian literatur dalam bab sebelum ini. Penganalisisan pada data yang dilakukan adalah penting untuk menghuraikan datadata mentah yang diperoleh seterusnya disimpulkan dengan mudah dan jelas. Hasil temubual bersama PBT menjelaskan mengenai amalan kerja yang digunapakai oleh PBT dalam setiap kerja ubahsuai rumah. Amalan-amalan kerja ini menjadi panduan utama kepada PBT dalam menentukan sesuatu kerja ubahsuai rumah itu menepati syarat yang telah ditetapkan atau sebaliknya. Semua responden


56 bersetuju empat dokumen utama yang menjadi teras amalan kerja PBT dalam kerja ubahsuai rumah ialah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 atau UBBL 1984, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 atau Akta 133, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan juga Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Manakala hasil temubual bersama pihak arkitek atau pelukis pelan menjelaskan mengenai keberkesanan penggunaan amalan kerja oleh PBT. Hasil dapatan temubual yang dilakukan oleh penyelidik mendapati bahawa penggunaan amalan kerja PBT masih lagi kurang berkesan. Oleh itu, PBT perlu mengambil sikap proaktif dalam menambah baik perkhidmatan yang diberikan oleh mereka dengan lebih berkesan supaya setiap klien sama ada pemilik kediaman mahupun arkitek atau pelukis pelan berpuas hati dengan tahap prestasi PBT di kawasan mereka.


BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Bab ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan tahap pencapaian bagi setiap objektif yang ingin dicapai dan seterusnya membuat kesimpulan terhadap keseluruhan kajian yang telah dilakukan. Selain itu bab ini juga menerangkan rumusan secara keseluruhan berdasarkan data yang telah diperoleh pada bab sebelumnya berdasarkan sesi temubual bersemi-struktur bersama pihak responden. Hasil kajian yang diperolehi daripada penganalisian data akan dirumus mengikut objektif kajian yang telah ditentukan. Selain itu, segala limitasi yang berlaku dalam kajian ini juga akan dibincangkan dan cadangan untuk kajian lanjutan bagi kajian ini akan dikemukakan bagi penambahbaikan pada masa akan datang. 5.2 Limitasi Kajian Sepanjang menjalankan kajian ini, penyelidik mendapati beberapa limitasi yang memberi kesan terhadap kajian yang dijalankan. Limitasi ini sedikit sebanyak telah mengehadkan kelancaran terhadap data yang cuba diperoleh. Antara limitasi kajian yang terpaksa dihadapi oleh penyelidik adalah masalah untuk membuat sesi temubual. Walaupun tarikh dan waktu telah dipersetujui antara kedua-dua pihak, namun pihak responden sering kali menunda sesi temubual tersebut ke satu tarikh dan waktu yang lain. Alasan yang kerap diberikan mereka adalah tiada masa dan sibuk bermesyuarat.


58 Walaupun penyelidik hanya mampu untuk memperoleh empat orang responden dari pihak PBT dan juga empat orang responden dari pihak arkitek atau pelukis pelan yang sanggup melapangkan masa untuk ditemubual, hasil dapatan data yang diperoleh adalah sangat relevan dengan tajuk dan objektf kajian yang dijalankan. Selain itu, data yang diperoleh dapat membantu penyelidik dalam proses penganalisisan bagi mencapai objektif yang telah dibentuk di dalam kajian ini. 5.3 Kesimpulan Rumusan kajian yang akan diterangkan oleh penyelidik adalah mengikut objektif kajian yang telah ditetapkan. Objektif kajian ini yang pertama adalah mengkaji amalan kerja yang digunapakai oleh PBT dalam proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman, manakala objektif kajian yang kedua pula adalah mengkaji keberkesanan penggunaan amalan kerja oleh PBT terhadap proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman di kawasan kajian. Rumusan yang dapat disimpulkan ialah kajian yang dijalankan oleh penyelidik telah dapat mencapai kedua-dua objektif kajian yang telah ditetapkan. 5.3.1 Objektif Pertama : Mengkaji Amalan Kerja Yang Digunapakai Oleh PBT Dalam Proses Permohonan Permit Kerja Ubahsuai Rumah Objektif pertama kajian telah dicapai melalui perbandingan antara hasil kajian literatur dan juga data daripada kajian temubual yang dijalankan terhadap responden iaitu PBT. Kajian literatur menyatakan bahawa terdapat empat jenis amalan kerja yang digunapakai iaitu Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976 (Akta 133), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 atau UBBL 1984 menerangkan mengenai kehendak dan keperluan dalam pembinaan seperti tapak bangunan, saliran, air bawah tanah, perlindungan hakisan dan perparitan. Akta 133 pula telah mendapat persetujuan Diraja untuk digunapakai pada 5 Jun 1974 dan telah diterbitkan dalam Warta pada 13 Jun 1974. Akta 171 mula mendapat persetujuan Diraja pada 18 Mac 1976 dan diterbitkan dalam Warta pada 25 Mac 1976, manakala pemakaian dan perlaksanaan Akta 172 pula hanya boleh dibuat pada suatu tarikh


59 yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) yang berkenaan dengan persetujuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Manakala hasil daripada data kajian yang telah diperoleh menunjukkan bahawa amalan kerja utama yang digunapakai oleh PBT adalah UBBL 1984. Keempat-empat daripada responden menyatakan bahawa UBBL 1984 telah banyak membantu pihak mereka dalam proses meluluskan permohonan permit ubahsuai rumah kediaman. Hal ini kerana UBBL 1984 sesuai untuk menjadi rujukan mengenai had minimum dan maksimum keselesaan yang boleh dicapai oleh penghuni dan semua rumah moden harus mengikuti had yang telah disyorkan. Selain itu, Akta 133, Akta 171 dan Akta 172 turut menjadi rujukan bagi kesemua PBT yang ditemubual. Namun begitu, terdapat penambahan amalan kerja berkaitan kerja ubahsuai rumah kediaman iaitu MS ISO 9001:2008, manual kualiti dan juga manual piawaian perancangan. Menurut responden, amalan-amalan kerja ini disesuaikan mengikut kawasan dan persekitaran muka bumi, selain Yang DiPertua di kawasan mereka sering kali bertukar orang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap sistem pengurusan. Namun begitu, segala amalan kerja yang digunapakai ini tetap bertujuan untuk memudahkan urusan dan menjelaskan kepada klien tentang proses kelulusan permit kerja-kerja ubahsuai rumah kediaman. 5.3.2 Objektif Kedua : Mengkaji Keberkesanan Penggunaan Amalan Kerja Oleh PBT Terhadap Proses Permohonan Permit Kerja Ubahsuai Rumah Objektif kedua kajian telah dicapai melalui perbandingan antara hasil kajian literatur dan juga data daripada kajian temubual yang dijalankan terhadap responden iaitu pihak arkitek ataupun pelukis pelan. Kajian literatur menyatakan bahawa walaupun amalan kerja ini telah digunapakai hampir 30 tahun yang lalu, PBT masih lagi menerima pelbagai kritikan dan komen daripada orang ramai terhadap prestasi perkhidmatan mereka yang kurang memberangsangkan terutamanya dalam kerja pengubahsuaian rumah masih sering diperkatakan. Hasil data yang diperolehi penyelidik, penyelidik mendapati bahawa PBT masih tidak mematuhi amalan kerja secara keseluruhannya yang telah ditetapkan oleh pihak mereka dan juga KPKT. Hal ini adalah kerana menurut responden, PBT hanya sekadar menjadikan amalan kerja tersebut sebagai rujukan semata-mata, bukan untuk memperkemaskan lagi bahagian pengurusan oleh pihak


60 mereka. Oleh itu, amalan kerja yang digunapakai oleh PBT tidak digunakan sepenuhnya menyebabkan proses untuk kelulusan permit mengambil masa yang lama. Implikasi yang timbul apabila proses untuk kelulusan permit mengambil masa yang lama adalah akan wujudnya masalah pengubahsuaian rumah kediaman secara haram oleh pemilik kediaman. Selain itu, apabila amalan kerja PBT ini tidak digunapakai secara keseluruhannya, hal ini akan mengakibatkan kerja yang dilakukan oleh PBT tidak telus dan kurang rasa tanggungjawab. Walaupun telah menjadi tanggungjawab PBT untuk kerja secara telus kerana mereka menjadi pihak yang paling rapat dengan orang awam dan menjadi wakil utama pihak kerajaan untuk mendekati permasalahan rakyat, namun mereka masih gagal dalam mencapai satu tahap kepuasan pelanggan yang memuaskan. Garis panduan dan spesifikasi yang telah ditetapkan telah lama menjadi polisi PBT dan ini menyebabkan mereka hanya sekadar mengikut undangundang yang telah lama dirangka tersebut. Oleh yang demikian, pihak mereka tidak mampu dan gagal untuk berfikir secara kreatif dan kritis sekiranya permasalahan yang baharu timbul serta memerlukan idea yang kritikal dan keputusan yang pantas. Kesimpulannya, dapat dinyatakan melalui hasil dapatan data temubual bersama pihak arkitek atau pelukis pelan bahawa penggunaan amalan kerja PBT masih lagi kurang berkesan dan ianya memerlukan penambahbaikan sama ada daripada pihak PBT itu sendiri mahupun pihak KPKT. Hal ini telah menyebabkan implikasi yang jelas terutamanya isu yang berkaitan tempoh masa yang diambil untuk meluluskan permit kerja ubahsuai rumah dan juga kerja-kerja ubahsuai rumah secara haram. 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan Dalam bahagian ini, cadangan untuk kajian lanjutan yang dinyatakan adalah untuk menjadi panduan dan rujukan kepada pihak yang ingin membuat kajian pada masa yang akan datang agar masalah yang dihadapi penyelidik tidak akan berulang kembali. Oleh itu, kajian ini memerlukan kajian lanjutan bagi menambahbaik dapatan data dan dijadikan sebagai rujukan kepada pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan di Malaysia. Antara cadangan lanjutan yang dicadangkan oleh penyelidik ialah:


61 i. Membandingkan prosedur atau proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah bagi setiap PBT di seluruh negeri Johor. ii. Mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan perbezaaan tempoh kelulusan permit bagi Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Johor Bahru. iii. Mengkaji cara yang boleh dilakukan oleh PBT dalam mempercepatkan proses kelulusan permit kerja ubahsuai sekurang-kurangnya 7 hari waktu bekerja. iv. Mengkaji tahap keberkesanan penggunaan pelan setara di seluruh PBT negeri Johor bagi kerja ubahsuai rumah kediaman.


RUJUKAN Abdul Karib, S. (2012). Membentuk Kompetensi Kontraktor Ubahsuai. Kuala Lumpur: CIDB News Issue 01 June 2012. Abdul Rahim, Z. dan Hashim, A. H. (2012). Adapting to Terrace Housing Living in Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 36(1), 147-157. Abdul Wahab, H. (2002). Kawalan undang-undang terhadap pembangunan di tanah tinggi. Artikel Jelapang, 3(1), 63-70. Ahmad, H., Fadlie, M. Y., Yahaya, N. A. dan Abu, J. (2011). The means of escaping for occupants for renovation works of terrace houses in Malaysia. Procedia Engineering, 20(1), 188-192. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] (2006). Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. Petaling Jaya: International Law Book Services. Awang, D. H. T., Omar, A. H. dan Sariffudin, R. S. (2005). Aplikasi Perisian NVivo Dalam Analisis Data Kualitatif. Universiti Teknologi Malaysia: Qualitative Conference. Babbie, E. (2001). The practise of social research (9th Edition). Belmont, CA: Wadsworth. Baek, C. H. dan Park, S. H. (2012). Changes in renovation policies in the era of sustainability. Energy and Buildings, 47(1), 485-496. Bernama (2012). Guna Khidmat Pakar Ubahsuai Rumah Elak Kemalangan. Dicapai pada Februari 27, 2013, dari http://www.jkr.gov.my/var/paper/BH1_2210 12.pdf Bernama (2012). Pastikan Pengubahsuaian Rumah Dapat Kelulusan. Dicapai pada April 27, 2013, dari http://www.malaysiandigest.com/bahasa-melayu/ 145002-pastikan-pengubahsuaian-rumah-dapat-kelulusan-chor.html Bernama (2012). Penguatkuasaan PBT penting dalam banteras masalah sosial. Dicapai pada April 27, 2013, dari http://www.sinarharian.com.my/edisi/


63 selangor-kl/ronnie-liu-penguatkuasaan-pbt-penting-dalam-banterasmasalah-sosial-1.65551 Canada Mortgage And Housing Corporation (2012). Renovation and Home Purchase Report. Toronto (Canada): Major Market Highlights. Chia, B. S. (2009). Sistem Pengurusan Kelulusan Pelan Bangunan Bagi MPJBT (e-Building Plan) Melalui Web dan PDA. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Ijazah Sarjana Muda. Ching, F. D. K. & Miller, D. E. (1983). Home Renovation. New York: John Wiley & Sons Incorporated. Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Malaysia: McGraw Hill. Creswell, J. W. (2009). Research design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches (3 rd Edition). Thousand Oaks, CA: SAGE Publications Inc. Heng, Z. dan Siu, L. L. (2012). An assessment framework for the renovation of existing residential buildings regarding environmental efficiency. Procedia Social and Behavioral Sciences, 68(1), 549-563. Ibrahim, F. W. dan Abd. Karim, M. Z. (2004). Efficiency of local governments in Malaysia and its correlates. International Journal of Management Studies, 11(1), 57-70. Janardhanan, J. V. (2004). Pengubahsuaian Rumah Di Daerah Johor Bahru Tengah. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Ijazah Sarjana. Kajornboon, A. B. (2005). Using Interviews as Research Instrument. Thailand: Language Institute of Chulalongkorn University. Kamarudin, N. R. (2007). Kecenderungan Pemilihan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Bagi Pengurusan Harta Tanah Kormersial. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti (2012). Sistem Pengurusan Kualiti. Kuching: Artikel Manual Kualiti. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (2012). Garis Panduan Prosedur Pengeluaran Permit Kerja Ubahsuai. Putrajaya: Artikel Panduan. Konting, M. M (2005). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kothari, C. R. (2008). Research Methodology: Methods and Technique Second Edition. Canada: New Age Publication.


64 Lee, H. Y. (2012). Renovation scheduling to minimize user impact of a building that remains in operation. Automation in Construction, 22(2), 398-405. Lembaga Arkitek Malaysia (2013). Portal Rasmi LAM. Dicapai pada Mei 2, 2013, dari http://www.lam.gov.my/ Lindlof, T. R. dan Taylor, B. C. (2011). Qualitative Communication Research Methods (3rd Edition). California: SAGE Publications Inc. Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (2013). Portal Rasmi MPJBT. Dicapai pada Mei 1, 2013, dari http://www.mpjbt.gov.my/ Majlis Perbandaran Kulai (2013). Portal Rasmi MPKu. Dicapai pada Mei 1, 2013, dari http://www.mpkulai.gov.my/ Majlis Perbandaran Pasir Gudang (2013). Portal Rasmi MPPG. Dicapai pada Mei 1, 2013, dari http://www.mppg.gov.my/ Majlis Perbandaran Batu Pahat (2013). Portal Rasmi MPBP. Dicapai pada Mei 1, 2013, dari http://www.mpbp.gov.my/ Marvasti, A. (2004). Qualitative Research in Sociology. London: SAGE Publications Ltd. McKim, R., Hegazy, T. and Attalla, M. (2000). Project performance control in reconstruction projects. Construction Engineering and Management, 126(2), 137-141. Mitropoulos, P. and Howell, G.A. (2002). Renovation projects: design process problems and improvement mechanism. Management in Engineering, 18(4), 179-185. Mohammed, M. A. H. (2005). Pembentukan Kerangka Kerja Amalan Terbaik Bagi Pengurusan Harta Tanah PBT. Universiti Teknologi Malaysia: Ijazah Sarjana. Mukono, J. (2000). Prinsip Dasar Kesehatan Lingkungan. Surabaya: Airlangga University Press. Newman, A. (2001). Structural Renovation of Buildings: Methods, Details & Design Examples. New York: McGraw Hill. New Straits Times (2012). Faster Approval For House Renovations. Dicapai pada Februari 27, 2013, dari http://www.nst.com.my/opinion/editorial/fasterapproval-for-house-renovations-1.161108


65 New Straits Times (2012). House Renovation: Redefine Building By-Laws. Dicapai pada Februari 27, 2013, dari http://www.nst.com.my/opinion/letters-to-theeditor/house-renovation-redefine-building-by-laws-1.187662 Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah (2012). Comply With The Laws When Renovating. Dicapai pada Mac 05, 2013, dari http://www.nst.com.my/red/ comply-with-the-laws-when-renovating-1.8037 Punch, K. F. (2005). Introduction to Social Research: Quantitative and Qualitative Approaches. London: Sage Publication Ltd. Seman, M. A. (2006). Masalah-masalah Pengubahsuaian Rumah Terhadap Kontraktor. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Ijazah Sarjana Muda. Setiadi (2007). Konsep & Penulisan Riset Keperawatan. Yogyakarta: Graha Ilmu. Syed Ismail al-Qudsy, S. H., Ab. Rahman, A. dan Mohd Zain, M. I. (2009). Pengukuhan nilai dan profesionalisme di kalangan penjawat awam ke arah efektif governan di Malaysia. Jurnal Syariah, 17(3), 559-592. Tiun, L. T. (1995). Panduan Asas Penyelidikan Sosio-ekonomi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (2012). Tuntutan yang Difailkan Mengikut Kategori Perkhidmatan: Pengubahsuaian Rumah. Putajaya: Statistik Utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (2010). Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. Petaling Jaya: International Law Book Services. Wellington J. (2004). Educational Research. Continum: London-New York. Yaacob, Z. (2008). Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan. Jurnal Kemanusiaan, 12(1), 1-13. Yaacob, Z. (2009). Komitmen kakitangan sebagai pemoderat hubungan antara amalan pengurusan kualiti dan kepuasan pelanggan. Jurnal Kemanusiaan, 14(1), 1-19.


LAMPIRAN


67 LAMPIRAN 1 ____________________________________________________________________ UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan) SOALAN TEMUBUAL ____________________________________________________________________ Tajuk : Amalan Kerja PBT Dalam Proses Ubahsuai Rumah Kediaman. Tuan/Puan, Soalan temubual ini dikemukakan bagi mendapatkan maklumat daripada pihak responden terhadap objektif kajian : i. Mengkaji amalan kerja yang digunapakai oleh PBT terhadap proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman. Maklumat yang terdapat di dalam soalan temubual ini hanya digunakan bagi tujuan kajian sahaja dan segala maklumat yang diperolehi adalah rahsia dan sulit. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amat diperlukan dan dihargai. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan diucapkan dengan jutaan terima kasih. Penyelidik : Izzat Syamir Bin Mohamad Noor Jabatan Pengurusan Pembinaan, Fakulti Pengurusan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. [email protected] Penyelia : Dr. Roshartini Binti Omar Jabatan Pengurusan Pembinaan, Fakulti Pengurusan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. [email protected]


68 Bahagian A : Latar belakang responden Arahan : Sila nyatakan butiran diri anda pada ruang yang disediakan. Nama : ________________________________________________ Jawatan : ________________________________________________ Jabatan : ________________________________________________ Pengalaman Kerja : ________________________________________________ No. Telefon / Fax : ________________________________________________ E-mail : ________________________________________________ Bahagian B : Amalan yang digunapakai oleh PBT dalam proses permohonan kelulusan permit kerja ubahsuai rumah. Kategori Soalan 1. Pada pandangan tuan/puan, bagaimanakah sambutan pemilik kediaman terhadap kerja-kerja pengubahsuaian rumah di kawasan seliaan dan jagaan pihak tuan/puan? Umum 2. Bagaimanakah tahap kesedaran mereka terhadap kelulusan permit daripada pihak tuan/puan sekiranya mereka ingin melakukan kerja pengubahsuaian rumah? 3. Secara kasarnya, adakah rumah baharu atau rumah lama yang kebiasaannya akan melakukan kerja pengubahsuaian rumah di kawasan seliaan dan jagaan tuan/puan?


69 4. Apakah kerja-kerja pengubahsuaian rumah yang perlu mendapatkan permit daripada pihak tuan/puan? Boleh beri penerangan lanjut? Amalan Kerja PBT 5. Adakah pihak tuan/puan mempunyai amalan kerja yang khusus dalam meluluskan permit permohonan tersebut? Boleh tuan/puan terangkan? 6. Pada pandangan tuan/puan, adakah amalan kerja yang digunakan ini selaras dengan amalan kerja yang dicadangkan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)? Terangkan. Proses Permohonan 7. Bagaimanakah proses atau prosedur permohonan permit ubahsuai rumah kediaman yang dilaksanakan oleh pihak tuan/puan? Boleh tuan/puan terangkan dengan lebih lanjut dan terperinci? 8. Berapakah kadar bayaran yang tuan/puan kenakan untuk setiap pelan yang dikemukakan oleh pemilik kediaman atau pelukis pelan? 9. Boleh tuan/puan terangkan berkenaan wang amanah? Berapakah caj wang amanah yang dikenakan oleh pihak tuan/puan? Prosedur Kerja PBT 10. Apabila permohonan permit kerja ubahsuai rumah dikemukakan, apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan ditolak? 11. Bilakah pihak tuan/puan akan melakukan lawatan tapak? Bagaimanakah keadaan atau apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan mendapatkan permit ditolak apabila lawatan tapak dibuat?


70 Prosedur Kerja PBT 12. Semasa kerja-kerja ubahsuai sedang dilaksanakan, adakah pihak tuan/puan melakukan rondaan di kawasan yang terlibat? Sekiranya pihak klien tidak mengikut arahan seperti tidak melekatkan pelekat kebenaran, apakah tindakan-tindakan yang akan diambil? Tindakan Undangundang 13. Apakah tindakan undang-undang yang akan diambil oleh pihak tuan/puan terhadap pemilik kediaman yang tiada permit kerja ubahsuai? Sekiranya pemilik kediaman yang tiada permit ini terus melakukan kerja ubahsuai dan terjadi kemalangan, apakah tindakan yang akan diambil? 14. Apakah pula tindakan yang akan diambil sekiranya pemilik kediaman melakukan kerja ubahsuai berlainan daripada pelan yang dikemukakan? Bahagian C : Cadangan dan komen respoden. Cadangan 15. Pada pandangan tuan/puan, apakah cadangan yang boleh digunapakai dalam memastikan kerja ubahsuai rumah pada masa akan datang lebih selamat dan terjamin kualitinya? *** Sekian, Terima Kasih. Segala Maklumat Adalah Sulit & Dirahsiakan ***


71 LAMPIRAN 2 Jawapan PBT 1 1. Pada pandangan tuan/puan, bagaimanakah sambutan pemilik kediaman terhadap kerja-kerja pengubahsuaian rumah di kawasan seliaan dan jagaan pihak tuan/puan? Sangat menggalakkan kerana mereka terlalu mengikut trend semasa sebaik sahaja membeli rumah. Kerja ubahsuai sangat mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia pada ketika ini kerana masing-masing berlumba sesama jiran tertangga. Ianya seakan menjadi satu perkara yang biasa bagi pemilik rumah kediaman. 2. Bagaimanakah tahap kesedaran mereka terhadap kelulusan permit daripada pihak tuan/puan sekiranya mereka ingin melakukan kerja pengubahsuaian rumah? Tahap kesedaran untuk mendapatkan kelulusan adalah sederhana disebabkan banyak faktor. Antara faktor-faktornya adalah kos yang tinggi dan masa urusan untuk mendapatkan kelulusan yang lama. 3. Secara kasarnya, adakah rumah baharu atau rumah lama yang kebiasaannya akan melakukan kerja pengubahsuaian rumah di kawasan seliaan dan jagaan tuan/puan? Kebiasaannya rumah baharu yang banyak buat ubahsuai berbanding rumah lama. Hal ini kerana pembangunan di kawasan bandar sangat pesat terutamanya yang membabitkan perumahan. Oleh itu, sudah tentu pemilik rumah baharu di Johor Bahru akan membuat pengubahsuaian kerana sudah menjadi kemestian dan kebiasaan. 4. Apakah kerja-kerja pengubahsuaian rumah yang perlu mendapatkan permit daripada pihak tuan/puan? Boleh beri penerangan lanjut? Kerja ubahsuai yang memerlukan permit daripada kami adalah seperti ubahsuai yang melibatkan perubahan struktur. Selain itu, kerja-kerja lain yang perlu mendapatkan permit daripada kami juga adalah pemasangan pagar dan awning.


72 5. Adakah pihak tuan/puan mempunyai amalan kerja yang khusus dalam meluluskan permit permohonan tersebut? Boleh tuan/puan terangkan? Rujukan utama kami ialah UBBL 1984 kerana segala kandungannya merangkumi keseluruhan peraturan, syarat dan prosedur untuk melakukan kerjakerja ubahsuaian di Malaysia. Selain itu, Akta 133, Akta 171 dan juga Akta 172 turut menjadi rujukan kami, namun tidak sebanyak rujukan yang kami lakukan terhadap UBBL 1984. 6. Pada pandangan tuan/puan, adakah amalan kerja yang digunakan ini selaras dengan amalan kerja yang dicadangkan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)? Terangkan. Kami bersetuju bahawa amalan kerja yang dicadangkan oleh KPKT digunapakai oleh kami. Namun begitu, kami melakukan sedikit perubahan berdasarkan kesesuaian kawasan kami dan untuk memudahkan segala urusan-urusan yang berkaitan. 7. Bagaimanakah proses atau prosedur permohonan permit ubahsuai rumah yang dilaksanakan oleh pihak tuan/puan? Boleh tuan/puan terangkan dengan lebih lanjut dan terperinci? Terima permohonan, penyemakan syarat, pendaftaran permohonan, semakan juruteknik di pelan dan lokasi, merekodkan pergerakan fail, menerima ulasan daripada pembantu teknik, penyediaan surat lulus atau tolak atau denda, rujuk kelulusan YDP atau setiausaha, memaklumkan di dalam mesyuarat dan fail yang telah direkodkan akan disimpan. 8. Berapakah kadar bayaran yang tuan/puan kenakan untuk setiap pelan yang dikemukakan oleh klien? Segala kadar bayaran memproses pelan ada terdapat pada senarai semak pihak kami, dan ianya bersamaan dengan kadar yang terdapat pada UBBL 1984. Jadi, lebih mudah untuk semua merujuk UBBL 1984 mengenai kadar bayaran memproses pelan. Antara contohnya ialah pembinaan gazebo, wakaf atau pergola yang akan dikenakan caj sebanyak RM35 per unit.


73 9. Boleh tuan/puan terangkan berkenaan wang amanah? Berapa caj wang amanah yang dikenakan oleh pihak tuan/puan? Wang amanah ialah duit kepercayaan yang dikenakan oleh pihak kami kepada pemohon. Wang amanah yang dikenakan oleh pihak kami kepada semua pemohon adalah bergantung kepada jenis rumah kediaman seperti rumah kos rendah adalah RM200, rumah kos sederhana adalah RM300 dan rumah banglo adalah sebanyak RM500. 10. Apabila permohonan permit kerja ubahsuai rumah dikemukakan, apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan ditolak? Seperti yang dapat dilihat, kakitangan kami di Jabatan Bangunan adalah terhad. Ini menjadi faktor permohonan sering kali ditolak kerana tiada pekerja yang benar-benar mahir dalam bidang ini. Oleh kerana kakitangan kami yang kurang, ini menyebabkan pergerakan fail menjadi lambat dan seterusnya mengakibatkan permohonan yang dipohon lambat untuk diluluskan oleh pihak kami. 11. Bilakah pihak tuan/puan akan melakukan lawatan tapak? Bagaimanakah keadaan atau apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan mendapatkan permit ditolak apabila lawatan tapak dibuat? Lawatan tapak akan dilakukan selepas permohonan diterima daripada OSC. Kami jarang menolak permohonan semasa lawatan tapak dilakukan kecuali kami dapati bahawa klien menggunakan khidmat kontraktor yang tidak berdaftar. Dengan menggunakan khidmat pihak yang tidak berdaftar akan menyebabkan pelan tiada butiran lengkap. 12. Semasa kerja-kerja ubahsuai sedang dilaksanakan, adakah pihak tuan/puan melakukan rondaan di kawasan yang terlibat? Sekiranya pihak klien tidak mengikut arahan seperti tidak melekatkan pelekat kebenaran, apakah tindakan-tindakan yang akan diambil? Ya. Unit OSC akan mengeluarkan surat dan notis amaran kepada pemohon. Namun sekiranya mereka masih berdegil dan notis amaran telah dikeluarkan sebanyak tiga kali oleh Unit OSC, struktur bangunan akan terus dirobohkan tanpa kompromi.


74 13. Apakah tindakan undang-undang yang akan diambil oleh pihak tuan/puan terhadap pemilik kediaman yang tiada permit kerja ubahsuai? Sekiranya pemilik kediaman yang tiada permit ini terus melakukan kerja ubahsuai dan terjadi kemalangan, apakah tindakan yang akan diambil? Pada permulaannya, kami akan memberikan peluang kepada pemilik kediaman untuk memohon semula permit. Namun jika masih berdegil, kami akan mengenakan kompaun RM500. Kemudian, kami akan mengeluarkan notis amaran untuk menghentikan kerja ubahsuai bagi mengelakkan daripada bangunan dirobohkan dan didenda 10 kali ganda daripada wang proses. 14. Apakah pula tindakan yang akan diambil sekiranya pemilik kediaman melakukan kerja ubahsuai berlainan daripada pelan yang dikemukakan? Kenakan denda sebanyak RM500 ribu dan penjara tidak lebih daripada 10 tahun atau kedua-duanya. 15. Pada pandangan tuan/puan, apakah cadangan yang boleh digunapakai dalam memastikan kerja ubahsuai rumah pada masa akan datang lebih selamat dan terjamin kualitinya? Menubuhkan unit penguatkuasaan khas bagi mencegah kegiatan dan kerja-kerja ubahsuai secara haram. Selain itu, pelan setara harus diperluaskan penggunaannya supaya memudahkan orang ramai dan juga arkitek atau pelukis pelan. Mempercepatkan proses untuk kelulusan pelan selain memudahkan proses kelulusan permit kerja-kerja ubahsuai tersebut turut akan memastikan kualiti kerja ubahsuai rumah dapat dijaga. Tambahan daripada itu, ramai pemilik kediaman seringkali menghadapi masalah kontraktor cabut lari bersama duit yang telah diberikan. Oleh itu, pemilik kediaman perlu membuat kontrak bersama pihak kontraktor supaya dapat mengelakkan daripada ditipu oleh mereka.


75 LAMPIRAN 3 ____________________________________________________________________ UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan) SOALAN TEMUBUAL ____________________________________________________________________ Tajuk : Amalan Kerja PBT Dalam Proses Ubahsuai Rumah Kediaman. Tuan/Puan, Soalan temubual ini dikemukakan bagi mendapatkan maklumat daripada pihak responden terhadap objektif kajian : i. Mengkaji keberkesanan penggunaan amalan kerja oleh PBT dalam proses permohonan permit kerja ubahsuai rumah kediaman. Maklumat yang terdapat di dalam soalan temubual ini hanya digunakan bagi tujuan kajian sahaja dan segala maklumat yang diperolehi adalah rahsia dan sulit. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amat diperlukan dan dihargai. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan diucapkan dengan jutaan terima kasih. Penyelidik : Izzat Syamir Bin Mohamad Noor Jabatan Pengurusan Pembinaan, Fakulti Pengurusan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. [email protected] Penyelia : Dr. Roshartini Binti Omar Jabatan Pengurusan Pembinaan, Fakulti Pengurusan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. [email protected]


76 Bahagian A : Latar belakang responden Arahan : Sila nyatakan butiran diri anda pada ruang yang disediakan. Nama : ________________________________________________ Jawatan : ________________________________________________ Agensi : ________________________________________________ Pengalaman Kerja : ________________________________________________ No. Telefon / Fax : ________________________________________________ E-mail : ________________________________________________ Bahagian B : Amalan yang digunapakai oleh PBT dalam proses permohonan kelulusan permit kerja ubahsuai rumah. Kategori Soalan 1. Pada pandangan tuan/puan, apakah sambutan pemilik kediaman terhadap kerja pengubahsuaian rumah? Umum 2. Bagaimanakah tahap kesedaran mereka terhadap kelulusan permit daripada PBT sekiranya mereka melakukan kerja pengubahsuaian rumah? 3. Secara kasarnya, adakah rumah baharu atau rumah lama yang kebiasaannya akan melakukan kerja pengubahsuaian rumah kediaman? 4. Selaku pelukis pelan ataupun arkitek, adakah pihak tuan/puan selalu berurusan dengan PBT dalam proses kelulusan permit kerja pengubahsuaian rumah?


77 5. Bagaimanakah proses atau prosedur permohonan permit ubahsuai rumah yang dilaksanakan oleh pihak tuan/puan? 6. Apakah dokumen yang diperlukan oleh pihak tuan/puan semasa melakukan rundingan bersama pemilik kediaman? Proses Permohonan 7. Semasa berurusan dengan pemilik kediaman, apakah masalah yang sering timbul? Bagaimanakah caranya pihak tuan/puan menyelesaikan masalah ini? 8. Pada kebiasaannya, berapakah purata upah yang diambil oleh pihak tuan/puan dalam menghasilkan rekabentuk ubahsuai rumah kediaman? Apakah faktor yang mempengaruhi pihak tuan/puan dalam menentukan upah dan kos ini? 9. Semasa memohon permit kelulusan, adakah PBT menerangkan mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi? 10. Adakah setiap kerja pengubahsuaian rumah perlu mendapatkan permit PBT dan pengesahan pihak tuan/puan? Boleh beri penerangan lanjut? Amalan Kerja PBT 11. Semasa berurusan dengan PBT, apakah masalah yang sering timbul? Apakah tindakan yang diambil supaya masalah ini dapat diselesaikan? 12. Secara ringkasnya, adakah pihak tuan/puan telah dijelaskan mengenai amalan kerja yang digunapakai oleh PBT dalam proses kelulusan permit ini? Terangkan. 13. Pada pengamatan pihak tuan/puan, adakah amalan kerja yang telah ditetapkan oleh PBT telah digunapakai secara keseluruhannya? Boleh beri penerangan lanjut? 14. Secara keseluruhannya, adakah PBT melaksanakan kerja secara telus dan penuh tanggungjawab atau tidak? Boleh beri penerangan lanjut? Tindakan 15. Mengikut senario industri pembinaan sekarang, sekiranya pemilik kediaman yang tiada permit tetap melakukan kerja pengubahsuaian, namun terjadi kemalangan atau keruntuhan, apakah tindakan yang selayaknya diambil oleh PBT?


78 Bahagian C : Cadangan dan komen respoden. Cadangan 16. Bagaimanakah cara yang terbaik yang boleh dilakukan oleh PBT untuk memberi kesedaran kepada pemilik kediaman dalam memohon permit kerja ubahsuai? 17. Pada pandangan tuan/puan, apakah cadangan-cadangan yang boleh digunapakai dalam memastikan kerja ubahsuai rumah pada masa akan datang lebih selamat dan terjamin kualitinya? *** Sekian, Terima Kasih. Segala Maklumat Adalah Sulit & Dirahsiakan ***


79 LAMPIRAN 4 Jawapan Arkitek 1 1. Pada pandangan tuan/puan, apakah sambutan pemilik kediaman terhadap kerja pengubahsuaian rumah? Menggalakkan kerana sememangnya telah menjadi kebiasaan bagi pemilik kediaman di Malaysia untuk melakukan pengubahsuaian struktur rumah mereka. Hal ini kerana sebaik sahaja kunci rumah telah diserahkan oleh pihak pemaju, pihak kontraktor telah sedaya upaya mencuba untuk memujuk pemilik kediaman untuk menggunakan khidmat mereka dalam melakukan kerja ubahsuai rumah kediaman dengan menyebarkan risalah dan menggantung kain rentang atau sepanduk berkenaan khidmat yang mereka tawarkan. 2. Bagaimanakah tahap kesedaran mereka terhadap kelulusan permit daripada PBT sekiranya mereka melakukan kerja pengubahsuaian rumah? Hanya sesetengah penghuni rumah sahaja kerana hanya kawasan perumahan yang berkaitan dengan majlis sahaja mempunyai pengetahuan tentang kelulusan. 3. Secara kasarnya, adakah rumah baharu atau rumah lama yang kebiasaannya akan melakukan kerja pengubahsuaian rumah kediaman? Sama rata antara rumah baharu dan rumah lama. 4. Selaku pelukis pelan ataupun arkitek, adakah pihak tuan/puan selalu berurusan dengan PBT dalam proses kelulusan permit kerja pengubahsuaian rumah? Tidak kerana kami tidak berminat untuk melayan kehendak majlis. 5. Bagaimanakah proses atau prosedur permohonan permit ubahsuai rumah yang dilaksanakan oleh pihak tuan/puan? Membuat lukisan setiap ubahsuai rumah kemudian dan tunjuk lukisan tersebut kepada PBT untuk mendapatkan kelulusan. Kami akan meminta fees dan wang amanah untuk diserahkan kepada PBT.


80 6. Apakah dokumen yang diperlukan oleh pihak tuan/puan semasa melakukan rundingan bersama penghuni? Senarai semak PBT dari Jabatan Bangunan PBT. 7. Semasa berurusan dengan pemilik kediaman, apakah masalah yang sering timbul? Bagaimanakah cara pihak tuan/puan menyelesaikan masalah ini? Pemilik rumah kebiasaannya tidak faham mengenai kehendak pihak PBT. Mereka juga tidak faham apa itu setback dan tidak mengetahui setiap bangunan mempunyai setback yang telah ditetapkan. Pihak kami pada kebiasaannya tidak akan melayan ragam pemilik rumah dan menyuruh mereka berjumpa sendiri dengan pegawai di PBT sambil meminta penjelasan mengapa mereka tidak boleh membuat renovasi. 8. Bberapakah purata upah yang diambil oleh pihak tuan/puan dalam menghasilkan rekabentuk ubahsuai rumah kediaman? Apakah faktor yang mempengaruhi pihak tuan/puan dalam menentukan upah dan kos ini? Luas sesuatu kawasan yang ingin diubahsuai menjadi faktor penting dalam menentukan kadar upah. Oleh itu, pihak kami akan mengambil upah daripada pemilik sebanyak RM3.50 per square feet. 9. Semasa memohon permit kelulusan, adakah PBT menerangkan mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi? Ya beserta spesifikasi yang perlu dipatuhi. 10. Adakah setiap kerja ubahsuai rumah perlu mendapatkan permit daripada PBT dan pengesahan pihak tuan/puan? Boleh beri penerangan lanjut? Ya perlu, jika kawasan perumahan itu diselenggaran oleh majlis tersebut. Segala perubahan yang melibatkan luaran yang jelas perubahan perlu mendapatkan kelulusan daripada PBT. 11. Semasa berurusan dengan PBT, apakah masalah yang sering timbul? Apakah tindakan yang diambil supaya masalah ini dapat diselesaikan? Setback / boundary line sering dilanggar. Kesimpulannya, kami tidak membuat kerja renovasi yang melecehkan.


81 12. Secara ringkasnya, adakah pihak tuan/puan telah dijelaskan mengenai amalan kerja yang digunapakai oleh PBT dalam proses kelulusan permit ini? Terangkan. Ya. Kesannya adalah untuk menasihati kepada penghuni rumah tentang limitasi untuk melakukan kerja-kerja renovasi. 13. Pada pengamatan pihak tuan/puan, adakah amalan kerja yang telah ditetapkan oleh PBT telah digunapakai secara keseluruhannya? Boleh beri penerangan lanjut? Tidak. PBT perlu menasihati klien tentang rekabentuk yang akan diluluskan oleh pihak mereka. Jika klien berkeras dan tidak menerima nasihat PBT tersebut, klien perlu bersedia untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya seperti denda dan roboh. 14. Secara keseluruhannya, adakah PBT melaksanakan kerja secara telus dan penuh tanggungjawab atau tidak? Boleh beri penerangan lanjut? Tidak. PBT hanya mengikut undang-undang yang telah dirangka. Namun begitu, mereka tidak boleh dan tidak mampu berfikir secara lebih kreatif untuk menangani masalah yang baharu dihadapi. Ini akan menyebabkan proses permohonan akan menjadi lebih lama. 15. Mengikut senario industri pembinaan sekarang, sekiranya pemilik kediaman yang tiada permit tetap melakukan kerja pengubahsuaian, namun terjadi kemalangan atau keruntuhan, apakah tindakan yang selayaknya diambil oleh PBT? Memberikan amaran keras, merobohkan struktur bangunan dan mengenakan cukai pintu yang mahal. 16. Bagaimanakah cara yang terbaik yang boleh dilakukan oleh PBT untuk memberi kesedaran kepada pemilik kediaman dalam memohon permit kerja ubahsuai? Tingakatkan kesedaran tentang terma yang digunapakai kepada pemilik kediaman dan PBT perlu memberikan alasan yang logik dan boleh diterima pakai mengenai mengapa renovasi tidak boleh dilakukan.


Click to View FlipBook Version